The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mira, 2022-06-11 07:20:49

kajian 8 novel

Nama : Amirah Aqilah binti Sharunizam
Kelas : 4 Mawardi
No. Matab : PB190001

Bab 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah kita dapat mengetahui tentang tarian Zapin
yang merupakan satu tarian tradisional. Secara tidak langsung, kita dapat memperolehi ilmu
baharu berkaitan tarian tersebut. Seterusnya, terdapat peristiwa yang menyentuh hati.
Antaranya, sikap berdedikasi Haiqal untuk mencari ayahnya. Selain itu, terdapat nilai-nilai
kemasyarakatan yang dapat dicontohi. Para pembaca dapat mengetahui peristiwa yang berlaku
dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, novel ini juga mempunyai jalan penceritaan yang
baik. Akhir sekali, kita dapat mencontohi sikap baik watak yang terdapat dalam novel ini agar
dapat dijadikan iktibar.

5 KEKURANGAN NOVEL

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah plot penceritaan yang kurang tersususun.
Hal ini dapat mengelirukan pembaca. Seterusnya, kisah sebegini agak biasa diceritakan sama
ada dalam drama atau realiti. Hal ini membuatkan kisahnya mempunyai konsep yang sama
dengan cerita lain. Selain itu, novel ini kurang menarik dari novel tingkatan lima yang lain. Di
samping itu, novel ini juga mudah dijangka oleh pembaca. Hal ini menyebabkan pembaca
berasa bosan. Akhir sekali, pemilihan kulit novel yang tidak menarik dan kelihatan seram. Oleh
itu, pembaca kurang berminat bagi membaca novel ini.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penuis boleh memperbaiki
plot penceritaan agar menjadi lebih menarik dan tersusun. Seterusnya, penulis boleh mengubah
konsep novel ini. Hal ini agar, jalan cerita tidak menjadi bosan. Di samping itu, penulis juga
perlu memperbaiki penulisan agar pembaca tidak dapat menjangka akan plot novel ini.Selain
itu, penulis juga boleh menambah nilai murni dalam novel ini. Hal ini agar setiap pembaca
dapat menjadikan tauladan dalam diri. Akhir sekali, pemilihan kulit novel yang lebih menarik
juga boleh ditambah agar novel tidak kelihatan suram dan lebih menarik.

RUJUKAN

Novel Leftenan Adnan
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
- http://saljuhumairah.blogspot.com/2011/01/siri-kenali-penulis-abdul-latip-bin.html
- https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html
Novel Di Sebalik Dinara
- https://www.academia.edu/42032939/DI_SEBALIK_DINARA
- https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
- http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/di-sebalik-dinara.html
Novel Jendela Menghadap Jalan
- http://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html
- https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
- http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-
yang.html
Novel Pantai Kasih
- https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
- http://uthayasankarsb.blogspot.com/2009/09/azmah-nordin.html
Novel Songket Berbenang Emas
- http://www.pendidikanmalaysia.net/2018/07/nota-novel-songket-berbenang-
emas.html#gsc.tab=0
- https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html
- http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html?m=1
Novel Tirani
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html

- https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
- https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
Novel Bimasakti Menari
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
- http://klikweb.dbp.my/?p=11109
Novel Silir Dkasina
- https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-mengikut-
bab/
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html


Click to View FlipBook Version