The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Paisal Mahamad, 2023-11-19 22:30:55

koleksi puisi

koleksi puisi

101 61.ORANG MELAYU MAKAN ORANG MELAYU. Orang melayu makan orang melayu. Orang melayu tibai orang melayu. Orang melayu pecahkan orang melayu. Orang melayu jahatkan orang melayu. Orang melayu jatuhkan orang melayu. Orang melayu hasutkan orang melayu. Orang melayu khianat orang melayu orang melayu tumbangkan orang melayu. Kerana ada orang melayu gilakan pangkat. Kerana ada orang melayu gilakan kuasa. Kerana ada orang melayu tamak haloba. Kerana ada orang melayu yang ingin berkuasa. Kerana ada orang melayu yang jadi hamba orang bukan melayu. Kerana ada orang melayu yang diperbodohkan oleh orang bukan melayu. Kerana ada orang melayu yang tiada jiwa orang melayu. Kerana ada orang melayu yang rosak akal dan akhlak sebagai orang melayu. Berlagak sombong dengan pangkat. Berdendam sesama bangsa melayu. Tidak boleh ditegur tidak boleh diajar. Tidak boleh dinasihat tidak boleh dibawa bicara. Nasibnya ada orang melayu lapar kelaparan. Ada orang melayu tiada punca pencarian


102 Ada orang melayu menanggis simpati sesama orang melayu yang angkuh dan sombong. Ada orang melayu menangih simpati dari orang bukan melayu tunduk hina. Ada orang melayu terus terusir dari tempat punca rezekinya. Tempat orang melayu diambil orang bukan melayu. Tapi ada orang melayu terus kenyang kerana mampu jatuhkan orang melayu lain. Menangnya orang melayu kerana orang melayu makan orang melayu. Orang melayu kita akhirnya menanggis tersisih di tanah melayu sendiri. Entahlah sampai bila orang melayu kita makan orang melayu. Hanya orang melayu kita sahaja yang tahu kesudahan semua ini. Orang melayu..... Bicara orang melayu oleh: mnazri 16ogos2020 jam8.30mlm.


103 62. DUNIA YANG KERAS Ya kehidupan dunia sekarang keras. Ya kehidupan dunia tidak mengenal siapa ya kehidupan dunia ini tidak mengenal sanak saudara ya kehidupan dunia ini tidak mengenal seagama ya kehidupan dunia ini tidak mengenal bangsa. Dunia kehidupan sekarang siapa kuat dia berkuasa dunia kehidupan sekarang siapa berwang dia dipuja dunia kehidupan sekarang jatuh menjatuh sesama sendiri dunia kehidupan sekarang berebut untuk berkuasa dunia kehidupan sekarang berebut berada di puncak pangkat dunia kehidupan sekarang pangkat kuasa dan wang menjadi rebutan. Tidak berilmu tidak apa bodoh berbicara tidak apa tidak berkelayakan tidak apa berperangai jahat dan jijik tidak apa bermatakan duit dan wanita tidak apa berekod buruk bernafsu buruk tidak apa. Tetap berada di atas puncak kuasa berkuasa kerana ini dunia kehidupan sekarang. Dunia kehidupan sekarang keras..... Siapa kuat siapa hebat siapa berputar alam dialah lebih gembira di dunia yang keras ini dia lah raja di dunia yang keras ini. Ini kehidupan dunia yang keras kini... Dr mnazri 5dis2019jam2.35tgh


104 63. CINTAI BERHARTA Sedihnya...engkau ingin pergi. Putuskan cinta tanpa kerelaan aku menangis sakitnya hati. Tergamak dikau melukai cintai ini mati sudah kasih ini engkau sanggup tinggalkan ku pergi. Engkau pergi dengan si dia aku tahu siapa diri ini tidak berharta tidak berupa. Sungguh jauh bezaku dengan nya. Putus sudah cinta kita. Cinta berharta yang engkau pinta... Hina sungguh cintaku ini.. Ku sedar diriku ini. Jikalau engkau pilih cinta berharta. Aku tak mampu..... Biarlah ku pergi membawa hati cinta yang terluka.. Tergamak dikau melukai cintai ini mati sudah cinta ini engkau sanggup tinggalkan ku pergi.... Lirik lagu oleh: mnazri 2021


105 64. KULIAH JEMAAH SUBUH KEDAI KOPI YUSOF BINJAI .S1 Pagi ini ada seorang jemaah bercerita, katanya. " masa dia pergi umrah acap dia tertinggal dan tidak pergi solat subuh di Masjidil Haram setelah berjanji dengan rakan umrah untuk pergi tunaikan solat subuh bersama,akhirnya ada masalah dia atau rakanrakan umrah lain akhirnya tidak sempat untuk pergi solat subuh di Masjidil Haram." Saya cuba memberi pandangan. " rasanyalah...kita cuba berbalik dengan keberkatan tanah suci Masjidil Haram.Setiap doa dan kata kata kita diberkati. Dan di tanah suci Masjidil Haram satu tempat yang paling dekat kita dengan Allah. Lagi pun di tanah suci Masjidil Haram ini juga merupakan tempat yang paling suci di bumi oleh Allah dan semua umat manusia. Jadi apa apa yang kita cakap mesti berhati hati. Di tanah suci Masjidil Haram ini, apa apa mesti bergantung harap pada Allah. Apa apa hasrat mesti minta dan berjanji dengan Allah. Apa apa niat yang kita hendaki mesti berniat dan mohon dengan Allah. Di tanah suci Masjidil Haram, satu tempat ujian hati kita dengan Allah. Ujian hati kebergantungan kita pada Allah. Ujian hati kita berharap pada Allah atau pada manusia. Maka kata saya lagi pada rakan jemaah subuh kedai kopi Yusof Binjai, " mungkin kerana kita berjanji dengan sesama manusia untuk pergi solat subuh di Masjidil Haram, mungkin kita hendak pergi solat subuh ke Masjidil Haram kita bergantung kepada rakan kita, bermakna kita tidak yakin dengan Allah untuk ke tempat paling suci untuk solat subuh di Masjidil Haram.


106 Sepatutnya kita berjanji pada Allah. Contohnya hari ini lagi kita sudah berjanji dan berniat untuk solat subuh di Masjidil Haram untuk solat subuh pada esok hari. Bukan berjanji dengan rakan jemaah umrah." Kerana bagi saya apabila kita di tanah suci Masjidil Haram. Salah satu yang perlu kita ingat ialah berlaku proses dan dugaan " antara hati, antara niat, antara kebergantungan, antara niat hati kita dengan yang maha berkuasa Allah, maha penguasa segalanya dan pemilik Masjidil Haram. Akhirnya tersenyum jemaah subuh kedai kopi Yusof Binjai.. Maaf sekadar kongsi dan pandangan saya, sekira salah halalkan dan perbetulkan. Terima kasih. Dari mnazri ahli jemaah subuh kedai kopi yusof binjai 9jan2021 jam 7.15 pagi


107 65. sayap insan TEAM CAKNA IHSAN SMK MULONG Team cakna ihsan SMK Mulong kerja dalam suka dalam satu team kebersamaan mencari KEREDHAAN DARI ALLAH di samping mencari kesempurna diri. Dalam mencari erti diri dan kehidupan agar tidak lupa diri bukan jawatan yang dinikmati tetapi dari jawatan mencari nikmati kerja yang sejati. Sedar dalam diri sesama kita sendiri dalam kesenangan kita dalam rezeki kita dalam ketawa kita dalam kemewahan kita dalam sihatnya kita rupanya ada mereka yang berduka rupanya ada mereka yang mengikat perut rupanya ada mereka yang menderita. Pabila air hujan turun bermusim hari meleleh air mata merenung untuk sesuap nasi kalau bukan kita yang berpeluang kalau bukan kita yang sedikit berada kalau bukan kita yang ada segolong ilmu berijazah kalau bukan kita warga pendidik yang berhati mulia mendidik orang SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA YANG MEMAHAMI ILMU INI SEMUA YANG DIBERI MINDA DAN HATI UNTUK BERSAMA MEREKANYA NANTI.


108 Ayuh team kita... lebarkan sayap simpati insan kita bukan setakat di dalam kamar dingin masih banyak ilmu yang perlu dipelajari berada di luar penjuru sana tidak salah kita mencari kesemua ini kerana salah satu pencarian ilmu untuk dibawa kemari rasa simpati rasa kasihani rasa bersyukur rasa hargai rasa kasih sayang rasa kesedihan semua ini akan kita ketemui pabila berada di luar sana nanti.... mengajar kita nanti erti sejati hati murni sebelum mati. pengetua smk mulong mnazri jam 2.59 16jan2021


109 66.tak henti berfikir Ketahui lahh. Begini lah kerjanya tak henti berfikir tak henti berfikir untuk guru tak henti berfikir untuk pelajar tak henti berfikir untuk staf tak henti berfikir untuk ibubapa tak henti berfikir untuk kewangan tak henti berfikir untuk sekolah tak henti berfikir untuk kehendak jabatan tak henti berfikir untuk kecemerlangan tak henti berfikir untuk keselesaan semua tak henti berfikir untuk bagi kepuasan semua tak henti berfikir untuk keselamatan semua tak henti berfikir jaga hati semua tak henti berfikir untuk ubah masa depan pelajar tak henti berfikir masalah pelajar. Tak henti berfikir keselesaan guru yang sakit tak henti fikir... Tak henti fikir... Sehingga umur dan nyawa berjalan atas nama pengetua. Satu otak untuk fikir semua satu tubuh badan untuk pimpin semua terkadang ada dugaan terkadang ada tersilap terkadang ada dimarah terkadang ada yang gagal terkadang ada yang tidak disukai. Terkadang ada yang dipersenda Hanya beserah pada maha pemberi rezeki hanya berserah mohon pertolongan pada maha esa Allah. Ada kala tertumpas pada dugaan. Adakala tergelincir pada landasan. Adakala termenung berseorangan. Adakala lemah terasa adakala ingin undur kembali perjalanan ini. Adakala rasa tidak layak aku tanggungjawab ini.


110 Moga mampu diteruskan tugas dan amanah ini. Dengan petunjuk dan pertolongan dari mu ya maha berkuasa. Moga ada hati moga ada tenaga moga ada idea dari insan yang mulia engkau turunkan untuk bersama aku meneruskan perjalanan ini. Bicara fikir oleh pengetua smk.mulong jam 10.57 mlm Covid 27 jan 2021


111 67. penat terhenti Termenung aku dalam perjuangan ini. Fikiran masih penat berfikir mencari kepuasan keselesaan semua yang di bawah jagaan. Terasa sayu penat berdayung keringat dan fikiran. Memimpin bahtera muat seribu impian dan kerah keringat. Ingin sekali ku buang pendayung ini. Rasa tidak mampu membahterakan bahtera ini. Kerana sudah terlacur dengan tanggungjawab ini. Rasa bersalah pada diri. Kiranya pudar dan mengalah semangat diri. Kerana ini juga adalah anugerah illahi. Langkah sudah mengatur tapak. Pendakian kian menginjak puncak. Laut direnang hampir ke seberang. Berpatah tidak kecundang jangan. Adat bertarung mengharap menang. Adat bersabung bertemu lawan. Adat hidup di medan dugaan adat memimpin sejuta kebertanggungjawaban. Jika tekad sudah dipasak. Jika cita sudah digenggam. Jangan berpaling mengaku kalah. Di tengah gelanggang teruskan juang. Memang perit memimpin manusia. Seribu kerenah seribu onar. Namun sabar kunci segala. Pembuka pintu ke arah kemenangan. Bukan kemenangan yang dihitung. Tapi kepuasan yang mereka perlu nikmati biar tubuh ini letih layu biar keringat ini malu terhenti. Bahtera yang ku terajui ini perlu ku belayar sampai puncak impian. Kerana ia tuntutan yang maha tuhan penguasa impian. Ya Allah... Dari mnazri jam 5.37 petang 3feb2021


112 68. kerana dia Kerana dia kepada dia aku ceria hati gembira bersama dia dalam media tapi entah lah dia Bersama dia dalam media cuma terkadang gembira terkadang lara Bukan lara dalam gembira tapi lara dalam perasaan perasaan lara tanpa apa apa itu tandanya hubungan ada ceria dan gembira bila rasa ceria dan gembira bagaikan hati membasuh luka biar luka hilang dan pergi tanpa sengketa sembuhkan hati yang terluka lara di media yang tidak terlara Kerana dia aku suka aku tahu ia terluka aku sekadar hadir di media sekadar datang membawa berita berita untuk dia yang perlu ceria kerana kita masih jauh untuk hidup yang terasa Biarpun di media kita bicara Namun kau tetap buat ku ceria. Kala itu kata dia aku juga rasa bahagia mampu bawa si dia rasa gembira hilang yang duka lara. Bukan niat ku untuk duka kan hati si dia kerana luka yang lama masa terduka terima kasih pada si dia terima diriku sebagai teman pengubat duka


113 Dia tidak tahu sebenarnya apa yang ku rasa apa yang aku lewati setiap detik dan hari dia hanya tahu luaranku sahaja hakikat sebenar tersimpan di sukma. Bunyi nyanyian si burung terkadang tahu apa tujuannya kalau di pagi hari sudah tentu kelaparan bunyi di petang sudah tentu kekeyangan burung sesama burung tahu sesama hati burung burung sesama burung tahu hati rakan burungnya kalau tidak semua mungkin tahu sedikitnya walau pun tidak merasai tahu tahu kocak di airnya. Apatah lagi kita sesama manusia.... Dari mnazri 1feb 2021 69. SEMPADAN DIRI KASIH SEJATI Bukan aku membenci diri mu bukan aku tidak menyayangi diri mu bukan aku tidak sudi pada mu bukan aku menolak kasih sayang mu. Tapi kerana merak kayangan tak sama dengan gagak di rimba tapi kerana putih tidak sama dengan hitam tapi kerana siang tidak sama dengan malam. Walaupun kasih sayang sudah berpaut di sanubari namun takdir kata begitu tiada jalan laluan kasih sayang yang dituju hakikat ketentuan illahi sebagai penentu melalui perbezaan sempadan dua diri empunya hati. Nukilan sekadar ilham oleh mnazri


114 70. BERSALAHNYA AKU. Berdosaku padamu hatimu yang ku lukai. Menangis dirimu cinta kita ku khianati. Engkau yang ku cinta tak rela dikau tiada dariku. Kembalilah dikau padaku kembali cinta kita seperti dahulu. Aku tahu dikau masih mencintaiku tapi dikau sembunyi cinta itu. Kau tipu perasaan cintamu di sebalik duka air mata mu. Kau sakiti hatimu hancurkan cinta ini walaupun kau tahu bukan sengaja kusakitimu. Kasihani lah cinta kita bertahun lama kita bina bersama. Maaflah aku sayang kerana tak sengaja ku sakitimu. Mungkin aku yang bersalah tapi cinta kita masih berharga. Cuma, kembali kita bina cinta kita sendiri sekian lama. Aku tahu dikau masih mencintaiku tapi dikau sembunyi cinta itu. Kau tipu perasaan cintamu di sebalik duka air mata mu. Kau sakiti hatimu hancurkan cinta ini walaupun kau tahu, bukan sengaja kusakitimu. Kasihani lah cinta kita bertahun lama kita bina bersama. Oleh: mnazri jam 1236mlm 29sept2020


115 71.GELAP MENCARI MAHA PENCIPTA. Maha pencipta alam aku termenung mencari mu aku memandang ke langit aku tidak ketemui. Aku memandang ke laut hanya gelombang ombak yang tiba aku memerhati sang bulan dan mentari hanya cahaya indah malam dan panas siang hari masih aku tidak ketemui maha pencipta siang dan malam. Aku melihat burung berterbangan menyanyi di udara pokok bergoyang ditiup angin manusia yang hidup bergerak ke sana ke mari manusia yang mati terdiam terpaku tidak bernyawa aku masih tidak ketemui maha berkuasa Allah maha pencipta. Aku bertanya dalam minda ku. Aku bertanya dalam hati. Aku melihat pada tubuh ku. Aku melihat dalam hati. Mencari nur dari illahi. Mengenali pencipta maha azali. Mencari penguasa alam. Mencari kekuatan alam empunya sejati. Ku memandang lagi kelangit. Dari hati ku sudah mampu ku ketemui nur maha pencipta penguasa alam. Nur nya wujud dalam hati. Mengenali diri dan alam ini mempelajari kehidupan berpandu kepada Mu maha berkuasa. Zat kuasa Mu memang kaya. Tidak mampu terfikir oleh aku dan seluruh makhluk kejadian Mu.


116 Bersujud pada Mu dari hati yakin kepada Mu. Maha tuhan pencipta segalanya. Nur Mu penerang hati ini. Tidak berpaling pada yang lain. Hanya satu yang maha esa. Kepada Mu ku sembah. Kepada Mu ku sujud. Kepada Mu ku mohon pertolongan. Kepada Mu ku berserah. Ya Allah. Walau tidak nampak dari mata ku. Tapi kebesaran nur dari Mu. Sudah cukup aku sujud dan sembah pada mu Ya Allah. Ya Allah pacak dan tegak iman ku pada Mu. Walau hancur bumi ini dengan kuasa Mu. Engkau satukan hati, jasadku, minda ku terus bersujud dan sembah pada Mu. Kerana tiada lain selain Mu , ku sembah dan sujud selama lamanya . Ya allah. Dari insan yang lemah mnazri jam3.00ptg 5feb2021.


117 72. CAHAYA MENTARI DI DAHI Dalam samar aku teraba raba dalam terang ku masih kabur dalam gelap ku terus kegelapan. Dalam kesejukan aku terus kesejukan. Dalam kepanasan aku terus kepanasan. Dalam kelaparan aku terus kelaparan. Dalam kesusahan aku terus kesusahan. Mereka di sana terus memerhati ku tidak terhenti. Jiran ku di sebelah terdiam terpaku bagaikan hilang ingatan pemimpin yang dipuja lupa ingatan pejamkan mata tulikan telinga. Ia ini takdir yang datang tapi takdir ini juga untuk dilihat untuk dipandang untuk disimpati untuk dihormati oleh insan lain yang ada insaniah sesama insan yang dijadi oleh maha pencipta Allah. Bukan ku meminta simpati bukan ku tolak takdir dari illahi bukan ku tidak bersyukur pada apa yang terjadi. Tapi lemah diri ini tertanya pada benak ini dengan linangan airmata menerima takdir ini. Ku termenung sejenak pada abu kayu di dapur. Kalau kayu yang kering boleh nyala menjadi api yang panas. Kalau kayu kering yang tidak berfikiran boleh menjadi gagah dan kuat. Kalau kayu kering boleh berguna pada manusia yang hebat dan cerdik.


118 Cahaya mentari menembusi atap terpancar pada dahi ku terasa haba hangat membakar jiwa. Bagaikan satu cahaya ilham kekuatan menembusi minda dan perasaan. Berbisik bangkitlah dari kegelapan bangkitlah dari keperitan jangan diharap pada yang memberi jangan dibicara pada mereka yang memerhati. Sepenjuru tanah di sana ada rezeki menanti berbudi padanya mohon pada illahi Dia yang maha pemberi kalau sang burung yang tidak mengerti tapi ada sesuap rezeki di pagi hari. Ini kan tidak kita yang ada hati dan lebih mengerti. Yang maha pemberi tentu lebih simpati pada kita yang mencari rezeki tanpa lupa pada ilahi. Mmmmmm aku sudah mengerti mengapa aku diuji mengapa ku berbicara pada hati dalam kesusahaan saban hari. Syukur pada mu ya Allah memberi aku erti kesemua ini dari pancaran mentari menembusi dahi. Bicara oleh mnazri jam 10.41pagi 6 feb 2021


119 73. AKU TANPA IBU Menangis termenung. Mengapa aku tidak seperti watak kehidupan rakan yang lain. Mengapa ku dilahirkan dengan penuh perit kehinaan. Tidak ku pinta dilahirkan tanpa mu ibu.... Apa salah ku ibu... Dihina tanpa mu bukan ku pohon jadi begini tapi bukan takdir yang ku salahkan. Mungkin dosa dunia yang bermandikan airmata yang tahu segalanya. Atau rakan lain yang senasib dengan ku. Ibu...bukan dikau ku persalahkan. Kerana ini takdir untuk ku. Hikmah untuk semua yang ada. Hanya kekuatan dari mu Ya Allah ku sujud bermohon. Agar linangan airmata hina terpadam dalam hidupku. Hanya kekuatan dari Mu Ya Allah ku pohon. Agar tidak tewas dengan dugaan penghinaan ini. Maafkan aku ibu.. Ku hadir ke bumi tanpa mu ibu. Doa ku juga untuk mu ibu..... Oh ibu...... Bicara oleh: mnazri jam 10.41pagi 11 feb.2021 d bilik pengetua smk mulong


120 74. BICARA PEMIMPIN Dalam menjadi pemimpin ada yang pahit ada yang manis ada kawan ada sahabat ada teman ada lawan ada juga musuh. Ada kawan akan menjadi lawan ada lawan akan menjadi kawan ada kawan yang tidak sehaluan ada lawan yang jauh tersimpang laluan. Tidak boleh tidur selena lenanya tidak boleh gembira segembira gembiranya tidak boleh puas sepuas puasnya. Kerana akan ada yang tidak kena akan ada yang tidak sempurna akan ada dugaan baru yang tidak terduga. Anak buah terfikir satu jalan tapi pemimpin perlu fikir banyak jalan anak buah terkadang fikir hanya satu bidang tetapi pemimpin mesti fikir pelbagai bidang. Pandangan pemimpin perlu berpandangan seperti sang helang dalam terbang fikiran dan mata tajam jauh memerhati ke depan bukan satu kilometer tetapi sejauh berpuluh kilometer setiap cerun dan celah ditebanginya yang sempit dan sukar yang luas daratan dan lautan direntasnya pantas bertindak berani bertepatan


121 tapi ingat orang tetap kata sang helang jahat pembunuh walaupun sang ular berbisa disambarnya takut berbahaya pada penghuni yang lain terus sang helang terbang bebas terbang berfikir berpandangan jauh dan tajam. Inilah semua laluan pemimpin tapi ada laluan pemimpin jalan yang mudah berfikir sehaluan satu jalan sesama cara sang babi berjalan pandangan hanya ke depan berjalan terus ke depan malas pusing ke kiri dan ke kanan undur ke belakang jauh sekali hanya baca sekadar benda di hadapan sekadar untuk makan dapatnya makan maka selesai fikiran walaupun setaman pokok habis tumbang tapi orang hanya berkata ini sang babi kerana pandai makan pandai simpan. Inilah watak dan jalan haluan pemimpin keselesaan pelbagai jalan perlu dipenuhi keselamatan mereka perlu dijagai permudahkan kehendak mereka diutamai. Dalam berjalan mata di hadapan dalam berjalan diayuni tangan kiri dan kanan dalam berjalan telinga membuka dengaran dalam berjalan fikiran berfikir depan belakang kiri kanan. Sama dengan doa selepas salam sunat tahajjud. " Ya Allah jadikan hatiku cahaya, pada lidah ku cahaya dan jadilah pada pendengaran ku cahaya serta jadilah pada penglihatan ku cahaya, jadilah belakang dan depan ku cahaya dan bawah ku cahaya. Ya Allah kurnialah pada ku cahaya yang cemerlang."


122 Semoga cahaya cemerlang setiap penjuru setiap sudut setiap pelusuk setiap bidang setiap perkara Allah kurniakan pada kita setiap pemimpin sama dengan doa sesudah salam solat sunat tahajjud. Ini lah pemimpin susahnya jadi pemimpin hanya berserah pada Allah moga dipimpinnya kita nanti untuk menjadi pemimpin yang baik dan cemerlang. Bicara pemimpin yang sentiasa lemah pengetua smk mulong sekadar kongsi bicara. 13 feb 2021 jam 7pagi


123 74. LALUAN JALAN KEHIDUPAN 1 Berjalan malam di likuan kehidupan. Tiada bimbingan arah dan tujuan. Terus berjalan dalam kegelapan yang tidak tahu kemana kesampaiannya. Di kala berjalan dilikuan kehidupan. Pernah seketika mengalir airmata. Dikala masih buta mengenal jalan kehidupan. Di depan perlu dituju di belakang telah berlalu. Hanya hati sebagai mata dan kaki. Menjadi arah perjalanan. Memilih simpang kehidupan yang perlu dituju. Ditanya pada saudara sedaging. Dirujuk pada kawan untuk memahami kehidupan ini. Untuk diberi tongkat untuk gagahkan perjalanan liku kehidupan ini. Tapi hancur dalam impian bimbingan. Ketika ku sesat dalam perjalanan kehidupan. Lebih dusta hina yang mereka berikan. Ketika ku ingin mengenal kebaikan dan keburukan. Jalan dosa dan jalan ke syurga. Begini lah jalan liku kehidupan. Tersesat simpang likuan. Rakan tidak mengenal kawan. Saudara sedaging lari berjauhan. Merana dan mengertilah dalam bersendirian. Meneruskan likuan jalan penghidupan. Dihampir penghujung jalan kehidupan. Semoga ketemui di mana iman di mana takwa. Semoga tidak tersesat sehingga tamat jalan likuan kehidupan ini. Daripada mnazri. 25 feb 2021 siap jam 9.19 mlm


124 75. LIKUAN JALAN KEHIDUPAN 2 Perjalanan likuan kehidupan penuh berduri rotan yang menyakitkan. Terkadang sakit terkadang pahit jarang sekali manis kegembiraan. Seperti awan bergerak sang angin sentiasa. Seperti datang hujan silih ganti dengan kepanasan. Kalau manis madu didatangi semut sengenap alam. Hilang manis ditinggalkan. Dalam dairi berkawan. Dalam mewah dan gembira ramai yang datang. Detik susah dan berduka. Kawan menjadi lawan. Pergi tanpa menjelang. Sukar mencari teman minum secawan. Hingga ke akhir perjuangan likuan kehidupan. Sungguh tenat dan penat perjalanan likuan kehidupan. Ada garam ada asam ada manis ada masinnya. Hampir hilangnya tempat bergantung. Hampir lupa arah tujuan perjalanan likuan kehidupan. Namun hanya dia tidak pernah meninggalkan. Lebih tahu lebih mengerti segala yang terlaksana pabila diperlukan semakin dekat dia bersama. Semakin kita bersujud padanya. Semakin faham erti likuan kehidupan. Tapak sejadah sujud menjadi segala luahan pada Nya dimohon pertolongan . Hati tersakit terseksa hanya dia yang mampu merawat. Bukan manusia tempat kita berharap. Kerana jiwa mereka sendiri juga perlu dirawat. Kepada tuhan Allah tempat bermohon segalanya. Moga likuan perjalanan kehidupan ini lebih lurus. Untuk bertemu dengannya. Sambung bicara likuan jalan kehidupan drp mnazri feb 26/2021 jumaat jam 11.49


125 76. SI TUA MULUT KUMAT KUMIT Mulut si tua berumur larut senja dipagi hari. Mulut kumat kumit lafaz zikir alhamdulillah. Puji pujian pada Rasulullah terdengar bunyian pada kumit mulutnya. Nada zikirnya setiap hari. Dalam meniti hari mencari menanti cahaya illahi. Kalam syahadah tersemat di hati. Merenung hari yang bakal pergi. Mulut si tua tak henti kumat kumit. Berdoa di setiap detik waktu yang pergi. Sebelum usia berhenti pergi. Mata si tua menangis sambil mulut kumat kumit berdoa pada illahi. Bila usianya sudah terhenti. Mohon pada illahi moga cahaya illahi mengiringinya pergi nanti. --------------------- bicara dipagi hari sambil memerhati warga tua menghirup kopi dipagi hari drp mnazri 27feb2021 jam7pagi


126 77. ILUSI JANGAN DITANYA KE MANA PERGI Angin hati pergi membawa diri. Jangan ditanya kemana pergi. Hati yang sakit ku rasai. Jangan dipaksa ku kembali lagi. Patah dahan yang rapuh tak akan tumbuh lagi. Cermin yang pecah tak akan bercantum lagi. Air ke hilir tak akan mudik ke hulu lagi. Biar kaki ini melangkah pergi. Jangan dikisah luka hati ku ini. Bukankah ini kehendak mu dari hati sejati. Kerana kasih cinta mu sudah hilang di hati. Menangis anak burung kelaparan. Menangis hati ini kerana kesedihan. Langkah ku pergi membawa hati. Hati ku tercarik luka ku bawa ke mati. Mmmmm... Rela ku pergi tanpa kau ingati. Kerana ini takdir illahi. Yang ku perlu lalui. Bicara oleh mnazri 27 feb 2021 jam 11.01 mlm


127 sekadar satu ilusi dari lagu " jangan ditanya"broery. 78. SANGKAR KEHIDUPAN Dalam sangkar hidup mencari jalan hidup sejati dibawa arus nadi hanyir kehidupan berpeluh mengejar kesenangan tak pernah terhitung pabila datang dari arah mana. Itulah kehidupan tak pernah berhenti bergerak tak pernah singgah berhenti lelah walau kaki lenguh melangkah walau hanyir lorong diredah walau peluh tak henti membasah. Kaki berjalan bergerak kehidupan dibekal daging jantung hati dan fikiran menjadi kompas arah kehidupan dari jarum azali menentu perjalanan kehidupan langkah putih dan langkah hitam. Terkadang kaki tersandung jatuh berlipat kerana nafsu mengawal hati kompas kehidupan bertukar arah tiada berbeza antara putih dan hitam tiada beza antara halal dan haram. Perjalanan kompas kehidupan telah rosak. Hati jarumnya tidak kekal arah kerana ghairah dengan keenakan nafsu hati dunia jarum kompas kehidupan perlu mencari arah kiblat kiblat sujud dalam kehidupan bukan utara barat timur dan selatan tapi kiblat hati sujud pada yang satu tidak bertukar arah tidak berbalik arah terus tunjuk pada satu arah kiblat tiada lain daripada NYA moga kekal sujud pada NYA. Bicara mnazri 28feb2021 jam 5.24 ptg


128 79. INSAN MULIA Raga hati nya mulia. Tak kala hatinya tercuit terguris hatinya diam tak terkata. Airmatanya mulia. Tak kala titisan air matanya mengalir mulutnya diam membisu. Airpeluh keringat nya mulia. Tak kala butiran peluh keluar keletihan dia tersenyum dalam kesyukuran. Titisan air susu nya mulia. Tak kala dia kelaparan dia menahan untuk kita kekenyangan. Melahirkan kita dengan penuh kesakitan menitis air mata mulia menahan kesakitan. Titisan airmata kegembiraan mendengar tangisan. Tanda syukur kesakitan menerima kelahiran. Mulia sungguh insan ini tidak pernah diminta dibalas. Tidak pernah mengeluh segala derita. Tidak pernah mengalah membesarkan kita. Engkaulah insan yang mulia. Ibu....... Bicara mnazri 28feb2021 jam 9.27mlm. Dikala rindu pada mu ibu.


129 80. TAK TAHU TAJUK Puncak gunung menyentuh langit ku lihat. Berbumbungkan awan biru bercahaya. Angin panas berarak ke sana ke mari. Saat waktu makin berganjak. Lambaian daun kelapa rancak melambai. Budak budak bertelanjang bulat bersorak mandi sungai. Sejuk air sungai membasahi batuan. Sang burung tidak henti bersiul menanti habisnya siang. Aku termenung terduduk di atas batuan. Terfikir siapalah aku. Menaip menulis baris kata pada fikiran. Sekadar melepas apa yang terpahat. Di mana jiwa di mana perasaan. Di saat hidup yang masih ada terluang. Di sanubari sunyi sepi tanpa ada jawapan. Biarlah siulan burung dan sorakan budak yang akan bagi jawapannya. Bicara mnazri 1march2021 jam 6.00petang


130 81. tajuk : bicara pemimpin. Dalam menjadi pemimpin ada yang pahit ada yang manis ada kawan ada sahabat ada teman ada lawan ada juga musuh. Ada kawan akan menjadi lawan ada lawan akan menjadi kawan ada kawan yang tidak sehaluan ada lawan yang jauh tersimpang laluan. Tidak boleh tidur selena lenanya tidak boleh gembira segembira gembiranya tidak boleh puas sepuas puasnya kerana akan ada yang tidak kena akan ada yang tidak sempurna akan ada dugaan baru yang tidak terduga. Anak buah terfikir satu jalan tapi pemimpin perlu fikir banyak jalan anak buah terkadang fikir hanya satu bidang tetapi pemimpin mesti fikir pelbagai bidang. Pandangan pemimpin perlu berpandangan seperti sang helang dalam terbang fikiran dan mata tajam jauh memerhati kedepan bukan satu kilometer tetapi sejauh berpuluh kilometer setiap cerun dan celah ditebanginya yang sempit dan sukar yang luas daratan dan lautan direntasnya pantas bertindak berani bertepatan tapi ingat orang tetap kata sang helang jahat pembunuh walaupun sang ular berbisa disambarnya takut berbahaya pada penghuni yang lain terus sang helang terbang bebas terbang berfikir berpandangan jauh dan tajam.


131 Ini lah semua laluan pemimpin tapi ada laluan pemimpin jalan yang mudah berfikir sehaluan satu jalan sesama cara sang babi berjalan pandangan hanya ke depan berjalan terus ke depan malas pusing ke kiri dan ke kanan undur ke belakang jauh sekali hanya baca sekadar benda dihadapan sekadar untuk makan dapatnya makan maka selesai fikiran walaupun setaman pokok habis tumbang tapi orang hanya berkata ini sang babi kerana pandai makan pandai simpan. Inilah watak dan jalan haluan pemimpin keselesaan pelbagai jalan perlu dipenuhi keselamatan mereka perlu dijagai permudahkan kehendak mereka diutamai. Dalam berjalan mata di hadapan dalam berjalan diayuni tangan kiri dan kanan dalam berjalan telinga membuka dengaran dalam berjalan fikiran berfikir depan belakang kiri kanan sama dengan doa selepas salam sunat tahajjud. " YA ALLAH JADIKAN HATIKU CAHAYA,PADA LIDAH KU CAHAYA DAN JADILAH PADA PENDENGARAN KU CAHAYA SERTA JADILAH PADA PENGLIHATAN KU CAHAYA,JADILAH BELAKANG DAN DEPAN KU CAHAYA DAN BAWAH KU CAHAYA.YA ALLAH KURNIA LAH PADA KU CAHAYA YANG CEMERLANG."


132 Semoga cahaya cemerlang setiap penjuru setiap sudut setiap pelusuk setiap bidang setiap perkara Allah kurniakan pada kita setiap pemimpin sama dengan doa sesudah salam solat sunat tahajjud. Ini lah pemimpin susahnya jadi pemimpin hanya berserah pada ALLAH moga dipimpinNYA kita nanti untuk menjadi pemimpin yang baik dan cemerlang. bicara pemimpin yang sentiasa lemah pengetua smk mulong sekadar kongsi bicara. 13 feb 2021 jam 7pagi


133 BUAT PENGETUA YANG DISAYANGI Hadirmu laksana secerah cahya Yang memberikan sinar dalam gulita Adamu bagaikan titisan embun pagi Yang memberikan sejuk pada Nurani Tua pengetua Adamu sungguh sangat berharga Jasamu sungguh mulia Ajarmu memberiku Cahaya Dari gelapnya kebodohan dunia Tuan pengetua Engkau adalah pahlawan bagi hidupku Saatnya tiba untuk perpisahan denganmu Namaun jasamu akan selalu dihatiku Terima kasih tuan pengetua Nukilan paisalppki2023


134 Harum semerbak si bunga melur Jadi hiasan taman larangan Setulus pantun mesra dihulur Setulus ingatan mengimbau kenangan. Kicak kicau mendayu-dayu Tumbuh berangan di hujung desa Sebak di dada pilu di kalbu Sejuta kenangan segunung jasa. Cantik tergubah bunga Melati Merimbun celagi di tengah belukar SMK Mulong tempat berbakti Melangkah pergi amatlah sukar. Pohon kuini banyaklah dahan Tempat sibubut mencari makan Pernah dihujani pelbagai cemuhan Pelbagai isu ibu bapa persoalkan. Burung merbah sayap berdarah Tersusuk duri di tepi kesuma Tetap tabah mencipta Sejarah SMK Mulong menjulang dan menempa nama. Hujung daksina merimbun celagi Beralun tualang indah brsemu Walau ke mana tuan pergi Insan sepertimu takkan ketemu Alangkah dinginnya menjelang senja Mentari terbenam diufuk barat Doa Ikhlas untuk tuan Sahaja Bahagia di dunia hingga akhirat. Diubah suai semula oleh paisalmahamad Ppmppki 2023


Click to View FlipBook Version