BERDASARKAN PENGALAMAN MENGAJAR
DI SMK DALAT, SIBU, SARAWAK
CERITA
DBERASILRIA-SIRTI
MOHD ZABIDI BIN NORDIN
Cerita Dalat Siri 1: Penempatan
Apabila keputusan peperiksaan akhir KPLI
diumumkan, saya bersyukur kerana lulus pangkat
Cemerlang dengan purata mata gred 4.64.
Alhamdulillah.
Debaran berikutnya ialah menunggu keputusan
posting. Ada pendapat kata bagus kalau posting dekat-
dekat sini je. Apa-apa hal di kampung senang nak
balik.
Pendapat lain pulak kata masa muda-muda biarlah
posting jauh-jauh, itulah peluang nak merantau
tengok tempat orang. Dah puas merantau nanti
barulah balik kampung.
Saya tak kesahpun, ke mana ditempatkan saya akan
pergi. Yang penting dapat jadi cikgu.
Akhirnya yang ditunggu-tunggu pun tiba. Jeng jeng
jeng ... bila dapat surat yang berlabel Urusan Seri
Paduka Baginda, debaran makin kencang.
Saya terus koyak sampul dan keluarkan surat.
'Sukacita memaklumkan bahawa tuan ditempatkan ke
Sarawak ...'. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana
dapat jadi cikgu terlatih. Tapi dalam surat tu tak
bagitau lagi ditempatkan di sekolah mana.
Maka persiapan dibuat sebaik-baiknya. Nak terbang
jauh la katakan. Tak tahu lagi bila boleh balik.
Yang utama kena buat passport. Beli beg, pakaian,
buku rujukan dan lain-lain keperluan. Tak ketinggalan
rotan hikmat hingga ditegur oleh mak .
Mak dan ayah buat majlis bacaan yasin dan doa
selamat.
1
Tarikh penerbangan dijadualkan pada 5 Jun 1990.
Taklimat khas diberikan pada 4 Jun 1990 di Institut
Bahasa, Lembah Pantai.
Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur maka ramailah
adik-beradik, saudara-mara dan jiran sekampung
datang ziarah ucapkan selamat jalan dan ada yang
hulurkan wang sebagai bekalan untuk bermusafir.
Tapi saya dah tak ingat siapa yang tolong hantar ke IB
dan airport. Sama ada abang Li atau abang Keria.
Terima kasih saya ucapkan kerana bantu
permudahkan urusan perjalanan saya.
2
Cerita Dalat Siri 2: Orientasi di Kuching
Dipendekkan cerita, akhirnya pada hari Selasa, 5 Jun
1990 saya mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching bersama guru-guru baru dari
Semenanjung.
Kami dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani
program orientasi selama 5 hari. Saya lupa dah nama
hotel tu.
Antara pengisian program tersebut ialah pengenalan
latar belakang geografi, politik, sistem pengangkutan,
kepelbagaian suku kaum, bahasa dan budaya
penduduk Sarawak.
Kami juga dibawa melawat Kampung Budaya Sarawak
untuk melihat dengan lebih dekat lagi cara hidup dan
kebudayaan masyarakat di sana supaya mudah
menyesuaikan diri apabila ditempatkan di sekolah
nanti.
Pada akhir program tersebut masing-masing berdebar
menunggu keputusan di sekolah manakah kami akan
ditempatkan.
Seorang demi seorang nama dipanggil. Akhirnya
tibalah giliran saya menerima sampul putih.
Sampul dibuka, keluarkan surat, lalu dibaca.
"Sila maklum bahawa tuan ditempatkan di SMK Dalat
dalam Bahagian Sibu," demikian dinyatakan dalam
surat tersebut.
Itulah kali pertama dengar nama sekolah dan Sibu. Tak
dapat bayangkan di mana dan bagaimana keadaannya.
Tiba-tiba datang seorang fasilitator.
"Cikgu dapat sekolah mana?" tanya fasilitator tu.
"SMK Dalat," jawab saya.
3
"Oh, bagus la dapat sekolah tu. Kawasan Datuk Taib,
Ketua Menteri Sarawak," ceritanya tanpa ditanya.
Aku mengiyakan saja.
"Majoriti penduduk Dalat orang Melanau, ramai yang
beragama Islam. Cikgu jangan bimbang mereka semua
baik-baik. Cikgu pasti seronok mengajar di sana
nanti," sambung fasilator itu lagi. Tak ingat dah siapa
namanya.
Kalau sekarang boleh la selfie dengan dia. Tapi masa
tu istilah selfie pun belum ada lagi.
Mendengar ceritanya yang positif itu saya rasa lega
sikit.
Malam terakhir tu saya mengemas beg dan berehat.
Awal pagi 10 Jun saya akan terbang dari Kuching ke
Sibu pula.
Susah juga nak lelapkan mata. Tak tahu lagi perjalanan
esok macam mana. Katanya dari Sibu ke Dalat kena
naik bot dua tiga jam baru sampai. Macam mana la
rupa bot tu.
Kata orang dalam sungai Sarawak ada buaya Bujang
Senang yang besar. Kalau terserempak dengan buaya
tu nak buat macam mana.
Macam-macam la yang bermain di fikiran. Akhirnya
terlelap juga. Menanti hari esok ...
4
Cerita Dalat Siri 3: Naik Bot ke Dalat
Orang Sarawak memang baik dan meraikan
kedatangan guru dari Semenanjung.
Aku sampai di Lapangan Terbang Sibu hari masih
gelap. Tapi dah ada liaison officer (LO) yang tunggu di
situ.
Dia tolong angkat barang masukkan dalam kereta dan
bawak pergi ke Sibu Wharf Terminal untuk naik bot
ekspress ke Dalat.
Pertama kali tengok deretan bot keluar masuk dan
berlabuh di terminal tu rasa teruja jugak.
'Wow, macam kapal terbang pun ada,' jerit hati
kecilku.
Sementara menunggu waktu perjalanan bot, LO
bawak ke gerai berhampiran. Dia belanja sarapan pagi.
Sambil makan dia bercerita macam-macam kisah.
Tapi aku lebih tertarik pada pemandangan di depan
mata, tengok sungai yang luas saujana mata
memandang, gelagat penumpang yang turun naik bot,
krew bot yang sibuk angkut barang dan suasana hiruk-
pikuk di situ.
Apa yang diceritakan oleh LO tu semua tak lekat, lupa
dah.
Tiba-tiba terpandang telefon awam. Baru teringat
pesanan semasa taklimat malam sebelum itu. Hubungi
Pengetua untuk maklumkan bila nak bergerak ke sana.
Akhirnya tiba giliran aku rasai pengalaman pertama
naik bot ekspress. Terkial-kial juga nak berjalan dan
melangkah naik dalam keadaan bot berolang-aling.
Masuk saja dalam bot sekali lagi rasa teruja. 'Wow,
macam dalam kapal terbang juga,' hatiku berbisik.
5
Bot mula bergerak menyusuri sungai Batang Igan yang
luas. Walaupun dalam bot ada tayangan video tetapi
aku lebih suka melihat pemandangan alam semula jadi
di sepanjang sungai tu. Mana tau kut dapat tengok
bujang senang depan mata
Sekejap-sekejap aku tengok jam. Resah juga duk
tunggu tak sampai-sampai, tak dapat nak bayangkan
jauh mana lagi perjalanan.
Lebih kurang 3 jam perjalanan bot berhenti.
Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana akhirnya
sampai juga.
Bila keluar dari bot para penumpang yang nak ke Dalat
diarahkan naik speed boat yang sudah sedia menanti.
Rupanya baru sampai Sungai Kut.
Dari situ kena naik speed boat pula menyusuri Sungai
Kut untuk ke Dalat. Kali ni sungai lebih kecil. Tetapi
bot lebih laju. Lebih kurang 30 minit saja dah sampai.
Nama pun speed boat kan
Terima kasih kepada
Augustine White
kerana tolong saya hari ni.
6
Cerita Dalat Siri 4: Seorang Tua di Wharf
Aku leka memerhati keindahan alam semula jadi.
Sebahagian besar belum diteroka.
Pokok rumbia tumbuh meliar di kiri dan kanan sungai.
Sekali-sekala nampak burung-burung terbang di
habitatnya.
Jarang-jarang sekali nampak rumah orang.
Bot terus membelah sungai. Dari jauh mula nampak
deretan rumah di kedua-dua tebing.
'Dah dekat nak sampai Dalat agaknya,' bisik hatiku.
Pekan Dalat makin jelas di depan mata. Bot mula
bergerak perlahan.
Di tebing kanan deretan bangunan kedai daripada
kayu. Di tebing kiri berdiri sebuah masjid.
Rumah-rumah kayu yang padat berjajar di kedua-dua
belah tebing.
Bot berlabuh di jeti. Sambil menggalas beg aku
berjalan perlahan-lahan keluar dari perut bot. Aku
melangkah dengan berhati-hati kerana bot berolang-
aling dibuai air. Belum biasa lagi.
Sebaik sahaja kakiku memijak daratan aku bersyukur
kerana sampai di Dalat dengan selamat tanpa apa-apa
halangan. Alhamdulillah!!!
Tiba-tiba seorang lelaki tua menyapa.
'Mana beg cikgu. Mari bawak masuk dalam perahu
saya,' tanpa perkenalkan diri dia suruh aku masukkan
beg aku ke dalam perahunya.
Aku terpinga-pinga. Siapa dia? Macam mana dia tahu
aku cikgu?
'Pak cik nak bawa saya pergi mana pulak ni,' tanyaku
ingin tahu.
7
Aku bersangka baik saja.
'Saya hantar cikgu pergi rumah saya dulu, simpan
barang cikgu di sana. Nanti saya bawa cikgu pergi
sekolah jumpa guru besar,' balas pak cik tu sambil
menyusun beg aku dalam perahunya.
'Cikgu naik duduk depan sini,' arah pak cik tu.
Aku ikut saja.
Turun kapal terbang naik bot ekspres. Turun bot
ekspres naik speed boat. Sekarang naik perahu pulak.
Hmmm dapat banyak pengalaman dalam satu hari.
Pak cik tu duduk di belakang. Dia hidupkan enjin.
Perahu bergerak perlahan-lahan menuju ke destinasi
seterusnya yang tak kutahu di mana.
8
Cerita Dalat Siri 5: Sampai di Kampung Hilir
Perahu yang aku naiki tinggalkan wharf. Aku hanya
duduk dan perhatikan pemandangan perkampungan
di pinggir sungai. Tak selesa nak berbual kerana
gangguan bunyi enjin perahu.
Setiap rumah ada pondok kecil yang terapung di
sungai. Pondok kecil tu disambungkan ke daratan
dengan jambatan kecil.
‘Mereka ternak ikan dalam sangkar agaknya,’ kata
hatiku.
Tak lama kemudian perahu yang aku naiki berhenti di
pondok tengah sungai di depan sebuah rumah.
‘Dah sampai cikgu, jom naik,’ kata pak cik tu.
Aku masih terkial-kial nak keluar dari perahu yang
berolang-aling, lebih kuat dari bot ekspress dan speed
boat.
"Hati-hati cikgu. Pegang tiang kayu tu," pak cik tu bagi
panduan. Belum tahu lagi namanya.
Aku berjaya keluar dari perahu dan naik ke atas
pelantar yang ada pondok kecil terapung tu.
Aku tengok keliling, tak nampak sangkar ikan pun.
“Ini pondok apa pak cik?” aku tanya, ingin tahu.
“Ini bilik air cikgu. Kalau nak buang air masuk dalam
pondok tu. Kalau nak mandi di luar saja pun boleh. Nak
terjun dalam sungai pun boleh,” jelas pak cik tu sambil
tersenyum.
‘Alamak, nanti aku nak buang air dan mandi di sini
jugak ke?’ aku tertanya-tanya sendiri.
9
Cerita Dalat Siri 6: Pandang Pertama
Selepas keluarkan semua barang dari perahu, aku
mula melangkah ke arah rumah di hadapanku.
Baru aku perasan ada sepasang mata sedang
memerhati dari jendela. Gadis remaja berkulit putih
dan berambut pendek paras telinga.
'Yesss, tak bosan la duduk di rumah ni nanti,' hati
remajaku mula berangan.
Dia senyum padaku. Aku pun balas la dengan senyum
meleret
Walaupun rumahnya rumah kayu yang amat
sederhana, tapi kalau anak dara dia ni layan tiap hari,
tak kesah la.
"Hai cikgu, baru sampai dari Semenanjung ke?" dia
menyapa dari jendela.
Aduh, lembutnya suara dia. Cair darah muda aku.
"Ye, baru saja sampai," jawabku ringkas. Malu-malu
kucing.
"Selamat datang ke Kampung Hilir, cikgu,"
sambungnya lagi. Sangat ramah.
"Terima kasih," jawabku ringkas.
"Lalu ikut tepi ni cikgu," pak cik tu tunjukkan jalan.
'Alamak, salah rumah rupanya,' hatiku mengeluh.
"Bukan rumah ni ke pak cik?" tanyaku inginkan
kepastian.
"Bukan. Rumah pak cik seberang jalan sana," jelas pak
cik tu.
"Jumpa lagi cikgu," kata gadis itu sambil melambai ke
arahku.
"Ye, jumpa lagi lain kali," balasku sambil senyum
padanya.
10
"Tu dia rumah saya cikgu," tunjuk pak cik tu ke arah
sebuah rumah kayu yang agak besar.
"Oh, yang tu. Besar juga rumah pak cik. Pak cik tinggal
dengan siapa," balasku sambil bertanya kerana
nampak tingkap rumah tu ditutup rapat.
"Saya dengan isteri saya saja. Tapi kami jarang tidur di
sini. Saya selalu tidur di rumah isteri saya," jelas pak
cik tu.
Tiba-tiba langkahku terhenti. Seekor anjing menanti di
tengah jambatan sempit dekat tangga.
Aku dengar pak cik tu berkata sesuatu kepada anjing
tu. Anjing tu hampiri aku. Macam dia hidu sesuatu.
Lepas tu dia pandang muka aku. Aku dah panik.
Kemudian dia berlalu pergi ke tepi tangga.
"Jangan takut cikgu. Dia tak kacau cikgu. Dia jaga
rumah ni," pak cik tu tenangkan aku bila tengok aku
dah gelabah.
Aku dan pak cik tu pun naik ke rumah. Dia tolong bawa
beg aku dah masukkan dalam bilik.
"Ok, ini bilik cikgu. Cikgu rehat dulu. Saya nak sediakan
makanan. Lepas makan nanti kita pergi sekolah jumpa
guru besar," cadang pak cik tuan rumah.
"Ada telefon tak di rumah ni, saya nak bagitahu
pengetua saya dah sampai," kataku.
"Elok juga tu. Telefon ada di depan sana. Cikgu boleh
guna," aku ikut dia ke ruang tamu.
Aku mula dail. Panggilan diangkat.
"Hello," dengar suara pengetua.
"Assalamualaikum cikgu. Saya cikgu Zabidi. Saya nak
bagitahu saya dah sampai Dalat ni," aku perkenalkan
diri dan bagitahu tujuan aku buat panggilan.
11
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Selamat datang
ke Dalat. Macam mana rumah pak cik Seruji di
Kampung Hilir tu, ok ke," balas pengetua.
Rupanya nama pak cik tu Seruji. Macam mana dia tahu
aku ikut pak cik Seruji ke rumahnya di Kampung Hilir.
Mungkin dia yang uruskan rumah sewa tu. Aku fikir
seketika.
"Alhamdulillah, nampak selesa saja setakat ni. Terima
kasih kerana tolong uruskan tempat tinggal saya di
sini," balasku.
"Ok, hari ni cikgu rehat la dulu. Tentu penat cikgu
berjalan jauh. Lagipun hari ni hari Ahad, pejabat tutup.
Cikgu datang lapor diri pagi esok saja," katanya.
"Baik cikgu. Kalau itu kata cikgu saya ikut saja la,"
kataku pula.
Selepas ucapkan terima kasih aku letak semula gagang
telefon.
Aku bagitahu pak cik Seruji tak jadi pergi sekolah
petang itu.
Aku nak ke bilik semula. Tiba-tiba terfikir pula macam
mana nak pergi sekolah. Nak kena naik perahu jugak
ke.
"Pak cik, macam mana saya nak pergi sekolah pagi
esok?" tanyaku.
"Pagi esok cikgu ikut saja budak sekolah. Ramai yang
berjalan kaki pergi sekolah tiap-tiap pagi," jawab pak
cik Seruji.
Aku rasa lega kerana tak perlu naik perahu. Kalau
murid pergi sekolah dengan berjalan kaki tentu tak
jauh jaraknya.
Akupun masuk ke bilik untuk berehat.
12
Cerita Dalat Siri 7: Lapor Diri di Sekolah
Lebih kurang pukul 5 pagi aku dah bangun. Sebelum
itu entah berapa kali aku terjaga dan terlelap semula.
Tidurku tak lena. Tempat baru begitu la kebiasaannya.
Tidur di hotel mewahpun sukar nak lelapkan mata.
Lebih-lebih lagi Pak cik Seruji tiada bersama. Dia tidur
di rumah isterinya. Sunyi.
Azan Subuh dilaungkan dari surau belakang rumah.
Dekat saja. Buka pintu dapur dah nampak surau. Tapi
nak pergi ke surau kena keluar ke jalan utama dulu
baru lalu ikut jambatan kayu ke surau.
Balik dari surau aku terus bersiap. Bawa semua
dokumen untuk melaporkan diri kepada pengetua.
Aku tinjau dari tingkap kalau ada murid sekolah lalu.
Tiga orang murid perempuan sedang berjalan.
Akupun cepat-cepat turun. Aku ikut dari jauh saja.
Macam Ramlee, Ajes dan Sudin ikut Cikgu Ros. Tapi
aku sorang ikut tiga murid perempuan
Di hujung jalan Kg Hilir ada jambatan kayu
menyeberangi anak sungai. Agak sempit. Tak muat
kereta.
Aku terus berjalan ke depan lagi. Nampak padang bola.
'Nanti boleh la aku main bola di sini,' bisik hatiku.
Akhirnya aku tiba di SMK Dalat. Sekolah kayu bertiang.
Di bangunan depan pintu masuk ada mural di dinding.
Aku pijak anak tangga kayu satu persatu. Macam
tangga kayu rumahku di kampung. Sampai di atas
jambatan nampak papan tanda pejabat.
Aku masuk ke pejabat. Ada pembantu pejabat di
kaunter.
13
"Sila masuk cikgu. Pengetua ada di biliknya," kata
pembantu pejabat itu selepas aku perkenalkan diri.
Aku ketuk pintu bilik pengetua dan bagi salam. Dia
persilakan aku masuk. Aku duduk di hadapannya
selepas bersalaman.
Rajaie Jana. Itulah yang tertulis pada tanda nama di
atas poket bajunya.
"Cikgu tulis nama dalam buku ni," pinta Pengetua
selepas memberi taklimat ringkas.
Akupun tulis.
Tarikh: 11.6.1990
Nama: Mohd Zabidi bin Nordin
No. KP: A6900621
Catatan: Melaporkan diri untuk mulakan tugas
Alhamdulillah. Rasmi sudah aku mula berkhidmat
sebagai guru. Gelaran cikgu akan kekal hingga ke akhir
hayat.
"Jom cikgu kita ke dewan. Hari ni hari Isnin ada
perhimpunan rasmi," akupun ikut pengetua ke dewan.
Sambil berjalan pengetua tunjukkan sambil lalu bilik
guru, bilik PK HEM, bilik darjah, asrama, rumah guru
dan bilik-bilik khas.
Ketika pengetua sampaikan ucapan, beliau kenalkan
aku guru baru dan jemput aku sampaikan ucapan.
"Saya rasa amat bertuah ditempatkan di SMK Dalat ini.
Orang Dalat yang saya jumpa semalam dan hari ini
sangat baik, ramah dan mesra. Saya harap hubungan
seperti ini akan berterusan selama-lamanya," murid-
murid dan guru-guru tepuk tangan.
"Saya sebagai guru baru amat berharap para pelajar
dan guru-guru dapat memberikan kerjasama di dalam
kelas dan juga di luar kelas," sambungku lagi.
14
"Saya akan cuba membawa para pelajar merasai
pengalaman belajar yang menyeronokkan. Sebab saya
yakin, apabila kita seronok belajar lebih mudah kita
kuasai topik yang diajar. Akhirnya kita akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti,"
ucapanku yang bersemangat menerima tepukan
gemuruh daripada murid-murid dan guru-guru.
Ketika aku kembali ke kerusi cikgu-cikgu yang dekat
dengan kerusi aku bersalam dan ucapkan tahniah.
"Bagus ucapan cikgu. Tahniah!" kata seorang cikgu.
Aku lupa dah siapa kerana rasa gemuruh ketika
berucap tadi masih belum reda.
15
Cerita Dalat Siri 8: Terima Tugas
Kali pertama hadiri perhimpunan rasmi SMK Dalat
aku dapat pengalaman baru.
Ketika lagu Negeri Sarawak dinyanyikan aku hanya
terkumat-kamit, tak tau lirik. Sepatutnya bila dah tau
ditempatkan di Sarawak aku kena belajar lagu
kebangsaan negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku supaya tak
jadi seperti rusa masuk kampung.
Tapi ye la, masa tu internet pun belum ada, apatah lagi
Google. Sekarang senang. Taip saja 'lagu Sarawak'
keluar la lagu dan liriknya. Boleh belajar menyanyi
dari YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=O7XbBK_AIRw
Ingat lagi masa tu Cikgu Adam berdiri di depan pentas,
jadi konduktor untuk memastikan murid menyanyi
lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dengan
bersemangat, serentak dan mengikut melodi yang
betul. Kalau dia tak puas hati kena ulang lagi sampai
dia puas hati.
Selepas itu giliran guru bertugas pula sampaikan
laporan dan penyampaian hadiah pertandingan
kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama.
Yang menariknya semua pemenang menerima hadiah
yang sama. Satu tin biskut yang besar. Boleh kongsi
makan ramai-ramai di kelas dan di asrama.
Kemudian disusuli dengan ucapan daripada PK
Kokurikulum, PK HEM, PK 1 dan diakhiri dengan
ucapan Pengetua.
Mereka sampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.
Tetapi sekali-sekala diselitkan juga bahasa tempatan
yang belum aku faham.
16
Selesai perhimpunan kawan-kawan ajak pergi
sarapan di kantin sebelah dewan. Hari pertama
mereka belanja. Mereka prihatin. Guru baru belum ada
gaji lagi. Tak ingat dah siapa yang belanja.
Aku tak duduk lama di kantin. Aku kena jumpa PK1,
Cikgu Saadiah untuk dapatkan jadual waktu dan
senarai tugas.
"Assalamualaikum Cikgu," aku bagi salam sambil
mengetuk pintu bilik PK1.
"Waalaikumussalam. Sila masuk cikgu," Cikgu Saadiah
persilakan aku masuk dan jemput duduk.
Kami berbual-bual kosong dulu bagi membiasakan
diri dan saling mengenali.
"Ini jadual waktu cikgu. Saya bagi cikgu ajar mata
pelajaran Sastera kelas 4C dan 5C. Ada masalah ke
cikgu," kata PK1 sambil hulurkan jadual waktu
mengajar kepadaku.
"Alhamdulillah. Terima kasih cikgu. Tak ada masalah.
Walaupun opsyen saya Bahasa Melayu, tetapi saya
lebih minat Sastera," kataku sambil tersenyum lebar.
"Cikgu juga saya lantik sebagai Ketua Panitia Sastera.
Boleh ke cikgu," tanya Cikgu Saadiah lagi.
'Alamak, baru hari pertama lapor diri dah jadi KP.
Berat ni,' bisikku dalam hati.
Dari senyum ceria bertukar gelabah.
"Saya baru lapor diri hari ni cikgu. Kalau boleh bagi
guru lama dulu la. Insya Allah tahun depan saya ambil
alih. Sempat la saya belajar dulu," aku bagi rasional
untuk cuba menolak.
"Tak ada la cikgu. Cikgu Sastera yang sorang lagi tu
dah jadi KP subjek lain. Kalau cikgu tak faham boleh
17
tanya KP yang lain. Ramai yang boleh tolong," Cikgu
Saadiah jelaskan rasionalnya pula.
"Kalau macam tu tak apa la, insya Allah saya cuba.
Nanti kalau saya perlukan apa-apa bantuan untuk
uruskan panitia saya datang jumpa cikgu," jawabku .
Ingatkan itu saja tugas aku. Rupanya ada lagi. Aku juga
diberi tugas sebagai Guru Penasihat Kelab Sastera dan
Guru Kelas 4C.
Apabila selesai urusan serah tugas, Cikgu Saadiah
bawa aku ke bilik guru. Dia tunjukkan meja aku.
Walaupun sudah diperkenalkan semasa perhimpunan
tadi, Cikgu Saadiah iringi aku jumpa dan kenali cikgu-
cikgu lain yang ada di bilik guru. Semuanya ramah dan
mesra.
Aku pun duduk di di meja. Mengemas dan susun
semula ikut citarasa sendiri.
Aku rasa selesa. Alhamdulillah!!!
18
Cerita Dalat Siri 9: Tugas Pertama
Aku buka fail Panitia Kesusasteraan Melayu. Aku cari
analisis keputusan SPM tahun lalu. Nak tahu juga
status pencapaian pelajar SMK Dalat dalam mata
pelajaran yang akan aku ajar.
‘SPM 1989 hanya 35% saja pelajar lulus. Hmmm,’ aku
mengeluh melihat cabaran di hadapanku.
Aku memerah otak untuk cari jalan macam mana nak
tingkatkan pencapaian murid dalam pelajaran sastera.
Aku tanya pendapat guru-guru lain tentang latar
belakang dan minat murid terhadap mata pelajaran
sastera. Aku kena tahu isu atau masalah dulu.
Kemudian baru fikir langkah untuk mengatasi isu yang
timbul.
“Budak kita ni bukan minat sangat nak belajar. Asyik
nak main saja. Kita mengajar beriya-iya di depan
bukan mereka nak dengar pun,” rungut sorang cikgu.
Rata-rata cikgu yang aku tanya jawapannya hampir
sama. Tak minat, suka main dan tak bagi tumpuan.
Puas juga aku fikirkan. Aku guru baru, tak banyak
pengalaman. Akhirnya aku dapat idea. Lupakan dulu
pasal sukatan pelajaran. Aku mesti bagi murid minat
nak belajar sastera dulu. Bila dah minat dengan sedikit
dorongan mereka akan bagi tumpuan untuk belajar.
Tapi macam mana nak bagi murid minat?
‘Hmmm satu masalah lagi,’ bisik hatiku.
Aku imbas semula pengalaman ketika aku di tingkatan
4 dan 5. Aku juga tak minat belajar sastera. Tapi aku
minat tengok cikgu yang ajar sastera tu.
Cikgu sasteraku dulu tinggi lampai. Mukanya bujur
sirih. Rambutnya lurus panjang melepasi bahu.
19
Kulitnya putih bersih. Memang cantik jelita. Siapa
pandang pasti terpesona.
Aku tersenyum sendiri bila terkenang Cikgu Ayu.
Memang padan dengan namanya. Rindu pula pada
Cikgu Ayu
Tapi rupa yang memikat belum tentu dapat memikat
murid minat apa yang cikgu ajar.
‘Hmmm macam mana nak buat ye,’ aku masih
mengeluh.
Aku keluar dari bilik guru. Berjalan-jalan mengambil
angin di luar. Kuhirup udara segar. Belum tercemar.
Oh, nyamannya!
Aku duduk di tepi kolam di hujung bangunan bilik
guru itu. Di dalam kolam itu ada pokok teratai. Ada
bunga teratai yang kembang. Indah susunan
kelopaknya dan cantik warnanya.
Walaupun teratai hidup di kolam berlumpur dan air
yang keruh tetapi persekitaran sebegitu tidak
menghalangnya menghasilkan bunga yang indah dan
buah yang unik.
Bunga teratai mengajar aku erti perjuangan.
Walaupun aku mengajar di luar bandar yang serba
kekurangan dan persekitaran yang kurang
menyenangkan tetapi keadaan itu jangan dijadikan
halangan untuk aku berusaha menghasilkan bunga-
bunga bangsa yang berketrampilan dan cemerlang.
Aku masuk ke pusat sumber. Kubelek-belek buku
sastera yang ada. Kulihat nama-nama besar di kulit
buku. A.Samad Said. A. Ghafar Ibrahim, Sutung Umar
RS dan lain-lain lagi.
Macam mana aku boleh bertukar jadi minat sastera
ketika di Universiti Malaya dulu ye?
20
Oh, ya! Aku dapat idea. Aku nak cuba macam
Azli Lee Abdullah
buat untuk bagi aku minat.
‘Yes, aku mesti bagi murid alami dan rasai
keseronokan berpuisi,’ kataku penuh bersemangat.
Aku dah dapat jawapan kepada pelbagai persoalan
yang aku fikirkan. Aku pun buat perancangan yang
teliti sebelum masuk ke kelas 5C.
21
Cerita Dalat Siri 10: Kelas 4B
“Bangun!!! Selamat pagi cikgu!” ketua kelas ketuai
ucap selamat mengalu-alukan kedatangan aku ke
kelas 4B.
“Selamat pagi cikgu!!!,” disahut oleh semua murid
kelas tersebut.
“Selamat pagi murid-murid semua. Terima kasih. Sila
duduk,” aku balas ucap selamat sambil persilakan
mereka duduk.
Aku masih berdiri. Aku letakkan beg atas meja.
Kemudian keluarkan fail letak di sebelah beg.
Biasanya pada hari pertama cikgu akan minta murid
perkenalkan diri seorang demi seorang.
Aku cuba keluar daripada kebiasaan. Bukan boleh
ingat pun nama-nama mereka semua pada hari
pertama.
Aku akan minta mereka perkenalkan diri ketika
aktiviti PdP dijalankan. Satu hari dapat ingat tiga
empat orang murid pun dah cukup. Dalam dua minggu
dah boleh kenal mereka semua. Cara itu lebih
berkesan.
“Mulai hari ini saya akan ajar subjek Sastera kelas ini.
Sebelum saya mula mengajar, saya nak jelaskan
peraturan yang perlu kamu semua patuhi ketika saya
mengajar. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar,
seronok dan berkesan tanpa gangguan,” itulah salam
perkenalan untuk mulakan kelas pertama hari itu.
Aku mesti wujudkan suasana pembelajaran yang
terkawal sejak hari pertama. A Great First Impression
sangat penting. Ia akan mempengaruhi tingkah laku
22
murid pada hari-hari berikutnya, selama aku
mengajar mereka.
Akupun baca peraturan satu persatu. Semua murid
diam.
“Apakah yang akan kamu dapat kalau ikut peraturan
yang saya tetapkan ini?” aku bertanya secara umum.
Aku mahu mereka faham rasionalnya diadakan
peraturan sedemikian.
“Kita dengar pendapat ketua kelas dahulu. Sila
perkenalkan diri. Lepas tu bagi pendapat,” aku ajukan
soalan kepada ketua kelas.
“Nama saya Ramli bin Tari,” ketua kelas perkenalkan
diri.
Sebelum dia teruskan aku tanya nama panggilan
mesra.
“Kawan-kawan panggil saya Ramli,” jelasnya.
Begitulah cara aku mengenali dan mengingati nama-
nama muridku. Aku hafal nama timangan mereka.
Biasanya dalam masa dua tiga bulan aku dah hafal
semua nama.
Sebab itu hubungan aku dengan muridku sangat
mesra. Malah ada yang masih kekal mesra hingga kini.
“Ok, Ramli rasa apa yang murid akan dapat kalau
semua ikut peraturan yang saya sebutkan tadi,” aku
kembali kepada soalan utama.
“Pada pendapat saya, kalau semua murid mengikut
peraturan yang cikgu tetapkan tu, kami dapat beri
tumpuan sepenuhnya kepada apa yang cikgu ajar.
Nanti kami boleh belajar dengan selesa,” bijak Ramli
bagi jawapan.
Ayatnya tersusun. Pendapatnya bernas. Memang
layak dilantik sebagai Ketua Kelas.
23
Aku beri pujian kepada Ramli. Kawan-kawannya
tepuk tangan. Tetapi dalam ramai-ramai tu terdengar
juga suara murid cuba buat lawak. Aku pandang tepat
ke matanya. Dia diam.
“Saya setuju dengan pendapat Ramli. Itulah antara
rahsia orang berjaya. Sentiasa beri tumpuan ketika
cikgu mengajar. Kita hanya boleh bagi tumpuan kalau
tidak ada gangguan, tidak bising dan sentiasa beri
kerjasama seperti yang cikgu minta,” aku tegaskan
kepentingan pelajar mematuhi peraturan.
“Kalau murid langgar peraturan pula nak buat apa?”
aku bertanya lagi.
Kali ini aku minta Penolong Ketua Kelas pula bagi
pendapat.
“Nama saya Un Ah Hoon. Cikgu boleh panggil saya Ah
Hoon saja,” dia perkenalkan dirinya dengan lengkap
seperti kemahuanku.
“Wah, pengenalan diri yang lengkap. Cepat awak
faham. Tahniah!” aku bagi pujian. Kawan-kawannya
tepuk tangan. Ah Hoon senyum saja.
“Awak fikir apa yang patut kita buat kepada murid
yang langgar peraturan?” aku ulang semula soalan
tadi.
“Saya cadangkan kita denda pelajar yang langgar
peraturan,” jawab Ah Hoon.
“Apakah denda yang sesuai kita kenakan?” aku minta
cadangan denda yang lebih spesifik.
“Cikgu rotan saja la, senang sikit,” Ahoon bagi
cadangannya.
Beberapa orang murid di belakang bercakap-cakap
sesama sendiri. Ada nada tidak setuju.
24
“Ok, terima kasih Ah Hoon. Sila duduk,” dia duduk
semula di kerusinya. Kerusi kayu.
“Saya setuju dengan cadangan Ah Hoon. Setiap kali
masuk ke kelas saya akan bawa fail ini,” kataku sambil
menunjukkan fail kertas warna coklat.
“Dalam fail ini sentiasa ada rotan hikmat,” kataku lagi
sambil keluarkan rotan kontot dan tunjukkan kepada
mereka.
Rotan itu sengaja aku potong sama panjang dengan fail
supaya dapat disimpan rapi, tidak terjulur keluar.
Aku sediakan satu fail untuk setiap kelas yang aku ajar.
Dan dalam setiap fail itu ada rotan kontot macam itu
juga.
“Saya harap kamu semua dapat beri kerjasama dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya rotan
hikmat ini kekal di dalam fail. Jangan paksa saya
keluarkannya. Sebab, kalau dia keluar dari fail pasti
ada yang jadi mangsa,” kataku dengan tegas, sekaligus
memberi amaran.
Semua murid senyap. Semua mata tertumpu padaku.
Tidak ada yang tidur atau bermain-main.
Kelas pertama berjalan seperti yang dirancang dan
dalam keadaan yang terkawal. Alhamdulillah! Harap
kekal begitulah selamanya.
~ Terima kasih kepada
Azura Ailin Nizzuan
dan
Akmal Nazhan
kerana kongsi gambar dan bahan cerita.
25
Cerita Dalat Siri 11: Keman
Kringggggg!!!
Loceng berbunyi. Waktu balik.
Murid-murid yang berulang berduyun-duyun keluar
ke arah pintu utama. Murid asrama pula bergegas ke
dewan.
Pagi tadi dewan itu dijadikan tempat perhimpunan.
Waktu tengah hari jadi dewan makan.
Aku pun kemaskan meja. Bersiap-siap nak balik.
Ketika melangkah keluar pintu bilik guru terdengar
ada orang memanggil.
“Cikgu! Cikgu Zabidi!”
Aku menoleh ke kanan. Nampak Cikgu Awang Johan
melambai.
“Jom kita makan. Makanan dah dihidang di dewan,”
ajak Cikgu Awang Johan.
“Tak pa la cikgu, nanti saya makan di luar,” aku cuba
menolak. Makanan asrama kan untuk murid.
“Memang ada makanan disediakan untuk cikgu. Lepas
makan nanti cikgu tulis penilaian komen pasal
makanan tu. Ada borang penilaian,” jelas Cikgu Awang
Johan, terus mengajak.
“Ok, saya simpan beg sekejap.”
Aku masuk bilik guru semula dan letak beg atas meja.
Kemudian ikut Cikgu Awang Johan ke dewan makan.
Sampai di muka pintu dewan ada dua tiga orang murid
menyapa.
“Jemput keman cikgu,” kata mereka.
“Keman?” tanyaku kehairanan.
26
“Keman tu maksudnya makan. Mereka ajak cikgu
makan,” Cikgu Awang Johan tolong terjemahkan
bahasa Melanau ke bahasa Melayu.
“Ok, terima kasih. Sila makan,” aku balas ajakan
mereka.
Aku dan Cikgu Awang Johan duduk di meja yang
dikhaskan untuk cikgu. Ada nasi putih, gulai ikan
tenggiri dan sayur kangkung goreng.
“Cikgu, kalau kita nak tanya awak makan apa, nak
cakap macam mana?” aku cuba nak belajar bahasa
Melanau.
Cikgu cakap macam ni, “Wak nou kanen ka’au?”
Aku pun ajuk cakap macam tu.
“Kalau kita tengah makan nasi, kita cakap apa?”
tanyaku lagi.
“Keman nasik,” katanya sambil menyuap nasi ke
mulut.
Kami makan sambil berbual tentang bahasa Melanau.
“Kalau minum sebut apa pulak cikgu,” aku tanya Cikgu
Awang Johan sambil tuang air dalam gelas selepas
habis makan.
“Tuteng. Kalau minum air kita sebut tuteng anum,”
jelas Cikgu Awang Johan.
Minat pulak nak belajar bahasa Melanau.
“Kalau kita nak tanya nama orang nak cakap macam
mana?” banyak betul aku tanya.
Cikgu Awang Johan pun layan saja. Dia pun nampak
happy sebab aku minat nak belajar bahasa Melanau.
Cikgu cakap la “Sai ngadan ka’au.”
Aku pun mengajuk ayat yang dilafazkan oleh Cikgu
Awang Johan.
27
“Kalau orang tanya saya macam tu saya nak jawab
macam mana?” aku terus bertanya.
“Ngadan ako Cikgu Zabidi,” Cikgu Awang Johan pun
terus jadi penterjemah.
“Wah, cepat betul cikgu belajar! Sebutan cikgu pun dah
macam orang Melanau,” kata Cikgu Awang Johan
memuji aku sambil ketawa. Aku pun tertawa juga.
Aku ucapkan terima kasih kepada Cikgu Awang Johan
kerana mengajar aku bahasa Melanau. Alang-alang
dah mengajar di sana ada baiknya belajar bahasa
mereka. Tentu mereka suka. Mudah juga untuk
berbual dengan mereka nanti. Kalau ada murid nak
mengata aku nanti aku tahu la apa mereka kata.
“Saya minta diri dulu cikgu. Lain kali boleh ajar saya
lagi kan,” kataku untuk mengakhiri perbualan.
“Insya Allah cikgu, bila-bila masa pun boleh,”
jawabnya.
Kami pun berlalu pergi mengikut haluan masing-
masing.
Baru dua tiga langkah beredar saya teringat sesuatu.
Saya paling dan panggil Cikgu Awang Johan semula.
"Tadi ada budak cakap kat saya, ka'au kabut bilem. Dia
cakap apa tu cikgu," cikgu Awang Johan ketawa
terbahak-bahak
"Dia nak kenakan cikgu la tu," katanya sambil ketawa.
"Nak kenakan saya macam mana tu," rasa ingin tahu
lebih meluap-luap.
"Kabut bilem tu maknanya punggung hitam. Cikgu dah
tahu maksud ka'au kan," jelasnya.
Aku pun turut ketawa sama.
28
Esok aku nak cari budak tu. Nak bagi hadiah rotan
kontot kat dia sebab ajar aku bahasa Melanau.
Sambil berjalan aku masih tersenyum. Kalau aku
cakap macam tu kat orang tentu kena terajang, bisik
hatiku.
~ Terima kasih kepada
Adlina Regina Katim
kerana bantu bahan cerita.
~ Kalau ada yang teringin nak belajar menulis cerita
macam saya sila daftar sebagai peserta Sekolah
Penulisan Ramadan 2021 di ruang komen pertama.
29
Cerita Dalat Siri 12: Raun Paser
Balik dari sekolah aku pergi ke Pekan Dalat untuk
melihat-lihat kedai yang ada di sana. Window-
shopping.
Aku berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain.
Tengok-tengok barang yang dijual di kedai-kedai tu.
Lain kali kalau nak beli apa-apa dah tahu di kedai
mana ada jual.
Aku kena berjimat-cermat kerana baru kerja. Belum
dapat gaji lagi. Duit yang dibawa dari kampung agak
terhad. Hanya guna untuk beli barang keperluan yang
penting saja.
Aku sampai di Kedai Runcit Ho Ah Ping. Aku teringat
nak beli makanan ringan.
'Kalau rasa lapar tengah malam boleh makan biskut.
Kalau malas nak keluar makan di kedai boleh makan
maggi saja,' fikirku.
Ada dua orang jurujual di muka pintu. Remaja
perempuan.
“Assalamualaikum cikgu, mari masuk dulu,” sapa salah
seorang jurujual tu.
“Waalaikumussalam. Macam mana tahu saya cikgu?"
aku jawab salam dan bagi soalan.
"Tengok pakaian cikgu pun dah tahu. Orang luar yang
kerja di sini kebanyakannya cikgu," jawabnya.
Aku iyakan saja. Pandai dia menilai perwatakan orang.
"Cikgu nak cari apa," tanya dia lagi.
Kawannya hanya tengok dan senyum.
"Saya nak beli biskut dan maggi," kataku.
Biasa la tu, orang bujang. Masak maggi dan makan
biskut kering la paling senang.
30
"Cikgu ke yang sewa rumah besar di Kampung Hilir,"
dia bertanya.
"Ye, saya duduk di rumah Pak Cik Seruji," jawabku.
"Pak Cik Seruji tu datuk saya la cikgu," makin rancak
perbualan kami.
"Oh, awak ni cucu dia la. Sai ngadan ka'au," aku cuba
cakap Melanau yang Cikgu Awang Johan ajar.
"Wah! Cikgu pandai cakap Melanau dah. Ngadan ako
Saharina. Di kampung orang panggil Selina. Cikgu
boleh panggil Shy saja," kata Shy dengan teruja.
Sungguh peramah orangnya.
"Tao jumit-jumit," aku balas sambil ketawa .
Itu saja yang aku tahu.
Aku ambil satu pack sugar crackers dan satu pack
maggi. Kemudian pergi ke kaunter untuk bayar.
"Ini kawan saya Jamatiah," Shy perkenalkan kawannya
yang berdiri dekat kaunter.
Ah Ping, tokey kedai tu perhatikan saja pekerjanya
melayan pelanggan.
"Hai Jamatiah. Saya Cikgu Zabidi," aku kenalkan diri.
Dia senyum saja. Tak banyak cakap macam Shy.
Lepas bayar dan ambil barang aku berjalan keluar.
"Lepas ni cikgu nak ke mana pulak?" tanya Shy lagi.
Aku berhenti seketika.
"Nak jalan-jalan tengok kedai yang ada di sini. Kalau
dalam bahasa Melanau nak cakap macam mana?"
jawabku dan minta dia bagi terjemahan.
Sempat lagi nak belajar bahasa tempatan.
"Cakap raun paser saja cikgu. Ataupun cikgu boleh
cakap atai makau paser," ujarnya.
31
"Terima kasih kerana tolong ajar saya bahasa
Melanau. Saya pergi dulu," kataku dan minta diri
untuk pergi dari situ.
"Sama-sama. Datang lagi cikgu," balasnya sambil
melambai.
Aku pun berlalu pergi. Dari satu kedai ke satu kedai.
Sampai di hujung deretan kedai aku pun balik.
~ Terima kasih kepada
Adlina Regina Katim
dan
Saharina Putera
kerana bantu bahan cerita.
~ Kredit sumber gambar:
https://www.facebook.com/BelajarBahasaMelanauD
alat/
~ Kalau ada yang teringin nak belajar menulis cerita
macam saya sila daftar sebagai peserta Sekolah
Penulisan Ramadan 2021 di ruang komen pertama.
32
Cerita Dalat Siri 13: Aa Mupok Waserk
Cuaca panas. Aku berjalan kaki balik ke rumah di
Kampung Hilir. Tak ada pilihan.
Ketika lalu di depan kedai pakaian tadi aku singgah
beli topi. Dapat la lindung kepala dan muka daripada
cahaya dan panas matahari yang terik.
Sambil berjalan aku perhatikan rumah-rumah yang
berderet di kiri dan kanan jalan.
Semuanya rumah traditional yang dibina daripada
kayu dan papan. Ada yang dicat dengan cantik tetapi
banyak rumah kayu tanpa cat.
Sampai di satu rumah aku nampak ada seorang gadis
sedang mengangkat pakaian di ampaian. Hanya selang
tiga rumah daripada rumah yang aku duduki.
“Assalamualaikum cikgu. Baru balik dari sekolah ke,”
dia menyapa aku. Memang orang Dalat peramah
macam tu.
“Waalaikumussalam. Ye, baru balik,” aku jawab sambil
senyum padanya.
Aku berhenti sekejap.
“Banyaknya pakaian. Berapa orang tinggal di rumah
ni?” aku bertanya apabila melihat begitu banyak
pakaian yang dijemur tetapi keadaan di rumah tu
sunyi saja.
“Saya tinggal dengan mak dan ayah saja. Ni pakaian
orang cikgu. Saya ambil upah basuh pakaian,” jelasnya.
Katanya itu menarik perhatianku.
“Oh. Kalau macam tu boleh tolong basuh pakaian saya
sekali la,” aku bertanya dengan harapan dapat guna
perkhidmatannya.
33
“Boleh je cikgu. Nanti cikgu bawak saja pakaian ke
sini,” lega hatiku bila dia cakap begitu.
Tak payah la nak fikir macam mana nak uruskan
pakaian lagi. Biar dia saja uruskan. Hanya sediakan
duit saja untuk bayar upah.
“Upahnya kira macam mana,” baru teringat pasal
upah. Duit aku terhad. Kalau mahal kena tangguh dulu
la.
“Kalau basuh saja sehelai seringgit. Kalau basuh, gosok
dan lipat sekali sehelai dua ringgit,” jelasnya tentang
kadar bayaran.
“Ok la tu. Nanti ako bagi ka’au basuh, gosok dan lipat
sekali,” aku terus beri persetujuan.
“Sai ngadan ka’au,” aku cuba praktikkan lagi bahasa
Melanau yang aku baru belajar.
“Ngadan ako Fauziah. Panggil Yah saja. Wah! Pandai
sudah cikgu berbahasa Melanau,” balas Yah sambil
memuji aku.
“Baru belajar jumit-jumit,” balasku sambil senyum
simpul.
“Bagus cikgu. Belajar jumit-jumit, lama-lama pandai
la,” Yah bagi galakan.
Aku makin bersemangat nak belajar bahasa Melanau.
Belajar berdasarkan situasi lebih mudah faham dan
ingat.
“Dalam bahasa Melanau disebut apa kerja basuh
pakaian macam ni,” aku ambil peluang belajar satu
perkataan lagi.
“Kalau basuh pakaian kita sebut mupok waserk. Kalau
orang yang basuh pakaian kita cakap aa mupok
waserk,” dia pun terjemahkan.
34
Aku pun mengajuk cakapnya. Dapat la tambah satu
perkataan lagi.
Selepas ucapkan terima kasih, aku minta diri untuk
pergi. Tak selesa berbual tengah panas tepi jalan.
Dia terus mengangkat pakaian dari ampaian dan
masukkan dalam raga.
‘Dah cari rezeki di tempat orang boleh juga kongsi
rezeki dengan orang di sini,' fikirku sambil melangkah
pulang.
Sampai di jambatan nak masuk ke rumah langkahku
terhenti. Anjing Pak Cik Seruji menunggu di tengah
jambatan.
‘Alamak! Macam mana nak masuk ni. Semalam ada Pak
Cik Seruji boleh la dia suruh anjing tu pergi,' fikirku
mula gelabah.
35
Cerita Dalat Siri 14: Bobby
Bila nampak aku anjing tu berdiri. Lidahnya terjelir.
Aku tak biasa dengan anjing. Di kampung aku tak ada
orang bela anjing. Kalau jumpa anjing di jalan aku
mengelak jauh-jauh.
Sekarang terpaksa tinggal di rumah yang ada anjing
pulak.
Sedang aku fikir-fikir apa nak buat, tak semena-mena
datang la gadis manis anak jiran yang aku lihat di
jendela semalam.
“Bobby!! Suh suh suh,” katanya.
Dia letakkan sebuku roti di tepi tangga. Anjing itu pun
makan, tak pedulikan aku lagi.
“Terima kasih kerana tolong halau anjing tu,” kataku
kepadanya malu-malu.
Orang perempuan pulak kena tolong orang laki-laki.
Malu la.
“Sama-sama,” jawabnya.
“Dia lapar la tu cikgu, tunggu tuan dia bagi makan,”
sambungnya lagi.
“Ok, lain kali saya nak balik saya beli roti siap-siap la
untuk dia. Nama dia Bobby ke?” aku tanya lagi.
“Ya, nama dia Bobby. Kalau Pak Cik Seruji tak ada, saya
la yang selalu tolong bagi Bobby makan,” jelasnya.
“Macam mana boleh baik dengan anjing Pak Cik Seruji
ni,” sembang pasal anjing la pulak.
“Sebenarnya anjing ni asalnya bukan Pak Cik Seruji
punya. Entah dari mana datangnya tak tahu la. Tapi dia
selalu datang sini. Saya kesian tengok dia lapar saya
bagi dia makan. Kalau Pak Cik Seruji datang sini dia
36
pun bagi makan. Sekarang dia tinggal di sini terus,”
panjang lebar dia cerita pasal asal-usul anjing tu.
“Macam mana boleh bagi nama Bobby pulak,” tanyaku
lagi. Saja je cari jalan nak sembang lama-lama .
“Entah la cikgu. Pak Cik Seruji minat filem Bobby kut,”
balasnya sambil ketawa
Aku pun turut ketawa. Aku pun suka tengok filem
hindustan tu. Lagu-lagunya best belaka. Paling aku
suka lagu Main Syayar To Nahin. Terngiang-ngiang
lagi nyanyian Rishi Kapoor sebagai Raja bila jumpa
Bobby lakonan Dimple Kapadia.
Main shaayar to nahin
Main shaayar to nahin
Magar ye hanseen
Jab se dekha
Main ne tujh ko mujh ko
Shaayari aa gayee …
Fuhhh … meleleh air liur dengar lagu hisdustan tu
“Kenapa tiba-tiba terdiam cikgu,” tersentak aku bila
dia tanya.
“Eh, tak ada apa-apa. Nak tanya nama. Lupa pulak
cakap macam mana dalam bahasa Melanau,” aku cuba
buat helah.
“Oh, nama saya Mala. Kalau nak tanya dalam bahasa
Melanau cikgu cakap la sai ngadan ka’au. Nanti saya
jawab ngadan ako Mala. Sekarang saya tanya cikgu, sai
ngadan ka’au. Cuba cikgu jawab,” Mala ajar aku
berbual dalam bahasa Melanau.
“Ngadan ako Cikgu Zabidi,” aku jawab sambil
tersengih-sengih.
37
“Haaa, pandai pun,” kata Mala memuji aku sambil
senyum.
Bila dia senyum nampak lesung pipit di kedua-dua
belah pipinya. Cantik manis rupanya walaupun
perwatakannya agak kasar dan ala-ala tomboy.
“Kalau cikgu nak lepak tepi sungai depan rumah saya
tu datang la. Bila-bila masa pun boleh,” Mala pelawa
aku.
“Haaa, bagus tu. Saya memang suka tengok
pemandangan di tepi sungai. Sambil berehat-rehat
boleh memancing,” pandai la aku ‘memancing’ untuk
kenal lebih rapat dengannya.
“Boleh, datang la ye,” dia pun macam nak ‘memancing’
aku jugak.
“Ok, petang nanti saya pergi,” aku setuju saja
ajakannya.
Mala pulang ke rumahnya. Aku naik ke rumah. Senyum
sorang-sorang. Senyum sampai ke telinga.
‘Oh, Mala! Dapat juga berkenalan denganmu.
Peramah,' aku berangan sorang diri.
Sambil baring aku menyanyi lagi lagu dari filem
Bobby. Main syayar to nahin …
Tak sedar bila masa terlelap.
Suara azan dilaungkan dari surau sebelah rumah. Aku
terjaga. Lekas-lekas aku buka tingkap.
‘Alamak, dah Maghrib. Tak sempat lepak dengan Mala.
Tentu dia tertunggu-tunggu,’ aku merungut sorang
diri
38
Cerita Dalat Siri 15: Si'et
Selesai solat Isyak di surau aku pun balik. Sampai di
depan rumah Mala aku perhatikan juga kalau-kalau
dia ada di luar. Tak nampak kelibat sesiapa. Pintu dan
tingkap rumahnya tertutup rapat.
Perut dah bagi signal minta diisi. Tapi rasa malas pulak
nak keluar pergi cari makanan.
Mee segera yang aku beli di kedai Ah Ping masih dalam
beg plastik di atas meja study.
‘Makan maggi sudah la malam ni,’ kata hatiku.
Aku keluarkan sebungkus. Bawa ke dapur. Aku
masukkan air dalam cerek dan letak atas dapur. Aku
hidupkan api dapur gas. Biarkan di situ hingga masak.
Aku cari mangkuk yang sesuai di atas para untuk
rendam maggi.
Tiba-tiba terdengar bunyi yang luar biasa di atas para.
Seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar bekas
aluminium. Tidak terlalu kuat. Tetapi mencurigakan.
Aku hampiri periuk yang disusun di bahagian tepi
para. Bunyi menggerit makin jelas.
Ada satu periuk lama diletak terasing daripada periuk
lain. Bertutup agak longgar. Aku yakin dari dalam
periuk itulah datangnya bunyi menggerit itu.
‘Tikuskah yang terperangkap dalam periuk itu?’
fikirku.
Aku cari penyepit makanan. Nampak tersangkut di
tepi dapur. Aku ambil dan kembali ke periuk tadi.
Aku menyepit tepi tudung periuk itu dan buka
perlahan-lahan.
‘Haaaa …,’ terkejut aku.
39
Ulat merenyut dalam periuk tu. Gemuk-gemuk.
Badannya putih kekuningan. Kepalanya coklat.
Aku perhatikan betul-betul. Nampak macam ulat yang
selalu aku jumpa dalam tunggul rumbia yang sudah
reput.
Ketika kecil dulu aku selalu mencari kumbang
‘helikopter’ (buyun). Badannya berwarna hitam. Di
bahagian kepalanya ada jalur berwarna merah. Dan
mulutnya ada belalai.
Aku ikat kakinya dengan benang yang panjang.
Kemudian lambung. Dia akan terbang dan berpusing-
pusing. Bunyi berdengung bila dia terbang.
Ketika asyik mengelamun mengenang kisah zaman
kanak-kanak terdengar cerek dah bersiul. Air dah
masak.
Aku tutup semula periuk ulat sagu. Aku buka
bungkusan maggi dan masukkan dalam mangkuk.
Kemudian tuang air. Aku tutup supaya cepat kembang.
‘Kalau Pak Cik Seruji datang nanti aku nak tanya, nak
buat apa ulat sagu yang banyak atas para tu,’ kataku
dalam hati.
Dia nak jual ke? Atau nak buat umpan memancing?
Maggi dah kembang. Aku suap maggi ke mulut. Bila
nak telan rasa kembang tengkuk la pulak. Teringat ulat
merenyut dalam periuk tadi.
Tiba-tiba teringat rancangan nak memancing di sungai
dekat rumah Mala.
‘Boleh guna ulat tu sebagai umpan. Nanti aku minta
izin daripada Pak Cik Seruji,’ aku buat rancangan
sambil makan.
Habis makan aku ke meja study. Buat persediaan
untuk mengajar. Esok nak ajar novel di kelas 5B.
40
Cerita Dalat Siri 16: Sakai Merow
“Allahummaftah ‘alaina hikmataka wanshur ‘alaina
min khoza ini rahmatika ya arhamar rohimin,” Daud
berdoa ketika hendak mulakan kelas.
Aku dan murid lain aminkan doanya. Murid bukan
Islam berdoa sendiri-sendiri mengikut ajaran yang
mereka anuti.
“Terima kasih Daud kerana ketuai bacaan doa. Semua
murid sila duduk,” kataku persilakan murid duduk.
“Hari ini kita akan belajar novel Senjakala. Siapakah
nama pengarang novel ini?” aku mulakan set induksi.
“Baharuddin Kahar,” jawab murid beramai-ramai.
Soalan itu pasti senang dijawab kerana nama penulis
tertera pada kulit novel tersebut.
“Siapa pernah jumpa Baharuddin Kahar sila angkat
tangan,” aku cuba menduga.
Tak ada seorang pun yang angkat tangan. Aku dah
agak begitu.
“Nampaknya saya seorang sajalah yang pernah jumpa
Baharuddin Kahar, penulis novel Senjakala ni,” aku
buat kejutan bagi menarik perhatian murid.
“Bestnya cikgu! Cikgu jumpa dia di mana?” tanya
Masita dengan suara yang nyaring.
“Saya jumpa beliau semasa menuntut di universiti
dulu ketika kami sama-sama hadiri majlis Temu Puisi
di Rumah Universiti, Universiti Malaya,” aku ceritakan
pengalaman bertemu dengan penulis novel yang
dikaji. Semua murid tepuk tangan.
“Siapa lagi yang cikgu jumpa di sana,” tanya Masita lagi
yang teruja. Dia memang suka bertanya.
41
“Ramai penulis terkenal yang saya jumpa. Antaranya
Sasterawan Negara A. Samad Said, A. Ghafar Ibrahim,
T. Alias Taib, Zahari Hasib, Pyan Habib, Zubir Ali
penyanyi kumpulan Harmoni pun ada,” kataku.
“Wah!!! Best la cikgu dapat jumpa penulis-penulis
terkenal,” kata Masloni pula. Nampak dia teruja.
Pelajar lain pun bagi reaksi teruja juga.
“Kalau kamu semua dapat masuk universiti, kamu juga
boleh jumpa tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai
bidang. Belajarlah rajin-rajin supaya dapat keputusan
yang cemerlang dan boleh lanjutkan pelajaran hingga
ke universiti,” aku bagi motivasi dengan penuh
semangat.
Semua murid tepuk tangan.
“Insya Allah cikgu. Aamiin!!!” sahut beberapa orang
murid.
Set induksi aku hari ini berjaya menarik minat murid
untuk belajar. Alhamdulillah!
“Baiklah murid-murid. Sekarang kita teruskan kajian
novel Senjakala. Kita fokus kepada aspek watak dan
perwatakan,” kataku.
“Chan Kay Hock, apakah yang dimaksudkan dengan
watak?” aku tujukan soalan itu kepada murid tersebut
apabila aku lihat dia asyik membetul-betulkan
rambutnya, tak bagi tumpuan.
“Aaaa aaa … cikgu tanya apa tadi?” tergagap-gagap
Chan Kay Hock.
“Itulah kamu, asyik nak jaga fesyen rambut kamu saja,
tak bagi tumpuan,” kataku dengan nada yang agak
tinggi.
“Maafkan saya cikgu,” kata Chan Kay Hock sambil
tertunduk malu kerana kena marah.
42
Murid lain semua diam.
“Untuk menjelaskan maksud watak dan perwatakan
saya bagi contoh dalam kelas ni supaya lebih mudah
faham,” kataku sambung mengajar.
“Ini Azura. Seorang gadis remaja berusia 17 tahun.
Sedang menuntut di tingkatan 5, SMK Dalat. Azura
tidak banyak bercakap kerana dia seorang yang
pendiam. Dia rajin membaca novel bagi mengisi masa
lapang,” aku bagi contoh sambil berdiri di sebelah
Azura yang duduk paling hampir dengan meja guru.
“Daripada contoh yang saya berikan tadi kita boleh
cerakinkan watak dan perwatakan seperti berikut,”
aku bagi penjelasan sambil menulis di papan hitam
dengan kapur tulis.
Watak: Azura
Perwatakan:
1. Gadis remaja --> Dia baru berusia 17 tahun
2. Pelajar sekolah --> Dia menuntut di tingkatan 5B,
SMK Dalat
3. Gemar membaca buku --> Membaca novel bagi
mengisi masa lapang
4. Pendiam --> tidak banyak bercakap
“Daripada contoh ini dapat kita rumuskan bahawa
‘watak’ merupakan pelaku yang mendukung atau
menghidupkan cerita. Manakala ‘perwatakan’ pula
merujuk kepada sifat yang ada pada watak tersebut.
Faham tak?” nampak murid-murid di barisan depan
melopong mendengar penjelasanku.
“Faham cikgu,” sahut sebahagian murid. Sebahagian
murid lagi mungkin sedang mengelamun.
Joseph paling ketara mengelamun. Leka memandang
kelas di bangunan sebelah. Aku baling dengan kapur.
43
Dia terkejut. Melinda yang cantik di sebelahnya
ketawa.
“Dia ingat sakai merow dia la tu cikgu,” sampuk Philo
sambil ketawa.
Dia suka buat lawak dalam kelas. Kawan-kawannya
turut ketawa.
“Sakai merow tu apa, Philo?” aku tanya.
“Girlfriend,” jawabnya. Ketawa lagi.
“Oh, Joseph dah ada sakai merow. Siapa namanya?”
aku layan saja. Baru kelas jadi ceria. Tapi masih
terkawal.
“Nama Saidah cikgu,” Sharmila menyampuk sambil
ketawa.
Bila sembang pasal cinta monyet tiba-tiba kelas jadi
riuh-rendah.
“Ok, cukuplah cerita pasal sakai merow. Kita sambung
balik watak dan perwatakan novel Senjakala,” aku
tarik perhatian mereka semula terhadap tajuk
pelajaran hari itu.
Aku bahagikan kelas kepada 5 kumpulan. Satu
kumpulan kena cari perwatakan bagi satu watak.
Mereka kena kenal pasti perwatakan dan contoh
perwatakan watak yang ada dalam novel Senjakala.
Selepas itu mereka kena hasilkan peta minda pada
kertas majong.
Hanya tiga kumpulan sempat membentangkan hasil
tugasan di hadapan kelas. Watak Kinto, Noor dan
Damid saja kerana masa tak cukup.
“Tahniah kepada ketiga-tiga kumpulan tadi kerana
berjaya hasilkan peta minda dan pembentangan yang
baik. Minta maaf kepada dua kumpulan lagi kerana tak
44
sempat buat pembentangan,” kataku bagi mengakhiri
aktiviti.
“Peta minda yang dihasilkan tadi sila lekatkan di
papan kenyataan di belakang kelas untuk rujukan.
Semua murid kena tulis nota watak dan perwatakan
dalam buku nota Kesusasteraan Melayu. Esok ketua
kelas kutip dan hantar ke meja saya,” aku bagi kerja
rumah kepada mereka.
“Setakat ini saja kelas kita hari ini. Jumpa lagi minggu
depan,” kataku mengakhiri kelas.
Murid-murid bangun dan ucapkan terima kasih.
‘Petang ni boleh jumpa sakai merow ke dak agaknya,’
frasa yang aku baru belajar terlintas di fikiran ketika
berlalu dari kelas itu.
45
Cerita Dalat Siri 17: A Tukang Pisik
Balik dari sekolah aku pergi ke pasar Dalat. Nak makan
tengah hari. Sampai di Kedai Ah Ping jumpa Selina lagi
sekali.
“Assalamualaikum cikgu, masuk la dulu,” sapa Selina
sambil jemput aku masuk.
“Waalaikumussalam. Saya nak pergi makan dulu.
Kedai mana yang bagus?” aku jawab salam dan minta
pendapatnya.
“Di market sana ada banyak kedai makan,” kata Selina
sambil tunjukkan bangunan batu dua tingkat di tepi
sungai.
“Cikgu dah pernah makan umai ke?” tanya Selina.
“Umai? Apa tu?” aku tercengang mendengar nama
makanan tu.
Itulah kali pertama aku dengar nama umai.
“Umai tu sejenis makanan tradisional orang Melanau.
Ia dibuat daripada ikan. Biasanya orang gunakan ikan
pirang. Umai yang paling best umai Mukah. Tapi cikgu
rasa la umai Dalat dulu,” Selina bagi cadangan.
“Kedai yang mana ada jual umai?” aku tanya lagi.
Teringin juga nak rasa.
“Cikgu naik ke tingkat atas. Pergi kedai nombor dua
dari tangga, sebelah kiri. Tuan kedai tu nama Kak Ani.
Biasanya dia ada jual,” Selina bagi panduan.
“Jom la kita pergi makan sama. Saya belanja,” aku
pelawa Selina pergi makan.
“Tak boleh cikgu, saya kerja. Kalau tinggal nanti tauke
marah,” katanya menolak pelawaanku.
46
Aku pun pergi la ke kedai tu. Di kedai Kak Ani tak ada
pelanggan. Di kedai lain ada dua tiga orang pelanggan
saja waktu itu.
“Assalamualaikum Kak Ani. Umai ada tak,” aku
menyapa tauke kedai tu.
“Waalaikumussalam. Eh, mana cikgu tahu nama saya,”
jawab Kak Ani agak teruja kerana aku panggil
namanya walaupun pertama kali jumpa.
“Selina bagitahu tadi. Dia cadangkan saya datang ke
sini” aku bagi penjelasan sambil duduk di satu meja.
“Oh, Selina cucu Pak Cik Seruji tu. Umai ada sikit lagi.
Nak makan di sini atau nak bungkus?” reaksi Kak Ani
menunjukkan dia kenal Selina.
Rezeki aku hari tu, umai masih ada. Boleh la rasa.
“Makan di sini,” jawabku ringkas.
Sambil makan boleh juga tengok-tengok suasana dan
makanan yang dijual di kedai-kedai lain.
“Ok. Cikgu duduk dulu. Saya siapkan umai dan nasi,”
katanya.
Sambil menunggu nasi dan umai disiapkan aku
perhatikan kedai-kedai lain di situ. Tiba-tiba aku
nampak sesuatu yang mengejutkan di kedai sebelah.
‘Nampak macam ulat sagu yang aku jumpa atas para
semalam,’ bisik hatiku.
Tauke kedai tu sedang membasuh ulat sagu dalam
penapis di sinki. Nampak masih bergerak-gerak lagi.
Kemudian dia tumis bawang dan cili dalam kuali. Dia
kacau-kacau hingga naik bau. Selepas itu dia
masukkan ulat sagu tadi dalam kuali. Seterusnya dia
masukkan garam, lada dan kicap. Terkejut aku. Tapi
sedap juga baunya.
47
‘Eh, orang sini makan ulat sagu ke?’ aku tertanya-tanya
seorang diri.
‘Agaknya ulat sagu di atas para tu Pak Cik Seruji
simpan untuk buat lauk la tu,’ baru aku terfikir kenapa
ada ulat sagu di rumah Pak Cik Seruji.
“Cikgu tengok apa. Dari tadi asyik pandang ke kedai
sebelah je,” sapa Kak Ani sambil hidangkan nasi dan
umai.
“Orang sebelah tu makan apa Kak Ani,” aku tanya dia
sambil tunjuk ulat sagu yang dihidangkan kepada
pelanggan di kedai sebelah.
“Oh, itu ulat mulong. Orang sini panggil siet. Makanan
special orang Melanau. Yang orang tu makan siet
goreng. Makan mentah pun boleh. Cikgu nak cuba ke,
boleh saya order,” tanya Kak Ani.
“Ehhh, tak nak tak nak. Tanya je,” cepat-cepat aku
menolak walaupun nampak pelanggan kedai sebelah
sangat berselera makan ulat sagu goreng tu.
“Ini apa pulak yang berbiji-biji ni?” aku tanya dengan
rasa curiga bila nampak butir-butiran kecil berwarna
putih dihidangkan atas meja aku.
“Itu sagu cikgu. Makan dengan umai sedap,” katanya
sambil duduk depan aku.
Pelanggan lain tidak ada pada masa tu. Dia duduk la
berbual-bual dengan aku.
“Sedap jugak umai ni. Masak macam mana Kak Ani,”
aku tanya selepas makan beberapa suap umai yang
terhidang.
“Umai ni tak masak cikgu. Isi ikan pirang yang dihiris
nipis-nipis ni digaul dan diperap dengan asam limau,
bawang dan cili saja,” terang Kak Ani.
48
“Haaa … ikan mentah la ni?” sekali lagi aku terima
kejutan.
“Tapi tak ada rasa hanyir pun. Sedap jugak la,”
sambungku lagi.
“Memang tak hanyir, sebab dah diperap dengan asam
limau dan bawang,” jelas Kak Ani.
Akhirnya habis sepinggan nasi dan sepiring umai serta
sagu. Alhamdulillah!
“Kalau cikgu nak saya sediakan makan tiap-tiap hari
pun boleh. Saya isi dalam mangkuk tingkat. Cukup
untuk makan tengah hari dan makan malam. Kalau
cikgu setuju nanti saya minta orang hantar ke rumah
cikgu,” Kak Ani offer perkhidmatan penghantar
makanan. Macam Food Panda dan GrabFood sekarang.
“Bagus jugak tu. Boleh saya cuba. Bayaran kira macam
mana?” aku tanya lagi bila rasa minat dengan tawaran
Kak Ani.
“Sebulan RM150 saja cikgu,” katanya.
“Ok, saya setuju. Bila boleh mula?”
“Esok boleh mula. Hari ni tak sempat dah nak sediakan
bahan,” katanya.
Selepas bayar harga makanan tadi aku pun minta diri
nak balik.
“Kedai di bawah ada jual rojak cikgu. Rojak Nek Adun.
Cuba la, memang sedap,” pesan Kak Ani sebelum aku
berlalu pergi.
Aku pun beli rojak sebungkus untuk makan petang itu.
Dua ringgit saja. Sambil berjalan aku rasa sikit. Emmm
memang sedap ...
‘Tak jadi la guna ulat sagu sebagai umpan memancing.
Nanti marah pulak Pak Cik Seruji bila tengok makanan
49