The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzhi.updk, 2022-07-22 12:19:46

PANDUAN PERKHIDMATAN B&K SBP 2022

BUKU PANDUAN B&K SBP 2022

PANDUAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH BERASRAMA PENUH PANDUAN PENGURUSAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING
SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Diterbitkan oleh:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

Kementerian Pendidikan Malaysia
2022

Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak
dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Secondary School).
2. Education, Secondary School.
3. Government Publications--Malaysia.
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh.
507.1

Dicetak oleh:
NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd.
Lot. 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55196373 / 03-55126553

KANDUNGAN II
III
Kandungan IV
Rukun Negara V
Falsafah Pendidikan Kebangsaan VI
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih VII
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Pendahuluan 1
5
1 PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN 6
DAN KAUNSELING 7
Latar Belakang 8
Rasional & Objektif 8
Prinsip 11
Kod Etika
Kod Tatalaku 13
Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling 14
Tanggungjawab Pentadbir 14
15
2 FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pembangunanan Perkembangan Sahsiah Diri 16
Peningkatan Disiplin Diri 17
Pendidikan Kerjaya 19
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
25
3 PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN 31
DAN KAUNSELING 33
Bimbingan dan Kerjaya 38
Bidang Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 41
Teori Kerjaya

4 PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
Program Minda Sihat
Pentaksiran Psikometrik Ppsi
Pembimbing Rakan Sebaya
Program Mentor Mentee
Amalan Guru Penyayang

Ziarah Cakna 42
Kelab Kerjaya 44
Pembimbing Rakan Kerjaya 46

5 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN 48
BIMBINGAN DAN KAUNSELING 51
Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling 54
Sasaran Kerja Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan 62
Kaunseling 64
Contoh Rancangan Tahunan Sekolah Berasrama Penuh 72
Pengurusan dan Pentadbiran Program serta Aktiviti 77
Bimbingan dan Kaunseling 78
Sistem Fail Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Bilik Bimbingan dan Kaunseling 80
Sistem E-Perkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM) 82
e-Profile Murid 82
83
6 KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF 84
Perkhidmatan Tele-Sokongan Psikososial/ Psikologi 86
Bimbingan dalam Talian 86
Kemahiran Asas Grafologi 88
Art Therapy
Theraphy Cognitive Behavior Therapy (CBT)
Kemahiran Intervensi Kemurungan (Depression)
Inovasi Kaunseling
Tugasan Lain

PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING DAN MASA 90
7 DEPAN 91
93
Cabaran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Cadangan Mengukuhkan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Kejurulatihan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Bahan Rujukan VIII

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara cara hidup yang demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dinikmati secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Garis Panduan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat
diterbitkan. Tahniah dan terima kasih kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan pegawai di
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang
bertungkus-lumus bagi memastikan garis panduan ini
dapat diterbitkan untuk rujukan GBK khususnya di
Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah satu keperluan penting
kepada warga sekolah khususnya murid-murid SBP yang tinggal dalam persekitaran
sekolah bersama-sama rakan daripada pelbagai latar belakang dan berjauhan dari
keluarga. Oleh itu, GBK perlu membuat perancangan dan melaksanakan akvitivi
kaunseling yang dapat memberikan impak maksimum dan menjaga kesejahteraan diri
murid dari segi psikologikal, emosi dan fizikal.

Mengikut Kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan 2019 oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, 9.5% kanak-kanak Malaysia yang berusia 9 – 15 tahun mengalami masalah
kesihatan mental dan penyumbang utama kepada masalah kesihatan mental kanak-
kanak ialah masalah interaksi dengan rakan sebaya (42.9%). Merujuk statistik tersebut,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SBP perlu dilaksanakan dengan terancang
dan sistematik di peringkat awal lagi. Sehubungan itu, GBK perlu memainkan peranan
penting untuk sama-sama membantu mengenal pasti murid yang memerlukan
perkhidmatan kaunseling dan menggerakkan pembimbing rakan sebaya yang telah
dilantik untuk membantu murid dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang
terbaik dalam mengatasi permasalahan seharian mereka

Saya berharap Garis Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
dihasilkan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling, malah berupaya untuk meningkatkan kesedaran murid kepada kepentingan
bimbingan dan kaunseling sebagai kaedah intervensi yang membantu meningkatkan
kesejahteraan individu dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Faridah binti Yang Razali
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia

Prakata

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam
pembangunan modal insan melalui pelaksaaan program psikologi untuk murid
membuat perubahan bagi meningkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku
dan pemikiran. Selain itu, perkhidmatan ini juga membantu murid membuat
penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di
luar sekolah. Perkhidmatan ini juga berupaya mendedahkan bakat, minat dan
kelebihan dalam diri murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang seterusnya
membantu murid berfikir secara rasional dan membuat keputusan tepat yang
memberi impak positif dalam kehidupan mereka.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini juga perlu dikembangkan dengan
pelbagai pendekatan bagi membantu murid yang memerlukan sokongan emosi yang
berterusan dalam menghadapi cabaran. Matlamatnya adalah membantu atau
memberi jalan agar murid dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi
mental, perasaan, kerohanian dan tingkah laku.

Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu diberi perhatian
kerana terbukti memberi kesan positif terhadap perkembangan murid. Pelbagai
masalah yang dihadapi murid seperti pertumbuhan fizikal yang mendadak,
perkembangan kognitif dan perubahan psikologi memerlukan sokongan bagi
menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Di samping itu, masalah tingkah laku dalam
kalangan remaja juga memerlukan perhatian serius. Keadaan ini bukan sahaja
menjadi tanggungjawab keluarga, tetapi juga pihak sekolah.

Justeru, perkembangan semasa membuktikan bahawa peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling (GBK) penting dalam membantu klien supaya bertanggungjawab ke atas
dirinya, memperbaiki imej diri, menyesuaikan diri dengan keadaan, menjadi lebih
produktif, membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman serta
mempertingkat kemampuan klien membuat keputusan dan membantu dalam
menyelesaikan masalah.

Garis Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini diharapkan dapat
menjadi rujukan dan pencetus idea kepada GBK dalam menyediakan aktiviti dan
program berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dokumen ini
mengandungi enam unit seperti berikut:

Unit 1 : Pengenalan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Unit 2 : Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Unit 3 : Program Utama Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling : Bimbingan dan
Kerjaya

Unit 4 : Program Utama Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Unit 5 : Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Unit 6 : Kemahiran Kaunseling Alternatif

Unit 7 : Cabaran dan Hala Tuju Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

GBK digalakkan untuk membangunkan aktiviti yang mampu mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membantu pembentukan sahsiah terulung
dalam kalangan murid di SBP.

Akhir kata, Garis Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini diharapkan
dapat menjadi rujukan dan pencetus idea kepada GBK dalam menyediakan aktiviti
dan program berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. GBK digalakkan
untuk membangunkan aktiviti-aktiviti lain yang mampu mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membantu pembentukan sahsiah terulung
dalam kalangan anak didik di SBP.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

Penasihat Pengarah
YBrs. Puan Faridah binti Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Yang Razali
Panel Kawalan Kualiti Pengerusi
Norashikin binti Hashim Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Haji Ahmad Saipuddin bin Ketua Penolong Pengarah
Mohamed
Norazrina binti Dato' Sri Ketua Penolong Pengarah
Abdul Aziz
Norhairin Binti Othman Ketua Penolong Pengarah
Mohd Fauzhi bin Saip Penolong Pengarah
Muhammad bin Md Derus Penolong Pengarah
Panel Penulis / Penyunting
Noorazianah Binti Mohamed GBKSM SM Sains Muar
Siti Nur Syahirah binti GBKSM Sekolah Seri Puteri
Mohamad Jalani
Rohaiza binti Ja'afar GBKSM SMS Tuanku Aishah Rohani
Ros 'Afifah binti Mat Ripin GBKSM SBP Integrasi Gombak
Siti Hajar binti Mohd Rais GBKSM SM Sains Muzaffar Syah
Noradila binti Nor Rusli GBKSM SM Sains Kuala Selangor
Abdul Rahman Bin Abdul GBKSM SMS Tun Syed Sheh Sahabudin
Rahim
Mohamad Faris bin Ahmad GBKSM Sekolah Tuanku Abdul Rahman

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT 1

PENGENALAN PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

0

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LATAR BELAKANG
1.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diperkenalkan dalam sistem

persekolahan di Malaysia bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang
dilaksanakan pada masa itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan
pelajaran.
1.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
menegaskan pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkat di sekolah-
sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79 seperti berikut:
“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan
kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya
sahaja”
1.3 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menekankan keperluan
mengadakan perkhidmatan kaunseling di sekolah seawal tahun 70-an. Antara
usaha yang dilaksanakan termasuk arahan dari semasa ke semasa seperti
berikut:
i. Surat Siaran bertarikh 18 Mac 1996, No. rujukan KP(BS-HEP) 8543/6D(91)

bagi perkara Pelantikan Kaunselor Sepenuh Masa (Kaunselor Pelajar)

1

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1996 : KP(BS)8591/Jld.VIII / (35) bertarikh

11 Julai 1996 bagi perkara Panduan Tambahan: Perlantikan Guru
Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah

iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KP (BPSH – SPPK) : 601/3 Jld 3 (23) bertarikh 17
Disember 2008 bagi perkara Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara

2

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
iv. Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 12 Tahun 2012 bertarikh

16 April 2012 bagi perkara Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah

v. Surat Siaran KPM.600-14/1/60 JLD. 45 (68) bertarikh 8 Mac 2017 bagi
perkara Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian
Pendidikan Malaysia Tahun 2017

3

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.4 Pelaksanaan kursus bimbingan dan kaunseling juga dilaksanakan di institusi
pendidikan guru dan universiti serta bahagian KPM seperti yang berikut.

Penganjur Kursus

i. Maktab Perguruan Ilmu Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan
Khas (1980) Kaunseling (satu tahun)

ii. Universiti Pertanian Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Malaysia (1982) (Bimbingan dan Kaunseling)

iii. Maktab Perguruan Ilmu Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan
Khas (1984) Kaunseling (enam bulan)

iv. Institut Perguruan Sultan Diploma Bimbingan dan Kaunseling
Idris (1987) (satu tahun)

v. Bahagian Pendidikan Guru Kursus Dalam Cuti (KDC) semasa cuti penggal
(1982) persekolahan (lapan minggu)

vi. Institut Aminuddin Baki Kursus Kejurulatihan Program Pembimbing
(1988) Rakan Sebaya

vii. BPG dengan kerjasama IAB Kursus Diploma Perguruan Kaunseling
(2001) (enam bulan)

4

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

RASIONAL

Memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan
membangunkan diri sendiri

Sebagai asas untuk pembentukan murid dari segi
pembangunan dan perkembangan sahsiah,
peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya serta
psikososial dan kesejahteraan mental

Membekal dan meningkatkan kemahiran murid dalam
mengurus emosi, mental, psikologi dan sosial dalam
menghadapi situasi yang terkesan akibat pandemik
COVID19

Menyediakan murid untuk menghadapi cabaran masa
kini bagi membendung peningkatan kes salah laku

OBJEKTIF

Memenangi jiwa murid yang merupakan teras perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling

Memberi perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam
menyuarakan isi hati serta permasalahan supaya dapat membantu mereka
membuat keputusan yang wajar dan betul

Mendahului (win over) jangkaan tindakan yang di luar norma sosial dalam
kalangan murid

Mendorong murid meneroka laluan kerjaya yang sesuai dengan minat dan
personaliti mereka

5

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PRINSIP

i. proses pendidikan yang terancang dan berterusan - murid dididik dan dibimbing
untuk mendapat pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat di Malaysia

ii. semua murid diberi peluang mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang,
kaum, agama atau kepercayaan

iii. semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan, sokongan dan
bimbingan untuk proses perkembangan dirinya

iv. melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan pada kadar
optimum

v. membantu murid memahami dirinya dan orang lain, menjelajah tujuan hidup dan
memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan

vi. berorientasikan masa sekarang dan masa hadapan - usaha bimbingan dan
kaunseling adalah untuk menjadikan seseorang murid lebih tegas diri, pandai

menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya

vii. membantu murid menyedari kelemahan dan mengukuhkan kekuatan diri melalui
aktiviti perkembangan dan pencegahan

viii. tanggungjawab bersama semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, GBK, guru-guru,
ibu bapa dan murid

ix. memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid
supaya GBK dapat memahami murid dan memberi Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling yang berkesan

x. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
Cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

• Orientasi Deria: Melalui deria sentuh, bau, lihat, dengar dan rasa.
• Gerak Balas (respons): belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau

melalui pemerhatian.
• Corak Pemikiran: Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk

mencapai tujuan tertentu

xi. merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan dan membolehkan murid
menyelesaikan isu kendiri (bergantung kepada jangka masa dan peringkat
perkhidmatan dimulakan)

xii. disediakan untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal kerana murid perlu
diberi layanan sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, rohani dan
kognitif. Semua aktiviti dan program bimbingan dan kaunseling perlu mengambil
kira kesepaduan elemen ini

xiii. hendaklah dilaksanakan berdasarkan etika kaunseling bagi memelihara kebajikan
murid

6

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KOD ETIKA

• Kod Etika Perkhidmatan Tujuan
Bimbingan dan Kaunseling
menggariskan piawaian Menyediakan satu garis
perlakuan dalam menjalin panduan bagi GBK dalam
perhubungan profesional menyelesaikan isu etika yang
dengan klien, rakan-rakan timbul untuk mengelakkan
GBK, majikan, individu dan penyelewengan piawaian
profesion lain serta masyarakat perlakuan
keseluruhan.

• Kod ini juga merangkumi etika
perlakuan yang piawai
mengenai tatalaku yang sesuai
dengan kedudukan dan identiti
sebagai seorang GBK.

• Kod Etika ini berasaskan
kepada nilai-nilai utama
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling serta memberi
penekanan terhadap
penghargaan diri, maruah dan
keunikan individu termasuk hak
serta peluang mereka.

• Kod Etika ini menggariskan
peraturan mengenai perlakuan
GBK dalam menghadapi
keadaan yang begitu kompleks
dalam melaksanakan
tanggungjawabnya

Kod Etika Yang Perlu Dipatuhi

• GBK hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi
pertimbangan berasaskan semua prinsip Kod Etika semasa menghadapi
situasi yang memerlukan intervensi

• Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan untuk menyekat peluang dan
kebebasan GBK dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Kod ini juga
tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada GBK
tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima

7

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KOD TATALAKU

GBK perlu mematuhi kod tatalaku yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai GBK
selaras dengan nilai dan integriti profesion keguruan di Malaysia

ii. sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran dalam profesionnya

iii. menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur
selaras dengan profesion kaunseling

iv. mestilah diawasi serta dinilai perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir daripada
Jabatan Nazir Sekolah, KPM

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Tanggungjawab GBK Terhadap Klien

i. mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien
kelompok

ii. menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh
semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang boleh mengancam klien
atau orang di sekitarnya

iii. memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien
iv. memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak

memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek
kewangan, seksual, emosi dan sebagainya
v. membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap
tingkah lakunya serta menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang
dibuat oleh klien
vi berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran
serta kecekapan profesionalismenya
vii tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi
berasaskan jantina, kaum, agama, ideologi, kecacatan fizikal atau mental
serta apa sahaja bentuk diskriminasi
viii hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling

8

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ix. mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya di peringkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan

x. menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang
lain yang terlibat bagi kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain
berada dalam keadaan bahaya

xi. Persetujuan antara GBK dengan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak
semula dan diubah dengan persetujuan bersama

xii. tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada anggota
keluarga, rakan atau pihak pentadbiran/ majikan yang membuat penilaian

xiii. tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau
ingin bertukar kepada GBK yang lain

xiv. memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan GBK lain
pada masa yang sama

xv. Sekiranya mengikut pertimbangan GBK, klien memerlukan perkhidmatan luar
daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien tersebut kepada
pihak yang berkenaan

xvi. menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien
tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan
kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam

Tanggungjawab GBK Terhadap Rakan Profesional

menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka
terhadap rakan profesional

bersedia untuk mempertahankan, membantu serta
membela rakan GBK yang teraniaya akibat
tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak
beretika

bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan
rakan GBK yang tidak beretika

9

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tanggungjawab GBK Terhadap Masyarakat

i. memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat sekitar

ii. mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugas
berlandaskan undang-undang tersebut

Tanggungjawab GBK Terhadap Organisasi Dan Majikan
i. mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi

tempat berkhidmat.
ii. berusaha mematuhi polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan perkhidmatan organisasi.
iii. menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesional.
iv. mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan

penyelia dan staf mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai
unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban
kerja dan akauntabiliti.
v. mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi.
vi. mencegah berlakunya diskriminasi dalam pelaksanaan polisi amalan
pekerjaan.
vii. tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasi.
viii. memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh
menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau menyekat
keberkesanan perkhidmatan.
ix. membenarkan penilaian secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah
dari masa ke masa.
x. hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan
kerjaya untuk diri dan staf.

10

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TANGGUNGJAWAB PENTADBIR
Tanggungjawab Pentadbir Terhadap GBK

i. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan GBK
yang baru dilantik.

ii. Berbincang mengenai budaya, visi dan misi sekolah serta keperluan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang boleh membawa kepada

kecemerlangan sekolah.

Berbincang dari semasa ke semasa berhubung senarai dan bidang tugas
iii. serta program yang hendak dijalankan

Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri,
iv. personaliti dan penampilan diri GBK

v. Memantau dan menilai kemampuan serta penampilan GBK melalui
pemerhatian dan perbincangan serta mendapatkan pandangan daripada

pihak berkaitan dari masa ke masa.

vi. Memastikan GBK menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

vii. Memastikan GBK tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh
menjejaskan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling seperti Penyelaras

Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru

Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

viii. Membantu peningkatan profesionalisme GBK.

ix. Menggalakkan GBK menjalankan kajian bagi mengenal pasti keperluan
perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan

x. Mengagihkan tugas kepada GBK berpandukan senarai tugas dalam buku
panduan (jika sekolah mempunyai lebih daripada seorang GBK)

xi. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan GBK di sekolah berkenaan
berdasarkan kekananan atau kewibawaan

11

UNIT 1 : PENGENALAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tanggungjawab Pentadbir Terhadap Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling

i. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling seperti
penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan
perkhidmatan lain dan perancangan program.

ii. Memantau Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling atau pelaporan melalui Sistem
E-Perkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM)
sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti guru
akademik lain.

iii. Membantu usaha mewujudkan sebuah Bilik
Bimbingan dan Kaunseling yang kondusif, strategik,
teraputik dan memenuhi kualiti KPM.

iv. Memantau Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
secara keseluruhan berdasarkan Instrumen
Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah.

12

UNIT 2

FOKUS PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT 2 : FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pembangunan & Perkembangan Peningkatan Disiplin diri
Sahsiah Diri

FOKUS PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Psikososial & Kesejahteraan Pendidikan Kerjaya
Mental

2.1 Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mengikut bidang, kemahiran
dan cara pelaksanaan dijelaskan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Mengikut Bidang,
Kemahiran dan Cara Pelaksanaan

BIDANG KEMAHIRAN CARA PELAKSANAAN

PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI

i. Pengurusan i. Kemahiran Mengurus i. Bimbingan Individu
Diri Diri ii. Bimbingan Kelompok
iii. Kaunseling Individu
ii. Kemahiran ii. Kemahiran iv. Kaunseling Kelompok
Sosial Berkomunikasi v. Tutor Rakan Sebaya
vi. Pembimbing Rakan
iii. Kepimpinan iii. Kemahiran
iv. Sikap dan Menguruskan Masa Sebaya
vii. Mentor Mentee
Tingkah Laku iv. Kemahiran viii. Latihan Dalam Kumpulan
Menyelesaikan ix. Bengkel
Masalah x. Ceramah
xi. Taklimat
v. Kemahiran Membuat xii. Seminar
Keputusan xiii. Kolokium
xiv. Amalan Guru Penyayang

13

UNIT 2 : FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIDANG KEMAHIRAN CARA PELAKSANAAN

PENINGKATAN DISIPLIN DIRI

i. Pembanguna i. Kemahiran i. Bimbingan Individu
n Diri Penegasan Diri ii. Bimbingan Kelompok
iii. Kaunseling Individu
ii. Penyalahguna ii. Kemahiran iv. Kaunseling Kelompok
an Dadah Berkomunikasi v. Tutor Rakan Sebaya
vi. Pembimbing Rakan
iii. Pencegahan iii. Kemahiran
• Merokok Mengurus Masa Sebaya
• Vandalisme vii. Mentor Mentee
• Ponteng iv. Penghargaan Kendiri viii. Latihan Dalam Kumpulan
• Kenakalan v. Kemahiran Membuat ix. Bengkel
x. Ceramah
Keputusan xi. Taklimat
xii. Seminar
xiii. Kolokium
xiv. Amalan Guru Penyayang

PENDIDIKAN KERJAYA

i. Penyebaran i. Kemahiran Membuat i. Pentaksiran Psikometrik
Maklumat Keputusan ii. Bimbingan Kelompok
Kerjaya iii. Bimbingan Individu
ii. Kemahiran Mencari iv. Bimbingan Kerjaya
ii. Pemilihan Maklumat
Bidang merentasi kurikulum dan
Kerjaya iii. Kemahiran TMK kokurikulum
iv. Kemahiran v. Lawatan
iii. Hala Tuju vi. Ceramah
Kerjaya Komunikasi vii. Forum
viii.Seminar
iv. Ujian Minat ix. Tayangan Video
Kerjaya x. Bengkel e-Profil
xi. Pameran Kerjaya
v. Ujian
Personaliti

vi. Pengetahuan
Bidang
Kerjaya

14

UNIT 2 : FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIDANG KEMAHIRAN CARA PELAKSANAAN

PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL

i. Kerohanian i. Kemahiran i. Bimbingan Kelompok
ii. Pengurusan Komunikasi ii. Bimbingan Individu
iii. Latihan Dalam
Emosi ii. Kemahiran Tegas Diri/
iii. Pendidikan Asertif Kumpulan
iv. Kesihatan iv. Bengkel
v. Kemahiran iii. PengurusanTekanan v. Ceramah
iv. Kemahiran Membuat vi. Seminar
Belajar vii. Taklimat
vi. Keremajaan Keputusan viii. Kolokium
v. Kemahiran ix. Tutor Sebaya Ujian Tret

Pengawalan Diri Personaliti (ITP)
vi. Kemahiran Aplikasi x. Inventori Personaliti
vii. Kemahiran Sintesis
viii.Kemahiran Analisis Warna (IPW)
xi. Ujian Psikologi (Minda
Kritikal
Sihat)
xii. Program Orientasi

Murid Baharu
xiii. Pendidikan

Kekeluargaan
xiv. Perkembangan Seksual
xv. Mentor Mentee
xvi. Kursus
xvii. Kaunseling Keluarga
xviii. Tayangan Video
xix. Kuiz
xx. Pameran
xxi. Bengkel
xxii. Brosur
xxiii. Poster
xxiv. Perkongsian
xxv. Program Jati Diri
xxvi.Amalan Guru

Penyayang

15

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

UNIT 3

PROGRAM UTAMA
PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING:
BIMBINGAN KERJAYA

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

BIMBINGAN DAN KERJAYA

Bimbingan kerjaya membantu murid untuk meneroka, mendapatkan maklumat dan
membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan kemampuan, minat, nilai dan
pencapaian mereka.

Zunker menggambarkan bimbingan kerjaya sebagai:

Career guidance encompasses all component of services
and activities in educational institutions, agencies and
other organizations that offer counseling and career-
related educational programs.

Suradi (1996) pula mengatakan:

Bimbingan kerjaya sebagai bidang bimbingan yang
merangkumi perkara yang berhubung dengan pemilihan
pekerjaan atau perancangan kerjaya, persediaan kerjaya
dan penempatan dan penyesuaian dalam pekerjaan

Bimbingan kerjaya ialah “a process of helping a person to
develop and accept an integrated and adequate picture of
himself and his role in the world of work, to test his concept
against reality and to convert it into reality with
satisfacation to himself and benefit to society

Super (1951) mengemukakan Teori Perkembangan Kerjaya Super
Kesimpulannya, bimbingan kerjaya ialah aktiviti yang dirancang untuk membantu
seseorang individu supaya mengenali dirinya dan persekitaran pekerjaan,
seterusnya membuat pemilihan kerja yang sepadan dan bersesuaian dengan dirinya.

16

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

GBK dapat menyediakan
bimbingan berterusan dan

menyalurkan maklumat
yang sesuai dengan minat,

bakat dan potensi diri
supaya murid dapat
membuat pilihan kerjaya

yang tepat

Perkembangan pesat Keperluan Bimbingan
dalam bidang sains, Kerjaya
teknologi mewujudkan
pelbagai pekerjaan Murid perlu membuat
baharu. Murid perlu persediaan dari aspek
dibimbing untuk membuat
mental, emosi dan
persediaan bagi kemahiran tertentu
menghadapi perubahan mengikut minat, nilai,
personaliti dan pencapaian
dan perkembangan mereka serta kerjaya yang
kerjaya
dipilih

BIDANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA

Perkhidmatan bimbingan kerjaya merangkumi Perkhidmatan Inventori, Perkhidmatan
Maklumat dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya.

Perkhidmatan Inventori mengandungi data dari pencapaian akademik dan ujian
psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya dan Inventori Personaliti yang boleh
digunakan secara proaktif untuk mengesan kecenderungan seseorang murid
dalam sesuatu bidang pekerjaan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu
murid memahami dan menerima keadaan diri sendiri, mengenali diri serta dapat
membezakan dirinya dengan individu lain. Melalui perkhidmatan ini pelbagai
maklumat sama ada objektif atau subjektif mengenai diri murid dapat dikumpul
dan dianalisa melalui pelbagai data psikologi dan sosial. Dengan ini, GBK
mempunyai sumber maklumat untuk mengenali dan memahami seseorang murid.

17

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Perkhidmatan Maklumat menyediakan maklumat pendidikan, pekerjaan
dan sosial pada masa kini dan masa hadapan. GBK bertanggungjawab
untuk membantu murid melihat perkaitan ketiga-tiga maklumat bagi
menyediakan mereka menceburi kerjaya yang sesuai

Maklumat • merangkumi info berkaitan peluang pendidikan
pendidikan dan latihan yang diperlukan murid seperti tahap
dan aliran pendidikan, kandungan program,
Maklumat pekerjaan syarat kemasukan, perbelanjaan yang diperlukan,
keistimewaan, kemudahan dan tenaga pengajar

• memperincikan tentang kelayakan akademik dan
kemahiran khusus, tugas, tanggungjawab,
peluang kenaikan pangkat, masa depan
pekerjaan, gaji dan ganjaran, risiko dan suasana
pekerjaan

Maklumat sosial • maklumat yang dapat menolong individu
memahami hubungan dengan orang lain dan
persekitaran sesuatu pekerjaan

Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
GBK mesti mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kaunseling kerjaya
dengan menyampaikan maklumat inventori dan maklumat pekerjaan untuk
membantu murid membuat keputusan.

Matlamat Kaunseling Kerjaya
i. Membuat perubahan dalam tingkah laku klien
ii. Mempercepat perkembangan vokasional
iii. Menggalakkan keinginan untuk menentukan arah diri
iv. Membina kemahiran merancang masa depan

18

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Perkhidmatan kaunseling kerjaya diperlukan dalam situasi berikut:
i. Klien mempunyai matlamat yang tidak realistik.
ii. Klien tidak memahami bidang sesuatu pekerjaan disebabkan

percanggahan antara nilai positif dan negatif tentang sesuatu pekerjaan
iii. Klien mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah tentang dirinya

dan kerjaya yang diminati dengan yang dikehendakinya
iv. Klien tidak sanggup melibatkan diri dalam membuat pilihan dan keputusan
v. Klien mempunyai maklumat yang kurang dan tidak tahu apa yang perlu

untuk membuat keputusan
vi. Klien mempunyai rasa cemas diri yang tinggi
vii. Berlaku pertelingkahan pemilihan antara pilihan diri sendiri dengan pilihan

individu penting di sekeliling mereka seperti ibu bapa

TEORI KERJAYA

GBK perlu membina satu rangka kerja konsep dan panduan yang dapat
membantunya melaksanakan aktiviti kaunseling kerjaya dengan berkesan. GBK
disaran untuk merujuk beberapa teori kaunseling kerjaya yang masih diguna pakai
iaitu Teori Super, Teori Ginzberg dan Teori Holland.

Teori Perkembangan Kerjaya Super Donald E. Super

Super Konsep kendiri merupakan kuasa pendorong yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang sepanjang hayatnya. Pemilihan kerjaya
adalah suatu usaha yang merealisasikan konsep kendiri seseorang
individu

19

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Cadangan Super:

Manusia berbeza dari segi minat dan personaliti

Setiap individu layak menjawat beberapa jenis pekerjaan
disebabkan kebolehan, minat dan tret personaliti yang
berbeza. Oleh itu, seseorang individu boleh menjawat
beberapa jenis pekerjaan dan beberapa individu boleh
melakukan satu jenis pekerjaan

Setiap pekerjaan memerlukan corak kebolehan, minat dan ciri-
ciri personaliti yang tertentu

Pemilihan pekerjaan, situasi tempat bekerja dan konsep kendiri
berubah dari semasa ke semasa apabila pengalaman baru diperoleh
dan merupakan proses yang berterusan

Super mengatakan membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan situasi baharu
merupakan satu proses yang berterusan. Proses itu berlaku dalam satu siri peringkat
kehidupan seperti dalam Jadual 1:

20

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Jadual 1 : Proses Pemilihan Kerjaya

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat
Pertumbuhan Pengukuhan Pengekalan Kemerosotan
Penerokaan (15 (25 - 44 tahun) (45-64 tahun) (65 tahun ke
(lahir - 14 – 24 tahun)
tahun) atas)

i. Peringkat i. Individu i. Individu i. Individu cuba i. Jangka masa
pertumbuhan menyedari melakukan memperbaiki hampir
fizikal dan kepentingan beberapa keadaan bersara.
psikologi. pekerjaan percubaan pekerjaan dan
dalam hidup. untuk berusaha ii. Individu lebih
ii. Individu mula memastikan untuk mementingkan
membina ii. Meliputi tiga pilihan dan mencapai pengekalan
sikap dan tahap: keputusan yang kepuasan jawatan
tingkah laku dibuatnya. dalam daripada
yang menjadi • Fantasi pekerjaannya memperbaiki-
unsur konsep ii. Individu lebih nya.
kendirinya. Pilihan stabil kerana ii. Mengubah
pekerjaan lebih suai perasaan
iii. Pengalaman biasanya tidak berpengalaman yang tidak
dijadikan asas realistik dan dan selesa serta
pengetahuan berkait rapat berkemahiran mengadaptasi
semasa dengan dengan
membuat permainan iii. Individu memilih keadaan
pilihan individu, pekerjaan yang pekerjaan
sesuatu namun bersifat paling sesuai
kerjaya sementara. dan penting
bagi dirinya.
• Tentatif

Cuba
mengurang
dan menghad
pilihannya
berdasarkan
kemampuan
dan peluang
pekerjaan.

• Realistik

Memilih
pekerjaan yang
paling sesuai
dengan nilai diri
dan
masyarakat.

21

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Teori Holland Holland

Minat terhadap sesuatu pekerjaan adalah sebahagian daripada
personaliti seseorang individu. Beliau telah membahagikan
personaliti dan persekitaran pekerjaan kepada enam jenis iaitu
Realiti, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising)
dan Konservatif. Beliau juga menyarankan konsep pemadanan atau
keselarasan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaannya.
Contohnya, seorang individu yang personalitinya digolongkan
sebagai realistik sesuai bekerja dalam persekitaran realistic.

Andaian Holland:

Personaliti setiap individu adalah berbeza

Personaliti terbentuk hasil daripada baka dan persekitaran

Individu mempunyai definisi, imej dan nilai yang tersendiri
terhadap setiap pekerjaan

Beberapa individu yang menceburi sesuatu bidang pekerjaan
mempunyai sifat keperibadian yang sama atau hampir sama
& menyelesai masalah dengan tindakan yang sama atau
hampir sama

Kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya
bergantung kepada kesepadanan personaliti individu dengan
persekitaran pekerjaan

22

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

ENAM CIRI PERSONALITI

i. Realistik
Individu menghadapi persekitarannya secara konkrit dan fizikal serta disifatkan
sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, bersifat maskulin dan kurang
bersosiolisasi serta lebih suka kepada tugasan di luar pejabat.

ii. Investigatif
Individu menggunakan kecerdasan untuk menguruskan persekitaran dan berminat
pada pekerjaan yang bercorak saintifik dan teoritikal, membaca, mempelajari
bahasa asing dan melakukan aktiviti kreatif dalam seni bina dan muzik. Bersifat
maskulin, cekal hati dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Ahli fizik, kimia, biologi
dan antropologi adalah contoh orang yang mempunyai personaliti investigatif.

iii. Artistik

Individu menghadapi persekitarannya dengan mencipta hasil seni, bersifat
imaginatif, sensitif, sedia mengalah, emosional, kewanitaan, kurang bersosial,
introspektif dan fleksibel serta mempunyai bakat lisan dari matematik.

iv. Sosial

Individu menggunakan kemahiran sosialnya dalam hubungan dengan orang lain
bersifat penyayang, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berminat menjadi
pemimpin serta mengambil berat hal ehwal kebajikan dalam masyarakat dan
berminat dengan aktiviti khidmat masyarakat.

v. Keusahawanan (Enterprising)

Individu mempunyai sifat pandai memujuk, bijak berbahasa, agresif, berkeyakinan
diri, suka menunjuk-nunjuk dan dominan serta suka mengembara dan suka
kepada cabaran. Kerjaya yang berkaitan adalah pegawai bank, usahawan,
pengurus dan pentadbir.

vi. Konvensional
Individu selalunya mempunyai cara penyelesaian masalah yang stereotaip.
Penampilan mereka kemas, suka bergaul tetapi konservatif, bersifat maskulin,
dominan, mengikut peraturan dan dapat mengawal diri. Mereka meminati kerja-
kerja perkeranian dan mengira yang biasanya berkaitan dengan perniagaan.

23

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Teori Ginzberg
Teori Ginzberg menyarankan tiga peringkat dalam proses pemilihan kerjaya.

Peringkat Fantasi
Pada peringkat ini, kanak-kanak belum membuat keputusan tentang pekerjaan
kerana belum mencapai kematangan dalam perkembangan vokasional. Pilihan
mereka ideal tetapi berubah-ubah, tidak realistik dan ingin menjadi apa sahaja yang
dicita-citakan seperti juru terbang, polis, guru dan sebagainya. Peringkat ini
berlanjutan sehingga umur 10 hingga 12 tahun.

Peringkat Tentatif/ Percubaan
Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang minat, keupayaan dan nilai
peribadi serta masyarakat terhadap sesuatu pekerjaan. Mereka menggabungkan
semua kriteria ini semasa memilih kerjaya dan pekerjaan yang diminati berdasarkan
kebolehan dan sesuai dengan nilai peribadi dan masyarakat.

Peringkat Realistik
Peringkat ini terbahagi kepada tiga tahap:
i. Tahap penerokaan - membuat pilihan tentatif
ii. Tahap penghabluran - mengenal pasti pilihan
iii. Tahap pengkhususan - menentukan pekerjaan
Pemilihan kerjaya bermula apabila individu membuat pengkhususan bidang
kerjaya. Pada peringkat ini, individu menukar pilihan kerjaya kepada yang lebih
sesuai. Proses ini berulang dan berterusan sepanjang hayat, namun individu itu
akan cuba mengkhususkan pemilihan kerjayanya apabila umur meningkat.

Ginzberg telah mengelaskan manusia kepada dua kumpulan besar:
i. Kumpulan yang berorientasikan pekerjaan

Kumpulan ini memberi nilai yang penting kepada pekerjaan dan mementingkan
kepuasan intrinsik yang diperoleh dari pekerjaan yang dilakukan.

ii. Kumpulan yang berorientasikan keseronokan

24

UNIT 3 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING –
BIMBINGAN DAN KERJAYA

Kumpulan ini mendapat kepuasan dari pekerjaan berasaskan aktiviti yang
menyeronokkan. Antara contoh kerjaya ialah pemandu pelancong, jurulatih
kapal layar, penyelam rekreasi atau kerjaya dalam bidang sains marin.

25

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT 4

PROGRAM UTAMA
PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM MINDA SIHAT

Saringan Minda Sihat merupakan suatu program yang DIWAJIBKAN oleh KPM
kepada semua murid bertujuan memugar emosi murid kesan daripada pandemik
COVID 19 atau apa-apa krisis. Selain itu, program ini diharap dapat meningkatkan
kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan kesejahteraan diri
dan kesihatan mental.

Objektif

Meningkatkan kesedaran Mengenal pasti gejala awal Melaksanakan intervensi
kepentingan penjagaan yang memberi kesan bagi meningkatkan
kesejahteraan diri dan kemampuan murid
kepada minda murid akibat menguruskan emosi
kesihatan mental pandemik yang berlaku

Melaksanakan intervensi Merujuk murid yang
bagi meningkatkan mengalami masalah emosi,
kemampuan murid
menguruskan emosi psikologi dan mental
kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk
tindakan selanjutnya

Moto

Minda Sihat:
Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera

25

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pendekatan

Program Minda Sihat menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan
perkembangan, pemulihan dan krisis.

Pencegahan i. Mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan,
kesejahteraan dan mencegah masalah mental.

ii. Mengenal pasti isu murid berdasarkan analisis
senarai semak keperluan murid dalam kebiasaan
baharu.

iii. Membimbing murid menguruskan emosi bagi
meningkatkan kemahiran gaya daya tindak

iv. Melaksanakan saringan minda sihat untuk
pengesanan awal masalah mental

i. Melaksanakan aktiviti seperti bimbingan Perkembangan
kelompok, mentor mentee dan Pembimbing
Rakan Sebaya bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional,
dan kreatif.

ii. Melaksanakan sesi bimbingan berterusan
untuk meningkatkan kemahiran mengawal dan
meregulasi emosi serta meningkatkan kawalan
diri, konsep kendiri positif dan daya tahan

Pemulihan i. Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid
yang dikenal pasti

ii. Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan
dan berfokus kepada penyelesaian isu
menggunakan pendekatan kaunseling seperti
Cognitive Behavioral Therapy, Solution Focus Brief
Therapy dan Choice Theory Reality Therapy

i. Mengenal pasti murid yang mengalami tanda Krisis
kemurungan dan tanda awal gangguan mental
seperti kecelaruan bipolar, cubaan dan
perancangan psikososial negatif.

ii. Konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk
murid kepada pegawai kesihatan

26

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peranan Dan Tanggungjawab GBK

i. Menyelaras pelaksanaan program kepada guru dan murid

ii. Melaksanakan penataran program kepada guru
iii. Menyebar luas maklumat promosi kesihatan mental kepada murid, guru dan

ibu bapa
iv. Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru
v. Melaksanakan saringan minda sihat melalui Sistem e-Perkhidmatan

kaunseling Murid (SePKM) di laman sesawang https://sepkm.com/msihat/
vi. Menyediakan profil murid khususnya dari aspek kesejahteraan emosi
vii. Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis

mengikut keperluan murid
viii. Memantau perkembangan murid dari masa ke masa
ix Melaporkan kes krisis dan psikososial negatif murid kepada Pengetua

Pelaksanaan Program

• Teknik Relaksasi Promosi Minda Sihat
(Pernafasan, Panduan
Penjagaan Diri) • Saringan Minda Sihat boleh dilaksana
melalui Sistem e-Perkhidmatan
• Sesi ekspresi emosi Kaunseling Murid (SePKM) atau manual
melalui pelbagai medium
seperti aktiviti kerohanian, • Murid yang dikenal pasti mempunyai isu
bercerita, pergerakan berkaitan emosi, perlu menjalani
fizikal, melukis dan intervensi menggunakan:
penulisan kreatif. - Modul Minda Sihat (KPM)
- Modul Pembugaran Emosi Secara
• Mindfulness ( Kesedaran / Dalam Talian KPM
keprihatinan) - Modul Kesihatan Mental Remaja
(KKM)
• Pertandingan berkaitan
minda sihat seperti kuiz, • Saringan Minda Sihat dicadang
pidato dan lain-lain menggunakan instrumen Senarai Semak
Keperluan Murid, Soal selidik Kesihatan
Saringan Minda Sihat Pesakit untuk Kemurungan (PHQ-9) dan
Soal selidik Generalised Anxiety
Disorder (GAD-7)

27

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Panduan Pelaksanaan

GBK disaran melaksanakan:
i. sesi penerangan sebelum Saringan Minda Sihat seperti berikut:

a. Mengalu-alukan kehadiran murid.
b. Murid diminta berada dalam keadaan tenang, selesa dan

memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang Saringan
Minda Sihat dilaksanakan.
c. Menjelaskan pelaksanaan saringan
• Tujuan dan panduan Saringan Minda Sihat
• Tempoh masa yang diperuntukkan
• Saringan menggunakan laman sesawang

https://sepkm.com/msihat/
Nota : Murid yang tidak mempunyai akses internet, saringan dilaksanakan

secara manual mengikut kemampuan dan kreativiti GBK.
ii. tindakan susulan selepas Saringan Minda Sihat seperti berikut:

a. Memberi bantuan dan sokongan lanjut kepada murid yang
memerlukan.

b. Mengumpul data saringan yang diperoleh untuk
pelaksanaan aktiviti intervensi.

28

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
29

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
30

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah satu daripada komponen Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Pentaksiran ini
bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan
kecenderungan seseorang murid. PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal
pasti tret yang boleh dikembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam atau luar
bilik darjah dan memastikan sahsiah serta keberhasilan murid secara holistik.
Pelaksanaan PPsi adalah mengikut takwim yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian pada setiap tahun.

Mendapatkan
diskripsi yang tepat

mengenai diri
individu atau

kumpulan

Memberi Tujuan Membantu membuat
pendedahan PPsi keputusan yang
maklumat kerjaya praktikal/ realistik
yang tepat
(meluaskan aspirasi
kerjaya) murid

Memahami secara
lebih mendalam

keadaan semula jadi
dan perbezaan
individu

31

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Fungsi PPsi

Mengenal pasti tret personaliti, kerjaya serta potensi murid

Sebagai satu sumber maklumat dalam pembelajaran
murid dan proses PdP yang lebih terancang oleh guru

Membantu murid membuat pilihan pakej mata pelajaran di
peringkat menengah atas dan peringkat pengajian tinggi

PPsi WAJIB dilaksanakan kepada semua murid, KECUALI murid tingkatan dua (2).

Pelaksanaan PPsi Mengikut Tingkatan adalah seperti yang berikut.

PPsi Tingkatan
i. Inventori Minat Kerjaya (IMK) 1
ii. Inventori Tret Personaliti (ITP)
iii. Inventori Minat Kerjaya (IMK) 3
iv. Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP) 4
v. Inventori Tret Personaliti (ITP) 5
vi. Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)

32

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan pada tahun 1988.
PRS ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi
dan kaunseling serta berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya terutama kepada yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi
nasihat dan menyelesaikan masalah rakan, tetapi menjadi seorang pendengar yang
peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi
khidmat.

Bersedia dan rela Prinsip Mematuhi etika
membantu rakan yang PRS
memerlukan bantuan
tanpa mengira agama,

bangsa, jantina,
kedudukan, perlakuan

dan fizikal

Khidmat “murid membantu Rasional Masalah salah laku dalam
murid” adalah lebih mudah kalangan murid yang
dilaksanakan kerana rakan
sebaya lebih memahami semakin meningkat dan
curahan perasaan rakan dan memerlukan bimbingan dan

lebih mudah dirapati perhatian PRS sebagai
khidmat sokongan
GBK belum mencukupi untuk
menampung keperluan Memantapkan khidmat
khidmat yang semakin Bimbingan dan Kaunseling
meningkat dalam menyediakan saluran

untuk mencurahkan
perasaan dan perkara lain
yang tidak dapat dinyatakan

kepada orang dewasa

33

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Falsafah

Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
kemahiran, kreativiti dan keimanan. Kesemua kemahiran ini digunakan sebaik
mungkin bagi membantu diri sendiri dan rakan sebayanya.

Sistem pengurusan Membentuk dan

perkhidmatan melahirkan insan yang

Pembimbing Rakan seimbang dari aspek

Sebaya dari aspek jasmani, emosi, rohani,

Visi jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang Misi

intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah

berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing

dan etika Pembimbing Rakan Sebaya

Rakan Sebaya

Matlamat

i. Membina budaya kasih mesra dan Objektif
saling membantu dalam kalangan
murid. i. Membina pasukan PRS yang
terlatih untuk membantu rakan
ii. Membina murid yang yakin diri dan dari segi akademik, perlakuan,
menghayati nilai-nilai murni emosi dan peribadi.
berasaskan Kepada kepercayaan
kepada Tuhan. ii. Membina khidmat sokongan
dalam Perkhidmatan Bimbingan
iii. Memupuk potensi/ bakat dan Kaunseling untuk mengisi
pertambahan tuntutan dalam
kepimpinan dan menjadi individu perkhidmatan PRS.

yang peka, bertimbang rasa, rela, iii. Melatih murid dalam kemahiran
asas yang membolehkan mereka
taat, menolong dan berupaya hidup berinteraksi secara berkesan
dengan rakan dan individu lain.
selesa dalam masyarakat majmuk.

iv. Melalui pengaruh positif dan
bersepadu dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan
membantu mengurangkan masalah
salah laku dalam kalangan murid

34

UNIT 4 : PROGRAM UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Etika

PRS perlu Amanah dan menyimpan rahsia
patuh etika
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain

Tahu batasan dan keupayaan diri

Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek

Melapor kepada GBK tentang kes yang boleh merosakkan
diri atau orang lain

Merujuk kes kepada GBK

Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat serta
agama

Ikrar PRS

Bahawasanya saya/ kami dengan ini berikrar menerima
dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) sesi ______ (tahun).

i. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa
mengira tempat, masa, dan rakan.

ii. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan
Sebaya.

iii. Berusaha menjadi murid contoh.
iv. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin

diri.
v. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih

sayang.
vi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti

perkhidmatan PRS

35


Click to View FlipBook Version