The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-01-12 02:54:10

Kompilasi Ulasan Buku Disember 2020 Koleksi Perpustakaan Cawangan Keningau

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Buku ini menyediakan segala jawapannya.
Untuk mengetahuinya lebih lanjut, dapatkan segera buku ini!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

15
1

TAJUK BUKU : Menghasilkan ANGGERIK Kerap
Berbunga

PENGARANG : Sandra, Edhi
PENERBIT : Kuala Lumpur: Synergy Media

MUKASURAT : 92
ACC NUMBER : B02963375B

ISBN NO : 9789831975800
JENIS BUKU: Pesona Keindahan Laman

(MAN635.9344SAN)

Bunga Anggerik adalah dalam keluarga

Orchidaceae, sering dipilih sebagai bunga kegemaran

untuk menghias taman dan sudut ruangan. Daya tarikan

utamanya terletak pada bentuk bunganya yang pelbagai,

indah dan tahan lama. Namun seringkali terjadi di mana

bunga yang dinanti-nanti tidak kunjung muncul, banyak

faktor yang menjadi penyebabnya. Perasaan sedikit

kecewa disebabkan bunga yang ditunggu-tunggu tidak

muncul.

Banyak faktor yang menyebabkan bunga

anggerik sukar berbunga, antaranya faktor genetik,

persekitaran, fisiologi, teknik pemeliharaan dan teknik
15
pembungaan. 2

Buku ini mengupas segala faktor utama yang
menyebabkan anggerik anda sukar berbunga dan cara-cara
praktikal untuk mengatasi permasalahan serta cara merangsang
kekerapan pembungaan anggerik. Buku ini juga memberi anda
mengenali lebih jauh sifat-sifat anggerik sekaligus teknik
pemeliharaan dengan lebih terperinci.

Anggerik ini memiliki pelbagai bentuk yang
indah dan kelihatan subur dalam jangka waktu yang begitu
lama. Ia juga memberi peluang perniagaan dan memberi
penambahan pendapatan yang cukup lumayan bagi pengusaha
perniagaan bunga ini.

Dengan adanya buku ini dapat memberi manfaat
kepada para penggemar anggerik.
Oleh itu dapat kan buku ini segera di Perpustakaan
berhampiran dengan anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

15
3

TAJUK BUK : Variasi Solekan Pengantin Berhijab
PENGARANG : Zulfazli Suhadi

PENERBIT : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
MUKA SURAT: 160

ACC NUMBER : 003461158
ISBN NO : 9789831249604

HARGA : RM18.50
JENIS BUKU : Solekan (MAN646.726ZUL)

Dunia kecantikan sangat sinonim dengan wanita dan

memang tidak dapat dipisahkan. Tidak ketinggalan juga

kepada mereka yang bertudung, mereka juga boleh

nampak cantik dan bergaya. Pelbagai gaya moden, klasik

dan anggun boleh disatukan agar penampilan anda yang

bertudung menjadi lebih berkeyakinan.

Hijab dalam bahasa Arab bermaksud

penghalang dan bagi beberapa negara islam perkataan

hijab lebih sering merujuk kepada kerudung yang

digunakan oleh wanita muslim. Hijab ini lebih tepat

merujuk kepada cara berpakaian yang pantas sesuai

dengan tuntutan agama. 15
4

Buku ini ditampilkan untuk teknik solekan
mudah untuk wanita berhijab yang gemar nampak menawan
dan cantik. Buku ini memaparkan solekan moden khusus untuk
si manis yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

Di dalamnya mengandungi beberapa solekan
yang boleh anda pelajari dengan betul seperti solekan Smokeys
Eye, Klasik, Moden dan lain-lain. Di samping itu terdapat
beberapa info dan tip yang berguna untuk anda pelajari semasa
memakai alat solekan terutamanya pada anda yang baru
belajar. Pelajari teknik solekan ini secara terperinci dan betul.
Naskhah Variasi Solekan Pengantin Berhijab memaparkan
gaya solekan secara langkah demi langkah. Gaya solekan yang
ditunjukkan bukan sahaja sesuai digayakan pada majlis
perkahwinan malah sesuai juga untuk acara lain seperti solekan
minum petang, makan malam dan sebagainya. Di dalamnya
juga mengandungi pelbagai tip dan panduan cara solekan yang
betul. Buku ini mengandungi gambar-gambar model berhijab
yang telah di solek dengan cantiknya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

15
5

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.

Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752

Seksyen Rujukan Maklumat : 087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022

Bantu like & Share .
Sila klik link berikut :

https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah

TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version