The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mira, 2022-06-11 07:20:49

kajian 8 novel

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN

5 4 ZON DI MALAYSIA

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
No.maktab : PB190001
Homeroom : Sir Hilmi
Nama Guru : Siti Nor Haryani binti Che Nordin

ISI KANDUNGAN

1) PENGHARGAAN
2) PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
2.1) CERITA RINGKAS NOVEL
2.2) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
3) SINOPSIS 8 NOVEL
3.1) SINOPSIS KESELURUHAN
3.2) SINOPSIS SETIAP BAB
4) SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
5) SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
6) SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7) RUJUKAN

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya dan terima kasih diucapkan kepada guru
mata pelajaran Bahasa Melayu saya iaitu Puan Siti Nor Haryani binti Che
Nordin atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan produk
tugasan ini. Beliau juga telah memberi sepenuh perhatian semasa dalam tempoh
menyiapkan tugasan ini. Semangat guru-guru amatlah saya hargai.

Ucapan yang sama saya ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik
Sharunizam Bin Salip dan Puan Hazwani Binti Rusli atas sokongan dan
dorongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Mereka telah membantu saya
dan mengorbankan masa dan tenaga tanpa meminta sumbangan. Kerjasama ibu
bapa dan rakan-rakan saya amatlah saya hargai.

PENGENALAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
KARYA ABDUL LATIP TALIB

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

BIOGRAFI ABDUL LATIP TALIB

Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi
Rembau Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954, pernah bekerja
sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini
menjadi penulis sepenuh masa.

Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen,
rencana, drama tv dan novel. Sehingga kini telah
menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan
dewasa. Sejak tahun 2007 menumpukan penulisan novel
sejarah dengan PTS. Antara karya yang telah diterbitkan
ialah Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Khalid Memburu
Syahid 2007, Ikramah Penentang Jadi Pembela 2007, Tariq
Menang atau Syahid 2007, Si Bongkok Tanjung Puteri
2007, Setelah Roboh Kota Melaka 2007, Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Sultan Muhamad al
fateh 2008, Leftenan Adnan Wira bangsa 2008, Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3 2008.
Umar Al Khattab, Umar Abdul Aziz, Mat Kilau, Dol Said, Lembing Awang Pulang Ke Dayang,
Ali bin Abi Talib, Uthman Affan, Bilal bin Rabah, Abu Ubaidah Al Jarrah, Imam Syafie, Imam
Hanafi, Imam Maliki, Imam Hanbali, Perang Badar, Khalifah Yang Benar dan lain-lain.

Sehingga kini sudah menerbitkan 27 buah novel sejarah.Ketekalan beliau menghasilkan karya
telah melayakkan beberapa buah karya beliau merangkul pelbagai anugerah. Antaranya
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan
Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan. Novel Beraraklah Awan Pilu memenangi

Hadiah Randau Ruai memenangi Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005 dan terbaru novel
sejarah Perang Jementah dan datuk Moyang Saleh memenangi hadiah sayembara menulis
novel sejarah Johor 2007. Abdul Latip yang kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan pernah
menerima Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dalam genre cerpen dan esei. Dan sekali
lagi pada tahun 2007 dalam genre novel remaja.Beliau dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang
Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.Sastera Utusan 2005.

KULIT NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Adan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah Kampung
di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan.
Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup
makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adan
yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adan, Ahmad, dan Amarullah. Adan merupakan anak
sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu mash kecil, Adan merupakan anak yang rajin membantu
keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun, setiap pagi Adan akan pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh
getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.

Pak Said sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adan. Semangat patriotik yang
dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Sadi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air.
Beliau sentiasa menekankan pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara
sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya
hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi
tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Said memiliki keazamanan yang tinggi
terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Said tentang sejarah tanah air dikagumi
oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Said tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk
anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah
air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai.
Atas dasar itu, Pak Said berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu
pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Said itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangna amat disenangi oleh temanteman dan juga guru-

guru sekolah. Adan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan,
dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang
perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adan
terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adan berkahwin
dengan Sophia. Adan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adan terpaksa
menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan
menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British., Laporan perisikan menyatakan
bahawa Angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-
kurangnya
25 buah kapal pengangkut yang diringi ole kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa
sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan
terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun
dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada
hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang
dibantu oleh tentera
India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun
telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada
hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar
Jepun akhirnya berjaya
mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera jepun akan mendarat di Kota
Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan
Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya
ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita

tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan
moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris akin
bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam
pertempuran di Kelantandan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42
orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari
1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku
pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan, moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak
suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan
sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah
membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Bab 3

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.

Bab 4

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah
dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa
asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia
pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya
penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga
menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Bab 5

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur
dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak
mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun, Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi,
sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju
baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris,
namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi
sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa
yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu
berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong yang berjaya
supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan
British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim
yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti
Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung,
Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan
di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau
anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat
Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.hasil jualan getah, Karim menyatakan
bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi
kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan

yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga
ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa

Bab 9

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar
di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama
dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap
belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang
cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan
Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu AndersonInggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat.

Bab 10

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju
untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan
tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang
lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar
Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan
menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.

Bab 14

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin
Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

Bab 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah
lama ditinggalkan.

Bab 17

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan
pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.

Bab 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka
hidup bahagia.

Bab 19

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun, Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.

Bab 20

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan
yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

Bab 21

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan
itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama,
Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi
bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau
sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan
sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air,
separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.

Bab 25

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen

Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang
Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan.,
Alor Setar dan Sungai Petani.

Bab 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara
Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera
Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-
tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang
Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin
genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya
meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-
mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman,
Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. Tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup
dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu.

Bab 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan
ubi, pisang, dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka
semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua
telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang kita dapat perolehi dari novel ini ialah kita dapat memupuk sifat
nasionalisme dalam diri. Sifat nasionalisme ini dapat dilihat berdasarkan contoh-contoh
peristiwa dalam novel ini yang mengisahkan tentang sejarah pahlawan. Seterusnya, terdapat
banyak nilai murni yang diperoleh dari novel ini. Hal ini kerana, kisahnya yang dapat memupuk
sifat teladan dalam diri masyarakat. Selain itu, kita dapat menghargai jasa pahlawan dahulu.
Novel ini banyak menceritakan tentang sejarah di dunia. Di samping itu, novel ini juga bukan
fiksi dan berdasarkan kisah benar. Oleh yang demikian, kita dapat memperolehi pengajaran
daripada peristiwa yang berlaku. Akhir sekali, novel ini mudah difahami oleh setiap pembaca.
Hal ini kerana, penulisan dari penulis yang hebat dan cekap.

5 KEKURANGAN NOVEL

Terdapat beberapa juga kekurangan dalam novel ini antaranya mempunyai bab yang
panjang. Hal ini menyebabkan pembaca menjadi bosan dan tidak tertarik untuk membaca.
Selain itu, jalan cerita yang rumit. Oleh yang demikian, pembaca sukar memahami peristiwa
yang ingin disampaikan. Seterusnya, penceritaan tentang sejarah membuatkan remaja zaman
ini semakin bosan. Di samping itu, penceritaan yang padat dan banyak menyukarkan pembaca.
Hal ini kerana, kebanyakan remaja lebih suka akan penceritaan yang lebih ringkas. Akhir
sekali, tajuk novel yamg panjang membuatkan pembaca sukar bagi mengenali novel tersebut.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah membuat jalan cerita yang
lebih ringkas dan padat. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami jalan cerita.
Seterusnya, mengurangkan bab di dalam novel. Ini bagi memudahkan pembaca untuk
menganalisis novel tersebut. Di samping itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah
dengan menambahkan lebih pengajaran di dalam novel ini. Hal ini kerana, ia dapat
memudahkan pembaca mendapat iktibar dari novel ini. Selain itu, penggunaan bahasa yang
lebih mudah juga dapat membantu pembaca. Akhir sekali, pemberian tajuk yang lebih ringkas
juga boleh ditambah. Oleh yang demikian, setiap pembaca akan tertarik untuk membaca novel
ini.

PENGENALAN NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA
DAYANG NOOR

Mengisahkan tentang sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi
sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina/
Marilyn sebagai pembantu penyelidikannya. Tetapi apabila dia berasakan Marilvn lebih hebat
daripadanva. dia mula merancana sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan kaji uji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan
gila oleh kebanvakan orang. Marilvn tetap meneruskan dendamnva untuk meniatuhkan Karl.
Dia meneruskan ciptaan sainsnva dan aknirnva danar membenarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

Biografi Dayang Noor

Novel ini ditulis oleh Dayang Noor atau nama sebenarnya
Noor Aziza pada tahun 2012 dan diterbitkan oleh UTM &
Utusan Publications. Penulis yang merupakan graduan ljazah
Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah
menyertai pertandingan sayembara anjuran Utusan bagi karya
Di Sebalik Dinara. Walaupun hanya mendapat saguhati,
novel ini berjaya dipilih dalam KOMSAS kerana mempunyai
tema yang menarik iaitu fiksyen spekulasi berlatar
belakangkan sains dan teknologi.

KULIT NOVEL

SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-
sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari
Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai
terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun

Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi
tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di
hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran
Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.
Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-
rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang
kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan
di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap
kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar
sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang berbicara dengan
seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara
wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya. Di dalam pesawat, Farisha
dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk duduk di sebelahnya. Farisha
teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak
dan mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha
sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan
elektroniknya. Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas
kad pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya
sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman
serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh
abang Farisha, Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom
rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh kecil.

Bab 2

Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta
Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat simposium itu,
Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut tetamu membawa
Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah bersedia mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman.
Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia
perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu. Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang
dihulurkan kepada Farisha untuk menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang
boleh menerobos ruang minda Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa
kepalanya berdenyut-denyut.

Bab 3

Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan
masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali
kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia. Esoknya
Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan. Farisha
berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha diberikan projek
bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat minggu. Farisha dikehendaki untuk
menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab. Farisha berasa agak musykil dengan tawaran
tersebut dan meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. Farisha turut
diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl terbaring di katil
dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan dengan peralatan
seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit
kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek penyelidikan. Projek
terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh Farisha.

Bab 4

Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya Farisha
ke Soft Lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat yang
sama. Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft
Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar jangkaannya.
Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek yang akan dijalankan
oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa Farisha dan
memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan biografi Dinara dengan bayaran
RM40 ribu. Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang
di bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram memberi
laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu
berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada
Farisha.

Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke
pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar
pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha berasa kagum dan
hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata sejak tadi. Sewaktu makan tengah
hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab.
Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit
muka dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha menegur
mulut celupar Shida. Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan
dengan Aqram. Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu
sahaja yang sempat diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya
mengesan kelemahan Dinara.

Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak, burung hering
dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa pening. Alia menawarkan
diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi dan Alia mengurut kepala dan
tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan akhirnya dia terlelap. Ketika itu dua
jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuknya.
Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar yang memancarkan imej Farisha dan Alia.
Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia
mendengus dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak
berjaya. Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri
tegak dan kaku.

Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka bertiga
membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida
sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Perbincangan terpaksa
ditamatkan kerana Farisha sakit kepala. Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana
dijemput untuk makan malam. Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus.
Selepas makan malam, Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan
kepada adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya
merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung. Berita kedua yang lebih menyakitkan
Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan
satu fail plastik mengandungi dokumen penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang
malam Farisha menangis dan tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8
Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha ke
hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha sakit.
Shida terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit. Pesanan ringkas dari Dr Maxi.
Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital beberapa hari. Aqram menyimpan
telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan sesama
sendiri sambil menanti kepulangan Dr Maxi. Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr
Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika
Farisha mengandung. Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki.
Tiba-tiba Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.

Bab 9
Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha
keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula memikirkan Plan B.
Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr Maxi membuat keputusan
kerana Shida tidak sebagus Farisha. Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan
tempat Farisha. Masalah utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk
berkomunikasi dengan Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya,
hanya Farisha sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh
Farisha telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl

menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan
Farisha.Di rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-
ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk masuk
ke bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba
Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah
menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak
fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu sangat mengejutkan Shida.

Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia semakin
leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk mengkaji tentang
nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada kebanyakan laporan
kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata
seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida mengeluh. Shida tidak perasan Alia datang ke
belakangnya kerana asyik membaca. Alia memberitahu Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke
bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi tidak bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal,
Aqram dan Dr Maxi sudah menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia
menekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa
lagi. Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam
2 petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul 2.30
petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya tadi ataupun
dia bermimpi. Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul
Anwar sudah menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida
menggantikan tempat Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam
bidang teknikal. Dr Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida
akan dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang mereka
saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia mengalami
mimpi ngeri. Suis dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya
ke kiri dan ke kanan.

Bab 11
Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu kandungnya
bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa kandungnya. Farisha
bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga Islam. Perbualan dua beradik
terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam tidurnya. Azraai terkejut
lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Farisha ingin
bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai
membawa adiknya jauh dari Kuala Lumpur. Mungkin ke Kulai. Dalam perjalanan, Azraai
menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha bertemu dengan ibunya. Ibu bapa
Farisha merupakan orang yang sangat taksub dengan sains dan sanggup mengorbankan anak
sendiri demi sains. Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan
berguling-guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl
telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu dibawa
segera ke Soft Lab. Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta
abangnya mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh
dua lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka
mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari Farisha.

Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk membantunya.
Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman yang kebingungan.
Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban. Dua lelaki yang menculik Farisha ialah
Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha.
Dalam kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah
sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu
berjumpa dengan ibunya. Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal.
Namun ingatannya terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah
memindahkan ingatannya selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan
Shida. Alia dahulunya ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana
tidak mahu mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau
bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa baharu,
wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.

Bab 13
Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara Shida dan
Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl (dalam tubuh Shida) minta agar
ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk menghapuskan virus yang
menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari menaipkan beberapa baris program di
terminal kawalan Dinara. Belum selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua
lelaki berdiri di muka pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut. Shida menghentikan tugasnya
menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah
berlaku, terkejut dengan suara Shida yang berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang
di pejabat itu memanggil ibunya ‘Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu.
Karl ialah bapa kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa
kali di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat
untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran
asal usul dirinya. Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris
yang mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan
Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu Karl
sedang nazak. Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin
genting, Farisha minta penjelasan daripada Aqram.

Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya semakin
menurun. Setiap orang diberikan peluang untuk bertemu secara berseorangan dengan Karl.
Tepat jam 7 malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-
esak. Farisha hanya terkedu. Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur
di Selat Melaka. Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh
orang pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun
bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl. Dalam perjalanan pulang
dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha. Tetapi Aqram dan Farisha berasa
pelik dengan sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak
kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida
dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan
Medina.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah jalan penceritaan yang menarik.
Berkisahkan tentang sains IT dan bergenre misteri. Seterusnya, terdapat banyak nilai
kemanusiaan yang boleh didapati dalam novel ini. Hal ini bagi memudahkan pelajar
mengambil pengajaran dari novel ini. Selain itu, penggunaan watak perwatakan yang terdapat
dalam novel ini sangat menarik. Nama watak yang digunakan sesuai dengan peredaran masa
kini. Di samping itu, novel ini juga memberikan banyak ilmu terbaharu terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Justeru itu, setiap pembaca dapat memperoleh ilmu yang baharu di
samping mendapat keseronokan membaca. Akhir sekali, penggunaan bahasa di dalam novel
ini mudah difahami oleh pembaca.

5 KEKURANGAN NOVEL

Novel ini mempunyai beberapa kekurangannya antaranya jalan cerita yang agak lambat di
sebalik jalan ceritanya yang menarik. Hal ini membuatkan para membaca kurang berminat
untuk meneruskan pembacaan. Selain itu, cara penulisan yang kurang menarik. Ini kerana gaya
penulisannya yang seperti kebudakan. Di samping itu, pengakhiran cerita yang kurang
memuaskan juga merupakan salah satu kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Seterusnya,
penggunaan tajuk yang kurang menarik. Hal ini dapat mengurangkan minat pembaca bagi
membaca novel tersebut. Akhir sekali, terdapat nilai buruk dalam novel ini yang dapat memberi
contoh buruk.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Berdasarkan pendapat saya, antara cadanagan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah
dengan memperbaiki cara penulisan. Hal ini kerana, gaya penulisan yang baik dapat menarik
minat pembaca. Seterusnya, penulis boleh mempercepatkan jalan penceritaan dengan
membuang peristiwa yang kurang berfaedah. Hal ini bagi, mengelakkan pembaca dari bosan
membaca. Selain tu, penulis juga boleh mengubah tajuk. Tajuk yang menarik dapat
memudahkan pembaca bagi mengingati novel tersebut. Akhir sekali, pemilihan kulit novel juga
boleh ditambah bagi menarik perhatian masyarakat untuk membaca.

PENGENALAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
KARYA RUHAINI MATDARIN

Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala
Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya
menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Peristiwa Lili ditahan, dikurung
dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya,
peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan
Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.

BIOGRAFI RUHAINI MATDARIN

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota
Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah sepenuh masa hamba
Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan
Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus
kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah
syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di
Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun
2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini
ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki)
supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih
bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan
Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi
pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan
cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas
bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar
Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program
bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia sejak Oktober 2020.

KULIT NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung
menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan
pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih.
Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan
mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula
oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah
perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima
pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya,
tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata
datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk
membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan
antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah
mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur.
Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin
dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya.
Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan
masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup
berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung
ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan
bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu
ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui
nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung
begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta
menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-
mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu
datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu
Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak
boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-
kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada
sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang
Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-
sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid
tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak
berjawab.

Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut.
Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili
terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya


Click to View FlipBook Version