The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2022-12-12 20:10:18

JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021

J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 93

mengelakkan diri daripada mengganggu rakan. Ini bertepatan dengan konsep
pemberian ganjaran dan hukuman oleh Thorndike (1874-1949) dan Skinner (1904-
1990) yang telah dibincangkan dalam sains kelakuan sebagai aktiviti pengukuhan
dalam pembelajaran.

Merujuk kepada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh
pengkaji, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan
untuk kajian pada masa akan datang. Antaranya dengan memanjangkan tempoh
masa pelaksanaan sistem token ekonomi ini agar tingkah laku positif dapat dikekalkan
dan menjadi perkara rutin yang konsisten. Teknik modifikasi tingkah laku bertindak
berdasarkan tingkah laku yang diberikan ganjaran akan diulangi, manakala tingkah
laku yang tidak diberikan ganjaran akan lupus. Selain itu, pendekatan jenis hukuman
atau denda boleh juga dilaksanakan seiring dalam mengawal tingah laku bermasalah.
Ini kerana dalam diri seorang murid berkeperluan khas terdapat pelbagai masalah
tingkah laku yang lain dan pendekatan modifikasi tingkah laku yang pelbagai perlu
digunakan.


KESIMPULAN

Menggunakan kaedah token ekonomi dalam pengubahsuaian tingkah laku murid-
muird bermasalah pembelajaran adalah sangat berkesan. Penggunaan token
ekonomi juga merupakan sebagai salah satu peneguhan yang dapat membantu guru-
guru membuat modifikasi tingkah laku yang tidak diingini kepada yang lebih positif.
Responden yang disasarkan penyelidik dapat mengekalkan tingkah laku daripada
perangai disruptif (mengganggu rakan-rakan dan sering tidak mengendahkan arahan
guru) akhirnya dapat memberi perhatian dan tumpuan semasa pembelajaran
berlangsung.

Di dalam prinsip peneguhan menyatakan bahawa tingkah laku dipengaruhi
oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan,
diteguhkan atau dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan. Justeru, guru
digalakkan menggunakan peneguhan positif dalam memodifikasikan tingkah laku
MBK di dalam kelas.

Sebagai seorang guru dan pengkaji juga, menjadi satu amalan terbaik dalam
penambahbaikan PdPnya dapat membantu melakukan modifikasi tingkah laku
kepada murid yang mempunyai tingkah laku disruptif atau megganggu. Akhirnya, guru
dapat menghasilkan produk insan pembelajar yang boleh menumpukan perhatian dan
belajar bersama-sama rakan-rakan di dalam kelas dan mencapai objektif
pembelajaran dengan lebih bermakna.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 94

Rujukan


Asizah. (2015). Children Disruptive Behavior Well-being: Pentingnya Hubungan Anak
dan Orang Tua. Seminar Psikologi & Kemanusiaan, 46–54.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Narges, A., Somaye, J., Mohammad, A. & Mahmood, M. (2015). The effectiveness of
using reinforcements in the classroom on the academic achievement of students
with intellectual disabilities. Journal of Intellectual Disabilities., 19(1), 83–93.

Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah. (2015). Tahap Pengetahuan Guru
Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah
Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30, 73-88.

Nur Adyani Abdullah. (2011). Meningkatkan Amalan Kebersihan Persekitaran
DalamKalangan Murid Prasekolah SK. Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Kesan
DaripadaPenggunaan Kaedah Token Ekonomi. Latihan Ilmiah: Institut Pendidikan
GuruKampus Dato’ Razali Ismail.


Nurul Aina Bt Zakaria. (2010). Mengurangkan Tingkah Laku Negatif Murid Bermasalah
Emosi Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Menggunakan
Kaedah Token Ekonomi. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Nurul Aina et. al. (2010). Modifikasi Tingkah Laku Kanak-Kanak Token Ekonomi:
Kelemahan Dan Kebaikan Token Ekonomi. Dimuat turun pada 15 April
2013daripada http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2010/07/.

Osman Hashim, & Ahmed Ghazie Ibrahim. (2007). Ke Arah Peningkatan Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Jurnal Masalah Pendidikan, 30(1),37–49.


Raymond, G. M. (2008). Behavior Modification Principle and Procedures Fourth
Edition. Thomson Learning Inc.

Singh, R. K. J. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.


Yasin, M. H. M., Khairuddin, K. F., Marripan, F. M. H., & Azirun, R. (2019).
Implementation of Token Economic Techniques in Modifying the Disruptive
Behavior of Hearing Impairment Students. International Journal of Academic
Research in Progressive Education and Development, 8(4), 858-863.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 95

TAHAP TINGKAH LAKU INOVATIF GURU DI MALAYSIA

2
1 Mohammed Afandi bin Zainal; Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, PhD &
3 Wan Norshuhadah binti Wan Musa

1 Jemaah Nazir Negeri Terengganu
2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
3 Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong, Terengganu

[email protected]


Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap tingkah laku inovatif dalam kalangan
guru di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya dengan
penggunaan kaedah tinjauan (survey) secara keratan rentas. Sampel kajian
melibatkan 1415 orang guru daripada empat buah negeri di Malaysia. Data yang
diperolehi dalam kajian ini dikutip menggunakan instrumen soal selidik yang
diadaptasi daripada beberapa kajian lepas dan dianalisis menggunakan statistik
deskriptif iaitu pengiraan frekuensi, min, peratusan, dan sisihan piawai. Dapatan kajian
mendapati tahap tingkah laku inovatif guru berdasarkan min keseluruhan ialah berada
pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, analisis yang lebih lanjut terhadap skor
individu pula mendapati majoriti guru iaitu sebanyak 50.67% guru mempunyai tahap
tingkah laku inovatif yang sederhana.

Kata Kunci: Tingkah Laku Inovatif, Guru, Inovatif, Pendidikan


Abstract

This study was conducted to identify the level of innovative behavior among teachers
in Malaysia. This study uses a fully quantitative approach with the use of survey
method (survey) cross sectionally. The study sample involved 1415 teachers from four
states in Malaysia. The data obtained in this study were collected using a
questionnaire instrument adapted from several previous studies and analyzed using
descriptive statistics namely the calculation of frequency, mean, percentage, and
standard deviation. The findings of the study found that the level of innovative behavior
of teachers based on the overall mean is at a high level. However, further analysis of
individual scores found that the majority of teachers, namely 50.67% of teachers only
have a moderate level of innovative behavior.

Keywords: Innovative Behaviour, Teacher, Inovative, Education


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 96

PENDAHULUAN

Persekitaran global yang semakin mencabar dan kompetitif ketika ini telah menjadikan
inovasi serta keupayaan untuk berinovasi menjadi penentu penting bagi mana-mana
individu, kumpulan, masyarakat, organisasi atau negara sekali pun untuk kekal seiring
dengan peredaran dan perubahan semasa (Serdyukov, 2017). Untuk mengelakkan
daripada dipintas dan terus tertinggal dek peredaran arus semasa, manusia tidak kira
dalam apa jua peringkat sama ada individu atau organisasi harus sentiasa berinovasi.
Inovasi yang secara lazimnya diertikan sebagai perubahan, pembaharuan,
penambahbaikan dan penciptaan peluang dilihat begitu penting untuk kelangsungan
hidup, kejayaan, perkembangan, dan kecemerlangan bagi menuju ke arah yang lebih
baik. Menyedari akan kepentingan inovasi, majoriti negara di dunia jika tidak semua
ketika ini telah mula melihat inovasi sebagai suatu keutamaan dalam aspek
pertumbuhan dan pembangunan negara masing-masing.

Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut dilihat
memberi penekanan terhadap inovasi dalam bidang pendidikan. Menyedari hakikat
kepentingan inovasi dalam sektor pendidikan, pelbagai inisiatif dan program telah
diperkenalkan KPM bagi tujuan peningkatan serta pembudayaan inovasi dalam
kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, KPM menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) misalnya telah berusaha bagi mentransformasikan
sistem pendidikan negara dengan memberi penekanan terhadap elemen kreativiti dan
inovasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan kerjasama Agensi Inovasi
Malaysia (AIM), KPM misalnya turut telah memperkenalkan Program i-Think pada
tahun 2013 dengan tujuan untuk melahirkan para pencipta generasi masa depan
Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif. Selain itu, bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam kalangan
guru pula, KPM dilihat sentiasa memperkenalkan program-program yang berkaitan
dengan elemen inovasi. Salah satu contoh program tahunan yang telah diadakan
untuk menggalakkan pembudayaan dan penghasilan inovasi dalam kalangan guru
sejak sekian lama adalah Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) (Maszlee, 2019).
Jika dilihat daripada perspektif yang luas, penekanan dan keutamaan yang diberikan
KPM terhadap elemen inovasi ini sebenarnya telah menjawab tentang kepentingan
inovasi dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Dalam dunia penyelidikan, tingkah laku yang menjurus atau menyokong
inovasi ini merupakan satu konsep yang popular serta banyak dibincangkan dalam
badan literatur. Tingkah laku ini mempunyai istilah yang khusus iaitu dikenali sebagai
Tingkah Laku Inovatif atau Tingkah Laku Kerja Inovatif. Secara ringkasnya, tingkah
laku inovatif ini merupakan satu kelompok kelakuan yang terdiri daripada beberapa
siri aktiviti kelakuan berbeza yang terarah kepada penghasilan inovasi iaitu meneroka
peluang, menjana idea, mempromosi idea, dan merealisasi idea (De Jong & Den
Hartog 2008; Messmann & Mulder 2012). Secara khususnya, tingkah laku inovatif ini
ditakrifkan sebagai perilaku dan tindakan individu secara sengaja yang terarah


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 97

kepada penghasilan, pembentukan atau pengaplikasian perkara-perkara baru seperti
produk, teknologi, perkhidmatan, perubahan prosedur atau proses kerja dengan
tujuan untuk penambahbaikan kerja sedia ada bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan organisasi (De Jong & Den Hartog, 2008; Dorenbosch, Engen, &
Verhagen, 2005; Isabel Ma Prieto & Pérez-Santana, 2014; Kleysen & Street, 2001;
Stan, Gyes, & Hootegem, 2014; West & Farr, 1989).

Dalam bidang pendidikan, tingkah laku inovatif yang wajar diberi perhatian dan
keutamaan adalah kepada tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Ini kerana guru
merupakan unit terbesar yang berperanan sebagai penggerak utama dalam sistem
pendidikan. Dalam suasana perkembangan teknologi yang begitu pesat serta
perhubungan dunia tanpa sempadan pada hari ini misalnya, tingkah laku inovatif guru
dilihat mampu untuk memainkan peranan yang penting dalam mengharungi setiap
cabaran getir yang melanda sistem pendidikan (Berzin & Camarena, 2018; Cloete,
2017; Kristoffersen, 2018). Salah satu cabaran utama yang perlu dihadapi dalam
persekitaran terbuka yang serba pesat ini adalah bagi memastikan sistem pendidikan
sentiasa kekal relevan dan selari dengan peredaran semasa. Sistem pendidikan
dilihat tidak boleh hanya bersifat statik sebaliknya perlu bersifat dinamik dan sentiasa
berubah agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan yang selari dan relevan
dengan perkembangan semasa.



PENYATAAN MASALAH

Di sebalik hakikat bahawa sistem pendidikan benar-benar memerlukan inovasi secara
amnya dan tingkah laku inovatif dalam kalangan guru secara khususnya bagi
mengharungi halangan yang semakin mencabar, realiti berkenaan tingkah laku
inovatif dalam kalangan guru di Malaysia masih menjadi isu.

Di Malaysia, kajian berkenaan tingkah laku inovatif dalam kalangan guru ini
sebenarnya turut diakui beberapa pengkaji lepas sebagai agak terhad serta masih
belum dikaji secara meluas (Baharuddin, Masrek, & Shamila, 2019; Noor Hashimah,
Faiz, Yaakob, Yusof, & Ibrahim, 2019). Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap
literatur, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tingkah laku
inovatif secara khusus dalam konteks guru di Malaysia seperti kajian yang dilakukan
Abdul Ghani & Ying-Leh (2016), Aziah et al. (2016), Aziah & Al Amin (2019), Aziyah
& Samy (2019), Nik Ramli & Norhajawati (2015), Zahari & Abd Latif (2016) dan Noor
Hashimah et al. (2019). Dapatan kajian lepas ini jelas menunjukkan bahawa tingkah
laku inovatif guru di Malaysia sejak 2012 sehingga 2019 adalah tidak konsisten dan
hanya berada di sekitar tahap yang rendah dan sederhana sahaja tanpa sebarang
peningkatan yang ketara. Didapati wujud jurang yang masih perlu dipenuhi untuk
penambahbaikan dan pengembangan ilmu sedia ada iaitu berkaitan dengan aspek
penglibatan responden kajian yang didapati masih belum meluas. Jika dilihat dengan
lebih mendalam terhadap kajian lepas yang telah dilakukan dalam konteks guru di
Malaysia, didapati kesemua kajian yang dinyatakan ini hanya melibatkan guru sekolah


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 98

menengah sebagai responden kajian. Kajian oleh Aziyah & Samy (2019) dan Noor
Hashimah et al. (2019) pula lebih berfokus kepada guru-guru sekolah menengah di
sekolah berprestasi tinggi. Hal ini menunjukkan kurangnya penglibatan guru sekolah
rendah dalam bidang kajian berkenaan tingkah laku inovatif ini.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kajian yang lebih luas dilakukan bagi
melihat dengan lebih jelas realiti berkaitan tingkah laku inovatif dalam kalangan guru
di Malaysia. Penglibatan lebih ramai guru terutamanya guru sekolah rendah amat
diperlukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan tepat berkenaan
dengan tingkah laku inovatif ini.



OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dinyatakan, objektif kajian ini
secara khususnya adalah bagi:

1. Mengenal pasti tahap tingkah laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia.



PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dinyatakan, persoalan kajian telah
dibina untuk merungkaikan secara spesifik tentang kajian yang dijalankan. Persoalan
kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap tingkah laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia?



KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap tingkah laku inovatif
dalam kalangan guru di Malaysia. Kajian ini penting untuk dijalankan kerana akan
dapat memberikan gambaran awal yang jelas kepada pemegang taruh serta pihak
yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kepada
guru sendiri tentang situasi dan realiti semasa berkaitan dengan tingkah laku inovatif
dalam kalangan guru di Malaysia. Penjelasan yang lebih terperinci tentang amalan
sedia ada guru yang berkaitan dengan tingkah laku inovatif sama ada berada pada
tahap yang sepatutnya atau tidak akan menjadi maklumat yang berguna kepada KPM
bagi mengatur serta merangka tindakan yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah
laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia. Di samping itu juga, dapatan kajian ini
juga akan dapat membantu pihak KPM untuk mendiagnosis isu yang berkaitan
dengan tingkah laku inovatif guru dengan lebih mendalam.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 99

METODOLOGI

Reka Bentuk dan Sampel Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya dengan penggunaan
kaedah tinjauan (survey) secara keratan rentas. Populasi kajian ini ialah guru yang
sedang berkhidmat di sekolah kebangsaan (rendah) dan sekolah menengah
kebangsaan (menengah) bantuan kerajaan di Malaysia. Bagi mendapatkan sampel
kajian yang dapat mewakili populasi keseluruhan kajian, kaedah pensampelan
kelompok, pensampelan rawak mudah dan berstrata telah digunakan. Seramai 1415
orang responden daripada empat buah negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan,
Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilibatkan dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian telah digunakan untuk
mengumpulkan data dalam kajian ini. Bahagian A merupakan bahagian yang
merangkumi item bagi mengumpul maklumat berkaitan latar belakang guru. Bahagian
B pula merangkumi 20 item yang berkaitan dengan tingkah laku inovatif guru. Soal
selidik dalam bahagian B dibentuk untuk mengukur tingkah laku inovatif guru. Soal
selidik ini mempunyai 20 item hasil daripada empat konstruk iaitu mengenal pasti atau
penerokaan peluang (5 item), menjana idea (5 item), mempromosi idea (5 item) dan
merealisasi idea (5 item). Soal selidik ini telah menggunakan asas pengukuran tingkah
laku inovatif yang dihasilkan oleh De Jong dan Den Hartog (2008) dan Messmann dan
Mulder (2012) serta digabung jalin dan di ubah suai berdasarkan kajian lepas (Ngann,
2016; Noorsafiza, 2016; Nur Atiqah, 2014) bagi mendapatkan kesesuaian untuk
kegunaan konteks tempatan. Skala pengukuran tingkah laku inovatif dalam kajian ini
menggunakan skala Likert yang dibahagikan kepada lima pilihan jawapan berkaitan
kekerapan. Pilihan jawapan tersebut adalah bermula dengan skala 1 (Tidak Pernah)
hingga skala 5 (Sangat Kerap). Daripada aspek kebolehpercayaan, nilai Cronbach
Alpha yang dicatatkan berdasarkan data daripada kajian rintis mendapati instrumen
ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.938.



DAPATAN KAJIAN

Daripada keseluruhan 1415 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, 333 orang
atau 23.5% merupakan responden lelaki dan 1082 orang (76.5%) merupakan
responden perempuan. Bagi aspek latar belakang sekolah, 623 orang (44.0%)
responden merupakan guru di sekolah luar bandar dan 792 orang (56.9%) responden
lagi guru di sekolah bandar. Daripada keseluruhan 1415 orang responden, 746 orang
(52.7%) responden merupakan guru sekolah kebangsaan dan baki 669 orang (47.3%)
responden lagi merupakan guru sekolah menengah kebangsaan.


Berkaitan dengan tahap tingkah laku inovatif guru pula, Jadual menunjukkan
ringkasan tentang analisis deskriptif skor tingkah laku inovatif guru bagi kajian ini.
Didapati skor terendah yang dicatatkan adalah pada 47.00 dengan kekerapan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 100

sebanyak 3 orang responden, manakala skor tertinggi yang dicatatkan pula adalah
skor penuh iaitu 100.00 dengan kekerapan sebanyak 17 orang responden. Skor yang
mempunyai kekerapan paling tinggi ialah 80.00 iaitu sebanyak 61 orang responden.
Analisis deskriptif yang dijalankan juga mendapati, skor min bagi tingkah laku inovatif
guru secara keseluruhan dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi iaitu
sebanyak 74.17 dengan sisihan piawai 10.33.


Jadual 1 Analisis deskriptif bagi skor tingkah laku inovatif guru


N Julat Skor Skor Min Sisihan Piawai
Minimum Maksimum
Skor Tingkah Laku
Inovatif Guru 1415 53 47.00 100.00 74.17 10.33


Daripada segi taburan tingkah laku inovatif guru mengikut pengelasan pula,
didapati kekerapan guru yang mempunyai tahap tingkah laku inovatif yang tinggi dan
sederhana adalah seimbang. Analisis yang dijalankan mendapati sebanyak 717 orang
(50.67%) guru mempunyai tahap tingkah laku inovatif yang sederhana. Jumlah ini
adalah hampir sama dengan jumlah guru yang mempunyai tahap tingkah laku inovatif
yang tinggi iaitu sebanyak 698 orang (49.33%) guru. Bagi tahap tingkah laku inovatif
yang rendah, tiada sebarang kekerapan dicatatkan. Jadual menunjukkan ringkasan
taburan tingkah laku inovatif guru dalam kajian ini.


Jadual 2 Taburan interpretasi tahap tingkah laku inovatif guru mengikut pengkelasan


Tahap Skor Kekerapan Peratusan
Tinggi 74 – 100 698 49.33
Sederhana 47 – 73 717 50.67
Rendah 20 – 46 0 0


PERBINCANGAN


Dapatan kajian mendapati tahap tingkah laku inovatif para guru dalam kajian ini
berada pada tahap yang tinggi dengan purata bagi keseluruhan skor tingkah laku
inovatif responden ialah sebanyak 74.32. Walaupun mencatatkan skor purata yang
tinggi, namun bilangan keseluruhan guru secara individu yang mempunyai tahap
tingkah laku inovatif yang tinggi didapati hampir seimbang dengan bilangan guru yang
mempunyai tahap yang sederhana. Peratusan yang mempunyai tahap tinggi ialah
sebanyak 49.89% berbanding tahap sederhana sebanyak 50.11%.

Secara umumnya, tahap tingkah laku inovatif para guru dalam kajian ini yang
mencapai tahap sederhana dan tinggi telah menggambarkan bahawa para guru
mempunyai kelakuan penerokaan, penjanaan, mempromosi dan merealisasi idea-


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 101

idea bagi menghasilkan dan mengaplikasikan perkara yang baru di tahap yang baik.
Ringkasnya, para guru mempunyai siri kelakuan yang menjurus kepada tingkah laku
yang inovatif. Secara teoretikalnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para guru
berupaya meneroka dan mengenal pasti peluang bagi menjana idea-idea baharu
dalam bidang tugas mereka (Basadur 2004; De Jong & Den Hartog 2008; Örnek &
Ayas 2015; West & Farr 1990). Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran misalnya,
para guru mempunyai kelakuan dan keupayaan untuk melihat masalah yang timbul
sebagai suatu peluang yang perlu diatasi dan bukannya satu halangan yang
melemahkan mereka. Sebagai contoh, masalah dalam membuatkan murid untuk
memahami tentang perkara yang diajar dilihat guru sebagai satu peluang yang boleh
diambil untuk menghasilkan sesuatu yang baharu seperti kaedah atau bahan bantu
belajar yang dapat membantu murid. Selain itu, para guru juga mempunyai kelakuan
untuk menjana dan mengembangkan idea yang berguna, relevan dan sesuai dengan
keperluan (De Spiegelaere, Van Gyes, De Witte, Niesen, & Van Hootegem, 2014;
Messmann & Mulder, 2012). Berbalik kepada contoh yang telah dikemukakan, para
guru akan cuba untuk menjana idea bagi menghasilkan strategi pengajaran yang lebih
berkesan atau menghasilkan inovasi dalam bahan bantu belajar misalnya yang
bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman murid.

Antara lain, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para guru turut
mempunyai tingkah laku dalam memperjuang dan mempromosi idea baharu yang
telah dijana (Howell & Higgins, 1990; King & Anderson, 2002; Van de Ven, 1986;
Zaltman, Duncan, & Holbek, 1973). Dalam konteks kajian ini, para guru dilihat
mempunyai tingkah laku bagi mempromosi idea baharu untuk mendapatkan
sokongan untuk tujuan pengaplikasian bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pemudahcaraan serta kemenjadian murid. Sokongan yang diperlukan dalam hal ini
bukanlah terhad kepada sokongan daripada murid semata-mata, malah turut
melibatkan sokongan daripada rakan guru dan juga pentadbir sekolah terutamanya.
Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para guru turut mempunyai
kelakuan untuk mengaplikasikan idea baharu yang telah dihasilkan bagi menjadi
suatu realiti. Sebagai contoh, setelah guru berjaya menghasilkan idea baharu seperti
inovasi bahan bantu belajar yang dapat menyelesaikan masalah dalam sesi
pembelajaran misalnya, guru akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan
penyelesaian ini agar dapat diaplikasikan.

Berbeza dengan kajian-kajian lepas yang dijalankan dalam konteks tingkah
laku inovatif guru di Malaysia yang hanya memberikan tumpuan kepada guru sekolah
menengah, kajian ini telah melibatkan lebih ramai daripada kalangan guru sekolah
rendah. Berbanding dengan dapatan kajian lepas, dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa secara umumnya telah berlaku peningkatan berkenaan tahap tingkah laku
inovatif guru iaitu daripada tahap yang rendah dan sederhana dalam kajian lepas
kepada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian lepas yang diperoleh
menunjukkan tahap tingkah laku inovatif guru di Malaysia hanya berada pada paras


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 102

sederhana (Abdul Ghani & Ying-Leh, 2016; Aziah & Al Amin, 2019; Aziah et al., 2016)
dan sederhana tinggi (Noor Hashimah et al., 2019).

Salah satu penjelasan yang logik dan kelihatan ketara bagi peningkatan
dapatan tahap tingkah laku inovatif guru dalam kajian ini adalah berkemungkinan
disumbangkan oleh faktor responden yang digunakan. Berbeza dengan kajian lepas
yang menggunakan responden yang terhad kepada guru sekolah menengah,
responden kajian ini dilihat mempunyai latar belakang yang lebih pelbagai dengan
52.7% atau 746 orang daripada keseluruhan responden ialah mereka daripada
golongan guru sekolah rendah. Perbezaan ini dilihat mempunyai kebarangkalian
dalam menerangkan fenomena yang berlaku. Walaubagaimanapun, penjelasan ini
memerlukan kajian yang lebih lanjut untuk dilakukan pada masa hadapan bagi
membuat pengesahan yang lebih kukuh secara empirikal.

Selain itu, salah satu penjelasan lain yang mungkin boleh menerangkan
tentang peningkatan tahap tingkah laku inovatif guru dalam kajian ini adalah
berkenaan dengan situasi semasa yang sedang berlaku dalam dunia pendidikan di
Malaysia ini sendiri. Sejak kebelakangan ini, pengkaji melihat wujud pelbagai usaha
yang telah dilakukan oleh KPM untuk menggalakkan inovasi secara khusus bagi
tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Antara usaha nyata yang dilakukan
adalah dengan memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif bagi menggalakkan
guru menghasilkan inovasi atau sesuatu yang baharu untuk memudahkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) misalnya
telah diadakan setiap tahun untuk menggalakkan pembudayaan dan penghasilan
inovasi dalam kalangan guru (Maszlee, 2019). Usaha giat yang dilakukan KPM seperti
ini secara tidak langsung mungkin telah mendorong kepada tingkah laku yang lebih
inovatif dalam kalangan guru secara sedikit demi sedikit.



KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, walaupun skor purata bagi tingkah laku inovatif guru dalam
kajian ini adalah tinggi, namun perhatian masih tetap perlu diberikan kerana peratusan
guru yang mencapai tahap tinggi masih belum cukup memuaskan. Peratusan guru
yang hanya mencapai tahap sederhana dilihat agak tinggi. Pihak bertanggungjawab
perlu melihat dengan lebih mendalam berkenaan fenomena ini. Perhatian berkenaan
kefahaman tentang punca dan isu yang boleh menjejaskan tahap tingkah laku inovatif
dalam kalangan guru perlu diberi keutamaan. Kefahaman yang mendalam berkenaan
fenomena ini pastinya akan membantu untuk memahami halangan yang wujud bagi
guru untuk mencapai tahap tingkah laku inovatif yang lebih tinggi. Melalui kefahaman
yang mendalam ini juga, tindakan-tindakan proaktif serta usaha yang berterusan boleh
diambil bagi memastikan lebih ramai guru mempunyai tahap tingkah laku inovatif yang
lebih tinggi pada masa hadapan.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 103

Memiliki guru yang mempunyai tingkah laku inovatif yang tinggi merupakan
suatu perkara yang sangat positif kerana akan dapat meningkatkan lagi kualiti
pendidikan. Hal ini kerana seorang guru yang mempunyai tingkah laku inovatif dilihat
akan sentiasa mencari kaedah, teknik atau pendekatan yang baru dan bersesuaian
untuk meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran yang diajar. Selain itu,
perkembangan semasa yang sangat pantas ketika ini juga akan menjadikan guru yang
mempunyai tingkah laku inovatif lebih cakna dengan keperluan semasa agar dapat
bergerak seiring dan tidak ketinggalan.




Rujukan

Abdul Ghani, K. A., & Ying-Leh, L. (2016). The Mediating Role of Workplace
Happiness on Teachers’ Innovative Behavior and Affective Commitment for
Malaysian Secondary Schools : A Cross-Sectional Questionnaire Survey.
Teacher Educations and Curriculum Studies, 1(1), 15–19.
https://doi.org/10.11648/j.tecs.20160101.12

Aziah, I., & Al Amin, M. (2019). The Impact of Transformational Leadership and
Commitment on Teachers’ Innovative Behaviour. Advances in Social Science,
Education and Humanities Research, 304(ACPCH 2018), 426–430.
https://doi.org/10.2991/acpch-18.2019.100

Aziah, I., Wan Norkursiah, Z. A., & Abdul Ghani, A. (2016). Do Malaysian Teachers ’
Innovative Behavior Influenced by Psycological Empowerment. International
Conference on Business and Social Sciences, (March), 286–299.

Aziyah, M. Y., & Samy, N. K. (2019). Examining The Impact Of Perceived
Transformational Leadership On Innovative Work Behaviour: Role Of Teacher
Self-Efficacy. International Journal of Education, Islamic Studies and Social
Sciences Research, 4(1), 1–18.

Baharuddin, M. F., Masrek, M. N., & Shamila, M. S. (2019). Innovative Work Behaviour
of School Teachers: A Conceptual Framework. International E-Journal of
Advances in Education, 5(14), 213–221. https://doi.org/10.18768/ijaedu.593851

Basadur, M. (2004). Leading others to think innovatively together: Creative leadership.
The Leadership Quarterly, 15(1), 103–121.

Berzin, S., & Camarena, H. (2018). Innovation from within: Redefining how nonprofits
solve problems. New York: Oxford University Press.

Cloete, A. L. (2017). Technology and education: Challenges and opportunities. HTS
Theological Studies, 73(4), 1–7.

De Jong, J., & Den Hartog, D. (2008). Innovative Work Behavior: Measurement and
Validation. EIM Business and Policy Research, 8(1), 1–27.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 104

De Spiegelaere, S., Van Gyes, G., De Witte, H., Niesen, W., & Van Hootegem, G.
(2014). On the relation of job insecurity, job autonomy, innovative work behaviour
and the mediating effect of work engagement. Creativity and Innovation
Management, 23(3), 318–330.

Dorenbosch, L., Engen, M. L. van, & Verhagen, M. (2005). On the job innovation: The
impact of job design and human resource management through production
ownership. Creativity and Innovation Management, 14(2), 129–141.

Howell, J. M., & Higgins, C. A. (1990). Champions of change: Identifying,
understanding, and supporting champions of technological innovations.
Organizational Dynamics, 19(1), 40–55.

Isabel Ma Prieto, & Pérez-Santana, M. P. (2014). Managing innovative work behavior:
the role of human resource practices. Personnel Review, 43(2), 184–208.
https://doi.org/10.1108/PR-11-2012-0199

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

King, N., & Anderson, N. (2002). Managing innovation and change: A critical guide for
organizations (2nd ed.). London: Thompson Learning Inc.

Kleysen, R. F., & Street, C. T. (2001). Toward a multi-dimensional measure of
individual innovative behavior. Journal of Intellectual Capital, 2(3), 284–296.

Kristoffersen, I. (2018). Great expectations: Education and subjective wellbeing.
Journal of Economic Psychology, 66, 64–78.

Maszlee, M. (2019). Teks Ucapan Menteri Pendidikan Sempena Perasmian
Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Kebangsaan dan Pesta Buku
IPG.

Messmann, G., & Mulder, R. H. (2012). Development of a measurement instrument
for innovative work behaviour as a dynamic and context-bound construct. Human
Resource Development International, 15(1), 43–59.

Ngann, S. W. (2016). Hubungan Antara Pembelajaran Berorganisasi Dengan Tingkah
Laku Kerja Inovatif Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Bai’ah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Nik Ramli, N. A. R., & Norhajawati, A. H. (2015). Innovative Behavior in Educational
Institutions : The Role of Transformational Leadership and Teamwork Attitude.
Journal of Management Sciences, 1(1), 39–62.

Noor Hashimah, H., Faiz, M., Yaakob, M., Yusof, M. R., & Ibrahim, M. Y. (2019).
Innovative Behavior among Teachers : Empirical Evidence from High-
Performance Schools. International Journal of Innovative Technology and
Exploring Engineering, 8(10), 1695–1699.
https://doi.org/10.35940/ijitee.J9015.0881019


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 105

Noorsafiza, M. S. (2016). Pembelajaran di Organisasi dan Persekitaran Kerja
terhadap pembentukan tingkah laku kerja inovatif. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Nur Atiqah, A. (2014). Modal Psikologi Positif & Nilai Kerja sebagai Peramal kepada
Tingkah Laku Inovatif. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Örnek, A. Ş., & Ayas, S. (2015). The relationship between intellectual capital,
innovative work behavior and business performance reflection. Procedia-Social
and Behavioral Sciences, 195, 1387–1395.

Serdyukov, P. (2017). Innovation in education: what works, what doesn’t, and what to
do about it? Journal of Research in Innovative Teaching & Learning, 10(1), 4–33.
https://doi.org/10.1108/jrit-10-2016-0007

Stan, D. S., Gyes, G. Van, & Hootegem, G. Van. (2014). The concept of Innovative
Work Behavior: Definition and orientation. Gedrag & Organisatie, 27(2), 139–156.

Van de Ven, A. H. (1986). Central problems in the management of innovation.
Management Science, 32(5), 590–607.

West, M. A., & Farr, J. L. (1989). Innovation at work: Psychological perspectives.
Social Behaviour, 4(1), 15–30.

West, M. A., & Farr, J. L. (1990). Innovation and Creativity at Work: Psycological and
Organizational Strategies. Chicester: John Wiley.

Zahari, A., & Abd Latif, K. (2016). The Effects of Transformational Leadership towards
Teachers Innovative Behavior in Schools. International Journal of Scientific and
Research Publications, 6(5), 283–286. Retrieved from www.ijsrp.org

Zaltman, G., Duncan, R., & Holbek, J. (1973). Innovations and organizations. New
York: John Wiley & Sons.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 106

KEBERKESANAN KAEDAH VISUAL LAKARAN DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH
MURID-MURID TINGKATAN LIMA

2
3
1 Shapiza Sharif, PhD; Roslina Suratnu, PhD; Haslinda Mohamad Saad;
5
4 Nirwana Mohd Rashid, PhD & Nor Asilah Osman

1,2,3,4,5 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

[email protected]


Abstrak

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah visual lakaran
dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah tingkatan 5. Kajian kuasi-
eksperimen ini adalah berbentuk kuantitatif. Sampel kajian ini melibatkan sebanyak
60 orang murid yang terdiri daripada 30 orang murid bagi kumpulan rawatan yang
diajar menggunakan kaedah visual lakaran dan 30 orang murid bagi kumpulan
kawalan. Instrumen yang digunakan merangkumi ujian pra, ujian pasca dan senarai
semak. Instrumen ujian pra dan pasca dilaksanakan bagi melihat hasil dalam
perbezaan prestasi menjawab soalan struktur bagi kumpulan rawatan dan kawalan.
Instrumen senarai semak digunakan bagi melihat jawapan bahagian struktur murid.
Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) Version 23.0. Hasil kajian juga dianalisis menggunakan
ujian-t. Skor min bagi kumpulan eksperimen ialah 32.167 dengan sisihan piawai
3.464 menunjukkan dapatan yang lebih tinggi jika dibandingkan skor min bagi
kumpulan kawalan 18.9 dan sisihan piawai 3.826. Secara keseluruhan, majoriti murid
mempunyai keyakinan bahawa kaedah visual lakaran dapat memudahkan murid
mengingat fakta Sejarah. Implikasi dapatan kajian ini membuktikan kaedah visual
lakaran wajar digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sejarah.

Kata Kunci: Kaedah, visual lakaran, mengingat, fakta, Sejarah


Abstract

The purpose of this study is to investigate the effectiveness of visual sketch method in
improving memorisation of Form Five History facts. This quasi-experiment was carried
out through a quantitative approach. The sample group for this study involved 60
students; 30 of whom were taught using the visual sketch method as the experiment
group while the other 30 students as a control group. The instruments used consisted
of a pre-test, post-test, and a checklist. The pre- and post-tests were conducted in
order to observe the performance differences in answering structural questions for the
experiment and control group while the checklist was used to examine the students’
answers for the structured section. The data obtained were analyzed using
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 23.0 software. Results of
the study were analysed using a t-test. The mean score of the experiment group was
32.167 with a standard deviation of 3.464, showing higher findings in comparison to


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 107

the control group which recorded a mean score of 18.9 with a standard deviation of
3.826. Overall, majority of the students are confident that the visual sketch method
makes it easier for them to memorise facts in History. The implication of this study’s
findings prove that the visual sketch method is practical and should be used as one of
the strategies of teaching and learning History as a subject.


Keywords: method, visual sketch, memorisation skills, facts, History


PENDAHULUAN

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Sejarah sebagai mata
pelajaran wajib lulus pada tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011) dan Sejarah sebagai mata pelajaran teras
untuk sekolah rendah mulai 2014 (Yong, 2013), membuktikan usaha kerajaan
memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia. Perkara ini turut diakui oleh Shakila Yacob
(2010) tentang kedudukan mata pelajaran Sejarah di negara kita. Ini bermakna
kedudukan mata pelajaran Sejarah selaras dengan transformasi dalam sistem
pendidikan negara iaitu perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2011. Dalam
konteks ini, kemahiran mengingat fakta adalah sangat penting dalam mata pelajaran
Sejarah. Murid akan menghadapi kesukaran menjawab soalan apabila tidak dapat
menguasai kemahiran ini. Masalah mengingat fakta perlu diatasi kerana menjadi
halangan dalam kalangan murid lemah meningkatkan prestasi. Menurut Malik et al.,
(2020) setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri.
Dalam erti kata lain, strategi pembelajaran yang bersesuaian penting untuk
meningkatkan kemampuan mengingat kembali dalam kalangan murid. Lantas guru
Sejarah perlu lebih kreatif dalam memilih teknik pembelajaran berkesan agar dapat
membantu murid mengingati fakta.


PERNYATAAN MASALAH

Mata pelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran murid untuk menghafal
dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Ini berikutan isi kandungan mata
pelajaran Sejarah terlalu sarat dengan fakta (Rohaimi Ishak & Rohani Jantan, 2015).
Maka tidak hairanlah, Sejarah dikaitkan sebagai mata pelajaran yang kurang diminati
dalam kalangan murid. Keadaan ini menyukarkan mereka mencapai keputusan yang
memberangsangkan (Norakma Daud et al., 2016). Yong (2013) turut mengakui
perkara yang sama bahawa murid menghadapi masalah untuk mengingati fakta dan
urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab dan seterusnya gagal dalam peperiksaan
awam. Justeru strategi pembelajaran yang bersesuaian penting untuk meningkatkan
kemampuan mengingat kembali dalam kalangan murid. Tambah pula, setiap orang
mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri. Hal ini seiring
dengan dapatan kajian Kaviza (2019) bahawa dalam kurikulum sejarah melibatkan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 108

gaya pembelajaran murid yang berbeza. Gaya pembelajaran boleh menarik minat
dan mendorong murid untuk belajar (Malik al., 2020). Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk melihat keberkesanan kaedah visual lakaran dalam meningkatkan kemahiran
mengingat fakta sejarah dan pencapaian murid Tingkatan 5 bagi mata pelajaran
Sejarah.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti perbezaan tahap prestasi murid menjawab soalan struktur
menggunakan kaedah visual lakaran.
2. Mengenal pasti keberkesanan kaedah visual lakaran dalam meningkatkan
kemahiran mengingat fakta Sejarah.


PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah:

1. Adakah terdapat perbezaan tahap prestasi murid bagi menjawab soalan
struktur menggunakan kaedah visual lakaran?
2. Adakah terdapat keberkesanan kaedah visual lakaran dalam meningkatkan
kemahiran mengingat fakta Sejarah?


KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana menyediakan kaedah visual lakaran agar murid berminat
dengan mata pelajaran Sejarah. Fakta yang terlalu banyak dapat dirungkaikan
dengan mudah menggunakan kaedah visual lakaran. Selain itu, murid merasa
seronok kerana kaedah visual lakaran menggunakan konsep geometri dan dikaitkan
dengan suasana di dalam kelas dan visual lakaran gambar tunggal. Pembelajaran
menjadi lebih bermakna kepada murid. Guru juga boleh mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan memanfaatkan pemikiran kreatif dan inovasi
agar murid dapat mempelajari Sejarah dengan lebih mudah.


TINJAUAN LITERATUR

Jika disorot penulisan-penulisan sedia ada berkaitan kemahiran mengingat fakta
sejarah, Haini Shafikah (2017) menggunakan peta dakap untuk meningkatkan
kemahiran mengingat fakta Sejarah bagi penciptaan bendera Malaysia dalam
kalangan murid Tahun Lima. Melalui penulisan Shaareny dan Salmah (2017) pula
menonjolkan penggunaan Roda Masa dapat meningkatkan kemahiran menyusun
fakta sejarah mengikut kronologi dalam kalangan murid Tahun Empat. Penulisan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 109

Ibrahim (2021) berfokus kepada meningkatkan kemahiran menulis esei Sejarah
melalui kaedah “Gampang Bermadu 2.0” memudahkan murid mengingat fakta bagi
menghasilkan esei yang baik.

Kaedah visual lakaran pula telah diterapkan dalam pelbagai bidang seperti
Seni Reka (Misuan & Sula, 2017; Muhamad Firdaus Ramli et al., 2019; Zainal Abidin
& Ibrahim, 2004). Lakaran asas kemahiran seni visual turut didedahkan dalam aktiviti
pendidikan kanak-kanak prasekolah (Muhamad Firdaus Ramli & Rofidah Musa,
2020). Malah bidang Matematik (Lasiun, 2016) dan Bahasa Melayu tidak ketinggalan
menggunakan kaedah visual lakaran (Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod,
2019). Namun kaedah ini tidak dimanfaatkan dalam mata pelajaran Sejarah khusus
dalam mengingat fakta. Dapatan kajian Rahmana et al. (2014) menjelaskan bahawa
pembelajaran melibatkan elemen visual mempunyai hubung kait dengan peningkatan
dalam pencapaian akademik murid.

Cohen dan Cowen (2011) telah membuktikan selain kemahiran lisan, membaca
dan menulis, pelajar perlu diberi pendedahan dan peluang dalam memahami literasi
visual, teknologi dan media. Literasi visual adalah ‘bahasa’ dalam bentuk ikon, gambar
dan lukisan. Bahan visual ini diinterpretasi oleh seseorang untuk memahami dan
mengumpul maklumat. Dapatan kajian Zalikha Mat Saad (2016) menunjukkan
maklumat kepentingan lakaran 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak
khusus dalam bidang semantik.

Dapatan kajian Ahmad Fikri Ab. Rahman dan Zamri Mahamod (2019)
menunjukkan teknik lakaran bersama peta alir i-Think mampu meningkatkan
kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi adalah
konsisten dengan kajian Dzulkifli Awang (n.d.) yang telah melaporkan bahawa melalui
lakaran dapat menonjolkan idea. Namun begitu, asas lakaran secara bertema telah
menyekat kreativiti kanak-kanak untuk melakar dalam kajian Rofidah Musa et al.,
(2019) adalah bertentangan dengan kajian Siti Hayati Mohd Yusoff dan Halim Husain
(2021) yang melaporkan bahawa murid yang belajar menggunakan visual mudah
untuk mendapatkan maklumat.

Kajian-kajian mengenai visual lakaran menunjukkan kaedah ini boleh
menghasilkan pencapaian tinggi murid dalam sesuatu pengajaran. Namun, kajian-
kajian penggunaan kaedah visual lakaran dalam pengajaran Sejarah masih perlu
diperbanyakkan khususnya untuk mengingati fakta. Bersangkutan dengan itu, kajian
ini bertujuan meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah dengan
menggunakan kaedah visual lakaran sekali gus meningkatkan tahap prestasi murid
dalam mata pelajaran Sejarah.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 110

METODOLOGI

Pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan kajian kuantitatif dan berbentuk kuasi-
eksperimen. Earl (2013) telah mengatakan bahawa reka bentuk eksperimen
dilakukan bertujuan untuk penerokaan, penerangan dan deskriptif. Oleh itu, pemilihan
kajian kuasi-eksperimen ini dilakukan kerana bentuk kajian ini sesuai dan baik bagi
mengukur keberkesanan. Sebelum kajian dilaksanakan prosedur menggunakan
visual lakaran telah dijalankan terlebih dahulu bersama guru Sejarah yang akan
mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan visual lakaran
tersebut. Kajian ini dilakukan selama 6 minggu, kekerapan pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran pula adalah sekali dalam seminggu. Setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran, kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan
konvensional, kumpulan rawatan pula menggunakan kaedah visual lakaran.


Kajian ini melibatkan salah sebuah sekolah menengah dalam Program
Transformasi Daerah (DTP) Meningkatkan Peratus Lulus SPM 2020 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Daerah Kuala Langat, Selangor.
Program ini khusus untuk mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima selari dengan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah. Sampel kajian
terdiri daripada 60 orang murid Tingkatan 5 dalam dua kelas sedia ada di salah
sebuah sekolah menengah tersebut. Sampel kajian ini melibatkan 30 orang murid bagi
kumpulan rawatan yang diajar menggunakan kaedah visual lakaran dan 30 orang
murid bagi kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Kedua-dua
kumpulan sampel ini dipilih berdasarkan Take of Value (TOV) menunjukkan prestasi
kedua-dua kumpulan sampel adalah setara.

Set instrumen soalan melalui ujian pra dan ujian pasca telah dibina pengkaji
bersama Ketua Panitia Sejarah dan Ketua Bidang di sekolah kajian dijalankan. Set
instrumen soalan memfokuskan empat soalan struktur bahagian A Sejarah Kertas 2
(Kod 1249/2) yang mirip soalan SPM sebenar. Cakupan konteks berdasarkan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP KSSM Sejarah.
Konstruk utama dalam Kertas 2 ialah mengingat selain memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Cakupan tajuk meliputi Kemunculan Tamadun
Awal Manusia. Kajian ini memfokuskan kepada Ciri-ciri Tamadun Awal Manusia dan
Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus. Di samping itu, tajuk Kesedaran
Pembinaan Negara dan Bangsa menumpukan Ciri-ciri Negara Bangsa dan Ciri-ciri
Raja dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Peruntukan markah bagi
pecahan soalan ini adalah 10 markah. Kumpulan kawalan dan rawatan akan diberikan
terlebih dahulu ujian pra sebelum sesi pengajaran menggunakan kaedah visual
lakaran bermula.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 111



Dalam kumpulan rawatan, sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan
pelaksanaan aktiviti menggunakan visual lakaran yang dibangunkan khusus untuk
mengingat Ciri-ciri Tamadun Awal Manusia. Sesi pengajaran dilaksanakan dengan
guru mengedarkan bahan visual lakaran asas 1 berukuran kertas A4. Guru
menerangkan maksud lakaran yang disediakan kepada murid-murid. Pada setiap kali
sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ciri-ciri Tamadun Awal Manusia,
iaitu (i) Bahasa dan tulisan, (ii) Kehidupan berorganisasi, (iii) Sistem pentadbiran, (iv)
Pengkhususan kerja, (v) Petempatan kekal dan (vi) Agama dan kepercayaan guru
akan merujuk lakaran 1 bagi melabelkan ciri-ciri tersebut dalam visual lakaran.


Secara lebih terperinci lakaran 1 menunjukkan Ciri-ciri Tamadun Awal Manusia
yang mengandungi carta info mewakili bahasa dan tulisan. Seterusnya, carta
organisasi kelas mewakili kehidupan berorganisasi. Meja guru pula mewakili sistem
pentadbiran, orang lidi mewakili guru Sejarah yang sedang melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Tindakan guru tersebut mewakili ciri
pengkhususan kerja. Meja pelajar mewakili petempatan kekal dan pelajar pelbagai
bangsa di dalam kelas tersebut mewakili agama dan kepercayaan.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 112


PAPAN PAPAN
KENYATAAN KENYATAAN
PAPAN PUTIH
CARTA INFO CARTA
(Bahasa dan ORGANISASI
tulisan) (Kehidupan
berorganisasi)



MEJA GURU
(Sistem
pentadbiran)

Guru Sejarah hanya
mengajar mata
pelajaran Sejarah
(Pengkhususan
Kerja)


MEJA 1 MEJA 4
(Petempatan kekal) (Petempatan kekal)


Pelajar Melayu Pelajar Cina
(Agama dan (Agama dan
kepercayaan) kepercayaan)


MEJA 2 LORONG MEJA 5
(Petempatan kekal) KELAS (Petempatan kekal)



Pelajar India
(Agama dan
kepercayaan)


MEJA 3 MEJA 6
(Petempatan kekal) (Petempatan kekal)




Lakaran 1: Ciri-ciri Tamadun Awal Manusia
Sumber: Koleksi Peribadi Shapiza Sharif


Sesi pengajaran diteruskan dengan guru mengedarkan bahan visual lakaran
asas 2 berukuran kertas A4. Guru menerangkan maksud lakaran yang disediakan
kepada murid-murid. Pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus, iaitu (i) Terbahagi kepada dua
bahagian, (ii) Bahagian utama pentadbiran, (iii) Bahagian kedua perumahan, (iv)
Perumahan berbentuk blok segi empat, (v) Jalan raya yang lurus dan (vi) Di kelilingi
tembok. Guru akan merujuk lakaran 2 bagi melabelkan ciri-ciri tersebut dalam visual
lakaran.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 113

Secara lebih terperinci lakaran 2 pula menunjukkan Ciri-ciri Bandar Terancang
Tamadun Indus. Lakaran 2 terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian
papan putih mewakili pentadbiran dan bahagian kedua, iaitu meja-meja di dalam kelas
mewakili perumahan. Susunan meja-meja mewakili perumahan yang berbentuk blok
segi empat. Seterusnya, lorong perantaraan meja mewakili jalan raya yang lurus
dalam bandar terancang dan dinding kelas yang diperbuat daripada batu-bata
mewakili mewakili tembok bagi bandar terancang tersebut.



BAHAGIAN 1

PAPAN PUTIH


BAHAGIAN 2


MEJA 1 MEJA 4
(Rumah blok segi empat) (Rumah blok segi empat)



DINDING DINDING
KELAS MEJA 2 LORONG MEJA 5 KELAS
(Di (Rumah blok segi empat) KELAS (Rumah blok segi empat) (Di
kelilingi (Dipisahkan kelilingi
tembok) jalan raya tembok)
yang lurus)


MEJA 3 MEJA 6
(Rumah blok segi empat) (Rumah blok segi empat)





Lakaran 2: Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus
Sumber: Koleksi Peribadi Shapiza Sharif

Seterusnya, guru mengedarkan bahan visual lakaran asas 3 berukuran kertas
A4 untuk sesi pengajaran ini. Guru menerangkan maksud lakaran yang disediakan
kepada murid-murid. Pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan ciri-ciri Negara dan Bangsa, iaitu (i) Negara (ii) Kerajaan, (iii) Bangsa dan
(iv) Perlembagaan. Guru akan merujuk lakaran 3 bagi melabelkan ciri-ciri tersebut
dalam visual lakaran.

Secara lebih terperinci lakaran 3 pula menunjukkan Ciri-ciri Negara dan
Bangsa. Lakaran 3 bahagian papan putih mewakili perlembagaan yang merupakan
peraturan tertinggi dan kelas mewakili negara. Seterusnya, meja guru mewakili
kerajaan dan pelajar pelbagai bangsa di dalam kelas tersebut mewakili bangsa.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 114



PAPAN PUTIH

(Perlembagaan)


DINDING Kelas DINDING
KELAS (Negara) KELAS



MEJA GURU
(Kerajaan)



MEJA 1 MEJA 4



Pelajar Melayu Pelajar Cina
(Bangsa) (Bangsa)



MEJA 2 LORONG MEJA 5
KELAS


Pelajar Melayu
Pelajar India (Bangsa)
(Bangsa)


MEJA 3 MEJA 6



Pelajar Cina Pelajar India
(Bangsa) (Bangsa)



Lakaran 3: Ciri-ciri negara bangsa
Sumber: Koleksi Peribadi Shapiza Sharif


Sesi pengajaran diteruskan dengan guru mengedarkan bahan visual lakaran
asas 4 berukuran kertas A4. Guru menerangkan maksud lakaran yang disediakan
kepada murid-murid. Sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan ciri-ciri Raja
dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, iaitu (i) Melayu (ii) Islam, (iii) Lelaki dan
(iv) Keturunan. Guru akan merujuk lakaran 4 bagi melabelkan ciri-ciri tersebut dalam
visual lakaran.

Secara lebih terperinci lakaran 4 pula menunjukkan ciri-ciri Raja dalam Undang-
undang Tubuh Kerajaan Johor. Lakaran 4 orang lidi mewakili seorang Melayu,
beragama Islam, lelaki dan berketurunan Raja.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 115




Haus, minum
susu (MILK)



Melayu


Islam



Lelaki



Keturuna
n



Lakaran 4: Ciri-ciri Raja dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor



Kemudian, ujian pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan selepas sesi
rawatan dijalankan. Ujian dilaksanakan bagi melihat tahap prestasi murid menjawab
soalan struktur ini. Gred prestasi soalan struktur sampel ini dilakukan berdasarkan
rubrik di bawah mirip kertas rubrik sebenar SPM.


Jadual 1: Rubrik Pemarkahan Bahagian A (Soalan Struktur)


Setiap soalan mengandungi 3 pecahan iaitu a, b dan c.
Peruntukan markah 2, 4, 4.
Jumlah markah 10% untuk setiap soalan.
1 isi 1 markah.

Gred / markah Item

Soalan (a) aras mengetahui dan 2 isi atau lebih untuk 2 markah.
memahami Jawapan ringkas dan mudah.
2 markah Kosa kata Bahasa Melayu sederhana
dan terhad diterima.

Soalan (b) aras memahami/ mengaplikasi/ 4 isi atau lebih untuk 4 markah.
menganalisis Kosa kata Bahasa Melayu sederhana
4 markah dan terhad diterima.
Jawapan ringkas dan mudah.

Soalan (c) aras menilai, menjana idea 4 isi atau lebih untuk 4 markah.
4 markah Jawapan ringkas dan mudah.
Kosa kata Bahasa Melayu sederhana
dan terhad diterima.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 116

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan tahap prestasi murid bagi menjawab
soalan struktur menggunakan kaedah visual lakaran?

Bagi mengenal pasti jika terdapat perbezaan tahap prestasi murid dalam soalan
struktur dengan menggunakan kaedah visual lakaran, soalan ujian pra dan ujian
pasca telah diberikan. Jadual 2 menunjukkan perbandingan antara dua min bagi
ujian pra kumpulan rawatan dan kawalan iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dengan nilai t(29) = - 0.045, p>0.05. Hasil dapatan ini menunjukkan nilai
signifikan 0.482 lebih besar daripada aras signifikan .05. Hal ini menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap prestasi dalam soalan struktur bagi skor min
markah keseluruhan ujian pra antara kumpulan rawatan dan kawalan. Markah ujian
dalam pra soalan struktur antara kumpulan rawatan dan kawalan adalah setara.

Jadual 2: Ujian-t yang tidak bersandar bagi tahap prestasi soalan struktur
ujian pra kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan Min Beza Sisihan t df p
Min Piawai
Rawatan 17.967 -0.034 3.765 -0.045 29 0.482
Kawalan 17.933 - 3.316


Bagi mengenal pasti jika terdapat perbezaan tahap prestasi murid dalam menjawab
soalan struktur berdasarkan kaedah visual lakaran, soalan ujian pra dan ujian pasca
telah diberikan. Jadual 3 pula menunjukkan perbandingan antara skor min bagi
ujian pasca kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Seterusnya, skor min bagi kumpulan rawatan 32.167 dengan sisihan piawai
3.464 menunjukkan dapatan yang lebih tinggi jika dibandingkan skor min bagi
kumpulan kawalan 18.9 dan sisihan piawai 3.826. Perbezaan min kedua-dua
kumpulan ini ialah -13.17. Analisis ujian-t yang tidak bersandar mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan dalam tahap prestasi murid bagi skor min markah
keseluruhan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kawalan dengan nilai-t (29) =
-12.463, p<0.05.

Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi tahap prestasi murid
melalui skor min markah secara keseluruhan dalam ujian pasca kumpulan
eksperimen dan kawalan. Tahap prestasi kumpulan eksperimen dalam menjawab
soalan struktur menggunakan kaedah visual lakaran adalah lebih baik dan tinggi jika
dibandingkan kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah tradisional.

Jadual 3: Ujian-t yang tidak bersandar bagi tahap prestasi soalan struktur ujian pasca bagi
kumpulan rawatan dan kawalan


Kumpulan Min Beza Sisihan t df p
Min Piawai
Rawatan 32.167 -13.17 3.464 -12.463 29 .000
Kawalan 18.9 - 3.826


Berdasarkan hasil ujian pasca kumpulan rawatan, jawapan murid dilihat
lebih baik dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Penggunaan kaedah visual


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 117

lakaran dalam kajian ini mampu meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam
menjawab soalan struktur Sejarah dengan baik. Hal ini menunjukkan penggunaan
visual lakaran adalah satu faktor pendorong perubahan positif ini. Selaras pernyataan
Agung Rinaldy et al., (2020) mengatakan gaya pembelajaran boleh menarik minat
seseorang selari dengan dapatan kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013)
menjelaskan bahawa guru hendaklah memilih bahan bantu mengajar yang pelbagai
dalam menarik minat murid untuk belajar. Hal ini seiring dengan dapatan kajian
Ahmad Rizal Madar (2006) menunjukkan penggunaan visual adalah merupakan salah
satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses
pembelajaran. Cara ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai peralatan lain lagi
yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks.

Soalan Kajian 2: Adakah terdapat keberkesanan kaedah visual lakaran dalam
meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah?

Penggunaan kaedah visual lakaran dalam konteks kajian ini juga dilakukan bagi
melihat jika terdapat beza dalam menjawab soalan struktur kumpulan rawatan
yang telah menggunakan kaedah visual lakaran. Min prestasi bagi ujian pra dan
pasca kumpulan rawatan boleh dilihat dalam jadual 4. Dapatan kajian menunjukkan
min penguasaan soalan struktur dalam ujian pasca adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan min bagi ujian pra. Min prestasi aspek soalan struktur ujian pra
ialah 17.966 dengan sisihan piawai 3.765, ujian pasca pula menunjukkan 32.167
dengan sisihan piawai 3.508.

Seterusnya, data ujian-t sampel berpasangan bagi ujian pra dan ujian pasca
kumpulan rawatan didapati terdapatnya perbezaan min yang signifikan dengan nilai-
t (29) = -13.803, p<.05. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan markah bahagian
struktur kumpulan rawatan apabila menggunakan kaedah visual lakaran. Hal ini
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi tahap prestasi bahagian soalan
struktur dalam skor min ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan.


Jadual 4: Min tahap prestasi soalan struktur kumpulan rawatan dalam ujian pra dan
pasca

Kumpulan Min Beza Min Sisihan Piawai

Ujian Pra 17.966 - 3.765

Ujian Pasca 32.167 14.201 3.508


Jadual 5 pula menunjukkan skor min yang telah didapati dari kumpulan rawatan yang
menunjukkan skor yang lebih baik dan tinggi iaitu 32.167 dengan sisihan piawai 3.508
dibandingkan skor min bagi kumpulan kawalan 18.9 dengan sisihan piawai 3.890.
Selain itu, ujian-t telah mendapati perbezaan signifikan dalam prestasi soalan
struktur dengan nilai-t (29) = -12.463, p<0.05. Hal yang demikian menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan bagi tahap prestasi murid bagi skor min ujian pasca
antara kumpulan rawatan dan kawalan.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 118


Jadual 5.0: Ujian-t tidak bersandar bagi tahap prestasi bagi skor min ujian pasca
kumpulan kawalan serta rawatan

Kumpulan Min Beza Min Sisihan t df p
Piawai
Rawatan 32.167 -13.267 3.508 -12.463 29 .000

Kawalan 18.9 - 3.890

Dapatan di atas jelas membuktikan penggunaan kaedah visual lakaran membantu
murid menjawab soalan struktur dengan baik dan menepati kehendak soalan. Hasil
kajian Siti Hayati Mohd Yusoff dan Halim Husain (2021) mendapati satu inovasi dalam
pengajaran dapat meningkatkan integrasi domain pembelajaran murid berdasar gaya
belajar visual. Perkara ini menyumbang kepada tahap prestasi mereka. Perbandingan
dalam skor min bagi kumpulan rawatan dilihat lebih baik jika dibandingkan skor min
dengan kumpulan kawalan. Seterusnya, perbezaan signifikan didapati dalam ujian-
t bagi tahap prestasi berdasarkan skor min bagi ujian pasca kumpulan kawalan dan
rawatan. Perkara ini sebenarnya menunjukkan kaedah visual lakaran yang digunakan
telah dapat membantu dan memberi kesan positif terhadap murid dalam menjawab
soalan struktur. Hal ini menunjukkan penggunaan kaedah visual lakaran bagi
kumpulan rawatan berupaya meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah.
Dapatan kajian ini juga sama dengan kajian Walny (2016) yang menunjukkan bahan
visual menolong seseorang untuk berfikir mengenai data dengan lebih baik.


KESIMPULAN


Kesimpulan yang boleh dibuat dalam kajian ini menunjukkan kaedah visual lakaran
telah terbukti berjaya meningkatkan kemampuan mengingat kembali fakta Sejarah
dalam kalangan murid Tingkatan Lima. Ini bermakna penggunaan visual lakaran dapat
merangsang dan menarik perhatian murid-murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Penggunaan visual lakaran juga mampu memberi kesan baik apabila markah murid-
murid telah meningkat. Pencapaian ini menggambarkan tahap kefahaman murid-
murid semakin meningkat selepas menggunakan visual lakaran. Oleh itu, pemilihan
bahan pengajaran sesuai dengan tajuk yang diajarkan memainkan peranan penting
dalam mata pelajaran Sejarah.


CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati visual lakaran amat sesuai untuk
mata pelajaran Sejarah. Penggunaan visual lakaran dapat membantu murid-murid
yang lemah mengingati fakta dalam tempoh masa yang cepat. Oleh itu, penggunaan
visual lakaran ini akan melalui proses penambahbaikan pada masa akan datang
dengan mewujudkan aplikasi secara atas talian agar visual lakaran ini dapat diakses
oleh semua golongan tidak kira sama ada murid atau masyarakat.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 119

Rujukan

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63.

Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod. (2019). Teknik Lakaran Bersama Peta
Alir I-Think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang
Dalam Karangan Autobiografi (Scetch Technique with i-Think Flow Map to
Improve Generating Ideas Skill among Lun Bawang Students Ethnic in
Autobiography Writing). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 12-22.

Ahmad Rizal Madar. (2006). Kajian tentang Kesan Penggunaan Koswer Terhadap
Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence.

Cohen, V. L. & Cowen, J. E. (2011). Literacy for Children in an Information Age:
Teaching Reading, Writing and Thinking. Belmont.

Dzulkifli Awang. (n.d.). Rekabentuk Industri Dalam Kejuruteraan Mekanikal. Universiti
Teknologi Malaysia. https://core.ac.uk/download/pdf/11777249.pdf

Earl. L. (2013). Schooling for change Reinventing Education for Early
Adolescents. The Falmer Press.

Haini Shafikah Mohd Shaharudin & Khalijah Ahmad. (2017). Meningkatkan Kemahiran
Menguasai Fakta Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia dalam Kalangan Murid
Tahun 5 melalui Kaedah “Peta Dakap”. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Ibrahim, H. (2021). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah Melalui Kaedah
“Gampang Bermadu 2.0”. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 188-191.
Kaviza, M. (2019). Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Gaya
Pembelajaran Murid Tingkatan Dua: Satu Kajian Perbandingan. e-Bangi, 16(4).

Lasiun, M. (2016). Keberkesanan kaedah visualisasi: Meningkatkan keupayaan
menyelesaikan masalah matematik berayat. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Surat
Pekeliling Bil 3/2011: Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata
Pelajaran Wajib Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013.

Malik, A. R., Emzir, E., & Sumarni, S. (2020). Pengaruh Strategi Pembelajaran Mobile
Learning Dan Gaya Belajar Visual Terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa
Jerman Siswa SMA NEGERI 1 MAROS. Visipena, 11(1), 194-207.

Misuan, N., & Sula, A. M. (2017, March). Pengaruh Pendekatan Visualisasi Dalam
Pembelajaran Subjek Teori: Keberkesanan Infografik Dalam Kursus Sejarah
Seni. In e-Proceedings iCompEx17 Academic Paper.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 120

Muhamad Firdaus Ramli, Abdul Aziz Zalay@Zali, Ridzuan Hussin & Nurazry Basiron.
(2019). Pendekatan pendidikan seni visual terhadap terapi kognitif orang kurang
upaya (Kertas pembentangan). International Conference on Design Industries &
Creative Culture. Universiti Teknologi MARA.

Muhamad Firdaus Ramli & Rofidah Musa. (2020). Ekplorasi seni visual melalui aktiviti
lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Kebangsaan, 9(1), 35-47.

Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad & Noria Munirah Yakub. (2016, January).
Pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. In Proceeding 7th
International Seminar on Regional Education (Vol. 1, pp. 352-360).

Rahmana, S. K., Metussin, M. A., Tarasat, S., Madin, A. B., & Jaidi, N. (2014). Kesan
bahan visual dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Procedia-Social and
Behavioral Sciences, 134, 454-462.

Rofidah Musa, Muhamad Firdaus Ramli, Norkhaizatul Erma & Mohd Khairuddin,
Zainuddin Abindinhazir. (2019). Eksplorasi lakaran bertema kenderaan serta
kesan terhadap kreativiti kanak-kanak. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan
Pendidikan Seni, 7, 72-80.

Rohaimi Ishak & Rohani Jantan. (2015). Tinjauan persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah sekolah rendah. Asian Education Action Research Journal
(AEARJ) ISSN, 2289-3180.

Shaareny, M. Saravanan & Salmah Othman. (2017). Penggunaan roda masa dalam
meningkatkan kemahiran menyusun fakta sejarah mengikut kronologi dalam
kalangan mudid tahap 4. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 781-788.

Siti Hayati Mohd Yusoff & Halim Husain. (2021). Penggunaan Perisian Aplikasi
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Meningkatkan Integrasi Domain
Pembelajaran Dalam Karya Murid Belajar Gaya Visual. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 18(1), 140-160.

Shakila Yacob. (2010). Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19 Oktober
2010.

Walny, J. K. (2016). Thinking with Sketches (Doctoral dissertation, University of
Calgary).

Yong, S. L. (2013). Gabungan pendekatan konstruktivisme dan Behaviorlisme bagi
meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah tingkatan tiga. In Seminar
Pendidikan Sejarah Dan Geografi. UMS.(29–30 Ogos).

Zainal Abidin, S., & Ibrahim, M. (2004). Kaedah melakar untuk diterjemahkan dalam
bentuk lukisan cadangan seni reka perindustrian. Universiti Teknologi MARA.

Zalikha Mat Saad. (2016). Kesan Lakaran Visual 2D dan 3D Terhadap Penguasaan
Bahasa dalam Kalangan Kanak-Kanak. Universiti Putra Malaysia.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 121

TAHAP SPIRITUAL, DAYA TAHAN DAN STRATEGI DAYA TINDAK DAN
KESEDIAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DALAM
KALANGAN PELAJAR PENYALAHGUNAAN BAHAN

2
1 Siti Fatimah Abdul Basar; Yusni binti Mohamad Yusop, PhD;
4
3 Zaida Nor Zainudin, PhD & Wan Norhayati Wan Othman, PhD

1,2,3,4 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Selangor


[email protected]


Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat tahap spiritual, daya tahan, strategi daya tindak dan
kesediaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar menengah
penyalahgunaan bahan dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ialah kajian
tinjauan dengan mengunakan soal selidik yang melibatkan seramai 136 pelajar
penyalahgunaan bahan sebagai responden dengan mengunakan pensampelan
berkelompok. Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis
menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan
piawai. Hasil kajian menunjukkan tahap daya tindak pada tahap sederhana, strategi
daya tindak pengunduran lebih tinggi berbanding strategi daya tindak penglibatan
pada tahap tinggi dan tahap spiritual pada tahap rendah manakala tahap untuk
mendapatkan perkhidmatan kaunseling pula pada tahap tinggi. Hasil kajian ini juga
menunjukkan perkhidmatan kaunseling yang diamalkan adalah baik dan berada pada
tahap tinggi. Secara keseluruhan, pelajar di sekolah tersebut meletak harapan yang
tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling bagi menangani masalah penyalahgunaan
bahan.

Kata Kunci: daya tahan, strategi daya tindak, spiritual, khidmat kaunseling


Abstract

This study aimed to examine the level of spirituality, resilience, coping strategies and
readiness to seek counseling services among substance abuse among secondary
students. The design of the study was a survey study using a questionnaire involving
a total of 136 students of substance abuse as respondents using group sampling.
Quantitative data obtained from the questionnaires were analyzed using descriptive
statistical techniques namely frequency, percentage, mean and standard deviation.
The results showed that the level of coping was at a moderate level, the withdrawal
coping strategy was higher than the involvement coping strategy at a high level and
the spiritual level was at a low level while the level to seek counseling services was at
a high level. The results of this study also show that the counseling services practiced
are good and at a high level. Overall, students have a high expectation from counseling
services to address substance abuse problems.

Keywords: resilience, coping strategies, spirituality, counseling services


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 122

PENDAHULUAN

Menurut Willie & Bakar (2019) menyatakan Rancangan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini dihidupkan kembali pada tahun 1980-an ketika masalah dadah di
kalangan belia di Malaysia meningkat dan Kementerian Pendidikan mengumumkan
perlunya bimbingan dan kaunseling guru di sekolah-sekolah. Ini menyebabkan
sekolah menengah menyusun semula keutamaan mereka untuk merangkumi aktiviti
bimbingan dan kaunseling melalui pelantikan guru bimbingan dan kaunseling.

Laurino, Leppig, Abad, Cham, Chu, Kejriwal & Thong (2018) berpendapat
penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di kalangan remaja perlu segera
untuk memberi dorongan bagi melaksanakan bimbingan secara serius. Sejumlah
94,500 penyalahgunaan dadah sahaja dikenal pasti pada tahun 1983 (Russin, 1989).
Menghadapi kehilangan tenaga kerja yang sangat penting untuk pembangunan masa
depan dan peningkatan kegiatan jenayah, pemerintah menyatakan penyalahgunaan
dadah sebagai ancaman keselamatan negara. Tanggungjawab memerangi dadah di
sekolah dipikul oleh guru bimbingan dan kaunseling melalui arahan (Surat Pekeliling
Ikhtisas No. 7/1975). Selanjutnya, dua surat rasmi lagi (Surat Pekeliling Ikhtisas No
1/1983 dan No 8/1986) menambahkan merokok dan penyalahgunaan penyedut
(seperti pelarut hidrokarbon dari gam) ke aktiviti yang dilarang. Sejak tahun 1996,
arahan telah dikirimkan kepada semua kaunselor sekolah yang menguraikan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1996).
Kaunselor diberi senarai 24 tugas: menjalankan program yang berkaitan dengan
Pendidikan Pencegahan Dadah, dan menjalankan program yang berkaitan dengan
program pencegahan HIV / AIDS.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK (2019) menunjukkan statistik
penglibatan golongan remaja bagi lingkungan umur 13 hingga 18 tahun, pada tahun
2017 seramai 694 orang penagih, bagi tahun 2018, menurun sebanyak 144 orang
iaitu seramai 550 orang dan bagi tahun 2019 pula seramai 437. Sehingga Jun 2020
pula mencatatkan peningkatan sebanyak 1251 orang. Statistik tersebut menunjukkan
angka penglibatan golongan remaja dalam penyalahgunaan dadah semakin
meningkat dan membimbangkan serta menjadi tanggungjawab besar kepada guru
bimbingan dan kaunseling dalam terus melaksanakan program pendidikan dan
pencegahan di peringkat sekolah.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, seramai
1,275 orang positif pelbagai jenis dadah daripada 42,409 murid sekolah menengah di
seluruh negara yang disaring pada tahun 2019. Ditambah pula dengan kewujudan
pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa. Keadaan ini menyebabkan
remaja dan pelajar-pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan kegiatan
penyalahgunaan dadah (Ismail, 2020).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 123

Menurut Berry, Michelson, Othman, Tan, Gee, Hodgekins & Fowler (2020),
menyatakan tingkah laku mencari bantuan merupakan ejen bertindak yang melibatkan
proses aktif untuk meminta pertolongan dan bersedia secara langsung bagi
menghadapi masalah mereka. Peserta dalam kajian ini mengesahkan terapi psikologi
berpotensi sebagai pendekatan untuk meningkatkan kesejahteraan umum dan
menangani masalah tertentu. Selain itu, seorang peserta menyatakanh terapi
psikologi sebagai kesan perubahan yang bermakna dan ia berbeza dengan
"penambahbaikan" sementara atau sekejap yang diperolehi melalui pendekatan yang
berkaitan dengan ubatan.

Ishak, Ahmad & Omar (2020) menyatakan pelajar adalah aset bagi
pembangunan kepemimpinan tertinggi negara dan pelopor pada masa harapan.
Pelajar menjadi nadi dan memerlukan negara untuk menyediakan sekumpulan
sumber manusia yang dapat mempelbagaikan sumber kepakaran mereka seperti
pemikiran, kerohanian, dan teknologi. Oleh itu, kaunseling bersepadu diperlukan agar
proses pencegahan awal bermula pada tahap sederhana sebelum tahap kemurungan
pelajar merebak ke tahap tinggi yang lebih tinggi dan menurut Biswas & Aggarwal
(1971) menyatakan keperluan kaunseling merupakan keperluan yang diperlukan oleh
pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka setiap hari dan juga
penting dalam peningkatan keperibadian diri.


PENYATAAN MASALAH

Bukan semua pihak merasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan
salah satu alternatif dalam menyelesaikan masalah walaupun banyak kajian
mendapati perkhidmatan ini sangat membantu golongan yang memerlukan. Willie &
Bakar (2019) menyatakan walaupun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah
lama wujud di negara ini, namun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kurang
menyerlah terutamanya di kawasan luar bandar.

Malah Chen & Kok (2017) mendapati masalah sosial seperti tingkah laku
seksual sebelum berkahwin, kehamilan remaja dan penyalahgunaan bahan
disembunyikan tidak dikongsi dengan kaunselor kerana pelajar merasakan ia
melanggar harapan keluarga dan sosial. Menurut Aida et al. (2012) pula, sebanyak
49.1% pelajar berpendapat bahawa masalah yang mereka hadapi tidak terlalu serius.
Sikap memandang ringan masalah yang dihadapi ini menyumbang kepada kegagalan
menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang disediakan.

Divin, Harper, Curran, Corry & Leavey (2018) menyatakan kesan kegagalan
untuk mendapatkan pertolongan atau menunda proses mencari pertolongan boleh
menyebabkan kesihatan terjejas seperti penyalahgunaan bahan, terlibat dalam
tingkah laku seksual yang berisiko, kualiti hidup yang lebih rendah dan kematian bayi
pramatang (Anderson & Lowen 2010; Brindis et al. 2002, 2007; Laski, 2015). Menurut


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 124

Dalky & Gharaibeh (2019) pula menyatakan antara kesan pelajar yang tidak
mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi mengatasi masalah kesihatan mental
pelajar akan menyebabkan kesihatan mental menjadi semakin serius dan rumit. Malah
secara tidak langsung merangkumi isu berhenti sekolah, peningkatan kecenderungan
bunuh diri, masalah perkahwinan dan sosial, prestasi kerja yang tidak berkesan dan
tidak cekap, keletihan, dan masalah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
Oleh itu, menurut Bishop (2016), adalah tanggungjawab pusat kaunseling untuk
menjangkau dan memberikan intervensi yang dirancang kepada pelajar berisiko tinggi
yang mungkin memberi manfaat daripada penggunaan perkhidmatan tersebut.

Oleh itu dapat dilihat hubungan antara daya tahan, strategi daya tindak dan
spiritual mempengaruhi dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Namun
sejauhmana aspek ini mempengaruhi remaja penyalahgunaan bahan dalam
mendapatkan perkhidmatan kaunseling di sekolah.


OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, objektif kajian adalah melihat hubungan spiritual, daya tahan dan
strategi daya tindak penglibatan serta pengunduran dengan kesediaan mendapatkan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
bahan di sekolah menengah:
1. Mengenalpasti tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
bahan di sekolah menengah.
2. Mengenalpasti tahap strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam
kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah.
3. Mengenalpasti tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
sekolah menengah.
4. Mengenalpasti tahap medapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah.


PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
sekolah menengah?
2. Apakah tahap strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam
kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?
3. Apakah tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
sekolah menengah?
4. Apakah tahap medapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam
kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 125

KEPENTINGAN KAJIAN

Dari aspek bidang iaitu Bimbingan dan Kaunseling ialah agar dapat memberi
pengetahuan yang boleh digunakan oleh kaunselor dan pelajar sekolah untuk
membantu dan menarik pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling terutama kepada golongan pelajar penyalahgunaan bahan.

Aspek teori pula ialah kajian ini akan menunjukkan bahawa terdapat
perkaitan antara Teori Kewujudan dan spiritual humanistik fenomenologi, Model Daya
Tahan Richardson dan Model Daya Tindak Transaksional serta Teori Tingkah laku
Alasan untuk pelajar mengambil inisiatif dalam membantu diri sendiri.

Kajian ini secara praktikal boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan
standard bagi kaunselor sekolah untuk merancang program lebih khusus dan berfokus
berdasarkan pertumbuhan pelajar dan faktor-faktor lain yang berkaitan sekaligus
meningkatkan keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling terutama bagi pelajar yang bermasalah.

Bagi pihak kerajaan atau pembuat dasar, kajian ini diharapkan dapat
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini boleh digunakan dalam pertimbangan
untuk memasukkan pendidikan berkaitan sahsiah diri sebagai salah satu fokus
berstruktur serta membentuk pendekatan modular seperti modul sahsiah diri yang
boleh digunakan dalam program intervensi sekaligus dapat menarik pelajar untuk
mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kausneling.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang dilaksanakan secara tinjauan dengan
mengedarkan soal selidik. Lokasi kajian dipilih berdasarkan daripada Jabatan
Pendidikan negeri Selangor yang dapat memenuhi objektif kajian. Terdapat 3 buah
sekolah berisiko tinggi penggunaan bahan di dalam daerah Sabak Bernam, hanya
salah satu sekolah sahaja telah dipilih seara rawak.

Responden kajian dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar yang berisiko
tinggi keterlibatan dalam penyalahgunaan bahan. Berpandukan jadual penentuan saiz
sampel Krejcie dan Morgan (1970), Cohen, Manion & Morrison (2017) dan Dilman
(2007) dengan mengunakan pensampelan berkelompok, populasi seramai 200 orang
melibatkan 136 orang sampel kajian. Kesemua responden telah menjawab soal selidik
dengan lengkap.

Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah (a) Connor Davidson
Resilience Scala (CD-RISC) (b) Coping- Strategies Inventory Short-Form (CSI-SF)
(c) Daily Spiritual Experiance Scala (DSES) (d Mental Help Seeking Attitudes Scale


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 126

(MHSAS). Kesemua instrument kajian mempunyai kesahan dan bolehpercayaan yang
tinggi. Data yang telah dipungut dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai. Data dianalisis mengunakan Statistical Package for
the Sosial Science (SPSS) versi 26.


DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan menerusi persoalan kajian:

Persoalan Kajian 1
Apakah tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah
menengah?

Jadual 1: Tahap Daya Tahan

Tahap Daya Tahan Frekuensi (n+136) Peratus (%)
Rendah (60 ke bawah) 59 43.4
Sederhana (61-75) 65 47.8
Tinggi (76 ke atas) 12 8.8
Jumlah 136 100
MIn= 61.4632 SD= 12.48460
MIn= 27.00 Max= 91.00

Jadual 1 menunjukkan tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
bahan. Hasil dapatan menunjukkan daya tahan tahap sederhana yang paling tinggi
iaitu seramai 65 orang pelajar (47.8%). Diikuti dengan tahap rendah seramai 59 orang
pelajar (43.4%) dan tahap tinggi seramai 12 orang pelajar (8.8%). Skor min untuk
tahap daya tahan ialah 61.4632 (SD= 12.48460) dan skor minimum ialah 27.00
manakala skor maksimum ialah 91.00. Secara keseluruhan dari hasil analisis ini
menunjukkan bahawa tahap daya tahan pelajar penyalahgunaan bahan berada pada
tahap sederhana.


Persoalan Kajian 2
Apakah tahap strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam kalangan
pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?

Di dalam kajian ini, terdapat 2 kategori bagi strategi daya tindak iaitu
penglibatan atau pengunduran. Oleh itu tahap strategi daya tindak akan dilihat
berdasarkan skor paling tinggi responden sama ada skor strategi daya tindak
penglibatan atau skor strategi daya tindak pengunduran. Berikut merupakan tahap
yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan.

Jadual 2: Skor responden tertinggi strategi daya tindak

Frekuensi Peratus Peratus kumulatif
Valid penglibatan 65 47.8 47.8
pengunduran 71 52.2 100.0
Jumlah 136 100 100


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 127



Jadual 3: Tahap skor responden tertinggi strategi daya tindak penglibatan

Tahap Strategi Daya Tindak Penglibatan Frekuensi (n=65) Peratus (%)
Rendah (16 ke bawah) 4 6.15
Sederhana (17-24) 18 27.7
Tinggi (25 ke atas) 43 66.15
Jumlah 65 100
MIn= 25.6923 SD= 5.05570
MIn= 13 Max=38

Jadual 4:Tahap skor responden tertinggi strategi daya tindak pengunduran

Frekuensi
Tahap Strategi Daya Tindak Pengunduran Peratus (%)
(n=71)
Rendah (16 ke bawah) 2 2.82
Sederhana (17-24) 24 33.8
Tinggi (25 ke atas) 45 63.38
Jumlah 71 100
MIn= 26.5634 SD= 5.61053
MIn= 11 Max=40

Seramai 136 orang responden yang menjawab soal selidik ini dan dari hasil
dapatan yang ditunjukkan dalam jadual 2 menunjukkan seramai 71 orang pelajar
(52.21%) mempunyai strategi daya tindak pengunduran yang paling tinggi dan
selebihnya seramai 65 orang pelajar (47.79%) mempunyai strategi daya tindak
penglibatan.. Ini menunjukkan kebanyakan responden dalam kajian ini mempunyai
strategi daya tindak pengunduran dan berikut merupakan penerangan yang lebih
terperinci.

Jadual 3 merupakan tahap strategi daya tindak penglibatan yang mencatatkan
tahap yang paling tinggi ialah tahap tinggi iaitu 43 orang pelajar (66.15%), tahap kedua
tertinggi ialah tahap sederhana seramai 18 orang pelajar (27.7%) dan tahap rendah
seramai 4 orang pelajar (6.15%). Min pula ialah 25.6923 (SD= 5.05570). Skor
minimum ialah 13 dan skor maksimum pula sebanyak 38. Manakala jadual 4 pula
menunjukkan tahap strategi daya tindak pengunduran iaitu paling tinggi ialah pada
tahap tinggi iaitu seramai 45 orang pelajar (63.38%), tahap rendah seramai 2 orang
pelajar (2.82%) dan tahap sederhana ialah 24 orang pelajar (33.8%). Min pula ialah
26.5634 (SD= 5.61053) dengan skor minimum ialah 11 dan skor maksimum ialah 40.

Secara keseluruhan dari hasil analisis tahap strategi daya tahan pelajar
penyalahgunaan bahan menunjukkan antara strategi daya tindak penglibatan dan
pengunduran dapat dilihat bahawa strategi daya tindak pengunduran mencatatkan
bilangan pelajar yang paling ramai iaitu 71 orang pelajar (52.21%) berbanding strategi
daya tindak penglibatan pada tahap sederhana sebanyak 65 orang pelajar (47.79%).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 128


Persoalan Kajian 3
Apakah tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah
menengah?

Jadual 5: Tahap spiritual

Tahap Spiritual Frekuensi (n=136) Peratus (%)
Rendah (63 ke bawah) 66 48.53
Sederhana (64-79) 60 44.12
Tinggi (80 ke atas) 10 7.35
Jumlah 136 100
MIn= 63.2206 SD= 12.41665
MIn= 29.00 Max= 88.00

Jadual 5 menunjukkan tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
bahan seramai 136 orang. Hasil dapatan menunjukkan spiritual pada tahap rendah
yang paling tinggi iaitu seramai 66 orang pelajar (48.53%). Diikuti dengan tahap
sederhana seramai 60 orang pelajar (44.12%) dan tahap tinggi seramai 10 orang
pelajar (7.35%). Skor min untuk tahap spiritual ialah 63.2206 (SD= 12.41665) dan skor
minimum ialah 29.00 manakala skor maksimum ialah 88.00. Secara keseluruhan dari
hasil analisis ini menunjukkan bahawa tahap spiritual pelajar penyalahgunaan bahan
berada pada tahap rendah.

Persoalan Kajian 4
Apakah tahap mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan
pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?

Jadual 6: Tahap Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Tahap Spiritual Frekuensi (n=136) Peratus (%)
Rendah (18 ke bawah) 8 6
Sederhana (19-36) 38 28
Tinggi (37 ke atas) 90 66
Jumlah 136 100
MIn= 40.5147 SD= 10.74691
MIn= 15.00 Max= 54.00


Jadual 6 menunjukkan tahap mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan seramai 136 orang. Hasil
dapatan menunjukkan tahap tinggi yang paling ramai iaitu seramai 90 orang pelajar
(66%). Diikuti dengan tahap sederhana seramai 38 orang pelajar (28%) dan tahap
rendah seramai 8 orang pelajar (6%). Skor min untuk tahap mendapatkan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah 40.5147 (SD= 10.74691) dan skor
minimum ialah 15.00 manakala skor maksimum ialah 54.00. Secara keseluruhan dari
hasil analisis ini menunjukkan bahawa tahap mendapatkan perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling pelajar penyalahgunaan bahan berada pada tahap tinggi.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 129

PERBINCANGAN

Skor min bagi tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan ialah
61.4632 (SD= 12.48460) dan menunjukkan tahap sederhana yang paling tinggi.
Sebanyak 65 orang pelajar berbanding keseluruhan pelajar penyalahgunaan bahan
seramai 136 mempunyai daya tahan sederhana dan tahap rendah seramai 59 orang
pelajar. Menurut Ibrahim, Amit, Shahar, Wee, Ismail, Khairuddin & Safien (2019)
menyatakan ketahanan diri merupakan suatu kekuatan dalaman seseorang individu
yang boleh membantu mereka untuk mengadaptasi kehidupan secara positif (Masten
& Reed, 2005). Jika daya tahan berada pada tahap sederhana dan rendah, maka para
pelajar ini tidak secara keseluruhan mampu melalui kehidupan yang positif dan ini
menyumbang kepada penglibatan dalam penyalahgunaan bahan tidak kira rokok,
vape atau bahan lain. Menurut Wazir, Usman, Salleh, Sudi, Awang & Rosman (2020),
Ismail et al., (2017) pula menyatakan daya tahan yang rendah merupakan salah satu
faktor risiko yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah penagihan dadah.

Manakala data strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam kalangan
pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah menunjukkan seramai 136
orang responden, di mana 77 orang (56.62%) orang mempunyai skor strategi daya
tindak pengunduran sama ada berfokuskan masalah atau emosi yang dominan dan
selebihnya seramai 59 orang pelajar (43.38%) mempunyai strategi daya tindak
penglibatan sama ada berfokuskan masalah atau emosi. Szcześniak & Szałachowski
(2020), menurut Model Daya Tindak Transaksional Lazarus dan Folkman (1984),
individu yang mempunyai strategi daya tindak pengunduran lebih suka lari dari
masalah dan lebih banyak menyalahkan diri sendiri dan aspek lain berbanding
menghadapi masalah tersebut. Namun hasil dapatan menunjukkan tahap sederhana
yang paling tinggi diperolehi dan ini menunjukkan responden tidak secara keseluruhan
melarikan diri dari masalah. Malah didalam diri individu, strategi daya tindak sama ada
pengunduran atau penglibatan tetap ada dalam diri. Cuma strategi mana yang paling
dominan. Ini menunjukkan dalam beberapa aspek, individu berpotensi untuk memilih
strategi daya tindak penglibatan.

Szcześniak & Szałachowski (2020) menyatakan menurut Model Transaksional
Stres dan daya tindak (Lazarus dan Folkman 1984), penilaian kognitif dan usaha
tingkah laku dapat mengubah hubungan antara stres dan kesihatan tertentu,
menyumbang kepada pengurangan atau penambahan tekanan. Selain itu menurut
Kasim,, Sani, & Manap, (2017), situasi yang memberikan tekanan ini dapat diubah
hanya menerusi daya tindak (Lazarus & Folkman 1984). Oleh itu, daya tindak dilihat
sebagai satu strategi dan usaha untuk membuat penyesuaian terhadap tekanan yang
dialami. Strategi daya tindak ditakrifkan sebagai cara seseorang menilai dan bertindak
balas kepada peristiwa atau keadaan yang dianggap sebagai satu tekanan (Krok
2008). Terdapat beberapa cara untuk mengatasi tekanan seperti beriadah, melakukan
aktiviti spiritualiti dan keagamaan serta mendapatkan khidmat kaunseling dan
sokongan sosial.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 130


Hasil analisis turut menunjukkan tahap spiritual dalam kalangan pelajar
penyalahgunaan bahan seramai 136 orang berada pada tahap rendah yang paling
tinggi iaitu seramai 66 orang pelajar (48.53%). Diikuti dengan tahap sederhana
seramai 60 orang pelajar (44.12%). Secara keseluruhan dari hasil analisis ini
menunjukkan bahawa tahap spiritual pelajar penyalahgunaan bahan berada pada
tahap rendah.

Menurut Talib & Abdollahi (2017), Vaughan (1991) mendefinisikan kerohanian
sebagai fenomena individu, yang berkaitan dengan hubungan seseorang dengan
kekuatan yang lebih tinggi, dan bahawa kesedaran akan kekuatan yang lebih tinggi
membawa makna, tujuan, dan harapan bagi kehidupan seseorang (Hinterkopf 1994).
Dari aspek agama Islam pula bahawa kerohanian menolong umat Islam ketika mereka
menghadapi situasi sukar dengan menghadap Tuhan (Allah) dan menolong mereka
dengan menafsirkan semula keadaan sukar ini untuk mencari tujuan dan makna. Oleh
itu, kerohanian menolong umat Islam untuk menafsirkan semula kesukaran sebagai
sebahagian daripada rancangan Tuhan dan tanda kasih Tuhan kepada mereka
(Koenig et al. 2012). Wazir et al., (2020), faktor pelindung ialah jati diri yang kukuh,
mempunyai daya tahan yang kuat, pegangan agama yang utuh, menghargai diri, kasih
sayang, pengharapan, berdikari, bersyukur, dan mempunyai tujuan hidup (Ismail et
al., 2017). Faktor-faktor ini merupakan pelindung daripada risiko terlibat dengan dadah
(Roy et al., 2019).

Namun jika tahap kerohanian rendah, maka hakikat terdapatnya kuasa yang lebih
besar dan agung tidak begitu menguasai diri dan kehidupan dan hanya sekadar
pengetahuan dan ikutan. Secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya hidup
sama ada ke arah positif atau negatif. Menurut Szcześniak et al., (2020), sejumlah
kajian menunjukkan bahawa penglibatan agama dipercayai dapat mendorong dan
memupuk kesejahteraan remaja dan dewasa (Ferris 2002; Abu-Raiya et al. 2015;
Salifu Yendork dan Somhlaba 2017), dimensi sosial kualiti hidup ( Idler et al. 2009),
dan kepuasan hidup (Sawatzky et al. 2005). Manakala dalam Maamor, Abd Ghani,
Aziz, Razimi, Wahab, Elias, & Abdullah (2016)., menurut Selamah maamor (2016),
Kerohanian dapat didefinisikan sebagai "sistem nilai peribadi dan individu mengenai
cara orang mendekati kehidupan".

Oleh itu, dapat dilihat bahawa tahap spiritual memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehiduapan individu terutama kepada remaja dan yang terlibat dengan
penyalahgunaan bahan.

Hasil analisis menunjukkan tahap mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan seramai 136 orang
berada pada tahap tinggi iaitu yang paling tinggi seramai 90 orang pelajar (66%).
Diikuti dengan tahap sederhana seramai 38 orang pelajar (28%).


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 131

Menurut Bishop (2016), pelajar sering mendapatkan khidmat kaunseling untuk
hubungan sosial dan mempelajari strategi mengatasi untuk meningkatkan hubungan
sosial di kampus (Gallagher, 2012). Malah menurut Willie et. al., (2019), keperluan
kaunseling merupakan keperluan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi mereka setiap hari dan juga penting dalam peningkatan
keperibadian diri (Biswas & Aggarwal, 1971). Tambahan lagi menurut teori Tingkah
Laku Terancang (Ajzen, 2007) dalam Chen et. al., (2017), banyak yang menjelaskan
tingkah laku mencari pertolongan dengan melihat faktor pemboleh ubah kognitif
sosial, termasuk sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasakan
dalam menilai tingkah laku mencari bantuan.

Oleh itu menurut Mahfar, Idrus, Sabri & Halim (2018)., Jas Lailie (2002)
menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan sering
merasakan dirinya tidak mampu bergaul dengan dengan masyarakat. Malahan,
pelajar sebegini sering gagal dalam pergaulan dan tidak mampu membina tali
persahabatan sehingga mereka menjadi kesunyian dan tertekan. Justeru, masalah
yang dihadapi oleh pelajar ini adalah faktor yang mendorong mereka dalam
mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi. Menurut Cramer (1999), faktor penyembunyian diri (self-concealment) juga
adalah salah satu faktor yang mendorong pelajar dalam mendapatkan perkhidmatan
kaunseling. Penyembunyian diri berlaku apabila seseorang pelajar berasa takut dan
malu untuk berkongsi maklumat diri dengan ibubapa atau pelajar lain. Keadaan ini
akan memberi tekanan yang tinggi terhadap pelajar tersebut yang akhirnya
mendorong mereka mendapatkan perkhidmatan kaunseling (Cramer, 1999).

Namun bagi pelajar yang tidak begitu ingin mendapatkan perkhidmatan
kaunseling menurut Chen et. al., (2017) menyatakan jika masalah yang teruk seperti
tingkah laku seksual pra-perkahwinan, kehamilan remaja, dan penyalahgunaan bahan
(Omar et al., 2010) disembunyikan daripada kaunselor kerana ini adalah tingkah laku
yang melanggar harapan keluarga dan sosial. Selain itu menurut kajian oleh Aida et
al. (2012), 49.1% pelajar berpendapat bahawa masalah mereka tidak terlalu serius,
yang menyumbang kepada kegagalan menggunakan perkhidmatan rawatan
kesihatan.

KESIMPULAN

Konklusinya, kajian ini meneliti hubungan spiritual, daya tahan dan strategi daya
tindak pelajar penyalahgunaan bahan dalam mendapatkan perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling. Setelah dibincangkan dapat dilihat sejauhmana tahap antara
pemboleh ubah tersebut mempengaruhi dalam mendapatkan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling. Diharapkan dari hasil dapatan ini dapat memberikan
sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada semua pihak.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 132

Rujukan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2019). Dasar Dadah Negara. Selangor: Agensi Anti
Dadah Kebangsaan.

Baba, H., Sulaiman, W. S. W., Ibrahim, F., & Sarnon, N. (2018). Faktor-faktor
penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan
penagih dadah berulang di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(2).

Berry, C., Michelson, D., Othman, E., Tan, J. C., Gee, B., Hodgekins, J., & Fowler, D.
(2020). Views of young people in Malaysia on mental health, help‐seeking
and unusual

Bishop, K. K. (2016). The relationship between retention and college counseling for
high‐risk students. Journal of College Counseling, 19(3), 205-217.


Brenner, R. E., Engel, K. E., Vogel, D. L., Tucker, J. R., Yamawaki, N., & Lannin, D.
G. (2018). Intersecting cultural identities and help-seeking attitudes: the role
of religious commitment, gender, and self-stigma of seeking help. Mental
Health,Religion& Culture, 21(6), 578-587.

Chen, K. S., & Kok, J. K. (2017). Barriers to seeking school counselling: Malaysian
Chinese school students’ perspectives. Journal of psychologists and
counsellors in schools, 27(2), 222-238.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2017). Research methods in education.
routledge.

Connor, K. M., & Davidson, J. R. (2003). Development of a new resilience scale: The
Connor‐Davidson resilience scale (CD‐RISC). Depression and
anxiety, 18(2),76-82.

Dalky, H. F., & Gharaibeh, A. (2019, April). Depression, anxiety, and stress among
college students in Jordan and their need for mental health services.
In Nursing forum (Vol. 54, No. 2, pp. 205-212).

Dillman, D. A. (2007). Mail and Internet surveys: The total design method for
surveys. NY: Wiley.

Divin, N., Harper, P., Curran, E., Corry, D., & Leavey, G. (2018). Help-seeking
measures and their use in adolescents: a systematic review. Adolescent
Research Review, 3(1), 113-122.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 133

Ibrahim, N., Amit, N., Shahar, S., Wee, L. H., Ismail, R., Khairuddin, R.,& Safien, A.M.
(2019). Do depression literacy, mental illness beliefs and stigma influence
mental health help-seeking attitude? A cross-sectional study of
secondary school and university students from B40 households in
Malaysia.BMC public health, 19(4), 544.

Ibrahim, N., Siau. S. C.,& Safien, A. M. (2019). Validation of the Malay Mental Help
Seeking Attitude Scale. International Journal of Recent Technology and
Engineering (IJRTE) , 8(2),10.

Ishak, N. A., Ahmad, N. S., & Omar, M. N. (2020). Issues and Trends of Depression
among Students in Malaysia. Universal Journal of Educational
Research,8(11B), 5951-5957.

Ismail, A. I (2020). Remaja paling berisiko terlibat dadah.
https://www.sinarharian.com.my/article/108916/BERITA/Nasional/Remaja-
paling-berisiko-terlibat-dadah

Kasim, A. C., Sani, U. A. H. A., & Manap, J. (2017). Pengaruh aspek spiritualiti
terhadap strategi daya tindak golongan wanita dewasa awal (The Effects of
Spirituality Aspect towards Coping Strategies among Early Adult Women). e-
Bangi, 14(5).

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Laurino, M. Y., Leppig, K. A., Abad, P. J., Cham, B., Chu, Y. W. Y., Kejriwal, S., &
Thong, M. K. (2018). A report on ten Asia Pacific countries on current status
and future directions of the genetic counseling profession: the establishment
of the Professional Society of Genetic Counselors in Asia. Journal of Genetic
Counseling, 27(1), 21-32.

Mahfar, M., Idrus, N. L., Sabri, N. I. M., & Halim, N. N. F. A. (2018). Keinginan
Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling: Perspektif Pelajar Utm
Berdasarkan Model Cramer. Jurnal Kemanusiaan, 16(1).

Szcześniak, M., Kroplewski, Z., & Szałachowski, R. (2020). The Mediating Effect of
Coping Strategies on Religious/Spiritual Struggles and Life
Satisfaction. Religions, 11(4), 195.rel11040195

Talib, M. A., & Abdollahi, A. (2017). Spirituality moderates hopelessness, depression,
and suicidal behavior among Malaysian adolescents. Journal of religion and
health, 56(3), 784-795.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 134

Wazir, R., Usman, A. H., Salleh, N. M., Sudi, S., Awang, A. H., & Rosman, S. (2020).
Pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan psikospiritual
al-Ghazālī (W. 505 H.). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary
Issues, 5(2), 391-403.

Willie, S. J., & Bakar, A. Y. A. (2019). Keperluan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar: Satu Kajian
Kes. Jurnal Dunia Pengurusan, 1(1), 18-24.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 135

KECEKAPAN KAUNSELOR MENANGANI ISU PELBAGAI BUDAYA: KAJIAN
LITERATUR SISTEMATIK


1 Shahida Nalini Mat Sabri, Yusni Mohamad Yusop (PhD), Zaida Nor Zainudin
2
3
4
(PhD), Wan Norhayati Wan Othman (PhD)

1,2,3,4 Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia


ABSTRAK


Kebanyakkan guru bimbingan dan kaunseling mahir dalam melaksanakan sesi
kaunseling yang rutin seperti dalam bidang kerjaya , psikosial, dan juga displin.
Namun, kemahiran dalam mengendalikan sesi kaunseling pelbagai budaya ini masih
lagi menjadi tanda tanya. Tujuan kajian literatur sistematik ini adalah untuk untuk
mengetahui kompetensi kaunselor dalam kaunseling pelbagai budaya bagi
memudahkan penyediaan penyampaian perkhidmatan yang sesuai dengan budaya
dan latihan pelbagai budaya.. Penulisan ini akan menggunakan kaedah menganalisis
data-data kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik yang terdahulu untuk melihat
kecekapan kaunselor terhadap kaunseling pelbagai budaya. Hasil dapatan yang
diperolehi daripada 10 kajian yang lepas mendapati kecekapan kaunselor dalam
kaunseling pelbagai budaya berada di tahap yang sederhana,ada yang berada di
tahap yang tinggi dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan kaunseling
silang budaya. Kesimpulannya, pelbagai latihan mengenai kaunseling pelbagai
budaya perlu disebarluaskan kepada para kaunselor agar dapat melahirkan kaunselor
yang mempunyai kecekapan yang tinggi dalam kaunseling pelbagai budaya ini.

(Kata Kunci : Kecekapan Kaunseling Pelbagai Budaya , kajian literatur sistematik)



PENDAHULUAN

Keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia semakin
mendapat tempat dan meliputi semua lapisan masyarakat terutamanya dari segi
perubahan sosial yang menyentuh kepada perubahan budaya dan cara hidup
masyarakat. Bermula dengan bimbingan dan kaunseling di sekolah, perubahan sosial
yang berlaku telah memperlihatkan kepentingan kaunseling sebagai perkara yang
utama dalam masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui
Pekeliling KP5209/35(4), telah menguatkuasakan pelantikan guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah untuk memainkan peranan penting sebagai agen perubahan
dalam aspek pembangunan modal insan untuk memacu agenda pembangunan
negara. Jadi timbul pertanyaan adakah kaunselor di Malaysia terutama kaunselor
yang berada di sekolah mampu untuk menjalankan sesi dalam kaunseling pelbagai
budaya memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa,
budaya dan juga gaya hidup. Justeru, penulisan ini akan menjelaskan berkenaan


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 136

tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia.
Kaunseling pelbagai budaya telah didefinisikan sebagai mana-mana perhubungan
kaunseling antara dua orang atau lebih ahli yang mempunyai perbezaan dari segi latar
belakang budaya, nilai dan gaya hidup (Nugent, 1994). Menurut Lee dan Richardson
(1991) di dalam Faizah Farizan (2019), apabila budaya dirujuk kepada sama ada
bangsa atau etnik, pelbagai cara yang sesuai mungkin perlu dipertimbangkan dalam
mengendalikan kaunseling dengan klien dari pelbagai latar belakang budaya.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan ketika penulisan artikel ini lakukan, didapati
tidak banyak kajian mengenai kaunseling pelbagai budaya di kaji di Malaysia, mungkin
bidang ini tidak mendapat perhatian yang lebih menyeluruh berbanding kajian
mengenai aspek kaunseling yang lain. Malahan kajian yang lima tahun yang terkini
juga hanya ada satu. Biarpun sebegitu, menyedari keperluan semasa di dalam era
pandemik akibat penularan virus Coronavirus atau Covid-19 ini kajian mengenai
kaunseling pelbagai budaya ini perlu dilakukan kerana perbezaan kita bukan hanya
dari segi budaya malah isu gender juga boleh menjadi silang budaya di dalam
kaunseling.

Menerusi artikel ini, pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor.
Oleh yang demikian, pengkaji melaksanakan kajian literatur sistematik ini yang
berfokus kepada isu kecekapan kaunseling pelbagai budaya agar eksplorasi
mengenai bidang ini dapat dilaksanakan.


OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:
(i) Membincangkan berkenaan tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam
kalangan kaunselor.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian literatur sistematik dan analisis data melalui data yang
diperolehi dari laporan – laporan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.

Strategi carian

Kajian literatur sistematik ini dijalankan selaras dengan kriteria Systematic Literatur
Reviews (SLR). Beberapa pangkalan data elektronik seperti Ebcohost, ProQuest, dan
Sage Journals telah digunakan. Di samping itu, laman web utama Google juga
digunakan untuk kajian ini. Istilah yang digunakan dalam proses carian adalah
"Kecekapan", "Kaunseling Pelbagai Budaya", "Kaunselor" dan lain-lain bukti yang
berkaitan. Gambar rajah aliran ditunjukkan dalam Rajah 1.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 137

Kriteria pencarian

Semua ulasan daripada jurnal yang berbeza telah diterbitkan dari 2010 hingga 2020
iaitu dalam tempoh 10 tahun. Di samping itu, artikel di dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris turut digunapakai. Bidang yang berkaitan dengan kaunseling,
psikologi, sains sosial dan sains kemanusiaan turut dimasukkan di dalam kriteria
pencarian. Artikel yang dipilih juga terhad kepada kajian di dalam Malaysia sahaja.

Kriteria pengecualian

Antara kriteria yang dikecualikan atau digugurkan daripada kriteria pencarian ialah
bab yang terkandung di dalam buku, ulasan buku dan juga buku yang diterbitkan.
Bidang subjek yang tidak berkaitan di dalam bidang ini juga turut digugurkan di dalam
kriteria pencarian. Antara bidang yang dikecualikan ialah perakaunan, kewangan,
sukan, perniagaan dan pentadbiran.

Aliran kajian literatur sistematik Rajah 1 bermula dengan carian awal yang
menggunakan terma-terma kecekapan, kaunseling pelbagai budaya, kaunselor,
kecekapan kaunseling budaya dan lain-lain yang berkaitan. Carian ini juga disertakan
dengan tahun penerbitan, penduduk, jenis artikel dan subjek yang berkaitan.



RAJAH 1 : CARTA ALIR PROSES PEMILIHAN KAJIAN TAHAP KECEKAPAN
KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

Rekod yang dikenal pasti melalui Rekod tambahan yang dikenal
MENGENAL PASTI carian pangkalan data pasti melalui sumber lain
contohnya Google Scholar




SARINGAN Rekod selepas terdapat kajian yang sama dikeluarkan


Rekod yang telah disaring tajuk Rekod yang tidak berkaitan



Akses abstrak untuk kesesuaian
KESESUAIAN



Mengakses artikel penuh untuk kesesuaian


TURUT TERMASUK
Kajian yang turut berkaitan berdasarkan kriteria terpilih


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 138

DAPATAN KAJIAN

Kajian sistematik literatur terhadap 10 kajian Bahasa Melayu dan di Malaysia
telah dilaksanakan. Antara kajian tersebut adalah kajian lepas yang dilakukan oleh
beberapa orang pengkaji seperti Azharizah Saimi dan Salleh Amat (2011), Ping dan
Rafidah Aga Mohd Jaladin (2013), Yasmin Ahmad (2014), Md Shah dan Saleh Amat
(2014), Abdul Malek Abdul Rahman, Siti Zubaidah, Samsiah Jais, dan Nor Junainah
Mohd Isa (2014),Ruhani Mat Min (2017) dan Noor Faizah Fharizan (2019). Hasil kajian
tersebut adalah berdasarkan datapan kajian daripada pengkaji-pengkaji yang berikut:


KAJIAN 1

Kajian Azharizah Saimi dan Salleh Amat (2011) terhadap 6 orang kaunselor di
sebuah sekolah yang menjalankan Program Integrasi Pendidikan Khas. Dapatan
kajian tersebut menunjukkan tiada pendedahan mengenai keperluan dan kemahiran
kaunseling silang budaya terhadap klien kurang upaya menjadi satu kesukaran
kepada kaunselor untuk mengendalikan sesi kaunseling silang budaya. Selain itu,
persepsi negatif akan menjadi halangan kepada penerimaan kaunselor terhadap klien
silang budaya. Ianya berbeza sekiranya kaunselor mempunyai banyak pengalaman
bersama klien silang budaya, mereka akan lebih bersedia untuk mengendalikan sesi
kaunseling bersama klien silang budaya


KAJIAN 2

Ping dan Rafidah Aga Mohd Jaladin (2013) telah melaksanakan kajian terhadap 104
orang responden di mana ianya terdiri daripada 52 orang klien dan 52 orang kaunselor
(26 orang kaunselor berdaftar dan 26 orang kaunselor pelatih). Hasil kajian tersebut
mendapati secara keseluruhannya kaunselor berdaftar dan kaunselor pelatih tidak
mempunyai perbezaan tahap kecekapan silang budaya ini bermakna tahap
kecekapan kaunseling silang budaya anatara kaunselor berdaftar dan kaunselor
pelatih adalah sama. Nilai min yang diperolehi menunjukkan pengetahuan merupakan
pilihan utama kaunselor dalam menentukan kecekapan kaunseling silang budaya.


KAJIAN 3

Manakala Yasmin Ahmad (2014) pula menjalankan kajian bagi 514 orang guru di
negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kompetensi kepelbagaian budaya berdasarkan kepada kesedaran, pengetahuan,
sikap, dan kemahiran mempunyai perbezaan berdasarkan etnik dan jantina guru.
Selain itu, kompetensi kepelbagaian budaya berada pada tahap sederhana.
Perbincangan kajian ini menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi berkenaan
dengan kompetensi kepelbagaian budaya adalah daripada pengalaman yang kurang
terhadap perkara tersebut.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 139



KAJIAN 4

Sementara itu, Md Shah dan Saleh Amat (2014) melaksanakan kajian yang
melibatkan 275 orang guru kaunseling di Negeri Selangor. Hasil kajian mereka
menunjukkan bahawa guru kaunseling di sekolah menengah mempunyai tahap
kecekapan silang budaya yang tinggi. Selain itu, tahap kecekapan kaunseling silang
budaya juga berbeza mengikut tahap pendidikan guru kaunseling.


KAJIAN 5

Abdul Malek Abdul Rahman, Siti Zubaidah, Samsiah Jais, dan Nor Junainah Mohd Isa
(2014) pula menjalankan kajian ke atas 39 orang kaunselor di Negeri Perak. Dapatan
kajian menunjukkan tahap kecekapan kaunseling silang budaya kaunselor berada
pada tahap sederhana.

KAJIAN 6

Pengkaji terdahulu, Ruhani Mat Min melaksanakan kajian pada tahun 2017 terhadap
186 orang responden terdiri daripada kaunselor berdaftar. Dapatan daripada kajian
berkenaan mendapati kemahiran kaunseling berada pada tahap tinggi.

KAJIAN 7

Sementara Noor Faizah Fharizan (2019) telah menjalankan kajian ke atas 659 orang
kaunselor yang terdiri daripada 15 orang kaunselor pelatih sarjana dan 52 orang
kaunselor pelatih sarjana muda dari Universiti Utara Malaysia. Kajian turut melibatkan
611 orang kaunselor berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat di negeri Kedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap kaunselor dalam kecekapan kaunseling silang budaya berada
pada tahap sederhana.

KAJIAN 8

Rafidah Aga Mohd Jaladin (2017) juga turut melaksanakan kajian terhadap 508 orang
kaunselor di Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat 5 faktor yang
dianggap sebahagian dalam kaunseling silang budaya dan perbezaan signifikan
dalam melihat kaunseling silang budaya terhadap etnik, pendidikan tinggi dan
penglibatan dalam latihan kaunseling silang budaya.

KAJIAN 9

Kamarul Md Shah (2014) juga melakukan kajian ke atas 102 orang kaunselor di
Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min keseluruhan tahap
kompetensi kaunseling pelbagai budaya responden berada pada tahap yang tinggi.


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 140


KAJIAN 10

Pengkaji berikutnya, Puteri Hayati Megat Ahmad, Md. Shuaib Che Din, dan Abdul
Ghani Sulaiman, (2010) menjalankan kajian terhadap 150 kaunselor di Sekolah
Menengah di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
kecekapan pelbagai budaya kaunselor sehubungan pengetahuan, kepekaan,
terminologi, pembinaan identiti bangsa dan kemahiran berdasarkan jantina dan lokasi
tempat bertugas. Bagaimanapun terdapatnya perbezaan di antara kecekapan
pengetahuan, kepekaan dan kemahiran pelbagai budaya berdasarkan pengalaman
bekerja.



PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecekapan kaunseling pelbagai
budaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia berada di tahap yang sederhana, tiada
perbezaan kecekapan kaunseling silang budaya antara kaunselor pelatih dan
kaunselor berdaftar, kurangnya pendedahan tentang kemahiran kaunseling budaya
dan juga terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan kaunseling
silang budaya. Justeru itu, melihat kepada keadaan ini beberapa langkah boleh
diambil bagi meningkatkan kemahiran kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan
kaunselor.

Umum sedia maklum bahawa kepelbagaian kaum dan etnik menjustifikasikan
wujudnya kepelbagaian budaya di mana budaya sesuatu masayarakat itu menjadi
suatu isu yang penting dan tidak boleh dipandang ringan. Situasi ini merupakan salah
satu cabaran yang perlu dihadapi oleh kaunselor. Contohnya Malaysia, pemahaman
kaunselor terhadap budaya masyarakat yang ada dan juga budaya yang baru adalah
sangat penting. Sekiranya perkara ini melibatkan silang budaya, ianya akan
menimbulkan diskriminasi. Sebagai contoh, kaunselor Melayu tetapi klien adalah
berbangsa India ataupun Cina. Dalam situasi seperti ini, adalah perlu kaunselor itu
bersifat berhati-hati dengan setiap bait pertuturan yang akan digunakan semasa
bertutur kerana dengan adanya kepelbagaian budaya yang sangat unik di Malaysia
ini perlu difahami dengan sebaiknya agar kaunselor tidak salah dalam memberi
pentafsiran dan pandangan yang akan menjejaskan pandangan budaya klien itu.
Antaranya ialah:


a. Komunikasi
Masalah komunikasi pasti akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya
dan ini perlu memastikan bahawa kaunselor itu sentiasa bersiap sedia untuk
menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang mudah untuk
membantu dalam melancarkan proses kaunseling itu. Contohnya, masih


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 141

terdapat dialek dan bahasa yang dituturkan sangat pekat pada bibir masyarakat
itu. Dalam hal ini, bagi memudahkan sesi itu, kaunselor perlu lebih terbuka
dalam memahami mereka termasuklah budaya mereka.

b. Kepercayaan Agama
Kepercayaan agama ini merupakan salah satu elemen yang perlu
dititikberatkan oleh kaunselor agar dapat memahami sensitiviti masayarakat di
Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Dalm hal ini, prinsip
penerimaantanpa syarat adalah penting disamping kaunselor perlu memahami
nilai dan pegangan sesuatu agama agar kaunselor tidak mudah memberi nilai
pada klien

c. Sterotaip
Sterotaip adalah merujuk kepada suatu bentuk pernyataan umum kepada
sesuatu kumpulan tertentu samada bersifat positif mahupun negatif. Contoh
kenyataan positif seperti orang Melayu seorang yang mesra dan peramah,
orang Cina bijak di dalam subjek Sains dan Matematik dan orang India juara di
dalam acara larian dan olahraga.


Antara langkah yang boleh di ambil oleh Kaunselor pelbagai budaya menurut Lago
dan Thompson (1992) dalam Md Shah dan Saleh Amat (2014), yang telah
memberikan perincian tentang apa yang boleh dilakukan oleh kaunselor pelbagai
budaya dalam kaunseling pelbagai budaya ini ialah :
a. Kaunselor perlu mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya diri
mereka sendiri.
b. Kaunselor perlu peka akan perbezaan budaya diri mereka dan klien.
c. Klien juga perlu memainkan peranan bahawa mereka perlu menyedari akan
perbezaan budaya dan cara hidup orang lain.
d. Kaunselor perlu sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan kesederan
tentang perbezaan budaya ini kepada masyarakat.
e. Kaunselor perlu sentiasa tulen dan jujur sepanjang menjalankan sesi
kaunseling dengan klien mereka.
f. Kaunselor perlu peka dengan isu penggunaan dialek atau bahasa klien.
g. Kaunselor perlu memberikan contoh tingkah laku yang baik sepanjang sesi
kaunseling bersama klien.
h. Kaunselor perlu lebih peka tentang gaya atau cara terkini bahasa yang
digunakan di dalam masyarakat kita pada hari ini.
i. Kaunselor perlu mengalami sendiri bagaiman perbezaan sesuatu kaum atau
budaya itu wujud dan apakah keisitimewaan serta keunikan setiap budaya itu.


LIMITASI KAJIAN


J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 142

Limitasi kajian ialah di mana bahan ilmiah dan sumber rujukan mengenai kajian
kecekapan kaunseling silang budaya adalah terhad dan tidak ramai pengkaji
terdahulu di Malaysia yang melakukan kajian tentang isu ini. Kebanyakkan sumber
rujukan adalah lebih daripada 10 tahun yang terkini.



PENUTUP

Kajian literatur sistematik ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecekapan
kaunseling silang budaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia dan faktor yang
mempengaruhinya. Justeru itu, kajian ini dapat membantu pihak Lembaga Kaunselor
dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membantu untuk meningkatkan
kemahiran kaunseling silang budaya ini kerana ianya telah menjadi satu keperluan
yang penting memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan juga cara
hidup. Selain itu, bagi memastikan para kaunselor di Malaysia mencapai tahap
kecekapan kaunseling pelbagai budaya yang tinggi pelbagai latihan khas, kursus dan
juga modul mengenai kaunseling pelbagai budaya boleh disebarluaskan dan
diperbanyakkan daripada masa ke semasa. Ini bagi menjamin kualiti profesional
kaunselor berada di tahap yang baik dan mampu memenuhi keperluan kaunseling
dengan baik memandangkan masyarakat telah mula menyedari akan kepentingan
kaunseling ini.



RUJUKAN

A.Aziz Deraman (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu),
K.Lumpur, DBP.

Abdul Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon. (2008). Latihan
Kaunseling di Malaysia : Satu Ulasan dan Cadangan. PERKAMA , 141-144.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh.
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Malek Abdul Rahman, Siti Zubaidah, Samsiah Jais, dan Nor Junainah Mohd
Isa. (2014). Competency level of the counselor in secondary schools in
Malaysia. International Journal of Educations and Research, 2(2), 1-12.

Abdullah Zhidi Omar et. al. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Carlos P. Zalaquett (2011). What Does It Mean to Be a Culturally-competent
Counselor? dari for Social Action in Counseling and Psychology, Volume 3,
Number 1: Spring 2011


Click to View FlipBook Version