The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-01-12 02:54:10

Kompilasi Ulasan Buku Disember 2020 Koleksi Perpustakaan Cawangan Keningau

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Sebagai seorang doctor banyak pengalaman
yang dikongsikan semasa bertugas di bahagian kecemasan dan
berbagai latarbelakang dan situasi yang ditempohi.buku ini
terbagi kepada 5 bahagian Kisah-kisah mengenai anak, kisah
mengenai ibu bapa & warga emas, kisah mengenai bukan
warganegara, kisah mengenai masyarakat dan umum, dan juga
mengenai kisah doktor.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10
1

Tajuk: Aneka Sajian Ais Krim Sundae
Penulis: Indriani

Diterbitkan Oleh: Synergy Media
Bil. Muka Surat: 36

ISBN: 978-967-322-287-2
Harga: RM10.70

Buku Siri Aneka Citarasa bertajuk Aneka

Sajian Ais Krim Sundae yang ditulis oleh Indriani adalah

sebuah buku pencuci mulut yang lebih menarik dan mudah

dihasilkan daripada aiskrim sundae. Walaupun cara

membuatnya sederhana, namun ia boleh dipelbagaikan

jika dibandingkan dengan sajian yang lain. Sundae adalah

ikon pencuci mulut dari Amerika. Variasi ais krim sundae

sangat menarik dengan tambahan aneka sos, sirap, krim

putar, aneka topping, buah-buahan, taburan kekacang dan

ceri merah.

Gambaran mengenai sesuatu bangsa boleh ditunjukkan

melalui apa yang mereka makan, aiskrim adalah lambing

kepintaran dan semangat inovasi bangsa Amerika yang

sangat gemar mencipta makanan baru. 10
2

Sundae adalah pengembangan dari aiskrim soda
yang berasal dari Amerika Utara Kisah penemuan sundae
adalah bermula daripada tidak boleh melanggar tradisi iaitu
melarang menyajikan aiskrim soda pada hari Ahad (Sunday).
Untuk menurut tradisi ini, soda dihilangkan dari sajian pencuci
mulut. Kemudian pencuci mulut tersebut dinamakan “sundae”
sebagai memperingati hari Ahad, ketika sajian tersebut
dihidangkan.

Buku ini memuatkan 14 resipi ais krim sundae
yang mudah dibuat sebagai pencuci mulut yang digemari dan
popular, antaranya: banana split, hot fudge sundae, peach
sundae dan span style.

Buku resipi istimewa ini boleh didapati di
Perpustakaan Cawangan Keningau.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10
3

Tajuk: Kisah Seram Malam Sunyi: Himpunan Kisah Benar
Penulis: Song Jun Eui

Diterbitkan Oleh: Pelangi Novel Sdn. Bhd.
Bil. Muka Surat: 200

ISBN: 978-967-0973-09-8
Harga: RM17.25

Kisah Seram Malam Sunyi himpunan kisah
benar. Buku ini menghimpunkan koleksi cerita seram
Korea yang merupakan kisah pengalaman sebenar. Bukan
cerita hantu yang kebanyakannya diambil daripada negara
Jepun sebelum ini, dengan budaya Jepun sebagai asasnya.

Penulis buku ini terfikir bahawa perlu ada cerita hantu
Bandar mereka sendiri dan bukan cerita hantu Negara
jiran. Oleh yang demikian penghimpun cerita hantu dan
seram Korea ini melalui blognya, telah mengumpulkan
cerita dan kisah seram yang dialami masyarakat sekeliling
untuk dipersembahkan, contohnya himpunan kisah aneh
dan seram Korea terpancar daripada kepercayaan
tradisional masyarakat Korea, yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri.

10
4

Kandungan buku ini diantarnya: Bomoh
perempuan, pohon aneh dilereng bukit, misteri pokok pic, hari
ke-49, sumpahan pokok jujube, tembikai, jalan turun dari kuil,
mimpi bapaku, mimpi yang menyelamatkan bapa, mimpi ngeri
rombongan percutian, mimpi bersambung, jawapan, darah yang
mengalir didalam bilik, cheoyongga baharu, kisah kampung
berhantu, selimut, telapak tangan, penceroboh ketika turun
salji, nyanyian tengah malam, apartmen 304-dong, tiada, hantu
telur, rumah bulan madu, koridor tengah malam, almari
dinding, aku terhadapmu, malam yang panas, cerita hantu
sekolah, siri 1, monitor, lelaki tua berbasikal dijalan yang sunyi
dan percutian musim panas yang tidak dapat dilupakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10
5

Tajuk: Buat Duit dengan SEMINAR
Penulis : Samsudin Wahab

Penerbit : PTS Professional Publication SDN.BHD
Bil.Mukasurat : 170

ISBN : 978-967-5226-57-1

Buku Buat Duit dengan seminar di tulis oleh

Samsudin Wahab, pensyarah kanan di UiTM Terengganu,

berpengalaman dalam penganjuran seminar. Beliau sudah

pun menulis lebih dari sepuluh judul bersama PTS. Beliau

sedang proses menamatkan pengajian kedoktoran yang

memfokuskan sektor khidmat pelanggan.

Penulis berkongsi idea cara Menganjurkan

seminar yang sering dillihat sebagai peluang terbaik untuk

mendatangkan keuntungan yang lumayan. Namun, ia

memerlukan perancangan yang penuh hati-hati dan

berstrategi. Buat Duit dengan Seminar sesuai dibaca oleh

penggiat ilmu, perancang majlis, dan usahawan. Buku ini

diterbitkan, semata-mata demi memastikan kita tidak

terlepas pandang beberapa aspek penting sebelum, semasa,

dan selepas seminar dianjurkan. Antara perkara yang

wajib diambil serius ialah;

10
6

• Lokasi dan sumber tenaga kerja yang diperlukan.
• Aspek pemilihan tarikh seminar yang sesuai.
• Pengurusan makan minum peserta seminar.
• Pengenalan seminar terbuka dan tertutup.
• Senarai semak sebelum seminar.
• Contoh seminar yang laku di pasaran.
• Persediaan lain, dari segi mental dan fizikal.

Promosi juga memainkan peranan yang
penting dalam menyebarkan maklumat seminar dengan
melalui beberapa cara iaitu penggunaan E-mel, edaran
melalui akhbar tempatan dan rencana umum.

Brosur seminar juga perlu menarik supaya
dapat memberikan imej penganjur seminar dan juga
menarik pelanggan ataupun bakal peserta untuk menyertai
seminar, kualiti kertas dan kesesuaian warna dapat
menyakinkan peserta akan kredibiliati penganjur.

Kejayaan sesuatu Seminar itu adalah
berdasarkan formula pemasaran Seminar iaitu TADA
( Target Audience Design Approach ) dengan 10 faktor
profil Target Audience iaitu Jantina,Umur,Tempat
Tinggal,Industri , Pekerjaan, Pendidikan,Jawatan,Tingkat
pendapatanpengalaman kerjaya dan Skil kerja yang
diperlukan bagi peningkatan profesionalisme.

Buku ini mengandungi 31 bab yang
memberi panduan bagaimana menjalankan perniagaan
melalui seminar dan memberi peluang yang sangat
menguntungkan.

10
7

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

10
8

Tajuk : KESIHATAN DI TEMPAT KERJA
Penulis : Noor Hassim Ismail, Emilia Zainal Abidin

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil.Mukasurat : 197

ISBN : 978-983-46-0816-3

Buku bertajuk Kesihatan ditempat kerja di tulis oleh

Prof.Dr.Noor Hassim Ismail dan Emilia Zainal

Mengandungi 23 bab berkaitan keselamatan dan panduan

pencegahan menangani penyakit yang dermatitis yang

mendatangkan masalah kesihatan di tempat kerja.

Tempat kerja merupakan salah satu faktor

yang penting dalam menentukan taraf kesihatan

pekerja.pekerja memperuntukan lebih daripada satu

pertiga masanya setiap hari di tempat kerja oleh hal yang

demikian keadaan tempat kerja yang baik akan

menghasilkan pekerja yang sihat dan bermanafaat kepada

keadaan tempat kerjanya. Keluarga ,agama dan negara.

Keadaan tempat kerja yang sihat akan

melahirkan generasi yang sihat manakala keadaan tempat

kerja yang bermudarat akan mendatangkan masalah

kepada kesihatan fizikal,mental dan sosial kerja.

10
9

Buku ini bertujuan untuk memberikan
pengetahuan mengenai pengenalan beberapa aspek yang
asas dalam bidang kesihatan perkerjaan.diharapkan buku
ini dapat menambahkan pengetahuan pembaca berkenaan
bidang kesihatan perkerjaan dan membolehkan pembaca
sentiasa mengawal dan mengambil langkah pencegahan
daripada segala faktor yang boleh membawa mudarat di
tempat kerja . semua faktor yang bermudarat yang terdapat
di tempat kerja boleh di cegah supaya tidak mendatangkan
risiko yang besar kepada pekerja.

Persekitaran kerja yang sihat adalah tempat
kerja yang sentiasa mencipta dan memperbaiki
persekitaran sosial dan fizikal yang membolehkan pekerja
saling menyokong satu sama lain dalam menjalankan
tugas-tugas mereka dan mengolah keupayaan ke peringkat
maksima. Oleh itu, mana-mana tempat kerja boleh
menjadi persekitaran kerja yang sihat tanpa mengira tahap
kesihatan terkini, tetapi apa yang diperlukan adalah
komitmen untuk mempertingkatkan kesihatan di tempat
kerja. Persekitaran tempat kerja memberi impak secara
langsung kepada kesihatan pekerja. Ini kerana kebanyakan
pekerja meluangkan lebih kurang 60% masa aktif mereka
setiap hari di tempat kerja

Pemahaman dalam mengklasifikasikan diri
akan membantu pembaca bertindak balas terhadap
persekitaran dan menangani masalah yang timbul dengan
berkesan Buku ini sesuai untuk bacaan golongan
dewasa.Melalui pembacaan ini, kita boleh belajar dan
mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam persekitaran
tempat kerja. Penulis juga mengharap agar pembaca dapat
manfaat apabila membaca buku ini.

11
0

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

11
1

TajukBuku: The Science of Animals Inside Their Secret
World

Penulis: Chris Packham
Penerbit: DK Penguin Random House

MukaSurat: 336
No Panggilan: EAR 590 SCI

ISBN No: 9780241346785
Kategori Buku: Sains, Haiwan dan mempunyai ilustrasi

Muzium sejarah semula jadi terletak di

London, memelihara koleksi bertaraf dunia lebih dari 80

juta spesimen. Ia juga merupakan institusi penyelidikan

saintifik yang terkemuka, dengan projek-projek penting

lebih dari 68 negara. Lebih daripada 300 saintis bekerja di

Muzium ini. Meneliti koleksi berharga untuk lebih

memahami kehidupan di bumi. Setiap tahun lebih daripada

lima juta pengunjung, dari semua peringkat umur dan

berminat ke muzium ini.

Buku ini adalah antara buku yang

mengandungi fakta berkaitan haiwan yang menjadi salah

satu hasil kajian saintis di muzium ini. Membongkar

keajaiban sehari-hari alam haiwan. Dengan fotografi yan11g

menakjubkan dan penjelasan yang jelas. 2

Menunjukkan anatomi sains haiwan, tingkah

laku, dan keindahan luar biasa setiap jenis haiwan. Buku

ini turut mngupas dengan perincian merangkumi kerajaan

haiwan, bentuk dan saiz, kerangka, kulit, penyamaran

untuk keselamatan, deria, mulut dan rahang, kaki, lengan ,

tentakel dan ekor, sirip, sayap dan payung terjun, telur dan

keturunan.

Dari serangga kecil hingga hiu ramping dan

gajah megah, buku ini mengajak anda untuk menjelajahi

kerajaan binatang dari dekat - dari hidung/paruh hingga

ekor. Sama ada anda berminat dengan kumpulan haiwan

tertentu seperti mamalia atau burung atau mempunyai

minat untuk fotografi hidupan liar, buku yang indah ini

akan menggembirakan, memikat, dan mengejutkan.

Pengenalan baru yang elegan untuk haiwan

liar dipenuhi dengan fotografi dramatik yang meraikan

kecantikan mereka. Diagram yang jernih kemudian

menerangkan bagaimana haiwan berfungsi dan

menerangkan bagaimana haiwan itu disesuaikan untuk

melakukan perkara yang berbeza dan bertahan dalam

persekitaran yang berbeza. Pendekatan hidung-ke-ekor

yang unik, dengan bab-bab di bahagian badan yang

berbeza, membolehkan anda memusatkan perhatian pada

keindahan antena rama-rama, bulu burung beo, atau

tentakel makan ubur-ubur. Sains Haiwan juga meneroka

bagaimana kita menggambarkan haiwan dalam seni

sepanjang zaman, dari lukisan zoologi yang mencatatkan

penemuan baru hingga lukisan hebat yang diilhami oleh

hubungan mendalam dengan dunia semula jadi.

Dengan kisah menarik, seperti bagaimana

haiwan berkomunikasi, mempertahankan wilayahnya, dan

menarik pasangan, The Science of Animals menawarkan

pengenalan yang menarik untuk kepelbagaian luar biasa
11
dari kerajaan haiwan. 3

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

11
4

Tajuk Buku: Kuasai Bisnes Dengan Peta Minda
Pengarang: Tony Windura

Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd
MukaSurat:192ms

No Panggilan:MAR 658.40019 WIN
ISBN No: 9789673690732
Harga:15.50

Jenis Buku:Pengurusan Perniagaan

Buku ini membawa kita memahami

bagaimana cara otak kita berfikir secara semulajadi yang

akhirnya memandu kita pada kehebatan dan aplikasi-

aplikasi peta minda dalam setiap aktiviti asas bisnes

seperti perancangan bisnes, membuat pembentangan, note-

taking, brainstorming dan lain-lain. Aplikasi peta minda

bermula dari kreativiti individu yang kemudian bergabung

dalam kumpulan dan akhirnya menjadi kreativiti bisnes

secara bersepadu.

Keistimewaan buku ini memberikan

panduan dan langkah demi langkah dalam menggunakan

peta minda, sekaligus memberikan penyelesaian praktikal

bagaimana kita mampu menggunakan sistem ini demi
11
meningkatkan kecekapan bisnes. 5

Oleh itu kita perlu yakin bahawa peta minda
akan mampu menukar cara berfikir, banyak member manfaat
kepada dunia bisnes dan mampu mengubah hidup ratusan juta
penggunanya seluruh dunia.

Dengan membaca buku ini, penulis
mengharapkan agar kita dapat memiliki paradigm baru
bagaimana otak kita bekerja dan berfikir sehingga mampu
menghasilkan kreativiti yang tidak terbatas dalam organisasi
ataupun syarikat milik kita. Oleh itu pastikan kia persiapkan
diri dalam mencapai tahap kecerdasan dan kreativiti yang
tinggi dengan peta minda.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

11
6

Tajuk Buku: Kuasai Perniagaan Internet
Pengarang: Wan Nong Muzafar
Penerbit: Alaf 21
MukaSurat:207ms

No Panggilan:MAR 658.872 WAN
ISBN No: 9789678606493
Harga:23.90

Jenis Buku:Pengurusan Perniagaan

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang
sedang atau baru memulakan perniagaan online ataupun
yang sedang berniaga dalam usaha memahami kaedah
penjualan produk atau perkhidmatan selain mampu
meluaskan potensi sasaran pelanggan samada dalam
negara dan seluruh dunia amnya.Buku ini mendedahkan
perkara asas dalam menjalankan perniagaan dengan
menggunakan platform facebook, instagram, whatsap,
pemasaran email, laman web dan penggunaan “Seach
Engine Optimization”.

Dunia perniagaan hari ini senarionya tidak lagi bersifat

“one-way”. 11

7

Sebelum wujudnya internet, pemilik perniagaan
hanya perlu menawarkan produk atau perkhidmatan yang dijual
melalui pengiklanan di TV, radio atau media cetak berbanding
masa sekarang penggunaan lebih meluas dengan adanya media
sosial dan laman web telah mengubah corak pembelian para
pengguna antara faktornya ialah informasi dan maklumbalas
(testimony) daripada pengguna itu sendiri.

Oleh itu, sebagai peniaga perlulah mempunyai
mentaliti yang kreatif yang bukan sahaja sebagai penjual.
Kerana perlu disedari para pengguna masakini lebih
sofistikated dan terkini berbanding pengguna dahulu. Produk
yang dihasilkan juga perlulah memenuhi kehendak pengguna,
jika tidak pengguna mampu mempengaruhi jualan menerusi
komen-komen (selepas jualan) negative secara langsung. Oleh
itu komunikasi yang baik menerusi alam maya dengan
pengguna , akan memberikan kepercayaan yang lebih dan setia
pada jenama atau barangan penjual.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

11
8

Tajuk Buku : Makanlah secara Sihat
Pengarang : Nicholas Pillai

Penerbit : Marshall Cavendish Cuisene
Muka Surat : 175 Muka Surat
No Panggilan : MAR 641.595 PIL
ISBN No : 981-261-062-6
Harga Buku : Rm71.00

Buku yang bertajuk Makanlah secara Sihat
tulisan Nicholas Pillai menarik untuk dibaca.Himpunan
resipi-resipi yang tersedia dalam buku ini adalah hasil
gandingan antara harapan seorang pakar makanan dan
tearaf seorang chef.

Buku ini menampilkan beberapa resipiyangf
merangkumi maklumat pemakanan terperinci yang serta
merta dapat membantu dalam mengawal setiap yang
nutrisi dalam makanan.contohnya dalam penelitian
pengambilan jumlah kalori dalam sesauatu makanan yang
disediakan untuk keperluan tubuh badan.

11
9

Mengapa perlu mengetahui sajian makanan
yang sihat,?Tidak dinafikan bahawa makanan harus dinikmati
dengan sepenuh hati namun sedar tak sedar penelitian nutrisi
secara terperinci mampu memberika panduan dalam
mengekalkan kesihatan tubuh badan disamping mengekalkan
berat badan yang ideal.

Dalam pada itu,menerusi buku ini juga
disertakanbeberapan panduan berkaitan timbangnan dan
sukatan bagi setiap pengambilan jumlah makanan.Oleh
itu,Bahan ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan
masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa dalam
menjaga sajian makanan seharian.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

12
0

Tajuk Buku: Pencapaian Pembangunan Sabah Menjelang
Abad ke-21

Penerbit: Kota Kinabalu : Institut Kajian Pembangunan
(Sabah), [1998]
MukaSurat: 147

No Panggilan: GPC 338.9H PEN
ISBN No: 9679910504

Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Pengurusan Sumber,
Pentadbiran dan Pembangunan

Buku ini mengandungi lapan bab merangkumi

fakta dan data ringkas mengenai dasar pembangunan iaitu

pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri serta

rancangan jangka panjang bagi negeri Sabah. Pembangunan

ekonomi di Sabah merangkumi perindustrian dan perdagangan,

pelancongan, pertanian dan ternakan, perikanan dan

perhutanan. Selain itu kupasan mengenai pembangunan social

dan pemuliharaan meliputi sector kesihatan, perpaduan kaum,

pembangunan perumahan, pemuliharaan khazanah warisan dan

khazanah alam semulajadi. Ia juga membincangkan berkenaan

pembangunan prasarana dan sumber manusia termasuk

perhubungan jalanraya, pembekalan elektrik, perbekalan air,

perparitan dan saliran, pembangunan lapangan terbang,

dermaga dan keretapi. Kemudahan pejabat dan rumah
12
kakitangan kerajaan serta pembangunan sumber manusia. 1

Perlaksanaan pembangunan Bandar dan desa,
keselamatan dan ketenteraman awam. Diakhir buku ini turut
mengutarakan prospek pembangunan di Sabah meliputi
pencapaian masa kini, cabaran dan prospek pembangunan
dalam era dunia tanpa sempadan menjelang abad ke-21.

Pelbagai inovasi dan pembaharuan telah
diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan
kualiti dan keberkesanan perkhidmatan awam demi
memastikan agihan kemakmuran negeri yang saksama dan
mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan penyertaan
dalam pelbagai kegiatan sosio-ekonomi melalui pendidikan.

Sepintas lalu, buku ini kelihatan seperti terbitan
senarai projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
yang memerintah sejak tahun 1994. Namun jika diteliti secara
terperinci , buku ini sebenarnya bukan hanya sekadar
menyusun statistic, namun yang lebih penting buku ini telah
mendokumentasikan satu tempoh sejarah pembangunan yang
amat penting di Sabah.

Buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan
para pembaca dan orang ramai untuk mendapatkan kefahaman
yang jelas mengenai polisi dan program-program yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 1994.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keninga1u2
2

Tajuk: Aneka Kraf Dari Kulit Telur
Penulis: Ir. Zainal Abidin

Diterbitkan Oleh: Synergy Media
Bil. Muka Surat: 64

ISBN: 978-967-322-234-6
Harga: RM16.90

Kulit telur boleh dijadikan seni dekorasi? Tentu ramai yang
tidak menyangka bahawa kulit telur sebenarnya boleh
dijadikan sebagai seni dekorasi yang menakjubkan. Anda juga
tentu tidak akan menyimpan kulit telur setelah anda mengambil
isinya. Kita biasanya akan membuang kulit telur tersebut
begitu sahaja tanpa memandang dua kali kepada kulit telur
tersebut.

Bagaimana caranya untuk menghasilkan kraftangan kulit
telur yang menarik? Mudah sahaja. Anda hanya perlukan daya
imaginasi yang kreatif.

Penulis buku ini akan menunjukkan kepada anda tentang
perkara-perkara berkenaan kraf kulit telur. Anda akan
mempelajari tentang cara menghasilkan pelbagai seni dekorasi
telur bermula daripada perlatan dan bahan yang diperlukan,
teknik asas hinggalah tahap-tahap pembuatan pelbagai seni
dekorasi melalui seni mozek, kolaj, lukisan pensel, perwarnaan
cat, perwarnaan timbul, penggoresan, dekorasi dengan gerudi
mini serta kombinasi beberapa teknik untuk membuat hiasan.123

Selain itu, buku ini turut mengupas tentang teknik kemasan dan
cara membuat pelbagai reka bentuk bekas telur hingga
kraftangan ini menjadi lebih menarik.

Kebanyakan dari projek yang dihasilkan didalam buku ini
menggunakan kaedah tradisional dan teknik yang sering
digunakan seperti corak sgraffito yang dilukis pada telur yang
telah diwarnakan. Corak-corak yang dihasilkan menggunakan
imej-imej dari karya lama, stensil daun asli direndam dalam
perwarna semula jadi atau menghiaskan kulit telur dengan
potongan kertas warna berbentuk daun dan bunga.

Jika mahukan dekorasi yang baru dan unik buku ini sangat
memberi manfaat dan motivasi kepada mereka yang sukakan
kehindahan hiasan yang unik dan cantik, anda patut mencuba
kraftangan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

12
4

Tajuk: Pelbagai kudapan dari ubi dan kentang
Penulis: Budi Sutomo

Diterbitkan Oleh: Synergy Media
Bil. Muka Surat: 62

ISBN: 978-967-322-271-1
Harga: RM11.25

Buku siri Hidangan Seri Keluarga yang bertajuk Pelbagai
Kudapan dari Ubi dan Kentang yang amat berguna untuk
dibaca ini kerana ianya mengembangkan
kreativiti untuk mengolah aneka sajian yang berasaskan ubi
dan kentang yang unik dengan rasa yang lazat. Arahan
penyediaan masakan di dalam buku ini ditulis dengan mudah
dan ringkas. Sebahagian besar makanan ringan bahan
terutamanya berasal dari tepung gandum, tepung beras, tepung
pulut, tepung jagung atau tepung hoen kwe. Kepelbagaian
sajian berasaskan bahan utama keledek dan kentang sangat
fleksibel dan boleh diolah menjadi pelbagai kuih atau penganan
baik yang manis ataupun masin.

Antara resipi yang menarik di dalam buku ini ada dua
bahagian.

12
5

Bahagian Satu: Sajian dari Keledek –
Buah Meleka Keledek, Lepat Keledek, Lempeng Coklat
Keledek, Talam Keledek, Keledek Bersalut Coklat, Geguli
Keledek, Biji Salak Berkuah Durian, Hirisan Keledek Bakar,
Kerepek Keledek Ungu, Ban Keledek Keju, Cakar Ayam,
Apam Keledek Kukus, Lapis Keledek Pelangi, Segi Tiga Emas,
Puding Keledek & Jagung Manis, Puteri Mandi Keledek
Berinti, Kepingan Keledek Mentega, dan

Bahagian dua: Sajian dari Kentang –
Muffin Kentang Mandarin, Kroket Kentang Berinti Daging,
Kuih Kentang Perisa Oren, Pizza Kentang Bersosej, Puding
Kentangt Kelapa Muda, Talam Mutiara, Donat Kentang, Onde-
Onde Kentang, Popia Goreng Kentang, Kuih Cara Berkismis,
Fucuk Berinti Kentang dan Daging, Brownies Kentang,
Wantan Berinti Salad kentang, Kek Buah Kentang, Kentang
Bakar Daging Salai, Sate Bebola Kentang dan Kentang Goreng
Berempah.

Sebanyak 34 resipi telah dikongsikan di dalam
buku ini. Semua resipi telah diuji dan diperakui mutunya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

12
6

Tajuk: Resipi Alergi Tanpa Telur & Bahan Tenusu
Penulis: Nazihah Nasir

Diterbitkan Oleh: PTS PUBLISHING HOUSE
Bil. Muka Surat: 94

ISBN: 978-967-411-634-7
Harga: RM28.00

Buku Resipi Alergi Tanpa Telur & Bahan Tenusu ini

menghimpun 40 resipi, merangkumi pembuka selera, hidangan

utama, dan pencuci mulut, yang menarik dan mudah

disediakan. Disertakan cara bagi membuat bahan gentian

seperti susu beras, susu badam, non-dairy whipping cream dan

banyak lagi. Turut disertakan tip alergi bagi membantu

pembaca. Paling penting, bahan-bahan yang digunakan tidak

membahayakan mereka yang alergi. Tidak menggunakan

bahan tenusu, telur dan gluten.

Resipi yang disertakan adalah makanan biasa

untuk orang normal, cuma penulis menggantikan bahan

'terlarang' dengan bahan yang pesakit alergi boleh makan.

Resipi aiskrim tanpa telur, cinnamon roll dengan susu badam,

kek menggunakan minyak masak dan banyak lagi. Buku ini

dihasilkan untuk mereka yang alergi pada telur, bahan tenusu

dan gluten. Ia tidak terhad pada resipi untuk kanak-kanak, juga

boleh digunakan oleh orang dewasa. 12
7

Ditulis oleh penulis yang melalui pengalaman
sendiri dalam membesarkan anak yang mengalami ekzema.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

12
8

Tajuk Buku : 150 Petua Dan Teknik Memancing
Penulis : Ahmad Akim

Penerbit : Cerdik Publications Sdn Bhd
Muka Surat : 74 muka surat

No Panggilan : MAN 799.1 AHM
ISBN No : 983-70-1114-9

Kategori Buku :Tips Memancing

Memancing secara amnya adalah sebuah
aktiviti yang dapat dilakukan dan diadaptasikan oleh
semua golongan masyarakat. Secara dasarnya, aktiviti
memancing ini tidak mempunyai set peraturan atau teknik
yang perlu diikuti, tetapi ternyata dalam dunia memancing
ini terdapat beberapa jenis teknik dan petua yang boleh
digunakan. Buku ini diterbitkan khas untuk berkongsi tips
kepada pemancing-pemancing diluar sana.

12
9

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jimmy Andrew,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

13
0

Tajuk Buku : Kaedah Penanaman Jagung Berkualiti
Penulis : Ir. Purwono, M.S Rudi Hartono
Penerbit : Synergi Media
Muka Surat : 56 muka surat
No Panggilan : MAN 633.15 PUR
ISBN No : 978-967-322-092-2

Kategori Buku : Jagung, Penanaman Jagung

Jagung merupakan tanaman makanan rakyat
Malaysia yang kedua selepas padi. Negara masih lagi
mengimpot jagung kerana pengeluarannya yang belum
lagi mencukupi. Oleh itu, penanaman jagung boleh
memberikan pendapatan yang lumayan kepada para
petani. Buku ini akan menerangkan kaedah penanaman
jagung yang berkualiti serta dilengkapi dengan cara
pembungkusan, penyimpanan, pemasaran dan analisis
perusahaan.

13
1

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jimmy Andrew,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

13
2

Tajuk Buku : Kompilasi Kraf Hiasan Dapur
Penulis : Teh Rohaya Yusuf
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Muka Surat : 64 muka surat

No Panggilan : MAN 745.5 KOM
ISBN No : 978-983-124-505-7

Kategori Buku : Kraftangan, Hiasan Dalaman dan
Peralatan Dapur

Selain daripada hiasan ruang tamu, hiasan
bilik tidur dan halaman rumah, hiasan dapur juga tidak
ketinggalan untuk memastikan persekitaran rumah yang
cantik dan tersusun. Buku ini amat sesuai bagi mereka
yang baru hendak belajar atau mula memupuk minat
terhadap seni kraf. Buku ini dilengkapi dengan gambar
yang jelas dan mengikuti susunan langkah.

Buku ini menghimpunkan 28 jenis kraf
hiasan dapur untuk mencetus idea anda untuk menyusun
ruang dapur agar kelihatan lebih kemas serta cantik.

13
3

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jimmy Andrew,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

13
4

Tajuk Buku : Penternakan Ikan Tilapia Merah
Penulis : Sri Judantari, Khairuman dan Khairul Amri

Penerbit : Synergy Media
Muka Surat : 80 muka surat
No Panggilan : MAN 639.3774 SRI
ISBN No : 978-967-322-805-5
Kategori Buku : Penternakan Ikan

Tilapia Merah merupakan sejenis ikan tilapia
yang popular di Malaysia. Tilapia Merah mempunyai
proses pertumbuhan yang jauh lebih cepat, bentuk
tubuhnya relatif lebih lebar dan struktur dagingnya lebih
tebal dari talipia yang lain. Adakah anda berminat untuk
memulakan penternakan ikan tilapia merah sendiri? Anda
tidak perlu menjadi pakar untuk menternak ikan tilapia
merah ini tetapi memadai dengan mempunyai ilmu asas
dengan perancangan yang betul. Buku ini akan kongsikan
langkah-langkah untuk memulakan penternakan ikan
tilapia merah.

13
5

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jimmy Andrew,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

13
6

Tajuk : MUDAHNYA MENJEMPUT JODOH.
Panduan & Tips

Pengarang : Majer (B) Mohammad Qayyum A.
Badaruddin

Editor : Marina
Cetakan : April 2017
Terbitan : Casamas Resources SDN BHD.
No.Kelas : MAN 297.557 MUH
Aks. no: 0003722987

Semua orang mengharapkan agar menemui
dan memiliki jodoh yang baik hati, taat kepada agama,
cantik/tampan, berkemampuan menyara keluarga serta
berasal dari keluarga yang baik-baik. Pokoknya, pasangan
hidup atau jodoh itu baik dalam segala hal, seperti yang
diimpikan setiap orang.

Ramai yang gelisah dan bingung bila
memikirkan soal jodoh serta kurang yakin, apakah
jodohnya seorang yang berkeperibadian yang baik seperti
yang diimpikan atau sebaliknya. Kadang-kadang orang
memilih jodoh berdasarkan kepada dorongan cinta semata
atau melihat dia cantik dan sebagainya tanpa dapat
memikir atau mengenalpasti hal-hal lain iaitu latar
belakang dan sikap pasangan yang akan menjadi jodohnya.

13
7

Buku ini mengupas tentang jodoh dan harapan
untuk merungkaikan persoalan dalam mencari jodoh.
Diselitkan juga ayat-ayat Alquran yang yang berkaitan dengan
jodoh sebagai acuan, tentu akan menjadi solusi utama
kerisauan dan kegelisahan individu. Buku ini sangat sesuai
untuk pasangan remaja yang masih bujang tetapi merancang
untuk membina rumahtangga bersama pasangan pilihannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Rita Asing,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

13
8

TAJUK: TUBUH BADAN YANG SIHAT
PENULIS: DR. GEORGE D. PAMPLONA-ROGER

PENERBIT: EDITORIAL SAFELIZ
CETAKAH: EDISI MELAYU PERTAMA, JULAI 2018

NO.KLAS: MAN 613 PAM
AKS. NO: 0003724878

Tubuh Badan Yang Sihat mempamerkan

nilai tubuh badan manusia yang luar biasa, menjelaskan

fungsi setiap bahagian badan dan setiap organ dan

memberikan nasihat berharga untuk menjaga tubuh badan

agar tetap sihat dan dalam keadaan fizikal yang baik.

Tubuh Badan Yang Sihat ialah ringkasan

perubatan pencegahan yang ditulis untuk mereka yang

ingin menjaga tubuh badan mereka dengan baik; manual

penyalanggaraan yang benar untuk mesin yang paling

kompless dan berkesan antara semua.

Untuk mencapai matlamat ini, penulis buku

ini memberikan penjelasan yang jelas dan praktikal dalam

memberikan penjagaan yang diperlukan untuk

mengekalkan kesihatan setiap orang. Untuk tujuan

mendidik, maka penulis menggunakan pendekatan

penjagaan badan dengan merujuk kepada setiap organ dan

sistem. Dengan kata lain, buku ini mengandungi nasihat-

nasihat tentang penjagaan kesihatan dan praktikal untuk

menjangkau kesihatan tubuh badan. 13
9

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Rita Asing,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

14
0

Tajuk Buku : Kursus Kejurulatihan Belia
Pengarang : Check Mat

Penerbit : Utusan publication & Distributors SDN BHD
Muka Surat : 203 Muka Surat

No Panggilan : MAN 305.235068 CHE
ISBN No : 967-61-1580-0
Harga Buku : Rm20.00

Buku yang bertajuk Kursus Kejurulatihan
Belia tulisan Check Mat menarik untuk
dibaca.Menghuraikan tentang kepentingan dan amalan
kejurulatihan dalam kerja-kerja sosial.

Modul buku ini menampilkan kekuatan dan
kelemahan yang akan membawa impak terhadap
perkembangan dan kecemerlangan organisasi sosial.setiap
pembaca akan dibimbing secara sistematik dalam
menyemarakkan semangat perjuangan dalam kejurulatihan

14
1

Menerusi kepada pembacaan bahan ini akan
dapat mengenalpasti kekuatan,kelemahan dan potensi diri serta
dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk mencapai
kejayaan yang lebih tinggi.Selain itu,berupaya membentuk
pelan tindakan untuk diri sendiri serta organisasi secara
praktikalnya dalam melaksanakan program latihan
kejurulatihan belia.Bimbingan serta panduan dalam pengurusan
mampu merealisasikan kejurulatihan belia.

Bahan ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan
masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

14
2

Tajuk Buku: The Building Of The North Borneo Railway
And The Founding Of Jesselton
Penulis : Ross Ibbotson

Penerbit: Kota Kinabalu : Opus Publications, Kota
Kinabalu,

Sabah. 2018.
MukaSurat: 536
No Panggilan: LHC 959.521 IBB
ISBN No: 978-983-3987-61-0
Kategori Buku: Sejarah dan mempunyai ilustrasi

Buku bertajuk - The Building of North

Borneo Railway and the Founding of Jesselton - ditulis

oleh Ross Ibbotson, sejarawan Inggeris yang telah tinggal

di Sabah selama lebih kurang 50 tahun. Kereta Api Borneo

Utara dan bandar Jesselton (sekarang dikenali sebagai

Kota Kinabalu), telah dihubungkan sejak awal beroperasi

pada tahun-tahun terakhir abad ke-19. Kedua-dua Kereta

Api Borneo Utara dan bandar Jesselton wujud kerana

inspirasi dan keberadaan William Clark Cowie, yang

terpilih ke Mahkamah Syarikat Borneo Utara Inggeris

pada tahun 1894, menjadi pengarah urusan pada tahun

1897 dan kemudian dipilih sebagai Pengerusi sejurus
14
sebelum kematiannya di 1910. 3

Dengan tepat, dua bab pertama dalam buku ini

merangkumi pengembaraan awal Cowie di Timur Jauh dan

kebangkitannya di Syarikat Borneo Utara British. William

Clark Cowie adalah seorang jurutera, pelaut, dan ahli

perniagaan dari Scotland yang membantu menubuhkan British

North Borneo dan merupakan Pengerusi Syarikat British North

Borneo.

Cita-citanya untuk membina landasan kereta api

sama dengan obsesi dan buku ini mencatat bagaimana Cowie

benar-benar mengabaikan kritikan atau nasihat dari

pegawainya di Borneo dan dengan kejam menyingkirkan

sesiapa yang menghalangnya.

Keretapi Borneo Utara dan bandar Jesselton

telah dihubungkan sejak awal mereka beroperasi pada tahun-

tahun terakhir abad ke-19. Menyedari bahawa landasan kereta

api Pantai Barat di Weston benar-benar tidak sesuai untuk

dibangunkan sebagai pelabuhan, setelah beberapa jalan keluar

yang salah, tapak bandar yang akan dipanggil Jesselton dipilih,

dan kontrak yang diberikan untuk memperluas landasan kereta

api ke utara untuk menghubungkan yang baru bandar yang

pada masa itu diramalkan menjadi rangkaian kereta api Trans-

Borneo.

Buku ini menerangkan perincian teknikal

bagaimana kesukaran kejuruteraan kereta api diatasi dan

memperlihatkan politik syarikat dalaman yang luar biasa yang

merosakkan fasa pembinaan awal dari awal projek. Ini meliputi

pembangunan kota Jesselton, pembangunan infrastruktur, dan

hampir keseluruhan kehancuran yang dideritanya pada akhir

Perang Dunia II. Kesan penjajahan Jepun dan Pendaratan

Bersekutu di Borneo dikaji. Buku ini ditutup dengan perincian

pembangunan semula dan pembangunan pasca perang yang

dilakukan oleh Kerajaan Kolonial dalam 18 tahun yang berlalu

dari akhir permusuhan pada tahun 1945 hingga Kemerdekaan

pada tahun 1963.Ini meliputi pengembangan kota Jesselton,

pendirian jika infrastruktur, hampir keseluruhan kehancuran

yang dideritanya pada akhir perang dunia kedua 14
4

Kandungan buku ini dirujuk dan diilustrasikan
dengan teliti dengan lebih dari 400 gambar dan peta.Buku ini
amat sesuai dijadikan sumber rujukan para pembaca dan orang
ramai untuk mendapatkan fakta sejarah berkaitan Jesselton dan
pembinaan Landasan dan Keretapi Borneo Utara.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

14
5

TAJUK BUKU : NYAMUK AEDES : PENYAKIT DAN
KAWALAN

PENULIS : MOHD POZI MOHD TAHIR
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

MUKASURAT : 188
NOMBOR KELAS : MAN 614.58852 MUH

NOMBOR AKSESEN: 0003577018
ISBN : 9789834615116

KATEGORI BUKU : KESIHATAN - PENYAKIT

Buku in dihasilkan oleh Mohd Pozi Mohd
Tahir bersama empat orang lagi rakannya iaitu Azman
Husein, Siti Rohana Mohd Yatim, Mohd Izwan Masngut
dan juga Rodiah. Mereka berkata bahawa tujuan mereka
menulis buku ini adalah untuk berkongsi ilmu, kemahiran
dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkaitan
dengan nyamuk vektor spesis Aedes, penyakit dan cara
untuk mengawalnya supaya dapat menjadi panduan dan
bimbingan kepada para pembaca. Vektor didefinisikan
sebagai organisma yang membawa agen penyebab
penyakit dalam memindahkannya dari satu rumah ke
perumah yang laini. Buku ini mengandungi tujuh bab.

14
6

Pada bab yang pertama, penulis

membincangkan pengurusan vektor, spesis vektor dan agen

penyakit. Di bab ini penulis membincangkan pengelasan vektor

seperti sepsis nyamuk Aedes, nyamuk Anopheles, nyamuk

Culex, nyamuk Mansonia dan juga sepsis nyamuk

Toxorhynchites. Pada bab yang kedua, nyamuk sebagai vektor

penyakit di mana penyakit bawaan vektor ini ialah penyakit

yang dijangkitkan oleh vektor kepada manusia. Vektor

mengangkut dan memindahkan patogen penyakit daripada satu

perumah ke perumah lain dan antara jenis penyakit bawaan

vektor yang popular ialah demam denggi. Pada bab 3 pula

penulis menyatakan pengelasan sepsis nyamuk Aedes

(Stegomyia) dan juga tingkah laku Aedes. Menurut penulis,

nyamuk Aedes biasanya menghisap darah pada waktu siang

terutamanya pada awal pagi dan lewat petang. Di bab yang

keempat pula lebih merujuk kepada demam denggi. Demam

denggi berlaku disebabkan oleh jangkitan virus febril yang

boleh menyebabkan demam secara akut. Terdapat dua jenis

demam denggi iaitu demam denggi dan demam denggi

berdarah (DDB). DBB merupakan sejenis penyakit endemik

yang serius. Seterusnya bab 5 iaitu lebih menekankan tentang

demam kuning. Menurut penulis pada masa kini kes penyakit

demam kuning ini masih sifar di negara kita. Demam kuning

boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu demam kuning

jenis bandar atau kampung dan demam kuning jenis hutan

(Slyvan).

Di bab yang keenam pula lebih memfokuskan

kepada demam chikungunya yang mana penyakit ini

merupakan penyakit yang juga disebabkan oleh virus daripada

gigitan nyamuk Aedes. Di bab yang terakhir iaitu bab ketujuh
langkah – langkah kawalan dan pencegahan penyakit bawaan

nyamuk Aedes ini boleh dicegah dengan adanya kerjasama

daripada masyarakat setempat iaitu seperti membuang dan

memusnahkan takungan air yang tidak berguna, menggunakan

penutup yang ketat untuk bekas takungan air,pemantauan dan

kerja pembersihan di tanah terbiar, tapak pembinaan,tanah

perkuburan, sekolah, stesen pengangkutan dan pasar basah. 14
7

Penulis mengongsikan langkah – langkah ini
berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh individu yang
tertentu dalam mencegah pembiakan atau penularan penyakit
bawaan nyamuk Aedes ini.

Secara keseluruhan, buku ini memberikan
manfaat kepada para pembaca dalam meningkatkan lagi
pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan nyamuk Aedes
kerana penyakit bawaan nyamuk Aedes ini boleh meragut
nyawa seseorang itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

14
8

TAJUK BUKU : Kesepaduan Iman & Amal Salih
PENGARANG : Prof. Dr. Hamka

PENERBIT : Shah Alam: Pustaka Dini, 2003.
MUKASURAT : 198

ACC NUMBER : B02963556C
ISBN NO : 9789839422535
HARGA : RM16.50

JENIS BUKU : Iman (Islam) (MAN297.22HAM)

Buku “Kesepaduan Iman dan Amal Salih”
ini pada mulanya bertajuk “Iman dan Amal Salih”, adalah
salah satu himpunan karya Prof. Dr. Hamka yang diterbit
secara bersiri dalam Majalah Al-Islam dan juga
mengandungi siri ceramah Allahyarham.

Hubungan di antara Iman dengan amal,
adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita
percaya kepada Allah tentu kita cinta kepada-Nya, tentu
kita sudi berkorban menuruti apa yang terpakai dalam
alam ini, adalah cinta palsu. Apatah lagi terhadap Allah,
nescaya iman palsu, Islam palsu.

14
9

Memperakui diri seorang Islam padahal tidak

mengerjakan solat lima waktu, cubalah fikirkan, betulkah

pengakuan itu? Mendakwa diri seorang Islam, padahal enggan

mengeluarkan zakat? Sebab apa? Apakah lantaran merasa

bahawa harta itu bukan pemberian Tuhan? Mengakui diri

seorang Islam, tetapi tidak melakukan puasa dibulan

Ramadhan. Apakah penyebabnya?

Anda hendak berjuang, menegakkan cita-cita

Islam, dalam masyarakat, dalam negara, ekonomi, politik dan

sebagainya, padahal solat lima waktu anda tinggalkan. Ini

petanda rumah yang hendak anda bina itu, anda tegakkan di

atas tiang yang lapuk, rapuh. Atau anda mendirikan rumah

tidak memakai tiang. Maka selamanya rumah itu tidak akan

tegak. Rumah baru berdiri, apabila dimulai dari sendinya.

Demikian pula dalam beragama, harus dimulai

dari sendinya. Jika tidak, petanda bahawa pengakuan belum

betul, kepercayaan belum betul, maknanya iman belum ada.

Kalau iman belum ada, nescaya Islam pun belum ada. Cubalah

tanyai hati sendiri. Apakah beratnya mengerjakan perintah?

Kelompok yang secara asasnya menganggap bahawa agama

adalah urusan peribadi akhirnya menoktahkan bahawa

Sekularisme (fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama

dalam kehidupan) adalah panduan kehidupan yang terbaik

untuk dilakukan justeru ia menjamin hak asasi manusia dan

sekaligus mempertahankan nilai-nilai kebebasan yang menjadi

harapan dan cita-cita sekalian manusia.

Disinilah bentuk kekeliruan yang terbesar yang

dihadapi oleh umat Islam masa kini dan perosak kepada

pemikiran ini pula ialah golongan Islam Liberal yang sering

mendabik dada kononnya pejuang tulen Islam yang mesti

disokong oleh mereka yang berfikiran dan berpendidikan

moden.

Dalam buku ini Allahyarham menjawab segala

kekeliruan dan kesalahfahaman ini secara menyeluruh

sekaligus memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada

mereka yang mengalami gejala kekecewaan seperti yang

disebutkan. 15
0


Click to View FlipBook Version