KOMPETENSI GURU ALIRAN PERDANA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN INKLUSIF
Nur Syaza binti Isamudin
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Program pendidikan inklusif (PPI) merupakan satu program pendidikan yang membolehkan
murid berkeperluan khas (MBK) belajar bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam
kelas yang sama. Guru aliran perdana sebagai tenaga pengajar bagi PPI kompeten untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran namun, dapatan kajian lalu menunjukkan guru
aliran perdana masih kurang kompeten dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kompetensi guru aliran perdana dalam
pengajaran dan pembelajaran inklusif dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta
t
mengenalpasti perbezaan antara jantina dengan ahap kompetensi guru aliran perdana dari
aspek kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif. Kajian ini merupakan kajian
tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen serta melibatkan seramai 60
orang guru aliran perdana yang terlibat dengan program inklusif sebagai responden. Data-
data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 25
bagi mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian-t tidak bersandar. Hasil
analisis mendapati tahap kompetensi guru aliran perdana dalam pengajaran dan
pembelajaran inklusif dari aspek pengetahuan dan sikap berada pada tahap yang tinggi iaitu
skor min yang diperolehi pada aspek pengetahuan adalah 3.87 dan aspek sikap adalah 4.17
manakala dari aspek kemahiran berada pada tahap sederhana dengan min 3.57. Analisis uga
j
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina guru aliran perdana
dengan tahap kompetensi guru dari aspek kemahiran dengan nilai signifikan 0.07.
Beberapa cadangan penambahbaikan juga dikemukakan dalam kajian ini. Hasil daripada
kajian ini dapat digunakan sebagai cadangan garis panduan untuk memantapkan lagi PPI di
Malaysia.
129
TAHAP PENGETAHUAN TMK DAN TAHAP KEMAHIRAN TMK SERTA
HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP AMALAN GURU PELATIH TERHADAP
PENGGUNAAN TMK DALAM PROSES PDPC SAINS
Nurul Amni Athirah binti Mat Hussin
IPG Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan TMK,
tahap kemahiran TMK dan amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses
PdPc Sains. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap
pengetahuan TMK dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap
penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian
tinjauan deskriptif dan inferensi kolerasi dengan menggunakan soal selidik. Populasi
keseluruhan kajian terdiri daripada 155 orang guru pelatih pengkhususan Sains yang telah
menjalani latihan mengajar dari empat buah IPG iaitu IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Pulau
Pinang, IPGK Temenggong Ibrahim dan IPGK Kent. Bilangan sampel yang terlibat dalam
kajian tinjauan ini adalah seramai 108 orang. Jumlah sampel ditentukan dengan merujuk
kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Pemilihan sampel secara
rawak mudah dilaksanakan namun penyelidik terlebih dahulu melaksanakan perkadaran
mengikut strata bagi memastikan setiap strata mencukupi. Data yang diperoleh daripada soal
selidik dianalisis dengan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi menggunakkan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 28.0. Secara keseluruhan,
hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan TMK, tahap kemahiran TMK
dan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains berada
pada tahap yang tinggi dengan masing-masing M=4.80, M=4.71 dan M=4.62. Malahan juga,
dapatan kajian ini turut mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara tahap
pengetahuan TMK dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap
penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Hubungan antara tahap pengetahuan TMK
dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains
adalah positif kuat dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap
penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains adalah positif sangat kuat. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran memainkan peranan serta memberi
pengaruh kepada tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains.
130
APLIKASI YOUTUBE DAN KEMAHIRAN SOSIAL MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN: KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BATU BERENDAM, MELAKA
Nurul Mardiana binti Nizam Hishamuddin
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Murid pendidikan khas masalah pembelajaran seringkali dilihat mempunyai keyakinan diri
yang rendah untuk bersosial dengan murid tipikal yang lain. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk meneroka kesan aplikasi YouTube terhadap kemahiran sosial murid
bermasalah pembelajaran. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
seperti perisian aplikasi YouTube khususnya dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang
asing di Malaysia. Penggunaan aplikasi YouTube sangat sinonim dan sering digunakan oleh
guru pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana dapat
membantu pengajaran guru supaya lebih berkesan dan pembelajaran murid pula menjadi
lebih menyeronokkan (Anuar Ahmad, 2009). Metodologi kajian kualitatif dengan reka
bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan
(SK) Batu Berendam, Melaka. Peserta kajian dipilih secara bertujuan iaitu 2 orang murid
bermasalah pembelajaran dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 2
orang guru pendidikan khas di SK Batu Berendam. Instrumen kajian iaitu temu bual
bersama guru dan pemerhatian menggunakan borang senarai semak digunakan untuk
mengumpul data. Data kemudiannya dianalisis secara manual mengikut peringkat-
peringkat tertentu. Dapatan kajian mendapati aplikasi YouTube yang dijalankan oleh guru
adalah berkesan untuk meningkatkan masalah sosial murid bermasalah pembelajaran dari
aspek interaksi sosial, komunikasi dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran. Implikasi
daripada kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru supaya dapat melibatkan
penglibatan murid bermasalah pembelajaran secara menyeluruh dengan menggunakan
pelbagai kemudahan teknologi dalam proses PdPc sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran sosial mereka.
131
ANALISIS TREND DAN KANDUNGAN KAJIAN KAEDAH DIDIK HIBUR DALAM
JURNAL TERPILIH DARI TAHUN 2013-2022
Wan Ahmad Fikri bin Wan Rushan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Kertas kajian ini membahaskan berkaitan dengan pengaplikasian kaedah didik hibur dalam
sesi pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah Systematic Literature
Review bagi analisis trend dan kandungan kajian dalam jurnal terpilih. Berdasarkan tema
‘didik hibur’, hasil daripada penelitian mendapati bahawa sebanyak 32 makalah jurnal telah
diterbitkan berkaitan kaedah tersebut dari tahun 2013 hingga 2022. Analisis trend adalah
berdasarkan jurnal yang diterbitkan dalam tempoh 10 tahun hingga terkini yang terdapat
dalam pangkalan data Google Scholar. Hasil kajian mendapati bahawa trend terkini kajian
kaedah didik hibur lebih berfokus kepada keberkesanannya kepada murid. Manakala
kandungan makalah kajian dianalisis berdasarkan kepada tajuk kajian, kategori kajian, reka
bentuk kajian, instrumentasi dan analisis data. Hasil dapatan analisis kajian ini dapat
membantu pengkaji dan pendidik untuk meninjau trend dan kandungan kajian kaedah didik
hibur yang terkini. Tuntasnya, kaedah didik hibur amat penting dikuasai oleh para guru kerana
kaedah ini diminati oleh pelajar dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang sangat
menyeronokkan.
132
PENGAPLIKASIAN WORDWALL DALAM KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH MURID
BERKEPERLUAN KHAS PEMBELAJARAN
Nur Ainaa Najihah binti Mohd Zawawi
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 20 bagi murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Wordwall. Kajian ini telah dijalankan kepada
dua orang murid terdiri dari seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berada
di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PKKI) di salah sebuah sekolah rendah daerah
Melaka Tengah, Melaka. Berdasarkan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian secara
senarai semak didapati peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi
tambah lingkungan 20. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ini menyebabkan peserta kajian
menghadapi masalah yang lebih serius untuk aras pembelajaran yang lebih tinggi terutama
kemahiran operasi tambah merupakan satu kemahiran yang diaplikasikan dalam kehidupan
harian. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah menggunakan pengaplikasian Wordwall
bagi membantu murid meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 20.
Analisis data adalah secara kualitatif yang mana hasil daripada analisis data yang dijalankan
dapat menunjukkan kekuatan dan kelemahan setiap peserta kajian secara jelas. Hasil dari
dapatan kajian dengan menggunakan pengaplikasian Wordwall telah membuktikan bahawa
pengaplikasian Wordwall dapat membantu murid meningkatkan kemahiran operasi tambah.
Pendekatan menggunakan teknologi seperti pengaplikasian Wordwall ini diharapkan dapat
digunakan dan diaplikasikan kepada murid-murid lain juga. Cadangan kajian masa depan
ialah mengaplikasikan pengguanaan aplikasi Wordwall untuk mengatasi masalah
menyelasaikan operasi tambah bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran, masalah
penglihatan dan masalah pendengaran serta murid di aliran perdana.
133
PERSEPSI DAN KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS TERHADAP PENGGUNAAN
BAHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Balqis binti Redhuan
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif melalui kaedah kajian tinjauan ke atas
130 orang Guru Pendidikan Khas daerah Melaka Tengah untuk meninjau persepsi dan
kemahiran Guru Pendidikan Khas terhadap pengunaan bahan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu, seterusnya melihat perbezaan antara jantina dan
persepsi serta perbezaan antara lokasi sekolah dengan tahap kemahiran Guru Pendidikan
Khas terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini
menggunakan instrumen soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi,
persepsi guru dan tahap kemahiran Guru Pendidikan Khas terhadap penggunaan bahan
multimedia. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan persepsi Guru
Pendidikan Khas di Melaka Tengah terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP
Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (min=4.57). Manakala, tahap kemahiran Guru
Pendidikan Khas terhadap penggunaan bahan multimedia turut berada pada tahap tinggi
(min=4.35). Hasil kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dan
persepsi (p= 0.306 > 0.05) serta antara lokasi sekolah dan tahap kemahiran (p= 0.699 > 0.05)
Guru Pendidikan Khas terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP bahasa Melayu.
Oleh itu, maklumat dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada semua pihak yang terlibat
ke arah membentuk guru yang mahir dan positif terhadap perubahan pendidikan berteraskan
teknologi seterusnya memperkasakan bidang Pendidikan Khas di daerah Melaka Tengah.
134
EMO✔ – ENHANCING MASTERY OF ADJECTIVES IN SENTENCE WRITING USING
EMOJIS
Jasmine binti Henry (Jasmine)
IPG Kampus Gaya
ABSTRACT
Emo✔ is an innovation intervention aimed to help pupils enhance the usage of adjectives in
sentence writing by exploiting emojis in the teaching and learning of writing sentences. The
emojis in the lessons act as prompts for pupils to describe the nouns selected in their writing
exercises. Thus, the focus of this study is to identify the success rate of applying this innovation
as a teaching and learning method. 8 Year 4 pupils participated in this research using the
Emo✔ technique in enhancing pupils’ mastery of adjectives in sentence writing. Preliminary
data from an initial survey showed that pupils were unable to write adjectives in writing
sentences. Using an action research design, initial surveys, worksheets, interviews and
reflections were the main data sources in gaining insight into the effectiveness of this teaching
strategy. Through the process of this innovation, pupils learned what adjectives are, the types
of adjectives, and expanded their vocabulary and creativity of adjectives by using emojis.
Findings indicated that Emo✔ has shown great potential to become a teaching and learning
strategy for second language learners as pupils were able to increase their use of adjectives
in writing sentences.
Keywords: Emojis, adjectives, sentence writing, english as a second language
135
PENGGUNAAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN
Amirah Nur Aisyah binti Samsulamri
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Apabila diteliti dengan perkembangan dunia terkini, kaedah penggunaan sumber digital
adalah kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) terutamanya yang melibatkan murid bermasalah pembelajaran (MBP). GPKhas kurang
memberikan penekanan dalam melaksanakan strategi yang bersesuaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dinyatakan oleh Puteri Roslina dan Nur Azimah (2016),
di mana guru masih lagi menggunakan kaedah chalk and talk dan pengulangan semata-mata
tanpa menerapkan kaedah lain. Sekali gus ini memberikan impak bahawa mereka tidak
mempunyai persediaan untuk mengajar MBP di dalam kelas. Tujuan utama kajian adalah
untuk mengenal pasti jenis sumber digital yang digunakan, tahap kemahiran guru serta tahap
penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi MBP. Data kajian ini
telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical Package for Social Science (SPSS),
versi 25.0. Semua keputusan yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual. Pengkaji
telah menggunakan dua bentuk analisis data, iaitu analisis deskriptif bagi menjawab
persoalan satu, dua dan tiga serta analisis inferensi bagi menjawab persoalan yang keempat.
Hasil dapatan kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa penggunaan sumber digital
oleh Guru Pendidikan Khas (GPKhas) masih berada ditahap sederhana. Oleh itu, segala
implikasi dan cadangan yang telah dikemukakan telah diketengahkan agar tindakan dapat
diambil oleh pihak seterusnya bagi memastikan penggunaan sumber digital ditingkatkan
dalam kalangan GPKhas.
Kata Kunci: penggunaan sumber digital, Guru Pendidikan Khas, Murid Bermasalah
Pembelajaran
136
HUBUNGAN TAHAP KOMPETENSI 6C DENGAN TAHAP AMALAN PAK21 GURU
PELATIH IPG
Siti Khalilah binti Salleh
IPG Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Kualiti guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan masih
berada pada tahap yang membimbangkan. Terdapat guru pelatih yang masih belum
mencapai tahap kompetensi 6C yang optimum untuk bergerak seiring dengan amalan
pengajaran berasaskan PAK21. Kajian tinjauan menerusi kaedah kuantitatif dijalankan bagi
mengkaji hubungan antara tahap kompetensi 6C dan tahap amalan PAK21 guru pelatih IPG.
Seramai 108 orang guru pelatih IPG aliran Sains dari empat buah IPG secara perkadaran
strata dipilih sebagai responden. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik
inferensi mengunakan SPSS versi 28.0. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kompetensi
guru pelatih IPG aliran Sains berada pada tahap penguasaan aras kemajuan (M=3.84;
SP=.57) manakala tahap amalan PAK21 guru pelatih IPG aliran Sains berada pada tahap
yang tinggi (M=4.34; SP=.43). Ujian Pekali Korelasi Pearson ‘r’ menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi 6C dengan tahap amalan PAK21 guru
pelatih IPG aliran Sains dengan kekuatan hubungannya berada pada kekuatan positif
sederhana (r=.628; p=.000). Kajian ini dapat memberikan maklumat tentang tahap
kompetensi 6C setelah pelaksanaan program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) dan amalan PAK21 oleh pihak KPM dan IPG dilaksanakan di IPG kampus. Cadangan
dan implikasi terhadap pihak IPGM menyarankan supaya lebih banyak program dijalankan
bagi memperkasakan kompetensi 6C guru pelatih serta pembudayaan amalan PAK21.
Kata Kunci: kompetensi 6C, amalan PAK21, guru pelatih Sains, program KPPB
137
PENGARUH PENGGUNAAN MULTIMEDIA AUDIO-VISUAL TERHADAP PENGAJARAN
JAWI BAGI MURID SEKOLAH RENDAH
Sufia Rauhah binti Ruhaijan
IPG Kampus Darulaman
ABSTRAK
Penggunaan kaedah pengajaran tradisional sepenuhnya kini tidak lagi relevan dalam dunia
pendidikan semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia turut menggalakkkan
pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Atas asas permasalahan ini, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap kesediaan dan pemilihan bentuk multimedia audio-visual guru Pendidikan Islam
dalam pengajaran Pendidikan Islam khususnya Bidang Jawi. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk meninjau pengaruh penggunaan multimedia audio-visual terhadap murid
sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS versi 26). Pemilihan responden
menggunakan teknik pensampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 193 orang guru
Pendidikan Islam daerah Kubang Pasu. Data yang dikumpul dianalisis secara analisis
deskriptif dengan melihat taburan kekerapan, min dan sisihan piawai dan juga analisis
inferensi iaitu analisis regresi berganda dijalankan bagi menjelaskan pengaruh penggunaan
multimedia audio-visual. Dapatan kajian menunjukkan interpretasi tinggi bagi konstruk
kesediaan guru (s.p.0.65) dan bentuk multimedia audio-visual yang digunakan (s.p.0.64).
Selain itu, hasil analisis regresi berganda menunjukkan kesediaan guru dalam menggunakan
multimedia audio-visual dan pemilihan bentuk multimedia audio-visual memberi pengaruh
terhadap pengajaran Jawi kepada murid. Implikasi kajian ini secara tidak langsung
memberikan panduan dan hala tuju kepada guru dalam merancang strategi PdPc Pendidikan
Islam khususnya bidang Jawi dengan lebih menarik dan berkesan bagi meningkatkan
pencapaian maksimum akademik murid.
Kata Kunci: multimedia, audio-visual, pengajaran Jawi
138
KEFAHAMAN, PENGAPLIKASIAN DAN FAKTOR PENGUASAAN TAJWID HUKUM
MAD DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPGKDRI
Asma Hannan binti Azeman
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Ilmu Tajwid adalah dituntut untuk dipelajari oleh setiap Muslim bagi memastikan kualiti
pembacaan Al-Qur’an yang mengikut aturannya. Namun demikian, ilmu Tajwid ini kurang
diberi penekanan sehingga membawa kepada penguasaan tilawah Al-Qur’an secara
bertajwid yang sederhana. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau kefahaman, pengaplikasian
lima jenis hukum Mad serta faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan hukum Mad dalam
kalangan guru pelatih tahun akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian kuantitatif ini melibatkan 127 sampel
berdasarkan pemilihan kaedah persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh melalui soal
selidik Google Form telah dianalisis secara deskriptif serta inferensi dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan menunjukkan bahawa tahap
kefahaman hukum Mad (Min=4.33, Sisihan Piawai=0.63) manakala tahap pengaplikasian
t
(Min=4.14, Sisihan Piawai=0.86) berada pada ahap tinggi dan begitu juga faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan hukum Mad (Min=4.52, Sisihan Piawai=0.36). Kajian ini juga
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dan pengaplikasian hukum
Mad. Konklusinya, guru pelatih dapat menguasai jenis hukum Mad yang dikemukakan
dengan baik namun perlu meningkatkan penguasaan bagi beberapa aspek dalam hukum
Mad seperti hukum Mad ‘Iwad. Dalam pada itu, setiap pihak berperanan penting dalam
memastikan pembacaan Al- Qur’an yang berkualiti agar generasi celik Al-Qur’an dapat
dilahirkan.
Kata Kunci: Kefahaman, Pengaplikasian, Hukum Mad, Faktor-faktor penguasaan hukum
Mad
139
SQUID COSMIC EXPEDITION IN SPACE (SCES)
Chee Wei Soon (James)
IPG Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Inovasi digital merupakan trenda baharu di alam pendidikan dan amat membantu para
pendidik dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan.
Dengan ini, suatu inovasi digital yang bertajuk Squid Cosmic Expedition in Space (SCES)
telah dihasilkan dan diterbitkan di pasaran untuk digunakan oleh para pengguna. Seterusnya,
suatu kajian kuantitatif telah dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan
penggunaan inovasi digital ini dalam memahami isi pelajaran bagi Topik 9 Fasa Bulan dan
Buruj dalam mata pelajaran Sains Tahun 5. Responden seramai 30 orang guru pelatih
beropsyen Sains yang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik (IPGKPT) yang dipilih secara pensampelan rawak mudah. Data dianalisis secara
statistik deskriptif berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa inovasi digital SCES ini dapat memenuhi 6 aspek
inovasi digital terpilih dengan nilai min yang tinggi, iaitu Teknikal (4.40), Antaramuka
Pengguna (4.44), Multimedia (4.48), Interaktiviti (4.53), Isi Kandungan (4.55) dan
Penyampaian Kandungan (4.35).
Kata Kunci: Squid Cosmic Expedition in Space, Fasa Bulan dan Buruj, Inovasi Digital,
Sains Tahun 5
140
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA MURID BERKEPERLUAN KHAS
PENDENGARAN TAHUN DUA DENGAN MENGGUNAKAN INOVASI KIBI
Ahmad Husaini bin Mohd Taijuddin
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan Inovasi Kamus Interaktif
Bahasa Isyarat (KIBI) dalam meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV Murid
Berkeperluan Khas Pendengaran (MBKP) Tahun Dua. Tinjauan awal mendapati bahawa
peserta kajian tidak dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata yang paling mudah iaitu
suku kata KVKV kerana kekeliruan terhadap gabungan huruf yang membentuk suku kata.
Kemahiran mengeja adalah asas kepada proses membaca mahupun menulis dalam bahasa
Melayu. Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV
MBKP Tahun Dua menggunakan Inovasi KIBI bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta
kajian terdiri daripada seorang murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) yang
dipilih melalui keputusan ujian pra dan pasca, ujian pencapaian dan temu bual. Pengkaji
menggunakan Inovasi KIBI dalam empat sesi intervensi untuk membantu meningkatkan
kemahiran mengeja suku kata KVKV dengan membatangkan suku kata berwarna yang
berbeza berdasarkan visual yang dipaparkan secara interaktif. Data sokongan turut
dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca serta temu bual. Hasil analisis data mendapati
bahawa terdapat peningkatan kemahiran mengeja peserta kajian dari aspek membatang dan
mengeja suku kata dari sesi 1, sesi 2, sesi 3, sesi 4 dan ujian pencapaian akhir. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan Inovasi KIBI dapat meningkatkan kemahiran
mengeja suku kata KVKV peserta kajian. Kajian ini penting bagi membantu guru
memvariasikan kaedah pengajaran secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran mengeja
Murid Berkeperluan Khas Pendengaran.
Kata Kunci: Inovasi KIBI, mengeja, suku kata, Murid Berkeperluan Khas Pendengaran
141
MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR BAGI MURID MASALAH PEMBELAJARAN
DENGAN MENGGUNAKAN
PERMAINAN LADYBIRD COUNTING FUN
Ivy Wong Sheue Wei
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kemahiran asas pengiraan merupakan kemahiran penting dalam hasrat kerajaan
melestarikan perkembangan pendidikan melalui kaedah 4M iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul. Berdasarkan pemerhatian awal dan tinjauan masalah, pengkaji telah
mendapati murid Tahun 2 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) mengalami masalah penguasaan nombor dalam kemahiran membilang
dan menyusun nombor. Oleh demikian, satu kaedah dicuba dan diaplikasikan dalam kajian
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kajian ini dijalankan untuk menguji
keberkesanan kaedah permainan Ladybird Counting Fun dalam usaha meningkatkan
kemahiran membilang dan menyusun nombor 0 hingga 20 bagi murid masalah pembelajaran.
Pengumpulan data diperolehi melalui instrumen ujian, pemerhatian, analisis dokumen dan
temu bual guru. Pada peringkat awal kajian, sampel diberikan kepada 4 orang murid dan
dikenal pasti seramai 2 orang murid menghadapi masalah dalam membilang dan menyusun
nombor. Dua orang murid ini diambil sebagai peserta kajian dan memerlukan langkah
intervensi. Dapatan data dianalisis melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, analisis
dokumen dan temu bual telah membuktikan bahawa kemajuan peserta kajian dalam
kemahiran yang diuji selepas menjalankan intervensi melalui permainan Ladybird Counting
Fun. Hasil kajian mendapati dua orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan skor
dalam lingkungan 70%-100% selepas ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen
dijalankan. Natijahnya, kaedah permainan Ladybird Counting Fun dapat meningkat
penguasaan murid pembelajaran dalam kemahiran membilang dan menyusun nombor
mengikut tertib menaik dalam lingkungan 20. Berdasarkan dapatan kajian ini, kaedah
permainan Ladybird Counting Fun sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa kelak.
Kata Kunci: Ladybird Counting Fun, murid masalah pembelajaran, kaedah permainan,
kemahiran membilang dan menyusun nombor.
142
PENGGUNAAN KIT “FARMTOPIA” DALAM MININGKATKAN MINAT DAN
KEFAHAMAN MURID LEMBAM TENTANG TAJUK HAIWAN
Jong Xiao Wei
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan bagi meningkatkan minat dan kefahaman murid lembam tentang
tajuk haiwan dalam subjek Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS) melalui
penggunaan kit “FarmTopia”. Peserta kajian merupakan seorang murid lembam Tahun
Empat dari Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah rendah di daerah
Kuching, Sarawak. Tinjauan awal dijalankan melalui ujian diagnostik, analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual. Berdasarkan dapatan tinjauan didapati bahawa peserta kajian
menghadapi masalah dalam mengajuk bunyi dan mengenal pasti bahagian tubuh bagi lapan
jenis haiwan. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji menghasilkan kit “FarmTopia”
yang terdiri daripada buku cerita “Haiwan Ternakan”, lembaran kerja dan mainan haiwan.
Dapatan kajian telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil daripada analisis
dokumen, pemerhatian dan ujian mengajuk bunyi haiwan, peserta kajian menunjukkan
peningkatan sebanyak 50%, 62.5% serta 75% dalam kemahiran mengajuk bunyi haiwan.
Sementara itu, peningkatan sebanyak 60%, 50% dan 70% juga dapat dilihat melalui analisis
dokumen, pemerhatian serta ujian peserta kajian dalam kemahiran pengenalpastian
bahagian tubuh haiwan. Melalui temu bual yang dilakukan, peserta kajian boleh
menumpukan tumpuan, berasa seronok dan berminat untuk belajar melalui kit “FarmTopia”.
Justeru, jelaslah bahawa kit “FarmTopia” berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid
lembam tentang tajuk haiwan yang dipelajari. Namun, penambahbaikan boleh dibuat dengan
menambahkan bilangan peserta kajian, memperkenalkan beberapa haiwan lain,
meningkatkan kualiti rakaman bunyi haiwan dan mengaplikasikan kit “FarmTopia” dalam
subjek lain. Ringkasnya, kit “FarmTopia” sesuai digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek PSSAS pada masa depan.
Kata Kunci: kit “FarmTopia”, murid lembam, mengajuk bunyi haiwan, mengenal pasti
bahagian tubuh haiwan
143
KIT POKET KOSA KATA: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MENULIS
DALAM KALANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI
Lai Jia Shiuen
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dalam kalangan
murid ketidakupayaan pelbagai melalui intervensi kit Poket Kosa Kata yang berasaskan
kaedah multisensori. Peserta kajian merupakan murid dari Program Pendidikan Khas
Integrasi di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan murid lembam
dengan ciri-ciri Disleksia yang dikategorikan di bawah ketidakupayaan pelbagai. Tinjauan
awal telah dijalankan melalui pemerhatian, ujian diagnostik, analisis dokumen dan temu bual.
Berdasarkan dapatan tinjauan, didapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah
menyebut dan menulis huruf kecil. Bagi mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji
memperkenalkan kit Poket Kosa Kata. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif. Hasil daripada pemerhatian dan ujian menyebut, peningkatan sebanyak 83.33%
dan 50.03% ditunjukkan dalam kemahiran menyebut. Sementara itu, peningkatan yang
ketara juga dapat dilihat dalam kebolehan peserta kajian menulis huruf melalui analisis
dokumen dan peningkatan peratus ujian menulis sebanyak 66.70%. Melalui temu bual yang
telah dijalankan, peserta kajian juga menunjukkan minat untuk belajar melalui kit Poket Kosa
Kata ini. Kit Poket Kosa Kata telah pun meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis
dalam kalangan murid ketidakupayaan pelbagai. Namun, penambahbaikan boleh dibuat dari
aspek warna alat bantu huruf, warna latar belakang aplikasi dan penerapan elemen video.
Pendek kata, pendekatan intervensi kit Poket Kosa Kata sesuai dipraktikkan sebagai bahan
bantu mengajar di dalam kelas PPKI agar memanfaatkan lebih ramai murid ketidakupayaan
pelbagai pada masa akan datang untuk mempelajari kemahiran menyebut dan menulis huruf.
Kata Kunci: Kit Poket Kosa Kata, kaedah multisensori, kemahiran menyebut dan menulis,
murid ketidakupayaan pelbagai
144
KAJIAN KEBERKESANAN PADLET SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN UTAMA
UNTUK e-PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN SATU BAGI MATA PELAJARAN
BAHASA JEPUN
Loghapriya A/P Sivasamy
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
ABSTRAK
Antara pelbagai alat pembelajaran dalam talian, Padlet merupakan satu aplikasi yang
memudahkan guru untuk mewujudkan ruang interaksi dengan murid-murid, di mana murid-
murid boleh mengakses bahan pembelajaran mereka secara dalam talian pada mana-mana
tempat dan masa. Kajian ini berfokus kepada penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran
utama untuk e- pembelajaran murid tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Jepun di dua
buah sekolah di negeri Kedah dan Selangor serta kekangan e-pembelajaran dan cadangan
untuk mengatasi kekangan tersebut. Instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal
selidik telah digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Hasil dapatan kajian daripada
keputusan soal selidik yang dilaksanakan terhadap 21 orang responden, didapati bahawa
85.7% pelajar telah tertarik dengan penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran utama
dalam e-pembelajaran. Antara kekangan yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah internet
serta ketidakpunyaan gadget sendiri di rumah. Justeru itu, pihak sekolah haruslah berusaha
dengan pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk memastikan pelajar mempunyai akses
kepada kemudahan internet dan gadget. Hal ini penting bagi memastikan pengintegrasian
teknologi dalam bidang pendidikan di mana ia menjadi tonggak pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21 (PAK21).
Kata Kunci: e-pembelajaran, Padlet, pengintegrasian teknologi, PAK21
145
TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DALAM KALANGAN GURU
SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI KELANTAN
Maisaratul Syabrina Izzati binti Muhamad Shukri
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan aplikasi Google Classroom
dalam kalangan guru di sebuah sekolah rendah. Seramai 75 orang tenaga pengajar di
sebuah sekolah rendah yang terletak di Kelantan yang ditentukan berdasarkan teknik
persampelan bertujuan merupakan sampel kajian ini. Pengumpulan data diperoleh melalui
instrumen soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif menggunakan program Excel. Proses
mengukuhkan kesahan serta kebolehpercayaan data dalam kajian dilaksanakan melalui
analisis statistikal deskriptif. Selaras dengan keperluan penerapan penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), analisis data telah dibuat bagi mengenalpasti
tahap pengetahuan, cabaran serta kelebihan dan kekurangan penggunaan aplikasi ini kepada
guru sekolah rendah. Tinjauan masalah yang dilakukan menunjukkan kekangan bagi guru
untuk melaksanakan pengajaran yang sempurna ialah dari segi faktor kekurangan alat dan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta kesukaran dalam
mengiplimentasikan teknologi digital di dalam bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan tahap
penggunaan aplikasi Google Classroom dalam kalangan responden adalah sangat tinggi
(min=3.83, sp=1.06) walaupun responden mengalami kesukaran dalam melakukan interaksi
dua hala dengan murid.
Kata Kunci: Google classroom, teknologi maklumat dan komunikasi, tahap penggunaan
guru, soal selidik, analisis statistikal deskriptif
146
HUBUNGAN PENGLIBATAN DALAM PROGRAM KEROHANIAN DENGAN
PENGHAYATAN AKHLAK ISLAMIAH SISWA GURU IPGKDRI
Nurul Nadia binti Mohamed @ Mahmood
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Program kerohanian merupakan satu aktiviti keagamaan yang sering diadakan dalam
membina jati diri yang kukuh dalam kalangan mahasiswa. Pelaksanaannya ini juga membawa
kepada matlamat dalam meningkatkan penghayatan akhlak Islamiah dalam kalangan
mahasiswa. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap penglibatan siswa
guru dalam program kerohanian yang dianjurkan Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI)
dan juga tahap penghayatan akhlak Islamiah dalam empat skop utama iaitu penghayatan
akhlak Islamiah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar. Skop
dan batasan kajian ini tertumpu kepada semua siswa guru Pendidikan Islam dalam Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’
Razali Ismail. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan pengumpulan data kajian menggunakan
kaedah kuantitatif. Nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah (0.852) yang menunjukkan
kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang tinggi. Sampel dalam kajian ini menggunakan
186 orang responden yang dipilih menggunakan rawak berstrata bagi setiap ambilan
menggunakan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Nilai Data yang diperoleh melalui instrumen
soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan
menjalankan analisis deskripitif dan kolerasi Pearson. Hasil dapatan kolerasi Pearson
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pemboleh ubah tidak bersandar
iaitu tahap penglibatan dalam program kerohanian dan juga pemboleh ubah-pemboleh ubah
yang bersandar iaitu penghayatan akhlak Islamiah terhadap Allah dan rasul, diri sendiri,
masyarakat dan alam sekitar (p<0.05). Tahap penglibatan dalam program kerohanian dan
juga penghayatan akhlak Islamiah dalam kalangan siswa guru dalam keempat-empat skop
didapati berhubung secara positif. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan dalam
memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti program kerohanian di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail supaya dapat memastikan peningkatan penghayatan akhlak
Islamiah kepada siswa guru secara berterusan.
Kata Kunci: Penglibatan program kerohanian, Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI),
penghayatan akhlak Islamiah, siswa guru IPGKDRI
147
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KEMAHIRAN DENGAN TAHAP PENGGUNAAN BAHAN
BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH
SAMARAHAN
Salnatasha binti Mohamad Sabri
IPG Kampus Tun Abdul Razak
ABSTRAK
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru di sekolah menjadi satu
aspek penting yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, kajian
ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru dan tahap penggunaan BBM dalam
kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) di Daerah Samarahan. Selain itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Pendekatan
kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian
seramai 77 orang mewakili 94 orang populasi GPI daripada 14 sekolah yang telah dipilih
dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik melalui aplikasi
Google Form. Seterusnya, data-data tersebut dianalisis menggunakan perisian “Statistical
Package Of The Social Science” (SPSS) version 27.0. Analisis deskriptif dan analisis inferensi
digunakan untuk menganalisis item dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
kemahiran dam tahap penggunaan BBM dalam kalangan GPI di Daerah Samarahan masih
pada tahap sederhana tinggi dengan min= 3.79 dan min=3.64. Kajian ini juga mendapati
terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara tahap kemahiran dengan
tahap penggunaan BBM dalam kalangan GPI di Daerah Samarahan dengan nilai korelasi
(r=0.461, p <0.01). Secara keseluruhannya, GPI perlu sedar akan kepentingan penggunaan
BBM dalam PdP Pendidikan Islam. Di samping itu, pihak berkepentingan turut memainkan
peranan dengan menganjurkan program atau kursus yang dapat membantu meningkatkan
kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan GPI.
Kata Kunci: Kemahiran, Penggunaan, Bahan Bantu Mengajar, Guru Pendidikan Islam
148
MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH SECARA MENGUMPUL SEMULA
DALAM LINGKUNGAN 100 MURID MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 4
MENGGUNAKAN PAPAN TAMBAH
Ting Sze Ching
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kemahiran operasi tambah merupakan antara kemahiran asas yang paling penting dalam
mata pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah.
Namun, kebanyakan murid masalah pembelajaran tidak menguasai kemahiran menambah
secara mengumpul semula. Kajian tindakan ini dijalankan bagi menguji keberkesanan Papan
Tambah untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula dalam
kalangan murid masalah pembelajaran. Peserta kajian yang dipilih adalah seramai dua orang
murid masalah pembelajaran Tahun 4 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian
mempunyai masalah untuk menambah secara mengumpul semula. Bagi mengatasi masalah
ini, pengkaji memperkenalkan satu inovasi Papan Tambah kepada peserta kajian untuk
menguasai kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula. Pengumpulan data
diperoleh melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian serta analisis dokumen. Hasil kajian
mendapati peserta kajian menunjukkan peningkatan skor semasa ujian pasca dijalankan,
iaitu sebanyak 20% dan ke atas. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen turut menunjukkan
pola kesalahan dan tingkah laku negatif berkurangan. Dapatan kajian membuktikan bahawa
Papan Tambah dapat membantu peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran operasi
tambah secara mengumpul semula dengan berkesan. Implikasinya, guru perlu kreatif dalam
menghasilkan bahan sokongan pengajaran khususnya kepada murid masalah pembelajaran.
Kata Kunci: Papan Tambah, murid masalah pembelajaran, operasi tambah dengan
mengumpul semula
149
PENGGUNAAN GENIUS HAMZAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MENGENAL
PASTI KEDUDUKAN HURUF HAMZAH
Nur Husnina Anuar 1
Mohammad Rusdi Ab. Majid 1
Aisyah Balqis Mohd Nizam 1
Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi 1
Nurul Nadia binti Mohamed@Mahmood 1
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Huruf hamzah merupakan salah satu daripada 37 huruf Jawi yang perlu dikuasai khususnya
murid sekolah rendah dan menjadi kunci utama kepada penulisan Jawi yang betul. Maka,
penyelidikan ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 mengenal pasti kedudukan huruf
hamzah di atas alif, hamzah di bawah alif, hamzah setara dan hamzah berumah dengan betul
melalui PdPc Pendidikan Islam bagi bidang Jawi iaitu topik Kenali Saya. Bagi memudahkan
murid menguasai empat kedudukan huruf hamzah tersebut, maka tercetusnya sebuah
inovasi digital dinamakan Genius Hamzah yang dibangunkan selari dengan Revolusi Industri
4.0 melalui penggabungan dunia digital dalam era pendidikan masa kini. Berdasarkan
pengumpulan data awal, tiga orang peserta kajian yang memperoleh markah terendah dalam
ujian diagnostik yang dijalankan telah dipilih dari kelas 4 Al-Batani. Pengumpulan data
dijalankan melalui kaedah temu bual, ujian bertulis dan analisis dokumen. Data yang telah
dikumpul seterusnya disemak menggunakan triangulasi kaedah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Genius Hamzah sangat berkesan dalam membantu murid mengenal
pasti empat kedudukan huruf hamzah dengan betul di samping meraikan minat generasi
muda yang lebih tertarik kepada penggunaan teknologi dan pembelajaran secara maya.
Usaha mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan ini diharapkan dapat memberi nafas
baru kepada PdPc Pendidikan Islam yang lebih menyeronokkan. Tuntasnya, penyelidikan ini
dilihat berjaya memberikan penyelesaian yang berkesan kepada murid yang menghadapi
masalah dalam kemahiran menulis Jawi dengan memantapkan pemahaman mengenai
empat kedudukan huruf hamzah dalam perkataan dengan betul.
Kata Kunci: Jawi, kedudukan huruf hamzah, Genius Hamzah, teknologi
150
PERKAITAN ANTARA KEMAHIRAN LISAN DENGAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM
PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA
Ily Khaliesah binti Jamaludin
IPG Kampus Bahasa Melayu
ABSTRAK
Kemahiran lisan dan kemahiran menulis adalah antara kemahiran bahasa yang harus dikuasai
oleh murid. Kedua-dua kemahiran ini mempunyai perkaitan yang signifikan kerana kemahiran
ini saling bertaut dan saling mempengaruhi. Kajian bagi menyelidik perkaitan antara kedua-
dua kemahiran ini lebih banyak dikaji di luar negara dan kepada pelajar universiti.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara kemahiran lisan dengan
kemahiran menulis karangan jenis cerita terhadap murid tahun 5 di Malaysia. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian lapangan. Peserta kajian
ini pula terdiri daripada 3 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di daerah Keramat,
Kuala Lumpur yang telah dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis
dokumen. Penganalisisan data telah dilakukan menggunakan Nvivo yang dianalisis tematik
iaitu meneliti tema dan subtema dalam kedua-dua kemahiran seterusnya membuat perkaitan
untuk mendapatkan ciri yang sama bagi menjawab soalan kajian. Dapatan kajian mendapati
terdapat sembilan ciri yang sama antara kemahiran lisan dan kemahiran menulis.
Implementasi sembilan ciri itu dapat membantu murid untuk memahirkan diri dalam kedua-
dua kemahiran.
Kata Kunci: Kemahiran lisan, kemahiran menulis, karangan jenis cerita, perkaitan,
ketidaksamaan
151
KAJIAN TINJAUAN: KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM
KALANGAN SISWA GURU IPG KAMPUS ILMU KHAS
Wiena Francisca Tony
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan sebuah program pendidikan untuk murid
berkeperluan khas. Program ini memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk
belajar bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam kelas yang sama. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan, sepertinya siswa guru masih tidak begitu mengetahui
pelaksanaan dan dasar Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Kesedaran akan program ini
penting bagi memastikan pelaksanaan yang berjaya. Oleh yang demikian, kajian ini telah
dijalankan bagi mengukur tahap kesedaran Program Pendidikan Inklusif dalam kalangan
siswa guru IPGKIK. Sampel yang diambil terdiri daripada kalangan siswa guru PISMP
ambilan Jun 2018 semester Lapan seramai 41 orang. Dapatan kajian memperlihatkan
bahawa Kesedaran Pendidikan Inklusif dalam kalangan Siswa Guru Semester Lapan IPGKIK
berada pada tahap sederhana tinggi (Min= 3.53). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang
menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Semua data yang dikutip adalah melalui soal
selidik yang disediakan. Seterusnya, bagi proses penganalisisan data pula menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Kesimpulannya, kajian ini
akan banyak membantu ramai pihak untuk mengukur sejauh mana kesedaran siswa guru
akan Program Pendidikan Inklusif ini dan program-program yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi kesedaran siswa guru akan PPI.
152
TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN
SEKITAR KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Halimatul Saadiah binti Raffee
IPG Kampus Tun Abdul Razak
ABSTRAK
Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap Guru
Pendidikan Islam (GPI) di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kota Samarahan, Sarawak
dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Seramai 56 orang guru mata pelajaran Pendidikan Islam
di daerah Asajaya dan daerah kecil Sadong Jaya terlibat sebagai responden kajian. Data
kajian yang dikumpul menggunakan borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian
“Statistical Package of the Social Sciences” (SPSS) versi 25.0 dengan menggunakan statistik
deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan GPI dalam penggunaan BBM
adalah pada tahap tinggi dengan min=4.09, manakala tahap sikap GPI dalam penggunaan
BBM adalah pada tahap sederhana tinggi dengan min=3.84. Sebagai kesimpulannya, GPI
perlulah sentiasa memastikan pengetahuan dan sikap perlu seiring dengan penggunaan BBM
bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, selain daripada memastikan kemenjadian murid di sekolah lebih terjamin.
Kata Kunci: pengetahuan, sikap, penggunaan, bahan bantu mengajar
153
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABEL STRUKTUR GIGI DENGAN MENGGUNAKAN
AR-LaGi BAGI MURID TAHUN TIGA
Mack Lee
IPG Kampus Kent
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi
menggunakan inovasi AR-LaGi yang merupakan sebuah kaedah Augmented Reality (AR).
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Tuaran,
Sabah. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid Tahun 3 iaitu lima orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan. Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) telah diadaptasi
dalam kajian ini. Saya telah menggunakan empat instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu
ujian (pra dan pos), temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah
dijalankan dengan menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran
melabel keratan struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan
purata markah kemahiran melabel struktur gigi dengan betul sebanyak 94 peratus selepas
menggunakan AR. Dapatan pemerhatian dan temu bual turut menunjukkan murid telah dapat
menguasai kemahiran melabel struktur gigi dan berminat dalam menggunakan AR-LaGi pada
masa akan datang. Justeru, AR-LaGi berjaya membantu murid dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran melabel keratan rentas struktur gigi dengan betul.
Kata Kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu
154
PENDEKATAN DAN STRATEGI GURU DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI
PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN
Muhammad Ashraff bin Adnan
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
ABSTRAK
Tahap motivasi pelajar memainkan peranan penting dalam menjamin minat pelajar dalam
meneruskan pembelajaran bahasa Jepun. Kajian kualitatif ini dijalankan bagi mengenal pasti
punca kepada perubahan motivasi pelajar dan langkah yang boleh diambil oleh guru dalam
meningkatkan tahap motivasi mereka. Pemerhatian secara langsung telah dijalankan dengan
menyertai sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Temu bual juga
telah dijalankan terhadap empat orang guru dan tiga orang pelajar di sebuah sekolah
menengah berasrama penuh di negeri Pahang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
motivasi pelajar banyak dipengaruhi oleh pendekatan pengajaran guru. Melalui temu bual,
antara punca yang menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk belajar bahasa Jepun adalah
disebabkan (i) kebergantungan dengan buku teks, (ii) kekurangan aktiviti yang praktikal dan
bermakna, (iii) tiada pemahaman terhadap gaya pembelajaran pelajar dan (iv) fokus belajar
beralih kepada subjek-subjek utama menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dapatan
kajian ini mencadangkan dua langkah utama bagi mengekalkan tahap motivasi pelajar iaitu
(i) mempelbagaikan aktiviti luar dan dalaman dengan menggunakan elemen-elemen hiburan
dan permainan dalam pembelajaran dan (ii) membuat Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian berpusatkan kepada pelajar. Pendekatan dan strategi yang
diambil oleh guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar untuk terus
mempelajari bahasa Jepun.
Kata Kunci: tahap motivasi pelajar, pembelajaran bahasa jepun, pendekatan pengajaran
guru, aktiviti ‘hands-on’ dan bermakna
155
KEFAHAMAN DAN AMALAN SOLAT FARDU BERJEMAAH DALAM KALANGAN
SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Rasyada Binti Ramdullah @ Ab Hamid
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Solat merupakan tiang agama dan nadi utama bagi setiap orang Islam. Solat adalah perkara
penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin. Tidak dilupakan juga, solat
berjemaah merupakan salah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh Rasulullah SAW
dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi tujuan mengkaji
kefahaman dan amalan solat fardu berjemaah dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam
bentuk kuantitatif. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 132 orang siswa guru Ambilan
Jun 2018 yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik telah
diedarkan menggunakan Google Form. Hasil analisis data kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman tentang kewajipan menunaikan solat fardu dalam kalangan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail berada di tahap yang tinggi (Min=4.81, Sp=.23).
Manakala tahap amalan solat fardu secara berjemaah dalam kalangan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail berada di tahap yang sederhana tinggi
(Min=3.63, Sp=.72). Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman dan amalan solat fardu secara berjemaah dalam kalangan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Hasil kajian ini dapat memberikan nilai tambah
kepada semua pihak dalam memperkasakan kefahaman berkaitan solat fardu dan
memantapkan amalan solat fardu secara berjemaah dalam kehidupan seharian masing-
masing.
Kata Kunci: kefahaman, amalan, solat fardu, siswa guru
156
PENGGUNAAN KAEDAH TOKEN EKONOMI
BAGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU DISTRUPTIF MURID BERKEPERLUAN
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
Sylnie Lau Li Yan
IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah token
ekonomi dalam mengubah suai tingkah laku distruptif dalam kalangan murid berkeperluan
khas (MBPK). Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang telah ditunjukkan oleh murid yang
bertingkah laku distruptif supaya dapat meningkatkan motivasi murid untuk mengubah suai
tingkah laku distruptif dan mengekalkan tingkah laku positif. Kajian ini telah dijalankan dalam
kalangan 30 orang guru Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di lima
buah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk
mengumpul data. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik
melalui aplikasi Google Form dan diedarkan kepada para responden melalui Whatsapp. Data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan skor peratus (%) untuk membuat
perbandingan dan menganalisis setiap data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah
token ekonomi yang dijalankan berkesan dan dapat membantu mengurangkan tingkah laku
distruptif.
Kata Kunci: Token ekonomi, murid berkeperluan khas (MBK), tingkah laku distruptif
157
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMPUTER DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH DALAM PEMBELAJARAN SAINS
Wong Li Ling
IPG Kampus Pulau Pinang
ABSTRAK
Teknologi multimedia dan komputer merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sering digunakan untuk mempelajari konsep-konsep sains yang abstrak.
Kajian kes ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan teknologi multimedia dan
komputer terhadap pengalaman pembelajaran dan kefahaman murid sekolah rendah dalam
sains. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, di mana lima orang murid Tahun
Empat di sebuah sekolah rendah di daerah Pulau Pinang telah dipilih secara bertujuan.
Instrumen yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa teknologi multimedia dan komputer membantu murid untuk meningkatkan teknik
belajar dan kefahaman terhadap konsep sains yang abstrak. Ia juga berupaya meningkatkan
minat dan menarik perhatian murid semasa mempelajari sains di dalam bilik darjah. Ini kerana
cara pengajaran guru telah menjadi lebih menarik dengan menggunakan teknologi multimedia
dan komputer dalam pembelajaran murid. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa teknologi
multimedia dan komputer merupakan suatu bahan bantu mengajar yang berkesan dalam
pembelajaran abad ke-21, khususnya dalam mempelajari konsep-konsep sains yang abstrak
dan rumit.
Kata Kunci: Sains, sekolah rendah, teknologi multimedia dan komputer
158
TRIPIKTO: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENUKARAN
PERPULUHAN KEPADA PERATUS MURID TAHUN TIGA DI SK SERUSUP TUARAN
SABAH
Haziq bin Abdul Latif
IPG Kampus Kent
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid tahun tiga bagi meningkatkan kemahiran
penukaran perpuluhan kepada peratus dengan menggunakan kaedah TriPikto. Seramai
sembilan orang murid aliran perdana telah dipilih dari sebuah sekolah di dalam daerah
Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa kesemua
peserta kajian mempunyai masalah dalam topik perpuluhan dan peratusan. Dapatan awal
menunjukkan peserta tidak berjaya menyelesaikan soalan, kesilapan operasi dan meneka
jawapan. Bagi memastikan kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik,
triangulasi data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temubual, ujian dan analisis
dokumen. Intervensi kajian dengan menggunakan bahan konkrit iaitu kaedah TriPikto
dilaksanakan setelah mengenalpasti permasalahan yang berlaku. Ujian pra, temubual, dan
analisis dokumen digunakan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan
peserta kajian. Sepanjang kajian dilaksanakan, kedua-dua analisis kualitatif dan kuantitatif
dilaksanakan. Peningkatan penguasaan peserta kajian diukur melalui ujian pasca yang
dilakukan selepas intervensi TriPikto diperkenalkan. Dapatan kajian dibincangkan secara
teratur dan teliti mengikut kaedah mengumpul data yang telah dipilih. Pengkaji juga
membincangkan cadangan kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang yang
menyentuh aspek digitalisasi, PAK-21 dan Seni Dalam Pendidikan. Secara tuntasnya,
pendekatan berasaskan bahan konkrit melalui intervensi TriPikto dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran perpuluhan kepada peratus.
Kata Kunci: Kemahiran penukaran, TriPikto, perpuluhan, peratus
159
PERBANDINGAN PENDIDIKAN STEM DAN STEAM DI SEKOLAH
Siti Badariah binti Jemain
IPG Kampus Pulau Pinang
ABSTRAK
Pendidikan STEAM menggabungkan disiplin sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan
matematik untuk membangunkan kemampuan pelajar dalam menangani cabaran abad ke-
21. STEAM lebih relevan untuk murid seawal prasekolah kerana penekanan terhadap
kemahiran inovasi, analisis, strategik dan kritikal bagi meningkatkan daya saing dalam bidang
pembangunan teknologi yang berlandaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Pendekatan
ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan STEM sedia ada dengan amalan seni dan
elemen reka bentuk. Murid bebas untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritis mereka dan
mengenali persilangan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik. Selain itu, murid
juga disediakan alat dan kaedah untuk meneroka cara penyelesaian yang baru dan kreatif,
memaparkan data, membuat inovasi, dan menghubungkan pelbagai bidang. Antara strategi
yang boleh dilakukan adalah pembelajaran yang berasaskan projek, pembelajaran
berasaskan dunia sebenar yang dibantu oleh guru, memberi pendedahan tentang teknologi
masa kini dan lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi. Dalam kajian ini akan dibahas
berkenaan kelebihan pelaksanaan STEAM dalam pembelajaran di sekolah. Metodologi kajian
ini menggunakan kaedah Tinjauan Sistematik iaitu menganalisis kajian-kajian terkini
terhadap pendidikan STEAM di sekolah. Kesimpulan kajian menunjukkan kepentingan
STEAM dilaksanakan di sekolah sebagai satu usaha dalam meningkatkan minat murid
terhadap pendidikan yang mengintegrasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan
Matematik serta lebih holistik.
Kata Kunci: STEM, STEAM, teknologi, strategi, holistik
160
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN PEMBELAJARAN MULTIMEDIA
INTERAKTIF DENGAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU PELATIH OPSYEN SAINS
Nur Fatini Solehah binti Rosli
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
ABSTRAK
Penerapan peta pemikiran i-Think mempunyai potensi untuk meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Maka objektif kajian ini adalah
pembangunan dan penilaian sebuah bahan pembelajaran multimedia interaktif dengan i-
Think bagi tajuk Pernafasan Manusia, Sains Tahun 4. Untuk tujuan itu, model reka bentuk
pengajaran ADDIE telah digunakan untuk pembangunan bahan pembelajaran. Pada Fasa
Analisis, kajian kepustakaan dan rujukan pendokumentasian telah dilakukan. Seterusnya
pada Fasa Reka Bentuk, penyelidik telah mereka bentuk bahan pembelajaran melalui papan
cerita. Dalam konteks ini, penyelidik telah menerapkan teori pembelajaran Konstruktivisme
Lev Vygotsky, Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dan Teori Dewey. Pada Fasa
Pembangunan, penyelidik telah membangunkan bahan pembelajaran dengan menggunakan
alat pengarangan eXe Learning. Manakala pada Fasa Pelaksanaan, sebelum bahan
pembelajaran dilaksanakan pada sampel kajian sebenar, penyelidik elah menjalankan kajian
t
rintis. Seterusnya pada Fasa Penilaian, penyelidik telah melaksanakan kajian dengan
menggunakan soal selidik skala Likert lima mata terhadap 64 guru pelatih IPG di zon selatan.
Dapatan kajian kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science Version 26.0 for WINDOWS. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa
bahan pembelajaran dengan i-Think mencapai tahap yang tinggi dengan nilai purata skor
min sebanyak
4.49 (0.58). Memandangkan bahan pembelajaran multimedia interaktif dengan i- Think dapat
meningkatkan KBAT murid, maka diharapkan para pendidik dapat perbanyakkan lagi
pembangunan bahan pembelajaran multimedia interaktif yang dapat membantu pengajaran
dan pemudahcaraan di sekolah.
Kata Kunci: Bahan Pembelajaran Multimedia Interaktif, Peta Pemikiran i-Think, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi, Model ADDIE
161
PERSEPSI GURU ALIRAN PERDANA TERHADAP KESEDIAAN PELAKSANAAN
PENDIDIKAN INKLUSIF
Nurul Afiqah binti Wan Zainodin
IPG Kampus Perempuan Melayu
ABSTRAK
Guru merupakan aspek penting dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Pengetahuan dan
kemahiran pengajaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi persepsi guru
terhadap pendidikan inklusif. Oleh itu, guru aliran perdana seharusnya mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk mengajar murid berkeperluan khas di
kelas inklusif agar dapat memenuhi keperluan serta memberi akses pendidikan yang
berkualiti dan sama rata kepada murid berkeperluan khas. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru aliran perdana terhadap
pendidikan inklusif. Kajian yang dijalankan adalah kuantitatif iaitu menggunakan analisis
deskriptif dan inferensi. Seramai 60 orang guru aliran perdana di sekolah-sekolah rendah
daerah Melaka Tengah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah
soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 25.0 (Statistical
Package for Sosial Science 25.0). Hasil kajian mendapati sikap dan persepsi terhadap PPI
adalah tinggi (min=3.79), tahap pengetahuan aspek pedagogi guru aliran perdana adalah
tinggi dengan nilai min= 4.56 dan tahap pengetahuan am guru aliran perdana terhadap PPI
adalah tinggi (min=3.98). Secara keseluruhannya, guru aliran perdana berpengetahuan
t
dan menyokong pelaksanaan PPI. Implikasinya, pengetahuan guru yang tinggi erhadap
PPI perlu dikekalkan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar kecemerlangan MBK
dalam PPI dapat dicapai.
Kata Kunci: Pendidikan Inklusif, murid masalah pembelajaran, pengetahuan, kemahiran
162
TAHAP TEKANAN DAN STRATEGI MENGATASI TEKANAN GURU PELATIH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG KAMPUS
DATO’ RAZALI ISMAIL AMBILAN JUN 2021
Muhammad Afif bin Mazlan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Tekanan adalah penyakit mental yang kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kajian
lepas mendapati isu tekanan dalam kalangan pelajar adalah isu yang harus diambil cakna.
Kajian ini dilaksanakan bagi mengisi lompong kajian lepas dengan mengkaji tahap tekanan,
tiga strategi utama mengatasi tekanan, serta perbandingan tahap tekanan antara guru pelatih
Pendidikan Islam dan TESL Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Instrumen tinjauan diadaptasi daripada
Maslach Burnout Inventory (1981) dan Brief COPE Carver (1997) bagi menjawab soalan
kajian. Seramai 146 responden telah dipilih berdasarkan Jadual Pensampelan Krecjie dan
Morgan (1970) menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 secara deskriptif dan
inferensial. Dapatan mendapati siswa guru berada pada tahap tekanan rendah (M=2.17), tiga
strategi tertinggi utama diambil bagi mengatasi tekanan adalah melibatkan aktiviti kerohanian
(M=4.71), penerimaan (M=4.48) dan membentuk kembali secara positif (M=4.29). Kajian
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan antara guru pelatih opsyen
Pendidikan Agama Islam dengan TESL (P < 0.001). Kesimpulannya, kajian ini adalah
signifikan bagi memastikan kesihatan mental guru pelatih berada dalam tahap yang baik dan
secara tidak langsung memastikan IPGM melahirkan bakal guru yang sentiasa positif dan
mampu mengadaptasikan diri dalam pelbagai suasana sebagai seorang guru kelak.
Kata Kunci: tekanan, guru pelatih IPG, Maslach Burnout Inventory, Brief COPE Carver
163
USING SKKGB IN VITO TO IMPROVE STUDENTS’ VOCABULARY
Mizan Qistina Bushra binti Adanan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRACT
It is undeniable that the English Language is important in the Malaysian education scenario.
Mastering the language is vital because it can increase the quality of education in Malaysia.
However, it is not easy for second language learners to master the language due to the lack
of vocabulary. SKKGB In ViTo is a project that was created using Google Earth to improve
students’ vocabulary. This research was conducted to analyse whether SKKGB In ViTo can
help the students to improve their learning especially in vocabulary. An action research was
conducted among 10 respondents who are in Year 3 from Sekolah Kebangsaan Kompleks
i
Gong badak. The study revealed that SKKGB In ViTo had mproved students’ vocabulary from
their pre and post evaluation test. All of the students could barely write less than five targeted
words before the implementation and after the implementation they could write more than five
targeted words correctly. Some of them even managed to achieve perfect scores. The
students were also interested and more focused during the teaching and learning process. In
addition, the below average group were more engaged in the lesson compared to chalk and
talk. In conclusion, it proved that SKKGB In ViTo can help students in learning English
Language and teachers should integrate ICT in the classroom. It is hoped that the findings
can be beneficial for the educators, future teachers, parents and the students themselves so
that everyone will be aware of their own responsibility to strive for a better education.
Kata Kunci: Vocabulary, ICT, Google Earth, English Language
164
PENGHARGAAN
Sekalung budi setulus penghargaan kepada
DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
EN. ZAHIRUDDIN BIN MOHAMMAD HANIF
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO)
DR. MOHD. NASRUDIN BIN BAKAR
Timbalan Rektor, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pengarah IPGKDRI
Timbalan Pengarah IPGKDRI
Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Barisan Jawatankuasa Seminar Penyelidikan Pendidikan
Pihak media dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus
menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.
165