Rujukan: Kenneth S. Saladin (2007). Anatomy & Physiology. Mc Graw Hill) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 43 SKOP PERNYATAAN Nama kelenjar Hormon Fungsi hormon Kelenjar tiroid Tiroksin Triiodotaironin (Triiodothyronine) Tiroksin dan Triodotaironin Hormon utama bagi metabolisme Mengawal kadar pengoksidaan glukosa semua sel, tumbesaran dan perkembangan, sistem pembiakan, dan sistem saraf Kelenjar adrenal Glukokortikoid Epinefrin / Adrenalin Norepinefrin / Noradrenalin Glukokortikoid Menurunkan imuniti tubuh badan Epinefrin/ Adrenalin dan Norepinefrin / Noradrenalin Juga dikenali sebagai hormon stress Meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkat aktiviti metabolik Mengawal vasokonstriksi saluran darah dan tekanan darah Kelenjar pankreas Insulin Glukagon Insulin Bertindak ke atas semua sel tubuh dengan meningkatkan keupayaan sel untuk menerima glukosa Glukagon Merangsang penguraian glikogen kepada glukosa Membebaskan glukosa ke dalam darah
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 44 1. Menerangkan secara lisan dan bertulis sistem saraf secara keseluruhan. 2. Menerangkan fungsi struktur neuron. 3. Mencari maklumat dari laman web fungsi struktur neuron, peranan neuron aferen dan neuron eferen serta mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan. 4. Berbincang dalam kumpulan peranan neuron aferen dan neuron eferen. 5. Berbincang dalam kumpulan berkaitan fungsi hormon. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Sistem saraf. 2. Struktur neuron. 3. Peranan neuron aferen dan neuron eferen. 4. Mekanisme kawalan motor. 5. Nama kelenjar, hormon, dan fungsi hormon yang dirembeskan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Lakaran pembahagian sistem saraf dan fungsi setiap bahagian. 2. Senarai laman web maklumat struktur neuron dan fungsi struktur neuron. 3. Senarai laman web maklumat fungsi neuron aferen dan neuron eferen. 4. Catatan perbincangan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan. 5. Catatan nama kelenjar dan fungsi hormon yang dirembeskan. 1. Peta minda berkaitan dengan pembahagian sistem saraf. 2. Bahan pembentangan menggunakan multimedia tentang struktur neuron dan fungsinya, peranan neuron aferen dan neuron eferen, mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan dan nama kelenjar serta hormon yang dirembeskan. HASIL PRODUK MURID PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 45 1. Berkeupayaan menyatakan bahagian sistem saraf, fungsi struktur neuron, peranan neuron aferen dan neuron eferen , nama kelenjar, dan hormon yang dirembeskan. 2. Berkebolehan menerangkan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan dengan tepat dengan bantuan gambarajah. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Soalan lisan. 2. Rubrik peta minda. 3. Rubrik bahan pembentangan. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 F U N G S I S I S T E M K A R D I O R E S P I R AT O R I HURAIAN UNIT Unit ini merangkumi peranan sistem kardiovaskular dan sistem respiratori dalam peredaran darah dan gas respiratori. STANDARD PEMBELAJARAN 2.4.1 Mengenal pasti struktur jantung. 2.4.2 Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung dan menghitung keluaran jantung menggunakan rumus. (L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ] 2.4.3 Menerangkan perbezaan antara kitaran sistemik dengan kitaran pulmonari. 2.4.4 Menjelaskan mekanisme kekembalian darah ke jantung. 2.4.5 Mengukur tekanan darah dalam pelbagai posisi menggunakan sfigmomanometer. 2.4.6 Menerangkan kaedah pengangkutan gas respiratori oleh darah. 2.4.7 Menerangkan proses pertukaran gas respiratori di paru-paru (respirasi luaran) dan di tisu (respirasi dalaman). STANDARD KANDUNGAN 2.4 Sistem kardiovaskular dan sistem respiratori dalam peredaran darah. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 46 4
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 47 1. Peranan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, dan paru-paru dalam peredaran darah dan gas respiratori. Rujukan: Martin (2006) dan Marieb (2011) Rajah 18: Anatomi jantung SKOP PERNYATAAN Komponen Peranan Jantung Mengepam darah ke paru-paru dan seluruh tubuh Salur darah Membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali ke jantung Darah Sebagai agen pengangkut dalam sistem tubuh manusia dengan membawa gas respiratori, nutrien, dan bahan kumuh Salur pernafasan Membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh Paru-paru Membolehkan pertukaran gas respiratori antara tisu badan dengan persekitaran Jadual 11: Komponen sistem kardiorespiratori dan peranan setiap
2. Keluaran jantung Isipadu strok – isipadu darah yang dipam keluar daripada jantung oleh ventrikel kiri. Kadar denyutan jantung – bilangan denyutan jantung seminit. Keluaran jantung – jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri seminit. Pengiraan keluaran jantung menggunakan rumus: (L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ] Faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung. a. Kadar denyutan jantung – semakin tinggi kadar denyutan jantung, semakin tinggi keluaran jantung sekiranya keadaan isipadu strok tidak berubah. b. Isipadu strok – semakin tinggi isipadu strok, semakin tinggi keluaran jantung sekiranya keadaan kadar denyutan jantung tdak berubah. 3. Perbezaan antara kitaran sistemik dan kitaran pulmonari. Jadual 12: Perbezaan antara kitaran sistemik dan kitaran pulmonari. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 48 SKOP PERNYATAAN Aspek Kitaran sistemik Kitaran pulmonari Aliran darah dan kandungan oksigen. Darah yang kaya dengan oksigen dari jantung dipam ke seluruh badan dan darah yang kurang oksigen dikembalikan ke jantung. Darah yang kurang oksigen dari jantung dipam ke paruparu dan darah yang kaya dengan oksigen dikembalikan ke jantung. Pertukaran gas. Berlaku di tisu badan. Berlaku di paru-paru.
4. Mekanisme kekembalian darah ke jantung. a. Sistem kardiorespiratori manusia memerlukan bantuan mekanikal untuk mengatasi daya graviti dan mengembalikan darah dalam vena ke jantung. b. Terdapat tiga mekanisme yang membantu proses ini, iaitu injap dalam vena pam otot (muscle pump) pam respiratori (respiratory pump) c. Vena mempunyai injap yang menghalang darah mengalir balik (backflow) dan hanya membenarkan darah mengalir satu arah sahaja iaitu ke arah jantung. d. Apabila manusia melakukan aktiviti fizikal, penguncupan dan pengenduran otot bertindak sebagai pam untuk menolak darah dalam vena ke arah jantung. e. Perubahan tekanan dalam kaviti abdominal dan toraks semasa pernafasan akan menghasilkan perbezaan tekanan antara vena dan kaviti toraks. Perbezaan tekanan ini membantu pergerakan darah dalam vena ke arah jantung. 5. Sebelum melakukan amali mengukur tekanan darah, konsep yang perlu dijelaskan adalah fasa satu kitaran kardium (cardiac cycle). a. Fasa sistolik – fasa di mana otot jantung menguncup dan menolak darah keluar dari jantung. b. Fasa diastolik – fasa di mana otot jantung mengendur dan darah masuk ke ruang jantung. Fasa ini lebih panjang berbanding fasa sistolik. 6. Amali pengukuran tekanan darah dalam posisi duduk, baring, dan berdiri m e n g - gunakan sfigmomanometer. Rajah 19: Alatan untuk mengukur tekanan darah PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 49 SKOP PERNYATAAN a. stetoskop b. sfigmomanometer
Prosedur Amali 1. Balut lengan atas dengan menggunakan kuf tekanan darah. 2. Balut kuf pada arteri brakial. 3. Letakkan stetoskop di bawah kuf pada bahagian atas arteri brakial. 4. Pam udara ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam arteri (lebih kurang 180mmHg). Tekanan ini menyebabkan pengaliran darah terhenti dan denyutan nadi tidak dapat dikesan. 5. Buka injap pada pam udara perlahan-lahan. Tekanan di dalam kuf akan menurun secara progresif. 6. Dengar denyutan melalui stetoskop. Lihat dan catat bacaan paras merkuri pada sfigmomanometer apabila bunyi ‘dub’ yang pertama dikesan. Bacaan ini adalah tekanan darah sistolik (contoh: 120mmHg). 7. Tekanan kuf diturunkan sehingga bunyi ‘dub’ tidak kedengaran. Lihat dan catat bacaan paras merkuri pada sfigmomanometer. Bacaan ini adalah tekanan darah diastolik (contoh: 80mmHg). Dengan itu, bacaan tekanan darah ialah 120/80 mmHg. Jadual 13: Borang keputusan bacaan tekanan darah NAMA: ____________________ TARIKH: ________________ UMUR: _________ 7.Komposisi darah. Darah terdiri daripada empat komponen: a. Sel darah merah – 45% b. Plasma – 55% c. Sel darah putih – 0.1% d. Platlet – 0.17% Rajah 20: Kompesisi darah Tortora (2012) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 50 SKOP PERNYATAAN DUDUK BARING BERDIRI Sistolik Diastolik Sistolik Diastolik Sistolik Diastolik
8. Kaedah pengangkutan gas respiratori oleh darah: a. Pengangkutan oksigen Oksigen diangkut melalui dua mekanisme: i. Oksigen larut dalam plasma. ii. Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin. b. Pengangkutan karbon dioksida Karbon dioksida diangkut melalui tiga mekanisme: i. Karbon dioksida larut dalam plasma ii. Karbon dioksida bergabung dengan oksigen untuk diangkut dalam bentuk bikarbonat iii. Karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk karbaminohemoglobin. 9. Proses pertukaran gas respiratori: a. Respirasi luaran – melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara paru-paru dengan darah. b. Respirasi dalaman – melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dengan sel tisu. Marieb (2011) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 51 SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 52 1. Kedudukan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, dan paru-paru dan peranannya dalam peredaran darah dan pengangkutan gas respiratori. 2. Menggunakan rumus untuk mengira keluaran jantung. 3. Kitaran sistemik dan kitaran pulmonari. 4. Mekanisme kekembalian darah ke jantung. 5. Prosedur mengukur tekanan darah menggunakan sfigmomanometer. 6. Mekanisme pengangkutan gas respiratori oleh darah. 7. Proses pertukaran gas respiratori di paru-paru dan di tisu. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Menyatakan secara lisan dan bertulis peranan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, serta paru-paru dalam peredaran darah dan gas respiratori. 2. Mengenal pasti struktur jantung pada model jantung. 3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung. 4. Berkerjasama dalam kumpulan untuk menghitung keluaran jantung dengan menggunakan rumus . (L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ] 5. Mencari maklumat di laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung, mekanisme kekembalian darah ke jantung, kaedah pengangkutan dan pertukaran gas respiratori. 6. Berbincang secara berkumpulan perbezaan kitaran sistemik dengan kitaran pulmonari. 7. Merancang dan mengukur tekanan darah mengikut prosedur. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Catatan peranan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, dan paru-paru dalam peredaran darah dan pengangkutan gas respiratori. 2. Lakaran struktur jantung yang berlabel. 3. Catatan pengiraan keluaran jantung di dalam lembaran kerja menggunakan rumus 4. Senarai laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung, komposisi darah dan mekanisme kekembalian darah ke jantung serta pengangkutan gas respiratori oleh darah dan proses pertukaran gas respiratori di paru-paru dan di tisu. 5. Nota perbincangan perbezaan antara kitaran sistemik dan kitaran pulmonari. 6. Prosedur amali mengukur tekanan darah. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 53 1. Perbincangan semasa membahagi tugasan secara individu dan kumpulan. 2. Berkeupayaan menggunakan rumus keluaran jantung dalam penyelesaian masalah. 3. Berkeupayaan menyampaikan maklumat dalam carta pembentangan. 4. Kesesuaian memuat turun video proses respirasi luaran dan respirasi dalaman. 5. Berkebolehan bekerja dalam kumpulan untuk laporan bertulis atau nota. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Lembaran kerja. / (skema lembaran kerja) 2. Rubrik poster pembentangan. 3. Laporan amali. / (rubrik laporan amali) 1. Poster pembentangan (gallery walk) yang mengandungi semua bahan P&P. HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 P E N G H A S I L A N T E N A G A HURAIAN UNIT Unit ini membincangkan tiga sistem penjanaan tenaga tubuh manusia semasa melakukan aktiviti fizikal. STANDARD PEMBELAJARAN 2.5.1 Mengenal pasti ciri-ciri sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik), dan sistem aerobik. 2.5.2 Mengenal pasti jenis sistem tenaga dominan yang digunakan dalam aktiviti sukan. STANDARD KANDUNGAN 2.5 Sistem tenaga dan perkaitannya dengan aktiviti fizikal. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 54 1. Nama saintifik tenaga yang digunakan oleh otot tubuh manusia, iaitu adenosine trifosfat (ATP). 2. Sistem tenaga anaerobik alaktik (ATP-PC): SKOP PERNYATAAN PCr + ADP ATP + Cr creatine kinase 5
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 55 3. Sistem tenaga anaerobik laktik (glikolisis anaerobik) Asid laktik merupakan hasil sampingan proses penjanaan ATP melalui sistem anaerobik alaktik. Tahap asid laktik yang terlalu tinggi dalam otot menyebabkan otot kelesuan. 4. Sistem tenaga aerobik (sistem oksidatif) (Kenney & Wilmore, 2011) SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 56 SKOP PERNYATAAN 5. Ciri-ciri sistem tenaga anaerobik alaktik (ATP-PC), anaerobik laktik, dan aerobik. Jadual 14: Ciri-ciri sistem tenaga 6. Sistem tenaga dominan yang digunakan dalam aktiviti sukan. Jadual 15: Sistem tenaga dominan yang digunakan dalam aktiviti sukan. Sistem Tenaga Ciri-ciri Anaerobik Alaktik (ATP-PC) Anaerobik Laktik Aerobik 1. Keperluan oksigen dalam proses penjanaan ATP Tidak perlu Tidak perlu Perlu 2. Sumber penjanaan ATP Fosfokreatin (PCr) Glikogen, Glukosa Asid amino, lemak, karbohidrat 3. Penjanaan ATP Serta-merta Lambat berbanding sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Paling lambat (>10 saat untuk proses bermula) 4. Bilangan ATP yang dijana daripada 1 mol substrat 1 mol ATP 2 hingga 3 mol ATP bergantung kepada jenis substrat (glukosa atau glikogen) 32 hingga >100 ATP bergantung kepada jenis substrat (glukosa, glikogen atau asid lemak bebas) 5. Tempoh penjanaan ATP (aktiviti intensiti tinggi) Sangat terhad (anggaran 3-15 saat sahaja) Anggaran 2 – 3 minit Selama yang diperlukan jika nutrien dan oksigen mencukupi Jangka masa aktiviti sukan Contoh aktiviti sukan Sistem tenaga dominan < 15 saat Lari pecut 100 meter Anaerobik alaktik 15 saat < aktiviti < 120 saat Lari 400 meter dan 800 meter Anaerobik laktik > 120 saat Marathon Aerobik
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 57 1. Berbincang dalam kumpulan dengan menyatakan ciri-ciri sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik), dan sistem aerobik dalam aktiviti fizikal. 2. Menyatakan jenis sistem tenaga dominan dalam sesuatu aktiviti sukan. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik), dan sistem aerobik. 2. Sistem tenaga dominan dalam aktiviti sukan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Catatan perbincangan ciri-ciri sistem tenaga dalam aktiviti sukan. 2. Gambar aktiviti sukan dan catatan sistem tenaga dominan yang berkaitan. Buku skrap yang mengandungi ciri-ciri sistem tenaga dan aktiviti sukan dengan sistem tenaga dominan. 1. Berkeupayaan menyenaraikan ciri-ciri sistem penjanaan tenaga tubuh manusia. 2. Berkeupayaan membuat perkaitan antara aktiviti sukan dengan sistem tenaga dominan. KRITERIA PENTAKSIRAN HASIL PRODUK MURID PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 58 Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Lembaran kerja. 2. Rubrik penilaian buku skrap. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN BIDANG 2 A DA P TA S I S I S T E M T U B U H M A N U S I A HURAIAN UNIT Unit ini membincangkan tindak balas tubuh badan terhadap aktiviti fizikal serta adaptasi yang berlaku terhadap latihan. STANDARD PEMBELAJARAN 2.6.1 Membuat perkaitan antara tindak balas sistem kardiovaskular, sistem otot, sistem respiratori, sistem saraf, dan sistem endokrina terhadap latihan. 2.6.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh terhadap latihan. 2.6.3 Membuat perkaitan antara adaptasi sistem tubuh terhadap latihan anaerobik dan aerobik. 2.6.4 Membuat perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi anaerobik dan aerobik. STANDARD KANDUNGAN 2.6 Tindak balas dan adaptasi sistem tubuh terhadap latihan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 59 6
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 60 1. Tindak balas jangka pendek sistem tubuh manusia untuk memenuhi keperluan badan semasa melakukan latihan. a. Sistem kardiovaskular: Peningkatan kepada kadar denyutan jantung, isipadu strok, keluaran jantung, tekanan jantung, dan darah (kelikatan darah meningkat). b. Sistem saraf (simpatetik): i. Peningkatan isipadu darah yang dihantar ke otot dan pengurangan penghantaran darah ke sistem lain (vasodilation dan vasoconstriction). ii. Stimulasi untuk berpeluh semasa latihan jangka panjang. c. Sistem respiratori: Pernafasan menjadi lebih dalam dan kadar pernafasan meningkat. d. Sistem otot: Sistem otot mula menggunakan simpanan lemak, protein dan karbohidrat yang disimpan dalam otot sebagai sumber tenaga. e. Sistem endokrina: i. Rembesan Hormon Tumbesaran (GH) meningkat dengan latihan. Rembesan GH juga dipengaruhi oleh intensiti , jangka masa latihan, umur dan jantina. ii. Rembesan Hormon Adrenal Medulla (epinefrin dan norepinefrin) meningkat mengikut tahap intensiti latihan yang dilakukan. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh terhadap latihan: a. Prinsip FITT b. Keadaan persekitaran yang melibatkan kelembapan atau kepanasan semasa latihan dijalankan. c. Ciri genetik yang berbeza seperti somatotaip dan fiber otot (nisbah fiber sentak cepat dan sentak lambat). d. Tahap kecergasan individu e. Jantina f. Umur 3. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan anaerobik: a. Peningkatan kuantiti penyimpanan ATP, PCr, kreatin, dan glikogen dalam otot. b. Peningkatan kuantiti dan aktiviti enzim utama yang mengawal katabolisma glukosa dalam fasa anaerobik. c. Peningkatan kapasiti tubuh untuk meneruskan aktiviti sukan dalam keadaan tahap asid laktik yang lebih tinggi. SKOP PERNYATAAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 61 SKOP PERNYATAAN 4. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan aerobik: a. Saiz jantung bertambah disebabkan oleh kaviti ventrikal luas dan dinding ventrikal menebal. b. Isipadu strok meningkat. c. Kadar nadi rehat menurun . d. Keluaran jantung meningkat. e. Tekanan darah menurun. 5. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan bebanan: a. Unit motor bertindak serentak (adaptasi neuro muscular) b. Unit motor bertindak mengikut turutan (adaptasi koordinasi neuro muscular) c. Hipertrofi otot – adaptasi otot d. Proses kebolehbalikan (reversibility) berlaku jika latihan tidak diteruskan. 6. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi anaerobik seseorang. a. Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti anaerobik lebih rendah berbanding dengan orang dewasa. b. Kekuatan kanak-kanak lebih rendah berbanding dengan orang dewasa walaupun telah mengambil kira saiz badan. 7. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi aerobik seseorang. a. Kadar nadi maksimum kanak-kanak lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa dan menurun mengikut peningkatan umur. b. Keluaran jantung meningkat sejajar dengan peningkatan umur sehingga mencapai tahap dewasa dan akan mendatar atau menurun jika tidak mengekalkan tahap kecergasan fizikal. 8. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi otot seseorang. a. Jisim otot dan kekuatan otot kanak-kanak lelaki meningkat sejajar dengan peningkatan umur dan akan mencapai tahap maksima antara umur 18 – 25 tahun (50% daripada berat badan). b. Jisim otot dan kekuatan otot kanak-kanak perempuan meningkat sejajar dengan peningkatan umur dan akan mencapai tahap maksima antara umur 16 – 20 tahun (40% daripada berat badan). 1. Mencari maklumat di laman web secara berkumpulan berhubung faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh manusia terhadap latihan, perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi anaerobik, aerobik dan prestasi otot. 2. Membentangkan hasil dapatan menggunakan TMK. KEMAHIRAN DIPERLUKAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 62 1. Adaptasi yang berlaku pada sistem saraf dan sistem otot terhadap latihan anaerobik. 2. Adaptasi yang berlaku pada sistem kardiovaskular terhadap latihan aerobik. 3. Perkaitan antara tahap kematangan dengan prestasi anaerobik, aerobik dan otot. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Senarai laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi latihan anaerobik dan aerobik serta perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi. Buku log yang mengandungi maklumat faktor-faktor yang mempengaruhi latihan anaerobik dan aerobik serta perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi. 1. Berkeupayaan menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh manusia terhadap latihan dan perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi anaerobik, aerobik dan otot. KRITERIA PENTAKSIRAN Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad: 1. Soalan bertulis 2. Rubrik penilaian buku log. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
BIDANG 3: PENGENALAN SAINS PERGERAKAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 63
PENGENALAN MODUL 3 SAINS PERGERAKAN S ATA H DA N P E R G E R A K A N A S A S 3.1 Pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.1 Menyatakan posisi rujukan anatomi. 3.1.2 Menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. 3.1.3 Mengenal pasti pergerakan asas berdasarkan satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. SKOP PERNYATAAN 1. Kedudukan posisi rujukan anatomi manusia. Kedudukan-kedudukan utama adalah seperti berikut: lengan berkeadaan supinasi tangan tidak menggenggam dirian seluas bahu tubuh berkeadaan ekstensi HURAIAN UNIT Unit ini memerihal tentang satah pergerakan dan pergerakan asas manusia. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 64 1
Rajah 21: Posisi rujukan anatomi manusia PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 65
2. Pembahagian tubuh berdasarkan kepada satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. . Rajah 22: Satah anatomi manusia berdasarkan posisi rujukan anatomi 3. Jenis-jenis pergerakan asas yang wujud pada satah sagital, satah frontal dan satah melintang. a. Fleksi dan ekstensi adalah dua contoh pergerakan asas yang wujud pada satah sagital. Rajah 23: Pergerakan fleksi dan ekstensi PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 66
Rajah 24: Pergerakan abduksi dan adduksi Rajah 25: Pergerakan sirkumduksi PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 67 1. Menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. 2. Melakukan amali pergerakan asas anggota badan berdasarkan satah sagital dan frontal. 3. Menggunakan laman web untuk mendapatkan maklumat tentang deskripsi pergerakan asas manusia.[Guna kata kunci movement and planes pada enjin carian] KEMAHIRAN DIPERLUKAN b. Abduksi dan adduksi adalah dua contoh pergerakan asas yang wujud pada satah frontal. c. Sirkumduksi adalah contoh pergerakan asas yang wujud pada satah melintang. Nota: Untuk senarai lengkap pergerakan asas pada semua satah rujuk Marieb, E.N., & Hoehn, K.N. (2012). Human Anatomy & Physiology: Benjamin-Cummings.
1. Kedudukan posisi rujukan anatomi. 2. Pembahagian tubuh berdasarkan satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. 3. Pergerakan asas pada satah sagital, satah frontal, dan satah melintang. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Senarai semak tunjuk cara posisi rujukan anatomi manusia. 2. Senarai laman web untuk mendapatkan maklumat tentang deskripsi pergerakan asas manusia. 3. Catatan pembahagian tubuh manusia berdasarkan satah sagital, frontal, dan melintang. 4. Prosedur amali pergerakan asas manusia. 5. Senarai semak pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan yang betul. 6. Gambar foto pergerakan asas aksi sukan semasa amali. 1. Folio deskripsi pergerakan asas manusia. 2. Laporan amali. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 68 1. Berkeupayaan menyatakan posisi rujukan anatomi. 2. Berkeupayaan menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, frontal, dan melintang. 3. Label pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan yang betul. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Rubrik lembaran kerja. INSTRUMEN PENTAKSIRAN PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 J E N I S - J E N I S G E R A K A N 3.2 Pergerakan dalam sukan berdasarkan jenis gerakan. STANDARD KANDUNGAN SKOP PERNYATAAN 1. Ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum. Rajah 26: Contoh gerakan linear HURAIAN UNIT Unit ini memerihal tentang jenis-jenis gerakan dan daya yang menghasilkan gerakan. STANDARD PEMBELAJARAN 3.2.1 Menerangkan ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum. 3.2.2 Menjelaskan ciri-ciri daya yang menghasilkan gerakan linear dan gerakan bersudut. 3.2.3 Mengenal pasti gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum dalam aksi sukan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 69 a. Gerakan linear Pergerakan jasad daripada kedudukan mula ke kedudukan akhir berlaku dalam satu garis lurus, dengan keadaan jasad tidak mengalami perubahan bentuk. 2
Rajah 27: Contoh gerakan bersudut Rajah 28: Contoh gerakan umum Rujukan: Hall, S. J. (2012). Basic biomechanics (6th Ed): Prentice-Hall 2. Ciri-ciri daya a. Daya sentrik Daya yang bertindak pada titik pusat graviti. Tindakan daya ini menghasilkan gerakan linear. b. Daya esentrik Daya yang bertindak di luar pusat graviti. Tindakan daya ini menghasilkan gerakan bersudut. 3. Gerakan linear, gerakan bersudut dan gerakan umum dalam aksi sukan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 70 b. Gerakan bersudut Pergerakan jasad daripada kedudukan mula ke kedudukan akhir melibatkan perubahan sudut pada sendi. c. Gerakan umum Kombinasi gerakan linear dan gerakan bersudut untuk menghasilkan satu gerakan yang melibatkan ciri kedua-dua gerakan tersebut.
1. Lembaran kerja. 2. Bahan pembentangan menggunakan TMK. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 71 1. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum.[Guna kata kunci linear motion, angular motion dan general motion pada enjin carian.] 2. Berbincang dalam kumpulan berkaitan ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik. 3. Menggunakan TMK untuk membuat deskripsi gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum dalam aksi sukan. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum. 2. 3. Gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum dalam aksi sukan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Jadual ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut dan gerakan umum. 2. Jadual ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik dalam pergerakan. 3. Senarai laman web berkaitan gerakan linear, gerakan bersudut dan gerakan umum dalam aksi sukan. 1. Keupayaan mengenal pasti ciri-ciri setiap jenis gerakan. 2. Keupayaan mengenal pasti ciri-ciri gerakan linear dan gerakan bersudut dalam satu contoh gerakan umum. 3. Keupayaan memerihal ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik. 4. Ketepatan menyediakan contoh gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum berdasarkan aksi sukan. KRITERIA PENTAKSIRAN PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 72 1. Rubrik penilaian pembentangan contoh setiap gerakan. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 A S A S K I N E M AT I K 3.3 Corak pergerakan manusia dalam keadaan konteks ruang dan masa. STANDARD KANDUNGAN SKOP PERNYATAAN 1. Definisi kinematik dalam pergerakan: Corak pergerakan manusia dalam konteks ruang dan masa, tanpa melibatkan daya. Rujukan: McGinnis, P.M. (2005). Biomechanics of sport and exercise (2nd Ed.): Human Kinetics. 2. Konsep sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan manusia. i. Sesaran ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan kedudukan dari posisi A ke posisi B, mengikut ukuran garis lurus yang terdekat. Nilai sesaran boleh ditentu berdasarkan rumus: s = vt (untuk sesaran linear sahaja) di mana; s ialah sesaran (meter); v ialah halaju purata (meter/saat); dan t ialah masa (saat) HURAIAN UNIT Unit ini memerihalkan corak pergerakan manusia dalam konteks ruang dan masa. STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.1 Mentakrif kinematik dalam pergerakan. 3.3.2 Menjelaskan perkaitan antara sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan manusia. 3.3.3 Mengukur halaju dan pecutan berdasarkan sesaran dan masa pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 73 3
ii. Halaju ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan sesaran berdasarkan masa pergerakan. Rumus untuk menghitung nilai halaju linear adalah seperti yang berikut: v = s/t di mana; v ialah halaju (m/s); s ialah sesaran (m); dan t ialah masa (s) iii. Pecutan ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan halaju berdasarkan masa pergerakan. Rumus untuk menghitung nilai pecutan linear adalah seperti yang berikut: a = v - u t di mana; a ialah pecutan (ms-2 ); u ialah halaju awal (ms-1 ); v ialah halaju akhir (ms-1 ); dan t ialah masa (saat) 3. Perkaitan antara sesaran, halaju, dan pecutan: i. Apabila sesaran berubah dalam satu tempoh masa, halaju meningkat. ii. Apabila halaju meningkat dalam satu tempoh masa, berlaku pecutan (bersifat positif). iii. Apabila halaju menurun dalam satu tempoh masa, berlaku lambatan (pecutan yang bersifat negatif). iv. Apabila halaju malar, pecutan adalah sifar. Nota: Guru akan membincangkan dalam konteks pergerakan manusia. 4. Pengukuran sesaran, halaju, dan pecutan berdasarkan lari pecut 60 meter. [Tugasan amali.] Contoh penyelesaian: Masa berlari di jarak 20 meter pertama ialah 4 saat. Jadi, halaju purata berlari ialah: v = s/t, di mana (s) = 20 meter dan t = 4 saat; maka, v = 20/4 = 5 ms-1 5. Nota berkaitan membuat jadual untuk merekod masa dan melakar graf dan Menganalisis graf (contoh graf lari pecut 60m) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 74
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 75 1. Menggunakan rumus: s = vt ; maka, v = s/t untuk mendapatkan nilai sesaran dan halaju. 2. Menggunakan rumus: a = v – u ; maka, v = u + at untuk mendapatkan nilai t pecutan, halaju awal dan halaju akhir. 3. Menggunakan automatic timing device / infrared timer / electronic timing device / untuk merekod masa dalam aktiviti amali. 4. Atau menggunakan stop watch (jam randik) dengan ketepatan pada 1/100 saat untuk merekod masa dalam aktiviti amali. 5. Mengendalikan Amali Lari Pecut 60 meter. 6. Membuat jadual untuk merekod masa di setiap segmen 10 meter untuk lari pecut pada 60 meter. 7. Melakar dan menganalisis graf lari pecut 60 meter. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Takrif kinematik dalam pergerakan. 2. Konsep sesaran, halaju, dan pecutan. 3. Perkaitan di antara sesaran, halaju, dan pecutan. 4. Penggunaan rumus untuk mendapatkan nilai sesaran, nilai halaju, dan nilai pecutan dalam pergerakan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Nota berkaitan sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan. 2. Catatan penggunaan rumus semasa menghitung halaju dan pecutan. 3. Senarai semak prosedur amali. 4. Jadual catatan masa. 1. Graf prestasi lari pecut 60 meter setiap murid. 2. Laporan amali. HASIL PRODUK MURID PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 76 1. Penglibatan dalam tugasan berkumpulan. 2. Kebolehan mengaplikasi rumus yang tepat. 3. Kebolehan menyediakan laporan amali yang sistematik. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Rubrik penilaian laporan amali. 2. Skema jawapan kuiz yang melibatkan penentuan nilai sesaran, halaju dan pecutan. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 A S A S K I N E T I K HURAIAN UNIT Unit ini memerihal konsep penghasilan daya dan tork pada sendi manusia untuk pergerakan. STANDARD PEMBELAJARAN SKOP PERNYATAAN 1. Takrif kinetik dalam pergerakan Penghasilan corak pergerakan yang dipengaruhi daya luaran. Contoh: mekanik berlari yang berbeza di antara berlari pecut yang memakai spike dengan memakai kasut sukan adalah dipengaruhi oleh daya geseran. 2. Daya dan tork (torque) Daya adalah paduan antara jisim dengan pecutan (F=ma). Tork adalah daya yang terhasil dalam pergerakan bersudut. tork bergantung kepada 3 pemboleh ubah: i. jumlah daya, ii. sudut daya, dan iii. panjang lengan tuas 3. Komponen tuas terdiri daripada fulkrum, daya, dan beban. 3.4.1 Mentakrif kinetik dalam pergerakan. 3.4.2 Menjelaskan daya dan tork (torque) dalam pergerakan. 3.4.3 Mengenal pasti komponen tuas dan kelas tuas dalam sistem rangka manusia. 3.4.4 Menerangkan kelebihan dan kekurangan mekanikal pada sistem tuas dalam aksi sukan. 3.4 Penghasilan daya dan tork pada sendi manusia untuk pergerakan STANDARD KANDUNGAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 77 4
4. Tuas Kelas Pertama, Tuas Kelas Kedua dan Tuas Kelas Ketiga ditentukan oleh komponen tuas yang berada di tengah. 5. Kelebihan dan kekurangan mekanikal sistem tuas dalam aksi sukan. a. Kelebihan mekanikal sistem tuas akan membolehkan lebih banyak kerja dibuat dengan penghasilan daya yang sedikit. b. Kekurangan mekanikal sistem tuas akan memerlukan lebih banyak daya untuk melakukan kerja yang sama tetapi akan menghasilkan kelajuan pergerakan yang berganda. Rujukan: McGinnis, P.M. (2005). Biomechanics of sport and exercise (2nd Ed): Human Kinetics. 1. Kinetik dalam pergerakan manusia. 2. Daya dan tork (torque). 3. Komponen tuas dan kelas tuas. 4. Kelebihan dan kekurangan penggunaan sistem tuas dalam aksi sukan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Berkeupayaan mentakrif kinetik dalam pergerakan. 2. Mendapatkan maklumat daya dan tork dengan menggunakan laman web. 3. Berkeupayaan mengenal pasti komponen-komponen tuas dan kelas tuas serta menggunakan laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan sistem tuas anatomi manusia. 4. Berkeupayaan menerangkan kelebihan dan kekurangan mekanikal pada sistem tuas dan memberi contoh penggunaan tuas dalam aksi sukan. KEMAHIRAN DIPERLUKAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 78
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 79 1. Nota kinetik dalam pergerakan. 2. Senarai laman web berkaitan daya, tork, komponen-komponen tuas, dan kelas tuas. 3. Gambar aksi sukan berdasarkan kelas tuas. 1. Folio berkaitan daya, tork, komponen tuas, dan kelas tuas. 2. Hasil jawapan bertulis dalam bentuk lembaran kerja.(kelas tuas) 1. Berkeupayaan menyatakan kedudukan komponen-komponen tuas berdasarkan aksi sukan yang dipilih. 2. Berkeupayaan mengumpulkan maklumat untuk menghasilkan folio yang berkaitan daya, tork, komponen tuas, dan kelas tuas. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Rubrik penilaian folio. 2. Rubrik lembaran kerja. HASIL PRODUK MURID PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 H U K U M N E W T O N SKOP PERNYATAAN 1. Hukum Newton Pertama – Hukum Inersia Jasad yang pegun akan kekal pegun dan yang bergerak akan kekal bergerak sehingga terdapat daya yang bertindak ke atas jasad tersebut. a. Perkaitan Hukum Newton Pertama dengan pergerakan sukan Inersia berkadar terus dengan jisim. Jika jisim tinggi, inersia tinggi, maka daya yang lebih akan diperlukan untuk mengubah kedudukan asal jisim berkenaan. Maksudnya, jika jisim yang pegun adalah besar, magnitud daya yang besar diperlukan untuk menggerakkan jisim tersebut, dan sebaliknya. b. Contoh aplikasi dalam sukan: Atlet sumo perlu bertubuh besar supaya mempunyai inersia yang lebih tinggi. Ini menyebabkan pihak lawan memerlukan daya yang lebih tinggi untuk menolaknya keluar dari bulatan pertandingan. HURAIAN UNIT Unit ini memerihal tentang Hukum Newton yang terlibat dalam pergerakan manusia. STANDARD PEMBELAJARAN 3.5.1 Menerangkan Hukum Newton Pertama -Hukum Inersia dalam pergerakan sukan. 3.5.2 Menerangkan Hukum Newton Kedua -Hukum Pecutan dalam pergerakan sukan. 3.5.3 Menerangkan Hukum Newton Ketiga -Hukum Reaksi dalam pergerakan sukan. 3.5 Hukum Newton dalam pergerakan sukan. STANDARD KANDUNGAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 80 5
b. Atlet gimnastik perlu bertubuh kecil supaya mempunyai inersia yang lebih rendah. Ini membolehkan atlet gimnastik menggunakan daya yang rendah untuk memudahkan menukar arah dalam pergerakan. 2. Hukum Newton Kedua – Hukum Pecutan Daya adalah berkadar terus dengan pecutan yang dipengaruhi oleh daya graviti. F = ma di mana; F ialah daya (N); a ialah pecutan (ms-2 ); dan m ialah jisim (kg). a. Perkaitan Hukum Newton Kedua dengan pergerakan sukan Halaju berubah hanya apabila jasad bergerak dengan penambahan daya. Pecutan adalah berkadar terus dengan daya. b. Contoh aplikasi dalam sukan Jika pemain sofbol memukul bola dengan daya dua kali ganda, maka pecutan bola akan meningkat dua kali ganda. 3. Hukum Newton Ketiga – Hukum Reaksi Bagi setiap tindakan daya, akan wujud satu daya tindakan yang sama magnitud tetapi berlawanan dari segi arah tindakan. a. Perkaitan Hukum Newton Ketiga dengan pergerakan sukan Penghasilan daya ke atas sesuatu akan menghasilkan daya yang bertentangan yang sama dengan daya yang dikenakan. b. Contoh aplikasi dalam sukan Seorang perenang melakukan aksi kaki menolak ke dinding kolam semasa melakukan palingan(turn). Tolakan ke dinding akan menghasilkan daya reaksi dengan magnitud yang sama dan pada arah yang bertentangan dan membolehkan perenang meluncur ke hadapan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 81
1. Berbincang tentang ketiga-tiga Hukum Newton. 2. Bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah mengenai perkaitan antara Hukum Newton dengan pergerakan sukan dan melayari laman web bagi mencari maklumat. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Hukum Newton Pertama dalam pergerakan sukan – Hukum Inersia. 2. Hukum Newton Kedua dalam pergerakan sukan– Hukum Pecutan. 3. Hukum Newton Ketiga dalam pergerakan sukan – Hukum Reaksi. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Catatan penerangan ketiga-tiga Hukum Newton. 2. Senarai laman web untuk mendapat maklumat tentang perkaitan antara Hukum Newton dengan pergerakan sukan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 82 1. Hasil pembentangan Hukum Newton dengan pergerakan sukan. 1. Berkeupayaan menerangkan Hukum Newton Pertama, Hukum Newton Kedua dan Hukum Newton Ketiga dalam pergerakan sukan dengan tepat. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Soalan lisan 2. Rubrik lembaran kerja 3. Rubrik penilaian pembentangan PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 S TA B I L I T I 3.6 Stabiliti dalam pergerakan manusia. STANDARD KANDUNGAN 1. Takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia. Stabiliti ialah keseimbangan yang dicapai apabila jumlah interaksi semua daya ke atas jasad adalah sifar. Apabila sesuatu jasad memperoleh kestabilan, jasad tersebut mencapai equilibrium. SKOP PERNYATAAN HURAIAN UNIT Unit ini memerihal tentang konsep stabiliti dalam pergerakan manusia. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6.1 Mentakrif stabiliti dalam pergerakan. 3.6.2 Menjelaskan pengaruh pusat graviti, garis graviti, luas tapak sokongan, taburan jisim, dan geseran pada permukaan terhadap stabiliti dalam pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 83 6
2. Konsep pusat graviti, garis graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim. Pusat graviti ialah titik tengah tindakan daya ke atas jasad. Garis graviti ialah garis tindakan daya ke atas jasad. Luas tapak sokongan ialah kawasan dalam garis yang menghubungkan perimeter luar setiap titik sokongan. Rajah 29: Konsep pusat graviti, garis graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim. Taburan jisim merujuk kepada perubahan bentuk badan yang mempengaruhi kaedah tindakan daya ke atas tubuh (nilai jisim tetap sama tetapi kedudukan pusat graviti yang berubah). I =∑ m.r² I = inersia momen m = jisim tubuh r = radius (jarak titik graviti ke bahagian paling hujung tubuh) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 84
1. Menerangkan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia. 2. Berbincang tentang prinsip stabiliti yang melibatkan pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim. KEMAHIRAN DIPERLUKAN 1. Takrif stabiliti. 2. Pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti terhadap aksi sukan. 3. Kedudukan pusat graviti pada jasad. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 3. Pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti. Rajah 30: Pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti. (penerangan) PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 85
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 86 1. Berkebolehan mentakrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia. 2. Berkebolehan menjelaskan pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Catatan penerangan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia. 2. Catatan pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti. 1. Rubrik kompilasi nota stabiliti dalam pergerakan asas manusia. 2. Rubrik peta minda. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID HASIL PRODUK MURID 1. Nota berkaitan penerangan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia. 2. Peta minda pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti. INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PENGENALAN SAINS PERGERAKAN BIDANG 3 A S A S K E M A H I R A N M O T O R M A N U S I A HURAIAN UNIT Unit ini memerihal tentang asas pergerakan manusia yang melibatkan kemahiran motor dan lakuan motor. STANDARD PEMBELAJARAN 3.7.1 Mentakrif kemahiran motor. 3.7.2 Menerangkan ciri-ciri lakuan motor involuntari dan lakuan motor voluntari. 3.7.3 Menjelaskan mekanisme penghasilan lakuan motor involuntari dan lakuan motor voluntari. 3.7.4 Menyatakan perbezaaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder. 3.7.5 Menyatakan tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor. 3.7.6 Mengenal pasti kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan. 3.7.7 Mengenal pasti kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria permulaan dan pengakhiran lakuan. 3.7.8 Membezakan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria rangsangan persekitaran. 3.7.9 Menyatakan fungsi sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam kemahiran motor. 3.7.10 Menunjuk cara dominan visual dalam pelakuan motor diskrit. 3.7.11 Menunjuk cara peranan visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam mengawal postur. 3.7 Konsep asas mengenai kemahiran motor manusia. STANDARD KANDUNGAN PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 87 7
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 88 SKOP PERNYATAAN 1. Takrifan kemahiran motor. Penghasilan sesuatu lakuan motor dengan kaedah yang efisien dan prestasi yang konsisten. 2. Ciri-ciri lakuan involuntari dan voluntari. Jadual 16: Ciri-ciri lakuan involuntari dan voluntari. (Mekanisme involuntary) Ciri-ciri Involuntari Voluntari Pengaruh rangsangan Penghasilan respon dicetuskan daripada satu jenis rangsangan Penghasilan respon dicetuskan daripada pelbagai jenis rangsangan Kualiti lakuan Bersifat stereotaip Pelbagai Penglibatan saraf pusat Saraf tunjang sahaja Otak dan saraf tunjang 3. Mekanisme lakuan involuntari dan voluntari. Rajah 31: Carta alir mekanisme lakuan involuntari dan voluntari. Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah. (2011). Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi Semua impuls sensori dari saraf tunjang dihantar ke talamus Neuron sensori menukar rangsangan kepada bentuk impuls sensori Impuls sensori dihantar ke saraf tunjang menerusi proses sinaptik Neuron sensori bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor Impuls motor dihantar ke efektor LAKUAN TERHASIL Talamus menyalurkan impuls sensori ke korteks serebral di otak Proses integrasi sensori dan motor berlaku di otak Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor Impuls motor dihantar ke efektor melalui saraf tunjang (Mekanisme volutari)
5. Kriteria pengkelasan kemahiran motor. 4. Perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder. 6. Fungsi sistem visual (sistem ambien dan sistem fokal), vestibular, dan somatosensori dalam kemahiran motor. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 89 Perbezaan Ciri-Ciri Kemahiran Generik dan Kemahiran Sekunder Generik Wujud dalam kod genetik (DNA) Berkembang secara semula jadi Sekunder Diperoleh melalui proses pembelajaran Penguasaan memerlukan proses latihan Kriteria Pengkelasan Kelas Kemahiran Ketepatan lakuan kemahiran motor kasar Permulaan dan pengakhiran lakuan kemahiran diskrit kemahiran selanjar Rangsangan persekitaran kemahiran luar kawal Sistem Biologi Fungsi Sistem visual- sistem ambien Mengekalkan keseimbangan Sistem visual- sistem fokal Pemfokusan dan diskriminasi imej Sistem vestibular Pengawalan equilibrium jasad Sistem somatosensori Proses maklumat mengenai orientasi jasad Jadual 17: Perbezaan Ciri-Ciri Kemahiran Generik dan Kemahiran Sekunder Jadual 18: Kriteria pengkelasan kemahiran motor Jadual 19: Fungsi sistem visual (sistem ambien dan sistem fokal), vestibular, dan somatosensori dalam kemahiran motor.
7. Peranan maklumat visual dan somatosensori dalam menghasilkan lakuan motor. Maklumat visual berfokus kepada konsep dominan visual dalam penghasilan sesuatu pergerakan. Maklumat somatosensori berfokus kepada peranan maklumat kinestatik dalam penghasilan sesuatu pergerakan. 8. Peranan sistem visual dan vestibular dalam pergerakan. Sistem visual ambien dan sistem visual fokal serta sistem vestibular adalah penting untuk membolehkan kawalan postur semasa pergerakan. PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 90 1. Menerangkan secara lisan takrifan kemahiran motor. 2. Menggunakan laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri lakuan motor involuntari dan voluntari serta mekanisme penghasilan lakuan motor involuntari dan voluntari. 3. Membincangkan perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder. 4. Menerangkan secara lisan tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor. 5. Membincangkan perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan. 6. Berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria permulaan dan pengakhiran lakuan. 7. Berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria rangsangan persekitaran. 8. Menerangkan secara lisan fungsi sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam kemahiran motor. 9. Bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah secara amali dominan visual dalam pelakuan motor diskrit di samping melahirkan nilai kesyukuran kurniaan tuhan terhadapnya. 10. Bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah secara amali tentang peranan sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam mengawal postur di samping melahirkan nilai kesyukuran kurniaan tuhan terhadapnya. KEMAHIRAN DIPERLUKAN
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 91 1. Takrifan kemahiran motor. 2. Ciri-ciri lakuan involuntari dan voluntari. 3. Mekanisme lakuan involuntari dan voluntari. 4. Ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder. 5. Tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan, permulaan dan pengakhiran lakuan, serta rangsangan persekitaran. 6. Fungsi sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam kemahiran motor. 7. Peranan maklumat visual dan somatosensori dalam menghasilkan lakuan motor. 8. Peranan sistem visual dan sistem vestibular dalam pergerakan. PENGETAHUAN DIPERLUKAN 1. Catatan takrifan kemahiran motor. 2. Senarai laman web untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri lakuan motor involuntari dan voluntari serta mekanisme penghasilannya. 3. Jadual perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder 4. Jadual perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan, kriteria permulaan dan pengakhiran lakuan dan kriteria rangsangan persekitaran. 5. Prosedur kerja amali dominan visual dalam pelakuan motor diskrit dan peranan sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam mengawal postur. PANDUAN HASIL KERJA MURID HASIL KERJA MURID
PANDUAN PENGAJARAN KOMPETENSI SAINS SUKAN TINGKATAN 4 92 1. Berkebolehan mentakrif kemahiran motor. 2. Berkebolehan menerangkan ciri-ciri lakuan motor involuntari dan voluntari serta mekanisme . 3. Berkebolehan menerangkan perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dengan kemahiran sekunder. 4. Berkebolehan mengenal pasti ciri-ciri pengkelasan kemahiran motor berdasarkan tiga kriteria. 5. Berkebolehan menyatakan peranan maklumat visual dan somatosensori dalam menghasilkan lakuan motor. 6. Berkebolehan melakukan kerja amali yang melibatkan peranan sistem visual dan sistem vestibular dan sistem somatosensori dalam mengawal postur pergerakan. KRITERIA PENTAKSIRAN 1. Folio ciri-ciri lakuan motor involuntari, voluntari serta mekanismenya dan pengkelasan kemahiran motor berdasarkan tiga kriteria. 2. Laporan amali. 1. Rubrik folio. 2. Rubrik laporan amali. 3. Senarai semak. 4. Rubrik penilaian pembentangan. Rujukan; 1. Magill, R.A., (2011). Motor Learning and Control. New York: MacGraw-Hill. 2. McGinnis, P.M., (2005). Biomechanics of Sports and Exercise 2nd Edition. Champaign, IL: Human Kinetics. 3. Schmidt, R.A.,& Lee, T.D., (2005). Motor Control and Learning. Champaign, IL: Human Kinetics. HASIL PRODUK MURID INSTRUMEN PENTAKSIRAN