KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN EMPAT Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2016
Diusahakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan Pertama 2016 @Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Muka Surat Pendahuluan v BIDANG 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN 1 Unit 1 Pengenalan Sains Sukan 2 Unit 2 Dasar Sukan Negara 6 Unit 3 Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan 9 BIDANG 2 : FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN 15 Unit 1 Pengenalan Sistem Tubuh Manusia 16 Unit 2 Sokongan dan Pergerakan 22 Unit 3 Kawal Atur Sistem Tubuh Manusia 36 Unit 4 Fungsi Sistem Kardiorespiratori 46 Unit 5 Penghasilan Tenaga 54 Unit 6 Adaptasi Sistem Tubuh Manusia 59 BIDANG 3 : PENGENALAN SAINS PERGERAKAN 63 Unit 1 Satah dan Pergerakan Asas 64 Unit 2 Jenis-jenis Gerakan 69 Unit 3 Asas Kinematik Gerakan 73 Unit 4 Asas Kinetik Gerakan 77
Muka Surat BIDANG 3 : PENGENALAN SAINS PERGERAKAN Unit 5 Hukum Newton 80 Unit 6 Stabiliti 83 Unit 7 Asas Kemahiran Motor Manusia 87 Unit 8 Pembelajaran Kemahiran Motor 93 Bibliografi 97 Penghargaan 98
Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat ini merupakan usaha Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan pelbagai pihak yang telah menyumbang kepakaran bagi menghasilkan buku ini. Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat in membantu guru menterjemah dan memperincikan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Sukan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP). Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat ini mencakup aktiviti PdP bagi Bidang Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, Bidang Fungsi Sistem Tubuh Dalam Pergerakan, dan Bidang Pengenalan Sains Pergerakan. Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan kaedah pembelajaran abad ke-21. Guru merangsang murid dalam proses PdP melalui aplikasi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, menyelesaikan masalah, menganalisis, mengkonsepsi, membuat refleksi, menginovasi, dan mencipta sesuatu yang baharu. Aktiviti PdP juga memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri, dan kerja projek. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Guru juga perlu menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam PdP Buku panduan ini juga memberi idea kepada guru dalam mengendalikan pentaksiran berasaskan sekolah. Aktiviti PdP murid boleh diukur berdasarkan eviden proses dan eviden produk. Guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah pengukuran bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam mempelajari sesuatu modul. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti dalam buku panduan pengajaran ini mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan kebolehan murid. PdP yang terancang dapat membina murid menjadi individu berkemahiran, berpengetahuan, dan mengamalkan nilai murni. Justeru, adalah diharapkan Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat dan objektif KSSM Sains Sukan.
BIDANG 1: PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 1
PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN BIDANG 1 P E N G E N A L A N S A I N S S U K A N HURAIAN UNIT Unit ini memerihalkan tentang perkembangan Sains Sukan dan etika dalam sukan. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Mentakrif Sains Sukan. 1.1.2 Menyenaraikan bidang-bidang utama dalam Sains Sukan. 1.1.3 Menjelaskan kepentingan Sains Sukan dari aspek prestasi sukan, kesihatan, pencegahan kecederaan, ekonomi, industri sukan, dan kerjaya. 1.1.4 Membincangkan isu berkaitan etika kesukanan sebagai atlet, pegawai, dan penonton sukan berdasarkan pertandingan sukan semasa. 1.1.5 Menerangkan perbezaan antara semangat kesukanan dengan semangat mementingkan kemenangan. STANDARD KANDUNGAN 1.1 Pengenalan Sains Sukan, etika, dan semangat kesukanan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 2 1
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 3 1. Definisi Sains Sukan Sains sukan merupakan kajian dan penggunaan prinsip-prinsip saintifik dan teknik dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi sukan. 2. Bidang utama dalam Sains Sukan Merangkumi biomekanik sukan, lakuan motor, anatomi dan fisiologi, fisiologi senam, pemakanan sukan, pengurusan sukan, perubatan sukan, sosiologi sukan, kejuruteraan sukan, dan psikologi sukan. 3. Kepentingan Sains Sukan i. Prestasi Sukan Pengetahuan sains sukan membantu jurulatih dan pegawai sukan melaksanakan program latihan kepada atlit. ii. Kesihatan Membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh. iii. Pencegahan kecederaan Pencegahan dan rawatan kecederaan membantu menangani masalah kecederaan. iv. Ekonomi Penganjuran sukan dapat menjana pendapatan negara dan juga menarik kemasukan pelancong sukan ke dalam negara. v. Industri Sukan Rekaan dan ciptaan hasil dari penyelidikan saintis sukan membantu menghasilkan alatan sukan yang lebih kompetitif dan dihasilkan secara komersil sekaligus menjana pendapatan negara. vi. Kerjaya Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang sains sukan bergantung dengan kemajuan bidang sukan di sesebuah negara. Semakin maju bidang sukan, semakin banyak peluang pekerjaan dalam bidang sukan. SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 4 SKOP PERNYATAAN 4. Etika kesukanan Panduan tingkah laku dan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh atlet, pegawai, dan penonton ketika bersukan. Contoh etika atlet Mempunyai disiplin diri yang tinggi, tahu peranan serta tanggungjawabnya dan mematuhi arahan ketua atau jurulatih. Contoh etika pegawai Mempunyai komitmen dan disiplin diri yang tinggi dan mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatannya dalam sukan. Contoh etika penonton Bijak mengawal emosi, berdisiplin, dan menerima semua keputusan pengadil dengan sikap terbuka. 5. Semangat kesukanan (Sportsmanship) Melibatkan permainan yang bersih, menghormati pemain pasukan lawan, dan menghormati keputusan pertandingan dalam sukan. Semangat mementingkan kemenangan (Gamesmanship) Menggunakan pelbagai cara yang tidak melanggar peraturan untuk mencapai kemenangan dan mengabaikan etika kesukanan. 1. Menggunakan TMK untuk mencari definisi sains sukan. 2. Menyenaraikan bidang-bidang utama dalam sains sukan. 3. Membincangkan dan membentangkan kepentingan sains sukan dalam prestasi sukan, pencegahan kecederaan, ekonomi, industri sukan dan kerjaya setelah memperolehi maklumat dari laman web. 4. Membincangkan tentang etika kesukanan sebagai atlet, pegawai dan penonton sukan dengan memberi nilai-nilai positif sukan. 5. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang semangat kesukanan dan semangat mementingkan kemenangan. KEMAHIRAN DIPERLUKAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 5 1. Mentakrif Sains Sukan. 2. Bidang-bidang utama dalam Sains Sukan. 3. Kepentingan Sains Sukan dari aspek prestasi sukan, kesihatan, pencegahan kecederaan sukan , ekonomi, industri sukan, dan kerjaya. 4. Etika kesukanan. 5. Semangat kesukanan (sportsmanship) dan semangat mementingkan kemenangan (gamesmanship). PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Senarai laman web carian takrif sains sukan, kepentingan sains sukan, semangat kesukanan, dan semangat mementingkan kemenangan. 2. Menjawab soalan dalam lembaran kerja. 3. Senarai semak perbincangan dalam kumpulan. 1. Jawapan dalam lembaran kerja. 2. Bahan pembentangan kepentingan sains sukan dan isu etika dalam sukan. 3. Nota tentang tajuk yang dibincangkan. 1. Ketepatan mentakrif Sains Sukan, menyenarai bidang-bidang utama dalam sains sukan dan menerangkan maksud semangat kesukanan dan mementingkan kemenangan. 2. Kerjasama dalam kumpulan. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Lembaran kerja. 2. Borang rubrik pembentangan. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN BIDANG 1 DA S A R S U K A N N E G A R A HURAIAN UNIT Unit ini memerihalkan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.1 Menerangkan perbezaan antara Sukan untuk Semua dengan Sukan Prestasi Tinggi dalam Dasar Sukan Negara. 1.2.2 Membincangkan kesan pelaksanaan Dasar Sukan Negara. STANDARD KANDUNGAN 1.2 Pengenalan Dasar Sukan Negara. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 6 1. Dasar Sukan Negara digubal pada 20 Januari 1988 mengandungi; Sukan Untuk Semua Semua kegiatan fizikal yang merangkumi segala aktiviti sukan, permainan tradisional, rekreasi dan kecergasan yang berlaku secara spontan atau terurus dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam kalangan masyarakat umum. Sukan Prestasi Tinggi Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Majlis Paralimpik Antarabangsa, dan Persekutuan Sukan Kebangsaan. SKOP PERNYATAAN 2
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 7 2. Rasional Dasar Sukan Negara di peringkat individu, masyarakat, dan antarabangsa. 2.1 Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada: a. Pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing. b. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. c. Penggunaan masa senggang secara berfaedah. d. Pengukuhan interaksi sosial. e. Penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 2.2 Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada: a. Peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum. b. Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. c. Peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. 2.3 Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada: a. Pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa. b. Peningkatan ketahanan dan daya saing. c. Peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 3. Objektif Dasar Sukan Negara. a. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan Masyarakat. b. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat. c. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu. d. Menyediakan peluang, insentif, dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu melalui sukan. e. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat. f. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang professional. g. Membangunkan sukan sebagai satu industry. h. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen. Rujukan: Dasar Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan (Semakan 2009). SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 8 1. Menerangkan Dasar Sukan Negara. 2. Membezakan Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. 3. Memberikan contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Dasar Sukan Negara. 2. Contoh-contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Berkomunikasi secara lisan. 2. Senarai contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. 3. Catatan perbezaan antara Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. 1. Lembaran Kerja atau nota atau penulisan tentang Dasar Sukan Negara. 1. Berkebolehan menyatakan perbezaan antara Sukan Untuk Semua dengan Sukan Prestasi Tinggi. 1. Menyenaraikan contoh aktiviti sukan. 2. Kerjasama dalam kumpulan. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Senarai semak komunikasi lisan. 2. Lembaran kerja. HASIL PRODUK MURID PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN BIDANG 1 P E N G U RU S A N DA N P E N G E L O L A A N P E R TA N D I N G A N S U K A N HURAIAN UNIT Unit ini merangkumi pengetahuan pengurusan sukan daripada aspek perancangan sebelum, semasa, selepas pertandingan, jawatankuasa dan peranannya, sistem pertandingan serta pengelolaan pertandingan sukan. Unit ini dilaksanakan secara teori dan praktikal. STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.1 Mentakrifkan pengurusan dalam sukan. 1.3.2 Menerangkan jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan. 1.3.3 Menghuraikan ciri-ciri, variasi, kelebihan, dan kelemahan sistem kalah mati. 1.3.4 Merancang jadual pertandingan sistem kalah mati. 1.3.5 Menghuraikan ciri-ciri, variasi, kelebihan, dan kelemahan sistem liga. 1.3.6 Merancang jadual pertandingan sistem liga. 1.3.7 Menerangkan perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan. 1.3.8 Menerangkan peranan jawatankuasa pengelola pertandingan sukan. 1.3.9 Mengelolakan pertandingan sukan dengan menggunakan satu sistem pertandingan. STANDARD KANDUNGAN 1.3 Pengurusan pertandingan, sistem pertandingan dan pegelolaan pertandingan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 9 3
1. Pengurusan sukan Merupakan satu proses mengurus sumber manusia dan peralatan dalam aktiviti sukan. Fungsi pengurusan sukan melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, dan penilaian 2. Jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan:- sistem kalah mati. sistem liga. sistem cabar mencabar. 3. Sistem Kalah Mati 3.1 Ciri-ciri Sistem Kalah Mati:- i. penyertaan yang banyak. ii. tempoh pertandingan singkat. iii. terdapat pemain atau pasukan pilihan (seeded). iv. sistem yang mudah dan ringkas. 3.2 Variasi Sistem Kalah Mati:- i. kalah mati sekali. ii. kalah mati dua kali. 3.3 Kelebihan Sistem Kalah Mati:- i. boleh menampung jumlah penyertaan yang banyak. ii. tempoh masa pertandingan singkat. 3.4 Kelemahan Sistem kalah Mati:- i. dapat bermain cuma sekali sahaja pada pasukan yang kalah pada perlawanan pertama. ii. pasukan atau pemain yang menjadi juara tidak semestinya adalah yang terbaik dalam kejohanan. 3.5 Contoh jadual 1: Pertandingan sistem kalah mati untuk 7 pasukan: SKOP PERNYATAAN RUMUS PENGIRAAN CONTOH N - 1 = Jumlah Perlawanan 7 - 1 = 6 Perlawanan Gandaan 2 - bilangan pasukan = bye 8 - 7 = 1 bye PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 10
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 11 4. Sistem Liga 4.1 Ciri- ciri Sistem Liga:- i. setiap pasukan akan bertanding sesama sendiri dalam liga atau kumpulan. ii. kedudukan dalam liga berdasarkan pungutan mata. iii. perlawanan dengan pasukan-pasukan lain telah diketahui lebih awal. iv. bilangan perlawanan adalah berdasarkan jumlah penyertaan di dalam liga atau kumpulan. 4.2 Variasi Sistem Liga:- i. liga satu pusingan. ii. liga dua pusingan. iii. separa liga-liga dua atau lebih kumpulan. 4.3 Kelebihan Umum Sistem Liga:- i. tiada penyingkiran sehingga pusingan liga berakhir. ii. pasukan boleh merancang strategi untuk perlawanan seterusnya. iii. pasukan lawan telah ditentukan. iv. pemenang mutlak dapat ditentukan. 4.4 Kelemahan Umum Sistem Liga:- i. bilangan perlawanan yang banyak. ii. memerlukan masa yang panjang. SKOP PERNYATAAN 4.5 Jadual Pertandingan Contoh jadual 2: Pertandingan sistem liga 1 pusingan: PASUKAN P M S K J B MT MAWAR 3 3 - - 7 2 9 KEKWA 3 2 - 1 5 5 6 ANGGERIK 3 1 1 1 3 5 4 MELUR 3 - 1 2 4 7 1 P Perlawanan M Menang S Seri K Kalah J Jaringan B Bolos MT Mata
SEBELUM SEMASA SELEPAS Menyiapkan kertas kerja Taklimat Mesyuarat post mortem Menubuhkan jawatankuasa induk bagi menentukan tarikh dan tempat pertandingan Memantau perjalanan kejohanan Membuat laporan penuh Mesyuarat jawatankuasa induk Penyelarasan tugas Surat-surat penghargaan kepada yang berkenaan Menubuhkan jawatankuasa kecil Pelaporan Surat-surat kepujian dan imbuhan Mesyuarat jawatankuasa kecil bagi menentukan bidang tugas Mencatat keputusan 5. Perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 12 1. Perbincangan dalam kumpulan. 2. Membuat perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan. 3. Menyediakan senarai semak perancangan pengelolaan pertandingan. 4. Berkomunikasi secara profesional dan berkeyakinan. 5. Membuat keputusan. 6. Menerangkan jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan. 7. Perbincangan berkumpulan dengan memilih salah satu sistem pertandingan. 8. Menyenaraikan jawatankuasa pengelola pertandingan dan peranannya. 9. Menyenaraikan bidang tugas setiap jawatankuasa. 10. Merancang jadual pertandingan sistem liga dan sistem kalah mati dalam kumpulan. 11. Mengadakan mesyuarat. 12. Mengelolakan pertandingan sukan. KEMAHIRAN DIPERLUKAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 13 1. Mentakrifkan pengurusan sukan. 2. Merancang pertandingan sukan. 3. Menyenaraikan jawatankuasa pengelola pertandingan dan peranannya. 4. Jenis sistem pertandingan. 5. Ciri-ciri, variasi, kelebihan dan kelemahan sistem liga dan kalah mati. 6. Perancangan jadual pertandingan. 7. Perancangan pengelolaan pertandingan sukan. 8. Pengelolaan pertandingan sukan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Senarai semak pengelolaan kejohanan. 2. Catatan rangka kerja. 3. Menyenaraikan jawatankuasa dan bidang tugas. 4. Simulasi mesyuarat Jawatankuasa Induk. 5. Senarai jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan. 6. Soalan secara bertulis dalam lembaran kerja tentang ciri-ciri liga kalah mati dan sistem liga. 7. Jadual pertandingan bagi sistem kalah mati dan liga. 8. Senarai jawatankuasa pengelolaan pertandingan. 9. Senarai semak pengendalian mesyuarat jawatankuasa pertandingan. 10. Pelan tindakan perjalanan pengurusan. 11. Senarai semak anggaran perbelanjaan. 12. Senarai semak pengelolaan pertandingan. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 14 1. Penghasilan kertas kerja. 2. Pembentangan Folio. i. Berkebolehan menyenaraikan senarai jawatankuasa pengelola. ii. Berkebolehan menyediakan perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Rubrik kertas kerja. 2. Rubrik pemarkahan pembentangan folio. 1. Kertas Kerja penganjuran pertandingan. 2. Folio yang mengandungi; a. Senarai jawatankuasa dan bidang tugas. b. Jadual pertandingan. c. Borang-borang pertandingan. d. Lampiran. HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
BIDANG 2: FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 15
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 P E N G E N A L A N S I S T E M T U B U H M A N U S I A HURAIAN UNIT Unit ini memerihalkan sistem tubuh manusia dan perkaitannya dalam menghasilkan pergerakan manusia. STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mengenal pasti lokasi organ dalam sistem tubuh manusia. 2.1.2 Menyenaraikan fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan aktiviti fizikal. 2.1.3 Membuat perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia dalam pergerakan. STANDARD KANDUNGAN 2.1 Pengenalan sistem tubuh manusia yang membantu pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 16 SKOP PERNYATAAN 1. Organ dalam sistem tubuh manusia: i. Sistem Rangka - tulang, rawan, ligamen, dan sendi. ii. Sistem Otot - tendon dan otot. iii. Sistem Saraf - otak, saraf tunjang dan saraf periferi. iv. Sistem Endokrina - kelenjar. v. Sistem Kardiovaskular - jantung, darah, dan salur darah. vi. Sistem Respiratori - salur pernafasan dan paru-paru. (Seely. R.R, Stephens T.D & Tate P. (2007). Essentials of Anatomy and Physiology, MacGraw Hill. 1
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 17 2. Lokasi organ pada model torso anatomi manusia. Amali memasang organ-organ pada model torso anatomi manusia mengikut lokasi yang betul. Rajah 1: Model Torso Anatomi Manusia SKOP PERNYATAAN
3. Fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan aktiviti fizikal. Jadual 3: Fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11th Ed. UK: Pearson Martini.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy & Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 18 BIL SISTEM FUNGSI 1 Sistem Rangka Pembentukan sel darah. Menyokong berat badan. Melindungi organ dalaman. Penyimpanan mineral. Tuas pergerakan. Pelekatan otot. 2 Sistem Otot Membantu dalam pergerakan. Menghasilkan haba. Mengekalkan postur. Menstabilkan sendi. 3 Sistem Saraf Menerima dan menterjemah rangsangan persekitaran. Mengintegrasi rangsangan yang diterima. Mengkoordinasi pergerakan motor. Menyimpan maklumat. Menjana pemikiran dan idea. 4 Sistem Endokrina Merembes hormon untuk mengawal pertumbuhan dan metabolisme sel tubuh terhadap pergerakan. 5 Sistem Kardiovaskular Mengepam darah. Mengangkut darah. Agen pengangkut gas respiratori, nutrien, dan bahan kumuh. 6 Sistem respiratori Pertukaran gas respiratori. Melembap dan menapis udara yang disedut. SKOP PERNYATAAN
4. Rajah 2: Perkaitan antara sistem tubuh manusia dalam menghasilkan pergerakan. Rujukan: Frederic H. Martin,(2006) . Fundamental of Anatomy & Physiology, 7th ed. Pearson Benjamin Cummings). 5. Contoh perkaitan antara sistem tubuh dalam pergerakan. i. Semua sistem tubuh bekerjasama untuk membolehkan manusia bergerak. ii. Pergerakan bermula apabila sistem saraf menghantar arahan kepada sistem otot rangka untuk melakukan pergerakan. iii. Sistem kardiovaskular dan sistem respiratori menyokong pergerakan dengan membekalkan oksigen yang diperlukan bagi menghasilkan tenaga untuk pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 19 SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 20 1. Bekerjasama untuk mengenal pasti organ dan lokasinya pada model torso anatomi manusia. 2. Mencari maklumat dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan sumber lain mengenal fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori berkaitan dengan aktiviti fizikal. 3. Membentangkan fungsi sistem tubuh dan perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia dengan menggunakan multimedia. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Organ dalam sistem tubuh manusia. 2. Nama dan lokasi organ pada tubuh manusia. 3. Fungsi dan kaitan sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori bagi menghasilkan pergerakan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Catatan berkaitan sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan pergerakan. 2. Senarai laman web atau sumber rujukan lain. 3. Draf awal untuk pembentangan fungsi sistem tubuh badan dan perkaitan antara sistem-sistem tubuh badan bagi menghasilkan pergerakan. 4. Senarai semak aktiviti amali. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 21 1. Cetakan hasil pembentangan seperti nota slaid atau handout tentang fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan pergerakan. 2. Nota dan peta minda perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia dalam pergerakan. 1. Berkeupayaan menyenaraikan fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori berkaitan dengan aktiviti pergerakan dengan tepat. 2. Berkeupayaan mengenal pasti lokasi yang betul bagi organ pada model torso anatomi manusia. 3. Berkeupayaan menjelaskan perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia bagi menghasilkan pergerakan dalam bentuk grafik. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Kompilasi nota atau handout. 2. Borang skor lokasi organ. 3. Rubrik penilaian pembentangan. 4. Rubrik penilaian peta minda. HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 S O KO N G A N DA N P E R G E R A K A N HURAIAN UNIT Unit ini memerihalkan penglibatan sistem rangka dan sistem otot dalam sokongan dan pergerakan semasa melakukan aktiviti fizikal. STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Menyatakan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka. 2.2.2 Menyatakan perbezaan antara ciri-ciri otot rangka, otot kardium, dan otot licin. 2.2.3 Menamakan tulang, mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk dan menerangkan peranan tulang mengikut bentuk dalam sokongan untuk pergerakan. 2.2.4 Mengenal pasti jenis sendi sinovial dan lokasinya. 2.2.5 Menyatakan nama otot-otot rangka utama dalam pergerakan dan kedudukannya. 2.2.6 Memerihal penguncupan isometrik, penguncupan konsentrik, dan penguncupan esentrik. 2.2.7 Mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan. 2.2.8 Memerihal aktiviti fizikal yang menggunakan fiber otot sentak cepat dan fiber otot sentak lambat. STANDARD KANDUNGAN 2.2 Sistem-sistem dalam tubuh manusia yang terlibat dalam sokongan dan pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 22 2
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 23 1. Fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka dalam sokongan dan pergerakan. Jadual 4: Fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka dalam sokongan dan pergerakan. Rujukan: Martini.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy & Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings. SKOP PERNYATAAN Jenis Fungsi Tulang Pembentukan sel darah. Menyokong berat badan. Melindungi organ dalaman. Penyimpanan mineral. Pelekatan otot. Ligamen Menghubungkan tulang dengan tulang. Menentukan julat pergerakan. Menstabilkan sendi. Tendon Menghubungkan otot-otot besar ke tulang. Rawan Melindungi hujung tulang. Menyerap hentakan. Sendi Sebagai fulkrum dalam tuas pergerakan. Otot rangka Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot. Mengekalkan postur tubuh. Menghasilkan pergerakan.
2. Perbezaan antara otot rangka, otot kardium, dan otot licin. Jadual 5: Perbezaan antara otot rangka, otot kardium, dan otot licin Rujukan: Marieb, E. N. & Hoehn, K.N. (2015). Human Anatomy and Physiology, 10th Ed. UK: Pearson PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 24 SKOP PERNYATAAN Jenis Otot rangka Otot kardium Otot licin Lokasi Lekat pada tulang. Dinding jantung. Dinding organ visera seperti dinding perut. Struktur Berbentuk silinder yang panjang, setiap sel mempunyai banyak nukleus dan berjalur. Sel-sel yang bercabang, unisel, dan berjalur. Unisel, fusiform dan tidak berjalur. Kawalan Voluntari Involuntari Involuntari
3. Nama saintifik tulang manusia. Falank Rajah 3: Sistem Rangka Manusia PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 25
4. Peranan dalam sokongan dan pergerakan berdasarkan bentuk tulang. Jadual 6: Bentuk dan peranan tulang. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 26 SKOP PERNYATAAN Bentuk tulang Peranan Tulang panjang Bertindak sebagai tuas pergerakan. Tulang pendek Membantu dalam pemindahan daya. Tulang pipih Melindungi otak. Tempat pelekatan otot. Melindungi jantung dan paru-paru. Tulang tak sama bentuk Melindungi saraf tunjang. Tempat pelekatan otot.
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 27 5. Sendi sinovial a. Sendi sinovial adalah sendi di mana ruang sendi dipenuhi oleh cecair yang memisahkan tulang artikulasi. b. Gambarajah di bawah menunjukkan struktur asas sendi sinovial. 6. Jenis sendi sinovial (dengan contoh) dan paksi pergerakannya. a. Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi pelana, sendi kondil, sendi pivot, sendi lesung, sendi engsel dan sendi gelungsur. b. Jadual berikut menunjukkan contoh sendi sinovial yang terdapat dalam tubuh badan serta paksi pergerakannya. SKOP PERNYATAAN Sendi Gelungsur Rajah 5: Sendi Gelungsur Rajah 4: Sendi sinovial
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 28 SKOP PERNYATAAN Sendi Engsel Sendi Pivot Sendi Kondil Rajah 6: Sendi Engsel Rajah 7: Sendi Pivot Rajah 8: Sendi Kondil
Sendi Lesung Sendi Pelana SKOP PERNYATAAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 29 Rajah 9: Sendi Lesung Rajah 10: Sendi Pelana
7. Nama otot-otot rangka utama. Rajah 11: Sistem otot rangka manusia. 8. Mengenal pasti dan menamakan otot yang terlibat dalam aksi atau pergerakan sukan. Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11th Ed. UK: Pearson PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 30 SKOP PERNYATAAN
9. Jenis penguncupan otot Penguncupan isometrik – menjana daya tanpa pemanjangan atau pemendekan fiber otot. Penguncupan konsentrik – menjana daya menerusi pemendekan fiber otot. Penguncupan esentrik – menjana daya menerusi pemanjangan fiber otot. Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11th Ed. UK: Pearson Martini.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy & Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings. 10. Contoh aktiviti bagi setiap penguncupan otot: Jenis Penguncupan Aktiviti Penguncupan isometrik Menolak dinding Plank Bridge Side plank Calf raise bertahan beberapa lama Penguncupan konsentrik dan esentrik Biceps curl Leg curl Tekan tubi Bangkit tubi Calf raise Jadual 7: Jenis Penguncupan dan Contoh Aktiviti PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 31
11. Otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan. a. Otot agonis Otot utama yang menghasilkan pergerakan (prime movers). b. Otot antagonis Otot utama yang bertindak berlawanan dengan otot agonis dan menghadkan pergerakan. c. Otot sinergis Kumpulan otot yang membantu otot-otot penggerak utama dan menstabilkan sendi dalam pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 32 SKOP PERNYATAAN Fleksi Ekstensi Antagonis Agonis Rajah 12: Kontraksi otot semasa fleksi dan ekstensi
12. Perkaitan otot sentak cepat dan sentak lambat dalam memberi kelebihan prestasi bagi acara sukan tertentu. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 33 SKOP PERNYATAAN Jenis Fiber Deskripsi Acara sukan Sentak cepat Keupayaan anaerobik yang tinggi. Digunakan dalam acara pecutan atau ekplosif. Lari pecut 100m Lontar peluru Lompat jauh Smesy dalam tenis Melombol dalam gimnastik Sentak lambat Keupayaan aerobik yang tinggi. Digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan. Larian 10km Renang 1500m Maraton Berbasikal lebuhraya 1. Menyatakan secara lisan fungsi tulang, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka. 2. Menyenaraikan secara bertulis perbezaan ciri-ciri otot rangka, otot kardium, dan otot licin. 3. Menyelesaikan masalah secara amali dengan menamakan tulang, mengklasifikasi kan tulang mengikut bentuk dan menerangkan peranan tulang dalam sokongan untuk pergerakan. 4. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis sendi sinovial, julat pergerakan dan lokasinya serta perbincangan dalam kumpulan. 5. Melayari laman web secara berkumpulan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis penguncupan otot. [Guna kata kunci type of muscle contraction pada enjin carian] 6. Berbincang dan melakukan amali secara berkumpulan untuk mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan. 7. Bekerjasama menggunakan TMK untuk mendapatkan maklumat tentang perkaitan otot sentak cepat dan sentak lambat dalam memberi kelebihan prestasi bagi acara sukan tertentu. [Guna kata kunci type of muscle fibre pada enjin carian] KEMAHIRAN DIPERLUKAN Jadual 8: Jenis Fiber, Deskripsi dan Acara Sukan
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 34 1. Catatan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka. 2. Prosedur amali menamakan tulang, mengklasifikasi tulang mengikut bentuk dan menerangkan peranan tulang mengikut bentuk dalam sokongan untuk pergerakan. 3. Prosedur amali untuk mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan. 4. Senarai laman web yang digunakan untuk mendapatkan maklumat jenis penguncupan otot dan saling tindakan otot. [Guna kata kunci type of muscle contraction dan saling tindak balas otot pada enjin carian] 4. Senarai laman web yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang fiber otot sentak cepat dan otot sentak lambat.[Guna kata kunci type of muscle fibre pada enjin carian] PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID 1. Buku log yang mengandungi: a. Nota tentang fungsi ligamen, rawan, tendon, sendi, dan otot rangka. b. Gambarajah anatomi tulang dan otot. c. Gambarajah lokasi bagi setiap sendi sinovial. d. Gambarajah fleksi dan ekstensi anggota tubuh. e. Jadual ciri-ciri fiber otot sentak cepat dan fiber otot sentak lambat. 2. Laporan amali. HASIL PRODUK MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 35 1. Berkeupayaan menyenaraikan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka. 2. Berkeupayaan menamakan lokasi tulang dan bentuk dengan tepat. 3. Berkeupayaan mengenal pasti jenis sendi sinovial dan lokasinya. 4. Berkeupayaan mengenal pasti jenis penguncupan otot. 5. Berkeupayaan mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan. 6. Berkeupayaan mengenal pasti perkaitan otot sentak cepat dan sentak lambat dalam memberi kelebihan prestasi bagi acara sukan tertentu. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Rubrik penilaian buku log. 2. Rubrik laporan amali. 3. Soalan bertulis. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 K AWA L AT U R T U B U H M A N U S I A HURAIAN UNIT Unit ini merangkumi pengetahuan tentang sistem-sistem yang terlibat dalam kawal atur tubuh manusia. STANDARD PEMBELAJARAN 2.3.1 Menyatakan pembahagian sistem saraf berdasarkan fungsi. 2.3.2 Menerangkan fungsi struktur neuron. 2.3.3 Menyatakan peranan neuron sensori (aferen) dan neuron motor (eferen). 2.3.4 Menerangkan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan. 2.3.5 Menyatakan nama dan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar pankreas, dan kelenjar tiroid dalam pergerakan. STANDARD KANDUNGAN 2.3 Sistem saraf dan sistem endokrina dalam kawal atur sistem tubuh manusia. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 36 3
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 37 1. Pembahagian sistem saraf dan fungsi setiap bahagian. SKOP PERNYATAAN Sistem Saraf Pusat (CNS) Otak dan saraf tunjang Pusat penyepaduan maklumat sensori dan kawalan Sistem Saraf Periferi Saraf kranial dan saraf spina (spinal nerve) Laluan komunikasi antara sistem saraf tunjang dengan seluruh tubuh badan Saraf Sensori (aferen) Fiber saraf sensori somatik dan visera Mengalirkan impuls daripada reseptor saraf sensori kepada CNS Saraf Motor (eferen) Fiber saraf motor Mengalirkan impuls daripada CNS ke organ efektor (otot dan kelenjar) Somatik Motor somatik (tindakan terkawal) Mengalirkan impuls daripada CNS ke otot rangka Autonomik Motor visera (tindakan luar kawalan) Mengalirkan impuls daripada CNS ke otot kardium, otot licin, dan kelenjar Simpatetik Kawalan persiapan sistem tubuh badan semasa aktiviti Parasimpatetik Menyimpan tenaga Menyokong fungsi pemuliharaan semasa rehat Rajah 13: Carta alir pembahagian sistem saraf dan fungsi
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 38 SKOP PERNYATAAN 2. Struktur Neuron: Rajah 14: Struktur neuron
Struktur Fungsi Badan sel Pusat metabolik sel Nukleus Pusat kawalan metabolisme sel Akson Menyalurkan impuls yang diterima oleh dendrit ke hujung akson Hujung akson Bahagian di mana impuls dihantar ke bahagian dendrit sel saraf bersebelahan atau ke sel efektor Dendrit Menerima impuls dari persekitaran atau neuron lain dan menghantar impuls ke badan sel Selaput mielin Sebagai penebat mengelakkan kebocoran impuls Mempercepatkan penghantaran impuls melalui nodus Ranvier Jadual 9: Fungsi Struktur Neuron 4. Peranan neuron Neuron sensori (aferen) Membawa impuls sensori dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke bahagian otak sistem saraf pusat. Neuron motor (eferen) Membawa impuls motor dari bahagian otak ke saraf tunjang bagi membolehkan tindak balas di otot untuk menghasilkan pergerakan. 3. Fungsi Struktur Neuron Utama Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11th Ed. UK: Pearson PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 39
5. Mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan. a. Tindak balas refleks PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 40 SKOP PERNYATAAN Rajah 15: Tindak balas refleks
Rajah 16: Turutan proses sistem saraf daripada peringkat menerima rangsangan sehingga menghasilkan pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 41 b. Tindakan Terancang Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah. (2011). Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah. (2011). Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rajah 17: Turutan proses sistem saraf daripada peringkat menerima rangsangan sehingga menghasilkan pergerakan dalam situasi permainan bola keranjang. Nama kelenjar Hormon Fungsi hormon Kelenjar pituitari Hormon Tumbesaran (Growth Hormone) Hormon Antiduretik (Antidiuretic Hormone) Hormon Tumbesaran Mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh. Merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensistesiskan protein. Merangsang penguraian lemak untuk tenaga bagi memelihara homeostasis gula dalam darah. Hormon Antiduretik Merangsang buah pinggang untuk menyerap semula air. 6. Kelenjar dan fungsi hormon yang dirembeskan: Jadual 10: Kelenjar dan fungsi hormon yang dirembeskan PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 42