51 31. AKU DAN KAMI TAPI DIA? Dia boleh ,aku dan kami tidak boleh. Rumah aku dan kami dirobohkan rumah dia tidak dirobohkan. Aku dan kami tidak boleh niaga di sini dan situ dia boleh niaga sini dan situ. Aku dan kami tidak dilulusnya lesen mencari rezeki dia mudah dapat lesen itu. Aku dan kami dihalau seperti anjing dia dibela seperti arnab. Bangsal niaga nasi lemak aku dan kami diangkut penguasa bangsal dan kedai niaga benda haram dia tak ditegur penguasa. Tanaman aku dan kami disodok tanaman dia diberi baja dan air. Niaga aku dan kami disaman kerana kotor niaga dia bertahi tikus dikatakan khasiat. Apa yang tidak kena dengan aku dan kami ini aku dan kami anak bumi ini orang kata aku dan kami anak sejati tanah air ini. Datuk nenek aku dan kami kata ayah dan ibu aku dan kami juga anak sejati dilahirkan di tanah air ini. Dan dalam pengenalan aku dan kami ditulis bangsa melayu agama Islam kalau tidak silap mata dan bacaan aku dan kami itulah tulisan dan bacaannya.
52 Mungkin aku dan kami dilahirkan di bumi sendiri tanpa kedudukan dan harta semua ini jadinya aku dan kami tidak boleh. Dihalau ,diroboh, disodok, disaman,dimaki di bumi tanah air sendiri. Mungkin kerana aku dan kami bukan tauke tauke besar. Mungkin kerana aku dan kami tidak kenal orang besar besar. Mungkin kerana aku dan kami tidak bagi makan orang besar besar. Mungkin kerana aku dan kami tiada kedudukan besar besar. Maka aku dan kami menangis hiba, mengemis malu, dihalau bagaikan haiwan untuk mencari sesuap rezeki bukan untuk kaya raya sekadar rezeki anak bini yang mulut dan perut perlu diisi rezeki sesuap nasi di bumi sendiri. Aku dan kami... Mencari dan mencari mengapa jadi begini pada aku dan kami dibumi sendiri tanah air bangsa sendiri bukan pendatang bukan orang asing di bumi ini. Kalau pada aku dan kami sudah dihujan sebegini entah bagaimana anak cucu cicit aku dan kami nanti. Hanya menanti jawapan untuk ini aku dan kami tidak boleh tapi dia semuanya boleh.... Bicara oleh mnazri jam 6.12petang
53 32. ALAM ALLAH. Sang mentari masih sembunyi di sebalik awan. Butir embun suci di dedaun keladi. Biru kekuningan awan bagaikan tersenyum menanti pagi mentari. Tiupan angin lembut longlai memecah nyaman udara pagi. Dedaun di hutan gunung menari kiri dan kanan gembira bermain tiupan sang angin. Waktu subuh semakin inginkan memejamkan matanya. Tetamu Allah Subuh sudah melangkah keluar meninggal rumah Allah. Lukisan awan semakin indah sebaran biasan mentari. Anak burung di sesarang berkicau bersyukur masih dapat melihat ibunya. Mmmm muzik deruan ombak di laut tidak pernah berhenti berirama. Selagi penciptanya berkata berhenti. Ya...irama air di bukit juga setia dengan lagu nya tidak kira pagi malam, siang dan petang. Bebunga di taman dan hutan sudah mula tersenyum menanti kehidupan pagi ini. Sang lebah sudah berkira kira menikmati rezeki pagi ini. Terbentang luas rezeki laut, darat,hutan rimba dan awan. Terbentang tersedia untuk semua mahkluk Allah. Bergerak awan, bergerak angin bergerak juga sang insan manusia seawal terbit mentari. Merata seluruh bumi, darat, laut, hutan rimba dan awan mencari, menikmati rezeki halal segenap penjuru alam. Sang burung berkicau riang sambil berkongsi rezeki sesama insan. Alam ini lebih mengerti segalanya yang terjadi segala tingkahlaku yang menghuni segenap alam. Alam yang mengerti Tetapi Allah yang lebih mengetahui kerana semua ini dijadikanNya kerana semua ini adalah miliknya Allah. Alam.....Allah Bicara alam oleh mnazripeng.mulong 31 ogos 2020 jam3.47
54 33.ALLAH. Maha berkuasa segenap alam Maha empunya segala isi alam langit, bumi dan matahari diciptanya tanpa cacat cela. Matahari penyuluh terang disiang hari dialih nya digerak nya awan menurunkan hujan ke dada bumi ada tempat berhujan ada tempat berpanas semuanya dia lah maha berkuasa punya aturan. Tumbuhan merata di alam ada di dalam air ada di atas bumi subur memberi rezeki pada penghuni bumi dikaih dicari rezeki di siang hari. Begitulah matahari sebagai lampu pemberi cahaya di siang hari pemberi ilham pencari rezeki nafkah di siang hari Maha hebat kekuasaan mu Ya Allah selepas cerah disiang hari ditutup nya cahaya matahari gelap menjelma malam hari di sebahagian depan bumi ini. Jadual aturan mu Ya Allah sungguh indah untuk hamba mu Ya Allah penat mencari rezeki di siang hari malamnya pula gelap tenang berehat di malam hari tenangnya waktu malam dengan cahaya bulan dan kelipan bintang di langit. Sepertiga malam makin tenang untuk bersujud pada mu maha pencipta maha berkuasa tunggunya malaikat, menanti insan bersujud di sepertiga malam hari tanda bersyukur, tanda hamba yang lemah pada yang maha esa mencari cahaya yang lebih terang untuk hidup di alam yang kekal empunya yang maha berkuasa. Alam ciptaan mu Ya Allah Langit bumi, air awan ciptaan mu Ya Allah tiada lain yang maha besar hanya pada mu Ya Allah Tuhan, Allah berkuasa segenap Allah. Ya Allah....engkau yang maha agung pencipta alam bicara oleh mnazripeng.mulong jam 6.30 ptg 5sept2020
55 34. SMK MULONG SEKOLAH BIASA - BIASA Walaupun kita SMK Mulong sekolah biasa walaupun kita SMK Mulong bukan sekolah elit yang luar biasa walaupun SMK Mulong dahulunya tidak dilihat oleh orang orang luar biasa. Kerana kita sekolah biasa kerana kita SMK Mulong anak orang orang biasa kerana kita SMK Mulong pelajar yang biasa biasa maka kita tidak dilihat oleh orang yang luar biasa kita mulong hanya dipandang biasa biasa Kita bersama bersama bergading bahu bersama bermandikan peluh bersama perah tenaga bersama curahkan ilmu bersama lontarkan idea. Kita redah bersama kita berkerja bersama kita bersilat seribu langkah bersama Dengan satu jiwa dengan satu hati dengan satu harapan dan impian yang tidak goyah dipikul digalas bersama. Anak anak mulong kita kata bersama kita satukan impian bersama anak anak mulong ini perlu kita bimbing perlu kita ajar perlu kita asuh perlu kita gilap agar mereka tidak dipandang anak anak pelajar biasa selama lama.
56 Agar kita semua di mulong tidak dipandang sinis tok guru yang biasa Agar SMK Mulong juga bukan sekadar dilihat dari jauh oleh orang biasa biasa kerana anak anak mulong ada hak diri ada maruah diri ada impian diri ada potensi diri ada masa depan diri kerana anak mulong ingin berlari bersama sama di depan hari. Jangan biarkan anak mulong kita rebah dalam berlari. Jangan biarkan anak mulong kita berada di belakang semasa berlari. Jangan biarkan anak mulong kita berlari tanpa bersemangat. Jangan biarkan anak mulong kita berlari tidak sampai di garisan penamat. Anak mulong perlu bimbingan kita anak mulong perlu didikan kita kerana mereka tahu kita semua mampu mengubah mereka. Kerana mereka tahu kita semua mampu membawa mereka capai kecemerlangan yang luar biasa. Kerana mereka tahu kita semua mampu mengubah mereka dari biasa jadi luar biasa. Kerana mereka tahu kita semua mampu membuatkan mereka dilihat luar biasa oleh orang yang luar biasa. Ini kerana semua Allah anugerahkan kita juga kerja yang luar biasa Allah anugerahkan tenaga dan ilmu yang luar biasa pada kita semua. Untuk mengubah pelajar mulong yang biasa menjadi pelajar pencapaian yang bukan biasa biasa. Syukur sudah kita pernah didatangi oleh orang orang yang luar biasa dan dikatakan pada sekolah kita, dikatakan pelajar, dikatakan pada guru kita dari sekolah biasa tetapi pencapaian bukan biasa biasa. Syukur kita pada Maha Esa kita mulong sekolah biasa, anak pelajar biasa, cikgu biasa biasa tapi pencapaian kita sudah peringkat antarabangsa.
57 Bukan hendak rasa dimegah tapi itulah anugerah yang Maha Esa. Walaupun sebelum ini kita SMK Mulong hanya sekadar lihatan orang biasa biasa. Hanya bersyukur pada yang maha luar biasa Dialah menjadikan biasa dan luar biasa. Kita guru manusia biasa, terus berdoa pada yang maha luar biasa moga kita SMK Mulong sekolah biasa memiliki pencapaian luar biasa. Moga kita insan yang biasa tidak lalai dan angkuh apa yang ada, apa yang luar biasa pada yang maha luar biasa. Mulong sekolah biasa..... Bicara oleh mnazri pengetua smk mulong 4 julai 2020 jam 6.04ptg
58 35. ANAK MULONGKU SANG KERDIL Dikau mentari dikau sinar dikau bulan dikau bintang dikau sungai dikau puncak gunung. Tapi dikau tidak sedari itulah dikau anak anak mulong ku terangilah cahaya Mu ayuh kita menari bersama dengan riang warna pelangi. Dalam airmata mu anak mulong ada kekuatan tersembunyi bukan bebal bukan dungu tapi tidak tahu arah potensi kekuatan diri. Gagah pokok pada akarnya cantik purnama bulan pada wajah warnanya. Sinar mu ,cahaya mu untuk hidup mu untuk masa depan mu. Langkah mu sudah diatur oleh guru mu seni tari hidup mu sudah dibimbing oleh guru mu sahsiah murni diri mu sudah diadun, diolah oleh ustaz dan ustazah mu. Tinggalnya lagi tari irama ilmu yang ada pada mu seni silat jati diri yang ada pada mu jasad jiwa murni taqwa yang ada pada mu dibawa ke gelanggang hidup bercampur aduk pelbagai kehidupan. Dikau anak mulong ku generasi mulong baru ayuh gegarkan maruah dirimu berlari bersama dengan anak didik yang lain di luar sana engkau mampu anak mulong ku engkau mampu melangkah jauh ke depan anak mulong ku.
59 Kerana engkau gagah kerana engkau kuat kerana engkau juga pintar berilmu kerana engkau juga dilatih oleh guru yang jujur dan berilmu. Nah....anak mulong ku sudah diketahui mereka di sana dahulu mereka lihat dikau anak pelajar yang kerdil dahulu mereka bicara kurang ajar dengan kebolehan dikau dahulu dewa dewa pendidikan di luar sana tidak kenal dan tidak mahu kenali siapa dikau. Ya....anak mulong ku.. mungkin bukan salah bicara mereka mungkin bukan salah pandangan mereka mungkin kerana tiada apa yang mereka hendak lihat dan kenali dikau saat itu... Ya ....dahulu...anak pelajar yang cerdik di luar pagar sana berlari lebih pantas dari mu disanjung meninggi KLCC mereka megah berlari. Tapi.... sekarang anak mulong ku dikau sudah berada dalam dunia yang sama dengan mereka dunia anak mulong sekarang sudah dilihat orang larian dikau anak mulong sudah diperhati jauh oleh jurulatih luar disana. Mulong... Itu mulong.... Aduh budak mulong.... ini tuturan mereka bila dikau berjuang dengan mereka mula gementar wujud pada orang yang bersaing dengan mu anak mulong. Mengapa tidaknya dikau anak mulong ku gelanggang negeri dikau digeruni jaguh tempat mu.
60 Di jaguh kebangsaan nama mu anak mulong ku dijulang megah persada kebangsaan. Tidak puas itu lagi di gelanggang jaguh antarabangsa nama dikau anak mulong ku menjadi juara jaguh. Syukur pada yang maha berkuasa. aturannya memang hebat dan perkasa sujud syukurlah anak ku anak mulong ku moga terus berlari kedepan. Juara anugerah mu dari maha berkuasa tidak lalai dan angkuh dengan juara mu moga mata dan hati mereka di luar juga tidak sombong dan angkuh pada mu anak mulong ku.... Syukur anak mulong ku sang kerdil... menjulang terbang terus ke puncak awan.... Dari mnazri pengetua smk mulong siap bicara jam 7petang suite hotel acappella sept10.2020
61 36. TERSEMBUNYI Ia tersembunyi dalam terang ia tersembunyi dalam gelap ia tersembunyi dalam kebiasaan ia tersembunyi dalam dirinya. Ia tersembunyi dalam kealiman ia tersembunyi dalam ketaqwaan ia tersembunyi dalam insafan ia tersembunyi dalam keimanan. Lari dalam kemewahan lari dalam keseronokan lari dalam kesenangan lari dalam kebisingan. Mencari jalan taqwa untuk ke sana mencari ketenangan di sana mencari keabadian hidup di sana mencari kebahagiaan hidup di sana. Nampak buruk di sini jangan nampak buruk di sana nampak hina di sini jangan nampak hina di sana nampak susah di sini jangan susah di sana nampak miskin di sini jangan miskin di sana. Biarlah aku tersembunyi mencari yang tersembunyi di sana Mnazri mohd nazri muhamad 7.40pagi sept12.2020 shah alam berbicara.
62 37. kawan Hati mu seorang kawan berkata sang punjangga " mencari seorang kawan ibarat kata sebutir atah dalam beras." Kerana kawan yang setia bila berkawan kawan yang memahami hati kawan kawan yang jujur dalam persahabatan kawan yang menangis dengan kawan kawan yang tahu isi hati kawan kawan yang tidak khianat kawa kawan yang ketawa dengan kawan. Semua ini payah dan sukar untuk diketemui mencari sebutir antah dalam setimbun beras itulah kawan berasnya banyak tapi antahnya tersembunyi berasnya putih cantik warnanya tapi belum pasti putihnya bila dimakan terlalu banyak terlalu putih terkadang terlalu ramai yang memakan kawan. Itulah dikau antah bergelar seorang kawan kawan yang sukar disilih ganti moga kekal sampai ke mati. Mengapa tidaknya semasa angin badai bertiup kuat dikau bertanya untuk hulurkan tali bantuan semasa ku hampir lemas dibawa badai lautan pelampung keselamatan kau berikan semasa ku lemah longlai tiupan angin semangat kau gagahkan.
63 Rasa bertuah bernaung di lembayung sinar kejujuran wahai kawan ku moga sinar kasih sayang naluri mu kawan terus bersinar terus bersinar nilai kawan sejati mu wahai kawan ku. Kawanku... sejati hati persahabatan mu moga terus bersinar walaupun sukar mencari sebutir antah persahabatan dalam sejuta beras yang putih bersih tapi itu lah dikau kawan ku. Kawan ku... Bicara oleh kawanmu mnazri jam 2.47 12sept2020 flight od1266 subang airport
64 38. LAGU: CINTA DISAKITI Bertuah aku mengenali mu kau campak cinta mu pada ku Terlalu kasih kau pada ku terlalu sayang kau pada ku. Terpaut ku pada cinta mu tertanam sudah di hati ini. Tanpa ku sedari mabuk cintaku pada mu suci manja cinta ku pada mu. ##ku sangkakan cinta ini hingga ke petang tapi hancur di dalam lautan. Kau berpaling pada cinta mu dahulu tanpa ku sedari cinta ini kau duakan. ###*terpaut ku pada cinta mu tertanam sudah di lubuk hati ini. Tanpa ku sedari mabuk cintaku padamu suci manja cintai ku pada mu. Sakitnya hati ini... cinta suci ku kau sakiti. Lirik lagu oleh: mnazri 14sept2020
65 39. RINDU IBU Doa untuk mu....ibuku aku merindui wajahmu. Inginku bertemu mu lagi seperti waktu ku dahulu. Ibu....aku menrindui mu airmata rindu membasahi pipiku. Ibu....dengarlah dikau di sana Aku...rindu belaian kasih mu. Sekaya seharta ku di sini namun tidak semesra seperti dulu. Dengarlah ibuku....aku ingin bersama mu Rindu kucup peluk mu pada ku. #ibu.....aku merindui mu airmata rindu membasahi pipiku. Ibu....dengarlah engkau di sana aku rindu belaian kasih mu. Kembali lah ibu pada ku walau sejenak dalam mimpi ku. Bicara lirik ibu oleh: mnazri pengetua smk mulong jam bertanda 12.17mlm sept15.2020
66 40. PUJANGGA ALAM Petir menyambar suara hujan mencurah seribu warna. Si pujangga mengatur kata mengira petir untuk berbicara. Angin bertiup berlari sangkala bumi pokok bergoyang dengan riang. Asap tembakau dihembus si pujangga tanda alam sebagai idea berkata berbicara. Rating kayu rapuh jatuh menyembah bumi. Air disungai mengalir terus dari hulu ke hilir. Tidak henti minda dan jemari si pujangga. Mengatur kata menyusun bicara. Bunyi cengkerik menyahut malam. Seribu bintang dilangit tidak terkira bilangannya. Sang semut terdiam dalam bangkai kayu. Yang reput usang dik masa berzaman. Minda si pujangga berlari. Berlari bersama awan berkarya. Sambil menghembus asap tembakau rokok daun. Berputar putar penuh berilusi. Teratur kata bicara dibenak fikiran. Dari pujangga rapuh memakan usia. Biarlah memakan usia. Tapi minda masih segar seembun pagi. Menitik dakwat indah berbahasa. Bukan pujian yang diminta . Tapi kepuasan ilusi yang bertakhta dijiwa
67 Tiada pada sipenjual air kopi disana. Tiada pada pak pengarah disana. Anugerah ini hanya ada pada pak tua pujangga. Cahaya anugerah bersalut asuhan. Satu nilai seni karya yang tak kan luput. Hingga memakan zaman. Ada hikmah pelbagai pengajaran. Ada pendoman terselit pada bahasa alam. Indahnya untuk sebagai panduan. Ada seribu sejuta kebesaran tuhan. Biar lah pujangga tua. Menghembus asap rokok daun. Berkarya bersendirian. Berseni tari dengan kebersaran alam. Tinggallah dia berseorangan. Bersama alam menanam ilham. Bicara pujangga oleh: mnazri sept 26.2020 jam 7.16 pagi.
68 41. ReBAh kAWanKu Dalam kehidupan tidak sentiasa kita berada di atas puncak sana wahai kawan ku. Ada kalanya kita menjunam ke bawah rebah tersungkur dalam dugaan kesusahan. Kawan ku di kala ini dikau akan berada di lembah kehinaan. Tiada kawan yang menjadi kawan yang dahulu ketawa riang bersama dikau. Di saat dikau rebah tersungkur tiada tongkat dihulur untuk dikau bangkit. Sudah tiada pujian dari rakan rakan dikau tapi kejian dan hinaan jadi sajian. Diri mu kawanku mula merasa kosong keserabutan tiada kawan yang ingin menjadi kawan. Yang dikau sayang dan cinta mula menjadi pendehaka tiada sudah kasih sayang sedia kala. Engkau hilang dalam bayang seribu impian engkau mula menjunam di sempadan kehinaan. Engkau mula merasa hati ini tiada ketuhanan engkau mula merasa tidak adil diri ini diduga sedemikian. Kawan ku... patah sayap sang helang tidak pernah mengaku kalah lelah ibu burung mencari rezeki anaknya tidak pernah mengaku lelah.
69 Kawan ku... dalam perjuangan kehidupan sebegini jangan sesekali mengaku kalah. Hentikan nyanyian kesedihan padamkan irama kehinaan lenyapkan minda keserabutan Hapuskan segala kedukaan. Kalau dugaan yang diberi pada kita Allah tetap sediakan jalan penyudahnya wahai kawan ku... Bangkitlah kawan ku jangan dikau menyerah dirimu dimamah kedukaan jangan lemas dalam anai anai kehinaan. Kawan ku... keturunan mu waris mu kawan mu tidak mampu bangunkan dirimu yang kerebahan ini. Nyalakan lilin dirimu bakarlah kehinaan dalam dirimu. Menyala untuk terus bangkit bangkit menerangi untuk terus berlari. Berlari untuk keluar dari lembah ini mejulang kembali maruah diri mu ini. Jadikan kesakitan kesengsaraan kehinaan keperitan untuk menjadi diri mu lebih kuat dan gagah dalam kebangkitan perjuangan ini.
70 Kawan ku... yakinlah dirimu tiada diri lain yang mampu menolong dirimu. Kalau seekor semut merangkak naik pada batang pokok tiada takutnya semut ini untuk jatuh tersungkur ke bumi. Kerana apa kerana semut yakin kakinya kuat dan gagah kalau jatuh sekalipun semut ini akan bangkit kembali. Kawan ku... jangan engkau padamkan lilin kekuatan mu walaupun cahayanya kecil tetapi api semangat diri mu tetap panas membara. Kawan ku.. dalam perjuangan penuh dengan kelukaan dan kepenatan tapi kelukaan dan kepenatan ini mengajar engkau lebih kuat. Percayalah kawan ku... hanya api lilin semangat diri engkau sahaja mampu menerangi semula kegelapan ini. Kawan ku... jangan sekali engkau menyerah pabila engkau rebah tersungkur. Bangkitlah engkau seperti sang helang terbang tinggi menggunung. Engkau mampu kawan ku bangkitlah kawan ku... engkau mampu kawan ku... Bicara dari kawan oleh : mnazri jam 12.25 sept23.2020
71 42. dIRi iNI Satu hari dalam diri mencari sesuatu dalam diri dalam diri yang tidak pasti di mana diri di mana hati. Dicapai pena melakar diri mencari diri dalam diri dilakar, dicoret tentang diri masih kabur mengenal diri sendiri dalam tanggis belum pasti siapa diri ini. Bersujud dahulu di pelusuk mimbar mu dalam mencari diri ini mengenal diri sendiri sebelum diri ini jauh pergi. Di kala pergi sudah pasti mati dalam diri sendiri. Tidak tahu siapa diri ini diri ini untuk siapa diri ini dijadikan untuk apa takut diri ini sia sia menjadi diri ini. Sekadar hidup jadi diri ini tapi diri ini sekadar menjadi diri ini tanpa mengenal diri ini tanpa menjadi diri ini yang sepatutnya wajib tunai menjadi diri ini. Kerana diri ini sudah berjanji untuk jadi diri ini sebelum keluar dari perut ibu diri ini sebelum diri ini melihat dunia ini sebelum diri ini menghirup udara dunia ini. Kenal lah diri ini sebelum mengadap yang maha berkuasa menjadikan diri ini. Diri ini..... mencari diri ini. Bicara mnazri jam801 pagi sept25.2020
72 43. TANGGA SOGO Di tangga sogo kekalutan orang dari mana entah ke mana penat mata memerhati ke hulu ke hilir. Bunyi hon kereta tidak henti mungkin ada yang mengejar haluan lupa diri, anak dan bini itu lah hon berbunyi. Pokok berbatu memerhati bersahaja gelagat sang manusia ditangga sogo di depan sogo kiri kanan sogo. Mungkin pening bercampur sinis melihat gelagat kita manusia entah kemana hala langkah entah kemana hati dan minda manusia di tangga sogo. Kata sang gagak rupanya ada sang manusia sesama aku terbang tiada arah haluan. Mata di tangga sogo memerhati rakan manusia di tangga sogo. Penghibur busker, menghibur telinga yang mendengar pelukis seni mencari sesuap rezeki hasil coretan tangan. Bau minyak keropok lekor goreng memukau sipembeli anak kecil menari ikut irama petikan guitar. Si ibu si ayah si pengujung tangga sogo mengheleng sayu kepala sambil kaki dihentak seirama nyanyian busker.
73 Si buta hujung kanan tangga sogo tumpang simpati mencari sesuap nasi helaian ringgit dalam botol gula gula sudah menjanjikan rezeki mulut dan perut si buta hari ini. Mata dari tangga sogo makin cerah makin berahi memerhati. Mengapa tidaknya ada ibu tua separuh umur bertudung elok berbaju merah Sudah asyik haluman irama busker dilenggoknya tubuh badan ikut irama makin kuat siulan sang gagak kertawa makin menjadi lenggokannya. Mata berahi di tangga sogo tidak henti melihat gelagat manusia. Terpaku sejenak mata melihat pelbagai gaya pelbagai ragam kain nipis menutup tirai badan seperti tidak berpakaian berjalan seharian gatal di mata menjadi hilang. Berbisik dua sejoli di atas tangga sogo entah sah atau pun tidak hanya maha esa yang lebih tahu. Cermin dinding sogo makin cerah cerah sinaran lampu tandanya senja makin berlabuh rancak orang berjalan ke hulu hilir serancak irama dendangan busker. Inilah irama kehidupan pandangan mata di tangga sogo. Bicara sogo oleh mnazri jam5.52 petang 28sept2020
74 44. KAWAN KU PULANGLAH Kawan ku... hidup ini sentiasa berlari berlari mengejar kita. Mengejar kita mencapai seribu impian. Kawan ku aku melihat dirimu sudah jauh hanyut mengejar impian. Lupa diri sendiri lupa maha pencipta. Lupa maruah diri lupa halal dan haram. Mungkin... tiada batas sempadan bagi diri mu semua itu. Tangan dan mulut ini tidak mengendahkan yang mana haram yang mana halal. Apa yang jadi jalan kemewahan maka itulah pilihannya. Kawan ku... sampai bila jalan syaitan ini akan berakhir sampai bila hidup hanyir berpalut dosa ini akan terhenti. Langkah kehidupan sebegini sudah jauh terkeluar terkeluar dari seorang insan ciptaan yang maha esa.
75 Adakah kerana malu untuk pulang pulang ke jalan yang benar. Atau sudah terlalu seronok sebegini. Kawan ku... pulanglah... yang maha esa masih menunggu taubat dari mu pintu keampunannya sentiasa terbuka untukmu Jangan tunggu esok jangan tunggu bulan hadapan jangan tunggu tahun hadapan jangan tunggu masa tua mu. Kerana esok dan lusa kerana tahun hadapan dan masa umur mu belum pasti kita akan bersama waktunya. Mungkin esok kita sudah tiada mungkin esok bumi hancur berbelah dua. Tidak sempat kita untuk menadah tangan memohon ampun segala dosa yang bakal kita pikul di padang mashyarnya nanti. Mungkin tidak sempat kita dahi yang hina ini sujud pada yang maha berkuasa memohon ampun, sebelum mati usia kita. Kalaulah ini lakunya sudah pasti gerbang neraka yang bakal kita tuju
76 Sudah pasti darah daging tulang kita dijilat makan, api neraka. Kawan ku... Pulang lah kawan ku ke jalan yang benar ke jalan petunjuk Allah moga pintu gerbang syurga bakal engkau lalui. Kawan ku... pulang lah. Bicara mnazri jam12.42mlm sept17.2020
77 45. bErfIkir Fikiran untuk berfikir berfikir dan terus berfikir. Berfikir ke jalan yang benar bukan berfikir ke jalan yang khianat Berfikir lerai jalan yang kusut jangan mudah mengalah mudah menyerah mudah pasrah itulah anugerah berfikir. Gembira fikiran bersyukur fikiran kerana berfikir kejalan kebaikan berfikir memudahkan urusan orang berfikir ke jalan kebenaran itulah sepatutnya berfikir bukan berfikir yang lintang pukang. Siang hari fikiran penat berfikir buka mata buka fikiran terus berfikir segala nya perlu berfikir. Dari fikiran terus bergerak bergerak anggota menterjemah apa yang difikir. Ada yang sehaluan dengan yang difikir ada bertentangan dengan apa yang difikir. Tak akan henti berfikir selagi diri masih bernyawa. Bicara mnazri. 29sept2020 jam1212mlm
78 46. rindu Rindu dirindui merindu yang dirindu dirindui bila rindu rindu pada yang rindu rindu hadir pada saat rindu rindu tetap rindu rindu merindui yang dirindu dirindu tiada batas rindu yang dirindu terasa dirindui dirindui saling rindu pada yang merindui merindui terasa seksa rindu rindu dari hati yang rindu hati yang rindu jujur dalam rindu dalam rindu ada kasih sayang rindu. Kasih sayang rindu tidak mampu tipu hati rindu kerana rindu sejujur rindu jujur rindu datang dari hati rindu dari hati rindu datang pula pada mulut rindu mulut rindu kata rindu kata rindu bermula bunga rindu bunga rindu terputik kasih sayang rindu kasih sayang rindu bersatu dua kasih rindu dua kasih rindu tergila dengan rindu. Tergila rindu termakan hati rindu termakan hati rindu makin sakit hati rindu makin jauh diri makin tersesak rindu ditinggal orang yang dirindui makin bernanah rasa rindu. Rindu..... itulah rindu... susah juga bila rindu... senang juga rasa dirindui.. semua orang ada rasa rindu... rindu tidak kira pada siapa yang dirindu.... tapi ia tetap rindu... R i n d u inilah rindu... Bicara rindu oleh: mnazri jam1024mlm 28sept2020
79 47. syair songsang. Syair songsang di sebalik hati syair berkata putih tapi bercermin hitam syair enak didengar telinga tapi sakit hati terasa. Syair bermadah berbunga mecintai alam dalam hati belum pasti ada cinta kasih sayang syair songsang hanya kata sayang tapi dalam hati belum pasti ada sayang. Rupanya ada irama syair yang berbahasa indah tapi hanya sekadar indah bahasa untuk pujian yang berbicara tapi iramanya lain rupa bicara. Syair bicara pengubat jiwa dalam berbicara tapi hati masih berdarah luka lara dijiwa syair bawa seribu rupa ingatan yang hidup masih penuh dengan dusta lara. Syair songsang.... lain bicara lain yang ada.. Mnazri jam 6.25 4okt2020
80 48.LAGU : BERSALAHNYA AKU. Berdosaku padamu hatimu yang ku lukai. Menanggis dirimu cinta kita ku khianati. Engkau yang ku cinta tak rela dikau tiada dariku. Kembalilah dikau padaku kembali cinta kita seperti dahulu. ##aku tahu dikau masih mencintaiku tapi dikau sembumyi cinta itu. #kau tipu perasaan cintamu di sebalik duka air mata mu. ##kau sakiti hatimu hancurkan cinta ini. Walaupun kau tahu bukan sengaja kusakitimu. Kasihani lah cinta kita. Bertahun lama kita bina bersama. Maaflah aku sayang. Kerana tak sengaja ku sakitimu. Mungkin aku yang bersalah. Tapi cinta kita masih berharga. Cuma, kembali kita bina. Cinta kita sendiri sekian lama. ##aku tahu dikau masih mencintaiku. Tapi dikau sembunyi cinta itu. #kau tipu perasaan cintamu. Di sebalik duka air mata mu. ##kau sakiti hatimu hancurkan cinta ini. Walaupun kau tahu,bukan sengaja kusakitimu. Kasihani lah cinta kita. Bertahun lama kita bina bersama. Lirik oleh: mnazri jam 1236mlm 29sept2020
81 49. DIRI KITA. Dalam diri kita ada diri kita yang sebenar saban detik diri kita sebenar meratap kesedihan menuntut jalan yang benar menuntut jalan yang lurus. Berkata dia pada diri kita mampukah semua ini tertunai kerana lelah perjalanan ini belum berakhir Hanya diri kita sebenar. yang tahu diri kita hanya diri kita sebenar yang tahu langkah hitam atau putih yang kita tuju. Berbicaralah dengan diri kita yang sebenar diri kita yang sebenar tahu langkah mana yang perlu dituju. Moga kita dan diri kita tidak tersesat dalam perjalanan ini perjalanan ini masih jauh yang perlu dituju. Perjalanan jauh ini dinilai ditimbang kira untuk terus berjalan di perjalanan yang kedua yang tidak akan ada kesudahan. Hanya diri kita dan diri kita sebenar menentu segala kesudahan ini. Diri kita dan diri kita sebenar Bicara diri oleh mnazri jam 5.30petang 3oct2020
82 50. BINA TAMADUN ANAK MULONG. Rakan ku SMK Mulong semua. Pabila kita berlari ke depan kita perlu berlari dan terus berlari makin kuat kita berlari makin bertenaga dan bersemangat kita mencapai impian. Pabila kita redah hutan belantara duri rotan, akar kayu kita redah jadi laluan untuk kita bawa SMK Mulong ke depan. Pabila kita ke depan kita tidak boleh undur ke belakang kerana untuk kita bina tamadun mulong yang cemerlang. Dalam membina tamadun mulong yang gemilang terbilang mata fikiran kena tajam peluang di depan perlu berani direbut julang halangan di jadi peluang peluang dijadikan SMK Mulong cemerlang. Kita redah hutan mulong untuk anak mulong cemerlang ia penuh dengan kelelahan dengan penuh penghayatan pengorbanan. Tidak teredah hutan yang penuh duri rotan dan akar kayu, kalau hanya kami sekumpulan inginkan capai impian kerana kaliankah guru sebagai hulubalang pejuang anak mulong mencapai impian. Penguat pejuangan kecemerlangan anak mulong datang dari sokongan kuat dari kalian sebagai guru mulong yang cemerlang.
83 Sokongan itu bukan ringgit dan wang tapi cukup sokongan doa dan semangat dari kalian. Cukup sekadar ucapan tahniah agar semangat juang mereka terus membakar. Agar anak mulong dan guru mulong yang meredah hutan cemerlang lebih semangat tenaga juang. Semangat juang mereka tinggi menjulang inovasi kebaikan diolah siang dan malam. Yang buta bertongkat tidak bertongkat sudah untuk berjalan dari sampah terbuang berinovasi menjadi duit. Takutkan sentuhan covid cecair nyahkuman tanpa sentuhan diolah beri. Pelajar Pendidikan Khas Mulong tidak tertinggal mencipta inovasi. Tidak cukup pelajar guru juga cipta kehebatan dalam inovasi dari herbal bertukar menjadi minyak ubatan. Bukan mudah untuk hasil inovasi bukan mudah bimbing anak mulong hasil inovasi bukan mudah untuk cipta anak mulong, guru mulong dan sekolah mulong cemerlang. Sudah tertentu berbekalkan minda, hati, tenaga, maruah diri, pengorbanan yang tinggi dan cekal untuk capai semua impian ini. Moga mulong Allah sentiasa hidangkan yang terbaik untuk kita moga kita juga sama sama berjuang untuk kecemerlangan untuk anak mulong. Terima kasih warga guru dan pelajar mulong yang terus bina tamadun kecemerlangan mulong berterusan. Terima kasih.... Syukur pada maha pencipta. Dari pengetua smk mulong jam9.03 mlm okt14,2020
84 51. GILA Aku dikatakan gila aku bukannya gila gila kah aku yang bukan gila gila aku sebab kau yang kata aku gila cuba kau kata aku tidak gila aku akan jadi tidak gila. Aku juga orang sama dengan kau orang kalau aku orang gila maka kau juga orang gila sama sama gila kita juga jadi gila. Aku makan aku minum kau makan kau minum mengapa kita sama sama makan dan minum orang gila makan dan minum kau makan dan minum mananya yang kau kata aku gila aku gila kah atau kau juga gila. Tilik diri kau, tengok diri aku luar nampak aku gila dalam kau tak nampak aku gila gila luar mungkin tidak gila dalam haaaaaa.......belum tahu apa itu gila siapa yang gila gila luar gila dalam. Gila dalam, kau tidak nampak gila luar kau nampak aku, kau nampak gila luar kau nampak tak gila luar tapi orang tak nampak aku gila dalam orang tak nampak kau gila dalam
85 Ada orang gila luar tapi dalam tak gila dalam hatinya suci bersih tak gila seperti gila luar Ada orang tak gila luar tapi dalam nya gila dalam hatinya busuk kotor bernanah gila dalam. Jadi kita sama sama gila kau gila dalam aku gila luar yang mana lebih gila tiada jawapan lagi untuk gila.... Mnazri jam6.12 sept11.2020 shah alam
86 52. TERSEMBUNYI. Ia tersembunyi dalam terang ia tersembunyi dalam gelap ia tersembunyi dalam kebiasaan ia tersembunyi dalam dirinya. Ia tersembunyi dalam kealiman ia tersembunyi dalam ketaqwaan ia tersembunyi dalam insafan ia tersembunyi dalam keimanan. Lari dalam kemewahan lari dalam keseronokan lari dalam kesenangan lari dalam kebisingan. Mencari jalan taqwa untuk ke sana mencari ketenangan di sana mencari keabadian hidup di sana mencari kebahagiaan hidup di sana. Nampak buruk di sini jangan nampak buruk di sana nampak hina di sini jangan nampak hina di sana nampak susah di sini jangan susah di sana nampak miskin di sini jangan miskin di sana. Biarlah aku tersembunyi mencari yang tersembunyi di sana Mnazri mohd nazri muhamad 7.40pagi sept12.2020 shah alam berbicara.
87 53. BERSYUKUR PADA DAN TERIMA KASIH PADA INSAN HATI MULIA. Hari ini, pagi ini saya selaku pengetua amat bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada insan pendidik berhati mulia di antara insan insan pendidik yang berhati mulia di SMK Mulong . Bermula ceritanya. Pagi tadi saya didatangi seorang guru yang hiba Dimaklumkan beliau terpaksa menjalani rawatan di hospital dan terpaksa bercuti selama 5 minggu. Cikgu ini seorang yang komited pada kerja dan pengajaran. Diminta dengan pihak hospital untuk tangguh rawatannya kerana kesian pada pelajar yang diajarnya di tingkatan 5 yang bakal ambil SPM. Doktor berkata pada nya " cikgu, cikgu masih panjang usia hendak berkhidmat pada pelajar maka perlu buat rawatan segera." Guru ini menerima dengan berat hati kerana pelajarnya bakal hadapi SPM tahun ini. Saya lantas memanggil beberapa orang guru termasuk PK Pentadbiran untuk selesaikan masalah ini. Terutamanya untuk 2 kelas tingkatan 5 yang diajar oleh guru ini. Guru dipanggil datang dengan tidak tahu apa apa. Maka saya jelaskan cerita tentang cikgu ini terpaksa terima rawatan selama 5 minggu mungkin lebih. Maka kelasnya terpaksa diganti. ✓ belum sempat saya habis terangkan seorang guru yang ada sisa baki perkhidmatannya sebagai guru lebih kurang 2 tahun, beliau terus menyampuk cakapan saya, dengan berkata " tuan pengetua saya ambil tingkatan 5 Perniagaan untuk ganti cikgu kita ini untuk mengajar kelas ini, seorang guru lagi yang berusia 50 an berkata " saya ambil tingkatan 5 Akaun, saya akan mengajar kelas itu walaupun tidak pernah mengajar matapelajaran ini tapi saya cuba tuan pengetua.
88 ✓ guru yang bakal terima rawatan menanggis kerana ada rakan guru lain yang sanggup ambil kelasnya untuk mengajar di sepanjang ketiadaannya. ✓ kekanda saya tuan pkp juga mengesap titisan airmata pabila mendengar dan memerhati pengorbanan guru guru ini. ✓yang aneh dua guru yang sanggup mengajar ini juga mengajar tingkatan 5 dan mengajar matapelajaran yang berbeza dengan matapelajaran yang bakal diajarnya. ✓ yang anehnya guru ini juga sudah mengajar jumlah masa yang banyak tapi dua guru ini terus sanggup. ✓ apa yang saya ingin kongsikan di sini mengapa ini berlaku : seorang guru yang menjiwai tugasan sebagai pendidik dia sanggup korbankan kesihatannya demi anak didik. ✓ guru yang menjiwai jiwa pendidik beliau sanggup terima tugas dengan jujur dan ikhlas walaupun mungkin membebankan beliau dalam kesanggupan ini. ✓ guru yang menjiwai masalah rakan sejawat.terus sanggup demi memberi ketenangan pada rakan sejawat yang kebimbangan tentang anak didik. ✓ jiwa seorang guru yang hampir pencen dan guru otai umur 50 an tetapi masih mempunyai jiwa pendidik yang tinggi. ✓ semoga cerita ini pada hari ini walaupun cerita yang biasa.mampu memberi suntikan semangat kepada kita semua sebagai pendidik dalam memperjuangkan nasib hidup anak mulong kita. ✓ terima kasih kepada semua guru smk mulong .kerana kalian semua guru yang terbaik dengan jiwa pendidik yang amat tinggi. ✓ bersyukur kepada allah kerana smk mulong dianugerahkan guru seperti kalian semua. Sekian terima kasih. Dari pengetua smk mulong jam10.38mlm/nov42020
89 54. COVID ORANG ATASAN LANGIT. Sudah tenang timbul resah dan takut kembali semula. Covid yang ditakuti yang hampir lenyap di bumi ini dia hadir kembali. Covid yang tidur bangun kembali bergerak sudah ke sana ke sini. Ketawa covid pada yang degil boleh ditumpangnya untuk bergerak bersama yang degil. Dulu yang degil orang bawahan tapi yang degil sekarang orang atasan langit. Orang atasan yang degil covid makin gembira mana tidaknya covid kata, dia boleh bergerak jauh jauh berkapal terbang covid bergerak dan merebak. Sudah boleh covid bangun tidur merentas laut cina selatan dibawa dan disebar orang atasan. Orang atasan langit degil bawa covid tidak berhati perut nama sahaja orangnya cerdik dan hebat rasa angkuh turun pesawat tanpa endah bawa gejala covid berbahaya. Pulang rumah sana sini bercerita pengalaman seberang laut cina selatan di kedai kopi di pasar raya di bank dengan megah berjalan dengan hebat bercerita dipegang itu dan ini covid di badannya gembira menari covid ditangannya merayap ke sana ke sini.
90 Degil orang atasan langit susah hendak ajar degil orang atasan langit tidak makan disaman. Menanggis anak kecil menanggis pelajar tadika menanggis bapa tua menanggis ibu tua semua ini warga orang bawahan semua ini warga orang kampungan semua ini warga yang tidak mampu naik pesawat kerana tidak berwang. Menanggis mereka kerana sekali lagi berpisah dengan keluarga menanggis mereka kerana nyawa mereka dipertaruhkan. Kerana apa kerana orang atasan langit yang degil yang sebar virus covid kerana apa kerana orang atasan langit yang degil gerak sana sini sebar covid. Budak sekolah terancam pelajar tinggi, tutup kembali pengajian tutup kembali sekolah. Perniagaan mula pudar kembali petugas mula berpeluh kembali ekonomi negara lesu kembali. Ini semua sebaran covid degil orang atasan langit yang degil yang penting kuasa dari keselamatan yang penting rasa hebat bila menang berlaga.
91 Covid mula bermaharajalela covid mula menghidu nafas manusia covid mula memamah jantung paru paru manusia. Tapi pembawa covid orang atasan langit yang degil diam tidak bersalah diam kerana mereka tiada apa apa ekonomi pudar dan malap mereka sudah ada berguni beras dan harta untuk dimakan. Tapi orang bawahan takut kembali dua bulan dahulu tidak makan tidak kerja takut igauan lama kembali semula anak menyusu kelaparan si bapa kerja buruh tidak bekerja si ibu menanggis tidak rela anak kelaparan takut ini berlaku kembali. Orang degil atasan langit tidak apa apa mereka orang degil atasan bawa covid tidak terasa susah ini. Ya Allah kepada Mu sekali lagi kami bersujud kami mohon pertolongan ampunkan dosa kami ini ampunkan dosa orang atasan yang degil lindungilah kami semua dari ancaman wabak covid. Tidurlah covid ditempatnya lenyaplah covid ditempatnya moga kami terlindung dari jangkitan virus covid. Ya Allah... Bicara covid oleh: mnazri 5.57ptg. Nov 7 2020
92 55.JULAIBIB R.A... Cacat tidak berwajah periang dirimu mencari teman Rasulullah penghibur jiwa semangat mu. Zikir pada yang maha esa di bibir mulut dan hati mu bagaikan hujan membasahi bumi. Cacat wajah rupanya dikau lupakan pabila semangat Rasulullah membasahi seluruh tubuh dirimu. Tinggi budi perketi Rasulullah pada dirimu Julaibib r.a yang cacat wajahmu memberi semangat pada dirimu seorang insan Islam yang patuh pada pada Allah pencipta mu dan patuh pada Rasulullah penghulu petunjuk pada mu. Julaibib r.a.... cacat pada wajahmu tapi hati dan iman mu cerah dan indah tiada terkira saf pertama solat itu tempat mu. Syahid janji untuk mu tangan mulia Rasulullah menatang tubuh mu ke syurga. Mulia Rasulullah tidak mengira darjat dan rupa bertuah diri mu Julaibib r.a diterima sebagai saudara rasulullah "dia dari golonganku dan aku dari golongannya"
93 56. hujan memori pilu Merenung di luar jendela hujan berdesir menyapa bumi mengalir air mata kerinduan setelah beberapa purnama tidak bersua rerumput nan layu tersenyum mekar menyapa mesra desiran hujan. Aku masih di jendela membilang memori pilu yang engkau tinggalkan tidak terbaca memori ini setelah hati dan kasih ku setia padamu janji diukir dahulu dikau dustai terasa seksanya naluri ini. Mungkin deraian air hujan lebih setia membasahi bumi setia juga air mata ku membasahi pipi kerana kesetiaan dibalas duri yang menanah di hati. Hanya sujud dan redha dengan pedih rasa hati memori ini yang engkau bagi ku cuba gagahi melupai hanya kekuatan yang kucari mungkin aku ketemui untuk pengubat dihati hilang memori pilu sebagai ganti memori pilu yang melekat di hati dari memori pilu ku pelajari erti setia di hati ertinya sakit hati apa pun yang ku pelajari aku terima dan redhai segala ini biarlah dia pergi memakan hari bersama memori pilu masih ku mengharap hati ini sembuh kembali dari sakit memori pilu pada Mu Ya Allah kuhajati. Dari chedahy..
94 57. SYIRIK Dulu syirik pada yang maha esa kerana menyembah patung berhala. Syirik ini mudah nampak di mata jelas dan nyata pendusta pada maha pencipta mudah pula untuk kita berbicara agar syirik pendusta ini kembali pada yang maha esa. Syirik pada yang maha esa pada masa sekarang lebih lagi pendusta tidak mampu dilihat dengan mata tidak jelas dan dan nyata pada pandangan mata dan nyata. Kerana lain yang dikata lain yang berlaku nyata hingga semua leka dengan syirik yang tidak bermata. Syirik sekarang ini bukan meyembah berhala tetapi syirik sekarang ini syirik kerana pangkat, harta dan kuasa. Syirik kini kerana menyembah pangkat, harta dan kuasa Bukan lagi syirik menyembah patung berhala. Sujudnya sekarang sujud pada manusia untuk dapat pangkat harta dan kuasa. Lupa sujud pada maha pencipta kerana rakus mengejar pangkat, harta dan kuasa. Kerana masa yang ada sekarang penting untuk dapat pangkat, harta dan kuasa lupakan masa untuk maha esa lupakan masa untuk berkata kata pada Allah yang maha berkuasa. Sanggup mengaminkan kata kata pendusta manusia kerana dialah berkuasa memberi apa yang dipinta pangkat, harta dan kuasa tanpa mengira dosa tanpa mengira siapa yang maha berkuasa siapa yang maha pencipta lupa segalanya kerana syirik pada Allah untuk dapat kuasa
95 Pabila dapat impian pangkat, harta dan kuasa lupa pada maha esa maha pencipta terima kasih tuan, syukur tuan kerana tuan saya dapat apa yang saya ada sekarang pangkat, harta dan kuasa. Bersyukur dan berterima kasih sesama manusia sujud pada manusia diagungkan sesama manusia dipujanya sesama manusia dicintai dan disayangi sesama manusia. Dikatakan kerana manusia tercinta inilah yang memberi rezeki pangkat, harta dan kuasa yang menjadikan mereka kaya dengan penuh leka. Mana tidaknya kerana hati yang gelap bernanah dengan syirik pada Allah yang maha berkuasa mereka lupa mereka angkuh mereka bodoh mereka cetek akal dan iman. Maka syiriknya mereka pada Allah syirik kerana pangkat, harta dan kuasa. Yang tidak nampak dengan mata sukar dan payah untuk kita berbicara secara nyata tertutup syirik ini dengan kata kata manusia semakin leka dan terus leka bersyirik pada Allah dengan penuh dosa untuk jalan ke neraka amat jauh sekali ke syurga mnazri jam305petang 19ju2020 angin dingin petang
96 58 ." DI PAGI INI,DI KEDAI KOPI MEMERHATI SEPASANG SUAMI ISTERI WARGA TUA BERUMUR 70 -AN. Datang masuk kedai kopi berduaan si suaminya order dua nasi, dua teh, dua air kosong. Sungguh romantik di alam tua berdua di kedai kopi di pagi hari. Dalam semasa menjamah selera. Si isteri menghulurkan lauk dagingnya ke dalam bekas nasi suaminya. Suaminya mengeluarkan suara emmmm.mengiyakan. Si isteri membetulkan nasi dalam bekas nasi si suami. Walaupun si isteri sudah berumur tua. Walaupun makan di kedai kopi. Tapi peranannya sebagai si isteri tetap si isteri. Hebat dan mulia hati seorang wanita bergelar isteri, walaupun dalam umur yang sudah hampir senja 70-an." coretan pagi kedai kopi anak.di mulong oleh. Mnazri peng.mulong 16dec2020 jam 8.54pagi
97 59. redha dihujung senja Dalam redhaNya jua... Tertulis seribu rahsia yang mampu berbicara dalam hati yang penuh cahaya iman sujud pada yang Maha Esa. Senja berlabuh di pelabuhan dengan penuh redha meniti penghujung usia. Entah ke tidak berjumpa lagi di kala senja. Takut nya esok hari mula berjalan kita ke destinasi rahsia dijemput kembali untuk bersua bersua dengan seribu pertanyaan dan penuh rahsia. Menitis air mata dalam perjalanan rahsia. Tiada siapa yang tahu tanpa mampu berkata kata kerana ia terlalu rahsia di sisi Maha Esa. Kiraannya tepat tiada terkira. Sebesar zarah tingkah laku kita tetap diambil kira. Menanggis cahaya senja pulang hari ini. Di penhujung pelabuhan dengan seribu rahsia. Maka pulang kita di hujung senja pada yang Maha Esa moga hidup kita tidak sia sia di penghujung usia semakin senja. Nukilan oleh mnazri jam 8.00 mlm 19dec2020
98 60. bye 2020 Bye 2020. Selamat tinggal 2020. Esok menjelang 2021. Kehidupan 2020 akan berlalu. Amal ibadat 2020 akan berlalu. Kerja buat amanah Allah tahun 2020 akan berlalu. Tahun 2020 yang bakal berlalu kita kira. Tahun 2021 yang bakal hadir kita hitung saat dan detik akan hadir. Tapi terkadang kita lupa dan sentiasa lupa. Lupa menghitung tahun 2020. Apakah kerja ibadat yang kita lakukan. Berapa kali sujud pada maha pencipta pada waktu malam kita bersujud. Berapa banyak sedikit rezeki kita untuk rezeki orang lain. Berapa kali kita menjenguk orang tua kita yang berkedut wajahnya sementara dia masih ada di 2020. Berapa kali kita membaca ayat suci Al Quran sebagai pendinding dan pewangi di alam kubur. Berapa kali kita membantu mereka yang perlukan bantuan dari kita yang sentiasa senang dan mewah. Berapa kali kita hitung semua ini. Kalau yang berkerja. Tidak kira apa bidangnya. Kalau guru sebagai pendidik manusia kerdil dan lemah. Pernah atau tidak kita hitung. Berapa kali tahun 2020 kita datang lewat kita curi masuk kelas lewat. Kita tidak masuk kelas tanpa apa sebab. Kita abai tanggungjawab dan amanah. Yang baik kita lakukan yang ikhlas kita lakukan. Hitungannya syukur pada Allah.
99 Tahun 2020 kian senja akan berlabuh. Kehidupan tahun 2021 kian terbit mentari di ufuk timur. Kira dan hitungan memori tahun 2020. Sengaja dikhabarkan kembali. Sengaja diungkitkan kembali. Bukan apa. Untuk kita ingatkan bersama. Agar hitungan hidup tahun 2020. Sebagai jalan arah untuk hidup tahun 2021. Kalau ibadatnya, moga tahun 2021, sujud pada yang maha berkuasa Allah. Bilangan sujudnya makin bertambah. Kalau rezeki orang yang ada pada kita maka ditambahkan hulurnya. Pada wajah ibu dan ayah yang masih ada. Tatapan pada mu tahun 2021 kita kerapkan. Kalau berkerja tahun akan datang 2021 lebih ingatkan amanah dan tanggungjawab dari Allah. Kalau kita sebagai guru pendidik insan. Kerja tahun 2021 diperbaharui. Diperbaiki. Kerana Allah tidak pernah lalai dan penat menghitung segala usaha kita. Bye 2020. Biar hitungan meninggal tahun 2020. Ada maknanya. Bukan sama dengan kiraan anak anak hingusan menunggu tahun 2021.
100 Semoga tahun 2021. Hidup kita amal ibadat kita kerja buat kita hubungan kita sesama kita bakul himpunan pahala kita. Lebih baik lebih sempurna dari hitungan tahun 2020 yang bakal pergi. Hanya pada Mu Ya Allah kami bermohon menuju laluan jalan kehidupan tahun 2021 yang lebih baik di sisi Mu Ya Allah. Kerana kami tahu perjalanan ini amat jauh dan penat. Hanya pada Mu Ya Allah. Kami mohon pertolongan untuk teruskan kehidupan di tahun 2021 yang lebih baik di dunia dan akhirat di sisi Mu Ya Allah. Dari mnazri pengetua smk mulong 31 dec 2020 jam 605 petang. Maaf semua dari saya yang lemah.