Kandungan 95
Huraian Kandungan 96
Bedah Buku 97
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS BIDANG SAINS MATEMATIK Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 6 98
Buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik sering menjadi tumpuan kerana dua mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Mata pelajaran yang termasuk dalam bidang ini di peringkat sekolah rendah ialah Sains dan Matematik. Di peringkat sekolah menengah pula ialah Sains, Matematik, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. SEBELUM MERDEKA Pada awal abad ke-19, serentak dengan bermulanya sistem pendidikan formal di Malaysia, pendidikan matematik telah pun bermula. Namun, kurikulum yang diguna pakai adalah berbeza mengikut jenis sekolah dan masa. Pendidikan di sekolah Inggeris mengutamakan mata pelajaran Matematik dan kurikulum matematik yang diguna pakai adalah kurikulum yang dicedok daripada sistem pendidikan British (Keow, 2008). Di Sekolah Melayu kurikulum matematik yang digunakan adalah digubal oleh jawatankuasa yang telah dilantik oleh pentadbiran British. Isi kandungan kurikulum pula adalah pengubahsuaian daripada kurikulum matematik British dan diajar dalam bahasa Melayu. Dalam kurikulum matematik tersebut, hanya kemahiran asas matematik sahaja yang diajarkan. Antara buku teks yang digunakan di sekolah Melayu pada masa itu ialah Kitab Hisab III terbitan 1952 dan General Mathematics For Malayan School terbitan 1956. 99
Pendidikan di sekolah cina ketika itu amat menitikberatkan pendidikan mata pelajaran matematik. Kurikulum dan buku teks matematik yang diguna pakai adalah yang dibawa daripada Tanah Besar China dan bahasa perantaraan pengajaraan subjek matematik ialah bahasa Cina. Pendidikan matematik di Sekolah Tamil menggunakan kurikulum yang diambil daripada India. Memandangkan ianya sekolah vernakular, pengajaran mata pelajaran matematik di sekolah ini adalah dalam bahasa Tamil. SELEPAS MERDEKA Seterusnya, selepas mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan negara terus mengorak langkah sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Matematik sebagai salah satu subjek penting juga tidak terlepas dalam memacu kepada perkembangan ini. Berikut dipaparkan antara koleksi buku teks matematik yang digunakan. 100
KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dilaksanakan bermula 1983 hingga 1989. Matematik adalah mata pelajaran yang terlibat dalam kurikulum ini. Pada tahun 1984, unsur Amalan Perdagangan telah diserapkan ke dalam subjek Matematik. Pada tahun yang sama juga, Kemahiran Manipulatif telah diperkenalkan merentasi kurikulum. Unsur Amalan Perdagangan dan Kemahiran Manipulatif ini akhirnya digabungkan ke dalam subjek Kemahiran Hidup. Bidang Sains pula dimasukkan dalam mata pelajaran Alam dan Manusia bersama-sama Geografi, Sejarah, Sivik dan Kesihatan. Walau bagaimanapun bidang-bidang tersebut dimasukkan dalam topik yang berbeza, bukan diadunkan dalam topik yang sama.Buku teks Alam dan Manusia Tahun 4 edisi percubaan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985. Ia mempunyai 2 naskhah iaitu untuk Penggal 1 dan Penggal 2 dan 3. Buku teks Alam dan Manusia Tahun 5 edisi percubaan bagi Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 diterbitkan pada tahun 1986. Cetakan pertama edisi percubaan yang menggabungkan kandungan untuk 3 penggal ialah pada tahun 1986. Buku teks Alam dan Manusia Tahun 6 edisi percubaan pula diterbitkan pada tahun 1987. Organisasi dan segmen dalam buku teks ini mengikut bidang dalam topik tersebut. Contohnya dalam topik berkaitan bidang Sains terdapat bahagian Mari Kita Kaji dan Mari Kita Fikirkan tetapi dalam topik berkaitan Sejarah dan Geografi terdapat bahagian Aktiviti. KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dilaksanakan pada tahun 1993 hingga 2010. Dalam kurikulum ini mata pelajaran Sains diperkenalkan apabila mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada 2 mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Sains dan Kajian Tempatan menggantikan mata Pelajaran Alam dan Manusia mulai sesi persekolahan 1994/1995 untuk Tahun 4, 1995/1996 untuk Tahun 5 dan 1996/1997 untuk Tahun 6. Pendidikan Matematik dalam KBSR bermatlamat untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira supaya pelajar akan dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Hal ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. Selain daripada buku teks dan buku aktiviti, buku panduan guru juga disediakan. 101
(Gambar buku teks, buku aktiviti dan buku panduan guru) KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) dilaksanakan selepas KBSM lengkap di sekolah rendah iaitu mulai tahun 1989. 102
KBSR dan KBSM disemak semula pada tahun 2003 kerana Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat sekaligus membantu murid dan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut: Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. Buku-buku teks juga dicetak semula dengan beberapa perubahan seperti wujudnya ruangan glosari yang menerangkan terma-terma yang diguna pakai bagi memudahkan murid dan pelajar memahami konsep dan kemahiran matematik yang ingin dikuasai. Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja. Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan eujian. CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. 103
Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja. Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Mata pelajaran EST adalah mata pelajaran Elektif yang Wajib diambil oleh semua murid Tingkatan 4 dan 5 aliran Sains dan Teknologi. Bagi murid yang bukan dalam aliran Sains dan Teknologi mereka boleh mengambil mata pelajaran EST sebagai mata pelajaran Elektif Pilihan. Mata pelajaran EST akan ditawarkan dalam peperiksaan SPM Tahun 2004. (Gambar buku Glosari dan buku EST) Pada tahun 2009 kerajaan telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar PPSMI secara berperingkat dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat juga (PMR, 2014). Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pemansuhan Dasar PPSMI membawa kepada penterjemahan buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik untuk PPSMI kepada bahasa Malaysia dan bahasa ibunda. 104
(Gambar Science Year 4 2005 dan Sains Tahun 4 2011) KSSR (Bermula 2011) - Hasil semakan KBSR Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diajar di Tahap 1 manakala mata pelajaran Sains diajar di Tahap 2. Dunia Sains dan Teknologi menggabungkan Sains, Rekabentuk dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tajuk utama berkaitan dengan Sains manakala TMK ditonjolkan secara eksplisit dan juga disampaikan sebagai elemen merentas kurikulum. Pembelajaran matematik KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Sebagai contoh, skop atau liputan dalam kurikulum ini pula diberi suntikan beberapa topik baharu yang sebelum ini tidak diajar pada murid tahun 1 (dalam KBSR) iaitu pecahan, panjang, berat dan isi padu cecair. Ianya menjadikan terdapat lapan topik yang diberi penekanan dalam Matematik KSSR Tahun 1. Penerapan nilai-nilai murni yang diketengahkan dalam mata pelajaran Sivik juga diterapkan secara maksimum dalam pengajaran Matematik KSSR Tahun 1. Hal ini menjadikan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan sangat membantu dalam perkembangan diri murid-murid kerana proses pengaplikasian diterapkan secara menyeluruh. Sebagai contoh, dalam pembelajaran Matematik KSSR Tahun 1, tajuk pecahan mula diperkenal dan diajar. Murid-murid bukan sahaja memperoleh kemahiran dalam pengenalan perkataan dalam pecahan, mereka juga memperoleh ilmu seperti perkongsian bijak dan pembahagian dengan sekata yang adil. Ini semua turut menjurus kepada rutin harian yang boleh dipraktikkan. Di tahap satu buku teks dan buku aktiviti disediakan manakala di tahap dua hanya buku teks disediakan namun aktiviti dan latihan dimasukkan dalam buku teks. 105
KSSR (Semakan 2017) mula dilaksanakan pada tahun 2017 di Tahun 1. Mata pelajaran Sains diajar mulai Tahun 1. KSSM juga dilaksanakan mulai tahun 2017. Dual Language Programme (DLP) mula dilaksanakan di Tahun 1 dan Tahun 4 sekolah rendah dan Tingkatan 1 sekolah menengah pada tahun 2016. Program ini memberi peluang kepada murid mengikuti pembelajaran mata pelajaran bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Mata Pelajaran terlibat ialah seperti berikut: Sekolah Rendah: Sains dan Matematik Sekolah Menengah: Sains, Matematik, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Sains Tambahan. Murid yang mengikuti DLP pada Tahun 2016 menggunakan buku teks PPSMI Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 4. Pada tahun-tahun seterusnya murid yang mengikuti DLP menggunakan buku teks aliran perdana dalam bahasa Malaysia yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. 106
Pada penghujung tahun 90-an, huraian sukatan matematik di sekolah rendah dan menengah telah disemak semula. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan agar isi kandungan kurikulum termasuklah untuk mata pelajaran matematik adalah selari dan memenuhi tuntutan dan keperluan modal insan negara. Beberapa perubahan telah dilakukan ke atas kurikulum matematik antaranya ialah pengintegrasian problem solving dalam setiap topik dan subtopik dalam subjek matematik. Pada tahun 1994 Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. 107
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS BIDANG TEKNIK VOKASIONAL Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 7 108
BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL SELEPAS KEMERDEKAAN 1965 - Tercetusnya Sistem Aneka Jurusan (Pendidikan Komprehensif) iaitu sekolah lanjutan kampung dan sekolah kampung diserapkan dan empat elektif mula ditawarkan (Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Perdagangan dan Sains Pertanian) kepada murid sekolah menengah rendah dalam Sijil Rendah Pelajaran. 1969 - Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia dikeluarkan untuk lepasan kumpulan pertama. Terdapat 18 buah sekolah vokasional pada masa itu yang menawarkan aliran ketukangan, pertanian dan ekonomi rumah tangga. Fasa selepas Merdeka 1960 - Laporan Rahman Talib (Laporan J/K Mengkaji Semula Pelajaran) ini menaik taraf kepada sekolah-sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang kepada sekolah menengah teknik dan vokasional. Antara syornya ialah: (i) Kuasa pihak berkuasa tempatan dimansuhkan. (ii) Melipat gandakan pembinaan sekolah lanjutan kampung. (iii) Membina Sekolah Menengah Ketukangan bagi menampung lepasan sekolah lanjutan kampung. (iv) Membina Sekolah Menengah Teknik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. 1964 - Kebanyakan sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang ditutup kerana kurang mendapat sambutan memandangkan lepasan sekolah-sekolah sukar mendapat pekerjaan. Jawatankuasa penasihat yang ditubuhkan terdiri daripada pakar-pakar daripada sektor awam dan swasta. Buku: Seni Perusahaan & Teori Pertukangan Bahasa: Melayu Tahun: 1979,1983,Pustaka 109
BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL SELEPAS KEMERDEKAAN 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Laporan Kabinet) mencadangkan agar murid di sekolah menengah perlu diberi pendidikan umum. Sistem aneka jurusan yang memberi pengkhususan perlu dimansuhkan. Laporan itu mencadangkan agar lebih banyak Sekolah Menengah Vokasional dibina dan kurikulum pendidikan dikaji semula. 110
1983 - KBSR dilancar mulai Tahun 1 sekolah rendah di semua sekolah secara berperingkat- peringkat. Kemahiran Manipulatif juga ditawarkan di 70 buah sekolah secara percubaan. 1988 - Pelaksanaan KBSR dilaksanakan sepenuhnya. 1989 - Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) bermula dan Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ditawarkan mengikut Pilihan A, B, C dan D. Pada tahun yang sama Mata Pelajaran Kemahiran Manipulatif ditawarkan kepada 100 buah lagi. Sijil SPM (V) ditukar kepada SPVM. 1980 - 1981 - Bermulanya Reformasi Pendidikan yang mencetuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). 1982 - KBSR diuji rintis di 302 sekolah rendah. BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL 111
1991 - Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ditawarkan bagi menggantikan KHPP. Pada tahun yang sama Kemahiran Manipulatif diperluaskan ke 1000 sekolah. 1992 - Kemahiran Manipulatif diperluaskan ke 3000 sekolah rendah. 1993 - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dilaksanakan mulai tahun 4 bagi menggantikan Kemahiran Manipulatif secara berperingkat. 1996 - SMV dinaiktaraf ke SMT dengan 3 aliran – teknikal, vokasional dan kemahiran. BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL 112
2002 - Pelaksanaan 8 daripada 22 mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian secara berperingkat. 2003 - KHB dan KHSR dilaksanakan dengan kurikulum semak semula. 2006 - Pelaksanaan mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) bermula dengan 12 daripada 37 mata pelajaran sehingga pelaksanaan penuh pada tahun 2008 di SMT. MPAV bercirikan Techprep (gabungan akademik teras dan elektif vokasional). BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL 113
PENGGUNAAN BUKU TEKS TINGKATAN 1 - 3 MULAI TAHUN 2017 Mulai 2017 KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Asas Sains Komputer Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL 114
Mulai 2017 10 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Mulai 2017 KSSR (Semakan 2017) Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 hingga Tahun 6. BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL PENGGUNAAN BUKU TEKS TAHUN 4 - 6 MULAI TAHUN 2020 PENGGUNAAN BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN 5 MULAI TAHUN 2020 115
Buku Teks Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Tingkatan 4 dan 5 diterbitkan untuk kegunaan murid di sekolah harian mulai pada tahun 2020. Setiap buku teks ini telah menggabungkan kandungan mata pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5 di dalam satu buku. MPV terdiri daripada 22 matapelajaran Aliran Vokasional yang ditawarkan di sekolah menengah harian. Buku teks ini diterbitkan di dalam bentuk Buku Teks Digital Asas dan telah dimuat naik di pelantar DELIMa untuk kegunaan guru dan murid. MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL 116
2017 Mulai 2017 10 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 PENGGANTIAN NAMA MATAPELAJARAN TINGKATAN 4 & 5 117
BUKU TEKS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL Buku Teks Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 diterbitkan untuk kegunaan murid di Sekolah Menengah Teknik bagi kegunaan mulai tahun 2020. Lima judul yang terlibat adalah seperti berikut: MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL (MPET) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 118
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan SEJARAH DAN EVOLUSI BUKU TEKS BIDANG PENDIDIKAN KHAS Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 8 119
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011 telahpun melepasi satu kohort murid di sekolah rendah. Selaras dengan keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, maka KSSR Pendidikan Khas disemak semula untuk dilaksanakan mulai tahun 2017. Semakan ke atas kurikulum tersebut bertujuan meningkatkan standard kandungan dan standard pembelajaran supaya setanding dengan standard antarabangsa. Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi elemen utama mengangkat KSSR Pendidikan Khas setanding dengan standard antarabangsa. Standard kandungan dan standard pembelajaran tersebut turut disulami dengan standard prestasi untuk mengukur tahap penguasaan murid. KSSR Pendidikan Khas yang disemak semula dan dilaksanakan di sekolah rendah akan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), iaitu digubal berlandaskan Kerangka KSSR yang mempunyai enam tunjang, iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian 3. Sikap & Nilai 4. Kemanusiaan 5. Keterampilan Diri 6. Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) 120
KSSRPK dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.” KSSR Pendidikan Khas dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. KSSRPK KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN MASALAH PEMBELAJARAN 121
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Dalam merealisasikan kurikulum peringkat menengah bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), disediakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang seiring dengan KSSM arus perdana. KSSMPK ini berfokus kepada bidang kemahiran vokasional yang relevan dengan keperluan semasa mereka. Penggubalan KSSMPK mengambil kira pendidikan yang sesuai dan relevan bagi dua kumpulan MBPK iaitu yang berkeupayaan mengikuti mata pelajaran kemahiran vokasional, dan berkefungsian rendah (MBK-KR) iaitu yang mempunyai kombinasi ketidakupayaan kognitif dan satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan komunikasi, tingkah laku, pengurusan diri, motor kasar, motor halus dan sensori. Buku KSSRPK mula dilaksanakan setelah mendapat kelulusan oleh jawatankuasa kurikulum pusat bilangan 5/2009. Pelaksanaan ini memberi impak kepada pengubahsuaian sesetengah mata pelajaran dan penerbitan buku dan menyebabkan perlunya menghasilkan buku yang sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid MBPK. Buku teks untuk murid-murid berkeperluan khas telah mula diterbitkan oleh Bahagian Buku Teks pada tahun 2012. 122
Buku Pendidikan Khas CONTOH BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DAN BUKU TEKS (MASALAH PENDENGARAN) YANG TELAH MULA DITERBITKAN PADA TAHUN 2012 123
MULAI TAHUN 2016, BAHAGIAN BUKU TEKS TELAH MEMBUAT KURIKULUM SEMAKAN UNTUK BUKU-BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS. BERIKUT ADALAH CONTOH BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID TAHUN 1 124
MULAI TAHUN 2016, BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TELAH JUGA DISEDIAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEPADA MURID YANG BERMULA DI TINGKATAN 1 125
BSTP juga sedang merangka, merancang dan meneliti keberangkalian untuk memasukkan elemen-elemen digital serta modifikasi yang dilakukan bagi membolehkan murid MBPK mendapat manfaat daripada pendigitalan buku teks aliran perdana. Seiring dengan deklarasi antarabangsa bagi menjamin kanak-kanak kurang upaya untuk mendapatkan perkhidmatan pendidikan khas yang berkualiti, KPM melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) mula mengorak langkah membuka ruang untuk segala perbincangan serta kolaborasi dengan NGO untuk merealisasikan impian untuk pendigitalan bahan untuk murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menjadi kenyataan. EVOLUSI Buku Teks Masa Hadapan BUKU TEKS KSSRPK DAN KSSMPK QR Code 126
BUKU TEKS BRAILLE Sejarah & Perkembangan BAB 4 127
PENERBITAN BUKU TEKS BRAILLE Apa itu buku teks braille? Buku teks braille mengandungi tulisan berbentuk titik-titik bersaiz standard yang ditimbulkan di atas kertas tebal dari kiri ke kanan. Selain itu, buku ini juga mengandungi rajah timbul yang dibina khusus untuk murid ketidakupayaan penglihatan. Buku teks braille ini merupakan transkripsi sepenuhnya daripada buku teks cetakan asal dengan sedikit modifikasi untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan kefahaman golongan ini. Buku teks cetakan asal yang telah ditranskripsi akan menjadi banyak/bertambah bilangan halaman, tebal dan berat. Oleh itu, buku teks braille perlu diterbitkan secara berjilid untuk memudahkan mobiliti buku ini. Tujuan penerbitan buku teks braille • Memberi kemudahan buku teks braille terkini dan standard kepada murid-murid cacat penglihatan di sekolah/program pendidikan khas integrasi cacat penglihatan seluruh negara. • Memudahkan murid-murid ketidakupayaan penglihatan memperolehi ilmu seperti mana yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka yang normal. • Menggalakkan aktiviti penggunaan buku teks dalam kalangan murid dan guru pendidikan khas. • Menjana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mesra kepada keperluan dan keupayaan murid bermasalah penglihatan. • Memperkasa peranan bstp dalam mengurus penerbitan dan pembekalan secara teratur dan sistematik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid berkeperluan khas. • Selari dengan dasar kerajaan untuk memastikan hak-hak oku di negara ini menerima layanan, kemudahan tanpa diskriminasi dan bersama-sama menjana kecemerlangan insan istimewa ini khususnya dalam bidang pendidikan. 128
Sejarah Buku Teks Braille Sistem tulisan Braille telah bertapak di Malaysia sejak sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Sistem ini diperkenalkan oleh mubaligh Kristian apabila mereka membuka St. Nicholas Home di Melaka pada tahun 1926 untuk kanak-kanak ketidakupayaan penglihatan dan telah berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1931. Penghasilan bahan bacaan seperti buku cerita, buku teks dan buku rujukan braille di negara ini bermula pada tahun 1948 oleh pegawai kebajikan Major D.R. Bridges. Beliau telah mengasaskan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) dan menubuhkan Unit Penerbitan Braille (BPU) di St. Nicholas Home. BPU bertanggungjawab menghasilkan bahan bacaan braille bagi murid-murid ketidakupayaan penglihatan yang berada di Sekolah Princess Elizabeth, Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1953. BPU kemudiannya dipindahkan ke MAB dengan kakitangannya masih merupakan kakitangan kerajaan sekitar 1960-an. Perkembangan pendidikan dalam kalangan individu ketidakupayaan penglihatan semakin meningkat, UBP di bawah MAB tidak lagi mampu menghasilkan bahan yang mencukupi. Menjelang permulaan 1980-an, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan bahawa mereka perlu memiliki kepakaran braille sendiri dan telah menubuhkan Unit Percetakan Braille di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur dan tidak lagi membuat tempahan dari MAB. Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia mula mengambil alih program penerbitan buku teks dan Al-Quran Braille tercetus selepas lawatan Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu ke Negara Brunei Darussalam pada awal tahun 2005. Pengambilalihan ini diharap penerbitan dan pembekalan buku teks dan Al-Quran dalam bentuk braille ini dapat diurus secara lebih holistik di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Di samping itu, bahan bacaan dalam bentuk braille untuk murid-murid ketidakupayaan penglihatan dapat dikawal mutu, dipantau dan diseragamkan. 129
BBT mula mengurus perolehan buku teks Braille bagi empat (4) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, English, Science dan Mathematics Tahun 4 dan Tingkatan 4 untuk kegunaan tahun 2006. Ini selaras dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah (JKBPPS) Ke-46 pada 16 Mac 2005. Hasil kerjasama pihak BBT dengan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Al-Quran dalam bentuk braille dibekalkan secara one off kepada murid-murid cacat penglihatan seluruh negara berdasarkan enrolmen murid sesi persekolahan tahun 2006. Sehingga kini sebanyak ... buku teks braille sekolah rendah dan sekolah menengah telah dibekalkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM bagi memastikan murid-murid ketidakupayaan penglihatan di sekolah/program integrasi Pendidikan khas cacat penglihatan seluruh negara mendapat manfaat pelaksanaan program penerbitan ini. KOD BRAILLE EDISI PINDAAN BSTP mula menghasilkan buku teks FORMAT braille edisi pindaan setelah surat pekeliling ikhtisas berkaitan hal ini dikeluarkan oleh Bahagian pendidikan khas (bpkhas), KPM pada tahun 2021. kod braille edisi pindaan ini membabitkan kod braille bahasa inggeris, bahasa melayu dan al-quran. sebanyak 152 judul terlibat dengan perubahan kod ini iaitu 74 judul sekolah rendah dan 78 judul sekolah menengah berjaya dihasilkan dan boleh dibekalkan untuk kegunan sesi persekolahan 2024. 130
BUKU TEKS FORMAT BRAILLE diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM (Sebelum 2005) diterbitkan oleh bahagian buku teks, KPM (2005- 2009) diterbitkan oleh bahagian sumber dan teknologi pendidikan, KPM (2010 - kini) 131
AL-QURAN DALAM BENTUK BRAILLE Al-QURAN DALAM BENTUK BRAILLE EDISI PINDAAN Al-QURAN DALAM BENTUK BRAILLE kOD LAMA 132
evolusi buku teks format braille Seiring dengan deklarasi antarabangsa bagi menjamin kanak-kanak kurang upaya untuk mendapatkan perkhidmatan pendidikan khas yang berkualiti, KPM melalui BSTP mula mengorak langkah membuka ruang untuk segala perbincangan serta kolaborasi dengan PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN untuk merealisasikan impian untuk pendigitalan bahan bacaan braille untuk MBK Ketidakupayaan Penglihatan menjadi kenyataan. Buku Teks Bersuara Buku teks bersuara (talking book) merupakan penghasilan bahan bacaan dalam bentuk audio untuk muridmurid cacat penglihatan dan dihasilkan berdasarkan standard Digital Accessible Information System (DAISY). BUKU INI mula dihasilkan pada .. selepas mendapat kelulusan dari ... Buku Teks Bersuara yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri berikut: boleh dibaca dengan menggunakan Standalone DAISY Players. perlulah sesuai dengan perisian DAISY seperti AMIS. boleh digunakan dengan pemain MP3 boleh digunakan menerusi pemain DVD Senarai Buku Teks Yang Telah Dihasilkan Dalam Bentuk Audio (Talking Book) Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 6 Pendidikan Moral Tahun 6 Kajian Tempatan Tahun 6 133
Sekolah Menengah Pendidikan Islam Tingkatan 3 Pendidikan Moral Tingkatan 3 Sejarah Tingkatan 3 Geografi Tingkatan 3 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Pendidikan Moral Tingkatan 5 Sejarah Tingkatan 5 Projek ini kemudian diteruskan pada tahun 2023 dengan ciri-ciri yang lebih baik sesuai dengan peredaran zaman. Buku Teks Masa Hadapan BSTP juga sedang merangka, merancang dan meneliti keberangkalian untuk memasukkan elemen-elemen digital serta modifikasi yang DIPERLUKAN bagi membolehkan Murid Berkeperluan Khas Ketidakupayaan penglihatan mendapat manfaat daripada pendigitalan buku teks aliran perdana. 134
PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SEBELUM MERDEKA 135
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Selepas Merdeka Sejarah & Evolusi “... Penubohan satu badan pelajaran yang bertujuan memelihara pertubuhan China, Siam dan Bahasa2 Kepulauan Melayu dan meninggikan moral dan kecherdasan fikiran (intellect) pendudok2 di-dalam negeri tersebut”. R.O. Winstedt 3 136
Dekad 1950 an Selepas Merdeka 137
Judul Buku PENERBITAN SELEPAS MERDEKA AAntara buku lain yang diterbitkan oleh DBP pada era 50an untuk kegunaan sekolah rendah ialah Kitab Hisab Darjah I ( Bahagian B) The Malay School Series No. 66 ISBN: TiadaPenerbit : Pejabat Karang-Mengarang Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu Kuala Lumpur Judul : KITAB HISAB Darjah I ( Bahagian B) Tahun Penerbitan : 1950 Kegunaan : Murid Darjah 1 Penulis: E.M.F. Payne dan H.A. Harman Dicetak oleh: Lowe and Brydone( Printers) LOndon Kurikulum : Spesifikasi Teknikal : Saiz buku : 13 cm x 19.5 cm Jumlah halaman : 122 muka surat Kandungan: Isi kandungannya ada 12 perkara Persembahan : 1.2 colum 2.Gambar ilustrasi 3.Warna hitam putih Aktiviti dan Latihan : 110 Latihan Bahasa dan Istilah; Bahasa Melayu Harga : Pembekalan: 138
PENERBITAN SELEPAS MERDEKA 139
Dekad 1960~an Selepas Merdeka Bagi kaum India, pendidikan awal hanya diberikan dalam bahasa Tamil, kerana orang Tamil adalah kumpulan penduduk India yang terbesar di Tanah Melayu. Perkembangan pendidikan Tamil tidak dapat dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang di Tanah Melayu. Dengan kedatangan imigran dari India, sekolah-sekolah Tamil juga dimulakan di ladang-ladang. Kelas-kelas diadakan di bangunan-bangunan lapuk dan diajar oleh orang-orang yang tidak terlatih seperti kerani-kerani ladang atau ‘mandor’. Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang tertentu dan kebanyakan buku-buku yang digunakan adalah dari India. Pada tahun 1920, Kerajaan British melantik tiga orang sebagai Penolong Nazir Sekolah Tamil di Perak dan seorang di Selangor. Langkah ini tidak dapat meningkatkan mutu sekolah-sekolah Tamil. Kadar keciciranadalah sangat tinggi dan kebanyakan pelajar tidak dapat menyempurnakan persekolahan mereka iaitu selama empat tahun. 140
Buku Teks Sekolah Vernakular Cina Mula tahun 1983, buku teks yang digunakan di SJKC ditulis dan diterbitkan oleh penerbit mengikut Huraian Kurikulum semasa. Penerbitan buku selepas ini dibiayai dan diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran (sekarang Kementerian Pendidikan) melalui kaedah dalaman Bahagian Buku Teks. Mulai KSSR, buku teks diterbitkan melalui tender terbuka kepada penerbit swasta oleh Kementerian Pendidkan Malaysia. Contoh Buku Teks KBSR 141
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Semakan Dalam dekad 1980an ini juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah diperkenalkan iaitu pada tahun 2003. (gambar contoh buku teks KBSM) 142
BAB Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kesimpulan Sejarah & Evolusi 5 143
KOLEKSI BUKU TEKS NADIR BSTP 1924 1929 1941 1949 1958 1959 144