The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN BAB 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Suri, 2021-10-15 08:19:41

Q&A SEM 2 BAB 4 PEMBUATAN KEPUTUSAN

KOLEKSI SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN BAB 4

Keywords: SEM 2 BAB 4

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 1 & 2

1. Terangkan dua alat membuat keputusan kuantitatif. [4]
2. Terangkan tiga faktor situasi pembuatan keputusan. [6]
3. Diberikan data berat gula (dalam unit ribu tan) yang dapat diproses oleh sebuah
kilang pemprosesan gula di Perlis antara Januari 2010 hingga Januari 2016 adalah
seperti berikut:

89, 87, 88, 83, 86, 82, 84
Hitung min, median, julat dan sisihan piawai. [6]
4. Terangkan dua jenis keputusan dalam penyelesaian masalah.[4]
5. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan sumbang saran? [1]
(ii)Nyatakan tiga peraturan yang harus diikuti semasa proses sumbang saran. [3]

6. Jelaskan bagaimana faktor kecekapan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat
pengeluaran kereta mempengaruhi pembuatan keputusannya untuk mengeluarkan
kereta model baharu. [6]
7. Jelaskan dua jenis keputusan tak rutin. [6]
8. Galurkan empat langkah dalam menggunakan kaedah analisis tulang ikan. [4]
9. Jelaskan kegunaan pokok keputusan sebagai satu alat pembuatan keputusan oleh
pengurus. [6]
10. Senaraikan empat langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan
rasional. [4]

CADANGAN JAWAPAN

1. Terangkan dua alat membuat keputusan kuantitatif. [4]

Dua alat membuat keputusan kuantitatif ialah:
i) Statistic deskriptif (1m) – satu kaedah di mana maklumat berangka akan

dikumpulkan, disusun dan dianalisis untuk membuat keputusan (1m)

ii) Pokok keputusan (1m) – merupakan satu model grafik yang mnunjukkan
kelebihan dan kebarangkalian sst keputusan yang diambil (1m)

2. Terangkan tiga faktor situasi pembuatan keputusan. [6]

Faktor situasi pembuatan keputusan ialah:
i) PK dalam keadaan kepastian (1m)
- pembuat keputusan boleh membuat keputusan dgn mudah kerana mempunyai

maklumat yang lengkap dan tepat tentang punca masalah (1m)

ii) PK dalam keadaan risiko (1m)

- Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang kurang lengkap atau tepat,
justeru keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kebarangkalian (1m)

iii) PK dalam keadaan ketidakpastian (1m)

- Pembuat keputusan terpaksa menggunakan kreativiti utk membuat ramalan
kerana ia tdk mempunyai maklumat lengkap utk membuat sst keputusan (1m)

3. Diberikan data berat gula (dalam unit ribu tan) yang dapat diproses oleh sebuah
kilang pemprosesan gula di Perlis antara Januari 2010 hingga Januari 2016 adalah
seperti berikut:

89, 87, 88, 83, 86, 82, 84
Hitung min, median, julat dan sisihan piawai. [6]

i) Min = 89 + 87 + 88 + 83 + 86 + 82 + 84/ 7
= 85. 57 ribu tan (1m)

ii) Median = 86

iii) Julat = 89 -82 = 7 ribu tan (1m)

iv) Sisihan piawai = ( Xi – 85.57)/ 7 = 41.82/6 = 2.64 ribu tan (1m)

4. Terangkan dua jenis keputusan dalam penyelesaian masalah.[4]

Jenis keputusan dalam penyelesaian masalah ialah:
i. Keputusan rutin (1m)

- Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dan
boleh dijangka (1m)

- Keputusan dibuat berdasarkan garis panduan yg ditetapkan spt polisi, prosedur
dan peraturan (1m)

ii. Keputusan tak rutin (1m)

- Keputusan yang dibuat utk menyelesaikan sesuatu masalah baru, unik dan tidak
pernah berlaku atau tidak dijangka (1m)

- Keputusan ini memerlukan pendekatan adaptif dan inovatif dalam penyelesaian
mmasalah berkenaan (1)

5. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan sumbang saran? [1]
(ii)Nyatakan tiga peraturan yang harus diikuti semasa proses sumbang saran. [3]

i. Sumbang saran ialah satu kaedah kumpulan utk menjana idea bg penyelesaian
sesuatu masalah oleh beberapa ahli dalam satu kumpulan (2m)

ii. Peraturan yg harus diikuti semasa proses sumbang saran ialah:

- Setiap ahli kumpulan bebas memberikan idea sebanyak yang boleh tanpa
memikirkan kualiti idea berkenaan (1m)

- Ahli lain dlm kumpulan tdk blh membuat komen atau kritikan apabila ahli lain
mengeluarkan idea sebaliknya idea mesti diterima dan dicatatkan (1m)

- Setiap idea yg telah dicatatkan akan dibincangkan satu persatu dgn setiap ahli
mengeluarkan pandangan dan komen masing2 ttg kelebihan dan
kekurangannya (1m)

- Idea yg mempunyai paling byk kelebihan dan paling minima kekurangan akan
dipilih oleh kumpulan sbg penyelesaian sst masalah (1m)

6. Jelaskan bagaimana faktor kecekapan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat
pengeluaran kereta mempengaruhi pembuatan keputusannya untuk mengeluarkan
kereta model baharu. [6]

Faktor kecekapan Ketua Pegawai eksekutif mmpengaruhi pembuatan keputusannya
untuk mengeluarkan model baharu ialah:

- Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kereta berkenaan mestilah mempunyai
pengalaman, kemahiran dan pengetahuan (1m) agar dpt mengkaji keadaan
ekonomi, keadaan pasaran dan kekuatan scr berkesan sama ada utk menghasil
model kereta baharu ataupun mengubah suai model yg sedia ada (1m)

- Ketua Pegawai Eksekutif harus mempunyai pelbagai kemahiran pengurusan spt
kemahiran konseptual dan antara perorangan (1m) yg akan membantunya
mengkaji kelemahan dan kekutan dalaman syarikat (1m) supaya dpt membuat
keputusan yang cekap dlm penghasilan model baharu supaya keluaran berkualiti
tinggi dgn kos yang minimum agar dpt menguasai pasaran serta mengatasi
pesaing (1m)

7. Jelaskan dua jenis keputusan tak rutin. [6]

i. Keputusan bersifat adaptif (1m)
- keputusan yg memerlukan pengubahsuaian drpd kptsn yg bersifat rutin kerana

berlaku perubahan ttt (1m)

- cthnya, utk mengurangkan kos pengeluaran kerana kenaikan gaji minima,
syarikat mengurangkan bilangan teaga pekerja dan menambahkan automasi
dlm operasi pengeluaran (1m)

ii. Keputusan bersifat inovatif (1m)

- keputusan yg memerlukan satu pendekatan yg baharu dlm usaha
menyelesaikan satu masalah tdk berstruktur yg unik dan jarang berlaku (1m)

- cthnya, kenaikan harga minyak yg mendadak dan tinggi menyebabkan syarikat
pengeluaran kereta memperkenalkan kereta yg tdk menggunakan minyak
tetapi dipandu menggunakan kuasa bateri semata-mata (1m)

8. Galurkan empat langkah dalam menggunakan kaedah analisis tulang ikan. [4]

Langkah dalam menggunakan kaedah analisis tulang ikan ialah:
i. Mengenal pasti masalah utama terlebih dahulu (1m)
ii. Menyenaraikan sebab2 utama melalui teknik sumbang saran (1m)
iii. Mengenal pasti sebab sampingan kpd setiap sebab utama (1m)
iv. Mengenal pasti sebab sebenar dan membuat kesimpulan yg menyumbangkan kpd

masalah (1m)

9. Jelaskan kegunaan pokok keputusan sebagai satu alat pembuatan keputusan oleh
pengurus. [6]
Kegunaan pokok keputusan sbg satu alat pembuatan keputusan oleh pengurus ialah:
- Pokok keputusan adlh alat membuat kptsn kuantitatif (1m)

- Merupakan satu model grafik yg dibina dgn cr berurutan utk menunjukkan
struktur keutamaan dlm mengambil apa2 tindakan (1m)

- Dikaitkan dgn kelebihan2 dan kebarangkalian kpd setiap jln keputusan yg diambil
(1m)

- Pengurus blh menggunakan pokok keputusan utk menganalisis situasi dan
akibat2 bg sst pilihan dlm membuat keputusan (1m)

- Dlm rajah pokok keputusan, terdpt symbol spt anak panah, bulatan dan segi
empat yg menggambarkan alternative, kebarangkalian dan pulangan (1m)

- Pengurus membuat pemilihan alternative berdasarkan pulangan jangkaan
tertinggi drpd bbrp alternative yg ada (1m)

10. Senaraikan empat langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan
rasional. [4]

4 Langkah pertama dlm proses pembuatan keputusan
rasional ialah:
i. Mengenal pasti masalah (1m)

ii. Mengutip data (1m)

iii. Menganalisis data (1m)

iv. Menjana alternative (1m)

SEKIAN, TERIMA KASIH
JUMPA LAGI

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 1 & 2

1. (i) Apakah itu statistic deskriptif? [2]
(ii)Terangkan dua alat statistic deskriptif. [2]

2. Jelaskan penggunaan analisis tulang ikan sebagi satu alat pembuatan
keputusan. [6]
3. Terangkan tiga kelebihan alat keputusan kuantitatif. [6]
4. Nyatakan empat kelemahan Teknik Delphi sebagai alat pebuatan keputusan. [4]
5. Berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan terangkan
tiga faktor kecekapan pembuat keputusan. [6]

6. Lakarkan secara lengkap rajah analisis tulang ikan. [5]
7. Terangkan dua pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan dalam proses
pembuatan keputusan. [4]
8. Nyatakan lima ciri pemikiran kreatif. [5]
9. Jelaskan maksud keputusan tak rutin dan huraikan kepentingan keputusan
tersebut kepada pengurusan peringkat atasan. [5]

CADANGAN JAWAPAN

1. (i) Apakah itu statistic deskriptif? [2]
(ii)Terangkan dua alat statistic deskriptif. [2]

i. Statistic deskriptif – merupakan alat pembuatan keputusan kuantitatif (1m) yg
menggunakan angka dan data yg dikumpul, dianalisis dan ditafsir sblm
membuat keputusan (1m)

ii. Alat statistic deskriptif :

- min: nilai purata yg diperolehi dgn membahagikan jumlah nilai data dgn
bilangan data (1m)

- julat: ukuran perbezaan antara nilai terbesar dgn nilai terkecil dlm suatu set
data (1m)

2. Jelaskan penggunaan analisis tulang ikan sebagi satu alat pembuatan
keputusan. [6]

Penggunaan analisis tulang ikan sbg satu alat pembuatan keputusan ialah:
- Analisis tulang ikan ialah alat membuat keputusan kualitatif (1m)

- Analisis ini adlh model grafik yg berbentuk tulang ikan utk mengenal pasti
punca2 sst mslh, cthnya mslh kejatuhan dlm bilangan perabot yg dikeluarkan
syarikat (1m)

- Masalah utama ditulis pd kepala ikan manakala tulang2 ikan mewakili punca2
utama (1m) yg berkaitan dgn bhn, manusia, kaedah dan mesin (1m)

- Masalah utama ditulis pd kepala ikan manakala tulang2 ikan mewakili punca2
utama (1m) yg berkaitan dgn bhn, manusia, kaedah dan mesin (1m)

- Teknik sumbng saran digunakan utk mendapatkan sub punca masalah (1m)
cthnya, bhn mentah yg usang dan mesin yg sentiasa rosak (1m)

- Melalui analisis ini, satu keputusan dibuat bg menyelesaikan sst mslh yg timbul
berdasarkan punca mslh sebenar yg wujud (1m) cthnya, kejatuhan dlm bilangan
perabot yg dikeluarkan adlh berpunca drpd mutu bhn mth yg rendah dan
pekerja yg kurang mahir menggunakan mesin canggih (1m)

3. Terangkan tiga kelebihan alat keputusan kuantitatif. [6]

Kelebihan alat keputusan kuantitatif ialah:
i. Keputusan yg dibuat berbentuk objektif (1m) kerana menggunakan data2 utk

membuat analisis dan perbandingan (1m)

ii. Proses pembuatan keutusan adlh lbh cepat (1m) kerana pembuat keputusan blh
menggunakan alat2 spt computer dan perisian computer (1m)

iii. Dpt menjimatkan kos pemprosesan (1m) kerana proses membuat keputusan blh
menggunakan peralatan computer (1m) dan ini seterusnya meningkatkan
kecekapan dlm pegeluaran (1m)

4. Nyatakan empat kelemahan Teknik Delphi sebagai alat pebuatan keputusan. [4]
Kelemahan Teknik Delphi sbg alat pembuatan keputusan ialah:
- Keahlian panel mungkin berubah jika proses berterusan utk masa yg panjang

(1m)

- Wujud kemungkinan ahli panel yg memberi idea kurang kepakaran dlm bdg
berkenaan (1m)

- Oleh kerana identity ahli panel dirahsiakan, kemungkinan wujud sikap kurang
bertanggungjawab dlm kalangan panel (1m)

- Kemungkinan besar pencapaian kata sepakat tdk tepat kerana soalan yg
diajukan kpd ahli panel kurang jelas (1m)

5. Berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan terangkan
tiga faktor kecekapan pembuat keputusan. [6]

Faktor kecekapan pembuat keputusan ialah:
1. Personality pembuat keputusan (1m)

- Sama ada pembuat keputusan bersifat konservatif atau kesempurnaan (1m)

2. Kebijaksanaan pembuat keputusan (1m)

- Hal ini bergantung kpd taraf pendidikan, pengalaman dan pengetahuan yg
dimiliki (1m

3. Kreativiti pembuat keputusan (1m)

- Membolehkan pembuat keputusan menghasilkan idea baharu yang membantu
menghasilkan keputusan yg berkualiti dan dgn cepat (1m)

6. Lakarkan secara lengkap rajah analisis tulang ikan. [5]

Rajah analisis tulang ikan:

(a) Rajah analisis tulang ikan: Mesin
Bahan mentah

Kurang bermutu Tidak cukup Usang

Tidak sistematik Sering rosak Keluaran
Kaedah tidak
Tradisional Malas Kurang mahir
berkualiti

Manusia

7. Terangkan dua pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan dalam proses
pembuatan keputusan. [4]

Dua pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan dlm proses pembuatan
keputusan ialah:
1. Personality (1m)

- Personality pembuat keputusan terbahagi kpd dua iaitu konservatif dan
mementingkan kesempurnaan (1m)

- Personality yg konservatif merujuk kpd sifat pembuat keputusan yg berhati2 sms
mengambil keputusan terutama keputusan yg berisiko tinggi (1m)

2. Kebijaksanaan (1m)

- Merujuk kpd tahap pendidikan, pengalaman dan pengetahuan yg dimiliki oleh
pembuat keputusan (1m)

- Golongan berpendidikan tinggi akan membuat keputusan yg lbh berkesan berbanding
dgn golongan berpendidikan rendah (1m)

3. Amalan nilai dalam kehidupan (1m)

- Merujuk kpd pendirian/ pendangan/ pegangan/ amalan pembuat keputusan berkaitan
dgn aspek ptg dlm kehidupan spt kewangan dan kualti kerja (1m)

- Amalan nilai dalam kehidupan merangkumi nilai teorikal, nilai ekonomi, nilai estetika,
nilai social nilai politik dan nilai agama (1m)

4. Intuisi (1m)

- Merujuk kpd gerak hati pembuat keputuan sms membuat pertimbngan bg tujuan
membuat sst kptsn (1m)

- Intuisi dicorakkan oleh pengalaman atau pengetahuan dan kemunasabahan drpd
sst pengalaman tanpa bergantung pd teknik analisis dan kaedah (1m)

8. Nyatakan lima ciri pemikiran kreatif. [5]
Lima ciri pemikiran kreatif ialah:
1. Menghasilkan idea baharu (1m)
2. Melihat sst dr pelbagai sudut (1m)
3. Menghasilkan konsep baharu (1m)
4. Sanggup mencabar apa2 yg dianggap betul dan diterima umum pd ms kini (1m)
5. Menghasilkan kaedah baharu (1m)
6. Berfikiran jauh ke hadapan/ berwawasan (1m)

9. Jelaskan maksud keputusan tak rutin dan huraikan kepentingan keputusan
tersebut kepada pengurusan peringkat atasan. [5]

Maksud keputusan tak rutin dan kepentingan keputusan tak rutin kpd pengurusan
peringkat atasan ialah:

Maksud:
- Merupakan penyelesaian masalah dlm situasi yg tdk lazim (1m)

- Penyelesaian masalah yg tdk dijangka (1m)

Kepentingan kpd pengurusan atasan ialah:
- Melibatkan penentuan hala tuju/ strategi organisasi (1m)
- Melibatkan komitmen sumber (1m)
- Melibatkan byk pihak (1m)
- Melibatkan risiko yg tinggi (1m)

SEKIAN, TERIMA KASIH
JUMPA LAGI

STPM
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 2

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN
ULANGKAJI: SOALAN & CADANGAN JAWAPAN

SIRI 3

1. Terangkan tiga maklumat relevan yang diambil kira semasa membuat keputusan
tentang pembelian sebuah kenderaan untuk kegunaan pengangkutan bagi sebuah
perniagaan pembekal barang runcit. [6]
2. Sebuah syarikat pengeluar kain mulai mengalami kerugian sejak kebelakangan
ini. Huraikan punca2 kecil bagi masalah tersebut melalui kaedah analisis tulang
ikan. [5]
3. Jelaskan pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembuat keputusan semasa
membuat pemilihan sesuatu alternative. [6]
4. Senaraikan lima asas utama Teknik Delphi seperti yang diperkenalkan oleh
Lintone dan Turoff. [5]
5. Jelaskan maksud min, median, mod, julat dan sisihan piawai dalam pengiraan
statistik deskriptif. [5]

6. Senaraikan jenis-jenis data dan maklumat luaran organisasi yng biasanya dikutip
semasa proses pembuatan keputusan.[5]
7. Berikan lima kelebihan penggunaan konsep e-dagang sebagai saluran untuk
memasarkan produk syarikat. [5]
8. Terangkan dua kaedah penilaian alternative bagi data kualitatif dalam proses
pembuatan keputusan yang rasional [5]
9. Huraikan penggunaan statistic dalam perniagaan bg bidang berikut:

i) Bidang pengeluaran [2]

ii) Bidang pemasaran [2]

iii) Bidang kewangan [2]

10. Nyatakan enam jenis perniagaan e-dagang yang wujud sekarang. [6]

CADANGAN JAWAPAN

1. Terangkan tiga maklumat relevan yang diambil kira semasa membuat keputusan
tentang pembelian sebuah kenderaan untuk kegunaan pengangkutan bagi sebuah
perniagaan pembekal barang runcit. [6]

Tiga maklumat relevan yg diambil kira semasa membuat keputusan ttg pembelian
sebuah kenderaan utk kegunaan pengangkutan bg sebuah perniagaan pembekal
brg runcit ialah:

1. Saiz kenderaan –bergantung pd saiz brg perniagaan (1m)

2. Harga kenderaan/ kaedah pembayaran – harga berpatutan mengikut keupayaan
kewangan perniagaan (1m)

3. Penjimatan penggunaan bhn bakar – mengurangkan perbelanjaan perniagaan dr
segi kos myk petrol (1m)

4. Ciri keselamatan kenderaan – mengurangkan risiko yg perlu ditanggung oleh
pemilik perniagaan spt kecurian, kemalangan dan kebakaran (1m)

5. Aksesori kenderaan – kenderaan dilengkapi pelbagai peralatan tamabhan spt
tmpt letk brg/ kargo (1m)

6. Perkhidmatan slps jualan/ waranti – menjimatkan kos penyenggaraan/
penggantian alat ganti scr percuma utk tmph ttt (1m)

2. Sebuah syarikat pengeluar kain mulai mengalami kerugian sejak kebelakangan
ini. Huraikan punca2 kecil bagi masalah tersebut melalui kaedah analisis tulang
ikan. [5]

Punca2 kecil bg mslh kerugian yg sdg dihadapi oleh sebuah syarikat pengeluar kain
melalui kaedah analisis tulang ikan ialah:
1. Mesin – usang, selalu rosak (1m)

2. Bahan mentah – tdk bermutu, tdk mencukupi(1m)

3. Metod/ kaedah – teknologi pengeluaran yg lapuk (1m)

4. Manusia – kurang mhir/ malas (1m)

3. Jelaskan pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembuat keputusan semasa
membuat pemilihan sesuatu alternative. [6]

Pertimbangan yg perlu dibuat oleh pembuat keputusan sms membuat pemilihan
sst alternative ialah:
1. Kawalan – adakah pelaksanaan alternative ini berada dlm kawalan kita ? (1m)

2. Kesesuaian – adakah alternative ini dpt menyelesaikan masalah tersebut?

3. Keperluan sumber – mampukah kita melaksanakannya? Kecukupan sumber
manusia, wang, peralatan dsb )

4. Faedah – adakah alternative ini berfaedah ?
5. Jangka masa – berapa lama sblm kita dpt melihat hasilnya?
6. Kebolehterimaan – adakah ahli dlm organisasi akan menerima alternative ini ?

4. Senaraikan lima asas utama Teknik Delphi seperti yang diperkenalkan oleh
Lintone dan Turoff. [5]

Lima asas utama Teknik Delphi ialah:

1. Sampel dipilih scr berasingan dan setiap sampel tdk mengetahui jawapan sampel
lain di dalam panel (1m)

2. Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain dlm pusingan kedua apabila
penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kpd setiap
ahli panel (1m)


Click to View FlipBook Version