The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2022-12-12 20:10:18

JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021

J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 143

Derald Wing Sue, David Sue. (2008). Counseling Culturally Diverse Theory And
th
Practice 5 Edition. John Wiley & Sons, Inc.

Frank. A. G. 1967. Sociology of Under-development and Under-development of
Sociology. Catalyst (3):20-73. University of New York: Buffalo.

Geldard, David. (1998). Basic Personal Counseling A Training Manual For
Counsellors. Prentice Hall.

Hagen, E. H. 1962. On The Teory of social Change. (an adaptation). Feffer & Simons
Inc: New York.

Hobson, Suzanne M., Kanitz, H. Mike (1996). Multicultural counseling: An ethical issue
for School Counselor dari
http://connection.ebscohost.com/c/articles/9604102064

Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. 2011. Komunikasi Budaya Silang,
Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis. Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1):45-53.

June M. L. Poon, Rohayu Abdul Ghani, Rasidah Arshad. Kesan Latihan Silang Budaya
Terhadap Tanggapan Kawalan dan Sikap Silang Budaya. Jurnal Pengurusan
19 (2000) 3-25.

Kamarul Md Shah (2014). Kecekapan Kaunseling Pelbagai Budaya Dalam Kalangan
Kaunselor di Selangor. Bangi, UKM.

Melati Sumari et. al. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Mohd Zaid Kosnon et. al. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Norazura Ahmad, Norhayati Mohd Noor, dan Salleh Amat. (2017). Kaunseling krisis:
Kecekapan kaunselor dalam mengendalikan krisis bencana di Malaysia.
Seminar Serantau 2017, 95-107.

Noor Faizah Fharizan (2019). Kecekapan kaunseling silang budaya kaunselor
terhadap klien yang memiliki kecelaruan orientasi seksual. Sintok, UUM.

Ping, V.S. dan Rafidah Aga Mohd Jaladin. (2013). The relationship between Malaysian
counselors’ multicultural counseling competence and client satisfaction.
Malaysian Online Journal of Counseling, 1(1), 1-25.

Puteri Hayati Megat Ahmad, Md. Shuaib Che Din, dan Abdul Ghani Sulaiman, (2010).
Mengenalpasti kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan
kaunselor sekolah berdasarkan faktor demografi yang terpilih. Sabah, UMS.

Rafidah Aga Mohd Jaladin. (2017). Persepsi Kecekapan Kaunseling Silang Budaya
Dalam Kalangan Kaunselor Malaysia : Kajian Penjelasan. Bangi, UKM.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 144

Sapora Sipon. Cultural Sensitivities in Sabah. A Sabah Experiences. dari
http://connection.ebscohost.com


Sidek Mohd. Noah, (2005). Pengujian dan penilaian dalam kaunseling: teori & aplikasi.
Selangor. Penerbit UPM.

Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah, (1999). Pantang Larang Orang Melayu
Tradisional, Kuala Lumpur. Utusan Publications.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 145


Kompetensi Pemanfaatan Digital Pensyarah Dalam Pelaksanaan Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna di Institut Pendidikan Guru


1 Abdul Hadi Mat Dawi, PhD; Zulkufli Mahayudin, PhD;
2
5
3 Kartini Abdul Mutalib, PhD; Jurina Ibrahim; Razila Aw Kamaluddin, PhD
4

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
4 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
5 Institut Pendidikan Guru Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah
IPG dalam pelaksanaan KPPB. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif.
Sampel kajian terdiri daripada 2385 orang pensyarah di 27 buah kampus di seluruh
Malaysia. Instrumen kajian terdiri daripada Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi
Pemanfaatan Digital. Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian SPSS.
Dapatan kajian menunjukkan peratus tahap tinggi bagi kompetensi pemanfaatan
digital dalam kalangan pensyarah IPG adalah 79.29%. Ini diikuti dengan tahap
sederhana sebanyak 19.96%, dan tahap rendah sebanyak 0.75%. Walau
bagaimanapun, peratus pensyarah IPG yang menguasai perisian aplikasi untuk
pembelajaran bermakna adalah rendah. Secara khususnya, peratus pensyarah
menguasai Hypermedia Tools adalah 59.6%, Perisian Pengajaran (29.2%), Perisian
Pembangunan Kursus Berasaskan Web (29.0%), Aplikasi Pendidikan (29.4%),
Internet Tools (27.1%), dan Persekitaran Maya (7.6%). Berdasarkan keputusan
kajian, dicadangkan supaya program peningkatan kompetensi pemanfaatan digital
untuk pembelajaran bermakna yang berfokus kepada perisian aplikasi untuk
produktiviti dilaksanakan untuk pensyarah IPG.

Kata kunci : Kapasiti Pedagogi, Pemanfaatan Digital, Pembelajaran Bermakna,
Pensyarah IPG, Teknologi Digital

Abstract

This study aims to identify the level of digital leveraging competency of IPG lecturers
under the implementation of KPPB. This study used a quantitative study design. The
sample of this study consisted of 2385 lecturers in 27 campuses throughout Malaysia.
The research instrument consisted of a Digital Leveraging Competency Level
Questionnaire. The research data were analysed using SPSS Software. The findings
of the study show that the percentage of high level of digital leveraging competency
among IPG lecturers is 79.29%. This was followed by a moderate level of 19.96%,
and a low level of 0.75 %. However, the percentage of IPG lecturers that had mastered
in application software for deep learning is low. Specifically, the percentages of
lecturers mastering Hypermedia Tools is 59.6%, Teaching Software (29.2%), Web-
based Course Development Software (29.0%), Education Application (29.4)%,
Internet Tools (27.1%) and Virtual Environment (7.6%). Based on the finding, it is


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 146

highly suggested that digital leveraging competency enhancement program for deep
learning which focus on application software for productivity to be held for IPG
lecturers.

Keywords: Pedagogy Capacity, Digital Leveraging, Deep Learning, IPG Lecturer,
Digital Technology


PENDAHULUAN

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) merupakan salah satu inisiatif
utama Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Inisiatif
KPPB ini telah dilaksanakan di seluruh 27 buah IPG melalui tiga fasa pelaksanaan.
Pelaksanaan KPPB fasa pertama dimulakan pada tahun 2018 yang melibatkan tiga
kampus iaitu IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Pulau Pinang, dan IPG
Kampus Ipoh. Pada tahun 2019, perluasan inisiatif KPPB fasa kedua telah
dilaksanakan yang melibatkan 14 buah kampus. Langkah seterusnya pada tahun
2020, perluasan inisiatif fasa ketiga dilaksanakan yang melibatkan 10 buah kampus
IPG. Pada tahun 2021, semua kampus IPG (27 buah) telah melaksanakan KPPB di
kampus masing-masing.

Pelaksanaan KPPB adalah bermatlamatkan pencapaian pembelajaran
bermakna dalam kalangan pelajar IPG sepertimana ditunjukkan pada Rajah 1.





































Rajah 1: Konsep Pembelajaran Bermakna (Fullan & Langworthy, 2014)


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 147

Berdasarkan Rajah 1, pembelajaran bermakna merujuk kepada kebolehan
pelajar mencipta dan menggunakan pengetahuan baharu dalam kehidupan sebenar
yang boleh dicapai oleh pelajar melalui pembangunan kapasiti pedagogi guru. Dalam
hal ini, pelajar dan guru bekerja sama sebagai rakan pembelajaran dalam menguasai
dan meneroka kandungan dengan disokong oleh teknologi digital yang bersifat
“ubiquitous” (Fullan, 2013; Fullan & Langworthy, 2013). Konsep pembelajaran
bermakna ini berbeza dengan konsep pembelajaran sebelumnya yang mementingkan
kepada penguasaan kandungan.

Set atribut ini adalah selaras dengan kompetensi pembelajaran bermakna
yang dicadangkan oleh Fullan, McEachen dan Quinn (2016) melalui New Pedagogies
for Deep Learning (NPDL). Enam kompetensi pembelajaran bermakna (6C) yang
diperlukan oleh semua pelajar untuk berjaya. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan
oleh Ellyza, Nor’ Azah, Noor Haslinda, dan Azerai (2020) yang menegaskan
kepentingan kompetensi global 6C bagi mencapai transformasi pendidikan.
Kompetensi pembelajaran bermakna terdiri daripada sahsiah, kewarganegaraan,
kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Antara langkah untuk mencapai
pembelajaran bermakna adalah melalui pemanfaatan teknologi digital. Oleh itu,
pensyarah di IPG perlu membangunkan kompetensi pemanfaatan digital sejajar
dengan keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada Fullan, McEachen dan Quinn (2018), terdapat empat
elemen yang harus dilaksanakan dengan bijak untuk mencapai pembelajaran
bermakna iaitu (1) amalan pedagogi; (2) perkongsian pembelajaran; (3) persekitaran
pembelajaran; dan (4) pemanfaatan digital. Manakala kenyataan Jacobs dan Alcock
(2017) didapati sejajar dengan Fullan, McEachen dan Quinn (2018) dalam
menjelaskan kapasiti guru kontemporari. Menurut mereka kapasiti guru kontemporari
terdiri daripada enam bentuk kerja guru: guru sebagai pelajar profesional diri; guru
sebagai kontraktor sosial; guru sebagai pengkritik media, pembuat media, dan
penerbit; guru sebagai pereka inovatif; guru sebagai warganegara yang berkaitan
secara global; dan guru sebagai pendukung untuk pembelajaran dan pelajar. Ini
menunjukkan, kompetensi pemanfaaatan digital dalam kalangan pensyarah IPG
adalah amat diperlukan dalam pelaksanaan KPPB. Sehubungan itu, tahap
kompetensi pemanfaatan digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB perlu
dikenal pasti dan dikaji sebagai langkah awal transformasi peningkatan kapasiti
pensyarah IPG ke arah pelaksanaan pedagogi kontemporari (Jacobs & Alcock, 2017).


PERNYATAAN MASALAH

Bell (2018) menjelaskan bahawa dunia pendidikan perlu berubah sejajar dengan
keperluan dunia sebenar. Menurut Bell, teknologi digital khususnya telah mengubah
cara belajar. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa teknologi bukanlah
penyelesaian tetapi lebih kepada peluang untuk menyelesaikan masalah. Sementara


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 148

itu, pendapat ini adalah konsisten dengan Kolb (2017) yang menyarankan prinsip
pembelajaran yang pertama, teknologi yang kedua ketika berurusan dengan integrasi
teknologi. Kolb (2017) mencadangkan bahawa pelajar mesti terlibat dengan hasil
pembelajaran, meningkatkan pembelajaran dengan teknologi dan dapat melanjutkan
pembelajaran mereka kepada amalan praktikal atau dunia sebenar. Kolb (2017) telah
memperkenalkan Kerangka Kerja 3E yang berusaha untuk menentukan apa yang
berkesan semasa mengintegrasikan alat teknologi yang dapat menyokong
pencapaian matlamat pembelajaran. Kerangka kerja ini berdasarkan tiga komponen:
Pelibatan ke arah matlamat pembelajaran, Pengembangan ke arah matlamat
pembelajaran, dan Perluasan ke atas matlamat pembelajaran. Ringkasnya,
penggunaan teknologi digital bukan langkah automatik yang menjamin pencapaian
pembelajaran bermakna. Tahap kompetensi yang tinggi diperlukan bagi
membolehkan teknologi digital dapat dimanfaatkan bagi mencapai pembelajaran
bermakna. Oleh itu, kajian bagi mengenal tahap-tahap kompetensi pemanfaatan
digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB adalah diperlukan bagi menentukan
langkah peningkatan profesional yang diperlukan oleh pensyarah.

Fullan, Quinn, dan McEachen (2018), menjelaskan bahawa kompetensi
global 6C adalah termasuk pemerolehan pengetahuan secara bermakna dan
pemahaman tentang isu-isu global dan antara budaya; keupayaan untuk belajar dari
dan hidup dengan orang daripada pelbagai latar belakang; dan sikap dan nilai yang
diperlukan untuk berinteraksi dengan hormat dengan orang lain. Berasaskan kajian
oleh Ellyza, Nor’Azah, Noor Haslinda, Haliza, Norhayati dan Mohd Paris (2020),
kompetensi global 6C dapat dikembangkan dalam kalangan pelajar melalui pedagogi
baharu. Antaranya merujuk kepada pemanfaatan elemen digital dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, elemen digital yang digunakan
dalam pedagogi baharu ini merangkumi bidang tumpuan utama mengenai reka bentuk
dan keberkesanan KPPB. Malah, pemanfaatan digital adalah salah satu dimensi
penting dalam setiap elemen 6C. Berdasarkan Fullan (2013), memanfaatkan
perkembangan digital dapat dibangunkan dan diukur dengan rubrik kemajuan: bukti
terbatas, muncul, berkembang, memecut, dan mahir. Penggunaan teknologi digital
dalam pendidikan telah menunjukkan bahawa teknologi digital sahaja bukanlah
jawapan dari hasil belajar yang mendalam. Pembelajaran bermakna dalam tindakan
dan hasilnya merangkumi teknologi digital sebagai pencapaian hasil pembelajaran,
sedangkan pedagogi baharu yang dilaksanakan oleh guru dan dipercepat oleh
teknologi digital, adalah pemacu yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kebanyakan kes, pelajar dan rakan pembelajaran memanfaatkan teknologi
digital untuk mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan berhubung dengan orang
lain, membuat alat dan pembelajaran baharu, dan sebaliknya membolehkan atau
meningkatkan pembangunan 6C (Fullan,M & Langworthy, 2014). Ini melibatkan
penggunaan pelbagai jenis perisian bagi menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan
pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB perlu dikenal pasti kerana peranan
pentingnya dalam pembangunan langsung kompetensi pembelajaran bermakna.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 149




OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan menentukan tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah
IPG dalam pelaksanaan KPPB.

Secara khususnya, objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenal pasti tahap-tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah IPG
dalam pelaksanaan KPPB; dan

b) Mengenal pasti tahap kompetensi menggunakan perisian untuk pembelajaran
bermakna dalam kalangan pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB.


SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada tujuan dan objektif kajian serta sorotan kajian maka kajian ini
cuba mencari jawapan bagi persoalan-persoalan kajian berikut:

a) Apakah tahap-tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah IPG dalam
pelaksanaan KPPB?; dan

b) Apakah tahap kompetensi menggunakan perisian untuk pembelajaran
bermakna dalam kalangan pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB.


KEPENTINGAN KAJIAN

Beberapa penulis telah membincangkan kepentingan kompetensi pemanfaatan digital
untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Antaranya adalah Bell (2018), Kolb (2017; 2020), dan Sheninger (2014). Ketiga-tiga
penulis ini menegaskan keperluan mengambil tindakan yang berhati-hati dalam
penggunaan teknologi digital supaya dapat memastikan matlamat pembelajaran
dapat dicapai.

Sheninger (2014) menegaskan pentingnya memfokuskan kepada pedagogi
terlebih dahulu berbanding penggunaan teknologi itu sendiri. Sehubungan itu, beliau
mencadangkan Kerangka Kerja Pedagogi Untuk Alatan Digital iaitu Pengajaran
Polifonik sepertimana ditunjukkan pada Rajah 2.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 150




























Rajah 2: Kerangka Kerja Pedagogi untuk Alatan Digital

Berdasarkan Rajah 2, guru mendorong perspektif pelajar yang berbeza
mengenai mata pelajaran dalam pengajaran polifonik. Manakala alatan digital
digunakan untuk menyokong kolaborasi dalam penghasilan pengetahuan. Kerangka
kerja ini menunjukkan bahawa kompetensi pemanfaatan digital adalah signifikan
dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti
kolaboratif bagi mencipta pengetahuan.

Bell (2018) melalui Model Kerangka Kerja Pembelajaran Dinamik menegaskan
kepentingan menggunakan alatan digital bagi melakukan perkara baharu dan bukan
ke atas perkara lama sekadar untuk mengurangkan penggunaan kertas. Beliau telah
mencadangkan penggunaan alatan digital bagi tujuan mendapatkan maklumat
baharu, menghasilkan persekitaran pembelajaran interaktif, mendapatkan maklum
balas tepat pada masanya, dan pelaksanaan aktiviti kolaboratif secara segera.
Cadangan ini adalah sejajar dengan Kolb (2017) yang menekankan kepentingan
berlakunya penglibatan terhadap aktiviti dan matlamat pembelajaran, pengembangan
pembelajaran dan perluasan pembelajaran dalam penggunaan alatan digital bagi
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Berasaskan kerja Bell (2018) dan
Kolb (2017; 2020), didapati kompetensi dalam pelbagai perisian aplikasi yang sesuai
untuk kegunaan aktiviti pembelajaran tertentu adalah amat diperlukan bagi mencapai
matlamat pembelajaran.

Kajian ini berasaskan kepada Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (Fullan, Quinn, & McEachen, 2018) sepertimana ditunjukkan pada Rajah 3
dan Kerangka Kerja 3E (Kolb, 2018) sepertimana ditunjukkan pada Rajah 4.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 151

















Rajah 3: Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(Fullan, Quinn & McEachen, 2018)

Berasaskan Rajah 3, fokus utama model adalah pencapaian pembelajaran
bermakna melalui reka bentuk pembelajaran yang terdiri daripada amalan pedagogi,
rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan pemanfaatan digital yang
digerakkan melalui Inkuiri Secara Kolaboratif. Manakala Kolb (2017; 2020)
menegaskan bahawa pencapaian matlamat pembelajaran memerlukan aktiviti
pemanfaatan digital yang membolehkan berlakunya penglibatan terhadap aktiviti
pembelajaran (B), pengembangan aktiviti pembelajaran (C) dan perluasan aktiviti
pembelajaran (D) sepertimana ditunjukkan pada Rajah 4.
















Rajah 4: Kerangka Kerja 3E (Kolb, 2017)

Berdasarkan kepada Rajah 4, Kolb (2017) menegaskan ketiga-tiga elemen B,
C dan D perlu dilaksanakan semasa menggunakan teknologi digital bagi mencapai
matlamat pembelajaran. Oleh itu, penguasaan pelbagai jenis perisian yang sesuai


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 152

untuk menyokong pembelajaran dalam kalangan pensyarah IPG adalah diperlukan
bagi memastikan pencapaian pembelajaran bermakna berlaku.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kaedah kutipan data dijalankan melalui soal selidik. Reka bentuk kajian tinjauan dipilih
bagi memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu
populasi atau bidang yang dikaji secara fakta dan tepat (Creswell, 2012; Fraenkel &
Wallen, 2009). Sehubungan itu, kajian ini menggunakan statistik deskriptif kerana
melibatkan pengumpulan maklumat yang menerangkan fenomena yang berkaitan
bagi membolehkan pengkaji mengenal pasti peratusan, min dan sisihan piawai bagi
pemboleh ubah yang dikaji. Responden kajian terdiri daripada 2385 orang pensyarah
di 27 buah kampus di seluruh Malaysia.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini terdiri daripada Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi
Pemanfaatan Digital. Instrumen kajian ini dibangunkan sendiri oleh pasukan
penyelidik bersandarkan kepada Elemen Memanfaatkan Kemudahan Digital dalam
Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna sepertimana ditunjukkan pada Rajah 5.



























Rajah 5: Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna

Berdasarkan Rajah 5, terdapat empat elemen utama dalam Model Reka Bentuk
Pembelajaran Bermakna iaitu elemen Amalan Pedagogi, Rakan Pembelajaran,
Persekitaran Pembelajaran, dan Memanfaatkan Kemudahan Digital. Keempat-empat
elemen ini diperlukan bagi mencapai pembelajaran bermakna 6C yang merupakan
kompetensi pembelajaran global. Menurut Fullan, Quinn dan McEachen (2018)
kompetensi global 6C terdiri daripada 6 elemen iaitu Character (Sahsiah), Citizenship


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 153

(Kewarganegaraan), Creativity (Kreativiti), Critical Thinking (Pemikiran Kritikal),
Communication (Komunikasi), dan Collaborative (Kolaboratif). Walau bagaimanapun,
aspek memanfaatkan kemudahan digital didapati merentasi semua elemen 6C. Oleh
itu, pembangunan instrumen kajian ini ditumpukan kepada aspek memanfaatkan
kemudahan digital. Dari segi kandungan, item-item instrumen kajian telah disemak
oleh Task Force Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Manakala dari
segi bahasa, item-item instrumen telah disemak oleh pakar bahasa. Berdasarkan
maklum balas pakar dan bahasa, beberapa item telah dimurnikan dan disahkan
semula oleh pakar. Draf akhir item bagi Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi
Pemanfaatan Digital ini mengandungi 8 item bagi mewakili konstruk Kompetensi
Pemanfaatan digital.

Prosedur Pengumpulan Data

Draf akhir Borang Soal Selidik Tahap Kompetensi Pemanfaatan Digital telah
ditadbirkan secara dalam talian kepada semua pensyarah di 27 buah kampus IPG
seluruh Malaysia. Arahan mengisi instrumen telah dikeluarkan oleh IPGM kepada
semua Pengarah IPG Kampus bersama dengan alamat penentu sumber seragam
(URL) yang berkaitan.


Analisis Data

Semua data yang diperoleh melalui prosedur pengumpulan data dianalisis
menggunakan “Statistical Package for Social Sciences (SPSS)” versi 23. Data-data
kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu melibatkan frekuensi,
peratus dan min. Manakala profil individu dikenal pasti berdasarkan nilai min dengan
merujuk kepada skala yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Tafsiran Min Instrumen Kajian

Julat Min Tahap Kompetensi

1.00 ≤ x ≤ 1.99 Rendah

2.00 ≤ x ≤ 2.99 Sederhana

3.00 ≤ x ≤ 4.00 Tinggi



DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bagi menjawab persoalan kajian, dapatan dan perbincangan kajian ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu (1) tahap-tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah
IPG dalam pelaksanaan KPPB; dan (2) tahap kompetensi menggunakan perisian


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 154

untuk pembelajaran bermakna dalam kalangan pensyarah IPG semasa pelaksanaan
KPPB.

1) Tahap Kompetensi Pemanfaatan Digital Pensyarah IPG Dalam Pelaksanaan
KPPB

Bilangan pensyarah IPG yang terlibat sebagai responden kajian adalah seramai 2385
orang. Jumlah ini merupakan 87.8% daripada keseluruhan populasi pensyarah IPG di
seluruh Malaysia Sehubungan itu, taburan responden kajian adalah sepertimana
ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2 : Taburan Responden Pensyarah Mengikut Kampus

Jumlah Kadar Respons
Bil. Kampus
Responden mengikut kampus
1 IPG Kampus Keningau 30 100.0%
2 IPG Kampus Sarawak 35 100.0%
3 IPG Kampus Rajang 20 71.4%
4 IPG Kampus Batu Lintang 76 91.6%
5 IPG Kampus Tawau 42 93.3%
6 IPG Kampus Kent 70 87.5%
7 IPG Kampus Gaya 80 100.0%
8 IPG Kampus Kota Bharu 109 92.4%
9 IPG Kampus Dato' Razali Ismail 99 93.4%
10 IPG Kampus Sultan Mizan 94 91.3%
11 IPG Kampus Tengku Ampuan 43.5%
Afzan 37
12 IPG Kampus Temenggong Ibrahim 92 86.8%
13 IPG Kampus Perempuan Melayu 120 98.4%
14 IPG Kampus Raja Melawar 110 96.5%
15 IPG Kampus Pendidikan Teknik 55 36.9%
16 IPG Kampus Ilmu khas 124 91.2%
17 IPG Kampus Darul Aman 164 98.8%
18 IPG Kampus Bahasa Melayu 93 92.1%
19 IPG Kampus Pendidikan Islam 124 83.8%
20 IPG Kampus Bahasa 75.0%
Antarabangsa 72
21 IPG Kampus Perlis 66 93.0%
22 IPG Kampus Ipoh 170 85.9%
23 IPG Kampus Sultan Abdul Halim 90 97.8%
24 IPG Kampus Pulau Pinang 115 95.0%
25 IPG Kampus Tun Hussein Onn 78 98.7%
26 IPG Kampus Tuanku Bainun 148 100.0%
27 IPG Kampus Tun Abdul Razak 72 96.0%

Jumlah 2385 87.8%

Tahap kompetensi pemanfaatan digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB
adalah sepertimana ditunjukkan pada Jadual 3.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 155

Jadual 3 : Tahap Kompetensi Pemanfaatan Digital Pensyarah IPG Dalam
Pelaksanaan KPPB


Tahap kompetensi Julat Min n Peratus (%)
Rendah 1.00 ≤ x ≤ 1.99 18 0.75
Sederhana 2.00 ≤ x ≤ 2.99 476 19.96
Tinggi 3.00 ≤ x ≤ 4.00 1891 79.29
2385 100.00

Berdasarkan Jadual 3, didapati peratus tahap tinggi bagi kompetensi
pemanfaatan digital dalam kalangan pensyarah IPG adalah 79.29% (1891). Ini diikuti
dengan peratus tahap sederhana bagi kompetensi pemanfaatan digital pensyarah
IPG dalam pelaksanaan KPPB sebanyak 19.96% (476), dan peratus tahap rendah
bagi kompetensi pemanfaatan digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB
sebanyak 0.75% (18). Ini menunjukkan majoriti pensyarah IPG mempunyai tahap
tinggi dari segi kompetensi pemanfaatan digital semasa pelaksanaan KPPB di seluruh
27 buah kampus IPG. Berdasarkan Sheninger (2014), kompetensi pemanfaatan
digital adalah signifikan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
terutama dalam aktiviti kolaboratif bagi mencipta pengetahuan. Oleh itu, IPG
mempunyai potensi yang besar bagi merealisasikan pemanfaatan digital dalam
pengajaran dan pembelajaran.


Tahap kompetensi menggunakan perisian untuk pembelajaran bermakna dalam
kalangan pensyarah IPG semasa pelaksanaan KPPB

Tahap kompetensi menggunakan perisian dalam kalangan pensyarah IPG semasa
pelaksanaan KPPB adalah sepertimana ditunjukkan pada Jadual 4.


Jadual 4 : Penguasaan Teknologi Digital Untuk Pembelajaran Bemakna Mengikut
Kategori Perisian Aplikasi

Kategori Perisian Ya % Tidak %
Basic Software Tool Suite. 2378 99.7% 7 0.3%
Word Processing Software (eg: MS Word, 2347 98.4% 38 1.6%
Google Docs)
Spreadsheet Software (eg: MS Excel, Google 1876 78.7% 509 21.3%
Sheet)
Presentation Software (eg: MS Powerpoint, 2262 94.8% 123 5.2%
Google Slide)
Database Software (eg: MS Access, mySQL, 647 27.1% 1738 72.9%
Google App Engine)

Software Support Tools 2085 87.4% 300 12.6%


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 156

Materials Generators (eg: MS Publisher, 1396 58.5% 989 41.5%
Worksheet Generator, Padlet, Blendspace)
Data Collection & Analysis Tools (eg: SPSS, 1469 61.6% 916 38.4%
Google Analytics, Google Form)
Graphics Tools (eg: Adobe Photoshop, MS 1138 47.7% 1247 52.3%
Paint, Google Drawing)
Planning & Organizing Tools (eg: Google 806 33.8% 1579 66.2%
Calendar, MS Mind Map, Trello)
Research & Reference Tools (eg: Google 1094 45.9% 1291 54.1%
Scholar, Mendeley, EndNote, e-Dictionaries)
Tools to Support Specific Content Areas (eg: 391 16.4% 1994 83.6%
Graphing Calculators, Music Editors, AutoCad,
GSP)
Computational Software Tools (eg: 187 7.8% 2198 92.2%
Mathamatica, GeoGebra, WolframAlpha)

Hypermedia Tools 1422 59.6% 963 40.4%
Presentation Hypermedia (eg: Ebooks, Online 931 39.0% 1454 61.0%
Infographics)
Audio/Video Production & Editing Systems (eg: 996 41.8% 1389 58.2%
Audacity, Youtube Creator’s Studio, Windows
Moviemaker)
Hypermedia Production Software (eg: 322 13.5% 2063 86.5%
Macromedia Authorware, Multimedia Toolbook)
Virtual Environments (eg: Virtual Reality, 181 7.6% 2204 92.4%
Augmented Reality)

Internet Tools 2290 96.0% 95 4.0%
Navigation (eg: Social Bookmarking) 949 39.8% 1436 60.2%
Searching & Storing (eg: Google Search, 2019 84.7% 366 15.3%
Google Drive, MS Onedrive, DropBox)
Communicating (eg: Whatsapp, WeChat, 2078 87.1% 307 12.9%
Google Hangout, Skype)
Social Networking & Collaborations (eg: 1983 83.1% 402 16.9%
Facebook, Google+, Schoology)
Apps in Education (eg: G Suite In Education, 701 29.4% 1684 70.6%
Microsoft Education)

Web-Based Learning Tools 2069 86.8% 316 13.2%
Integrated Learning System (eg: Edmodo, 1730 72.5% 655 27.5%
Google Classroom, OLL IPGM)
Web Course Development (eg: Moodle, Google 692 29.0% 1693 71.0%
Course Builder)
Web-Based Learning Activities (eg: Frog VLE, 1582 66.3% 803 33.7%
OLL IPGM)


Berdasarkan kepada Jadual 4, Basic Software Tool Suite merupakan perisian
aplikasi yang dikuasai oleh majoriti pensyarah IPG. Basic Software Tool terdiri
daripada perisian aplikasi untuk produktiviti seperti pemprosesan perkataan,
hamparan elektronik dan perisian persembahan. Dapatan kajian menunjukkan
peratus pensyarah IPG yang menguasai penggunaan perisian aplikasi Basic Software
Tool Suite adalah 99.7%. Seterusnya diikuti oleh Internet Tools (96.0%) dan Web-


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 157

based Learning Tools (86.8%). Walau bagaimanapun, peratus pensyarah IPG yang
menguasai perisian aplikasi untuk pembelajaran bermakna adalah rendah. Secara
khususnya, peratus pensyarah menguasai Hypermedia Tools adalah 59.6%, Perisian
Pengajaran (29.2%), Perisian Pembangunan Kursus Berasaskan Web (29.0%),
Aplikasi Pendidikan (29.4%), Internet Tools (27.1%), dan Persekitaran Maya (7.6%).

Dapatan menunjukkan bilangan paling rendah adalah pengetahuan tentang
perisian aplikasi khusus untuk pengajaran dan pembelajaran (instructional software).
Penggunaan perisian aplikasi khusus untuk pendidikan sebenarnya boleh membantu
pensyarah untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos. Oleh itu, kompetensi pensyarah
dari segi penggunaan perisian yang relevan dan boleh memberi impak yang baik
kepada pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan penekanan dalam pelaksanaan
KPPB. Berasaskan Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Fullan, Quinn,
& McEachen, 2018), Kerangka Kerja Pedagogi Untuk Alatan Digital iaitu Pengajaran
Polifonik (Sheninger, 2014), Kerangka Kerja Pembelajaran Dinamik (Bell, 2018) dan
Kerangka Kerja 3E (Kolb, 2017) didapati kompetensi pemanfaatan digital dapat
membantu pensyarah IPG memanfaatkan kemudahan digital yang boleh menyokong
pembelajaran khususnya pembangunan kompetensi 6C.

Kompetensi penggunaan perisian yang paling rendah adalah pengetahuan
tentang persekitaran maya seperti realiti maya (virtual reality). Kemudahan digital ini
juga merupakan teknologi digital yang menunjukkan penguasaan paling rendah dalam
kesemua kategori teknologi digital. Perisian dalam kategori ini perlu diberi penekanan
oleh IPGM kerana perisian aplikasi yang melibatkan realiti maya merupakan trenda
pendidikan global terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Ini turut memfokuskan
kepada penggunaan alat dan teknologi digital seperti realiti maya untuk latihan industri
dan pendidikan pada masa akan datang. Di samping itu, kompetensi pemanfaatan
digital berkaitan Computational Software juga antara paling rendah dikuasai oleh para
pensyarah IPG. Trend pendidikan masa kini berteraskan keputusan yang berasaskan
bukti serta data (evidence-based education), maka pengetahuan atau kemahiran yang
berkaitan Computational Software adalah satu kelebihan jika dikuasai oleh pensyarah
dan pelajar IPG. Oleh itu, kompetensi pengunaan Computational Software dalam
kalangan pensyarah IPG perlu dipertingkatkan demi menjayakan pelaksanaan KPPB.


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Keseluruhannya, majoriti pensyarah IPG mempunyai kompetensi pemanfaatan digital
pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, majoriti pensyarah IPG hanya menguasai
penggunaan perisian aplikasi Basic Software Tool Suite, Internet Tools dan Web-
based Learning Tools. Sebaliknya, peratus pensyarah IPG yang menguasai perisian
aplikasi untuk dimanfaatkan bagi tujuan mencapai pembelajaran bermakna adalah
rendah terutama dalam perisian aplikasi untuk produktiviti dalam pengajaran dan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 158

pembelajaran. Sebagai contoh adalah perisian realiti maya dan perisian
komputasional.

Berdasarkan keputusan kajian, dicadangkan supaya program peningkatan
kompetensi pemanfaatan digital untuk pembelajaran bermakna dilaksanakan untuk
pensyarah-pensyarah IPG. Fokus program peningkatan perlu diberikan kepada
perisian aplikasi untuk produktiviti yang berpotensi dapat digunakan untuk mencapai
pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar.



RUJUKAN

Bell. K. (2018). Shake up learning: Practical ideas to move learning from static to
dynamic. California: ISTE.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson.

Ellyza Karim, Nor ‘Azah Ahmad Safran, Noor Haslinda Shuib, & Azerai Azmi (2020).
Level of 6Cs Global Competencies among Trainee Teachers upon the
Implementation of Pedagogical Capacity for Deep Learning based on Rasch
Measurement. International Research Journal of Education and Sciences
(IRJES), 10(10).

Ellyza Karim, Nor’Azah Ahmad Safran, Noor Haslinda Shuib, Haliza Hamzah,
Norhayati Hashim, & Mohd Paris Salleh (2020). 6C Levels among Trainee
Teachers upon the Implementation of NPDL in a Teacher Training. Institute
International Journal of Innovation, Creativity and Change. 11(11).

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How to design and evaluate research in
education (7 ed.). New York: McGraw-Hill.
th

Fullan, M. (2013). The new pedagogy: Students and teachers as learning partners.
Learning Landscapes, 6(2), Spring 2013 , 23 – 29.

Fullan, M., & Langworthy, M. (2013). Towards a new end: New pedagogies for deep
learning. Washington; Collaborative Impact.

Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How pedagogies find deep learning.
Diperoleh daripada Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How
pedagogies find deep learning.

Fullan, M., Quinn, J., & McEachen, J. (2018). Deep Learning: Engage the World
Change the World. SAGE Publications. Kindle Edition.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 159


Jacobs, H. H., & Alcock, M. H. (2017). Bold move for schools. Virginia: ASCD.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kolb, L. (2017). Learning first, technology second. Oregon: ISTE.

Kolb, L. (2020). Learning first, technologi second in practice: Oregon: ISTE.

New Pedagogies for Deep Learning (2018). 2018 NPDL Global Report. Ontario,
Canada: McEachen, J., Fullan, M., & Quinn, J. Retrieved from:
http://npdl.global/wp-content/uploads/2018/05/NPDL-Global-Report-2018.pdf

New Pedagogies for Deep Learning. (2016). NPDL Global Report. (1st ed.). Ontario,
Canada: Fullan, M., McEachen, J., Quinn, J. Retrieved from
http://npdl.global/wp-content/ uploads/2016/12/npdl-global-report-2016.pdf

New Pedagogies for Deep Learning Global Partnership (2014). School conditions for
deep learning rubric. Retrieved from : https://docushare.everett.k12.wa.us/
docushare/dsweb/Get/Version68942/1.1%20Deep%20Learning%20Rubric.pdf.

Sheninger, E. (2014). Digital leadership: Changing paradigms for changing times.
California: Corwin.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 160

Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian
Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru

2
1 Rosmani Ali, PhD; Nik Azleena Nik Ismail; Salma Abd. Razak;
3
5
4 Fathiah Mohd Yusof; Norihan Mat Zin

1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kuala Nerus Terengganu Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan dalam kalangan pelajar di
Institut Pendidikan Guru menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran secara
atas talian ekoran gelombang pandemik Covid19. Kajian ini melibatkan seramai 638
orang pelajar Institut Pendidikan Guru di Kampus Dato’ Razali Ismail. Kaedah
pengumpulan data adalah secara tinjauan melalui Google Form dan dianalisis secara
kuantitatif menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kepuasan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan
pelajar adalah tinggi dengan nilai min 7.95 (Segerak) dan 7.98 (Tidak Segerak). Di
samping itu tahap kepuasan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan aplikasi Google Classroom juga tinggi dengan nilai min 8.43. Malahan
pelaksanaan aktiviti dan penyediaan tugasan serta bahan pengajaran dan
pembelajaran juga berada di tahap tinggi dengan nilai min melebihi 8.0. Hasil kajian
ini memberikan implikasi bahawa para pengajar dan pelajar berjaya memberikan
komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian, Segerak, Tidak Segerak,
Pandemik Covid 19


Abstract

This study was conducted to identify the level of satisfaction among students at the
Institute of Teacher Education facing the process of online teaching and learning due
to the Covid19 pandemic wave. This study involved a total of 638 students from the
Institute of Teacher Education at Dato 'Razali Ismail Campus. The method of data
collection is by survey through Google Form and analyzed quantitatively using SPSS.
The findings show that the level of satisfaction with the implementation of online
teaching and learning among students is high with a mean value of 7.95
(Synchronous) and 7.98 (Non -Synchronous). In addition, the level of satisfaction with
the implementation of teaching and learning using the Google Classroom application
is also high with a mean value of 8.43. Even the implementation of activities and
preparation of assignments as well as teaching and learning materials are also at a
high level with a mean value exceeding 8.0. The results of this study provide
implications that the instructors and students successfully provide a high commitment
in ensuring the quality of teaching and learning sessions can be implemented
effectively.

Keywords: Online Teaching and Learning, Synchronous, Asynchronous,
Covid 19 Pandemic


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 161

Pendahuluan

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah mengalami revolusi daripada
kaedah penyampaian secara fizikal dalam bilik darjah atau dewan kuliah kepada
pembelajaran atas talian secara maya ekoran gelombang pandemik Covid19 yang
melanda seluruh dunia. Kebanyakan negara di dunia terpaksa menutup sementara
institusi pendidikan sebagai usaha mengelakkan jangkitan dan memutuskan rantaian
Covid19 yang telah menjejaskan hampir 80% daripada populasi pelajar di dunia iaitu
hampir 1.37 bilion pelajar daripada 138 negara dan 60.2 juta pengajar sekolah dan
universiti (UNESCO, 2020). Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah mengambil inisiatif untuk menggantikan kaedah pendidikan di Malaysia secara
pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran secara atas talian. Interaksi
bersemuka antara pelajar dan pengajar digantikan dengan pertemuan atas talian
dengan menggunakan aplikasi persidangan video seperti Google Meet, Zoom,
YouTube, Google Classroom, Kahoot, Quiziz dan sebagainya. Hakikatnya situasi
pengajaran dan pembelajaran sebegini memberikan satu reaksi dan cabaran yang
besar bagi menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam
usaha membudayakan pembelajaran atas talian secara berkesan akan berlaku
pelbagai reaksi dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga pendidik yang
terlibat sama ada para pendidik, para pelajar mahu pun ibu bapa. Walau
bagaimanapun, pembelajaran atas talian merupakan satu keperluan yang penting
dalam dunia pendidikan hari ini.


PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian memerlukan warga pendidik
yang bersifat kreatif dan bersedia mempelajari ilmu baharu terutama dari aspek
kemahiran pengajaran dan pembelajaran secara digital dengan mempelbagaikan
kaedah terkini. Namun, penerimaan warga pendidik terhadap pembelajaran dan
pengajaran secara atas talian adalah berbeza mengikut tahap penguasaan kemahiran
digital masing-masing. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran digital tinggi dan
sederhana berupaya untuk menerima dan mengikuti pembelajaran secara atas talian
dengan lebih berkesan berbanding dengan individu yang memiliki kemahiran digital
yang rendah (Bao, 2020). Keadaan sebegini akan mewujudkan perasaan kurang
berpuashati dengan apa yang berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Para
pendidik menyatakan rasa tidak puas dalam menyampaikan kandungan pengajaran,
manakala para pelajar pula menyatakan perasaan tidak berpuas hati terhadap
kandungan pembelajaran yang diterima (Nor Halina, Norlizawati & Norhafinas, 2020).
Selain itu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk pembelajaran atas
talian seperti kesesuaian bahan pembelajaran yang disediakan dan persekitaran
pembelajaran yang di rumah yang kurang kondusif (Bao, 2020). Pelajar yang
mengikuti pembelajaran atas talian untuk pertama kalinya lebih cenderung kepada


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 162

perasaan kurang berpuashati kerana persekitaran yang baharu dan kurang
membiasakan diri dengan keperluan pembelajaran atas talian (Tezer & Çimşir, 2018).

Kemudahan teknologi dihujung jari memudahkan capaian maklumat diperoleh
tanpa mengira tempat dan masa. Penggunaan telefon bimbit pintar dalam kalangan
pelajar institut pengajian tinggi merupakan satu keperluan pada abad ke-21 ini kerana
proses pembelajaran secara atas talian terdedah dengan penggunaan media sosial.
Namun begitu, perubahan kaedah pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas
kepada medium pembelajaran secara atas talian memberi kesulitan dan tekanan
kepada guru dan pensyarah untuk melaksanakannya dalam masa yang singkat
terutama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Yasmin Saw, 2020).
Capaian rangkaian internet juga sering menjadi isu yang sering dibangkitkan dalam
pembelajaran secara atas talian (Beomkyu, 2016). Status capaian rangkaian internet
yang tidak stabil sering menjadi punca persekitaran pembelajaran secara atas talian
yang kurang berkesan. Walaupun terdapat usaha dari pihak kerajaan untuk sentiasa
menaik taraf rangkaian internet, namun masih terdapat sebahagian besar institusi
pendidikan yang terjejas (Mokhtar, 2020).

Di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, pengajaran dan pembelajaran atas talian
sememangnya amat perlu dilaksanakan berikutan arahan pengoperasian institusi
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua pensyarah dan pelajar
diarahkan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
mengunakan pendekatan pembelajaran secara atas talian seperti Google Classroom,
Google Meet, Telegram, WhatsApp, emel dan lain-lain. Namun wujudnya cabaran di
kalangan pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran atas talian kerana capaian
internet dan kemahiran dalam aspek digital yang terhad menyebabkan pembelajaran
secara atas talian tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam kajian
Tuan Nguyeng (2015), keberkesanan pengajaran secara atas talian dilihat kurang
berkesan iaitu 92% berbanding pengajaran secara bersemuka. Malahan
pembelajaran secara atas talian juga mengundang rasa tidak puas hati dalam
kalangan pelajar dan pengajar. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui apakah
tahap kepuasan dalam kalangan pelajar di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang dilaksanakan oleh
para pensyarah.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan dalam kalangan
pelajar menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ekoran
gelombang pandemik Covid19. Secara khususnya objektif kajian ini adalah;

i. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran atas talian secara Segerak dan Tidak Segerak.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 163

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian dari segi aktiviti dan bahan medium yang digunakan
oleh pensyarah.
iii. Mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar terhadap pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang dilakukan oleh para pensyarah.



PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dijalankan, persoalan kajian ini adalah;

i. Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian secara Segerak dan Tidak Segerak.
ii. Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian dari segi aktiviti dan bahan medium yang digunakan
oleh pensyarah.
iii. Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar terhadap pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang dilakukan oleh para pensyarah.



KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam bahagian ini dihuraikan sebab sesuatu kajian itu dianggap penting.
Sehubungan itu, Creswell (2012) telah menyarankan supaya kepentingan kajian
dinyatakan daripada tiga aspek iaitu penambahan ilmu dan literatur, penambahbaikan
amalan dan pembentukan dasar.

Dari sudut penambahbaikan amalan dan pembentukan dasar, kajian ini sangat
penting kerana pelaksanaan dan dapatan kajian ini dapat membantu pihak
pengurusan pembelajaran di IPG, khususnya pensyarah IPG selaku agen
penghasilan guru terlatih yang mempunyai peranan dan fungsi yang semakin
kompleks terutama dalam menghadapi era gelombang pandemik Covid19. Oleh itu,
masanya sudah tiba untuk pensyarah dan pelajar IPG menyesuaikan proses
pembaharuan bagi memenuhi tuntutan dan realiti keperluan pendidikan terkini.
Dapatan kajian ini juga dapat memberi maklumat penting mengenai status kepuasan
dalam kalangan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan oleh
pensyarah. Jika terdapat tahap kepuasan yang rendah dalam aspek proses
pengajaran dan pembelajaran pensyarah, tindakan penambahbaikan boleh diambil
agar keberkesanan dalam meningkatkan perkhidmatan pengajaran dapat
dimaksimumkan.
Dari sudut penambahan ilmu dan literatur, kajian ini juga penting kerana dapat
menambah khazanah ilmu tentang kepuasan pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan secara atas talian dalam tempoh PKP dan gelombang pandemik Covid19.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 164

Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa para pengajar dan pelajar perlu sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Situasi sebegini amat penting
memandangkan kecerdasan intelektual pelajar perlu terus berada dalam keadaan
kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna walaupun dalam situasi perintah kawalan pergerakan
ekoran gelombang Pandemik Covid19.


Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang
dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Menurut
Cresswell (2012), penyelidikan deskriptif digunakan untuk mendapat maklumat
mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Pemilihan lokasi bagi kajian ini
adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI). Populasi
sasaran kajian ini terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti program pengajian di
IPG berkenaan. Pelajar yang terlibat terdiri daripada mereka yang mengikuti pengajian
di Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Perguruan Pascasiswazah
(PDPP).

Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah
supaya setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel
yang mewakili populasi kajian. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 638 responden
yang menjawab soal selidik kajian iaitu sebanyak 55.3% daripada jumlah keseluruhan
pelajar seramai 1153 orang. Pembinaan instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji
berdasarkan sumber literatur. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian
A mengandungi maklumat demografi responden tentang program pengajian dan
peralatan yang digunakan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran. Manakala
Bahagian B mengandungi item-item tahap kepuasan pelajar semasa mengikuti kelas
secara atas talian yang dilaksanakan oleh para pensyarah dari aspek sesi interaksi,
aktiviti, tugasan, penggunaan medium bahan pengajaran pensyarah dan isu serta
cabaran yang dihadapi.

Soal selidik dalam kajian ini menggunakan skala Likert mata 10, di mana (1)
sebagai Sangat Tidak Setuju (STS) dan (10) sebagai Sangat Setuju (SS). Pemilihan
skala Likert mata 10 berdasarkan pandangan Li (2013) yang menegaskan bahawa
soal selidik yang baik memberi kebebasan dan pilihan yang lebih banyak kepada
responden dalam membuat keputusan. Dengan pemilihan skala yang lebih banyak
memberi peluang justifikasi pemilihan yang lebih tepat untuk responden menjawab.
Pernyataan yang dikemukakan adalah tetap dan dinyatakan iaitu SS digambarkan
sebagai tindak balas positif dan STS digambarkan sebagai tindak balas negatif bagi
setiap pernyataan. Soal selidik kajian diedarkan kepada semua pelajar secara atas


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 165

talian menggunakan Google Form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS Versi 22. Interpretasi skor min mengikut pandangan Li (2013) seperti
berikut.


Jadual 1: Interpretasi Tahap Min

Skor Min Interpretasi Tahap Min
1.00 – 3.33 Rendah
3.34 – 6.67 Sederhana
6.68 – 10.00 Tinggi


Sumber: Li, Q. 2013



Dapatan Kajian

Dapatan kajian dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A yang memfokuskan
kepada latar belakang responden dan peralatan yang digunakan oleh pensyarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Manakala Bahagian
B menjelaskan maklum balas terhadap tahap kepuasan dalam kalangan pelajar serta
isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian.

Demografi responden.
Rajah 1 menunjukkan maklumat responden yang menjawab kajian. Berdasarkan
Rajah 1 didapati bilangan responden dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan adalah seramai 453 orang pelajar (71%). Manakala responden
dalam kalangan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seramai
144 orang iaitu 22.6% dan responden dalam kalangan pelajar Program Diploma
Pendidkan Pascasiswazah adalah seramai 41 orang (6.4%). Jumlah keseluruhan
responden adalah 638 orang.



























Rajah 1: Maklumat responden


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 166

Peralatan yang digunakan oleh pelajar
Rajah 2 menunjukkan peralatan yang digunakan oleh responden untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh para pensyarah.




























Rajah 2: Peralatan yang digunakan

Berdasarkan Rajah 2, didapati peralatan pembelajaran komputer riba dan
telefon pintar lebih banyak digunakan semasa kelas atas talian iaitu seramai 629
(98.6%) responden yang menggunakan komputer riba dan 614 (96.2%) responden
menggunakan telefon pintar. Hanya 44 orang responden (6.9%) sahaja yang
menyatakan menggunakan komputer meja. Manakala seramai 12 (1.9%) responden
menggunakan studio semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tahap Kepuasan Pelaksanaan Interaksi
Jadual 2 menunjukkan maklum balas tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan
interaksi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah secara
atas talian.

Jadual 2: Tahap Kepuasan Pelaksanaan Interaksi

Perkara Min Tahap

Pelaksanaan Interaksi Secara Segerak 7.95 Tinggi


Pelaksanaan Interaksi Secara Tidak Segerak 7.98 Tinggi

Keseluruhan 7.96 Tinggi

Secara keseluruhannya tahap kepuasan responden terhadap pelaksanaan
interaksi pengajaran dan pembelajaran pensyarah secara atas talian adalah tinggi
dengan nilai min 7.96. Malahan bagi pelaksanaan interaksi segerak dan tidak segerak
mempunyai nilai min yang hampir sama iaitu min 7.95 bagi pelaksanaan interaksi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 167

secara segerak dan min 7.98 untuk pelaksanaan interaksi tidak segerak. Interaksi
secara segerak bermaksud sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara atas
talian dengan bersemuka antara pensyarah dan pelajar. Manakala interaksi tidak
segerak pula bermaksud sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan atas talian
secara tidak bersemuka.

Tahap Kepuasan Pelaksanaan Aktiviti dan Tugasan
Jadual 3 menunjukkan maklum balas tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan yang dilaksanakan oleh
pensyarah secara atas talian.

Jadual 3: Tahap Kepuasan Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran


Perkara Min Tahap

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 8.39 Tinggi


Pelaksanaan Tugasan 8.00 Tinggi
Keseluruhan 8.20 Tinggi

Tahap kepuasan responden terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah secara atas talian adalah tinggi
dengan nilai min 8.39. Manakala min bagi tugasan yang dilaksanakan oleh pensyarah
secara atas talian adalah 8.00. Secara keseluruhannya tahap kepuasan pelajar
terhadap pelaksanaan aktiviti dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah
tinggi dengan nilai min 8.20.

Tahap Kepuasan Pengunaan Bahan
Jadual 4 menunjukkan maklum balas tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan
Google Classroom dan bahan-bahan yang digunakan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran oleh pensyarah secara atas talian. Tahap kepuasan responden
terhadap penggunaan Google Classroom yang dilaksanakan oleh pensyarah secara
atas talian adalah tinggi dengan nilai min 8.43. Manakala min bagi penggunaan
bahan-bahan pengajaran lain oleh pensyarah secara atas talian adalah 8.17. Secara
keseluruhannya tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan aktiviti dan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah adalah tinggi dengan nilai min 8.30.

Jadual 4: Tahap Kepuasan Penggunaan Bahan Pengajaran dan pembelajaran

Perkara Min Tahap
Penggunaan Google Classroom 8.43 Tinggi
Penggunaan Bahan-Bahan Lain 8.17 Tinggi

Keseluruhan 8.30 Tinggi


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 168

Manakala Rajah 3 pula menjelaskan jenis bahan yang disediakan oleh
pensyarah ketika melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian.















Rajah 3: Jenis Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Disediakan Oleh Pensyarah

Hampir keseluruhan responden memberi maklum balas bahawa jenis bahan
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah adalah menggunakan
paparan slide powerpoint iaitu sebanyak 99.7% (636 responden). Peratus
penggunaan video oleh pensyarah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga
tinggi iaitu 94.4% (602 responden). Di samping itu terdapat 79.2% (505 responden)
memberi maklum balas bahawa pensyarah juga menggunakan artikel sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran. Malahan terdapat juga pensyarah yang menggunakan
ebook sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 19.4% (124
responden).

Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Secara Atas talian
Jadual 5 menunjukkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
pembelajaran dan pengajaran atas talian. Isu dan cabaran utama yang dihadapi
pelajar adalah dari segi capaian rangkaian internet iaitu 96%.


Jadual 5: Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Secara
Atas Talian

Isu dan Cabaran Bilangan Peratus
Capaian rangkaian internet 613 96.0

Pengurusan masa 533 83.5
Terlalu banyak tugasan 496 77.7

Sukar melaksanakan tugasan berkumpulan 442 69.2


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 169

Kurang mahir Pengajaran dan pembelajaran 352 55.2
dalam talian
Persekitaran rumah kurang kondusif untuk 321 50.3
pembelajaran
Kurang dapat memahami kandungan 228 35.7
pembelajaran


Seterusnya diikuti oleh cabaran dari segi pengurusan masa 83.5%, terlalu banyak
tugasan 77.7%, sukar menjalankan tugasan berkumpulan 69.2%, kurang mahir
pengajaran dan pembelajaran dalam talian 55.2%, persekitaran rumah yang kurang
kondusif untuk pembelajaran 50.3% dan kurang dapat memahami kandungan
pembelajaran 35.7%.


Perbincangan

Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Secara Atas Talian
Kajian ini jelas sekali menunjukkan bahawa tahap kepuasan dalam kalangan pelajar
di IPGKDRI terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah
secara atas talian adalah tinggi sama ada dilaksanakan secara segerak mahupun
tidak segerak. Para pelajar dapat menerima dan berpuashati dengan situasi sesi
pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah. Dapatan ini selari
dengan beberapa pengkaji lain bahawa kaedah pembelajaran secara atas talian dapat
memberi kesan yang positif dan diterima oleh pelajar (Alsalhi et al., 2019; Moreno-
Guerreri et al., 2020; Juwariah & Roslinda 2021). Oleh itu, pendekatan pembelajaran
secara atas talian dapat membantu pensyarah dan pelajar untuk menyelesaikan
kandungan pembelajaran walaupun dilaksanakan secara atas talian.

Pelajar juga berpuashati terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pensyarah
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat menerima dan
melaksanakan aktiviti yang disediakan oleh pensyarah secara atas talian dengan baik.
Dapatan ini disokong oleh hasil kajian Siti Balqish dan Munirah (2020) yang
mengatakan bahawa peranan pensyarah adalah faktor penting dalam mempengaruhi
penyertaan dan penglibatan pelajar semasa pembelajaran dalam talian. Namun
semasa pembelajaran atas talian terutama dalam perbincangan, masih terdapat
pelajar yang pasif dan kurang mengemukakan soalan bagi menyertai perbincangan
secara sukarela. Justeru pensyarah perlu bijak dan kreatif untuk mewujudkan suasana
perbincangan yang aktif dan berfokus sepanjang proses pembelajaran agar wujud
pemindahan ilmu dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Dari segi penggunaan Google Classroom dan bahan pembelajaran atas talian
juga berada di tahap tinggi. Ini menggambarkan bahawa pelajar berpuashati terhadap
penggunaan Google Classroom dan medium pengajaran lain yang digunakan oleh
pensyarah sewaktu sesi pengajaran. Dapatan ini selari dengan pendapat Nor Halina,


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 170

Norlizawati dan Norhafinas (2020) yang merumuskan bahawa pelajar berpusahati dan
seronok apabila pensyarah menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan
sistematik. Melalui persekitaran pembelajaran atas talian, pensyarah dapat
menyediakan dan menyampaikan pelbagai bahan pembelajaran melalui sumber
digital pengajaran seperti Google Classroom, platform persidangan video dan
rangkaian media sosial lain (Salleh & Rosli, 2020). Manakala pelajar pula dapat
mencapai kandungan pembelajaran terhadap kursus yang dipelajari melalui teknologi
seperti komputer desktop, komputer riba, tablet, telefon pintar dan televisyen. Hal ini
selaras dengan dapatan Nor Aidawati dan Mazidah (2021) di mana pelajar yang
mempunyai tahap kepuasan pembelajaran yang tinggi adalah pelajar yang
mempunyai persekitaran pembelajaran atas talian yang baik di mana kandungan
pembelajaran mudah diakses tanpa mengira waktu dan tempat.

Berdasarkan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa pelajar berpuas hati
dengan pelaksanaan pengajaran atas talian yang diberikan oleh para pensyarah
sama ada secara segerak mahupun tidak segerak. Selaras dengan pendapat
Langford (2020) yang menyatakan bahawa pembelajaran segerak memberi peluang
kepada pelajar untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan tentang kandungan
pembelajaran secara langsung dengan pensyarah. Interaksi segerak yang berlaku
antara pelajar dengan pensyarah dan bersama rakan pelajar lain dapat menyumbang
perasaan tentang kewujudan rakan pembelajaran seperti pembelajaran bersemuka di
dalam kelas. Rakan sama pembelajaran di bilik kuliah dapat memberi sokongan
tambahan kepada pelajar untuk mengembangkan kefahaman terhadap sesuatu topik
yang dibincangkan. Di samping itu, Mishra et al., (2020) juga menjelaskan bahawa
persekitaran pembelajaran atas talian juga menjadi lebih bermanfaat kepada pelajar
dan mempunyai tahap interaksi yang tinggi apabila kemahiran pembelajaran secara
digital digunakan dengan berkesan oleh pensyarah dan pelajar semasa kelas segerak
berlangsung.

Pengalaman pembelajaran atas talian sama ada pembelajaran segerak atau
tidak segerak juga memberikan impak kepada kepuasan pelajar terhadap
pembelajaran. Hal ini selaras dengan dapatan Msomi dan Bansilal (2018) yang
menerangkan tentang pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran segerak
tidak semestinya memperoleh gred pencapaian yang tinggi. Hal ini kerana, pelajar
yang tidak dapat menghadiri kelas segerak masih dapat mencapai kandungan
pembelajaran dengan menonton video kelas segerak yang telah dirakam oleh
pensyarah dengan berulang kali sehingga mereka faham akan kandungan yang
disampaikan. Oleh itu, pelajar dapat meneruskan proses pembelajaran dan dapat
menghabiskan sukatan pembelajaran walaupun tidak dapat menghadiri kelas
bersemuka atas talian yang segerak. Selaras dengan dapatan Mayer et al., (2017)
bahawa lebih daripada 70 peratus respondennya bersetuju dengan pembelajaran atas
talian dan menyatakan bahawa pendekatan ini harus merangkumi keseluruhan
sukatan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar lebih tertarik dengan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan atas talian yang mempunyai


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 171

persekitaran pembelajaran di rumah yang kondusif serta mempunyai alat dan bahan
pembelajaran yang sesuai. Pengalaman pembelajaran atas talian dapat membantu
pelajar dalam melaksanakan pentaksiran kursus keseluruhannya. Oleh itu,
penglibatan pelajar yang meluas terhadap pembelajaran atas talian dapat
menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap pembelajaran atas talian dengan
lebih berkesan bagi mencapai matlamat pendidikan yang cemerlang keseluruhannya.


Cabaran Kepada Amalan Pendidikan
Di kala dunia dilanda wabak COVID-19, UNESCO menyarankan bahawa semua
institusi pendidikan ditutup dan diperkenalkan pembelajaran atas talian menggantikan
pembelajaran semuka (UNESCO, 2020). Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan
dalam mengikuti pembelajaran, para pensyarah telah menggunakan pendekatan
pembelajaran atas talian untuk melaksanakan kelas. Walaupun institusi pendidikan di
tutup, sesi pengajaran dan pembelajaran masih dapat diteruskan kerana
pembelajaran atas talian merupakan penyelesaian bagi isu ini dan pelajar masih dapat
belajar walaupun dalam keadaan terhad.

Para pensyarah perlu memanfaatkan penggunaan kemahiran digital melalui
pembelajaran atas talian. Pengajaran dan pembelajaran atas talian perlu
dilaksanakan dengan berkesan apabila para pensyarah menggunakan pedagogi
pendidikan atas talian yang sesuai. Malahan pensyarah dan pelajar juga seharusnya
dapat berkomunikasi dengan aktif sepanjang proses pembelajaran. Para pensyarah
perlu mendorong pelajar untuk berinteraksi dengan rakan sekelas menggunakan
sumber digital dan teknologi. Selaras dengan teori pendidikan jarak jauh,
Transactional Distance Theory yang mencadangkan bahawa para pengajar perlu
mengambil berat terhadap tiga unsur supaya dapat menjayakan sesuatu
pembelajaran atas talian dengan berkesan iaitu perbincangan, struktur proses
pembelajaran dan autonomi terhadap pelajar di mana ketiga-tiga unsur ini membantu
mengurangkan perasaan jarak yang di alami oleh pelajar (Nortvig et al., 2018). Hal ini
kerana jarak yang dirasakan oleh pelajar dalam pembelajaran atas talian akan
menimbulkan rasa terpencil dan berkemungkinan akan berhenti daripada mengambil
bahagian semasa proses pembelajarannya. Pendekatan pembelajaran atas talian
adalah lebih mudah kerana pensyarah tidak perlu memberi perhatian terhadap
perbezaan cara pembelajaran dan ciri-ciri pembelajaran atas talian. Namun,
pensyarah perlu fokus terhadap perlaksanaan dan perkembangan bahan pengajaran
yang digunakan dan aktiviti pembelajaran yang berkesan melalui pembelajaran atas
talian (Alsalhi, 2019).

Komitmen semua pihak termasuk pihak pengurusan organisasi, pensyarah
mahupun pelajar amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran atas talian. Kemudahan komputer dan teknologi internet telah memberi
peluang kepada semua pihak untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
tanpa perlu bersemuka. Menurut Yasmin (2020) bagi memastikan keberkesanan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 172

pembelajaran dan pengajaran, pendidik harus melihat rekabentuk atau pedagogi
pembelajaran, kaedah belajar seseorang individu, potensi teknologi dan media serta
kebolehan pendidik melibatkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran. Oleh itu
rekabentuk pembelajaran dan pengajaran atas talian menyumbang kepada salah satu
faktor yang menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran yang
dilaksanakan. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang
berkenaan bagi mengambil kira keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi baharu yang diperlukan untuk melaksanakan
transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya di institut pendidikan guru.


Kesimpulan

Pembelajaran dan pengajaran atas talian merupakan satu alternatif yang dapat
membantu para pendidik untuk melaksanakan proses pembelajaran dalam pandemik
COVID-19. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan yang tinggi menunjukkan bahawa
pembelajaran dan pengajaran atas talian menyediakan peluang kepada generasi
baharu dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengambil
kira faktor masa dan tempat.

Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa kaedah pembelajaran
secara atas talian yang dilaksanakan oleh para pensyarah dilihat memberi kesan yang
positif walaupun kaedah pembelajaran ini baru dilaksanakan sepenuhnya pada tahun
2020 disebabkan oleh penutupan semua institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan secara atas talian, kualiti pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik
dan berjaya memberikan tahap kepuasan yang tinggi. Hasil kajian ini memberikan
implikasi bahawa para pengajar dan pelajar berjaya memberikan komitmen yang
tinggi dalam memastikan kualiti sesi pengajaran dna pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Situasi sebegini amat penting memandangkan
kecerdasan intelektual pelajar terus berada dalam keadaan kondusif serta dapat
mewujudkan suasana penerimaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna walaupun dalam situasi perintah kawalan pergerakan ekoran gelombang
Pandemik Covid19.



Rujukan

Alsalhi, N. R., Eltahir, M. E., & Al-Qatawneh, S. S. (2019). The effect of blended
learning on the achievement of ninth grade students in science and their
attitudes towards its use. Heliyon.
https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e02424


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 173

Bao, W. (2020). COVID ‐19 and online teaching in higher education: A case study of
Peking University. Human Behavior and Emerging Technologies.
https://doi.org/10.1002/hbe2.191

Beomkyu, C. (2016). How people learn in an asynchronous online learning
environment: The relationships between graduate students’ learning
strategies and learning satisfaction. Canadian Journal Of Learning &
Technology.

Creswell, J.W. (2012). Education Research Planning, Conducting And Evaluation
Quantitative dan Qualitative Research. Ed. Ke-4. New Jersey: Pearson
Education Inc

Nor Halina Noordin, Norlizawati Hashim & Norhafinas Abd Latib. (2020). Cabaran
pensyarah kolej komuniti dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. e-Proceedings of the Green Technology &
Engineering 2020 Virtual Conference.

Juwairiah Mustapah, Roslinda Rosli. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran
Matematik Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 4, (page 1 - 20),
2021
DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.752

Langford, M. (2020). Atas talian Teaching in the Time of COVID-19 : Academic
teachers’ experiences in Norway. Center of Experiental Legal Learning
(CELL), 2(April), 1–35.

Li, Q. (2013). A novel Likert scale based on fuzzy sets theory. Expert Systems with
Applications, 40(5):1609-1618.

Mayer, G., Lingle, J., & Usselman, M. (2017). Experiences of advanced high school
students in synchronous online recitations. Educational Technology and
Society.

Mishra, L., Gupta, T., & Shree, A. (2020). Online teaching-learning in higher
education during lockdown period of COVID-19 pandemic. International
Journal of Educational Research Open.
https://doi.org/10.1016/j.ijedro.2020.100012

Mokhtar, N. (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang
Hayat. UTM NewsHub. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-
talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/

Moreno-Guerrero, A. J., Aznar-Díaz, I., Cáceres-Reche, P., & Alonso-García, S.
(2020). E-learning in the teaching of mathematics: An educational experience
in adult high school. Mathematics. https://doi.org/10.3390/MATH8050840

Msomi, A. M., & Bansilal, S. (2018). The experiences of first-year students in
mathematics in using an e-learning platform at a university of technology.
South African Journal of Higher Education. https://doi.org/10.20853/32-5-2507


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 174


Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa. (2021). Kesediaan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (PDP) norma baru di Jabatan Teknologi
Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA). International Jurnal of Modern Education. Volume 3 Issue 8 (March
2021) PP. 114-124. DOI: 10.35631/IJMOE.380010

Nortvig, A. M., Petersen, A. K., & Balle, S. H. (2018). A literature review of the
factors influencing e-learning and blended learning in relation to learning
outcome, student satisfaction and engagement. Electronic Journal of E-
Learning.

Saleh, N. S., & Rosli, M. S. (2020). Systematic Literature Review:Online Social
Media Interaction in Education and Employment Cluster/ Tinjauan Literatur
Sistematik: Interaksi Media Sosial Atas Talian dalam Kluster Pendidikan dan
Pekerjaan. Sains Humanika. https://doi.org/10.11113/sh.v12n3.1744

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam
talian semasa perintah kawalan pergerakan. SIG : e-Learning@CS. eISBN :
978-967-0841-88-5. Publication Date: 11 September 2020

Syazwani Abdul Kadir (2020). The Use of Social Media in Millennials’ Teaching and
Learning Activities in Design-Related Course. Environment-Behaviour
Proceedings Journal, 5(13), 133. https://doi.org/10.21834/e-bpj.v5i13.2087

Tezer, M., & Çimşir, B. T. (2018). The impact of using mobile-supported learning
management systems in teaching web design on the academic success of
students and their opinions on the course. Interactive Learning Environments.
https://doi.org/10.1080/10494820.2017.1337037

Tuan Nguyen (2015). The Effectiveness of Online Learning: Beyond No Significant
Difference and Future Horizons. MERLOT Journal of Online Learning and
Teaching Vol. 11, No. 2, June 2015

UNESCO. (2020). 1.37 billion students now home as COVID-19 school closures
expand, ministers scale up multimedia approaches to ensure learning
continuity. Unesco.

Yasmin Saw (2020), Pembelajaran dalam talian pada masa krisis Covid-19, Retrived
26 Jun 2020 from https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/238042


Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia


Click to View FlipBook Version