S E J A R A H & E V O L U S I I B U K U T E K S HAK CIPTA TERPELIHARA
S E J A R A H & E V O L U S I Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan B U K U T E K S KETUA EDITOR En. Yusri Amir bin Haji Bahasa SIDANG PENULIS Datin Sri Noriza binti Asmuni Pn. Zurinah@Rosmawati Binti Rajab En. Shaharuddin bin Mohd Zin Pn. Munawiza Juhanis binti Mohd Jasin En. Mohamad Faizal bin Sahari En. Ko Lian Kiat En. Suzerin bin Zainal Abidin Pn. Murni@Saharila binti Abdullah Pn. Salmi binti Ishak En. Aliodin bin Daud En. Syadid Habibullah bin Samsudin En. Suhami bin Ahmad En. Tamil Selvam A/L Perumal Dr. Nani Herlin binti Jamin Pn. Zarina binti Mamat
Kandungan KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA...................................... KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN... PENDAHULUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGHASILAN BUKU TEKS.......... BAB 1 - PENGENALAN........................................................................... BAB 2 - SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS SAINS SOSIAL........... BAB 3 - BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA........................................... Dekad 1950-an................................................................................... Dekad 1960-an................................................................................... Dekad 1970-an................................................................................... Dekad 1980-an................................................................................... Dekad 1990-an................................................................................... Dekad 2000-an................................................................................... Dekad 2010-an................................................................................... Dekad 2020-an................................................................................... BAB 4 - Sejarah dan Evolusi Buku Teks Braille...................................... BAB 5 - Kesimpulan................................................................................ i ii iii 1 16 39 40 45 55 65 74 81 100 112 119 136
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahniah saya rakamkan kepada semua ahli sidang redaksi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana berjaya menerbitkan buat julung kalinya buku Sejarah dan Evolusi Buku Teks. Merakamkan sejarah penerbitan buku teks ini sangat penting untuk dijadikan panduan atau kajian kepada pendidik pada masa hadapan. Umum mengetahui buku teks merupakan elemen utama dalam proses pendidikan, iaitu sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Buku teks berperanan penting menjelmakan kehendak kandungan dokumen kurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menetapkan matlamat bahawa buku teks yang dihasilkan mestilah berkualiti dan selaras dengan perubahan dan keperluan kurikulum. Pengisian kurikulum dalam buku teks diharapkan dapat mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan untuk mengharungi cabaran semasa dan masa hadapan. Antara pengisian kurikulum yang dapat memupuk perpaduan kaum ialah penerapan nilai-nilai murni seperti baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian dan kebersihan fizikal dan mental. Juga kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Penerapan ini diharapkan dapat melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Juga dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur antara kaum. Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan atas segala daya dan usaha yang telah digembleng oleh semua pihak bagi memastikan sejarah dan evolusi buku teks dapat dirakam dan menjadi rujukan utama dalam melahirkan modal insan negara yang berilmu, berkemahiran tinggi, beretika dan berdaya saing. Seterusnya menjadi pemangkin utama dalam membina sebuah negara yang maju dan sejahtera pada masa hadapan. Apabila bertiup angin sakal, Ambil pengayuh mana yang ada; Apabila hidup ingin berbekal, Amalkan seluruh ilmu di dada. Sekian, terima kasih. Kata Alu-aluan TUAN HAJI AZMAN BIN ADNAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i
DRAF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli sidang redaksi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana berjaya menerbitkan buku Sejarah dan Evolusi Buku Teks. Kita telah melalui sejarah yang panjang dalam penghasilan buku teks. Sejarah yang telah membentuk jutaan insan yang berbakti kepada negara kita dari dulu hingga sekarang. Kita mesti berterima kasih kepada mereka yang memerah idea dan keringat menyediakan bahan bacaan yang berkualiti untuk anak-anak murid kita. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana buku kita semakin baik dari semasa ke semasa. Persembahan kandungan dan ilustrasi semakin menarik dan ditambah pula dengan eleman semasa digital. Proses menambah baik ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran semakin bermakna. Akhir kata, saya berharap buku Sejarah dan Evolusi Buku Teks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam membina anak-anak Malaysia yang berilmu pada masa hadapan. Hari-hari belajar membilang, Dapat berguru menambah ilmu; Mahu jadi orang terbilang, Tuntut ilmu janganlah jemu. Sekian, terima kasih. TUAN ZAINAL BIN ABAS PENGARAH BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Kata Alu-aluan ii
DRAF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur saya lafazkan kerana akhirnya buku Sejarah dan Evolusi Buku Teks ini berjaya disiapkan. Proses penerbitan buku ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap muka surat buku-buku teks lama dan baharu mesti disingkap dan dibaca dengan teliti untuk mencari ketepatan maklumat atau fakta. Kita terhutang budi kepada dua tokoh besar yang mesti dikenang dalam dunia penerbitan buku teks sekolah ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba (1895-1973) dan Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1865-1913). Mereka adalah perintis kepada penulisan dan penerbitan buku-buku sekolah. Penubuhan Pejabat Karang Mengarang (PKM) oleh Za’ba dan O.T. Dussek merupakan suatu tindakan yang tepat dalam usaha mengembangkan lagi penerbitan buku-buku sekolah ke peringkat yang seterusnya. Penerbitan buku teks berlaku dalam dua era, iaitu era pramerdeka dan era pascamerdeka. Kedua-dua era ini menyaksikan pelbagai perubahan dalam dasar pendidikan negara yang mempengaruhi penerbitan buku teks iaitu Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979, Rang Undang-Undang Pendidikan 1965 dan Akta Pendidikan 1996. Penulisan buku teks sekolah rendah secara serius bermula dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (1957-1982). Diikuti dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983-1992), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993-2002), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah - Semakan (20023-2010), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011-2016) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan 2017 (2017-2026). Seterusnya bagi sekolah menengah bermula dengan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (1957-1988), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989-2002), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah - Semakan (2003-2016) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (2017-2026). Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Semoga catatan sejarah penulisan buku teks ini dapat menambah ilmu kepada semua pihak sama ada sebagai bahan bacaan umum ataupun kajian ilmu. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung. Sekian, terima kasih. DATIN SRI NORIZA BINTI ASMUNI TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pendahuluan iii
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Pengenalan Sejarah & Evolusi A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupils-book-teacher situation.... (UNESCO (2008) 1 1
Terdapat beberapa definisi tentang buku teks. Kamus Dewan Perdana (2020) menyatakan bahawa buku teks ialah buku yang digunakan osebagai buku rujukan yang standard oleh murid atau pelajar bagi sesuatu mata pelajaran. Kamus Cambridge (2022) pula mentakrifkan buku teks sebagai buku yang mengandungi maklumat lengkap tentang sesuatu subjek untuk mereka yang mempelajari subjek tersebut. Greco (1996) turut mentakrifkan buku teks sebagai buku pelbagai judul yang disediakan untuk pelajar di sekolah rendah, menengah, kolej, universiti atau pengajian profesional. Hulteng dan Nelson (1971) pula mendefinisikan sebagai buku-buku yang diterbitkan khas untuk bilik darjah termasuk semua buku yang digunakan sebagai sumber rujukan, termasuk kamus dan ensiklopedia. Mariani Rosli (1999) pula mengkhususkan buku teks kepada organisasi isi kandungan yang telah dipilih, disusun, dipermudahkan serta boleh diajar. Mus Chairil Samani (2003) mendefinisikan buku teks sebagai buku untuk sesuatu mata pelajaran yang diolah secara sistematik, digunakan pada sesuatu tahap pengajaran dan digunakan sebagai sumber asas bahan pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran di sekolah-sekolah dan diperakukan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. PENGENALAN DEFINISI BAHAN PEMBELAJARAN & BUKU TEKS Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas tidak akan lengkap tanpa kewujudan bahan bantu mengajar (BBM). BBM merangkumi apa sahaja yang digunakan untuk membantu guru dan murid mengalami pengalaman PdP. Misalnya buku teks, papan tulis, papan tulis digital, komputer atau komputer riba. Antara BBM yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain adalah buku teks. Sehingga kini buku teks digunakan secara meluas oleh guru dan murid walaupun terdapat pelbagai BBM yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak dokumen kurikulum yang menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi PdP serta menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. 2
1 9 5 7 - Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 menjadi dasar untuk pembinaan kurikulum dan pengeluaran buku teks. AWAL KEMERDEKAAN 1 9 6 0 Laporan ini menjadi titik tolak dalam memperkenalkan bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran di sekolah-sekolah awam. Penekanan pada pengembangan kurikulum dan bahan pengajaran yang mencerminkan identiti nasional. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960) 1 9 6 1 Menguatkuasakan penggunaan bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran di sekolah-sekolah. Menyusun semula struktur kurikulum untuk menyokong pembangunan sosial dan ekonomi negara. AKTA PELAJARAN 1961 1 9 7 0 - Pemantapan kurikulum dengan penekanan kepada pembangunan keperibadian dan nilai murni. - Penambahan mata pelajaran baharu untuk merangkumi pelbagai bidang pengetahuan. PERKEMBANGAN KURIKULUM 1 9 6 5 - Menetapkan asas-asas dasar pendidikan Malaysia. - Menyusun peraturan berkaitan dengan pengeluaran buku teks dan kurikulum. . RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1965 Sejarah penerbitan buku teks boleh dilihat dalam dua era, iaitu pramerdeka dan pascamerdeka. Kedua-dua era ini menyaksikan pelbagai perubahan dalam dasar pendidikan negara yang turut mempengaruhi penerbitan buku teks seperti Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979, Rang Undang-Undang Pendidikan 1965 dan Akta Pendidikan 1996. IMBASAN SEJARAH Pendidikan di Malaysia 3
1 9 8 0 -A N 1 9 9 0 -A N D A N 2 0 0 0 -A N 1 9 7 9 - Membuat penilaian menyeluruh terhadap sistem pendidikan Malaysia. - Merancang strategi jangka panjang untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan peningkatan buku teks. - Pengenalan teknologi dalam pendidikan dan penggunaan buku teks digital. -Peningkatan dalam penyediaan bahan pembelajaran interaktif. TEKNOLOGI DAN DIGITALISASI - Peningkatan dalam pelbagai mata pelajaran untuk memenuhi kepelbagaian kehendak pelajar. - Penekanan kepada pembangunan kemahiran holistik dan kecerdasan pelajar. PELBAGAI MATA PELAJARAN & KURIKULUM 2 0 0 0 -A N H I NGGA KI N I - Penyesuaian kurikulum untuk menyokong globalisasi dan keperluan ekonomi global. - Penerapan elemen kemahiran abad ke-21 dalam buku teks dan kurikulum. GLOBALISASI DAN PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL Evolusi penghasilan buku teks di Malaysia sentiasa berkembang sejajar dengan perubahan dalam pendidikan dan tuntutan masyarakat. Peningkatan terus dilakukan untuk memastikan buku teks memenuhi standard kualiti, relevan dengan keperluan pelajar, dan selaras dengan matlamat pendidikan negara. LAPORAN KABINET 1979 4
Evolusi Perolehan 5
PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SEBELUM MERDEKA PEROLEHAN Penulisan buku pada asalnya merupakan sebuah dokumen yang meriwayatkan kisah-kisah berkaitan sejarah dan kesultanan. Dalam bidang pendidikan, buku-buku yang digunakan kebanyakannya dibawa masuk dari England. Bagi masyarakat imigran Cina dan India, buku-buku pula diimport daripada negara asal, iaitu China dan India. Perkembangan penulisan buku teks telah bermula seawal tahun 1821, iaitu sejak sekolah-sekolah Melayu ditubuhkan oleh kerajaan British di negeri-negeri Selat. PENERBITAN Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1865-1913) merupakan penulis perintis buku-buku di sekolah Melayu. Pada tahun 1924, pengurusan penerbitan buku, termasuk buku-buku di sekolah Melayu dilihat lebih tersusun apabila Biro Terjemahan Kolej Sultan Idris di bawah Maktab Perguruan Guru Melayu ditubuhkan. Penerbitan buku berkembang pesat sejurus selepas Perang Dunia Kedua ekoran berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan iaitu penduduk mula belajar mengenal huruf. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat penerbitan yang wujud sebelum merdeka dilihat tidak dapat bertahan, sama ada ditutup atau dikecilkan perniagaan disebabkan berhadapan dengan masa-masa sukar peperangan. PEMBEKALAN Pada zaman pendudukan British, sistem pendidikan adalah berdasarkan ‘pecah dan perintah’. Terdapat dua jenis sekolah, iaitu sekolah Inggeris dan sekolah vernakular. Kepelbagaian sekolah ini telah menyebabkan kualiti setiap sekolah turut berbeza. Hal ini demikian kerana kerajaan British tidak menyediakan sebarang garis panduan yang perlu diikuti oleh sekolah berkenaan. Kesannya hanya segelintir sekolah sahaja menerima sistem yang baik melalui penyediaan guru terlatih dan pembekalan buku teks. Perkembangan penulisan buku teks telah bermula seawal tahun 1821 Pengurusan penerbitan buku teks di bawah Biro Terjemahan Kolej Sultan Idris Sekolah Melayu di Selangor sekitar 1890-an (Sumber:https://wangsamahkota.wordpress.com/2014/05/26/sek olah-melayu-pertama-di-negeri-selangor-sekolah-melayupangkalan-batu-1875/) Keadaan sekolah Tamil pada tahun 1912 (Sumber:https://guanjingying.blogspot.com/2015/08/cara -pengukuhan-pendidikan-tamil.html) 6
Sesebuah penghasilan buku teks bermula daripada arahan pelaksanaan kurikulum pendidikan semasa. Sehingga kini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami evolusi kurikulum bermula dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Sekolah Menengah (KLSM), Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Sekolah Menengah (KBSM), KBSR dan KBSM Semakan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Sekolah Menengah (KSSM) dan KSSR Semakan 2017. Penulisan kandungan buku teks adalah berpandukan kepada kehendak sukatan pelajaran yang telah digariskan dalam kurikulum tersebut. PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA PENDAHULUAN Pengenalan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Razak menjadi faktor yang mendorong pertumbuhan aktiviti penerbitan buku. Satu silibus umum untuk semua jenis sekolah diperkenalkan serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menggantikan bahasa Inggeris menyebabkan buku teks menjadi keperluan. Dewan Bahasa dan Pustaka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan buku teks sekolah. Pada tahun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan dan dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan buku teks. Pada tahun 1967, Bahagian Buku Teks (BBT) di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan diberi tanggungjawab mengawal kualiti buku teks, penggunaan buku teks sekolah, harga buku teks serta bekalan dan jualan buku teks. Fungsi yang dilaksanakan oleh BBT dilihat semakin bertambah menyebabkan BBT telah berdiri sebagai sebuah Bahagian sendiri di bawah Kementerian Pendidikan pada 7 Februari 1972. Nama BBT telah digunakan secara rasmi menggantikan Biro Buku Teks pada 15 Julai 1988. BBT bertanggungjawab menguruskan perolehan, penerbitan dan pembekalan buku teks. 7
PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA PEROLEHAN Perolehan buku teks melibatkan keterlibatan dua kategori penerbit, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penerbit swasta. Perolehan buku teks ini melibatkan kerja-kerja penerbitan, percetakan dan pengedaran buku teks ke sekolah. Bagi memastikan pelibatan DBP secara berterusan dalam penerbitan buku teks, pada tahun 1974 Majlis Tindakan Negara (MTN) memutuskan DBP dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan buku-buku teks sekolah rendah dan buku-buku ‘value-laden’. Pada peringkat awal, perolehan buku teks menggunakan kaedah yang dinamakan sebagai Sistem Terbuka. Dalam sistem ini, semua penerbit yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan BBT dipelawa menyertai program penerbitan buku teks untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), manakala DBP dan IKATAN bagi penerbitan buku teks Sekolah Kebangsaan (SK). Melalui kaedah ini, penerbit bertanggungjawab sepenuhnya untuk melantik penulis untuk menghasilkan manusrip serta memiliki hak cipta buku teks tersebut. Sistem Terbuka juga menggalakkan unsur pertandingan di kalangan penerbit swasta. Sistem Dalaman telah diperkenalkan bagi buku teks KBSR Tahun 3 dan Matematik Tahun 6 untuk kegunaan sesi persekolahan 1998. Melalui sistem ini, KPM memilih dan melantik penulis yang akan menghasilkan manuskrip mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Manuskrip yang dihasilkan diserahkan kepada penerbit yang terpilih untuk mencetak dan mengedar buku teks. Penerbit juga disyaratkan untuk membayar royalti kepada KPM yang menjadi sumber kewangan bagi membiayai penerbitan buku teks tahun-tahun seterusnya. Kontrak perolehan penerbitan buku teks mewajibkan semua penerbit terlibat mendaftar dengan Kementerian Kewangan, mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang sah serta modal berbayar. Selain itu, pengalaman dalam penerbitan melalui kesediaan premis serta sumber manusia turut menjadi syarat dalam perolehan penerbitan. Bagi penerbit swasta yang bersaing secara kaedah tender/sebut harga perlu menyediakan Pruf Muka Surat (PMS) dan pemetaan bahan penulisan. Peringkat ini dilihat paling kritikal kerana kejayaan mendapatkan kontrak turut bergantung kepada penilaian bahan ini. Penerbit yang berjaya melepasi tapisan penilaian akan dianugerahkan kontrak penerbitan dan pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah. Semua penerbit yang terlibat dengan perolehan buku teks perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan 8
PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA PENERBITAN Penerbitan buku teks bermula secara berpakej pada tahun 1995 - melibatkan buku teks, buku aktiviti dan buku panduan guru. Berdasarkan SPI BIL. 12/1999, penggunaan buku teks yang diperakukan oleh KPM wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. Buku Aktiviti tahap satu juga diwajibkan penggunaannya di sekolah rendah. Kualiti penerbitan buku teks melibatkan kawalan dari segi mutu buku teks secara fizikal dan kandungan, iaitu spesifikasi penyediaan disediakan sebagai panduan kepada penerbit. Spesifikasi fizikal seperti saiz dan format buku, bilangan halaman, saiz dan jenis huruf, warna, penjilidan serta jenis kertas perlu dipatuhi oleh penerbit. Spesifikasi kandungan melibatkan ketepatan isi kandungan dalam menjelmakan kurikulum, persembahan penulisan, grafik dan ilustrasi, aktiviti dan latihan serta penggunaan bahasa dan istilah. Pengawalan mutu yang dilaksanakan ialah melalui penilaian, uji bahan di sekolah dan peningkatan mutu manuskrip sebelum dicetak. Manuskrip yang dihasilkan oleh penerbit perlu melalui beberapa siri penyemakan kualiti sebelum diperakukan dan diluluskan untuk percetakan. Manuskrip awal yang diistilahkan sebagai Pruf Muka Surat (PMS) disemak oleh Panel Kawalan Mutu. Panel ini dilantik berdasarkan kriteria yang ditetapkan, iaitu terdiri daripada mereka yang berkepakaran dan berpengalaman luas berkaitan mata pelajaran. Panel bersidang dan membincangkan cara menambah baik mutu PMS bersama-sama dengan penerbit. PMS yang telah ditambah baik akan disediakan oleh penerbit dalam bentuk Naskhah Sedia Kamera (NSK). Peringkat NSK telah memberikan gambaran penuh bagaimana bentuk buku teks yang akan dicetak kelak. Kawalan mutu dilaksanakan sekali lagi oleh Panel Kawalan Mutu Khas (tidak terlibat semasa PMS). NSK yang mantap seterusnya diperakukan oleh KPM bagi tujuan penyediaan Naskhah Contoh (NC). Kualiti NC membuktikan kualiti sebenar buku teks yang akan diedarkan ke sekolah. Proses akhir melibatkan cetakan Naskhah Edar (NE) iaitu buku teks sebenar yang diedarkan ke sekolah. 9
PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA PEMBEKALAN Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 1973 telah bersetuju untuk membekalkan pinjaman buku teks secara percuma atau disubsidikan kepada murid dalam keluarga berpendapatan rendah di sekolah kebangsaan. Pada tahun 1974, pemberian pinjaman ini diperluaskan lagi kepada semua murid di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Bagi melancarkan pengurusan pinjaman buku teks ini, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dilaksanakan pada tahun 1975 ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan, iaitu pendapatan ibu bapa dan bilangan anak yang bersekolah. SPBT juga turut diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri pada tahun 1983. Syarat kelayakan SPBT ini sentiasa disemak dan dibuat pindaan bagi memastikan semua murid mendapat manfaat daripada skim ini. Pada tahun 2006, pemberian pinjaman ini diperluaskan kepada semua murid iaitu ibu bapa atau penjaga mereka yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Dasar Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid sekolah telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri. Pada tahun 2008, Rang Undang-Undang Pembekalan yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat memutuskan supaya dasar SPBT diperluas kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM dan sekolah menengah agama rakyat berkuatkuasa 1 Januari 2008. Pada tahun 2017, Dasar Skim Pinjaman Buku Teks diperkenalkan iaitu pemberian pinjaman buku teks di bawah SPBT diberikan kepada murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah kerajaan negeri. Pembekalan buku teks ke sekolah dan pasaran terbuka perlu selesai pada hujung Disember setiap tahun bagi memastikan murid dapat menggunakan buku teks pada hari pertama persekolahan. Pada tahun 2002, semua penerbit yang terlibat dengan kontrak penerbitan diarahkan untuk membuat jualan buku teks secara berpusat di Jabatan Pendidikan Negeri bagi memudahkan pembelian buku teks tersebut oleh ibu bapa. KPM mengeluarkan panduan pengurusan SPBT untuk sekolah 10
PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA Prosedur Pembekalan KPM membelanjakan hampir 40 juta setiap tahun bagi pembekalan buku teks ke sekolah. Penentuan anggaran pesanan keperluan buku teks dilaksanakan oleh sekolah melalui satu sistam secara berpusat. Penerbit membekalkan buku teks ke sekolah berdasarkan data pesanan oleh pihak sekolah yang telah diverifikasi oleh KPM. Tempoh pembekalan buku teks ke sekolah ialah 42 hari bagi Semenanjung dan 70 hari bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Pembekalan buku teks ke sekolah telah menjadi KPI kepada KPM, iaitu murid mesti memiliki buku teks pada hari pertama sesi persekolahan. 11
Pengenalan Buku teks yang diperakukan oleh KPM merupakan bahan PdP yang utama dan disediakan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penyataan Dasar Dasar Pinjaman Buku Teks ialah pemberian pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri. Strategi Pelaksanaan 1. Menghasilkan buku teks mengikut keperluan kurikulum. 2. Memastikan sekolah membuat pesanan buku teks mengikut keperluan sebenar. 3. Memastikan pembekalan buku teks SPBT sampai ke sekolah sebelum hari pertama persekolahan bermula. 4. Memastikan pelaksanaan SPBT di peringkat jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah diuruskan dengan cekap. 5. Membekalkan buku teks di sekolah-sekolah yang terlibat dengan program khas KPM seperti Program Khas Pelaksanaan Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Dalam Hospital dan Kolej Vokasional. Punca Kuasa ·07 November 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet (Perkara 392 – 399) · 23 Disember 1999: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1999 ·23 Februari 2000: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 05/2000 ·23 Jun 2017: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2017 ·26 September 2007: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2007 PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA DASAR-DASAR BERKAITAN Dasar Skim Pinjaman Buku Teks 12
Pengenalan Buku teks dan buku aktiviti yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri hendaklah diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyataan Dasar Buku teks yang diperakukan oleh KPM wajib digunakan di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri. Buku aktiviti bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) yang diperakukan oleh KPM wajib digunakan di semua sekolah rendah kerajaan, sekolah rendah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat di bawah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Strategi Pelaksanaan Menghasilkan buku teks dan buku aktiviti di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mengikut keperluan kurikulum. Memastikan pembekalan buku teks dan buku aktiviti di bawah SPBT sampai ke sekolah sebelum hari pertama persekolahan bermula. Memastikan pelaksanaan SPBT di peringkat jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah diuruskan dengan cekap. Menjalankan kajian penggunaan Buku Teks dan Buku Aktiviti di sekolah. Punca Kuasa ·7 November 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet (Perkara 392 – 399) ·17 Ogos 1987: Minit Mesyuarat Perancangan Pendidikan ke-99 ·Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1999 bertarikh 23 Disember 1999 ·Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000 bertarikh 23 Februari 2000 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2007 bertarikh 26 September 2007 PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA DASAR-DASAR BERKAITAN Dasar Penggunaan Buku Teks dan Buku Aktiviti 13
Pengenalan YB Menteri Pendidikan telah memutuskan bahawa semua guru dibekalkan dengan buku teks mengikut mata pelajaran yang diajarkan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi pertemuan dengan delegasi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada 16 Oktober 2016. Penyataan Dasar Pembekalan buku teks adalah untuk guru di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri. Strategi Pelaksanaan Membekalkan bantuan buku teks SPBT kepada semua guru di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri. 1. Memastikan pengurusan pinjaman buku teks untuk guru diuruskan oleh panitia mata pelajaran masing-masing. Ketua Panitia bagi mata pelajaran berkaitan perlu membuat pinjaman buku teks pada awal tahun dan memulangkannya kepada pihak sekolah pada akhir tahun. 2. 3. Membekalkan buku teks kepada guru di sekolah mengikut ketetapan yang berikut: 4. Memastikan pembekalan buku hanya melibatkan Buku Terbitan Baharu (BTB) berdasarkan judul yang sama dipesan oleh sekolah untuk murid. 5. Memperoleh Buku Teks Cetakan Semula (BCS) daripada Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) atau Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD). 6. Membekalkan satu naskhah buku teks braille bagi mata pelajaran teras dan elektif, dan dua naskhah bagi buku teks masalah pembelajaran, ketidakupayaan penglihatan dan ketidakupayaan pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Program Inklusif. Punca Kuasa ·Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri, KPM Bil. 17/2016 bertarikh 04 November 2016 23 Jun 2017: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2017 PEROLEHAN, PENERBITAN DAN PEMBEKALAN BUKU TEKS SELEPAS MERDEKA DASAR-DASAR BERKAITAN Dasar Pembekalan Buku Teks untuk Guru 14
01 Akhir abad ke-19 Pengenalan sistem pendidikan vernakular. Buku teks diimport dari England. Sekolah pertama Tanah Melayu dibuka pada 21 Oktober 1816. Menjelang 1898 terdapat 131 buah sekolah . Lembaran baharu dalam industri buku dengan penghasilan buku teks sekolah tempatan sejarah penghasilan buku teks sekolah 02 Biro Terjemaha 1 n 924 Kolej Sultan Idris di Maktab Perguruan Guru Melayu kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1924 sebagai usaha perintis bagi menguruskan penerbitan buku secara tersusun dan teratur. Tujuan utama biro ini adalah untuk menerbitkan sebanyak mungkin buku teks kegunaan sekolahsekolah Melayu dan untuk menghasilkan bahan bacaan bagi kegunaan masyarakat umum. 03 pramerdeka Pengenalan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dicadangkan dalam Laporan Penyata Razak 1956 dengan tujuan utama untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. untuk menyatukan murid-murid pelbagai bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. 15
04 dbp Satu silibus umum untuk semua jenis sekolah turut diperkenalkan dan proses untuk menggantikan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama perlahan-lahan mula dilaksanakan. Dasar baharu ini memerlukan bekalan buku teks dalam kuantiti yang mencukupi bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Oleh itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai usaha untuk menghasilkan buku teks baharu. sejarah penghasilan buku teks sekolah 05 bbt Penerbitan buku teks di Malaysia adalah di bawah kelolaan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. Sebelum itu, terletak di bawah tanggungjawab Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada mulanya BBT dikenali sebagai Biro Buku Teks tetapi penukaran nama dilakukan pada tahun 1988. Berikutan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet pada tahun 1988, nama Biro Buku Teks ditukar kepada Bahagian Buku Teks (BBT) dan fungsinya turut diperkemaskan supaya meliputi tugas-tugas menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga, mengawal mutu fizikal buku, melaksanakan skim pinjaman buku teks, mengawal penggunaan buku teks dan menyemak semula buku teks 06 penerbit Penerbitan buku teks di Malaysia ditangani oleh dua kategori penerbit iaitu Penerbit Kerajaan dan Penerbit Swasta. Penerbit Kerajaan yang paling aktif ialah Dewan Bahasa dan Pustaka dan kedudukannya sebagai penerbit buku teks sekolah rendah sebenarnya dijamin di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar Pelajaran 1979. Buku teks memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Menurut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1999, guru dan pelajar diwajibkan menggunakan buku teks sebagai sumber utama di dalam kelas. 16
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS BIDANG BAHASA Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 3 17
Siapakah yang mula-mula menulis buku teks untuk sekolah? Manakala buku teks berbentuk sejarah adalah Hikayat Tanah-tanah Melayu dan Pulau Percha. Buku ini menggabungkan ilmu sejarah dan ilmu alam (Geografi). Bagi memperkenalkan tulisan Jawi pula buku yang dikarang adalah Pemimpin Pengetahuan. Buku-buku ini telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu sehingga tahun 1915. Kandungan buku-buku sekolah ini secara umumnya berfokus kepada kaedah pembelajaran pengalaman harian indiviudu (kontekstual). Contohnya buku Ilmu Kejadian (1887), kandungannya adalah sains seharian dan berbentuk soal jawab. Buku teks Kejadian Selerah Anggota (1891), antara kandungannya ialah pertolongan Cemas. Manakala buku Urip Waras pula berkaitan dengan asas kesihatan. Buku teks Ilmu Peladang pula kandunganya adalah cara-cara untuk bercucuk tanam dan Kitab Ilmu Bumi pula menceritakan tentang ilmu alam dunia. 1. Ilmu Kejadian (1887) 2. Kejadian Selerah Anggota 3. Urip Waras 4. Ilmu Peladang 5. Kitab Ilmu Bumi 6. Hikayat Tanah-tanah Melayu dan Pulau Percha 7. Pemimpin Pengetahuan Beliau dilahirkan di Singapura. Beliau berkerja di Jabatan Pelajaran pada tahun 1886 dan ditugaskan untuk menulis dan menterjemah untuk buku sekolah-sekolah Melayu. Beliau adalah Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir iaitu pelopor terawal dalam penerbitan buku teks untuk keperluan sekolah Melayu. Antara buku yang dikarang oleh beliau ialah: Pejabat Karang Mengarang terletak di Maktab Perguruan Sultan Idris 18
BUKU SEKOLAH DITERBITKAN OLEH PEJABAT KARANG MENGARAN (PKM) Pejabat Karang Mengarang (PKM) di bawah seliaan O.T. Dussek turut menterjemah dan menerbitkan buku-buku teks The Malay School Series dan The Malay Home Library Series. Buku-buku teks The Malay School Series yang berjaya disiapkan daripada mula PKM ditubuhkan (1924) hingga O.T. Dussek bersara pada tahun 1936 berjumlah 32 buah. Manakala buku-buku The Malay Home Library Series berjumlah 34 buah. Sebahagian besar daripada buku-buku yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu adalah hasil daripada penerbitan di PKM, SITC. Tokoh penting yang menguruskan Pejabat Karang Mengarang (PKM) ialah Za’ba yang mula berkhidmat di SITC, Tanjong Malim pada 1 April 1924. Beliau bersama O.T. Dussek telah mengusulkan penubuhan PKM. PKM adalah satu jabatan di Maktab Tanjung Malim. O.T. Dussek Pengetua SITC yang Pertama Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) 19
Buku teks Tahun 1920an 20
Pengenalan 21
22
Kandungan 23
Huraian Kandungan 24
(The Malay School Series No. 1) ISBN: Tiada ISBN dan menggunakan kaedah nombor bersiri Penerbit: MacMillan & Co. Limited Judul: Canai Bacaan Tahun Penerbitan: 1924 Kegunaan: Murid Darjah 4 di Sekolah Melayu Penulis: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College Tajung Malim Dicetak oleh: Great Britain by Lowe and Brydone ( Printers) Limited London, N.W. 10, 1955 Spesifikasi Teknikal: Saiz buku: 13.5 cm x 21.5 cm Jumlah halaman: 208 muka surat Kurikulum/Kandungan: 6 Tajuk Hikayat Persembahan:Satu kolum , tiada bahan grafik dan bertulisan jawi Aktiviti dan Latihan: Tiada Bahasa dan Istilah: Bahasa Melayu Perolehan: Dibeli oleh murid dengan harga pasar 40 sen sebuah Pembekalan: Dibekalkan di sekolah Melayu kebanyakannya untuk rujukan guru Malay School Series Bedah Buku 25
PEJABAT KARANG MENGARANG DITUTUP Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malin telah diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pejabat Karang Mengarang ini telah diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana peranannya yang penting dalam perkembangan buku persekolahan dan kesusasteraan Melayu. 26
27
VERNAKULAR 28
Kurikulum sekolah vernakular Cina berorientasikan pemikiran orang Cina kerana buku teks dan guru-gurunya dibawa terus dari Tanah Besar, China. Pelajar-pelajar Cina diajar dengan bahanbahan klasik, mengira dengan menggunakan sempoa dan menulis tulisan Cina. BUKU TEKS SEKOLAH CINA RENDAH TANAH MELAYU PRA-KEMERDEKAAN Buku teks adalah salah satu elemen yang penting dalam pendidikan sekolah. Kandungan, idea dan haluan dalam buku teks sering mempunyai pengaruh yang mendalam kepada murid. Pada tahun 1904, sekolah Cina menggunakan buku teks yang disunting dan diterbitkan di China sama seperti yang digunakan oleh murid di China. Mulai tahun 1930-an, buku teks yang berorientasikan kepada Asia Selatan dan diterbitkan di China untuk murid luar daripada China termasuk Tanah Melayu. Pada pertengahan tahun 1930-an pula, buku teks masih disunting di China tetapi diterbitkan di Tanah Melayu. Pada akhir tahun 1953, buku teks yang disunting oleh Joint Publishing Co., Ltd. telah diterbitkan secara rasmi di Tanah Melayu dan mula digunakan di sekolah mulai Januari 1954. Contoh Buku Bahasa Cina Tahun 1912 29
YOUR PARAGRAPH TEXT Contoh Buku Bahasa Cina Era Sebelum Perang Dunia Kedua Pada akhir tahun 1953, buku teks yang disunting oleh Joint Publishing Co. Ltd. telah diterbitkan secara rasmi di Tanah Melayu dan mula digunakan di sekolah pada Januari 1954. Buku Teks Bahasa Cina yang Diterbitan di Tanah Melayu pada tahun 1954 30
Contoh Buku Teks Bahasa Cina Terbitan Tahun 1959 VERNAKULAR 1950-AN 31
Contoh Buku Teks KSSR 2011 VERNAKULAR 2010-AN Contoh Buku Teks KSSR Semakan 2017 KSSR (Bermula 2011) hasil semakan KBSR dengan mengekalkan prinsip KBSR. Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Penerbitan buku-buku itu dibuat dengan kaedah sebut harga atau tender dan diterbitkan oleh penerbit-penerbit swata. Kemudiannya pada tahun 2017, penerbitan buku teks baharu dihasilkan apabila kurikulum baharu, KSSR Semakan 2017 diperkenalkan. 32
Pendidikan Tamil di Malaya bermula sejak tahun 1816 telah mengalami perubahan sukatan dan kurikulum. Model pendidikan gaya India diterapkan pada era tersebut. Perkembangan sukatan dan kurikulum pra-kemerdekaan memainkan peranan penting dalam evolusi pendidikan Tamil di Malaysia. Sukatan dan kurikulum pendidikan Tamil berkembang selama 141 tahun. Sebelum enakmen Kod Buruh 1923, mereka hanya memenuhi keperluan semasa tanpa hala tuju yang jelas. Pasca-enakmen tersebut, yang mendorong pembukaan banyak sekolah Tamil di perladangan, hala tuju sebenar dalam pendidikan Tamil mulai ditetapkan pada awal 1940-an. BUKU TEKS SEKOLAH TAMIL SEBELUM MERDEKA 33
Badan agama di bandar mendirikan sekolah-sekolah Tamil dengan menggunakan kurikulum, buku, dan guru dari India. Pada 1923, Kod Buruh mewajibkan ladangladang menyediakan pendidikan bagi anak-anak, tetapi tempoh pembelajaran sekolah rendah, hanya empat tahun. Disebabkan buku teks dan guru dari India, sekolah-sekolah ini berorientasi pada budaya India, serupa dengan sekolah Cina yang mengikuti ideologi Cina Bagi kaum India di Tanah Melayu, pendidikan awal dalam bahasa Tamil berkait rapat dengan ladang-ladang. Sekolah-sekolah Tamil di ladang dimulai untuk imigran India, diajar oleh orang-orang tidak terlatih. Tanpa sukatan pelajaran yang jelas, bukubuku diimport dari India. Pada 1920, Kerajaan British melantik Penolong Nazir Sekolah Tamil, tetapi usaha ini gagal meningkatkan mutu sekolah. Kadar keciciran tinggi, kebanyakan pelajar tidak menyelesaikan empat tahun persekolahan. 34 BUKU TEKS SEKOLAH TAMIL SEBELUM MERDEKA
Selepas kemerdekaan pada 1957, hala tuju pendidikan telah diubah menjurus kepada pembentukan Malaysia Based Educational System. Selepas perang dunia kedua, buku teks Sekolah Vernakular masih diterbitkan oleh penerbit swasta tempatan. Mula tahun 1957, buku teks yang digunakan di SJKT ditulis dan diterbitkan oleh penerbit mengikut Huraian Kurikulum semasa. Penerbitan buku selepas ini dibiayai dan diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran (sekarang Kementerian Pendidikan) melalui kaedah dalaman Bahagian Buku Teks. Mulai KBSR, buku teks diterbitkan melalui kaedah penerbitan secara dalaman dan tender terbuka kepada penerbit swasta oleh Kementerian Pendidkan Malaysia. BUKU TEKS SEKOLAH TAMIL SELEPAS MERDEKA 35
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS BIDANG PENDIDIKAN ISLAM Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 4 36
PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA SENARIO Pendidikan Islam bermula di Tanah Melayu ketika Raja Melaka yang pertama memeluk Islam (Tahun 1414M). BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Buku yang dibawa oleh pendakwah daripada Semenanjung Tanah Arab (kitab-kitab agama dalam bahasa Arab). CONTOH BUKU YANG DIGUNAKAN Judul: Kitab Nikah “Jawahir al-Kalam” Pengarang/Penyalin: Nasruddin Syah Qajar Keadaan Fizikal: Baik dan terang Kandungan: 1. Kitab ini membincangkan secara terperinci berkenaan dengan nikah dan segala yang berhubungan dengan nikah. 2. Turut dibincangkan tentang hukum-hakam berkenaan dengan masalah Kitab Nikah, Kitab al-Talaq, Kitab al-Khulu’ Wal alMubarat, Kitab al-Zihar, Kitab al-Kifarat, Kitab al-Li’an, Kitab alItq, Kitab al-Mukatabah, Kitab al-Iqrar, Kitab al-Ju’alah, Kitab alIman dan Kitab al-Nazar. 37
MSS 1102 Sirat al-Mustaqim Disalin oleh Lebai Polam Aceh pada bulan Zulkaedah 1091 H [1680 M]. Dikarang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1044 H [1634M]. Sebuah kitab fikah mazhab Imam Syafie. PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA SENARIO Sistem pendidikan Islam dikembangkan melalui kelas mengaji al-Quran pada peringkat awal. BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Amat banyak kitab tentang ajaran agama Islam telah dihasilkan dalam tempoh antara abad ke-17 sehingga awal abad ke-20 masihi. Ia ditulis dalam bahasa Melayu lama dengan menggunakan tulisan Jawi. Semenjak awal kedatangan Islam, kitab menjadi sumber rujukan yang amat penting mengenai Islam bagi orang Melayu di Kepulauan Melayu kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahir berbahasa Arab. Kebanyakan kitab-kitab Jawi ini merupakan terjemahan atau penyesuaian daripada karya-karya Arab dan disertai dengan pandangan tempatan. Kadangkala tajuk asal juga telah diubah. Bidang pengetahuan dalam kitab-kitab ini merangkumi Ilmu Tauhid, Feqah, Hadis dan Tasawuf. Buku yang digunakan dalam kelas ini adalah seperti berikut: 1. Kitab al-Quran 2. Kitab Ilmu Fekah 3. Kitab Ilmu Tauhid 4. Kitab Ilmu Tafsir 5. Kitab Ilmu Sejarah 6. Kitab Ilmu Tasawuf 7. Kitab Ilmu Falsafah Islam MSS 1129 Matn al-Jurumiah Disalin oleh Hashim bin Haji Musa dan Abdul Majid, orang Mandailing, pada tahun 1314 H [1896 M] di Kampung Bendang Jum, Patani. Membincangkan tentang kaedah nahu bahasa Arab. CONTOH BUKU YANG DIGUNAKAN 38
MSS 2348 Bughiyat al-tullab li murid ma'rifat al-ahkam bi al-sawab Dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah Fatani. Membincangkan tentang amalan-amalan fikah yang dituntut bagi setiap Muslim yang dibentangkan dengan terperinci. PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA SENARIO Pendidikan Islam pada zaman penjajahan barat bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511M. BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Perkembangan pendidikan Islam menjadi perlahan dan buku yang digunakan masih sama seperti sebelum ini. MSS 2342 Mir’at al-Quran Selesai disalin oleh Muhammad Ali bin Syahabuddin Fatani pada hari Ahad akhir bulan Rabiulakhir 1297 H [1879 M] di Mekah. Diterjemah oleh anak Syeikh Abdul Mu'ti ibn Syeikh Muhammad Salleh pada tahun 1193 H [1779 M]. Memperkatakan tentang ilmu dan hukum tajwid dalam membaca al-Quran secara terperinci. CONTOH BUKU YANG DIGUNAKAN SENARIO Pendidikan Islam ketika pemerintahan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1854. BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Buku yang digunakan berfokus kepada kemahiran membaca, menulis dan ilmu hisab. Selain itu, kitab al-Quran dan kitab agama yang lain masih dikekalkan dalam kelas. 39
Kitab ini mengurai maksud Imam Al-Sanusi dalam matan ilmu Tauhid yang sangat terkenal iaitu Ummul Barahin (Ibu Segala Bukti) yang membahas sifat-sifat wajib bagi Allah taala, mustahil dan harus, begitu juga sifat-sifat bagi Rasul; wajib, mustahil dan harus, beserta bukti-bukti setiap satu daripada semuanya. Yang istimewanya, uraian adalah Bahasa Melayu PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA SENARIO Perkembangan Pendidikan Islam melalui Sistem Pondok. BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Beberapa kitab yang sangat popular dipelajari di Malaysia dan seluruh Kepulauan Melayu ialah: (1) Bidayat al-Hidayat, tauhid, usul al-din (Muhammad Zain Jalal al-Din Aceh, 1757 M) (2) Siraj al-Huda, tauhid (Muhammad Zain al-Din al-Samabawi, 1886 M) (3) 'Aqidat al-Najin, tauhid, (Zain al-'Abidin al-Fatani, 1890 M) Ketiga-tiga kitab ini merupakan terjemahan daripada kitab Umm al-Barahin oleh al-Sanusi, Peranan Tulisan Jawi dalam Perkembangan Islam di Malaysia (4) Sirat al-Mustaqim, feqah (Nur al-Din al-Raniri, 1634-1644 M) (5) Sabil al-Muhtadin, feqah, (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1780 M) (6) Hidayat al-Salikin, tasawuf, ('Abd al-Samad al-Falimbani, 1778 M) (7) Siyar al-Salikin, tasawuf, ('Abd al-Samad al-Falimabi) (8) Al-Durr al-Thamin, usul al-din, (Daud al-Fatani, 1816 M) (9) Jama' al-Fawa'id, hadith, (Daud al-Fatani, 1823 M), (10) Furu' al-Masa'il, feqah, (Daud al-Fatani, 1838-1841 M) (11) Hikam, tasawuf, (penterjemah anonimus) (12) Taj al-'Arus, (penterjemah Uthman Shihab al-Din alFuntiayani, 1886 M) (13) Fath al-'Arifin, tariqah (Ahmad Khatib Sambas, 1878 M), (14) Mat/a' al-Badrain, usul al-din & hukum (Muhammad bin Ismail Daud alFatani, 1885/86 M) (15) Tanbih al-Ghafilin, hadith ('.Abdullah 'Abd al-Mubin al-Fatani, 1770 M) (16) ]awhar al-Mauhub ('.Ali bin 'Abd al-Rahman al-Kelantani, 1888 M) (17) Kitab Sifat Dua Pu/uh, 'usul al-din, ('Uthman bin 'Abdullah Betawi, 1886 M) Dalam kitab ini terhimpun ilmu yang memberi manfaat di dunia dan akhirat serta menyatakan perjalanan orang yang takut kepada Allah. CONTOH BUKU YANG DIGUNAKAN 40 Bidayat al-Hidayat, Tauhid Hidayat al-Salikin, Tasawuf
Kitab ini menghuraikan tentang Ilmu tauhid yang memberi pencerahan lebih jelas. PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA SENARIO Pendidikan Islam dikembangkan kepada Sistem Madrasah yang dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah, taman rekreasi dan pejabat pentadbiran. Sistem ini dilaksanakan dengan pesatnya pada tahun 1907 hingga 1917. BUKU YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Buku teks yang digunakan sama dengan pembelajaran Sisem Pondok. Kitab Tanbihul Ghafilin menghimpunkan beberapa nasihat dan peringatan penting yang diambil daripada al-Quran dan Hadith untuk mengingatkan orang awam daripada lalai dan lupa. Antara yang disentuh, huru-hara hari kiamat, seksa orang yang tinggalkan solat, seksa orang yang derhaka kepada ibu bapa dan lain-lain. CONTOH BUKU YANG DIGUNAKAN Terjemahan bagi Tajul 'Arus tulisan asal Sheikh Ibn 'Athoillah AlSakandari rhm, ulama tasawuf yang tidak asing lagi. Kitab ini membahaskan soal penyucian jiwa. Terjemahan oleh Sheikh 'Uthman AlFuntiyani rhm. 41 Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuluddin Tanbihul Ghafilin Tajul ‘Arus
PERKEMBANGAN BUKU PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA MENGIKUT KRONOLOGI 28 MSS 1517 (A) Khalq al-samawati wa al-ard MSS 2350 Hill al-zill 42
Pada tahun 1960 dalam Syor Penyata Abdul Rahman Talib telah menyatakan secara terperinci tentang perbelanjaan peruntukan untuk Pendidikan Islam akan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran. Setelah itu, Akta Pelajaran 1961 telah mengadakan peruntukkan kewangan dan mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan di Sekolah Bantuan Kerajaan . Akta ini dikuatkuasakan pada tahun 1962. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang pertama untuk Sekolah Bantuan Kerajaan telah digubal pada tahun 1959. Ia dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan disekolah dari tahun 1962 hingga 1967. Pada 1967, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam disusun oleh wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Seterusnya dikemukakan sukatan pelajaran tersebut kepada Majlis Penasihat Raja-Raja Melayu yang terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. BUKU TEKS TAHUN 1965 43 BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM AWAL SELEPAS MERDEKA Pada tahun 1952, Ordinan Pelajaran 1952 menetapkan sebahagian kursus pelajaran di sekolah bantuan kerajaan. Syor Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) mencadangkan jika terdapat 15 orang murid yang beragama Islam di sekolah akan diberikan peruntukan untuk mata pelajaran tersebut. Cadangan ini diterima dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan wajib diadakan kelas tapi tidak menetapkan kuasa yang menguruskan tentang perbelanjaan melaksanakan peruntukan ini.
BUKU TEKS TAHUN 1973 BUKU TEKS TAHUN 1979 44 BUKU TEKS TAHUN 1982