PENYERTAAN SECARA AKTIF (AKTIVITI 1) MASA: 30 minit
Aktiviti 2:
1. Murid diminta mencuba sendiri dengan menggunakan contoh praktik untuk melihat
sendiri fail yang terhasil. Murid juga diberi contoh yang mempunyai Permission
Error dan dikehendaki untuk membetulkan untuk mendapat output yang sepatutnya.
(Lampiran 2)
Murid dibenarkan untuk mencari contoh dari Internet dan mereka perlu
mengubah atur cara tersebut mengikut kesesuaian.
Aktiviti 3
1. Murid diminta untuk mengubahsuai skrip untuk membaca fail yang disimpan
menggunakan fread() dan dipamerkan kepada pengguna.
2. Murid diminta untuk memastikan sama ada data di dalam fail yang disimpan adalah
sama seperti yang dibaca atau dipamerkan.
KESIMPULAN MASA: 5 minit
Murid ditanya:
1. Apakah aplikasi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Sistem Fail di dalam
PHP Contoh jawapan: Membina Applikasi To-Do list, Membina Applikasi
menyimpan rekod maklumat dan sebagainya
2. Adakah Sistem Fail berupaya untuk menyimpan data selain teks?
Contoh
jawapan: Ya. Pelbagai jenis data boleh disimpan dengan menggunakan Sistem Fail
contohnya gambar, muzik, video dan lain-lain.
TOPIK AKAN DATANG MASA: 5 minit
Guru bertanya kepada murid:
Apakah pendapat mereka sekiranya Bahasa HTML and PHP digabungkan?
Adakah ia boleh menghasilkan laman web yang lebih interaktif?