The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzhi.updk, 2022-07-22 12:19:46

PANDUAN PERKHIDMATAN B&K SBP 2022

BUKU PANDUAN B&K SBP 2022

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF
kesejahteraan psikologi murid. Selain itu, kemahiran Art Therapy dapat meningkatkan
semangat dan kesedaran diri, kemahiran interaksi serta kemahiran motor kasar dan
halus, membantu menyelesaikan konflik emosi dan mampu mengubah tingkah laku klien.
Rajah 3 : Contoh Terapi Lukisan/ Seni

Sumber: Internet
COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY (CBT)

Cognitive Behavioral Therapy (CBT) memfokuskan aspek terapi kognitif dalam bentuk
psikoterapi dan melatih individu berfikir dan bertindak. Asas terapi CBT ialah pemikiran
dan perasaan memainkan peranan penting dalam mengubah tingkah laku. Fokus utama
adalah untuk mengubah pemikiran negatif yang menyumbang kepada kesukaran,
kebimbangan dan kemurungan dalam diri klien.

Terapi CBT diaplikasi apabila berlaku gangguan mental seperti
kemurungan, kegelisahan, fobia, posttraumatic stress disorder
(PTSD), gangguan tidur dan makan, obsesif-komulsif, bipolar,

penggunaan bahan, skizofrenia dan gangguan seksual

84

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF

Aplikasi Terapi CBT dicadang dilaksanakan berdasarkan strategi berikut:

Bil Strategi Huraian

i. Kenal pasti pemikiran • Membantu penemuan diri dan pandangan orang

negatif lain

ii. Berlatih kemahiran • Mempraktikkan kemahiran baru yang digunakan
baru dalam situasi dunia sebenar

• Mengenal pasti matlamat dan membezakan tujuan
jangka pendek dan jangka panjang

iii. Tetapkan matlamat • Menetapkan SMART (spesifik, dapat diukur, dapat
dicapai, relevan, berdasarkan masa)

• Fokus pada proses sama seperti hasil akhir

• Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang

iv. Penyelesaian masalah timbul akibat tekanan hidup bagi penyakit
• Mengurangkan kesan negatif

psikologi dan fizikal

• Memantau diri sendiri untuk mengesan tingkah

v. Monitor diri laku, gejala atau pengalaman
• Membantu memberikan maklumat dan rawatan

terbaik

vi. Kemajuan bertahap • Mengambil langkah tambahan ke arah perubahan
tingkah laku

Terapi CBT boleh digunakan sebagai rawatan yang berkesan dalam menangani masalah
psikologi kerana terapi ini memberi fokus pada pergaulan, peneguhan dan hukuman bagi
mengubah tingkah laku.

Pendekatan Terapi kognitif berpusat
yang boleh Terapi tingkah laku dialektik
digunakan
Terapi multimodal
Terapi tingkah laku emotif rasional (REBT)

85

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF

KEMAHIRAN INTERVENSI KEMURUNGAN
(DEPRESSION)
Keperluan kemahiran memahami dan mengatasi kemurungan amat diperlukan kerana
masalah kemurungan semakin meningkat dalam kalangan orang dewasa, remaja dan
juga kanak-kanak. Oleh itu, GBK perlu menguasai dan mengaplikasi kemahiran
intervensi kemurungan dalam kaunseling bagi membantu dan memastikan klien dapat
meneruskan kehidupan dengan baik.

INOVASI KAUNSELING

Inovasi kaunseling ialah satu kaedah mencipta sesuatu yang baharu untuk
penambahbaikan atau pengubahsuaian dalam menghasilkan perkhidmatan atau produk.
Tujuan utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti
perkhidmatan. Memandangkan GBK memberi fokus kepada perubahan tingkah laku
murid, justeru inovasi kaunseling perlu dibina supaya murid berminat untuk mengikuti
sesi bimbingan dan kaunseling.

Objektif i) Menarik minat murid untuk mengikuti sesi bimbingan
Inovasi dan kaunseling
Kaunseling
ii) Membimbing dan membantu menyelesaikan
masalah dengan kaedah yang dipilih murid

iii) Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam
membantu perubahan tingkah laku murid

iv) Meningkatkan semangat serta motivasi GBK dalam
mendepani perubahan

Senamrobik Minda Sihat adalah antara contoh inovasi kaunseling yang membolehkan
murid melepaskan tekanan atau stres dalam keadaan santai dan menyeronokkan. Idea

86

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF

senamrobik ini dipelbagaikan dengan kreativiti murid dalam mencipta gaya tarian
senaman dan disertai dengan pilihan lagu oleh murid dan boleh dilaksanakan secara
berkumpulan mengikut mingguan atau bulanan. GBK boleh bekerjasama dan merujuk
guru Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan aktiviti ini.

Jadual 4 : Aktiviti Senamrobik Minda Sihat

Bil Aktiviti Sasaran Murid Pelaksanaan Tempat
Tapak
i. Senamrobik Semua murid Sebulan sekali Perhimpunan
Minda Sihat
Bulanan Padang
Sekolah
ii. Pertandingan ● Semua murid • Setahun sekali

Senamrobik (keutamaan • Pertandingan antara

Minda Sihat menengah rendah) Rumah Sukan

• Pengiraan markah

berdasarkan gaya

senamrobik,

kreativiti, kostum

i) Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid Objektif
Inovasi
ii) Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif murid Kaunseling
dalam mencipta pergerakan senamrobik mengikut
rentak muzik/lagu dan mereka kostum

iii) Sebagai terapi minda

Pertandingan senam robik minda sihat Senam robik minda sihat bulanan

87

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF
TUGASAN LAIN

Pengurusan Psikometrik Minda Sihat

- GBK bertanggungjawab untuk - GBK Melaksanakan Intervensi
menggunakan Modul PRISMA dan
melaksanakan pentaksiran bertindak sebagai pemudahcara
antara GBK Daerah dengan
psikometrik kepada semua pegawai JPN.

murid kecuali murid tingkatan

dua mengikut surat arahan

semasa yang dikeluarkan oleh - Memastikan pelaksanaan

Unit Pengurusan Kaunseling saringan minda sihat berjalan

dan Kerjaya Murid, Bahagian dengan lancar.

Pengurusan Sekolah Harian, - Memberi maklum balas

KPM. permasalahan/ isu pelaksanaan

- Dapatan pentaksiran ini Minda Sihat GBK kepada

hendaklah dikongsikan pegawai JPN.

bersama guru-guru lain bagi - Memastikan semua bahan

menyediakan situasi hebahan seperti poster dan

pengajaran dan pembelajaran video yang telah diedarkan

yang terbaik, aktif dan dipamerkan atau dikongsikan

berkesan. kepada semua murid.

- GBK turut perlu membimbing

murid untuk pembentukan

personaliti yang seimbang

mengikut potensi diri yang telah

dikenalpasti. Pengurusan E-Profil Murid

- GBK bertanggungjawab

mengunci masuk dan mengemas

kini profil murid merangkumi

aktiviti dan penglibatan murid

dalam akademik, kokurikulum,

disiplin dan sahsiah.

Kemas Kini Data Dalam Sistem - Maklumat ini membolehkan GBK
E-Rekod Kaunseling (Sepkm) memantau perkembangan murid
dalam pelbagai bidang dan
- GBK bertanggungjawab mengambil tindakan yang sesuai
untuk menggalakkan murid aktif
membuat perekodan SePKM mengikut kecenderungan dan
bakat masing-masing.
yang berkaitan pelaporan

aktiviti dan laporan murid

menghadiri sesi kaunseling

individu/ kelompok, sesi - Melalui E-Profil juga GBK boleh
mengambil tindakan segera jika
bimbingan individu/ kelompok, murid tidak terlibat dalam
sebarang aktiviti bagi memastikan
program dan kelas ganti pada murid SBP cemerlang dalam
akademik, kokurikulum, disiplin
bila-bila masa dan di mana- dan sahsiah.

mana sahaja.

88

UNIT 6 : KEMAHIRAN KAUNSELING ALTERNATIF

Kaunselor Kerjaya Digital
GBK bekerjasama dengan Jurulatih Utama Duta Kaunselor Kerjaya Digital
(DKKD) MDEC bertanggungjawab memberi bimbingan kaunseling kerjaya
kepada murid. Bimbingan ini bertujuan untuk menyediakan murid tentang
halatuju pendidikan tertiari dalam bidang teknologi digital dan trend pekerjaan
alaf baru.

Pembimbing Rakan Kerjaya
GBK memainkan peranan penting dalam membentuk dan memberi idea tentang
maklumat kerjaya yang lebih berfokus kepada murid. GBK boleh mendapat
maklumat kerjaya dengan kerjasama alumni sekolah dan pihak universiti dan
menyalurkan info berkaitan kepada murid.

Kemahiran Amalan Belajar
GBK yang mempunyai kemahiran amalan belajar dapat membantu murid
menguasai teknik yang betul dalam belajar kerana setiap murid mempunyai cara
yang berbeza. Dengan ini GBK dapat mengembang dan menyampaikan
kemahiran amalan belajar yang bersesuaian untuk diaplikasi mengikut
kecenderungan murid. Kemahiran amalan belajar yang betul dalam kalangan
murid dapat melahirkan murid yang lebih cemerlang dan berkeyakinan.

Kajian Tindakan
Kajian tindakan ialah penyelidikan untuk sesuatu amalan/aktiviti dan boleh
dijalankan secara individu atau kumpulan. GBK disaran menjalankan kajian
tindakan untuk memastikan pelaksanaan dan keberkesanan sesuatu aktiviti
relevan serta dapat meningkatkan prestasi murid. Jika terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan dan keberkesanan amalan/aktiviti tersebut, GBK boleh mengambil
tindakan susulan untuk penambahbaikan.

89

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

UNIT 7

CABARAN DAN HALA TUJU
PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

CABARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Status Semasa
Cabaran global masa kini menyebabkan manusia berhadapan dengan pelbagai isu
dan masalah yang mengganggu ketenteraman kehidupan seharian. Antara cabaran
utama yang memerlukan perkhidmatan kaunseling yang berkesan ialah isu kesihatan
mental.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM):
“9.5% kanak-kanak yang berusia 10 – 15 tahun di negara ini mengalami masalah
kesihatan mental”
“Faktor penyumbang masalah kesihatan mental kumpulan kanak-kanak ini ialah
masalah interaksi dengan rakan sebaya, tingkah laku, emosi dan hiperaktif”

“Mental health conditions contribute to poor health outcomes, premature death,
human rights violations, and global and national economic loss”.
(The WHO Special Initiative for Mental Health (2019-2023): Universal Health
Coverage for Mental Health)

KKM merangka pelan bagi menangani cabaran dan isu kesihatan mental dan telah
merangka inisiatif dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia 2021 –
2025: Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental yang menyatakan perkhidmatan
kesihatan mental akan diperkukuhkan melalui promosi, pencegahan, pengesanan
awal, intervensi dan pemulihan di pelbagai platform seperti penjagaan primer,
sekolah, institusi pendidikan tinggi, tempat kerja dan komuniti.

Oleh itu, fakta berkaitan isu kesihatan mental merupakan antara aspek yang perlu
diberi fokus oleh kaunselor. Fakta KKM ini juga memberikan gambaran bahawa tugas
kaunselor amat diperlukan pada peringkat awal individu semasa berada dibangku
sekolah.

Cabaran utama profesion kaunseling turut dikupas oleh Mohd Tajudin dan Rohany
(2014) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Profesionalisme Dalam Kaunseling dan
Cabaran Masa Kini Di Malaysia,
“Antara cabaran utama profesion kaunseling di Malaysia ialah ekpektasi sekolah
terhadap perkhidmatan kaunseling, permasalahan sosial kemerosotan kerohanian
dan penggunaan teknologi maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan
kaunseling secara maya.”

90

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Selain itu, beberapa cabaran dikenal pasti berkaitan perkhidmatan kaunseling secara
maya, antaranya ialah:

i. klien yang tidak berminat dan tidak mahu bersemuka
ii. kawasan pedalaman yang menyukarkan klien mendapatkan perkhidmatan
iii. kaunselor dan klien sibuk
iv. klien yang sangat pemalu, bimbang dan introvert

Murid dewasa ini membesar dalam persekitaran era digital. Akses kepada dunia digtal
yang luas menyebabkan mereka mempunyai pelbagai maklumat tanpa batas.
Sebahagian daripada mereka mahir dalam menggunakan pelbagai aplikasi digital,
selain itu golongan ibu bapa juga telah berubah dan berpendidikan. Mereka sangat
sensitif dengan perkembangan dunia pendidikan dan anak-anak mereka.

Oleh itu, jika kaunselor tidak menggunakan teknologi dan ruang siber dalam
mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan tidak melaksanakan inovasi dalam
intervensi kaunseling terhadap klien, maka kaunselor akan ketinggalan dari aspek
mendapatkan klien dan sukar untuk berhadapan dengan ibu bapa masa kini.

CADANGAN MENGUKUHKAN GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Cabaran semasa di peringkat nasional dan global memerlukan GBK meneroka
pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan mendepani murid
era digital. GBK perlu mencipta inovasi untuk meningkatkan perkhidmatan kepada
klien dan perlu menguasai teknologi khususnya dalam dunia siber apabila
berhadapan dengan persekitaran dan klien. Usaha ini juga boleh membantu GBK
mengukuh kemahiran bagi meningkat dan memantapkan kerjaya dalam bidang ini.

Penguasaan Teknologi

GBK disaran menggunakan teknologi dalam mendapatkan dan memberi
perkhidmatan kepada klien. Intervensi menggunakan teknologi melalui pelbagai
aplikasi dapat meningkatkan kebolehcapaian dan lebih efektif berbanding kaedah
tradisional secara bersemuka dan terkawal. Intervensi ini sesuai bagi gangguan
kesihatan mental, gangguan kemurungan, kebimbangan dan pencegahan gangguan
kesihatan mental.

91

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Intervensi menggunakan bahan teknologi - telefon pintar, komputer dan
internet serta menggunakan pelbagai aplikasi seperti laman sesawang,
emel, media sosial seperti facebook, telegram, tiktok dan lain-lain.

Antara pendekatan yang sesuai ialah pendekatan terapi melalui e-mel iaitu:

1. Interaksi e-mel secara ringkas yang melibatkan pernyataan
masalah yang ringkas dari klien dan maklum balas ringkas dari
kaunselor

2. e-mel lanjutan yang memerlukan 3 interaksi:
i. klien menyatakan permasalahan dan kaunselor meletakkan
permasalahan dalam perspektif.
ii. klien bekerjasama, memahami dan memberi respons, manakala
kaunselor menyemak persepsi dan memberi peneguhan.
iii. klien melaksanakan tugasan dan kaunselor membuat rumusan,
memberi penghargaan dan menutup.

Antara teknik yang boleh digunakan dalam sesi terapi emel ini ialah memberi
perhatian kepada teks (font, emoji dan tanda huruf) dan respons melalui teks (respons
seluruh dan respons perenggan) kepada isu yang ditimbulkan oleh klien.

✓ Melalui email, kaunselor boleh menstrukturkan peraturan dan etika
kaunseling (peraturan, hak klien, identiti klien, peranan klien).

✓ Kaunselor boleh menstrukturkan berkaitan risiko dan kesan (batasan,
risiko keselamatan, risiko kebocoran maklumat) menggunakan
kaunseling secara maya.

✓ Kaunselor juga perlu menyatakan kelayakan dan kewibawaan
profesional kaunselor untuk meyakinkan klien.

92

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

KEJURULATIHAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kejurulatihan dalam kalangan GBK diperlukan bagi meningkatkan kualiti dan
kecemerlangan profesien GBK. Melalui kejurulatihan juga dapat membina
kecemerlangan diri dan membimbing rakan sekerja yang lain supaya dapat
menjalankan tugas dengan baik dan meningkatkan kecemerlangan GBK sebagai satu
pasukan.

GBK yang dikenal pasti dan dilantik sebagai jurulatih utama mestilah berpengetahuan
luas dan mahir dalam bidang kepakaran. Jurulatih utama ini perlu sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kepakaran dan
mempunyai kualiti diri seperti berikut:

i berperibadi tinggi dan menjadi suri teladan dalam kalangan warga sekolah,
GBK, masyarakat dan negara.

ii bersedia berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada GBK
di peringkat sekolah dan SBP lain di peringkat negeri dan zon.

iii berusaha untuk mendalami bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dengan menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

iv berminat dengan bidang tugas dan meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran dengan mengikuti kursus/ seminar/ forum dalam negara dan
antarabangsa.

v. melaksanakan kajian tindakan dan seumpamanya bagi sesuatu isu bagi
mencari jalan penyelesaian dan berkongsi dapatan kajian dengan rakan GBK
dan institusi berkaitan.

vi. membuat pembentangan dalam seminar/ webinar/ forum dan seumpamanya
di pelbagai peringkat dalam negara dan antarabangsa.

vii bekerjasama dengan PPD/ JPN/ KPM dalam aktiviti/ program yang dianjurkan.
viii. bersedia menerima dan melaksanakan tugasan dari semasa ke semasa.
ix. melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

93

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Tugas & Tanggungjawab 1. Merancang dan melaksanakan
Jurulatih Utama program peningkatan
profesionalisme GBK

2. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan
berterusan kepada GBK sekolah/
dan SBP lain di peringkat negeri
dan zon

3. sebagai pakar rujuk kepada GBK
sekolah/ negeri/ zon, pentadbir dan
guru

4. penghubung antara GBK negeri/zon
dengan PPD/ JPN/ BPSBP

5. menyelaras aktiviti Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling dengan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan

Bidang kejurulatihan GBK dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:

Jurulatih Utama Psikometrik

• Mahir dalam pentadbiran dan pengurusan ujian psikometrik murid.
• Menyelaras ujian psikometrik di peringkat sekolah dan SBP lain di

peringkat negeri dan zon
• Membimbing GBK dalam melaksanakan ujian dan menginterpretasi

dapatan ujian.
• Menyelaras ujian, dapatan dan pembentangan dapatan kepada

pentadbir dan guru.
• Menyelaras dan merangka program pembangunan murid

berdasarkan dapatan ujian psikometrik.

94

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Jurulatih Utama Minda Sihat
• Menyelaras dan mengurus tadbir program minda sihat peringkat

sekolah dan SBP lain di peringkat negeri dan zon
• Mahir dalam pentadbiran dan pengurusan Ujian DASS (D-

Depression, A – Anxiety, S – Stress, S – Scale) untuk mengukur
tahap kesihatan mental murid dan warga sekolah (tahap stess,
kemurungan dan keresahan)
• Menyelaras pelaksanaan ujian DASS peringkat sekolah dan SBP
lain di peringkat negeri dan zon
• Menguasai pengurusan ujian DASS dari aspek pentadbiran ujian
dan interpretasi
• Merangka dan menyelaras aktiviti Minda Sihat berdasarkan
dapatan ujian DASS.

Jurulatih Utama E-Rekod Kaunseling
• Memberi tunjuk ajar dan bimbingan berkaitan aspek teknikal sistem

E-Rekod Kaunseling
• Bertindak sebagai perantara di peringkat sekolah dan KPM bagi

pelan penambahbaikan sistem ini
• Menyelaras perekodan aktiviti dan membuat semakan bagi

membantu GBK membuat perekodan yang tepat dan beretika
• Menyelaras catatan rumusan dan pelaporan bagi aktiviti yang

dijalankan sepanjang minggu yang meliputi laporan program, sesi
kaunseling individu dan kelompok, kelas ganti dan aktiviti-aktiviti lain
disepanjang minggu, bulan dan tahunan peringkat sekolah dan SBP
lain di peringkat negeri dan zon

95

UNIT 7 : CABARAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Jurulatih Utama E-Profil

• Menyelaras perekodan eviden penglibatan, pencapaian dan
kejayaan murid di pelbagai bidang dengan GBK sekolah SBP lain di
peringkat negeri dan zon.

• Menyelaras penyediaan kerangka idea dan konsep asas untuk
murid menonjolkan kreativiti mereka dalam menghasilkan profil diri
mereka sendiri.

• memberi latihan dan panduan kepada GBK berkaitan aspek teknikal
dalam penggunaan sesuatu aplikasi (google site) atau laman
tertentu di internet.

• Membimbing GBK untuk menguasai sesuatu aplikasi berkaitan
yang boleh digunakan sebagai medium eprofil murid di sekolah
masing-masing.

• bertindak sebagai perantara GBK sekolah dengan pihak KPM
dalam menambah baik sistem sedia ada.

Dalam era digital, GBK perlu melengkap diri dengan pengetahuan dan kemahiran
yang sesuai denagn keperluan semasa. GBK disaran untuk menimba ilmu dan
mendapatkan info, strategi dan kemahiran terkini berkaitan perkembangan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari negara luar.

GBK juga boleh membuat penandaarasan dengan kaunselor negara rantau Asia
tentang strategi mereka dalam menangani murid era digital dan yang terkesan dengan
pandemik Covid-19. Input seperti ini dapat membantu GBK merangka strategi yang
sesuai, terkini dan berkesan bagi memantu murid dan warga sekolah dalam
mengharungi cabaran semasa dan global dan seterusnya meningkatkan martabat
GBK sebagai individu penting dalam melahirkan generasi yang sihat dan seimbang
serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan negara.

96

Bahan Rujukan

Azura Hashim, PHD. (2021). Dahsyatnya! Tulisan ini milik siapa? Bagaimana
Mengenali Peribadi Dengan Mudah, Cepat dan Tepat Melalui Tulisan Tangan

Abd Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan agenda pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & distributor Sdn Bhd

Ab. Aziz Mohd Yatim (2001). Kesesuaian Kerjaya Dengan Jenis Personaliti Mengikut
Teori Holland: Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan. Tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.

Ahmad Roslani Awang. (1987 -1988) Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya
Pelajar-Pelajar Tingkatan Lima Di Sekolah Menengah Dato Abd. Samad. Port
Dickson. Negeri Sembilan. Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tg.
Malim: IPSI.

Agnis Sombuling. (1996) Minat Kerjaya Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Perbandingan Berdasarkan etnik, Aliran Pelajaran, Persekitaran Tempat Tinggal dan
Status Ekonomi. Kajian Di Pantai Barat Sabah. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Ahmad Jazimin Jusoh, Zuria Mahmud dan Noriah Mohd Ishak (2008). The patterns of
reality therapy usage among Malaysian counselors. International Journal of Reality
Therapy (1): 1-12

Azizi, Jaafar, Sharin dan Yusof (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur
PTS Publication

Azizi Yahaya dan Badrulzaman Baharom (2007). Persekitaran keluarga dan kesannya
terhadap tingkah laku devian remaja. Diperolehi April 3. 2009 daripada
http://www.freewebs.com/psikopatologikekerasan/index.htm

Ahmad Jazimin Jusoh (2009). Aplikasi terapi realiti dalam sesi kaunseling. Dalam isu-
isu kaunseling di Malaysia. Pandan Indah: PEKAMA

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia (Disember 2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Panduan
Pelaksanaan Guru Penyayang

Barton, E.A. (2006). Bully Presention: Tips and strategies for school laeders and
classroom teacher. California: SAGE publications

Crow & Crow. (1983). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Coopersmith, S. (1976). The antecedents of selfesteem. San Francisco: Watt
Freeman and Co.

Corey, G (1996). Theory and practice of counseling and psychotheraphy. California:
Brook /Cole Publishing Company

Corey, G (2000). Theory and practice of group counseling. (5th Ed.), Wardsworth,
Brook and Cole

Corey, G. (2004). Theory and Practice of Group Counseling (6th ed.). Australia:
Thomson Brooks / Cole.

David Capuzzi dan Dougles R. Gross (2003). Counseling and psychotherapy-theories
and interventions. Pearson Education Ltd. New Jersey

Ee Ah Meng (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2001). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (1989) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Espelage, D. L., Bosworth, K., & Simon, T. R. (2000). Examining the social context of
bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling Development, 78, 326-
333.

Gladding, S. T. (2003). Group work: a counseling speciality. Ed. Ke 4. New York.
McMilan Publishing.

https://www.xpresi.org/panduan-pelaksanaan-program-ziarah-cakna/

http://kelab bimbingan dan kerjayasmkis.blogspot.com/p/pengenalan-dan-fungsi.html

http://dekssystem.blogspot.com/2017/02/sistem-e-klien-perkhidmatan-
kaunseling.html

https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan jurnal/penyelidikan/kajian/1376-
manualkajian/file

http://www.nurhaizachemat.com/2019/06/kajian-tindakan-kaunseling-berfokus.html

https://pdfcoffee.com/unit-5-bimbingan-kerjaya-pdf-free.html

https://pomiziactionresearch.wordpress.com/kajian-tindakan/definisi/

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hansen, J.C, Steric, R.R dan Warner R.W (1980). Counseling; Therapy and Process,
Allyn and Bacon, Inc, Boston.

Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah,
Perak. Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.

Jacobs, Ed.E, Masson, R.L dan Harvill , R.L. (2006). Group Conseling strategis and
skill. United of Amerika: Jhomsom Brooks/cole

Judith A. Stein, Richard L. Dukes, and Jazmin I. Warren (2007). Adolescent Male
Bullies, Victims, and Bully-Victims: A Comparison of Psychosocial and Behavioral
Characteristics. Journal of Pediatric Psychology vol. 32 no. 3, pp. 273–282.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolbert, J.B dan Crothers, L.M (2008). Tacking a problematic Behavior Management
issue: Teacher’s intervention in childhood bullying problem. 43. 132-139

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2021) Buku Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah
Menengah (MySG)

Kementerian Kesihatan Malaysia (2019), Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan
Morbiditi 2019

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul Program
Mentor Mentee, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Dasar Warga Emas
Negara,

Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad. (2007). Bimbingan dan
Penasihatan: Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Tangjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin
Jusoh, Syed Sofian Syed Salim dan Md Noor Saper (2009). Kemahiran bimbingan
dan kaunseling. PTS Professional Publishing.

Mohammad Nasir bin Bistaman (2006). Kesan Kaunseling Kelompok ke atas
penyesuaian remaja berisiko. Tesis Phd yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Mohammed Sharif Mustafa, Roslee Ahmad dan Hamdah Abdul Kadir (2006). Teori
dan praktis : kaunseling kelompok kotemporari. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Tajudin dan Rohany (2014), Profesionalisme Dalam Kaunseling dan Cabaran
Masa Kini Di Malaysia.

Noran Fauziah Yaakub, Fatimah Haron dan Ahmad Jazimin Jusoh (2009).
Pencegahan Buli Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn
Bhd.

Mohd Yusof Hasan (2000). Pemikiran Saintifik SPB4L. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1989). Kaunseling Kerjaya; Teori dan Amalan.
Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Nornafisah Otman (2006). Kesan Kaunseling Kelompok Pendekatan Realiti Dalam
Merawati Masalah Ponteng Sekolah Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Latihan
Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norsakinah Amran (2006). Keberkesanan Pendekatan Behaviourisme Dalam
Menangani Masalah Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Olweus, D. (1993), Bullying at school: what we know and what we can do. Oxford:
Blackwell

Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Terapan. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Pattterson (1996). Developmental Psychology Childhood and Adolescence. United
State of America: Thomsom Brooks/Cole

Pau Kee (2006). Kesan Kaunseling Kelompok Berstuktur Terhadap Konsep Kendiri Di
Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Sederhana. Latihan Ilmiah Yang Tidak
Diterbitkan, Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia 2021 – 2025: Pelan Strategik
Kebangsaan

Rafidah Hj. Abdul Samat (2006). Kesan Kaunseling Kelompok Pendekatan REBT
Dalam Merawat Tingkah Laku Aggresif Remaja Di Sekolah Menengah. Latihan Ilmiah
Yang Tidak Diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohany Nasir (1981). Minat Dan Proses Perkembangan Kerjaya, Implikasi Terhadap
Bimbingan Kerjaya. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Psikologi dan Masyarakat
kedua, anjuran Jabatan Psikologi di UKM Bangi.

Sabariah Siron (2005). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur. Pearson
Prentice Hall.

Saedah A. Ghani. (2005). Kesan kaunseling keluarga ke atas kefungsian dan tingkah
laku bermasalah remaja awal. Kertas Kerja Konvensyen Kebangsaan Persatuan
Kaunseling Malaysia XII 2005. Anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA)
dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
ESSET, Bangi, 24-26 Jun

Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman (2002). Pengantar Kaunseling. Petaling
Jaya: Prentice Hall.

Sapora Sipon (2003). Teori & Teknik Asas Kaunseling. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008). Teori kaunseling dan psikoterapi. Bandar
baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia

Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Stein J.A, Dukes R.L & Warren J.I (2006). Adolescent Male Bullies, Victims, and Bully-
Victims: A Comparison of Psychosocial and Behavioral Characteristics. Diperoleh
pada Mac 19.2009 daripada http://jpepsy.oxfordjournals.org/cgi/reprint/32/3/273

Stuart W. Twemlow and Peter Fonagy (2005). The Prevalence of Teachers Who Bully
Students in Schools with Differing Levels of Behavioral Problems. Am J Psychiatry
2005; 162:2387–2389

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Sistem e-klien: Perkhidmatan Kaunseling abad ke-21, (2017)

Surat Siaran KPM, Panduan Pelaksanaan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan
Baharu 2021, Bertarikh 22 Jun 2021

Surat Siaran KPM, Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Untuk Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021, Bertarikh 16 April 2021

Sidek Mohd Noah (2005). Pembinaan Modul. Bagaimana Membina Modul Latihan dan
Modul Akademik. Serdang : Penerbit UPM.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya. Teori & Praktis. Serdang: Penerbit
UPM.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya, Teori & Praktis. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.

Trotzer, F.P (1977). The Counselor and The Group; Intergrating Theory, Trainning and
Practice. Aldine. Chicago.

Tuckmen, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York:
Harcourt Brace Jovanovich.

The WHO Special Initiative for Mental Health (2019-2023): Universal Health Coverage
for Mental Health

Tengku Iskandar (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tomlison, S. M. & Evans, H. G. (1991). Gender, Ethnicity and College Student’s
Response To The Strong. Campbell Interest Inventory. Journal of Counseling. Vol 70:
151-155.

Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman (2004). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Selangor: IBS
Buku Sdn. Bhd.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 3 BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

Design & Kreativiti: NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd


Click to View FlipBook Version