The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran Sebuah Harapan & Tip Graduate On Time merupakan pengalaman 24 orang penulis dan seorang penulis tamu yang digarap menjadi karya kreatif. Perkongsian pengalaman penulis bertemakan motivasi dan inspirasi ini boleh dijadikan panduan kepada pascasiswazah terutama sekali yang baru melangkah ke dunia pascasiswazah. Pelbagai Tip Graduate On Time yang dikongsi oleh penulis dan segala perkongsian cabaran penulis dapat dijadikan kekuatan kepada pascasiswazah yang lain dalam mengharungi dunia pascasiswazah serta mengekalkan momentum dalam menggapai impian yang diimpikan iaitu menggenggam Sarjana dan Kedoktoran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by projekgotwe4u, 2022-06-23 11:25:49

Cabaran Sebuah Harapan.

Cabaran Sebuah Harapan & Tip Graduate On Time merupakan pengalaman 24 orang penulis dan seorang penulis tamu yang digarap menjadi karya kreatif. Perkongsian pengalaman penulis bertemakan motivasi dan inspirasi ini boleh dijadikan panduan kepada pascasiswazah terutama sekali yang baru melangkah ke dunia pascasiswazah. Pelbagai Tip Graduate On Time yang dikongsi oleh penulis dan segala perkongsian cabaran penulis dapat dijadikan kekuatan kepada pascasiswazah yang lain dalam mengharungi dunia pascasiswazah serta mengekalkan momentum dalam menggapai impian yang diimpikan iaitu menggenggam Sarjana dan Kedoktoran.

CABARAN SEBUAH HARAPAN
&

TIP GRADUATE ON TIME (GOT)
Perkongsian pengalaman pascasiswazah dalam menempuhi perjalanan demi

mencapai impian menggenggam Sarjana dan Kedoktoran.

Tim editorial:
Junainah Abdul Jalel

Norliyana Md Aris
Halipah Harun

Muhamad Naufal Badarudin
Sanura Jaya

1

KANDUNGAN

Prakata Tim Editorial.
Kata Pengantar.
Sekapur Sireh.

KARYA PENULIS TAMU.
Belajar Dengan Biasiswa Tanpa Cuti: Bagaimanakah Untuk Graduate On Time?
Dr. Hajah Amani Abdullah Mubarak

KARYA PENULIS.
Aku, Hlp & Mee Kari
Noraini Mohamed

Apa Yang Saya Tahu
Kuek Yong Ai

Coretan Pengalaman Kejayaan.
Azlina Harun

Hikmah Di Sebalik Dugaan
Zatun Najahah Saari

Master 6 Semester
Noor Muslieah Mustafa Kamal

Pesanan Ibu
Dr Julinamary

2

Aku Pelajar PhD Part Time: Mengejar GOT, Menggenggam GBT
Dr. Sharifah Shafie

Kisahku
Masyithoh Md Zuber

Kerana Kau Ku Teruskan
Izzat Fadhli Hamdan

Menuju ‘Graduate On Time’
Suhaida Shahar Zaman

Rezekiku HLP 2020
Zurina Mustaffa

Benih Cita-Cita
Rohana Mohd Nawi

Bingkisan Hati Pengalaman Belajar
Dr. Amani Dahaman@Dahlan

Perjalanan PhDku
Normiza Mohd

Jawapan Dalam Kecewa
Nurul Hanani Rusli

Impian Itu
Norliyana Md. Aris

The Meaningful HLP & Love
By Sanura Jaya

3

Noticing Yourself
By Ipah Harun
Hanya Kerana Nama
Ipah Harun
SIX IN ONE = GRADUATE ON TIME
Nur Adibah Liyana Awi
Kerja Sambil Belajar Bukan Penghalang Got
Muhamad Naufal Badarudin
Bagai Sirih Pulang Ke Gagang “Anak Kandung Suluh Budiman”
Norhazleyna Hamzah
Cintaku Pada Ilmu & Travelog 2 HLP
Azlina Amat Yasin
HLP dan GC : Ruang dan Peluang.
Junainah Abdul Jalel

4

PRAKATA TIM EDITORIAL.

Terima kasih kepada We4u atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjadi tim
editorial dalam penghasilan karya kreatif Cabaran Sebuah Harapan & Tip GOT bagi
pascasiswazah.

Tahniah kepada para penulis yang begitu berbakat besar dalam bidang penulisan yang
bertemakan insipirasi dan motivasi dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang projek
ini berlangsung.

Buku ini sangat istimewa kerana penulis berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang
mengharungi dunia pascasiswazah serta tip yang diberikan untuk sama-sama mengukir kejayan
dan menggapai impian untuk dimanfaatkan kepada generasi yang akan datang.

Syukur alhamdulillah kerana dalam keadaan yang sangat mencabar buku ini dapat
diterbitkan dan direalisasikan. Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua terutama kepada
yang baru melangkah ke dunia pascasiswazah dan kepada pascasiswazah untuk sama-sama kita
kekalkan momentum sehingga ke peringkat terakhir.

Terima kasih kepada We4u… Tahniah kepada semua penulis.

Tim Editorial,

Junainah Abdul Jalel
Norliyana Md Aris
Halipah Harun
Muhamad Naufal Badarudin
Sanura Jaya

5

KATA PENGANTAR.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya , maka buku karya
kreatif We4u, Cabaran Sebuah Harapan dan Tip untuk GOT Pascasiswazah dapat disiapkan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan koleksi tip dan pengalaman yang
amat berharga untuk para pembaca menghayatinya. Koleksi pahit getir seorang pascasiswazah
dalam mengapai cita-cita untuk mengenggam sebuah harapan sebagai pascasiswazah sarjana
dan kedoktoran (PhD). Secara keseluruhannya, buku ini mengambarkan konsep dan realiti yang
dihadapi oleh seorang pascasiswazah dalam mengupas sebuah cabaran untuk memenangi HLP
dan menghabiskan cabaran getir tamat pengajian pada masa yang telah ditetapkan (GOT)
Semoga buku ini menjadi panduan dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kepada
semua pembaca.

Pn.Sanura bt Jaya
Penyelaras We4u,2021/2022

6

SEKAPUR SIREH.

Syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas izinNya maka lahirnya sebuah
kelangsungan garapan genre penulisan karya kreatif di bawah anjuran We4u buat julung-julung
kalinya.

Syabas dan sekalung tahniah saya ucapkan atas kegigihan tim editorial dan para penulis yang
menghasilkan sebuah antologi yang mewakili citra rasa dan leluhurnya hati budi para
pascasiswazah sekalian. Pengalaman penulis yang digarap menjadi karya kreatif ini mampu
memberikan motivasi kepada pembaca. Gabungan pengalaman yang berbeza setiap penulis namun
mempunyai matlamat yang sama iaitu berjaya menggenggam impian.

Akhir kata, semoga terhasilnya karya kreatif ini tidak ternokhtah di sini malah mampu
menghasilkan lebih banyak lagi karya kreatif yang bermutu. Semoga perkongsian para penulis dapat
memberi suntikan motivasi dan inspirasi kepada para pembaca.
Sekian, terima kasih.

Dr. Muhammad Nidzam Yaakob
Penasihat We4u

7

Belajar Dengan Biasiswa Tanpa Cuti:

Bagaimanakah Untuk Graduate On Time?

Dr. Hajah Amani Abdullah Mubarak

Sebagai seorang penjawat awam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang telah
berkhidmat melebihi 20 tahun, saya telah melalui suatu tempoh perkhidmatan yang panjang, yang
pastinya telah mengundang pelbagai pengalaman dan rasa. Jika tidak diurus dan dirancang
dengan baik masa perkhidmatan itu, saya mungkin berada pada tahap pengetahuan dan
kemahiran yang sama sahaja iaitu rutin sebagai seorang pendidik.

Seorang bekas pengetua saya pernah berpesan jika kita mengulangi pengalaman tiga
tahun pertama untuk tempoh 30 tahun maka kualiti diri kita hanyalah sama seperti guru
permulaan itu sahaja. Oleh yang demikian, untuk menjadi guru yang berkesan dan terus releven
dengan perubahan zaman, seorang guru perlu secara konsisten dan berterusan meningkatkan
kualiti diri dengan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai kursus yang
berkaitan mahu pun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Mengapakah saya sambung pengajian di usia yang agak lewat iaitu pada usia 45 tahun?
Saya telah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran setelah
hampir 10 tahun selesai pengajian di peringkat Sarjana. Mengapa lama sangat baru nak
sambung? Soalan ini hanya tuan badan sahaja yang boleh menjawabnya. Prioriti saya ketika itu
ialah anak-anak saya.

Saya perlu memastikan pengajian saya tidak mengugat pengajian anak-anak saya kerana
sepanjang tempoh tersebut mereka tengah sibuk menyiapkan diri untuk menduduki UPSR, PMR,
SPM dan A'Level. Biarlah kita merancang apa yang kita mampu buat. Selebihnya kita berdoa dan
bertawakal kepada Allah swt. Jika tidak tercapai atau terlaksana, itu bermakna ada perkara lain
yang lebih baik untuk kita, insyaa-Allah.

Saya juga merasakan tempoh yang lama tanpa sesuatu pembaharuan dalam kerjaya
adalah sesuatu yang membosankan, saya perlu keluar dari comfort zone ini. Melalui pembacaan
saya menerusi kajian-kajian Pendidikan dari luar negara, ramai penulis mereka memiliki Ijazah
Doktor Pendidikan (Educational Doctorate). Mereka adalah pengamal Pendidikan yang membuat
kajian di dalam bilik darjah serta mencadangkan pelbagai penambahbaikan dalam amalan
pedagogi.

8

Saya sungguh tertarik dengan mod pengajian ini. Mod ini menawarkan hampir 65 peratus
kerja kursus dan 35 peratus penyelidikan. Dek keterujaan dengan pengajian ini, saya merasakan
telah sampai masa untuk sambung pengajian dan memperbaharui ilmu sedia ada, time for
unlearn, relearn, and learn. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Tugas saya sebagai pensyarah akademik turut menjadi faktor pendorong untuk saya
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat melahirkan guru-guru
berijazah yang memenuhi keperluan Malaysia Qualification Framework (MQF) dan negara. Tidak
cukup ilmu sekiranya pensyarah hanya merujuk kepada ilmu dan pengalaman yang lalu sahaja
untuk membimbing pelajar membuat kajian dan penyelidikan terkini dalam Pendidikan. Ilmu
bersifat dinamik dan berubah dengan zaman. Bertitik tolak dari situlah, maka saya mengambil
keputusan untuk menyambung pengajian. Keputusan saya disokong oleh keluarga, rakan-rakan
sekerja dan majikan saya Timbalan Rektor Kanan, Dr Jamiah Mohamed serta Timbalan pengarah
pada waktu itu, Haji Hashim Asman. Budi dan jasa mereka akan selalu dikenang.

Penulisan saya berfokus kepada pelajar sambilan yang meneruskan pengajian pasca
siswazah sebagai pensyarah akademik.

Persediaan Sebelum Menyambung Pengajian
Sebelum memulakan pengajian, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuat
tinjauan terhadap universiti-universiti yang menawarkan pengajian di peringkat kedoktoran yang
sesuai dengan keperluan pengajian dan keupayaan diri. Kaji struktur pengajian, kelayakan pra-
syarat, mod pengajian, yuran pengajian, sumber tenaga pengajar, fasiliti dan tempoh minimum
serta maksima pengajian. Oleh kerana, pengajian di peringkat pascasiswazah merupakan
pengajian terarah kendiri (self-directed learning) maka semangat yang kental serta strategi yang
betul dapat membantu memudahkan proses pengajian itu sendiri. Buat perbandingan yang
sesuai dengan keperluan pengajian, termasuk kemampuan ekonomi, jarak perjalanan, masa
serta keupayaan diri kita sendiri. Bak kata orang sekarang, tepuk dada tanya minda.
Mulakan menulis emel kepada pensyarah-pensyarah di sesebuah universiti yang
dirasakan mempunyai kualiti yang dapat menyokong kajian yang hendak dilaksanakan. Nyatakan
skop kajian dan hasrat anda untuk berkerjasma menjadikan dia sebagai supervisor anda. Jika
ada rezeki, pensyarah tersebut akan membalas e-mel dan membantu anda membuat keputusan
seterusnya. Pilihlah pensyarah yang hendak dijadikan supervisor ini dalam kalangan mereka
yang telah berjaya melahirkan ramai graduan PhD, banyak membuat penerbitan, mudah
berkomunikasi dan mesra pelajar. Kualiti ini sikit sebanyak memberi tempias positif untuk kita
mencari ilmu kelak. Seperti Abu Burdah bin Abu Musa pernah berpesan.

9

Rasulullah SAW bersabda: Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi dan bukan
dengan pembakar besi.

Sediakan senarai semak pros and cons untuk sambung belajar. Jika pros melebihi cons
maka bulatkan tekad, yakinkan diri untuk meneruskan niat tersebut. Jika tidak, tangguhkan
dahulu, mungkin masa anda belum sesuai.

Persediaan Semasa Menyambung Pengajian
Tahniah jika anda telah berjaya mendapat tawaran sambung pengajian dari universiti
idaman anda. Namun, kegembiraan itu harus disusuli dengan persiapaan fizikal, mental dan
emosi dan rohani yang mencukupi agar objektif utama iaitu Graduate on Time tercapai. Saya
kongsikan sedikit sebanyak cadangan atau tips yang saya amalkan untuk membantu anda
berjaya mencapai impian tersebut. Fokus penulisan saya ialah sebagai seorang pelajar sambil
bekerja yang mendapat biasiswa daripada Hadiah Latihan Persekutuan Sambilan (HLPS).

Fizikal
Persiapan utama untuk belajar mestilah ruang tempat belajar yang kondusif. Perkara ini
penting kerana ruang belajar yang sesuai akan membantu kita bertidak menjadi orang yang
sistematik dan teratur dalam pengajian. Ruang itu sebaiknya sesuai untuk kita belajar, senyap
dan jauh dari gangguan dan kebisingan. Pastikan ada meja dan kerusi yang sesuai. Tak perlu
mahal pun perlatan tersebut tetapi memadai.
Kelengkapan lain yang perlu ada ialah capaian internet yang baik, melabur la sedikit
untuk tujuan mendapat akses kepada perpustakaan digital yang disedikan oleh universiti apabila
perlu belajar dari rumah. Begitu juga peralatan komputer seperti laptop atau desktop yang
bersesuaian dengan pengajian. Dapatkan komputer yang mempunyai spesifikasi yang
bersesuaian dengan software yang digunakan untuk menganalisis data kelak. Pastikan anda
mempunyai pencetak, sebaiknya laser jet kerana lebih berkualiti dan heavy duty.
Dapatkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk menghadapi hari yang
multitaskings. Amalkan pengambilan vitamin tambahan seperti vitamin C dan sebagainya supaya
imuniti diri dapat dipertingkatkan. Beriadah yang sesuai dan konsisten supaya kekal sihat serta
dapat mengurangkan stress.
Sepanjang pengajian pastikan keperluan-keperluan begraduat seperti membentang di
seminar, membuat penulisan dan penerbitan dipenuhi sebaiknya. Bina carta Gann milestone
sendiri untuk pencapaian anda. Berbincang dengan supervisor bagaimana penulisan anda perlu
ditambahbaik. Membaca, membaca membaca dan menulis secara konsisten insyaallah akan

10

mebantu menghasilakan penulisan yang mantap dan berkualiti. Dapatkan blessings dari
supervisor apabila membuat pembentangan dalam seminar, muatkan nama supervisor dalam
artikel anda dan cuba terbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Anda boleh dapatkan nasihat dan
tunjuk ajar daripada supervisor. Jika artikel tersebut berjaya diterbitkan, kedua-dua pihak akan
mendapat manfaat, win win situations.

Andai kata sesuatu hasil (target outcome) anda tercapai dari Carta Gann itu, mungkin
anda boleh membuat penghargaan kendiri seperti bercuti, membeli barangan idaman dan
sebagainya. Penghargaan kendiri dapat mengekalkan momentum belajar yang berterusan. Anda
akan merasakan lebih bugar dan bahagia.

Mental
Menjadi pelajar pascasiswazah bererti kita perlu berdikari, pandai membuat keputusan
sendiri, tahu bila hendak memulakan sesuatu kajian atau aktiviti serta tahu bila kajian itu perlu
berhenti atau telah mencukupi untuk skop yang dikaji. Bagaimanakah kita boleh mencapai
perkara-perkara tersebut? Secara eksplisitnya melalui kajian-kajian lalu, pembacaan,
perbincangan dengan supervisor dan mungkin melalui seminar-seminar di mana kita
membentang kertas cadangan. Maklumbalas, cadangan, komen kritikan pihak kedua dan ketiga
sangat membantu menambah baik kualiti dan mutu kajian serta penulisan.
Sedarkan anda hampir kesemua proses itu memerlukan ketahanan mental yang kuat.
Jadi selalu membuat buat refleksi kendiri bahawa kita sedang mencari ilmu, maka buka hati dan
minda bahawa pandangan orang lain dapat membantu kita menambah baik kualiti kajian. Maka
jangan cepat putus asa. Menangis itu biasa tapi jangan patah semangat. Tangisan kadangkala,
dapat melegakan tekanan, menjadikan jiwa lebih kental. Fikirkan fokus utama untuk sambung
belajar. Niat yang betul akan memperkukuhkan mental serta memudahkan perjalanan PhD anda.
Biar apa sahaja badai yang melanda, minda ang jelas denga napa yang hendak dicapai tidak
mudak mudah bergoyah.
Menjadi pelajar pascasiswazah secara sambilan memerlukan mental yang kental. Kerja
buat hakiki sebagai penjawat awam atau pekerja harus diteruskan. Majikan yang prihatin mungkin
akan mempertimbangkan KPI yang diberikan kepada kita agar sesuai dengan keuayaan sebagai
pelajar sambilan. Kadangkala dalam masa yang sama, kita diuji dengan kerja-kerja yang
bertimbun di pejabat dan tugasan pelajaran yang perlu dihantar ketika itu juga. Mungkin ada
peperiksaan pada waktu kerja di pejabat tengah memuncak. Kekuatan mental sangat diperlukan.
Orang yang kuat mentalnya tidak lari dari masalah namun mencari jalan penyelesaian yang bijak

11

dengan berhadapan dengannya secara tenang. Fikir satu persatu, tackle what is more important
and more urgent first. Selesaikan yang mudah dahulu.

Susun masa dengan teliti. Disiplinkan diri membereskan tugasan di pejabat mengikut
waktu pejabat dan jangan campur adukkan dengan kerja-kerja pengajian. Bila pulang ke rumah
pastikan mencari masa yang sesuai dengan anda. Ada di antara kita yang merasakan waktu larut
malam merupakan waktu yang paling efisyen untuk dia membuat pembacaan dan penulisan.
Namun ada yang memilih untuk tidur lebih awal dan bangun semula di awal pagi sekitar jam 2:00
am atau 3:00 am. Pilih waktu yang sesuai dengan sistem biologi kita supaya masa itu dapat
dimanafaatkan sebaiknya.

Dekati rakan-rakan yang seangkatan untuk sama-sama mendengar dan berkongsi rasa.
Ingatlah bahawa perkara ini bersifat sementara sahaja. Insyaa Allah akan tercapai apa yang
dihajatkan dengan bantuan Allah apabila sampai masanya kelak.

Begitu juga dengan disiplin diri, pegurusan kewangan, pengurusan masa dan sebagainya
semua ini memerlukan kecekalan mental dan jiwa agar setiap perkara yang dirancang dapat
dicapai dengan baik dan sempurna.

Emosi dan Rohani
Fizikal dan mental yang kuat tidak dapat bertahan jika jiwa dan rohani koyak. Selain dari
solat tahjud memohon Allah permudahkan urusan pengajian kita, hubungan sesama makhluk
juiga perlu dipelihara dengan baik. Begitu juga tanggunjawab kita kepada Maha Pencipta, ibu
ayah, pasangan kita, supervisor, anak-anak, majikan, rakan sekerja, dan pelajar terus kekal
terpelihara. Selalu membina hubungan baik dengan mereka. Selalulah bersedekah, rajin
membantu orang lain memudahkan urusan mereka, Insyaaallah kita juga akan dibantu Allah
dalam pelbagai cara yang tidak kita disangka-sangka.
Mohon pasangan kita selalu mendoakan kejayaan kita, pastikan kebajikan mereka juga
tidak terbiar. Selain daripada memohon ibubapa dan pasangan mendoakan kejayaan pengajian,
anda mungkin boleh memohon anak-anak dan pelajar mendoakan kejayaan anda juga.
Jauhi perasaan buruk sangka, iri hati terhadap orang lain. Hubungan dan komunikasi yang
baik dengan Tuhan, ahli keluarga, supervisor, majikan, rakan sekerja dan pelajar menjadikan jiwa
kita tenang. Urusan kerja dipermudahkan dan Allah membantu mencukupkan ruang masa untuk
ita penuhi setiap hari dengan urusan yang berfaedah. Sebagai insan kita hanya mampu
merancang, Allah jua sebaik-baik perancang. Namun, jika sepanjang perjalan pengajian ini kita
diduga anggaplah itu sebagai satu ujian kerana Allah sayangkan kita. Mungkin Allah mempunyai

12

perancangan lain yang lebih baik untuk kita. Jangan cepat berputus asa. Teruskan perjuangan
kerana jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya, usaha tangga kejayaan.

Begitulah serba sedikit tip yang dapat saya kongsikan untuk membantu rakan-rakan guru
meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran secara sambilan. Saya berkongsi di sini bukan
untuk mendabik dada tetapi mengharapkan agar cadangan dan tips yang diberikan dapat
diamalkan dan membantu para mujahid ilmu sekalian. Melalui amalan ini saya alhamdulillah
dapat bergraduat dalam tempoh 4 tahun iaitu setahun lebih awal bagi pelajar sambilan di bawah
tajaan HLPS Kementerian Pendidikan Malaysia daripada Universiti Sains Malaysia.

Namun begitu, buat rakan-rakan guru sekalian, sekiranya target anda untuk GOT tidak
dapat dipenuhi ini tidak bermakna anda gagal. Uruskan masa dengan baik agar ilmu pengetuhuan
yang dipinjamkan oleh Allah dapat dimanaafatkan kepada insan lain. Bukan masa yang menjadi
ukuran, tetapi siapa kita selepas kita bergraduat itu yang lebih penting. Apakah sumbangan kita
selepas itu, kerana ia akan dapat memberi impak yang lebih hebat kepada dunia Pendidikan,
masyarakat dan diri sendiri. Selamat maju jaya.

BIODATA:
Nama: Hajah Amani binti Abdullah Mubarak
Pendidikan:

i. Pendidikan Rendah (1974-1979): SK Titi Gajah, Alor Setar
ii. Pendidikan Menengah (1980-1982): SM Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

(1983-1984): SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
iii. Pra-Universiti (1985-1986): Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
iv. Universiti:

a. Ijazah Pertama (BScEd(Hons): 1987-1991 : Universiti Malaya
b. Ijazah Sarjana (MSc (ICT)) : 2004-2005 : Universiti Utara Malaysia
c. Ijazah Kedoktoran(EdD(Sc.Ed)): 2013-2017: Universiti Sains Malaysia
v. Sejarah Perkhidmatan:
a. SM Sains Miri: Guru Fizik (1991-1996)
b. SM Sains Pokok Sena: Guru Fizik (1996-2004)
c. SBP Integrasi Kubang Pasu: Guru Kanan Sains (2004-2007)
d. IPG Kampus Darulaman: i. Pensyarah Akademik (2007-2019)

ii. Timbalan Pengarah (2019-2022)
e. Universiti Antarabangsa AlBukhory: Ahli Lembaga Akademik (2020-2022)
vi. Terkini

13

Seorang Pesara yang bergerak aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan : Generasi
Peduli Sampah. NGO ini berfokus untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada
komuniti dan masyarakat tentang pentingnya memelihara alam sekitar.

14

Aku, Hlp & Mee Kari
Noraini Mohamed

Hari minggu yang dinantikan. Biasanya hari inilah hari yang kita dapat meluangkan masa dengan
keluarga dan rakan-rakan. Hari minggu juga merupakan hari yang membolehkan kita membuat
apa sahaja yang kita mahukan. Tidak terikat dengan apa-apa komitmen kerja. Biasanya hari
minggu seperti ini, aku menyertai program santai usrah yang dijalankan secara dalam talian
bersama-sama rakan alumi sepengajian.

Pertemuan secara maya bulanan ini sebagai perkongsian rohani dan ukhuwah dalam
kalangan kami. Sejak lebih 20 tahun meninggalkan alam kampus di ibu kota terkemuka, kami
terus mencari jalan supaya dapat berhubung dan saling berkunjung.

Dari zaman bujang sehinggalah bertambahnya bilangan ahli keluarga, jarak bukanlah
halangan masing-masing bertanya khabar. Tanpa melepaskan peluang bertemu dalam suasana
kekeluargaan, terlihat garis-garis perubahan pada wajah dan usia yang semakin meningkat. Jelas
kelihatan kematangan seiring perjalanan hidup.

Anak-anak semakin membesar mengambil posisi generasi pelapis. Saat-saat berkumpul,
pastinya riuh rendah dengan bualan yang menggamatkan. Tidak lepas dari itu, suara gelak tawa,
senda gurau dan tangisan anak-anak kecil mengisi ruang dan waktu bersama. Sementara
menunggu rakan-rakan lain menyertai dalam talian, masing-masing bertanya khabar. Tiba-tiba
secara berseloroh terpacul soalan dengan nada mengusik dari Sir Fadli.

“Macammana Ustaz Rusli, seronok ke sambung PHD?”
Ustaz Rusli tersenyum dan melirik pandangan kepada aku lalu pass baton persoalan
tersebut kepadaku seraya berkata, “Cuba tanya Ustazah Noraini seronok ke further study?”
Aku dengan tidak semena-mena tergelak dan spontan menjawab,
“Seronok... seronok… macam makan mee kari!” Lalu pecah berderai gelak tawa kami
semua.
“Mee kari udang, kan…haah sedap tu,” tambah Sir Fadli.
Lalu disambut baik oleh sahabat kami Ustaz Tarmimi bahawa beliau juga menyimpan
hasrat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi suatu hari nanti. Sepertimana Dr Izwan, Dr
Zulhimi, Dr Asmawati, Peguam Roziana, Ustaz Khairil Izwan, Ustazah Nur Aida dan ramai lagi
yang telah menghabiskan serta sedang berjuang menyiapkan PHD masing-masing termasuk
aku.
Analogi mudah itu aku sampaikan kepada rakan-rakan supaya jangan cerita-cerita scary
menutup desire and spirit blocked to PhD.

15

Di sebalik keenakan mee kari secukup rasa itu terungkap episod-episod suka duka yang
pastinya tidak mudah ditempuhi melainkan dengan semangat dan keazaman yang tinggi.
Kronologi yang dilalui itu, akan aku kongsikan untuk tatapan semua, melalui episod-episod indah
ini.

Mimpi indah
Khabar gembira seorang demi seorang daripada rakan-rakan sepengkuliahan mendapat
tawaran HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) sampai ke pendengaranku. Dari tahun ke tahun
bertambah walaupun dalam bilangan yang kecil. Semangat mula menyelinap ke lubuk hati dan
dalam diam masing-masing membina angan-angan tidak terkecuali aku.
Sejujurnya, aku sangat takut untuk melangkah ke peringkat tertinggi jauh sekali mencuba
nasib untuk memohon HLP. Bukan sedikit kisah jatuh bangun untuk sampai ke puncak “graduate
on time” yang sampai ke telinga aku. Walaupun sebelum itu, aku memang tidak pernah peduli
dan tidak juga ambil tahu. Hakikatnya, kejayaan orang di sekeliling adalah circle positif dan
menjadi inspirasi kepada semua. Bermula dari situ, aku mula tertanya-tanya, adakah aku layak
mendapat tajaan HLP?

Hanya selangkah
Hari demi hari berlalu, aku masih tidak bergerak. Tidak berani membuat pilihan dan
keputusan. Namun jauh di sudut hati, terselit rasa cemburu pada rakan-rakan yang mendapat
peluang menimba ilmu lebih-lebih lagi ditaja sepenuhnya dengan biasiswa.
Persoalan demi persoalan mula bermain di benakku. Apakah aku hanya bisa menjadi
penonton sehingga ke episod penamat? Apakah sesuatu yang menarik untuk aku pertaruhkan
bahawa aku juga berhak bergelar scholar holder?
‘Masa berjalan dan terus berjalan, sampai bila aku harus bertangguh!’
Dengan tidak pernah jemu, di sisiku ada pendorong yang kuat. Dialah suamiku yang
tercinta. Tidak banyak bercakap, tetapi cepat dalam bertindak. Telah puas suamiku memujuk dan
menunjukkan laluan PhD ini. Aku cipta pelbagai alasan.
Aku tahu, dia menyandarkan harapan yang tinggi supaya aku meneruskan pengajian ke
peringkat PHD. Ini akan menjadi contoh kepada anak-anak tahfiz, pondok dan generasi
kemudian. Namun kurasakan belum kuat untuk melangkah, walaupun telah melalui getir
bersamanya di perjalanan master. Kami pernah rebah, sakit, bangkit dan berjalan sehingga ke
destinasi.

16

Sebenarnya, untuk memohon tajaan HLP, aku sendiri tidak yakin dengan kelebihan yang
ada pada diriku. Aku hanyalah cikgu biasa yang mengajar anak-anak kecil mengenal Allah
sebagai Tuhannya. Sehingga mereka bisa melafazkan kalam al Quran dengan fasih.

Kejayaan menamatkan pengajian master bukanlah kerana aku seorang yang bijak.
Cukuplah aku katakan aku tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dari-Nya. Belajar
master secara part time dengan biaya sendiri yang tidak sedikit tanpa mencuaikan tugas rasmi
sebagai penjawat awam. Aku perlu bijak mengurus waktu dengan seimbang. Tambahan pula
dalam masa yang sama, tanggungjawab membangunkan pusat tahfiz dan pondok sepenuhnya
di bahuku dan suami. Tidak cukup dengan itu, aku memang aktif bersama komuniti dalam
program masyarakat dan kejiranan.

Seakan tidak percaya, telah terpahat dalam kenangan lalu. Ketika sarat dengan
kandungan berusia 8 bulan, secara tidak rancang aku melepasi ujian dan temuduga kelayakan
sebagai calon pelajar Ijazah Sarjana universiti luar negara. Melalui tempoh tiga tahun sebagai
pelajar, pekerja, ibu dan isteri bukan mudah untuk diceritakan. Tambahan pula, beban kewangan
dan tuntutan pengajian, memerlukan komitmen yang tinggi.

Namun pengalaman menimba ilmu ke seberang laut menjadi suatu yang seronok dan
mengujakan. Sesekali datang tekanan, menyebabkan aku seakan mahu berundur. Tiba masanya
kandungan keempat dilahirkan. Dari saat berpantang sehingga menyusukan dia peneman setia
ke bilik kuliah.

Pada tahun kedua pengajian, telah sampai perkhabaran yang ditunggu. Aku mendapat
panggilan menunaikan haji bersama suami sebagai mahram. Tumpuan aku mula beralih. Enam
bulan menyiapkan diri sebagai tetamu Agung. Aku pasrah untuk meneruskan pengajian atau
berhenti separuh jalan?

Baitullah Pendengar Setia.
Airmata dan tangisan meredakan hati yang sekian terpendam. Baitullah menjadi saksi
dan pendengar setia. Kuluahkan segala yang terbuku. Harapan demi harapan yang belum
kesampaian. Tidak lain yang dipohon, agar dapat kiranya aku dan rakan-rakan menamatkan
pengajian peringkat master. Andai ada rezeki, sampaikan kami ke peringkat PhD.
Meskipun takut untuk doa itu didengari, namun aku teruskan berdoa… berdoa dan
berdoa. Tiadalah doa yang tidak dimakbulkan sehingga sampai saat yang terbaik itu adalah
dalam rahsia Tuhan.

17

Akhirnya aku berjaya juga sampai ke hari konvokesyen…. alhamdulilah… nikmat yang
tidak terucap!!! Saat-saat yang mengharukan apabila kakak dan abang ipar turut hadir meraikan
kami menggengam segulung Ijazah (Sarjana Hukum Islam) di perantauan.

Jangan menyesal!!!
Tahun demi tahun berlalu, ketika sedang enak menikmati kopi susu dan goreng pisang di
suatu petang. Mesej iklan HLP hantaran Ustaz Rusli kuterima masuk. Aku pun menyampaikan
bersahaja kepada suami.
Tidak mahu mengecewakan suami yang tidak putus asa memberi dorongan. Aku
memberanikan diri untuk memohon. Panggilan telefon terus kepada Ustaz Rusli untuk
bertanyakan lanjut tentang apakah syarat tawaran HLP?
“Enti (kamu) cepat mohon, jangan menyesal!! Peluang mohon HLP sebelum umur 45
tahun.” Dalam hati terdetik, ‘benar katanya.’ Aku cuba bulatkan tekad walaupun hati masih
berbolak 50/50 ketika itu.

Jalan ke syurga@ syahid !!
Termenung seketika dan berfikir panjang. Peluang kini terbentang luas. Apakah aku mahu
mensia-siakan?
Terngiang-ngiang ditelingaku, pesan seorang guru murabbi, kelebihan menuntut ilmu
merupakan jalan-jalan ke taman syurga. Andai takdir ajal mendahului, pastilah “syahid” menjadi
dambaan. ‘Peluang keemasan mesti direbut. Jangan hanya berkata, saatnya harus dibuktikan’
getus hati kecilku…
‘Aku harus sambung belajar dan terus belajar. Andai ini menjadi asbab kesukaan Allah,
dan redhonya suami…apa lagi yang ingin dicari?’

Gerak disusun, langkah diatur.
Mula mencari dan tercari. Dalam kebingungan bagaimana ingin bermula, adik Fizah
menjemput aku di laluan support group Master dan PhD. Sehinggalah ditemukan dengan
We4u21.
Langkah demi langkah diikuti. Tip, nasihat dan tindakan disusuli. Bertambah kuat debaran
dan kerisauan. Saringan demi saringan hingga sampai ke tarikh panggilan temuduga.
Persediaan dan bahan disusun rapi. Tidak cukup dengan perkongsian dan latihan.
Daripada doctorate berpengalaman dan senior yang berjiwa kental. Masing-masing berkongsi

18

ilmu dan motivasi. Dengan semangat yang berkobar. Aku memohon restu ketua jabatan Tn Hj.
Syed Musa, ternyata beliau menyokong penuh hasratku menyambung pengajian.

Seterusnya, aku mula menyusun langkah ke Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri.
Memberanikan diri mengadap Dato’ Dr. Suhaimi yang disegani, mohon disokong permohonan
HLP. Banyak panduan dan pesanan yang beliau kongsikan menjadi bekalan untuk mendepani.

Keliru
Ring….ring…kedengaran bunyi deringan telefon bimbitku memecah kesunyian petang itu.
Aku disapa seseorang yang tidak dikenali dan bertanyakan bidang pengajianku di peringkat
ijazah dan sarjana.
Aku menyambut baik persoalan yang diutarakan. Perbualan berkisar bidang penyelidikan
yang ingin aku ceburi di peringkat PhD. Walaupun beliau tidak memperkenalkan diri, dari apa
yang beliau sampaikan aku dapat mengagak beliau adalah lecturer dari sebuah IPT yang sedang
menilai proposal penyelidikanku.
Nampaknya ada percanggahan dalam penulisan proposal penyelidikan dengan pemilihan
bidang pengajian. Aku termangu seketika. Bagaimana aku patut membuat pilihan sedang aku
juga masih keliru dengan syarat penawaran oleh KPM.
Beberapa kali aku cuba mendapatkan penjelasan dari Bahagian Tajaan dan juga merujuk
kepada senior yang lebih berpengalaman. Namun, tiada jawapan yang tepat diperoleh.
Buntu untuk membuat pilihan di antara dua bidang pengajian yang berbeza. Aku membuat
keputusan untuk kekal dalam bidang pertama demi menjaga hubungan dengan bakal SV. Tanda
tanya ini kubiarkan berlalu sepi. “Semoga ia terjawab suatu hari nanti”, bisikku seorang diri.
(bersambung di episode yang mencemaskan)

Pulun semahunya!!!
Usaha dan persediaan digiatkan. Dengan mengenepikan rasa malu, aku mencari figure-figure
yang boleh dihubungi untuk mendapatkan pandangan antaranya Dr Husna Hussain, Dr Zahirwan,
Dr Firdaus Dr Amal dan Ustaz Khairi Izuan yang tidak lokek membantu.

Sekalipun berdepan kekangan pandemik Covid-19, ini tidak menghalang aku untuk ke
IPT, mohon idea dan komentar dari teman sepengajian di UM, Dr Salwa Amirah. Banyak
perkongsian bernas yang aku perolehi.

Ketika itu, aku mula yakin bahawa, Allah akan permudahkan jalan-jalan untuk menuntut
ilmu. Mudah-mudahan ini menjadi jambatan bagi hamba mengenal Rabb (penciptaNya)

19

Daripada pautan berpindah ke youtube Dr OT. Mengunjungi pula Dr Habibah, Munsyi
Bahasa, untuk menyemak tulisanku. Banyak sekali cerita yang dikongsi. Menempuh pengalaman
berharga, cubaan sebelas kali memohon HLP. Akhirnya, rezeki menyebelahi beliau. Mengutip
pengalaman berkhidmat di Jepun selepas tamat PhD. Kisah yang sangat mengujakan. Betapa
setiap orang punyai kekuatan berbeza.

Saat-saat akhir hari penentu, berkesempatan mendapat coach berharga dari peneraju
We4U’21, Dr. Nizam. Tuan guru yang tidak henti memberi suntikan inspirasi dan inovasi.
Semuanya percuma tanpa bayaran.

Sehari sebelum hari temuduga, perasaan cemas dan resah menghimpit dada. Ianya tidak
mampu disembunyikan lagi. Ketika itu juga aku hubungi guruku, Dr. Nor Najwa. Beliau hadir
memberi kata-kata semangat dan menenangkan aku buat seketika. Ya Allah betapa syukur ke
hadrat Ilahi.

Berbekalkan ilmu dan doa yang dicurahkan. Berkat sokongan ibu dan juga suami. Aku
tidak keseorangan. Dalam perjalanan ini, sokongan penuh dari keluarga dan rakan-rakan
sentiasa mengiringi. Maka terhasillah proposal ringkas beserta research template. Potential sv
dan offer letter application turut dilampirkan. Sebagai bonus untuk dibawa bertemu panel
interview.

Interview oh interview.
Bergerak ke utara mengikut pusat zon yang ditetapkan, sehari sebelum. Telah ramai yang
sampai seawal tujuh pagi. Debaran kencang makin dirasa, apatah lagi telah berhari- hari melalui
malam yang tidak lena dan menjamah makanan yang tanpa selera. Ya, memang ini pengalaman
pertama yang tidak pernah dilalui seumpamanya. Berteman suami mengorak langkah.
Menggalas file, penulisan dan proposal untuk dibentangkan. Diberi lima minit untuk
menyampaikan presentation.
Paparan slide jelas diiringi penerangan. Tiga orang panel mewakili bidang masing-masing
siap sedia mendengar. Soalan demi soalan diajukan. Dengan senyuman dan jawapan
meyakinkan, aku cuba convince barisan panel akan kepentingan untuk diangkat penyelidikan ini.
Nah…nampak reaksi positif dan riak wajah berpuashati di kalangan panel. Walaupun sedikit
gugup pada awal sesi. Namun cepat-cepat aku cover agar tidak kelihatan.
Alhamdulillah sesi temuduga hampir 45 minit pun berakhir. Aku menarik nafas lega kerana
terselamat dari soalan perangkap dan provokasi seperti yang digembar gemburkan. Desas-
desus khabar angin yang menakutkan tidak berlaku seperti yang dibayangkan. Semua berjalan
lancar termasuk menjawab isu semasa sesi dwilanguage skill (English or Arabic). Di akhir

20

pertemuan, ucapan tahniah diberikan, memberi isyarat gembira pada aku yang pertama kalinya
hadir ke interview HLP.

Don’t over confident
Itulah pesanan pertama guru kami Dr. Nizam. Setelah selesai melalui saat bersejarah itu,
tumpuan dialihkan kepada perkara lain supaya tidak menganggu fokus kerja dan tugasan.
Menghitung hari yang panjang sementelah menunggu keputusan, solat hajat dan doa tidak putus
dipanjatkan. Aku sedar, peluang untuk meraih tempat sangat terhad. Dengan bilangan calon yang
memohon melebihi lima ribu, kuota yang ada pasti menjadi sengit.
Namun, pergantunganku hanyalah kepadaNya semata-mata. Hari-hari sukar yang dilalui
menjadi ilmu berguna. Dengan keyakinan tauhid Allah Al Qadir, tidak ada suatupun yang mustahil
di sisi Allah, ketika telah tertulis rezeki buatku. Tempoh dua bulan menunggu adalah suatu yang
menyeksakan. Maka, aku sibukkan diri dengan pelbagai hal, agar tidak terlalu berharap.

Tahniah! Anda Berjaya
Semakan keputusan temuduga melalui online telahpun dipaparkan. Dalam kesibukan
meyampaikan kotak makanan kepada masyarakat setempat, aku mencuri-curi ruang untuk
menyemak keputusan. Ternyata paparan skrin tidak mengecewakan ketika tertera namaku
berjaya dalam permohonan HLP. Seakan mahu menjerit, aku tersenyum puas dalam kegirangan
apabila disahkan anda berjaya!
Kisah ini kunukilkan dalam Aku, HLP dan Mee Kari. Mee kari tersedia untuk dinikmati.
Namun ia tidak memberi erti, jika hidangan itu tidak dijamah. Pastilah tidak dapat diketahui
keenakannya. Bermula dengan penyediaan bahan mentah, ramuan dan perisa yang cukup. Maka
terhasillah hidangan yang menyelerakan.
Begitulah HLP, sekalipun peluang terbuka untuk semua, hanya yang berusaha
mendapatkannya akan berjaya. Semua mempunyai PELUANG yang sama, yang membezakan
adalah TINDAKAN! Bak kata pepatah “Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat
Sagunya”: Sesuatu kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha.

Ustazah Noraini Mohamed bersama suami Dr Mohd Zaini Shafiai
mengasaskan Pondok Tahfiz Darul Furqan sejak 2012. Memastikan
kelansungan pendidikan berteraskan turath dan al Quran bagi menjamin
generasi akan datang thabat di dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Mari bersama kami dalam memburu redo Tuhan, berkampung di lembah
ilmu. “Andai hidup untuk sendiri, tiadalah bekalan di akhirat abadi”
[email protected]

21
fb/ page : pondok darul furqan, Ipoh Perak

Apa Yang Saya Tahu
Kuek Yong Ai

Apakah Itu Gambaran Pembelajaran Kepada Saya?
Sebelum itu, cuba anda fikirkan apakah gambaran pembelajaran kepada anda?

Pada pandangan saya, gambaran pembelajaran kepada saya adalah seperti bentuk
piramid. Adakah anda tahu apakah sebabnya?

Hal ini kerana, bentuk piramid tapaknya adalah lebar dan bucunya pun tajam. Ia sama
seperti pembelajaran kita yang luas dari pelbagai aspek dan semakin tinggi pengajian, semakin
mendalami dan semakin pakar.

Oleh itu, pada awalnya saya perlu mempelajari banyak pengetahuan asas dari pelbagai
aspek atau bidang, dan akhirnya saya akan menemui bidang kegemaran seterusnya mempelajari
lebih lanjut.

Apakah Yang Perlu Saya Bersedia Sebelum Dan Semasa?
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang empat elemen yang perlu saya sediakan.

Masa
‘Masa itu emas’. Saya memilih menggunakan ‘emas’ ini untuk membeli ilmu. Hal ini kerana
masa akan luput manakala ilmu tiada terhad.
Oleh itu, pengurusan masa adalah sangat penting dalam kehidupan harian. Sifat disiplin
amat diutamakan dalam pengurusan masa. Apa itu disiplin untuk saya ialah lakukan perkara yang
betul pada masa yang betul dengan cara yang betul.
Sifat disiplin boleh membantu saya merancang aktiviti secara berkesan serta memastikan
saya menyiapkan tugasan atau kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Ia dapat membantu
kita menggelakkan norma kerja “last minute.”
Pengorbanan masa juga diperlukan terutamanya dalam kegiatan hiburan atau
pelancongan yang tertentu. Pada hujung minggu serta cuti umum, saya sentiasa mengeluarkan
masa untuk mencari maklumat, membuat bacaan serta menyiapkan tugasan. Hal ini kerana, saya
berada di kawasan pedalaman yang susah mendapat pencapaian laman web yang stabil.
Saya akan memberitahu diri sendiri ‘Jangan berasa susah sangat dan rasa mengambil
masa yang panjang. Hal ini kerana apabila anda memberi tumpuan yang penuh atas sesuatu
perkara, anda akan berasa masa lalu dengan cepat.’

22

Sama juga apabila saya memberi fokus yang penuh dalam pengajian, masa lalu dengan
pantas, akhirnya saya berjaya graduan dalam tempoh masa tertentu iaitu GOT (Graduate On
Time).

Semangat

Semangat pengembaraan diperlukan semasa saya membuat pengajian. Saya perlu bersedia

menerima cabaran baru dengan hati yang terbuka. Saya perlu berani untuk mencuba benda baru,

belajar dari kesalahan saya serta memupuk sikap keyakinan diri.

Pemikiran positif adalah penting bagi saya. Saya sentiasa mengamalkan sifat positif

semasa menghadapi cabaran.
Pepatah kata “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.”

Saya sentiasa menyesuaikan diri dengan tempat dan situasi semasa masa saya membuat

pengajian.

Saya juga memberi motivasi kendiri dengan bimbingan rakan-rakan. Pengurusan emosi

dan pengurusan stress perlu dikawal dengan baik. Motivasi kendiri tidak boleh dikecualikan

semasa saya membuat pengajian.

Selain itu, jangan malu untuk bertanya dan meminta bantuan sekiranya menghadapi

sebarang masalah. Saya yakin kepada rakan-rakan sekeliling ataupun keluarga akan bersedia

memberi bimbingan yang ikhlas.

Tambahan pula, saya memastikan diri sendiri mempunyai masa rehat yang mencukupi

serta otak saya berada di tahap cerdas apabila membuat sesuatu keputusan. Kerohanian diri

jangan kita sekali kadang lupakan. Saya sentiasa mendekati Tuhan sepanjang masa saya

melakukan sesuatu perkara.

Kewangan
Sebelum bermula pengajian, saya perlu merancang sumber kewangan saya dahulu. Di sini saya
ingin berkongsi beberapa laluan untuk membuat membayar yuran pengajian.

Kebiasaan orang akan memilih pinjaman kewangan dari Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN). Seterusnya ialah kaedah pembiayaan diri dengan menggunakan wang
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun pendapatan diri.

Di samping itu, satu laluan istimewa yang dapat menjimatkan wang ialah melalui
pemohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Saya mendapati ramai fresh graduate tidak tahu
tentang HLP ini.

23

Bagi kaedah ini, kita perlu menyediakan proposal dahulu dan perlu melalui temu duga
khas supaya kita baru layak diberi tawaran HLP. Bagi sesiapa yang minat boleh melayari laman
web HLP untuk mendapat maklumat secara perincian tentang syarat dan tarikh pemohonan.

Selain yuran pengajian, saya juga menyediakan bajet tentang kos perjalanan, penginapan
serta menghadiri bengkel sampingan. Saya perlu bertindak secara bijaksana untuk menguruskan
kewangan saya supaya saya dapat mengelakkan beban atau tekanan kewangan.

Usaha
Sifat proaktif perlu diamalkan serta bertindak efektif semasa melaksanakan tugasan,
projek dan kerja kursus.
Tambahan pula, saya perlu memberi usaha yang tinggi sepanjang tempoh pengajian
supaya saya tidak mudah pengalihan perhatian terhadap perkara lain.
Di samping membuat bacaan ilmah, saya tidak menafikan saya perlu aktif menyertai
bengkel, webinar atau forum yang berkaitan dengan pengajian saya supaya saya dapat
memperoleh idea dan maklumat yang terkini.
Dengan usaha ini, saya dapat menentukan hala tuju dalam pengajian saya.
Saya juga berusaha untuk meneroka, mengkaji dan menggunakan perisian baharu bagi
meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) saya. Hal ini kerana dalam
zaman abad ke-21, kebanyakan perkara adalah dalam bentuk TMK.
Selain itu, saya perlu kerap berkolaboratif dengan pensyarah atau penyelia saya untuk
mendapat bimbingan yang maksimum. Saya perlu bersifat hati terbuka untuk menerima
pandangan pensyarah dan rakan-rakan semasa perbincangan atau perkongsian.

Apakah Yang Saya Bimbang?
Terutamanya saya berasa bimbang kerana tiada kawan bersama-sama saya membuat
pengajian. Inilah salah satu masalah yang ramai kawan hadapi.
Jangan risau kawan-kawan yang kasihi.
Di sini saya ingin memberitahu anda bahawa kawan-kawan akan anda jumpai semasa
dalam perjalanan apabila anda bermula membuat pengajian.
Pada masa itu, kita akan berjuang bersama-sama sepanjang tempoh pengajian manakala
segala yang ditinggalkan adalah kenangan.
Selain itu, apa yang saya risau ialah penggunaan Bahasa Inggeris dalam tempoh
pengajian. Umumnya maklumat-maklumat yang diperoleh adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi
saya lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

24

Mujurlah sekarang adalah zaman TMK. Ia banyak memudahkan saya untuk menterjemah
bahan-bahan serta melakukan carian data untuk melengkapkan pengajian saya dengan lebih
efisien.

Pepatah ada menyatakan bahawa, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
Saya yakin lagi percaya bahawa seseorang yang mempunyai cita-cita akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Oleh itu, di hadapan orang yang berdaya tahan, semua masalah bukanlah masalah.
Apakah Yang Ingin Saya Tekankan?

Saya tidak hebat seperti yang anda sangka, saya hanya selangkah di hadapan anda.
Oleh itu, saya yakin bahawa semua orang mempunyai potensi yang tinggi dalam
kehidupan diri. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada anda kerana
anda telah mengambil langkah pertama dengan berani semasa tempoh pengajian yang akan
datang.
Majulah, pengajian dengan semangat dan keyakinan yang diperlukan.

Nama diberi KUEK YONG AI. Beliau seorang Sarawakian dan
suka berkeliaran di Peninsular Malaysia. Beliau juga seorang
pendidik serta suka berkongsi kerana Sharing is caring.

25

Coretan Pengalaman Kejayaan.
Azlina Harun

“Bangun Dan Teruskan Berjuang,
Jangan Sesekali Mengenal Erti Putus Asa,
Walaupun Berapa Banyak Kali Kita Jatuh,
Ingat, Allah Sentiasa Menemani Kita Setiap Masa”

Kringggggggg….. jam loceng menandakan masa masuk kelas sudah berbunyi. Dadaku
berdegup-degup kencang. Alam persekolahan darjah satu yang amat asing bagi diriku. Datuk
gelaran bagi atuk lelaki dan nenek bagi gelaran atuk perempuan sebelah ibuku dalam keluarga
kami yang mendaftar dan menghantar diriku memasuki darjah satu. Aku takut, takut sangat.
Kenapa aku takut? Sebenarnya diriku dari kecil duduk dengan datuk dan nenek. Diriku diasuh,
dijaga dan mendapat kasih sayang dari kedua-dua mereka. Datuk seorang polis yang amat
berdisiplin. Jadi diriku terbentuk menjadi sorang yang mempunyai disiplin yang tinggi sejak kecil.

Aku tidak pernah bersekolah tadika. Terkial-kial belajar menulis dan mengeja sendiri.
Abah dan emak bekerja jauh di kota. Mereka membawa adikku yang kecil sahaja tinggal bersama
mereka. Mungkin disebabkan mereka berpendapat bahawa aku boleh berdikari dan sudah pandai
menyebabkan diriku tidak dihantar ke sekolah tadika. Aku dan kak long ditinggalkan di kampung
tinggal bersama datuk dan nenek. Mungkin disebabkan faktor keselamatan dan urusan mengaji
Al-Quran yang sukar di kota menyebabkan abah dan emak meminta datuk dan nenek menjaga
kami di kampung.

Bermulalah zaman persekolahan bagiku. Aku bersekolah serba kekurangan. Nenek
memberi 20 sen sahaja belanja sekolah. Itupun nenek terpaksa mengorek tabung tin milonya.
Pada pandangan aku, nenek sebenarnya mampu tetapi tidak mahu aku hidup terlalu mewah dan
belajar bersederhana dalam semua perkara. Suasana serba kekurangan tersebut menyebabkan
aku berasa terpanggil untuk belajar bersungguh-sungguh. Di dalam kelas aku berusaha belajar
menulis. Dari tulisan sebesar gajah hinggalah kemas teratur dan cantik dipandang. Terima kasih
aku ucapkan kepada Allahyarham Cikgu Abdul Kadir yang banyak berusaha mendorong dan
membantu aku mengenal huruf dan pandai menulis. Memang sukar baginya membantu dan
menghasilkan diriku yang pandai mengeja, menulis dan mengira kerana aku tidak pernah
memasuki alam tadika seperti kawan-kawan yang lain.

Hari demi hari berlalu, aku melalui alam persekolahan yang amat bermakna dan ceria.
Kawan-kawan amat memahami diriku. Aku telah mula pandai membaca surat khabar dari darjah

26

satu lagi. Apabila balik sekolah, aku mengambil kesempatan membaca surat khabar yang telah
dibeli dan dibaca oleh Pak Cik dan Mak Cikku. Almaklumlah keluarga emakku adalah keluarga
yang besar kerana emakku mempunyai adik beradik seramai dua belas orang.

Pada ketika itu, disebabkan datukku seorang pegawai polis, maka keluarganya adalah
salah satu keluarga yang boleh dikatakan senang. Ketika zaman 70-an ketika itu, rumah datukku
telah ada televisyen berbanding keluarga-keluarga lain. Tapi TV hitam putihlah pada masa itu.
Seronoknya tidak terkata kerana semua anak kampung akan berkumpul di rumah datukku untuk
menonton televisyen. Tapi belum ada kemudahan elektrik, mereka menggunakan bateri kereta
(akumulator) untuk menghidupkan TV tersebut. Tapi itupun merupakan rahmat yang amat besar
bagi kami semua.

Berbalik pada zaman sekolah, aku sering mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam
kelas sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Negeri Johor mempunyai sekolah agama
sehingga darjah khas. Aku dapat menghabiskan sekolah agama dari darjah satu hingga darjah
khas tanpa sekatan. Sekatan di sini bermaksud, sesiapa yang tidak lulus dalam setiap kali
peperiksaan akhir tidak dapat naik kelas. Alhamdulillah aku dapat menguasai semua subjek
dalam sekolah kebangsaan dan sekolah agama dengan baik. Kedua-dua sekolah aku target
dapat nombor satu hingga tiga dalam setiap peperiksaan. Kalau tidak buat sebegitu, alamatnya
akan dirotan oleh datuk yang terkenal dengan disiplinnya.

Setiap malam kami perlu belajar dan buat kerja sekolah dan duduk di meja yang telah
ditetapkan. Selagi tidak siap kerja sekolah tidak boleh tidur. Nenek menjadi peneman setia setiap
kali aku dan kak long menyiapkan kerja sekolah. Pakcik dan makcik menjadi perujuk dan
pembimbing setia kami mengulangkaji pelajaran. Adik beradik emakku terdiri daripada orang-
orang yang terpelajar kerana ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kota London dan
masing-masing telah menjawat jawatan tinggi di pejabat-pejabat kerajaan. Semua itu menjadi
pendorong diriku untuk berjaya seperti mereka.

Alhamdulillah dibesarkan oleh datuk dan nenek kerana disebabkan itu, aku belajar
berdikari menguruskan diri sendiri. Baju basuh sendiri, segala kelengkapan diri aku perlu urus
sendiri kerana kadang-kadang sahaja mak dan abah pulang ke kampung menjenguk aku dan kak
longku di kampung. Itupun pada hujung minggu sahaja disebabkan kesibukan mereka bekerja
dan menjaga adikku yang kecil. Aku dan kak longku menjadi anak yang berdisiplin dan boleh
menguruskan diri sendiri. Boleh membawa diri walau dimana sahaja berada.

Aku dihantar belajar mengaji Al-quran dan berzanji pada guru mengaji yang berdekatan
dengan rumah datuk dan nenek. Guru mengaji kami bukan calang-calang orang kerana beliau
merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat negeri Johor pada ketika itu. Kami berjalan kaki

27

atau menaiki basikal ketika mengaji atau ke sekolah pada setiap hari. Akibat disiplin yang tinggi
aku telah berjaya khatam Al-Quran sebelum menaiki sekolah menengah. Nenek membuat
kenduri kesyukuran dengan menghidangkan pulut kuning atas kejayaan tersebut. Aku berasa
lapang dan lega setelah khatam Al-Quran kerana dengan kejayaan ini aku akan dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajianku di sekolah menengah kelak.

Kasih sayang datuk dan nenek amat bermakna bagi diriku. Mereka mendidikku dengan
penuh kasih sayang. Mengambil berat atas kecemerlangan akademik. Memantau kejayaanku
tanpa jemu sehingga aku menjadi seorang yang berjaya. Asas pendidikan dunia dan akhirat yang
mantap dari datuk dan nenek membentuk diriku menjadi seorang yang tinggi disiplin dan berani
mengharungi apa juga cabaran yang mendatang. Dunia sekolah menengah aku harungi dengan
penuh kesabaran.

Semasa di tingkatan enam datukku meninggal dunia dan berselang tiga bulan selepas itu
nenekku pula meninggal dunia kerana sakit tua. Aku berasa sangat sedih atas pemergian mereka
berdua. Ketika ini, abah dan emak telah mengambil keputusan untuk bekerja dan membina rumah
sendiri di kampung. Jadi, aku dan kak long diambil semula untuk tinggal dengan mereka. Aku
berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran
ke tingkatan enam di bandar Batu Pahat.

Sebenarnya aku mendapat tawaran ke Universiti Malaya tetapi disebabkan kekurangan
pendapatan abah, dan memandangkan aku pula mempunyai enam orang adik beradik lain yang
juga memerlukan biaya pelajaran, maka, aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran
di tingkatan enam yang berdekatan dengan keluarga sahaja.

Setelah berjaya cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, aku mengambil
keputusan untuk bekerja sebagai persediaan menabung untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi pula. Sebagai permulaan aku bekerja sebagai tukang jahit di kilang
membuat pakaian. Pengalaman membuat baju sekolah sendiri ketika zaman persekolahan aku
gunakan sebaik mungkin. Lumayan juga jadi tukang jahit, sehinggakan aku berjaya membeli
rantai leher dan rantai tangan sendiri sebagai ganjaran atas usaha sendiri untuk menempa
kejayaan demi kejayaan.

Ketika zaman sekolah menengah, aku juga pernah mengambil upah menjahit baju kurung
tempahan raya. Duit upah membuat baju boleh juga aku gunakan untuk menampung belanja
sekolah pada ketika itu. Itu semua berkat tunjuk ajar dari nenek yang tidak pernah jemu mengajar
aku menggunting, menjahit, menyembat dan dapat menyiapkan berpasang-pasang baju kurung
teluk belanga atau baju kurung Johor tempahan raya daripada penduduk kampung.

28

Di samping itu, aku juga tidak melepaskan peluang belajar komputer, menaip dan akaun
di Kolej Swasta iaitu Kolej Vektor di Batu Pahat. Amat mencabar sekali kerana peperiksaan yang
dijalankan adalah bertaraf antarabangsa dan memerlukan aku mahir menulis dan bertutur dalam
Bahasa Inggeris. Alhamdulillah… aku dapat menduduki setiap ujian dan peperiksaan yang
dijalankan dan seterusnya mendapat Sijil Kemahiran dalam bidang Komputer, Bidang Jurutaip
dan Bidang Akaun di Peringkat Antarabangsa.

Berkat sijil antarabangsa tersebut aku berjaya memperoleh pekerjaan sebagai jurutaip
dan tidak lama selepas itu dilantik sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Latihan Staf Politeknik yang
kini Universiti Tun Hussein Onn sebagai pekerja kontrak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk
meninggalkan jawatan tukang jahit untuk menyertai dunia pekerjaan di pejabat pula. Dua tahun
selepas itu, aku ditawarkan sebagai Timbalan Pegawai Tadbir tetapi disebabkan jawatan kontrak,
aku mengambil keputusan untuk memasuki Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor
Bahru.

Semasa bekerja sambilan sebagai pembantu tadbir itu, aku mencuba pelbagai pekerjaan
tetap di Jabatan Kerajaan seperti Pembantu tadbir Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Jururawat dan Maktab Perguruan. Temu duga yang dijalankan memerlukan aku cekal dan
berdisiplin kerana tempat temuduga yang perlu aku hadiri adalah jauh-jauh belaka iaitu temu
duga jururawat aku perlu menaiki bas ekspress secara bersendirian ke bandaraya Melaka
bersejarah, manakala temu duga sebagai Pembantu Tadbir SPA memerlukan aku menaiki bas
ekspress bersendirian juga ke bandaraya Johor Baharu. Jiwa perlu kental dan cekal menghadapi
semua ini kerana ianya merupakan tempat yang tidak pernah aku kunjungi secara bersendirian.

Berkat tunjuk ajar pemandu bas ekspress dan alhamdulillah tempat-tempat tersebut boleh
di tunjuk dari atas bas ekspress sahaja. Aku mencari tempat tersebut berbekalkan peta dan pelan
tunjuk ajar pemandu bas tersebut. Setelah selesai temu duga, aku terus mengambil tiket pulang
semula ke rumah di Batu Pahat. Temu duga Maktab Perguruan hanya aku perlu hadiri di Maktab
Perguruan di Bandar Batu Pahat sahaja. Alhamdulillah syukur… berkat tekad dan usaha tersebut,
kesemua temuduga tersebut aku dapat harungi dan berjaya mendapat tawaran pekerjaan yang
dipohon.

Jururawat dapat di Hospital Besar Ipoh. Pembantu Tadbir SPA dapat di Putrajaya dan
Maktab Perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Aku berbelah bahagi
tidak tahu memilih yang mana satu bidang pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan jiwaku.
Bila ingat-ingat semula pesanan nenek yang mahukan aku menjadi guru, akhirnya aku memilih
memasuki Maktab Perguran Temenggong Ibrahim di Johor Bahru.

29

Alhamdulillah pengajian di Maktab Perguruan berjalan lancar dan dapat memperoleh

Cemerlang dalam Sijil Perguruan. Latihan Perguruan (Praktikum) di sebuah sekolah di Felda di

Kota Tinggi dan Sekolah di Larkin Johor amat bermakna dalam hidupku. Mendewasakan aku

dalam bidang perguruan. Akhirnya aku dapat posting iaitu ditempatkan ke negeri Cik Siti Wan

Kembang, negeri jelapang padi Kedah. Aku bertugas di sebuah sekolah di Pokok Sena Alor

Setar. Setelah itu aku bertukar ke Skudai dan kemudian bertukar semula ke Kedah atas sebab

keperluan perkhidmatan. Sehinggakan kini, aku telah bertukar sebanyak 8 buah sekolah dan

sekarang masih bertugas sebagai seorang guru yang amat sesuai dengan jiwaku.

Sambil bekerja aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti iaitu

peringkat Ijazah, Master dan PhD. Alhamdulillah perjalanan menuntut ilmu dapat kujalani dan

kuharungi dengan baik. Walaupun sambil bekerja, itu semua aku jadikan ianya satu perangsang

untuk terus berjaya. Hasrat mak dan abah yang mahukan aku belajar hingga ke tahap PhD akan

aku penuhi. Aku akan buktikan yang aku boleh. Akan aku buktikan bahawa aku juga boleh berjaya

seperti orang lain. Orang lain boleh buat, mesti aku juga boleh lakukan.

Bidang Sains menjadi keutamaanku. Dari Kursus Perguruan Asas Perguruan, Diploma,

Ijazah Sarjana Muda, Master dan Phd aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Sains.

Sehinggakan peringkat Master aku masih lagi menjadi Jurulatih Utama Sains di Kedah. Kemudian

disebabkan untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajianku peringkat PhD dan telah

menjawat jawatan Penolong Kanan, aku mengambil keputusan untuk tidak aktif lagi sebagai JU

Sains. Biarlah guru-guru muda pula yang mengambil alih tugas tersebut. Insya-Allah setelah

tamat pengajian PhD aku akan mula aktif semula. Semoga ini menjadi contoh tauladan kepada

semua.

Sawah lebar ditebar benih padi, Malam bercahaya kunang-kunang,

Ikan sepat berenang di rawa; Buah sukun buah papaya;

Berletih-letih belajar hari ini, Yang rajin akan menang,

Agar bahagia di hari tua. Yang tekun akan berjaya.

InaAz, 2021

Penulis Bernama Azlina binti Haron berasal dari Batu Pahat Johor. Berpengalaman
menjadi pendidik selama 23 tahun. Sekarang menjawat jawatan Guru Penolong
Kanan di sebuah sekolah di negeri Kedah dan sedang melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Sains di Universiti Sains
Malaysia, Tasik Gelugor Pulau Pinang. Menggunakann nama pena InaAz. Semoga
berbahagian dan berjaya di dunia dan di akhirat.

30

Hikmah Di Sebalik Dugaan
Zatun Najahah Saari

Tanggal 5 Januari 2009 pertama kali menjejakkan kaki di Sabah negeri di bawah bayu atau
sinonim dengan nama ‘Land Below the Wind’. Tak tahu nak kata sedih atau gembira. Mungkin
pengalaman belajar di Perlembahan Nil atau sinonimnya ‘The Mother of the Word’ menjadikan
hati ini lebih kental dan matang. Sedar tak sedar kini dah 12 tahun bermukim di perantauan.

Pepatah ada menyatakan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Di mana kita berada
di situlah kita menabur bakti. Begitu juga dengan diriku. Di sinilah mula mengenal erti alam
pekerjaan, mengenal hati budi rakan taulan dan hidup penuh berdikari. Perjalanan kehidupan
diteruskan dengan rutin harian sebagai seorang guru. Sehinggalah pada tahun 2012 hatiku tercuit
untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Dewan Canselor UMS telah menyaksikan
segala penat lelah selama dua tahun berakhir di Hari Konvokesyen 2014. Alhamdulillah syukur
ke hadrat Allah yang memberi rezeki. Terima kasih KPM kerana telah menaja yuran belajar
separuh masa.

Dalam tak sedar dengan rutin sebagai seorang pendidik, masa terus berlalu. Pada tahun
2019 terdetik hati nak menyambung ke peringkat PhD. Dalam masa yang sama terfikir juga,
apakah persediaan yang perlu dibuat? Aku mengatur langkah bersama raka-rakan sekelas
semasa master dahulu. Maka dengan penuh pengharapan aku menghubungi seorang pensyarah
yang sangat dikenali ramai untuk mengadakan bengkel pembinaan proposal di tempatku.

Alhamdulillah pensyarah tersebut sudi datang ke Sandakan untuk mencurahkan ilmu
kepada kami. Terima kasih Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT kerana sudi
terbang dari bumi semenanjung untuk mencurahkan ilmu. Walaupun aku gagal temuduga pada
tahun tersebut tapi aku gembira kerana rakan sekerja yang bersama-sama mengikuti bengkel
tersebut lulus temuduga dan ditawarkan HLPS.

Tahun 2020 menjengukkan wajah. Selamat datang tahun baharu 2020! Tahun yang
terlalu sukar diramal. Walaupun tahun berubah tetapi semangatku tak pernah berubah. Pada
awal tahun aku mula mengikuti bengkel-bengkel yang diadakan di sekitar Negeri Sabah.
Tujuannya adalah untuk mencari ilmu serta semangat di tahun baharu. Pada 15 Januari 2020
permohonan secara atas talian sepenuhnya dibuka di pautan e-penawaran. Tapi hati ini masih
boleh bersabar untuk tidak mengisi permohonan tersebut. Dokumen program penajaan tersebut
dicetak dan diletakkan di dalam fail khas supaya mudah dibaca, difahami dan diambil tindakan
seterusnya. Sebelum mengisi permohonan tersebut, aku pastikan e-operasi telah dikemaskini

31

oleh pihak pentadbir supaya tidak berlaku apa-apa masalah ketika mengisi borang permohonan
secara dalam talian nanti.

23 Januari 2020 permohonan dalam talian diisi tanpa sebarang kesulitan. Sekarang
menunggu pengesahan dan sokongan daripada guru besar dan Pengarah JPN. Masa agak getir
juga bagiku untuk berhadapan dengan guru besar. Maklumlah guru besar baharu, perempuan
pula tu. Sebenarnya, itulah kali pertama dalam sejarah sekolah dapat guru besar perempuan.
Walaupun hati sedikit kecut tapi digagahkan juga untuk bertemu guru besar bagi memaklumkan
bahawa aku telah memohon untuk sambung belajar dan pihak Bahagian Tajaan KPM akan
menghantar emel kepada guru besar untuk sokongan dan pengesahan. Di sini kesabaranku diuji
lagi.

Setiap hari aku bertanya guru besar ada terima emel atau belum, jawapan yang agak
menghampakan. Masih sabar menanti. Sabar itu indah. Guru besarku bukanlah seperti yang
selalu menjadi persepsi guru-guru asal perempuan saja mesti susah bertolak ansur. Bak kata
pepatah tak kenal maka tak cinta. Itulah guru besarku Puan Janimah. Ketegasan beliau dalam
membuat keputusan sangat menyenangkan mana-mana pihak.

Pagi Rabu 19 Februari 2020, guru besar telah terima e-mel untuk dibuat sokongan. Aku
terus ke sekolah untuk membantu sekiranya diperlukan. Guru besar kata malam nanti guru besar
akan buat pengesahan dari rumah. Tengah hari itu aku terus balik ke rumah dan bersiap ke airport
untuk menghadiri taklimat Jurulatih Utama SPBT Peringkat Negeri Sabah di Tawau. Pada 20
Februari 2020 jam 10.55 pagi, satu e-mel masuk dan aku terus membukanya. Aku membaca satu
persatu perkataan yang tertulis. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan
permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) tahun 2020 melalui sistem e-penawaran telah
DIAMBIL TINDAKAN OLEH PENYOKONG. Tenang rasa hati ku. Seribu rahmat aku rasakan bila
penantian sudah berakhir. Ini baru langkah permulaan. Banyak lagi liku-liku yang perlu ditempuhi
selepas ini.

16 Mac 2020 aku pulang ke semenanjung sempena cuti sekolah. Seperti yang telah
dirancang, aku menginap di Hotel Seri Pujangga UKM dengan harapan mudah untukku ke
perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencari bahan. Pada malam 17 Mac 2020
satu pengumuman rasmi telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa seluruh Malaysia
akan lock down bermula 18 Mac 2020. Segala harapanku untuk meneruskan pencarian bahan
musnah. Bukan itu sahaja, aku juga tidak dapat melepasi sempadan negeri untuk pulang
menemui ayahku di Perak.

Pagi 18 Mac 2020 pihak hotel menghubungiku dan memberitahu bahawa perkhidmatan
mereka terpaksa diberhentikan. Aku terus menelefon agen tiket untuk menetapkan tarikh baharu

32

penerbanganku untuk pulang semula ke Negeri Sabah pada 19 Mac 2019. Seawal pagi seusai
solat Subuh aku keluar dari hotel penginapanku berdekatan KLIA.

Tibalah masa untuk menaiki pesawat. Ketika di balai berlepas, staf memeriksa kad
pengenalan sebagai prosedur biasa untuk menaiki pesawat. Aku akur dan memberikan kad
pengenalanku. Sesuatu yang tidak kuduga telah berlaku. Aku tidak dibenarkan menaiki pesawat
kerana kerajaan Negeri Sabah hanya membenarkan rakyat Negeri Sabah sahaja pulang ke
tempat asal. Aku dan beberapa orang lagi terpaksa berpatah semula. Tak keruan hati dan
perasaanku ketika itu.

Sehari jugalah aku di dalam urusan keluarkan bagasi semula. Dari tingkat 2 naik ke tingkat
5, turun ke tingkat 2 semula. Jumpa orang itu dan orang ini. Dalam kesedihan kerana lelah
berurusan sana sini aku cuba motivasikan diri sendiri agar terus kuat. Bila difikirkan semula itulah
pengalaman yang tidak semua orang akan dapat. Pengalaman yang mendewasakan kita.

22 Mac 2020 bersamaan hari Ahad, aku mendapat panggilan telefon daripada syarikat
penerbangan memaklumkan bahawa aku boleh balik ke Sabah pada hari Isnin. Pada pagi 23
Mac 2020 aku ke KLIA melalui SOP baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Petang
itu, aku tiba ke Negeri Di Bawah Bayu dengan selamatnya. Syukur Alhamdulillah. Maka
bermulalah tempoh kuarantin kendiriku selama 14 hari di rumah.

Perjalanan kehidupan kembali seperti biasa mengikut norma baharu. Pada 1 Jun 2020
satu lagi e-mel diterima daripada e-penawaran KPM. Debaran di hati hanya Tuhan sahaja yang
tahu. Aku sedia maklum e-mel ni akan menentukan aku layak dipanggil temuduga atau tidak.
Dengan lafaz Bismillah, aku membuka dan membaca emel tersebut. Rezeki aku dipanggil
temuduga buat kali kedua. Terima kasih ya Allah.

Perasaan gembira dan bersyukur kerana dapat melepasi tangga tapisan kedua. Aku mula
memasang strategi kerana tempoh yang diberikan untuk menyediakan proposal agak singkat.
Cuma rezeki tahun ni keadaan PKP menyebabkan guru terpaksa Bekerja Dari Rumah (BDR). Di
samping menguruskan kelas secara dalam talian, sambil menyiapkan proposal. Tambahan pula
prosedur pemilihan tahun ini agak berbeza.

E-mel yang dihantar oleh Bahagian Tajaan mengandungi dokumen yang perlu
dilengkapkan oleh calon. Penghantaran dokumen yang lengkap beserta proposal perlu dihantar
melalui dalam talian mengikut masa yang telah ditetapkan. Hanya calon yang menghantar
dokumen yang lengkap serta proposal sahaja yang akan diberi tarikh untuk temuduga. Jadi
konsep man jadda wa jadda perlu dipraktikkan dalam hal ini.

Sesiapa yang bersungguh – sungguh dialah yang dapat. Bermulalah saat masa tidur dan
santai perlu dikurangkan. Siang berganti malam, malam berganti siang. Tidur dan makan hanya

33

sekadar menghilangkan letih dan lapar sahaja. Aku rasa diri ini seperti tidak terurus masa tu. Tapi
kita perlu ingat, segigih mana pun usaha kita tanggungjawab kita kepada yang Maha Memberi
Rezeki jangan diabaikan.

Paling menarik usaha, doa dan tawakkal digabungkan menjadi satu tenunan yang cantik
agar hasilnya nanti sesuatu yang dapat mengembirakan hati si penenun dan orang di
sekelilingnya. Sehari sebelum tarikh akhir, aku berjaya menyiapkan segala dokumen serta
proposal yang menjadi syarat untuk mendapatkan tarikh temu duga. Fuh!!! lelah jugalah nak
mengejar tarikh tersebut. Berlainan pula bagi calon master dan HLPS. Mereka perlu merakam
dan menghantar rakaman dan proposal tanpa temu duga. Tahun ini dalam sejarah bagi mereka,
berbanding tahun sebelum ini calon perlu hadir temuduga secara bersemuka.

Dalam kesibukan menguruskan hal dokumen dan proposal, aku terlupa yang aku belum
lagi buat permohonan universiti. Mujurlah ada rakan semaktab denganku mengingatkan aku.
Masa ini lah pula line internet di kawasan rumahku bermasalah. Terpaksa aku menumpang
internet di rumah kawan untuk mengapungkan segala dokumen yang diperlukan semasa
permohonan universiti. Alhamdulillah aku telah memilih Universiti Malaya untuk menyambung
pengajianku. Terima kasih tuan rumah semoga diberi rahmat dan kasih sayang Allah.

7 Julai 2020 aku menerima emel jemputan menghadiri temuduga program Hadiah Latihan
Persekutuan peringkat kedoktoran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi ambilan tahun 2020.
Sesi temuduga tersebut akan diadakan pada 5 Ogos 2020 bersamaan hari Rabu, jam 8 pagi
bertempat di Bahagian Pendidikan Guru bersebelahan IPG Gaya di Kota Kinabalu, Sabah. Aku
sangat bersyukur dan berterima kasih atas rezeki ini.

Pada 4 Ogos 2020 dengan berbekalkan dokumen-dokumen penting, proposal dan slide
serta powerpoint sebagai senjata untuk hari esok. Melihat dari sudut geografi, perjalanan dari
Sandakan akan mengambil masa dalam 5 atau 6 jam untuk sampai ke Kota Kinabalu melalui
jalan darat. Aku memilih untuk menaiki kapal terbang berbanding memandu kenderaan sendiri.

5 Ogos 2020 bersamaan hari Rabu. Jam 7.30 aku tiba di Bahagian Pendidikan Guru
bersebelahan Maktab Gaya. Ketika itu kelihatan calon-calon lain sudah tiba lebih awal. Aku terus
ke bahagian pendaftaran untuk melapor kehadiran. Aku adalah calon yang ke 6 iaitu calon
terakhir untuk sesi pagi. Aku bersama calon-calon lain menunggu di ruangan menunggu yang
disediakan. Terdapat 3 bilik mengikut bidang masing-masing.

Ketika menunggu giliran sempat juga berbual-bual dengan pegawai yang mengendalikan
temuduga tersebut. Bila ditanya tentang perkhidmatanku di Sabah, aku cuma tersenyum dan
menyatakan padanya yang aku akan balik sekiranya ada sesuatu untuk aku bawa balik. Aku tak
mahu pulang dengan tangan kosong. Pegawai tersebut tersenyum sambil mengangguk faham.

34

Tepat pada masanya giliranku pula dipanggil masuk ke dalam. Seram sejuk jangan
ceritalah. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku memberi salam dan melangkah masuk ke
bilik pertama. Terdapat tiga orang panel sedang membelek-belek fail dan sijil-sijilku. Aku memberi
salam dan aku dipelawa untuk duduk. Di sebelahku telah terpancar powerpoint yang aku bina
untuk tujuan pembentangan proposal nanti. Ketika itu, aku telah membawa nama penyeliaku kini
iaitu Prof. Madya Dr. Muhammad Faizal A. Ghani dalam proposalku tanpa mengenali empunya
diri.

Aku diminta memperkenalkan diri serta apa pencapaian aku dalam Bahasa Inggeris.
Yakin saja aku masa tu he…he. Setelah selesai, aku berdiri untuk membentangkan apakah kajian
yang akan aku lakukan dari mula sehingga akhir. Selesai pembentangan, bermulalah sesi bersoal
jawab. Gementar juga hati bila berhadapan tiga orang panel yang sememangnya pakar dalam
bidang masing-masing.

Aku cuba tenangkan diri dan menjawab setiap soalan yang diajukan dengan penuh yakin.
Dalam masa yang sama fail dokumen dan sijil-sijilku bertukar tangan. Setiap apa aktiviti yang aku
lakukan di sekolah diambil perhatian dan dijadikan sebagai modal untuk panel mengemukakan
soalan. Aku menjawab segala persoalan berdasarkan pengalaman yang aku ada dan apa yang
aku telah laksanakan.

Apapun keyakinan yang tinggi itu penting jika sesuatu fakta yang kita sampaikan itu benar.
Tapi dalam masa yang sama cadangan dan pendapat panel juga kita tidak perlu sanggah kerana
mereka adalah pakar dalam bidang yang kita mohon. Segalanya berjalan lancar. Setelah lebih
kurang 45 minit berada di dalam bilik tersebut, maka selesailah sesi temuduga untuk sesi pagi.
Dengan lafaz Alhamdulillah aku melangkah keluar. Saat itu aku merasakan segala yang
kutanggung sebelum ini telah berakhir.

28 Ogos 2020 hari yang penuh debaran kerana aku telah dimaklumkan keputusan HLP
akan keluar pada jam 3 pm. Aku cuba bertenang dan mengajar seperti biasa. Selesai kelas
pertamaku, aku ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Aku berdoa agar hatiku tabah serta reda
menerima apa pun keputusan yang akan keluar nanti. Jadikanlah keputusan yang bakal keluar
nanti adalah satu keputusan yang terbaik yang telah tertulis untukku. Aku cuba reda agar aku
tidak terlalu kecewa.

Tepat jam 3:00 petang aku mancapai telefon bimbitku dan membuka laman web Bahagian
Tajaan. Aku masukkan nombor kad pengenalan dan menekan perkataan semak. Perkataan
TAHNIAH!! di permulaan ayat membuatkan aku antara percaya atau tidak. Dua tiga kali aku baca
apa yang tertera. Ya, aku berjaya. Terima kasih ya Allah. Air mata tak dapat dibendung lagi. Aku

35

menangis. Kawanku juga turut menangis. Tapi aku tahu itu adalah air mata kegembiraan. Air
mata seorang penanti.

Alhamdulillah atas segala-galanya. Aku sangat bersyukur kerana Allah memberi rezeki
kepada hamba-Nya pada masa yang diperlukan. Hanya itu kalimah yang mampu aku ucapkan.
Inilah kisah hikmah di sebalik dugaan. Saat kita meminta kepada Allah dalam doa, bersabarlah
jika pada akhirnya Allah berikan berbeza apa yang dipinta kerana Allah lebih tahu apa yang kita
perlukan dalam hidup kita. Sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Allah
memberi apa yang kita perlu. Oleh itu redalah apa ketentuan Allah atas doa yang kita panjatkan
dengan ikhlas dan sabar.

Maka bermulalah episod semester pertama di Universiti Malaya. Segala pembelajaran
dan pertemuan dalam talian. Bermulalah kelas wajib Methodologi Kajian Kuantitatif yang diajar
oleh pensyarah yang baik hati Prof. Madya Dr. Hutkemri Zulnaidi dan sesi penyeliaan oleh
penyelia yang sangat bertanggungjawab serta baik hati iaitu Prof.Madya Dr. Muhammad Faizal
A. Ghani.

Ucapan terima kasih dititipkan buat ahli keluarga atas sokongan serta dorongan,
pensyarah-pensyarah IPG Kampus Darul Aman khususnya Dr. Muhammad Nidzam Yaakub
dalam usaha beliau membantu kami, Dr. Kamaruddin Abu Hassan dari IPG Kampus Raja
Melewar yang banyak membimbing sehingga ke hari temu duga, serta rakan-rakan seperjuangan
HLP 2020. Terima kasih semua.

Zatun Najahah Binti Saari mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda
dalam bidang Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir. Melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Malaysia Sabah dalam
bidang Pengurusan Pendidikan dan meneruskan ke peringkat Doktor
Falsafah dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan dalam Pendidikan
dibawah Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Anak kelahiran Perak Darul
Ridzuan ini merupakan seorang guru Pendidikan Islam telah berkhidmat
selama dua belas tahun di Sk. Batu Putih Baru, Sandakan, Sabah.

36

Master 6 Semester
Noor Muslieah Mustafa Kamal

“Tahniah, Lea. Dah konvo dah. Seronoknya,” saya senyum mendengar kata-kata itu.
Sebelumnya, sudah beberapa orang rakan guru mengucapkan tahniah. Banyak juga
ucapan tahniah di dinding muka buku selepas saya memuat naik beberapa keping gambar pada
hari konvokesyen. Ada mak, abah, adik lelaki dan suami bersama-sama. Oleh kerana tiket hanya
dapat dua sahaja, suami meminta saya memberikan peluang kepada mak abah masuk untuk
melihat saya di atas pentas. Perasaan bercampur baur. Gembira dan terharu, keduanya menjadi
satu.
“Lepas ni akan Lea sambung lagi?” tanya Kak Kiah.
“Mungkin, sambung lagi. Kali ini nak cuba minta cuti belajar pula. Kesian pada akak,”
nampak kak Kiah tersenyum kecil.
Kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika hendak
dibandingkan diri saya dengan pepatah ini, macam jauh sangat. Apa yang benar, jika tak cuba
buat master, belum tahu lagi macam mana serabutnya.
Sebetulnya, saya buat master sebab kecewa dengan pentadbiran sekolah yang tidak
memberi saya peluang untuk mengajar tingkatan 5. Beria saya minta supaya diberikan satu kelas
sahaja atau dua masa supaya tak hilang ilmu mengajar tingkatan 5 semasa di Johor dahulu lapan
tahun lamanya. Oleh kerana permintaan saya tidak dipertimbangkan, saya pun memohon untuk
sambung belajar di UM. Alhamdulillah, permohonan saya berjaya. Dan, inilah kisahnya.
Semester 1, 2015 - Selepas daftar subjek, baru saya tahu bahawa kelas Master adalah
pada setiap petang hari Jumaat. Adakala, mula jam 3:00 petang, ada masa mula jam 6:00 petang.
Jadi, untuk semester ini, kelas wajib fakulti, bermula jam 3:00 petang. Ini memang masalah. Tiada
sesiapa rakan guru dalam panitia yang sama memberi bantuan untuk tukar sesi hanya pada hari
Jumaat. Tidak ada sesiapa. Malah, saya ditempelak kerana sambung belajar semasa mengajar
di sesi petang. Tidak pernah dibuat orang katanya.
Serabut kepala memikirkan sampai ada rasa nak berhenti belajar. Beranikan diri juga
untuk menghubungi Dr. Zaharah Hussin, yang pada waktu ini beliau mengajar mata pelajaran
wajib fakulti. Perbincangan yang panjang dan bersulam budi bicara, Dr. Zaharah mencadangkan
agar tidak perlu datang kelas biasa. Akan tetapi, bila tiba masa pembentangan dan peperiksaan,
saya wajib hadir. Baik sungguh Dr Zaharah. Alhamdulillah, selesai satu semester dengan
bergaya.

37

Semester 2, 2016 – Memandangkan saya gagal dua kali mohon biasiswa KPM, kononnya
nak dapat cuti belajar, saya nampak peluang yang lain bersama MyBrain15 yang disediakan
untuk kakitangan kerajaan yang sambung belajar secara separuh masa. Dapat tahu pun last
minute. Tarikh tutup pula tinggal lebih kurang 3 ke 4 hari. Masa tulah nak dapatkan sokongan
penyelia terhadap kertas cadangan kajian, pengesahan Pejabat Bendahari, gambar baharu dan
sebagainya. Saya masih ingat, saya pergi ke rumah kawan untuk tumpang scan borang dan guna
internet pada hari hujan turun selebat-lebatnya. Borang permohonan perlu dihantar secara dalam
talian. Sebulan selepas permohonan, saya berjaya mendapat biasiswa berkenaan. Barakallah.
Makanya, saya terikat dengan perjanjian selama lima semester untuk menyelesaikan sarjana.

Hal di sekolah, masih sama sahaja. Oleh kerana guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam di sesi petang hanya dua orang, saya memang tak ada pilihan lain melainkan
meminta bantuan kak Zakiah untuk ambil kelas saya pada setiap hari Jumaat. Meskipun, kak
Zakiah menyatakan persetujuan untuk ambil alih kelas saya pada setiap hari Jumaat, pentadbir
tidak memandang ini sebagai satu persefahaman dan tolak ansur. Bagi mereka, saya
menyusahkan kak Zakiah. Permohonan saya agar jadual dianjak ke hari lain, supaya saya boleh
keluar awal jam 3:00 petang untuk menghadiri kelas ditolak mentah-mentah. Bahkan, penolong
kanan meminta saya untuk pindah ke sekolah lain. Sekolah akan dapat guru ganti baru yang tidak
menyusahkan beliau kerana sambung belajar.

Pindah sekolah. Jika semua masalah boleh selesai dengan pindah sekolah, tidak perlulah
saya datang berbincang. Saya bersungguh-sungguh menjelaskan kesediaan saya untuk
mendapat bilangan masa yang banyak pada setiap hari kecuali hari Jumaat kerana saya perlu
menghadiri kelas di UM. Pengetua hanya memandang saya dan diam. Benar, saya baru sahaja
pindah ke sekolah ini. Baru masuk tahun kedua sedangkan guru yang mengajar di sesi pagi itu
sudah bertahun-tahun berada di sekolah ini. Mana mungkin mereka mahu mengalah dan
memberi jalan mudah untuk saya.

Di sekolah ini, bukan tiada yang sambung belajar. Ramai juga. Apa yang membezakan
mereka dengan saya ialah saya mengajar di sesi petang dan mereka mengajar di sesi pagi.
Dengan alasan biasa cikgu petang tak cukup, itu sudah cukup meletihkan jika terlibat dengan
mana-mana program yang memerlukan saya tidak berada di sekolah.

Jangan dicabar jiwa orang yang sedang membara. Saya sempat mesej seorang pengetua
satu sekolah di PJ.

Saya ceritakan masalah saya, dan pengetua itu berkata, “Awak boleh pindah sekolah
saya kalau setakat itu aje masalahnya.”

38

Punyalah gembira kerana ada juga orang nak bantu.Tetapi, apabila pengetua sekolah
saya dapat tahu, dia tawarkan saya untuk ambil CRK pada hari-hari saya patut pergi kelas. Sebab
masa itu, surat kelulusan belajar dari jabatan belum sampai yang membolehkan saya mengambil
CTR. Sungguh, habis CRK tujuh hari untuk tahun itu saya pakai, secara berturut-turut. Dan inilah
budi bicara En Abd Ghaffar beri kepada saya. Ada yang berbunyi, apa jadi kalau ada kecemasan
dan perlu pakai CRK? Jawapan saya, potong sahajalah gaji harian saya, mudah-mudahan berkat
pekerjaan saya.

Semester 3 2016 - Tahun baharu, semangat baharu. Perkara yang saya perjuangkan
selama dua semester akhirnya dipermudahkan. Semester 3 saya hanya ambil satu subjek. Kelas
pula bermula pada jam 6:00 petang hingga 9:00 malam. Atas budi bicara penolong kanan petang,
jadual saya dapat disusun dan berakhir jam 5:30 petang. Memang sempat saya memandu ke
Univeristi Malaya (UM) setiap petang Jumaat. Alhamdulillah, lega yang teramat sangat. Allah
SWT mudahkan segala urusan. Bila jadual saya berakhir jam 5:30 petang, bermakna jadual kak
Kiah pun sama. Jadi, Kak Kiah tak perlu ambil alih kelas saya.

Semester 4 2016 - Sepatutnya, saya boleh masuk Seminar Satu (Proposal Defend Bab 1
-Bab 3) pada semester ini. Entah mengapa, saya merasakan ada sesutau yang tidak kena. Kali
ini, kisah penyelia yang menakutkan. Sebenarnya, bukan senang nak tukar penyelia melainkan
kita memberi alasan yang munasabah. Kenapa nak tukar penyelia? Saya mengalami dua perkara
ini. Yang pertama, penyelia tidak membalas pesanan di Whatsapp. Ada masanya, pesanan itu
dibiarkan begitu sahaja selama sebulan lamanya. Kedua, sesi perjumpaan bersama penyelia
hanya berlaku dalam durasi tiga saat hingga ke dua minit. Itu pun kerana bertembung secara
tidak sengaja. Selepas dua perkara ini berlaku, saya memang bertekad untuk menukar penyelia.

Perlu jumpa dekan, saya jumpa. Perlu isi borang, saya isi. Saya masih ingat, saya
bersama dua orang lagi rakan perlu mengadap Ketua Jabatan. Perbincangan yang panjang tetapi
berakhir dengan keputusan yang nekad untuk tukar juga penyelia. Ringan sahaja mulut nak sebut
nama Dr. Zaharah sebagai penyelia baru tetapi terkunci kerana bimbang permohonan pertukaran
penyelia tidak diluluskan.

Memang dari Semester 1 saya berangan nak jadi anak buah Dr Zaharah. Akhirnya, Allah
SWT temukan jodoh saya dengan beliau selepas setahun belajar. Penyelia ini, orang yang akan
bimbing kita untuk siapkan disertasi kita dari mula sampai akhir. Itu masa depan kita. Kita perlu
buat pilihan untuk masa depan kita.

Satu benda saya belajar, ilmu tu mesti datang daripada guru. Betul, kalau anda belajar,
kemudian ada rasa macam hilang punca, kosong tiba-tiba, putus asa dan rasa nak berhenti,

39

cepat-cepatlah cari penyelia. Berkata jujurlah pada mereka dan minta tunjuk ajar, nescaya
mereka akan tolong. Jangan ego dengan penyelia kita, mereka sumber keberkatan kita.

Semester 5 dan 6, 2017- Bulan Januari, saya masih lagi tercari-cari apa yang saya nak
kaji. Bila tiada apa dalam fikiran, jiwa pun kosong, saya berterus terang sahaja dengan Dr.
Zaharah. Saya masih ingat lagi, Dr. Zaharah ajak jumpa di cafe sebelah library Fakulti
Pendidikan. Jumpa dalam 30 minit, tapi pengisian penuh dengan ilmu.

Serius, terus nampak macam ada cahaya terang dalam kepala otak saya masa tu. Paling
best Dr. Zaharah target, bulan lima dah boleh defend untuk Seminar 1. Owh ya! Tahun ini saya
dah masuk sesi pagi. Sudah tentu, lepas sekolah hari Jumaat, terus menghala ke UM. Betul,
berkat doa guru ni, saya selesai defend bulan 5.

Paling best, saya ada kawan yang sama-sama mempunyai semangat yang sama,
Suhaidah. Kami sama-sama berlumba nak selesai cepat. Selesai Bab 4 dan Bab 5 ni, dua kali
hantar full bab untuk disemak. Dr. Zaharah setuju untuk saya masuk Seminar 2 (defend bab 4
dan bab 5). Satu pesan Dr. Zaharah, buat dengan betul, faham isi kajian, jawab dengan yakin
dan jangan melawan pemeriksa.

Dr. Zaharah ada Bersama-sama semasa sesi pembentangan. Rasa selamat sangat
walaupun Dr. Zaharah hanya duduk senyum tengok saya. Bila pemeriksa kata, saya lulus
seminar 2, saya rasa macam nak lompat. Lompat setinggi-tingginya. Saya terus peluk Dr
Zaharah. Tinggal nak masuk meeting board of examination. Saya masih ingat, En Azri menunggu
di kaunter pejabat untuk menerima lima salinan draft akhir saya.

Bila Dr. Zaharah beritahu, disertasi lulus dengan minor corrections, hati saya sudah
berbunga-bunga. Tarikh akhir untuk hantar hard cover di fakulti untuk konvokesyen pada 7
September 2018. Perlu selesai awal. Malas memang ada. Sebab ni sifat manusia. Kena kuat
semangat lah. Tinggal sikit sahaja lagi.

Sepanjang waktu saya belajar, orang yang paling sabar dengan perangai saya ialah
suami saya. Dia pernah tengok saya tak tidur malam, menangis jam 2:00 hingga 3:00 pagi, balik
lambat sebab bertapa di perpustakaan, berkurung dalam bilik, stress dengan penulisan sendiri,
belum cerita lagi kerja sekolah yang melambak, duit tak ada untuk buat kajian lapangan, nak kena
belajar buat analisis, upah proof read dan sebagainya. Suami memang tabah dan sabar. Ada hati
lagi tu nak suruh saya sambung lagi belajar.

Dr. Zaharah pernah sebut pada saya, nilai belajar ni, bukan pada sijil yang kita dapat,
bukan pada hari konvokesyen kita gembira, itu semua nilai tambah untuk meraikan kejayaan.
Kejayaan sebenar ialah pada pengalaman-pengalaman yang kita dapat sepanjang kita belajar,

40

sangat besar nilainya dan tidak terkira. Bila mengenang kembali apa yang terjadi, semua perkara
ada penyelesaiannya. Kita kena cepat dan usahakan sampai berjaya.

Dr. Mohsein pernah sebut pada saya, “Kita tak nilai seseorang pada cepat atau lambat
dia sambung belajar, atau cepat lambat dia habiskan belajar, tapi kita nilai pada rajin seseorang.”

Jadi, kepada yang sedang sambung atau berfikir-fikir nak sambung belajar, buatlah yang
terbaik. Pandai atau tidak pandai seseorang itu bukan ukuran. Rajin… Itulah keyword yang paling
utama. Yang sambung belajar sambil bekerja, ingatlah bahawa kita pernah mengambil masa
orang lain untuk ambil alih kerja kita. Sekali pun kita tak hargai duit yang kita keluarkan, hargai
masa orang lain yang pernah kita gunakan.

Tanpa kak Zakiah, saya mungkin tidak dapat menghabiskan pengajian mengikut tempoh
masa yang ditetapkan oleh pihak MyBrain15. Meskipun kak Kiah sentiasa menafikan sumbangan
kecilnya, tetapi saya sangat menghargainya. Belajarnya tidaklah susah mana tetapi nak
mendapatkan masa untuk belajar dengan memenuhi tuntutan kerjaya, itu yang payah. Jauh saya
termenung mengingatkan macam mana susahnya belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Pengalaman akan mendewasakan kita. Percayalah pada kemampuan diri.

Noor Muslieah binti Mustafa Kamal. Pelajar PhD di Universiti Malaya.
Pengalaman mengajar selama 16 tahun.

41

Pesanan Ibu
Dr Julinamary

Aku terasa berdebar-debar. Terasa jantung hati berdenyut dengan amat kencang. Peluh meleleh
di dahi walaupun aku berada di dewan berhawa dingin. Bergema Dewan Canselori Universiti
Sains Malaysia apabila juruacara memanggil nama aku. Dari jauh aku dapat melihat nama aku
tertera di layar tepi pentas. Aku mengorak langkah dengan denyutan jantung yang amat kencang
menuju ke pentas. Aku menunduk dan menerima segulung Ijazah yang dihulurkan oleh Seri
Paduka Baginda. Aku menoleh ke arah jurugambar yang melemparkan denyaran cahaya kamera
bertubi–tubi ke arahku sambil memegang skrol yang baru diterima. Aku masih mampu mengulum
senyuman tipis ke arah jurugambar sambil melangkah turun dari pentas dengan menahan sebak
di dada.

Aku sempat mengesat titisan air mata yang membasahi pipiku. Aku kembali duduk, tidak
sabar menunggu pengumuman perarakan keluar dari dewan. Terasa masa menunggu untuk
perarakan keluar dari dewan tersebut amat lama. Juruacara pula tidak putus-putus
mengumumkan nama para penerima Ijazah Doktor Falsafah dari pelbagai bidang, satu persatu.
Penantian yang agak lama di dewan tersebut menyebabkan fikiran aku terus menerawang
sejenak.

Aku masih ingat lagi bayangan wajah ibu. Rambut ibu yang kerinting bergelombang dan
beruban. Kulit muka ibu yang sudah berkedut dimakan usia. Sebenarnya ibu sudah lama separa
lumpuh dan terlantar akibat dari pembedahan yang melibatkan saraf tunjang. Ibu hanya mampu
menggerakan tangan sahaja. Namun, wajah ibu sentiasa tenang. Ibu meluangkan lebih banyak
masa berdoa untuk kejayaan aku menyempurnakan pengajian di peringkat Sarjana.

Aku sudah separuh dekad menguruskan ibu dengan pertolongan ayah. Ayah pula
semakin uzur ditelan usia. Tubuh ayah sudah lama kurus, rambut ayah juga semakin jarang dan
beruban tebal. Namun, ayah tetap teguh membantu aku menguruskan ibu tanpa mengira waktu
siang ataupun malam.

Pada waktu pagi pula, seperti biasa aku akan ke sekolah setelah menguruskan ibu. Aku
membantu ibu untuk mandi dan uruskan sarapan pagi yang ringkas dengan ubat-ubatan pagi ibu.
Setiap pagi ayah akan bergegas mengambil kunci rumah untuk membuka pintu rumah dan pintu
pagar. Ayah juga akan membantu menghidupkan enjin kereta ku. Aku seperti biasa akan
menyimpan beg laptop ke dalam kereta dan minta diri untuk ke sekolah.

“Ayah, ibu… saya ke sekolah yaa.”

42

Ayah turut membantu untuk memapah ibu duduk di kerusi roda. Ayah selalunya menolak
kerusi roda tersebut sehingga ke anjung rumah menemani aku sehingga ke pintu pagar.
Walaupun ibu kurang sihat, tetapi ayah dan ibu tidak pernah jemu mengiringi aku sehingga ke
pintu pagar. Kepulangan aku dari sekolah setiap petang juga memang ditunggu-tunggu dianjung
pintu oleh mereka.

Setelah pulang dari sekolah, aku akan terus bergegas ke dapur. Aku akan membuka peti
sejuk, untuk mencapai picagari dan botol insulin. Setiap hari aku terpaksa menyuntik insulin
monotard di paha ibu, sebelum ibu dapat menjamu makan tengahari.

Kadang-kadang aku pulang agak lewat dari sekolah menyebabkan ibu lambat mengambil
makan tengah hari. Namun, ibu tetap sabar menahan lapar menunggu sehingga aku pulang
kerana ayah tidak tahu cara untuk menyuntik insulin. Ini menyebabkan aku tidak pernah
berlengah-lengah pulang ke rumah setelah habis kerja di sekolah.

Setelah selesai menguruskan makan tengahari ibu, barulah aku akan ke dapur kembali
untuk memasak makan malam pula. Ibu kurang serasi dengan lauk pauk yang dibeli dari kedai
kerana penyakit diabetes dan alahan kepada ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Biasanya aku
akan memasak lebih sedikit untuk dipanaskan untuk makan tengah hari keesokkan harinya.
Kadang-kadang ayah juga akan turut bersama-sama menolong aku mengemas di dapur.

Setelah makan malam, ayah sekali lagi akan menolong aku mengemas di dapur. Aku
akan menyusun dan memberi ubat ubatan malam pula kepada ibu. Ibu akan dibantu oleh ayah
dan saya untuk beralih dari kerusi roda ke katil. Akan ku sapu minyak “Franch Oill” sambil
mengurut-urut badan ibu untuk mengelakkan kudis di kulit.

“Emak tidurlah…dulu yaa mak. Saya siapkan sedikit kerja sekolah…nanti saya teman mak
tidur yaa…Kalau mak nak apa-apa panggil Lina yaa mak…”

“Esok ada sekolah lagi kan… jangan tidur lambat-lambat yaa…,” ujar ibu sambil membelai
rambutku yang ikal mayang dengan penuh kasih sayang.

Setelah ibu masuk tidur, baharulah aku berpeluang membuka beg sekolahku. Jam di
dinding menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Aku terasa agak penat kerana sehari suntuk
menyelesaikan pelbagai perkara. Namun amanah dan tanggungjawab yang belum terlangsai di
tempat bertugas menghalang aku memeluk bantal. Banyak lagi skrip jawapan pelajar yang perlu
saya periksa. Masa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk memasukkan markah peperiksaan
akhir tahun pelajar. Aku terus menanda satu persatu karangan pelajar untuk mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Sambil menanda skrip jawapan pelajar, aku mula risau kerana tesis aku pula
banyak lagi perlu dilengkapkan. Aku mula mengira skrip jawapan yang masih belum ditanda,

43

kesemuanya ada 8 skrip sahaja lagi. Aku terpandang jadual waktu kelas yang terlekat di dinding
tepi meja bacaan aku. Aku terfikir,

“Hmm ... esok ada 4 waktu kosong. Bolehlah aku tanda habis skrip jawapan pelajar-
pelajar ini di sekolah.”

Aku menjeling jam dinding di bilik bacaan aku, yang menunjukkan 11:25 malam. Malam
masih muda lagi untuk aku. Lantas aku membuka komputer riba aku. Komputer ribaku dan buku-
buku “Kaedah Penyelidikan” menjadi teman sejati di malam yang sunyi sepi. Aku dapat
merasakan bahawa malam yang sepi adalah guru yang paling baik untuk mengajarkan tentang
erti kehidupan yang sebenar. Malam yang hening menyedarkan aku tentang tanggungjawab aku
sebagai seorang anak, sebagai seorang guru dan pada masa yang sama sebagai seorang
penuntut ilmu yang setia. Aku mula membuka fail sorotan literature di komputer ribaku. Walaupun
aku terpaksa membakar lilin malam berjaga menyiapkan kerja-kerja sekolah dan melengkapkan
tesis aku, namun aku masih mampu melayan ibu di kala keuzurannya.

Sekali sekala kedengaran bunyi batuk ibu yang memecah kesunyian malam. Batuk ibu
yang meledak, membuatkan nafasnya tersendat-sendat. Ada kalanya ibu meraung kesakitan
memanggil namaku berulang kali,

“Lina…, Lina.. sakit…Lina...”
Akan terpaksa membiarkan komputer riba terbuka dan terus bergegas ke bilik ibu.
Sebenarnya aku sudah lama sedar bahawa ubat tahan sakit seperti pil “Tramadol” mempunyai
kesan sampingan yang parah sekiranya pengambilan berterusan. Maka, dengan nasihat pakar
perubatan aku berganjak kepada ubat tahan sakit yang lebih sederhana seperti Paracetamol. Pil
seperti Paracetamol hanya dapat menahan sakit untuk beberapa jam sahaja. Aku mengurut
badan ibu dengan minyak angin sambil memujuk ibu supaya bersabar menahan sakit. Aku hanya
akan memberi ibu pill Tramadol sekiranya ibu betul-betul tidak dapat tidur kerana kesakitan yang
amat perit.
Terasa amat sayu mendengar suara ibu berbisik sambil menahan kesakitan dengan
linangan air mata.
“Pergilah Lina … pergilah sambung kerja-kerja belajar awak itu…Belajarlah rajin -rajin.
Belajarlah sampai dapat konvo. Esok pagi nak kena pergi sekolah. Pergilah habiskan kerja-kerja
awak tu…” Pilu mendengar suara ibu yang memikul seribu kesakitan dan penderitaan yang tidak
bernoktah.
Walaupun aku sedang bertempur mengejar masa menyiapkan tesis tetapi hati kecil aku
tidak tergamak membiarkan ibu menangis seorang diri menahan kesakitan. Aku membelai ibu
sambil mengesat air matanya. Ibu memegang erat jari jemari ku dan menarik jari aku ke pipinya.

44

Fikiran aku mula berkecamuk. Penyakit ibu semakin parah. Ayah juga semakin uzur dan
tidak mampu menguruskan ibu seorang diri. Masa untuk aku pula menyiapkan tesis semakin
suntuk. Banyak lagi data-data temubual yang belum aku analisa untuk melengkapkan Bab 4 tesis
aku. Ternyata masa amat mencemburi aku dalam usaha mengejar cita-cita aku.

Malam kian menganjak dewasa. Aku tidak dapat tidur dengan lena. Kepalaku terasa sakit
digayuti keserabutan. Arus fikiran aku mula berkecamuk dan renyuk-renyuk sama seperti cadar
dan selimut di katilku yang renyuk-renyuk. Aku perlu melengkapkan fail panitia. Buku latihan
pelajar Tingkatan 4, English Grammar masih ada yang belum sempat diperiksa. Bab 2 di tesis
juga perlu dikemaskini dengan sorotan literatur yang terkini. Pada masa yang sama, aku juga
perlu membuat analisa dokumen untuk tujuan trigulasi. Esok aku perlu mencari masa untuk ke
farmasi berdekatan kerana bekalan pampers dewasa di rumah semakin berkurangan. Aku juga
belum dapat menyenaraikan keperluan dapur yang perlu dibeli untuk bulan ini.

Aku dalam dilema.
‘Adakah aku patut meneruskan pengajian? Atau adakah aku patut membuat keputusan
untuk menangguh semester dulu? Adakah aku patut memohon cuti separuh gaji untuk
menguruskan ibu? Adakah aku mengabaikan keperluan ayah dalam kesibukan menguruskan ibu,
rumah, tugas sekolah dan pengajian selama ini?’ Pertanyaan demi pertanyaan bertalu-talu
semakin menikam sanubariku.
Aku tidak mahu mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan profesion perguruan
hanya semata-mata atas nama penyambung pengajian ke peringkat Sarjana secara separuh
masa. Aku terpaksa bertempur dengan perasaan yang gundah gulana kerana faktor masa dan
tanggungjawab dalam usaha mengejar cita-cita menyambung pengajian ke peringkat Sarjana.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menangguh dulu pengajian dan mengambil cuti
separuh gaji untuk menjaga ibu. Aku sedar ibu dan ayah tidak akan setuju sama sekali dengan
keputusan ini. Namun keadaan ibu semakin tenat. Ibu memerlukan perhatian sepenuh masa. Aku
bercadang menyampaikan keputusan tersebut kepada ayah dan ibu setelah berbincang dengan
pihak sekolah terlebih dahulu.
Keesokan harinya, aku bangun seperti biasa, bersiap sedia untuk ke sekolah. Biasanya
aku akan ke dapur dahulu untuk membancuh air dan bakar roti sebagai sarapan pagi yang
ringkas. Dari dapur aku terdengar suara ayah menjerit menangis. Aku lari bertempiaran ke bilik
tidur ibu. Aku melihat ayah menggerak–gerakkan tubuh ibu sambil meraung menangis kesedihan.
Nada tangisan ayah menikam jantungku. Ibu masih tidak bergerak! Ibu masih tidak bangun! Aku
terus mencapai tangan ibu yang sudah dingin. Aku terduduk sugul di kepala katil. Juraian air mata
mengalir laju di pipiku. Ibu sudah tiada lagi!

45

Malam berganti siang dan siang berganti malam. Aku hidup ditemani seribu kegelapan
dan kesunyian. Tiada lagi bunyi batuk ibu di waktu malam. Aku kini terasa kosong dan hampa
walaupun ayah sentiasa di sisi aku. Aku amat merindui belaian kasih ibu. Kini aku hanya mampu
pendam rindu yang amat mendalam terhadap ibu.

Aku terasa amat perit untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajianku
walaupun ayah terus memberi kata–kata motivasi. Aku mula mencari kekuatan mental dan fizikal
untuk terus berjuang dengan berdoa siang dan malam. Ayah tidak jemu-jemu meniupkan api
semangat yang menyala nyala untuk terus mara menyambung pengajian. Kata-kata perangsang
ayah menggambarkan betapa tinggi harapannya terhadapku. Harapan ayah itulah yang mula
menyinari makam derita ini. Aku mula membuka semula komputer ribaku untuk menyambung
tesis yang telah lama aku tinggalkan.

Aku cuba memeras kembali otak, mencari hubungan teori-teori yang telah dibina di
kerangka teori di Bab 2 dengan hasil dapatan kajianku di Bab 4. Tiba-tiba arus fikiranku terhenti
seketika, buku “Teori Pembelajaran” menjadi saksi awan mendung bergayut di pelipis mataku
mengenangkan ibu. Aku menghayun langkah ke kamar ibu dan memeluk bantal ibu sambil
menangis sepuas-puas hati. Aku mencapai cucuk sanggul ibu yang terletak di tepi bantal ibu.
Aku meneliti seni ukir di cucuk sanggul perak itu dengan cermat. Aku jadikan cucuk sanggul
tersebut sebagai penanda buku. Setiap kali aku melihat cucuk sanggul ibu, aku terkenang
pesanan ibu.

Pesanan ibu masih berkumandang di telinga kecilku.
“Lina jangan lupa belajar rajin-rajin yaa...Jangan lupa sambung menggaji ke peringkat
yang lagi tinggi yaa… selepas tamat Sarjana Pendidikan ini yaa…”
Kata-kata ibu inilah yang terus membakar semangat aku. Pesanan ibu inilah yang
menrealisasikan cita-cita aku dengan keringat dan air mata. Aku rela mengharungi segala
rintangan demi untuk menunaikan pesanan ibu. Semangat aku membara sehingga ke saat ini
untuk terus menempuhi apa sahaja rintangan yang bakal ditempuhi untuk mencapai kejayaan.
Ibu tetap akan jadi sumber inspirasiku manakala ayah pula sumber motivasi kejayaan aku.
Kini, aku telah pun tamat pengajian di peringkat Sarjana dan peringkat doktor falsafah.
Aku telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana dalam bidang TESL dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan Doktor Falsafah dalam bidang TESOL dari Universiti Sains Malaysia. Impian ibu
dan ayah telah berjaya aku kabulkan akhirnya.

46

Dr Julinamary merupakan seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang TESOL dari Universiti Sains Malaysia. Beliau berjaya
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan (TESL) dan Ijazah
Sarjana Muda (TESL) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau juga
memiliki sijil iktisas Asas Perguruan Pengajian Sekolah Rendah dalam
bidang Pengajian Inggeris dari Maktab Perguruan Raja Melewar. Kini
beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah Akademik di Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah.

47

Aku Pelajar PhD Part Time: Mengejar GOT, Menggenggam GBT
Dr. Sharifah Shafie

Perjalanan PhD… seperti yang diperkatakan oleh semua, suatu perjalanan berliku, long
journey, lonely journey dan berbagai-bagai lagi yang kita selalu dengar. Awal tahun 2018
merupakan tahun bermulanya minat secara tiba-tiba untuk aku menyambung pelajaran ke
peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Minat yang tiba-tiba timbul adalah disebabkan keluarnya iklan
Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kali pertama aku menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran adalah di peringkat
Master secara sepenuh masa (HLP) adalah pada tahun 2012 hingga 2014. Kenangan manis itu
tetap terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Walaupun telah meninggalkan dunia pengajian
selama 13 tahun, namun kerana cita-cita dan minat belajar yang mendalam, pengajian dapat
diteruskan dengan baik dan cemerlang. Cuti belajar selama dua tahun yang diberi oleh pihak
KPM tidak disia-siakan. Rasa bangga dan kesyukuran dalam diri sangat tinggi dan aku
merasakan itulah hadiah yang tidak ternilai yang pernah aku peroleh dalam bidang pendidikan.

Minat dan cita-cita itu sebenarnya sentiasa subur di dalam hati kecil ini. Tetapi seketika
kemudian, tiba-tiba aku tersentak. Timbul masalah di benak fikiran kerana pada masa yang sama,
aku baru sahaja melaporkan diri di tempat baharu sebagai Pegawai SISC+ setelah 18 tahun
sebagai guru di sekolah menengah. Namun, kerana minat yang mendalam, aku pejam mata dan
bertekad untuk meneruskan langkah. Iklan yang dikeluarkan di laman WEB KPM itu tidak aku
abaikan. Aku terus membaca ayat-ayat iklan tersebut satu persatu hingga ke titik terakhir.

Ketika sedang membaca iklan, mataku tertarik pada satu ayat iaitu Hadiah Latihan Secara
Sambilan (HLPS). Terdetik di hatiku. Eh, macam baru ni! Sebelum ni macam tak pernah ada lagi
kategori HLPS terutamanya semasa aku mohon HLP pada tahun 2012. Okey jugak ni kalau aku
mohon. Tak perlulah aku lepaskan jawatan sekarang yang baru sahaja disandang. Maklumlah,
baru tiga bulan kan. Mataku tertancap pula pada tarikh tutup permohonan. Lagi seminggu saja?
Sempat ke nak mohon ni?

Bermacam-macam perkara mulai berlegar di fikiran. Aku mengambil keputusan untuk
mengisi borang permohonan itu. Dah dapat nanti, fikir lain. Banyak lagi masa. Dengan niat dan
doa, borang tersebut lengkap aku isi. Sebenarnya, aku berpegang pada konsep ‘tak rugi
mencuba.’ Sekurang-kurangnya kita akan dapat keputusan sama ada ‘berjaya’ atau ‘gagal’. Andai
tidak mencuba langsung, sudah pasti tiada perkataan ‘berjaya’ yang dapat kita raih.

48

Beberapa bulan kemudian, aku menerima keputusan permohonanku dan senarai yang
berjaya menghadiri temu duga juga turut diumumkan. Alhamdulillah, rezekiku masih ada. Aku
telah tersenarai sebagai salah seorang calon temu duga HLPS yang bertempat di Bangi,
Selangor. Tetapi aku sedikit tertekan kerana calon temu duga perlu menyediakan proposal dan
juga slaid pembentangan. Sedikit perbezaan dengan permohonan semasa peringkat Master
pada tahun 2012 di mana kami hanya perlu sediakan proposal dan tidak ada sebarang
pembentangan. Tak apa. Preparation tetap kena buat. Langkah seterusnya ialah kita bertawakkal
saja kepada Allah Taala.

Pada tanggal 4 Mei 2021, aku hadir untuk sesi temu duga di Bangi, Selangor. Berbekalkan
sedikit ilmu yang ada, aku cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan sehinggalah sesi temu
duga selesai. Walaupun ada soalan yang tidak dapat aku jawab, aku perlu berterus-terang dan
membuat pengakuan kepada penemu duga.

Ayat seperti “Saya tidak pasti, saya rasa saya perlu belajar lagi dan bla..bla..bla…,”
menjadi ayat ‘backup’ yang aku gunakan.

Selesai sesi temu duga, aku terus bertolak pulang ke Kedah. Dalam perjalanan pulang,
aku mendapat panggilan telefon dari bekas supervisor pengajian Master aku dahulu.

Soalannya, “Sharifah temuduga bilik mana tadi?”
Aku pun jawablah, “Bilik 10 Dr.”
“Oooo…bilik 10 ya? Saya ada kat bilik 9.” Aku tersentak.
“Ha… yer ker Dr.? Kenapa Dr tak bagitahu tadi?”
Dia pun menjawab, “Saya tahu Sharifah datang temu duga tapi saya kenalah jaga rahsia
dan amanah. Kalau Sharifah kena bilik 9, saya akan tukar bilik lain, sebab saya kena berlaku
adil.”
Aku mengangguk sambil berkata, “Betullah tu Dr.”
Bekas supervisor aku ni sememangnya seorang yang sangat amanah. Dua tahun aku
menuntut ilmu dengan beliau membuatkan aku kenal bagaimana sikap beliau terutamanya dari
segi cara beliau melaksanakan tugasannya. Setelah sebulan berlalu, keputusan temuduga
akhirnya diumumkan pada 11 Jun 2018 di dalam portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syukur alhamdulillah, aku telah berjaya mendapat tajaan Hadiah Latihan Persekutuan Secara
Separuh Masa (HLPS).
Rezeki yang tak disangka-sangka yang Allah SWT kurniakan kepadaku. Ini adalah kali
kedua aku mendapat tajaan selepas program Master pada 2012 hingga 2014. Namun terdapat
sedikit perbezaan. Pada peringkat PhD ini, pengajianku adalah secara separuh masa dan ianya

49


Click to View FlipBook Version