KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 3
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Hubungan Penglibatan Dalam Program Kerohanian
10.15 - 10.30 Cik Nurul Nadia Binti IPG Kampus Dato' Razali
7. Dengan Penghayatan Akhlak Islamiah Siswa Guru
(Dalam Talian) Mohamed @ Mahmood Ismail
IPGKDRI
Hubungan Antara Tahap Kemahiran Dengan Tahap
10.30 - 10.45 Cik Salnatasha Binti IPG Kampus Tun Abdul
8. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan
(Dalam Talian) Mohamad Sabri Razak
Guru Pendidikan Islam Di Daerah Samarahan
Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Secara
10.45 - 11.00 Mengumpul Semula Dalam Lingkungan 100 Murid
9. Cik Ting Sze Ching IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian) Masalah Pembelajaran Tahun 4 Menggunakan Papan
Tambah
11.00 - 11.15 Cik Nur Husnina Binti Penggunaan Genius Hamzah Dalam Menyelesaikan IPG Kampus Dato' Razali
10.
(Dalam Talian) Anuar Masalah Mengenal Pasti Kedudukan Huruf Hamzah Ismail
11.15 - 11.30 Cik Ily Khaliesah Binti Perkaitan Antara Kemahiran Lisan Dengan Kemahiran IPG Kampus Bahasa
11.
(Dalam Talian) Jamaludin Menulis Dalam Penguasaan Kemahiran Bahasa Melayu
33
KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 3
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Hubungan Penglibatan Dalam Program Kerohanian
10.15 - 10.30 Cik Nurul Nadia Binti IPG Kampus Dato' Razali
7. Dengan Penghayatan Akhlak Islamiah Siswa Guru
(Dalam Talian) Mohamed @ Mahmood Ismail
IPGKDRI
Hubungan Antara Tahap Kemahiran Dengan Tahap
10.30 - 10.45 Cik Salnatasha Binti IPG Kampus Tun Abdul
8. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan
(Dalam Talian) Mohamad Sabri Razak
Guru Pendidikan Islam Di Daerah Samarahan
Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Secara
10.45 - 11.00 Mengumpul Semula Dalam Lingkungan 100 Murid
9. Cik Ting Sze Ching IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian) Masalah Pembelajaran Tahun 4 Menggunakan Papan
Tambah
11.00 - 11.15 Cik Nur Husnina Binti Penggunaan Genius Hamzah Dalam Menyelesaikan IPG Kampus Dato' Razali
10.
(Dalam Talian) Anuar Masalah Mengenal Pasti Kedudukan Huruf Hamzah Ismail
11.15 - 11.30 Cik Ily Khaliesah Binti Perkaitan Antara Kemahiran Lisan Dengan Kemahiran IPG Kampus Bahasa
11.
(Dalam Talian) Jamaludin Menulis Dalam Penguasaan Kemahiran Bahasa Melayu
33
KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 4
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
2.30 - 2.45 Kajian Tinjauan: Kesedaran Program Pendidikan Inklusif
1. Wiena Francisca Tony IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian) Dalam Kalangan Siswa Guru Ipg Kampus Ilmu Khas
Tahap Pengetahuan Dan Sikap Guru Pendidikan Islam
2.45 - 3.00 Halimatul Saadiah Binti Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Sekolah- IPG Kampus Tun Abdul
2.
(Dalam Talian) Raffee Sekolah Kebangsaan Sekitar Kota Samarahan, Razak
Sarawak
3.00 - 3.15 Meningkatkan Kemahiran Melabel Struktur Gigi
3. Mack Lee IPG Kampus Kent
(Dalam Talian) Menggunakan Ar-Lagi Bagi Murid Tahun Tiga
Pendekatan Dan Strategi Guru Dalam Meningkatkan
3.15 - 3.30 Muhammad Ashraff Bin IPG Kampus Bahasa
4. Tahap Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa
(Dalam Talian) Adnan Antarabangsa
Jepun
Kefahaman Dan Amalan Solat Fardu Berjemaah Dalam
3.30 - 3.45 Rasyada Binti Ramdullah IPG Kampus Dato' Razali
5. Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus
(Dalam Talian) @ Ab Hamid (Rasyada) Ismail
Dato’ Razali Ismail
Penggunaan Kaedah Token Ekonomi Bagi Menangani
3.45 - 4.00
6. Sylnie Lau Li Yan Masalah Tingkah Laku Distruptif Murid Berkeperluan IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian)
Khas Masalah Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Multimedia Dan Komputer
4.00 - 4.15
7. Wong Li Ling Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Dalam IPG Kampus Pulau Pinang
(Dalam Talian)
Pembelajaran Sains
34
KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 4
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
2.30 - 2.45 Kajian Tinjauan: Kesedaran Program Pendidikan Inklusif
1. Wiena Francisca Tony IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian) Dalam Kalangan Siswa Guru Ipg Kampus Ilmu Khas
Tahap Pengetahuan Dan Sikap Guru Pendidikan Islam
2.45 - 3.00 Halimatul Saadiah Binti Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Sekolah- IPG Kampus Tun Abdul
2.
(Dalam Talian) Raffee Sekolah Kebangsaan Sekitar Kota Samarahan, Razak
Sarawak
3.00 - 3.15 Meningkatkan Kemahiran Melabel Struktur Gigi
3. Mack Lee IPG Kampus Kent
(Dalam Talian) Menggunakan Ar-Lagi Bagi Murid Tahun Tiga
Pendekatan Dan Strategi Guru Dalam Meningkatkan
3.15 - 3.30 Muhammad Ashraff Bin IPG Kampus Bahasa
4. Tahap Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa
(Dalam Talian) Adnan Antarabangsa
Jepun
Kefahaman Dan Amalan Solat Fardu Berjemaah Dalam
3.30 - 3.45 Rasyada Binti Ramdullah IPG Kampus Dato' Razali
5. Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus
(Dalam Talian) @ Ab Hamid (Rasyada) Ismail
Dato’ Razali Ismail
Penggunaan Kaedah Token Ekonomi Bagi Menangani
3.45 - 4.00
6. Sylnie Lau Li Yan Masalah Tingkah Laku Distruptif Murid Berkeperluan IPG Kampus Ilmu Khas
(Dalam Talian)
Khas Masalah Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Multimedia Dan Komputer
4.00 - 4.15
7. Wong Li Ling Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Dalam IPG Kampus Pulau Pinang
(Dalam Talian)
Pembelajaran Sains
34
SIDANG 4
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Pengaruh Penggunaan Multimedia Audio-Visual
4.15 – 4.30 Cik Sufia Rauhah binti
8. Terhadap Pengajaran Jawi Bagi Murid Sekolah IPG Kampus Darulaman
(Dalam Talian) Ruhaijan
Rendah
35
SIDANG 4
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Pengaruh Penggunaan Multimedia Audio-Visual
4.15 – 4.30 Cik Sufia Rauhah binti
8. Terhadap Pengajaran Jawi Bagi Murid Sekolah IPG Kampus Darulaman
(Dalam Talian) Ruhaijan
Rendah
35
KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 5
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 25 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Tripikto: Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
1. 8.30 - 8.45 En Haziq Bin Abdul Latif Penukaran Perpuluhan Kepada Peratus Murid Tahun IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah
Tiga Di SK Serusup Tuaran Sabah
Pn. Siti Badariah Binti Perbandingan Pendidikan STEM dan STEAM Di
2. 8.45 - 9.00 IPG Kampus Pulau Pinang
Jemain Sekolah
Pembangunan Dan Penilaian Bahan Pembelajaran
Nur Fatini Solehah Binti IPG Kampus Temenggong
3. 9.00 - 9.15 Multimedia Interaktif Dengan i-Think Dalam Kalangan
Rosli Ibrahim
Guru Pelatih Opsyen Sains
Nik Nurul Afiqah Binti Persepsi Guru Aliran Perdana Terhadap Kesediaan IPG Kampus Perempuan
4. 9.15 - 9.30
Wan Zainodin Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Melayu
Tahap Tekanan Dan Strategi Mengatasi Tekanan Guru
Encik Muhammad Afif Pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda IPG Kampus Dato' Razali
5. 9.30 - 9.45
Bin Mazlan Perguruan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Ambilan Ismail
Jun 2021
Mizan Qistina Bushra IPG Kampus Dato' Razali
6. 9.45 - 10.00 Using SKKGB In Vito To Improve Students' Vocabulary
Binti Adanan Ismail
36
KATEGORI - PELAJAR
SIDANG 5
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Tarikh : 25 Ogos 2022 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Bil. Masa Nama Pembentang Tajuk Kajian Institusi
Tripikto: Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
1. 8.30 - 8.45 En Haziq Bin Abdul Latif Penukaran Perpuluhan Kepada Peratus Murid Tahun IPG Kampus Kent Tuaran
Sabah
Tiga Di SK Serusup Tuaran Sabah
Pn. Siti Badariah Binti Perbandingan Pendidikan STEM dan STEAM Di
2. 8.45 - 9.00 IPG Kampus Pulau Pinang
Jemain Sekolah
Pembangunan Dan Penilaian Bahan Pembelajaran
Nur Fatini Solehah Binti IPG Kampus Temenggong
3. 9.00 - 9.15 Multimedia Interaktif Dengan i-Think Dalam Kalangan
Rosli Ibrahim
Guru Pelatih Opsyen Sains
Nik Nurul Afiqah Binti Persepsi Guru Aliran Perdana Terhadap Kesediaan IPG Kampus Perempuan
4. 9.15 - 9.30
Wan Zainodin Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Melayu
Tahap Tekanan Dan Strategi Mengatasi Tekanan Guru
Encik Muhammad Afif Pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda IPG Kampus Dato' Razali
5. 9.30 - 9.45
Bin Mazlan Perguruan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Ambilan Ismail
Jun 2021
Mizan Qistina Bushra IPG Kampus Dato' Razali
6. 9.45 - 10.00 Using SKKGB In Vito To Improve Students' Vocabulary
Binti Adanan Ismail
36
SENARAI ABSTRAK
PESERTA SPPK 2022
Kategori:
PENSYARAH /
PEGAWAI IPG
37
PENGARUH IHSAN KENDIRI DAN DAYA TAHAN TERHADAP KESEJAHTERAAN
PSIKOLOGI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1
Nur Jannah B.M.
1 Institut Pendidikan Guru Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) berperanan mendukung hasrat melahirkan murid yang
berketerampilan serta seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Namun begitu, GBK
berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mengakibatkan tekanan, burnout dan hilang ihsan
kendiri seterusnya menyebabkan kesejahteraan psikologi GBK terjejas. Kajian ini bertujuan untuk
meninjau tahap ihsan kendiri, daya tahan dan kesejahteraan psikologi GBK. Selain itu, pengaruh
ihsan kendiri dan daya tahan terhadap kesejahteraan psikologi GBK turut dikaji. Dengan
menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, seramai 330 GBK sekolah menengah yang dipilih
secara pensampelan rawak berkelompok dari empat Pejabat Pendidikan Daerah di negeri
Selangor menjadi responden kajian ini. Keputusan kajian mendapati tahap ihsan kendiri adalah
tinggi, sementara tahap daya tahan dan kesejahteraan psikologi GBK pula adalah sederhana.
Dapatan membuktikan bahawa daya tahan sebagai penyumbang terbesar iaitu 48.7%, diikuti
dengan ihsan kendiri menyumbang sebanyak 1% varian masing-masing kepada kesejahteraan
psikologi GBK. Implikasi kajian ini memberi gambaran bahawa daya tahan adalah elemen yang
penting dan perlu diterapkan dalam latihan pendidikan bimbingan dan kaunseling. Kajian lanjutan
hendaklah diberi tumpuan kepada pembinaan modul daya tahan dan mengkaji keberkesanan
modul tersebut terhadap kesejahteraan psikologi GBK.
Kata Kunci: Kesejahteraan psikologi, ihsan kendiri, daya tahan, guru bimbingan dan kaunseling
38
PERBEZAAN KEPERLUAN GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU
DALAM LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
Yuznaili Saleh, Zabedah Mohammed, Zanariah Hamid, Suhasni Dollah, Rosnawati Saad
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
[email protected]
ABSTRAK
Latihan dalam perkhidmatan dilaksanakan bagi meningkatkan profesionalisme guru. Mata
pelajaran Bahasa Melayu (BM) di sekolah rendah turut diajar oleh guru bukan opsyen
BM. Analisis keperluan latihan pembangunan profesionalisme yang dilaksanakan perlulah
berasaskan kepada kedua-dua golongan guru iaitu guru opsyen dan bukan opsyen BM. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau perbezaan keperluan pembangunan profesionalisme pengajaran
kemahiran mendengar BM antara guru opsyen dengan guru bukan opsyen BM di sekolah
rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan
serta eksperimental. Instrumen soal selidik yang digunakan telah dibangunkan berasaskan
Model TPACK yang mengandungi konstruk Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi
dan Pengetahuan Kandungan. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan tahap keperluan bagi
kedua-dua golongan adalah sama iaitu pada tahap “amat perlu”. Namun melalui kaedah
eksperimental berupaya dikenal pasti bahawa terdapat perbezaan keperluan walaupun kedua-
dua kumpulan pada tahap keperluan yang sama. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat
perbezaan dalam keperluan kaedah penyampaian latihan pembangunan profesionalisme.
Implikasi kajian ini menunjukkan pembangunan modul latihan pembangunan profesionalisme
berdasarkan analisis keperluan berupaya menghasilkan modul yang tepat dan dapat dimanfaat
oleh guru.
Kata Kunci: Analisis Keperluan, Pembangunan Modul Latihan, Modul Pengajaran Kemahiran
mendengar, guru opsyen, guru bukan opsyen
39
SOURCES OF STUDENT TEACHERS’ SPEAKING SELF-EFFICACY IN ENGLISH
1
2
Ngui Geok Kim (Ph.D) , Wong Lind Say
Lourdes Nagarajan , Jenny Kwong Shuk Wah , Juliana Johari
5
3
4
Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Kampus Gaya
Corresponding author email: [email protected]
ABSTRACT
(Introduction) Speaking self-efficacy relates to the ability to speak a language successfully. The
purpose of this study is to examine the level of the speaking self-efficacy and determine the
contribution of mastery experience, vicarious experience, social persuasion, physiological and
emotional state towards student teachers’ speaking self-efficacy. This quantitative research was
participated by (Methodology) 100 Year 4 TESL student teachers who were randomly selected
from a teacher education institute in Sabah, Malaysia. IBM SPSS version 23.0 was used to
conduct descriptive and inferential statistical analyses. (Findings) Findings showed that the
student teachers’ speaking self-efficacy level is high. Mastery experience and social persuasion
are the main contributors to speaking self-efficacy while the least contributor is physiological and
emotional state. Mastery experience, vicarious experience, social persuasion, physiological and
emotional state significantly contribute towards explaining 82.1% of variance in speaking self-
efficacy. (Conclusion) Findings of this study implied that student teachers have great potentials
to command the speaking skill in English and therefore, uphold the quality of TESL programme in
teacher education institutes in Malaysia. The findings also implied the importance of providing a
rich environment starting from a younger age to provide experience and support speaking self-
efficacy to the student teachers.
Keywords: speaking self-efficacy, mastery experience, social persuasion, physiological and
emotional state
40
KUALITI GURU BAHARU LULUSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
1
1
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD ; Syed Ismail Syed Mustapa, PhD ; Shamsazila
Sa’aban,PhD ; Azahar Aziz,PhD ; Salmiah Md. Salleh
2
4
3
1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
IPG bertanggungjawab untuk melahirkan guru permulaan yang berkualiti, berfikiran reflektif, kreatif
dan kritis yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah di dalam konteks sebenar di bilik darjah
kelak. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kualiti guru baharu lulusan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) berdasarkan maklum balas pentadbir sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada
2,180 (97.54%) guru baharu yang dinilai oleh 2,180 orang pentadbir sekolah setelah setahun
ditempatkan di sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan hirisan rentas (cross
sectional), dengan pengumpulan data utama secara kuantitatif melalui instrumen soal selidik.
Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa pentadbir sekolah berpuas hati (99.33%)
terhadap kualiti guru baharu lepasan IPGM dalam kelima-lima aspek dengan catatan min=4.38
(sp=.47). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran
(PdP) memperoleh peratus kepuasan tertinggi (99.59%) dengan catatan min= 4.47 (sp.= 0.45)
dan diikuti dengan aspek penyelesaian masalah (99.00%) dengan catatan min 4.25 (sp=.56).
Disamping itu dapatan kajian dalam aspek komunikasi (99.33%) pula mencatatkan min 4.45 (sp=
.48) manakala dalam aspek pengurusan maklumat (99.26%) dengan min 4.36 (sp.=.53). Selain
itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 99.1% daripada pentadbir sekolah berpuas hati
dengan kualiti guru baharu yang dihasilkan oleh IPG. Data kualitatif pula menunjukkan bahawa
guru baharu perlu bersikap terbuka dalam menerima teguran, tunjuk ajar dan bimbingan (86
respon; 21.18%); perlu lebih beretika ketika berkomunikasi (69 respon; 20.29%); dan perlu
meningkatkan kemahiran dalam pengendalian maklumat (41 respon; 19.71%). Pengkaji
mencadangkan agar Sistem e-SSKP perlu ditambahbaik supaya lebih mesra pengguna dan
memudahkan penyelaras mengendalikannya ketika mengumpul data dan menganalisis data.
Instrumen soal selidik kepuasan pelanggan perlu dinilai semula dari semasa ke semasa mengikut
kesesuaian penggunaannya dan sentiasa ditambahbaik agar instrumen ini sentiasa relevan
mengikut keperluan semasa.
41
Kata Kunci: kualiti guru, pengajaran dan pembelajaran, komunikasi, pengurusan maklumat,
pembelajaran sepanjang hayat.
42
PENGARUH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SERTA KOMPETENSI PENGAJARAN SISWA GURU DI MALAYSIA
1
1
1
1 Badruddin, Hassan, PhD; Mas Norbany Abu Samah, Mat Ali Abd Ghani
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
mas [email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir Kritis yang terdapat dalam sistem latihan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
menjadi kriteria penting dalam merancang, mengelola dan mentafsir kebolehan siswa gurunya.
Tujuannya untuk memastikan semua siswa guru yang tamat pengajian mereka memiliki
kompetensi yang tinggi untuk menggalas tugas sebagai seorang guru terlatih. Kajian ini
menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan rentas terhadap siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu demografi,
kemahiran berfikir kritis (KBK), strategi pengajaran dan pembelajaran (SPdP) serta kompetensi
pengajaran guru (KPG) diedarkan kepada responden kajian. Analisis deskriptif dan inferensi
dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) telah menunjukkan tahap
min KBK, SPdP dan KPG siswa guru adalah tinggi. Ujian regresi yang digunakan menunjukkan
terdapat pengaruh yang sederhana antara KBK dan SPdP dan KPG. Dapatan ini menunjukkan
pengupayaan siswa guru semasa menjalani latihan perlu ditambahbaik terutama dengan
menyediakan kaedah latihan dan pentaksiran yang menjurus kepada kemahiran berfikir aras
tinggi. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesediaan pihak penyedia
latihan perguruan meningkatkan kompetensi siswa guru di masa hadapan.
Kata Kunci: Kemahiran berfikir kritis, strategi pengajaran dan pembelajaran, kompetensi
pengajaran, siswa guru
43
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN AMALAN PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHMPQ) BAGI INSTITUT PENDIDIKAN
AWAM: MODEL ANALISIS RASCH
Muhamad Affandi Ismail, Fahirah Shaliza Mokhtar, Azlinzuraini Ahmad
Universiti Malaysia Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
(Pengenalan) Kajian ini berkenaan proses metodologi merekabentuk dan menilai kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen OSHMPQ dalam penyelidikan amalan pengurusan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan (KKP) di institusi pendidikan awam menggunakan model analisis Rasch.
(Metodologi) Rekabentuk konstruk dan item OSHMPQ berdasarkan petunjuk proaktif yang
menilai elemen amalan pengurusan KKP berdasarkan iklim keselamatan fizikal psikososial. 5
komponen analisis Rasch digunakan untuk menilai kefungsian item menggunakan aplikasi
MINISTEP. Kajian ini dilaksanakan di 3 buah IPG Kampus seramai 51 orang pensyarah akademik
sebagai responden. (Dapatan kajian) Indeks kebolehpercayaan individu dan item menunjukkan
OSHMPQ boleh diterima dan sesuai untuk menilai amalan pengurusan KKP di institusi
pendidikan awam. Analisis polarity item menunjukkan instrumen yang digunakan berfungsi dalam
arah selari. Didapati 3 item sangat mengelirukan dan 6 item adalah sangat mudah. Analisis
unidimensi menunjukkan bahawa varians mentah yang dijelaskan oleh ukuran adalah 39.7%,
menunjukkan bahawa item dalam soal selidik adalah satu dimensi. Terdapat 2 item yang gagal
memenuhi julat penerimaan outfit MNSQ, outfit Z-std dan PT-Measure CORR akan digugurkan.
(Kesimpulan) Kajian ini membuktikan cadangan menggabungkan amalan pengurusan
keselamatan terhadap 2 jenis risiko pekerjaan iaitu keselamatan fisiologi dan kesihatan
psikososial. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini adalah penting untuk memastikan
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen OSHMPQ untuk digunakan dalam penyelidikan
seterusnya.
Kata Kunci: amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, kesahan dan kebolehpercayaan, model analisis rasch
44
HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGAJARAN DAN BAHAN BANTU MENGAJAR DAN
GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)
Bani Hidayat bin Mohd Shafie PhD
1
2
Nor Hayati Fatmi bt Talib PhD
IPG Kampus Pendidikan Islam , Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
1
2
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap dan amalan pengajaran dan penggunaan bahan bantu
mengajar hubungan antara keduanya dalam kalangan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA)
JAKIM di sekolah-sekolah. Kajian ini memfokuskan tiga aspek iaitu tahap amalan pengajaran,
bahan bantu mengajar (BBM) dan profesionalisme guru KAFA. Kajian menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Kajian ini telah melibatkan 409 orang guru KAFA dari sekolah KAFA
dari 4 zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon utara, Zon tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.
Statistik deskriptif digunakan iaitu kekerapan, peratusan, min sisihan piawai dan dan statistik
inferensi t-test dan ANOVA digunakan untuk melaporkan dapatan kajian. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa min bagi ketiga-tiga aspek adalah sederhana iaitu: Amalan pengajaran:
(min=3.09, sp=0.584), BBM: (min=2.43, sp=0.545), dan profesionalisme guru: (min=3.54,
sp=0.666). Dapatan analisis Anova mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan pada aras
(p<0.05) tahap profesionalisme berdasarkan pengalaman. Terdapat hubungan yang kukuh
signifikan (r=0.735, p<0.01) antara bahan bantu mengajar dan amalan pengajaran dalam
kalangan guru KAFA Implikasi kajian ialah amalan pengajaran dan pembelajaran dan
profesionalisme guru KAFA perlu dimantapkan lagi melalui kursus-kursus latihan yang berkala
dan berfokus. Usaha-usaha ini mampu untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam guru KAFA di Malaysia.
Kunci Kata: Guru KAFA, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Amalan pengajaran, Profesionalisme,
JAKIM
45
INVESTIGATING THE PATTERNS OF VISUAL BEHAVIOUR IN READING AND
COMPREHENDING A MULTIMODAL TEXT
Suriani Mohd Yusof Ph.D¹, Zalina Mohd Lazim Ph.D²,
Khazriyati Salehuddin Ph.D³ and Mizhanim Mohamad Shahimin Ph.D⁴
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
² ³ ⁴Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRACT
21st century texts have become more multimodal than before; hence, readers need to adopt new
skills and strategies so as to be able to read, interpret and make sense of these texts. Reading
and comprehending a multimodal text (i.e., graphic novel) involve a revisit into the theories and
pedagogies in the context of changed literacy practices. Therefore, the main aim of this research
is to investigate the patterns of visual behaviour of Year Five good and poor readers (N=49), when
reading selected graphic novels using the eye tracking method. Through qualitative analysis of
readers’ gaze plot and heat maps, this study compared how pupils read and understand texts.
The discussion of the findings was guided by three theoretical substances namely Dual Coding
Theory, Grammar of Visual Design, and Transactional Theory of Reading. The overall results
indicate that the participants, irrespective of their reading ability, gave more attention to the verbal
elements compared to the visual features, which were overlooked when navigating the stimuli.
The results from this study highlight the educational implication that the skills needed to interpret
the combination of images and words should be explicitly taught to young readers to assist
comprehension.
Keywords: Multimodal texts, graphic novels, eye tracking, reading
46
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TAMADUN
ISLAM DAN TAMADUN ASIA SISWA GURU: SATU ANALISIS
2
1
Mohd, A.Z ; Siti,M.I ; Ibrahim,F.A ; Mahani. S 4
3
1234 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
ABSTRAK
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) diperkenalkan dalam pendidikan tinggi adalah
bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan terhadap sejarah kepelbagaian
tamadun sehingga kini yang memberi impak kepada jati diri yang utuh. Kajian yang dijalankan ini
adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) oleh para siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
Kajian ini melibatkan 88 orang siswa guru. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang
menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan nilai min. Soal selidik digunakan untuk
mengkaji empat aspek keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Tamadun Islam dan
Tamadun Asia iaitu pengajaran pensyarah, strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah,
penilaian kandungan dan penilaian kursus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keempat-
empat aspek yang dikaji, nilai min berada pada tahap tinggi iaitu pengajaran pensyarah (4.53),
strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (4.57), penilaian kandungan(4.45) dan
penilaian kursus (4.43). Implikasi kajian ini ialah kepelbagaian penggunaan kaedah pengajaran
dituntut bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran kursus dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.
Kata Kunci: keberkesanan, pembelajaran, pengajaran, penilaian
47
TESL TEACHER TRAINEES’ UNDERSTANDING ON THE USE OF RINGKASAN
MAKLUMAT KURSUS (RMK)
Fathen Suriati Jusoh and Mohd Haniff Mohd Tahir 2
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
2 Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]
[email protected]
ABSTRACT
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) is prepared by IPGM to provide information on the course
learning outcomes, teaching and learning strategies, assessments and students’ learning time of
each course offered. Past studies indicate the course learning outcomes (CLO) are useful to help
students master a certain course. This study intends to identify the IPG KDRI PISMP June 2021
intake TESL teacher trainees’ understanding on the purpose of RMK, their tendency to refer to
RMK to understand the course learning outcomes and to prepare for the examination. This study
employed a questionnaire to answer the research questions and the respondents (N=51) were
selected based on the Krecjie and Morgan (1970) Sample Size Determination table using
purposive sampling technique. Findings indicate that the respondents have high level of
understanding on the purpose of RMK (M=3.99), high tendency to refer to RMK to understand the
course learning outcomes (CLO) (M=4.01) and high tendency to refer to RMK to prepare for their
examination (M=4.11). In conclusion, this study is significant to ensure the trainees are aware of
the IPGM’s expectations and understand the overview of each course.
Keywords: Rancangan Maklumat Kursus (RMK), TESL teacher trainees, IPGM, course learning
outcomes (CLO)
48
ALAT RUBBER GRIP MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULIS KANAK-
KANAK
Noorashikin Edin, Hashimah Hashim, Mohd Azmi Mat Yusoff dan Noraida Omar
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Di dalam dokumen Permata Negara (2008) pada Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor
kanak-kanak 2 hingga 3 tahun, jelas menyatakan bahawa pada usia tersebut kanak-kanak
boleh/dapat memegang alatulis dengan betul. Manakala di dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) pada tunjang komunikasi bahasa Melayu di dalam
Standard Pembelajaran BM3.1.1 juga menyatakan hal yang sama. Ini membuktikan bahawa
kemahiran menguasai pratulis merupakan perkara asas yang penting bermula hanya dengan
memegang alatulis tersebut. Namun, mengajar kanak-kanak memegang alatulis bukanlah
perkara yang mudah kerana melibatkan penguasaan kemahiran koordinasi mata-tangan dengan
baik. Jika tidak ditangani dengan betul kanak-kanak boleh mengamuk dan ibu bapa/guru juga
cenderung putus asa. Hal ini mungkin menjadi lebih sukar jika kanak-kanak sudah mencapai satu
posisi yang ‘pelik’ untuk memegang alatulis. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan
untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran pratulis dengan menggunakan alat
Rubber Grip. Responden terdiri daripada tiga orang kanak-kanak prasekolah yang mengalami
masalah pratulis memegang pensel dengan betul. Dapatan kajian menunjukkan dengan
menggunakan alat Rubber Grip telah dapat membantu responden menangani isu pratulis dalam
masa hanya seminggu sahaja. Justeru adalah disarankan agar kanak-kanak dilatih memegang
alatulis dengan cara yang betul sedari awal seperti yang dinyatakan di dalam dokumen Permata
Negara (2008).
Kata Kunci: Pratulis, Memegang Pensel, Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu, Dokumen
Permata Negara
49
WAHAI GURU BAHARU: SIGNIFIKANKAH SUMBANGAN KEPERCAYAAN TERHADAP
VARIASI AMALAN PENGAJARAN DAN SIKAP?
Noziati Binti Borhan, PhD, Farah Mukhtar @ Mohd Yunos PhD, Zairinah Mohd Shukur,
Erana Abd Seman, Mayati Bulin
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan
ABSTRAK
Guru permulaan atau guru baharu perlu menguasai beberapa aspek kemahiran dan sikap demi
memenuhi agenda kerajaan yang pelbagai selari dengan pedagogi abad ke 21. Pengalaman
yang telah dilalui oleh golongan guru ini memberikan kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenal
pasti sejauhmana sumbangan kepercayaan guru baharu terhadap variasi amalan pengajaran dan
sikap. Seramai 263 responden telah dipilih bagi terlibat dalam kajian ini melalui pensampelan
secara rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 91 item
berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data. Kajian ini
menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 21.
Manakala AMOS versi 21 digunakan bagi model persamaan struktural, analisis laluan dan
analisis faktor kesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa attribute kepercayaan tidak sepenuhnya menyumbang terhadap
amalan pengajaran dan sikap guru. Latihan pembangunan professional guru, penambahbaikan
aspek pedagogi dan aktiviti serta kemahiran menjadi petunjuk kepada sumbangan yang besar
terhadap amalan pengajaran dan sikap guru terutama di era pendidikan kini.
Kata Kunci: Kepercayaan, guru baharu,amalan pengajaran, sikap guru
50
PENGUJIAN MODUL PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
TAHUN SATU
2
1 Mas Norbany binti Abu Samah, Yuslaini binti Yunus dan Nur Ruzaini binti Che Mansor
3
1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan fokus pendidikan di Malaysia masa kini. Pelaksanaan
proses pentaksiran dalam bilik darjah kebiasaannya menggunakan pentaksiran berbentuk ujian
sahaja. Modul pentaksiran alternatif sebagai rujukan kepada guru diperlukan bagi memastikan
pentaksiran yang dilaksanakan mampu melahirkan modal insan seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa depan. Justeru, Modul Pentaksiran Alternatif (M-PA)
dalam pengajaran matematik Tahun Satu telah dibina. Kajian ini bertujuan menguji kesan
penggunaan M-PA dalam pengajaran topik Wang, dan Masa dan Waktu. Kajian ini terbahagi
kepada dua fasa. Fasa I melibatkan proses pembinaan Modul Pentaksiran Alternatif. Fasa II pula
melibatkan pengujian keberkesanan M-PA dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu
kuasi-eksperimen. Kajian kuasi eksperimen ini menggunakan reka bentuk Ujian Pra dan Ujian
Pos Kumpulan Kawalan Tidak Setara. Sampel dipilh secara rawak melibatkan 61 orang murid
Tahun Satu dari sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuala Terengganu. Semasa rawatan,
kumpulan eksperimen (n=31) telah diajar dengan menggunakan Modul Pentaksiran Alternatif dan
kumpulan kawalan (n=30) mengikuti kaedah pembelajaran konvensional. Instrumen Ujian Topik
Wang, dan Masa dan Waktu digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam topik tersebut.
Data dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian–t dan Analisis Kovarian (ANCOVA).
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan M-PA dapat meningkatkan pencapaian murid bagi
Ujian Topik Wang, dan Masa dan Waktu. Secara praktikal, kajian ini memberi indikasi bahawa
M-PA yang dibina boleh dijadikan sumber pentaksiran autentik yang boleh dijadikan rujukan
kepada guru matematik.
Kata Kunci: Pentaksiran, Pendidikan Matematik, Modul Pentaksiran Alternatif
51
TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU PELATIH MENGAPLIKASIKAN DIGITAL
TOOLS SEBAGAI ALAT PENTAKSIRAN FORMATIF
Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris, PhD
1
([email protected])
Tan Ai Lee, PhD
2
([email protected])
Fatimah binti Ibrahim, PhD
3
([email protected])
Norlia binti Mat Esa, PhD
4
([email protected])
Saidatul Nadiah binti Shamsuddin
5
([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
ABSTRAK
Guru harus memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan pentaksiran
formatif dengan jayanya di bilik darjah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap
pengetahuan guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran formatif dan kemahiran mereka
dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif semasa menjalani praktikum Fasa
1. Seramai 159 orang guru pelatih telah menjadi responden kajian. Satu soal selildik sebanyak
20 item telah diubah suai untuk tujuan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden memiliki tahap pengetahuan tinggi (min=4.33) dalam melaksanakan pentaksiran
formatif dan kemahiran tinggi (min= 4.04) dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran
formatif di bilik darjah. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah terhadap
kemahiran guru pelatih dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif. Manakala
tiada perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap pengetahuan dalam melaksanakan
pentaksiran formatif dan juga kemahiran mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru telah
bersedia untuk melaksanakan pentaksiran formatif di bilik darjah dengan menggunakan pelbagai
digital tools yang sesuai sewaktu menjalani praktikum secara dalam talian. Walau bagaimanapun
kemahiran guru pelatih dalam mengaplikasikan digital tools untuk pentaksiran formatif juga
bergantung kepada jenis sekolah yang mereka ditempatkan.
52
Kata Kunci: pengetahuan, kemahiran, digital tools, pentaksiran formatif
53
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BAKAT DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
Masitah Mohammad Yusof, Phd.
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
[email protected]
ABSTRAK
Pembangunan bakat adalah kaedah terbaik untuk membangunkan sumber manusia yang cekap,
berkesan, berkualiti dan berkebolehan bagi melahirkan pemimpin masa hadapan. Pembangunan
bakat memberi tumpuan kepada kompetensi, potensi dan kualiti yang diperlukan oleh setiap
institusi atau organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepentingan pembangunan bakat
dan kriteria kompetensi dalam pembangunan bakat seseorang pemimpin. Kaedah kajian yang
digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat lima kriteria kompetensi untuk pembangunan dan
pengembangan bakat iaitu “kepimpinan”, “tindakan”, “pemikiran”, “jaringan” dan “nilai”.
Kompetensi “kepimpinan” adalah keupayaan untuk memimpin orang lain dengan keyakinan dan
kematangan, merangkumi perubahan dan mewujudkan peluang untuk berubah. Kompetensi
“tindakan” adalah keupayaan seseorang untuk membuat keputusan yang cekap, cepat dan
mengambil tindakan untuk kepentingan organisasi dan masyarakat. Kompetensi “pemikiran” pula
adalah keupayaan pemimpin untuk memperoleh maklumat atau idea terbaharu di dalam dan luar
negara dan mengaplikasikan pandangan jauh idea tersebut ke hadapan. Kompetensi “jaringan”
atau jalinan adalah keupayaan untuk memahami persekitaran luaran dan sensitiviti politik, bagi
membina rangkaian strategik. Kompetensi “nilai” adalah merujuk kepada nilai-nilai pekerja seperti
amanah, hormat, kejujuran, tanggungjawab dan integriti. Kelima-lima kompetensi ini dapat
dijadikan sebagai kriteria utama dalam memilih pemimpin yang cekap dan berkualiti di sesebuah
organisasi.
Kata Kunci: pembangunan bakat, kompetensi, kepimpinan, pemikiran
54
PLANNING STEM LESSONS THROUGH LESSON STUDY:
CHALLENGES, VIEWS AND REFLECTIONS
Jong Cherng Meei , Lavaneesvari Manogaran and Ng Seok Moay
2
3
1
1,2,3 Institute of Teacher Education Penang Campus
[email protected]
ABSTRACT
Teacher education programmes offered by the Institutes of Education Malaysia are highly
specilaised. Preservice teachers rarely have the practical experience in designing and carrying
out STEM lessons. To better prepare the preservice teachers, there is a need to transform the
pedagogical theories concerning STEM education into practices. This paper studies the design
of STEM lessons through lesson study by eight mathematics pre-service teachers of a teacher
education institute during the Covid-19 pandemic. The study focused on STEM lesson planning
processes, lesson study, challenges of lesson planning and implementation during practicum
which was implemented online. The samples were recruited through a purposive sampling
method of which they were the practicum students of the researchers. Qualitative case study was
the research design used. Data was collected through the planned lesson, discussions,
interviews, reflective journals, video recordings and expert observations. Three distinct strands
emerged from the findings, that is, lesson study enhances pedagogical content knowledge for
integrated STEM lessons, develops pre-service teachers’ awareness towards students’ learning,
and assists the construction of STEM lessons through collaboration. Perceptions of participants
towards integrated STEM lessons, time constraint in lesson planning and implementation, and
the potential of including lesson study in the practicum programme are also discussed.
Keywords: STEM, lesson study, practicum, online
55
SUMBANGAN MODEL TPACK KEPADA KREATIVITI PENGAJARAN
GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA
2
1
Mohammad Rusdi Ab Majid ,Aznida Aziz , Che Mohd Zaid Yusof ,
1
Mohd Alauddin Othman , Mohd Hasaidi Hassan
3
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21300 Kuala Nerus, Terengganu,
Malaysia, [email protected],
2 Center for Foundation and Continuing Education, University Malaysia Terengganu, 21030
Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
3 Faculty of Languages & Communication, University Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu, Malaysia.
ABSTRAK
Pengajaran yang kreatif merupakan elemen utama dalam menghasilkan proses PdP yang
menarik. Ianya mampu menarik minat pelajar untuk terus kekal mempelajari mata pelajaran yang
diajar terutamanya pelajaran yang sukar seperti bahasa Arab. Kajian ini menjelaskan tentang
sumbangan model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) kepada kreativiti
pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Model ini telah dijadikan sebagai model utama bagi
mengkaji sumbangannya terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Sampel
kajian ini melibatkan 530 guru bahasa Arab berdasarkan populasinya seramai 7,309 orang di
seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pendekatan kuantitatif dan persampelan rawak
mudah digunakan bagi tujuan kutipan data. Data telah dinalisis dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) Vol. 21. Manakala ujian regrasi telah dijalankan bagi
mengenal pasti sumbangan model TPACK kepada kreativiti pengajaran guru bahasa Arab.
Dapatan kajian menjelaskan terdapat empat pengetahuan yang menjadi penyumbang utama
kepada kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia iaitu Pedagogical Knowledge,
Technological Pedagogical Content Knowledge, Pedagogical Content Knowledge dan
Technological Pedagogical Knowledge. Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini guru bahasa Arab
di Malaysia perlu memberi tumpuan kepada empat elemen yang telah dinyatakan bagi
mengembangkan lagi kreativiti pengajaran bahasa Arab. Oleh kerana itu, tumpuan kepada empat
pengetahuan ini terutamanya Pedagogical Knowledge perlu kepada perhatian khusus kerana
ianya merupakan penyumbang utama kepada kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di
Malaysia.
Kata Kunci: Kreativiti Pengajaran, Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Teknologi Pedagogi
Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Kandungan
56
VVPRE-SERVICE TEACHERS’ UNDERSTANDINGS ON PLAGIARISM
2
1
Ramesh Rao Ramanaidu (PhD) , Chantirasekar A/L Karpan , Shasitharan Raman Kutty
(PhD) and Chander Vengadasalam (PhD)
3
4
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Malaysia
3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
[email protected]
ABSTRACT
With the advent of technology, academic dishonesty is rampant in institutes of higher education.
Teacher Training Institutes (TTI) offering higher education are responsible in producing quality
teachers but are faced with concerns relating to academic dishonesty. Plagiarism is a
manifestation of academic dishonesty. Plagiarism is understood as stealing and passing off
another person’s ideas or words as one’s own. Using a quantitative approach, this study
examined 57 pre-service teachers’ views related to plagiarism. An online survey, consisting of six
items adapted from Academic Integrity Survey was administered via WhatsApp to these students
from the special education department. The six items ranged from opinions on plagiarism to
related ethical infringement caused by plagiarism. Kruskal-Wallis Test, a non-parametric analysis
equivalent to ANOVA was used to analyse the data. Data reveals that from among the six items,
three items were significant. The relation between these three items were significant ranging from
χ (57)= 24.48, p=00 to χ (57)= 12.50, p=02. One of the three significant item is on whether pre-
service teachers have the temptation to plagiarise or not. This undesirable trait should be nipped
in the bud. Therefore, it is suggested that a course on plagiarism should be introduced in TTI.
Keywords: Plagiarism, pre-service teachers, academic dishonesty, COVID19, movement control
order (MCO)
57
ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN GURU DALAM
PERKHIDMATAN
Yuznaili Saleh, Zabedah Mohammed, Shamsul Aizuwani Nawi, Vijayaletcmy Muniyandi,
Juairiah Merjonet
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
ABSTRAK
Peningkatan profesionaliseme guru perlu dilaksanakan agar guru dapat meningkatkan kualiti diri.
Latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan bagi meningkatka profesionalisme guru.
perlulah diberi berdasarkan keperluan guru. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan
pembangunan Modul Latihan Pengajaran Kemahiran Bertutur bagi guru bahasa Melayu di
sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kajian tinjauan.
Instrumen soal selidik yang digunakan telah dibangunkan berasaskan Teori TPACK yang
mengandungi tiga konstruk utama iaitu teknologi, pedagogi dan kandungan pengajaran. Dapatan
kajian menunjukkan guru memerlukan kursus dalam perhidmatan yang dilaksanakan dalam mod
bersemuka berbanding mod dalam talian dan hibrid. Selain itu dapatan kajian menunjukkan guru
Bahasa Melayu amat memerlukan latihan berkenaan teknologi iaitu latihan bagi memilih dan
menghasilkan bahan pengajaran kemahiran bertutur. Implikasi kajian ini menunjukkan
pembangunan modul latihan berdasarkan analisis keperluan dapat menghasilkan modul yang
sesuai dengan keperluan guru.
Kata Kunci: Analisis Keperluan, Pembangunan Modul Latihan, Modul Pengajaran Kemahiran
bertutur, Analisis Keperluan
58
KEBERKESANAN PELAKSANAAN e-FOLIO SEBAGAI DOKUMEN PENGURUSAN
KURIKULUM DALAM KALANGAN PENSYARAH
Rosmani Ali , Nik Azleena Nik Ismail , Fathiah Mohd Yusof ,
3
2
1
Abd. Halim bin Ismail , Ghazali Ismail 5
4
1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu
3
1 [email protected], [email protected], [email protected],
2
4 [email protected], [email protected]
5
ABSTRAK
Gelombang pendigitalan dalam pendidikan hari ini berupaya membina sistem pengurusan
dokumen kurikulum yang sistematik sebagai salah satu pembentukan budaya perkhidmatan yang
cemerlang di institusi pendidikan. Berdasarkan keperluan ini penggunaan e-Folio telah
dilaksanakan oleh pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Sehubungan itu kajian ini
dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan e-Folio sebagai dokumen
pengurusan kurikulum yang diamalkan. Seramai 54 orang pensyarah (47%) terlibat sebagai
responden kajian ini yang dilaksanakan secara tinjauan. Data kajian dianalisis menggunakan
SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan e-Folio dalam semua
aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu pengetahuan penyediaan pengurusan dokumen secara
digital (95.5%), kemahiran TMK (90.0%) dan pengurusan kos, ruang, masa (90.0%). Hasil kajian
ini dapat memberi implikasi bahawa para pensyarah sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
dalam memastikan kualiti pengurusan dokumen penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Pengurusan dokumen secara digital yang bersistem dan harmonis akan dapat
menghasilkan suatu proses kerja yang berkualiti dengan berkesan. Situasi sebegini amat penting
memandangkan kestabilan intelektual dan emosi pensyarah perlu terus berada dalam keadaan
kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengurusan dokumen yang
bermakna dalam pelbagai situasi keperluan perubahan persekitaran terkini.
Kata Kunci: Pendigitalan, Pengurusan kurikulum, e-Folio, Pandemik Covid19
59
PEMUPUKAN KEMAHIRAN VISUALISASI MENTAL DALAM KALANGAN GURU PELATIH
IPG DI BANDAR ENSTEK
3
1*
Azerai Azmi , Muhammad Mirza Mohd Masa’ud , Abdul Muhaimin Muhsin , Muhamad
2
Faizzuddin Zaidin
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Malaysia.
2 Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Malaysia.
3 Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru, Pasir Gudang, Malaysia.
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran Visualisasi Mental sangat berkait rapat dengan Kecerdasan Visual Spatial dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner, 1983). Individu dengan kecerdasan ini lebih memahami
dunia melalui gambaran idea dan peristiwa. Kemahiran ini dapat ditingkatkan jika pelajar
didedahkan dengan latihan dan aktiviti memanipulasi yang bersesuaian dan berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti sumbangan faktor-
faktor yang diimplementasi dalam aktiviti pengajaran seperti pengintegrasian Elemen Seni dalam
pengajaran, Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam
mempengaruhi pemupukan kemahiran visualisasi mental guru pelatih di Institusi Pendidikan Guru
di Bandar Enstek. Responden kajian ini terdiri daripada 175 orang guru pelatih dengan pecahan
39 orang guru pelatih Sains, 61 orang guru pelatih Reka Bentuk Teknologi dan 75 orang guru
pelatih Matematik yang ditentukan dengan perkadaran strata dan dipilih secara rawak mudah.
Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik berskala lima likert sebagai instrumen
kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Stastical Packages Of Science
Social (SPSS) versi 28. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan skor min tahap implementasi
elemen seni dalam pengajaran secara keseluruhan adalah 4.29. Manakala skor min tahap
penerapan PAK-21 dan amalan Pembelajaran Berasaskan Masalah secara keseluruhan masing-
masing 4.42 dan 4.14. Analisis regrasi mendapati pengintegrasian Elemen Seni dalam
pengajaran Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) menyumbang sebanyak 15.7% (β=.307; t=6.228;
p=.000) kepada pemupukan Kemahiran Visualisasi. Seterusnya, Elemen Seni dalam pengajaran
dan Pembelajaran Berasaskan Masalah masing-masing menyumbang sebanyak 3.4% (β=.198;
t=4.026; p=.000) dan 0.9% (β=-.096; t=-2.134; p=.033). Kajian ini dapat memberi maklum balas
kepada KPM dan IPGM menggalakkan penerapan PAK-21 dalam kalangan guru pelatih
seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan bagi mencapai kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa.
60
Kata Kunci: Seni dalam pengajaran, Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21), Pembelajaran
Berasaskan Masalah, Kemahiran Visualisasi Mental
61
PENILAIAN KURIKULUM ELEKTIF TERAS KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Amat Tarop bin Sumo
IPG Kampus Ilmu Khas
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai kurikulum elektif teras kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah di IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kajian ini menilai
implikasi kurikulum ini kepada siswa guru bukan opsyen Bahasa Melayu (BM). Model Penilaian
Stufflebeam 1971 iaitu Konteks, Input, Produk, dan Proses (KIPP) telah digunakan dalam kajian
ini. Kajian berbentuk penilaian kurikulum ini dilakukan terhadap siswa guru bukan opsyen BM
dengan melihat empat aspek utama iaitu hasil pembelajaran dan isi kandungan, pengetahuan
kandungan, pedagogi, dan pentaksiran. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan
disokong oleh kaedah kualitatif. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik daripada 119 orang
siswa guru selepas kajian rintis dijalankan manakala data kualitatif diperoleh dalam kalangan tiga
orang pensyarah menggunakan temu bual semi-struktur bagi menyokong data kuantitatif.
Analisis data kuantitatif menggunakan perisian IBM SPSS versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penilaian kurikulum elektif teras kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah memberi impak yang positif dalam aspek konteks, input, proses, dan produk
terhadap siswa guru. Melalui kajian ini juga didapati bahawa kursus Kajian Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah amat wajar diambil oleh siswa guru bukan opsyen BM sebagai subjek
elektif kerana dapat memberi nilai tambah dari segi pengetahuan tentang Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Rumusan daripada kajian ini ialah kurikulum elektif teras
kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah banyak memberi kesan positif kepada
siswa guru berdasarkan empat dimensi KIPP. Kurikulum ini juga wajar dinilai dari semasa ke
semasa bagi melahirkan siswa guru yang berilmu dan kompeten.
Kata Kunci: kurikulum, elektif teras, impak, dimensi
62
TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BAGI MENGHADAPI DUNIA VUCA
3
2
Romy, A.K¹, Roomai Noor, R. , Mohd Nordin, A.B , T.Shanmugam 4
6
5,
Anusuya. Mohd Asri, A.A
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) bagi menghadapi Dunia Vuca. Vuca ialah
Volatility iaitu ketidaktentuan dan sering terjadi perubahan. Uncertainty pula ketidakpastian atau
keadaan yang penuh kejutan. Manakala Complexity adalah keadaan yang penuh dengan
kerumitan dan Ambiguity pula suatu keadaan yang penuh dengan kekaburan. Satu kajian telah
dijalankan dan seramai 106 pensyarah IPGKPT telah terlibat dalam kajian ini sebagai sampel
kajian. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasaskan skala
likert yang diedarkan melalui google form. Dapatan Kajian menunjukkan tahap pengetahuan bagi
semua item mengenai dunia VUCA adalah tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak 4.20
dan sisihan piawai 0.78, manakala kesediaan pensyarah menghadapi cabaran dunia VUCA
menunjukkan juga pada tahap yang tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak 4.46 dan
sisihan piawai 0.64 dan begitu juga tahap profesionalisme pensyarah terhadap dunia VUCA bagi
semua item adalah tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak 4.61 dan sisihan piawai 0.55.
Berdasarkan dapatan kajian tahap pengetahuan dan tahap kesediaan pensyarah IPGKPT adalah
tinggi berdasarkan latar belakang dan kemampuan mereka menyerap pelbagai ketidaktentuan
dalam pendidikan terutama pada zaman teknologi digital.
Kata Kunci: Ketidaktentuan, Ketidakpastian, Kerumitan dan Kekaburan
63
KAJIAN TINJAUAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN (PDPR)
BAGI KURSUS MPU3062 KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
Chin Satt Fung ([email protected])
1
Syibin Bin Japar ([email protected])
2
Low Kee Sun ([email protected])
3
Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih ([email protected])
4
Ainon Binti Hadim ([email protected])
5
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat impak pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
(PdPR) dalam talian semasa situasai pandemik bagi kursus MPU3062 Kokurikulum - Unit
Beruniform Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) Ambilan Jun 2020. Responden
terdiri daripada 233 orang ahli Unit Beruniform Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Pandu
Puteri Kadet (PPK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Puteri Islam Malaysia
(PPIM) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan secara
kuantitatif. Instrumen soal selidik terdiri daripada empat bahagian dan 43 item pernyataan telah
disediakan dalam skala 5 poin Likert untuk melihat persetujuan responden. Soal selidik dibina
dalam bentuk google form. Instrumen kajian telah diuji pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach
dan berada dalam keadaan yang memadai. Data dianalisis secara statistik deskriptif, statistik
frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan
penguasaan ilmu pengetahuan asas UB, penguasaan kemahiran amali UB, amalan pelaksanaan
UB serta isu dan cabaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran UB dalam talian berada
pada tahap sangat berkesan. Namun aspek internet perlu diberi perhatian memandangkan
penyesuaian pelajar menghadapi situasi baharu dalam melaksanakan PdPR. Sebahagian pelajar
menghadapi masalah dalam mengekses internet dan masalah kewangan dalam langganan talian
internet.
Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPR), Unit Beruniform (UB),
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
64
PERKEMBANGAN PENAAKULAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN ISU-ISU SEMASA
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
2
1
Chander Vengadasalam (PhD) , Shasitharan Raman Kutty (PhD) , Chantirasekar a/l
Karpan (PhD) & Ramesh Rao Ramanaidu (PhD)
4
3
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
3 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
4 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat perkembangan penaakulan pelajar melalui penggunaan isu-isu
semasa dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini melibatkan 46 orang
pelajar Program Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada jurusan atau
major Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). Kajian ini ditadbir
melalui kaedah survey dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisa menggunakan perisian
SPSS dan melibatkan kaedah statistik peratusan. Dapatan kajian menunjukkan 91% pelajar
minat menggunakan isu-isu semasa dalam Pendidikan Moral. Walaupun terdapat banyak teknik
pembelajaran, peserta kajian kerap menggunakan teknik perbincangan yang melibatkan isu-isu
semasa. Antara isu semasa yang sangat diminati pelajar ialah isu pendemik covid19, isu
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan isu capaian internet. Seramai 87% pelajar
memilih isu pendemik covid19 dan 70% pelajar memilih isu BDR dan 65% pelajar memilih isu
capaian internet untuk dijadikan tajuk perbincangan dalam kuliah Pendidikan Moral. Secara
kesimpulan kajian ini menunjukkan kepentingan penggunaan isu semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral yang membawa kepada perkembangan penaakulan pelajar-
pelajar di IPGKPT.
Kata Kunci: penaakulan, isu-isu semasa, teknik pembelajaran, implikasi
65
TAHAP PENGHAYATAN AKHLAK ISLAM PASCA PANDEMIK DALAM KALANGAN
PELAJAR BIDANG PENDIDIKAN ISLAM DI IPGK TUN ABDUL RAZAK, KOTA
SAMARAHAN
1
2
Nik Zul Azhar Bin Nik Hassan dan Musliha Binti Ismail
1-2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak
ABSTRAK
Kertas kajian ini adalah untuk melihat tahap penghayatan akhlak Islam pasca pandemik dalam
kalangan pelajar bidang Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan (IPGKTAR) berdasarkan teori penghayatan akhlak Islam oleh Imam al-Ghazali.
Kajian ini melibatkan seramai 282 pelajar yang terdiri daripada pelajar Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan bidang Pendidikan Islam (PPISMP PI) Ambilan Jun 2021 dan Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang Pendidikan Islam (PISMP PI) Ambilan Jun 2019, PISMP
PI Ambilan Jun 2020, PISMP PI Ambilan Jun 2021 sebagai responden kajian. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk kajian tinjauan. Data-data yang
diperolehi dianalisis bagi mendapatkan min setiap pembolehubah. Semua data dianalisis
menggunakan SPSS versi 26. Dapatan kajian mendapati tahap penghayatan akhlak Islam pasca
pandemik dalam kalangan pelajar PPISMP PI dan PISMP PI di IPGKTAR berada pada tahap
sangat tinggi (min=4.67). Sebagai kesimpulannya, penghayatan akhlak Islam pasca pandemik
dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan Islam adalah sangat penting kerana ia mencerminkan
keperibadian pelajar bidang Pendidikan Islam yang berakhlak mulia dalam mendepani situasi
pendemik yang penuh cabaran dan ia juga sejajar dengan Falsafah Pendidikan Islam yang
bermatlamat membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh
tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kata Kunci: Penghayatan Akhlak Islam, Pelajar PISMP Pendidikan Islam, Pasca Pandemik
66
TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI COVID-19 DAN
KESEDIAAN GURU MENGAJAR DALAM NORMA BAHARU
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
1
2
Najamuddin bin Bachora (Ph.D) ,Hanis Nabila Syahirah binti Najamuddin ,Hanis Nabila
Syakilah binti Najamuddin
3
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
²Universiti Putra Malaysia
³Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi guru baharu mengenai tahap
pengetahuan mengenai covid-19 dan kesediaan mengajar dalam norma baharu semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Aspek-aspek yang dikaji adalah tahap pengetahuan guru mengenai
covid-19, serta kesediaan guru mengajar dari aspek kemahiran pedagogi, pengurusan tingkah
laku pelajar dan keperluan latihan. Responden kajian ini adalah guru-guru baharu yang mengikuti
Program Transformasi Minda (PTM) bagi siri 2 & siri 3 seramai 216 orang. Pengkaji
menggunakan pendekatan kuantitatif di dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah tinjauan
melalui soal selidik skala likert 5 mata yang diubahsuai dari kajian lepas sebagai instrumen untuk
mengutip data dan diedar menggunakan google form. Prosedur analisis data melibatkan statistik
deskriptif sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi mengenai covid-19. Begitu juga dengan tahap kesediaan yang
tinggi dalam kalangan guru baharu ini dari aspek yang dikaji. Sesungguhnya, dapatan ini
memberikan kesan yang positif kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana guru-
guru baharu ini tidak mempunyai masalah untuk mengajar walaupun kaedah dan cara yang
berbeza sebelum era pandemic covid-19 ini. Adalah diharapkan agar halangan yang dihadapi di
dalam melaksanakannya di era pandemik covid19 ini bukan penghalang kepada mereka untuk
terus mengajar dengan cemerlang di sekolah terutamanya apabila situasi yang tidak menentu
kembali melanda masyarakat sepertimana semasa pandemik covid-19 ini.
Kata Kunci: Covid-19, guru baharu, tahap kesediaan, norma baharu
67
SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK MURID
BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN
1
LIONG KON THAI , PhD
2
JOHANES BIN BULOT@BULAT
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
1 [email protected]
2 [email protected]
ABSTRAK
Pencapaian matematik Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan
Pendengaran (KP) adalah pada tahap rendah. Oleh kerana matematik merentasi pelbagai disiplin
dan memenuhi keperluan dalam kehidupan harian, maka kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti tahap sokongan pentadbir sekolah terhadap pencapaian matematik MBPK KP daripada lima
aspek iaitu penyelenggaraan kemudahan infrastruktur, persekitaran pembelajaran matematik,
kemudahan alat pengajaran dan pembelajaran (PdP), iklim sekolah, serta pentadbiran dan
pengurusan program pendidikan khas serta kekangan-kekangan yang dihadapi dalam
pembelajaran matematik mereka. Kaedah gabungan penjelasan (mix method explanatory)
digunakan dan 72 orang pentadbir sekolah dipilih secara persampelan rawak daripada 20 buah
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas program KP. Soal selidik dan protokol temu bual
digunakan untuk mengumpul data manakala data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan
tematik. Hasil kajian mendapati tahap sokongan pentadbir sekolah terhadap pencapaian
matematik MBPK KP adalah pada tahap tinggi (min=3.71, s.p=0.44) kecuali penyelenggaraan
kemudahan infrastruktur dan menyediakan persekitaran pembelajaran matematik yang berada
pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan beberapa kekangan pembelajaran
matematik MBPK KP iaitu kesesuaian kandungan kurikulum matematik, bentuk pentaksiran, buku
bahasa isyarat matematik, komitmen panitia matematik dalam PdP serta penglibatan ibu bapa.
Justeru, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia secara khususnya perlu
melakukan transformasi dalam pelaksanaan pendidikan khas untuk mempertingkatkan
pencapaian matematik MBPK KP.
Kata Kunci: Pencapaian Matematik, Sokongan Pentadbir sekolah dan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan Pendengaran (KP)
68
KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PEGAWAI AKADEMIK DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1
Syed Ismail Syed Mustapa,PhD ([email protected])
2
Lee Leh Hong, PhD ([email protected])
Edaham Ismail,PhD ([email protected])
3
Ahmad Subki Miskon ([email protected])
4
1 Institut Pendidikan Guru Malaysia
234 IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Budaya kerja dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) melibatkan tujuh
(7) dimensi iaitu budaya ilmu, budaya kepimpinan, budaya kerja professional, budaya akhlak dan
moral, budaya penyayang, budaya gaya hidup sihat dan budaya estetika. Kajian ini dijalankan
untuk meninjau kepuasan kerja dalam kalangan pegawai akademik di Institut Pendidikan Guru
(IPG). Sampel kajian ini terdiri daripada 74 orang pegawai akademik yang bertugas di pelbagai
jabatan dan unit di IPGKIK. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen
soal selidik sebagai rujukan utama. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan teori Teori Dua
Faktor Herzberg. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kesediaan
bekerja, motivasi, persekitaran tempat kerja dan kepimpinan organisasi dalam kalangan pegawai
akademik di IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap tinggi (min=3.50; sp=.43). Dapatan kajian
seterusnya juga menunjukkan bahawa 52.7% (39 orang) pegawai akademik berasa tidak puas
dengan suasana kerja yang mereka hadapi sekarang. Di samping itu dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa antara cadangan untuk meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan
pegawai akademik di IPG Kampus Ilmu Khas adalah dengan memberikan penghargaan dan
perhatian utama kepada kebajikan pensyarah (17 orang), memberikan sokongan padu dalam
semua perancangan aktiviti serta menitikberatkan hubungan kemanusiaan (11 orang) dan sistem
pengajian dua (2) semester perlulah dikekalkan (11). Pengkaji mencadangkan agar setiap Ketua
Jabatan dan Ketua Unit di IPGKIK merancang pelbagai program yang boleh meningkatkan
motivasi kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif untuk meningkatkan kepuasa
kerja pegawai akademik di jabatan dan unit masing-masing.
Kata Kunci: pegawai akademik; kesediaan bekerja, kepuasan kerja
69
BUDAYA PENYELIDIKAN DALAM KALANGAN PENSYARAH IPG: SATU PERBANDINGAN
Anita binti Abu Hasan , Ros Eliana binti Ahmad Zuki , Md Daud bin Md Jani ,
1
3
2
Ngau Chai Hong , dan Santhanamary R. Anthony
4
5
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Bahru Johor
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan adalah berkaitan dengan pengembangan, kemajuan serta inovasi dalam usaha
menghasilkan pendidikan yang berkualiti serta mampu bersaing di peringkat dunia.Kepentingan
melakukan penyelidikan dapat dilihat apabila kerajaan memperuntukkan RM1.3 b kepada sektor
pendidikan dalam usaha memperkasakan budaya penyelidikan di peringkat IPT.Justeru itu kajian
ini dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan dari aspek bilangan dan peratus budaya
penyelidikan pensyarah ipg di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, zon dan ipg bagi
tahun 2020 dan 2021, perbezaan budaya penyelidikan pensyarah ipg antara tahun 2020 dengan
2021 serta dominan budaya penyelidikan pensyarah ipg antara tahun 2020 dengan 2021.
Responden kajian terdiri daripada 124 orang pensyarah dari pelbagai khusus di peringkat ipg.
Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang telah diedarkan. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 26. Statistik deskriptif dilakukan seperti bilangan dan peratus.
Dapatan kajian, mendapati bilangan dan peratus budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah
ipg di semua peringkat bagi tahun 2020 dengan 2021 adalah meningkat kecuali di peringkat zon
dan ipg. Perbandingan bilangan dan peratus budaya penyelidikan pensyarah bagi tahun 2020
adalah tinggi berbanding tahun dengan 2021. Dapatan kajian juga menunjukkan peringkat
dominan budaya penyelidikan pensyarah adalah di peringkat ipg.Implikasi kajian membawa
kepada sumbangan maklumat terhadap budaya penyelidikan pensyarah IPG dalam
membudayakan penyelidikan di Malaysia.
Kata Kunci: budaya penyelidikan, pensyarah, ipg
70
PEMBANGUNAN KERANGKA KOMPETENSI DIGITAL GURU PELATIH IPG DALAM ERA
REVOLUSI INDUSTRI
4
2
1
Mohd Paris Saleh , Faridah Abdullah , Mohamad Ikram Zakaria , Rabahyah Tahir , Siti
3
5
Khairunnisa Sabri
1,2,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
3 Sekolah Kebangsaan Gombak Utara
5 Sekolah Kebangsaan Taman Sea
[email protected]
ABSTRAK
Rempuhan teknologi maklumat dalam era digital RI 4.0 dan RI 5.0 telah memberi impak yang
cukup besar kepada dunia pendidikan. Guru harus mengikut arus perubahan tanpa berbelah
bahagi terutamanya dalam penggunaan medium digital dalam pengajaran dan pembelajaran,
manakala murid berhak menerima pendidikan mengikut zamannya supaya mereka tidak
ketinggalan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk kerangka kompentensi digital guru pelatih
IPG. Kutipan data telah dilakukan secara kuantitatif melalui kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM).
Seramai 10 pakar dalam bidang pendidikan, psikolologi, dan sosiologi terlibat dalam
pembangunan kerangka kompentensi digital guru pelatih IPG. Dapatan kajian menunjukkan
sebanyak tujuh elemen telah dipersetujui kumpulan pakar untuk dimasukkan ke dalam kerangka
kompetensi ini. Elemen tersebut adalah celik data dan maklumat, komunikasi dan kerjasama,
penciptaan kandungan digital, keselamatan, penyelesaian masalah, sosiologi digital dan
psikologi digital. Dapatan ini telah memberi input yang berguna kepada bakal pendidik kelahiran
IPG berkaitan kompetensi yang perlu dikuasai sebagai seorang bakal guru. Kerangka yang
dibangunkan ini boleh dijadikan panduan kepada perancang reka bentuk kurikulum IPG untuk
menghasilkan kurikulum yang relevan untuk latihan guru IPG dalam mendepani cabaran dan
keperluan era digital.
Kata Kunci: pembangunan kerangka, kompetensi digital, Fuzzy Delphi Method
71
PENERAPAN ELEMEN NILAI MURNI DAN ETIKA DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21
DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH
Wan Kamarulzaman Wan Yusoff, Abdul Jalil Mohamad
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang, Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Nilai murni dan etika merupakan salah satu elemen yang perlu diterap dalam sesi pembelajaran
abad ke-21 (PAK21) bagi mendepani cabaran abad ke-21. Masalah keruntuhan akhlak dan
gejala sosial yang melibatkan pelajar muslim sering dikaitkan dengan keberkesanan dan
peranan guru Pendidikan Khas sekolah rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat
perspektif guru guru Pendidikan Khas dalam penerapan elemen nilai murni dan etika dalam
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan
kaedah temu bual bersama empat orang guru Pendidikan Khas sekolah rendah bagi
menghasilkan dapatan kajian. Hasil temu bual mendapati kesemua guru Pendidikan Khas
berpendapat penerapan elemen nilai murni dan etika sangat penting untuk diterapkan kepada
pelajar dan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan yang bersesuai dengan PAK-21
dalam menerapakan elemen nilai murni dan etika kepada pelajar. Hasil kajian juga mengenal
pasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas dalam melaksanakannya.
Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pengajar menilai dan meningkatkan tahap
pelaksanaan penerapan elemen nilai murni dan etika disamping memberi input kepada
masyarakat akan cabaran yang dihadapi para guru Pendidikan Khas dalam membentuk
sahsiah pelajar.
Kata Kunci: Nilai Murni dan Etika, PAK-21, Guru Pendidikan Khas
72
CARTA SUKU KATA DAN SAM’S SMART CoRe KIT MEMBANTU MENINGKATKAN
PENGUASAAN MEMBACA MURID PRASEKOLAH
SAMIH BIN KUKUNG
IPG Kampus Keningau Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran membaca adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid prasekolah. Dalam kelas,
didapati bahawa terdapat 10 orang murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
membaca KV dengan baik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
penggunaan intervensi ABM Carta Suku Kata KV dan Sam’s Smart CoRe Kit dalam
meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV. Metodologi yang digunakan dalan kajian
ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan.
Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai kemahiran membaca KV selepas
saringan membaca dilakukan pada awal bulan Mac, tidak minat dalam pembelajaran Bahasa
Melayu, cepat bosan membaca suku kata KV, kurang mahir dalam ejaan, tiada keyakinan diri
dan guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada semua murid. Selepas intervensi
dilaksanakan, didapati terdapat pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan menguasai
kemahiran membaca suku kata KV. Penggunaan ABM Carta Suku Kata KV dan Sam’s Smart
CoRe Kit berjaya mengukuhkan kemahiran membaca, meningkatkan minat dan keyakinan murid.
Penggunaan bahan intervensi juga menunjukkan peningkatan pemahaman bagi murid membaca
suku kata KV. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam kemahiran membaca suku kata KV dengan baik.
Kata Kunci: membaca, Bahasa Melayu, refleksi, suku kata
73
MENGANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN RESILIENSI DAN
KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SEBAGAI JURULATIH: SATU
KAJIAN KUALITATIF
Oleh:
Zulaini binti Husin ([email protected]),
1
Mohd Zarawi Bin Mat Nor Ph.d ([email protected])
2
Muhamad Saiful Bahri Bin Yusoff Ph.d([email protected] )
3
4
Mohd. Azhar Bin Mohd Yasin Ph.d([email protected])
Raishan Shafini Binti Bakar Ph.d ([email protected])
5
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu
Universiti Sains Malaysia
2
Koresponden: Zulaini binti Husin, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut,
Terengganu, Malaysia. Tel: 019-3093259. E-mail: [email protected]
ABSTRAK
Memahami isu kesihatan mental yang dihadapi oleh pelajar sekolah adalah sangat penting.
Jesteru tujuan kajian ialah untuk melihat keperluan pembinaan Modul Latihan Resiliensi (MoLaR)
untuk guru pelatih bagi menangani isu kesihatan mental murid di sekolah rendah. Seterusnya
diharapkan ianya dapat digunapakai oleh guru-guru sewaktu dalam latihan dan dalam
perkhidmatan selepas mereka menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM). Data diperolehi melalui temu bual separa berstruktur. Sampel dipilih secara purposive
sampling. Kriteria pemilihan sample ialah guru pelatih Institut pendidikan guru, kaunselor Institut
Pendidikan Guru, pentadbir Institut Pendidikan Guru, guru sekolah dan murid sekolah. Data
dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian terdapat beberapa punca masalah
kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah rendah. Punca kepada masalah yang wujud
adalah 1) Faktor Personaliti Murid, 2) Faktor persekitaran, 3) Faktor Keluarga, 4) Faktor Rakan
Sebaya dan 5) Faktor Krisis semasa. Modul ini adalah sebagai alternatif intervensi yang
berstruktur dalam memastikan kesejahteraan mental murid-murid sekolah rendah dan sekaligus
warga sekolah. Selain dari itu modul ini boleh digunakan untuk melatih Guru Pelatih sebagai
jurulatih yang berjaya kelak, yang mana bakal - bakal guru ini akan belajar bagaimana cara untuk
mengesan simpton kesihatan mental di kalangan murid dan seterusnya dengan ilmu yang
dipelajari dari modul ini mereka dapat aplikasikan.
Kata Kunci: Modul Latihan, Resiliensi, Menangani isu Kesihatan Mental, Jurulatih, Guru Pelatih
Kementerian Pendidikan Malaysia
74
KOMPETENSI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN
AL-QURAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
MENURUT PANDANGAN PAKAR
Mas Hamidon , Ahmad Johari Sihes 2
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
2 Universiti Teknologi Malaysia
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Kemahiran berfikir aras tinggi antara komponen utama dalam pendekatan pembelajaran abad ke
- 21 serta kemahiran yang perlu dikuasai dalam pendidikan revolusi IR 4.0. Namun akibat kurang
kompeten, amalan ini kurang dititik beratkan dalam kalangan Guru Pendidikan Islam terutama
dalam pengajaran ayat kefahaman al-Quran. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal
pasti apakah elemen kompetensi kemahiran berfikir aras tinggi pengajaran ayat kefahaman al-
Quran yang diperlukan oleh Guru Pendidikan Islam menurut pakar. Kajian dilakukan secara
kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai enam orang pakar
ditemu bual terdiri dari tiga orang pensyarah dari Universiti, seorang pakar kurikulum dari
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan dua orang Jurulatih Utama Guru Pendidikan Islam
sekolah menengah. Semua pakar ini telah dipilih secara pensampelan bertujuan dan memenuhi
kriteria yang ditetapkan. Data verbatim temu bual dianalisis secara tematik menggunakan
perisian ATLAS.ti (v.8). Analisis tematik menunjukkan enam sub elemen kompetensi kemahiran
pengajaran yang diperlukan oleh Guru Pendidikan Islam. Kemahiran yang perlu dikuasai adalah
kemahiran meningkatkan pemikiran aras tinggi pelajar, teknik penyoalan serta penggunaan kata
kerja, pembelajaran aktif, bahan bantu mengajar, pentaksiran dan meningkatkan tahap
profesionalisme. Kerangka elemen yang dicadangkan oleh pakar berpotensi membantu
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar memahami keistimewaan dan kelebihan yang terdapat
di dalam isi kandungan al-Quran dengan pendekatan yang lebih tepat dan berkesan.
Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, ayat kefahaman al-Quran, Guru Pendidikan Islam,
Pakar Pendidikan Islam
75
SENARAI ABSTRAK
PESERTA SPPK 2022
Kategori:
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)
76
KEMAHIRAN MENGGUNTING DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN FOCUS CUTTER
Afid Ainzat Bin Suhaimi
[email protected]
Sekolah Kebangsaan Bukit Serok
ABSTRAK
Focus Cutter merupakan alat intervensi yang direka khas untuk murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran. Focus Cutter ialah gunting yang direka khas dengan lampu isyarat
dan kanta pembesar. Alat ini direka untuk kumpulan murid yang sukar memegang gunting
dan menggunting dengan kemas. Kemahiran memegang dan kekemasan mengunting
merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid kerana melibatkan
kemahiran motor halus. Oleh itu, guru perlu kreatif dalam mengubah suai alat dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran murid. Segala bukti awal dikumpul melalui pemerhatian dan
analisis dokumen. Melalui dapatan didapati penggunaan Focus Cutter dapat meningkatkan
kemahiran memegang dan tahap kekemasan menggunting. Dengan bantuan kanta
pembesar dan lampu isyarat murid dapat mengunakan gunting dengan lebih baik berbanding
sebelum ini. Ini menunjukkan Focus Cutter berupaya membantu meningkatkan kemahiran
memegang dan kekemasan menggunting semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
di bilik darjah. Murid lebih seronok dan bertambah yakin. Sebagai cadangan seterusnya
Focus Cutter ini boleh digunakan untuk kanak-kanak normal dan murid prasekolah yang
belum menguasai kemahiran menggunting.
Kata Kunci: Focus Cutter, Kekemasan dan Kemahiran Menggunting.
77
KEBERKESANAN EDU HAJJ KIT DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN
MURID TERHADAP PERISTIWA HAJI
Siti Nadirah binti Salim
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
(Pengenalan) Penerapan elemen gamifikasi didik hibur dan teknologi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat memberi kesan kepada pemahaman murid terhadap sesuatu pengajaran
yang disampaikan. Inovasi Edu Hajj Kit adalah sebuah kit gamifikasi didik hibur pendidikan
selaras dengan PAK21 yang menyeronokkan dengan menggabungkan kemahiran main dan ingat
dalam memahami peristiwa haji. Penyataan masaalah bagi kajian ini adalah murid sukar
memahami perjalanan peristiwa haji berpandukan teori semata. Kajian ini dijalankan bagi melihat
sejauh mana keberkesanan inovasi Edu Hajj Kit dalam meningkatkan penguasaan murid
terhadap peristiwa haji. (Metodologi) Responden terdiri daripada 10 orang murid dari Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data dianalisis
menggunakan kaedah pemerhatian, penilaian Formatif Pra dan Penilaian Formatif Pos. (Dapatan
Kajian) Dapatan kajian yang diperolehi setelah melalui dua tahap penilaian iaitu formatif dan pos
menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap pemahaman murid berkaitan peristiwa haji.
Murid juga aktif malah PdPC juga dilihat lebih menarik dan menyeronokkan disamping dapat
mencapai objektif pembelajaran secara menyeluruh. (Kesimpulan) Edu Hajj Kit amat berpotensi
di masa akan datang memandangkan impak yang berkesan, menarik dan menyeronokkan
dikalangan murid dalam memahami perjalanan peristiwa haji.
Kata kunci: Gamifikasi Pendidikan, Edu Haji Kit, Inovasi, PAK21
78