The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan_Sains_Sosial_dan_Alam_Sekitar_(Pend_Khas)_Tingkatan_4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguwahi, 2020-06-21 00:45:18

BUKU TEKS DIGITAL PENDIDIKAN SAINS ALAM SEKITAR

Pendidikan_Sains_Sosial_dan_Alam_Sekitar_(Pend_Khas)_Tingkatan_4

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN
SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR

PENDIDIKAN KHAS
TINGKATAN 4

PENULIS
Shamsul Azahari bin Zainal Badari (Ph.D)
Julaidah binti Ahmad (P.P.W) Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah

EDITOR
Nurulhudha binti Omar

PEREKA BENTUK
Al Fatma binti Ibrahim

ILUSTRATOR
Mohd Nizam bin Md. Isa

2019

No Siri Buku : 0147 PENGHARGAAN

KPM2019 ISBN 978-967-2212-55-3 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2019 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan • Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Bahagian Sumber dan Teknologi
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Pendidikan,
sebarang bentuk atau cara, baik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
elektronik, mekanik, penggambaran semula
mahupun dengan cara perakaman tanpa • Jawatankuasa Penyemakan
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pembetulan Pruf Muka Surat,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Pendidikan,
kepada perkiraan royalti atau honorarium. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan • Jawatankuasa Penyemakan
Malaysia oleh: Naskhah Sedia Kamera,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) Bahagian Sumber dan Teknologi
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Pendidikan,
Taman Desa Damai, Sungai Merab, Kementerian Pendidikan Malaysia.
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-8925 8975 • Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal
No. Faksimile: 03-8925 8985 Bahagian Sumber dan Teknologi
Laman Web: www.arasmega.com Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Pegawai Bahagian Pembangunan
Kurikulum,
Muka Taip Teks: Atlanta Roman Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin
• Jawatankuasa Kawalan Mutu
Dicetak oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Attin Press Sdn. Bhd.
No 8, Jalan Perindustrian PP4, • SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri,
Taman Perindustrian Putra Permai, Kuala Lumpur.
43300 Seri Kembangan, Serdang,
Selangor Darul Ehsan. • SMK Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

• Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

• Pejabat Menteri Besar Selangor.

• MJ Fatonah Sdn. Bhd. Kuala Selangor,
Selangor.

• Keplu International Sdn. Bhd.

Semua pihak yang terlibat dalam proses
penerbitan buku ini.

KANDUNGAN vii
viii
Pendahuluan 1
Penerangan Ikon
Topik Pembelajaran 2

UNIT 1 : MANUSIA 4
4
1.1 Sistem Pembiakan 5
1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia 5
1.1.2 Organ Pembiakan Manusia 5
i. Organ Pembiakan Lelaki 8
ii. Organ Pembiakan Perempuan 12
1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan 16
1.1.4 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia 17
Imbas Maklumat 19
Penilaian
Refleksi Diri 20

UNIT 2 : HAIWAN 22
23
2.1 Penjagaan Haiwan Ternakan 26
2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan 26
2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan 27
i. Tempat Tinggal 27
ii. Pemakanan 28
iii. Kesihatan 31
iv. Rawatan 36
2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan 37
Imbas Maklumat 39
Penilaian
Refleksi Diri iii

UNIT 3 : TUMBUHAN 40

3.1 Penjagaan Tumbuhan 42
3.1.1 Cara Menjaga Tumbuhan 42
3.1.2 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan 44
3.1.3 Menjaga Tumbuhan 48
3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan 50
Imbas Maklumat 52
Penilaian 53
Refleksi Diri 55

UNIT 4 : PENGAWETAN MAKANAN 56

4.1 Pengetinan dan Pembotolan 58
4.1.1 Makanan yang Melalui Proses:
i. Pengetinan 58
ii. Pembotolan 59
4.1.2 Proses Pengawetan Makanan Secara:
i. Pengetinan 61
ii. Pembotolan 62
4.1.3 Kepentingan Pengawetan Makanan 66
4.1.4 Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan 68
Imbas Maklumat 72
Penilaian 73
Refleksi Diri 75

UNIT 5 : MALAYSIA MAJU 76

5.1 Pengangkutan 78
78
5.1.1 Jenis Pengangkutan 78
i. Pengangkutan Air 79
ii. Pengangkutan Darat 80
iii. Pengangkutan Udara

iv

5.1.2 Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian 82
5.2 Telekomunikasi 87
87
5.2.1 Alat Telekomunikasi 87
i. Telefon 87
ii. Mesin Faksimile 87
iii. Komputer 88
iv. Televisyen 88
v. Radio
89
5.2.2 Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam
Kehidupan Harian 92
93
Imbas Maklumat 95
Penilaian
Refleksi Diri 96

UNIT 6 : KELESTARIAN 98
98
6.1 Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium
6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium 100
6.1.2 Produk Kitar Semula Bahan Buangan
daripada Aluminium 103
6.1.3 Pameran Projek Kitar Semula
6.1.4 Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan 107
daripada Aluminium
109
Imbas Maklumat 110
Penilaian 111
Refleksi Diri
112
UNIT 7 : SEJARAH KITA
114
7.1 Kawasan Tempat Tinggal 114
7.1.1 Memerihalkan Kawasan Tempat Tinggal 114
i. Nama Tempat Tinggal 115
ii. Lokasi Tempat Tinggal
v

iii. Asal Usul Nama Tempat Tinggal 116
iv. Aktiviti Masyarakat Setempat 117
7.1.2 Sejarah Tempat Tinggal Saya 120
Imbas Maklumat 122
Penilaian 123
Refleksi Diri 125

UNIT 8 : PEMIMPIN 126

8.1 Pemimpin Negeri 128
8.1.1 Kenali Pemimpin Negeri 128
8.1.2 Memerihalkan Pemimpin Negeri 132
i. Nama dan Tarikh Lahir
ii. Jawatan 134
iii. Tugas 138
iv. Minat 139
v. Sikap 141
vi. Sumbangan Bakti kepada Masyarakat
8.1.3 Pemimpin Negeri yang Dihormati 142
Imbas Maklumat
Penilaian 144
Refleksi Diri 144
148
UNIT 9 : PEMERINTAHAN DI MALAYSIA 151
155
9.1 Bentuk Pemerintahan 156
9.1.1 Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Tidak Beraja 158
9.1.2 Pemerintahan Raja Berperlembagaan 159
9.1.3 Kepentingan Kesetiaan kepada Raja dan Negara 160
Imbas Maklumat
Penilaian
Refleksi Diri

Rujukan
Indeks

vi

PENDAHULUAN

Buku Teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas
Tingkatan 4 ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan
buku teks ini mencakupi beberapa elemen seperti sains, geografi dan alam
sekitar, sejarah dan kewarganegaraan serta sosial.

Gaya penulisan, persembahan dan cara pembelajaran yang dijelmakan
dalam buku ini adalah untuk mengembangkan potensi Murid Berkeperluan
Khas (MBK). Kesemua tajuk yang diajar adalah menjurus kepada keperluan
ilmu dan kemahiran MBK dalam menjalani kehidupan harian.

Buku ini terdiri daripada halaman rangsangan yang mampu menarik
minat murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang diajar.
Kandungan buku ini pula dipersembahkan dengan cara yang ringkas,
mudah difahami serta disediakan juga aktiviti dan latihan yang menguji
kefahaman murid.

Selain itu, disertakan juga sisipan seperti Celik Ilmu, Glosari, Carian
Internet, Imbas Saya (yang mengandungi Quick Response Code - QR
Code), soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Nilai Murni dan Celik
Keusahawanan yang membantu murid memahami tajuk yang diajar.
Elemen didik hibur juga diterapkan dalam buku ini melalui aktiviti yang
dijalankan. Pada akhir setiap unit, disediakan juga Imbas Maklumat
yang merupakan nota ringkas untuk setiap unit, bahagian Penilaian dan
halaman Refleksi Diri.

Diharapkan buku teks ini mampu dijadikan sebagai rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran MBK. Guru boleh mengubah suai bahan
atau aktiviti dengan keperluan MBK. Berpandukan buku ini, diharap
MBK mampu berdikari, boleh berkomunikasi dengan masyarakat, tahu
menghargai alam sekitar dan dapat menanam rasa cinta akan negara.

vii

PENERANGAN IKON

Unit MANUSIA Refleksi Diri

1 Penilaian murid terhadap
perkara yang telah dipelajari.
Pembahagian unit dalam buku yang
disertakan dengan halaman rangsangan.

1.1.1 Celik
Keusahawanan
Pecahan unit yang lebih terperinci
untuk kefahaman murid. Pendidikan awal
keusahawanan kepada murid.

Imbas saya Celik Ilmu
Maklumat tambahan
Mengimbas QR code yang berkaitan unit yang diajar.
mengandungi informasi.

Latihan Jom buat
Menguji kefahaman murid tentang Aktiviti murid untuk memenuhi Standard
tajuk yang dipelajari. Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Nilai Murni Carian Internet
Nilai-nilai murni yang diajar dan
diterapkan kepada murid. Mencari maklumat yang berkaitan
di laman sesawang.

KBAT Cadangan aktiviti pembelajaran dan
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. pengajaran di dalam kelas.

Glosari 2.1.1
Menerangkan maksud sesuatu
perkataan. Nombor Standard Pembelajaran yang
terkandung dalam DSKP.
Imbas Maklumat
Penilaian
Rumusan kandungan yang Latihan bagi menguji pengetahuan
menggunakan peta minda. dan pemahaman murid pada akhir
setiap unit.

viii

TOPIK PEMBELAJARAN

Unit MANUSIA Unit

1 6 KELESTARIAN

Unit HAIWAN

2 Unit

7 SEJARAH KITA

Unit TUMBUHAN

3

Unit PEMIMPIN

Unit PENGAWETAN 8

4 MAKANAN

Unit MALAYSIA Unit PEMERINTAHAN

5 MAJU 9 DI MALAYSIA

1

Unit

1 MANUSIA

Sistem pembiakan manusia berfungsi untuk melahirkan anak. Tujuannya
untuk memastikan kehidupan berterusan dan ciri-ciri warisan dapat
diturunkan dari satu generasi ke generasi akan datang.

Celik Ilmu

Melalui perkahwinan,
manusia dapat melahirkan
anak untuk meneruskan
keturunan mereka.
2

Imbas saya

Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/nota-adat-perkahwinan-
masyarakat-malaysia/untuk mengetahui tentang adat perkahwinan
masyarakat Malaysia. (Dicapai pada 12 Julai 2019).

3

1.1 SISTEM PEMBIAKAN

Pembiakan bermaksud proses membiak untuk menghasilkan anak bagi
memastikan sesuatu spesies tidak pupus. Kaedah pembiakan manusia ialah
pembiakan seks. Proses ini melibatkan percantuman dua sel pembiakan
yang setiap satunya berasal daripada satu induk jantan dan satu
induk betina.

1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia Celik Ilmu

Sel pembiakan perempuan Pembiakan penting untuk
menghasilkan generasi
Lapisan jeli baru dan mengelakkan
kepupusan spesies.

Sitoplasma Imbas saya

Nukleus Layari laman web
http://arasmega.
Sel pembiakan lelaki com/qr-link/video-
sistem-pembiakan-
manusia/ untuk
menonton video
Sistem Pembiakan
Manusia. (Dicapai
pada 12 Julai 2019).

Apakah perbezaan
pembiakan manusia
dan tumbuh-tumbuhan?

Kepala Bahagian tengah

Nukleus

4 • Murid membincangkan sistem pembiakan manusia dengan 1.1.1
bimbingan guru.

1.1.2 Organ Pembiakan Manusia

Organ Pembiakan Lelaki

Organ pembiakan lelaki terdiri daripada skrotum dan zakar (bahagian
luar) dan testis, uretra, kelenjar prostat, duktus sperma dan vesikel semen
(bahagian dalam).

Duktus sperma
Vesikel semen

Kelenjar prostat

Uretra Testis
Zakar Skrotum

Organ Pembiakan Perempuan

Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj (bahagian luar) dan
uterus, serviks, ovari dan tiub Fallopio (bahagian dalam).

Tiub Fallopio Uterus
Ovari Serviks

Celik Ilmu Faraj

Faraj juga dikenali dengan Apakah perbezaan organ pembiakan
nama vagina. lelaki dan perempuan?

• Murid membezakan organ pembiakan lelaki dan perempuan 1.1.2 5
dengan bimbingan guru.

Latihan

1. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.
Organ Pembiakan Lelaki

Organ Pembiakan Perempuan

6 • Murid menjawab latihan dengan merujuk kepada maklumat 1.1.2

di dalam buku teks.

2. Padankan struktur organ pembiakan berikut dengan induknya.

Testis Zakar

Kelenjar prostat Lelaki Skrotum
Uretra Perempuan Uterus
Serviks
Tiub Fallopio

Faraj Ovari

3. Berdasarkan latihan di atas, jawab soalan di bawah.

a. Namakan organ pembiakan di bahagian luar.

Lelaki : _____________________________________

Perempuan : _____________________________________

b. Namakan organ pembiakan dalaman.

Lelaki : _____________________________________

Perempuan : _____________________________________

7

1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan dan
menyalurkan sperma keluar daripada badan. Sperma akan dikeluarkan
melalui air mani.

Fungsi Organ Pembiakan Lelaki

Vesikel semen Duktus sperma
Menghasilkan cecair semen Membawa sperma
bagi mengaktifkan sperma. dari testis ke uretra.

Uretra
Saluran untuk menyalurkan
sperma keluar dari badan.

Zakar
Organ yang masuk ke dalam
faraj untuk membawa
masuk sperma.

Kelenjar prostat Skrotum
Mengeluarkan cecair bagi Menempatkan dan
mengaktifkan sperma. melindungi testis.

Testis
Menghasilkan sperma.

Glosari Celik Ilmu Apakah fungsi uretra
bagi lelaki selain
Sperma Sperma terdapat mengeluarkan sperma?
Benih yang dikeluarkan dalam air mani lelaki.
oleh orang lelaki atau
oleh binatang jantan.

8 • Murid membincangkan fungsi organ pembiakan lelaki dengan 1.1.3

bimbingan guru.

Fungsi Organ Pembiakan Perempuan

Sistem pembiakan perempuan berfungsi untuk menghasilkan ovum dan
menyediakan tempat fetus berkembang.

Ovari Tiub Fallopio
Tempat menghasilkan ovum. Saluran tempat mengangkut ovum dari ovari
ke uterus. Tempat persenyawaan berlaku.

Uterus
Tempat perkembangan
fetus jika persenyawaan
ovum berlaku dan tempat
melindungi fetus.

Serviks
Menghasilkan cecair untuk
pergerakan sperma.

Faraj
Menerima sperma
daripada zakar.

Glosari Apakah yang akan berlaku jika ovum
tidak disenyawakan di dalam organ
Fetus pembiakan perempuan?
Anak manusia yang belum dilahirkan.
Celik Ilmu
Ovum
Gamet betina yang akan menjadi Uterus juga dikenali sebagai rahim
anak apabila disenyawakan dengan bagi perempuan.
gamet jantan.
1.1.3 9

Latihan

1. Berdasarkan jawapan di bawah, isikan ruangan kosong dengan jawapan
yang betul.

Testis Zakar Skrotum Duktus sperma

Vesikel semen Kelenjar prostat Uretra

No. Organ pembiakan lelaki Fungsi

1. Saluran untuk menyalurkan
sperma keluar dari badan.

2. Membawa sperma dari testis
ke uretra.

3. Menghasilkan sperma.

4. Menghasilkan cecair semen
bagi mengaktifkan sperma.

5. Mengeluarkan cecair bagi
mengaktifkan sperma.

Organ yang masuk ke dalam
6. faraj untuk membawa

masuk sperma.

7. Menempatkan dan melindungi
testis.

10 • Murid menjawab latihan berdasarkan maklumat di dalam buku teks dengan

bimbingan guru.

2. Dalam kumpulan kecil, bincang dan suaikan jawapan yang betul daripada
Kotak 1 dan Kotak 2. Tuliskan jawapan anda dalam jadual di bawah.

Kotak 1 Kotak 2

Tiub Fallopio Saluran tempat
mengangkut ovum dari
ovari ke uterus. Tempat
persenyawaan berlaku.

Ovari Tempat perkembangan
fetus jika persenyawaan
ovum berlaku dan tempat

melindungi fetus.

Uterus Menerima sperma
daripada zakar.

Faraj Menghasilkan cecair untuk
pergerakan sperma.

Serviks Tempat
menghasilkan ovum.

No. Organ Fungsi
pembiakan perempuan

1.

2.

3.

4.

5.

• Murid membentuk kumpulan kecil dan menjawab latihan dengan bimbingan guru. 11

1.1.4 Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia

Proses persenyawaan manusia berlaku apabila bercantumnya gamet
jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot.

Lelaki Organ pembiakan
perempuan
+
menghasilkan ovum.
Perempuan

2

Berkahwin 1 Percantuman
3

Glosari Organ pembiakan lelaki
menghasilkan sperma.
Gamet
Sel pembiakan.

Zigot
Sel yang terbentuk hasil
persenyawaan benih jantan dan benih
betina.

Embrio
Kandungan ibu dari peringkat
permulaan hingga ke bulan ketiga.

12 • Murid merumuskan maklumat berkaitan sistem pembiakan dalam asas 1.1.4

kejadian manusia dengan bimbingan guru.

6 Embrio
7
Zigot
5

Persenyawaan

4

Hanya satu sperma sahaja Fetus
yang berjaya disenyawakan 8

dengan ovum. Bayi

Celik Ilmu Mengapakah hanya satu 13
sperma sahaja yang
Proses persenyawaan berjaya disenyawakan
manusia berlaku dalam dengan ovum?
sistem pembiakan Bincangkan.
perempuan.

Latihan

Labelkan proses persenyawaan asas kejadian manusia di dalam kotak yang
disediakan di bawah.

Lelaki Perempuan

Berkahwin
PERCANTUMAN

PERSENYAWAAN

14

Jom buat

Susun Suai Gambar Organ Pembiakan
Tujuan: Menghasilkan bahan pembelajaran mengenai sistem pembiakan

manusia secara kreatif.
Peralatan dan bahan:

• Kertas tebal (saiz A4)
• Gunting
L•a ngKkoamhp-ulatnergkah:
• Mesin pencetak

Langkah -langkah:

1. Cari dan muat turun rajah organ pembiakan manusia lelaki atau

perempuan di Internet.
2. Buka perisian Microsoft Word.
3. Ubah orientasi kertas daripada portrait ke landscape.
4. Masukkan gambar yang akan dijadikan puzzle ke dalam dokumen.
5. Klik Insert Picture.
6. Masukkan gambar berpola puzzle pada clip art.
Klik Insert Clip Art.
7. Klik gambar, kemudian klik Format Shape fill dan pilih no fill.

Kemudian atur ukurannya dan letakkan di atas gambar yang
dijadikan puzzle.
8. Lakukan copy paste pada gambar berpola puzzle dan susun di atas

gambar hingga memenuhi seluruh gambar.

9. Cetak di atas kertas tebal dan gunting mengikut bentuk
jigsaw puzzle.

10. Kemudian murid boleh melakukan aktiviti susun suai gambar

organ pembiakan.

Imbas saya

Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/jom-buat-lampiran-
rajah-sistem-pembiakan-manusia/ untuk memuat turun lampiran
rajah Sistem Pembiakan Manusia. (Dicapai pada 25 Julai 2019).

• Murid membuat aktiviti dengan bimbingan guru. 15
• Guru memuat turun latihan dengan mengimbas QR Code yang diberi.

Imbas Maklumat

Uretra

Duktus Kelenjar
Sperma Prostat

Testis Vesikel
Semen

Skrotum Organ Pembiakan Zakar
Lelaki

Sistem Persenyawaan Zigot Embrio Fetus Bayi
Pembiakan

Organ Pembiakan
Perempuan

Tiub Faraj
Fallopio

Ovari Serviks

Uterus

16

Penilaian

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1 hingga 4.

1. Sel pembiakan lelaki dikenali sebagai ________
A. Testis
B. Sperma
C. Air mani
D. Uretra

2. Sel pembiakan perempuan dikenali sebagai_________
A. Ovari
B. Uterus
C. Ovul
D. Ovum

3. Fungsi skrotum ialah melindungi zakar.
A. Betul
B. Salah

4. Ovari bertindak sebagai tempat untuk menghasilkan ovum.
A. Betul
B. Salah

5. Tandakan (✔) pada pernyataan yang betul dan (✘) pada pernyataan
yang salah bagi fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan.

Organ pembiakan Fungsi Tanda (3) atau (7)

Testis Organ yang masuk ke dalam faraj
untuk membawa masuk sperma.

Skrotum Menempatkan dan melindungi testis.

Uretra Saluran untuk menyalurkan sperma
keluar dari badan.

Duktus Sperma Membawa sperma dari testis ke uretra.

Zakar Menghasilkan sperma.

Faraj Menerima sperma daripada zakar.

Ovari Tempat menghasilkan ovum.

Uterus Menghasilkan cecair untuk
pergerakan sperma.

17

6. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan dengan nama yang betul.

7. Berikan maksud bagi nama-nama berikut:
a. Sperma
b. Ovum
c. Zigot
d. Embrio
e. Fetus

18

Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan maksud sistem
pembiakan manusia.

• Saya boleh mengenal pasti organ
pembiakan lelaki dan perempuan.

• Saya boleh menjelaskan fungsi organ
pembiakan lelaki dan perempuan dalam
proses persenyawaan bagi asas kejadian
manusia.

• Saya boleh menganalisis maklumat
berkaitan organ pembiakan manusia
dengan betul dan secara sistematik.

• Saya boleh merumus maklumat
mengenai sistem pembiakan dalam asas
kejadian manusia secara sistematik, tekal
dan yakin.

• Saya boleh menjana idea dengan
menghasilkan bahan grafik mengenai
sistem pembiakan manusia secara
sistematik, kreatif dan boleh dicontohi.

19

Unit

2 HAIWAN

Haiwan ternakan ialah haiwan yang dipelihara
secara sistematik di dalam kurungan. Haiwan
ini memerlukan makanan seimbang yang
secukupnya. Haiwan ternakan juga mestilah
tidak menghidapi penyakit sama ada penyakit
biasa atau penyakit berjangkit.

20

Celik Ilmu

Menyediakan tempat
tinggal yang sesuai,
makanan yang cukup,
penjagaan kesihatan
dan kebersihan serta
memberi rawatan ialah
suatu kebajikan kepada
haiwan ternakan.

21

2.1 PENJAGAAN HAIWAN TERNAKAN

Haiwan ternakan boleh dibahagikan kepada ternakan ruminan seperti
kambing, lembu dan kerbau. Manakala ternakan bukan ruminan adalah
seperti ayam, itik dan angsa.

BUKAN RUMINAN
Kerbau

Itik Lembu Ayam
Angsa RUMINAN

Kambing

Glosari Celik Ilmu Carian Internet

Ruminan Haiwan ruminan Taipkan perkataan
Haiwan seperti lembu, mempunyai empat RUMINAN dan baca
kambing dan rusa yang ruangan perut maklumat lanjut
mengeluarkan balik makanan manakala haiwan tentang haiwan
yang separuh cerna dari bukan ruminan hanya ruminan di Internet.
perut untuk dikunyah semula. mempunyai satu
ruangan perut sahaja.
22

2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan

Penjagaan haiwan ternakan bermula dengan:

1. Penyediaan tempat tinggal haiwan 2. Pengurusan pemakanan.
ternakan.

3. Menguruskan penyakit haiwan. 4. Menjaga kebajikan haiwan dari
segi kesihatan.

Celik Ilmu Apakah perbezaan haiwan
ternakan dengan haiwan
Penjagaan haiwan ternakan yang teratur peliharaan? Bincangkan.
boleh meningkatkan produktiviti, kesihatan
haiwan, kualiti daging, susu atau telur
yang dihasilkan.

• Murid membincangkan cara menjaga haiwan ternakan 2.1.1 23
dengan bimbingan guru.

Latihan

1. Berdasarkan gambar haiwan ternakan di bawah, nyatakan sama ada
haiwan tersebut jenis ruminan atau bukan ruminan.
Jenis haiwan:

Jenis haiwan:
Jenis haiwan:

Jenis haiwan:
Jenis haiwan:

24 • Murid menjawab latihan yang diberikan dalam kumpulan dengan
bimbingan guru.

2. Tuliskan perkataan BETUL pada pernyataan yang betul dan perkataan
SALAH pada pernyataan yang salah.

Pernyataan Jawapan

a. Haiwan ternakan perlu disediakan tempat
tinggal bagi memudahkannya membiak.

Keperluan pemakanan yang seimbang
b. dapat memastikan pertumbuhan haiwan

ternakan yang baik.

c. Kebajikan haiwan ternakan termasuk juga
dari segi rawatan penyakit dan kesihatan.

d. Haiwan seperti itik dan angsa merupakan
jenis haiwan yang dipelihara untuk dijual.

e. Haiwan seperti kucing dan anjing
merupakan haiwan ternakan.

3. Jawab soalan di bawah dengan mengisi huruf yang tertinggal.

a. Haiwan ternakan perlu diberi t m p t t n a
yang sesuai.

b. Penternak mestilah menjaga kebajikan haiwan dari segi
k s h a .

c. Penjagaan haiwan termasuk menguruskan p m a n n.

d. Merawat p n a t adalah perlu bagi memastikan haiwan
ternakan sihat.

25

2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan

Tempat Tinggal

• Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal yang sesuai.
• Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal untuk membiak dan

berlindung daripada bahaya.

Reban ayam Reban puyuh

Kandang kambing Kandang lembu

Kolam ternakan ikan Nilai Murni

Belas kasihan kepada haiwan
dengan menyediakan tempat
tinggal yang luas dan bersih
supaya haiwan dapat tinggal
dengan selesa.

26 • Murid menceritakan tentang penjagaan haiwan ternakan 2.1.2
dari aspek tempat tinggal.

Pemakanan

• Pemakanan seimbang perlu diberikan kepada haiwan ternakan untuk
keperluan tenaga dan fisiologi tubuh haiwan ternakan.

• Pemakanan seimbang penting bagi memastikan haiwan ternakan
dapat mengekalkan kesihatan, pertumbuhan dan pembiakan.

Glosari

Fisiologi
Fungsi tubuh dan
bahagian tubuh.

Kesihatan Huraikan
kepentingan
• Penjagaan kesihatan sangat pemakanan
penting untuk haiwan ternakan seimbang
bagi proses tumbesaran, kepada
pengeluaran dan pembiakan. kesihatan
haiwan
• Kesihatan haiwan ternakan ternakan.
yang baik dapat mengurangkan
kadar kematian haiwan 2.1.2 27
dan mencapai keupayaan
tumbesaran yang maksimum.

• Hasilnya, pengeluaran dapat
dipertingkatkan.

Glosari

Tumbesaran
Peringkat pertumbuhan haiwan.

• Murid membincangkan aspek makanan dan penjagaan kesihatan
dengan bimbingan guru.

Rawatan

• Rawatan perlu diberikan kepada haiwan ternakan bagi memastikan
penyakit yang dihidapinya tidak berjangkit kepada haiwan ternakan
yang lain.

• Pemberian vaksin, antiseptik dan antibiotik perlu bagi memastikan haiwan
ternakan tidak mudah mendapat penyakit.

• Pencegahan dan pengawalan penyakit penting bagi haiwan ternakan
seperti penggunaan baka yang tahan penyakit, kuarantin dan menjaga
kebersihan tempat tinggal haiwan untuk memastikan haiwan ternakan
tidak mudah mendapat penyakit.

Rawatan Glosari
untuk
Vaksin
kambing Sediaan bakteria, virus, dan
lain-lain yang sudah mati
Rawatan atau dilemahkan untuk
untuk disuntik atau ditanam
lembu ke dalam badan supaya
menghasilkan daya tahan
Rawatan terhadap penyakit tertentu.
untuk
ayam Antiseptik
Bahan kimia yang digunakan
Bagaimanakah proses rawatan penyakit untuk membunuh kuman.
kepada haiwan ternakan dilakukan?
Antibiotik
Bahan kimia yang
dihasilkan oleh
mikroorganisma,
yang boleh mencegah
pembiakan atau
memusnahkan bakteria.

Kuarantin
Tempoh masa seseorang,
haiwan, atau tumbuhan
yang disyaki membawa
sesuatu jenis penyakit
ditahan di tempat
pengasingan khas untuk
mencegah penyakit itu
daripada merebak.

28 • Murid membincangkan aspek rawatan dengan bimbingan guru. 2.1.2

Latihan

Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

Gambar A

Gambar B
1. Namakan haiwan ternakan yang sesuai untuk tempat tinggal seperti

dalam gambar A.

2. Mengapakah tempat tinggal haiwan ternakan dalam gambar A dan B
berbeza?

3. Senaraikan jenis makanan yang sesuai diberikan kepada haiwan
ternakan dalam gambar A dan B.

• Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru. 29

4. Berikan contoh makanan seimbang bagi haiwan ternakan seperti itik
dan kambing.

5. Padankan pernyataan dengan aspek penjagaan haiwan ternakan.

Pemberian suntikan vaksin. Pemakanan
Makanan seimbang dan sesuai. Tempat Tinggal
Berlindung daripada bahaya.
Tumbesaran yang maksimum. Kesihatan
30 Rawatan

2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan

Sumber makanan Sumber produk:
Kosmetik
dan sabun

Sumber Sumber pakaian:
pendapatan Bulu dan kulit

haiwan ternakan

Kepentingan
penjagaan

haiwan
ternakan

Keseimbangan
ekosistem:

Pemuliharaan
alam

Bagaimanakah Menggalakkan
pemuliharaan alam penyelidikan
secara keseimbangan berkaitan haiwan
ekosistem dapat
dicapai melalui ternakan
penjagaan haiwan
ternakan? Bincangkan. Celik Ilmu

Kosmetik merupakan nama lain bagi alat solek untuk
kaum wanita. Kebanyakannya dibuat daripada bahan
kimia dan juga sumber haiwan ternakan.

• Murid membincangkan kepentingan penjagaan haiwan ternakan 2.1.3 31
dengan bimbingan guru.

Latihan

1. Lengkapkan silang kata di bawah.

P E1. 2. D P A N
K G

S3. A N
I P4.
S

E K
M5. A AA

D6. G

N

Melintang

1. Penternakan boleh menyumbang kepada sumber _______________
seseorang.

3. ___________ ialah antara contoh sumber produk pengguna daripada
penternakan.

5. Penjagaan haiwan ternakan yang betul menghasilkan sumber
______________ yang berkualiti.

6. Penjagaan haiwan yang teratur menghasilkan ______________ yang
berkualiti.

Ke bawah

2. Keseimbangan __________________dapat diwujudkan melalui
penternakan yang mesra alam.

4. Bulu dan kulit haiwan ternakan boleh dijadikan _________________.

32 • Murid menjawab latihan berpandukan kepada maklumat di dalam buku

teks dengan bimbingan guru.

2. Isikan ruangan kosong dengan maklumat yang betul.

Kepentingan
menjaga haiwan

ternakan

33

Jom buat

Bekas Makanan Ayam

Tujuan: Menjaga haiwan ternakan dengan menyediakan peralatan
bekas makanan untuk kegunaan haiwan.

Peralatan dan bahan:

• Botol minuman plastik
• Dawai kasar (panjang 30 cm)
• 2 paip PVC elbow (2 cm x 1.5 cm)
• Gam paip PVC

Langkah-langkah:

1. Ambil satu botol minuman yang 2. Cantumkan kedua-dua paip PVC
siap berpenutup. Tebuk satu lubang menggunakan gam paip PVC.
pada bahagian penutupnya.

3. Masukkan mulut botol ke dalam
paip PVC. Ikatkan dawai
di sekeliling botol dan gantung
atau letakkan di mana-mana
bahagian reban yang sesuai.

34 • Murid melakukan aktiviti ini secara kumpulan dengan pemantauan guru.

Pengiraan Kos Projek Bekas Makanan Ayam

Pengiraan kos membantu kita mengetahui jumlah kos pengeluaran sesuatu
projek. Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk
menghasilkan sesuatu produk atau barangan. Melalui kos pengeluaran,
harga produk dapat ditentukan.

Cara mengira kos

1. Kos bahan

Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah Kos (RM)

1 Botol minuman 10 botol 0 0
plastik 20 biji 0.50 10.00

2 Paip PVC elbow

3 Dawai 1 gulung 3.00 3.00
4.00 4.00
4 Gam paip PVC 1 tin 17.00

Jumlah kos bahan

2. Kos upah
Formula: Kos upah = Bilangan pekerja × masa (jam) × kadar upah sejam

Mengira kos upah untuk 10 unit projek Kos upah = 1 orang × 20 jam
× RM2
Masa digunakan untuk 1 unit = 2 jam = RM40

Masa digunakan untuk 10 unit = 20 jam

Kadar upah bagi 1 jam = RM2

3. Kos overhed Kos
RM20.00
Bil Perkara RM 3.00
1 Elektrik RM23.00

2 Air Kos Pengeluaran Seunit

Jumlah Mengira kos pengeluaran seunit

Kos Pengeluaran Projek = Jumlah kos pengeluaran 10 unit
Mengira kos pengeluaran 10 unit = 10
projek RM80.00
= kos bahan + kos upah 10

+ kos overhed = RM8.00
= RM17.00 + RM40.00 + RM23.00
= RM80.00

35

Imbas Maklumat

Penjagaan Haiwan
Ternakan

Haiwan ruminan Haiwan bukan ruminan

Aspek Penjagaan

Tempat tinggal Pemakanan Kesihatan Rawatan

Kepentingan Penjagaan
Haiwan Ternakan

Sumber makanan Penyelidikan

Sumber produk Keseimbangan
pengguna ekosistem

Sumber Sumber
pendapatan pakaian

36

Penilaian

1. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan haiwan ruminan atau
bukan ruminan.

2. Senaraikan haiwan yang tinggal berdasarkan gambar A dan gambar B.

Gambar A: Gambar B:

• •
• •
• •

37

3. Gariskan jawapan yang betul berdasarkan aspek penjagaan
haiwan ternakan.

Pemberian antiseptik ____________ vaksin
dan antibodi adalah perlu untuk ubat pelali
haiwan ternakan.

Tempat tinggal yang bersih dan tempat tinggal
kuarantin merupakan satu proses penyakit
pencegahan _____________.

Pengekalan kesihatan yang sihat bagi seimbang
haiwan ternakan adalah dengan berlemak
pengambilan makanan ___________.

Haiwan ternakan berlindung api
daripada ___________ dan membiak bahaya
di dalam reban atau kandang.

4. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.

Kepentingan
penjagaan

haiwan
ternakan

38

Refleksi Diri

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.

Saya faham Saya tidak faham

Pada akhir pembelajaran ini:

• Saya boleh menyatakan cara menjaga
haiwan ternakan.

• Saya boleh mengenal pasti cara penjagaan
haiwan ternakan dengan bimbingan guru.

• Saya boleh menjaga haiwan ternakan
dengan betul.

• Saya boleh mengkategorikan haiwan ternakan
dan cara menjaganya dengan betul.

• Saya boleh membandingkan cara penjagaan
haiwan-haiwan ternakan dengan betul,
yakin dan tekal.

• Saya boleh menyebarluaskan maklumat
penjagaan haiwan ternakan dan kepentingan
menjaganya dengan betul, yakin dan tekal
serta boleh dicontohi.

39

Unit

3 TUMBUHAN

Celik Ilmu

Selain membekalkan
oksigen, tumbuhan juga
mampu menenangkan.
Apabila mata dan otak kita
letih, lihat pada tumbuhan
hijau dalam satu hingga
dua minit. Otak akan mula
berasa tenang dan bersedia
untuk menerima tekanan
yang seterusnya.

Penjagaan tumbuhan merupakan kerja yang dilakukan selepas
sahaja tanaman sehingga memungut hasil. Secara umumnya,
kerja-kerja penjagaan tumbuhan adalah sama untuk semua jenis
tanaman kecuali beberapa tanaman seperti kacang panjang
dan timun.

40


Click to View FlipBook Version