The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2022-08-22 18:11:09

Final_Buku Abstrak SPPK 2022

PENERAPAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM PDPC BERASASKAN
KONSEP 4C SISWA GURU PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


2
3
1
Salwa binti Rosdin , Ahmad Mubarak bin Ab. Razak , Zanariah binti Md Apin@Sulor

1 Guru Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Felda Inas
2 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Malaysia
3
2
1
[email protected] , [email protected] , [email protected]

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana tahap pengetahuan dan tahap penerapan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) berasaskan Konsep 4C dalam proses PdPC meliputi aspek

kreativiti, pemikirian kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kalangan siswa guru Pendidikan
Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian kuantitatif
secara tinjauan dan melaksanakan persampelan secara rawak mudah bagi proses pengumpulan

data. Seramai 156 orang siswa guru Pendidikan Islam Ambilan Jun 2017 telah diambil sebagai
respoden bagi membantu kelancaran pelaksanaan kajian ini. Pengkaji juga telah menganalis data
kajian secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Ujian Korelasi juga dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial
Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan penerapan PAK-
21 berasaskan konsep 4C dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang

tinggi (Min = 4.43, SP = 0.44). Ini menjelaskan bahawa hubungan antara tahap pengetahuan dan
tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam mempunyai perkaitan

yang rapat antara satu sama lain. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian jelas
menunjukkan bahawa siswa guru Pendidikan islam mengetahui dan menerapkan PAK-21 dalam
PdPC sepanjang menjalani fasa praktikum yang lalu.


Kata kunci: Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Konsep 4C, PdPC, siswa guru













79

THE EFFECTIVENESS OF SIMULATION-BASED TEACHING AND LEARNING (T&L) OF
ENGINEERING MECHANIC LESSON IN JOHOR ENGINEERING MATRICULATION
COLLEGE

1 Siti Najwa Nazal, ([email protected])
2 Farah Ayunie Jasni, ([email protected])
3 Amirah Jalaluddin, ([email protected])
4
Mohd Azwan Roslan, ([email protected])
1 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor


ABSTRACT



Simulation-based teaching and learning (T&L) has gained traction in engineering education which
suits both synchronous & asynchronous learning as it offers the potential to combat challenges in
delivering engineering mechanics lessons. The challenges include students’ difficulties in

visualizing, illustrating, and solving force-related problems. Thus, extensive time is required for
teachers to ensure students grasp the fundamental concept of engineering mechanics. This

research aimed to investigate the effectiveness of simulation-based T&L as an active strategy for
an engineering mechanic lesson. The effectiveness is measured by analyzing findings obtained
from a pre-test, post-test and Summative Assessment Test 2 (SAT 2) given to 120 Johor

Engineering Matriculation College (JEMC) students which have been divided into a control and
an experimental group. The findings from the post-test shows 70% students from the experimental
group obtained A grade and 0% D grade. In contrast, 41.7% students in the control group scored

A grade and 25% D grade. Result from SAT 2 is used as a benchmark in this research where
65% of the students in experimental group scored A for the assessment. In conclusion,
simulation-based T&L is firmly believed to offer various type of scaffolding in facilitating students’

understanding in engineering mechanics lessons.

Keywords: Simulation-based T&L, engineering education, software, active-learning

















80

BioAct e-module Liveworksheet: PENGUKUHAN SANTAI NORMA BAHARU

1
3
Rosmah Binti Yahya Azlyawaty Binti Harun Nor Azilawani Binti Jaafar
2
4
5
Nor Maizura Binti Harun Normasnizam Binti Mohd Noor

Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Kelantan
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]


ABSTRAK


Bio Active Learning (BioAct) e-module Liveworksheet dihasilkan sebagai satu kaedah PdPc
dalam memperkasakan pelajar dalam dunia digital. BioAct e-module Liveworksheet ini

diharapkan dapat membantu mengukuhkan kefahaman pelajar melibatkan topik dalam silibus
Biologi Matrikulasi. Kumpulan sasaran utama kajian ialah pelajar Biologi Kolej Matrikulasi
Kelantan. Strategi BioAct e-module Liveworksheet adalah membolehkan pelajar belajar secara

santai, tanpa mengira tempat dan masa dengan menggunakan telefon pintar, tablet atau
komputer riba tanpa perlu membawa buku modul yang tebal. Melalui BioAct e-module
Liveworksheet, para pelajar diminta melengkapkan modul pembelajaran secara digital melalui

aplikasi Liveworksheet. Analisis dapatan keberkesanan kaedah ini dibuat secara kuantitatif iaitu
berdasarkan peratusan gred ujian pra dan ujian pos pelajar yang telah menggunakan BioAct e-

module Liveworksheet. Analisis kualitatif pula dibuat berdasarkan maklum balas keberkesanan
penggunaan e-module melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Dapatan soal
selidik menunjukkan hampir semua item yang disoal memperolehi peratusan melebihi 80% dan

keatas. Dapatan ujian menunjukkan peningkatan gred pelajar setelah menggunakan BioAct e-
module Liveworksheet. Justeru itu BioAct e-module Liveworksheet diharap boleh menjadi

platform terbaik dalam membantu mengukuhkan kefahaman pelajar dan pada masa yang sama
berjaya menghasilkan pensyarah yang mahir dalam menyediakan PdPc secara kreatif dengan
aplikasi digital.


Kata Kunci: BioAct e-module Liveworksheet, modul pembelajaran, silibus biologi, dunia digital










81

TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA

Moktar M., Khairul Azuan A.A, Siti Fadzlun A.T., Fauziah I. dan Zahiah K.

Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk menilai kompetensi Pengetua dan Guru Besar (PGB) dalam melahirkan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi di semua sekolah selari dengan Anjakan Kelima, Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Seramai 9501 orang PGB telah terlibat dalam
kajian ini dengan melengkapkan Instrumen Penilaian Kompetensi Kendiri menerusi sistem i-
KOMPASv2/INSYST yang bermula dari 15 Julai 2021 hingga 24 September 2021. Data dianalisis

secara deskriptif bagi menentukan tahap dan indeks kompetensi PGB. Dapatan kajian
menunjukkan bagi Pengetua, terdapat enam kompetensi (Orientasi Kecemerlangan, Mengurus

Pelbagai Data, Mengurus Sumber Pendidikan, Integriti, Penetapan Strategik dan Kemahiran
Mengurus Kendiri dan Sosial) berada pada tahap tinggi dan dua belas kompetensi berada pada
tahap sederhana. Bagi Guru Besar pula, didapati tiga kompetensi (Mengurus Sumber

Pendidikan, Orientasi Kecemerlangan dan Mengurus Pelbagai Data) berada pada tahap tinggi
dan lima belas kompetensi berada pada tahap sederhana. Melalui data yang dianalisis, didapati

nilai Indeks Kompetensi Kebangsaan (IKK) bagi Pengetua dan Guru Besar adalah pada tahap
sederhana. Dapatan kajian ini sangat signifikan kepada IAB terutamanya untuk merancang dan
mereka bentuk pukal latihan atau kursus yang berfokus dan bersesuaian yang diperlukan oleh

PGB. Kajian ini dapat memberikan implikasi kepada pembangunan professional berterusan untuk
pembangunan kapasiti dan pemantapan kompetensi PGB berprestasi tinggi dalam pengurusan
dan kepimpinan organisasi.


Kata kunci: Kompetensi, Pengetua, Guru Besar dan KOMPAS












82

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEREKODAN PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN
BAGI PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MENERUSI KIT ‘WHEEL OF
ADJUSTMENT’

Fadzliani Binti Fadzil


SMK Kuala Nerang, 06300, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
[email protected]



ABSTRAK

Pelarasan dalam penyediaan Penyata Kewangan merupakan topik penting yang perlu dikuasai

oleh murid-murid yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan di peringkat sekolah
menengah. Kajian ini dilaksanakan kerana hasil dapatan awal menerusi pemerhatian, latihan
bertulis dan ujian pra menunjukkan murid tidak dapat menguasai perekodan pelarasan serta tidak

mampu menyelesaikan permasalahan yang diberi dengan baik. Guru mata pelajaran dilihat
berperanan penting dalam membuat perancangan bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru merupakan individu yang penting dalam menghasilkan murid

yang cemerlang dan berkualiti tinggi (Anuar Ahmad & Jinggan,2017). Oleh itu, kajian ini dapat
melihat keberkesanan tahap penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan berbentuk objektif
dan subjektif yang sering disoal di dalam ujian atau peperiksaan. Di samping itu, kajian ini juga

melihat tahap pencapaian murid dalam topik pelarasan menerusi Kit ‘Wheel of Adjustment’.
Kajian ini melibatkan responden daripada 30 orang murid SMK Kuala Nerang yang mengambil

Prinsip Perakaunan menggunakan ‘Google Form’. Dapatan kajian menunjukkan tahap
penguasaan dan kemahiran murid dalam menyenaraikan pelarasan pada tarikh imbangan,
menghitung dan merekod pelarasan akaun nominal adalah sangat memuaskan berdasarkan

ujian pasca yang menunjukkan 23 daripada 30 orang responden memperoleh markah 100%, soal
selidik yang dianalisis menerusi perisian SPSS serta keputusan ujian bertulis yang baik selepas
pelaksanaan Kit ‘Wheel of Adjustment’ di kalangan murid.


Kata kunci: Pelarasan, Penyata Kewangan, Milikan Tunggal, Kit










83

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN MENGUKUHKAN KEFAHAMAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS TAHUN 4 BAGI MATAPELAJARAN BAHASA
MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MyBaca Pkhas Tahun 4

3
1
2
Mohammad Arif b. Ab Samat , Alias b. Bakar , Nurul Natrah bt Azizan ,
4
Siti Hajar bt Mat Isa@Halim , Nur Farah Anis bt Mat Rawi 5

Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]



ABSTRAK


(Pengenalan) Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kurong Hitam tahun

empat Rajawali yang terdiri daripada enam orang murid lelaki menunjukkan tahap pencapaian
yang kurang memberangsangkan didalam mengusai topik didalam mata pelajaran Bahasa
Melayu pendidikan khas tahun empat dan menguasai kemahiran membina ayat. Kebanyakan

murid sudah mampu menguasai kemahiran mengeja dan membaca suku kata namun mereka
agak sukar memahami konsep pembelajaran dan kemahiran membina ayat . (Metodologi)
Inovasi MyBaca Pkhas Tahun 4 ini bermula dengan pemerhatian dan ujian yang dilakukan oleh

guru semasa didalam kelas . Setelah dikenal pasti masalah, guru mula merancang dan
menghasilkan satu aplikasi digital untuk membantu memudahkan kefahaman murid dalam subjek
Bahasa Melayu. (Dapatan kajian) Sebelum inovasi ini dijalankan semua murid mendapat markah

di bawah 45% semasa ujian penilaian 1. Namun setelah murid diperkenalkan dengan inovasi ini
kesemua murid tahun 4 kelas Rajawali berjaya mendapat markah 50% keatas dalam ujian

penilaian 2. (Kesimpulan) Inovasi MyBaca Pkhas Tahun empat ini telah berjaya membantu murid
Pendidikan khas didalam memahami topik dan konsep pembelajaran untuk subjek Bahasa
Melayu tahun empat dan meningkatkan kemahiran murid didalam membina ayat. Sumber

pembelajaran ini boleh diakses oleh murid pada bila-bila masa dengan memuat turun daripada
Google Play Store dan mereka boleh membuat latihan yang ada didalam aplikasi ini berulang kali
sehinggalah mereka mampu menguasai sesuatu topik.


Kata kunci: pembelajaran digital, aplikasi mobile,latihan interaktif,konsep pembelajaran










84

KAJIAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN BERASASKAN PROJEK DAN
PENYELESAIAN MASALAH SECARA DALAM TALIAN UNTUK PELAJAR BIDANG
TVET PERTANIAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA


Mohd Rosnizam Bin Mohd Yusoff, Jamaliah Binti Sajali, Nur Fasihah Binti Mohd
Yusof, Nurul Ain Binti Yaakob


Jabatan Bioproses Dan Unit Psikologi Dan Kerjaya
Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Malaysia

ABSTRAK


Pendidikan Berasaskan Projek Melalui Penyelesaian Inventif adalah pendekatan pedagogi yang
merangsang kemahiran abad ke 21. Dalam era pembelajaran “remote learning” pada situasi
norma baharu, kaedah ini bertepatan memandangkan waktu yang terhad untuk kelas online.

Pembelajaran tidak bergantung kepada pembelajaran face to face sahaja, sebaliknya
pembelajaran berlaku secara offline. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap
kemenjadian melalui pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan kebolehpasaran pelajar.

Responden terdiri daripada 1754 orang pelajar dan 1250 graduan TVET bidang Pertanian dari
Kolej Vokasional di Malaysia iaitu Agroindustri Tanaman, Bioteknologi, Hortikultur, Akuakultur,
Agroindustri Ternakan Poltri, Senibina Landskap, Agroindustri Ternakan Ruminan, Mekanisasi

Agro dan Pemprosesan Makanan. Data pencapaian dan penguasaan kemahiran dianalisis
secara statistik deskriptif, statistik inferensi melalui sistem OBESys yand dibangunkan oleh Kolej

Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak. Data kebolehpasaran pelajar diperolehi menggunakan
aplikasi sistem kajian kebolehpasaran graduan TVET SPKG-TVET. Data maklumbalas majikan
terhadap graduan diperolehi dari soalselidik yang dihasilkan semasa perlaksanaan CQI PLORR

program. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik meningkat sebanyak 12% dan
penguasaan kemahiran adalah pada tahap tinggi. Tahap penguasaan digital meningkat 85%
dengan penghasilan eviden digital perlaksaanan amali. Analisa kualitatif terhadap kualiti graduan

juga menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan pengiktirafan pelajar terbaik keseluruhan
KV Malaysia diraih graduan TVET Pertanian untuk 2 kohort berturut-turut dan 100% pelajar
bergraduat. Dapatan data Jejak Graduan KV Malaysia juga menunjukkan pola kebolehpasaran

90% hingga 100% bagi graduan TVET Pertanian KV Malaysia. Maklumbalas majikan terhadap
kualiti dan prestasi kerja graduan juga sangat memberangsangkan. Pendekatan pendidikan ini

memberi impak yang menakjubkan kepada pencapaian, penguasaan dan kebolehpasaran
graduan TVET Pertanian. Kejayaan graduan memenuhi kehendak majikan dan menjadi ushawan
tani berjaya menjadi petunjuk keberkesanan kaedah pembelajaran ini.





85

ANALISIS ATLAS TI 22: PEMBINAAN KATA KUNCI UTAMA DALAM SOALAN KARANGAN
BAHASA MELAYU PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Mohd Sufian Bin Ismail
1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]

2
Anida Binti Sarudin
Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]


ABSTRAK


(Pengenalan) Perisian ATLAS.ti 22 mampu diaplikasikan bagi menganalisis koleksi data secara

sistematik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis kata kunci yang sering
digunakan dalam soalan karangan bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi

membentuk kata kunci utama. (Metodologi) Data kajian menggunakan soalan karangan SPM
percubaan, soalan karangan SPM ulangan dan soalan karangan SPM sebenar dari tahun 2010
hingga tahun 2020 yang diperoleh daripada enam laman sesawang. Proses ini menggunakan

perisian ATLAS.ti 22 melalui prosedur analisis berbantukan komputer, iaitu Model NCT Friese.
Model ini melibatkan tiga komponen, iaitu 'Memerhatikan' (Noticing things), 'Mengumpulkan'
(Collecting things) dan 'Memikirkan' (Thinking about things). Asas pembinaan kod dalam proses

analisis diadaptasi melalui Alat Pembinaan Soalan Kajian (RQDT), iaitu PICo yang mewakili
Populasi, Minat dan Konteks. (Dapatan kajian) Berdasarkan penyelidikan ini, didapati soalan
karangan SPM dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama berdasarkan PICo, iaitu Populasi,

Minat dan Konteks. Selain itu, terdapat enam kata kunci utama yang mewakili kategori Populasi,
tiga kata kunci utama yang mewakili kategori Minat dan 19 kata kunci utama yang mewakili

Konteks. (Kesimpulan) Perkongsian proses penyelidikan ini penting bagi menjana inovasi guru-
guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta memberi pendedahan berkaitan perisian
serta kaedah analisis terkini dalam penyelidikan. Selain itu, hasil kajian ini juga membolehkan

penulisan karangan pelajar mampu difokuskan pada kehendak soalan berdasarkan kata kunci
utama dan membuka peluang untuk kajian lanjutan berkaitan inovasi dalam penulisan karangan.

Kata kunci: soalan karangan, kata kunci, ATLAS.ti 22, pico, model NCT










86

KEBERKESANAN SISTEM MYPBD BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN KECEKAPAN
PENGURUSAN DATA PDB DI SEKOLAH

Afiqah binti Nooh, Muhammad Razif bin Amir Abzol, Muhammad Farhan bin Rosli,
Sharifah Nor Najihah Aljunid binti Syed Omar dan Wan Aida Sabreena binti Che Wan Bakar

SISC+ TVET PPD Petaling Utama, SK Damansara Jaya 1 dan SK (L) Bukit Bintang 1


ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem MYPBD untuk membuat penetapan,
pengumpulan dan menganalisis data PBD murid di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1.

Sampel kajian terdiri murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Melalui kajian ini komponen
penilaian murid akan direkodkan dalam tempoh kajian dilaksanakan. Komponen penilaian terdiri
daripada hasil kerja murid (20%), nilai dan sahsiah (10%), penilaian formatif dan sumatif (40%)

dan projek (30%). Keempat-empat komponen penilaian ini merangkumi 100% daripada
keseluruhan markah penilaian. Kajian yang dijalankan selama 12 minggu ini menggunakan empat

kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis hasil kerja murid, nota refleksi guru, dan
disokong pula oleh soal selidik yang dijalankan kepada pihak ibu bapa untuk mendapatkan
maklum balas dan maklumat untuk tujuan penambahbaikan sistem yang dibangunkan. Data

daripada keempat-empat sumber ini saling melengkapi dan menjadi asas untuk menjawab
soalan-soalan kajian yang dinyatakan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa Sistem MYPBD

dapat membantu memudahkan guru-guru untuk membuat penetapan PBD murid. Guru-guru
hanya perlu merekodkan markah ke dalam sistem MYPBD dan sistem ini akan menjana TP murid
secara automatik. Sistem ini juga dapat memudahkan guru-guru untuk membuat pengumpulan

dan penyimpanan data. Guru-guru hanya perlu merekodkan markah penilaian murid ke dalam
Sistem MYPBD dan seterusnya data murid akan disimpan dalam sistem tersebut serta boleh
diakses pada bila-bila masa. Selain daripada itu sistem ini juga dapat memudahkan tugasan guru-

guru untuk membuat analisis data kerana melalui sistem ini analisis PBD boleh dijana secara
automatik. Guru-guru boleh menjana analisis data murid selepas markah untuk setiap komponen
penilaian dilengkapkan.














87

PERMAINAN ‘BREAK THE CODE’ MEMBANTU MURID MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL BERBARIS FATHAH, KASROH DAN
DHOMMAH

Afiqah binti Arshad
SJK (C) Kung Ming, Tawau
[email protected]


Mohamad Afiq bin Hasan
SK Taman Tawau, Tawau

Muhammad Hafiz bin Awang
SM Islamiah, Tawau
[email protected]


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
membaca huruf tunggal hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah melalui permainan ‘break

the code’. Isu yang timbul apabila terdapat sebilangan murid yang masih keliru dan gagal untuk
mengingati sebutan huruf tunggal hijaiyyah berbaris fathah, kasroh dan dhommah dengan betul.

Oleh itu, bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, huruf-huruf tunggal hijaiyyah berbaris
telah dihimpunkan menjadi satu untaian cerita yang menarik dan menghasilkan 3 cerita yang
berbeza bagi fathah, kasroh dan dhommah. Malah turut dibekalkan dengan set permainan ‘break

the code’ bagi menguji dan mengukuhkan lagi isi pelajaran melalui sesi pembelajaran yang
menyeronokkan. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 10 subjek kajian yang berpencapaian

lemah dalam bidang Tilawah Al-Quran di sebuah sekolah di daerah Tawau. Pengumpulan data
telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, ujian diagnostik dan ujian pencapaian sebelum
dan selepas menjalankan permainan ‘break the code’. Analisis data pula dijalankan secara

kuantitatif bagi ujian diagnostik dan ujian pencapaian sementara pemerhatian dan temubual pula
dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan
penguasaan murid dalam kemahiran membaca huruf hijaiyyah tunggal berbaris fathah, kasroh

dan dhommah selepas menjalani permainan ‘break the code’. Permainan yang dibangunkan
dapat membantu murid lemah menguasai asas Al-Quran di samping mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik.


Kata kunci: Kajian Tindakan, Kemahiran Membaca, Tilawah Al-Quran.






88

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU KALIS MASA HADAPAN: PENGGUNAAN
PLATFORM PEMBELAJARAN KENDIRI MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)


2
3
*1
Mohd Muslim Md Zalli , Muhammad Hamidee Redzuan dan Muhd Zulhilmi Haron

1 Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
* [email protected]
2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu
3 Institut Aminuddin Baki


ABSTRAK
Massive Open Online Course (MOOC) merupakan suatu platform pembelajaran baharu yang

sedang berkembang pesat secara global. Kursus dalam talian melalui platform MOOC berupaya
untuk membina keupayaan guru dengan pantas serta dapat memberikan akses kepada

pembangunan profesionalisme guru secara meluas. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
pandangan mengenai sikap guru terhadap penggunaan MOOC untuk tujuan pembangunan
profesionalisme dan pilihan reka bentuk MOOC yang bersesuaian dengan guru-guru di Malaysia.

Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh elemen pembelajaran regulasi kendiri
melalui MOOC terhadap pembelajaran dan kepuasan guru setelah mengikuti kursus MOOC. Data

kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui e-mel dikumpulkan bermula pada bulan Mei
2020 hingga Mei 2021. Dapatan menunjukkan secara keseluruhannya, para guru sangat positif
mengenai idea untuk menggunakan MOOC bagi tujuan pembangunan profesionalisme mereka

malah diperkukuhkan lagi oleh pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
kerana wabak COVID-19. Antara reka bentuk MOOC yang dicadangkan untuk guru-guru di
Malaysia adalah dengan a) mengambil format xMOOC sebagai asas pembinaan kursus, b)

memastikan fleksibiliti dari segi masa dan kemampuan guru, dengan menggalakkan
pembelajaran secara regulasi kendiri, dan c) menyokong interaksi bersama instruktur serta guru-
guru lain yang menyertai MOOC. Dapatan analisis PLS-SEM pula mendapati pembelajaran

regulasi kendiri melalui MOOC berupaya mempengaruhi pembelajaran guru sehingga 26.0%
2
(R =0.260) dan menjelaskan kepuasan guru dalam MOOC sehingga 29.6% (R =0.296). Implikasi
2
kajian ini bukan sahaja dapat memberikan input berkaitan reka bentuk dan penyampaian MOOC
untuk pembangunan profesionalisme guru, tetapi juga dapat mengembangkan potensi guru bagi
mengharungi pembelajaran sepanjang hayat yang berkesan dan kalis masa hadapan.


Kata Kunci: profesionalisme guru, pembelajaran kendiri, kepuasan guru, pedagogi masa

hadapan, MOOC.




89

KESAN PENGINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN DIGITAL TERHADAP PENCAPAIAN MURID
DALAM PECAHAN

Rayner Bin Tangkui, PhD
Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu, Sabah
[email protected]

ABSTRAK


Perubahan persekitaran dunia masa kini yang dicetus oleh kepesatan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) serta kehadiran Revolusi Industri 4.0 menuntut pengintegrasian pemikiran
komputasional dalam pendidikan bagi melahirkan murid yang dilengkapi dengan kemahiran yang

diperlukan untuk mendepani cabaran yang bakal dihadapi kesan perubahan tersebut
terutamanya kemahiran penyelesaian masalah. Namun demikian, kajian empirikal berkenaan
bagaimana pemikiran komputasional boleh diintegrasi ke dalam bidang pendidikan serta kesan

yang akan diperolehi hasil pengintegrasian tersebut masih kurang dijalankan. Dengan itu, kajian
dengan reka bentuk kuasi-eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpulan-kumpulan tidak

seimbang ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pengintegrasian pemikiran komputasional
dalam pembelajaran berasakan permainan digital terhadap pencapaian murid dalam tajuk
pecahan. Sampel kajian terdiri daripada 65 orang murid Tahun 5 dalam dua buah kelas sedia

ada (intact class), dengan kumpulan kawalan terdiri daripada 32 orang murid manakala kumpulan
rawatan terdiri daripada 33 orang murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan signifikan dalam skor min markah pencapaian ujian pasca, (t(63) = -3.60, p = .00),
dengan kumpulan rawatan memperoleh skor min markah pencapaian yang lebih tinggi
berbanding kumpulan kawalan. Dapat disimpulkan bahawa pemikiran komputasional sesuai

diintegrasi ke dalam pembelajaran berasaskan permainan digital dan berupaya memberi kesan
optimum terhadap peningkatan pencapaian murid.


Kata kunci : Pemikiran komputasional, pecahan, Minecraft, matematik, pembelajaran
berasaskan permainan digital










90

KAEDAH ‘I MATH U’ DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN SECARA
KOLABORATIF DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM TOPIK GRAF
GERAKAN

2
1
Lai W. T dan Junainah J.
1 SMK Konven St Cecilia, Sandakan, Sabah
2 Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah
1 [email protected]
2 [email protected]

ABSTRAK


Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran
secara kolaboratif dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah murid-murid dalam topik
Graf Gerakan. Kajian ini melibatkan 27 murid dari tingkatan 5A, SMK Konven St Cecilia,

Sandakan, Sabah. Fokus kajian ini adalah kepada satu intervensi untuk menerapkan ciri-ciri
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) semasa murid-murid menyelesaikan masalah
matematik. Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji akan memberikan borang soal selidik untuk

meninjau pendapat murid tentang teknik pengajaran dan pembelajaran semasa. Selepas itu,
pengkaji mula melaksanakan intervensi menggunakan ‘I Math U’, iaitu satu teknik Pembelajaran
dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang menggunakan platform Google Meet (breakout room,

[BR]) dan Jamboard selama tiga minggu sebelum borang soal selidik pasca diberikan dan
beberapa murid dipilih secara rawak untuk ditemubual. Instrumen yang digunakan untuk

mendapatkan markah perbandingan adalah ujian pra dan ujian pasca. Maklum balas selepas
intervensi mendapati murid memberikan respon positif tentang ‘I Math U’ yang telah memberikan
ruang mereka untuk berkolaboratif, berasa seronok dan dapat melibatkan diri secara

aktif. Implikasi kaedah ‘I Math U’ ini terhadap PdPR ialah ia dapat menyediakan pelantar untuk
perbincangan, memupuk pemikiran kritits dan kreatif dan menyelesaikan masalah matematik

secara efisien walaupun tidak bersemuka.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-

21), breakout room (BR), Jamboard













91

E-FON: MENINGKATKAN PENGUASAAN FONOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM



Mohd Firdaus bin Abd Salam

SMK Gunsanad, Keningau, Sabah
[email protected]



ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan Fonologi dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam semester satu. Seramai 16 orang pelajar terlibat sebagai kumpulan sasaran

yang kajiannya dilaksanakan empat fasa iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi.
Hasil semakan latihan, tinjauan soal selidik dan temu bual, terdapat pelajar tidak penguasaan
elemen Fonologi yang merupakan satu daripada tajuk dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu

semester satu. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menyediakan “E-Fon” yang
merupakan bahan infografik sebagai bahan bantu semasa melaksanakan sesi PdPC. Bahan ini

mengandungi elemen Fonologi seperti Alat Artikulasi, Carta Vokal, Carta Diftong dan Jadual
Konsonan. Bagi tujuan menambahbaikan amalan PdPC, pengkaji telah melaksanakan fasa
tindakan selama empat minggu diikuti pemerhatian selama seminggu. Hasil semakan latihan,

tinjauan soal selidik dan temu bual pascaintervensi menunjukkan perubahan yang signifikan
terhadap penguasaan pelajar. Perubahan tersebut menepati pencapaian dua objektif khusus
kajian, iaitu: i) Meningkatkan pencapaian Fonologi berbantukan “E-Fon” dalam kalangan pelajar

Tingkatan Enam Seni Visual Semester 1, dan ii) Menjelaskan elemen Fonologi secara indvidu
berbantukan “E-Fon” dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Seni Visual Semester 1. Oleh
yang demikian, “E-Fon” telah meningkatkan penguasaan Fonologi dalam kalangan pelajar dan

menambah baik amalan PdPC guru.


Kata Kunci: Fonologi, E-Fon, Infografik, BM STPM.











92

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN KEDUDUKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN
TUAS SERTA KELASNYA MURID 3 ALAMANDA MENGGUNAKAN INOVASI LEVER KIT
INDICATOR


Mohd Azif Bin Shukor , Azurah Binti Dapor 2
1*

1 SMK Paya Rumput
2
Kolej Matrikulasi Melaka
*Corresponding author’s: [email protected]


Abstrak

Lever Kit Indicator merupakan satu bentuk inovasi baharu yang membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran menentukan kedudukan bahagian-bahagian tuas iaitu Fulkrum

(F), Beban (L) dan Daya (E) serta kelasnya (Tuas Kelas satu, Tuas Kelas Dua atau Tuas Kelas
Tiga) melibatkan pelbagai jenis tuas yang ada di dalam kehidupan seharian. Inovasi yang
dibangunkan ini tediri daripada 20 keping kad imbas gambar tuas dan sebuah alat untuk

menentukan kedudukan bahagian-bahagian tuas serta kelasnya melibatkan subtopik 8.2 Kesan
Daya matapelajaran Sains Tingkatan 2. Inovasi ini menerapkan pembelajaran berbentuk inkuiri
yang berpusatkan murid dan menggabungkan gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik

(V.A.K). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran
seramai sembilan orang murid dari tingkatan 3 Alamanda, SMK Paya Rumput, Melaka pada

tahun 2022 yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan enam orang murid perempuan. Data
dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen, temubual dan
ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif dan berbentuk naratif. Keputusan Ujian

Diagnostik 1 bagi bagi menentukan kedudukan bahagian-bahagian tuas menunjukkan sebanyak
28.7% murid berjaya mejawab dengan betul manakala bagi kemahiran menentukan kelas tuas
pula sebanyak 30.0 % mejawab dengan betul. Keputusan Ujian Diagnostik 2 menunjukkan

peningkatan terhadap tahap kemahiran murid dalam menentukan kedudukan bahagian-bahagian
tuas dan menentukan kelas tuas iaitu 92.3% dan 92.2 % masing-masing. Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan inovasi ini dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran

mereka dalam mengenalpasti kedudukan bahagian-bahagian tuas dan menentukan kelas tuas
dengan lebih mudah dan efisien.


Kata kunci : Lever Kit Indicator, Tuas, Kesan Daya, Sains Tingkatan 2







93

KHBRTP 834111. SATU TEKNIK UNTUK MENGINGAT 18 NILAI UNIVERSAL PENDIDIKAN
MORAL TINGKATAN 5


MOREECA ANAK ANGGO

SMK Penrissen, Kuching, Sarawak
[email protected]


ABSTRAK


Subjek Pendidikan Moral di peringkat Sekolah Menengah mempunyai 18 nilai universal yang
perlu diingati oleh pelajar. Kertas peperiksaan yang berformat Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) mengandungi bentuk soalan struktur dan soalan esei yang memerlukan

pelajar menulis nilai universal berdasarkan situasi yang diberikan dengan tepat. Tinjauan awal
dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual serta semakan lembaran kerja telah mendapati

pelajar tidak dapat mengingati 18 nilai universal. Kesan daripada tidak dapat mengingat
nilaiuniversal telah menjejaskan markah peperiksaan. Model Kemmis dan Mc Taggart (1988),
digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ini. Sebanyak dua kitaran telah dilaksanakan

terhadap 30 orang pelajar dari kelas 5F di SMK Penrissen, Kuching yang dipilih berdasarkan
prestasi yang kurang memuaskan dalam peperiksaan. Manakala data diperoleh melalui
instrumen kajian seperti pemerhatian, semakan lembaran kerja dan analisis markah peperiksaan.

Dapatan kajian menunjukkan teknik KHBRTP 834111 telah membantu meningkatkan markah
peperiksaan apabila pelajar dapat menyenaraikan 18 nilai universal dengan tepat serta boleh
menyebut kesemua nilai secara spontan. Kajian ini juga membantu meningkatkan amalan

pedagogi guru seterusnya teknik ini boleh diaplikasikan bagi membantu mempertingkatkan minat
pelajar terhadap subjek Pendidikan Moral.


Kata Kunci: subjek Pendidikan Moral, 18 nilai universal, teknik KHBRTP 834111, pedagogi
















94

ENHANCING T&L PROCESS USING TE - JAM APPS TOOL TOWARDS MATRICULATION
STUDENTS IN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR


3
Ainul Ezatul Farah M.T , Irdawaty I. , Normaishara M.S , Syaza Lyiana A.W
4
2
1

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Selangor,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
42700 Banting, Selangor, Malaysia
Email: [email protected]
1



ABSTRACT

The chemistry subject offered in Semester 2 of One Year Program Students of Kolej Matrikulasi
Selangor is 80% of organic chemistry that analyse problem solving questions. This study was

conducted to help students to engage with organic chemistry effectively during online class due
to limit access of internet connection. The preliminary review analysis has shown that students

were unable to understand and elaborate the information given in problem solving of the organic
chemistry concept correctly during online classes. To overcome the issues, action research on
the “Te – Jam Apps Tool” was used. This technique is based on the Educational Mobile Use and

constructivism learning. The activity needs the students to engage with Telegram, Jamboard apps
tool and constructivism strategy in understand and evaluate organic chemistry concept wisely.
The study conducted involved 40 students from two different module (I and III) for 2 weeks. The

post-test result showed significant improvement in students engage and explore skills. The results
shown the technique are evidence to its’ effectiveness as 87.5% of the students were at a high
level of achievement. The students were able to develop their skill of problem solving and passion

in dealing with organic chemistry concept.


Keywords: Te – Jam Apps Tool, Educational Mobile Use, constructivism learning, organic
chemistry subject














95

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GRAF
FUNGSI TRIGONOMETRI DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
“SeCreT-Board, SCT Board”

2
1
Tiong Siew Jen dan Khuenissa Grace Binti Lawrence

Kolej Vokasional Sibu
2
1
[email protected] , [email protected]



ABSTRAK

SeCreT-Board, SCT-Board merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) penerapan
pembelajaran konstruktivisme dalam membuat generalisasi tentang kesan perubahan pemalar a,

b dan c bagi graf fungsi trigonometri. BBM ini dihasilkan bagi membantu pelajar menerokai bentuk
graf dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada iaitu bulatan unit. Tajuk trigonometri
dalam sukatan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) , Diploma Vokasional Malaysia (DVM) mahupun

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merangkumi hasil pembelajaran bulatan unit diikuti dengan fungsi
trigonometri. Pendekatan SCT-Board dapat mewujudkan suasana keseronokan di mana pelajar
boleh menerokai lakaran graf fungsi trigonometri dengan model pembelajaran VAK (visual,

auditory dan kisnesthetic).Dalam kajian 10 orang pelajar kelas DVM1 Semester 1 yang
pencapaian rendah dalam tajuk trigonometri diambil sebagai sampel kajian. Daripada keputusan

Praujian dan Pasca Ujian, didapati keputusan Pasca Ujian adalah amat menggalakkan.
Perbezaan purata markah antara kedua-dua ujian, Praujian 41.5% Pasca Ujian 78%
membuktikan bahawa SCT-Board sesuai dalam memahami konsep lukisan bentuk graf

trigonometri khasnya untuk pelajar yang lemah dalam matematik. BBM ini berkesan menarik
minta pelajar supaya pelajar mampu menerokai bentuk graf trigonometri sendiri dengan

pengetahuan yang sedia ada. Bagi guru pula, BBM ini mendatangkan kepuasan dalam
pengajaran mereka dan telah dapat mewujudkan suatu suasana PdPc yang menyeronokkan.


Kata kunci: matematik, graf fungsi trigonometri, pendekatan konstruktivisme, model
pembelajaran VAK (visual, auditory dan kisnesthetic)











96

STRATEGI GAMIFIKASI DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID BERKEPERLUAN
PENDIDIKAN KHAS MELALUI AKTIVITI BERKUMPULAN BAGI MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

1 Nur Rawaidah Rahmat

1 SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok
[email protected]



ABSTRAK


Guru kini perlu menerapkan elemen gamifikasi dan teknologi di dalam pengajaran. Penggunaan
konsep gamifikasi meningkatkan penglibatan murid di dalam kelas (Rambely, etc 2014).

Sepanjang sesi pembelajaran bersama murid, pengkaji mendapati majoriti murid berkeperluan
pendidikan khas tidak menunjukkan kesungguhan semasa di dalam bilik darjah, tidak aktif serta
kurang interaktif. Sehubungan itu, pengkaji menggunakan strategi gamifikasi dalam

meningkatkan minat mereka agar dapat terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran bagi
matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Responden terdiri daripada 64 orang
murid berkeperluan khas. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data ialah kaedah soal

selidik. Kerangka yang digunakan bagi kajian ini adalah MDE Gamification Framework bagi
aktiviti intervensi yang akan dijalankan kepada murid yang terlibat. Ia mengandungi tiga

komponen utama iaitu Mechanic, Dynamics dan Emotions. Berdasarkan keputusan soal selidik
yang telah dilaksanakan, didapati strategi gamifikasi yang diperkenalkan kepada murid
berkeperluan pendidikan khas merupakan strategi berkesan dalam menarik minat seterusnya

meningkatkan penglibatan aktif mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Gamifikasi





















97

PENGESAHAN INSTRUMEN PERSEPSI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH : ANALISIS FAKTOR
PENEROKAAN

3
4
1
Mohamad Ikram Zakaria , Siti Khairunnisa Sabri , Paris Saleh , Faridah Abdullah
2

1 Sekolah Kebangsaan Gombak Utara
2 Sekolah Kebangsaan Taman Sea
3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
(Emel [email protected])


ABSTRAK

Mendepani pendidikan era 4.0, guru digalakkan untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan memberi tumpuan kepada elemen 4K iaitu komunikasi, kolaborasi,

pemikiran kritis dan kreativiti. Keempat – empat kemahiran ini adalah kemahiran yang dituntut
dalam alam pekerjaan era revolusi industri 4.0 (I.R 4.0). Untuk itu, kajian ini dijalankan untuk
membangunkan dan mengesahkan instrumen untuk menilai kaedah pengajaran guru matematik

dalam pengajaran penyelesaian masalah melibatkan keempat – empat pemboleh ubah tersebut.
Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik. Seramai 4 orang pakar dan 120 orang responden terlibat

dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif melibatkan nilai alpha
cronbach dan analisis faktor penerokaan (EFA). Dapatan menunjukkan nilai alpha cronbach

adalah 0.934 dengan nilai eigen faktor >1. Nilai KMO (Kaiser – Meyer – Olkin) yang diperoleh
bagi setiap konstruk adalah ≥0.50 manakala nilai bagi Ujian Bartlett adalah signifikan (<0.5). Nilai
muatan faktor bagi setiap item pula adalah ≥0.50 dengan nilai peratusan varians ≥60%. Dapatan

akhir menunjukkan bahawa terdapat 4 konstruk dan 16 item yang sesuai dalam instrumen ini.
Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen ini boleh digunakan untuk

meneroka persepsi guru matematik terhadap kaedah pengajaran penyelesaian masalah
melibatkan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti.


Kata kunci : Elemen 4K, kaedah pengajaran, pembangunan dan pengesahan instrumen, analisis
faktor penerokaan











98

CABARAN PENGEKALAN INOVASI KURIKULUM MATA PELAJARAN VOKASIONAL
(MPV) MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK (MPED) : SUATU KAJIAN

Noraini. I. ¹, Zuhaida M.I. ² dan Siti Nazilah. H.ᶟ

¹SMK Dato’ Idris, Pengkalan Bharu, Pantai Remis ²SK Permatang Sintok
ᶟ Politeknik Balik Pulau
[email protected]


ABSTRAK

Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED)

digubal adalah berfokuskan kepada kesediaan murid dengan keperluan kemahiran industri yang
berpengetahuan dalam menservis peralatan elektrik domestik. Antara elemen pembelajaran yang

ditekankan adalah kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kertas kerja ini
bertujuan untuk mendedahkan Cabaran Pengekalan Inovasi Kurikulum MPV Menservis
Peralatan Elektrik Domestik. Kajian ini melibatkan pandangan pakar dalam mengenal pasti

perubahan dan pengekalan inovasi Kurikulum MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik serta
cabaran pengekalannya dalam kurikulum semasa. Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan
dalam kajian ini untuk mengumpul data dan maklumat kajian berkaitan keperluan dan

kepentingan kajian. Hasil temu bual yang dijalankan bersama sembilan orang ketua pentaksir
Kurikulum MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik mendapati bahawa terdapat empat faktor
yang mempengaruhi dalam pengekalan inovasi kurikulum KSSM MPV MPED iaitu peralatan,

peruntukan kewangan, silibus dan kemahiran guru. Secara kesuluruhannya, hasil dapatan telah
menunjukkan bahawa peralatan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam

pengekalan inovasi KSSM MPV MPED.

Kata Kunci: Kurikulum MPV, Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED), perubahan dan

pengekalan inovasi















99

PERSEPSI KUALITI DAN KEPUASAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DIGITAL
DI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

*Saiful Akramin M.N. , Elmi Sharlina M.S. , Siti Esah J. , Khairul Aswari A. B. , dan Julianawati
2
4
1
3
A. .
5

Kolej Matrikulasi Kelantan
1,2,3,4,5
*[email protected]

ABSTRAK


Pembelajaran digital adalah suatu proses pembelajaran secara kompleks yang memerlukan
kerangka kerja secara konsisten serta melibatkan pembelajaran secara aktif dan aktiviti

menyelesaikan masalah secara berpasukan. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti
persepsi kualiti dan kepuasan pelajar dalam pembelajaran digital di Kolej Matrikulasi Kelantan
(KMKt) terhadap pembelajaran atas talian yang diterapkan oleh para pensyarah KMKt. Seramai

317 responden yang terdiri daripada 1391 orang pelajar Sistem Dua Semester (SDS) dan 490
orang pelajar Sistem Empat Semester (SES) telah menjawab 30 item soal selidik melalui Google

Form yang disediakan. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian IBM
SPSS Statistics Versi 26. Secara keseluruhannya skor min bagi elemen 1 hingga 7 menunjukkan
persepsi kualiti dan kepuasan pelajar terhadap pembelajaran digital di KMKt berada pada tahap

tinggi iaitu pada 4.08 dan sisihan piawai 0.10. Purata masa kelas dalam talian yang dilaksanakan
oleh para pensyarah kepada setiap pelajar ialah 7.58 jam sehari. Pembelajaran digital secara
atas talian adalah alternatif dalam membantu pembelajaran pelajar di KMKt. Walaupun persepsi

kualiti dan kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi, namun beberapa isu kecil perlu diberikan
perhatian oleh pihak pengurusan kolej supaya pembelajaran digital dapat dijalankan dengan lebih
efisien.


Kata kunci: persepsi kualiti, kepuasan pelajar, pembelajaran digital secara atas talian



















100

INTERACTIVE LEARNING APPLICATION ON SMARTPHONE: MYCHEM-VSEPR &
HYBRIDISATION

Nur Afiqah Binti Rosali 1

1 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
[email protected]


ABSTRACT


Seeing is believing had become a restriction to most students in understanding Molecular
Geometry and Hybridisation topic because chemical bonds are not visible in plain sight. Hence,

this project aimed to help students with this restriction to draw the molecular geometry and the
hybridisation diagram of the central atom using step by step guidelines. This project developed

an android application using Buildbox software and published the finished application to Google
Playstore. 20 matriculation students had tested the application during the first launch and provided
their feedback in the form of reviews and interviews. This project conducted a SWOT analysis to

analyse the feedbacks and evaluate the impacts of the application. Data analysis showed that
100% respondents agreed that this application provided useful guidelines and interactive quizzes
related to the topic. 10% of them were capable of finishing all difficulty levels within a day.

However, 50% respondents found that the guidelines should be more detailed especially for
molecules with pi bonds. As a conclusion, this project had successfully achieved its objectives
and with improved contents and features, the application has the potential to be used not only by

the matriculation students, but all Chemistry students in similar education institutes.


Keywords: VSEPR; Hybridisation; Smartphone application; Interactive learning.























101

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MENGENAL DAN MENULIS ANGKA MURID 1 UM
MENERUSI INOVASI BUSY DICE

Muhammad Taufiq bin Razali

SK Merlimau Dua Melaka
[email protected]



ABSTRAK

Busy Dice merupakan bahan bantu belajar yang direka untuk membantu murid menguasai
kemahiran asas mengenal dan menulis angka sifar hingga sembilan dengan lebih mudah,

berkesan, bermakna serta menarik. Inovasi ini menggabungjalin elemen lihat, sebut, sentuh dan
tulis (L.S.S.T) menerusi pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan berpusatkan murid. Kit
pembelajaran ini turut membantu guru mengamalkan pengurusan bahan bantu belajar yang lebih

bersistematik, mudah dikendali dan mudah disimpan. Tiga kemahiran asas pranombor menjadi
fokus dalam kajian ini iaitu keupayaan mengenal angka, membilang objek dan menulis angka.
Saringan awal telah dijalankan pada Mac 2022 melibatkan 79 orang murid Tahun 1, SK Merlimau

Dua Melaka dan 5 orang murid 1UM dipilih untuk menyertai kajian ini. Data sebelum intervensi
serta pemerhatian yang dibuat menunjukkan tahap penguasaan murid yang terlibat bagi

kemahiran mengenal angka (40%), membilang objek (20%), menulis angka (20%) berada pada
tahap rendah. Sesi pembelajaran kendiri dan bimbingan guru serta pemantauan perkembangan
kemahiran murid yang terlibat berlangsung selama 4 minggu. Data selepas intervensi

menunjukkan peningkatan tahap penguasaan kemahiran mengenal angka (100%), membilang
objek (100%) dan keupayaan menulis angka dengan betul dan tepat (100%). Hal ini menunjukkan

penggunaan Busy Dice dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran asas mengenal
dan menulis angka sifar hingga sembilan dengan mudah dan efisien.


Kata kunci: Busy Dice, L.S.S.T, inkuiri penemuan, berpusatkan murid
















102

MENTOR MAYA PEMANGKIN PENINGKATAN SKOR BIOLOGI SPM

Pn. Sabariah Bt Mahadi

SMK Dang Anum, Merlimau Melaka
[email protected]


ABSTRAK

(Pengenalan) Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan

kertas dua bahagian A (Struktur) Biologi Bab 1-4 (Tingkatan 4) dengan menggunakan kaedah
‘MENTOR MAYA’. (Metodologi) Seramai 20 orang pelajar dari kelas 5 Stem Bio (2022) yang
terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini dipilih kerana mendapat markah yang kurang

memuaskan semasa peperiksaan percubaan UD1 2022. Pelajar-pelajar ini pernah menyuarakan
rasa gelisah mereka kerana tidak dapat menjawab soalan struktur dengan cemerlang. Sebagai
guru, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar ini menguasai teknik

mejawab soalan strktur Biologi Tingkatan 4 (Bab 1-4), Lebih-lebih lagi soalan struktur ini memberi
impak yang besar kepada pemarkahan keseluruhan kertas dua Biologi iaitu sebanyak 60 markah.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan medium telegram dimana guru akan memberi 5

soalan struktur setiap minggu (hari isnin) didalam kumpulan telegram dan pelajar dikehendaki
menjawab dan menghantarnya sebelum jam 12 pada hari Ahad. Guru akan membuat video

jawapan melalui rakaman ‘google meet’ dan memberikan link video ini pada pelajar pada hari
selasa setiap minggu. Kaedah “ MENTOR MAYA” ini berlangsung selama 4 minggu. (Dapatan
kajian) Dapatan daripada perlaksanaan kajian “MENTOR MAYA” ini, kesemua 20 orang pelajar

ini telah berjaya menunjukkan peningkatan markah antara 20%-60% dalam ujian post test yang
telah dijalankan pada 30 May 2022.





















103

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK AMALAN DISIPLIN ADAB
BERILMU KARAKTER MURID JOHOR (ADAB KrMJ)

1
4,
5
3
2
Suhana , Norlia , Azmiza , Nurul Amhani dan Naidatul Zamrizam

, 4
1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor SM Sains Batu Pahat, SMK Dato’ Seth SMK Seri Pulai
3
,2
5
Perdana Jabatan Pendidikan Negeri Johor
[email protected]


ABSTRAK

Tingkah laku yang perlu ada pada setiap murid dalam menuntut ilmu adalah memelihara adab
kepada gurunya. Soal Selidik ADAB KrMJ dibina bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan
murid iaitu Strategi 3S (Salam, Syukur dan Sayang), adab disiplin dalam bilik darjah dan adab
menghormati guru dalam kalangan murid di negeri Johor. Soal selidik ini dibina berasaskan

adab-adab belajar oleh Imam al-Ghazali. Kajian kuantitatif ini dijalankan untuk menguji tahap
kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik menggunakan reka bentuk deskriptif. Seramai tiga
orang pakar telah terlibat bagi melakukan kesahan soal selidik manakala seramai 310 orang

murid yang dipilih secara rawak berkumpulan telah terlibat dalam menguji kebolehpercayaan
soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif, berbantukan perisian Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) Versi 25. Hasil analisis data menunjukkan bahawa, nilai kesahan

soal selidik adalah tinggi dengan peratus persetujuan pakar sebanyak 92.2% manakala nilai
kebolehpercayaan item dan individu keseluruhan berdasarkan analisis RASCH yang diperoleh

ialah .99 dan .88. Oleh itu, soal selidik yang dibina didapati mempunyai nilai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi serta bersesuaian digunakan bagi mengukur tahap amalan adab
belajar dalam kalangan murid.


Kata kunci: Adab Belajar, Kesahan, Kebolehpercayaan, Imam Al Ghazali






















104

PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PEMBELAJARAN OPERASI BARIS PERMULAAN
MENGGUNAKAN KALKULATOR EROXCEL

Rabiatul Adawiah binti Ayop 1
2
Hairon Azman bin Adanan
3
Jamiatun Nadwa binti Atak @ Ismail
Musiade bin Mohd Sharif
4

1,2,3,4 Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
e-mail: [email protected]


ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bagi pembelajaran operasi baris permulaan (ERO) dalam tajuk Matrices and
System of Linear Equations subjek Matematik Program Matrikulasi menggunakan pendekatan

heutagogi. Kumpulan sasaran melibatkan 77 pelajar Program Dua Semester di Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan sebagai peserta kajian yang dipilih secara persampelan tujuan. Kaedah tinjauan
dilaksanakan dengan instrumen soal selidik melalui edaran Google Form kepada responden.

Dapatan kajian mendapati 98.7% pelajar suka menggunakan kalkulator Eroxcel, 98.7%
menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pemahaman konsep operasi baris permulaan, 97.4%
menyatakan kalkulator Eroxcel membantu pelajar membuat semakan langkah penyelesaian,

97.4% pelajar setuju kalkulator Eroxcel sesuai dalam pembelajaran kendiri, manakala 97.4%
pelajar setuju penggunaan kalkulator Eroxcel sesuai digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran
tajuk ini. Kaedah pembinaan formula dalam pembangunan kalkulator Eroxcel menggunakan

perisian Microsoft Excel ditunjukkan secara jelas dan satu persatu membolehkan pelajar
melakukan proses eksplorasi kendiri yang menjadi salah satu elemen dalam pendekatan

heutagogi. Melalui pemerhatian dan temubual, hasil dapatan menunjukkan pelajar menggunakan
enam elemen pendekatan heutagogi dalam pembelajaran berasaskan teknologi iaitu (i)
meneroka, (ii) mencipta, (iii) kolaborasi, (iv) perkongsian, (v) refleksi dan, (vi) berhubung semasa

menggunakan kalkulator Eroxcel dalam pembelajaran konsep operasi baris permulaan. Bagi
menambah baik penggunaan kalkulator Eroxcel untuk disebar luas, kod-QR digunakan untuk

kemudahan capaian pengguna. Penggunaan kalkulator Eroxcel dalam pembelajaran ERO
memberi penekanan dalam aspek kemahiran kendiri serta kreatif dalam memperoleh kandungan
pembelajaran.


Kata kunci: Elementary Row Operations (ERO), heutagogi (heutagogy), kalkulator, Microsoft
Excel.






105

PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK SEBAGAI SATU ELEMEN DIDIK HIBUR DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 3 UNTUK MENINGKATKAN
MINAT DAN PRESTASI MURID BAGI TAJUK SISTEM RESPIRASI


Rosdila Azwana Binti Abdullah
Sek. Men. Keb. Kg. Dato’ Seri Kamaruddin


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan minat dan prestasi murid
dengan menggunakan Aplikasi TikTok sebagai satu elemen didik hibur dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains Tingkatan 3 di SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Kajian ini untuk mengkaji
kesesuaian penggunaan TikTok yang dalam pengajaran Sains Tingkatan 3, bagi tajuk Sistem
Respirasi. Seramai lima puluh enam (56) orang sampel yang terdiri daripada murid kelas 3A3

dan 3A4 telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan selama 3 minggu, iaitu secara kuantitatif
dengan menggunakan instrumen borang soal selidik serta ujian pra dan pasca. Dalam tempoh
tersebut, murid menjalani Pembelajaran dan Pemudahcaraan di sekolah (PdPC) bersama guru

dengan selingan penggunaan Aplikasi TikTok ketika proses pengajaran guru. Kesimpulannya,
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok merupakan satu kaedah

yang sesuai digunakan dalam pengajaran Sains Tingkatan 3 di SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin.
Penggunaan aplikasi TikTok dapat meningkatkan minat dan prestasi murid 3A3 dan 3A4 bagi
tajuk Sistem Respirasi.
































106

TALAQQI MUSYAFAHAH: APLIKASI PENDEKATAN TERBEZA DALAM PEMBACAAN
IQRA’ 1 HINGGA IQRA’ 6 MURID TAHUN 5

Zulhamizan Ismail & Siti Syaznira Muhamad
[email protected], [email protected]
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai, Kajang, Selangor


ABSTRAK

Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang mulia iaitu guru dan

murid berdepan secara langsung sebagaimana yang dipraktikkan oleh Jibril AS. kepada
Rasulullah SAW. Talaqqi Musyafahah menjadi kaedah tunjang bagi melahirkan murid-murid yang
boleh membaca al-Quran dengan baik dan tepat. Pelaksanaannya bermula dengan pendekatan

bacaan murid di hadapan guru secara bersemuka serta terlaksana pengajaran dan pembelajaran
secara kolaboratif. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kumpulan tahap penguasaan murid Iqra’

mengikut tahap bacaan Iqra’1 hingga Iqra’ 6. Kajian kualitatif ini juga dilaksanakan bagi
mengaplikasikan pendekatan terbeza yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) secara sistematik dan terancang melalui 4 elemen utama iaitu kandungan, proses, produk

atau hasil dan persekitaran. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang murid tahun 5 Dahlia
dan 5 Mawar di SK Kantan Permai dalam kumpulan pembaca Iqra’ 1 hingga Iqra’ 6. Hasil tinjauan
awal menunjukkan murid tahun 5 yang masih membaca Iqra’ adalah disebabkan murid tidak

mengikuti sekolah agama, tidak boleh membaca tulisan jawi, tidak mengaji di rumah dan
mengalami masalah keciciran pembelajaran terutamanya dalam bidang al-Quran. Kaedah talaqqi
musyafahah yang dilaksanakan melalui pendekatan terbeza ini memberi kesan positif dalam

proses pembacaan Iqra’ 1 hingga Iqra’ 6 murid tahun 5 serta mampu meningkatkan pencapaian
dan pengetahuan responden kajian dalam pembelajaran.


Kata Kunci: Talaqqi Musyafahah, Pendekatan Terbeza, Kolaboratif, Iqra’

















107

KESAN PENGGUNAAN PERISIAN SCRATCH TERHADAP PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Nurul Huda Abdul Wahab dan Sharifah Osman
1
2

PPD Kluang dan Universiti Teknologi Malaysia
1 2
[email protected]
1


ABSTRAK


Pemikiran komputasional diperlukan dalam pembelajaran pada abad ke-21 yang merupakan era
pendigitalan. Pemikiran komputasional didefinisikan sebagai satu pendekatan analitikal yang

mengandungi kaedah dan prosedur pemikiran matematik yang biasanya digunakan dalam
penyelesaian masalah. Tinjauan literatur menunjukkan antara perisian yang dapat memberi
kesan terhadap pemikiran komputasional adalah Scratch. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk

mengenalpasti kesan penggunaan perisian Scratch terhadap tahap pemikiran komputasional
dalam mempelajari Matematik. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi eksperimen.

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar sekolah menengah di daerah Kluang. Data yang
diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
antara kumpulan rawatan dan kawalan. Selepas intervensi, dapatan kajian kumpulan rawatan

menunjukkan tahap pemikiran komputasional berada pada aras sederhana (min=51.67,
SP=14.51). Manakala kumpulan kawalan menunjukkan tahap pemikiran komputasional (min
=37.7, SP= 13.56) berada di aras rendah. Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa perisian

Scratch berkesan dalam meningkatkan pemikiran komputasional pelajar. Dapatan ini
menyumbang maklumat kepada pihak berkepentingan terutamanya kepada para guru matematik
terhadap pendekatan alternatif pembelajaran tajuk poligon dengan menggunakan perisian

Scratch untuk meningkatkan pemikiran komputasional.


Kata kunci : Pemikiran Komputasional, Perisian Scratch, Matematik


















108

PENGGUNAAN E-BUKU INTERAKTIF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
MURID TAHAP 1


Ghayathri a/p Illango , dan Rosli Ab. Rahman
1
2

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Menteri
1
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
2
[email protected]
1
[email protected]
2


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid dan kekangan yang dihadapi
oleh murid ketika membaca perkataan bahasa Melayu menggunakan e-buku interaktif.

Sehubungan itu, penyelidik membuat satu kajian bagi menyelidik keberkesanan e-buku interaktif
yang menggunakan Teori Pembelajaran Connectivism. Penyelidik mengimplementasikan e-buku
interaktif menggunakan kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik

sebagai alat kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat uji kesahan kandungan dan
kebolehgunaan e-buku interaktif. Responden kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 138
orang murid Tahap 1 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Menteri, Pahang dan Sekolah

Kluster Kecemerlangan Tamil Mentakab, Pahang. Kaedah deskriptif dan statistik inferensi
digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada murid. Hasil dapatan kajian
menunjukkan tahap kesediaan penggunaan e-buku interaktif dapat meningkatkan kemahiran

membaca perkataan bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahap 1. Ringkasnya, penggunaan
e-buku interaktif telah menunjukkan peningkatan yang drastik dalam meningkatkan kemahiran

membaca perkataan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan e-buku interaktif dapat menarik minat murid serta memudahkan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) guru dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa

Melayu dalam kalangan murid Tahap 1.


Kata kunci: membaca, e-buku interaktif, kaedah deskriptif, meningkatkan












109

SENARAI ABSTRAK




PESERTA SPPK 2022








Kategori:












PELAJAR IPG
































110

PENGUASAAN AMALAN PENGAJARAN DAN HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI
GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUALA NERUS

1
Nur Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi
2
Mohammad Rusdi Ab. Majid
3
Aisyah Balqis Mohd Nizam
Nur Husnina Anuar
4

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Penguasaan amalan pengajaran merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti
pendidikan masa kini. Sistem pendidikan kini yang mencabar sangat memberi penekanan

terhadap faktor motivasi dalam meningkatkan kualiti guru dalam proses menjayakan sebuah
pengajaran dan pembelajaran. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan

amalan pengajaran guru pendidikan Islam dari aspek kaedah pengajaran, kemahiran
penggunaan bahan bantu mengajar dan amalan penyoalan serta hubungannya terhadap
motivasi guru pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan yang berbentuk

kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpul data dari sampel
kajian secara rawak mudah. Skop dan batasan kajian tertumpu kepada guru pendidikan Islam di
daerah Kuala Nerus dengan bilangan sampel seramai 150 orang guru daripada populasi seramai

233 orang guru. Metodologi kajian turut melibatkan proses pembinaan instrumen, pemurnian,
kesahan pakar dan kebolehpercayaan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan amalan

penyoalan berada pada tahap yang paling tinggi berbanding tahap penguasaan kaedah
pengajaran dan penguasaan kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap

motivasi guru pendidikan Islam pula berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian mendapati
terdapat hubungan signifkan antara ketiga-tiga aspek dalam amalan pengajaran dengan tahap
motivasi guru pendidikan Islam daerah Kuala Nerus. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi

input yang penting mengenai penguasaan amalan pengajaran guru dari aspek kaedah
pengajaran, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar, kemahiran penyoalan dan

hubungannya terhadap motivasi guru untuk meningkatkan kualiti guru seiring dengan keperluan
sistem pendidikan.


Kata Kunci: Kaedah pengajaran, kemahiran bahan bantu mengajar, amalan penyoalan, motivasi
guru pendidikan islam







111

KOMPETENSI GURU ALIRAN PERDANA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INKLUSIF

1
Nur Syaza I. , Suziela M.T. , Kamarudin A.H. (PhD). 3
2

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
[email protected]

ABSTRAK

Program pendidikan inklusif (PPI) merupakan satu program pendidikan yang membolehkan murid

berkeperluan khas (MBK) belajar bersama-sama dengan murid aliran perdana dalam kelas yang
sama. Guru aliran perdana sebagai tenaga pengajar bagi PPI kompeten untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran namun, dapatan kajian lalu menunjukkan guru aliran perdana
masih kurang kompeten dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Justeru, kajian ini
bertujuan mengkaji tahap kompetensi guru aliran perdana dalam pengajaran dan pembelajaran

inklusif dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta mengenalpasti perbezaan antara
jantina dengan tahap kompetensi guru aliran perdana dari aspek kemahiran dalam pengajaran

dan pembelajaran inklusif. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik
sebagai instrumen serta melibatkan seramai 60 orang guru aliran perdana yang terlibat dengan
program inklusif sebagai responden. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Sosial Science (SPSS) versi 25 bagi mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan

piawai dan ujian-t tidak bersandar. Hasil analisis mendapati tahap kompetensi guru aliran
perdana dalam pengajaran dan pembelajaran inklusif dari aspek pengetahuan dan sikap berada

pada tahap yang tinggi iaitu skor min yang diperolehi pada aspek pengetahuan adalah 3.87 dan
aspek sikap adalah 4.17 manakala dari aspek kemahiran berada pada tahap sederhana dengan
min 3.57. Analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina guru

aliran perdana dengan tahap kompetensi guru dari aspek kemahiran dengan nilai signifikan 0.07.
Beberapa cadangan penambahbaikan juga dikemukakan dalam kajian ini. Hasil daripada kajian

ini dapat digunakan sebagai cadangan garis panduan untuk memantapkan lagi PPI di Malaysia.

Kata Kunci: kompetensi, pendidikan inklusif, guru aliran perdana, pengetahuan, kemahiran,
sikap












112

TAHAP PENGETAHUAN TMK DAN TAHAP KEMAHIRAN TMK SERTA HUBUNGANNYA
DENGAN TAHAP AMALAN GURU PELATIH TERHADAP PENGGUNAAN TMK DALAM
PROSES PDPC SAINS

1
Nurul Amni Athirah Binti Mat Hussin , Hairiah Binti Munip 2

1 Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri
Sembilan
[email protected]


ABSTRAK


Kajian tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan TMK, tahap
kemahiran TMK dan amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan TMK dan
tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam
proses PdPc Sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan deskriptif dan inferensi

kolerasi dengan menggunakan soal selidik. Populasi keseluruhan kajian terdiri daripada 155
orang guru pelatih pengkhususan Sains yang telah menjalani latihan mengajar dari empat buah

IPG iaitu IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Pulau Pinang, IPGK Temenggong Ibrahim dan IPGK
Kent. Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian tinjauan ini adalah seramai 108 orang. Jumlah
sampel ditentukan dengan merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan

(1970). Pemilihan sampel secara rawak mudah dilaksanakan namun penyelidik terlebih dahulu
melaksanakan perkadaran mengikut strata bagi memastikan setiap strata mencukupi. Data yang

diperoleh daripada soal selidik dianalisis dengan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi
menggunakkan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 28.0. Secara
keseluruhan, hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan TMK, tahap

kemahiran TMK dan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains berada pada tahap yang tinggi dengan masing-masing M=4.80, M=4.71 dan
M=4.62. Malahan juga, dapatan kajian ini turut mendapati terdapat hubungan signifikan yang

positif antara tahap pengetahuan TMK dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru
pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains. Hubungan antara tahap
pengetahuan TMK dengan tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses

PdPc Sains adalah positif kuat dan tahap kemahiran TMK dengan tahap amalan guru pelatih
terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc Sains adalah positif sangat kuat. Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran memainkan peranan serta memberi








113

pengaruh kepada tahap amalan guru pelatih terhadap penggunaan TMK dalam proses PdPc
Sains.


Kata Kunci: Pengetahuan TMK, Kemahiran TMK, Amalan TMK, Guru Pelatih Sains




















































114

APLIKASI YOUTUBE DAN KEMAHIRAN SOSIAL MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN: KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BATU BERENDAM, MELAKA

Nurul Mardiana N. H.¹, Rozana @ Umi Kalthum S. H.², Saffery A.³

PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2018
[email protected]

ABSTRAK

Murid pendidikan khas masalah pembelajaran seringkali dilihat mempunyai

keyakinan diri yang rendah untuk bersosial dengan murid tipikal yang lain. Kajian
ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka kesan aplikasi YouTube

terhadap kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran. Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti perisian aplikasi YouTube
khususnya dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia.

Penggunaan aplikasi YouTube sangat sinonim dan sering digunakan oleh guru
pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana

dapat membantu pengajaran guru supaya lebih berkesan dan pembelajaran
murid pula menjadi lebih menyeronokkan (Anuar Ahmad, 2009). Metodologi
kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Kajian
dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Berendam, Melaka. Peserta kajian

dipilih secara bertujuan iaitu 2 orang murid bermasalah pembelajaran dari kelas
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 2 orang guru pendidikan khas di

SK Batu Berendam. Instrumen kajian iaitu temu bual bersama guru dan
pemerhatian menggunakan borang senarai semak digunakan untuk mengumpul
data. Data kemudiannya dianalisis secara manual mengikut peringkat-peringkat

tertentu. Dapatan kajian mendapati aplikasi YouTube yang dijalankan oleh guru
adalah berkesan untuk meningkatkan masalah sosial murid bermasalah

pembelajaran dari aspek interaksi sosial, komunikasi dan penglibatan dalam
aktiviti pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini diharapkan dapat membantu
guru-guru supaya dapat melibatkan penglibatan murid bermasalah pembelajaran

secara menyeluruh dengan menggunakan pelbagai kemudahan teknologi dalam
proses PdPc sekaligus dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.










115

Kata Kunci: Aplikasi YouTube, murid bermasalah pembelajaran, kemahiran
sosial
ANALISIS TREND DAN KANDUNGAN KAJIAN KAEDAH DIDIK HIBUR
DALAM JURNAL TERPILIH DARI TAHUN 2013-2022

Wan Ahmad Fikri bin Wan Rushdan¹, Azlan bin Jaafar² dan Asyraf Ridwan bin Ali, Dr.³

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]


ABSTRAK

Kertas kajian ini membahaskan berkaitan dengan pengaplikasian kaedah didik hibur dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah Systematic Literature Review

bagi analisis trend dan kandungan kajian dalam jurnal terpilih. Berdasarkan tema ‘didik hibur’,
hasil daripada penelitian mendapati bahawa sebanyak 32 makalah jurnal telah diterbitkan

berkaitan kaedah tersebut dari tahun 2013 hingga 2022. Analisis trend adalah berdasarkan jurnal
yang diterbitkan dalam tempoh 10 tahun hingga terkini yang terdapat dalam pangkalan data
Google Scholar. Hasil kajian mendapati bahawa trend terkini kajian kaedah didik hibur lebih

berfokus kepada keberkesanannya kepada murid. Manakala kandungan makalah kajian
dianalisis berdasarkan kepada tajuk kajian, kategori kajian, reka bentuk kajian, instrumentasi dan
analisis data. Hasil dapatan analisis kajian ini dapat membantu pengkaji dan pendidik untuk

meninjau trend dan kandungan kajian kaedah didik hibur yang terkini. Tuntasnya, kaedah didik
hibur amat penting dikuasai oleh para guru kerana kaedah ini diminati oleh pelajar dan mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang sangat menyeronokkan.


Kata Kunci: kaedah didik hibur, analisis trend dan kandungan























116

PENGAPLIKASIAN WORDWALL DALAM KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH
MURID BERKEPERLUAN KHAS PEMBELAJARAN

Nur Ainaa Najihah M.Z.¹, Mustafa J.², Site Hadijah H.³ (PHD)

¹Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
[email protected]


ABSTRAK


Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran

operasi tambah dalam lingkungan 20 bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran dengan
menggunakan aplikasi Wordwall. Kajian ini telah dijalankan kepada dua orang murid terdiri dari
seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berada di Program Pendidikan Khas

Intergrasi (PKKI) di salah sebuah sekolah rendah daerah Melaka Tengah, Melaka. Berdasarkan
analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian secara senarai semak didapati peserta kajian

menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 20. Sekiranya masalah
ini tidak diatasi, ini menyebabkan peserta kajian menghadapi masalah yang lebih serius untuk
aras pembelajaran yang lebih tinggi terutama kemahiran operasi tambah merupakan satu

kemahiran yang diaplikasikan dalam kehidupan harian. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah
menggunakan pengaplikasian Wordwall bagi membantu murid meningkatkan kemahiran operasi

tambah dalam lingkungan 20. Analisis data adalah secara kualitatif yang mana hasil daripada
analisis data yang dijalankan dapat menunjukkan kekuatan dan kelemahan setiap peserta kajian
secara jelas. Hasil dari dapatan kajian dengan menggunakan pengaplikasian Wordwall telah

membuktikan bahawa pengaplikasian Wordwall dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
operasi tambah. Pendekatan menggunakan teknologi seperti pengaplikasian Wordwall ini
diharapkan dapat digunakan dan diaplikasikan kepada murid-murid lain juga. Cadangan kajian

masa depan ialah mengaplikasikan pengguanaan aplikasi Wordwall untuk mengatasi masalah
menyelasaikan operasi tambah bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran, masalah
penglihatan dan masalah pendengaran serta murid di aliran perdana.


Kata Kunci: operasi tambah, aplikasi Wordwall, murid pendidikan masalah pembelajaran













117

PERSEPSI DAN KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS TERHADAP PENGGUNAAN
BAHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Balqis R. ¹, Ahmad Suhaizan P.², Mohd Khairul I.³

¹Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
[email protected]


ABSTRAK


Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif melalui kaedah kajian tinjauan ke atas 130
orang Guru Pendidikan Khas daerah Melaka Tengah untuk meninjau persepsi dan kemahiran
Guru Pendidikan Khas terhadap pengunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP) bahasa Melayu, seterusnya melihat perbezaan antara jantina dan persepsi
serta perbezaan antara lokasi sekolah dengan tahap kemahiran Guru Pendidikan Khas terhadap
penggunaan bahan multimedia dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan instrumen

soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, persepsi guru dan tahap
kemahiran Guru Pendidikan Khas terhadap penggunaan bahan multimedia. Data dianalisis
secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan persepsi Guru Pendidikan Khas di Melaka
Tengah terhadap penggunaan bahan multimedia dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap

tinggi (min=4.57). Manakala, tahap kemahiran Guru Pendidikan Khas terhadap penggunaan
bahan multimedia turut berada pada tahap tinggi (min=4.35). Hasil kajian mendapati tiada
perbezaan yang signifikan antara jantina dan persepsi (p= 0.306 > 0.05) serta antara lokasi

sekolah dan tahap kemahiran (p= 0.699 > 0.05) Guru Pendidikan Khas terhadap penggunaan
bahan multimedia dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, maklumat dalam kajian ini boleh dijadikan

rujukan kepada semua pihak yang terlibat ke arah membentuk guru yang mahir dan positif
terhadap perubahan pendidikan berteraskan teknologi seterusnya memperkasakan bidang
Pendidikan Khas di daerah Melaka Tengah.


Kata Kunci: persepsi, kemahiran, penggunaan bahan multimedia, Guru Pendidikan Khas














118

EMO✔ – ENHANCING MASTERY OF ADJECTIVES IN SENTENCE WRITING
USING EMOJIS

Jasmine binti Henry

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
[email protected]


ABSTRACT



Emo✔ is an innovation intervention aimed to help pupils enhance the usage of adjectives in
sentence writing by exploiting emojis in the teaching and learning of writing sentences. The emojis

in the lessons act as prompts for pupils to describe the nouns selected in their writing exercises.
Thus, the focus of this study is to identify the success rate of applying this innovation as a teaching

and learning method. 8 Year 4 pupils participated in this research using the Emo✔ technique in
enhancing pupils’ mastery of adjectives in sentence writing. Preliminary data from an initial survey

showed that pupils were unable to write adjectives in writing sentences. Using an action research
design, initial surveys, worksheets, interviews and reflections were the main data sources in
gaining insight into the effectiveness of this teaching strategy. Through the process of this

innovation, pupils learned what adjectives are, the types of adjectives, and expanded their
vocabulary and creativity of adjectives by using emojis. Findings indicated that Emo✔ has shown

great potential to become a teaching and learning strategy for second language learners as pupils
were able to increase their use of adjectives in writing sentences.


Keywords: Emojis, adjectives, sentence writing, english as a second language























119

PENGGUNAAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN

Amirah Nur Aisyah A.¹, Khadijah A.², Zuraidah B.³

¹Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Kecemerlangan Akademik²
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
[email protected]


ABSTRAK



Apabila diteliti dengan perkembangan dunia terkini, kaedah penggunaan sumber digital adalah
kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
terutamanya yang melibatkan murid bermasalah pembelajaran (MBP). GPKhas kurang

memberikan penekanan dalam melaksanakan strategi yang bersesuaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dinyatakan oleh Puteri Roslina dan Nur Azimah (2016), di
mana guru masih lagi menggunakan kaedah chalk and talk dan pengulangan semata-mata tanpa

menerapkan kaedah lain. Sekali gus ini memberikan impak bahawa mereka tidak mempunyai
persediaan untuk mengajar MBP di dalam kelas. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal
pasti jenis sumber digital yang digunakan, tahap kemahiran guru serta tahap penggunaan sumber

digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi MBP. Data kajian ini telah dianalisis dengan
menggunakan sistem Statistical Package for Social Science (SPSS), versi 25.0. Semua

keputusan yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual. Pengkaji telah menggunakan
dua bentuk analisis data, iaitu analisis deskriptif bagi menjawab persoalan satu, dua dan tiga
serta analisis inferensi bagi menjawab persoalan yang keempat. Hasil dapatan kajian yang telah

dilakukan mendapati bahawa penggunaan sumber digital oleh Guru Pendidikan Khas (GPKhas)
masih berada ditahap sederhana. Oleh itu, segala implikasi dan cadangan yang telah
dikemukakan telah diketengahkan agar tindakan dapat diambil oleh pihak seterusnya bagi

memastikan penggunaan sumber digital ditingkatkan dalam kalangan GPKhas.

Kata Kunci: penggunaan sumber digital, Guru Pendidikan Khas, Murid Bermasalah
Pembelajaran














120

HUBUNGAN TAHAP KOMPETENSI 6C DENGAN TAHAP AMALAN PAK21 GURU PELATIH
IPG

Siti Khalilah Binti Salleh
Hairiah Binti Munip, Ph.d

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan
[email protected]
[email protected]

ABSTRAK


Kualiti guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan masih berada
pada tahap yang membimbangkan. Terdapat guru pelatih yang masih belum mencapai tahap
kompetensi 6C yang optimum untuk bergerak seiring dengan amalan pengajaran berasaskan

PAK21. Kajian tinjauan menerusi kaedah kuantitatif dijalankan bagi mengkaji hubungan antara
tahap kompetensi 6C dan tahap amalan PAK21 guru pelatih IPG. Seramai 108 orang guru pelatih

IPG aliran Sains dari empat buah IPG secara perkadaran strata dipilih sebagai responden. Data
dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi mengunakan SPSS versi 28.0. Dapatan
kajian mendapati bahawa tahap kompetensi guru pelatih IPG aliran Sains berada pada tahap

penguasaan aras kemajuan (M=3.84; SP=.57) manakala tahap amalan PAK21 guru pelatih IPG
aliran Sains berada pada tahap yang tinggi (M=4.34; SP=.43). Ujian Pekali Korelasi Pearson ‘r’
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi 6C dengan tahap

amalan PAK21 guru pelatih IPG aliran Sains dengan kekuatan hubungannya berada pada
kekuatan positif sederhana (r=.628; p=.000). Kajian ini dapat memberikan maklumat tentang
tahap kompetensi 6C setelah pelaksanaan program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna

(KPPB) dan amalan PAK21 oleh pihak KPM dan IPG dilaksanakan di IPG kampus. Cadangan
dan implikasi terhadap pihak IPGM menyarankan supaya lebih banyak program dijalankan bagi

memperkasakan kompetensi 6C guru pelatih serta pembudayaan amalan PAK21.

Kata Kunci: kompetensi 6C, amalan PAK21, guru pelatih Sains, program KPPB















121

KEFAHAMAN, PENGAPLIKASIAN DAN FAKTOR PENGUASAAN TAJWID HUKUM MAD
DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPGKDRI

3
1
Najihah Musa , Asma Hannan Azeman , Aisyah Balqis Mohd Nizam ,
2
4
5
Nur Zakiah Md Saleh dan Mohammad Rusdi Ab Majid

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]

ABSTRAK



Ilmu Tajwid adalah dituntut untuk dipelajari oleh setiap Muslim bagi memastikan kualiti
pembacaan Al-Qur’an yang mengikut aturannya. Namun demikian, ilmu Tajwid ini kurang diberi
penekanan sehingga membawa kepada penguasaan tilawah Al-Qur’an secara bertajwid yang

sederhana. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau kefahaman, pengaplikasian lima jenis hukum
Mad serta faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan hukum Mad dalam kalangan guru
pelatih tahun akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian kuantitatif ini melibatkan 127 sampel berdasarkan pemilihan
kaedah persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh melalui soal selidik Google Form telah
dianalisis secara deskriptif serta inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social

Science (SPSS) versi 22. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kefahaman hukum Mad
(Min=4.33, Sisihan Piawai=0.63) manakala tahap pengaplikasian (Min=4.14, Sisihan

Piawai=0.86) berada pada tahap tinggi dan begitu juga faktor-faktor yang mempengaruhi
penguasaan hukum Mad (Min=4.52, Sisihan Piawai=0.36). Kajian ini juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara kefahaman dan pengaplikasian hukum Mad. Konklusinya, guru

pelatih dapat menguasai jenis hukum Mad yang dikemukakan dengan baik namun perlu
meningkatkan penguasaan bagi beberapa aspek dalam hukum Mad seperti hukum Mad ‘Iwad.
Dalam pada itu, setiap pihak berperanan penting dalam memastikan pembacaan Al-Qur’an yang

berkualiti agar generasi celik Al-Qur’an dapat dilahirkan.

Kata Kunci: Kefahaman, Pengaplikasian, Hukum Mad, Faktor-faktor penguasaan hukum Mad















122

SQUID COSMIC EXPEDITION IN SPACE (SCES)

Chee, W. S , Ho, J. H , Muhammad Zulhilmi, Z. dan Hairiah, M. 4
2
1
3

1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]


ABSTRAK

Inovasi digital merupakan trenda baharu di alam pendidikan dan amat membantu para pendidik

dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan. Dengan ini,
suatu inovasi digital yang bertajuk Squid Cosmic Expedition in Space (SCES) telah dihasilkan

dan diterbitkan di pasaran untuk digunakan oleh para pengguna. Seterusnya, suatu kajian
kuantitatif telah dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan inovasi
digital ini dalam memahami isi pelajaran bagi Topik 9 Fasa Bulan dan Buruj dalam mata pelajaran

Sains Tahun 5. Responden seramai 30 orang guru pelatih beropsyen Sains yang melanjutkan
pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) yang dipilih secara

pensampelan rawak mudah. Data dianalisis secara statistik deskriptif berbantukan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa inovasi
digital SCES ini dapat memenuhi 6 aspek inovasi digital terpilih dengan nilai min yang tinggi, iaitu

Teknikal (4.40), Antaramuka Pengguna (4.44), Multimedia (4.48), Interaktiviti (4.53), Isi
Kandungan (4.55) dan Penyampaian Kandungan (4.35).

Kata Kunci: Squid Cosmic Expedition in Space, Fasa Bulan dan Buruj, Inovasi Digital, Sains
Tahun 5





















123

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA MURID BERKEPERLUAN KHAS
PENDENGARAN TAHUN DUA DENGAN MENGGUNAKAN INOVASI KIBI

AHMAD HUSAINI BIN MOHD TAIJUDDIN

PISMP Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
[email protected]


ABSTRAK


Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan Inovasi Kamus Interaktif Bahasa
Isyarat (KIBI) dalam meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV Murid Berkeperluan

Khas Pendengaran (MBKP) Tahun Dua. Tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian tidak
dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata yang paling mudah iaitu suku kata KVKV kerana
kekeliruan terhadap gabungan huruf yang membentuk suku kata. Kemahiran mengeja adalah

asas kepada proses membaca mahupun menulis dalam bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan
bertujuan meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV MBKP Tahun Dua menggunakan
Inovasi KIBI bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) yang dipilih melalui keputusan ujian pra dan
pasca, ujian pencapaian dan temu bual. Pengkaji menggunakan Inovasi KIBI dalam empat sesi

intervensi untuk membantu meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV dengan
membatangkan suku kata berwarna yang berbeza berdasarkan visual yang dipaparkan secara
interaktif. Data sokongan turut dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca serta temu bual. Hasil

analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan kemahiran mengeja peserta kajian dari
aspek membatang dan mengeja suku kata dari sesi 1, sesi 2, sesi 3, sesi 4 dan ujian pencapaian

akhir. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Inovasi KIBI dapat meningkatkan
kemahiran mengeja suku kata KVKV peserta kajian. Kajian ini penting bagi membantu guru
memvariasikan kaedah pengajaran secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran mengeja

Murid Berkeperluan Khas Pendengaran.

Kata Kunci: Inovasi KIBI, mengeja, suku kata, Murid Berkeperluan Khas Pendengaran














124

MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR BAGI MURID MASALAH PEMBELAJARAN
DENGAN MENGGUNAKAN PERMAINAN LADYBIRD COUNTING FUN

Ivy Wong Sheue Wei & Dr Ramesh Rao A/L Ramanaidu

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
[email protected]


ABSTRAK


Kemahiran asas pengiraan merupakan kemahiran penting dalam hasrat kerajaan
melestarikan perkembangan pendidikan melalui kaedah 4M iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Berdasarkan pemerhatian awal dan tinjauan masalah, pengkaji

telah mendapati murid Tahun 2 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengalami masalah penguasaan nombor dalam
kemahiran membilang dan menyusun nombor. Oleh demikian, satu kaedah dicuba dan

diaplikasikan dalam kajian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kajian ini
dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah permainan Ladybird Counting Fun dalam
usaha meningkatkan kemahiran membilang dan menyusun nombor 0 hingga 20 bagi

murid masalah pembelajaran. Pengumpulan data diperolehi melalui instrumen ujian,
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual guru. Pada peringkat awal kajian, sampel

diberikan kepada 4 orang murid dan dikenal pasti seramai 2 orang murid menghadapi
masalah dalam membilang dan menyusun nombor. Dua orang murid ini diambil sebagai
peserta kajian dan memerlukan langkah intervensi. Dapatan data dianalisis melalui ujian

pra, ujian pasca, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual telah membuktikan
bahawa kemajuan peserta kajian dalam kemahiran yang diuji selepas menjalankan

intervensi melalui permainan Ladybird Counting Fun. Hasil kajian mendapati dua orang
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan skor dalam lingkungan 70%-100% selepas
ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen dijalankan. Natijahnya, kaedah

permainan Ladybird Counting Fun dapat meningkat penguasaan murid pembelajaran
dalam kemahiran membilang dan menyusun nombor mengikut tertib menaik dalam
lingkungan 20. Berdasarkan dapatan kajian ini, kaedah permainan Ladybird Counting Fun

sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kelak.

Kata Kunci: Ladybird Counting Fun, murid masalah pembelajaran, kaedah permainan,
kemahiran membilang dan menyusun nombor








125

KIT POKET KOSA KATA: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MENULIS
DALAM KALANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI

Lai Jia Shiuen dan Alijah binti Ujang (PhD)

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dalam kalangan murid

ketidakupayaan pelbagai melalui intervensi kit Poket Kosa Kata yang berasaskan kaedah
multisensori. Peserta kajian merupakan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah
sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan murid lembam dengan ciri-ciri Disleksia

yang dikategorikan di bawah ketidakupayaan pelbagai. Tinjauan awal telah dijalankan melalui
pemerhatian, ujian diagnostik, analisis dokumen dan temu bual. Berdasarkan dapatan tinjauan,

didapati bahawa peserta kajian menghadapi masalah menyebut dan menulis huruf kecil. Bagi
mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji memperkenalkan kit Poket Kosa Kata. Dapatan
kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil daripada pemerhatian dan ujian menyebut,

peningkatan sebanyak 83.33% dan 50.03% ditunjukkan dalam kemahiran menyebut.
Sementara itu, peningkatan yang ketara juga dapat dilihat dalam kebolehan peserta kajian

menulis huruf melalui analisis dokumen dan peningkatan peratus ujian menulis sebanyak
66.70%. Melalui temu bual yang telah dijalankan, peserta kajian juga menunjukkan minat untuk
belajar melalui kit Poket Kosa Kata ini. Kit Poket Kosa Kata telah pun meningkatkan kemahiran

menyebut dan menulis dalam kalangan murid ketidakupayaan pelbagai. Namun,
penambahbaikan boleh dibuat dari aspek warna alat bantu huruf, warna latar belakang aplikasi
dan penerapan elemen video. Pendek kata, pendekatan intervensi kit Poket Kosa Kata sesuai

dipraktikkan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas PPKI agar memanfaatkan lebih ramai
murid ketidakupayaan pelbagai pada masa akan datang untuk mempelajari kemahiran menyebut
dan menulis huruf.


Kata Kunci: Kit Poket Kosa Kata, kaedah multisensori, kemahiran menyebut dan menulis,
murid ketidakupayaan pelbagai












126

KAJIAN KEBERKESANAN PADLET SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN UTAMA UNTUK
e-PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN SATU BAGI MATA PELAJARAN BAHASA JEPUN

Loghapriya A/P Sivasamy

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.
[email protected]


ABSTRAK


Antara pelbagai alat pembelajaran dalam talian, Padlet merupakan satu aplikasi yang
memudahkan guru untuk mewujudkan ruang interaksi dengan murid-murid, di mana murid-murid

boleh mengakses bahan pembelajaran mereka secara dalam talian pada mana-mana tempat dan
masa. Kajian ini berfokus kepada penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran utama untuk e-
pembelajaran murid tingkatan satu bagi mata pelajaran Bahasa Jepun di dua buah sekolah di

negeri Kedah dan Selangor serta kekangan e-pembelajaran dan cadangan untuk mengatasi
kekangan tersebut. Instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik telah

digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Hasil dapatan kajian daripada keputusan soal selidik
yang dilaksanakan terhadap 21 orang responden, didapati bahawa 85.7% pelajar telah tertarik
dengan penggunaan Padlet sebagai alat pembelajaran utama dalam e-pembelajaran. Antara

kekangan yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah internet serta ketidakpunyaan gadget
sendiri di rumah. Justeru itu, pihak sekolah haruslah berusaha dengan pihak kerajaan dan bukan
kerajaan untuk memastikan pelajar mempunyai akses kepada kemudahan internet dan gadget.

Hal ini penting bagi memastikan pengintegrasian teknologi dalam bidang pendidikan di mana ia
menjadi tonggak pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

Kata Kunci: e-pembelajaran, Padlet, pengintegrasian teknologi, PAK21





















127

PENGUASAAN AMALAN PENGAJARAN DAN HUBUNGANNYA TERHADAP MOTIVASI
GURU PENDIDIKAN ISLAM
DAERAH KUALA NERUS

Nur Sofea Hanim binti Ahmad Ruzaizi
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Penguasaan amalan pengajaran merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti
pendidikan masa kini. Sistem pendidikan kini yang mencabar sangat memberi penekanan

terhadap faktor motivasi dalam meningkatkan kualiti guru dalam proses menjayakan sebuah
pengajaran dan pembelajaran. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan

amalan pengajaran guru pendidikan Islam dari aspek kaedah pengajaran, kemahiran
penggunaan bahan bantu mengajar dan amalan penyoalan serta hubungannya terhadap
motivasi guru pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan yang

berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpul data
dari sampel kajian secara rawak mudah. Skop dan batasan kajian tertumpu kepada guru

pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus dengan bilangan sampel seramai 150 orang guru
daripada populasi seramai 233 orang guru. Metodologi kajian turut melibatkan proses
pembinaan instrumen, pemurnian, kesahan pakar dan kebolehpercayaan. Data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan
kajian menunjukkan tahap penguasaan amalan penyoalan berada pada tahap yang paling
tinggi berbanding tahap penguasaan kaedah pengajaran dan penguasaan kemahiran

penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap motivasi guru pendidikan Islam pula
berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian mendapati terdapat hubungan signifkan antara
ketiga-tiga aspek dalam amalan pengajaran dengan tahap motivasi guru pendidikan Islam

daerah Kuala Nerus. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input yang penting mengenai
penguasaan amalan pengajaran guru dari aspek kaedah pengajaran, kemahiran penggunaan

bahan bantu mengajar, kemahiran penyoalan dan hubungannya terhadap motivasi guru untuk
meningkatkan kualiti guru seiring dengan keperluan sistem pendidikan.















128


Click to View FlipBook Version