The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mira, 2022-06-11 07:20:49

kajian 8 novel

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat

wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai

perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah
iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma
Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang

berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya,
Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.

Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada

ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang

bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat

di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke

Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk

menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu

juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya
yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang
tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan
diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak

kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra

dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.

Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin

menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu

memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke

Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan
itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk

menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak

membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,

cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang

kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak

suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser

berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar

kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo.

Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam

lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S

eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11

Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan

kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga

Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima

bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan

Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad

jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong

dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga, bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama

dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15

Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh Zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan
sentiasa meniti dibibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula
mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di
sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti

isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,

Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak

membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.

Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi

Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya

mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,

Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda

ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa
izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh
Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang
terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu
inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan
wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya

apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah

tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat

suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.

Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan

tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan

laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha
menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya.
Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh

Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut.
Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke
situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di
Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di
Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan
perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil
untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr. Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang
yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif,
Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’. Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

Bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal,
sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah dapat memupuk amalan membaca dari diri
setiap pembaca. Hal ini mampu menarik perhatian setiap pembaca bagi membaca lebih banyak
buku. Seterusnya, novel ini banyak memperkenalkan budaya Sarawak dan secara tidak
langsung pembaca dapat mempelajari budaya yang terdapat di Sarawak. Di samping itu,
terdapat nilai-nilai murni yang dapat diperolehi. Antaranya, nilai peramah yang diperolehi dari
watak di dalam novel ini. Selain itu, novel ini dapat mempromosikan sektor pelancongan di
Sarawak. Hal ini kerana, terdapat banyak penceritaan tentang Sarawak yang ditulis oleh
penulis. Akhir sekali, semangat kemasyarakatan dapat dipupuk melalui novel ini. Oleh itu, kita
dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara satu sama lain.

5 KEKURANGAN NOVEL

Antara kekurangan novel ini ialah sikap buruk watak di dalam novel ini iaitu membuat
pembedahan plastik. Hal ini bertentangan dengan agama dan dapat memberi contoh buruk
kepada pembaca. Selain itu, jalan penceritaan yang tidak berkaitan dengan tajuk yang
sepatutnya memperkenalkan budaya Sarawak. Sebaliknya, menekankan tentang kisah hidup
watak dalam novel ini. Seterusnya, novel ini mempunyai peristiwa yang tidak masuk akal.
Contohnya ialah keputusan watak utama yang menerima bekas suaminya yang telah
menceraikannya oleh kerana anak mereka tidak cantik. Di samping itu, penggunaan bahasa
yang tidak difahami. Hal ini menyukarkan pembaca bagi memahami cerita yang ingin
disampaikan. Akhir sekali, terdapat contoh buruk yang terdapat dalam novel ini. Hal ini tidak
patut dicontohi oleh setiap pembaca.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah mengurangkan sikap-sikap negatif
di dalam novel ini. Hal ini dapat memberi contoh yang buruk kepada pembaca. Seterusnya,
penulis perlu menekankan tentang tajuk utama novel ini iaitu budaya di Sarawak. Hal ini bagi
para pembaca dapat memperoleh dan mempelajari budaya-budaya di Sarawak. Selain itu,
penulis perlu lebih mengetengahkan contoh yang baik agar pembaca dapat mengikutinya. Di
samping itu, penulis juga perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh setiap
pembaca. Hal ini bagi mengelakkan pembaca dari bosan membaca novel ini. Akhir sekali,
penulis perlu mengurangkan peristiwa yang tidak memberi pengajaran kepada pembaca agar
tidak merumitkan jalan cerita.

PENGENALAN NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI
RAHAYU MOHD YUSOP

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesa alam.

BIOGRAFI SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat
lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9,
Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor
Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin
College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun,
Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

KULIT NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.

Bab 2

Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa
terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham
yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang
dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik
tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial
menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai
minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya
untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad

Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya
akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun

Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

Bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan
projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum
pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga

orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun
penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan
bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik.
Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan
sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk
berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka
solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan
Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad
Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan
diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama.
Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak
memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

Bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa

ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

Bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh

perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran
ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan novel ini ialah jalan penceritaan yang mudah difahami. Hal ini dapat memudahkan
pembaca dalam memhami plot penceritaan novel. Seterusnya, mempunyai plot penceritaan
yang menarik. Novel ini berkisahkan tentang fiksi yang sangat menarik. Di samping itu, novel
ini juga menceritakan tentang keburukan pencemaran cahaya di langit. Oleh yang demikian,
kita dapat bersama menjaga alam sekitar bagi menghindarkan pencemaran. Selain itu, terdapat
niilai-nilai murni di dalam novel ini. Pembaca dapat mengambil iktibar dari cerita yang
disampaikan. Akhir sekali, kita dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan alam sekitar
berdasarkan contoh peristiwa yang berlaku.

5 KEKURANGAN NOVEL

Antara kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah plot penceritaan yang pantas. Hal
ini membuatkan pembaca kurang memahami peritiwa yang berlaku. Seterusnya, terdapat babak
ngeri di dalam novel ini. Pembaca akan berasa kurang selesa membaca babak tersebut. Selain
itu, cerita yang agak lari dari tajuk. Pembaca mungkin beranggapan bahawa novel ini berkaitan
dengan angkasa lepas seperti bulan dan bintang namun ia sebaliknya. Di samping itu,
penggunaan warna bagi kulit novel yang kurang menarik membuatkan pembaca kurang
berminat bagi membaca novel tersebut. Akhir sekali, terdapat sikap buruk dalam novel ini yang
memberi contoh tidak baik. Sebagai contoh. Perasaan hasad dengki yang boleh menjejaskan
kehidupan masyarakat.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Bagi pendapat saya, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penulis boleh
memperlahankan plot penceritaan tersebut. Oleh itu, pembaca akan lebih memahami peristiwa
yang ingin disampaikan. Selain itu, penulis digalakkan membuang babak ngeri yang terdapat
dalam novel ini bagi mengelakkan pembaca berasa kurang selesa. Seterusnya, penulis juga
boleh mengetengahkan idea berkenaan angkasa lepas agar kena akan tajuk yang diberikan. Di
samping itu, penulis juga boleh mengubah warna kulit novel agar menjadi lebih kreatif. Hal ini
bagi menarik perhatian pembaca. Akhir sekali, penulis juga boleh mengubah sikap buruk dan
menambah nilai murni dalam novel ini.

PENGENALAN NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR
PARMAN

Novel Silir Daksina mencertakan tentang kehidupan seorang remaja Bernama Haiqal Hakimi.
Beliau menghadapi konflik keluaraga apabila penceraian ibu bapa berlaku.

BIOGRAFI NIZAR PARMAN

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin
Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam,
Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara
peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan
penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

KULIT NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.

Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin

Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan

terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang

amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk

memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik

tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat..
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiaql
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

Bab 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. ementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai,
Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Bab 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk
dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak
sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta
tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil
bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting.
Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah
dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku.
Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik
guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang
Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.

Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa. ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk
dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke
Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana
terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke
Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim
meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar
dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal,
Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah
aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. iii Sesi latihan tarian zapin bermula
malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan
kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji
Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang
ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang
rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan
rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi
menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama. Hal ini kerana perpecahan
dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi
tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam
agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku
tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama
tewas dengan masalah hidupnya sendiri. iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah
memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi
puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang
minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak

dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu
mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling
sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan
kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan
deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi
lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak.
Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga
dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima
kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta
aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah
pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak
muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam
dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan
kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad,
Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam
seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah
penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku
masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk. Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret
ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku
menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir
direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin
dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya
dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak.
Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya
pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling
dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja
mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan
memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB
Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15
malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para

pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari
persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang
baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk
menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan
menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula
meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak
sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu
aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ
Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu
bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang
anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling
memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan
dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya. viii Kampung Seri
Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan
Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan
seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak.
Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat
berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh
Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah
memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang
dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling
tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama
bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.
ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi..
Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya
berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis.

Bab 4
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna
Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-
benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.

Bab 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun

Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.

Bab 6
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

Bab 7

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

Bab 8

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.


Click to View FlipBook Version