JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru matematik gemar
menggunakan kaedah latih tubi dalam pengajaran matematik. Kaedah ini
merupakan suatu amalan kaedah yang baik dipraktikkan dalam pembelajaran
matematik. Murid dapat menguasai kandungan dan kemahiran matematik
melalui latihan yang berulangan. Ulangan latihan berterusan boleh
memperkukuh dan mengekalkan kandungan pelajaran dalam stor ingatan jangka
panjang. Situasi ini berlaku kerana Gagne (1985), telah menyatakan bahawa isi
pelajaran dapat disimpan dalam jangka masa yang lebih lama jika pembelajaran
menggunakan kaedah latih tubi. Maka, amalan ini sesuai untuk murid
ketidakupayaan pendengaran kerana mereka selalu lupa akan isi kandungan
pelajaran matematik. Sementara itu, guru telah melaksanakan kaedah hafalan
pada tahap tinggi dalam pembelajaran matematik tetapi kaedah ini kurang
berkesan kerana murid tidak faham konsep kandungan pelajaran misalnya sifir.
Oleh itu, kaedah latih tubi adalah lebih sesuai dipraktikkan berbanding dengan
kaedah hafalan dalam pembelajaran matematik murid ketidakupayaan
pendengaran.
Selain itu, hasil kajian menunjukkan kaedah bercerita dan main peranan agak
sukar dilaksanakan dalam pengajaran matematik murid ketidakupayaan
pendengaran. Sebab utama ialah guru masih belum menguasai bahasa isyarat
dengan mantap. Guru tidak dapat menyampaikan kandungan pelajaran secara
efektif jika tidak menguasai bahasa isyarat. Kajian Liong (2019), mendapati guru
tidak dibekalkan buku rujukan bahasa isyarat yang mencukupi. Kod isyarat juga
tidak dikemas kini mengikut istilah dalam kurikulum matematik. Pihak Bahagian
Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia wajar mengambil tindakan
segera untuk mengatasi masalah ini.
Hasil kajian juga mendapati guru telah mengubah suai pendekatan, strategi dan
kaedah pengajaran dalam pengajaran matematik pada tahap tinggi. Guru
memahami pengubahsuaian ini perlu dilakukan mengikut kebolehan murid
kerana terdapat perbezaan individu dari segi tahap perkembangan kognitif,
keupayaan pembelajaran dan masalah lain. Kajian lepas telah menunjukkan
bahawa murid ketidakupayaan pendengaran juga mempunyai masalah lain
seperti masalah penglihatan dan hiperaktif (Spencer & Marschark, 2010).
Pengubahsuaian kaedah pengajaran itu adalah dibenarkan kerana ia juga
termaktub dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
Perkara 8(1)(c) (Jabatan Peguam Negara, 2013). Justeru, pengubahsuaian
pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran mengikut keupayaan pembelajaran
murid adalah sesuai dilaksanakan dalam pengajaran matematik.
Guru harus menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi matematik. Kajian
Szymanski et al. (2013), menyatakan bahawa pengetahuan guru dalam
kurikulum dan pelaksanaan pengajaran merupakan faktor halangan kepada murid
ketidakupayaan pendengaran untuk berjaya dalam pencapaian matematik.
Kurangnya penguasaan guru dalam DSKP, pendekatan, strategi dan kaedah bagi
46
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pengajaran setiap tajuk yang terkandung dalam kurikulum matematik boleh
menjejas tahap penerimaan kandungan isi pelajaran murid. Maka dapatan kajian
ini telah menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan pengajaran matematik
dengan efektif kerana mereka mempunyai pengetahuan kandungan dan pedagogi
matematik bagi setiap tajuk pada tahap tinggi untuk membantu murid
memperoleh pencapaian matematik yang lebih baik. Walau bagaimanapun,
pilihan pedagogi perlu mengambil kira jenis masalah, keperluan khas dan
keupayaan pembelajaran murid.
Dalam kajian ini, guru telah menggunakan salah satu media pengajaran iaitu
papan putih dan pen maker pada tahap yang tinggi. Hutkemri (2009),
menyatakan penggunaan papan putih dan pen maker merupakan media
pengajaran konvensional. Pengajaran konvensional ini boleh membosankan
murid untuk mengikuti pelajaran, murid kurang aktif, guru bertindak sebagai
penyampai ilmu statik sehinggakan pelibatan dan interaksi murid dengan guru
telah menjadi terhad (Effandi, 2005). Kajian-kajian lepas juga telah
menunjukkan kebanyakan guru pendidikan khas selalu mengamalkan kaedah
konvensional dalam PdP matematik murid ketidakupayaan pendengaran (Liong,
2019; Spencer & Marschark, 2010). Kajian Liong dan Mohd. Hanafi (2016) turut
mendapati kaedah pengajaran konvensional kurang mendorong kepada
pembelajaran matematik secara efektif. Maka, kaedah pengajaran konvensional
harus dikurangkan dalam pengajaran matematik.
Selain itu, hasil kajian mendapati guru menggunakan komputer untuk
melaksanakan pengajaran matematik pada tahap sederhana. Walaupun guru
mengetahui manfaat penggunaan komputer dalam pengajaran, akan tetapi
mereka kurang melaksanakan kerana faktor kekurangan alat sokongan digital
seperti LCD dan komputer, masalah rangkaian internet serta jarak jauh antara
bilik darjah dengan bilik komputer yang menjejas pelaksanaan PdP dalam
tempoh masa kelas yang ditetapkan. Kajian-kajian lepas telah mendapati
pengajaran berbantukan komputer adalah lebih efektif terutamanya golongan
murid ketidakupayaan pendengaran (Chong & Shaffe 2016; Low, 2014).
Pengajaran berbantukan komputer harus dipertingkatkan kerana ia adalah
menarik dengan ilustrasi visual dan sesuai dengan deria pengamatan visual murid
ketidakupayaan pendengaran. Ini kerana pengamatan visual murid
ketidakupayaan pendengaran adalah lebih tajam berbanding dengan deria lain
(Marschark & Hauser, 2012).
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, guru telah mempunyai pengetahuan kandungan dan
pedagogi pengajaran matematik yang tinggi melalui pelbagai pendekatan,
strategi dan kaedah yang sesuai dengan keperluan ciri-ciri pembelajaran murid
ketidakupayaan pendengaran dengan sokongan pelbagai media pengajaran.
47
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Kesediaan guru mengubah suai pendekatan, strategi dan kaedah mengikut tahap
kognitif dan keupayaan pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran
merupakan langkah yang sangat sesuai untuk menghasilkan PdP yang berkualiti
di samping menerajui ke arah peningkatan pencapaian matematik murid
ketidakupayaan pendengaran. Walau bagaimanapun, kaedah hafalan serta
penggunaan papan putih dan pen maker dalam pengajaran matematik harus
dikurangkan, dan utamakan pengajaran berteknologi seperti pengajaran
berbantukan komputer pada era abad ke-21 ini. Sehubungan dengan itu, guru
perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk memantapkan lagi penguasaan
bahasa isyarat supaya pengajaran matematik menjadi lebih efektif dalam
kalangan murid ketidakupayaan pendengaran.
RUJUKAN
Abera, T. & Koester, L.S. (2015). An assessment of factors affecting the
education/inclusion of deaf and hard-of-hearing students in North and South
Gondar zone integrated primary school classes. Ethiopian Renaissance
Journal Of Social Sciences And The Humanities 2(2),37-51.
Berk, L.E. (2009). Child Development. Edisi ke-8. Boston: Pearson Education.
Chong, A.P. & Shaffe Mohd Daud. (2016). Relationship between special education
(hearing impairment) teachers’ Technological Pedagogical Content Knowledge
(TPACK) and their attitudes toward ICT integration. Seminar Antarabangsa
Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016 hlm. 313-319.
Effandi, Z. (2005). Asas pembelajaran koperatif dalam matematik. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Gagne, R.M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction. Edisi ke-4.
New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.
Hutkemri. (2009). Keberkesanan strategi pemetaan informasi ke atas pengetahuan
konseptual matematik pelajar sekolah menengah pertama (SMP). Tesis Sarjana
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Peguam Negara. (2013). Akta Pendidikan 1996: Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013. Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A) 230.
Jamil, A. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu
penilaian. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Lembaga Peperiksaan. (2011). Analisis Prestasi Matematik Calon Normal dan Pekak
Peringkat Nasional UPSR Dan PMR 2008-2010. Surat makluman kepada Liong
Kon Thai, 7 Februari 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
Lembaga Peperiksaan. (2015). Analisis Prestasi Matematik Murid Arus Perdana dan
Murid Bermasalah Pendengaran UPSR 2012-2014. Surat makluman kepada
Liong Kon Thai, 6 Oktober 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.
48
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Liong, K.T. (2012). Kaedah Pengajaran Jemari Ajaib (KPJA) Dalam Pembelajaran
Sifir Murid Bermasalah Pendengaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Liong, K.T. (2019). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matematik Murid
Berkeperluan Khas Kurang Upaya Pendengaran. Tesis Doktor Falsafah
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Liong, K.T. & Mohd. Hanafi, M.Y. (2016). Magic Finger Teaching Method in learning
multiplication facts among deaf students Journal of Education and Learning
5(3),40-50.
Low, G.S. (2014). Pembangunan Perisian Matematik Bulatan I dan Kesan
Penggunaannya Terhadap Murid Bermasalah Pendengaran. Tesis Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Khas). Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Marschark, M. & Hauser, P.C. (2012). How Deaf Children Learn: What Parents
and Teachers Need to Know. Oxford University Press.
Marschark, M., Shaver, D.M., Nagle, K.M. & Newman, L.A. (2015). Predicting the
academic achievement of deaf and hard-of-hearing students from individual,
household, communication, and educational factors. Exceptional Children, 1-20.
Mohd. Hanafi, M.Y., Noraidah, S. & Arbi Haza, N. (2013). Online literacy and
mathematics assessment for deaf and hard of hearing students. Current Research
in Malaysia 2(1), 65-99.
Shahrul Arba’iah Othman. (2007). Faktor Yang Menyumbang Kepada Kecemerlangan
Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sousa, D.A. (2006). How The Brain Learns. Edisi ke-3. California: A Sage Publications
Company.
Spencer, P.E. & Marschark, M. (2010). Evidence-Based Practice In Educating Deaf And
Hard of Hearing Students. Oxford University Press.
Syamsinar, A. J. (2013). Penglibatan Murid Bermasalah Pendengaran Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Szymanski, C., Lutz, L., Shahan, C. & Nicholas, G. (2013). Critical Needs of Students
Who are Deaf or Hard of Hearing: A Public Input Summary. Washington, DC:
Laurent Clerc National Deaf Education Center Gallaudet University.
49
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
ISU DAN CABARAN PERLAKSANAAN PBD
DALAM NORMA BAHARU
3
¹Rosnah@Nining Sidek, Phd., ²Bustam Daman, & Mohd Saiful Bahri Bustam
1 IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
²IPG Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Pelaksanaan PdP atas talian agak mencabar kerana kekangan internet yang terhad
terutamanya di kawasan pedalaman menyebabkan keberkesanan proses PdP
terjejas. Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) harus diteruskan
walaupun ianya kurang berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan
pemahaman pelajar. Situasi ini menyebabkan pembelajaran dua hala antara guru
dan murid sukar untuk dipraktiskan berbanding dengan proses PdP secara
berdepan dalam keadaan realiti. Semasa PdPR, guru menggunakan pelbagai
aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google
Form, Youtube Video dsb. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-
guru interim yang sedang mengikuti program PDPP Ambilan Jun 2020 di IPGK
Kent. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif, data dikutip atas talian melalui
penulisan laporan refleksi tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing.
Dapatan kajian mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh responden
bagi melaksanakan PBD dalam PdPR adalah dari sudut tahap kesediaan guru
tersebut. Kebanyakan guru interim menghadapi kecelaruan, ketidakyakinan dan
stres semasa melaksanakan PBD dalam PdPR.
Kata kunci: PBS, PS, PBD, PA, PdP dan PdPR
ABSTRACT
The implementation of online learning is quite challenging as the limited internet
constraints especially in remote areas cause the effectiveness of the teaching and
learning process to be affected. The home-based teaching and learning process
should be continued even if it is less effective in terms of communication,
observation and understanding of students. This situation makes two -way
learning between teachers and students difficult compared to the face -to -face
learning process in reality situations. During online learning, teachers use
various applications such as Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook,
Quizziz, Google Form, Youtube Video and so on. In this study, the respondents
50
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
consisted of interim teachers at IPGK Kent. The design of the study was
qualitative, data were collected online through the writing of reflective reports
on the implementation of PBD in their respective schools. The findings of this
study detect, the main issues and challenges faced by teachers to implement
PBD in the new norm in terms of the level of readiness of the teachers. Most
teachers face confusion, insecurity and stress while implementing PBD and
Home-based teaching and learning.
Keywords: PBS, PS, PBD, PA, PdP and PdPR
PENDAHULUAN
Pentaksiran merupakan suatu bahagian utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Ia menggambarkan proses berterusan yang merangkumi
aktiviti merancang, membina instrumen, pengumpulan maklumat, melaksanakan
penilaian, penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai
prestasi pelajar untuk membantu guru membuat keputusan (Ying et al., 2017).
Pentaksiran yang baik merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
mudah tadbir dan mudah tafsir. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik
dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu
Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan
akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Rajah 1
menunjukkan empat komponen dalam PBS. PS dikenali sebagai Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016.
Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBD mengekalkan semua konsep PS dan melibatkan penentuan tahap
penguasaan (TP) murid dalam setiap mata pelajaran. Standard Prestasi, Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
51
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
(KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). PBD merupakan satu kaedah yang diperkenalkan
untuk mengukur proses perkembangan pembelajaran murid secara berterusan
(Jacob & Parkinson, 2015). Proses ini berbeza berbanding dengan peperiksaan
yang hanya mengukur pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran.
Kedua-dua konsep ini mempunyai satu perbezaan yang agak ketara,
memandangkan peperiksaan adalah lebih bersifat pentaksiran sumatif manakala
PBD adalah lebih bersifat pentaksiran formatif. Peperiksaan dan pentaksiran
adalah dua proses yang berbeza, guru harus mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam mengendalikan kedua-dua proses ini.
Pentaksiran Alternatif (PA) merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan
untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid dan
ia seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berfokus
kepada perkembangan dan kemenjadian pelajar secara holistik. Oleh itu, guru
melaksanakan PdPR ketika pandemik COVID-19 boleh menggantikan kaedah
pentaksiran konvensional dengan PA. Guru boleh memilih kesesuaian PA
berdasarkan kaedah PdPR. Antara PA untuk pembelajaran boleh dilaksanakan
secara dalam talian ialah kuiz, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab
semasa kelas dalam talian. Kuiz dalam talian menggunakan konsep sama seperti
kuiz konvensional semasa pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz
menggunakan media dalam talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan secara ujian
subjektif atau ujian objektif. PBD bertujuan untuk (i) membantu dalam membuat
keputusan dalam PdP; (ii) memberi bimbingan pembelajaran dan kerjaya; (iii)
penyelidikan berasaskan data; (iv) menentukan aspek pentadbiran; dan (v)
memberi motivasi kepada murid. PA untuk pembelajaran luar talian ialah
pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul
pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
melalui laman web rasminya.
Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina sendiri modul dalam bentuk
hardcopy. Modul ini mengandungi aktiviti relevan dengan topik tertentu. Murid
disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi menyelesaikan tugasan diberikan.
Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan. Pentaksiran dalam modul dapat
mengukur penguasaan murid. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk
disemak atau ditaksir secara serahan tangan atau melalui medium WhatsApp atau
Telegram. Cadangan PA menjadi pilihan kepada guru untuk menambah baik
instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik keberkesanan
pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19. Pentaksiran
berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan murid berkualiti dan
berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan keberkesanan PdP.
Selama penutupan sekolah yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, guru-
guru dikehendaki melaksanakan sesi PdPR dengan bantuan ibu bapa sebagai
pengantar antara murid dan guru. Mengikut kesesuaian situasi yang dialami,
52
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti secara bertulis dan
pemerhatian. Kedua-dua kaedah tersebut dipilih kerana ianya lebih mudah
dikendalikan dengan pelibatan ibu bapa sebagai penyampai maklumat kepada
murid.
KAJIAN LITERATUR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menanamkan hasrat dan tekad untuk
menaik taraf kualiti kemenjadian murid sejajar dengan aspirasi meletakkan
Malaysia dalam kelompok terbaik dunia (KPM, 2013). Guru dikehendaki untuk
mengajar berpandukan standard pembelajaran, manakala standard prestasi pula
digunakan untuk menilai tahap prestasi kefahaman dan pengusaan murid.
Penilaian standard prestasi perlu berpandukan rubrik yang sesuai agar dapat
menilai tahap penguasaan murid dengan lebih tepat dan adil (Azizi, 2016).
Menurut Azizi (2019), guru adalah insan yang melaksanakan dasar kurikulum
untuk mencapai matlamat yang digariskan. Oleh itu, guru perlulah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar proses PdP di bilik darjah
terlaksana mengikut objektifnya. Manakala, Noor Hanim et al., (2020),
menyatakan pendidikan menjadi faktor utama membangunkan negara dalam
zaman revolusi industri 4.0, di mana murid perlu diberikan pendidikan yang
berkualiti, berdaya maju, dan sanggup mengharungi cabaran digital di masa
hadapan.
Pentaksiran ialah satu proses sistematik yang penting dalam PdP. Ia perlu
dimulakan dengan menetapkan objektif pembelajaran untuk memastikan
pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran dan membuat pertimbangan
mengenai tahap pencapaian tersebut (Boon et al., 2017). PBD bertujuan
menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu
Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran.
PBD boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas
sesuatu tempoh yang bersesuaian melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini
dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Cikgu Hailmi, 2018).
Rajah 2: Pentaksiran Formatif dan Sumatif
53
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Menurut Boon et. al., (2017), tujuan pentaksiran termasuk membuat keputusan
dan tindakan instruksional, bimbingan, pentadbiran, penyelidikan dan inovasi
sebagai motivasi kepada murid. Pentaksiran tentang Pembelajaran merujuk
strategi yang dibina untuk mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan
sama ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil pembelajaran suatu
program. Pentaksiran untuk pembelajaran adalah pentaksiran yang direka bentuk
untuk merangsang pembelajaran murid melalui sokongan yang berterusan dan
bimbingan yang berkesan. PBD melibatkan Pentaksiran Untuk Pembelajaran,
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran
ditunjukkan seperti dalam Rajah 2 dan perinciannya di dalam jadual 1.
Jadual 1: Perincian mengenai Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran
Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai Pentaksiran tentang
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Kenapa Membolehkan guru- Membimbing dan memberi Mengesahkan atau
mentaksir? guru menentukan peluang kepada setiap murid memaklumkan kepada
langkah untuk untuk memantau dan membuat ibu bapa tentang
penambahbaikan dalam refleksi tentang pembelajaran kemahiran murid
meningkatkan masing-masing dan mengenal berhubung dengan
keberkesanan pasti langkah-langkah hasil pembelajaran
pembelajaran murid. seterusnya. kurikulum.
Apa yang Pencapaian dan Pemikiran setiap murid Sejauh manakah
hendak keperluan pembelajaran mengenai pembelajarannya, murid boleh
ditaksir ? setiap murid berhubung apakah strategi yang digunakan mengaplikasikan
dengan hasil kurikulum. untuk menyokong atau konsep utama,
mencabar pembelajaran itu, dan pengetahuan,
mekanisme yang digunakan kemahiran dan sikap
untuk menyesuaikan diri dan yang berkaitan
memajukan pembelajaran dengan hasil
masing-masing. kurikulum.
Apakah Pelbagai kaedah dalam Pelbagai kaedah dalam Pelbagai kaedah yang
kaedah untuk pendekatan yang pendekatan yang berbeza untuk berbeza pendekatan
mentaksir? berbeza untuk mentaksir mendapatkan proses yang menilai kedua-
dan memahami pembelajaran dan meta-kognitif dua produk dan
kemahiran murid secara murid. proses.
jelas.
Kepastian •Ketepatan dan •Ketepatan dan ketekalan murid •Ketepatan, konsisten,
Kualiti ketekalan •Refleksi kendiri, pemantauan dan keadilan dalam
pemerhatian dan tafsiran diri, dan pelarasan diri pertimbangan
pembelajaran murid • Pelibatan pelajar dalam berdasarkan
•Jelas, hasil mencabar pemikiran sendiri maklumat yang
pembelajaran •Pelajar mencatat pembelajaran berkualiti
secara terperinci mereka sendiri •Jelas, hasil
•Tepat, nota terperinci pembelajaran yang
untuk maklum balas terperinci
deskriptif • Pelaporan sumatif
untuk setiap murid yang adil dan tepat
54
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Menggunakan •Menyediakan setiap •Menyediakan setiap murid •Menunjukkan tahap
maklumat murid dengan maklum dengan tepat, deskriptif maklum pembelajaran setiap
balas deskriptif yang balas yang akan membantu murid
tepat untuk melanjutkan murid meningkatkan tabiat • Menyediakan asas
pengajian masing- pembelajaran kendiri kepada perbincangan
masing • Murid memberi tumpuan mengenai penempatan
• Mengambil kira kepada tugas dan tingkah laku atau kenaikan pangkat
perbezaan murid dalam pembelajaran (bukan sekadar • Laporan adil, tepat,
proses PdP untuk mendapat jawapan yang betul) dan maklumat
mencapai hasil • Menyediakan setiap murid terperinci yang boleh
pembelajaran dengan idea-idea untuk digunakan untuk
• Menyediakan ibu bapa menyesuaikan diri, membuat keputusan
atau penjaga dengan memikirkan semula, dan seterusnya langkah-
maklum balas deskriptif pernyataan pembelajaran langkah dalam
mengenai pembelajaran masing-masing pembelajaran murid
murid dan idea untuk • Menyediakan syarat-syarat
sokongan bagi guru dan murid untuk
membincangkan alternatif
• Murid melaporkan mengenai
pembelajaran sendiri
Peranan penting guru dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif
pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir;
merancang dan membina instrumen pentaksiran; melaksanakan pentaksiran;
merekod hasil pentaksiran; menganalisis maklumat pentaksiran; melapor dan
melakukan tindakan susulan. Perlaksanaan PBD membantu guru mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid dalam pembelajaran; mengetahui keberkesanan pengajaran;
merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran seterusnya mengambil
tindakan susulan dengan serta merta berdasarkan tahap pencapaian yang
diperolehi oleh setiap murid. Perlaksanaan PBD yang berkualiti dapat
mencerminkan tahap pencapaian sebenar murid dalam menguasai matlamat yang
ditetapkan dalam kurikulum (KPM, 2018).
Melalui PBD, guru akan dapat:
i. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
ii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
iii. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran.
iv. Mengetahui keberkesanan pengajaran.
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Manakala dari aspek murid pula, murid akan dapat:
i. Mengesan perkembangan diri
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
iii. Meningkatkan pencapaian pembelajaran
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) perlu ada sebelum penggubalan item. Pembinaan
JSU bertujuan memastikan ujian yang ditadbirkan mengandungi bilangan item
55
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
yang tepat dan aras kesukaran yang sejajar dengan hasrat kurikulum (Azizi,
2011). Ujian ditadbir menggunakan pelbagai jenis alat pentaksiran seperti
pentaksiran formatif atau sumatif, pelbagai jenis ujian (objektif, subjektif, Ujian
Rujukan Norma atau Ujian Rujukan Kriteria) dan pentaksiran autentik. Data
yang diperolehi dari ujian perlu dianalisis dan diinterpretasi untuk memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian murid dan untuk memastikan item
tersebut berkualiti serta menilai murid dengan adil. Bagi menganalisis item dan
menginterpretasi data ujian dan membuat kesimpulan mengenai ujian berkenaan,
pengunaan statistik asas diperlukan. Ini termasuklah penggunaan jadual
kekerapan, skor terkumpul, perwakilan graf, ukuran kecenderungan memusat
(min, mod, median), sisihan piawai dan skor piawai. Indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi pula digunakan bagi menentukan sama ada item soalan
tersebut sesuai atau sebaliknya. Data pentaksiran yang telah dianalisis dan
diinterpretasi boleh dilaporkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
PERNYATAAN MASALAH
Malaysia berhadapan situasi pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020. Sistem
pendidikan kebangsaan terkesan berikutan analisis data kes positif, kontak rapat
dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah semakin
meningkat. Oleh itu, KPM mengambil beberapa inisiatif awal di mana semua
sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. KPM menyediakan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Inisiatif ini bertepatan dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menetapkan
setiap murid perlu mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi
diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan yang baik. Murid berhak
mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah
seperti biasa. Guru bukan sahaja perlu merancang dan mengaplikasikan
pelaksanaan PdP melalui pembelajaran di rumah, malah perlu meneroka dan
merancang pentaksiran alternatif untuk menggantikan peperiksaan serta ujian
bertulis secara bersemuka. Pentaksiran secara formatif dan sumatif dapat terus
dilaksanakan kepada murid. Pentaksiran alternatif (PA) dapat memastikan
kesinambungan pembelajaran berkualiti sepanjang murid melalui PdPR.
Pelaksanaan PA membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran
murid, menjalankan pentaksiran dan memperbaiki mutu pembelajaran murid
biarpun sekolah terpaksa ditutup semasa berlakunya pandemik COVID-19.
Terdapat keperluan bagi guru untuk menggabungkan kaedah PA dalam PdP
supaya guru boleh menilai kebolehan murid dengan berkesan secara berterusan.
Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, timbul beberapa isu dan cabaran yang
berlaku dalam bidang pendidikan di antaranya keberkesanan perlaksanaan PdPR,
keberkesanan pengajaran guru secara dalam talian, pengajaran luar talian,
bebanan kerja guru bertambah dan lain-lain isu yang berkaitan.
56
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan pentaksiran diadakan adalah untuk menilai tahap pencapaian murid
terhadap sesuatu konsep pembelajaran dan membantu guru menilai semula
kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Ini perlu bagi mengesan kelemahan
kaedah pengajaran guru yang memerlukan penambahbaikan. PBD dilaksanakan
untuk menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai, melaksanakan PBD dengan
berkesan, membuat pertimbangan profesional dalam menentukan tahap
penguasaan murid dan melaksanakan tindakan susulan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran tentang perlaksanaan PBD semasa
Pandemik COVID-19, di mana proses PdP berlaku dalam keadaan norma baharu
iaitu proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku di rumah (PdPR).
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif yang dilaksanakan melalui laporan
refleksi penulisan secara dalam talian. Populasi kajian adalah guru interim yang
sedang mengikuti kursus Program Diploma Pasca Pendidikan (PDPP) di IPG
Kampus Kent ambilan tahun 2020. Manakala, sampel kajian hanya terdiri
daripada 28 orang guru bagi opsyen Pendidikan Khas Sekolah Rendah Murid
Bermasalah Pembelajaran yang berada dalam Semester 1 seperti dalam Jadual 2.
Responden kajian ini merupakan guru interim yang telah ditempatkan di sekolah
rendah seluruh negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman. Instrumen
kajian yang digunakan merupakan satu penulisan laporan refleksi mengenai
pengalaman guru tersebut melaksanakan proses PdPR dan PBD sepanjang masa
pandemik COVID-19. Penulisan lebih bertumpu kepada permasalahan tentang
isu dan cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan PBD dan PdPR sepanjang
tahun 2020.
Jadual 2: Maklumat Profil Responden
Profil Responden Kekerapan Peratus(100%)
(n=28)
Jantina Lelaki 3 10.7
Perempuan 25 89.3
Umur < 30 22 78.6
(Tahun) 31 - 35 6 21.6
Lokasi Bandar 8 28.6
Sekolah Luar Bandar 20 71.4
57
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
DAPATAN KAJIAN
Pandemik COVID-19 memberi impak besar terhadap sistem pendidikan, politik,
ekonomi, dan sosial negara kita. Dalam pendidikan, secara langsung mengubah
proses PdP dan menimbulkan beberapa isu dalam perlaksanaan PBD. Malaysia
menghadapi tiga gelombang pandemik COVID-19 bermula awal tahun 2020
selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia dilanda
gelombang ketiga setelah negara mencatatkan bilangan tiga angka bagi kes
baharu. Sehubungan itu, sistem pendidikan terkesan berikutan analisis data kes
positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan pelajar, guru serta warga
sekolah semakin meningkat. Oleh itu, sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup.
KPM mengambil beberapa inisiatif awal. Pertama, KPM mengedarkan surat
pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM
berkaitan. Pelajar berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun
tidak dapat hadir ke sekolah. Sehubungan itu, sistem pendidikan negara
mewujudkan satu mekanisme baharu dalam kaedah pentaksiran PdPR. Guru
bukan sahaja perlu merancang dan mengaplikasikan pelaksanaan PdP secara
berkualiti melalui pembelajaran di rumah, malah perlu meneroka dan merancang
PA untuk menggantikan peperiksaan serta ujian bertulis secara bersemuka
supaya pentaksiran formatif dan sumatif dapat terus dilaksanakan kepada pelajar.
PA dapat memastikan kesinambungan pembelajaran berkualiti sepanjang pelajar
melalui home-based learning. Dapatan hasil tinjauan terhadap guru-guru interim
PDPP PKSR Murid Bermasalah Pembelajaran ditunjukkan seperti dalam
Rajah 3.
Rajah 3: . Isu dan Cabaran Pelaksanaan PBD
58
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Hasil kajian tinjauan mendapati isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah;
1. Tahap kesediaan guru interim melaksanakan PBD
Sebagai guru baharu dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah, merasakan
ianya sangat membebankan. Sebagai guru interim, PdPR dan PBD adalah suatu
perkara yang masih sangat baru dan ilmu pengetahuan mengenainya adalah
sangat kurang. Guru mengalami kesukaran dalam membina instrumen
pentaksiran. Tahap kesediaan guru melaksanakan aktiviti PdPR sangat rendah,
serta banyak cabaran yang guru harus hadapi dalam melaksanakan PdPR.
Tinjauan mendapati bahawa majoriti guru melaksanakan aktiviti PdPR antara
satu hingga empat jam sehari, manakala hanya sedikit yang melaksanakan PdPR
selama lebih empat jam sehari. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa guru telah
menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang PKP. Walau bagaimanapun,
kehadiran murid ke kelas PdPR terlalu rendah.
2. Pengalaman tiga bulan pertama sebagai guru interim baru posting ke
sekolah
Semua responden telah melaksanakan PBD kepada murid secara bersemuka buat
pertama kalinya pada hujung tahun 2019, di mana ketika itu guru baru bertugas
sebagai guru interim selama tiga bulan. Jadual waktu yang terlalu padat dan
masa yang terlalu singkat untuk berada di sekolah, membuatkan guru tidak
berkesempatan untuk melaksanakan PBD kepada murid. Guru terkejar-kejar
dengan masa untuk bergegas ke kelas seterusnya sebaik sahaja masa mengajar
telah tamat.Terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa melaksanakan
PBD terutamanya apabila mengajar murid-murid bekeperluan khas. Semasa sesi
PdP berlangsung, guru hilang fokus secara tiba-tiba dengan pelbagai masalah
murid-murid di dalam bilik darjah dengan kawalan tingkah laku, pengurusan diri
yang kurang, dan pengaturan emosi yang tidak menentu seperti sensitif dan suka
menangis. Kesukaran timbul apabila hendak menilai tahap penguasaan setiap
murid pada masa kelas tersebut berlangsung.
3. Proses PdP kepada PdPR , masalah talian internet dan kemudahan
peralatan
Dalam PdPR perlaksanaan PBD agak menyukarkan apabila ianya secara dalam
talian terutamanya bagi murid tahap 1. Timbul masalah talian internet dan
kemudahan peralatan. Sebahagian besar terutamanya di kawasan luar bandar
menyatakan masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti mengajar seperti
komputer, telefon, computer tablet, ruang pembelajaran murid. Ketiadaan alat
peranti komunikasi seperti telefon bimbit atau laptop sukar untuk murid-murid
mendapatkan tugasan. Guru merasa sukar melaksana pembelajaran secara
online. Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar,
59
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pembelajaran secara dalam talian ketika PKP terbukti menjadi cabaran kepada
guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berlaku krisis
disebabkan pandemik COVID-19. Tinjauan dan temu bual dengan beberapa guru
menunjukkan akses internet masih menjadi halangan terbesar dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian. Tidak semua pelajar mempunyai WiFi
atau tablet di rumah terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah. Guru
menggunakan aplikasi WhatsApp dan apa sahaja kaedah yang boleh untuk
berkomunikasi dengan murid mereka dan menghantar maklumat untuk disemak,
tetapi sesetengah pelajar tidak mempunyai telefon pintar dan ibu bapa mereka
terlalu sibuk dengan kerja untuk mengambil bahagian dalam kumpulan
WhatsApp.
4. Kerjasama dan sokongan ibu bapa memberi respons kepada guru
Perkembangan murid dapat diketahui secara langsung melalui maklum balas
daripada ibu bapa. Cabaran guru sentiasa bertanya ibu bapa mengenai
perkembangan atau pencapaian murid dalam matapelajaran yang diajar. Ibu bapa
murid perlu tahu kepentingan memberi respons kepada guru dengan
memaklumkan pencapaian atau perkembangan anak-anak mereka. Guru meminta
ibu bapa merakam dan mengirimkan video anak-anak mereka melakukan tugasan
atau latihan yang diberikan oleh guru. Guru juga membuat pemantauan terus
kepada murid melalui panggilan video. Guru akan bertanya langsung dengan
murid beberapa soalan berkaitan pelajaran yang mereka pelajari pada ketika itu,
dan pada masa yang sama melihat secara langsung kegiatan murid tersebut.
Melalui ketiga-tiga cara inilah iaitu, 1) bertanya langsung kepada ibu bapa murid
mengenai murid, 2) melalui rakaman video ketika murid sedang melakukan
tugasan atau latihan yang diberikan, 3) melalui panggilan video untuk bersoal
jawab dengan murid mengenai pelajaran yang dipelajari oleh mereka dan melihat
secara langsung kegiatan murid sebagai pendekatan yang digunakan oleh guru
interim untuk melaksanakan PBD kepada murid. Bagi ibu bapa yang kurang
memberi respons atau kerjasama pula, terdapat alternatif lain yang guru lakukan
dengan membuat penilaian atau pentaksiran ke atas murid berdasarkan
pencapaian murid pada kali terakhir guru bertemu.
5. Sosiologi dan persekitaran pembelajaran
Masalah yang dihadapi semasa melakukan pentaksiran ialah, jangka masa murid
berada di sekolah adalah tidak lama. Tempoh pembelajaran secara bersemuka
tidak dapat dilakukan untuk satu jangka masa yang panjang akibat penutupan
sekolah. Oleh itu, guru sukar untuk melakukan pentaksiran secara berkesan.
Selain itu, penggunaan templat PBD yang tidak selaras juga menjadi isu kepada
guru. Hal ini kerana, semua guru tidak menggunakan templat yang sama untuk
membuat pentaksiran. Justeru sebagai guru baharu, mempunyai kesukaran untuk
menggunakan templat yang sepatutnya. Masalah lain pula, pelaksanaan PBD
dalam kalangan murid khas tidak semudah seperti murid perdana. Hal ini kerana,
60
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
murid khas mempunyai kemahiran dan masalah yang berlainan. Mereka perlu
bimbingan individu untuk satu jangka masa yang panjang. Masalah ketidak
kehadiran yang sering berlaku, mengganggu pelaksanaan PBD kerana sukar
untuk menilai perkembangan murid.
6. Gangguan pembelajaran
Dalam dunia pendidikan khususnya yang melibatkan murid sekolah, gangguan
pembelajaran sebenarnya sudah lama berlaku, di peringkat lokal dan global, yang
secara langsung dan berkala. Namun gangguan-gangguan ini kurang diberi
perhatian kesannya kepada pendidikan anak-anak kerana ia berlaku sepanjang
masa atau mungkin juga kerana mengikut lokasi seperti pedalaman, luar bandar
dan bandar. Perlu juga diambil kira aspek lain seperti masalah kesihatan fizikal,
mental dan emosi akibat ‘terkurung’ apabila murid tidak boleh keluar rumah,
berjumpa rakan, beriadah, yang berkeluarga besar tapi rumah kecil, yang tidak
cukup makan, menghadapi konflik keluarga dan pelbagai lagi masalah lain yang
kadang kala tidak terfikir oleh setengah pihak. Hakikatnya, semua di atas adalah
pelbagai bentuk gangguan pembelajaran, yang sekiranya tidak ditangani dengan
berkesan, akan menjejaskan pembelajaran anak-anak, walau di mana mereka
berada.
7. Keperihatinan pihak pengurusan dan kepimpinan pendidikan
Sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah sangat diperlukan oleh
guru baharu. Melaksanakan PBD semasa pandemik COVID-19 menyedarkan
kita tentang hal berkaitan pendidikan yang melibatkan anak-anak, generasi masa
hadapan dan bukan di bawah tanggungjawab guru semata, malah tanggungjawab
yang perlu dipikul bersama-sama, merentas kementerian, jabatan, bahagian,
sempadan, bangsa, agama dan politik. Pandemik ini membangkitkan
tanggungjawab untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan orang lain;
hormati pandangan dan kehidupan orang sekeliling; serta prihatin, cakna dan
bersangka baik dengan makhluk lain. Guru-guru iterim masih dalam proses
belajar mengenai pentaksiran. Sewajarnya, perlu ada bimbingan berterusan
daripada pelbagai pihak untuk memastikan guru-guru ini memperolehi ilmu dan
kemahiran yang sepatutnya bagi melaksanakan PBD.
8. Guru sukar melaksana pembelajaran dalam talian semasa PKP
Cabaran melaksanakan PdPR adalah memastikan keberadaan murid semasa
kelas sedang berlangsung, diikuti dengan penyesuaian kaedah pengajaran dengan
keperluan dan kesediaan murid, di samping memastikan murid memberi
tumpuan, kefahaman dan keseronokan belajar. PKP yang berlaku sepanjang
tahun 2020 bukan sahaja menjejaskan pendidikan anak-anak, malah telah
mengubah nilai, amalan dan budaya hidup kita. Menghargai nyawa, menjaga
kebersihan, kuarantin diri, menjaga jarak sudah menjadi nilai yang wajib
61
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
diutamakan. Malah menukar suatu amalan yang lazimnya ‘normal’ juga sudah
menjadi kebiasaan masa kini – seperti tidak berjabat tangan untuk memeterai
perjanjian atau salam perkenalan; melapor secara suka rela kepada pihak
kerajaan kehadiran di mana-mana tempat awam menerusi QR Code;
menjarakkan diri di tempat awam; memakai penutup separuh muka (face mask);
dan amalan Standard Of Procedure (SOP) yang lain.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Proses berterusan PBD melibatkan proses mengumpul, menganalisis, dan
membanding tahap keupayaan murid. PBD mengekalkan semua konsep
Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan (TP) murid
dalam setiap mata pelajaran, ia dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua
mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Antara
isu berkaitan PBD yang menjadi kerisauan ibu bapa iaitu sejauh manakah
pelaksanaannya di sekolah dapat dicapai dengan sempurna dari aspek tahap
kesediaan seseorang guru untuk melaksanakan PBD iaitu sama ada guru tersebut
dapat membuat penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani), afektif (emosi
dan rohani), sosial iaitu yang seiring dengan kandungan yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ibu bapa tidak diberi pendedahan dan
penerangan terhadap pelaksanaan PBD, membuatkan mereka risau dengan
penilaian yang berbentuk formatif kerana khuatir perkembangan TP anak mereka
tidak dipantau dengan sebaik mungkin.
Pelaksanaan pentaksiran alternatif (PA) membolehkan guru memantau
perkembangan pembelajaran pelajar, menjalankan pentaksiran dan memperbaiki
mutu pembelajaran pelajarnya semasa pandemik COVID-19. Terdapat keperluan
bagi guru untuk menggabungkan kaedah penilaian alternatif dalam PdP supaya
guru boleh menilai kebolehan pelajar dengan berkesan. PA merujuk kepada
pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan
perkembangan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini selaras dengan kaedah
Pembelajaran Abad ke-21 berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi,
pemikiran kritikal dan nilai. PA seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian pelajar secara
holistik. Oleh itu, guru melaksanaan PdPR ketika pandemik COVID-19 boleh
menggantikan kaedah pentaksiran konvensional dengan PA yang terbahagi
kepada tiga pendekatan, iaitu pentaksiran kognitif, prestasi dan portfolio.
Pentaksiran kognitif berfokus untuk mengukur kemampuan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) pelajar, penguasaan, sikap dan kemahiran komunikasi.
Pentaksiran prestasi sebagai kaedah memerlukan pelajar untuk menunjukkan
kemampuan mereka secara langsung menggunakan hasil kerja pelajar dalam
62
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
aktiviti tertentu. Ia tertumpu kepada kebolehan pelajar untuk menerapkan
pengetahuan, kemahiran, dan pertimbangan. Kini terdapat pilihan guru untuk
menghasilkan portfolio secara elektronik.
Guru boleh memilih PA yang dapat disesuaikan berdasarkan kaedah PdPR,
antaranya untuk pembelajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian ialah kuiz
dalam talian, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab. Kuiz dalam
talian menggunakan konsep sama seperti kuiz konvensional semasa
pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz menggunakan media dalam
talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan secara ujian subjektif atau ujian objektif.
Ujian subjektif ialah ujian untuk pelajar dapat menunjukkan jalan kerja dalam
soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ujian objektif boleh dijalankan dalam
empat bentuk. Pertama, bentuk ujian benar salah terdapat kenyataan perlu
ditentukan kebenarannya. Kedua, multiple choice test ialah ujian memerlukan
jawapan dipilih daripada pilihan jawapan diberikan. Ketiga, ujian padan suai,
iaitu satu pernyataan perlu dipadankan dengan pilihan jawapan sesuai. Keempat,
ujian isi tempat kosong. Soalan berbentuk ayat tidak lengkap, jawapan tepat
perlu dipilih untuk diisi dalam tempat kosong untuk melengkapkan ayat yang
diberi. Antara aplikasi dalam talian boleh diaplikasikan ialah kuiz dalam talian
Quizizz. Kuiz dalam talian dan e-permainan menggunakan pelantar Quizizz
dapat digunakan guru kerana aplikasi pembelajaran ini dilihat mudah
penggunaan dan guru dapat mengaplikasikan untuk pentaksiran. Permainan
komputer yang dirancang dengan betul dapat memainkan peranan berguna dalam
membantu pelajar belajar dari rumah. PA untuk pembelajaran luar talian ialah
pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul
pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
melalui laman web rasminya. Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina
sendiri modul dalam bentuk hardcopy. Modul ini mengandungi aktiviti relevan
dengan topik tertentu. Pelajar disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi
menyelesaikan tugasan diberikan. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada
pelajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ditetapkan. Pentaksiran
dalam modul dapat mengukur penguasaan pelajar. Pelajar perlu menyerahkan
hasil tugasan untuk disemak atau ditaksir secara serahan tangan atau melalui
WhatsApp atau Telegram.
PA sebagai pembelajaran dalam talian dan secara luar talian ialah pentaksiran
kendiri (PK) di mana pelajar memberi ulasan hasil kerja atau prestasi mereka
sendiri menggunakan helaian PK. PK juga boleh dijalankan melalui sesama
rakan sebaya yang dikenali dengan pentaksiran rakan sebaya (PRS) yang dinilai
menggunakan instrumen PRS. Guru juga boleh meminta pelajar membina peta
konsep dan pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu.
Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya boleh meningkatkan pengaturan diri
pelajar (self-regulation) dan pencapaian. PRS boleh menjadi antara kaedah PA
berfungsi sebagai pentaksiran formatif. PA mengenai pembelajaran secara dalam
63
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
talian ialah peperiksaan atau ujian dalam talian menggunakan Google Classroom
dan portfolio elektronik.
Guru juga boleh menjalankan pembelajaran berasaskan projek. Terdapat tujuh
panduan pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek berasaskan Manual PdPR.
Pertama, guru memberi tajuk kepada pelajar. Kedua, guru membimbing pelajar
untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan. Ketiga, guru
membimbing pelajar untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos diperlukan.
Keempat, guru menentukan jangka masa menyiapkan projek. Kelima, guru
membimbing pelajar menyelesaikan projek. Keenam, pelajar membentangkan
hasil projek. Ketujuh, pelajar membuat refleksi tentang proses penghasilan
projek. Cadangan PA diharapkan menjadi pilihan kepada guru untuk menambah
baik instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik
keberkesanan pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19.
Pentaksiran berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar
berkualiti dan berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan
keberkesanan PdP yang dijalankan. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan murid
perlu berkerjasama dalam menjayakan PdPR. Ibu bapa atau penjaga, pihak
sekolah, Pegawai PPD, JPN dan KPM haruslah memainkan peranan dalam
membantu agar PdPR dan PBD yang dijalankan semasa pandemik COVID-19
berjalan dengan lancar.
KESIMPULAN
Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan oleh guru bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian pelajar.
Melalui analisis dan interpretasi data yang dibuat, guru boleh mengetahui dengan
lebih menyeluruh tentang keupayaan penguasaan pelajar dalam pelbagai
kategori. Langkah-langkah dan tindakan susulan boleh dipertimbangkan bagi
menangani isu-isu yang berbangkit. Seterusnya data tersebut boleh direkod dan
dilaporkan kepada pihak pengurusan sekolah atau pihak yang berkepentingan
dan boleh menjadi petunjuk prestasi sekolah berkenaan. Perlaksanaan PBD ini
lebih berjaya sekiranya semua pihak memainkan peranan yang positif bagi
menjayakannya terutama sekali semasa berlakunya penularan pandemik COVID-
19 masa kini. Pelaksanaan PdP kepada PdPR telah menjadikan proses PdP kini
dalam bentuk norma baharu. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan pelajar perlu
menjalinkan kerjasama dalam menjayakan PdPR. Pada masa sama, ibu bapa atau
penjaga, pihak sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan KPM haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membantu agar
PdPR dan pentaksiran yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 berjalan
dengan lancar.
PBD juga dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan dan
penulisan. PBD yang dijalankan perlu berasaskan kriteria dengan menilai
64
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
penguasaan berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran, standard
prestasi dan tahap penguasaan yang ditetapkan. PBD mampu mengesan
perkembangan pembelajaran secara menyeluruh melalui jasmani, emosi, rohani
dan intelek, kognitif, psikomotor dan afektif. PBD juga bercirikan dan
menekankan kepada perkembangan individu seterusnya membolehkan tindakan
susulan diambil. KPM dengan kerjasama daripada Bahagian Perkembangan
Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah bersatu
merangka satu sistem pentaksiran yang berupaya untuk mentaksir pelajar secara
lebih holistik jika dibandingkan dengan peperiksaan. Proses ini juga
menampakkan keprihatinan KPM terhadap proses pembelajaran murid
berbanding dengan gred pencapaian seseorang murid. Berpaksikan kepada
matlamat ini, ketiga-tiga pihak ini telah berjaya merangka satu kurikulum yang
meliputi ketiga-tiga standard, iaitu standard kandungan, standard pembelajaran
dan standard prestasi.
Ketiga-tiga komponen ini memerlukan guru sebagai agen pelaksana kurikulum
harus mempunyai kompetensi yang tinggi terhadap tugas mengajar dan
mentaksir. PBD yang berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti
yang dihasratkan. Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat
mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid
dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya meningkat pencapaian murid
secara keseluruhan. Pentaksiran berterusan dalam PBD merupakan tumpuan
utama KPM sebagai salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik
dalam kalangan murid. COVID-19 mengesahkan pernyataan bahawa manusia
hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Justeru mengingatkan dan
memberi ruang kita memperbaiki kehidupan dengan membuang atau mengubah
normal lama, mengamal normal baharu dan menjangka atau mencipta normal
masa hadapan. Pandemik COVID-19 mengingatkan kita sebenarnya berada
dalam satu sistem kehidupan, satu peradaban, satu bangsa manusia yang
berfungsi untuk saling melengkapi ke arah evolusi kehidupan yang lebih maju
dan lestari.
RUJUKAN
Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid:
Pengukuran Tahap Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu. Literature and Culture.
Azizi Ahmad. (2011). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. OUM
Selangor
Azizi Ahmad. (2016). Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. KL.
Azizi Jaafar. (2019). Asas Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Boon Pong Ying, L. L. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.
65
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2016). Buku Panduan Pentaksiran.
Cyberjaya:IPGM.
Jamil, H. (2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu dalam
Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu, 25-36.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Perlaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah.Edisi kedua. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Haidzir ,Y.J., & Norasmah, O. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran
Alternatif Dalam Sistem Penilaian Di Malaysia. E-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. eISBN: 978-967-2122-71-5.
Ying B P et el; (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan:Siri Pendidikan Guru. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah. Diambil daripada
https://www.moe.gov.en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum Diakses pada
25 Febuari 2021.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2012). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Johor
Bharu: Penerbit UTM Press.
66
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KEBERKESANAN JARI PECAHAN MASA DALAM MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MATEMATIK MURID SEKOLAH RENDAH
1 Khoo, Chwee Hoon, PhD
1 IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan Jari Pecahan Masa (JPM)
dalam meningkatkan pencapaian matematik dan penjimatan masa menjawab
dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang
menggunakan JPM sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan
menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini dilaksanakan di sebuah
sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Ujian pra dan ujian pasca digunakan
untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian sebelum dan selepas
intervensi. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji
hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa =.05. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dengan ujian
pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang
lebih tinggi (min = 86 markah) secara signifikan berbanding dengan min ujian
pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min masa menjawab dalam ujian pra dengan ujian pasca iaitu
dapat menjimatkan 78.9 peratus daripada masa menjawab. Selain itu, persepsi
murid terhadap penggunaan JPM juga pada tahap ‘sangat setuju’ (97.2%). Secara
kesimpulan, JPM ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit masa
dalam kalangan murid sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa murid
menjawab soalan penukaran unit masa.
Kata Kunci: penukaran unit masa, penukaran unit jam ke unit minit, penukaran
unit minit ke unit saat.
ABSTRACT
This study was aimed to determine the effectiveness of Time Fractional Fingers
(JPM) in improving mathematics achievement and answering time among
primary school students. This study is a quantitative study that uses the Time
Fractional Finger (JPM) as an intervention material. The study samples were
selected using purposive sampling technique. This study has been conducted in a
primary school in Tuaran district, Sabah. Pretest and posttest were used to
67
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
measure the mathematics achievement of the study samples. The Wilcoxon test
for the dependent sample was used to test the null hypothesis at a significance
level, alpha = .05. The findings of the study indicated that there were significant
differences in the pretest and the posttest mean scores. The study samples
obtained significantly higher posttest mean scores (mean = 86 marks) compared
to the pretest mean scores. The findings also showed that there was a significant
difference in the mean answering time used in the pretest and posttest which
saved 78.9% of the answering time. In addition, students' perceptions of the use
of JPM are also at a ‘Strongly Agree’ level (97.2%). In conclusion, this JPM can
overcome the problem of time unit conversion among primary school students, it
can also save students/ time in answering unit conversion questions.
Keywords: time unit conversion, conversion of hour unit to minute unit,
conversion of minute unit to second unit.
PENDAHULUAN
Matematik merupakan satu bidang ilmu asas yang penting kepada pelbagai
cabang ilmu terutamanya bidang sains dan teknologi. Penguasaan dalam bidang
matematik merupakan prasyarat bagi menguasai bidang ilmu yang lain.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) matematik sekolah
rendah yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mengintegrasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan
untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2018).
Keperluan negara dan dasar pendidikan kebangsaan menjadi prinsip dalam
penentuan kandungan kurikulum Matematik (Noraini, 2005). Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam
memantapkan pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh kebanyakan negara maju seperti
Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi (Johari & Norsuraini , 2011).
Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran
dan penguasaan tentang pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita.
Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat
penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan murid
daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar
(Tikunoff, 1985). Sebagai kesimpulan, matematik amat mempengaruhi
kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan
68
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
juga masa depan. Hakikatnya, semua pihak khususnya guru haruslah berusaha
untuk membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid.
PERNYATAAN MASALAH
Penukaran unit ialah proses yang melibatkan operasi pendaraban dan
pembahagian sesuatu faktor numerik. Penukaran unit masa dan waktu
merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Unit masa
mendatangkan masalah kepada murid kerana penukaran unit masa adalah tidak
berdasarkan kuasa sepuluh, atau dalam erti kata lain, masa tidak menggunakan
sistem nombor perpuluhan. Selain itu, murid turut berasa keliru apabila ingin
menentukan operasi yang sepatutnya digunakan dalam penukaran unit ini
(Butcher, et al., 2006).
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu cara
yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Heinrich, et al., 1996).
Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara langsung
bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang
ada pada guru dan murid, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria
murid yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan PdP
dapat melibatkan pelbagai deria murid dan menjadikan pengajaran benar-benar
berkesan.
Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan murid amat bergantung kepada
keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
sesuai (Lai, et al., 2001). Justeru itu, satu intervensi amat perlu dilaksanakan
untuk membantu murid menguasai kemahiran penukaran unit masa dan
seterusnya melaksanakan operasi penambahan dan penolakan. Oleh itu,
penyelidik bercadang membantu murid yang sukar mengingat perkaitan antara
unit masa dan belajar penukaran antara unit masa melalui projek JPM.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini cuba mencapai lima objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap ujian pra murid sebelum penggunaan JPM.
2. Mengenal pasti tahap ujian pasca murid selepas penggunaan JPM.
3. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan JPM dalam
menyelesaikan soalan melibatkan penukaran masa
4. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
ujian pra dan ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas
penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah.
69
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
5. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
tempoh masa menyelesaikan satu soalan penukaran unit masa antara
sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan
murid sekolah rendah.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap ujian pra murid sebelum penggunaan JPM?
2. Apakah tahap ujian pasca murid selepas penggunaan JPM?
3. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan JPM dalam menyelesaikan
soalan melibatkan penukaran antara unit masa?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan
ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan
JPM dalam kalangan murid sekolah rendah?
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa
menyelesaikan satu soalan penukaran unit masa antara sebelum
penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid
sekolah rendah?
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis nol dibentuk berdasarkan objektif kajian (4) dan (5) yang telah
dinyatakan. Aras keertian, p < .05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data
dengan menggunakan statistik takbiran.
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian
1
pasca antara sebelum penggunaan JPM dan selepas penggunaan JPM
dalam kalangan murid sekolah rendah.
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa
2
menyelesaikan satu soalan penukaran masa antara sebelum penggunaan
JPM dan selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kemahiran menyelesaikan soalan
penukaran unit jam ke unit minit dan unit minit ke unit saat. Oleh itu, kemahiran
menyelesaikan soalan penukaran unit abad, dekad, tahun, bulan, hari dan minggu
umpamanya tidak diselidiki dalam kajian ini. Selain itu, pencapaian matematik
dalam kalangan murid hanya diukur melalui 10 item yang digubal berdasarkan
DSKP Matematik Tahun 3 (KPM, 2017). Kajian ini tidak dapat menguji
penguasaan kemahiran matematik lain yang perlu dikuasai murid. Oleh itu, tahap
70
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pencapaian matematik hanya berdasarkan kemahiran murid menyelesaikan
soalan penukaran unit masa melibatkan unit jam, minit dan saat sahaja. Untuk
mengelakkan gangguan terhadap aktiviti PdP matematik di sekolah, kajian ini
tidak menyediakan banyak set ujian untuk mengukur tahap pencapaian
matematik murid. Justeru, dalam kajian ini tahap pencapaian matematik murid
hanya diukur berdasarkan satu set ujian pra dan satu set ujian pasca sahaja.
Sungguhpun pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan instrumen kajian
adalah sah dan boleh dipercayai untuk mengumpul data dalam kajian sebenar,
namun ketepatan hasil kajian yang diperoleh adalah semata-mata bergantung
kepada tindak balas sampel kajian dari aspek kesungguhan menjawab item-item
dalam instrumen yang ditakdirkan. Sampel kajian juga diharapkan dapat
menjawab semua item yang terkandung dalam instrumen kajian ini dengan tidak
merujuk kepada mana-mana buku rujukan, mengikut masa yang telah ditetapkan,
dan membuat sebarang perbincangan dengan murid lain.
Murid Tahun 4 yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang
berkaitan dengan kemahiran menyelesaikan soalan Penukaran Unit Masa
melibatkan unit jam, minit dan saat sahaja yang dilibatkan dalam kajian ini.
Justeru, hasil kajian ini hanya dapat digeneralisasikan kepada murid Tahun 4
yang menghadapi masalah menjawab soalan Pecahan yang berkaitan dengan
penukaran unit masa di seluruh Negeri Sabah sahaja. Dapatan kajian ini tidak
dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 4 di sekolah rendah di Sabah
atau seluruh Malaysia.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan bahawa JPM ini boleh dijadikan panduan kepada
penggubal dasar dalam merangka dasar yang lebih efisien tentang pembelajaran
matematik. Contohnya, pihak KPM dalam mengadakan program bagi
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek matematik yang selama ini
dianggap susah dan membosankan. Kajian ini juga penting kepada banyak pihak
seperti keluarga, masyarakat, sekolah dan badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan kerana ia dapat melihat permasalahan dalam kalangan murid serta untuk
menambahkan kualiti PdP serta meningkatkan tahap kualiti minat murid bagi
menghadapi cabaran globalisasi di era yang semakin mencabar ini.
Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh para guru dalam memperkasakan
keberkesanan pembelajaran dan pemudahcara (PdPC) di sekolah. Di samping itu,
kajian ini dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada murid betapa
pentingnya untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
Selain itu, kajian ini secara tidak langsung diharap dapat mendedahkan
kepentingan pelibatan pelbagai pihak dalam menentukan pencapaian akademik
dalam mata pelajaran matematik. Pencapaian akademik murid bukan hanya
71
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
terletak di atas bahu para guru namun ianya juga merupakan tanggungjawab
semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat dan atas inisiatif murid itu sendiri.
Di samping itu, dapatan kajian ini juga dapat menolong pihak sekolah untuk
sentiasa mencari inisiatif bagaimana membentuk minat murid terhadap
matematik melalui pendekatan-pendekatan yang sesuai. Oleh itu, penyelidik
berpendapat kajian ini adalah penting untuk semua pihak terutama sekolah untuk
kesejahteraan dan kegemilangan generasi akan datang.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian kuasi – eksperimen digunakan dalam kajian ini. JPM
digunakan sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan
teknik persampelan bertujuan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid
Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Ujian pra dan ujian
pasca yang digubal oleh penyelidik telah digunakan untuk mengukur tahap
penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan dengan penukaran
antara unit masa. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk
menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini termasuk menggunakan instrumen
ujian pra, ujian pasca dan soal selidik Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM
(PMPJPM). Instrumen yang digunakan untuk mengutip data kuantitatif dalam
kajian ini adalah seperti berikut:
(i) Ujian Pra;
(ii) Ujian Pasca; dan
(iii) Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM (PMPJPM).
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian pra dan ujian pasca merupakan ujian kertas dan pensel yang dibangunkan
oleh penyelidik. Sebanyak 10 item terbuka telah digubal oleh penyelidik
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Matematik Tahun 3 [4].
Taburan item ujian pra dan ujian pasca mengikut kemahiran-kemahiran
penukaran unit masa adalah seperti dalam Jadual 1.
72
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 1: Taburan Item Ujian Pra dan Ujian Pasca
Item Kemahiran
1, 2, 3, 4, 5 Penukaran Unit Jam kepada Unit Minit Melibatkan Pecahan
6, 7, 8, 9, 10 Penukaran Unit Minit kepada Unit Saat Melibatkan Pecahan
Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM (PMPJPM)
PMPJPM yang digubal oleh penyelidik mengandungi 10 item digunakan untuk
mengukur persepsi murid terhadap penggunaan JPM. Dalam hal ini, PMPJPM
mengandungi 10 item telah menggunakan skala Likert empat mata. Respons
“Sangat Tidak Setuju” diberi skor “1”, respons “Tidak Setuju” diberi skor “2”,
respons “Setuju” diberi skor “3”, dan respons “Sangat Setuju” diberi skor “4”.
Skor yang tinggi dalam skala persepsi menunjukkan persepsi positif terhadap
penggunaan JPM.
Tahap Persetujuan Responden Terhadap Penggunaan JPM
Jadual 2 menunjukkan skala tahap persetujuan yang digunakan untuk
menginterpretasikan dapatan Persepsi Murid Terhadap Penggunaan JPM
(PMPJPM). Min skor di antara 1.00 – 1.75 menunjukkan tahap “Sangat Tidak
Setuju” terhadap penggunaan JPM. Min skor di antara 1.76 – 2.50 menunjukkan
tahap “Tidak Setuju” terhadap penggunaan JPM. Manakala, min skor 2.51 – 3.25
menunjukkan tahap “Setuju” terhadap penggunaan JPM. Akhirnya, skor min
3.26 – 4.00 menunjukkan tahap “Sangat Setuju” terhadap penggunaan JPM.
Jadual 2: Skala Tahap Persetujuan
Skala Tahap Persetujuan
1.00 – 1.75 Sangat Tidak Setuju
1.76 – 2.50 Tidak Setuju
2.51 – 3.25 Setuju
3.26 – 4.00 Sangat Setuju
Prosedur Analisis Data
Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, penyemakan terhadap setiap
instrumen dijalankan. Sekiranya terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam
instrumen yang tidak terjawab oleh sampel kajian atau tidak mengikut arahan
yang diberikan, maka instrumen tersebut adalah dianggap sebagai tidak lengkap
dan dikecualikan daripada pemprosesan data seterusnya. Data-data yang
dikumpul melalui instrumen PMPJPM dianalisis melalui perisian IBM statistik
‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-PC) for Windows version 21’.
73
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Aras keertian, p =.05 digunakan dalam semua analisis data tersebut untuk
membenarkan ralat sebanyak 5% sesuai dengan penggunaan statistik takbiran
dalam bidang sains sosial. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan
untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.
BAHAN
Jari Pecahan Masa (JPM)
Rajah 1 menunjukkan enam jenis jari pecahan masa. Contohnya 2 jari
ditunjukkan maka setiap jari mewakili 30 iaitu 60 dibahagi kepada dua bahagian.
Rajah 2 menunjukkan satu contoh perwakilan jari pecahan masa untuk menukar
¾ jam kepada minit dan menukar ¾ minit kepada saat. Empat jari ditunjukkan,
maka setiap jari mewakili 15. Jadi, 3 bahagian daripada 4 bahagian memperolehi
“15 + 15 + 15” iaitu 45.
Rajah 1: Enam Jenis Jari Pecahan Masa
Rajah 2: Contoh Perwakilan Jari Pecahan Masa
74
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
DAPATAN KAJIAN
Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Semua data yang dikumpul dalam kajian ini telah dianalisis dengan
menggunakan perisian IBM statistik ‘Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS-PC) for Windows version 21’ untuk menentukan kebolehpercayaan bagi
instrumen kajian PMPJPM yang digunakan. Jadual 3 menunjukkan bilangan item
dan nilai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi instrumen PMPJPM.
Jadual 3: Taburan Item dan Nilai Alfa Cronbach bagi PMPJPM
Instrumen Bilangan Item Nilai Alfa Cronbach Bilangan Sampel
PMPJPM 10 .923 30
Instrumen ini mempunyai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach 0.923. Nilai
pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach ini adalah memadai. Menurut Stanley
dan Hopkins (1972), satu instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi juga mempunyai kesahan yang tinggi.
Tahap Ujian Pra Murid Sebelum Penggunaan JPM
Sebelum penggunaan JPM, hasil analisis keputusan Ujian Pra menunjukkan
bahawa 30 orang murid (100%) berada pada tahap penguasaan Tiada. Tiada
murid berada pada tahap Lemah, Memuaskan, Baik dan Cemerlang. Secara
keseluruhannya, min Ujian Pra ialah 0 markah. Jadual 4 berikut menunjukkan
taburan kekerapan dan peratus mengikut tahap penguasaan murid dalam
Penukaran Unit Masa.
Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratus Ujian Pra mengikut Tahap
Penguasaan Penukaran Unit Masa
Gred Tahap Penguasaan Julat Ujian Pra
A Cemerlang 76 – 100 0 (0.0%)
B Baik 51 – 75 0 (0.0%)
C Memuaskan 26 – 50 0 (0.0%)
D Lemah 1 – 25 0 (0.0%)
G Tiada 0 30 (100.0%)
Jumlah 30 (100%)
Min 0 markah
Tahap Ujian Pasca Murid selepas Penggunaan JPM
Selepas penggunaan JPM, hasil analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan
bahawa hanya seorang murid (3.3%) berada pada tahap penguasaan Memuaskan.
Tiada murid berada pada tahap Tiada dan Lemah. Didapati bahawa terdapat
75
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
23.3% dan 73.3% murid berada pada tahap penguasaan Baik dan Cemerlang
masing-masing. Secara keseluruhannya, Min Ujian Pasca ialah 86 markah. Ini
menunjukkan bahawa penguasaan murid telah meningkat selepas penggunaan
JPM. Jadual 5 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut
tahap penguasaan murid dalam Penukaran Unit Masa.
Jadual 5: Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut
Tahap Penguasaan Penukaran Unit Masa
Gred Tahap Penguasaan Julat Ujian Pasca
A Cemerlang 76 – 100 22 (73.3%)
B Baik 51 – 75 7 (23.3%)
C Memuaskan 26 – 50 1 (3.3%)
D Lemah 1 – 25 0 (0.0%)
G Tiada 0 0 (0.0%)
Jumlah 30 (100%)
Min 86 markah
Persepsi Murid terhadap Penggunaan JPM (PMPJPM) dalam
Menyelesaikan Soalan Melibatkan Penukaran antara Unit Masa
Berdasarkan keputusan analisis data dalam J adual 6, secara keseluruhannya,
97.2% daripada 10 pernyataan dalam PMPJPM telah disetujui oleh murid yang
mengikuti bengkel JPM. Keputusan yang cemerlang ini dapat membuktikan
bahawa murid berasa sangat setuju terhadap penggunaan JPM untuk membantu
murid menyelesaikan soalan penukaran antara unit masa dengan min
keseluruhan 3.88 (sisihan piawai 0.270).
Rumusan daripada analisis data dalam Persepsi Murid Terhadap Penggunaan
JPM adalah seperti berikut: Jari Pecahan Masa dapat membantu saya menjawab
soalan berkaitan menukar unit masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat dengan cepat (98.3%), mudah (100.0%), jimat masa (96.8%),
jawapan tepat (96.8%), berkesan (98.5%), berpuas hati (95.0%), menarik minat
(96.8%), menyeronokkan (97.5%), sangat menarik (95.8%), dan menggunakan
kaedah JPM pada masa depan (96.8%).
76
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 6: Taburan Peratus Persepsi Murid Terhadap Penggunaan JPM
%
Status
Bil. Pernyataan Min Sisihan Persetujuan Persetujuan
Piawai
Jari Pecahan Masa dapat membantu saya
menjawab soalan berkaitan menukar unit masa
melibatkan jam dengan minit, dan minit dengan
saat dengan
1 cepat 3.93 .254 98.3 SS
2 mudah 4.00 .000 100.0 SS
3 jimat masa 3.87 .346 96.8 SS
4 jawapan tepat 3.87 .346 96.8 SS
5 berkesan 3.93 .365 98.3 SS
6 berpuas hati 3.80 .484 95.0 SS
JPM dapat menarik minat saya untuk menyelesaikan
7 soalan berkaitan menukar unit masa melibatkan jam 3.87 .346 96.8 SS
dengan minit, dan minit dengan saat.
Saya berasa kaedah JPM ini sangat
8 3.90 .305 97.5 SS
menyeronokkan.
9 Saya berasa kaedah KOTTS ini sangat menarik. 3.83 .379 95.8 SS
Saya akan menggunakan kaedah JPM untuk
menyelesaikan soalan berkaitan menukar unit masa
10 3.83 .461 96.8 SS
melibatkan jam dengan minit, dan minit dengan saat
pada masa depan.
Min 3.88 .270 97.2 SS
SS : Sangat Setuju
Perbezaan dalam Min Ujian Pra dan Ujian Pasca antara Sebelum
Penggunaan JPM dan Selepas Penggunaan JPM dalam Kalangan Murid
Sekolah Rendah
Dalam kajian ini, Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar telah digunakan untuk
menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 7
menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian skor
dalam Ujian Pasca berbanding dengan skor Ujian Pra iaitu sebanyak 86.0 markah.
Berdasarkan Jadual 8, didapati bahawa markah ujian pasca bagi 30 (100.0%)
sampel kajian lebih tinggi daripada markah ujian pra.
Jadual 7: Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian Min N Sisihan Piawai
Pra 0.0 30 0.0
Pasca 86.0 30 16.938
77
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 8: Wilcoxon Signed Ranks Test (Ujian Pasca dan Ujian Pra)
Ranks
N Mean Rank Sum of Ranks
a
Negative Ranks 0 .00 .00
b
Markah Ujian Pasca Positive Ranks 30 15.50 465.00
c
Markah Ujian Pra Ties 0
Total 30
A. Markah Ujian Pasca < Markah Ujian Pra
B. Markah Ujian Pasca > Markah Ujian Pra
C. Markah Ujian Pasca = Markah Ujian Pra
Berdasarkan analisis data melalui Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar
(Jadual 9), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000),
justeru Ho yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
1
dalam min ujian pra dan ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan
selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah berjaya ditolak.
Sebagai rumusan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (z = -4.832;
sig = .000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, JPM yang diperkenalkan
mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan sampel
kajian.
Jadual 9: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar (Markah Ujian Pasca dan
Markah Ujian Pra)
a
Test Statistics
Markah Ujian Pasca Markah Ujian Pra
b
Z -4.832
Asymp. Sig. (2-tailed) .000
a. Wilcoxon Signed Ranks Test
b. Based on negative ranks.
Perbezaan dalam Min Tempoh Masa Menyelesaikan Satu Soalan
Penukaran Unit Masa antara Sebelum dan Selepas Penggunaan JPM dalam
Kalangan Murid Sekolah Rendah
Dalam kajian ini, Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar telah digunakan untuk
menguji hipotesis nol kedua pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 10
menunjukkan taburan min tempoh masa dan sisihan piawai bagi menyelesaikan
satu soalan Penukaran Unit Masa Sukatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pengurangan tempoh masa yang
digunakan untuk menyelesaikan satu soalan Penukaran Unit Masa dalam Ujian
Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak 93.53 saat per soalan (78.8%).
78
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 10: Taburan Min Tempoh Masa dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra dan
Ujian Pasca (N=30)
Ujian Min (saat) Sisihan Piawai
Pra 118.66 7.3212
Pasca 25.13 24.1507
Berdasarkan Ujian Wilcoxon Signed Ranks, dapatan kajian menunjukkan bahawa
30 (100.0%) sampel kajian dapat menggunakan tempoh masa yang lebih singkat
untuk menyelesaikan satu soalan Penukaran Unit Masa dalam Ujian Pasca
berbanding dengan Ujian Pra (Jadual 11).
Jadual 11: Ujian Wilcoxon Signed Ranks (Tempoh Masa Ujian Pasca dan
Tempoh Masa Ujian Pra)
Ranks
N Mean Rank Sum of Ranks
a
Masa Jawab 1 soalan Negative Ranks 30 15.50 465.00
b
Ujian Pasca- Positive Ranks 0 .00 .00
c
Masa Jawab 1 soalan Ties 9
Ujian Pra Total 30
a. Masa Jawab 1 soalan Ujian Pasca < Masa Jawab 1 soalan Ujian Pra
b. Masa Jawab 1 soalan Ujian Pasca > Masa Jawab 1 soalan Ujian Pra
c. Masa Jawab 1 soalan Ujian Pasca = Masa Jawab 1 soalan Ujian Pra
Berdasarkan analisis data melalui Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar
(Jadual 12), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig
= .000), justeru Ho yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
2
signifikan dalam min tempoh masa menyelesaikan satu soalan Penukaran Unit
Masa antara sebelum menggunakan JPM dan selepas menggunakan JPM dalam
kalangan murid sekolah rendah berjaya ditolak. Sebagai rumusan, kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh
masa menyelesaikan satu soalan Penukaran Unit Masa antara sebelum
menggunakan JPM dan selepas menggunakan JPM dalam kalangan murid
sekolah rendah (z = -4.783; sig = .000). Sampel kajian memperoleh min tempoh
masa ujian pasca yang lebih rendah secara signifikan berbanding dengan min
tempoh masa ujian pra. Justeru, JPM yang diperkenalkan mendatangkan
penjimatan tempoh masa yang digunakan untuk menyelesaikan soalan Penukaran
Unit Masa dalam kalangan sampel kajian.
79
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 12: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar (Tempoh Masa Ujian
Pasca dan Tempoh Masa Ujian Pra)
a
Test Statistics
Tempoh Masa Ujian Pasca 1 – Tempoh Masa Ujian Pra
b
Z -4.783
Asymp. Sig. (2-tailed) .000
a. Wilcoxon Signed Ranks Test
b. Based on negative ranks.
PERBINCANGAN
Selepas kajian dilaksanakan, didapati bahawa tahap penguasaan pencapaian
matematik murid telah meningkat. Di samping itu, murid juga boleh
menyelesaikan soalan berkaitan dengan penukaran unit masa dengan berkesan.
Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa JPM telah berjaya memperbaiki
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid seterusnya, murid dapat
menyelesaikan soalan-soalan penukaran unit masa dengan baik dan tepat dengan
kaedah JPM yang dipelajari. Secara keseluruhannya, skor ujian murid telah
meningkat sebanyak 86 markah (skor Ujian Pra = 0; skor Ujian Pasca = 86) iaitu
meningkat dari tahap penguasaan “Gagal” kepada tahap penguasaan
“Cemerlang”.
Selain itu, JPM dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid dan guru. JPM ini
dapat menjimatkan masa murid menyelesaikan soalan penukaran unit masa iaitu
penjimatan sebanyak 78.9% daripada tempoh masa asal berbanding dengan
tempoh masa ujian pasca (tempoh masa ujian pra = 118.66 saat; tempoh masa
ujian pasca = 25.18 saat). Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan
teknik dan prosedur penggunaan JPM dengan betul. JPM ini juga dapat
menjimatkan masa guru kerana tidak perlu memperbetulkan kesilapan yang
banyak dilakukan oleh murid. Guru boleh menggunakan kaedah JOM ini untuk
mengajar murid agar menguasai semua kemahiran menyelesaikan soalan
penukaran unit masa dalam tempoh masa yang singkat.
Murid berasa puas hati untuk menyelesaikan item-item yang berkaitan dengan
penukaran unit masa melalui penggunaan kaedah JPM. Selepas murid
diperkenalkan prosedur penggunaan JPM, murid-murid berasa bahawa kaedah
inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru juga berpuas hati
dengan pencapaian murid kerana kebanyakan murid telah menguasai kemahiran
menyelesaikan soalan penukaran unit masa dengan sepenuhnya. Inovasi ini
sepadan dengan kata-kata yang dinyatakan dalam kajian Heinich, Molenda,
Russell, dan Smaldino (1996) bahawa penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan
proses pembelajaran.
80
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, JPM ini berjaya menghasilkan intervensi yang memberi
kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang dipelajari.
Tidak dapat dinafikan bahawa pengenalan kemahiran menyelesaikan soalan
Penukaran Unit Masa dengan menggunakan JPM dapat meningkatkan prestasi
pencapaian murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional (Chalk and talk). Program ini juga berjaya menerapkan tiga
domain utama iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif di samping membentuk
sahsiah dan keperibadian unggul selaras dengan hasrat FPK dan seterusnya
menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif, dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Oleh yang
demikian, penyelidik telah mencadangkan penggunaan JPM untuk mengajar
kemahiran menyelesaikan soalan Penukaran Unit Masa.
RUJUKAN
Butcher, K., Crown, L., & Gentry, E. J. (2006). The international system of units
(SI)–conversion factors for general use. Weights and Measures Division,
Technology Services, NIST Special Publication,1038.
https://nvlpubs.nist.gov/nistpubs/Legacy/SP/nistspecialpublication1038. Pdf
Heinrich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional
media and technologies for learning. Englewood Cliffs, NJ: Merrill.
Johari,H. & Norsuraini, A.A. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap
matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Skudai: Penerbitan UTM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017) Kurikulum standard sekolah rendah:
Matematik dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Tahun 3. Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah:
Matematik dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Tahun 4. Kuala
Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Lai, K. L., Khaw, A. H., & Seah, A. K. (2001). Satu kajian mengenai penggunaan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001_10_Laikl.pdf
Noraini, I. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Stanley, J.C., & Hopkins, K.D. 1972. Educational and psychological measurement and
evaluation. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Tikunoff, W. 1985. Applying significant bilingual instruction in the classroom. Rosslyn:
National Clearinghouse for Bilingual Education.
81
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
TERBIMBING TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN TOPIK SPECIATION DALAM TALIAN
2
1 Nashimah Banu Habeeb Mohamed & Mohamad Hafizal Ibrahim
1,2 Kolej Matrikulasi Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran
yang menggabungkan pelbagai elemen yang mewujudkan pembelajaran
aktif. Justeru itu, kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji
kaedah pembelajaran berasaskan Inkuiri terbimbing terhadap pencapaian pelajar
dalam pembelajaran Biologi Topik 3 Speciation. Dalam kajian ini, model 5E
Engage,Explore,Explain,Elaborate,& Evaluate) telah diadaptasi dengan
melibatkan seramai 56 orang pelajar Biologi SB025 (matrikulasi). Pengumpulan
data dilaksanakan secara kuantitatif dengan menggunakan ujian penilaian Pra
dan Pos. Instrumen soalan ujian penilaian pra dan pos dibangunkan berdasarkan
CLO (Course Learning Outcome) dan aras Bloom. Responden dibahagi
kepada kumpulan 1: Konvensional dan kumpulan 2: Eksperimen yang menjalani
pembelajaran intervensi berasaskan inkuiri. Dapatan kajian menunjukkan
peratus pencapaian ujian pos untuk kumpulan konvensional dalam penguasaan
untuk soalan aras tinggi, C3 ialah 55.7 peratus dan C4 ialah 37.0 peratus
manakala untuk kumpulan eksperimen, tahap penguasaan yang tinggi dicapai
iaitu C3 ialah 79.3 peratus dan C4 adalah 75.7 peratus. Ini membuktikan
pembelajaran secara intervensi inkuiri dapat membantu responden untuk lebih
memahami dan menguasai konsep dengan lebih baik serta membantu dalam
menjawab soalan aras tinggi. Analisis ujian-t bagi ujian pos didapati min untuk
kumpulan konvensional adalah 9.04 berbanding kumpulan eksperimen 12.32.
Didapati nilai-t adalah 7.03 dengan nilai sigma (2-tailed) menunjukkan sig=
0.01. Ini bermakna intervensi yang dijalankan oleh penyelidik terhadap
responden memberi kesan yang positif terhadap pencapaian keputusan
responden. Kesimpulannya kajian ini dapat membantu pensyarah untuk mereka
bentuk proses pengajaran yang lebih efektif melalui penerapan pengajaran abad
ke-21 dengan mengaplikasikan pembelajaran STEM.
Kata Kunci: Pembelajaran inkuiri, inkuiri terbimbing, model 5E, Speciation,
biologi.
82
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
ABSTRACT
Inquiry-based learning is a pedagogical approach to learning that combines
various elements that create active learning. Therefore, the study conducted aims
to examine the method of guided Inquiry-based learning on student achievement
in learning Biology Topic 3: Speciation. In this study, the 5E model (Engage,
Explore, Explain, Elaborate & Evaluate) was adapted by involving a total of 56
Biology SB025 matriculation students. Data collection was carried out
quantitatively using Pre and Post evaluation tests. The pre and post-assessment
test question instruments were developed based on CLO (Course Learning
Outcome) and bloom level. Respondents were divided into group
1: Conventional and Group 2: Experimental undergoing inquiry-based
intervention learning. The findings showed that the percentage of post-test
achievement for the conventional group in mastery for high-level questions, C3
was 55.7% and C4 was 37.0% while for the experimental group, a high level of
mastery was achieved namely C3 was 79.3% and C4 was 75.7%. This proves
that inquiry-based learning can help respondents to better understand and
master the concept as well as help in answering high-level questions. The -t-test
analysis for the post-evaluation test found that the mean for the conventional
group was 9.04 compared to the experimental group of 12.32. It is found that the
value of t is 7.03 with the value of sigma (2-tailed) showing sig = 0.01. This
means that the intervention carried out by the researcher on the respondents has
a positive effect on the achievement of the respondents' results. In conclusion,
this study can help lecturers to design a more effective teaching process through
the application of 21st-century teaching by applying STEM learning.
Keywords: inquiry based learning, guided inquiry, 5e model, speciation, biology
PENDAHULUAN
Pendidikan STEM merupakan satu penerokaan yang boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk seperti inkuiri, penyelesaian masalah atau berasaskan projek.
Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kurikulum STEM adalah ke
arah pembelajaran berfikrah di mana ianya adalah satu proses pemerolehan dan
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengebangkan minda
seseorang pelajar ke tahap optimum (Norhailmi, & Ahmad Rosdi, 2018).
Pendidikan STEM dalam PdP kini menjadi tumpuan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Bahagian Matrikulasi KPM telah menyahut aspirasi KPM ini
dengan mewujudkan ‘STEMATRIK’ pada Februari 2021. Antara inti pati
‘STEMATRIK’ ialah kompetensi PdP STEM iaitu dengan meningkatkan
kompetensi pengajaran abad ke-21 pensyarah dan pelajar.
83
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Pada masa yang sama, transformasi PdP ke arah pendigitalan bergerak pantas
impak daripada pandemik COVID-19 di mana ianya telah membuka peluang dan
cabaran pada sistem pendidikan negara untuk mendepani perubahan dalam era
digital Revolusi Industri 4.0 dan Gagasan Pendidikan 4.0 di mana membuka
ruang pembelajaran antara pelajar dan pensyarah dengan bantuan peralatan
teknologi terkini. Inkuiri didefinisikan sebagai satu kaedah PdP berpusatkan
pelajar yang melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu di mana pelajar mencari
jawapan melalui pemerhatian, hipotesis, mengumpul data, pengukuran,
menterjemah dan membina rumusan atau refleksi. Strategi inkuiri yang lebih
ringkas seperti O-T-Q (Observe-Think- Questions) boleh disepadukan untuk
memperkayakan inkuiri dalam pembelajaran (Hiong, & Kamisah, 2017). Di
dalam pembelajaran biologi khususnya, pendekatan secara inkuiri sangat
membantu pelajar dalam membuat penerokaan terutamanya pada tajuk- tajuk
yang sangat luas dan yang memerlukan pemahaman aras tinggi.
Pembelajaran inkuiri mendedahkan pelajar kepada konsep 5E (Engage, Explore,
Explain, Elaborate & Evaluate). Setiap fasa ini mendedahkan pelajar perkaitan
dengan topik-topik pembelajaran lepas, berkaitan dengan situasi sebenar
(engage). Pelajar membina pemahaman konsep berdasarkan penerokaan
(explore). Pelajar juga dapat membuat penerangan dan membina idea selanjutnya
melalui penemuan yang diperolehi (explain). Setelah mendalami dan memahami
konsep, pelajar mampu membuat olahan idea (elaborate) dan akhir sekali
pentaksiran mengukur tahap pemahaman (evaluate). Pembelajaran secara inkuiri
ini bukan sahaja mampu memperkembangkan penaakulan saintifik, pemahaman
yang lebih mendalam akan sifat sains semula jadi malah ianya juga membantu
menyumbang sikap terhadap sains. Terdapat beberapa tahap inkuiri dalam
pelaksanaan, namun untuk kajian ini Topik 4: Speciation (Biologi SB025),
inkuiri terbimbing didapati paling sesuai di mana guru mencetus persoalan bagi
merangsang pelajar untuk membuat penerokaan manakala pelajar sendiri
membentuk prosedur untuk mendapatkan maklumat atau penerokaan terhadap
persoalan yang diutarakan.
Pembelajaran dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran adalah sangat
penting seiring dengan perkembangan dunia moden masa kini. Pengintegrasian
penggunaan media ICT menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan
produktif (Mohd. Noorhadi & Zurinah,2018). Kini banyak teori dan model
pembelajaran yang sedia ada boleh disesuaikan dengan PdP secara maya.
Pedagogi pembelajaran boleh disesuaikan serta boleh diaplikasi di bilik darjah
maya dengan bantuan aplikasi daripada G-suite education, Delima dan banyak
lagi. Pembelajaran secara hibrid yang dilaksanakan di matrikulasi dengan
menjadikan teknologi sebagai medium utama dalam menjalani PdP dapat
memastikan pelajar kekal komited dalam pembelajaran. Dalam kajian ini banyak
aplikasi daripada G-suite education digunakan antaranya Google Doc, Google
slide, Google meet dan Google form manakala Padlet digunakan sebagai
84
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
medium utama dalam perkongsian maklumat hasil penerokaan pelajar. Kesemua
aplikasi yang digunakan mudah untuk diakses menerusi telefon bimbit.
Kajian Literatur
Sehingga kini, pelbagai kajian berkaitan penerapan dan penggunaan kaedah
pembelajaran secara inkuiri serta keberkesanan pembelajaran secara maya telah
dijalankan oleh ramai penyelidik. Proses inkuiri dalam pengajaran sains adalah
berorientasikan penyiasatan. Pelajar didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan
memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah (Siti Nur Kamariah, et al, 2017).
Dalam erti kata lain melalui pembelajaran inkuiri, pelajar mempunyai peluang
untuk mengasah, menjelaskan atau menimbulkan soalan, merancang dan
menjalankan eksperimen saintifik untuk mengumpul data mengenai soalan,
merumuskan penjelasan daripada bukti untuk menjawab soalan, menyambung
penjelasan kepada pengetahuan saintifik, dan berkomunikasi dan mewajarkan
penjelasan mereka (National Research Council, 2000). Pembelajaran berasaskan
inkuiri bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman konsep pelajar, malah juga
dapat memperkukuhkan kemahiran penaakulan dan memupuk sikap positif
pelajar terhadap sains (Lord, & Orkwiszewki, 2006).
Kaedah pembelajaran secara maya merupakan kaedah PdP dengan menggunakan
teknologi bagi memudahkan PdPc tatkala pandemik COVID-19 melanda negara.
Menurut kajian keberkesanan pembelajaran dengan penggunaan kemudahan
teknologi komputer (Andira Permata & Yoga, 2020) mendapati penggunaan ICT
kurang efektif dalam pembelajaran secara fizikal, akan tetapi sangat efektif
dalam pembelajaran kelas maya dan dapat digunakan sebagai aplikasi
pembelajaran di masa pandemik ini. Penggunaan teknologi bukan sahaja dapat
memudahkan tugasan malah dapat menghidupkan suasana yang menyeronokkan
semasa kuliah dijalankan dengan pembentangan tugasan dalam bentuk power
point atau video (Noradilah & Lai, 2019). Umumnya, penggunaan teknologi
dalam bidang pendidikan pada hari ini telah berkembang dengan begitu pesat
sehingga dirasakan tanpa alat teknologi manusia tidak mampu memajukan
negara ke arah yang lebih baik. Kemajuan ICT juga menyumbang perkembangan
positif dalam model pendidikan alaf baru.
PERNYATAAN MASALAH
Selaras dengan perkembangan pendidikan STEM serta era digital revolusi IR4.0
dalam menghasilkan modal insan yang mampu menyahut cabaran serta berdaya
saing, maka satu bentuk pembelajaran dan pengajaran sepenuhnya secara maya
dengan mengintegrasikan STEM: pembelajaran secara inkuiri terbimbing
dirancang dan dilaksanakan. Tinjauan daripada permasalahan lepas, topik 4:
Speciation (Sukatan Biologi Matrikulasi SB025) ini merupakan topik yang
85
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
sangat luas serta agak sukar untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar kerana
melibatkan proses evolusi dalam penghasilan atau perubahan pada spesies
haiwan atau tumbuhan dalam ekosistem. Menurut Britannica online,
pembentukan spesies baharu dan berbeza dalam proses evolusi perlu difahami
bermula daripada pembentukan spesies asal dan bagaimana perindustrian atau
perubahan mod habitat mewujudkan penghasilan sub-spesies berdasarkan
perpindahan genetik, perubahan adaptif, pengasingan dan hibridisasi. Kesukaran
dalam memahami evolusi berlaku kerana pelajar sukar untuk membuat bayangan
minda akan proses yang terjadi. Kefahaman aras tinggi menerusi pembacaan dan
konsep secara analogi mampu membantu pelajar memahami dan kuasai tajuk
ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui
pembelajaran secara inkuiri terbimbing untuk membantu pelajar menjawab
soalan aras tinggi (C3 & C4) dalam pembelajaran dalam talian untuk mata
pelajaran Biologi topik Speciation. Selain dari itu, kajian ini bertujuan mencari
satu platform pengajaran yang berpusatkan pelajar dalam mencapai objektif
pembelajaran untuk topik ini.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang ingin dijawab adalah:
1. Adakah pengajaran secara inkuiri terbimbing berkesan untuk membantu
pelajar menjawab soalan aras tinggi bagi mata pelajaran Biologi topik
Speciation?
2. Adakah kaedah pengajaran yang dilaksanakan dapat mewujudkan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan ujian penilaian Pra dan
Pos yang diberi dalam bentuk Google form. Seramai 56 pelajar (4 kelas tutor)
Biologi SB025 semester 2 dari program dua semester telah dipilih secara rawak.
Pelajar ini dibahagi kepada dua kumpulan mengikut faktor kajian iaitu
Kumpulan 1: Konvensional yang menjalankan pembelajaran topik Speciation
secara tradisional manakala Kumpulan 2: Eksperimen yang menjalani
86
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pembelajaran intervensi berasaskan inkuiri terbimbing. Kedua- dua kumpulan ini
menjawab soalan ujian penilaian pra sebelum pembelajaran topik ini dijalankan.
Ujian penilaian Pos dijalankan untuk kumpulan 1 dan 2 selepas tempoh
pembelajaran yang sama iaitu selama dua minggu (6 jam tutorial). Kedua- dua
kumpulan menjalani proses PdP dalam talian sepenuhnya.
Instrumen soalan ujian penilaian pra dan pos bagi menguji tahap pencapaian
pelajar terhadap topik Speciation dibangunkan berdasarkan CLO (Course
Learning Outcome) (Shahrul Hisham, et al., 2020), dan aras Taksonomi Bloom.
Ujian penilaian ini mengandungi 15 soalan objektif dengan tiga aras Bloom.
Untuk menghadapi abad ke-21, kaedah inkuiri perlu melibatkan daya pemikiran
pada aras tinggi sehingga membolehkan murid memikirkan ‘beyond’.
bertanyakan soalan merupakan jantung pembelajaran berasaskan inkuiri
(Shamsina, 2012). Jadual 1 menunjukkan taburan soalan di dalam set ujian
penilaian pencapaian. Kajian rintis juga turut dijalankan bagi mendapatkan
kesahan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen yang telah dibangunkan. Nilai
kebolehpercayaan yang telah diperolehi ialah r = 0.81.
Jadual 1: Taburan Soalan berdasarkan Aras Bloom dan CLO
Nombor Aras bloom CLO (Penguasaan)
soalan
1-5 C1 & C2 Konsep asas dan teori
6-10 C3 Pemahaman
11-15 C4 Penyelesaian masalah & aplikasi
Jumlah soalan : 15
Reka bentuk aktiviti PdP dengan bantuan teknologi (PdP dalam talian)
Reka bentuk aktiviti PdPc dalam kajian ini telah mengadaptasi kesinambungan
pengajaran model pembelajaran inkuiri 5E (Bybee, 2009). Model 5E ini terdiri
daripada fasa pelibatan (engage), penerokaan (explore), penerangan (explain),
pengolahan (elaborate) dan penilaian (evaluate). Jadual 2 di bawah menerangkan
dengan lebih terperinci aktiviti PdP yang telah dijalankan dengan berpandukan
kepada model pembelajaran inkuiri. Pengkaji menyiapkan semua proses
pembelajaran sebelum memulakan sesi pengajaran dengan implementasi
pendekatan saintifik, bagi meminumkan pengarahan serta dapat melakukan
kreativiti dalam kegiatan pengajaran Sains (Dewi, 2016).
87
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 2: Reka Bentuk Aktiviti PdP dengan Bantuan Teknologi
Fasa Aktiviti
1. Penyelidik berkongsi arahan tugasan: ‘Speciation STEM
learning’ menerusi Google classroom pelajar.
Sebelum PdPc 2. Menerusi ruangan classwork, 3 bahan dikongsi iaitu (Rajah 1)
dimulakan a) Google slide: Arahan untuk tugasan (berserta hyperdoc iaitu
link untuk setiap maklumat seperti ke Padlet kelas, link
video Youtube dan link ke Google doc
b) Google doc: lembaran kerja video speciation recap
c) Padlet
a) b) c)
(d)
Rajah 1: Maklumat arahan tugasan (a) Contoh paparan di Google Classroom, (b)
Contoh Arahan tugasan di Google slide, (c) Contoh Lembaran kerja & (d)
Paparan maklumat pada Padlet
1. Tujuh kumpulan (dua pelajar perkumpulan) dibentuk dengan
meletakkan gambar dan nama spesies sahaja.
1. Pelibatan 2. Pelajar dengan berpandukan topik lepas iaitu Biodiversiti dan
(Engage) Ecology, akan membuat pilihan spesies yang diminati.
(Pengetahuan sedia ada)
3. Pelajar akan membuat tempahan kumpulan dengan meletakkan
gambar ahli (menerusi ruangan padlet)
88
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
4. Setiap kumpulan akan disertakan dengan link video YouTube
berkaitan spesies seperti dalam gambar. Pautan video YouTube
diletakkan di ruangan komen setiap gambar yang berkaitan. Video
ini digunakan sebagai dalam set induksi memperkenalkan spesies
untuk mendapatkan gambaran mengenai situasi sebenar spesies
dengan speciation. (Rajah 2)
Rajah 2: Pautan Youtube untuk spesies Pelecanus sp.
2. Penerokaan 1. MM Menerusi maklumat daripada video YouTube, pelajar akan
(Explore) melengkapkan maklumat pada lembaran kerja Google doc:
‘Video speciation Recap’ yang telah dikongsi pautan pada padlet.
2. Pelajar perlu mengenal pasti maklumat daripada video
3. Semua maklumat yang pelajar catat boleh dibaca oleh
penyelidik menerusi Padlet.
4. Untuk sebarang komen, penyelidik akan menggunakan hyperdoc
komen untuk memudahkan pelajar faham komen yang diberi.
Penyelidik juga boleh membuat komen di ruang komen pada
Padlet di mana pelajar kumpulan lain juga boleh membaca atau
komen (Rajah 3).
Rajah 3:Pautan di Padlet & contoh komen hyperdoc daripada pensyarah
89
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
3. 1. Menerusi pemahaman daripada video dan lembaran kerja, pelajar
Penerangan perlu mendapatkan maklumat mengenai perkaitan antara spesies
(Explain) dengan teori Speciation
2. Soalan- soalan inkuiri diajukan pada pelajar untuk menimbulkan
sifat ingin tahu, membantu pelajar membuat penerokaan yang
berfokus
a) What is the relationship between species given with Speciation?
b) What happened to this species?
c) How the formation of new species triggered?
d) What type of speciation is involved?
e) What type of factor is involved in this speciation?
3. Pelajar perlu membuat kajian dengan membuat pencarian
menerusi Google Search untuk menjawab persoalan yang
diutarakan
4. Semua maklumat, pautan website, jurnal atau sebarang bahan
rujukan online pelajar perlu dilampirkan pada Padlet
( memudahkan capaian untuk bacaan pensyarah atau pelajar lain
untuk rujukan seperti di Rajah 4)
5. Penyelidik selaku fasilitator sahaja memastikan pelajar berada
dalam trek yang betul dengan menyemak lembaran kerja serta
membuat penambahbaikan jika perlu. Penyelidik sentiasa
mencetuskan persoalan- persoalan seperti bagaimana, mengapa?
apakah? Dalam memberi panduan kepada pelajar dalam
menyelesaikan tugasan.
Rajah 4: Semua maklumat pencarian/ pautan di kongsi di Padlet.
4. 1.Pelajar akan membuat pembentangan menerusi powerpoint/
Pengolahan canva/ video Tik Tok menerusi Google meet seperti Rajah
2.Pelajar membuat penerangan yang jelas dengan
(Elaborate) a. Memperkenalkan spesies apa yang ditugaskan kepada kumpulan
b. Membincangkan perolehan maklumat daripada ‘worksheet video recap’
c. Kaitkan spesies dengan mode dan proses Speciation
d. Memberi penerangan fakta- fakta secara teori berdasarkan
objektif pembelajaran untuk jenis Speciation kumpulan masing-
masing
3.Untuk pemahaman aras tinggi, pelajar mereka bentuk satu spesies baharu
berdasarkan pemahaman yang mereka peroleh menerusi kajian mereka.
Pelajar akan membentangkan spesies rekaan baharu dengan memfokuskan
ciri- ciri baharu yang wujud menerusi evolusi yang berlaku.
4. Semua bahan pembentangan pelajar dikongsi di padlet untuk memudahkan
proses pembentangan di mana jika terdapat gangguan talian, pensyarah
boleh membuka pembentangan dan pelajar hanya perlu bentangkan.
90
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Rajah 5: Bahan pembentangan seperti Video Tik Tok dan Powerpoint.
5. Penilaian kuantitatif
Penilaian 1. Menilai kefahaman pelajar dengan menjawab soalan pra (sebelum
(evaluate) pembelajaran topik Speciation) dan Ujian penilaian pos (di akhir
pembentangan)
2. Soalan dalam bentuk Google Form
Rajah 6: Contoh soalan Analisis Pra dan Pos menerusi Google Form
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan bagi
menganalisis data yang telah dikumpul. Penyelidik menggunakan analisis
deskriptif melalui pengiraan peratus pencapaian Ujian penilaian pra dan pos
berdasarkan taburan soalan mengikut aras Bloom. Manakala Ujian-t bagi
menganalisis secara inferensi untuk menganalisis kesan intervensi pembelajaran
secara inkuiri. Rajah 7 menunjukkan peratus pencapaian responden menerusi
ujian pra dan pos berdasarkan taburan soalan mengikut aras Bloom. Berdasarkan
peratus pencapaian untuk ujian penilaian pra, soalan aras C1 & C2 bagi
kumpulan konvensional dan eksperimen adalah 45.7 peratus dan 47.9 peratus. Ini
mungkin disebabkan responden mempunyai pengetahuan sedia ada menerusi
pembelajaran topik sebelumnya iaitu Biodiversiti dan Ekologi membantu mereka
menjawab soalan aras ini. Bagi soalan aras C3 dan C4, peratus pencapaian
91
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
adalah pada tahap rendah iaitu kumpulan konvensional C3= 7.9 peratus, C4= 5.7
peratus dan kumpulan eksperimen C3= 16.4 peratus dan C4= 1.4 peratus.
Analisis untuk peratus pencapaian ujian pos pula menunjukkan aras C1 & C2
bagi kumpulan konvensional adalah 88.6 peratus dan kumpulan eksperimen 92.1
peratus. Dalam kumpulan konvensional penguasaan untuk soalan aras C3 dan C4
berada pada tahap rendah iaitu C3= 55.7 peratus dan C4= 37.0 peratus. Manakala
bagi kumpulan eksperimen, tahap penguasaan yang baik dicapai iaitu C3= 79.3
peratus dan C4= 75.7 peratus. Ini membuktikan pembelajaran secara intervensi
inkuiri untuk tajuk Speciation membantu responden memahami dan menguasai
konsep dengan lebih baik serta membantu dalam menjawab soalan aras tinggi
iaitu C3 dan C4. Penyertaan langsung dalam pembelajaran secara inkuiri ini
dapat meningkatkan kemahiran pemahaman dan proses sains pelajar (Green,
et.al., 2004). Pencapaian peratus keseluruhan bagi kumpulan konvensional,
sebanyak 60.5 peratus manakala bagi kumpulan eksperimen sebanyak 82.3
peratus. Secara kesimpulannya, pembelajaran intervensi inkuiri membantu
responden untuk menjawab soalan ujian pos dengan lebih baik.
Rajah 7: Peratus Pencapaian Ujian Pra & Pos Kumpulan Konvensional dan
Eksperimen mengikut Soalan Aras Bloom
Seterusnya dapatan kajain hasil analisis inferensi ujian-t, dapat dilihat menerusi
Jadual 1 dan 2. Ujian- t dijalankan untuk melihat sama ada wujud atau tidak
perbezaan min markah dalam kalangan responden sebelum dan selepas menjalani
intervensi ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan Jadual 3, didapati min untuk
ujian pra bagi kumpulan konvensional ialah 2.96 manakala bagi kumpulan
eksperimen adalah 3.29. Terdapat perbezaan antara dua kumpulan di mana min
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan konvensional. Namun
berdasarkan nilai t= 0.996 dan nilai sigma (2-tailed) menunjukkan sig= 0.32.
Nilai ini menunjukkan nilai alpha lebih besar berbanding nilai sig (p<0.05).
Maka bolehlah disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara dua kumpulan ini dalam menjawab soalan penilaian ujian pra. ini
92
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
menandakan responden dari kedua-dua kumpulan memiliki pencapaian yang
sama atau sekata untuk topik ini.
Jadual 3: Ujian-t Faktor Kumpulan Konvensional dan Eksperimen untuk Ujian
Penilaian Pra
Kumpulan N min sp dk t Sig
Konvensional 28 2.96 1.23
Eksperimen 28 3.29 1.28 54 0.996 0.32
Jadual 4, menunjukkan dapatan analisis ujian-t bagi ujian penilaian pos didapati
min untuk kumpulan konvensional adalah 9.04 berbanding kumpulan
eksperimen 12.32. Terdapat perbezaan yang ketara antara dua kumpulan di mana
min untuk kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi. Analisis didapati nilai t=
7.03 dengan nilai sigma (2- tailed) menunjukkan sig= 0.01. Nilai ini
menunjukkan nilai yang lebih kecil berbanding alpha (p<0.05). Maka dengan ini
untuk ujian pos boleh disimpulkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dua
kumpulan iaitu konvensional dan eksperimen selepas intervensi PdP berasaskan
inkuiri dijalankan. Ini bermakna intervensi yang dijalankan oleh penyelidik
terhadap pelajar memberi kesan yang positif terhadap pencapaian responden.
Jadual 4: Ujian-t Faktor Kumpulan Konvensional dan Eksperimen untuk Ujian
Penilaian Pos
Kumpulan N min sp dk t Sig
Konvensional 28 9.04 1.82
Eksperimen 28 12.32 1.68 54 7.03 0.01
Kelebihan pembelajaran inkuiri dalam talian sangat membantu responden dalam
menyiapkan tugasan inkuiri. Daripada pemerhatian yang dibuat, pelajar sentiasa
mengemaskini maklumat menerusi ruangan komen di padlet dengan pautan
laman web atau bahan bacaan yang dirujuk. Malah pelajar juga membuat rujukan
menerusi jurnal tempatan dan antarabangsa. Ini menunjukkan pelajar membuat
penerokaan sepenuhnya dengan pencarian menerusi Google search education
untuk mencari maklumat berkaitan tugasan.
Kebolehan pelajar dalam mengakses dan menggunakan aplikasi Google
education dan padlet jelas kerana pelajar sentiasa aktif berkongsi bahan di padlet
yang digunakan sebagai medium utama perkongsian maklumat hasil penerokaan.
Ini juga menunjukkan pelajar memahami arahan yang dikeluarkan secara maya
menerusi Google Slide yang dikongsi melalui Google Classroom. Lebih unik
lagi pelajar berkongsi pautan Padlet menerusi WhatsApp kelas dengan alasan
93
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
mudah untuk membaca dan berkongsi maklumat menerusi telefon pintar serta
sentiasa menyedari post- post baharu yang dibuat oleh ahli kumpulan lain.
Kelebihan yang didapati menerusi pembelajaran dalam talian ini mampu
membantu kolaborasi antara pelajar dan juga bersama pensyarah. Ini
diperhatikan oleh pengkaji menerusi ruangan komen di Padlet di mana pelajar
menjadikannya sebagai ruangan chatting jika mereka menghadapi sebarang
masalah dalam pencarian maklumat mahupun dalam berkongsi
maklumat.Menurut (Elizabeth, 2018). Aplikasi Padlet boleh digunakan sebagai
alat pembelajaran yang sangat berkesan kerana ianya boleh menggabungkan
kerja berkumpulan, menonjolkan kreativiti, pelibatan aktif, serta sentiasa dapat
mengikuti maklumat terkini menerusi perkongsian dalam satu platform yang
sama. Ini menunjukkan pelajar sangat memberi komitmen serta menunjukkan
minat dalam pembelajaran dalam talian serta pelajar lebih terarah dan berada
dalam landasan yang betul. Penyertaan langsung dalam pembelajaran secara
inkuiri ini dapat meningkatkan kemahiran pemahaman dan proses sains mereka
dalam kajian masa depan kimia dan sains lain (Green, et.al, 2004).
KESIMPULAN
Pembelajaran berasaskan inkuiri terbimbing dalam talian merupakan satu
alternatif baharu dalam menyediakan PdP abad ke-21 yang efektif. Pendekatan
pembelajaran sebegini memberi peluang untuk pelajar menerokai topik yang
perlu dipelajari dalam keadaan virtual (non-face to face) sepenuhnya dan
menggalakkan pelajar menjalankan pembelajaran secara kendiri yang lebih aktif.
Ia amat berbeza dengan pendekatan tradisional yang bersifat tutorial atau kuliah
di mana pelajar akan hanya didedahkan dengan maklumat berkaitan topik dan
diikuti dengan latihan susulan. Banyak kajian lampau menunjukkan pendekatan
pembelajaran inkuiri sangat membantu pemahaman pelajar, maka dengan
integrasi teknologi untuk pembelajaran dalam talian yang diterapkan dalam
pembelajaran, aktiviti- aktiviti penyoalan, penerokaan, dan penyelesaian tugasan
serta aplikasi menjadi mudah serta amat penting bagi memastikan pembelajaran
berpusatkan pelajar (pembelajaran Abad ke-21) dilaksanakan walaupun
menerusi pembelajaran secara maya. PdP menjadi lebih kreatif dan berfokus
serta mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan
teknologi menerusi pembelajaran dalam talian. Kajian ini menunjukkan
kesediaan serta kemampuan pelajar dalam menjalani PdP secara inkuiri dengan
integrasi teknologi secara dalam talian yang lebih berkesan. Oleh itu,
pengintegrasian teknologi dalam proses PdP adalah amat relevan dan diperlukan
dalam dunia pendidikan hari ini bagi melahirkan generasi berpengetahuan dan
celik teknologi ICT.
94
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
RUJUKAN
Andira Permata, & Yoga, B. B. (2020). Keefektifan virtual class dengan google
classroom dalam pembelajaran fisika di masa pandemic COVID-19. JIPFRI -
Jurnal Inovasi Pendidikan Fisika dan Riset Ilmiah, 4 (1), 27-33. Retrieved
February 2021, from http://journal.stkipnurulhuda.ac.id/index.php/JIPFRI/index
Bybee, R.B. (2009). The BSCSE instructional Model and 21st Century skills. National
Academic Boards on Science education. Retrieved February 2021, from
http://cresenciafong.co
Dewi, P. S. (2016). Perspektif guru sebagai implementasi pembelajaran inkuiri terbuka
dan inkuiri terbimbing terhadap sikap ilmiah dalam pembelajaran Sains. Tadris:
Jurnal Keguruan Dan Ilmu Tarbiyah, 1(2), 179-186.
Elizebeth, H. A. (2018). Why Padlet is an Important Tool For Your Classroom.
Retrieved February 25, 2021, from EdTech website:
https://edtechreview.in/trends-insights/insights/1468-why- padlet- is-an-
important-tool-for-your-classroom
Green, W.J., Elliott, C., and Cummins, R.H. (2004). Prompted inquiry-based learning in
the introductory chemistry laboratory. Journal of Chemical Education,
81(2), 239-241.
Hiong, H. C., & Kamisah Osman. (2017). Biologi dalam pendidikan STEM (1st ed., Vol.
1). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lord T., & Orkwiszewki T. (2006). Moving from didactic to inquiry-based in a science
laboratory. The American Biology Teacher, 68(6), 342-345.
Mohd. Noorhadi,M.Y. & Zurinah, T. (2018). Kepentingan penggunaan media sosial
teknologi maklumat dalam pendidikan IPTA (Importance of Information
Technology- Driven Social Media in Public Institutes of Higher Educatio. e-
Bangi, 14(3), 1-10.
National Research Council. (2000). Inquiry and the National Science Education
Standards: A Guide for Teaching and Learning. Washington DC: National
Academy Press.
Noradilah Aziz, & Lai, S. W. (2019, Jun 3). Impact of technology-based education on
students performance in UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1), 69-75.
Retrieved February 2021, from http://www.ukm.my/personalia/
Norhailmi, M. A., & Ahmad Rosdi, A. A. (2018). STEM amalan terbaik bilik darjah (1st
ed.). Perlis: Percetakan Perlis (1990) Sdn Bhd.
Shahrul, H. & Aziz, M.. (2020). Curriculum Specification Biology (SB025) (2nd ed.).
(Original work published 2018)
Shamsina. (2012, May 15). Pembelajaran Abad ke-21: Pembelajaran berasaskan Inkuiri.
Retrieved from guru pendidikan [email protected] website: hamsina-
gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/12/kajian-tindakan- panduan-
menganalisis.html.
Siti Nur Kamariah,R., Nuraliza, N., Norhashimah,H., Arihasnida, A.& Subramaniam,
T.S. (2017). Penggunaan Kaedah Inkuiri Penemuan terhadap Minat Pelajar Dalam
Eksperimen Sains Tahun 5. Journal of Science and Technology, 9(2).1-5
Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JST/article/view/1971
95