JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
berdurasi 20 minit, semua ahli pembentang dan juga rakan-rakan yang menjadi
audiens wajib menumpukan sepenuh perhatian kepada semua isi utama
pembentangan. Setiap kumpulan boleh menggunakan Persembahan Power Point
atau mana-mana peta I-Think untuk memudahkan pemahaman.
Langkah 3 : Setiap kali selesai pembentangan dijalankan, semua ahli kumpulan
wajib memperdengarkan hafalan isi-isi penting sub tajuk tersebut (Tasmi’) di
hadapan guru dan rakan-rakan audiens. Di sinilah paduan dan kekuatan kaedah
Stop n Stick ini di mana ia menggabungjalinkan kaedah pembentangan dan
Tasmi’ para pelajar. Berikut merupakan jadual pelaksanaan kaedah ini selama 2
minggu.
Jadual 4: Jadual Aktiviti Pelaksanaan Stop n Stick
Bab/ Tajuk Tarikh Masa Pelaksanaan
22 Julai 10.10 – 10.50 Kumpulan 1 : Takrif dan Konsep
(Isnin) pagi Perlembagaan Persekutuan
24 Julai 2.30 – 3.10 Kumpulan 2 : Konsep Ketertinggian
Bab 2 :
(Rabu) petang Perlembagaan
26 Julai Kumpulan 3 : Peruntukan Utama
Perlembagaan 9.00 – 9.40 pagi
(Jumaat) Perlembagaan
29 Julai 10.10 – 10.50
Persekutuan Kumpulan 4 : Sistem Pemerintahan
(Isnin) pagi
31 Julai 2.30 – 3.10 Kumpulan 5 : Kepentingan
(Rabu) petang Perlembagaan
2 Ogos
9.00 – 9.40 pagi Ujian Pos
(Jumaat)
3.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 : Pengukuhan Stop n Stick
Secara keseluruhannya, aktiviti ini melibatkan pelibatan semua murid tanpa ada
yang terkecuali. Saya juga telah meminta kumpulan yang mempunyai pelajar
yang lemah untuk mengulang isi-isi penting di hadapan saya di luar waktu PdPc.
4. Pemerhatian
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, para pelajar diberi ujian
latihan bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah yang dijalankan dan
memberi saya maklumat penting untuk pengumpulan data. Dalam hal ini, saya
dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar Bab 2 : Perlembagaan
Persekutuan ini. Mereka sememangnya mahu untuk mempelajari pelajaran ini
namun hasrat mereka terkandas kerana tiada teknik yang benar-benar sesuai buat
mereka.
4.1 Ujian Pos
Ujian Pra telah dijalankan terhadap pelajar. Melalui ujian ini, saya dapat melihat
peningkatan markah pelajar dengan lebih tepat. Jadual 5 memaparkan dapatan
Ujian Pos yang dijalankan selepas para pelajar ini menggunakan kaedah Stop n
146
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Stick selama dua minggu. Guru menggunakan soalan berbeza tetapi masih dalam
subtopik yang sama. Dapatan memaparkan seramai kesemua 23 orang pelajar
berjaya menjawab semua soalan Takrif dan Konsep serta Kepentingan
Perlembagaan iaitu bersamaan 100%. Manakala bagi Peruntukan Utama
Perlembagaan dan Sistem Pemerintahan, seramai 19 orang pelajar yang berjaya
menjawab dengan betul iaitu bersamaan 82.6%. Bagi subtopik Konsep
Ketertinggian Perlembagaan pula, hanya seramai 18 orang pelajar sahaja yang
berjaya menjawab dengan betul iaitu bersamaan 78.3%.
Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa kaedah ini sangat membantu
pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan mereka terutama di dalam
Bab 2 : Perlembagaan Persekutuan ini. Peningkatan sebanyak 21.7% dalam
pencapaian mereka dari Ujian Pos merupakan suatu penanda aras yang
menunjukkan peningkatan penguasaan dalam bab tersebut.
Jadual 5 : Paparan Dapatan Ujian Pos
BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Soalan
Takrif Konsep Peruntukan
Sistem
Kepentingan
Pelajar dan Ketertinggian Utama pemerintahan Perlembagaan Markah
konsep Perlembagaan Perlembagaan
1 √ √ √ √ √ 5
2 √ √ √ √ √ 5
3 √ √ - √ √ 4
4 √ - √ √ √ 4
5 √ √ √ √ √ 5
6 √ √ - √ √ 4
7 √ √ √ - √ 4
8 √ - √ √ √ 4
9 √ √ - √ √ 4
10 √ - √ - √ 3
11 √ √ √ √ √ 5
12 √ √ √ √ √ 5
13 √ √ - √ √ 4
14 √ √ √ √ √ 5
15 √ √ √ √ √ 5
16 √ √ √ √ √ 5
17 √ √ √ √ √ 5
18 √ √ √ - √ 4
19 √ - √ √ √ 4
20 √ √ √ - √ 4
21 √ √ √ √ √ 5
22 √ - √ √ √ 4
23 √ √ √ √ √ 5
Jumlah 23/ 23 18/ 23 19/ 23 19/23 23/23 102/115
Peratus 100% 78.30% 82.60% 82.60% 100% 88.70%
147
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
4.1.1 Temu bual
Setelah kaedah Stop n Stick dijalankan, saya menemu bual semua pelajar sekali
lagi untuk mendapatkan respons. Kesemua pelajar menyuarakan rasa puas hati
kerana berjaya meningkatkan penguasaan isi penting dan lebih menggembirakan
ialah apabila mereka dapat meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung.
5. Merefleks
Melihat kepada hasil kajian yang telah dilakukan, terdapat perubahan yang
positif terhadap pencapaian dan tingkah laku pelajar serta amalan pengajaran
guru dapat ditingkatkan. Selain itu juga, saya dapat melihat penyertaan secara
aktif para pelajar terhadap sesi pengajaran dan pengajaran yang telah saya
lakukan.
Hal ini amat penting bagi saya untuk menilai tahap keberkesanan pembelajaran
yang telah saya jalankan di samping dapat meningkatkan motivasi mereka untuk
terus menguasai isi penting di dalam semua bab Pengajian Am. Jika para pelajar
menunjukkan penyertaan yang aktif, ini bermakna kaedah yang telah saya
jalankan dalam kajian ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar
seterusnya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Selain daripada itu, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan
lancar semasa saya menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana, para pelajar di
dalam kelas ini telah dapat mengingati dan menguasai isi penting Bab 2:
Perlembagaan Persekutuan yang dipelajari dengan baik. Keadaan kelas juga
terkawal apabila setiap pertanyaan guru yang mengaitkan isi-isi penting tersebut
dapat dijawab dengan tepat oleh para pelajar di dalam kelas. Kesimpulannya,
saya berharap agar kajian tindakan yang telah saya jalankan ini menjadi titik
tolak dalam diri saya agar sentiasa bersedia untuk menjadi seorang yang dedikasi
dan komited dalam melaksanakan tugas yang mulia ini.
DAPATAN KAJIAN
Profil Peserta Kajian
Seramai 23 orang peserta telah ditemu bual dan Jadual 6 berikut merupakan
profil mereka.
148
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 6 : Profil Responden Temu bual
Bil Jantina Gred diperolehi Gred sasaran
1 P B A
2 L B- A
3 L B- A
4 L C+ A-
5 P C+ A-
6 P C+ A-
7 P C+ A-
8 L C+ A-
9 L C+ A-
10 L C+ A-
11 P C B+
12 P C B+
13 L C B+
14 P C B+
15 L C- B+
16 P C- B+
17 L C- B+
18 L C- B+
19 L C- B+
20 L C- B+
21 P D+ C+
22 L D+ C+
23 P D+ C+
Jumlah 23 23
Profil responden di atas menunjukkan gred diperolehi dan gred sasaran mereka.
Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati lebih ramai pelajar memperolehi A
dan A-. Penilaian peningkatan markah ini juga dijalankan dengan bertujuan
untuk melihat perbezaan markah pelajar sebelum dan selepas penggunaan teknik
Stop n Stick. Melalui penilaian ini, saya dapat mengenalpasti perbezaan tersebut
dengan lebih tepat. (Jadual 7).Paparan di jadual 7 menunjukkan berlakunya
peningkatan yang ketara di dalam markah para pelajar iaitu 12 orang daripada
mereka mendapat PNG melebihi 3.00 iaitu 5 orang mendapat PNG 3.00, 5 orang
mendapat PNG 3.33 dan 2 orang pelajar mendapat PNG 3.67. Manakala hanya
11 orang daripada baki pelajar mendapat PNG kurang daripada 3.00 iaitu 4 orang
mendapat PNG 2.67 dan 2.33, 2 orang mendapat PNG 2.00 dan hanya seorang
mendapat PNG 1.00.
Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan markah yang tinggi di dalam
Peperiksaan Akhir Semester 1 iaitu sebanyak 11% bersamaan 12 orang pelajar
berbanding sebelum teknik ini dijalankan iaitu hanya 1 orang sahaja pelajar
mendapat PNG melebihi 3.00 (Rujuk Jadual 1.0). Selaku guru, saya merasa
sangat berpuashati dengan pencapaian ini dan akan terus menggunakan teknik ini
di masa akan datang.
149
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 7: Paparan Prestasi Markah Pengajian Am bagi Peperiksaan Akhir
Semester 1
Bil Gred PNG Kekerapan
1 A 4 0
2 A- 3.67 2
3 B+ 3.33 5
4 B 3 5
5 B- 2.67 4
6 C+ 2.33 4
7 C 2 2
8 C- 1.67 0
9 D+ 1.33 0
10 D 1 1
Jumlah 23
Hasil Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan penggunaan kaedah Stop n Stick
dapat meningkatkan kefahaman dan seterusnya meningkatkan penguasaan Bab
2:Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini juga telah menjawab persoalan kajian
yang kedua iaitu meningkatkan pengajaran guru melalui kaedah Stop n Stick
dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar Bab 2 Semester 1 iaitu
Perlembagaan Persekutuan.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, objektif pertama kajian ini iaitu memastikan
pelajar dapat memahami dan mengingat fakta penting dan huraian Bab 2
Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan melalui kaedah Stop n Stick telah
tercapai. Seperti dalam Jadual 8 berikut, didapati bilangan pelajar yang
mendapat markah meningkat kepada 17 orang. Saya berasa amat gembira dan
bersyukur kerana kaedah Stop n Stick ini telah menampakkan hasil.
Selepas Ujian Pos dijalankan, mereka mengakui bahawa kaedah ini amat
membantu mereka untuk memahami dan seterusnya membantu mereka
menguasai isi-isi penting di dalam bab ini. Dapatan temubual yang diperoleh
menunjukkan pelajar mengakui penggunaan kaedah ini membantu mereka
memahami dan menguasai Bab 2 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih baik
lagi. Maklumat yang diperolehi daripada peserta kajian sepanjang proses temu
bual dapat mengukuhkan lagi data-data yang telah diperolehi melalui ujian
bertulis. Pernyataan berikut menggambarkan keberkesanan kaedah Stop n Stick
dalam membantu meningkatkan pemahaman pelajar.
150
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 8: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Pelajar Markah Ujian Markah Ujian Perbandingan
Bertulis 1
Bertulis 2
Pelajar 1 4 5 +1
Pelajar 2 3 5 +2
Pelajar 3 4 4 -
Pelajar 4 3 4 +1
Pelajar 5 4 5 +1
Pelajar 6 4 4 -
Pelajar 7 3 4 +1
Pelajar 8 3 4 +1
Pelajar 9 4 4 -
Pelajar 10 3 3 -
Pelajar 11 3 5 +2
Pelajar 12 4 5 +1
Pelajar 13 4 4 -
Pelajar 14 2 5 +3
Pelajar 15 4 5 +1
Pelajar 16 2 5 +3
Pelajar 17 4 5 +1
Pelajar 18 2 4 +2
Pelajar 19 4 4 -
Pelajar 20 3 4 +1
Pelajar 21 3 5 +2
Pelajar 22 3 4 +1
Pelajar 23 4 5 +1
Jumlah 77/115 102/115 +25
Peratus 67% 88.70% 21.70%
Rajah 2 : Pelajar sedang membentangkan tajuk yang telah
ditugaskan kepada mereka.
151
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Rajah 3 : Pelajar sedang memperdengarkan isi penting tajuk yang dibentangkan.
Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan penggunaan kaedah Stop n Stick
dapat meningkatkan kefahaman dan seterusnya meningkatkan penguasaan Bab
2:Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini juga telah mencapai objektif kajian yang
kedua iaitu meningkatkan pengajaran guru melalui kaedah Stop n Stick dalam
meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar Bab 2 Semester 1 iaitu
Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana dapatan kajian, pengamatan saya
terhadap perubahan semangat pelajar juga bersifat selari. Mereka bukan sahaja
lebih bersedia, bahkan bersemangat untuk meneruskan kaedah yang sama di
dalam bab yang seterusnya. Ini membuatkan saya berasa amat bersyukur dan
merasakan bahawa kaedah ini sangat memberi manfaat kepada pelajar.
Selain itu, perubahan suasana pembelajaran yang bersifat sehala dan hanya
berpusatkan guru adalah didapati kurang relevan mutakhir ini. Setelah saya
membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam sesi PdPc,
mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dan seterusnya mengubah
suasana pembelajaran menjadi lebih seronok. Justeru, saya percaya dengan
mempelbagaikan bahan pengajaran dan aktiviti PdPc, kefahaman dan
penguasaan isi-isi penting pelajar akan meningkat. Sehubungan dengan itu, saya
berkeyakinan bahawa kaedah Stop n Stick ini merupakan pilihan yang tepat
untuk diamalkan dalam pembelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya telah terbukti bahawa penggunaan kaedah Stop n Stick yang
didasarkan di atas lima langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang,
bertindak, memerhati dan merefleks telah dapat meningkatkan pemahaman dan
penguasaan pelajar di dalam Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Penggunaan kaedah ini dapat membantu pelajar untuk menguasai Bab 2
Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kaedah ini yang merupakan
gabungan pembentangan dan Tasmi’ yang menjadi kebiasaan pelajar Tahfiz
152
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
seperti mereka terbukti berupaya melonjakkan semangat, pemahaman dan
penguasaan mereka.
Saya merasakan bahawa kajian yang telah saya jalankan ini telah berjaya
mencapai objektif yang telah saya tetapkan dan setiap persoalan kajian telah
terjawab dengan baik. Saya juga berharap agar setiap guru yang mengajar mata
pelajaran Pengajian Am dapat mencurahkan ilmu yang ada pada diri masing-
masing agar para pelajar dapat menerima sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan semasa berada di dalam bilik darjah.
Saya juga ingin mencadangkan agar satu kajian lanjutan mengenai keberkesanan
kaedah Stop n Stick dapat dijalankan terhadap tajuk lain yang lebih tinggi aras
kesukarannya. Saya juga berharap agar kaedah ini dapat diolah menjadi lebih
praktikal jika diaplikasikan terhadap topik yang melibatkan pengiraan di
semester yang lain pula. Semoga kajian ini mampu memberikan manfaat dan
kelebihan buat warga pendidik di semua peringkat.
RUJUKAN
Ishak Habeb Abu Bakar & Pn. Dariah binti Jawatin. (2008). Menggunakan Kaedah Kuiz
Bertulis Dalam Menguasai Tajuk Badan Pentadbiran Dalam Subjek Pengajian Am
Kertas 1 Bagi Kelas 6 Atas 2 Dan 6 Atas 4. Kajian Tindakan.
Stringer, E. T. (2008). Action Research In Education. Upper Saddle River, NJ: Pearson
Prentice Hall.
Laidlaw, M. (1992). Action research: A Guide For Use On Initial Teacher Education
Programmes. http://www.actionresearch.net/moira.shtml.
Lewin, K. (1942/1951). Field Theory And Learning. In D. Cartwright (Ed.). Field Theory
In Social Science (pp. 60–86). New York: Harper & Row.
153
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
PEMUPUKAN KREATIVITI KANAK-KANAK PRASEKOLAH:
SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK
¹Norsita Ali, PhD. & ²Mohd Nasrudin Basar, PhD.
1,2 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya
[email protected]
ABSTRAK
Setiap individu adalah kreatif dan mempunyai ciri kreativiti secara semula jadi.
Justeru kreativiti ini harus dipupuk di awal usia kanak-kanak prasekolah yang
merupakan bakal pewaris dan modal insan negara pada masa hadapan. Artikel
ini akan mengupas pemupukan kreativiti kanak-kanak prasekolah dalam bentuk
analisis sistematik literatur. Data diperoleh melalui pelbagai sumber pangkalan
data jurnal utama terkemuka (Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct)
dan pangkalan data jurnal sampingan (Google Scholar dan My Cite). Setelah
data diperoleh, ia dianalisis melalui Systematic Searching Strategies (SSS) untuk
mendapatkan bahan yang tepat dan sesuai dengan bidang dan tema yang dikaji.
Bahan yang diperoleh disaring dengan tiga langkah Systematic Searching
Strategies, (1) identifikasi/ pengenalpastian, (2) saringan, dan (3) pengesahan
kelayakan/ kesesuaian. Hasil analisis daripada kajian-kajian lepas telah
membentuk (1) trend kreativiti kanak-kanak, (2) halangan pembentukan
kreativiti-persekitaran rumah, faktor sosio-ekonomi keluarga dan (3) halangan
oleh faktor guru. Implikasi analisis sistematik literatur ini dapat memberikan
paradigma baharu untuk kajian yang melibatkan pembentukan kreativiti kanak-
kanak dalam usaha menyokong matlamat Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan di Malaysia.
Kata Kunci: kreativiti, ibu bapa, kanak-kanak prasekolah, halangan.
ABSTRACT
Every individual is creative and has the trait of creativity naturally. Therefore,
this creativity should be nurtured at an early age of preschool children who are
the future heirs and human capital of the country. This article will explore the
nurturing of preschool children’s creativity through systematic literature
analysis methods. Data were obtained through a database of leading major
journals (Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct) and a database of side
journals (Google Scholar and My Cite). Once the data is obtained, it is analyzed
through Systematic Search Strategy (SSS) to obtain materials that are accurate
and appropriate to the fields and themes studied. The material obtained was
154
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
screened with three steps of Systematic Search Strategy, (1) identification, (2)
screening, and (3) verification of eligibility/ suitability. The results of the
analysis from previous studies have formed (1) children’s creativity trends, (2)
barriers to the formation of creativity-home environment, family socio-economic
factors and (3) barriers by teacher factors. The implications of this systematic
analysis of the literature can provide a new paradigm for research that involves
the formation of children's creativity in an effort to support the goals of the
National Preschool Standard Curriculum in Malaysia.
Keywords: creativity, parents, preschoolers, barriers
PENDAHULUAN
Sistem pendidikan sedang berhadapan cabaran untuk kelestarian pembangunan
(Sustainability Development Goals, SDG 4) pendidikan berkualiti serta adil
kepada semua individu tanpa mengira latar belakang. Ditambah pula dengan
penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun 2019, telah
memberi kesan mendalam terhadap segenap aspek kehidupan manusia termasuk
sistem pendidikan yang melibatkan seramai 1.6 bilion murid daripada lebih 190
buah negara di seluruh dunia akibat perubahan sistem operasi pembelajaran
(UNESCO, 2021). Segala permasalahan ini perlu ditangani dengan bijak dan
pasti memerlukan daya pemikiran aras tinggi dan kreativiti semua pihak terutama
golongan pendidik atau guru.
Kreativiti adalah asas kepada pembangunan pemikiran manusia, kelangsungan
hidup dan amat perlu untuk pemikiran inventif dalam mana-mana domain
kehidupan (Kaplan, 2019). Kreativiti juga sering dikonsepkan sebagai enjin dan
pemangkin pembangunan ekonomi, teknologi, kepimpinan dan kejayaan hidup
yang dapat meningkatkan produktiviti serta taraf hidup manusia (Joo et al., 2013;
Makel & Plucker, 2008). Dalam membentuk kreativiti, elemen kebolehan
berfikir secara kreatif adalah sangat penting terutama dalam membuat keputusan
(Chávez-Eakle et al., 2012; Fisher, 2013; Kaplan, 2019, Tareq, 2010; Zabelina &
Robinson, 2010). Kemahiran berfikir kreatif pula adalah kemampuan untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan
menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman
(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2017).
Justeru itu, kajian kreativiti menjadi satu keperluan asas dalam kehidupan
seharian manusia (Beghetto, 2007; Burnard & White, 2008; Chávez-Eakle et al.,
2012; Fisher, 2013; Hennessey & Amabile, 2010; Kampylis, 2010; Miller et al.,
2012; Joo et al., 2013; KPM), 2017). Individu yang kreatif mampu menjana dan
mewujudkan sesuatu yang baharu dengan mengubah suai apa yang telah sedia
ada malah melangkaui kemungkinan yang akan berlaku pada sesuatu masa atau
keadaan (Kaufman & Sternberg, 2007). Individu yang kreatif akan terus maju,
155
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
teruja dan seronok meneroka idea-idea baharu serta berani mengambil risiko
tanpa merasa bimbang dengan kegagalan.
Dalam konteks negara, kemajuan sesebuah negara bergantung pada keupayaan
masyarakat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif yang menjadi antara satu
faktor utama yang memacu tamadun ke hadapan serta merupakan aset yang
mampu menyumbang ke arah pembangunan negara (Hennessey & Amabile,
2010; Keong, 2011; KPM, 2011). Untuk menjadi sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi, generasi muda di Malaysia perlu melengkapkan diri
dengan ilmu, pemikiran kreatif dan inovatif serta nilai murni supaya dapat
bersaing di peringkat global. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menggubal
pendidikan Malaysia yang sedia ada supaya sejajar dengan perubahan dunia.
Penggubalan PPPM 2013-2025, bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan
rakyat, membekalkan ilmu pendidikan yang terbaharu, meningkatkan daya
bersaing rakyat serta melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi
bagi mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar. Perubahan ini telah
meningkatkan kepentingan kemahiran kreativiti yang termaktub dalam bahagian
aspirasi murid yang dihasratkan untuk menguasai tiga kemahiran kognitif yang
penting, iaitu pemikiran kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan
penaakulan serta keupayaan belajar (KPM, 2013).
Kreativiti murid boleh dikenal pasti dan dibangunkan melalui medium
pendidikan yang turut menjadi fokus utama pendidikan rendah kebanyakan
negara di seluruh dunia (Kampylis, Saariluoma, & Berki, 2011; Rawat, Qazi, &
Hamid, 2012; Sharma & Chauhan, 2010). Keupayaan kreatif kanak-kanak
berkembang dengan subur sekitar usia empat tahun setengah tetapi menurun
dengan drastik apabila mereka memasuki tadika (KPM, 2010). Ketika berusia
enam tahun pertama, perkembangan dan pertumbuhan yang pesat berlaku dalam
diri kanak-kanak termasuklah perkembangan fizikal, intelektual, sosial,
personaliti dan kreativiti (Dacey, 1989; KPM, 2010; KPM, 2016; Grabner, Fink,
& Neubauer, 2007; Sahin & Dostoglu, 2012).
Galakan kreativiti dari awal usia merupakan satu jaminan terbaik bagi
pertumbuhan harga diri (self-esteem) dan saling menghormati iaitu unsur penting
bagi pembinaan budaya yang positif (Irish National Teachers’, 2009).
Pendidikan pada tahap ini mempunyai impak positif yang besar terhadap aspek
sosial dan ekonomi sehingga mereka dewasa (Unit Perancang Ekonomi (UPE),
2012). Oleh itu, tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk menyoroti
apakah (1) trend kreativiti kanak-kanak, (2) halangan pembentukan kreativiti
iaitu faktor persekitaran rumah dan sosio-ekonomi keluarga, dan (3) halangan
oleh faktor guru. Hasil akhir daripada kajian ini dapat memperlihatkan perkara-
perkara penting yang perlu diberikan perhatian dan jurang yang ditinggalkan
oleh pengkaji lepas untuk diisi oleh pengkaji seterusnya terutama dalam konteks
Malaysia dalam usaha meningkatkan kreativiti kanak-kanak secara berterusan.
156
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
METODOLOGI
Kaedah Systematic Literature Review (SLR) melibatkan pencarian yang
menyeluruh dilakukan di pengkalan data jurnal utama iaitu Scopus, Web of
Science (WOS) dan Science Direct. Manakala pengkalan data jurnal sampingan
juga digunakan seperti Google Scholar dan My Cite (pengkalan data Malaysia)
untuk mempelbagaikan bahan dan menyokong pengkalan data utama.
Seterusnya, langkah kedua ialah pencarian dilakukan secara
handpicking/handsearching. Langkah ini hanya melibatkan bahan-bahan tertentu
yang telah diketahui tajuk atau nama penulis atau sumbernya sahaja.
(1) Identifikasi
Identifikasi adalah proses untuk mencari perkataan yang sinonim, istilah yang
berkaitan, dan variasi bagi kata kunci utama kajian ini iaitu kreativiti, kanak-
kanak prasekolah, guru dan kreativiti, ibu bapa dan kreativiti. Ini bertujuan untuk
memberikan lebih banyak pilihan kepada pangkalan data terpilih dalam mencari
lebih banyak bahan yang berkaitan untuk disemak. Penentuan kata kunci yang
sesuai untuk kajian dipilih berdasarkan cadangan daripada tesaurus dalam talian,
kata kunci yang digunakan oleh kajian lepas, kata kunci yang dicadangkan oleh
Scopus, dan kata kunci yang disarankan oleh pakar (rujuk Jadual 1). Proses
pencarian dijalankan pada pangkalan data terkemuka dan sokongan terpilih
berdasarkan kata kunci utama dengan menggunakan teknik pencarian lanjutan
iaitu dengan menggunakan boolean operator, pharase searching, field codes
funtion, truncation, dan wild card yang digabungkan dalam satu teknik
pencarian.Teknik pencarian manual seperti handpicking/handsearching juga
dipraktikkan.
Bagi mencari artikel dan dokumen yang berkaitan untuk sorotan, tiga pangkalan
data iaitu Scopus, Web of Science dan Science Direct dipilih sebagai pangkalan
data terkemuka dan ini sesuai bagi mengesahkan kemampuan tiga sumber
tersebut dalam mencari sumber. Pangkalan data yang dipilih menawarkan
beberapa kelebihan seperti ketersediaan fungsi pencarian lebih awal,
komprehensif, mengawal kualiti artikel dan mempunyai fokus multidics,
termasuk kajian berkaitan pengurusan persekitaran.
Sebanyak dua sumber digunakan sebagai pangkalan data sokongan iaitu Google
Scholar dan My Cite. Pangkalan data ini diperlukan terutamanya untuk
mendapatkan sumber tambahan seperti jurnal tanpa pengindeksan dan sebarang
artikel yang hilang dari pangkalan data terkemuka. Pangkalan data sokongan
diperlukan kerana terdapat pangkalan data yang sempurna dan kepekaan
pangkalan data pada kata kunci yang digunakan untuk mencari artikel yang
berkaitan tidak mencapai 100 peratus.
157
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
(2) Saringan
Kajian ini menyaring semua berdasarkan senarai rujukan yang diperolehi
daripada teknik identifikasi dengan memilih kriteria pemilihan artikel yang
dilakukan secara automatik berdasarkan fungsi penyororotan yang tersedia di
pangkalan data yang dipilih. Kriteria yang sama digunakan di pangkalan data
sokongan dan setiap kali fungsi penyorotan tidak tersedia, bahan tersebut
dikeluarkan secara manual dan disaring secara manual.
Bagi memudahkan urusan saringan, Okoli (2015) menyarankan para penyelidik
harus menentukan jangka masa yang dapat mereka ulas. Berdasarkan proses
pencarian di pangkalan data yang dipilih, disedari bahawa jumlah kajian yang
berkaitan dengan kreativiti dan kanak-kanak telah bermula sejak perkembangan
kanak-kanak, telah lama dikenal pasti oleh pengkaji terdahulu, namun untuk
memastikan tahap kerelevan tinggi, kajian yang diterbitkan mengikut tahun akan
diambil.
(3) Pengesahan Kelayakan
Pengesahan kelayakan adalah proses ketiga di mana pengkaji memantau artikel
yang tersisa daripada proses saringan. Proses ini dilakukan dengan membaca
tajuk dan abstrak artikel dan jika masih belum ada pemahaman yang jelas
mengenai kerelevanan artikel terpilih dengan kajian, isi artikel tersebut diperiksa.
Proses ini membuang bahan yang berbentuk kertas ulasan, catatan pendua
pangkalan data, dan objektif artikel tidak menumpukan perhatian kepada
kreativiti kanak-kanak dan memberi tumpuan kreativiti secara umum tidak akan
diterima. Hasil keseluruhan daripada proses ini telah memilih lebih 30 bahan
bercetak untuk disemak dan digunakan sebagai bahan dalam sorotan ini.
DAPATAN KAJIAN
Kreativiti Awal Kanak-kanak
Perbincangan pengkaji berhubung kreativiti kanak-kanak, dilihat daripada
pelbagai perspektif. Selain daripada mempunyai ciri kreatif sejak lahir dan
semula jadi, orang yang kreatif juga mempunyai potensi untuk menjadi kreatif
dengan cara tersendiri melalui pengajaran dan latihan yang konsisten (Al Thani,
2010; Ann Mean, 2008; Fisher, 2013; Keong, 2011; Makhmalbaf & Do, 2007).
Kanak-kanak prasekolah juga mempunyai tahap kreativiti seni dan estetika yang
lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua (Zabelina &
Robinson, 2010). Oleh itu potensi kreatif ini perlu dipupuk sejak dari prasekolah
agar lahir murid-murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 supaya dapat
bersaing di peringkat global. Pemikir adalah antara ciri kanak-kanak abad ke-21
iaitu mereka mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk
158
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika
(KPM, 2016).
Kebanyakan literatur mengenai kreativiti awal kanak-kanak bersetuju dengan
pandangan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk mencipta,
walaupun pada tahap yang berbeza. Perspektif yang mengatakan sesetengah
kanak-kanak adalah kreatif sedangkan yang lain tidak kreatif adalah perlu ditolak
(Leng Yan, 2005). Kreativiti semula jadi kanak-kanak di awal usia itu
didominasi oleh Fishkin (1998), sebagai tahap permulaan kreativiti. Kreativiti
Germinal atau tahap permulaan kreativiti ini dapat ditunjukkan dalam aktiviti
manipulatif, penerokaan, dan eksperimen bayi dan penggunaan ekspresi muka
mereka atau usaha untuk mencari dan menguji erti ekspresi muka dan gerak
isyarat orang lain (Torrance, 1997). Menurut persepsi Vygotsky (1966) terhadap
kreativiti, tahap permulaan kreativiti paling baik boleh diperhatikan dalam
permainan kanak-kanak, terutamanya permainan ekspresif, kerana dalam
permainan, kanak-kanak mewujudkan keadaan khayalan.
Ketika mengkaji kreativiti kanak-kanak, penting untuk difahami bahawa
kreativiti kanak-kanak adalah berbeza daripada kreativiti orang yang lebih tua.
Apabila bercakap tentang tingkah laku kreatif orang dewasa, pengkaji-pengkaji
selalu memberi penekanan terhadap domain-berkaitan kemahiran (domain-
relevant skills) mereka, seperti pengetahuan fakta, kemahiran teknikal, dan bakat
istimewa, yang merupakan asas daripada apa sahaja yang mereka hasilkan.
Pengkaji juga menekankan kreativiti-berkaitan kemahiran (creativity-relevant
skills) mereka, seperti gaya bekerja, sikap, minat untuk menjana kemungkinan
baharu, dan keterbukaan kepada idea-idea baharu (Amabile, 1983; Isenberg &
Jalongo, 2001).
Kanak-kanak awal usia juga tidak mempunyai banyak pengalaman dan
kepakaran seperti orang dewasa, gaya berkerja dan personaliti mereka biasanya
belum matang (Isenberg & Jalongo, 2001). Pickard (1990), juga membuat
perbezaan antara kreativiti kanak-kanak dan kreativiti remaja atau orang dewasa.
Beliau menunjukkan bahawa walaupun aktiviti kanak-kanak menyumbang
kepada kreativiti personal, sejenis kreativiti yang melibatkan pentafsiran semula
atau transformasi pengetahuan dan membawa kepada perluasan pengalaman dan
merealisasikan dimensi atau perspektif baharu, apabila dibandingkan dengan
aktiviti remaja atau aktiviti orang dewasa, mereka adalah seperti lebih kurang
mungkin menyumbang kepada kreativiti umum, satu lagi jenis kreativiti yang
memanjangkan sempadan pengalaman pengetahuan pengkaji.
Namun apa sahaja kekurangan yang mungkin terdapat pada kanak-kanak dari
segi kepakaran, pengalaman, atau gaya, mereka boleh mengimbangi segala
kekurangan ini dengan cara mereka berfikir dan mendekati tugasan yang unik
(Isenberg & Jalongo, 2001). Imaginasi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
membentuk imej yang banyak dan pelbagai atau konsep tentang orang, tempat,
159
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
benda, dan situasi yang tiada pada masa itu dan ia adalah lazim semasa awal
kanak-kanak (Isenberg & Jalongo, 2001). Menurut Isenberg & Jalongo (2001),
imaginasi dan fantasi adalah aset kreatif awal kanak-kanak yang sangat penting,
dan berbeza dari pemikiran literal, fakta yang lebih disukai oleh orang dewasa.
Sebagai kaedah berfikir bukan literal, imaginasi dan fantasi dinilai dan dicari
oleh ramai artis untuk merealisasikan potensi kreatif mereka.
Gardner (1983), menggambarkan bagaimana pemikiran kanak-kanak adalah
bebas dan mudah bergerak di antara dan dalam kalangan pelbagai mod
pemikiran. Kanak-kanak tidak terganggu oleh ketidakseragaman, keluar dari
kebiasaan, bukan bersifat literal yang sering menyebabkan saling beriringan dan
perkaitan yang luar biasa dan menarik. Holden, (1997), mencadangkan bahawa
awal kanak-kanak adalah cemerlang bagi tiga ciri yang berkaitan dengan genius
kreatif: 1) kepekaan terhadap stimuli (rangsangan) dalaman dan luaran, 2)
kekurangan perencatan (halangan), dan, 3) keupayaan untuk diserap sepenuhnya
dalam sesuatu aktiviti. Kanak-kanak memerlukan ruang dan peluang untuk
berkomunikasi dan dapat menjana serta mengembangkan kreativiti. Kebebasan
perlu diberikan supaya kanak-kanak tidak terikat dengan kehendak orang dewasa
( Rofidah, Firdaus, Zainuddikn & Norkhaizatul, 2019).
Berdasarkan literatur, kreativiti kanak-kanak yang diterima secara meluas adalah
sebagai little c berbanding dengan Big C. Definisi kreativiti oleh Gardner (1999),
memberi tumpuan kepada Big C. Selepas mengkaji kerja-kerja dan kehidupan
tujuh pencipta hebat (Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot Graham, dan
Gandhi), beliau mencadangkan bahawa label kreativiti hanya boleh diberikan
kepada segelintir individu yang sumbangannya telah mengubah domain. Oleh
itu, kreativiti kanak-kanak adalah sangat tidak mungkin untuk menukar domain
yang dikuasai oleh orang dewasa yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman
kerana kemahiran berkaitan-domain (domain-relevant skills) mereka yang
terhad. Dengan teori Big C, kreativiti kanak-kanak tidak akan dapat diiktiraf dan
dihargai. Craft (2001), telah membangunkan satu konsep "kreativiti c kecil"
(LCC), untuk membezakannya dengan teori Big C Gardner, yang memberi
tumpuan kepada kepintaran dan agensi orang biasa, dan bukannya sumbangan
luar biasa dan pandangan daripada segelintir manusia sahaja. Kreativiti ‘c’ orang
biasa boleh disesuaikan untuk menjelaskan sifat kreativiti awal kanak-kanak,
kerana kanak-kanak adalah sama seperti orang biasa, tidak mungkin untuk
membuat sumbangan dan pandangan yang luar biasa tetapi aktif dan sengaja/
bertujuan dalam menghadapi cabaran sehari-hari (Craft, 2001). Rumusan kajian
lepas seperti di Jadual 1.
160
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 1: Kreativiti Awal Kanak-kanak
Pengarang Tajuk Tahun
Noor Hanim, Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Nazri, Asyraf & Kreativiti Orang Asli dalam Meningkatkan 2020
Nor Asiah Kecerdasankanak-Kanak Prasekolah
Developing Creativity From School and Home
Fisher Experience: How Parentes and Educators influence 2013
Students’ creative Literacy
Keong, You are creative. Let your creativity bloom 2011
Investigating Teachers ’ Practices of Creative thinking
Al Thani Skills in Qatari Preschools 2010
Zabelina & Child’s play: Facilitating the originality of creative 2010
Robinson output by a priming manipulation
Ann Mean On Creativity: Awakening the Creative Mind 2008
Physical and Creativity: Comparing Children’s
Makhmalbaf & Do Drawing Behavior 2007
An Investigation of the Relationship between the Open-
Leng Yan Endedness of Activities and the Creativity of Young 2005
Children
Isenberg & Jalongo Creative expression and play in early childhood 2001
Craft Little c creativity 2001
Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st
Gardner century 1999
Fishkin Issues in studying creativity in youth 1998
Torrance The nature of creativity as manifest in its testing 1997
Holden Parents and the dynamics of child rearing. 1997
Social psychology of creativity: A componential
Amabile 1983
conceptualization
Gardner Creating minds 1983
Vygotsky Play and its role in the mental development of the child 1966
Trend Kreativiti Awal Kanak-kanak
Kajian-kajian terdahulu menunjukkan trend kreativiti yang berbeza bagi kanak-
kanak berumur lima hingga tujuh tahun iaitu usia masuk ke persekolahan formal.
Peningkatan kreativiti terdapat dalam kajian Chae (2003), Daugherty, (1993),
dan Smolucha & Smolucha (1985). Gardner (1982), mengatakan bahawa kanak-
kanak prasekolah juga mempunyai tahap kreativiti seni dan estetika yang lebih
tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua (Zabelina & Robinson,
2010). Manakala pengurangan kreativiti ketika usia begini dapat dilihat daripada
hasil kajian Kim (2011), Smith & Carlsson (1983), Torrance (1962 & 1963), dan
Urban (1991). Hasil kajian Kim (2011), mendapati kreativiti dalam kalangan
kanak-kanak tadika hingga gred ketiga (lima hingga lapan tahun) di Amerika
semakin menurun dari tahun 1990an hingga 2008 walaupun IQ semakin
meningkat. Ukuran standard pemikiran kreatif mendedahkan bahawa apabila
kanak-kanak memasuki sekolah rendah, kreativiti mereka menurun (Safinah,
Tyler & Cynthia, 2019). Dapatan kajian Rofidah, Firdaus, Zainuddin &,
161
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Norkhaizatul (2019) menunjukkan dengan jelas kreativiti kanak-kanak masih
pada tahap yang rendah kerana tema diberi sebagai panduan telah menyekat
perkembangan kreativiti semula jadi mereka untuk melakar. Zenep (2019), pula
menyimpulkan bahawa boleh dikatakan pendidikan prasekolah meningkatkan
kreativiti kanak-kanak dengan cara yang positif. Rumusan kajian lepas berkaitan
hal ini seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Trend Kreativiti Awal Kanak-Kanak
Pengarang Tajuk Tahun
Safinah, Tyler & Can Children Learn Creativity From A Social Robot? 2019
Cynthia
Zeynep Investigating the Creativity of Children in Early 2019
Childhood Education Institutions
Rofidah, Firdaus, Eksplorasi lakaran bertema kenderaan serta kesan
Zainuddin &, terhadap kreativiti kanak-kanak. 2019
Norkhaizatul
Zabelina & Child’s play: Facilitating the originality of creative 2010
Robinson output by a priming manipulation
Chae Adaptation of a picture-type creativity test for pre- 2003
school children
Daugherty Creativity and private speech: Developmental trends. 1993
Smolucha & A fifth piagetian stage: The collaboration between 1985
Smolucha logical and analogical thinking in artistic creativity
Gardner Art, Mind and Brain: A cognitive approach to 1982
creativity
Kajian Kreativiti dengan Persekitaran Rumah
Persekitaran rumah merujuk kepada segala jenis nilai moral, etika, emosi, iklim
sosial dan intelek yang disediakan oleh ahli keluarga bagi keseluruhan
perkembanagn individu (Sharma, 2011). Keluarga dengan aspek-aspek fizikal,
intelek dan emosi membentuk kehidupan kanak-kanak yang menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman melalui interaksi dengan persekitaran
memandangkan banyak masa dihabiskan di kawasan kediamannya
(Bronfenbrenner, 1986). Berdasarkan kajian literatur, didapati rumah dan sekolah
merupakan antara faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti
kanak-kanak (Fisher, 2013; Lew & Cho, 2013; Lina & Selcuk, 2018; Makhmalbaf
& Do, 2007; Nievar et al.,2011; Sharma, 2011). Kanak-kanak menghabiskan
kebanyakan masa mereka di rumah. Walaupun ada yang menghabiskan masa di
luar seperti pusat jagaan harian, tadika atau sekolah, kebanyakan mereka tetap
mengenali rumah sebagai ruang tetap dan mereka rasa selamat. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keupayaan
berfikir kreatif dan personaliti kreatif dengan persekitaran rumah yang
kreatif.(Lew dan Cho, 2013; Lina & Selcuk, 2018; Sharma, 2011). Rumusan
kajian lepas berkaitan hal ini seperti di Jadual 3.
162
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 3: Kajian Kreativiti dengan Persekitaran Rumah
Pengarang Tajuk Tahun
Supporting Creativity Or Conformity? Influence of Home
Lina & Selcuk Environment and Parental Factors on the Value of 2018
Children's Creativity Characteristics
Developing Creativity From School and Home Experience:
Fisher How Parentes and Educators influence Students’ creative 2013
Literacy
Lew & Cho Relationship among Creativity , Motivation and Creative 2013
Home Environment of Young Children
Sharma Effect of school and home environments on creativity of 2011
children
Nievar et.al. Impact of HIPPY on home learning environments of Latino 2011
families
Makhmalbaf & Physical and Creativity: Comparing Children’s Drawing 2007
Do Behavior.
Bronfenbrenner Ecology of the family as a context for human development: 1986
Research perspectives
Pembentukan Kreativiti dan Sosioekonomi Keluarga
Latar belakang keluarga yang juga dikenali sebagai status ekonomi meliputi taraf
pendidikan, pekerjaan dan pendapatan keluarga, menentukan nilai sesebuah
keluarga dalam sesuatu masyarakat. Kajian luar dan dalam negara menunjukkan
bahawa pendidikan, pekerjaan dan pelibatan ibu bapa, saiz keluarga dan
persekitaran rumah mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
perkembangan kognitif kanak-kanak (Caldwell & Bradley, 1984). Dapatan
kajian Magnuson & Duncan (2002) dan Davis-Kean (2005), menunjukkan
bahawa pendapatan keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa turut mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa yang berpendapatan rendah kurang
berkemampuan menyediakan rangsangan pengalaman pembelajaran di dalam
rumah dan jarang menggalak dan menyokong tingkah laku kanak-kanak yang
positif. Dapatan kajian Wan Hanafi et al. (2014), terhadap prestasi pendidikan
anak Orang Asli menunjukkan tahap pendidikan ibu bapa yang rendah
mendorong mereka bersikap tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.
Kajian oleh Zarinah & Rozumah (2011), pula mendapati tingkah laku dan
pelibatan ibu bapa yang miskin dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi juga
oleh tahap pendidikan ibu bapa.
Hasil kajian Mohamad et. al. (2009), menunjukkan latar belakang status
sosioekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa mempunyai kaitan rapat terhadap
pencapaian anak-anak. SSE memberi pengaruh kepada pencapaian pelajar dalam
pelajaran di mana bagi responsden SSE rendah, peratus tertinggi iaitu 73%
terdiri dari mereka yang mempunyai pencapaian yang lemah dalam pelajaran.
Ibu bapa daripada SES tinggi pula membantu dalam pencapaian anak mereka
dengan penyediaan buku rujukan, menghantar anak mereka menghadiri kelas
tambahan (tuisyen) & mengupah guru untuk datang ke rumah. Selain daripada
163
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
itu, faktor ganjaran juga menjadi penyebab kepada kesungguhan murid selain
dari galakan yang diberi.
Hasil kajian Mohamad et al. (2009), menunjukkan bahawa taraf pendidikan ibu
bapa juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pelajaran. Pelajar yang ibu bapanya berpendapatan tinggi, pekerja
professional, taraf pendidikan tinggi, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan
mempunyai aspirasi professional. Manakala murid tidak cemerlang pula terdiri
daripada murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah, pekerja perkhidmatan,
taraf pendidikan ibu bapa rendah, tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa
dan mempunyai aspirasi kerja perkhidmatan. Latar belakang dan sosiobudaya
keluarga juga memainkan peranan penting dalam peningkatan potensi kreatif
kanak-kanak (Chien & Hui, 2010; Fearon et al., 2013; He Wu, 2010; Lim &
Smith, 2008; Miller et al., 2012; Palaniappan, 2005).
Sebagai kesimpulannya, latar belakang keluarga yang juga dikenali sebagai
status ekonomi keluarga yang meliputi taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan dan
pendapatan keluarga, mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta
menentukan nilai sesebuah keluarga dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu, kajian
ini amat penting dijalankan dengan harapan kreativiti kanak-kanak prasekolah
akan meningkat selaras dengan peningkatan pendapatan isi rumah dan
pengurangan kemiskinan rakyat Malaysia. Jadual 4 adalah rumusan kajian lepas.
Jadual 4: Pembentukan Kreativiti dan Sosioekonomi Keluarga
Pengarang Tajuk Tahun
Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi
Wan Hanafi et. al. pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di 2014
Kelantan
Fearon et al. The Relationship Between Parenting Styles and 2013
Creativity in a Sample of Jamaican Children
Miller et al. Parenting Style, Perfectionism, and Creativity in High- 2012
Ability and High-Achieving Young Adults.
Zarinah & Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti 2011
Rozumah tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko
Chien & Hui Creativity in early childhood education: Teachers’ 2010
perceptions in three Chinese societies
He Wu In Search of an explanation for a creativity Slump 2010
Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap
Mohamad et. al. pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah 2009
Malaysia
Lim & Smith The Structural Relationships of Parenting Style, Creative 2008
Personality, and Loneliness
Influence of parent education and family income on child
Davis-Kean achievement: The indirect role of parent expectations 2005
and the home environment.
Palaniappan Creativity and academic achievement: A Malaysian 2005
perspective
Magnuson & Duncan Parents in poverty 2002
Caldwell & Bradley Home observation for measurement of the environment 1984
164
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Kajian Kreativiti dengan Guru
Guru memainkan peranan yang penting sebagai ‘gatekeepers’ dalam domain
kreativiti, emosi, motivasi, kreativiti dan produktiviti pelajar di bilik darjah
(Laura Czarniecki, 2009; Sharma, 2011; Zeynep, 2019). Kreativiti individu boleh
dihasilkan melalui pertembungan antara pemboleh ubah kognitif, emosi,
persekitaran dan motivasi. Faktor persekitaran yang mempengaruhi kreativiti
kanak-kanak di dalam kelas prasekolah sebahagian besarnya bergantung kepada
konsepsi dan penyampaian guru dalam pendidikan kreativiti (Chien & Hui,
2010). Guru boleh menggalakkan kreativiti melalui amalan pengajaran seperti
bertanya soalan terbuka, toleransi kekaburan, menjadi model pemikiran dan
tingkah laku kreatif, menggalakkan eksperimen dan ketabahan serta menghargai
kanak-kanak yang memberikan jawapan yang tidak diduga (Al Thani, 2010).
Kajian Apak & Taat (2019), mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang
sederhana antara tingkah laku pemupukan kreativiti dengan pengurusan bilik
darjah abad ke-21 guru yang membuktikan bahawa guru melaksanakan tingkah
laku pemupukan kreativiti seiring dengan amalan pengurusan bilik darjah abad
ke-21.
Kreativiti juga boleh ditingkatkan dengan cara mengawal dan menyokong pelajar
untuk mengambil risiko secara berstruktur dan kebebasan. Selain itu, guru juga
perlu membawa pendekatan bermain ke dalam bilik darjah, menggunakan masa
secara fleksibel, mengikut kadar pelajar, membina hubungan yang baik dengan
pelajar, saling menghormati, menjadi model sikap kreatif, fleksibiliti dan dialog;
memberi peluang pelajar bekerjasama dengan rakan-rakan dan memberikan
ganjaran terhadap idea pelajar yang baharu, unik dan kreatif (Beghetto, 2007;
Jindal-Snape et al., 2013). Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian literatur
terdapat banyak halangan untuk guru berkreativiti. Halangan pertama adalah
guru kurang berupaya untuk membezakan antara pelajar yang kreatif dan kurang
kreatif kerana guru prasekolah kurang pengetahuan mengenai sifat kreativiti dan
bagaimana cara mengajar untuk meningkatkan kreativiti dalam bilik darjah
(Dababneh et al., 2010). Kedua, guru kurang mampu mengenal pasti tahap
kreativiti pelajar kerana mempunyai bebanan kerja yang berat dan kekurangan
masa untuk menjalankan aktiviti kreatif selalu (Beghetto, 2013; Norsita et al.,
2015). Ketiga, adalah amalan pengajaran guru yang defensif seperti guru
mengawal dan menetapkan setiap aktiviti murid atau mereka belajar topik yang
kompleks tetapi diajar dengan cara yang terlalu ringkas (Fisher, 2013). Kreativiti
kanak-kanak juga terhalang sekiranya guru memberi sekatan seperti menetapkan
tema dalam sesuatu tugasan kanak-kanak (Rofidah et.al., 2019).
Seterusnya, sikap guru juga menjadi penghalang kreativiti seperti tidak suka
pelajar yang kreatif sebaliknya lebih suka kepada pelajar yang kurang kreatif
seperti patuh dan menerima kuasa guru tanpa soalan kerana guru menganggap
pelajar kreatif menyukarkan mereka untuk mengajar dan mengganggu
ketenteraman serta disiplin di dalam kelas (Gralewski & Karwowski, 2012).
165
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Guru juga didapati sering tidak menerima idea pelajar yang baharu dan tidak
dijangka (Beghetto, 2007). Kreativiti juga terhalang kerana guru lebih
menekankan kawalan bilik darjah dan pemerolehan kandungan berbanding
dengan keperluan psikologi, penyelesaian masalah dan kreativiti kanak-kanak.
Interaksi antara guru-kanak-kanak tadika yang menekankan disiplin dan
peraturan, menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk berfikir secara kreatif
atau mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah tanpa arahan. (Jingbo &
Elicker, 2005).
Selain itu, guru pendidikan awal kanak-kanak yang memberikan fokus
berterusan dalam akademik, akan kekurangan masa untuk menyediakan
persekitaran prasekolah yang boleh memupuk kemahiran kreatif mereka
(Feldman & Benjamin, 2006; Cameron, 2010; (Al Thani, 2010; Schacter et al.,
2006). Semua ini menyebabkan banyak potensi kreatif tidak diaplikasikan dan
dikembangkan di sekolah dan sebagai akibatnya kreativiti murid adalah dihalang.
Oleh itu guru prasekolah perlu menyediakan material untuk mencetuskan
imaginasi, sediakan peluang untuk kanak-kanak berimaginasi dan menerangkan
idea mereka. Guru prasekolah juga perlu menghargai keperibadian kanak-kanak
dan menggalakkan sudut pandangan mereka yang berbeza. Guru prasekolah juga
patut menggalakkan pelibatan kanak-kanak dalam permainan kreatif, harus
mengambil berat dan menghargai produk baharu kanak-kanak. Selain itu,
kreativiti kanak-kanak harus dihargai, dan kanak-kanak harus diberi keyakinan
(Zeynep, 2019).
Kesimpulannya, di sebalik guru mengakui menyukai kanak-kanak kreatif tetapi
pelajar-pelajar kreatif ini selalu ketinggalan atau dihukum disebabkan oleh
tingkah laku kreatif mereka. Ini bermakna, kanak-kanak yang kurang digemari
oleh guru mempunyai ciri-ciri tingkah laku kreatif. Sebaliknya, pelajar yang
disukai oleh guru mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan tingkah laku
kreatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebebasan bersuara boleh dilihat
sebagai sifat personaliti penting dalam mengenal pasti pemupukan potensi kreatif
dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun
kajian ini mengukur kreativiti kanak-kanak prasekolah berdasarkan TCT-DP.
Jadual 5 merujuk kepada rumusan kajian lepas berhubungan Kreativiti dan guru.
166
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 5: Kajian Kreativiti dengan Guru
Pengarang Tajuk Tahun
Zeynep Investigating the Creativity of Children in Early 2019
Childhood Education Institutions.
Apak. & Taat. Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru 2018
dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21
Norsita et al. Kreativiti kanak-kanak prasekolah di empat buah kelas 2015
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Jindal-Snape et The impact of creative learning environments on 2013
al. learners: A systematic literature review.
Beghetto Nurturing creativity in the micromoments of the 2013
classroom
Developing Creativity From School and Home
Fisher Experience: How Parentes and Educators influence 2013
Students’ creative Literac
Gralewski & Creativity and school grades: A case from Poland 2012
Karwowski
Sharma Effect of school and home environments on creativity of 2011
children.
Cameron & Teacher Activity Orienting Predicts Preschoolers ’ 2011
Morrison Academic and Self-Regulatory Skills
Chien & Hui Creativity in early childhood education: Teachers’ 2010
perceptions in three Chinese societies
Al Thani Investigating Teachers ’ Practices of Creative thinking 2010
Skills in Qatari Preschools
Dababneh et al. Promoting kindergarten children’s creativity in the 2010
classroom environment in Jordan
Cropley Little c creativity”, in: Craft, A. Jeffrey, B. and 2010
Leibling, M. (eds.). In Creativity in education
Cameron Preschool Environments, Relationships and Creative 2010
Skills
Starko Creativity in the Classroom. New York 2010
Laura Czarniecki Teacher Impact on Student Creativity 2009
Engel & Randall How Teachers Respond to Children’s Inquiry 2009
Lim & Smith The Structural Relationships of Parenting Style, 2008
Creative Personality, and Loneliness
Beghetto Does creativity have a place in classroom discussions? 2007
Prospective teachers’ response preferences
Feldman & Creativity and education: An American retrospective. 2006
Benjamin,
Schacter et al How Much Does Creative Teaching Enhance 2006
Elementary School Students’ Achievement?
Jingbo & Elicker Teacher–child interaction in Chinese kindergartens: an 2005
observational analysis
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian dalam pemupukan kreativiti kanak-kanak prasekolah
hasil analisis sistematik literatur dapat mengenal pasti pengkaji-pengkaji dalam
bidang kreativiti kanak-kanak khususnya kepada tiga topik utama kajian iaitu
trend kreativiti kanak-kanak, halangan pembentukan kreativiti yang disebabkan
167
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
oleh faktor persekitaran rumah, faktor sosio-ekonomi keluarga dan akhir sekali
halangan kreativiti oleh faktor guru khususnya di sekolah sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan peranan ibu bapa paling penting
dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa sebagai penjaga dan
orang yang paling hampir dengan anak-anak, perlu mempunyai pengetahuan dan
kesedaran tentang peranan mereka dalam menyediakan rangsangan yang
bersesuaian untuk perkembanagn kreativiti anaka-anak. Ibu bapa perlu peka
dengan perkembangan, minat dan bakat anak-anak mereka sejak dari kecil
supaya menjadi anak-anak yang cemerlang dan kreatif pada masa akan datang.
RUJUKAN
Apak, J. and Taat, M. S. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru
dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH),3(3), pp. 64 - 79. doi:
https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i3.101.
Kaplan, D. (2019). Creativity in Education: Teaching for Creativity
Development. Psychology, 10, 140-147. doi: 10.4236/psych.2019.102012.
Al Thani, T. J. (2010). Investigating Teachers’ Practices of Creative thinking Skills in
Qatari Preschools. The International Journal of Learning, 17(5), 221–230.
Amabile, T. . (1983). Social psychology of creativity: A componential conceptualization.
Journal of Personality and Social Psychology, 45, 357–377.
Ann Mean, L. (2008). On Creativity: Awakening the Creative Mind. Subang Jaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Beghetto, R. A. (2013). Nurturing creativity in the micromoments of the classroom. In
K.H. Kim, J.C. Kaufman, J. Baer and B. Sriraman (Eds). In Creatively Gifted
Students are not like Other Gifted Students: Research, Theory and Practice. (pp.
3–16). Rotterdam/Boston/Taipei: Sense Publishers.
Beghetto, Ronald A. (2007). Does creativity have a place in classroom discussions?
Prospective teachers’ response preferences. Thinking Skills and Creativity, 2(1), 1–
9. https://doi.org/10.1016/j.tsc.2006.09.002.
Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for human development:
Research perspectives. Developmental Psychology, 22, 723–742.
Burnard, P., & White, J. (2008). Creativity and performativity: counterpoints in British
and Australian education. British Educational Research Journal, 34(5), 667–682.
https://doi.org/10.1080/01411920802224238.
Caldwell, B., & Bradley, R. (1984). Home observation for measurement of the
environment. Available from the centre for research on teaching and learning:
University of Arkansas at Little Rock.
Cameron, C. E., & Morrison, F. J. (2011). Teacher Activity Orienting Predicts
Preschoolers’ Academic and Self-Regulatory Skills. Early Education &
Development, 22(4), 620–648.
Cameron, P. (2010). Preschool Environments, Relationships and Creative Skills. Walden
University.
168
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Chae, S. (2003). Adaptation of a picture-type creativity test for pre-school children.
Language Testing, 20(2), 178–188. https://doi.org/10.1191/0265532203lt251oa.
Chávez-Eakle, R. A., Eakle, A. J., & Cruz-Fuentes, C. (2012). The Multiple Relations
Between Creativity and Personality. Creativity Research Journal, 24(1), 76–82.
https://doi.org/10.1080/10400419.2012.649233.
Chien, C., & Hui, A. N. N. (2010). Creativity in early childhood education: Teachers’
perceptions in three Chinese societies. Thinking Skills and Creativity, 5(2), 49–60.
https://doi.org/10.1016/j.tsc.2010.02.002.
Craft, A. (2001). “Little c creativity”, in: Craft, A. Jeffrey, B. and Leibling, M. (eds.). In
Creativity in education (pp. 45–61). Continuum, London.
Dababneh, K., Ihmeideh, F. M., & Omari, A. A. Al. (2010). Promoting kindergarten
children’s creativity in the classroom environment in Jordan. Early Child
Development and Care, 180(9), 1165–1184.
https://doi.org/10.1080/03004430902872950.
Dacey, J. S. (1989). Discriminating Characteristics of the Families of Highly Creative
Adolescents*. The Journal of Creative Behavior, 23(4), 263–271.
Daugherty, M. (1993). Creativity and private speech: Developmental trends. Creativity
Research Journal, 6(3), 287–296. https://doi.org/10.1080/10400419309534484.
Davis-Kean, P. (2005). Influence of parent education and family income on child
achievement: The indirect role of parent expectations and the home environment.
Journal of Family Psychology, 19, 294–304.
Engel, S., & Randall, K. (2009). How Teachers Respond to Children’s Inquiry. American
Educational Research Journal, 46(1), 183–202.
https://doi.org/10.3102/0002831208323274.
Fearon, D. D., Copeland, D., & Saxon, T. F. (2013). The Relationship Between Parenting
Styles and Creativity in a Sample of Jamaican Children. Creativity Research
Journal, 25(1), 119–128. https://doi.org/10.1080/10400419.2013.752287.
Feldman, D. H., & Benjamin, A. . (2006). Creativity and education: An American
retrospective. Cambridge Juournal of Education, 36(3), 319–336.
Fisher, S. (2013). Developing Creativity From School and Home Experience: How
Parentes and Educators influence Students’ creative Literacy. Rutgers-The State
University of New Jersey.
Fishkin, A. S. (1998). Issues in studying creativity in youth. In A. S. Fishkin, B.
Cramond, & P. Olszewski-Kubilius (Eds.). In Investigating creativity in youth:
Research and methods. Cresskill, NJ: Hampton Press.
Gardner, H. (1982). Art, Mind and Brain: A cognitive approach to creativity. New York:
Basic Book.
Gardner, H. (1983). Creating minds. New York: Basic books.
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century.
New York: Basic books.
Grabner, R. H., Fink, A., & Neubauer, A. (2007). Brain Correlates of Self-Rated
Originality of Ideas: Evidence from Event-Related Power and Phase-Locking
Changes in EEG. Behavioral Neuroscience, 121(1), 224-230.
169
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Gralewski, J., & Karwowski, M. (2012). Creativity and school grades: A case from
Poland. Thinking Skills and Creativity, 7(3), 198–208.
https://doi.org/10.1016/j.tsc.2012.03.002.
He Wu, J. (2010). In Search of an explanation for a creativity Slump. The Chinese
University of Hong Kong.
Hennessey, B. a, & Amabile, T. M. (2010). Creativity. Annual Review of Psychology, 61,
569–598. https://doi.org/10.1146/annurev.psych.093008.100416.
Holden, G. W. (1997). Parents and the dynamics of child rearing. Boulder, CO:
Westview PRESS.
Irish National Teachers’. (2009). Creativity and the Arts in the Primary School. In
Discussion Document and Proceedings of the Consultative Conference on
Education 2009 (pp. 1–142).
Isenberg, J. P., & Jalongo, M. R. (2001). Creative expression and play in early childhood
(Edisi ke 3). Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Jindal-Snape, D., Davies, D., Collier, C., Howe, a., Digby, R., & Hay, P. (2013). The
impact of creative learning environments on learners: A systematic literature
review. Improving Schools, 16(1), 21–31.
https://doi.org/10.1177/1365480213478461
Jingbo, L., & Elicker, J. (2005). Teacher–child interaction in Chinese kindergartens: an
observational analysis. International Journal of Early Years Education, 13(2),
129–143. https://doi.org/10.1080/09669760500171139.
Joo, McLean, & Yang. (2013). Creativity and Human Resource Development: An
Integrative Literature Review and a Conceptual Framework for Future Research.
Human Resource Development Review.
https://doi.org/10.1177/1534484313481462.
Kampylis, P. (2010). Fostering Creative Thinking The Role of Primary Teachers
Panagiotis Kampylis Fostering Creative Thinking The Role of Primary Teachers.
Kampylis, Saariluoma, & Berki. (2011). Fostering Creative Thinking. Hellenic Journal
of Music, Education, and Culture, 2(Article 4), 46–64.
Karwowski, M. (2007). (2007). Teachers nominations of students creativity.pdf. The
Social Sciences @ Medwell Journal, 2(3), 264–269.
Kaufman, J. C., & Sternberg, R. J. (2007). Creativity. Change: The Magazine of Higher
Learning, 39(4), 55–60.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah.
Putrajaya, Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Panduan Kreativiti. Pembangunan dan
Amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Keong, Y. K. (2011). You are creative. Let your creativity bloom. Puchong Selangor:
Advantage Quest Publication.
Kim, K. H. (2011). The Creativity Crisis: The Decrease in Creative Thinking Scores on
the Torrance Tests of Creative Thinking. Creativity Research Journal, 23(4), 285–
295. https://doi.org/10.1080/10400419.2011.627805.
170
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Laura Czarniecki. (2009). Teacher Impact on Student Creativity. The Evergreen State
College.
Leng Yan. (2005). An Investigation of the Relationship between the Open-Endedness of
Activities and the Creativity of Young Children. Universiti New Orleans.
Lew, K., & Cho, J. (2013). Relationship among Creativity , Motivation and Creative
Home Environment of Young Children, 20, 2–6.
Lim, S., & Smith, J. (2008). The Structural Relationships of Parenting Style, Creative
Personality, and Loneliness. Creativity Research Journal, 20(4), 412–419.
https://doi.org/10.1080/10400410802391868.
Lina Pugsley & Selcuk Acar (2018). Supporting Creativity Or Conformity? Influence of
Home Environment and Parental Factors on the Value of Children's Creativity
Characteristics. The Journal of Creative Behavior. Volume 54, Issue 3, 582-597.
Ling, P. K., & Hasnah, T. (2009). Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (ASK) dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah Malaysia. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan Guru, 4, 2008/20, 143–158.
Magnuson, K. A., & Duncan, G. (2002). Parents in poverty. In Bornstein (Ed.). In
Handbook of parenting (pp. 95–121). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
Makel, M. C., & Plucker, J. A. (2008). Creativity. In S. I. Pfeiffer (Ed.), Handbook of
Giftedness in Children (pp. 247–270). New York: Springer.
Makhmalbaf, A., & Do, E. Y. (2007). Physical and Creativity: Comparing Children’s
Drawing Behavior. International Association of Societies of Design Research.
Miller, A. L., Lambert, A. D., & Speirs Neumeister, K. L. (2012). Parenting Style,
Perfectionism, and Creativity in High-Ability and High-Achieving Young Adults.
Journal for the Education of the Gifted, 35(4), 344–365.
https://doi.org/10.1177/0162353212459257.
Mohamad, J., Noraini, hashim C., & Ismael, H. (2009). Status sosio ekonomi dan
komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah
Rendah Malaysia. In By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education University
Brunei Darussalam (Ed.), 14th International Conference on Education. Theme:
Bridging WWords: Making Connections in Education. 21th-24th May 2009.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Musa, R., Ramli, M., Mohd Khairuddin, N., & Abindinhazir, Z. (2019). Eksplorasi
lakaran bertema kenderaan serta kesan terhadap kreativiti kanak-kanak. KUPAS
SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7, 72-80. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2708
Nievar, M. A., Jacobson, A., Chen, Q., Johnson, U., & Dier, S. (2011). Impact of HIPPY
on home learning environments of Latino families. Early Childhood Research
Quarterly, 26(3), 268–277. https://doi.org/10.1016/j.ecresq.2011.01.002.
Norsita, A., Zainal, M., & Hanifah, M. (2015). Kreativiti kanak-kanak prasekolah di
empat bush kelas prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak, 4.
Okoli, C. (2015). A Guide to Conducting a Standalone Systematic Literature Review.
Communications of the Association for Information Systems, 37(43).
171
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Palaniappan, A. (2005). Creativity and academic achievement: A Malaysian perspective.
Kuala Lumpur: Karisma.
Pickard Eileen. (1990). Creative Potential in Adolescence. International Journal of
Adolescence and Youth, 2(3), 157–165.
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi “Konsep 4C” Pembelajaran
Abad ke 21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ) 1(1): 45–65
Rawat, K. J., Qazi, W., & Hamid, S. (2012). Creativity and education. Academic
Research International, 2(2), 264–276.
Rofidah Musa, Muhamad Firdaus Ramli, Zainuddin Abindinhazir, Norkhaizatul Erma
Mohd Khairuddin (2019). Eksplorasi Lakaran Bertema Kenderaan Serta Kesan
Terhadap Kreativiti Kanak-Kanak. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 /eISSN 0127-9688 /Vol. 7 (2019) / (72-80).
Şahİn, B. E., & Dostoğlu, N. T. (2012). The Importance of Preshoolers’ Experience in
Kindergarten Design. METU JFA, 1, 301–320.
https://doi.org/10.4305/METU.JFA.2012.1.17.
Safinah. A, Tyler. M. & Cynthia. B. (2019). Can Children Learn Creativity From A
Social Robot? C&C '19: Proceedings of the 2019 on Creativity and Cognition.
Association for Computing Machinery New York NY.
Schacter, J., Thum, Y. M., & Zifkin, D. (2006). How Much Does Creative Teaching
Enhance Elementary School Students’ Achievement? The Journal of Creative
Behaviour, 40(1), 47–72.
Sharma, R. (2011). Effect of school and home environments on creativity of children.
MIER Journal of Educational Studies, Trends and Practices, vol 1(No. 2), 187–
196.
Smith, G. J. W., & Carlsson, I. (1983). Creativity in Early and Middle School Years.
International Journal of Behavioral Development, 6(2), 167–195.
https://doi.org/10.1177/016502548300600204
Smolucha, L., & Smolucha, F. (1985). A fifth piagetian stage: The collaboration between
logical and analogical thinking in artistic creativity. Visual Arts Research, 11(22),
91–99.
Starko, A. . (2010). Creativity in the Classroom. New York: Routledge.
Sternberg, R. J., Lubart, T. I., Kaufman, J. C., & Pretz, J. E. (2005). Creativity. In K. J.
Holyoak & R. G. Morrison (Eds.). In The Cambridge handbook of thinking and
reasoning (pp. 351–369). New York: Cambridge University Press.
Tareq. (2010). A Comparison of Creative Thinking and Reflective-Impulsive Style in
Grade 10 Male Students from Rural and Urban Saudi Arabia.
Torrance, E. . (1962). Guiding creative talent. Engelwood Cliffs: NJ: Prentice Hall.
Torrance, E. . (1997). The nature of creativity as manifest in its testing. In R. J. Sternberg
(Ed.). In The nature of creativity (pp. 43–75). Cambridge, UK: Cambridge
University Press.
UNESCO. (2021, 19 Mac). One year into COVID-19 education disruption: Where
do we stand?. https://en.unesco.org/news/one-year-covid-19-education-
disruption-where-do-we-stand.
172
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Unit Perancang Ekonomi. (2012). Kualiti Hidup Malaysia 2011. Putrajaya, Kuala
Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Urban, K. K. (1991). On the development of creativity in children On the Development
of Creativity in Children, 4(2), 177–191.
https://doi.org/10.1080/10400419109534384.
Vygotsky, L. (1966). Play and its role in the mental development of the child. Voprosy
Psikhologii, 12(6), 62–76.
Wan Azlin Anora Wan Azman & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2017. Kemahiran Guru
Abad Ke 21 Terhadap Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Di Sekolah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Hanafi, Ahmad, & Ali, N. (2014). Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi
pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Malaysia Journal of
Society and Space, 10(5), 107–122.
Zabelina, D. L., & Robinson, M. D. (2010). Child’s play: Facilitating the originality of
creative output by a priming manipulation. Psychology of Aesthetics, Creativity,
and the Arts, 4(1), 57–65. https://doi.org/10.1037/a0015644.
Zarinah, A., & Rozumah, B. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti
tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan, 17, 1-9.
Zeyneep, D. (2019). Investigating the Creativity of Children in Early Childhood
Education Institutions. Universal Journal of Educational Research, v7 n3 p652-658
2019.
.
173
ISSN 2550-2034
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia