Impian Itu
Norliyana Md. Aris
“Cuba tengok telegram tu kejap, ada abang share poster.”
Encik suami memulakan perbualan setelah memasuki tol Putra Height. Biasalah aku ni, hujung
minggu mesti tak lepas melawat mama dan ayah di Shah Alam. Rasa rindu nak makan masakan
air tangan mereka walaupun hanya berlaukkan ikan pekasam… tapi itu tak penting asalkan mama
atau ayah yang masak.
“Serius la ni…” seakan tak percaya.
“Sungguh-sungguh ke beri izin ni? Ke share poster saja-saja?” bertubi-tubi persoalan aku
ajukan.
Dengan senyuman En suami menjawab.
“Betullah tu, pergilah belajar. Abang tahu lama dah kan nak sambung…pergilah… Aalia
(anak kami yang keempat) pun dah tak menyusu in sya Allah abang izin belajar. Cubalah tanya
kawan-kawan yang pernah mohon.”
Dua tahun lepas aku akui, semangat ingin meneruskan perjalanan PhD berada pada skala
yang agak tinggi. Apabila teringat zaman belajar Master di UKM, walaupun penat, tetapi seronok
sama-sama bekerja dan belajar. Sama-sama berkongsi penat mengurus keluarga sambil
menghabiskan tugasan dan yang paling utama antara kami ada seorang sahabat yang sudah
hampir menghabiskan pengajian PhDnya. Itu yang menambah rasa di hati.
Namun keadaan tidak mengizinkan, Aalia baru sahaja lahir dan menyusu badan. Aku pula
sejak Aalia dari dalam perut lagi sudah berhajat untuk memberikannya susu cukup dua tahun.
Adalah dalam perbualan kami, aku suarakan hasrat di hati untuk sambung belajar PhD tetapi
kebiasaanya tidak akan mendapat apa-apa respon.
Tetapi hari ini sebaliknya pula. Dia yang memberikan keizinan siap poster lagi. Ibarat
orang mengantuk disorong bantal. Aku pun terus meghubungi mama.
“Mama..aji (panggilan untuk En suami) kata along dah boleh sambung belajar PhD, mama
rasa ok ke?”
“Anak-anak macam mana? Bolehke tu? Bolehke dapat cuti?“ Aku tahu mama risaukan
bagaimana nanti kami ingin menguruskan anak-anak yang masih kecil.
“Nanti along cuba mohon HLP ni… mama beri izin tak?” Tanyaku lagi walaupun aku tahu
itulah impian mama sejak aku kecil.
Aku masih ingat mama pernah berpesan walaupun seakan bergurau tetapi aku faham
maksudnya.
100
“Kita bukan orang senang long, takde orang nak tolong kita kalau kita susah. Belajar lah
tinggi-tinggi. Mama suka sangat kalau along nak sambung PhD. Mama suka.”
“Ayah pun suka ni.” terdengar suara ayah menjerit dari hujung talian.
Air mata mengalir laju sambil mendengar suara gembira mama dan ayah. Seakan tidak
percaya keizinan yang kuperolehi dalam kereta seakan sudah menerima PhD lagaknya. Hati
mula memasang impian. Izinkan aku Ya Allah untuk Impian HLP itu…
Sudah Betulkan Niat
Malam itu dalam kesibukan melunaskan tugasan sekolah, persiapan PdPR yang
menuntut masa yang bukan sedikit, projek “virtual run” daerah jugak mendesak perlukan
perhatian sambil melipat kain yang sudah bertambah longgokan nya di ruang tamu….
‘Banyaknya nak kena siapkan, bolehke ni? Rumah pun dah tak macam rumah… kerja
sekolah banyak lagi… macam mana nak dengar bengkel ni?’ Macam-macam monolog bermain
dalam hati.
Namun, alhamdulillah Allah izinkan juga aku berada Bersama-sama rakan-rakan lain yang
menyimpan harapan yang sama. Mencari sebanyak ilmu dan perkongsian bagi mempersiapkan
diri menghadapi sesi temu duga tidak lama lagi.
Mendengar perkongsian Dr. K, aku berkata dalam hati.
‘Seronoknya mereka yang dah ada PhD. Seronoknya dengar ada banyak ilmu. Nak
macam tu jugak ya Allah,’ sambil aku mengomel sendirian, tiba-tiba kata-kata Dr. K menusuk ke
hati.
“…nak sambung belajar ni sebab apa.. sebab nak cuti ke? Kalau nak cuti-cuti..lupakan …
BELAJAR INI JIHAD..BETULKAN NIAT.”
Sebagai manusia biasa sememangnya sangat memerlukan ada orang lain yang selalu
ingatkan kita. Kadang-kadang kunci kereta, cermin mata pun boleh lupa letak kat mana.inikan
pula niat.
Niat itu …yang dalam hati ... yang tak nampak. Dengan betulkan niat sebenarnya kita
telah setting matlamat dengan pertolongan Dia. Maksudnya di sini, walaupun kita tahu destinasi
kita nak tuju adalah Kuala Lumpur, tetapi kita masih gunakan google maps agar jalan yang bakal
kita tempuhi nanti lebih memudahkan kita.
Begitu juga dengan NIAT, betulkan niat kita dahulu, itu yang utama… kita nak belajar
untuk lebih banyak memberi manfaat, tetapkan matlamat yang Allah akan mudahkan urusan
permohonan HLP ini, in sya Allah. Dia ada dan akan memimpin dan memudahkan setiap langkah
kita dalam bimbingan dan rahmatNya.
101
Kenapa Tak Mintak?
“KENAPA TAK MINTAK?” Betulkan ayat ni… kalau nak sesuatu mintalah.
Nak minta pada siapa? Kepada yang empunya KUASA. Yang boleh memberi apa sahaja
dari jalan yang tak disangka-sangka yang kadang-kadang menjangkau akal fikiran kita. Aku
bukan jenis suka berimaginasi dan berharap lebih dari tahap pemikiran normal. Orang kata tak
salah pun nak berangan, berangan itu kan percuma. Namun semakin umur menginjak dewasa,
perasaan takut kecewa semakin menebal.
Selalu dengar orang bercakap tentang “power of dua.” Namun biasanya aku doa tapi tak
cukup yakin… keyakinan selalu tak sampai 100% padahal kalau nasihat orang lain bukan main
lagi…tapi bagi aku… bukan mudah untuk betul-betul yakin dengan doa ini (diizinkan HLP) dan
yakin bahawa Allah akan perkenankan permintaan ini.
Bukan mudah…. sebab aku selalu berfikir yang …
“Banyak nya aku minta … semua nak.. semua nak”..
Tapi aku lupa..Allah maha baik ..maha pemberi
“Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah
telah berfirman: Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku
selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. (HR. Bukhari dan
Muslim)”
Hari-hari doa untuk itu tak tinggal. Encik suami, mama, ayah, anak-anak, sahabat-sahabat
baik yang mengetahui permohonan ini dan semuanya yang ada disisi… aku mohon untuk
doakan.
Sampai ada suatu ketika kami bersarapan di kedai, ada makcik dan pakcik menghampiri
meja kami menjual tisu. Kebiasaanya kami beli tisu serahkan duit dan senyum. Itu sahaja.. tetapi
sejak dari itu, (impian HLP itu…) aku sudah mula pandai meminta doa – doa mereka.
“Doakan saya makcik, pakcik… doakan keluarga kami.”
“Mama doakan along ye. Hari ni mama dah doa tak?”
“Doakan saya kak.”
“Doakan acik tau..”
“Korang…doakan cikgu ye.”
Tanpa segan aku yakin, ada doa dalam kalangan mereka yang akan Allah kabulkan.
Aammiin. Percayalah sahabat-sahabat kuasa doa ini sangat luar biasa. Doakan juga sahabat-
sahabat kita yang lain. In sya allah doa yang baik akan kembali semula kepada kita. Mintalah jika
ada hajat. Siapa kita untuk mempersoalkan.
102
Checklist & Circle
Sejak dari saat itu, beberapa orang sahabat telah aku hubungi untuk bertanyakan tentang
impian ini.. Mereka seakan detaktif bertauliah memberikan info-info penting dan kata-kata
semangat tentang apa yang aku perlukan. Tidak aku nafikan perasaan takut dan tidak yakin
paling banyak menguasai diri. Allah jualah yang memberi ilham dan mempermudahkan.
Seorang demi seorang Allah hantar untuk membantu dalam setiap perjalanan menempuh
Impian HLP itu. Bakal-bakal SV yang baik hati, pentadbir yang memahami dan sentiasa
mendoakan yang terbaik, diberikan sahabat-sahabat seperjuangan yang memudahkan tugas-
tugas seharian, anak-anak didik yang sentiasa bersemangat, En. Suami dan anak -anak yang
memahami juga keluarga yang sentiasa kuat menitipkan kata-kata semangat di belakang.
Semak apa yang kita perlukan, dokumen dalam menghadapi temu duga, juga keperluan
persiapan mental dan emosi. Circle We4U’21 banyak membantu untuk aku mengenali teori-teori
penting dalam kajian menyiapkan proposal. Setiap malam ada sahaja titipan nasihat yang berjela
dan tajam oleh Dr. Nidzam dan sahabat-sahabat pensyarah hebat.
Jangan malu sahabat, dalam mencari ilmu. Lima bulan bersua hanya di hadapan monitor,
namun checklist dan circle yang hebat menghantar aura yang hebat juga.
Cari Ketenangan Dalam Kesibukan
“Kalau nak… usaha, tak dapat tak pe…bukan kena berhenti kerja pun…kalau tak cuba
mana nak tahu.”
Betul juga ayat salah seorang rakanku yang sama-sama menghantar permohonan
tempoh hari. Masing – masing cuba positifkan diri dalam kesibukan.
“Keputusan kita tak salahkan? Tapi hati risau proposal tak siap lagini… haritu sinopsis…
ni proposal pula. Temu duga lagi.. Kenapa kita mohon ye haritu?” sambil berpandangan.
Kami sama-sama ketawa. Sepotong kek ‘indulgence’ dan secawan kopi menjadi saksi.
Semakin hampir dengan hari temu duga, semakin banyak kerja-kerja yang datang untuk
diselesaikan. Semakin besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Semakin banyak
keputusan-keputusan berat yang perlu diputuskan. Pernah tak kita perasan, semakin kita sibuk
semakin banyak tugas tugas yang dapat kita selesaikan. Pelikkan?
“Tahniah cikgu! Inovasi cikgu terpilih ke pusingan akhir peringkat negeri. Cikgu sedia
untuk pembentangan ye,” Encik Amir dari PPD memberikan makluman melalui telefon petang
khamis itu.
“Allah…Bila tarikhnya En. Amir?” tanya aku kembali sambil marah diri sendiri dalam hati.
103
“6 April 2021, Khamis. Saya pun tak jangka. Baguslah tu. Nanti saya beri guideline apa
yang diperlukan. Betulkan sikit-sikit sahaja dari seminar daerah tu,” tambah En. Amir seakan
mengetahui kekalutan diri.
Dalam hati, “Ya Allah sehari sebelum hari temu duga. Itulah gatal pergi masuk seminar
daerah…tak kan nak tarik diri, kesian orang lain,” bercampur baur emosi dalam diri.
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Sahabat-sahabat yang sedang berjuang di mana pun anda berada. Carilah ketenangan dalam
kesibukan. Pandanglah semua yang berlaku dengan pandangan yang paling baik dan keyakinan
yang tinggi bahawa ini bukan sia-sia. Dengan niat yang betul dan doa yang kita susun dan
panjatkan. Percayalah Allah akan mudahkan usaha- usaha kita. Hidup ini jangan lupa mudahkan
urusan orang lain, nanti Allah akan mudahkan urusan kita.
Langkah Dalam Debar.
Harinya tiba. Aku bermalam di hotel berdekatan di Bangi untuk sesi temuduga di IPG
Kampus Pendidikan Islam. Anak-anak cik ngah uruskan sementara bagi memastikan aku berada
dalam mood yang bersedia. Debaran semakin memuncak. Proposal yang telah disemak Dr.
Nidzam dan Dr. Niza aku rujuk berkali-kali. Slide presentation juga aku pastikan agar tiada
kesilapan ejaan. Fail bahan edaran untuk semua panel telah siap aku labelkan. Semuanya aku
pastikan dalam keadaan yang paling baik. In sya Allah kerana semuanya akan melambangkan
kesungguhan kita untuk permohanan ini. Malam itu aku cuba menghafal berulangkali agar lebih
yakin untuk sesi temuduga nanti terutamanya sesi memperkenalkan diri “You never get a second
chance to make a first impression.”
Bersama En. Suami kami menuju ke pusat temu duga. Ramai rakan telah sampai. Dengan
harapan dan debaran aku mengambil giliran.
“Bilik 6, giliran ke-6,” calon akhir untuk slot pagi.
Allahu… Kelibat Dr. OT aku lihat melangkah ke bilik perbincangan panel. Inilah insan
yang aku tonton siaran Youtubenya berulang kali, kini ada di depan mata. Malah merupakan
panel penguji Bilik 6.
Ya Allah, Lapangkanlah dada kami, permudahkan bagi kami urusan kami dan
lancarkanlah lidah kami agar mereka faham pembicaraan kami.
“Untuk bahagian kami ok dah, lepas dah. Tunggu bahagian tajaan,” Dr. OT memberitahu
ketika kami menuruni tangga setelah selesai sesi slot pagi.
“Ya Allah ada sinar, namun jangan terlalu yakin,” aku menasihati diri sendiri. Dalam debar
yang masih belum hilang, semoga semuanya baik-baik sahaja.
104
Impian Itu
Selesai sudak projek “Laksa Johor Abah” untuk minggu ini. Penatnya rasa badan setelah
selesai “delivery” semua tempahan. Projek bersama adik-adik ini kami lakukan sekiranya ada
tempahan.
‘Alhamdulillah,’ bisik aku di dalam hati.
Sekali lagi Allah mudahkan urusan-urusan kami.
“Along rehat kejap ye, tahniah untuk hari ini. Terbaik semua,”sambil mencapai telefon di
meja berkira - kira untuk melepaskan lelah sebentar dan mula ‘skroll’ atas bawah.
“Dah semak ke? Macam mana?” satu pesanan Whatsapp membuatkan jantungku yang
berada dalam keadaan kadar nadi rehat sudah tidak mahu berehat lagi..
‘Harini ke keputusannya, ya Allah… impian HLP itu berjaya atau sebaliknya? Sekiranya
tidak seperti yang aku harapkan kau kuatkan hatiku untuk menerima takdir ini sebagai yang
terbaik untuk perjalananku… tolong aku ya Allah,’ pujuk aku sendirian sambil tangan laju
menekan link yang tertera…
KPM - Keputusan Temu Duga Program HLP dan HLPS Bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP), KPM Ambilan Sesi 2021|31 Mei 2021 |Portal Rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia
“Alhamdulillah…” tergamam … tanpa kata…hanya Dia yang tahu.
Ya Allah, Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Pemurah Maha Perancang. Kau bimbinglah kami
menjadi hamba Mu yang bersyukur. Permudahkanlah segalanya kuatkanlah semangatku dan
semua sahabat-sahabat HLP. Redhailah perjalanan kami ini..perjalanan yang pastinya
menjanjikan seribu rasa, perjalanan yang pastinya bukan mudah namun aku pasti perjalanan
PHD ini pasti ada kisah yang menarik untuk dikongsi nanti.
Impian ITU..
Hadiah Latihan Persekutuan, HLP bukan hadiah semata-mata.
Ini adalah tanggungjawab dan Amanah.
105
Norliyana Md. Aris merupakan seorang pendidik dalam bidang kimia
yang telah berkhidmat hampir 14 tahun di Selangor. Beliau pertama kali
ingin cuba berkongsi impian dan rasa melalui penulisan ini agar dapat
memberi manfaat kepada semua sahabat di luar sana. Kini merupakan
seorang pejuang PHD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
Bahru
106
The Meaningful HLP & Love
By Sanura Jaya
“Megat …why you rolling your eye at me?” Instantly tickled in my heart. Megat is my best
students in 5ST in 2016. The year that my first time I applied for HLP.
“Teacher…. are you sure you want to continue your study?” Megat asked me with his
sweet face.
In my heart, I really want to continue my study, deep in my heart,
“Yes, dear, I really want to continue my study. But not sure yet dear, it’s only a call for an
interview and hopefully I can grab an experience from my first interview,” Megat smiled with a
meaningful face.
June 2016, time for HLP result. Hmmmmmm, I fail, I didn’t share the result with my physic
class students, especially Megat. I left all the memories about HLP 2016 behind, continue in
focusing for SPM. Megat and all my 5ST students have to score, they need the good result to
continue their study.
I climbed the stairs of IPG Sultan Abdul Halim slowly. This time I came for a Paper 3
Physics SPM examiners meeting. Suddenly my heart knocked with a question.
“You have to know the theory that you want to use in your research. What types of
research if you don’t know anything about the theory and the method ?.....What actually you want
to explore in your research?” With all these questions from the interviewers.
My heart suddenly stopped. I cannot breathe …
Without any doubt in 2017, I applied for HLP for the second time…Room 2 IPG sultan
Abdul Halim was my next destination for this journey of HLP. All the comments and questions
come from the interviewer … I accepted, collected and made some research, and I wonder.
“Why they asked me like that?”.
“Wow!!... it’s a climbing robot?” asked my lovely STEM students. A team that I have
created to explore about robotic and technology. With havoc of noise to celebrate the powerful of
their robot in “Tug of War Competitions”.
Someone asked me, “Sanura, what actually you are teaching at your school…are you a
Physics or Technology teacher?” I looked at her blankly, but with a meaningful smile.
“I actually can be whatever I want to be…I am a teacher who can teach everything, can
be a friend and facilitator to my students, I am really passionate to explore about robotic, Arduino,
magnet Code to joining the new generation of students. At the same time, I love to teach Physics.”
107
The next day, I heard someone yelling at me on that early peaceful morning.
“Sanura, I didn’t approve your HLP consentment letter. Sorry!” yelled her at me.
I just walked to the canteen. It was Madam Boss. I looked at her blankly.
“Our school still need you, that’s why I didn’t approve that. You have just started with our
robotic teams, innovation team. Then, who’s going to manage all that if you successfully get
accepted as an HLP student?” with arrogant face, she explained the word of WHY she didn’t
approve that.
With a meaningful smile, I tried to ignore her cruelty to me. I had to continue my 2018 of
HLP journey without any preparation for an interview, proposal or slides.
National Robotic Competition (NRC 2019), all my tears , hard work, love and my passion,
finally repaid by a Gold medal. We did it. My STEM team is my love. After a little while, Farid
asked me.
“Why do you want to continue your study?”
Something special about Farid, tall, pale skin, dark hair and he is my best robotic student.
Ahhh! Why this question come to my ear again and again? Who’s going to teach Physics, who’s
going to take care of all the robotic stuffs??
“Congratulations, Nura for your third HLP interview!”
She whispered to me with her sweet smile, my best friend, my “powerpuff girl” teasing me
again. You are a strong girl, face it. You must try your best, the year 2019 is your lucky year. With
supportive spirits around me, I work hard to prepare the best proposal, without any guide from
any lecturer, I tried to finish the last word of my proposal. I combine all the comments that I have
collected from my first and second interview experiences. I have to do my best, HLP is always my
spirit to further my study.
“Why do you apply for HLPS?” asked one of the interview panels.
I looked over the room. I want to shout in the USM Seminar Room. WHY? Nobody knows
that I wrongly filled the form. It’s HLPS.
“From your proposal, the way you explain and the novelty of the research, it’s very clearly
explained and you can defend yourself about the method. This is an excellent piece of work,” told
the panels.
I want to cry and WHY? I felt the tears prickling my eyes. Calmly, I explained to the panel,
“Thank you for the opportunity to attend this interview session.”
“If all the panels give higher mark to me and I deserve to get HLPS. Honestly, I have to
reject it, because I wrongly filled in the form.”
108
Actually, I looked for HLP. Sadly, I explained. All the panels just kept quiet, maybe they
knew that I refused for HLPS.
“You have to read, Mokngoh, read and read.”
Waheeda yelled at me. In my heart, this is the fifth time I applied for HLP.
“Mokngoh, this time you have to get this HLP scholarship and remember to fill in with the
correct form, not HLPS but HLP.”
She whispered to me. Waheeda is my lovely niece, who continued her Master under Food
Technology grant by Prof Azhar, USM.
“Dear sister, can we meet?” A surprise message from Nafis.
My memories about HLP are glowing. I met Nafis at several robotic competitions, RBT
KSSM meetings and we shared the same HLP interview seminar room in 2019. He already got
the HLP, and successfully continued in UPM, under special HLP program IR 4.0.
What is Next generation? What method should we apply? Please compare with our current
learning spaces! All these questions from Nafis that opened my mind about our future generation
education. How to immerge the technology, learning and spaces. He shared about the suitable
method, the literature review, how to write the correct research questions, research objectives
and problem statement.
A glass of iced Americano, refilled by latte. We continued discussing about the contents.
I had to prepare early and ready for the proposal. Carefully, I filled in the HLP form, step by step,
checking word by word, pages by page.
“Make sure this time you fill in HLP, sister,” Nafis reminded me again.
Thank you, dear friend. All the competition list, innovation, international competition and
as top 10 teachers for SPACE CAMP 2020 program, I attached as part of my contribution to our
education.
Video submission due to covid situation! Hmmmm…. I need to prepare a short video
explanation about my proposal. My research objective, research question, problem statement and
the methodology that I used in my research. Deep in my heart, I just prepare what they need,
accept whatever the result. A little bit frustrated in my heart, I cannot defend my proposal face to
face. Everything is depended on my proposal and video submission.
Not missed a second, I pray to Allah SWT. Hopefully I had my own luck in the year 2020.
I really hope the miracle of being patient and REZEKI from Allah SWT. On 28 August 2020, Friday
at 1.00 pm…If Allah SWT has already written that you will get HLP in 2020, no doubt …the
REZEKI is yours. “Sujud Syukur ”.. the first action I need to do, with all my humble heart, I cried
109
to celebrate with the REZEKI that Allah SWT promises to me. Alhamdullilah , finally I got the HLP ,
5 times applied with 3 times face to face interviews and video submission in the year 2020.
“Cikgu dah tak sayang kami ke?”
Heartbroken words from my dear students. 16 years I teach at lovely school, I love all my
dear students. The meaningful HLP and never-ending love story with my students, I will keep as
memory for the whole of my life. My heart cannot stop to miss them, pray for their success in their
life.
9 October 2020, officially registered as Master students, field of Educational Studies,
University Science Malaysia. In bottom of my heart, this Master study as the beginning of my post
graduate life, I will do my best and further my PhD. Thank you for all the inspires people around
me, my admire Dr, and my friends… let’s start the journey with sincere of LOVE.
With humble of myself;
Sanura
Name : Sanura bt Jaya
No.Tel: 012-4860807
Email: [email protected]
110
Noticing Yourself
By Ipah Harun
“Think about your topic again. We need to discuss further on that.”
This is the second topic that I proposed to him. Last Friday when he asked me to explain
about the whole idea, he said I have to find a topic that is current. Fresh from ‘oven’.
“You know what I mean, right?” He looked at my want-to-ask-more face, smilingly.
“Why is this happening to me? I thought my topic is good enough. I guessed that it is
rigorous as my previous master’s research design. But this was different. This is PhD that you
were talking about. You heard about it before. It’s a lonely journey. Challenging. Disastrous.” All
negative vocabulary came to my mind as a flash of light. Really struggled to get rid of them all.
It was like a stung of a bee. Very painful. I have been searching for the topic after reading
quite a number of articles. Plus making a research matrix on the topic after 3 sleepless nights was
not worth it if this topic would be rejected again. No!!!
“Are you okay?” Floating in the air, suddenly I fell on the ground, baseless. His question
woke me up from a long daydreaming.
“Yes, Prof. I’m okay.” Luckily I ‘landed’ safely just now.
“When can we discuss about the topic further, Prof? For the time being, what should I do?”
Being naïve, I asked.
“Do read more articles. Find the problems or issues presented in the articles you read.
You may find the root to the problem later on.”
So far my head has been shot with the word ‘read’ repeatedly, without failed. More than
ten times within a month. I know what it means but for how long should I read? Last couple of
years, when I registered for TESOL and Education, there was when I knew that being a student
at tertiary level, your life is full of scholarly ‘things’, not to mention SCOPUS databases and WoS.
These siblings are coupled with their cousins; Elsevier, Wiley Online and Taylor and Francis. I
should make a whole list of them, for I shall forget when I’m no longer a student. Opps!
This is not a joke. This isn’t the time where you should play around and make fool of
yourself. Reading is a serious matter. Full stop.
He mentioned the same thing. This Dr. and that Dr. put a stress on it. And every
postgraduate student knows its importance, but some of them kept denying it. Just like me.
“Prof, please correct me if I’m wrong. I should read more articles until it’s saturated, is it
correct?” Portraying myself as someone full of wisdom (at that time), I started the conversation
which I thought might contribute to more heated discussion between us.
111
“Yes, then go and read more.” Gulp. I went straight to the library. My favourite spot was at
the very corner of Section F book rack where nobody could notice that there’s someone behind
the rack. I purposely chose that place so the feeling of serenity and tranquility of that space may
affect my tangled soul. While thinking of what I should read, I came across a collection of
Shakespeare’s beautiful poems that laid on the fifth tier of the rack. I found myself struggled to
get the book. Nearly slipped from the steel stool provided for the reader to reach for the book
being put on the top, a young tall fair skin with slanted eyes man came as a warrior to save the
book. Not me. Yeah, the book is more valuable than me, I guessed.
Slowly he apologised and told me that the reason he grabbed the book was because it
might fall and make a sound that may break the silence of the entire floor.
“People may look at you and definitely you might feel embarrassed,” he assured me of his
action. It made sense, though. Not looking right to his face, I thanked him for ‘saving’ the book
and left him, resentful. How could he think that way, the life of a student is more valuable than a
book. Without me, who’s going to read the book? Still growling, I set myself free and glanced at
the cover of the book. I flipped to page 64 and started reading line by line,
“Shall I compare thee to a summer’s day,
Thou art more lovely and more temperate,
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer’s lease hath all too short a date.
Reciting the first four lines of Shakespeare’s famous poem, it was once described as a
young, beautiful girl, being loved by a man. Time is too short for the man to waste, to meet his girl
out of ‘rough winds’ which might limit their meeting. It’s too philosophical if we were to put into
meaning, actually. It also depends on how an individual interprets the message between the lines.
Let me put myself into the man’s shoes. The girl? I assume she is the degree that I aim
for. Too delicate and well-preserved. Priceless, though lots of dimes and chimes have dropped
from one’s pocket. Throughout the long winding road that I have to go through to reach the finish
line, seeking knowledge from ‘the darling buds’ which are all the books and their contents are the
core business here. Makes me wonder who’s the next Shakespeare, or maybe that’s a silly idea!
The next couple of weeks, I drove to my wondrous campus, with another new hope after
replenishing the bottle of mind with more than 10 articles.
“Take as much time as you need”. He then replied after I requested on the date of sending
my draft.
“Is this for real?” Hopefully I won’t go astray, spending my study leave just repeatedly
writing my Chapter 1 Introduction over and over. I’m sure it’s not a procrastination, but I used to
112
type and delete the ones I had confirmed as good content from any article a few times before I
began to convince myself that they shouldn’t be the part of my proposal. Thinking of that makes
my heart break into pieces, I only managed to soothe myself hoping that there would be light at
the end of the tunnel.
“Yes, I understand now, Prof. I need to read more so that I can see what’s good and what’s
not. In other words, just take what’s worth to be written.”
His nod was a sign of approval. Leaving his office, I quickly made a move and suddenly
stumbled on the faucet that was placed near a flight of small stairs. All my printed materials on
research that I showed to my supervisor fell scattered on the unswept floor. A lady in her 50s,
came out of nowhere, helped pick up the materials. Again, I felt worthless. Another rescuer saved
things first other than me. I didn’t realise that my tears started to fall like the rain dropping
massively that day.
“Are you fine? Come, hold my hand. I assist you to the chair over there.” She offered her
aid to me.
“Thank you, kakak” I said to her while wiping my tears, shamelessly.
“I’m sorry to ask, but what happened just now? I heard a loud sound coming when I was
cleaning the washroom. I was about to come here to sweep the floor too.” She explained.
“I was in a hurry just now. I didn’t notice a faucet there. My mistake.”
“I see, you looked gloomy. Are you hurt?” The voice raised a piece of concern.
I kept silent for a while before I continued saying that it wasn’t my ankle that was hurt but
deep inside I was feeling empty and wounded more. It’s like there’s no way out. It was like the
dead end.
“Don’t worry, adik. Talk to your lecturer nicely. He will understand you.” As if she knew
from A to Z, her advise made my day.
“ There are a few students like you whom I met facing the same problem. They didn’t tell
me but my wild guess proved to be true today”. She told her experience to me. Soft and tender.
“Adik, it’s not easy to be a student like you. You came here spending your time, money
and energy to get a scroll. You just imagined yourself, holding the scroll that you aimed for so
long on the stage”.
“It wasn’t easy also to be a cleaner like me. Sometimes people looked down on me,
passing by without noticing me. I was once feel disheartened by the look”.
“So, we are in the same boat, kakak. It’s just that our situation is slightly different”.
“Yes, but I came to ignore that unwanted feeling. Why bothered? I’m here to serve the
best to the university, I have my pride and dignity that I hold on to. I shouldn’t show to them my
113
grudge, there’s no point. Life must go on. Just leave your misery behind and do what you are
supposed to do, I always say that to myself. So then the grief goes away”. Her strong tone of
voice portrayed her as a resilient woman. I’m very impressed with her profound character.
“I couldn’t agree more with what you have said to me, kakak. All your words are genuine.
It made me realise how important I am to the university. I surely bear that in mind”.
For the first time I was like Wonder Woman with the delicate carved shield, handed tightly
in my arm. Moving towards the green building where the university library was, I set my target to
do some amendments of my Introduction in Chapter 1.
I was lucky that nobody took my favourite seating. Taking out my laptop, recharging the
dead battery, I went to K section to look for some books for reference. They were also placed
quite high, but I was very careful, not to fall anymore.
“Need any help?” Once in a blue moon, I heard someone whispering. A male whisper.
“It’s you.” I said shortly. “It’s you who saved my book that day”.
Smiling charmingly, he justified his action for the second time to me.
“I actually wanted to save you but someone will get the wrong idea if they see me holding
a lady. Besides, the space is quite narrow and deserted. I thought it’s inappropriate to do that, sis.
I’m sorry”.
“You did nothing wrong, bro. I admit that I was surprised with your action. But with this
crystal-clear explanation, I am the one who should say sorry to you.”
“What are you searching actually? Maybe I can take a look and we discuss things together.
By the way, I am Firdaus Ehsan, fifth semester PhD student from School of Educational Studies.
“Just call me, Kak Alya”. I introduced myself to him. A wife and mother of four kids.
“Okay Kak Alya, let’s just get started. Working alone will be destructed, triple would be
nicer.”
“Triple?” Looking puzzled, he pointed to a lady, clad in a pink floral blouse sitting at the
table near my favourite spot.
“That’s my lovely wife, Sheena. She’s a postgraduate here too.”
“Then, triple is the best, Firdaus. Let’s make our move”. I said to him.
The whole afternoon, we managed to read a few chapters of a pile of books and had a
discussion on what we just read. I was so engrossed with the discussion and forgot that I had to
fetch my kids from ‘sekolah agama’ at 5 o’clock.
Bidding goodbye, I told the couple how relieved I was to have met them at the right time.
“I’ll buy both of you lunch next time, see ya!”
114
Getting home quite late that day, my husband waited on a wooden bench we put at the
right corner of our small porch, crossing his legs with Oyen, our cute little kitten, given birth by
Yaya two weeks ago, in his arm.
“How’s everything at university, Alya? Prof just texted me that you went out of his office
hurriedly and left the book he gave you before you headed out. I think that’s for your proposal.”
“Yeah, I was in a hurry. You know your wife is ‘young’ enough that she even left
‘everything’ on her way home.”
Making an attempt to understand what I said, he caressed Oyen like a baby and continued
saying, “He also told you to read one article on …I couldn’t remember the topic, but I wrote it down
on a piece of paper that I put on your working station. Do have a look later after you clean
yourself.”
“Okay, boss” I replied shortly after I got the message.
I then walked to my room, trying to recall what happened the whole day. Everything began
with a melancholic page-1 of my Introduction but ended with a hundred of cheerful pages of the
memories from the extraordinary people I met at the university. All the grievances and
dissatisfaction had crushed and burnt when I left ‘everything’ at the place they should be.
I noticed myself had changed ever since. I noticed myself making lots of new friends after
meeting Firdaus Ehsan and his wife, Sheena. We even had a circle of friends who supported
each other for the sake of studies. I even noticed myself becoming an avid reader of most recent
cited articles by Scopus indexed journal articles. And another thing that I also noticed myself, my
supervisor noticed my write-up and reminded me to read more articles to complete other chapters
of my proposal. It’s all about noticing yourself, then people will notice you.
Halipah binti Harun merupakan seorang bekas guru Bahasa
Inggeris di beberapa sekolah kebangsaan sebelum dilantik sebagai
pensyarah akademik di Jabatan Bahasa di Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman. Penulis ini telah menghasilkan beberapa
anekdot berkisar kisah hidup seorang guru di bawah seliaan Puan
Sri Diah dan antologi puisi bertemakan keamanan dan
kemerdekaan di bawah bimbingan Dr. Saleeh Rahamad sejak 2019.
Diiktiraf sebagai Pengkarya Guru Perak dalam projek penghasilan
buku Quick Facts Junior Health Ambassador Of Perak, antologi guru
dan puisi antidadah anjuran Unit HEM JPN Perak.
115
Hanya Kerana Nama
Ipah Harun
“Mak, kenapa nama Ipah lain daripada adik-beradik lain? Mak, siapa yang letakkan nama
Ipah? Sepatutnya nama Ipah lain, kan?” Soalan demi soalan kucetuskan acapkali aku berpeluang
bertanyakannya kepada mak.
Setiap pertanyaanku itu biasanya akan dibalas dengan reaksi mak yang bersahaja, tanpa
suara. Mak memang begitu, jika jawapan yang bakal diberi tidak memuaskan hati anak-anak,
senyuman sahaja yang akan terhidang di bibir. Aku yang tidak pernah mengalah, akan menyoal
mak berkali-kali. Biarpun begitu, jawapan tetap sama. Akupun selalu beria-ia ingin tahu tentang
namaku ini. Orang kata jika nama yang diberi jarang didengar, maka pemilik nama itu akan jadi
somebody. Aku pun mula berangan-angan untuk mendapat gelaran Datuk, ataupun Datin, dek
kerana perkataan somebody yang melekat dalam mindaku ini.
“Tak mustahil, kan, Ipah. Siapa tahu, rezeki engkau..” Hati lekas berbunga dengan impian
yang entah bila akan menjadi kenyataan.
“Biarlah bermimpi, percuma je..Mak doakan tau..” Aku tiba-tiba membuka cerita impianku
pada mak.
Lewat sore itu ketika sedang seronok menjamah cekodok hasil buatan sendiri dari pisang
yang mak beri kemarin, tiba-tiba aku terpandang akan mesej dari grup Whatsapp rakan-rakan
lama. Hati mula berdebar. Cekodok yang enak dijamah tadi, bertukar menjadi masin. Tidak suka
sangat perasaan ini.
‘Gagal lagikah aku? Kalau gagal terpaksa mohon lagi. Kena isi borang lagi. Minta guru
besar sahkan lagi. Buat salinan dokumen yang baharu buat kesekian kalinya.’
‘Ahhh! Macam-macam kena buat lagi..buat semula… Alamak, kalau proposal yang
bermasalah, aku kena cipta proposal yang ada novelty yang baharu, yang dapat beri sumbangan
kepada masyarakat, terutamanya sekolah dan bidang pendidikan. Semuanya yang ‘segar dari
ladang macam susu Farmfresh’ dan terkini. Argghhh…mengenangkan kegagalan dalam
permohonan untuk Hadiah Latihan Persekutuan sudah menyerabutkan fikiranku. Pengalaman
dua kali gagal yang terdahulu mula menghantui benak fikiranku ini. Susah benar nak lekat
permohonanku ini.’
“Ya, Allah semoga kali ini aku berjaya,” kutitip doa di saatku mula rasa gelisah.
Aku akui untuk menjadi orang yang ‘terpilih’ bukan perkara enteng. Banyak kriteria yang
mesti menepati syarat pemilihan. Sahabatku, Ustazah Siti Hajar yang banyak memberi panduan
tentang cara yang betul menyiapkan proposal, apa yang perlu ditulis dan apa yang dinilai.
116
“Kak, walaupun cuma sekeping proposal, tapi inilah cerminan kita apabila dipanggil
temuduga. Maksud Hajar, segalanya diambilkira dari yang ini,” beritahu Hajar sambil menuding
ke arah kertas setebal 20 mukasurat itu, berkongsi tips untuk menulis proposal dengan betul.
“Kak mesti tulis kajian rintis, ada kajian literatur yang kukuh dan metodologi yang jelas.
Nanti penemuduga akan soal kita satu persatu. Ala-ala mini viva gitu tau kak,” jelas Hajar.
“Viva tu apa, Hajar? Kak tak pernah dengar…” seperti ayam berak kapur lagakku.
Memang betul aku tiada idea langsung dengan perkataan yang bunyi seperti nama kereta
itu.
“Oooh..Hajar pun baru je tahu, kak..Sejak mohon HLP ni. Hajar rujuk di laman sesawang
pascasiswazah.com, viva atau viva voce tu bermaksud pemeriksaan lisan…Boleh juga diertikan
sebagai pembelaan tesis. Kak tau kan, sebagai pelajar master dan PhD, kita kena prepare tesis
nanti supaya dapat bergraduat.” Hajar memberi penerangan yang eksplisit sekali.
“Hajar, susahlah macam ni. Kak ni tak pandai bercakap. Maksudnya kak tak reti bab ‘bela’
tesis ni… Patutkah kak mohon HLP ni sebenarnya, Hajar?” Beginilah aku.
Sering memperkecil-kecilkan kemampuan sendiri. Seperti masalah yang tiada
penyelesaian. Seumpama jalan yang panjang yang tiada penghujungnya. Keyakinan diri yang
sangat rendah. Maklumlah ‘kampung people’.
“Ya Allah, kak ni. Kenapa cakap macam tu? Kak kan cikgu, selalu bercakap dengan murid,
kan, dengan pentadbir di sekolah pun mesti ada interaksi. Dalam mesyuarat..Perjumpaan panitia.
Janganlah takut-takutkan diri sebelum mencuba. Orang tua-tua selalu kata, berpantang maut
sebelum ajal.”
Pertempuran tidak dimenangi oleh pengecut.
Amber R. Duell
Ya, semestinya aku bukan seorang pengecut. Aku pernah tewas dalam pertandingan
yang sekolah anjurkan. Sewaktu di sekolah rendah, mak sering memberi motivasi supaya aku
masuk dalam pertandingan apapun untuk membina keyakinan dan jati diri. Aku cuba masuk
pertandingan hafazan. Kalah dalam bertanding. Punca? Level gelabah yang tinggi penyebab aku
lupa satu dua ayat dalam surah Al Qadr. Malunya…Mana nak letak muka. Walaupun baru berusia
10 tahun, tetapi jiwa seorang budak kecil tetap ada perasaan malu ketika membuat kesalahan.
Dah la tiada siapa pun datang memujuk. Kesian, budak kecil itu…Tapi budak kecil itu mampu
bangkit semula.
117
Mengimbau kenangan itu, aku juga pernah diketawakan semasa pertandingan pidato di
sekolah menengah. Waktu itu aku di Tingkatan Tiga.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda adalah apa yang anda makan.
Serangkap pantun akan saya hidangkan kepada semua, dengar ya.” Aku cuma sempat
menghabiskan baris kedua pantun tersebut sebelum perkataan seterusnya kabur dalam ingatan.
Lupa.
Nah, apa lagi…Geng pelajar putera (panggilan untuk pelajar lelaki di sekolahku)
semuanya ketawa terbahak-bahak dengan wajah mereka yang seolah-olah mengejekku. Geram
betul dengan mereka. Aku terus berlari turun dari pentas dan menahan rasa ingin menangis.
Kutunjukkan diriku tabah di hadapan orang lain. Pandai berlakon!
Benarlah kata-kata Hajar. Usah dilayan perasaan yang sering melayarkan masalah
sebelum tiba masanya. Just cross the bridge when you come to it. Kata-kata motivasi yang pernah
diluahkan oleh Dr. Umar Abdurrahman, pensyarah American Literature semasa aku mengambil
first degree itu menjadi pemangkin semangat kepadaku.
Aku masih merenung telefon Huawei P20 Twilight yang sudah lama aku miliki. Lantas aku
segera google ke alamat e-penawaran untuk menyemak status permohonan menyambung
pengajian PhD.
“Ya Allah, syukur…Dapat!”
Hampir menitis air mataku tatkala perkataan Sukacita dimaklumkan….terpapar di skrin
telefon. Aku membongkok dan menuruni badan untuk melakukan sujud syukur. Terpana suamiku
melihat perbuatanku di luar norma itu.
“Kenapa, kenapa? Apa yang berlaku? Bagitaulah.” Seakan tidak sabar menunggu
balasan daripadaku.
“Abang ingat tak hari tu Ipah mohon untuk HLP? Dah dapat keputusan hari ni, abang,
alhamdulillah Ipah berjaya, abang…”
Kutitip rasa syukur yang tiada terbanding dengan nikmat yang kuperoleh selama ini.
Hilang segala kegusaran tentang masalah yang mendatang buat seketika.
“Tahniah! Dah nak jadi doktor, isteri abang ni…,” Sempat lagi berseloroh sambil ketawa
kecil.
Selalu mengusik dan usikan pada hari ini amat bermakna. Sangat bahagia.
“Eh, dah telefon bagitau mak ke belum? Mak dengan bapak kena tau jugak tu. Mohon
restu dan doa dari mereka. Tiada yang terhijab dari doa seorang ibu.” Pesan suami.
118
Usai senja itu, berita gembira yang kukongsi bersama keluarga dijanjikan akan mendapat
habuan dengan meraikan bersama-sama menjamu hidangan ‘makan besar’ kesukaan anak-anak
pada malamnya. Masih PKP, belum berpeluang untuk keluar dine-in. Kes Covid-19 masih surge
lagi. Nyawa lebih berharga dari sebuah keraian. Harus sentiasa menghargai apa yang
dikurniakan Tuhan kepada kita. Aku mengingati diri sendiri.
Beberapa minggu selepas keputusan diterima, aku berusaha menyiapkan slaid
perbentangan proposal seperti yang diminta oleh pihak Bahagian Biasiswa. Sudah pastinya untuk
temu duga. Berbekalkan sedikit pengalaman membuat perbentangan kertas kerja sebelum ini,
aku menggunakan kemahiran aplikasi Canva yang digalakkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia kepada pengguna pelantar Delima untuk menghasilkan unsur wow dalam perbentangan
itu nanti. Harapnya betul-betul ada wow lah, getus hati kecilku.
Tiba hari temu duga, aku dibawa ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim oleh suami beserta
dengan mak. Mak turut sama menemani kerana ada urusan di Sungai Petani. Bagus juga ada
mak, penguat semangatku. Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, mak masih lagi
menyediakan bekal seperti semasa aku di sekolah dahulu. Sebekas bingka roti dan sebotol air
kopi cap Raga kegemaranku.
“Mak, tak boleh nak telanlah kuih mak ni. Ipah tau memang sedap kalau mak buat, tapi
dalam perut ada banyak rama-rama ni, mak.”
Mak yang selalunya faham dengan sikapku setiap kali hendak melalui temuduga dan
perbentangan terus menyapa.
“Tak apa, minum sikit air kopi tu. Nanti bila dah selesai, baru jamah kuih.”
Kelihatan riak kerisauan di wajah mak.
“InsyaAllah, jangan risau sangat. Banyak-banyak baca doa, semoga Allah permudahkan
urusan temuduga itu nanti,” ujar mak tatkala aku melangkah keluar dari kereta menuju ke bilik
menunggu.
Perjalanan pulang ke rumah mak, dirasakan agak panjang. Bukan kerana kesibukan jalan
raya seperti kebiasaan yang ditempuh setiap kali pulang ke kampung. Kepalaku seolah-olah sarat
dengan soalan-soalan yang ditanya oleh penemu duga. Dua orang penemu duga wanita dan
seorang lelaki yang tidak lokek dengan senyuman. Masih ketara paras rupa mereka. Mereka
kelihatan tenang. Entah bagaimana mereka melihat diriku. Aku menunjukkan rasa yakin di sebalik
pemakaian blazer hitam itu. Mujur muat, sejak PKP berat asyik naik. Mungkin sebelum temu
duga, kurang makan sikit. Konon-konon sebab sibuk menyiapkan slaid dan berlatih menjawab
soalan dan membuat FAQ sendiri.
119
Making assumptions! Itu salah satu perkara yang kupelajari semasa mengambil kursus
Research Methodology untuk tajuk Kajian Kuantitatif dan aku membuat andaian demi andaian
lagi sehingga tiba ke rumah mak. Kali ini aku berdepan dengan andaian sama ada aku akan
berjaya atau tidak memegang title calon HLP 2021 selepas selesai temuduga tadi. Cuaknya
dengan perasaan dan andaian ini.
Setibanya di rumah, anak bongsuku terus menerpa dan mencari ‘barang’ dalam kereta.
“Sorry lah adik, ibu tak sempat nak beli apa-apa. Ibu nak terus balik, penat sangat.”
“Eh, takpa la ibu! Adik bukan suruh ibu beli apapun kan?” Pandai juga dia menyorok
keinginannya.
“Nanti ibu belikan ye,” kupujuk si anak kecil yang tidak merungut untuk dibelikan sesuatu.
Secepat kilat, aku segera bergegas ke dapur, ingin menyuap sesuatu kerana terasa amat
lapar.
“Jangankan gajah dan harimau, dinosaur pun boleh telan dah ni, mak.”
Telahanku menggambarkan keadaan perutku yang sedang berkeroncong itu. Kujamah
tiga ketul bingka roti dan secawan air kopi untuk melengkapkan ‘kemahuan’ perut ini. Lega.
Mak turut duduk bersebelahan untuk menghabiskan baki air kopi yang dituang tadi.
Kutahu mak pun tentu tidak dapat makan dengan berselera sebelum aku masuk ke bilik temu
duga. Kuberjanji dengan mak akan menceritakan perihal proses temu duga tadi sesudah
membersihkan diri dan solat Zohor sebentar nanti. Baru seronok bercerita, kataku.
Aku mula perasan setiap kali aku bercerita tentang temu duga dan pengalaman lain pada
mak, kuamati wajahnya yang begitu tegar mahu mendengar. Tidak berkedip matanya. Begitu
menghayati. Cuma sesekali mak melemparkan senyuman tanda setuju dan jarang sekali mak
mencelah. Suasana hingar-bingar ketika itu dek kehadiran anak-anak saudara yang ramai,
menjadikan hari itu satu episod kehidupan yang lengkap untuk dijadikan sebuah kisah yang
indah.
“Kalau Ipah nak tau dari mana asalnya nama Ipah tu, sebenarnya bapak yang namakan
selepas nama Dr. Halipah terpapar di surat khabar pada hari pendaftaran nama Ipah di balai
polis. Semoga berkat nama tersebut, menjadilah anak mak seorang doktor falsafah sepertimana
impian bapak suatu masa dahulu…” ujar mak dengan tidak semena-mena.
Jawapan yang kutanya selama ini sudah ada. Hanya pada nama, semoga impian semua
terlaksana. Amin!
120
Halipah binti Harun merupakan seorang bekas guru Bahasa
Inggeris di beberapa sekolah kebangsaan sebelum dilantik sebagai
pensyarah akademik di Jabatan Bahasa di Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman. Penulis ini telah menghasilkan beberapa
anekdot berkisar kisah hidup seorang guru di bawah seliaan Puan
Sri Diah dan antologi puisi bertemakan keamanan dan
kemerdekaan di bawah bimbingan Dr. Saleeh Rahamad sejak 2019.
Diiktiraf sebagai Pengkarya Guru Perak dalam projek penghasilan
buku Quick Facts Junior Health Ambassador Of Perak, antologi guru
dan puisi antidadah anjuran Unit HEM JPN Perak.
121
SIX IN ONE = GRADUATE ON TIME
Nur Adibah Liyana Awi
“Tahniah Nur Adibah Liyana binti Awi.” Kepala ditundukkan, tangan dihulurkan dan
mencapai skrol Ijazah Sarjana dengan penuh rasa syukur, pada tanggal 6 Disember 2021.
“Terima kasih Prof,” aku menuntun kata azimat terima kasih.
Meskipun dalam norma baharu, tiada waris yang hadir bersama, tiada sentuhan fizikal
dan penjarakan, aku tetap bersyukur dapat menaiki tangga pentas Majlis Konvokesyen kali ke-
49, Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur tidak henti-henti sehinggakan diri terasa ingin terus
sujud pada tikar sejadah. Hadiah buat ummi abah, suami dan anak-anakku, Nur Afiyah Liyana
dan Nur Atiyah Liyana. Hatiku sebak teringatkan ummi abah yang sanggup hadir dari Terengganu
dan menghantarku awal pagi ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Mereka insan paling bahagia
melihat anaknya berjaya. Aku dapat melihat wajah kebahagiaan ummi dan abah. Sangat jelas
terpancar. Kami berpelukan hingga tanpa disedari air mata bercucuran.
****
Tiga tahun yang lalu saat aku meminta surat pengesahan belajar. Inilah langkah
pertamaku. Aku pasakkan niat utama menyambung pelajaran kerana Lillahi Taala.
“Sayang, jangan lupa minta surat,” pesan suamiku pada hujung panggilan telefon.
Aku akur. Surat ini antara dokumen untuk melengkapkan permohonan ke peringkat
sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, aku telah memaklumkan kepada ummi
dan abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Mereka sangat menyokong. Pada
ketika ini, fikiranku melayang membayangkan kesusahan yang akan tiba sekiranya lulus seolah-
olah terlepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Namun begitu, aku yakin inilah jawapan
istikharahku. Istikharah bukan sahaja hadir melalui mimpi, bahkan ketetapan hati mengambil
keputusan.
Alhamdulillah, aku lulus diterima menjadi warga UKM. Setelah perjuangan menghabiskan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru selama lima tahun, aku meneruskan
perjalanan mencari ilmu. Hanya dua bulan diriku bebas daripada kerja kursus, pembentangan,
peperiksaan dan kelas. Kini, aku masih dibelenggu dengan perkara tersebut. 12 September 2018,
tarikh pertama kali aku mendaftarkan diri. Saat ini, aku berdoa semoga semangat belajar hadir
bersama anak yang baru berusia empat bulan dalam rahimku. Pada waktu ini, aku bertugas
menjadi guru ganti di sekolah rendah sementara menunggu panggilan temu duga.
122
‘Alhamdulillah, bayaran gaji ini mampu menampung yuran pengajianku tanpa meminta
biasiswa daripada suami dan kedua ibu bapaku. Aku mampu,’ ujar diriku dengan semangat untuk
menghabiskan pengajian ijazah sarjana.
Banyak tip yang aku pelajari dari suamiku, Muhamad Naufal bin Badarudin yang juga
seorang Master Holder dan sedang mengikuti program Ijazah Doktor Falsafah di UKM dalam
bidang Pendidikan Bahasa Arab. Teringat aku pada perbualan ilmiah antara aku dan suamiku
ketika kami beransur pulang ke rumah sewa kami.
“Sayang perasan tak, kenapa ada orang sampai tiga empat tahun tak habis-habis
Master?” Tanya suamiku.
Aku dengan muka keletihan menjawab, “Mungkin tak urus masa dengan baik, terlalu
sibuk, banyak main.”
Jawab suamiku.
“Pertama, bagi part time macam kita ni, perlu pilih coursework atau Mod C, memanglah
banyak kelas, banyak assignment, tetapi masih ok sebab kita tidak terikat dengan viva yang mana
kita perlu ikut timeline yang betul. Kedua, pastikan pada awal semester 1 dan 2, kita pulun
habiskan semua subjek. Kalau tengok masa daftar subjek nanti, bagi part time kita telah dihadkan
dalam sistem 9 kredit sahaja tetapi boleh kita minta 12 kredit di kaunter pertanyaan di FPend.
Ketiga, subjek wajib kampus cuba habiskan pada awal semester, contohnya Kaedah
Penyelidikan 1. Penulisan Akademik 1 wajib ambil pada Semester 1. Nak tahu tak sayang? Kalau
Semester 1 kita tak ambil subjek Kaedah Penyelidikan 1, kita tak diizinkan ambil Kaedah
Penyelidikan 2. Sama juga Penulisan Akademik. Kena bijak. Keempat, subjek kursus pula
pastikan subjek yang ditawarkan sekali setahun mengikut bilangan pelajar, kita telah selesaikan
awal-awal. Risau tersangkut pada Semester 4. Kelima, Semester 3 kita akan rasa ringan sebab
subjek dah kurang dan boleh fokus pada penulisan Kertas Projek 1. Semester 4, sayang ambil
subjek Penulisan Akademik 2 dan Kertas Projek 2. Maka, kita akan lebih fokus kepada penulisan
kertas projek. Tambahan lagi, subjek Penulisan Akademik 2 kita boleh gunakan kajian kita untuk
membuat artikel. Sangatlah mudah bagi kita yang part time ini nak selesaikan mengikut on time.
Senangkan?”
Panjang lebar tetapi penuh manfaat. Terasa mindaku sedikit terbuka. Suamiku memang
layak menjadi supervisor kedua aku. Jadual aku mulai padat. Pagi aku hadir ke sekolah
menunaikan kewajipan mendidik anak bangsa. Walaupun hanya bergelar guru ganti, amanah itu
tetap harus dipikul dengan sebaik mungkin. Petang pula aku berkejar-kejar ke kelas UKM
sehinggalah maghrib. Telefon tidak pernah berenggang dari tanganku. Itu belum lagi saat aku
123
perlu hadir untuk pemeriksaan ibu dan anak. Badan rasa tidak mampu bertahan, namun aku
gagahkan diri.
“Abang, dah balik sekolah ke? Abang dah makan? Sayang dah tinggalkan lauk dalam
periuk, tengah hari tadi sayang singgah ke rumah, panaskan lauk untuk abang. Nanti abang
makan ya,” bertalu-talu mesej dihantar kepada suamiku.
Ya, itulah tanggungjawab isteri. Walaupun baru setahun jagung aku mengenal erti
tanggungjawab sebagai isteri, bagiku keperluan suami perlu disediakan meskipun masa sangat
mengejar. Gegaran bunyi telefon mengejutkanku. Mesej masuk.
“Sayang, abang dah makan, abang ada kelas mengaji malam ni, mungkin habis pukul 10
malam, terima kasih sayang sediakan makan malam abang, lain kali tak perlu sediakan makanan,
abang faham sangat sayang sibuk. Nanti drive kereta elok-elok.”
Aku tersenyum. Lega. Terima kasih Allah. Dia suami yang sangat memahami. Aku tidak
lupa rutin harianku menanyakan khabar ummi dan abahku melalui telefon. Kedengaran suara
mereka amat menyenangkanku. Pada hujung panggilan, akanku minta doa daripada mereka agar
dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam hidup.
28 Januari 2019. Aku berjuang. Syukur Allah masih memanjangkan usiaku. Dikurniakan
penyejuk mata, Nur Afiyah Liyana nama yang diberi. Kali ini, aku belajar menggalas
tanggungjawab sebagai seorang ibu. Aku masih ingat saat Afiyah sembilan bulan dalam
kandunganku, aku berperang di dewan menyelesaikan peperiksaan Kaedah Penyelidikan 1.
Sekali sekala tendangannya membuatkanku tidak selesa.
Namun, aku sentiasa berdialog dengan anakku agar dia turut bersemangat menuntut ilmu.
Seminggu sebelum peperiksaan, aku telah banyak menghabiskan masaku di perpustakaan.
Ketika ini, kontrak guru ganti telah berakhir dan menunggu masa untuk melaporkan diri sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 iaitu pada 22 Januari 2019. Bulan Januari-Jun 2019,
aku rehat seketika daripada kelas, pembentangan, peperiksaan dan kerja kursus. 30 April 2019
aku telah kembali menunaikan amanahku mendidik anak bangsa.
September 2019 aku kembali menyelesaikan semester ke-2 yang telah tertangguh.
“Afiyah, anak mommy yang kuat. Mommy ke sekolah dulu ya, sayang. Lepas tu Mommy
pergi belajar, malam kita jumpa ya, sayang,” pesanku kepada Afiyah tatkala tiba kelasku hingga
malam hari. Hatiku menjerit menginginkan masa yang lama untuk bersama anakku.
Sedih. Sebak. Pilu. Itulah perasaanku setiap kali pada waktu pagi terpaksa meninggalkan
anak kepada pengasuh dan menunggu sehingga waktu malam barulah aku dapat menciumnya
kembali. Hati ibu, sayu meninggalkan anak walaupun sekejap. Hanya doa dan tawakal yang
sentiasa menjadi penguat. Sewaktu ke kelas, antara gap rehat yang diberikan pensyarah, ketika
124
itulah aku gigih menambah stok susu untuk anakku. Walaupun Afiyah tiada di sisi, aku akan
berusaha menyediakan susu eksklusif untuknya. Penat tetapi terasa puas apabila setiap kali
Afiyah menghabiskan susu yang diminumnya.
"Aina, nanti kalau kena turn kita kena bentang, mesej saya ya," aku berbisik kepada
rakan sebelahku.
"Hah, nak ke mana tu?” balas rakanku.
"Ke surau," inilah jawapanku.
Tempat untuk aku menunaikan hak buat anakku.
"Ok, faham sangat dah," balas rakannya sambil kepalanya mengangguk-angguk.
Jam 7:15 pagi hingga 4:00 petang. Tempoh anakku bersama pengasuh. 4:00 petang
hingga 10:00 malam, anakku bersama ayahnya. Terima kasih suamiku kerana sanggup menjaga
anak. Ketika itu, Afiyah baru berusia sembilan bulan. Aku beruntung memilikinya, suami yang
memahami, meredai isteri mencari ilmu dan sanggup menjaga anak. Terima kasih abang.
“Sayang, esok kita balik kampung, ada kenduri jiran,” kata suamiku yang ketika ini jam
menunjukkan 10:00 malam dan aku baru melangkah masuk ke rumah.
“Ya Allah, sayang baru balik. Dengan kerjanya berlambak, kena siapkan tugasan. Esok
ada perbincangan kumpulan lagi. Abang cakaplah esok kita ada hal,” ujarku tanpa berfikir.
Suamiku diam seribu bahasa. Langkahku terus ke dapur, menguruskan botol-botol susu,
pakaian dan makanan lebih disimpan ke dalam peti. Sayup-sayup kedengaran bunyi tangisan
Afiyah yang disangkakan tidur lena dalam buaiannya. Dia seakan-akan dapat menghidu bau
ibunya yang baru pulang. Makin lama, makin kuat tangisannya minta diangkat.
“Afiyah, kenapa bangun? Mommy penat sangat,” jeritku dari dapur.
Aku menghiraukan tangisan itu. Ketika itu, aku mengeluh dan air mataku mengalir laju.
Stress lalu aku berlari masuk ke dalam bilik, menangkup bantal ke muka dan menangis sekuat
hati. Sungguh, aku penat. Tiba-tiba suamiku masuk ke dalam bilik dan tutur bicaranya yang
lembut, mampu mencairkan hatiku.
“Sayang, pergi bersihkan diri, ambil wudhuk, solat. Abang tahu sayang tak larat. Afiyah
ok, abang dah tenangkan dia. Mungkin dia rindukan mommynya,” kata suamiku.
Aku bangun kuatkan diri. Benar kata suamiku, memang ada ketenangan dalam solat. Aku
berlari mendapatkan anakku. Aku peluk cium ubun-ubunnya. Ya Allah, berdosanya aku.
Bercakap kasar dengan suami, merasakan anak itu memberi susah kepadaku. Aku menangis
teresak-esak dengan meminta maaf kepada suami dan anakku. Aku bermonolog dalam hatiku.
‘Anak anugerah terindah. Seharusnya aku tidak mensia-siakannya walaupun aku
sebenarnya penat belajar, bekerja dan menguruskan rumahtangga. Aku belajar sesuatu. Allah
125
akan mudahkan segala urusan sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu perkara. Percayalah.
Terima kasih Allah kerana menyedarkanku.’
Februari 2020, aku memasuki semester ke-3. Ketika ini, kelasku hanya pada sebelah
petang. Selesai sesi persekolahan, aku terus memandu ke UKM. Bekerja sambil belajar, memang
terasa masa sangat mencemburui. Aku sentiasa ingat pesanan majikanku, kerja hakiki tetap perlu
diutamakan, tetapi tidak bermakna kerja lain diabaikan. Meskipun terdapat mesyuarat, aku hadir
terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, aku menghormati guru-guruku dengan memaklumkan
hadir lewat kerana menghadiri mesyuarat di sekolah. Ya, itulah namanya adab. Adab dengan
guru yang perlu dijaga walaupun usia kita makin meningkat.
Aku beruntung kerana diberikan supervisor yang sangat membantuku, Dr. Hafizhah binti
Zulkifli. Pada awal perjumpaan kami, beliau menyarankan agar mengutip data dengan segera.
Aku akur dan setiap kali persoalan bermain di minda, aku akan mencari beliau dan suamiku.
Ternyata, kutipan data itu sangat bererti bagiku. Tiada sesiapa yang menduga, seluruh negara
diancam dengan pandemik Covid-19 pada pertengahan Mac 2020 dan ketika itulah, sesi
persekolahan ditangguhkan. Aku menarik nafas lega kerana aku telah berjaya mengutip data
kajianku berkaitan PAK21 dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Disebabkan itu, kuliah mula
dilaksanakan secara alam maya. Sesuatu yang baru bagiku, juga buat semua yang terkesan
dengan pandemik ini.
“Abang, pukul 8:00 hingga 10:30 malam ni sayang ada kelas Penulisan Akademik 2,” aku
memaklumkan kepada suamiku.
“Baik sayang. Nanti tutup pintu ya. Selamat belajar,” jawab suamiku dengan tenang.
Ya, beginilah rutinku pada setiap hari Khamis malam, sepanjang bulan Oktober 2020–
Februari 2021. Aku menghadiri kuliah alam maya sementara suamiku menjaga anak.
Semester ke-4 merupakan semester terakhir. Aku mengikut saranan suamiku dengan
hanya mendaftar subjek Penulisan Akademik 2 dan Kertas Projek 2. Subjek lain telah
kuselesaikan pada semester sebelum ini. Benarlah, merancang dengan bijak sangat penting
untuk Graduate On Time. Aku berjaya menyelesaikan Bab 4 dan Bab 5 meskipun ketika ini aku
fulltime menjaga anak, menyediakan bahan, mengajar kelas online dan rahimku dihuni zuriat
kami yang kedua yang baru sahaja berusia 3 bulan.
Aku berperang dengan Morning Sickness dan tantrum anak sulongku. Namun, aku hadapi
dengan tenang bertemankan sokongan suamiku. Pada sebelah malam, lampu bilik kerja sentiasa
terbuka. Di situlah aku dan suamiku bersama-sama menyelesaikan tugasan. Kami menikmati
waktu-waktu ketika manusia dibuai mimpi indah. Secangkir kopi panas terhidang di atas meja.
126
Kami menutupi malam hari dengan bersujud kepada Allah yang Maha Esa, agar diberikan
kemudahan kepada kami pada hari mendatang.
****
“Perarakan keluar…. hadirin diminta berdiri,” aku tersedar dari lamunan yang lama setelah
mendengar kata penutup pengerusi majlis.
Aku berdiri dan tersenyum. Syukur. Linangan air mata tanpa disedari membasahi pipiku.
Aku teringatkan ummi, abah, suami dan kedua-dua puteriku Afiyah dan Atiyah. Lalu aku menatap
potret ummi, abah dan keluargaku yang tersimpan dalam Gallery serta menjadi kenangan
konvokesyen peringkat sarjana. Aku tergamam, ternyata aku telah melalui saat-saat genting
sehinggakan menggugat diriku untuk berhenti di pertengahan jalan.
Aku percaya segalanya datang daripada kekuatan doa dari ummi, abah, arwah mak dan
ayah mentua, suami dan anakku juga sokongan moral yang tidak putus dari ummi abah dan
suamiku. Restu daripada suami sangat bererti bagi isteri yang menyambung pelajaran yang lebih
tinggi. Ikhlaskanlah hati dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan termasuklah menjaga anak,
melayan suami, meluangkan masa bersama keluarga walaupun pada masa tersebut dibelenggu
dengan lambakan kerja kursus yang perlu dihantar.
Yakinlah, Allah akan mudahkan jalan sekiranya ikhlas semata-mata kerana-Nya. Aku
seorang hamba Allah, isteri, anak, ibu, pekerja dan pelajar. Six in One (6 in 1). Alhamdulillah,
aku berjaya Graduate On Time. Bukan sesuatu yang mudah, perlukan keyakinan, kesabaran,
kegigihan, keikhlasan, pengorbanan, adab dan restu. Inilah kemanisan yang kurasai setelah
melalui kepahitan yang mengajar erti sebuah kejayaan dalam kehidupan.
Nur Adibah Liyana binti Awi merupakan puteri kepada Awi bin
Salleh dan Suriani binti Said yang berasal dari Kuala Terengganu,
Terengganu. Dilahirkan pada 5 April 1995. Mendapat pendidikan
awal di SK Kebor Ayer, seterusnya ke SMKA Tok Jiring yang kini
dikenali SMKA Dato Haji Abbas, Kuala Terengganu. Menyambung
pelajaran peringkat ijazah di Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam, Bangi selama lima tahun dan memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam dengan kepujian (2018).
Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan Islam di Universiti
Kebangsaan Malaysia (2021). Kini berkhidmat sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan DG41 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 8(1) daripada tahun 2019.
127
Kerja Sambil Belajar Bukan Penghalang Got
Muhamad Naufal Badarudin
Berdegup kencang jantungku pada saat nama disebut di pentas Majlis Konvokesyen
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-47.
“Seterusnya, majlis mempersilakan Muhamad Naufal bin Badarudin, graduan Ijazah
Sarjana Pendidikan Bahasa Arab,” kata pengerusi majlis yang segak bergaya.
Saat indah yang aku nanti-nantikan setelah dua tahun perjuangan bergelar siswazah yang
sedang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Ya, memang tidak dinafikan kerja sambil belajar
sangat memerlukan banyak pengorbanan daripada pelbagai aspek seperti masa, wang ringgit,
tanggungjawab, amanah dan tugas hakiki.
Aku pun terus turun dari pentas konvokesyen tersebut setelah selesai bersalaman dan
mengambil skrol. Perasaan yang paling sebak apabila melihat dengan mata aku sendiri wajah
kegembiraan dan kebanggaan seorang emak. Tanpa perasaan segan silu, mak dan aku
berpelukan antara satu sama lain sambil menitiskan air mata terharu seperti menggambarkan
rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas kejayaan yang aku kecapi pada hari bermakna ini.
Inilah saat yang paling indah yang aku rasa apabila bangganya seorang emak kepada
anaknya. Aku yakin yang ayah juga pasti bangga dengan aku sekiranya ayah pun berada di sini.
Tapi Allah lebih menyayangi ayah yang sangat aku rindui. Walaubagaimanapun aku tetap
bersyukur dengan kehadiran insan yang juga menjadi pendorong kejayaanku pada hari ini iaitu
isteri dan anak yang tercinta. Aku terus kembali ke tempat dudukku sambil fikiranku melayang
mengingatkan kembali kisah perjuangan pahit manis, suka duka dan liku-liku perjalanan
kesarjanaan yang aku lalui sebelum ini.
******
Kisahnya bermula apabila aku mempunyai satu keazaman yang tinggi untuk meneruskan
dunia pendidikan hidupku dengan status sebagai siswazah ijazah sarjana. Lantas aku memasang
niat dalam hati untuk teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dengan niat menuntut ilmu
kerana Allah. Aku harap dengan niat yang betul insha-Allah semua langkahku dalam misi
menuntut ilmu ini diiringi dengan pahala.
“Mak, ayah, boleh tak kalau adik nak sambung master lepas habis degree kat IPG ni,”
kata aku kepada mak dan ayah selepas tamat peperiksaan semester 8 pengajian Ijazah Sarjana
Muda.
Inilah kata-kata yang terpahat dalam memori hingga sekarang apabila aku meminta izin
kepada mak dan ayah dalam perbualan telefon. Kemudian aku terus rujuk kepada semua
128
pensyarah yang rapat untuk bertanyakan pendapat dan kaedah bagi menyambung pengajian ke
peringkat sarjana. Tidak lupa juga untukku bertanya kepada rakan-rakan senior yang telah
menyambung pengajian ke peringkat sarjana bagi memudahkan aku merancang perjalanan
pengajian pascasiswazah ini. Perancangan seperti ini wajib dilakukan bagi diriku kerana dengan
perancangan yang rapi inilah boleh menghasilkan sebuah kejayaan. Aku tidak mengharapkan
Graduate On Time (GOT), tapi aku hanya mengharapkan perjalanan pensiswazahan ini berjalan
lancar hingga tamat dengan jayanya.
Tanpa melengahkan masa, aku terus bertanya kepada pensyarah dan rakan senior
berkaitan universiti dan pengkhususan yang sesuai untuk aku ceburi. Perkara seperti ini juga aku
lakukan semasa aku berusaha mencari jodohku yang sekarang iaitu dengan membuat survey
dan penelitian awal. Setelah hampir tiga hari aku mencari jawapan, akhirnya aku membuat
keputusan hasil daripada perbincangan bersama mereka untuk menyambung pengajian
peringkat sarjana di UKM dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Penyelia yang aku pilih pula
ialah Prof. Dr. Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff.
Perkara pertama yang aku lakukan ialah melayari laman web http://guest.ukm.my/ bagi
mendaftar pengajian sarjana ini dengan bayaran hanya RM30. Aku mengisi borang pendaftaran
ini secara dalam talian dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.
Akhirnya, keputusan permohonan keluar pada 26 Disember 2016 dan terpampang pada
paparan skrin bahawa aku lulus untuk menyambung pengajian sarjana di UKM dalam bidang
Pendidikan Bahasa Arab. Selang beberapa hari, keluar pula keputusan peperiksaan semester
akhir pengajian degree aku. Pada saat ini aku terfikir bahawa tercapai impian aku untuk teruskan
pengajian master sejurus selepas tamat degree.
Tiba tarikh yang dinanti-nantikan, aku melaporkan diri sebagai siswazah di Fakulti
Pendidikan UKM pada 15 Februari 2017. Aku mendapat tip yang sangat bermanfaat daripada
taklimat pendaftaran untuk mengambil kursus-kursus yang tepat dan betul pada semester satu
ini supaya boleh GOT dalam masa dua tahun. Hal ini kerana terdapat kursus-kursus yang perlu
diambil terlebih dahulu pada semester satu ini seperti Kaedah Penyelidikan Satu dan Penulisan
Akademik Satu.
Kemudian pada semester kedua diikuti dengan kursus Kaedah Penyelidikan Dua dan
semester tiga pula ialah Penulisan Akademik Dua. Perkara seperti ini sangat penting untuk
diketahui oleh pelajar supaya tidak berlaku sebarang masalah pada semester-semester yang
akan datang. Selain itu, syarat graduasi pun perlu dipandang serius supaya aku layak untuk
menyertai konvokesyen nanti. Satu perkara yang aku pegang hingga sekarang, sewaktu taklimat
hari pendaftaran perlu fokus sepenuhnya. Bagi aku, sebagai seorang pelajar haruslah sentiasa
129
fokus dalam setiap perkara seperti di dalam bilik kuliah, semasa membuat tugasan dan semua
perkara yang dilakukan.
Perjalanan kesarjanaan aku ini ditambah dengan cabaran besar apabila aku mendapat
surat lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 pada tarikh 2 Mei 2017. Pada
saat ini aku masih berada pada semester satu. Dalam minggu yang sama, aku juga telah selamat
diijabkabulkan bersama isteri tersayang pada tarikh 29 April 2017. Kini, peranan aku sebagai
seorang pelajar sarjana ditambah dengan tanggungjawab sebagai seorang pegawai kerajaan,
suami dan ketua keluarga. Tidak dilupakan juga amanah aku sebagai hamba Allah, sebagai anak,
sebagai adik dan sebagai ahli keluarga isteri yang baharu.
Ternyata benar sangkaanku apabila bermula episod aku melaporkan diri sebagai pegawai
kerajaan, aku perlu ingat bahawa kerja hakiki yang sebenar adalah guru sekolah dan kerja
sambilan aku sekarang ialah pelajar. Perancangan yang aku lakukan semasa mengisi borang
permohonan master dahulu adalah tepat apabila aku memilih program pelajar separuh masa.
Saat ini juga aku sedar bahawa aku sedang bekerja sambil belajar. Bermulalah corak
kehidupan yang baharu bagi diriku ini. Aku perlu membahagikan masa dengan baik supaya tidak
berlakunya tekanan. Jadual harian aku juga turut berubah dengan bangun lebih awal daripada
biasa iaitu pada pukul 4 pagi. Hari-hariku dimulakan dengan amalan solat sunat dan bacaan Al-
Quran. Kemudian sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Subuh, aku membuka
komputer riba dan melaksanakan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku perlu
mencuri masa yang ada supaya setiap masa yang berjalan tidak disiakan.
Tiba di sekolah aku fokus terhadap kerja hakiki. Aku tidak akan melaksanakan tugasan
yang berkaitan dengan pengajian sarjana melainkan tugasan kerja hakiki telah selesai. Aku juga
tidak pernah memberi alasan kepada ketua jabatan dan rakan-rakan sejawat yang lain untuk
menyelesaikan tugasan pengajian aku. Sekiranya ada mesyuarat di sekolah, aku dahulukan
mesyuarat terlebih dahulu dan dalam masa yang sama aku telah meminta izin kepada pensyarah
atas kekangan tersebut.
Aku sangat mementingkan adab, baik dengan pensyarah mahupun dengan ketua jabatan
kerana di situlah wujudnya keberkatan. Kerja-kerja hakiki aku siapkan sepenuhnya di tempat
kerja supaya aku boleh fokus tugasan pengajian dan rutin harian di rumah dengan baik. Semua
tugasan pengajian aku lakukan di rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab aku sebagai
seorang suami dan ketua keluarga.
Aku meneruskan rutin harianku di rumah seperti biasa tanpa mengenepikan amanah
sebagai suami. Namun aku tetap akan mencari masa yang terluang bagi menyelesaikan semua
tugasan kesarjanaan. Aku berpegang kepada prinsip hidupku ‘Dunia Biarlah Berpenat, Akhirat
130
Tempatku Berehat’. Antara waktu yang ada ialah selepas waktu isyak dan ke atas serta jika perlu,
aku akan tidur lewat bagi menyiapkan semua tugasan yang tertangguh.
Walaupun kehidupan aku dibayangi dengan kehidupan seorang pelajar, aku tetap tidak
lupa akan peranan sebagai seorang anak lelaki. Hampir setiap hari aku akan menelefon emak
dan ayahku untuk bertanyakan khabar. Waktu yang paling tepat bagi diriku untuk menelefon
mereka ialah pada waktu pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku rasa sangat
bahagia dan tenang walaupun setiap hari aku mempunyai jadual yang sangat padat kerana setiap
langkahku diiringi dengan niat kerana Allah, doa emak ayah dan reda isteri serta ahli keluargaku
yang lain.
Perkara yang paling aku ingat sepanjang perjalanan master ini, aku diminta oleh
pensyarah semasa berlangsungnya hari majlis perkahwinanku untuk menghantar tugasan
dengan segera. Saat itu aku sangat terkejut dan tertekan tetapi aku ambilnya sebagai satu
perjuangan. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa
menyokong minatku. Isteri menemani aku bagi menyiapkan tugasan di waktu orang lain nyenyak
tidur setelah kepenantan melaksanakan majlis perkahwinan.
“Sayang, abang minta maaf ya sebab kene hantar juga tugasan malam ni,” aku
menyatakan kepada isteriku dengan perasaan serba salah. Ketika itu jam menunjukkan jam 2:00
pagi.
Selepas peristiwa itu, aku belajar sesuatu. Ikatan perkahwinan bukan semata-mata
mencari keseronokan, bahkan saling memahami menjadi kunci kebahagiaan. Kami berdua
semakin rapat dan senantiasa bersama di saat susah mahupun senang. Perjalanan ini banyak
mengajar aku untuk lebih matang dan pandai menyelesaikan semua cabaran yang dihadapi.
Setelah selesainya semester dua, kini tibalah semester tiga yang sangat memerlukan
pengorbanan yang lebih besar iaitu fasa untuk aku mendapatkan data kajian. Pada fasa ini aku
banyak belajar perkara baharu iaitu sebelum turun ke lapangan untuk mendapatkan data kajian
tersebut, aku perlu melakukan permohonan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah atau universiti yang terlibat.
Kelebihan bagi aku yang bekerja sambil belajar ini adalah mudah untuk turun ke lapangan bagi
mengutip data. Hal ini kerana aku boleh mendapatkan responden tersebut di tempat kerjaku
sendiri. Aku sentiasa ingat pesanan pensyarahku iaitu Work Smart Not Work Hard.
Bagi diriku, konsep Work Smart Not Work Hard ini perlu ada kerana aku dalam status
kerja sambil belajar. Setiap kerja buat yang aku lakukan perlu berkualiti berbanding kuantiti. Aku
pegang konsep ini sejak kecil lagi hingga sekarang. Antara perkara lain yang aku selitkan juga
ialah setiap kerja hakiki yang aku laksanakan perlu berkait rapat dengan kerja tugasan master
131
ini. Kebiasaannya kerja yang aku laksanakan meliputi dua dalam satu, tiga dalam satu dan empat
dalam satu. Selain itu, hubungan baik dengan ketua jabatan di tempat kerja dan penyelia
pengajian sangat perlu dipandang serius supaya semua tindak-tanduk yang aku lakukan mudah
serta berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Pada semester terakhir iaitu semester keempat, aku bersyukur kerana segala rancangan
untuk menghabiskan pengajian sarjana ini dalam masa dua tahun berhasil. Tanpa disangka,
apabila aku hampir ke garisan penamat, aku diberikan satu lagi cabaran dan bagiku itu adalah
rezeki yang terindah iaitu dikurniakan seorang cahaya mata. Disinilah aku banyak belajar erti
pengorbanan apabila dalam meneruskan pengajian ini, aku mempunyai banyak tanggungjawab
yang tidak boleh diketepikan iaitu tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Kehadiran anak perempuan yang pertama ini menambahkan lagi sifat kematanganku
untuk membahagikan masa dengan baik. Aku membantu isteri menjaga anak kesayangan kami
dengan penuh tanggungjawab di samping menyiapkan tugasan pengajian dan kerja hakiki yang
ada. Sampai suatu masa yang sangat tidak boleh dilupakan, aku mendukung anakku sambil
menyiapkan tugasan pengajian apabila isteri pergi berjumpa doktor di klinik.
Aku percaya kepada rezeki yang ada, bergelar sebagai seorang anak, adik, suami, ayah,
ketua keluarga dan juga pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat bukanlah penghalang untuk
aku GOT dalam pengajian peringkat sarjana ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila aku berjaya
menggenggam segulung Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Arab dalam masa dua tahun dan ini
merupakan tahun kedua aku berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
******
“Eh, Naufal. Bangunlah. Kita semua diminta bangun ni,” kata sahabatku bersebelahan
tempat yang aku duduk semasa majlis konvokesyen ini.
Rupanya lama aku mengelamun teringat kisah perjuangan kerja sambil belajar yang
memerlukan begitu banyak pengorbanan. Saat paling sebak apabila aku dan rakan-rakan
graduan yang lain diminta bangun oleh pengerusi majlis untuk memberikan tunduk hormat
kepada barisan pensyarah dan ibu bapa yang hadir.
Tanpa aku sedari, kelopak mataku mula bergenang dengan air mata dan berjujuran jatuh
membasahi pipi. Hampir semua yang ada dalam majlis itu terharu dan rasa syukur antara satu
sama lain dek teringat perjuangan masing-masing. Kejayaan inilah yang ingin aku hadiahkan
kepada arwah ayahku yang telah meninggal dunia pada 6 Februari 2019, tidak lupa juga kepada
emak, isteri, anak, adik-beradik, barisan pensyarah dan semua sahabat yang telah membantu
serta mendoakan kejayaan aku pada hari ini.
132
Selesai sahaja majlis konvokesyen, aku terus berjumpa emak, isteri dan anakku untuk
kami bergambar kenang-kenangan atas kejayaan aku mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan
Bahasa Arab ini. Bagi aku, kerja sambil belajar bukanlah penghalang untuk aku meraih GOT.
Semoga aku terus dipermudahkan urusan kerana aku mempunyai keazaman yang tinggi untuk
meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Doktor Falsafah secara separuh
masa. Insha-Allah sekali lagi fasa kerja sambil belajar akan aku tempuhi dengan gigih pada tahun
2019 ini. Aku memasang impian sejak kecil lagi untuk menyelesaikan Ijazah Doktor Falsafah
sebelum umurku mencecah 30 tahun.
Aku berdoa semoga aku direzekikan sekali lagi untuk membuat emak dan ayahku gembira
dengan kejayaan ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Bahasa Arab kelak kerana mereka
senantiasa menyokong minatku ini. Walaupun aku tahu majlis konvokesyen itu nanti, ayah dan
emakku pasti tidak dapat meraikan bersama kerana aku diuji dengan berita kematian emakku
pada 18 Januari 2020, akan tetapi, penguatku masih ada iaitu isteri dan anakku tercinta. Aku juga
doakan kepada sahabat-sahabat yang ingin meneruskan pengajian walaupun tidak dapat secara
biasiswa iaitu Hadiah Latihan Perseketuan (HLP) atau sepenuh masa, teruskanlah dan tetapkan
niat yang betul kerana tiada yang mustahil walaupun kita menyambung pengajian dengan status
kerja sambil belajar.
Muhamad Naufal bin Badarudin merupakan anak bongsu kepada
pasangan Badarudin bin Dahlan dan Zainun binti Said yang berasal
daripada Gemencheh, Negeri Sembilan. Suami kepada Nur Adibah
Liyana binti Awi dan ayah kepada Nur Afiyah Liyana serta Nur Atiyah
Liyana. Dilahirkan pada 24 Januari di Hospital Besar Seremban,
Negeri Sembilan. Graduan Prgoram Sarjana Pendidikan Bahasa
Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Arab di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Kini sedang
menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Bahasa
Arab di UKM dan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan DG41 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2).
133
Bagai Sirih Pulang Ke Gagang “Anak Kandung Suluh Budiman”
Norhazleyna Hamzah
“Jom….isi borang HLP.” Saya mengajak rakan guru di sekolah bersama-sama mohon
HLP tahun 2015.
“Isi la Lina. Kami ni nak duduk sekolah mengajar je…rasa dah tua nak buka buku.” Saya
memujuk lagi kawan-kawan mohon HLP 2015.
“Isi la dulu Lina… nanti kami fikir.” Harapan saya selepas perbualan tadi moga ada yang
berminat sama-sama isi borang HLP 2015.
Mei, 2014… Orang pertama saya menyatakan hasrat mohon HLP ialah suami saya.
“Saya nak isi HLP 2015 boleh tak?”
Suami saya sangat menyokong hasrat dan impian yang selama ini saya impikan. Syukur
Ya Allah mendapat restu daripada suami dan kedua ibu bapa saya juga menjadi orang penting
yang memberikan sokongan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Masih segar
dalam ingatan ketika itu mendapat sokongan daripada Datin Faizah merupakan pengetua
pertama ketika melaporkan diri di SMK Seri Serdang.
“Assalammualaikum Puan, saya nak mohon kebenaran isi borang HLP 2015.”
“Boleh Lina…saya sokong Lina, saya tidak akan menyekat laluan kerjaya cikgu.”
Apa tajuk yang sesuai nak saya kaji? Pelbagai persoalan bermain di minda. Sesuai ke nak
kaji lukisan, catan, kraf atau masalah guru PSV? Hanya berbekalkan carian Google sahaja dan
buku-buku lama yang disimpan di rak buku. Ketika itu belum ada lagi Whatsaps Groups yang
menjadi sokongan dan rujukan oleh pakar-pakar berpengalaman. Keputusan panggilan
temuduga mula mengegarkan seluruh jiwa takutnya nak tekan nombor kad pengenalan buat
semakan HLP 2015.
September 2014, bagaikan mimpi di siang hari saya berjaya mendapat tempat untuk
panggilan temuduga HLP 2015. Syukur Ya Allah berjuta-juta lafaz syukur saya menadah tangan
kepadanya. Kesibukan di sekolah buat saya lupa persediaan menulis kertas cadangan. Pihak
biasiswa dan tajaan telah memberikan panduan cara penulisan kertas cadangan. Hati makin
resah sumber rujukan yang terkini boleh dikira dengan jari.
Saya nekad memilih tajuk kajian lukisan, permasalahan ini adalah daripada pengalaman
tanpa mencari rujukan kajian lepas untuk dijadikan sokongan pemasalahan kajian. Tanpa berfikir
panjang saya menyiapkan kertas cadangan tidak mengambil masa yang lama lebih kurang
beberapa hari sahaja sehingga malam sebelum temuduga di Bahagian Tajaan KPM.
134
Cyberjaya, 29 September 2014 merupakan tarikh yang paling mendebarkan saya, sejuk,
berpeluh dan takut memikirkan apa panel akan tanya. Sesi temu duga sangat mencabar kerana
saya disoal bertubi-tubi tanpa diberikan ruang bernafas. Ketika itu dua orang panel, seorang lelaki
dan seorang lagi perempuan. Saya gagal menjawab tokoh dalam bidang seni.
“Macam mana ni tokoh seni pun tak kenal tak tahu tapi nak buat kajian.” Sedihnya saya….
Kajian saya juga menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Saya disoal oleh seorang
panel perempuan.
“Apakah beza kualitatif dan kuantitatif?” Saya terkedu kerana saya memang mengakui
lemah dalam kaedah penyelidikan.
Panel lantang berkata.
“Macam mana nak buat kajian, kualitatif dan kuantitatif pun tidak tahu.”
Saya tidak mampu lagi mempertahankan hujah kerana saya gagal dan menampakkan
kelemahan diri. Selesai temu duga saya sangat kecewa dan saya akui tidak membuat persediaan
rapi dan kelam kabut tanpa merujuk dan bertanya pensyarah atau pakar.
Keputusan temu duga telah dihebahkan dalam media sosial dan laman sesawang
Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya sangat takut ketika itu, tapi nasi dah jadi bubur benarlah
apa yang saya rasa…aku gagal temuduga HLP 2015.
Disember, 2019 saya kembali ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Kembalinya saya kerana dipanggil oleh dekan kami Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif.
Dekan kami memanggil rakan yang lain berkumpul “Anak Kandung Suluh Budiman” Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Seni 2004-2008 pulang menimba ilmu di peringkat Sarjana Pendidikan.
Masih lagi segar dalam ingatan saya kata beliau.
“Bagai Sirih Pulang Ke Gagang.”
Coretan kata-kata ini terpahat di hati saya. Pulang dari UPSI saya nekad untuk mohon HLP
buat kali kedua. Tanpa disangka permohonan HLP 2020 dibuka Disember, 2019. Tanpa berfikir
panjang saya mencuba nasib mohon HLP 2020.
Saya mula mencari pensyarah untuk membimbing dan mendapatkan nasihat. Orang
pertama saya cari ialah pensyarah studio batik. Beliau merupakan pensyarah studio batik di
UPSI. Saya sangat berminat untuk mengkaji seni kraf batik di sekolah. Kebetulan saya memang
mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar Batik Canting sambilan di UPM selama 8
tahun.
Pengalaman dan permasalahan kajian saya berbincang dan menghubungi pensyarah
untuk menjadi penyelia saya.
135
“Dr. sudi tak jadi penyelia saya untuk membimbing kajian batik dalam Sarjana Kraf?” Saya
sangat gembira kerana permintaan saya disambut baik.
Syukur dipermudahkan memberi jalan kepada saya untuk menyediakan kertas cadangan
kajian penyelidikan. Tajuk kajian telah dibincangkan bersama bakal penyelia. Saya nekad tidak
lagi mengulangi kesilapan lalu tanpa membuat persedian awal. Permohonan HLP 2020 saya
melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan sokongan seperti WhatsApps dan Telegram.
Mac, 2020 negara kita dilanda pendemik Covid 19, ketika itu saya pulang ke kampung cuti
sekolah awal tahun. Sungguh tidak diduga, pulang kami sekeluarga di kampung merupakan titik
sejarah negara apabila Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi
seluruh negara. Saya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada bahagian tajaan.
Mesej itu merupakan soal selidik yang perlu saya isi untuk mengetahui maklumat status
calon yang memohon HLP 2020. Soal selidik itu mengandungi status keberadaan saya di stesen
berkhidmat dan salinan surat sah lantikan asal adakah bersama saya di Kelantan. Saya dengan
jujur menjawab soal selidik itu semua salinan berada di Serdang dan juga capaian internet sangat
rendah di kampung. Dengar juga khabar angin HLP 2020 akan dilaksanakan secara dalam talian
kerana pendemik Covid 19.
Gugurnya air mata kerana harapan mengunung gagal lagi HLP 2020. Sekali lagi menguji
kesabaran dan ketabahan mohon HLP 2020. Nasib tidak menyebelahi saya kerana gagal
menempatkan diri sebagai antara yang bertuah calon temuduga HLP 2020. Saya reda mungkin
belum ada rezeki agaknya kali ini.
Saya cuba menghantar rayuan melalui e-mel bahagian tajaan. Rayuan boleh dibuat
seminggu selepas hebahan semakan temu duga. Dua minggu menanti dengan sabar setiap hari
saya menyemak e-mel dan akhirnya terima jawapan daripada bahagian biasiswa “permohonan
rayuan anda tidak dipertimbangkan”. Saya reda mungkin bukan rezeki dan belum tiba masanya
lagi.
Saya nekad untuk mencuba lagi HLP 2021 seperti dijangka hujung Disember 2020
hebahan permohonan HLP 2021 tersebar luas di media sosial, WhatsApps dan Telegram. Saya
mencuba nasib lagi buat kali ketiga mohon HLP 2021 tanpa rasa jemu. Kali ini lain pula
permintaan dalam borang permohonan HLP 2021 kerana ada ruang sinopsis yang perlu kami isi.
Kali ini, saya mohon HLP 2021 bersama rakan seperjuangan yang merupakan 3 orang sahabat
dari peringkat Ijazah Sarjana Muda UPSI 2008. Mereka ialah Ziehan, Afzan dan Nasir…geng
AT23 2004-2008.
136
Tanpa membuang masa saya terus Whatsapps pensyarah fakulti yang merupakan penyelia
kedua saya sekarang.
“Dr, apakah ringkasan yang boleh saya huraikan untuk sinopsis mohon HLP 2021?”
Syukur pensyarah saya laju memberi respon pertanyaan saya di WhatsApps
“Sinopsis…kira ringkasan je..better cover 3 aspek utama APA ni skop tentang tajuk apa
yang nak dibuat..KENAPA pula penyelidikan ini nak dibuat dan BAGAIMANA…metod atau
kaedah untuk menjalankan penyelidikan ini.”
Berdebar dan panik dibuatnya, segala perbincangan dilakukan dalam kumpulan sokongan
Telegram We4u’21 IPGKDA banyak berkongsi ilmu nasihat dokumen sokongan dan
perbentangan serta kajian lepas. Kumpulan sokongan ini juga membantu mengadakan Google
Meet bersama calon HLP 2021 dan memanggil rakan pendidik yang telah berjaya dalam
temuduga HLP berkongsi tip dan membina semangat serta sokongan padu.
Mac, 2021 semakan temuduga saya telah berjaya menempatkan diri sebagai calon HLP
2021. Syukur Ya Allah diberikan peluang kedua menjadi calon temuduga HLP 2021. Kali ini
temuduga di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor.
“Ziehan…..Afzan dah semak temuduga ke? Dapat tak…dekat mana temuduga..bila tarikh
tu, pukul berapa???”
“Ziehan dapat Lina…Afzan mana ni senyap je….Afzan….”
Sahabat saya Ziehan dan Afzan juga berjaya sebagai calon temuduga HLP 2021 dan tidak
disangka kami dapat temuduga IPG yang sama. Sungguh kami tidak menyangka segala yang
berlaku adalah ketentuan daripada-Nya. Kami terus wujudkan kumpulan Whatsaps “MASTER
2021 AT23(UPSI).” Kami saling menyokong berkongsi contoh proposal dari rakan senior yang
berjaya HLP 2019 dan 2020. Bertanya dan minta tip juga daripada penyelia saya iaitu dekan
fakulti dan bekas pensyarah studio batik.
8 April 2021 saya mengisi permohonan Sarjana Pendidikan Seni secara dalam talian di
laman sesawang Institut Pengajian Siswazah UPSI sebagai persediaan awal jika mendapat
tempat HLP 2021.
Sangat besar jasa dan bimbingan mereka kepada saya. Kali ini saya nekad buat yang
terbaik. Saya juga merujuk rakan senior PHD menyemak hasil akhir penulisan kertas cadangan
saya. Sehari sebelum temuduga saya mencuba nasib hantar semakan rakan senior di UPSI iaitu
Dr Shukor merupakan pelajar HLP PHD, UPSI.
8 April 2021 pada pukul 3 petang saya menghubungi Dr. Shukor dalam Telegram
“Salam Dr…Lina minta jasa baik semak proposal.” Seminggu proposal tertangguh kerana
demam tanpa mampu memberi tumpuan kepada persediaan proposal.
137
Berdebar minta bantuan dah saat akhir esok nak temuduga.
“Nanti saya semak petang sikit.” Saya sabar menanti dengan harapan mendapat teguran
dari Dr Shukor.
Tepat pukul 5:03 petang Dr Shukor menegur saya dalam Telegram
“Selepas membaca semua tadi, tak nampak pun fokus penulisan pada batik…problem
statement tak ada pun yang sentuh batik, apa lagi e-batik.”
Allah apa saya dah buat ni… saya nekad buat pembetulan semua teguran yang dibuat oleh
Dr. Shukor hingga jam 12:00 malam. Saya amat berterima kasih juga kepada beliau yang banyak
membantu menegur dan membimbing dalam penulisan. Saya masih belum mencetak proposal
akhir untuk dibawa temuduga. Penat mengadap proposal saya tidur dan bangun pada pukul 4:00
pagi. Tekan print “end life pad” macam mana nak print ni, Ya Allah dugaan apakah yang ku terima.
Saya terus Whatsapps kak Azlina yang merupakan kawan di sekolah.
“Kak boleh tak saya nak pinjam printer?”
Saya menanti hingga jam 5:00 pagi kak Azlina balas mesej saya.
“Boleh… Lina datang ambil akak tunggu depan pagar rumah, nanti install dulu sebelum
guna printer.”
Hilang rasa takut saya keluar rumah memandu jam 5:00 pagi untuk mendapatkan printer.
Siap print proposal jam 7:00 pagi. Saya mula bersiap untuk temu duga di IPG Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi. Tepat 7:30 pagi saya sampai di IPG temuduga jam 8:00 pagi. Syukur…
Urusan saya dipermudahkan Bersama-sama suami dan anak-anak menemani saya hingga
selesai temu duga.
“Assalammualaikum cikgu…sila duduk,” saya bersama-sama dua orang rakan guru masuk
ke bilik temu duga.
Tiga orang panel duduk di hadapan kami jarak 1 meter. Takutnya dan berdebar… apa la
soalan yang akan ditanya nanti.
“Siapa yang mengajar di sekolah… mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sahaja?”
“Saya tuan.” Saya menjawab.
“Kalau siap kajian cikgu nak jual tak modul ni?”
Sambil tersenyum saya berkata… “Saya nak bantu guru PSV.”
“Kalau saya jadi cikgu, saya jual modul ni buat duit,” sambil tersenyum panel ketawa kecil
ke arah saya.
Panel sempat juga bertanya soalan.
“Kenapa cikgu nak buat ebook sedangkan dalam buku teks dah ada QR code guru PSV
boleh scan dan lihat proses penghasilan batik?”
138
“Saya buat modul ini berdasarkan silibus KSSM belum ada lagi guru yang buat kajian ini di
Malaysia.” Aku menjawab.
“Terima kasih cikgu semua…moga cikgu berjaya dan terpilih HLP 2021.”
Temuduga kali ini dipermudahkan tanpa saya ditanya tentang objektif, persoalan kajian dan
metodologi kajian. Habis temuduga saya duduk di kerusi batu mengadap masjid IPG Pendidikan
Islam, baru nak silang kaki tercabut pula tapak kasut. Mujurlah dah nak balik rumah. Tuhan
permudahkan segalanya urusan temuduga hari ini….
31 Mei 2021 adalah tarikh paling bersejarah dan dinanti oleh semua calon temuduga HLP
2021. Keputusan temuduga boleh disemak bermula jam 3:00 petang. Ketika itu saya berada di
sekolah. Saya berjaya lulus temuduga dan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan Cuti Belajar
Bergaji Penuh dengan Biasiswa dalam Klauster PdP Sarjana Pendidikan Seni. Hanya Tuhan
sahaja mengetahui segala isi hati….syukur…syukur…..girang tidak terhingga tanpa saya sedar
manik mutiara halus membasahi pipi.
Impian saya kini menjadi kenyataan, 4 Oktober 2021 saya secara rasmi mendaftar masuk
ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak sebagai pelajar semester I Sarjana
Pendidikan Seni di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Bagai Sirih Pulang Ke Gagang
saya sekali lagi menjejak kaki ke menara gading “Anak Kandung Suluh Budiman”. Harapan dan
impian saya Graduate On Time (GOT)…TERIMA KASIH buat suami tercinta, ma dan abah, anak-
anak mummy, rakan seperjuangan dan geng AT23 UPSI 2008 saya sayang kamu semua…
I LOVE You..
Buat semua bakal calon HLP teruskan perjuangan tanpa jemu menuntut ilmu dan tidak
mudah putus asa…..USAHA TANGGA KEJAYAAN CIKGU….
Salam hormat,
Norhazleyna binti Hamzah
Serdang, Selangor
31 Disember 2021
Nama : Norhazleyna binti Hamzah
No. Telefon : 012-9097680
Email : [email protected]
139
Cintaku Pada Ilmu & Travelog 2 HLP
Azlina Amat Yasin
‘Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…Aku tidak berjaya dalam temu duga kali pertama HLP
Sarjana pada tahun 2012..banyak soalan panel yang tak berjaya aku jawab…tiada pengalaman
tentang research…banyak soalan tentang research method…tentang HLP…Allah ya
Allah..berikan aku kekuatan untuk aku mohon lagi HLP pada tahun hadapan. Aku tidak akan
berputus asa dan akan cuba lagi mohon di tahun hadapan…permudahkan urusanku Ya Allah.’
Doa yang cukup tulus kupanjatkan pada-Mu…dengan linangan air mata... Ya Allah..
Tuhan yang Maha Agung dan memiliki seluruh kekayaan di alam semesta. Hanya padamu tempat
aku memohon pertolongan dan merupakan sebaik-baik sandaran. Semua yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Walaupun sedih, aku redha atas ketentuanMU. Aku yakin Allah akan beri HLP ini
pada waktu yang tepat dan yang terbaik buatku. Yang penting aku harus tambah ilmu, banyakkan
membaca dan merujuk kepada rakan-rakan yang telah berjaya mendapat HLP, supaya aku lebih
bersedia fizikal dan mental dan dari semua aspek.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu
menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216).
Masa berlalu dengan pantas sekali. Iklan HLP telah keluar lagi pada tahun 2013. Terlihat
sahaja iklan tersebut, hatiku terus bersemangat dan berkobar-kobar untuk memohon kali kedua
HLP Sarjana ini. Setelah membelek-belek iklan HLP… tersentak hatiku melihat KPM ada
tawarkan bidang Penyelidikan Pendidikan (Kajian Tindakan). Ini merupakan bidang yang amat
aku minat kerana aku suka buat kajian tindakan. Posting pertama aku di SK Seri Setia Jaya,
Johor, aku telah berjinak-jinak membuat kajian tindakan pada tahun pertama, kedua dan ketiga.
Alhamdulillah aku telah terpilih untuk membentangkan kajian tindakan subjek Matematik di
peringkat Daerah dan Negeri Johor.
Kemudian, aku dapat berpindah ke Selangor pada akhir tahun 2008. Aku tetap
meneruskan minatku dalam kajian tindakan ini di sekolah baharu iaitu di SK Seri Fajar dan telah
dapat membentangkan kajian tindakan di SMK Serendah pada Tahun 2011. Anugerah Kajian
Tindakan telah diberi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dalam Sambutan Hari Guru
140
Peringkat Daerah. Aku terkejut kerana penulisan Kajian Tindakan memang minat… passionku.
Ini semua perancangan Allah buatku. Di sini aku berjumpa seorang sahabat Dr Hairul Faizi yang
sama-sama membentangkan kajiannya bertajuk Kaedah FAIZI. Aku bertemu kembali beliau
semasa temu duga HLP kali keduaku. SubhanAllah… AllahuAkbar… panel bertanya adakah aku
mengenali En Hairul Faizi dalam temuduga tersebut.
“Kamu kenal pada Hairul Faizi? Dia pun bentang kajian tindakan..sama macam kamu.”
“Saya kenal tuan, kami sama-sama bentangkan Kajian Tindakan di SMK Serendah
dahulu.”
“Jika saya mahu memilih antara dia dan kamu untuk HLP Kajian Tindakan ini, apa
pandangan kamu? Apa yang menyebabkan kami perlu memilih kamu berbanding dia?”
Terkulat-kulat aku nak jawab soalan tersebut. Bagaimana ya untuk aku jawab soalan ini?
Ya Allah berilah aku ilham…selepas menghela nafas dan sedikit bertenang, aku cuba menjawab
“Pada pandangan saya, En Hairul Faizi merupakan seorang yang sangat bagus, dia
membentangkan kajian tindakan di peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan sehingga
mendapat pengiktirafan daripada KPM sebagai Guru Inovasi. Saya juga mempunyai kekuatan
dalam penulisan kajian tindakan bermula dari awal saya mengajar sehinggalah kini. Kedua-dua
kami ada potensi dan kekuatan masing-masing dalam kajian tindakan ini,” untuk sesi Bahasa
Inggeris pula panel bertanya.
“Why you want to do this action research?”
Aku cuba menjawab.
“This action research is very important to improve teaching and learning in the classroom.
We try to solve the problem using creative and innovative technique refer to student’s ability.”
Panel bertanya lagi.
“Can you explain more about it?”
Aku cuba menjawab dengan baik setiap soalan daripada panel HLP.
Arwah Dr. Baharudin dari IPG antara panel yang menemu duga. Beliau mencungkil satu
persatu tentang kajian tindakan yang aku telah buat di sekolah. Di akhir sesi beliau katakan
begini..
“Jika kamu dapat HLP ni… saya nak kamu buat KPM ni ya… Kemahiran Penyelesaian
Masalah (KPM).” Aku tergamam juga bila terdengar kata-kata tersebut.
Aku bertawakal kepada Allah. Aku telah cuba sebaik mungkin belajar daripada
pengalaman lepas, sediakan proposal yang lebih baik dengan merujuk rakan-rakan yang telah
berjaya mendapat HLP pada sesi lepas. Doaku terus menerus dipanjatkan kepada-Mu…Ya Allah.
141
Alhamdulillah. Keputusan HLP 2013 telah keluar dan aku telah berjaya dalam pemilihan
ini. Begitu juga dengan sahabatku Hairul Faizi dan seorang lagi sahabatku Arni. Sujud Syukur
padaMu ya Allah. Aku mula mendaftar pada 13 Februari 2014 di UPSI dan Alhamdulillah aku
telah berjaya bergraduat untuk pengajian Sarjanaku pada Tahun 2017 berkat bimbingan Prof Dr
Sahandri Gani Hamzah dan Prof Dr. Ramlee Mustapha.
Sangat awesome kedua-dua penyeliaku ini. Aku juga agak aktif dalam PERCAS
(Persatuan Pascasiswazah UPSI) sebagai setiausaha. Di sinilah aku membina network dengan
ramai pensyarah-pensyarah di UPSI yang sentiasa menyumbang dan memberi sokongan dalam
kajianku ini. Doa ibu bapa dan keluarga tersayang juga merupakan penguat semangat untukku.
Kasih ibu membawa ke Syurga. Tanpa rahim ibu, tidaklah aku akan lahir ke dunia ini. Semasa
pengajian master, Allah juga telah memberiku peluang membentang kajian di dalam Malaysia
dan luar negara iaitu di Indonesia, Brunei, Shanghai dan Australia. Barakallah.
“Aku dapat reposting di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)…syukur Ya Allah.” 3 tahun aku
mengajar Financial Accounting dan Managerial Accounting di KMPk.
Mengenali sahabat-sahabat yang cukup baik juga merupakan rahmat buatku. 3 Tahun di
KMPk banyak mengajarku tentang pengurusan (Ketua Unit Perakaunan) dan kajian PLC
(Professional Learning Community) serta R&D (Research and Development). Allah sebaik-baik
pengatur kehidupanku. Kemudian, aku kembali mengajar ke sekolah di Hulu Selangor bak kata
pepatah sirih pulang ke gagang. Prinsip hidupku jelas iaitu…
‘Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung dan buat sehabis baik di mana saja kita
berkhidmat.’
Di situlah aku memohon dan aku berjaya sekali lagi mendapat biasiswa KPM iaitu HLP
PhD bidang PdP STEM Matematik pada Tahun 2019.
KPM telah memberikan peluang belajar kepadaku sebanyak 2 kali iaitu peringkat Master
dan PhD. Inilah doaku sepanjang Ramadhan ini. Sujud syukur dan doaku panjangkan dengan
penuh tawaduk dan rendah hati. Allah sebaik-baik pengatur kehidupanku. Keputusan HLP PhD
ini aku terima pada 10 malam terakhir Ramadan. Oleh kerana cintaku pada ilmu dan untuk
upgrade diri ke arah yang lebih baik, aku sanggup melalui jalan penuh berliku ini. Aku yakin inilah
perjalanan menuntut ilmu yang telah Allah aturkan untuk aku memberi sumbangan kepada
Ummah, Islam dan sistem pendidikan di Malaysia, bumi tercinta.
Di sinilah bermulanya tekad untuk aku membuat kajian subjek Matematik, STEM yang
didasari dengan model dan teori dari perspektif Islam. Ini merupakan matlamat akhir kajian
PhDku. Dalam misi dan visiku menyelesaikan PhD dalam tempoh 3 tahun. Ini merupakan amanah
yang perlu aku galas.
142
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (Surah Muhammad, ayat 7).
Bermulanya September 2019 aku telah bergelar pelajar UPSI. Aku memilih bidang Doktor
Falsafah Pendidikan Matematik di UPSI. Aku mendapat dua orang penyelia yang sangat baik dan
sentiasa memberikan bimbingan iaitu Prof. Madya Dr Rohaidah Masri dan Prof Madya Dr Mazlini
Adnan dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik UPSI. Kajianku menggunakan
pendekatan PRP (Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan) atau dikenali sebagai DDR
(Design and Development Research).
Banyak aku belajar dari tokoh besar DDR iaitu Prof Dr. Saedah Siraj, Dr Muhammad
Nidzam, Dr Syed Khalid, Dr Nuzul, Dr Ridhuan Jamil, Dr Tony, Dr Amani, En Sukor, En Nik, En
Firdaus Yahya serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga semua insan-insan hebat yang
membantu sepanjang kajianku ini, termasuk pakar-pakar di fasa analisis keperluan, pakar Fuzzy
Delphi Method (FDM), pakar Interpretive Structural Modelling (ISM) di fasa reka bentuk dan
pembangunan serta guru-guru Matematik di fasa penilaian, sentiasa dalam rahmat, reda dan
lindungan Allah hendaknya… Barakallah.
Bagiku, dalam menuntut ilmu ini, kita perlu banyak memberi dan berkongsi ilmu serta
ikhlas membuat perkongsian. Buat semuanya dengan ikhlas. Jika kita memudahkan urusan
rakan-rakan, banyak pertolongan akan tiba, secara tidak disangka-sangka. Allah akan bantu
memudahkan setiap urusan pengajian kita. Yakinlah dengan janji Allah. Jagalah Allah, maka
Allah akan menjagamu. Juga berbuat baiklah dengan manusia serta alam sekitar.
Aku juga turut aktif dalam aktiviti PPS (Persatuan Pengajian Siswazah UPSI) sebagai
Pengerusi dalam merancang pelbagai program yang bermanfaat untuk pelajar Sarjana dan PhD
di UPSI. Pengembaraan dan perjuangan menuntut ilmu ini telah dipermudahkan Allah berkat
bantuan daripada seluruh insan-insan yang disayangi terutama ibuku dan keluargaku yang
tercinta. Aku dedikasikan seluruh pengajian PhDku ini buat ibuku dan keluarga yang tersayang
serta untuk membantu Agama Allah.
Moga dapatan kajian ini, iaitu Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai Akhlak (SPIKK)
dalam STEM Subjek Matematik dapat menjadi sumbangan berguna untuk melahirkan modal
insan cemerlang dari aspek akademik, khususnya pada pendidikan Matematik, STEM dan nilai
akhlak untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih harmoni, mempererat perpaduan dan
sistem pendidikan yang lebih baik di masa depan selaras dengan hasrat matlamat DSKP
Matematik, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
143
Melalui penerapan nilai akhlak dalam pengajaran guru diharap dapat mendidik murid ke
arah memperkukuh jati diri, membina keyakinan, jujur, amanah, berintegriti, bertaqwa,
mengamalkan ilmu, pandai berinteraksi sosial dan berjiwa besar untuk mendepani cabaran
globalisasi. Inilah tekadku. Aku dan sahabat-sahabat sebagai khalifah Allah perlu menggalas
amanah ini sebaiknya. Doakan agar aku terus istiqamah dalam keredhaan Allah.
Firman Allah SWT:
ُك ْنتُ ْم َخ ْي َر اُ َّمة اُ ْخ ِر َج ْت ِلل َّنا ِس تَأْ ُم ُر ْو َن ِبا ْل َم ْع ُر ْو ِف َوتَ ْن َه ْو َن َع ِن ا ْل ُم ْن َك ِر َوتُ ْؤ ِم ُن ْو َن ِباّ ٰل ِل
“Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110).
Nama : Azlina Amat Yasin
No telefon : 019-7069925
Email : [email protected]
Panganiban : Pelajar PHD Pendidikan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris/ HLP PHD KPM
144
HLP dan GC : Ruang dan Peluang.
Junainah Abdul Jalel
Menjadi salah seorang penerima biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Program
Hadiah Latihan Persekutuan ialah sesuatu yang tidak pernah dijangka. Pernah berasa putus
asa… Pernah merasakan diri ini tidak layak untuk penerimaan biasiswa itu… Pernah juga
meletakkan harapan yang tinggi untuk menerima biasiswa ini namun gagal untuk pertama
kalinya.
Namun takdir Allah yang tentukan. Akhirnya untuk permohonan untuk kali ketiga, aku
berjaya disenarai pendek untuk ditemu duga dan berjaya dipilih daripada ribuan permohonan oleh
guru-guru di seluruh Malaysia. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga sepanjang
perjalanan kerjaya aku sebagai seorang guru.
Kali ketiga aku mengisi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan, hatiku sudah tidak
mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana aku akan kecewa. Permohonan kali kedua yang
aku betul-betul bersedia dengan proposal yang lengkap dan bahan bacaan yang bagiku betul-
betul bersedia. Tapi, sekali lagi aku tidak berjaya menempatkan diriku dalam saringan awal.
“Cikgu Jun mohonlah lagi sekali. Mana tahu kali ni dapat,” Cikgu Mior yang merupakan
rakan yang sudah menempatkan diri di universiti tempatan melalui Program HLP.
Beliaulah menjadi rujukan aku apabila ingin memohon HLP ini. Kata-kata semangat beliau
selalu membuatkan aku membuka mata dan minda untuk meneruskan cita-cita ini walaupun pada
mulanya aku anggap itu hanya satu angan-angan sahaja.
“Cikgu Jun jangan lupa esok keluar keputusan untuk senarai pendek temu duga. Jangan
lupa semak, ya.” Sekali lagi pesanan Whatsapp En Mior masuk di skrin telefonku.
“En. Mior agak-agak saya dapat ke?” Aku membalas pesanan ringkasnya.
“Tak apa. Cikgu Jun dah cuba. Esok beritahu saya ya,” sekali lagi En. Mior mengingatkan.
Esok yang dinanti dengan penuh debaran. Semalaman tidak dapat melelapkan mata.
Hanya bertemankan bunyi cengkerik dan dalam hati hanyaTuhan sahaja yang tahu. Namun
bersedia juga jika permohonan itu gagal lagi. Tak mahu meletakkan harapan yang tinggi
walaupun jauh di sudut hati mengharapkan permohonan itu berjaya.
Ya, akhirnya aku berjaya menempatkan diri dalam ratusan calon untuk ditemu duga.
Alhamdulillah syukur tak terhingga. Aku ditempatkan di Institusi Perguruan Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani Kedah untuk sesi temu duga. Gembira tapi gementar. Hatiku mula berbelah bahagi
kerana dalam masa yang sama, aku juga ada membuat permohonan Guru Cemerlang Guru
Perpustakaan dan Media.
145
Hati berbelah bahagi antara guru cemerlang atau sambung belajar peringkat sarjana.
Hakikatnya kedua-dua ini hanya peluang yang masih memerlukan tindakan seterusnya untuk
peringkat pemilihan yang berikutnya.
“Jun, dapat temu duga ke?” rakanku bertanya.
Seorang kakak yang selalu membantuku dalam projek penulisan buku iaitu kak Ipah ada
bertanyakan tentang temu duga ini kepadaku. Aku jarang berkongsi dengan rakan-rakan sekerja
tentang permohonanku ini. Jadi untuk berkongsi ke peringkat temu duga juga amat berat aku
ceritakan kepada rakan-rakan. Hanya yang rapat sahaja aku selesa berkongsi.
“Dapat kak. Taaapiii… tak tahulah nak pegi atau tak.” Aku sebenarnya masih ragu-ragu.
Walaupun aku sudah dapat jawapannya namun aku masih belum membuat apa-apa
persediaan ke arah itu. Aku masih sibuk dengan menguruskan aktiviti Pusat Sumber untuk murid-
murid.
“Eh, kenapa pula macam tu? Tak nak pegi pula? Jun, ni peluang tahu tak? Peluang ni tak
akan datang banyak kali dalam hidup Jun. Akak nasihatkan Jun pergi temu duga tu untuk
pengalaman. Cuba Jun bayangkan beribu-ribu permohonan dan Jun terpilih untuk ditemu duga.
Ini saringan terakhir sebelum berjaya diterima tahu tak?” Kak Ipah menasihatiku.
Aku masih termenung memikirkan kata-kata beliau.
“Tapikan kak… Kalau dapat nanti saya bimbang tak ada masa dengan anak-anak. Suami
pula sibuk dengan kerja dia. Kalau dia belayar, macam mana dengan anak-anak saya nanti,” aku
terus memberi alasan.
“Jun, meh kak nasihat sikit. Kalau ini yang Allah tentukan untuk Jun, pasti ada jalan
penyelesaian. Banyakkan berdoa agar semuanya dipermudahkan. Kak rasa kalau kita cuti
belajar, lagi banyak masa untuk anak-anak nanti. Masa kita akan banyak di rumah nanti. Jun
pergilah temu duga tu. Siapkan proposal. Kak pun boleh bantu apa yang Jun tak faham. Jangan
lepaskan peluang yang hadir depan mata ni Jun,” kak Ipah meyakinkanku.
“Baiklah kak nanti saya fikirkan semula,” terbuka sedikit pintu hatiku untuk menghadiri
temu duga tersebut.
Namun, bukan pergi dengan tangan kosong. Mulakan tulis proposal. Macam mana nak
mulakan? Gusar memikirkan tajuk proposal.
‘Aduh, memang cari pasal ni! Macam tak bersedia pula. Tapi kalau tak mulakan macam
mana nak pergi temu duga?’ aku mula mengomel sendiri.
Termenung memikirkan tentang ini. Memikirkan kerja-kerja pengurusan Pusat Sumber
Wadi ‘Ilmi yang masih ada yang belum dilengkapkan. Memikirkan jadual suami dan anak-anak
semasa temu duga nanti.
146
“Hah, kenapa termenung tu? Fikirkan apa tu?” suami memegang bahuku.
Hampir terpelanting pen di tanganku kerana terkejut.
“Hish abang ni. Lain kali berilah salam dulu,” aku menjeling.
Rasa macam nak marah juga sebab hilang idea tajuk proposal yang sedang bermain di
fikiranku. Namun cepat-cepat aku mengukir senyuman. Rasanya, inilah masa yang sesuai untuk
aku beritahu suami tentang temu duga ni.
“Macam ni, abang. Saya dapat interview HLP. Apa pendapat abang?” aku mulakan bicara.
Pada malam itu kami berbual berdua. Kebetulan pula anak-anak sudah tidur dan aku masih
dengan laptopku.
“Yang sambung belajar tu ke? Yang sayang dok mohon berkali-kali tu ke?” dia agak teruja
dengan kata-kataku.
“Aha ya… Yang sambung master tu. Abang rasa macam mana? Abang benarkan tak?”
Bagiku restu suami itu sangat penting dalam meneruskan niatku untuk menyambung
belajar ini kerana kerjasama daripada pihak suami amat aku perlukan.
“Eh baguslah! Alhamdulillah. Abang restu dan sokong sayang belajar kalau itu yang
sayang nak. Abang tahu, sayang boleh buat yang terbaik,” suamiku betul-betul teruja.
“Eh tapi… ni baru dapat interview abang. Kalau abang restu alhamdulillah. Bolehlah saya
teruskan niat untuk interview ni,” tiba-tiba aku pula teruja dan bertekad untuk meneruskan niatku
tanpa menoleh ke belakang lagi.
Kerjaya kami berdua sangat berbeza. Dia seorang anggota TLDM yang mana selalu
keluar belayar dan adakalanya ke luar negara dalam satu jangka masa yang lama. Aku dah biasa
dengan keadaan kerjanya dan selalu berdoa agar Allah permudahkan urusanku semasa
ketiadaannya di sisiku.
“Abang doakan urusan isteri abang dipermudahkan,” dia memandangku dengan
senyuman.
“Nanti masa interview abang boleh bawakan?” Aku masih ragu-ragu bagaimana cara
untuk aku ke Kedah nanti kerana aku tidak pernah memandu ke sana sendirian.
“Boleh. Nanti abang mohon cuti. Cuma harap-harap tak kena masa untuk belayarlah,”
katanya lagi.
Aku selalu reda sahaja jika apa sahaja perancangan terpaksa diubah kerana dia terikat
dengan jadual pelayarannya. Apapun aku tekadkan hati untuk meneruskan menghadiri temu
duga ini.
Walaupun keputusan telah dibuat, namun aku tetap belum memulakan menulis proposal.
Hanya lakaran dan idea sahaja aku lakarkan di buku catatanku. Aku sibuk dengan melaksanakan
147
aktiviti Pelancaran NILAM Pusat Sumber pada ketika itu dengan memberi pengiktirafan kepada
murid-murid yang suka membaca. Pernah juga terfikir jika temu duga ini berjaya, aku perlu
meninggalkan sekolah dan Pusat Sumber Wadi ‘Ilmi. Hati berbelah bahagi semula.
Aku berdoa dan meminta supaya Allah berikan aku jalan yang terbaik buatku. Istikharahku
diterima dan akhirnya aku meneruskan niatku untuk menghadiri temu duga. Aku perlu bertindak
menyiapkan proposal. Membaca kajian lepas, mencari isu-isu yang boleh dibawa dalam
penulisanku nanti. Rajin aku bertanya sana dan sini untuk membuat yang terbaik semasa temu
duga nanti.
Hampir setiap malam aku berjaga untuk membuat bacaan tambahan demi menyiapkan
proposal yang terbaik daripadaku. Aku juga perlu mendalami proposal itu supaya apa yang
ditanya oleh panel dapat dijawab dengan baik. Bagi aku alang-alang menyeluk pekasam biarlah
sampai ke pangkal lengan. Setelah usaha kita serahkan kepada Allah untuk menentukan rezeki
kita.
Hari temu duga yang dinanti berjalan dengan baik. Aku dan rakan seperjuanganku Umma
bersama-sama dalam bilik temu duga. Kami dinilai oleh tiga orang panel. Apabila melangkah
masuk ke bilik tersebut, aku sangat gementar apabila melihat panel-panel yang hebat-hebat.
Mata aku terpandang ke arah salah seorang panel penilai.
‘Eh, macam kenal.’ Bisik hati kecilku.
Sebelum temu duga, aku sering mengikuti bengkel-bengkel yang diadakan seperti tip
untuk menghadiri temu duga HLP. Salah seorang panel ini adalah yang sering aku mendengar
ceramahnya melalui Google Meet. Banyak nasihat beliau yang aku gunakan untuk menempuhi
segala cabaran di peringkat temu duga ini. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Ada sedikit
provokasi namun semuanya dapat diatasi dengan baik.
Segalanya selesai dengan baik dan suami serta anak-anak juga turut serta menghantar
dan mengambil aku di IPSAH selepas proses temu duga selesai. Selebihnya aku serahkan
kepada rezeki yang Allah tetapkan. Aku juga telah membuat proposal dengan baik dan tidak
banyak soalan tentang proposalku.
Hampir terlupa tentang permohonan Guru Cemerlang yang telah aku mohon pada April
yang lalu. Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada pegawai nazir dengan ucapan tahniah
kerana permohonan Guru Cemerlang telah berjaya untuk tapisan yang pertama. Maknanya aku
perlu menghadiri satu proses pencerapan secara dalam talian untuk peringkat seterusnya.
‘Dugaan apakah ini? Perlukan aku meneruskan? Jika aku dapat HLP bagaimana pula?
Bolehkah aku dinilai?’ Pelbagai persoalan bermain dalam fikiranku.
148
Sekali lagi aku dalam dilema. Aku memohon pendapat kawan-kawan. Aku meminta
nasihat pentadbir. Sekali lagi istikharahku dengan memohon petunjuk daripada maha pencipta.
Perlukah aku meneruskan pencerapan Guru Cemerlang ini?
Aku meminta nasihat pegawai nazir yang menghubungi aku tempoh hari. Beliau
menyatakan bahawa aku layak dinilai dan menasihati aku supaya meneruskan pencerapan ini.
Sekali lagi aku sibuk dengan persediaan pencerapan Guru Cemerlang oleh pihak nazir. Pelbagai
persediaan perlu aku lakukan untuk menempuh hari pencerapan.
Hampir setiap malam juga aku berjaga untuk memastikan apa yang dikehendaki oleh
pihak nazir dipenuhi. Aku juga perlu menyediakan video untuk pengenalan kepada Pusat Sumber
Wadi ‘Ilmi. Semua sijil perlu dihantar secara digital dan aku menggunakan myink.la untuk
membuat sedikit kelainan untuk persembahan dokumentasi secara digital.
Tiba hari pencerapan, murid-murid memberikan kerjasama dengan baik. Walaupun
secara dalam talian, namun mereka memberikan respon dan aktif di dalam kelas. Proses
pencerapan PdPR dan pembentangan dilakukan secara dalam talian. Semuanya dipermudahkan
dan berjalan dengan baik.
Apa sahaja keputusan aku reda. Kini, aku berjaya menempatkan diri sebagai penerima
biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia. Baru sahaja
menamatkan semester pertama di UPSI dalam bidang Teknologi Instruksional. Keputusan Guru
Cemerlang pula masih belum disenaraikan sama ada berjaya atau tidak.
Bagi aku, kedua-dua peluang ini merupakan satu ruang yang Allah aturkan buat aku. Aku
dapat melalui kedua-dua proses pemilihan iaitu temu duga HLP dan temu duga Guru Cemerlang.
Kedua-dua temu duga ini berjalan dengan sangat baik. Rezeki aku mendapat panel yang baik
dan memahami.
Aku bersyukur kerana dapat melaluinya walaupun pada mulanya aku agak keliru kerana
terpaksa memilih atau boleh melalui keduanya sekali. Namun Allah beri petunjuk yang sebaiknya.
Impian akan memberikan kita peluang untuk menjadikannya realiti.
Junainah Abdul Jalel merupakan Ikon Guru Perpustakaan dan
Media negeri Perak bagi tahun 2020 dan 2021. Pernah menjadi
penolong editor dalam projek penghasilan buku Quick Facts
Junior Health Ambassador Of Perak anjuran Unit HEM JPN
Perak, menjadi penyelenggara buku Gemeresik Suara Merdeka
Antologi Puisi Guru-guru Seluruh Perak dan ini merupakan projek
kelima beliau sebagai penyelenggara. Beliau seorang yang aktif
menulis karya kreatif dan kini seorang mahasiswa di UPSI
Sarjana dalam bidang1I4n9struksional Teknologi.