1 KOLEKSI PUISI NUKILAN RASA UNTAIAN JIWA HJ MOHD NAZRI BIN MUHAMMAD
2 1. IBU BERBOHONG UNTUKMU ANAKKU Ibu kita sering kali berbohong untuk kita ibu kita terlalu banyak menipu untuk kita ibu kita pendusta untuk kita. Bohong ibu kita menipu ibu kita dusta ibu kita tiada lain untuk melihat kita gembira tiada lain untuk melihat kita kenyang dengan makanan tiada lain untuk melihat kita Berjaya. Ibu kita pandai berbohong dia lapar dikatakannya kenyang disuap nasi untuk kita dahulu dia sakit dikatakan sihat mendukung kita ke sana ke mari dia penat disembunyikan penatnya untuk makan kita dia berbaju lama dikatakan baju baru yang baru dipakai dia batuk lelah dikatakan hanya sedikit nak. Ibu kita berbohong semua itu menanggung keperitan semua ini untuk melihat kita kenyang bila kita lapar untuk melihat kita berbaju baru bila raya untuk melihat kita gembira bila meminta. Kita yang bodoh ketika itu mengangguk gembira kita yang bodoh semasa itu hati senang dengan kekeyangan kita yang masih bodoh semasa itu sentiasa meminta pada ibu kita.
3 Bodoh kita dahulu dengan dusta ibu adakah sampai ke tua kita pernah ke terbayang ibu kita bohong kita dahulu bergaji besar,berpangkat tinggi adakah kita masih bodoh. Agungnya seorang ibu kalaulah umurnya panjang akan diagihkan umurnya untuk anaknya kalau anaknya sakit menangis kering airmata berdoa untuk kita. Kalau si anak mati ibu pembohong inilah yang menangis tidak terhenti sehingga habis usia tiada yang tandingnya tangisan sedih dan sayang pada anaknya yang telah pergi. Anak jangan kita bodoh selamanya selamilah ibu mu yang masih ada dengan penuh kasih sayang bersedekahlah untuk ibu mu yang telah pergi bertanya khabarlah ibu mu yang masih ada dengan sedikit ruang masa beribadatlah dirimu untuk ibu mu yang menanti dirimu pulanglah ke pangkuan ibu mu mengisi kerinduan si ibumu basahilah bibirmu dengan ayat Al Quran untuk menjadi penawar taman pusara ibu mu. Anak…ibu berbohong untuk mu anakku ampunkan ibu halalkan ibu fahamilah anakku dusta ibu mu kerana ibu amat sayang pada mu anakku... Dari mnazri Pengetua SMK Mulong 4 April 2020 jam 9.15 malam
4 2.MENTERTAWA DUGAAN COVID 19 DARI ALLAH Percayalah wabak covid 19 ini adalah dugaan dari Allah tapi mengapa kita mempersendakan dugaan Allah ini kita mengejek dugaan Allah ini dengan membuat dan menyebarkan viral atau video pelbagai untuk diketawakan ada viral pakai coli perempuan tutup mulut dan pelbagai. Dugaan ini ada di kalangan rakan kita yang mati ada di kalangan rakan kita yang menjadi anak yatim ada di kalangan kita yang masih ditahan di hospital ada di kalangan kita bekerja di hospital 3 hari tidak pulang ada di kalangan kita yang bertugas di jalanraya ada di kalangan kita dapur tidak berasap kerana tidak dapat kerja. Tetapi kita gembira tetapi kita ketawa menyebar viral video covid 19 yang melucukan bagi kita hero rasa kita dapat sebarkan viral tersebut pada group lain. Sepatutnya kita sama sama berdoa kita sama sama simpati kita sama sama insafi kita sama sama hindari penyebar virus kita sama sama bantu yang miskin. Allah suka orang yang berdoa kepadaNya bila ditimpa dugaan Allah melihat ujian ini pada kita bukan kita ketawa dengan penyebar viral video mengejek dugaan Allah. Fikirlah semua sebagai renungan saya dan semua. Dari Mnazripengmulong covid 19 26march2020
5 3.PEMIMPIN MULUT PUAKA Pemimpin bermulut puaka bertopeng hulubalang pejuang bangsa dan agama berhujah berpidato di pelusuk penjuru negara kata dirinya yang benar pejuang bangsa, negara dan agama. Menuding jari ke hulu ke hilir orang lain pendahaka bangsa, agama dan negara tiada yang indah elok mereka lain darinya hanya diri dan rakitnya yang mampu berjuang untuk semua. Sekarang perahu sudah ada pendayungnya sekarang perahu sudah mampu menyusur arus sekarang harapan dan impian mereka yang termakan hujah menanti impian dan janjian gembira dan gembira hati mereka menanti harapan untuk bangsa, negara dan agama. Mungkin alam sudah muak loya dengan janji pemimpin mulut puaka hanya nasi basi dihidang pada kita hanya lauk lendir yang dimasak untuk kita hanya air sirap tanpa gula yang diminumkan kita. Yang lapar masih kelaparan yang miskin tentu miskin lagi yang mahal tidak turun harganya yang janji percuma tetap berbayar yang tidak mampu belajar tinggi jangan belajar yang tidak bekerja berpendidikan tinggi buat kerja sendiri yang berhutang terus berhutang. Bukan sesedap impian yang dijanji pada kita kerana pemimpin mulut puaka sering bergilih ganti tiada yang sejujur apa yang dibicara tiada yang sehebat semasa bicara.
6 Pabila berkuasa terlupa pemimpin mulut puaka pada skrip berbicara pabila berkuasa lain bicara pemimpin mulut puaka pabila berkuasa pemimpin mulut puaka lupa untuk kota apa yang dikata. Rakyat jelata tertipu dengan kata kata pemimpin mulut puaka pincang pula tarian hidup mereka tanpa terbela sang lalang mengangguk ditiup angin mendendangkan lagu pemimpin mulut puaka sudah bermaharajalela sombong berkereta pelusuk negara irama angkuh berlirikkan aku pemimpin setia. Aku berjanji dahulu bukan berjanji sekarang aku dahulu bukan aku sekarang aku pemimpin sekarang bukan pemimpin dahulu. Sang bulan dan bintang nun jauh di atas sedih termenung nasib pukulan pemimpin mulut puaka sambil tersenyum menanti rebahnya dan repuk pemimpin mulut puaka tersungkur dalam lembah hanyir yang penuh dengan dusta. Dan terus berdoa dan menanti tibanya pemimpin mulut puaka yang berhati waja mengkotakan apa yang dikata tidak lupa apa yang dibicara membawa irama tarian pejuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dengan harapan sang lalang pemimpin mulut puaka sebenar puaka untuk pejuangan nasib kita semua demi bangsa, agama dan negara. dari Mnazri 16march2020 Jam 6.13petang
7 4.HEBAT BICARA Hebat manusia kerana berbicara tak kala berbicara semua sang telinga yang ada terbuka mendengar mata bersinar menuju mencari haluan suara. Terkadang yang benar menjadi tidak benar terkadang yang salah menjadi benar itulah kehebatan bersuara mampu mempengaruhi mampu mengajak mampu menarik pada sang telinga pendengar kepada yang hebat bersuara kerana dengan suara juga Nabi Adam tertewas di syurga. Rasa megah dengan ilmu yang ada dilontarkan dengan suara yang berbisa terkadang ada yang menangis sang pendengar bila mendengar lontaran ini terkadang semakin jauh imannya sang pendengar bila mendengar lontaran ini terkadang semakin jauh hubungan sang pendengar bila mendengar lontaran ini. Kerana hebat berbicara tanpa ilmu berbicara kerana hebat berbicara tanpa ada bijaksana kerana hebat berbicara tanpa ada kejujuran dalam diri kerana hebat berbicara tanpa menilai kesusahan sang pendengar. Walaupun pembicara ada ilmu walaupun pembicara ada kejujuran walaupun pembicara ingin mendapat saham di hari esok. Tapi pembicara hebat berbicara kena belajar alunan tiupan angin berbicara kena belajar alunan deringan ombak yang berbeda pada masa yang berbeda kena belajar memukau hati dan perasaan pendengar bukan memaki hamun perasaan dan jiwa sang pendengar
8 Kerana ini lah indahnya ajaran Islam pada yang bijaksana Rasulullah walaupun si buta di pasar maki hamunnya namun baginda tetap berdoa dan layan si buta di pasar dengan baik. Kerana untuk mengajar orang berbuat baik adalah tugas kita pemimpin Allah tetapi hidayah itu adalah hak maha pencipta dan bukan yang hebat berbicara yang menjatuhkan hukum pada sang pendengar. Semoga sang hebat berbicara tidak dibicara di hati bicara yang kekal semoga sang hebat berbicara dan sang pendengar berbicara sama sama diterima yang maha berbicara di tempat yang mulia di hari bicara yang sekekal kekalnya. oleh: mnazri pengmulong 16march2020.12.47tgh
9 5.TIGA MINDA BAPA DI KAMPUNG DAUN Melintas Laut China Selatan Selat Sunda merempuh awan ribuan jauhnya menghambakan fikiran yang pekat dengan urusan kamar kerja. Bertemu minda bersujud salju di gigi batuan diselaputi dedaun hutan yang nyaman dengan nyaman derungan air terjun di kampung daun bandung membawa kelamik minda yang sarat dengan tugasan ditinggalkan di kamar kerja bersama rakan sehaluan yang sipi cemerlang menghirup udara hutan yang dingin nyaman hilang segala ingatan tugasan segala masalah bersama senyuman hati dan minda yang penuh ceria. Tiga kepala minda yang mengamit syahdu terbuang sudah acara fikiran lupa sudah kekalutan jiwa dan fikiran sekadar menghibur hati sementara menjamah urusan yang bakal tiba
10 Ya Allah rupanya bawanya minda di sini menggamat seribu keindahan alam anugerah Engkau yang maha berkuasa dipadu gaul dengan ketenangan yang mampu ku nikmati tanpa rasa rugi rasanya menyeberangi Laut China Selatan menyusuli Selat Sunda bertakhta di Kampung Daun Bandung Jawa Seribu ketenangan tiga minda bapa menggamit memori ketenangan jiwa. Dr mnazri pengmulong 13feb2020 3.09ptg bandung
11 6.RINDU KUCUPAN UNTUK IBU Sementara ibu kalian masih ada dialah pintu syurga untuk kita sanjungilah dia dengan nahkoda kasih sayang untuknya sementara dia masih ada. Cerewet tingkahlakunya semasa dia tua tapi itu semua adalah dugaan untuk kita ke Syurga dengan restu dia dengan aturan Allah melalui jalan ini kerana inilah salah satu jalan mudah untuk kita ke Syurga. Ibu yang tua selera makannya sudah tua cuma dengan semangat suapan seorang anak mungkin selera tuanya terbuka dengan hati yang gembira dengan restu dan doa beliau untuk kita agar sama sama ke Syurga nanti. Dahulu kucupan ibu kita ke dahi kita tidak pernah putus putus bibir dan hidungnya sentiasa di dahi dan pipi kita lontarlah kucupan kita pula untuk ibu kita pada saat ibu kita masih ada tapi kita percayalah bilangan kucupan ibu kita untuk kita jumlahnya melebihi dari kita alangkah indah dan tenang ke Syurga semoga Allah angkat kucupan kasih sayang kita untuk ibu itulah jalan kita ke syurga.
12 Dahulu ibu hiasi diri kita semua dengan pakaian yang terindah setakat kudrat beliau untuk kita dahulunya tidak pernah tubuh badan kita ibu kita biarkan terlanjang dari cuaca dan gigitan haiwan. Tutuplah dan hiasilah tubuh badan ibu kita yang amat mulia dengan pakaian yang seindah dari rezeki kita kerana keberkatan rezeki kita datangnya dari ibu kita yang mulia. Sungguh bahagia kiranya kita fahami anugerah seorang ibu pada kita yang masih ada. Hiasilah mereka dengan seribu kasih sayang seperti sang puteri yang mulia moga inilah jalan kita untuk ke syurga bersama ibu kita nanti. Bicara oleh mnazri peng.mulongcoretan jam 11.51tarikh 1feb.2020 sambil hayati meny Di maahad tahfiz darul naim Kelantan
13 7.PERINGATAN KEPIMPINAN " Keruntuhan sesebuah organisasi salah satunya berpunca dari orang tertinggi dalam organisasi tersebut samada organisasi kecil atau organisasi besar. Ia berlaku kerana ada niat jahat orang tertinggi dalam organisasi tersebut terutama untuk berada lebih tinggi dalam organisasi tersebut. Atau untuk menutup kelemahan sendiri mungkin kerana dia sendiri tidak berfungsi. Untuk semua ini dua cara biasanya dilakukan oleh orang sebegini yakni mendampingi ketua dan disogokkan ketua dengan pujian dan kata kata baik serta sogokan kebendaan. Kedua melalui mempengaruhi orang bawahan membenci ketua mereka dan biasa berada di pihak orang bawahan walaupun salah. Kalau ini berlaku runtuh dan huru hara organisasi tersebut dan lambat laung jatuhlah ketua tersebut di mata organisasi. Walau bagaimanapun kejatuhan organisasi juga disebabkan kepimpinan ketua itu sendiri. Fikir fikirlah dalam kita melaksana organisasi dan berada sebagai orang penting dalam sesebuah organisasi ." dr pengmulong 9dis2019 jam9.28 direstaurant lebai dollah shah alam
14 8.SIAPA PERJUANG KITA Kalau dahulu kita ada Tok Janggut, Mat Kilau dan Dato Bahaman bukan kekayaan yang mereka buru bukan pangkat yang mereka impikan bukan sanjungan yang mereka pinta. Tapi dari hati nurani mereka terpancar cahaya sanjungan hati ingin berbakti pada tanah air tercinta untuk bebaskan dari peragut penjajah. Bukan apa hasratnya untuk dinikmati tanah air bertuah ini untuk anak cucu akan datang yang tidak tahu erti semua ini. Tapi perjuangan mereka hingga ke mati untuk anak cucu akan datang menikmati sungguh murni hasrat ini tanpa diminta dibalas hingga ke mati. Siapa kini pejuang kini yang mampu menandingi hasrat dan pejuang pejuang begini dahulu bertunjangkan kedaulatan Melayu bersanjungkan Raja Melayu panji panji ini diperjuangkan demi tanah melayu. Bangkitkan semula impian ini bangkitkan semula perjuangan ini agar kita mengerti pejuang sejati. Cintakan perjuangan ini suburkan perjuangan ini agar kita pejuang kini tidak lupa diri.
15 Jangan sekali kita mendabik dada sebagai pejuang kalau tanah air kita tergadai jangan sekali kita berbicara besar kata kita pejuang kalau anak bangsa sejati Tanah Melayu mundur mati kelaparan jangan sekali kita berkata kita pejuang negara era sekarang kalau rakyat terus miskin kita yang kaya raya jangan sekali kita berbangga kita pejuang negara dan bangsa melayu kalau kita punca bangsa melayu berpecah belah jangan sekali kita merasa selesa pejuang bangsa dan negara kalau kita hanyut dengan tipu helah penderhaka negara. Jangan sekali kita merasa bermegah pemimpin kaum melayu kalau kita sekadar jaguh berbicara tetapi hak melayu tergadai entah ke mana. Jangan sekali kita petah berpidato di dewan pemimpin negara kalau sekadar mencari populariti tetapi kita sendiri pengkhianat bangsa dan negara. Sedarlah semua tidak kira pemimpin dan rakyat jelata tanah air yang tercinta bangsa melayu yang terbela perlu sama kita junjung perlu sama kita perjuangkan perlu sama kita angkat kembali maruah ini.
16 Pejuang jujur bukan bernafsu harta bukan bernafsu pangkat bukan bernafsu diri yang mampu bimbing kita yang mampu kembali maruah bangsa melayu yang mampu membawa Tanah Melayu tempat asalnya bangsa Melayu. Ayuh melayu bersatulah bangkitlah untuk sama sama bangkit bangsa melayu di tanah bumi bertuah ini. Jangan sesekali tanah bumi kita,bangsa kita dijajah dalam acuan bentuk yang baru. Menangis nanti anak cucu melayu akan datang tersisih nanti anak cucu melayu akan datang mengemis nanti anak cucu melayu akan datang. Di bumi melayu mereka sendiri yang ditinggalkan kita semua yang dikenali sebagai pejuang melayu sekarang yang dikenali sebagai pejuang tanah air melayu sekarang. Nukilan mnazri 12okt2019
17 9.APA ITU MIKKAS Sabda Rasulullah bermaksud : "tidak akan masuk syurga bagi pelaku mikkas" (hr.abu dawud). Apa kah itu " mikkas". Maksud umum : membantu orang lain untuk membuat zalim pada orang lain. Maksud khusus : seseorang yang membantu orang lain untuk mengambil harta orang lain dengan cara tidak benar. Perbuatan mikkas ini merupakan salah satu dosa besar yang yang akan membebankan pada orang yang dizalimkan dan boleh menghasilkan permusuhan berpanjangan dan pendendaman yang mendalam. Ini dikukuhkan maksud ayat (Hud :113) bermaksud: dan janganlah kamu condong kepada orang orang yang menganiaya, maka nanti akan mengenai api neraka pada hal tidak ada bagi kamu penolong selain dari Allah,kemudian kamu tidak akan ditolong". Neraka lah tempat orang yang melakukan mikkas dan bersubahat menzalimi orang lain. Mikkas ini boleh berlaku menzalimi dalam bentuk sedemikian. 1.menzalimi harta benda orang lain 2.menzalimi minda orang lain 3.menzalimi fizikal orang lain 4.menzalimi hak orang lain 5.menzalimi orang lain secara umumnya Dalam dunia siber global ini , alat yang mudah menzalimi orang lain ialah sebarang fitnah melalui talian siber yang mudah dan cepat.
18 Kesannya minda yang dizalim dianiayai orang yang dizalimi tertekan. Selain dari itu mikkas ini berlaku dalam dunia sekarang.Terdapat di kalangan manusia sekarang mengguna orang tertentu untuk mendapat hak orang lain yang bukan haknya. Orang yang membantu dapat hak tersebut tergolong dalam golongan mikkas. Manakala orang yang ingin dapatkan hak orang lain sudah pasti neraka teruk untuk mereka. Rumusannya jauhlah diri kita dari menjadi alat atau penghubung untuk menzalimin diri orang lain kerana nerakalah tempatnya nanti. Hanyarumusanpembacaanolehpengmulong16nov2019jam8.22mlm.
19 10. MAHABBAT CINTA Mahabbat cinta sesuci benih yang jatuh ke dada bumi terbentang di dada bumi dibasahi siraman air hujan yang suci disinar mentari bertunas daun bersama berputi bunga bunga yang mekar dan segar tersenyum tak kita bertukar musim mendatang terus mekar tersenyum indah mahabbat cinta. Nah begitu jua pabila mahabbat cinta tertanam di hati tidak diendah apa yang terjadi dan yang menghalang tidak terganggu dengan perpisahan namun terus mekar di hati dalam kesatuan mahabbat cinta. Mahabbat cinta ibarat kendi yang dipenuh air tidak berkocak walaupun ditepuk beribu kali teguh dengan air tersimpan di dalam kendi itu lah juga mahabbat cinta pabila terlena dengan cinta hatinya dipenuhi dengan keenakan cinta tiada ruang dalam hati kecuali kasih sayang cinta. Cinta segalanya dalam hati tiada lain dalam hidup kecuali cinta cinta di hati tempat kediamannya tiada hina dan jelek kecuali yang indah indah. Mahabbat cinta semangat hati dalam kehidupan tempat bergantung pada si hati yang dicinta yang menjadi teras hati dalam kehidupan mahabbat cinta. Mahabbat cinta dalam hati berputik mahabbat cinta yang suci Hanya yang merasai mahabbat cinta mengerti apa itu mahabbat cinta. Drpengmulong16nov2019jam6.45petangbercutidisgpetani
20 11. MENCARI SIMPATI SECAWAN KOPI Insan istimewa,tidak sewaras kita semua bicara mereka lain rentak dan irama sekadar di dunia mereka mencari pelapik lapar di perut untuk seketika. Ada masanya hati orang sebegini lebih mulia dari kita semua ada masanya orang sebegini tidak bernafsu gila seperti kita ada masanya orang sebegini membawa kita ke syurga. Pabila ia datang pada kita rupanya Yang Maha Esa menggerakan kakinya pada kita Allah melihat Allah menguji kita siapa kita sebenarnya. Kalau orang besar besar kita memberi makan dengan cara besar besar kalau vip kita hulurkan sudu utk dia. Jadi mengapa orang sebegini kita lalaikan hantaran illahi untuk kita. Sekadar tanya diri dan renungan di pagi hari. Drpengmulong10nov2019jam7.30
21 12. CINTA SEJATI Cinta tidak mengenal siapa cinta tidak mengenal usia cinta tidak mengenal harta cinta tidak mengenal rupa. Cinta sejati datang dari hati cinta sejati datang bersama kasih sayang cinta sejati sentiasa di hati cinta sejati adalah cinta abadi. Cinta sejati tidak mampu dibeli cinta sejati tidak mampu ditipu oleh hati kerana ia hadir tanpa diundang kerana ia hadir dari hati. Perasaan cinta perasaan yang ada diri manusia sejati seawal manusia seakhir manusia tidak mampu dibayanr dibeli dengan apa sekali inilah ia cinta sejati. Dr mnazri201931oktjam6.29ptg
22 13.BANGSA GADAI BANGSA Hanyut kapal kerana kemabukan nahkoda runtuh sebuah mahligai bahagia kerana berbeza bicara. Runtuhnya daulat raja kerana jahatnya bendahara putusnya persahabatan kerana silap kata kata. Ada penyebab ada yang menyebabkan ini lumrah sudah aturan kejadian. Runtuh agung sebuah bangsa kerana bangsa kerana dalam bangsa sendiri ada anai anai pengkhianat bangsa sendiri kerana agung sesebuah bangsa akan dicurigai oleh bangsa yang mencurigai Munafik bangsa dan musuh bangsa sudah ada sejarah tersendiri dari dahulu hingga hari ini. Anai anai perosak bangsa sendiri bertopeng mulia berhati jahat maruah bangsa sanggup digadai kedaulatan diri bermandikan kejahatan. Tersenyum bangsa lain menunggu menanti lakna bangsa ini ibarat kata berperang tanpa peluru kemenangan mengunjung tiba di riba menanti buah bakal gugur disambut dengan hati yang suka. Ini nasib bangsa tergadai durjana bangsa khianat bangsa sendiri. Pengmulong27okt2019jam11.25mlm
23 14.TERMAKAN HATI PENGORBANAN SEORANG PEMIMPIN Begini lah pemimpin jiwa dan perasaan dikorbankan. susah payah dan kesakitan disembunyikan hati dan fikiran didiamkan. Agar kekuatan diri ini tidak lemah agar diri ini tidak dilemahkan agar diri pemimpin ini tidak dianggap mencari simpati agar diri pemimpin ini tidak dianggap untuk disayangi. Agar diri pemimpin ini tidak dianggap mencari populariti agar diri pemimpin ini tidak dianggap mencari secebis dihargai. Kekuatan jati diri perlu kental pemimpin agung Islam dahulu berlapar walaupun mereka lain kenyang pemimpin agung Islam dahulu walaupun sakit mereka lain ditolonginya termakan hati, tersakit perasaan, menitis air mata,penat fikiran semua ini dikorbankan. Agar mereka yang dipimpin selesa dan tidak termakan hati dan perasaan anak buah sakit cepat bertanya khabar anak buah musibah cepat dihulur bantuan anak buah sambut tarikh lahir cepat dikirimkan utusan anak buah menanggis cepat dipujuk anak buah termakan hati dalam kerja cepat direrakan. cepat,cepat,cepat. Pabila lupa utusan dan tindakan ini maka sudah pasti termakan hati si anak buah inilah laluan hati yang perlu dilalui seorang pemimpin.
24 Walaupun di masa sama pemimpin ini juga alami semua ini perlu sokongan dari diri lain sebagai manusia tetapi pemimpin yang hati hiba dan kuat, perlu korbankan semua ini dengan angkuh dan sombong selamkan semua ini dalam diri agar ia tidak disalah keji dan simpati oleh mereka yang dipimpin. Kerana pemimpin agung Islam dahulu juga sembunyi semua ini tetapi peperangan hati dan perasaan mengatakan pemimpin ini bukan malaikat yang mampu telan semua ini. Hanya Allah sahaja mampu memimpin pemimpin ini ke jalan yang benar dianugerah kekuatan segalanya agar mereka yang dipimpin sentiasa tenang, selamat dan bahagia. Dr pengmulong27okt2019jam2.24pm
25 15. SUJUD JUMAAT Menangis sendu di jiwa pada jumaat ini berlalu waktu mu di senja covid 19 masih bermanja lagi. Pabila tiba waktu sebegini takut rasanya diri yang lemah ini. Takut diri ini pergi tanpa sempat bersama mu Wahai solat jumaat yang ku nanti. Kerana terhalang bersujud jumaat Menadah tangan berdoa pada mu Ya Allah di hari penghulu segala hari. Kerana terkurung bersama dugaan covid 19. Ya Allah ampuni dosa kami semua ini ketemuilah sujud kami di solat jumaat nanti. Bukalah telinga kami dan mata kami dikhutbah Jumaat nanti rasa hinanya diri ini rasa cemarnya diri ini rasa berdosanya diri ini rasa sedihnya diri ini Solat Jumaat berlalu pergi tanpa bersujud pada mu tanpa bersolat waktu mu Ya Allah dugaan dari mu ku redha ada hikmah yang engkau rencanakan Aku merayu pada mu ya allah. engkau ketemuilah lagi aku dengan sujud Jumaat Mu Ya llah. Ya Allah… Nukilan jumaat covid 19 10 april 2020 mnazri
26 16.BICARA TEMAN SEJATI Teman sejati mencari kita semasa kita susah. Teman sejati menanggis bersama kita semasa kita menanggis. Teman sejati sentiasa berdoa untuk kita tidak kira masa Teman sejati tidak meninggalkan kita pabila kita kesempitan Teman sejati tidak malu mengaku diri kita temannya walau apa keadaan kita. Teman sejati tidak pernah ambil kesempatan atas apa yang kita lebih dan ada Teman sejati tidak pernah umpat keburukan kita pada orang lain. Teman sejati tidak makan teman Siapakah teman sejati kita adakah kita teman sejati teman sejati.... nukilan mnazri 3mei2020jam6.20ptg
27 17. HATI,LIDAH,PERBUATAN Hati, lidah dan perbuatan tiga perkara saling kait membawa kita ke jalan yang betul dan diredha. Ada masa lidah bertutur betul tetapi hati tidak betul ada masa lidah dan hati betul tetapi perbuatan tidak betul jawapannya tidak betul. Ada kala hati tidak betul tetapi bicara dan perbuatan berbuat betul untuk nampak betul tapi ada yang tidak betul. Ada kala kata hati dan kata lidah betul tetapi perbuatan tidak betul untuk tunjuk dirinya betul. Pabila hati songsang dengan lidah dan perbuatan pabila lidah songsang dengan hati dan perbuatan pabila perbuatan songsang dengan lidah dan hati sebenarnya perjalanan hati, lidah dan perbuatan tidak betul. Tiga anggota ini saling khianat mengkhianati akhirnya empunya diri yang songsang dan rosak diri rosak di dunia rosaklah akhirat. Apa yang patut tiga anggota ini selari berkata benar dan berbuat benar. Kerana dia yang akan membentuk diri arah yang benar di sini jalan yang benar di akhirat nanti. Mnazri. 10.30 pagi 19jun2020 angin pagi dibrinchang
28 SATU MEMORI SEJARAH SMK MULONG 2 JULAI 2020. 18. PENUBUHAN " TABUNG KEBAJIKAN PENDIDIKAN PELAJAR SMK MULONG." Penubuhan tabung ini bertitik tolak kejayaan kecemerlangan pelajar SMK Mulong dalam SPM hampir terbantut untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran pengajian. Tahun ini 2020 seorang pelajar cemerlang SMK Mulong, pelajar terbaik SPM 2019 mendapat keputusan SPM 7A 2B mendapat tawaran melanjutkan pengajian asasi di salah sebuah ipta. Beliau mempunyai azam dan impian yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran untuk membantu masa depan keluarga. Tetapi tidak mampu membayar yuran pendaftaran. Beliau menghubungi pihak ipta, maka pihak ipta memberi pertimbangan untuk tidak bayar yuran pendaftaran tetapi elaun bulanan apabila belajar nanti diambil oleh pihak ipta. Pelajar ini sanggup untuk menyambung pelajaran di ipta ini. Dalam masa ini pelajar ini ikut ibunya pergi rumah orang untuk ambil upah cuci rumah orang. Ayahnya uzur tidak mampu kerja kerana uzur sakit. Bertitik tolak dari inilah saya memikirkan pelajar cemerlang SMK Mulong yang terdiri dari keluarga miskin perlu dibantu untuk meneruskan impian mereka. Tambahan di SMK Mulong hampir 80 peratus terdiri dari ibubapa sosio ekonomi b40. Dan kebiasaan pelajar cemerlang SMK Mulong terdiri dari keluarga miskin seperti ibubapa buruh, pemandu lori dan petani. Pernah tahun 2017 seorang pelajar SPM sederhana cemerlang tidak melanjutkan pelajaran kerana tiada wang di SMK Mulong.
29 Maka dari kesedaran inilah dengan pertolongan Allah saya bersama beberapa orang guru memikirkan perlu ditubuh satu dana kewangan khas untuk membantu nasib pelajar cemerlang sebegini. Dalam masa yang sama warga SMK Mulong telah memberi sumbangan untuk membantu pelajar cemerlang SPM tahun 2019 yang dicerita kan di atas. Hasil sumbangan warga guru diperolehi sebanyak RM 3450. Maka dari sini kami tubuhkan satu dana kewangan bagi membantu pelajar sebegini secara berpanjangan. Dana kewangan ini diberi nama " tabung kebajikan pendidikan pelajar smk mulong" Untuk menambahkan tabung ini di suntikan lagi dana kewangan sebanyak rm11,700. Kewangan ini dicari melalui sumbangan peribadi dan ngo luar maka jumlah dana kewangan yang ada sekarang berjumlah RM 15,150. Dana kewangan ini akan digunakan khas untuk bantu pelajar SMK Mulong pada tahun ini dan tahun akan datang yang ada masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke ipta. Kami juga amat mengalu alukan semua guru memberi sumbangan dari semasa ke semasa untuk tabung ini. Semoga ia menjadi jalan untuk kita ke syurga. Syukur pada Allah terima kasih pada semua guru. Kerana kita mampu tubuh " tabung kebajikan pendidikan pelajar smk mulong" pada hari ini bertarikh 2 julai 2020 dengan dana permulaan RM15,150. Ya Allah permudahkan urusan kami ini. Dari pengetua smk mulong 2julai2020 jam5.55petang
30 19. KEMATIAN ITU MATI Hakikat kematian mematikan segala nikmat hidup mematikan segala kekayaan hidup mematikan segala kasih sayang hidup mematikan segala hubungan hidup. Janganlah kita terpedaya semasa hidup di bumi. kerana kematian amat kejam kalau kita tidak simpati diri sendiri semasa hidup. Putus nyawa putus segalanya tertutup mata tertutup segalanya. Tinggal semua pada yang hidup di bumi kita yang mati bersendirian bersama amal ibadat bersama pahala dan dosa yang hidup di bumi menanggis seketika dan akan lupakan kita si mati untuk selamanya. Fikir lah untuk mati seperti kita akan mati dijemput sekelip mata. Bicara oleh mnazri pengetua smk mulong 4julai2020 8.10malam
31 20. PILU DAN SUKA IBUBAPA PELAJAR CEMERLANG SPM SMK MULONG 2019. Jam 8.36 pagi pelajar kita SMK Mulong yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2019 yang dapat melanjutkan pelajaran ke ipta tahun ini dan bersama ibu dan ayahnya datang ke sekolah hari ini tanggal 9 julai 2020. Mereka datang atas jemputan sekolah. Pelajar perempuan ini anak bongsu dari 3 adik beradik. Kakak dan abang nya kerja biasa setelah tamat SPM ,walaupun lulus SPM tapi tidak mampu untuk sambung pelajaran. Ayahnya sakit uzur tua umur ayahnya dalam lingkungan 70 an tidak mampu bekerja. Ibu nya juga tua,tapi kerja ambil upah cuci dan bersih rumah orang. Tinggal di rumah yang disewa dengan harga RM 300 sebulan. Belanja makan minum dan sewa diberi oleh 2 anak mereka. Bila sampai di sekolah tadi saya bertanya datang dengan apa " jawabnya dengan motorsikal." Saya tanya lagi dengan dua buah motorsikal ke ?jawabnya " tidak ,sebuah sahaja tapi gilir angkut isteri dan anak untuk datang sini ". Saya tanya lagi ,ayah...suka atau tidak anak boleh masuk "u",jawabnya "amat suka,dan katanya kalau saya ada harta saya akan jual untuk anak saya mengaji,tapi saya tiada harta" sambil ayah ini berlinang air mata,dan begitu juga isterinya. Dan katanya " anak bongsu inilah harapannya ". Saya bertanya lagi,anak hendak pergi belajar di Universiti Terengganu dapat melanjutkan asasi stem di sana siapa yang hendak hantar. Jawabnya," hajatnya saya, isteri dan 2 anak hendak gi hantar kerana dia seorang anak yang dapat masuk " u ".tapi tiada kenderaan. Hajat nak sewa kereta jiran rumah " saya tanya, ada duit ke nak sewa, dia diam dan lihat pada isterinya yang tunduk. Jawab nya " tiada ".
32 Saya kata padanya " ayah...jangan bimbang saya dan cikgu saya akan hantar. Ayah tak perlu fikir,kerana ini impian ayah nak hantar masuk "u" kami cuba tunaikan dengan izin Allah. Ayah ini dengan basah air mata ucap terima kasih. Di samping 2 guru saya juga basah airmata di kelopak mata. Bertanya saya lagi,macamana yuran pendaftarannya rm1000. Anak ayah ini ,pelajar kami kata " saya sudah bayar RM 500,duit yang saya kumpul kerja kedai runcit dan ikut mak bersih rumah orang,rm 500 lagi belum jelaskan". Kata saya padanya,baik kami barisan guru mulong akan selesaikan yuran daftar tersebut dan ganti balik rm500 itu dan simpan untuk belanja makan minum masa belajar nanti. Saya juga kata,tentang kelengkapan lain sebelum pergi akan ada guru yang sumbangkan sepenuhnya. Dan difahamkan pelajar ini juga sudah ada kuliah hari ini secara online jam 10 pagi.dia hadapi masalah handphone yang tidak baik untuk buat kuliah online. Hari ini pihak sekolah dengan sumbangan guru sumbangkan laptop untuk pelajar ini. Bapa pelajar ini,ibu pelajar ini dan pelajar ini sebelum pulang dengan berlinang airmata ucapkan terima kasih pada semua guru yang bagi sumbangan. Dan beliau kirim salam semua. Saya juga ucapkan terima kasih pada guru guru yang terlibat secara langsung dan guru yang menyumbang kerana kalian menunaikan impian seorang ayah tua dan ibu tua serta pelajar cemerlang kita dengan linang airmata mereka menjadi saksi gembiranya mereka bila Allah permudahkan urusannya melalui kita semua. Pelajar inilah pelajar pertama yang mendapat bantuan dari " tabung kebajikan pendidikan pelajar SMK Mulong" yang kita tubuh khas untuk bantu pelajar kita sebegini. Semoga anak ini berjaya dunia akhirat dapat bantu keluarganya. Dan moga cikgu yang bantu pelajar ini, Aallah sentiasa berkati hidup cikgu dunia akhirat. Terima kasih semua,syukur pada Allah. Dari pengetua smk mulong 9julai 2020 jam 4.27 petang
33 21.GEMBIRA BERGAUL HAMPA KETAKUTAN. Beginilah keperitan dalam kehidupan. Ada orang yang diluar gembiranya bercampur duka. Rasa nya gembira tetapi gembira menitis airmata bukan kerana gembira tetapi takut dengan gembira. Mengapa tidaknya. Takut impian gembira tidak tercapai menjadi gembira. Bersungguh sungguh nasihat anak belajar. Belajar menjadi anak cemerlang. Cemerlang dalam akademik. Didoanya siang dan malam. Tetapi pabila mentari siang bersinar terang. Anak kesayangan harapan menjadi cemerlang. Rupanya gembira itu hanya seketika. Bermandikan rasa hampa dan takut. Kerana kemiskinan menghantui suasana gembira. Wajah hampa dan berserah pada allah. Allah maha penyayang allah maha pengasih. Kesedihan bercampur kegembiraan. Allah mempermudahkan urusan insan ini. Melalui hamba hambanya yang disuntik jiwa dan perasaan pengasih sesama insan. Semoga insan yang disuntik oleh allah dengan pengasih dan penyayang sesama insan. Semakin mekar semakin bercambah semakin tumbuh dibumi ini agar ada insan sebegini terbela dengan kehendak mu yang maha pengasih. Bicara mnazri 9 julai 2020 jam 6.23petang
34 22.KERJA....RASA HINA DIRI INI..... Ada masa ku merasa diri ini kerdil bersama rakan kerja ku yang lain. Ada ketika ku merasakan diri ini hina dibandingkan dengan rakan kerja meja sebelah. Ada masa ku bertanya pada hati dan tangan ini. Apakah tidak layak tuan mu ini dihargai atau dinilai dengan sekeping kertas penghargaan. Silih berganti, silih bertukar tahun. diri ini tunggu penghargaan ini bukan untuk tunjuk diri ini hebat dan cemerlang tapi sekadar hilang dirasa hina diri sendiri. Rupanya titik airmata yang mengalir membasahi pipi bekas kucupan ibu ku. Baru ku mengerti baru ku mengetahui rupanya semua ini sekadar mainan hati sekadar tikaman perasaan yang belum mengenal erti sebenar pengorbanan dan kejujuran dalam kerja. Yang masih muda dalam penilaian diri keindahan sejati dalam penilaian dan penghargaan pada diri ini. Rupa kemanisan penilaian dan penghargaan sehati bukanlah dari mereka yang sama bernyawa yang sama berkata kata dengan diri ku ini.
35 Tetapi kemanisan penilaian dan penghargaan dari pemilik diri ini dari pencipta diri ini dari pemberi nyawa ini lebih bermakna lebih manis lebih tinggi dari segala tinggi penilaian dari mereka yang berada diluar sana. Baru ku mengerti tikaman perasaan ku ini rasa hina ini rasa bodoh diri ini rasa malu diri ini kerana hasil kerja selama ini dirasai tidak dihargai Rupanya mengajar ku mengenal diri ini. kerja ku untuk apa kerja ku kerana apa siapa penilai yang sebenar siapa pemberi penghargaan yang paling tinggi nilainya. Apakah nilai penghargaan yang paling tinggi, adakah sekeping penghargaan di atas kertas atau penghargaan jalan menuju ke syurga. Terima kasih hati dan perasaan ini yang mengajar semua ini pada mu ya Allah jangan engkau pesongkan niat kerja buat ku ini moga engkau yang maha penilai menilai ku dengan penghargaan yang lebih tinggi dari penilaian penghargaan sesama manusia .. Sahabat....penilaian penghargaan Allah segalanya untuk kita semua. Dari mnazri 10julai2020 jam6.30ptg
36 23. PENGHARGAAN SESAMA MANUSIA Tertanya ku dalam diri hari ini terasa resah dan dingin hati hari ini terasa kaku dan takut hari ini. Anugerah hari ini anugerah sesama insan bernyawa ku rasa takut dan resah. Kerana diri ini rasa masih jauh untuk diangkat sebagai cemerlang kerana diri ini tahu siapa diri ini sebenarnya. Kerana takut dan resah diri ini kerana diri ini berada di atas banyak tanggungjawab yang diamanah. Lubang neraka dan pintu syurga menjadi perhitungan yang tidak pasti dimana nanti kerana gelaran pemimpin, gelaran ketua mendahului segalanya perhitungan oleh maha Esa. untuk dihumbang ke lubang neraka atau jalan ke arah pintu syurga. Ya Allah... Sesungguhnya ku amat berharap penghargaan dari mu ya Allah. Mohon dari mu ya Allah agar diri ini terpilih penghargaan yang terbaik dari mu hasil dari kerja buat ku ini ya Allah. Pandu lah,bimbinglah diri ini yang sentiasa lemah dan cuai dalam tindakan dan kerja buat.Ya Allah. Penghargaan sesama manusia yang ku nikmati ini juga bukan milik ku sejati bukan miliki hakiki. Tapi lahir dari doa dan sokongan yang pasti tak kan ku lupa dari ibu ku di sana yang tersayang dari ayahku yang tua dari isteri yang tersayang dunia akhirat dan anak anak tersayang
37 Tidak lupa juga pada guru guru ku SMK Mulong yang tersayang tanpa diri mu semua aku tidak segagah sebegini Bersyukur pada mu ya Allah terima kasih mek abah sayang isteriku anak anak ku semua guru mulong semua staf mulong dan rakan rakan. Dari pengetua smk mulong apc penghargaan sesama manusia 12julai202 jam 11.30tgh
38 24.APA MAKSUD CETUSAN KATA KATA INI:question: ✓rezeki kita rezeki orang. ✓bermakna dalam rezeki kita ada rezeki orang sebab itulah dalam Islam diwajibkan keluar zakat dan amat digalakkan kita memberi sumbangan kepada yang memerlukan seperti golongan miskin susah. ✓ Termasuklah pelajar yang susah kerana dalam rezeki kita ada rezeki mereka sebegini dari kita. ✓rezeki orang rezeki kita merujuk kepada kita yang mengeluarkan zakat kita yang memberi sumbangan dengan ikhlas dan jujur kepada golongan yang layak ini. Maka apabila orang yang terima zakat dan sumbangan dari kita ini untuk meneruskan kehidupan hingga hidup berterusan maka rezeki orang orang sebegini walaupun dia miskin dan susah ia akan menjadi rezeki kepada kita pula. Iaitu berupa rezeki dihari akhirat. Inilah yang dimaksudkan " rezeki kita rezeki orang.rezeki orang rezeki kita" justeru itu sama samalah kita mencari rezeki kita yang terdapat pada rezeki orang dengan memberi sumbangan pada yang memerlukan dari mnazri bucara maqrib jam 8.30 19julai2020
39 25. CikGU KIta CIkgu MULONG cikgu SERba BOleh CIKgu SERba TAHu. Cikgu kita cikgu mulong Tukang rumah pun boleh tukang gulai pun boleh tukang ikat jokong pun boleh tukang melah semin pun boleh bukan seorang, bukang dua,bukan tiga tapi ramai yang boleh ini cikgu mulong kita. Tak sudah itu tukang buat ubat untuk sembuh nyakit pun boleh ada yang jadi model minyak mim pun boleh pegang botol minyak mim nampak gagah siap sedia beradu tak kira siang dan malam ini gagahnya minyak mim gagahnya cikgu mulong kita. Lebih pada itu ada cikgu mulong kita idea dan kreatif inovasi hiasan ada pada dia bila diberi idea hiasan tersenyum berfikir terus bergerak tindak hias bersama rakan seni nya ibarat kata mak andang yang berair air liur bila diberi tugas tanpa kira waktu terus menjadi,terus terhias. Ada guru kita guru mulong kerja bertukang batu,simen,arca,wayar api dia serba boleh anak buah di belakang dia lambat dia gerak kerja anak buah pun kerja semua jadi kenderaan peribadi puluhan ribu, semua alatan bertukang tak perlu dicari lambat diminta tolong geng ini terus korbankan tenaga dan duit asal kerja menjadi untuk selesa warga mulong.
40 Ada guru mulong guru dua sejoli seperti adik beradik kembar seorang tukang perabut seorang tukang buat line atas padang walau pun kecil tapi hati kerjanya sungguh besar senyum dalam kerja hari ini royat, esok dan lusa pasti siap meja kerusi buruk dibaiki sampai boleh. Untuk pelajar dan guru sentiasa dia jaga. Cikgu kita cikgu mulong biar cikgu pun cikgu baru datang jadi ahli mulong tenaga kerjanya seperti 10 tahun berada di mulong seluas padang mulong, ditolak mesin rumput hingga ke gelap ada yang kata cikgu ini tukang kebun baru tapi peluh di dahi dan badan dia menitis tabur bakti untuk mulong kita. Cikgu kita cikgu mulong bila angin berbunyi minta sumbangan sumbangan untuk pelajar sumbangan untuk sekolah. diam diam ada cikgu kita jumpa pengetua dihulur sampul surat berduit ada yang terus salur pada petugas ada yang hulur untuk bagi makan guru yang korban tenaga untuk sekolah ada yang sumbang tiap tiap bulan untuk tabung kebajikan ada yang beri makan tiap tiap hari untuk pelajar pemurah guru kita guru mulong berkat rezeki dinikmat bersama anak mulong yang susah tidak terperi.
41 Cikgu kita cikgu mulong ada yang mudah baso mudah kiro Serba benda dia boleh. mudah.com itu lah diri dia nak bas dicari bas nak feri dia cari feri nak hotel dia cari hotel nak tanah dia cari tanah nak kelapa dia cari kelapa muda semua perkhidmatan dia ada Cikgu kita cikgu mulong ada yang jong gulai ada yang jong buat air love u ada yang jong hidang ada yang siapkan makanan bila bewoh jamu sekolah bila jamu tetamu ada satu geng cikgu kita cikgu mulong palu sahaja gong untuk jamu makan jamu bewoh semuanya akan jadi. Ada yang bawa akok ada yang bawa kuih meriah nya tak soh dok kata semuanya pakat sising lengan baju tolong menolong sesama mereka maka jadi lah bewoh sesama kita.
42 Cikgu kita cikgu mulong meriah sesama kita yang pahit mulut tak selera hendak makan Telur jeruk telur masin ada cikgu kita sedia cikgu kita serba boleh dalam niaga tempeyek ubi,tempeyek kacang semua dapat nikmati rasa meriah sesama cikgu tak payah gi pasar tok guru kain baju, seluar baju, kain batik kain sarung semua ada untuk guru ambil pilih bayar kemudian atau bayar selalu. ini cikgu kita, tolong urus cikgu kita yang tak sempat hendak cari semua itu meriah jual beli ikat tali silatulrahim antara cikgu kita cikgu mulong. Cikgu kita cikgu mulong ada yang tak boleh dengar pelajar susah ada yang tak boleh dengar keluarga pelajar yang musibah hati dan kaki rasa tak sedap terus dicari terus dikunjung pelajar ini bantuan dan pertolongan diberi dengan jujur dan amanah tersemat di hati. Cikgu kita cikgu mulong ada pakar it ada pakar inovasi kerja dalam diam tapi kerja menjadi bawa mulong yang sudah dikenali bukan dalam negeri tapi juga luar negeri hasil inovasi menjadi sekolah disegani Sekian dulu cikgu kita cikgu mulong. Mnazri pengetua mulong 12.07mlm 5ogos2020
43 26. " ROH MENJIWAI SMK MULONG " BUDAYA KERJA SMK MULONG. OLEH : MNAZRI PENGETUA SMK MULONG. Saya selaku pengetua SMK Mulong cuba mengenengahkan satu budaya kerja untuk warga SMK Mulong terutamanya barisan guru dengan modul " roh menjiwai SMK Mulong". Mengapa budaya kerja SMK Mulong " roh menjiwai SMK Mulong".? Ini kerana kami inginkan semua warga SMK Mulong bermula staf dan guru terutamanya bermula dengan menjiwai kerja mereka,menghayati kerja mereka bermula dari jiwa bermula dari perasaan. Dari jiwa dan perasaan ini akan mengalir hasrat murni kerja ke fikiran untuk berfikir, untuk merancang, untuk mengatur strategi yang murni dari jiwa dan hati bagi melaksanakan kerja. Dari fikiran ia bergerak kepada tubuh badan, bergerak kepada kaki bergerak kepada tangan bergerak kepada semua pancaindera untuk melaksanakan kerja yang berorentasikan menjiwai. Pabila kerja berlandaskan jiwa diharapkan ia memberi impak yang baik. Apa yang perlu dijiwai ? Pertama yang perlu dijiwai adalah menjiwai pelajar. Menjiwai pelajar mulong yang terdiri daripada pelajar kampung yang sosio ekonomi rendah. Perlu hayati perlu ada dalam jiwai kita untuk bimbing mereka untuk bantu mereka supaya keluar dari kepompong kemiskinan dari kategori b40 melalui apa ?bermula dengan didikan ilmu dari kita guru mulong
44 Menjiwai potensi pelajar cari kekuatan cari kelemahan untuk kita bimbing mereka ke arah kesesuaian diri mereka berpandukan kehendak semasa di abad 21. Dengan ini guru mengajar, guru membimbing pelajar dengan hati dengan jiwa bukan dengan paksaan bukan dengan arahan.Insya Allah impak yang baik kita perolehi. Yang kedua, yang dijiwai ialah dengan menjiwai sekolah. Mencintai sekolah mulong sebagai ladang rezeki yang berkat untuk kita tuai. Mencintai sekolah mulong untuk membawa sekolah mulong walaupun sekolah harian biasa tetapi mencapai pencapaian luar biasa. Curahkan potensi yang ada untuk sekolah tiada kira potensi apa agar dapat membantu membangunkan sekolah mulong dalam apa apa bidang samada fizikal atau pencapaian. Pabila ada hasrat pabila ada jiwa cintakan sekolah.maka warga mulong curahkan keringat kerja mereka untuk sekolah.maka warga mulong curahkan idea dan potensi mereka tanpa mengira masa dan ganjaran. Pabila warga mulong dan guru menjiwai sekolah maka mereka juga sanggup menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk sekolah. Tanpa diminta, tanpa diarah tetapi sumbangan mereka datang dari hati. Hasilnya mereka tidak menrunggut dalam semua gerak kerja. Yang ketiga, menjiwai ialah dengan menjiwai amanah. Warga SMK Mulong dan semua guru memahami kerja mereka adalah amanah dan tanggungjawab dari Allah. Amanah dan tangunggjawab dari KPM. Bukan kerja, bukan jawatan, bukan pangkat tetapi perlu difahami semua itu amanah.
45 Bersyukur dengan amanah yang diberi oleh Allah kerana Allah percaya pada kita semua dan setiap ringgit upah gaji yakni rezeki dari Allah datangnya dari amanah yang diberi oleh Allah. Pabila guru mulong dan staf menjiwai ini maka sudah pasti licin perjalanan kerja kualiti keimanan kerja akan terhasil. Apabila warga mulong dan guru mulong menjiwai ketiga perkara ini. Sudah pasti dalam jiwa mereka akan timbul perasaan kerja kerana Allah. Pabila ini wujud impaknya mereka kerja dengan jujur mereka usaha untuk buat yang terbaik.Untuk buat yang terbaik mereka sudah pasti akan ada perancangan. Dari perancangan sudah pasti guru guru ada jiwa dan akan wujud target yang hendak dicapai pada pelajar. Dari sini dia akan wujud sendiri.Maka tekanan kerja untuk capai target tidak wujud kerana percaya pada ketentuan dari Allah. Guru juga akan lebih prihatin pada pelajar dalam segala hal termasuk sahsiah pelajar. Dan ini akan beri impak yang positif pada kemenjadian pelajar SMK Mulong dan pengurusan SMK Mulong kerana guru dan staf ada roh menjiwai pelajar, sekolah dan amanah. Sekian terima kasih idea asal modul budaya kerja smk mulong " roh menjiwai smk mulong " oleh : mohd nazri b.muhammad pengetua smk mulong jam 4.15 petang 7 ogos 2020
46 27. SEMPADAN DIRI KASIH SEJATI Bukan aku membenci diri mu bukan aku tidak menyayangi diri mu bukan aku tidak sudi pada mu bukan aku menolak kasih sayang mu. Tapi kerana merak kayangan tak sama dengan gagak di rimba tapi kerana putih tidak sama dengan hitam tapi kerana siang tidak sama dengan malam. Walaupun kasih sayang sudah berpaut di sanubari namun takdir kata begitu tiada jalan laluan kasih sayang yang di tuju hakikat ketentuan illahi sebagai penentu melalui perbezaan sempadan dua diri empunya hati. Nukilan sekadar ilham oleh mnazri
47 28. ALAM SEKITAR GEOGRAFI DALAM SURAH AL BAQARAH Melalui penelitian saya secara kasar tadi terdapat 34 ayat daripada 286 ayat surah Al Baqarah yang berkaitan dengan "alam sekitar geografi". Dan ayat terakhir berkaitan dengan alam sekitar Geografi ialah ayat 266. Secara umum 34 ayat ini yang berkaitan dengan alam sekitar Geografi menyentuh perkara berikut: ✓ kejadian bumi ✓ kejadian langit ✓ kejadian awan ✓ kejadian sungai ✓ kejadian mata air ✓ kejadian hujan dan kepentingan ✓ kejadian tumbuhan dan haiwan ✓ kerosakan muka bumi ✓ perbandingan alam sekitar geografi dengan manusia ✓ binatang diguna dalam pertanian ✓ jenis hujan ada hujan lebat ada hujan renyai ✓ fungsi bandar ✓ disebut kampung ✓ arah timur dan barat ✓ arah matahari terbit ✓ bentuk bumi ✓Allah berkuasa atas semua kejadian alam ✓menamakan unsur unsur yang terdapat di muka bumi melalui Nabi Adam ✓ada tanah tinggi tanah rendah ✓kegunaan binatang dalam pertanian ✓ciri batuan ✓ada tanaman subur di tanah tinggi ✓pelbagai jenis tanaman ✓pelbagai iklim ✓kejadian siang dan malam ✓tumbuhan ada bermula dengan biji benih.
48 Ini penelitian saya secara kasar yang masih serba kekurangan. Insya Allah saya akan jelaskan daripada 34 ayat di surah Al Baqarah ini yang mana dikaitkan dengan pelbagai perkara dalam alam sekitar geografi.sekadar pandangan saya. Menunjukkan indahnya Al Quran merangkumi segala ilmu dari Allah yang perlu kita terokai. Sekian terima kasih. Dari mnazri pengetua smk mulong guru geografi stpm jam 9.32mlm 21 ogos 2020
49 29. 63 TAHUN SUDAH MERDEKA. 63 tahun sudah berlalu Terbelenggu siksa penjajah menjadi igauan memori pahit hitam. Bermandikan darah, bermandikan airmata itulah pengorbanan pejuang kita berlalu 63 tahun lebih sudah. Kita berseru merdeka setiap 31 Ogos terkadang dikibar bendera entah tidak gembira dengan tarikh keramat merdeka entah tersemat dijiwa erti kemerdekaan atau tidak. Semoga bukan sekadar laungan pabila tiba 31 Ogos Biar jiwa yang melaung merdeka bukan sekadar mulut dan tangan diangkat teriak merdeka. Kerana teriakan tangis merdeka pejuang dahulu lain warnanya dan seninya teriakan dari hati berirama sedih dan gembira tanda kemenangan. Tinggalan tanah air ini yang menghijau, laut membiru warisan untuk anak cucu akan datang. Ayuh...kita kenangkan ajal dan tangis pejuang kita dengan satu janji. Janji sesama kita bukan laungan sekadar laungan merdeka tapi bumi menghijau tanah air bertuah ini perlu dijaga dihindar sebarang sengketa. Bukan diracun bukan dimusnah harmoni merdeka ini sesama kita bukan diracun bukan dimusnah merdeka ini oleh angkara mereka yang bertopengkan mencintai tanah air kita ini. Kerana ini janji kita pada pejuang kemerdekaan 63 tahun yang sudah berlalu untuk diwaris lagi anak cucu kita yang akan datang Bicara merdeka oleh: mnazri pengetua smk mulong
50 30. RAHMAT MU YA ALLAH. Diri ini gersang kehinaan mencari rahmat dari mu Ya Alah hati ini gersang kekeringan nan sunyi di padang pasir. Rasa kosong hati ini belum berisi meniti senja umur yang makin menanti masih mencari mutiara rahmat mu Ya Allah Tiupan angin lintas tujuh lautan namun hati ini masih sunyi bisu diam berkata namun tiupan angin hati ini tidak berhenti mencari rahmat dari mu membawa seribu ketenangan ketenangan hari ini dan hari esok esok yang lebih kekal. Aku terus menangis dalam sujud kerinduan angin rahmat mu Ya Allah moga ku diketemui dengan impian ini disaat ini, disenja ini moga ku tidur dalam rahmat mu Ya Allah. Ingin ku nikmati rahmat mu Ya Allah rahmat mu seluas lautan untuk diri ini Ya Allah dibasahi diri ini dengan hujan rahmat mu Ya Allah. Aku masih berharap semua ini Ya Allah walaupun ku berjalan kepanasan di padang pasir bermandikan debu kehidupan terhidu dengan asap yang penuh kekotoran dalam kehidupan ini. Hanya engkau Ya Allah pemberi rahmat untuk semua jadikan hati dan diri ini pilihan mu untuk dimandikan rahmat oleh mu. Padamu Ya Allah aku setia menanti hadiah rahmat dari mu Ya Allah hidup dengan rahmat mu mati dengan rahmat mu Ya Allah. Bicara oleh mnazripeng.mulong 31ogos2020 jam1.00tghari