51
52
Hakcipta terpelihara.
© Muhammad Syukri Salleh, 2021
eISBN xxxxxxxxxxx
Kredit imej kulit depan: Pixabay
KEMISKINAN DAN
KEKAYAAN ZAMAN
RASULULLAH S.A.W
Muhammad Syukri Salleh
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
2021
Dedikasi untuk
MUHAMMAD TAARIQ
Image credit: freepik.com
SINOPSIS
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang
Seringnya kemiskinan disamakan dengan
kemunduran, manakala kekayaan disamakan dengan
pembangunan. Pada zaman Rasulullah s.a.w., kedua-
dua golongan miskin dan kaya wujud iring-mengiringi.
Malah ada orang miskin seperti Sha’labah bin Hatib
yang mahu kaya tetapi tidak begitu direstui Rasulullah
s.a.w., manakala ada orang kaya seperti Sayyidina
Abdul Rahman bin ‘Auf yang mahu miskin juga tidak
dibenarkan Rasulullah s.a.w. Apakah ini bererti
Rasulullah s.a.w. mencampur-adukkan antara
kemiskinan dengan kekayaan dan oleh itu antara
kemunduran dengan pembangunan? Buku ini cuba
mencari jawapan kepada persoalan ini.
LATAR KISAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang
Setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, penulisan dan
penerbitan buku ini dapat direalisasikan, Alhamdulillah.
Buku ini merupakan catatan penemuan kajian
tentang kemiskinan dari perspektif Islam yang saya
lakukan pada tahun 2000. Kajian ini dilakukan di bawah
Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP),
sebelum projek ini dinaik taraf ke Pusat
Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) yang dinamakan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV) seperti yang ada sekarang, di Universiti Sains
Malaysia.
Saya membuat kajian dan menulis tentang
perkara ini pada tahun 2000 tersebut khusus bagi
memenuhi jemputan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang untuk membentangkan satu kertaskerja
di konferens yang mereka anjurkan bersama dengan
IDMP. Kajian dan pembentangan tersebut akhirnya
menghasilkan sebuah buku saya bertajuk
Pembangunan Zaman Rasulullah s.a.w: Antara
Kemiskinan dan Kekayaaan (2000), Alhamdulillah.
Buku inilah yang menjadi asas kepada buku yang
ada di tangan anda sekarang, setelah saya semak
semula dan memperkemaskan dengan sebaiknya.
Asas kepada buku ini boleh dikatakan sudah agak
lama, tetapi keinginan saya untuk menerbitkannya
semula dalam bentuk e-book ini adalah sangat kuat
kerana lima keyakinan berikut.
Pertama, fakta-fakta yang dibincangkan dalam
buku asal ini merupakan hakikat sejarah yang tidak
pernah berubah.
Kedua, fakta-fakta ini boleh menjadi asas kepada
formulasi pengurusan kemiskinan secara Islam
sepanjang zaman.
Ketiga, fakta-fakta ini boleh dimanfaatkan secara
berterusan oleh para pelajar, pengkaji, pengamal, dan
mereka yang berminat dalam menyelesaikan masalah
kemiskinan sekarang dan masa depan.
Keempat, fakta-fakta ini perlu didokumentasi
secara lebih lestari dan mudah difahami dalam bentuk
e-book ini, untuk faedah generasi sekarang dan yang
akan datang.
Kelima, fakta-fakta yang diterbitkan semula ini
juga boleh menjadi peluang kepada saya
mengharapkan keredhaan (mardhatillah) Allah SWT
kerana memenuhi permintaan mereka yang tercari-cari
buku asal yang telah lama kehabisan stok.
Sebenarnya, walaupun buku ini berasaskan
kepada kajian saya pada tahun 2000, tetapi persoalan
tentang kemiskinan dari perspektif Islam ini telah mula
saya kaji sejak 1994 lagi, yakni enam tahun sebelum
Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
menjemput saya. Kajian sebegini berterusan
sehinggalah sekarang.
Ketika saya memulakannya pada tahun 1994 itu,
wacana tentang kemiskinan dari perspektif Islam
adalah agak asing bagi kebanyakan sarjana. Apabila
saya pertama kali membentangkan kertaskerja tentang
perkara ini di satu konferens pada tahun 1994 tersebut,
saya mendapat reaksi yang agak mencabar. Seorang
peserta bangun mengatakan bahawa hujah saya
adalah anti-climax, manakala pengerusi sidang
tersebut tidak membenarkan saya menjawab langsung
soalan-soalan yang ditujukan kepada saya. Beliau
tidak membenarkan saya bercakap walaupun sepatah.
Beliau seolah-olah mengabaikan saya.
Saya akui memang benar hujah saya bersifat anti-
climax kerana sangat berlainan daripada kaedah
konvensional-sekular yang mereka bincangkan
sepanjang konferens tersebut. Kebetulan
pembentangan saya adalah antara yang terakhir. Jika
mereka mahu membincangkan hujah Islam saya, atau
pun setidak-tidaknya melayan apa yang saya cuba
kemukakan, ia akan membawa kepada sekurang-
kurangnya tiga implikasi.
Pertama, mereka terpaksa memulakan semula
perbincangan tentang kemiskinan ini dari perspektif
yang berbeza daripada apa yang telah mereka bincang
sebelum itu. Kedua, perbincangan tentang hujah saya
pula tentulah memakan masa yang panjang. Dan
ketiga, apa yang mereka telah perbincangkan dengan
lama dan mendalam sebelum pembentangan saya itu
mungkin menjadi sia-sia.
Oleh kerana rasionaliti yang sedemikianlah
agaknya, Allah SWT mengurniakan ketenangan
kepada saya berdepan dengan layanan yang
sedemikian. Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT
kerana melindungi saya daripada rasa marah, rasa
kecewa, dan rasa kecil hati, walaupun saya masih
berdarah muda dengan semangat juang yang agak
kental pada masa itu.
Sebaliknya, Allah SWT memandu saya
mendengar dan menerima sebaiknya soalan dan
pendapat para peserta, untuk kemudiannya saya
jawab dan perkemaskan hujah saya dalam penerbitan-
penerbitan dan pembentangan-pembentangan yang
lain selepas itu. Saya akur dengan sekatan pengerusi,
malah memaafkan mereka semua, walaupun
konferens tersebut merupakan konferens yang
mengenakan bayaran partisipasi. Dengan bayaran
tersebut, sepatutnya setiap pembentang mempunyai
hak untuk bercakap dan menjawab semua persoalan.
Tetapi perkara itu semua tidak saya ambilkira.
Sebaliknya saya sangat bersyukur kepada Allah SWT
kerana menyelamatkan saya daripada godaan syaitan
dan daripada sifat-sifat buruk (mazmuumah) seperti
marah dan pendendam saya sendiri, Alhamdulillah.
Malah bila mengenangkan kembali pengalaman
tersebut sekarang, saya merasa kasihan kepada
mereka semua kerana terpengaruh dengan kaedah
western ethno-centric yang menjadi kaedah dominan di
seluruh dunia ketika itu, dan tambah-tambah lagi
kerana mereka tidak menyedari akan adanya kaedah
mengurus kemiskinan secara Islam. Saya berdoa
semoga Allah SWT mengampunkan mereka, dan
berharap semoga sekarang ini mereka semua sudah
pun Allah SWT kurniakan taufik dan hidayah untuk
mengatasi masalah kemiskinan secara Islam, Insya-
Allah.
Itulah pengalaman saya ketika pertama kali
membentangkan tentang kemiskinan dari perspektif
Islam kepada khalayak ramai. Konferens itu juga
merupakan pengalaman pertama saya berpartisipasi
dalam konferens yang mengenakan bayaran. Sebelum
itu, partisipasi dalam kesemua konferens adalah
percuma. Sekitar tahun 1994 itulah, seingat saya,
kesemua konferens beransur-ansur mengenakan
bayaran sehingga ia boleh menjadi satu sumber
pendapatan penganjur yang agak lumayan, sehingga
sekarang.
Secara peribadi, saya tidak begitu setuju dengan
cara konferens bayaran yang sedemikian. Bagi saya,
seeloknya wacana akademik biarlah berlaku dengan
percuma tanpa unsur-unsur komersil, tambah-tambah
lagi jika wacana akademik tersebut membincangkan
tentang kemiskinan. Tentulah tidak patut mencari
keuntungan atas nama kemiskinan.
Atas kesedaran ini, saya pernah cuba
menganjurkan bengkel dan konferens tahunan ISDEV
secara percuma bagi pelajar-pelajar dan warga ISDEV,
manakala bagi peserta dari luar ISDEV dikenakan
bayaran minima untuk menanggung kos asas sahaja.
Penganjuran sedemikian dilakukan setiap tahun
melalui dua pertemuan akademik tahunan ISDEV.
Pertama, melalui ISDEV Graduate Workshop
(INGRAW) yang dianjurkan khusus untuk pelajar-
pelajar Ijazah Tinggi dari seluruh dunia. Kedua, melalui
ISDEV International Islamic Development
Management Conference (IDMAC) yang dianjurkan
khusus untuk memberi peluang kepada penyelidik-
penyelidik dari seluruh dunia membentangkan
penemuan-penemuan penyelidikan terbaru mereka.
Pada tahun 2021 ini, INGRAW telah masuk kepada kali
yang ke-15. IDMAC pula, pada tahun 2019, telah
masuk kepada kali yang ke-14.
Namun begitu, amalan tidak mengenakan
bayaran kepada warga ISDEV dan mengenakan
bayaran minima kepada peserta bukan warga ISDEV
ini malangnya tidak boleh berpanjangan. Rupanya ia
tidak sesuai dengan kehendak dan ukuran otoriti dan
tidak menguntungkan institusi penganjur. Pertemuan-
pertemuan akademik seperti itu tidak mampu menjana
pendapatan dan oleh itu tidak boleh mendapat markah
bagi Indeks Prestasi Utama (KPI) ISDEV dan
Universiti. Ia tidak selari dengan penganjuran arus
perdana konferens-konferens yang lain.
ISDEV terpaksa akur dengan amalan dominan
yang dilakukan oleh hampir kesemua penganjur
konferens sekarang, termasuk sesetengah konferens
maya (online atau webinar) yang telah mula
mengenakan bayaran walaupun penganjurannya
tidaklah melibatkan banyak perbelanjaan.
Dalam keadaan demikian pun, dalam hati saya,
dan saya pasti dalam hati teman-teman lain di ISDEV
juga, masih tertanam rasa ingin bebaskan ilmu
daripada bersifat komersil. Saya sangat cenderung
membuka peluang seluasnya kepada wacana ilmu
secara percuma. Caranya boleh difikirkan dari satu
masa ke satu masa sesuai dengan waktu dan suasana,
agar pertemuan-pertemuan akademik tersebut boleh
memenuhi kedua-dua tujuan, yakni partisipasi peserta
secara percuma, dan mendapat markah KPI bagi
ISDEV dan Universiti.
Saya yakin dengan niat yang baik begitu, Allah
SWT pasti menunjukkan jalan-Nya, Insya-Allah. Antara
jalan tersebut barangkali ialah dengan mencari penaja
yang boleh menanggung bayaran setiap peserta,
seperti penaja biasiswa atau fellowship. Penajaan
tersebut boleh dikira sebagai pendapatan daripada
pertemuan-pertemuan akademik tersebut. Walaupun
jalan-jalan tersebut belum Allah SWT tunjukkan lagi,
saya pasti Allah SWT telah pun menilai niat tersebut
sebagai satu ibadah, Insya-Allah.
Sedikit sebanyak pengalaman dan kefahaman
saya tentang kemiskinan sebelum tahun 2000 itu
tentunya mempengaruhi idea-idea dalam buku asal
saya tersebut. Dan dalam buku yang ada di tangan
anda sekarang ini pula, ia juga dipengaruhi oleh kedua-
dua pengalaman dan kefahaman saya tentang
kemiskinan dari perspektif Islam sebelum dan juga
selepas tahun 2000.
Kajian-kajian saya sebelum dan selepas tahun
2000 itu, dengan izin dan kasih sayang Allah SWT,
telah dapat saya nukilkan dalam bentuk penerbitan-
penerbitan dan sampaikan dalam bentuk syarahan-
syarahan di pertemuan-pertemuan akademik,
Alhamdulillah.
Tajuk-tajuk penerbitan dan syarahan tersebut
ialah Kemiskinan dan Pembangunan: Berfikir Semula
Secara Islam (1994), The Poor People’s Perception of
Poverty and Its Implications on the Realization of Islamic
Development in Kelantan, Malaysia (1997, bersama
Osman Md Yusoff), Islam dan Kemiskinan (1999),
Kemiskinan dan Pembangunan Insan (2001),
Menangani Kemiskinan Secara Islam (2004),
Kemiskinan dan Zakat: Satu Catatan Teoritis (2005a),
Kemiskinan dan Zakat Masakini (2005b), Merenung
Semula Tentang Kemiskinan (2007a), dan
Penyelesaian Kemiskinan (2007b).
Berikutan itu, dalam tahun 2010, dengan rahmat
dan kasih sayang Allah SWT, saya telah dilantik
sebagai Sarjana Pelawat (Visiting Scholar) oleh Islamic
Research and Training Institute (IRTI) di Bank
Pembangunan Islam (IDB), Jeddah, Arab Saudi.
Pelantikan ini memberi peluang yang luas kepada saya
untuk menyambung kajian saya tentang pengurusan
kemiskinan secara Islam yang telah saya tekuni
sebelum ini.
Lanjutan daripada kajian tersebut Allah SWT
Alhamdulillah mengizinkan saya menghasilkan
beberapa penerbitan dan syarahan lagi tentang
pengurusan kemiskinan secara Islam. Penerbitan-
penerbitan tersebut ialah Spirituality and the New Form
of Poverty Management (2013), Pembasmian
Kemiskinan Melalui Pemerkasaan Pendidikan Ummah
(2014a), Pendidikan dan Pembasmian Kemiskinan
Melalui Zakat (2014b), Mengurus Kemiskinan Melalui
Zakat: Tiga Realiti Semasa (2014c), Concepts in
Islamic Economics Revisited: The Case of Poverty
(2015a), An Islamic Approach to Poverty Management:
The Ban Nua Way (2015b), dan Contemporary Vision
of Poverty and Islamic Strategy for Poverty Alleviation
(2017).
Penghasilan tulisan-tulisan dan syarahan-
syarahan di atas juga sebenarnya berasaskan kepada
pengalaman-pengalaman praktikal saya secara
khususnya dan ISDEV secara amnya di peringkat akar
umbi.
Selain daripada penyelidikan tentang kemiskinan,
kami di ISDEV juga terlibat dengan meneliti, belajar
dan membantu pembangunan perkampongan secara
Islam di perkampongan Ban Nua, Thailand dan
pembangunan sosio-akademik asnaf di Pulau Pinang,
Malaysia.
Projek kami di perkampongan Ban Nua Thailand
bermula pada tahun 2011. Selepas itu, setiap tahun
sehinggalah ke tahun 2015, kami berkunjung ke sana.
Jumlah kunjungan kami ialah sebanyak enam kali
semuanya, dengan ahli rombongan antara 40 hingga
66 orang. Cuma ketika mengendalikan Kem Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris pada tahun 2013 untuk
pelajar-pelajar Ban Nua selama dua minggu sahaja
rombongan kami berjumlah 13 orang. Kunjungan-
kunjungan yang lain melebih 40 orang. Semua ini kami
lakukan di bawah projek yang kami namakan Makmal
Sosio-Akademik Ban Nua (MASA@Ban Nua) di bawah
anjuran pelajar-pelajar Sarjana kami, untuk memenuhi
keperluan kursus SIW 505 Epistemologi dan Tasawwur
Islam mereka.
2011 – 52 orang
2012- 40 delegates
2013 April – 13 orang (Kem Bahasa Melayu dan
Inggeris) – 2 minggu
2013 november –
2014 – 41 orang
2015 – 66 orang
Kami tertarik dengan perkampongan Ban Nua ini
kerana kaedah pembangunan Islamnya adalah
menarik sekali. Kaedahnya bersifat berdikari (self-
reliant), mandiri (self-contained), inisiatif popular di
peringkat akar-umbi (grassroots popular initiatives),
aplikasi kearifan tempatan (local knowledge), dan
berteraskan kepada ajaran agama Islam yang
diamalkan secara bertahap-tahap.
Mula-mula sekali, Imam mereka Dr Wisoot
Binlateh atau dikenali dengan Dr Tobrani, menanam
amalan bersolat, kemudian solat berjemaah, kemudian
mendirikan masjid secara kolektif untuk melaksanakan
solat Jemaah tersebut, kemudian menunaikan zakat
dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk menjadi
pembayar zakat (muzakki) dan mengelak daripada
menjadi penerima zakat (mustahik atau asnaf),
kemudian menggunakan zakat untuk manfaat
mustahik atau asnaf, kemudian membina sekolah
mereka sendiri, kemudian membina koperasi dan
perniagaan, dan kemudian membina inap desa
(homestay) bagi para pengunjung yang datang mahu
melihat dan belajar daripada kejayaan komuniti Ban
Nua ini.
Kami meneliti, belajar dan membantu
pembangunan perkampongan Ban Nua ini semua di
bawah projek Makmal Sosio-Akademik ISDEV
(MASA@Ban Nua), sebagai memenuhi keperluan
kursus Tasawwur dan Epistemologi Islam pelajar-
pelajar Sarjana ISDEV.
Projek tahunan di perkampongan Ban Nua ini
telah menghasilkan beberapa disertasi Sarjana dan
penerbitan akademik. Antara disertasi tersebut adalah
yang bertajuk Dinamisme Pengagihan Zakat Produktif:
Kajian Kes di Ban Nua, Thailand (Wafdi Auni bin
Mohamed, 2013), Pembiayaan Islam Dalam Koperasi
Masjid: Kes Di Ban Nua, Thailand (Mohd Hanif
Hazahari, 2013), Pelaksanaan Pembangunan Dalam
Komuniti Islam, Ban Nua, Hatyai, Thailand: Analisis
Berdasarkan Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam
(Abdul Malik bin Ramli, 2015), Sambutan Takaful
Daripada Pengguna Bukan Muslim Ban Nua, Thailand
(Mohammad Syukri Jalil, 2016), dan Amalan Pelaku
Pembangunan Berteraskan islam: Kajian di Komuniti
Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand (Rabiatul ‘Adawiyah
Usman Hasan, 2018).
Antara penerbitan pula ialah bertajuk
Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian
Kes Komuniti Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand (Mohd
Shukri Hanapi, 2014), An Islamic Approach to Poverty
Management: The Ban Nua Way (Muhammad Syukri
Salleh, 2015b), The Development Worldview of the Ban
Nua Community in Hatyai, Thailand (Mohd Shukri
Hanapi, 2016),
ARTIKEL JURNAL
Mohd Shukri Hanapi (2014). “Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan
Islam: Kajian Kes Komuniti Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand (The
Implementation of Islamic-Based Development: A Case Study in Ban Nua
Muslim Community, Hatyai, Thailand)”, Journal of Techno Social, Issue
on Society, Technology and Governance, Vol. 5, No. 1, July 2014,
Refereed Journal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Press,
ISSN 1985-9740, p. 59-70. (National)
Mohd Shukri Hanapi (2016). “The Development Worldview of the Ban Nua
Community in Hatyai, Thailand”, The Social Sciences, Vol. 11, Issue 13,
Medwell Publishing, ISSN: 18185800, 19936125 DOI: 10.3923/sscience. 2016.
3279-3285, p. 3279-3285. (International) (SCOPUS-Indexed)
BAB DALAM BUKU
Rabiatul ‘Adawiyah Usman Hasan & Mohd Shukri Hanapi (2020). “Amalan
Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian Komuniti Islam Ban Nua,
Hatyai, Thailand” in Nibondh Tipsrinimit, Khairul Azman Mohamad Suhaimy,
Abdul Razak @ Abdul Roya Panaemalae & Lutfan Jaes (eds), National
Resilience Malaysia-Thailand Perspective (Ketahanan Nasional Perspektif
Malaysia-Thailand. Pagoh, Johor: UTHM Press, p. 17-60 (ISBN: 978-967-
2389-98-9). (National)
PROSIDING
Mohd Shukri Hanapi (2014). “Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam:
Kajian Kes Komuniti Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand (Implementing Islamic-
Based Development: A Case Study of the Ban Nua Islamic Community in
Hatyai, Thailand)” in Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan
2014 – Kenegaraan, Hubungan Etnik dan Komuniti, Vol. 1. Batu Pahat, Johor:
Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), p. 41-53 (ISBN 978-
967-0468-75-4). (National)
Mohd Shukri Hanapi (2016). Acuan Pembangunan Komuniti Islam Ban Nua,
Hatyai, Thailand, in 2nd International Social Development Conference
Proceedings. Sintok, Kedah: School of Applied Psychology, Social Work and
Policy, p. 642-650 (ISBN 978-967-0876-91-7). (National)
KERTAS KERJA
Mohd Shukri Hanapi (2014). “Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam:
Kajian Kes Komuniti Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand (Implementing Islamic-
Based Development: A Case Study of the Ban Nua Islamic Community in
Hatyai, Thailand)”, paper presented at Persidangan Antarabangsa Kelestarian
Insan 2014 (INSAN2014) (International Conference on Human Sustainability),
organised by Faculty of Science, Technology and Human Development,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) with the cooperation of The
Ministry of Women, Family and Community Development; Institute of Social
Malaysia; Malaysian Institute of Integrity; and Department of National Unity,
Prime Minister's Department, at Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM, Batu
Pahat, Johor, 9-10 April. (International)
Mohd Shukri Hanapi (2016). “Acuan Pembangunan Komuniti Islam Ban Nua,
Hatyai, Thailand (The Development Mould of the Ban Nua Community in
Hatyai, Thailand)”, paper presented at International Social Development
Conference (ICDC2016), organised by School of Applied Psychology, Social
Work and Policy, Universiti Utara Malaysia (UUM), at Bayview Hotel,
Langkawi, Kedah Darul Aman, 17-18 August. (International)
ARTIKEL POPULAR
Mohd Shukri Hanapi (2019). “Pembangunan Komuniti Islam Ban Nua”, Dewan
Tamadun Islam, Mei, Vol. 5, ISSN 2289-2893. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), p. 36-39.
Pada tahun 2011, ISDEV menjemput Dr Tobrani
sendiri menyampaikan Ucaputama bertajuk An Islamic
Grassroot Approach to Asset Management: The Ban
Nua Experience" di IDMAC2011 anjuran ISDEV 5th
ISDEV International Islamic Development
Management Conference (IDMAC2011), 13-14
Disember 2011.
Di Malaysia pula, ISDEV terlibat membantu
pembangunan asnaf bandar dengan kerjasama Zakat
Pulau Pinang di bawah projek Makmal Sosio-Akademik
ISDEV Sungai Nibong (MASA@SungaiNibong). Projek
ini berasal daripada keyakinan saya bahawa tidak
cukup merubah kehidupan para asnaf dengan hanya
bantuan material dan hanya ingin merubah sikap
mereka. Sebaliknya saya percaya perubahan itu mesti
melibatkan perubahan sub-budaya asnaf berasaskan
kepada pembangunan spiritual mereka. Untuk
merubah sub-budaya ini, para asnaf tersebut mesti
dikumpulkan di satu Kawasan. Kalau di negeri-negeri
yang mempunyai banyak tanah seperti Pahang dan
Kelantan, asnaf-asnaf zakat di kumpulksn di dalam
satu perkampongan. Tetapi di Pulau Pinang cara
sedemikian tidak dapat dilakukan kerana tanahnya
kurang dan mahal. Yang ada hanyalah apartment.
MNAINPP berminat dengan idea ini da nmeminta
kami di ISDEv melaksanakannya di Sungai Nibong,
dengan Kerjasama Zakat Pulau Pinang.
Kedua-dua projek ini memberi peluang yang
sangat luas secara praktikal dan hands-on untuk kami
mengaplikasi dan menilai kebenaran teori-teori
pengurusan kemiskinan secara Islam yang kami bina
di ISDEV.
Kajian tentang kemiskinan sebenarnya bukanlah
satu perkara baru. Ia telah banyak dilakukan oleh
pelbagai pihak. Malah ada penulis yang sanggup
menciplak penerbitan-penerbitan orang lain untuk
menghasilkan penerbitan-penerbitan tentang
kemiskinan.
Perkara sedemikian pernah terjadi kepada
penerbitan saya sendiri. Pada tahun 2005, buku
Pembangunan Zaman Rasulullah s.a.w: Antara
Kemiskinan dan Kekayaan saya telah diciplak. Menurut
Buku saya yang diciplak dalam tahun 2005
penerbit yang menerbitkan buku ciplak tersebut,
penciplak adalah seseorang dari negara jiran yang
datang merayu agar manuskrip tersebut diterbitkan
untuk menampung biaya beliau belajar di sebuah
universiti di Malaysia. Katanya penciplak itu datang ke
pejabat penerbit tersebut dengan membawa isteri dan
beberapa orang anak yang nampak semacam miskin
dan tidak terurus pakaian mereka.
Lucunya, buku ini dihadiahkan kepada saya
sebagai hadiah Hari Bapa oleh isteri, anak-anak dan
seorang pelajar PhD saya sendiri. Mereka berpakat
membeli hadiah tersebut kerana mereka tahu saya
berminat mengkaji tentang kemiskinan, tetapi tidak
tahu bahawa bab 1 hingga bab 7 di dalam buku
tersebut diciplak terus daripada buku saya.
Saya agak terkejut membaca buku tersebut,
manakala teman saya dari negara yang sama dengan
penciplak menawarkan diri untuk mencari penciplak
tersebut dan “mengajarnya”. Saya menahan teman
tersebut daripada melakukan sedemikian. Saya
percaya penciplak tersebut betul-betul miskin seperti
diceritakan oleh penerbit, manakala saya pula sedar
saya sendiri telah menggunakan banyak masa
membuat kajian untuk menyelesaikan masalah orang
miskin. Kenapa bila Allah SWT kirimkan orang miskin
seperti penciplak ini maka saya mesti mengambil
tindakan ke atasnya, sedangkan sepatutnya saya
membantu beliau? Penciplak ini mungkin sangat
terdesak sehingga melakukan penciplakan tersebut.
Jadi saya memaaf dan menghalalkan penciplak
tersebut. Jika benar beliau terdesak memerlukan dana
untuk pengajian, maka dengan memaaf dan
menghalalkannya saya berharap mendapat pahala
bersedekah dan pahala meringankan beban beliau.
Jika tidak benar, saya mendapat pahala
memaafkannya dan pahala menyelamatkan beliau
daripada memakan sumber yang tidak halal, Insya-
Allah. Saya bimbang jika saya tidak memaaf dan
menghalalkan beliau, sedangkan beliau pula
menggunakan hasil penerbitan itu untuk makan minum
dan pengajiannya, maka ilmunya bukan sahaja tidak
berkat, tetapi segala pendapatan daripada Ijazah yang
diterimanya tidak halal sepanjang hayatnya. Lebih
daripada itu, saya cukup bimbang jika saya memarahi
dan menghukumnya, takut-takut kemarahan dan
hukuman saya itu melebihi daripada kesalahannya.
Akibatnya pastilah sangat berat di dunia dan di akhirat.
Sepatutnya saya mendapat pahala daripada ujian Allah
SWT ini, tetapi kerana sikap saya yang sedemikian itu,
saya mendapat dosa. Betapa ruginya saya.
Sifat dan kesedaran sebegini sebenarnya
merupakan sifat dan kesedaran yang diamalkan di
ISDEV. Kami diajar membuang sifat-sifat terkeji
(mazmuumah), memperbanyakkan sifat-sifat terpuji
(mahmudah), dan beramal dengan segala kebaikan
dan kecemerlangan untuk mendapat keredhaan Allah
SWT (mardhatillah).
Amalan begini cuba dipraktikkan dalam setiap
aspek kehidupan, sama ada dalam aspek kehidupan
harian, apsek kehidupan pengajaran-pembelajaran,
aspek kehidupan pekerjaan, aspek kehidupan
kekeluargaan, aspek kehidupan kejiranan, aspek
kehidupan kemasyarakatan, aspek kehidupan
kenegaraan, aspek kehidupan kesejagatan, dan dalam
semua aspek kehidupan yang lain-lain, walau sekecil
mana sekali pun.
Begitulah juga ISDEV mengajar warganya dalam
amalan penyelidikan. Dalam kes penyelidikan tentang
kemiskinan misalnya, mereka meneroka dan meneliti
isu kemiskinan dengan satu pemikiran dan perspektif
baru yang agak luarbiasa.
Dalam kajian-kajian lazim, kemiskinan biasanya dilihat
dengan kacamata prasangka dan prejudis, seolah-olah
tidak ada langsung kebaikan di dalam kemiskinan.
Kesemua kebaikan seolah-olah terkumpul dalam
kekayaan.
Tetapi di ISDEV, kemiskinan diteliti dengan adil,
dengan berbaik-sangka, dengan objektif dan dengan
terbuka. ISDEV berhasrat memahami semula erti dan
hikmah kemiskinan dengan menggali dan meneliti nas-
nas Islam, serta mengkaji dan menganalisis kewujudan
kemiskinan dalam sejarah kehidupan umat Islam,
sehingga dapat sampai kepada rumusan yang benar.
Daripada penemuan-penemuan ini, erti dan fungsi
sebenar kemiskinan diharap dapat ditemui, kumpulan
sasaran sebenar diharap dapat dikenalpasti, dan satu
model pengurusan kemiskinan secara Islam diharap
dapat dibentuki. Kesemuanya diusahakan
berlandaskan sifat-sifat terpuji (mahmudah),
seumpama adil, berbaik-sangka, objektif, dan terbuka
tadi. Inilah juga yang cuba dilakukan dalam buku ini.
Oleh kerana buku ini merupakan catatan kecil kepada
cita-cita besar yang cuba diusahakan di atas, ianya
tentulah masih banyak yang perlu ditambah dan
diperkemaskan. Saya dengan penuh rendah hati
mengalu-ngalukan sumbangan idea, komen, teguran
dan apa sahaja yang sesuai demi memenuhi usaha
memahami dan menangani persoalan kemiskinan ini
secara lebih benar.
Akhir sekali, saya sangat berharap moga-moga usaha
kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT dan diterima-
Nya sebagai ibadah dan amal jariah. Sesungguhnya
hanya kepada Allah SWT sahajalah setinggi-tinggi
kesyukuran yang layak dipersembahkan secara
mutlak.
Muhammad Syukri Salleh
ISDEV, Universiti Sains Malaysia
20 Julai 2021
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang
ISDEV secara am dan saya secara peribadi sangat
terhutang budi dan berterima kasih kepada Pejabat
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana pada tahun
2000 itu memberi tugas kepada saya untuk
menformulasi satu kefahaman tentang kemiskinan dari
perspektif Islam berdasarkan pengalaman pada zaman
Rasulullah SAW.
Saya juga merakamkan berbanyak terima kasih
kepada Islamic Research and Training Institute (IRTI)
di Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah, Arab
Saudi yang telah melantik saya menjadi Sarjana
Pelawat (Visiting Scholar) pada tahun 2010. Pelantikan
ini telah membolehkan saya membuat kajian dengan
lebih mendalam tentang pengurusan kemiskinan
secara Islam hingga membawa kepada terhasilnya
penerbitan-penerbitan dan pemikiran-pemikiran yang
telah saya senaraikan sebelum ini, termasuk juga buku
yang berada di tangan pembaca ini.
Saya juga sangat menghargai dan berterima kasih atas
kepercayaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang telah
memberi peluang kepada ISDEV menterjemahkan
teori-teori pengurusan kemiskinan secara Islam yang
kami bina di ISDEV ke atas pembangunan asnaf-asnaf
zakat bandar di bawah projek Makmal Sosio-Akademik
ISDEV di Sungai Nibong (MASA@SungaiNibong),
Pulau Pinang. Projek Kerjasama ISDEV dan ZPP ini
benar-benar memberi cabaran kepada kami di ISDEV
untuk menilai kembali apakah teori-teori kemiskinan
yang kami bina di ISDEV selama ini benar dan boleh
dipakai (workable), atau sebaliknya.
Dalam kontek ini, ISDEV scara institusi dan saya
secara peribadi juga sangat terhutang budi kepada
Komuniti Ban Nua di Thailand, khususnya kepada
ketuanya Imam Dr Tobrani (Dr Wisoot Binlateh), yang
memberi peluang kepada ISDEV dan warganya belajar
bagaimana mereka mengurus kemiskinan dan
membangun perkampongan mereka secara Islam
dengan berkesan. Melalui Makmal Sosio-Akademik
ISDEV di Ban Nua (MASA@Ban Nua), ISDEV dan
warganya sekitar pertengahan tahun-tahun 2000-an
hampir setiap tahun berkunjung ke perkampongan Ban
Nua untuk belajar dan menyumbang kepada usaha
penduduk-penduduk kampong di Ban Nua ini.
Kunjungan, pembelajaran dan sumbangan ini sangat
membantu kami membina teori-teori pengurusan
kemiskinan Islam kami dan meneliti realiti kemiskinan
dan cara mengurusnya di peringkat akar umbi
(grassroots) secara langsung (first-hand) dan praktikal
(hands-on). Alhamdulillah.
01
PENGENALAN
Adalah tidak mudah menulis tentang pembangunan
dan tentang Rasulullah s.a.w. Erti pembangunan
mengikut Islam adalah sangat luas dan holistik,
mencakupi hampir keseluruhan aspek hidup manusia.
Bercakap tentang pembangunan hampir sama dengan
bercakap tentang cara hidup manusia. Oleh kerana
Islam itu adalah cara hidup, dan Rasulullah s.a.w
adalah merupakan model utama dalam merealisasikan
cara hidup itu, maka adalah tidak mudah bagi buku
sependek ini untuk mencakupi keseluruhan perkara
yang patut dibincangkan.
Atas sebab itu buku ini mempunyai batasan. Ia hanya
mampu menumpukan skop kepada hanya salah satu
persoalan utama pembangunan, yakni kemiskinan dan
kekayaan pada zaman Rasulullah s.a.w. Ia cuba
meneliti keadaan kemiskinan dan kekayaan pada
zaman Rasulullah s.a.w, mencari interaksi antara
keduanya, dan membentuk satu kesimpulan terhadap
erti pembangunan dalam konteks kemiskinan dan
kekayaan ini.
Tetapi kenapa kemiskinan dan kekayaan?
Persoalan kemiskinan dan kekayaan ini adalah penting
kerana sekurang-kurangnya dua sebab. Pertama,
sama ada di kalangan pemikir bukan-Islam atau
pemikir Islam masakini, kemiskinan dan kekayaan
seringnya dijadikan pengukur kepada pembangunan.
Bagi hampir kesemua mereka, kemiskinan bererti
kemunduran, manakala kekayaan bererti
pembangunan. Kemiskinan oleh itu mesti dibasmi dan
kekayaan oleh itu mesti diusahakan.
Bagi mereka, kemiskinan merupakan salah satu
komponen dalam rangkaian petanda kemunduran,
selain ketidaksamarataan dan pengangguran (Dudley
Seers 1969). Ia dikatakan boleh menimbulkan
beberapa `masalah terbitan' seperti rosak aqidah,
rendah etika dan akhlak, terganggu fikiran,
memecahbelahkan keluarga, dan membahayakan
negara dan masyarakat (Surtahman Kastin Hassan
1996:75-77).
Membasmi kemiskinan oleh itu dianggap sama dengan
mempertahankan maruah (Ziaudin Ahmad 1991:13).
Kemiskinan mesti dibendung dan disekat kerana Islam
dikatakan memeranginya (Yusuf Qardhawi 1980:61).
Malah kemiskinan mesti dibunuh kerana ia boleh
menjejaskan martabat keinsanan (Siddiq Fadhil
1992:140). Oleh sebab negatifnya kemiskinan, umat
Islam mesti berkecimpung di dalam aktiviti yang boleh
melepaskan diri mereka dari kemiskinan dan
membawa mereka kepada kekayaan, seperti dengan
berkecimpung di dalam bidang ekonomi, perniagaan,
perdagangan, perindustrian dan sebagainya (Syed
Othman Al-Habshi (1993:128-129)1.
Kedua, walau pun pemikir pembangunan masa kini
mempamirkan sikap anti-miskin, sejarah membuktikan
bahawa kemiskinan dan kekayaan telah wujud iring-
mengiringi pada zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah
s.a.w sendiri tidak merestui hasrat Sha'labah bin Hatib2
yang miskin untuk menjadi kaya, manakala ahlus-
suffah3 pula dibiarkan terus tinggal dalam keadaan
miskin tanpa ditegur Rasulullah s.a.w tentang
1 Untuk perbincangan dan analisis lanjut tentang pandangan mereka ini, lihat
Muhammad Syukri Salleh 1999.
2 Cerita tentang Sha`labah bin Hatib ini akan diterangkan kemudian.
3 Ahlus-suffah adalah sekumpulan sahabat yang miskin dan tinggal beramai-ramai di
serambi Masjid Nabi. Penerangan terperinci tentang mereka akan dibuat kemudian.
kemiskinan mereka. Tetapi pada masa yang sama,
Rasulullah s.a.w mahu sahabat yang kaya seperti
Sayyidina Abdul Rahman bin `Auf terus tinggal dalam
keadaan kaya.
Kalau kemiskinan bererti kemunduran dan kekayaan
bererti pembangunan, kenapa Rasulullah s.a.w
campur-adukkan keadaan masyarakat ketika itu antara
kemiskinan dengan kekayaan, antara `kemunduran'
dengan`pembangunan'? Jawapan kepada persoalan
ini sangat menarik untuk dicari kerana masyarakat
binaan Rasulullah s.a.w adalah merupakan model
masyarakat yang mesti diikuti. Tentu ada rahsia di
sebalik sikap Rasulullah s.a.w itu. Dengan jawapan itu
dapatlah kewujudan kemiskinan dan kekayaan pada
masakini dimanfaati sepenuhnya sepertimana
dimanfaati oleh masyarakat pada zaman Rasulullah
s.a.w.
02
KEMISKINAN DAN
KEKAYAAN PADA
ZAMAN RASULULLAH
S.A.W
Sebagaimana telah disebutkan, struktur masyarakat
pada zaman Rasullallah s.a.w terbentuk oleh kedua-
dua golongan kaya dan miskin. Mereka hidup bersama,
iring-mengiringi. Sayyidina `Uthman bin Affan,
Sayyidina Abdul Rahman bin `Auf dan Abu Talhah
umpamanya mewakili golongan kaya. Rasulullah s.a.w
sendiri berserta dengan menantunya Sayyidina Ali Abu
Talib dan anaknya Siti Fatimah serta para sahabat
yang digelar ahlus-suffah mewakili golongan miskin.
Walau berbeza status dalam konteks material ini,
mereka hidup secara harmoni dan menjalankan fungsi
masing-masing, dengan sikap mereka yang unik.
Pada zaman Rasulullah s.a.w itu, golongan miskin
yang paling tertonjol ialah golongan yang dikenali
sebagai ahlus-suffah. Mereka ini terdiri dari dua
kumpulan. Pertama ialah orang-orang Muhajirin seperti
Sayyidina Abu Hurairah r.a, Sayyidina Abu Dzar Al-
Ghafiri r.a dan Sayyidina Bilal ibn Rabah r.a. Kedua
ialah orang-orang Ansar yang ingin hidup zuhud
walaupun mampu tidak berbuat begitu serta
mempunyai rumah sendiri di Madinah, seperti Ka'b ibn
Malik Al-Ansari, Hanzalah ibn Abu `Amir al-Ansari, dan
Harithah ibn al-Nu`man al-Ansari4. Kedua-dua
kumpulan ini kadangkala disertai juga oleh delegasi
4 Untuk senarai lengkap dan perbincangan agak terperinci tentang ahlus-suffah ini, lihat
Akram Diya` Al-Umari 2000:99-115.
yang datang kepada Rasulullah s.a.w untuk
mengisytiharkan keIslaman mereka dan taat kepada
Baginda5. Oleh kerana ahlus-suffah ini bercampur
antara pelbagai puak, Rasulullah s.a.w memanggil
mereka al-Awfad yang bererti orang bercampur6.
Penghubung di kalangan mereka ialah Abu Hurairah
r.a.. Apabila Rasulullah s.a.w mahu memanggil
mereka, Abu Hurairahlah yang diarah berbuat begitu
kerana beliau mengenali mereka dan taraf mereka
dalam ibadah dan jihad7.
Tempat tinggal ahlus-suffah ini ialah di As-Suffah yang
bermaksud pelantar yang ditinggikan atau pangkin,
terletak di serambi masjid Nabi. Ia juga dikenali sebagai
Al-Zillah, yang bermaksud pelindung. Tempat ini telah
5 Sahih al-Bukhari, Kitab al-Salah, Bab Nawm al-Rijal fi al-Masajid; Ibn Majah, Al-Sunan,
Kitab al-Sayd, Bab al-Dabb.
6 Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa gelaran Al-Awfad ini timbul kerana setiap
orang daripada mereka itu mempunyai satu beg kulit atau disebut wafdah, seperti kantung
kecil, yang menjadi tempat mereka menyimpan makanan mereka. Tetapi mengikut
sesetengah ulamak seperti Ahmad (Al-Musnad, Jil.6, hal.391), Al-Nu`aym (Al-Hilyah, Jil.1,hal
339) dan Ibn Manzur (Lisan al-`Arab), sebab panggilan Rasulallah s.a.w itu adalah lebih
tepat.
7 Lihat Abu Nu`aym, Al-Hilyah, Jil.1, hal 376.
dibina atas arahan Rasulullah s.a.w sendiri, setelah
kiblat bersembahyang diperintah Allah SWT bertukar
dari Baitul Muqaddis ke Kaabah di Mekah. Dengan
pertukaran geografi ini, dinding bagi qiblat pertama
menjadi dinding belakang masjid Nabi. Nabi
memerintahkan agar di atasnya dibina siling lalu
kemudiannya dipanggil As-Suffah atau Al-Zillah itu.
Mengikut Ibn Jubayr pula, As-Suffah ini merujuk
kepada sebuah rumah di hujung Quba' di mana ahlus-
suffah tinggal beramai-ramai. Mengikut al-Samhudi,
rumah itu dikenali sebagai As-Suffah apabila ahlus-
suffah berpindah ke situ. Besarnya tidak dapat
dipastikan, tetapi mengikut Muslim, Rasulullah s.a.w
pernah menggunakannya untuk jamuan perkahwinan
yang dihadhiri oleh 300 orang. Sebahagian mereka
duduk di satu daripada bilik-bilik yang berdekatan
dengan masjid, yang menjadi kepunyaan isteri-isteri
Rasulullah s.a.w8.
8 Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Hadith nombor 94. Untuk perbincangan lanjut tentang hal ini,
lihat Akram Diya` Al-Umari 2000:100-101.
Dari kacamata kebendaan, kehidupan ahlus-suffah ini
adalah sangat dha`if. Mereka sering kelaparan dan
tidak mempunyai tempat tinggal kecuali tinggal
beramai-ramai di As-Suffah. Mereka tidak mempunyai
pakaian yang cukup untuk melindungi diri mereka dari
kesejukan atau untuk menutup diri mereka. Malah tidak
seorang pun dari mereka yang mempunyai set pakaian
yang lengkap9. Mereka tidak mempunyai jubah10 dan
terpaksa mengikat pakaian atau jubah di leher11, atau
terpaksa membungkus diri mereka dalam pakaian
yang lain12. Sebahagian mereka hanya mempunyai
pakaian yang menutup hingga ke paras lutut, dan yang
lain-lainnya pula mempunyai pakaian yang tidak
mencecah paras tumit. Mereka biasanya memakai
hawtikiyyah13 yang menutupi kepala mereka.
9 Abu Nu`aym, al-Hilyah, Jil.1, hal.341.
10 Ibn Sa`d, al-Tabaqat, Jil.1, hal.255; Abu Nu`aym , al-Hilyah, Jil.1, hal.377; Ibn Sayyid al-
Nas, `Uyun al-Athar, Jil.2, hal.217.
11 Abu Nu`aym, al-Hilyah, Jil.1, hal. 341.
12 Sahih al-Bukhari, Jil.1, hal.114; dan Ibn Sa`d, al-Tabaqat, Jil.1, hal.255.
13 Ahmad, al-Musnad, Jil.4, hal.128.