The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2021-10-04 01:47:53

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK

Cover depan



JURNAL PENYELIDIKAN


ILMU PENDIDIKAN

IPGM









JILID 5/2020

JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN IPGM
JILID 5/2020
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia




Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8312 6666
Faks : 03-8312 6655
Website : http://ipgm.moe.edu.my/




ISSN 2550-2026









© Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2020



Semua hak cipta terpelihara. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang
bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit.



Disember 2020

SIDANG EDITORIAL
JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN IPGM
JILID 5/2020

PENAUNG
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT
Dr. Mohd. Nasrudin bin Basar
Timbalan Rektor
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Dr. Norsita binti Ali
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia

KETUA EDITOR
Dr. Norhannan binti Ramli (Institut Pendidikan Guru Malaysia)

EDITOR
Dr. Norsita binti Ali (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Dr. Norasiah binti Hj Abdullah (IPG Kampus Pendidikan Islam)
Dr. Ajurun Begum binti Ahamed (IPG Kampus Pendidikan Teknik)

SUSUN ATUR DAN REKA BENTUK
En. Muntasir bin Muaz (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
En. Abdul Jasheer Jayaseelan bin Abdullah (IPG Kampus Pulau Pinang)


PANEL PEWASIT DALAM DAN LUAR

Dr. Nazariyah binti Sani IPG Kampus Pendidikan Islam
Dr. Nirwana Mohd Rashid IPG Kampus Raja Melewar
Dr. Abdullah bin Deraman IPG Kampus Kota Bharu
Dr. Mashira binti Yahya IPG Kampus Darulaman
Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri Institut Pendidikan Guru Malaysia
Dr. Siti Nafsiah binti Ismail Institut Pendidikan Guru Malaysia
Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani Universiti Malaysia Kelantan
Prof. Madya Dr. Rosseni Din Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Madya Dr. Ab Halim bin Mohamad Universiti Putra Malaysia
Prof. Madya Dr. Amir Hasan Bin Dawi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr. Sahlan Surat Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Nurul Asiah Fasehah binti Muhamad Universiti Sains Islam Malaysia
Dr. Che Aleha binti Ladin Universiti Malaya
Dr. Yusni binti Mohamad Yusop Universiti Putra Malaysia



ISI KANDUNGAN



BIL. TAJUK MUKA
SURAT

1 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 1
DALAM KALANGAN SISWA GURU IPG KAMPUS ILMU KHAS
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD; Lee Leh Hong

2 KOMITMEN, KESEDIAAN DAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 15
21 (PAK21) PELAJAR GURU SEMASA PRAKTIKUM
Helen Khoo Chooi Sim, PhD; Ahmad Zohri bin Hj. Ishak, PhD

3 TEACHING IN A DIGITAL AGE: HOW DOES NOVICE TEACHER 36
INTEGRATE TECHNOLOGY TO IMPROVE STUDENT LEARNING
Jauriah Md Azali; Nor Azurawati Ahmad Zuhdi

4 KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ONLINE SEWAKTU 49
PANDEMIK COVID19 DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
Khoo Bee Lee, PhD

5 MODEL PENGLIBATAN SISWA GURU DALAM PROGRAM 59
KESUKARELAWAN DI IPG ZON TIMUR
Mohammad Rusdi bin Ab Majid, PhD; Nurhijrah binti Zakaria, PhD; Wan
Azlan bin Wan Ismail, PhD; Badrul Muin bin Muhammad Agam, PhD;
Ahmad Shidki bin Mat Yusoff, PhD; Azman bin Omar, PhD; Ahmad
Sabry bin Othman, PhD; Hj. Mohd. Shukeri bin Hamzah, PhD; Mohd
Azhar bin Ab. Rahman, PhD; Mohd Sahardi bin Ismail, PhD

6 KAJIAN CASE BASE LEARNING (CBL) SIKAP DAN MASALAH GURU 70
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
Norashikin binti Jasmon

7 PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE LEARNING): 84
ADAKAH PELAJAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BERSEDIA?
Norasiah Abdullah, PhD; Nor Azilah husin, PhD

8 PELAKSANAAN M-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU 107
SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWAL
PERGERAKAN
Seow Sieu Kian; Wong Mai Sze; Chua Lay Nee, PhD

9 PENGALAMAN PEMBIMBING INSTRUKSIONAL DAN GURU DALAM 119
PROSES BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH
Tan Ai Lee, PhD; Zulkufli bin Mahayudin; Ooi Soo Yuan, PhD; Ong Yoke
Mooi, PhD; Ng Lai Teng

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 1




KEMAHIRAN MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DALAM
KALANGAN SISWA GURU IPG KAMPUS ILMU KHAS


1 Syed Ismail Syed Mustapa, PhD ([email protected])
1 Lee Leh Hong, PhD ([email protected])

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas



Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kemahiran melaksanakan penyelidikan pendidikan
dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri
daripada 137 orang siswa guru yang sedang mengikuti pengajian dalam Pengkhususan
Pendidikan Khas, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kemahiran melaksanakan
penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap
tinggi dengan catatan min 4.06 (sp=.49). Analisis dalam lima (5) aspek penyelidikan
pendidikan menunjukkan bahawa tiga (3) aspek mencatatkan min pada tahap tinggi iaitu
proses penyelidikan pendidikan (min 4.11; sp=.54), tinjauan literatur (min 4.18; sp=.59)
dan metodologi penyelidikan (min 4.05; sp=.56). Dua (2) aspek lagi iaitu tatacara
penganalisisan data (min 3.79; sp=.66) dan penulisan laporan penyelidikan (min 3.98;
sp=.58) berada pada tahap sederhana tinggi. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan
bahawa siswa guru tidak menghadapi masalah ketika membuat pembentangan
penyelidikan (min 4.02; sp=.82) dan boleh menggunakan soalan-soalan yang
dikemukakan selepas pembentangan untuk membuat penambahbaikan dalam penulisan
laporan (min 4.23; sp=.62). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa menurut perspektif
siswa guru penyelia dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan (min
4.59; sp=.55) dan dapat memberikan nasihat yang tepat sesuai dengan isu yang dihadapi
(min 4.58; sp=.60). Seterusnya kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang
dihadapi oleh siswa guru adalah dalam aspek kekangan masa dan bantuan yang sangat
diharapkan adalah bimbingan dari penyelia. Setiap penyelia dicadangkan hanya
menyelia seorang siswa guru dan memberikan bimbingan sepenuhnya dalam aspek
proses melaksanakan penyelidikan pendidikan, khususnya dalam mendapatkan bahan
rujukan yang sesuai dengan kajian yang dilaksanakan.

Kata Kunci: penyelidikan pendidikan, penyelia, metodologi, kuantitatif

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 2




Abstract

This study was conducted to investigate the skills of conducting educational research
among students of IPG Ilmu Khas Campus, Kuala Lumpur. The sample of this study
consisted of 137 students who are currently majoring in Special Education, Visual Arts
Education, Physical Education, Music Education and Teaching English as a Second
Language. This quantitative study uses questionnaire as the main reference. The findings
show that the skills of conducting research among the students of the IPG Ilmu Khas
Campus are at a high level with a mean of 4.06 (sp = .49). Analyses in five (5) aspects of
educational research showed that three (3) aspects recorded high levels they are:
education research process (mean 4.11; sp = .54), literature review (mean 4.18; sp = .59)
and research methodology (min 4.05; sp = .56). The other two (2) aspects, data analysis
procedure (min 3.79; sp = .66) and the research report writing (min 3.98; sp = .58) were
at a moderate level. Subsequent findings indicate that students do not encounter
problems when presenting the research (mean 4.02; sp = .82) and inputs and questions
posted during the presentation are used to make improvements in the writing of the report
(mean 4.23; sp = .62). The findings also show that in the students' perspective their
supervisor provide feedback for improvement purposes (min 4.59; sp = .55) and provide
appropriate advice on the issues encountered (min 4.58; sp = .60). In addition, research
shows that the main problem faced by the students is the time constraints and the
guidance of the supervisor. It is suggested that supervisor is expected to supervise only
one student at a time and provide full guidance in the process of conducting educational
research, particularly in obtaining reference material appropriate to the study conducted.

Keywords: educational research, supervisor, methodology, quantitative




PENDAHULUAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan
Guru telah diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan
guru siswazah sekolah rendah dan menengah yang terlatih. Selain Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM juga
mengendalikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP),
Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) dan Program Diploma Perguruan
Malaysia (PDPM). IPG melaksanakan latihan perguruan melalui mod sepenuh masa dan
mod sambilan (IPGM, 2018).

Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 3




ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang
terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka
sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru (IPGM, 2017).

Program pengajian PISMP melibatkan pelbagai kursus dan bidang yang
ditawarkan dan sesuai mengikut minat masing-masing. Secara umumnya, setiap siswa
guru yang mengikuti pengajian di IPG akan mengikuti Kursus IPG (16 kredit); Kursus
Asas Pendidikan (24 kredit); Kursus Teras (48 kredit); Kursus Amalan Profesional (16
kredit); Kursus Elektif Teras (20 kredit); dan Kursus Elektif Terbuka (9 kredit).
Berdasarkan kepada bidang penawaran kursus-kursus berkenaan, jelaslah bahawa
fokus IPG adalah terhadap pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang merangkumi
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, amalan profesional, kokurikulum dan
membudayakan amalan penyelidikan. Justeru, wajarlah kursus penyelidikan dijadikan
sebagai salah satu kursus yang wajib diambil oleh semua siswa guru yang mengikuti
pengajian di IPG.

Kursus Penyelidikan ditawarkan dalam Bidang Teras Gunasama dan diambil oleh
siswa guru ketika mereka berada di Semester 2, Tahun 3 atau juga biasanya dikenali
sebagai siswa guru Semester 6. Pada ketika ini mereka akan mengikuti Kursus Asas
Penyelidikan Dalam Pendidikan (3 kredit). Kemudian siswa guru sekali lagi akan
mengikuti Kursus Penyelidikan Dalam Pendidikan (Kertas Projek: 3 kredit) ketika berada
di Semester 2, Tahun 4 atau juga biasanya dikenali sebagai siswa guru Semester 8 iaitu
semester terakhir pengajian di IPG.

Kursus Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan yang diambil ketika berada di
semester 6 ini memberikan pengetahuan kepada siswa guru tentang asas penyelidikan
dalam pendidikan. Dalam kursus ini, siswa guru dapat menganalisis isu-isu dalam
pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses
penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, siswa guru dapat
mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas
cadangan penyelidikan dalam pendidikan. Pengetahuan tersebut kemudiannya
diaplikasikan pula semasa mereka mengikuti Kursus Penyelidikan dalam Pendidikan
(projek penyelidikan) ketika berada di Semester 8. Melalui kursus ini, siswa guru diberi
peluang melalui bimbingan pensyarah penyelia untuk melaksanakan penyelidikan
dengan mengaplikasikan kemahiran penyelidikan yang melibatkan pelaksanaan
penyelidikan, penulisan laporan, pembentangan kertas penyelidikan dan menghasilkan
artikel penyelidikan dalam pendidikan (IPGM, 2016).

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 4




Kursus Penyelidikan Pendidikan perlu diambil oleh siswa guru yang mengikuti
pengajian di IPG kerana penyelidikan merupakan satu prosedur yang sistematik, saintifik,
kritikal dan dinamik yang boleh digunakan oleh manusia untuk mencari makna, jawapan
dan kebenaran terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam dunia. Selain itu
penyelidikan juga merupakan satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan
dan penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu topik, masalah
atau isu (Ruhizan & Maizam, 2010). Penyelidikan dijalankan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat dan fakta agar dapat membuat generalisasi kepada sesuatu isu
atau fenomena (Rosinah, 2011).

Ciri-ciri umum penyelidikan merangkumi metodologi yang sistematik dan
berdisiplin, komitmen terhadap penerbitan hasil daripada penemuan dan ulasan pakar
yang setanding. Unsur penerbitan penyelidikan juga berbeza mengikut disiplin dan boleh
meliputi penerbitan hasil di dalam jurnal atau monograf atau buku ke persembahan
komposisi kreatif.


PENYATAAN MASALAH

Penyelidikan merupakan satu daripada proses mendapatkan ilmu dan pengetahuan. llmu
dan pengetahuan yang diperoleh daripada penyelidik dinamakan sebagai pengetahuan
penyelidikan saintifik atau penyelidikan. Terdapat pelbagai sebab-sebab guru
menjauhkan diri daripada penyelidikan antaranya adalah kurang persediaan untuk
membaca dan mentafsir dapatan penyelidikan, mempunyai miskonsepsi bahawa tujuan
penyelidikan adalah untuk mencari kelemahan guru, guru berpendapat bahawa dapatan
penyelidikan adalah tidak relevan dengan dunia pengajaran sebenar, dan guru
merasakan aktiviti penyelidikan tiada kaitan dengan aktiviti pengajaran (Bhasah &
Yuslina, 2013).

Penyelidikan merupakan satu aktiviti yang penting bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran para siswa guru yang bakal bergraduat. Kursus
Penyelidikan dalam Pendidikan yang ditawarkan di IPG memberi lebih ruang dan peluang
kepada siswa guru untuk memilih kaedah penyelidikan yang sesuai untuk dijalankan di
dalam bilik darjah. Kursus ini juga menyediakan graduan IPG yang lebih kompeten dalam
penyelidikan khususnya untuk ke peringkat pasca siswazah. Seterusnya, dapat
mengurangkan isu ketidakpatuhan etika penyelidikan dalam kalangan siswa guru
semasa menjalankan penyelidikan.

Moore (1990) dan Seago (1992) menyarankan bahawa penekanan terhadap
penyelidikan sangat penting dan perlu diberikan kepada semua pelajar di peringkat ijazah
sarjana muda. Kajian mereka juga mendapati sekiranya pelajar siswazah dasar tidak

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 5




menguasai kemahiran asas penyelidikan maka mereka akan menghadapi masalah
dalam kemahiran menjalankan penyelidikan, menyelesaikan masalah, pengumpulan
data empirikal atau pemerhatian, analisis data serta berkongsi penemuan kajian mereka
dengan pihak yang berkepentingan. Kemahiran menjalankan penyelidikan dapat
menggalakkan siswa guru mencari maklumat dan ilmu baharu sendiri (Subahan Mohd
Meerah & Nurazidawati, 2010). Seterusnya aktiviti ini dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran yang penting sebagai asas kepada pembelajaran sepanjang hayat seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan.


TINJAUAN LITERATUR

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat
antara tahap kefahaman siswa guru dalam menjalankan kajian Penyelidikan Tindakan di
IPG dengan kesediaan mereka untuk menjalankan sendiri Penyelidikan Tindakan di
sekolah. Hubungan menunjukkan apabila siswa guru telah faham tentang pelaksanaan
penyelidikan tindakan, maka mereka lebih bersedia untuk menjalankan penyelidikan
tindakan di sekolah (Hilezan, Manisah & Wan Noor Adzmin, 2017).

Seterusnya didapati juga bahawa kajian yang mengaplikasikan penyelidikan
tindakan dapat membantu penyelidik menambah baik atau memahami amalan kendiri.
Secara langsung ini amat membantu penyelidik selaku guru dalam memahami amalan
pembelajaran murid dengan mendalam, meningkatkan pembelajaran murid serta
merapatkan hubungan dalam kalangan guru dan ibu bapa yang terbabit (Chin, 2015).

Menurut Ananda Kumar Palaniappan (2009), kemahiran asas penyelidikan
merupakan satu keperluan utama dalam perkembangan ilmu seseorang guru dan
merupakan satu proses dalam menangani masalah dan cabaran yang sering timbul
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlu
memperoleh kemahiran dan menjalankan penyelidikan bukan sahaja untuk mendapatkan
segulung ijazah tetapi perlu menghayati dan mempraktikan teori yang telah dipelajari
dalam kehidupan dan profesion mereka sebagai guru kelak.

Dalam konteks kemahiran asas penyelidikan, teori dan metodologi adalah dua
aspek yang saling berkaitan. Teori menghuraikan bagaimana sesuatu fenomena itu
terjadi, metodologi pula adalah jalan untuk menerokai fenomena yang berlaku. Walau
bagaimanapun, ia mestilah dipandu oleh kewajaran teori dan metodologi yang relevan
agar sesuatu fenomena itu boleh dihuraikan dengan lebih objektif (Mohd Awang, Mohd
Sobhi, Azanin dan Aszunarni, 2019). Namun, selain daripada teori dan metodologi yang
relevan, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah,
pengumpulan data empirikal atau secara pemerhatian dan seterusnya dapat

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 6




merumuskan dapatan kajian dan dikongsikan kepada pihak yang berkepentingan
(Subahan Mohd Meera dan Nurazidawati, 2010).


OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran pelaksanaan
penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur yang
meliputi lima (7) aspek iaitu proses penyelidikan, tinjauan literatur, metodologi
penyelidikan, penganalisisan data, penulisan laporan penyelidikan, pembentangan
laporan penyelidikan dan maklum balas penyelia. Objektif khusus adalah untuk;

1. meninjau kemahiran melaksanakan penyelidikan pendidikan meliputi aspek
proses penyelidikan, tinjauan literatur, metadologi penyelidikan,
penganalisisan data, dan penulisan laporan penyelidikan dalam kalangan
siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

2. meninjau perspektif terhadap proses pembentangan laporan penyelidikan
dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

3. meninjau perspektif terhadap maklum balas penyelia penyelidikan dalam
kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

4. mengenalpasti masalah utama dan bantuan yang diperlukan oleh siswa
guru IPG Kampus Ilmu Khas dalam melaksanakan penyelidikan
pendidikan.


PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kemahiran melaksanakan proses penyelidikan, tinjauan
literatur, metadologi penyelidikan, penganalisisan data, dan penulisan
laporan penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

2. Apakah perspektif terhadap proses pembentangan laporan penyelidikan
dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

3. Apakah perspektif terhadap maklum balas penyelia penyelidikan dalam
kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

4. Apakah masalah utama dan bantuan yang diperlukan oleh siswa guru IPG
Kampus Ilmu Khas dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan?

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 7




METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai cara mengumpul data utama
melalui kaedah kajian tinjauan. Satu set instrumen kajian telah diedarkan kepada siswa
guru semester 8 di IPG Kampus Ilmu Khas yang sedang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Jun 2016 dan telah mengambil kursus
Penyelidikan Asas Pendidikan semasa di semester 6 dan kursus Penyelidikan
Pendidikan di semester 8. Instrumen tersebut meliputi sembilan aspek seperti yang
berikut:

Bahagian A : Demografi Responden
Bahagian B : Proses Penyelidikan Dalam Pendidikan
Bahagian C : Tinjauan Literatur
Bahagian D : Metodologi Penyelidikan
Bahagian E : Tatacara Penganalisisan Data
Bahagian F : Penulisan Laporan Penyelidikan
Bahagian G : Pembentangan Laporan Penyeldikan
Bahagian H : Maklumbalas Penyelia
Bahagian I : Soalan Respon Terbuka

Setiap item dijawab berdasarkan Skala Likert dengan 1. Sangat rendah; 2.
Rendah; 3. Sederhana; 4. Tinggi; dan 5. Sangat tinggi. Soalan respon terbuka
berkenaan bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama dan bantuan segera yang
diperlukan oleh siswa guru berkenaan.

Sebelum menjalankan kajian, instrumen yang dibina telah diuji kesahan dan
kebolehpercayaan setiap item yang diuji. Bagi tujuan kesahan, pengkaji telah
menjalankan kesahan kandungan dengan merujuk instrumen tersebut kepada 2 orang
pakar iaitu seorang Penolong Ketua Jabatan dan seorang Ketua Unit yang juga terlibat
dalam pengajaran kursus Penyelidikan Pendidikan di IPG Kampus Ilmu Khas. Teguran
dan pandangan daripada 2 orang pakar ini telah diambil kira dalam pemurnian dari segi
penggunaan bahasa, kejelasan maksud dan isi kandungan setiap item yang dibina.

Instrumen yang telah diuji kesahannya itu diuji pula kepada 10 orang siswa guru
yang tidak terlibat dalam kajian ini untuk menguji kebolehpercayaan item yang dibina.
Setelah diuji, pengkaji mendapati bahawa reabiliti instrumen adalah 0.974 yang
melibatkan 52 item. Oleh yang demikian, item yang dibina boleh digunakan untuk tujuan
kajian dan dapat mengukur setiap konstruk yang terdapat dalam kajian ini.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 8




DAPATAN KAJIAN

Data-data yang diperoleh dianalisis dengan berpandukan program `Statistical Package
for the Social Science (SPSS) Version 22.0. Pengkaji melaksanakan pentaksiran skor
min berasaskan pentaksiran oleh Nunnally & Bernstein (1994), dengan
mengintepretasikan min kemahiran kepimpinan dalam kajian ini seperti yang berikut:

Jadual 1: Jadual Penentuan Min
Bil Nilai Min Aras
1 4.01 hingga 5.00 Tinggi
2 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
3 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
4 1.00 hingga 2.00 Rendah
Sumber: Nunnally, J. C. & Bernstein 1994

Populasi dalam kajian ini adalah warga yang bertugas di IPG Kampus Ilmu Khas.
Bagi mendapatkan sampel daripada populasi kajian, maka pengkaji telah melakukan
persampelan rawak mudah. Seramai 137 orang telah menjawab instrumen yang
diedarkan. Taburan sampel ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan keseluruhan sampel
Bil Pengkhususan Pengajian Bil % Bil Sampel
1 Pendidikan Khas 44 32.1
2 Bahasa Inggeris 27 19.7 Lelaki = 46 (33.6%)
3 Pendidikan Muzik 26 19.0
4 Pendidikan Jasmani & 25 18.2 Perempuan = 91
Kesihatan (66.4%)
5 Pendidikan Seni Visual 15 10.9
Jumlah Keseluruhan 137

Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya terdapat 137 orang yang terdiri
daripada siswa guru yang mengikuti pengajian dalam lima (5) bidang pengkhususan.
Daripada jumlah tersebut, 46 orang (33.6%) adalah lelaki manakala 91 (66.4%) adalah
perempuan. Analisis data seterusnya menunjukkan bahawa 44 orang (32.1%) adalah
yang mengikuti Pengkhusuan Pendidikan Khas, 27 orang (19.7%) adalah Pengkhususan
Bahasa Inggeris, 26 orang (19.0%) Pengkhususan Pendidikan Muzik, 25 orang (18.2%)
Pengkhususan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan bakinya 15 orang (10.9%) adalah
yang mengikuti Pengkhususan Pendidikan Seni Visual.

Untuk menjawab persoalan pertama kajian iaitu apakah tahap kemahiran
melaksanakan proses penyelidikan, tinjauan literatur, metadologi penyelidikan,

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 9




penganalisisan data, dan penulisan laporan penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG
Kampus Ilmu Khas, dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 3.


Jadual 3: Tahap Kemahiran Melaksanakan Penyelidikan Pendidikan

Proses Metodo- Tatacara Penulisan
Pengkhu- Penyelidi- Tinjauan logi Penganalisi Laporan Keseluru-
Bil susan kan Literatur Penyelidi- san Data Penyelidi- han
Pengajian Pendidikan kan kan
min sp min sp min sp min sp min sp min sp
Pendidikan
1 4.09 .55 4.15 .59 4.03 .62 3.81 .60 3.97 .60 4.08 .50
Khas
2 B.Inggeris 4.02 .57 4.19 .57 3.96 .47 3.78 .66 3.95 .54 3.99 .47
3 Pend.Muzik 4.24 .55 4.27 .60 4.15 .55 3.92 .71 4.07 .61 4.14 .50
Pend. Jas. &
4 4.10 .44 4.21 .54 4.11 .46 3.72 .66 3.99 .46 4.08 .42
Kesihatan
Pend.Seni
5 4.11 .60 4.04 .69 3.98 .62 3.66 .79 3.88 .79 4.02 .59
Visual
Keseluruhan 4.11 .54 4.18 .59 4.05 .56 3.79 .66 3.98 .58 4.06 .49


Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap kemahiran melaksanakan penyelidikan dalam kalangan siswa
guru IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap tinggi dengan cacatan min 4.06 (sp=.49).
Analisis dalam lima (5) aspek penyelidikan pendidikan menunjukkan bahawa tiga (3)
aspek mencatatkan min pada tahap tinggi iaitu proses penyelidikan pendidikan (min 4.11;
sp=.54), tinjauan literatur (min 4.18; sp=.59) dan metodologi penyelidikan (min 4.05;
sp=.56). Dua (2) aspek lagi iaitu tatacara penganalisisan data (min 3.79; sp=.66) dan
penulisan laporan penyelidikan (min 3.98; sp=.58) berada pada tahap sederhana tinggi.

Seterusnya untuk menjawab persoalan kedua kajian iaitu apakah perspektif
terhadap proses pembentangan laporan penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG
Kampus Ilmu Khas, analisis item adalah seperti berikut;


Jadual 4: Perspektif Terhadap Pembentangan Laporan Penyelidikan

Pernyataan
Bil Min Sp
Untuk membentangkan laporan pembentangan, saya …
1 boleh menggunakan soalan-soalan tersebut untuk membuat 4.23 .62
penambahbaikan dalam penulisan laporan.

2 dapati soalan-soalan yang dikemukakan adalah relevan dengan isu yang
dikaji. 4.12 .71

3 tidak menghadapi masalah ketika membuat pembentangan penyelidikan. 4.02 .82

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 10




4 tidak menghadapi masalah dalam menyediakan poster bagi tujuan 4.00 .79
pembentangan penyelidikan

5 mempunyai keyakinan yang tinggi semasa membentangkan laporan. 3.93 .85

Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa menurut perspektif
siswa guru mereka boleh menggunakan soalan-soalan yang dikemukakan selepas
pembentangan untuk membuat penambahbaikan dalam penulisan laporan (min 4.23;
sp=.62). Selain itu menurut siswa guru juga soalan-soalan yang dikemukakan adalah
relevan dengan isu yang dikaji (min 4.12; sp=.71). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
siswa guru tidak menghadapi masalah ketika membuat pembentangan penyelidikan (min
4.02; sp=.82) dan mereka juga tidak menghadapi masalah dalam menyediakan poster
bagi tujuan pembentangan penyelidikan (min 4.00; sp=.79). Namun begitu bagi item lima
(5) iaitu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa membentangkan laporan sekadar
berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.93 (sp=.85) sahaja.

Seterusnya untuk menjawab persoalan ketiga kajian iaitu apakah perspektif
terhadap maklum balas penyelia penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus
Ilmu Khas, analisis item adalah seperti berikut;

Jadual 5: Perspektif Terhadap Maklum Balas Penyelia

Pernyataan
Bil Min Sp
Ketika melaksanakan penyelidikan, saya dapati penyelia saya ...
1 dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan. 4.59 .55

2 memberikan nasihat yang tepat sesuai dengan isu yang dihadapi 4.58 .60

3 sering memberikan galakan yang positif untuk menyempurnakan 4.51 .62
penyelidikan tersebut.

4 banyak membantu untuk menjayakan penyelidikan yang telah saya
laksanakan. 4.49 .62

5 mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek penyelidikan. 4.46 .54

6 mudah untuk dihubungi. 4.33 .50


Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa menurut perspektif
siswa guru penyelia mereka dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan
penambahbaikan (min 4.59; sp=.55). Selain itu menurut siswa guru juga penyelia dapat
memberikan nasihat yang tepat sesuai dengan isu yang dihadapi (min 4.58; sp=.60).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyelia sering memberikan galakan yang positif
untuk menyempurnakan penyelidikan tersebut (min 4.51; sp=.62) dan penyelia banyak

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 11




membantu untuk menjayakan penyelidikan yang telah mereka laksanakan (min 4.49;
sp=.54). Akhir sekali menurut perspektif siswa guru penyelia mereka mudah untuk
dihubungi dengan catatan min 4.33 (sp=.60). Kesemua enam (6) item tersebut berada
pada tahap tinggi.

Seterusnya untuk menjawab persoalan keempat kajian iaitu masalah utama dan
bantuan yang diperlukan oleh siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas dalam melaksanakan
penyelidikan pendidikan, analisis soalan respon terbuka telah ditemakan seperti yang
berikut;

Jadual 6: Masalah Utama Dalam Melaksanakan Penyelidikan Pendidikan

Bil Tema Kekerapan

1 Kekangan masa 18

2 Penyelia yang dari pelbagai bidang 12

3 Kajian literatur 9

4 Perbincnagan dapatan kajian 4

5 Format penulisan laporan yang tepat 4

6 Pemilihan instrumen 3
7 Cara menganalisis data 2

9 Pemilihan sampel 2

10 Bebanan tugasan lain 2

11 Pemilihan model / teori 2


Berdasarkan Jadual 6, terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh siswa
guru dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa masalah utama yang dihadapi oleh siswa guru adalah dalam aspek kekangan
masa. Dalam aspek masa, menurut siswa guru mereka terpaksa menyiapkan laporan
penyelidikan ketika sedang menjalani internship di sekolah. Dalam masa yang sama,
mereka juga perlu menyiapkan laporan internship berkenaan.

Seterusnya masalah lain yang dihadapi oleh siswa guru adalah segi penyelia yang
pelbagai bidang. Kepelbagaian bidang kepakaran penyelia menjadikan siswa guru
menerima pelbagai kehendak penyelia yang kadang-kadang tidak sama keperluannya

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 12




antara satu sama lain. Perbezaan pendapat antara penyelia juga menjadikan siswa guru
keliru untuk menyempurnakan laporan penyelidikan mereka.

Analisis respon terbuka seterusnya menunjukkan bahawa bantuan utama yang
diperlukan oleh siswa guru adalah bimbingan dari penyelia. Siswa guru sangat berharap
agar penyelia dapat memberikan bimbingan dengan lebih terperinci khususnya dalam
menyediakan kajian literatur dan metodologi penyelidikan. Selain itu siswa guru juga
memerlukan penyelia sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada mereka agar
dapat menyempurnakan penyelidikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.


RUMUSAN DAN CADANGAN


Berdasarkan dapatan keseluruhan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa dapatan kajian
menunjukkan secara keseluruhannya tahap kemahiran melaksanakan penyelidikan
dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap tinggi. Kajian juga
mendapati bahawa dalam lima aspek penyelidikan pendidikan menunjukkan bahawa tiga
aspek berada pada tahap tinggi iaitu kemahiran proses penyelidikan pendidikan,
kemahiran membuat tinjauan literatur dan metodologi penyelidikan. Dua aspek lagi iaitu
tatacara penganalisisan data dan penulisan laporan penyelidikan berada pada tahap
sederhana tinggi.

Di samping itu, menurut perspektif siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas, mereka
boleh menggunakan soalan-soalan yang dikemukakan selepas pembentangan untuk
membuat penambahbaikan dalam penulisan laporan. Selain itu menurut siswa guru juga
soalan-soalan yang dikemukakan adalah relevan dengan isu yang dikaji. Menurut
perspektif mereka juga, tidak menghadapi masalah ketika membuat pembentangan
penyelidikan dan mereka juga tidak menghadapi masalah dalam menyediakan poster
bagi tujuan pembentangan penyelidikan. Namun begitu keyakinan yang tinggi semasa
membentangkan laporan sekadar berada pada tahap sederhana tinggi.

Kajian mendapati bahawa perspektif siswa guru terhadap maklum balas penyelia
penyelidikan berada pada tahap tinggi. Siswa guru mempunyai perspektif bahawa
penyelia mereka dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan. Selain
itu, menurut siswa guru juga penyelia dapat memberikan nasihat yang tepat sesuai
dengan isu yang dihadapi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyelia sering
memberikan galakan yang positif untuk menyempurnakan penyelidikan tersebut dan
penyelia banyak membantu untuk menjayakan penyelidikan yang telah mereka
laksanakan. Menurut siswa guru lagi, penyelia mereka mudah untuk dihubungi.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 13




Seterusnya, kajian mendapati tiga masalah utama yang dihadapi oleh siswa guru
dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan. Masalah utama yang dihadapi oleh siswa
guru adalah dalam aspek kekangan masa. Dalam aspek ini, mereka terpaksa
menyiapkan laporan penyelidikan ketika sedang menjalani internship di sekolah. Dalam
masa yang sama, mereka juga perlu menyiapkan laporan internship berkenaan.
Seterusnya masalah kedua adalah dari segi penyelia yang pelbagai bidang.
Kepelbagaian bidang kepakaran penyelia menjadikan siswa guru menerima pelbagai
kehendak penyelia yang kadang-kadang tidak sama keperluannya antara satu sama lain.
Perbezaan pendapat antara penyelia boleh mengelirukan siswa guru untuk
menyempurnakan laporan penyelidikan mereka.

Selain itu, masalah bimbingan dan dorongan yang positif dari penyelia. Mereka
berharap agar penyelia dapat memberikan bimbingan dengan lebih terperinci khususnya
dalam menyediakan kajian literatur dan metodologi penyelidikan. Siswa guru juga
memerlukan penyelia yang sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada mereka
agar dapat menyempurnakan penyelidikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
Pengkaji mencadangkan agar setiap siswa guru diberikan kebebasan untuk memilih
penyelia masing-masing manakala penyelia pula hanya perlu menjadi penyelia tidak lebih
kepada seorang siswa guru sahaja agar bimbingan yang diberikan memberi impak
kepada siswa guru.





Rujukan


Bhasah Abu Bakar & Yuslina Mohamed. (2013). Metodologi penyelidikan: Program
Pensiswazahan Guru. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

Chin Suk Mei. (2015). Metodologi penyelidikan tindakan dalam mengintegrasikan multi-
media untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran proses sains. Seminar
Kebangsaan (SKKKDP), Batu Lintang.

Hilezan Zainal, Manisah Mohd Shah, & Wan Noor Adzmin Mohd Sabri. (2017). Hubungan
antara tahap kefahaman siswa pendidik PISMP Matematik Semester 8 terhadap
kesediaan menghasilkan laporan penyelidikan tindakan: Satu tinjauan Jabatan
Matematik, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Jurnal Pendidikan Guru Jilid 1 2017; 91-100.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 14




Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2016). Buku panduan penyelidikan tindakan Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian. Cyberjaya. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2017). Buku panduan akademik Sesi 2017/2018.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Cyberjaya. Institut Pendidikan
Guru Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Laporan kajian pengesanan graduan PISMP
KOHORT 2014. Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi. Cyberjaya.
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Mohd Awang Idris, Mohd Sobhi Ishak, Azanin Ahmad & Aszurnani Ayob. (2019).
Penyelidikan sains sosial: Aplikasi teori dan metodologi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya

Moore, R. (1990). What’s wrong with science education and how do we fix it? The
American Biology Teacher, 52(6): 330-337

rd
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3 ). New York, NY:
McGraw-Hill.

Palaniappan. A. K. (2009). Penyelidikan dan SPSS (PASW). Petaling Jaya: Pearson Hall
Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan kaedah dan Penulisan, Penerbitan
Freemind Horizos Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Ruhizan Mohammad Yassin & Maizam Alias. (2010). Latar belakang penyelidikan. Dlm.
Noraini Idris (Ed.), Penyelidikan dalam pendidikan (pp. 1- 15). Kuala Lumpur:
McGraw Hill.

Seago, J.L. (1992). The role of research in undergraduate instruction. The American
Biology Teacher, 54(7): 401-405

T. Subahan Mohd Meera & Nurazidawati Mohamad Arsad. (2010). Developing research
skills at secondary schools. Procedia Social and Behavioral Sciences 9. 512–516.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 15




KOMITMEN, KESEDIAAN DAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)
PELAJAR GURU SEMASA PRAKTIKUM

1 Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D. ([email protected])
1 Ahmad Zohri bin Hj. Ishak, Ph.D. ([email protected])

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Kajian ini mengkaji pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) pelajar guru
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) dari aspek komitmen, kesediaan dan amalan.
Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil kajian
menunjukkan bahawa min-min yang dicatat oleh responden semasa menjalani Praktikum
Fasa II adalah lebih tinggi berbanding dengan min-min yang dicatat semasa Praktikum
Fasa I untuk ketiga-tiga dimensi yang dikaji. Dalam dimensi komitmen, didapati bahawa
responden memiliki komitmen yang lebih tinggi dalam pelaksanaan PAK21 semasa
Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I. Responden
didapati memiliki tanggungjawab yang tinggi serta bersikap positif dalam melaksanakan
PAK21. Responden juga lebih bersedia serta lebih kerap mengamalkan kemahiran
PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani
Praktikum Fasa I. Akhirnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen,
kesediaan dan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi.

Kata Kunci: Pembelajaran Abad ke 21, Komitmen, Kesediaan, Amalan, Pelajar
Guru, Praktikum.

Abstract

This study aimed to examine the implementation of 21st Century Learning (PAK21)
among Bachelor of Teaching Program (PISMP) June 2016 Intake of Teacher Education
Institute Penang Campus (IPGKPP) in terms of commitment, readiness and practice. This
quantitative study employed the questionnaire instrument. The results showed that the
mean scores recorded by the respondents during the Practicum Phase II were higher
than the means recorded during the Practicum Phase I for the three dimensions studied.
In the dimension of commitment, it was found that respondents had higher commitment
in implementing PAK21 during Practicum Phase II compared to when they were
undergoing Practicum Phase I. Respondents were found to have high responsibility and
positive attitude towards implementing PAK21. Respondents were also more prepared

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 16




and more likely to practice PAK21 skills during Practicum Phase II compared to when
they were in Practicum Phase I.

Keywords: 21st Century Learning, Commitment, Readiness, Practices, Student
Teachers, Practicum


PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif Pembelajaran Abad
ke 21 (PAK 21) secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh
negara mulai tahun 2015. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan PAK21 seperti yang
dihasratkan oleh KPM. Pelajar guru yang merupakan bakal guru perlu bersedia menerima
perubahan dan mengurus perubahan yang bakal diharungi dalam sistem pendidikan
dengan cekap. PdP akan menjadi lebih berkesan apabila memenuhi keperluan murid-
murid yang diajar. Justeru, tranformasi pendidikan dari segi komitmen, kesediaan dan
amalan PAK21 perlu sentiasa berkembang seiring mengikut perkembangan zaman atau
menuju selangkah ke hadapan.

Menurut Faridah (2009), PAK21 merupakan satu tranformasi yang dilakukan
dalam memperbaharui taraf pendidikan yang sedia ada supaya sistem pelaksanaan
pembelajaran PAK21 lebih fleksibel, kreatif, mencabar, dan lebih kompleks. Bagi
mencapai hasrat tersebut, pendidikan perlu bersifat dinamik, holistik, dan sentiasa segar
serta berubah mengikut keperluan semasa dan persekitarannya. Jika pelajar guru
inginkan pembaharuan dalam memberikan sumbangan dalam PAK21, mereka perlu
menghasilkan model baharu pengajaran untuk dipadankan dengan alat dan keupayaan
murid zaman sekarang. Di samping itu mereka perlu memikirkan kaedah hubungan
baharu antara pelajar guru dengan murid, proses perkembangan masa kini dan mengkaji
persekitaran pendidikan formal. Faktor seperti komitmen, kesediaan dan amalan PAK21
mampu mendorong pelajar guru untuk menguasai kemahiran PAK21 dengan lebih cepat
serta memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu keberhasilan
pelaksanaan PAK21 merupakan satu yang semestinya diharapkan oleh negara dalam
melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya
saing dengan negara maju.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 17





PERNYATAAN MASALAH

Pada abad ke 21, negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem
ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan
negara lain. Ekonomi baharu ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Menurut Thomas Frieman (2017) dalam bukunya The World is Flat: A Brief History of the
Twenty-First Century, pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia pada abad ke 21 ini.

Sistem pendidikan negara sentiasa mengalami perubahan yang menuntut para
guru melakukan tranformasi dalam pendidikan. Warga sekolah khususnya guru
seharusnya mengikuti perkembangan kemajuan dalam pendidikan. Menurut Zamri,
Ruslin dan Mohamed Amin (2015), guru harus membina insan pelajar yang menguasai
kemahiran belajar, dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran
anak didik mereka sebaik mungkin. Guru seharusnya lebih peka terhadap perbezaan
yang wujud dalam diri pelajar-pelajarnya dari segi latar belakang sosial, tingkah laku, dan
aras kognitif.

Menurut Sparks (2012), guru yang prihatin terhadap kemajuan pendidikan
seharusnya meningkatkan profesionalisme diri. Meningkatkan profesionalisme guru
bererti suatu proses menambahbaik kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan
perubahan persekitaran bagi menghasilkan produk berkualiti dalam pendidikan (Hassel,
2013). Menurut Cummins (2004) apa yang diperlukan oleh guru adalah bersifat peribadi
iaitu jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka, perhubungan antara rakan
sejawat yang mesra dan kaedah pengajaran yang berkesan sehingga guru berupaya
make a difference.

Terdapat beberapa kajian yang lalu berhubung dengan pelaksanaan
pembelajaran PAK21. Maizura dan Nur Surayyah (2018) telah menjalankan kajian dari
sudut pandangan pelajar guru Pendidikan Moral terhadap cabaran pelaksanaan
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke 21 semasa menjalani praktikum di
sekolah. Objektif kajian adalah untuk mendalami pengalaman pelajar guru dalam
mempraktikkan PdPc PAK21 dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Seramai tiga
orang pelajar guru yang menjalani praktikum terlibat dalam kajian yang menggunakan
pendekatan kajian kes kualitatif dengan pemilihan sampel secara bertujuan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa subjek kajian menghadapi cabaran pelaksanaan seperti

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 18




kaedah mengajar, dan sesi latihan amali sepanjang menggunakan PAK21 dalam PdPc
Pendidikan Moral. Dapatan kajian tersebut dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada
usaha membuka peluang kepada pelajar guru mengalami suasana sebenar semasa
menjalani praktikum di sekolah. Usaha penyediaan pelajar guru yang terlatih dan
berkualiti perlu diberi perhatian yang serius bagi melahirkan bakal guru yang berjaya
dalam profesion keguruan.

Raja Abdullah dan Daud (2018) telah menjalankan kajian menilai amalan kendiri
pelajar guru praktikum Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail (IPGKDRI) dalam mengaplikasikan konsep PAK21 dalam pengajaran di sekolah.
Seramai 41 orang pelajar guru berpengkhususan Pengajian Agama Ambilan Januari
2013 telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian adalah pendekatan
kuatitatif yang disokong oleh data temu bual separa berstruktur. Analisis deskriptif
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan
kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan dan Konsep 4C iaitu (Kreativiti,
Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi) yang diaplikasikan oleh pelajar guru berada
pada tahap tinggi. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa pelajar guru berminat untuk
melaksanakan PdPc Konsep 4C di sekolah dengan jelas melalui bimbingan secara teori
dan praktik. Justeru, pelajar guru perlu didedahkan dengan pelaksanaan PdPc PAK21
khususnya yang menekankan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar dapat
meningkatkan komitmen, kesediaan dan amalan pembelajaran PAK21.

Helen dan Ahmad Zohri (2019) telah menjalankan kajian untuk mengkaji
sokongan, prasarana, komitmen dan kesediaan responden dalam pelaksanaan
pembelajaran menggunakan pedagogi abad ke 21 semasa praktikum Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen
borang soal selidik ini melibatkan 170 orang responden dari IPGKPP. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat seramai 83 (41.2%) orang responden tidak pernah
menghadiri kursus PAK21 dan seramai 23 (13.5%) orang responden tidak mempunyai
pengetahuan tentang PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak sekolah telah
menyediakan sokongan terhadap pelaksanaan PAK21 seperti sokongan dalam
melaksanakan program latihan PAK21, guru besar sekolah melaksanakan pencerapan
PdPc serta memberi maklum balas tentang PdPc PAK21. Kajian tersebut mendapati
bahawa min-min yang dicatat oleh lima item dalam dimensi prasarana pelaksanaan
PAK21 di peringkat sekolah adalah agak rendah. Daripada aspek komitmen responden
terhadap pelaksanaan PAK21, didapati bahawa responden memiliki komitmen yang
tinggi dalam pelaksanaan PAK21. Responden didapati memiliki tanggungjawab yang
tinggi serta bersikap positif dalam melaksanakan PAK21. Responden juga didapati
sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di sekolah, sentiasa gembira berkolaboratif
bersama-sama rakan sekerja melaksanakan PdPc serta sentiasa mengamalkan PAK21

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 19




dalam PdPc sebagai satu keperluan. Akhirnya, hasil kajian menunjukkan bahawa
kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi.

Lei dan Meow (2019) telah menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan antara
kepimpinan distributif terhadap komitmen guru untuk berubah dengan keadaan dalam
sekolah sebagai mediator. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 357 orang guru-guru
sekolah menengah yang dipilih secara rawak daripada 20 buah sekolah di Daerah
Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Pendekatan Partial
Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dengan perisian Smart PLS
3.2.7 digunakan untuk penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen
guru untuk berubah secara langsung. Keadaan dalam sekolah mempunyai kesan
pengantaraan yang signifikan dalam hubungan antara kepimpinan distributif dan
komitmen guru untuk berubah. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap pembuat
polisi dan pentadbiran sekolah bahawa kepimpinan distributif dan komitmen guru perlu
ditukar bersesuaian dengan PAK21.

Siti Suhaili (2019) telah menjalankan kajian mengenai kesediaan guru Bahasa
Inggeris sekolah rendah melaksanakan PAK21. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan guru, kemahiran ICT guru, kesediaan infrastruktur asas dan
kesediaan guru dalam melaksanakan PAK21. Kajian telah menggunakan kaedah
tinjauan iaitu borang kaji selidik skala Likert secara atas talian yang melibatkan seramai
150 orang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah. Dapatan kajian bagi ujian korelasi
Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tahap kesediaan guru
melaksanakan PAK21 dengan tahap pengetahuan guru, kemahiran ICT guru dan
infrastruktur asas.

Jaggil Apak dan Muhamad Suhaimi (2018) telah menjalankan kajian untuk
mengenal pasti pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21
dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian eksperimental ini
menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik
adaptasi yang ditadbir ke atas 439 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan kesediaan
guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 diamalkan pada tahap tinggi. Keputusan
ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan
guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 berdasarkan pengalaman mengajar.
Sementara itu, analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang
signifikan kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21. Dapatan
menunjukkan sumbangan keseluruhan yang diramal oleh kesediaan guru terhadap
pengurusan bilik darjah abad ke 21 adalah sebanyak 27.8 peratus. Kajian ini

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 20




menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu program boleh
menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan.

Pembelajaran PAK21 dapat dicapai apabila sistem pendidikan menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara.
Perkembangan dan kemajuan tersebut perlu dilihat dari segi kualiti, kuatiti, standard,
kecemerlangan, dan kredibiliti yang diakui dan diterima pada peringkat antarabangsa
atau dunia. Analisis Wenglinsky (2004) terhadap data skor pencapaian murid dalam
National Assessment of Educational Progress (NAEP) dan Trend in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) mendapati bahawa guru yang menggunakan
aktiviti KBAT dalam pengajaran membawa kepada pencapaian murid yang lebih besar
berbanding pendekatan pengajaran guru yang menekankan kemahiran asas sahaja.

Keperluan menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif akan
dapat menggalakkan pelajar guru mengamalkan pembelajaran PAK21, setiap sekolah
harus memiliki kemudahan perpustakaan, bilik-bilik khas, makmal komputer dan ruang
rehat. Menurut Noor Azlan dan Lim (2011), guru bimbingan juga perlu memberi
bimbingan kepada guru pelatih dari aspek pengetahuan dan amalan pedagogi yang
berkaitan dengan penglibatan praktikum. Bimbingan dari guru pembimbing juga sangat
bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif serta atribut peribadi guru
pembimbing yang baik. Apabila pelajar guru berjaya melaksanakan tugasan yang
diberikan secara berterusan maka mereka juga akan bersifat optimis bagi mencapai
kejayaan dalam kerjaya mereka. Oleh itu, kajian yang dijalankan pengkaji adalah untuk
mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran PAK21 pelajar guru semasa Praktikum Fasa
II. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek komitmen, kesediaan dan amalan PAK21
pelajar guru semasa praktikum. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan tahap
komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa
1 dan Praktikum Fasa II.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah seperti berikut:
1. Meninjau pengalaman pelajar guru IPGKPP menghadiri kursus PAK21 sebelum
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
2. Meninjau dan membandingkan komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
3. Meninjau dan membandingkan kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
4. Meninjau dan membandingkan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 21




PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah seperti berikut:
1. Apakah pengalaman pelajar guru menghadiri kursus PAK21 sebelum mereka
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
2. Apakah komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21 semasa mereka
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
3. Apakah kesediaan responden untuk melaksanakan PAK21 semasa mereka
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
4. Apakah amalan responden dalam melaksanakan PAK21 semasa mereka
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
5. Adakah terdapat korelasi antara komitmen dan amalan responden dalam
pelaksanaan PAK21 semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa II?


KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran mengenai komitmen,
kesediaan dan amalan PAK21 semasa pelajar guru menjalani praktikum. Tahap
komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 yang tinggi semasa PdP dalam kalangan guru
adalah penting bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid sekolah di Malaysia.
Kesemua aspek tersebut merupakan prasyarat bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara. Justeru, pelajar guru perlu memantapkan pengetahuan dan kefahaman
pelaksanaan PAK21 semasa latihan mereka di Institut Pendidikan Guru (IPG) .

Dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pihak
pengurusan dan pentadbiran IPG untuk membuat perancangan dan tindakan sewajarnya
dalam meningkatkan dan memantapkan penguasaan PAK21 dalam kalangan pelajar
guru kerana mereka merupakan bakal guru yang akan ditempatkan untuk mengajar di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dapatan kajian juga boleh menjadi panduan bagi
mengenal pasti faktor dalam merangka dan mengendali program yang boleh
meningkatkan profesionalisme keguruan dalam pemahaman dan pengaplikasian PAK21.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
dalam proses pengumpulan data. Instrumen kajian adalah merupakan borang soal selidik
yang dibina berdasarkan elemen kemahiran PAK21. Sampel kajian ialah pelajar guru
Ambilan Jun 2016 di IPGKPP. Data dikutip selepas responden menjalani Praktikum Fasa

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 22




I pada penghujung bulan Oktober 2018 dan Praktikum Fasa II pada penghujung bulan
Oktober 2019.

Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan
maklumat profil responden seperti jantina, fasa praktikum serta kumpulan akademik.
Bahagian B mengandungi item berkaitan dengan pengalaman responden menghadiri
kursus PAK21. Bahagian C mengandungi 2 sub bahagian iaitu Bahagian C1
mengandungi 7 item berkaitan dengan komitmen dalam pelaksanaan PAK21 serta
Bahagian C2 mengandungi 14 item berkaitan dengan kesediaan guru dalam
pelaksanaan PAK21. Bahagian C3 mengandungi 14 item berkaitan dengan amalan guru
dalam pelaksanaan PAK21. Skala pengukuran ini mengandungi item-item skala likert
berjulat 1 hingga 4 (1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Setuju dan 4=Sangat
Setuju). Instrumen yang digunakan diadaptasi daripada kajian PAK21 Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM).

Instrumen kajian dalam bentuk Google Forms telah diedarkan kepada responden
kajian selepas selesai Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II iaitu pada awal bulan
November 2018 dan November 2019. Responden diminta untuk menjawab item-item
dalam soal selidik dalam jangka masa yang telah ditetapkan bersama. Hasil kajian
dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 19.

Kesahan Alat Ukur
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen dalam kajian rintis ialah 0.976. Manakala
kebolehpercayaan untuk empat dimensi tersebut iaitu dimensi Sokongan Terhadap
Pelaksanaan PAK21 ialah 0.92, dimensi Prasarana Pelaksanaan PAK21 ialah 0.90,
dimensi Komitmen Terhadap Pelaksanaan PAK21 ialah 0.936 dan dimensi Kesediaan
Guru Dalam Pelaksanaan ialah PAK21 0.962.


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Maklumat Demografi
Kajian yang dijalankan melibatkan 104 orang pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2016
semasa mereka menjalani Praktikum Fasa I dan 105 orang pelajar guru yang telah
menjalani Praktikum Fasa II di IPGKPP. Jumlah pelajar guru Ambilan Jun 2016 semasa
Praktikum Fasa I ialah seramai 107 orang dan jumlah pelajar semasa Praktikum Fasa II
ialah seramai 105 orang semasa Praktikum Fasa II. Terdapat 2 orang pelajar guru yang
telah menangguh program pada tahun 2019. Kadar respon Praktikum Fasa I ialah 97.2%
dan kadar respon Praktikum Fasa II ialah 100%.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 23




Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden kajian. Dalam kajian ini,
bilangan responden lelaki adalah seramai 15 (14.4%) orang semasa Praktikum Fasa I
dan bertambah dua orang ke 17 orang (16.2%). Bilangan responden perempuan adalah
lebih ramai iaitu 89 (85.6%) orang semasa Praktikum Fasa I dan berkurangan seorang
iaitu 88 (83.8%) semasa Praktikum Fasa II. Responden kajian terdiri daripada pelajar
guru berpengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Matematik, Muzik, Sejarah, Sains,
Pengajian Melayu dan TESL seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Semua pelajar
guru ialah seramai 105 orang telah memberi maklum balas selepas Praktikum Fasa II
berbanding dengan semasa kajian dilaksanakan selepas Praktikum Fasa I.

Jadual 1: Maklumat Demografi

Bil. Item PRAKTIKUM FASA PRAKTIKUM FASA II
I
Bil. Peratus Bil. Peratus
1. Jantina:
Lelaki 15 14.4 17 16.2
Perempuan 89 85.6 88 83.8
2. Kumpulan Akademik
Bimbingan dan 14 13.6 14 13.3
Kaunseling
Matematik 20 19.2 20 19.1
Muzik 10 9.6 10 9.5
Sejarah 15 14.4 15 14.3
Sains 9 8.6 9 8.6
Pengajian Melayu 11 10.6 12 11.4
TESL 25 24 25 23.8
JUMLAH 104 100 105 100


Pengalaman Menghadiri Kursus PAK21

Dapatan kajian ini menandakan bahawa seramai 73 (69.5%) orang responden pernah
menghadiri kursus PAK21 sebelum mereka menjalani Praktikum Fasa I dan bilangan ini
telah bertambah seorang iaitu kepada 74 (70.4%) semasa Praktikum Fasa II. Bilangan
responden yang tidak pernah menghadiri kursus PAK21 ialah seramai 32 (30.5%) orang
sebelum menjalani Praktikum Fasa I dan bilangan berkurangan seorang semasa
Praktikum Fasa II. Penambahan bilangan ini walaupun seorang sahaja adalah satu
petanda positif kerana ini menandakan terdapat usaha untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran PAK21 dalam kalangan responden kajian. Walau demikian, masih

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 24




terdapat seramai 31 (29.6.5%) orang responden tidak pernah menghadiri kursus PAK21.
Jadual 2 menunjukkan pengalaman menghadiri kursus PAK21 mengikut jantina untuk
kedua-dua Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.

Jadual 2: Pengalaman Menghadiri Kursus PAK21 mengikut Jantina

Bil. Item PRAKTIKUM FASA I PRAKTIKUM FASA II
YA TIDAK YA TIDAK
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus
1. Menghadiri
kursus
PAK21: 14 13.3 3 2.9 14 13.3 3 2.9
Lelaki 59 56.2 29 27.6 60 57.1 28 26.7
Perempua
n
73 69.5 32 30.5 74 70.4 31 29.6


Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21

Jadual 3 dan Rajah 1 menunjukkan komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21.
Min-min yang dicatat oleh tujuh item dalam dimensi ini adalah lebih tinggi semasa
responden menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa mereka menjalani
Praktikum Fasa I. Min yang dicatat semasa Praktikum Fasa I ialah antara 3.17 dengan
3.65. Min-min untuk ke tujuh-tujuh item telah meningkat antara 3.38 dan 3.57 semasa
Praktikum Fasa II.

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berpendapat bahawa mereka
adalah bertanggungjawab melaksanakan PAK21. Item ini mencatat min yang tertinggi
untuk responden (Praktikum Fasa 1: Min=3.32; SP=.63; Praktikum Fasa II: Min=3.55;
SP=.59). Responden juga bersikap positif dalam melaksanakan PAK21 (Praktikum Fasa
1: Min=3.31; SP=.59; Praktikum Fasa II: Min=3.57; SP=.60). Responden juga didapati
sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di sekolah (Praktikum Fasa 1: Min=3.27;
SP=.58; Praktikum Fasa II: Min=3.55; SP=.65), serta gembira berkolaboratif bersama-
sama rakan sekerja melaksanakan PdPc PAK21 (Praktikum Fasa 1: Min=3.26; SP=.61;
Praktikum Fasa II: Min=3.49; SP=.65).

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 25




Jadual 3: Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21

PRAKTIKUM PRAKTIKUM
FASA I FASA II
Bil. Item
Min Sisihan Min Sisihan
Piawai Piawai
1. Saya berpuas hati dapat melaksanakan PdPc 3.19 0.67 3.38 0.73
PAK21 di sekolah.
2. Saya gembira berkolaboratif bersama-sama 3.26 0.61 3.49 0.65
rakan sekerja melaksanakan PdPc PAK21.
3. Saya sentiasa mengamalkan PAK21 dalam 3.17 0.69 3.54 0.57
PdPc sebagai satu keperluan.
4. Saya bertanggungjawab melaksanakan 3.32 0.63 3.55 0.59
PAK21.
5. Saya mendapat sokongan sekolah dalam 3.19 0.68 3.39 0.75
menyediakan bahan PAK21.
6. Saya sentiasa berusaha membudayakan 3.27 0.58 3.55 0.65
PAK21 di sekolah.
7. Saya bersikap positif dalam melaksanakan 3.31 0.59 3.57 0.60
PAK21.

Merujuk Rajah 1, min kesemua tujuh item adalah lebih tinggi semasa responden
menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I.
Min-min yang tinggi yang dicatat untuk item-item dimensi ini menandakan bahawa
responden memiliki komitmen yang lebih tinggi dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah
semasa menjalani Praktikum Fasa II. Hal ini adalah petanda baik kerana responden
bersikap positif terhadap pelaksanaan PAK21. Pengalaman yang diperolehi oleh
responden semasa menjalani Praktikum Fasa I telah meningkatkan komitmen semasa
menjalani Praktikum Fasa II.


3.6
3.4
3.2
3
2.8
1 2 3 4 5 6 7
FASA I 3.19 3.26 3.17 3.32 3.19 3.27 3.31
FASA II 3.38 3.49 3.54 3.55 3.39 3.55 3.57


Rajah 1: Perbandingan Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 26





Kesediaan Responden Dalam Pelaksanaan PAK21

Hasil kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden adalah tinggi untuk
kesemua 14 item yang dikaji. Min-min yang dicatat oleh kesemua empat belas item
adalah antara 3.31 dengan 3.69 semasa menjalani Praktikum Fasa I seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8 dan Rajah 4. Min-min yang dicatat oleh kesemua empat belas
item adalah antara 3.51 dengan 3.71 semasa menjalani Praktikum Fasa II. Min-min yang
tinggi menandakan bahawa responden adalah bersedia dalam melaksanakan PAK21.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersedia untuk menggalakkan murid
bertanyakan soalan (Praktikum Fasa 1: Min=3.59; SP=.53; Praktikum Fasa II: Min=3.68;
SP=.53). Responden kajian juga bersedia untuk mengaplikasi bahan multimedia dalam
PdPc untuk meningkatkan pembelajaran murid (Praktikum Fasa I: Min=3.43; SP=.57;
Praktikum Fasa II: Min=3.68; SP=.53). Responden juga bersedia untuk melaksanakan
aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan
(Praktikum Fasa I: Min=3.42; SP=.59; Praktikum Fasa II: Min=3.69; SP=.49).

Jadual 4: Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21

PRAKTIKUM PRAKTIKUM
FASA I FASA II
Bil. Item
Min Sisihan Min Sisihan
Piawai Piawai
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan 3.33 0.59 3.65 0.55
tentang PAK21 yang diperoleh dalam PdPc.
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan 3.43 0.57 3.65 0.60
multimedia dalam PdPc untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan 3.42 0.59 3.69 0.56
yang berkesan dengan melibatkan murid
pelbagai kebolehan.
4. Saya membimbing murid mencari 3.40 0.57 3.71 0.52
penyelesaian terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan.
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. 3.31 0.64 3.51 0.59


6. Saya menggalakkan murid bertanyakan 3.59 0.53 3.71 0.53
soalan.
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras 3.42 0.62 3.64 0.57
pemikiran.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 27




8. Saya mengemukakan soalan yang tidak 3.35 0.64 3.55 0.60
berulang.
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui 3.33 0.67 3.52 0.61
silibus buku teks.
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk 3.27 0.56 3.62 0.56
kontekstual.
11. Saya mengemukakan soalan yang 3.37 0.61 3.59 0.57
menggalakkan murid berfikir lebih mendalam.
12. Saya mengemukakan soalan yang 3.38 0.64 3.58 0.55
menggalakkan murid berfikir aras tinggi
(KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang 3.32 0.64 3.51 0.61
menggalakkan murid berfikir dengan lebih
kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang 3.43 0.54 3.59 0.55
menggalakkan murid berfikir dengan lebih
kreatif


Merujuk Rajah 2, min kesemua empat belas item adalah lebih tinggi semasa
responden menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum
Fasa I. Min terendah yang dicapai semasa menjalani Praktikum Fasa I ialah untuk item
‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual’ (Min=3.27; SP=.56). Responden
juga mencatat yang rendah untuk item ‘Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan
murid berfikir dengan lebih kritikal’ (Min=3.32; SP=.64). Namun, responden telah
mencatat peningkatan dalam min untuk kedua-dua item tersebut semasa menjalani
Praktikum Fasa II. Item ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual’ telah
mencatat peningkatan dalam pencapaian min iaitu 3.62 dengan sisihan piawai .56.
Terdapat juga peningkatan dalam min yang dicatat untuk item ‘Saya mengemukakan
soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritikal’ iaitu 3.51 dengan sisihan
piawai .61.

Peningkatan min-min untuk kedua-dua item tersebut serta item-item lain
menandakan bahawa responden lebih bersedia untuk melaksanakan PAK21 semasa
menjalani Praktikum Fasa II. Pengalaman yang mereka lalui semasa menjalani Praktikum
Fasa I telah memberi pengalaman dan kesediaan yang lebih kepada mereka untuk terus
mengamalkannya semasa menjalani Praktikum Fasa II. Walaupun kesemua item-item
dimensi ini mencapai min yang agak tinggi, langkah-langkah yang lebih komprehensif
harus diambil oleh pihak IPGKPP untuk melengkapkan pelajar guru dengan pengetahuan

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 28




dan kemahiran PAK21 agar mereka sentiasa bersedia untuk mengamalkannya dengan
berkesan semasa proses PdP.



3.8
3.7
3.6
3.5
3.4
3.3
3.2
3.1
3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
FASA I 3.33 3.43 3.42 3.4 3.31 3.59 3.42 3.35 3.33 3.27 3.37 3.38 3.32 3.43
FASA II 3.65 3.65 3.69 3.71 3.51 3.71 3.64 3.55 3.52 3.62 3.59 3.58 3.51 3.59

Rajah 2: Perbandingan Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21 semasa
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II


Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21

Hasil kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II adalah tinggi untuk kesemua 14 item yang dikaji
untuk dimensi kekerapan amalan pelaksanaan PAK21. Min-min yang dicatat oleh
kesemua 14 item adalah antara 3.21 dengan 3.57 semasa menjalani Praktikum Fasa I
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Hasil kajian menunjukkan
bahawa min yang dicatat oleh responden semasa menjalani Praktikum Fasa II adalah
lebih tinggi berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I untuk kesemua 14
item dalam dimensi ini. Min-min yang dicatat adalah antara 3.50 dengan 3.66 semasa
menjalani Praktikum Fasa I.

Responden didapati kerap menggalakkan murid bertanyakan soalan (Praktikum
Fasa I: Min=3.57; SP=.54; Praktikum Fasa II: Min=3.66; SP=0.55). Responden kajian
juga kerap membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan (Praktikum Fasa I: Min=3.47; SP=.54;
Praktikum Fasa II: Min=3.61; SP=0.56) dan melaksanakan aktiviti berkumpulan yang
berkesan dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan (Praktikum Fasa I: Min=3.43;
SP=.60; Praktikum Fasa II: Min=3.65; SP=0.55).

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 29




Jadual 5: Perbandingan Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II

PRAKTIKUM PRAKTIKUM
FASA I FASA II
Bil. Item
Min Sisihan Min Sisihan
Piawai Piawai
1. Saya kerap bersedia menggunakan 3.21 0.63 3.50 .57
pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh
dalam PdPc.
2. Saya kerap bersedia mengaplikasi bahan 3.33 0.66 3.59 .63
multimedia dalam PdPc untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
3. Saya kerap melaksanakan aktiviti 3.43 0.60 3.65 .55
berkumpulan yang berkesan dengan
melibatkan murid pelbagai kebolehan.
4. Saya kerap membimbing murid mencari 3.47 0.54 3.61 .56
penyelesaian terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan.
5. Saya kerap mengemukakan soalan KBAT. 3.37 0.61 3.52 .59

6. Saya kerap menggalakkan murid bertanyakan 3.57 0.54 3.66 .55
soalan.
7. Saya kerap mengemukakan soalan pelbagai 3.39 0.55 3.57 .55
aras pemikiran.
8. Saya kerap mengemukakan soalan yang tidak 3.37 0.56 3.51 .61
berulang.
9. Saya kerap mengemukakan soalan 3.32 0.59 3.51 .62
melangkaui silibus buku teks.
10. Saya kerap mengemukakan soalan berbentuk 3.29 0.59 3.58 .57
kontekstual.
11. Saya kerap mengemukakan soalan yang 3.34 0.58 3.55 .55
menggalakkan murid berfikir lebih mendalam.
12. Saya kerap mengemukakan soalan yang 3.31 0.61 3.50 .59
menggalakkan murid berfikir aras tinggi
(KBAT).
13. Saya kerap mengemukakan soalan yang 3.33 0.61 3.48 .61
menggalakkan murid berfikir dengan lebih
kritikal

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 30




14. Saya kerap mengemukakan soalan yang 3.35 0.59 3.49 .61
menggalakkan murid berfikir dengan lebih
kreatif


Dalam kajian ini, didapati bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa I
kurang kerap bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh dalam
PdPc (Min=3.21; SP=.63) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Keadaan ini telah
berubah semasa menjalani Praktikum Fasa II di mana item ini mencatat min yang lebih
tinggi iaitu (Min=3.50; SP=.57). Ini adalah satu petanda positif kerana responden lebih
bersedia untuk menggunakan pengetahuan berhubung dengan PAK21 semasa proses
PdP.

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa
I adalah kurang kerap mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (Praktikum Fasa I:
Min=3.29; SP=.59). Keadaan ini telah berubah semasa menjalani Praktikum Fasa II di
mana min yang dicatat telah meningkat ke (Min=3.58; SP=.57). Peningkatan dalam min
menandakan bahawa responden telah lebih bersedia dan mahir dalam aspek ini. Walau
demikian, langkah-langkah harus diambil oleh guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing semasa praktikum untuk memberi bimbingan cara-cara mengemukakan
soalan berbentuk kontekstual serta menggalakkan pelajar guru agar kerap mengamalkan
PAK21 semasa mengajar. Bimbingan dan galakkan yang berterusan harus diberi oleh
guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar pelajar guru membiasakan diri
dengan amalan tersebut.

Merujuk Rajah 3, min-min yang tinggi yang dicatat untuk item-item dimensi ini
adalah agak tinggi. Hal ini menandakan bahawa responden kerap melaksanakan PAK21
di sekolah semasa menjalani praktikum. Walaupun kesemua item dimensi ini mencapai
min yang agak tinggi, langkah-langkah berterusan harus diambil oleh semua pihak bagi
melengkapkan pelajar guru dengan kemahiran PAK21 agar mereka adalah bersedia
untuk mengamalkannya dengan berkesan dalam proses PdP. Pengetahuan dan
kemahiran PAK21 merupakan prasyarat untuk amalan dalam konteks bilik darjah.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 31





3.7
3.6
3.5
3.4
3.3
3.2
3.1
3
2.9
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
FASA I 3.21 3.33 3.43 3.47 3.37 3.57 3.39 3.37 3.32 3.29 3.34 3.31 3.33 3.35
FASA II 3.5 3.59 3.65 3.61 3.52 3.66 3.57 3.51 3.51 3.58 3.55 3.5 3.48 3.49


Rajah 3: Perbandingan Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II

Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi yang positif yang sederhana tinggi
antara 14 item untuk dimensi Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 dengan dimensi
Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21. Merujuk Jadual 6, item ‘Saya mengemukakan
soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih kreatif’ mencatat korelasi positif
yang signifikan yang tertinggi iaitu=.805. Item yang mencatat korelasi yang kedua tinggi
ialah ‘Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang (r=.792) dan dikuti dengan item
‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (r=.791) dan ‘Saya membimbing
murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui aktiviti
berkumpulan’(r=.788). Ini bermaksud responden yang memiliki tahap kesediaan yang
tinggi terhadap amalan pelaksanaan PAK21 telah kerap mengamalkannya dalam proses
PdP.

Korelasi positif yang sederhana tinggi dicatat dalam kajian ini menandakan
bahawa kesediaan pelaksanaan PAK21 dapat meningkatkan kekerapan amalan dalam
bilik darjah. Hal ini adalah petanda positif dalam usaha menggalakkan amalan PAK21
dalam proses PdP. Justeru, pelajar guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan
dan kemahiran pedagogi terutamanya PAK21. Semua pelajar guru harus berusaha untuk
menimba ilmu, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menyediakan diri dalam dunia
pendidikan yang mencabar. Maka, adalah disyorkan agar para pensyarah di IPGKPP
sering mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar dapat
mendedahkan tatacara pelaksanaan PAK21 kepada pelajar guru. Pendedahan secara
berterusan ini akan memanfaatkan pelajar guru kerana mereka dapat mengaplikasikan
PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di IPG dalam kelas masing-
masing semasa menjalani praktikum.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 32




Jadual 6: Korelasi Kesediaan dan Kekerapan Amalan Responden dalam Pelaksanaan
PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa II


Bil. Item Korelasi

1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang .625**
diperoleh dalam PdPc.
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk .677**
meningkatkan pembelajaran murid.
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan .693**
melibatkan murid pelbagai kebolehan.
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan- .788**
soalan yang dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan.
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. .697**
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan. .711**
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran. .720**
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang. .792**
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks. .784**
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual. .791**
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir .727**
lebih mendalam.
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir .674**
aras tinggi (KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir .714**
dengan lebih kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir .805**
dengan lebih kreatif
**. Korelasi signifikan pada tahap 0.01(2-tailed)


CADANGAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 31 (29.6%) orang responden tidak
pernah menghadiri kursus PAK21 walaupun telah berada di tahun terakhir pengajian
Pendidikan Guru. Justeru, disyorkan agar pihak IPGKPP mengenal pasti kumpulan
pelajar guru yang memerlukan ilmu pengetahuan berhubung PAK21. Pelajar guru harus
diberi pengetahuan dan kemahiran berhubung PAK21 sebelum menjalani praktikum
terutamanya Praktikum Fasa II. Latihan intensif dan komprehensif PAK21 harus diberi
kepada pelajar guru yang akan menjalani praktikum supaya kumpulan pelajar guru ini

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 33




akan dapat mempraktikkan perkara-perkara terutamanya PAK21 yang telah dipelajari
semasa menjalani praktikum.

Dalam kajian ini, didapati bahawa responden memiliki komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan PAK21. Min-min yang dicatat oleh ke tujuh-tujuh item dalam dimensi ini
adalah adalah tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
Responden didapati memiliki tanggungjawab yang tinggi serta bersikap positif dalam
melaksanakan PAK21. Responden juga didapati sentiasa berusaha membudayakan
PAK21 di sekolah, sentiasa gembira berkolaboratif bersama-sama rakan sekerja
melaksanakan PdPc serta sentiasa mengamalkan PAK21 dalam PdPc sebagai satu
keperluan. Responden kajian juga didapati berpuas hati dapat melaksanakan PdPc
PAK21 di sekolah. Komitmen yang tinggi oleh responden kajian adalah petanda baik
dalam menjayakan PAK21 di sekolah. Namun, usaha berterusan harus diambil oleh pihak
IPGKPP untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan PAK21 dan komitmen semua
pelajar guru semasa pengajian mereka di kampus. Bimbingan dan latihan berterusan
harus diberi kepada pelajar guru agar dapat memantapkan lagi pengetahuan pelajar guru
terhadap PAK21.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan dan amalan responden dalam
pelaksanaan PAK21 adalah tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum
Fasa II. Kesediaan dan amalan PAK21 adalah lebih tinggi semasa menjalani Praktikum
Fasa II. Hal ini adalah satu petanda baik. Pelajar guru perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang guru yang
profesional. Semua pelajar guru harus dibekalkan dengan pengetahuan PAK21 agar
mereka dapat mengamalkannya dalam profesion keguruan. Adalah disyorkan agar para
pensyarah di IPGKPP mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar
dapat mendedahkan tatacara pelaksanaan PAK21 kepada pelajar guru. Pendedahan
secara berterusan ini akan memanfaatkan pelajar guru kerana mereka dapat
mengaplikasikan PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di IPG dalam
kelas masing-masing semasa menjalani praktikum.


KESIMPULAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen, kesediaan dan amalan responden
dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap
komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 pelajar guru semasa menjalani Praktikum Fasa
II adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I.
Justeru kajian ini menunjukkan bahawa latihan dan pengalaman dapat meningkatkan
tahap komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 dalam pelaksanaan proses PdP. Pihak

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 34




pengurusan harus memberi ruang dan peluang yang lebih kepada para pelajar guru dan
guru-guru di sekolah untuk melaksanakan PAK21 agar dapat meningkatkan
keberkesanan PdP. Semua guru harus dibekalkan dengan pengetahuan PAK21 serta
memiliki komitmen yang tinggi untuk mengamalkannya dalam proses PdP. Hal ini adalah
penting bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.


Rujukan

Cummins, L. (2004). The pot of gold at the end of the rainbow: Mentoring in early
childhood education. Childhood education, 80(5), 254-257.

Faridah Nazir. (2009). Analisis Kurikulum Bahasa Melayu, Pedagogi, Pendekatan
Pengajaran Mikro dan Makro. Selangor: Open University Malaysia.

Friedman, T. L. (2017). The World is Flat: A Brief History of the Twenty-First Century.
New York: Farrar, Straus and Giroux, 486.

Hassel, E. (2013). Professional development: Learning from the best. Oak Brook, IL:
North Central Regional Educational Laboratory (NCREL).

Helen Khoo Chooi Sim & Ahmad Zohri Ishak. (2019). Pelaksanaan pembelajaran
menggunakan pedagogi abad ke 21 (PAK21) semasa praktikum Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Seminar Penyelidikan Geran penyelidikan
IPGM-IAB 2019 IPGKPP. Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, Kedah. 19 Ogos 2019.

Janggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap
pengurusan bilik darjah abad ke 21. Sabah: Fakulti Psikologi dan Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah.

Lei Mee Thien & Meow Yem Tan. (2019). Kepimpinan distributif, keadaan dalam sekolah,
dan komitmen guru untuk berubah: Satu analisa partial least squares. Journal of
Nusantara Studies 2019, Vol 4(1) 159-185, Universiti Sultan Zainal Abidin. ISSN
0127-9386. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss1pp159-185

Maizura Yasin & Nur Surayyah Madhubala Abdullah. (2018). Sudut pandangan guru
pelatih pendidikan moral terhadap cabaran pelaksanaan PDPC Abad Ke-21 di
sekolah. Malaysian Online Journal of Education. Vol.2, No. 2 (2018), 36-45.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 35




Noor Azlan, A. Z., & Lim, W. (2011). Bimbingan oleh guru pembimbing kepada guru
pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Journal of Educational Psychology and
Counseling, 1, 56-76.

Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘konsep 4C’ pembelajaran
Abad Ke-21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan Guru
kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), Volume 1, Issue l, 45-65.

th
Scheaffer, R. L., Mendenhall, W. & Ott, L. (2009). Elementary survey sampling (14 ed.).
Boston Massachusetts: Duxbury Press.

Siti Suhaili Sarif. (2019). Kesediaan guru bahasa Inggeris sekolah rendah melaksanakan
pembelajaran abad ke 21. Seminar antarabangsa isu-isu pendidikan ISPEN 2019.
Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS.

Sparks, D. (2012). Designing powerful professional development for teachers and
principals. Oxford, OH: National Staff Development Council.

Wenglinsky. H. (2004). Facts of critical thinking skills? What NAEP results say.
Educational Leadership, 62(1), 32.

Zamri Mahamad, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 36




TEACHING IN A DIGITAL AGE: HOW DOES NOVICE TEACHER INTEGRATE
TECHNOLOGY TO IMPROVE STUDENT LEARNING

1 Jauriah Md Azali ([email protected])
1 Nor Azurawati Ahmad Zuhdi ([email protected])

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Abstract

A successful digital conversion for classrooms, districts, and states is not determined by
the technology, but by how technology enables teaching and learning. The purpose of
this study was to examine the challenges faced by thirty (30) novice teachers in Ranau
and Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia; on how they integrate and use digital instructional
strategies to enhance and transform student learning, and align that use with learning
research. The researchers conducted focus group interview and surveyed novice
teachers' skills, use, and integrate with technology as well. There are few challenges that
hinder the teachers to ehncance teaching and learning such as infrastructures and
internet connection in schools. The researchers also identify few roles that technology
plays in enhancing teaching and learning, also discuss how these strategies benefit
teachers and learners.

Keywords: ICT tools, technology integration, digital instructional strategies


INTRODUCTION


Voogt (2019) discussed how novice teachers can be helped in improving the quality of
their thinking about the use of technology in their teaching. O'Halloran (2018) mentioned
that the use of interactive tools to teach basic mathematical skills. Teachers can learn
how to respond to student reasoning by using videos as a tool.It is being supported by
Huda (2018) who said that reflective teaching practice was considered to be the whole
initiative with both the curriculum and the preparation to research the teaching to be
carried out, which should be put into effect. It refers to the way in which teachers with
their professional personality have an essential part to do from the process of self-
assessment. Technology is basically a tool. It may be hardware (such as computer, digital
camera), software (such as Excel, discussion forum) or both. In the sense of education,
it refers primarily to the different resources and devices (software) provided on the
machine. Therefore, technology such as ICT (Information Technology and

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 37




Communication) is not particularly reserved for education; it is not a panacea for solving
all educational problems either. Nevertheless, ICT have definitely become a valuable
resource that helps us to put together different learning communities in new and different
ways. (Taylor, 2004). Research has shown that the use of ICT can support new
educational approaches and make teaching strategies, such as simulation or interactive
learning, more feasible. In addition, educators commonly agree that ICT has the potential
to improve student learning outcomes and effectiveness if used properly (Good &
Lavigne, 2017). Earle, 2002 stressed that incorporation has a sense of completeness
through which all the essential elements of the system are seamlessly merged to form
the whole. For education, simply handing over a series of websites or CD-ROM programs
to students is definitely not ICT integration. In a properly crafted ICT integrated lesson,
ICT and other crucial educational components such as content and pedagogy are molded
into one entity. As a result, the quality of the lesson would somehow be diminished if the
ICT ingredient were taken away from the ICT-integrated lesson (Williams, 2003).

A simple placement of hardware and/or software will not make integration naturally
follow (Earle, 2002). Numerous studies comparing traditional classroom-based instruction
with technology-enhanced instruction have found insignificant differences in student
satisfaction, attitudes, and learning outcomes (Johnson & Aragon, 2003). This statement
is supported by Earle, 2002 and claimed that the computer should be fitted into the
curriculum, not the curriculum into the computer. Therefore, effective ICT integration
should focus on pedagogy design by justifying how the technology is used in such a way
and why. Effective ICT integration into the learning process has the potential to engage
learners. For instance, using multimedia to present authentic and ill-structured problems
in problem-based learning can motivate and challenge students and hence develop their
problem-solving skills. ICT can support various types of interaction: learner-content,
learner-learner, learner-teacher, and learner-interface (Chou, 2003). These types of
interaction make the learning process more interactive and learners more active and
engaged.


THE IMPORTANCE OF THE STUDY

The teacher training system is currently coping with a wave of educational reforms, which
aim to help the system adapt to the spirit of the times and to the standards expected of
graduates of a teacher training program. Furthermore, ICT literacy enhances classroom
teaching and learning via a dynamic, interactive and engaging content that can promote
experimentation, innovation and best practices. UNESCO’S strategic objectives in
education note that ICT is the key to bring about an innovative impact on the quality of
education through various contents and teaching methods.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 38




Furthermore, In Malaysia the ICT master plan, outlined many programs to facilitate
the integration of ICT in education and training programs (MOE ,2012) to prepare
technologically literate and thinking workforce that will enable Malaysians to function as
st
keen and competitive global players of the 21 century.

Malaysian governments at all levels make efforts:
 To equip classroom with computers, connectivity to networks and access to the
internet.
 Almost all educational institutions are equipped with computer labs and access to
the net.
 Teachers are to go for basic information courses and also provide intensive and
continuous ICT training for all teachers.

Based on the spirit of National Education Philosophy, the essence of Teacher
Education Philosophy stated below will determine the course of direction and source of
inspiration for teachers to follow, with the aim to excel teaching and learning and to
enhance the image of teacher professionalism.

“Teacher with noble characters, progressive and scientific outlook will be prepared
to uphold the national aspirations as well as to enhance the national inherited
culture to ensure individual development and to preserve a united, democratic,
progressive and discipline society”

According to the above-mentioned Teacher Education Philosophy, the main
objective of teacher education is to train and produce teachers with a noble character, a
progressive and scientific vision, and a commitment to uphold the national aspirations
and heritage of culture. Teachers who are qualified as skilled professionals are expected
to succeed in their teaching careers and improve the reputation of the teaching
profession. In tandem with the training of students for the new digital age, teachers are
seen as key players in the use of ICT in their everyday classrooms. Previous studies
indicated that ICT integration is a complex phenomenon and technology or computer use
among teachers is complicated process. Over the years following the implementation of
various technology initiatives in the Malaysian education system, Ismail, Zakaria and Aziz
(2007) reported that the level of technology integration of teachers was still low. Teacher
training is therefore a necessary prerequisite for the assimilation of the conceptual
changes related to teaching and the integration of ICT in schools (Kay, 2006).

Moreover, defining the pedagogical competencies that a novice teacher needs to
possess is not a simple task, since the competencies involved are complex in nature.
Luckily, many organizations have published documents that can provide good references.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 39




For example, the National Educational Technology Standards (NETS) published by the
Information Society for Educational Technology (ISTE,2017). Given the advances in
technology and the access to the Internet in and out of school, ISTE tried to update its
standards to reflect these developments and transition from technology-based teaching
to technology-based learning, teamwork, leadership and empowerment. During the
2016–2017 academic year, ISTE solicited input from more than 2,000 educators and
administrators and used these data to redesign the standards around seven themes:
Learner, Leader, Citizen, Collaborator, Designer, Facilitator, and Analyst. These 2017
ISTE Standards for Educators incorporate many of the previous standards, while also
adding a focus on collaboration, advocacy, digital literacy, media literacy, computational
thinking, privacy and student data, student empowerment, data-based decision making,
feedback, and teaching colleagues.


METHODOLOGY

Research Objectives
The main research objectives formulated for the study are:
• To examine on how do the novice teachers integrate and use digital education
approaches to improve and transform student learning.

• To investigate the challenges being met by the novice teachers for ICT integration
in teaching and learning activities.

Sample
The sample of the study consists of thirty (30) novice teachers graduated from IPGs and
Universities who are posted for primary schools in Borneo districts (Ranau and Kota
Kinabalu). Six (6) participants for the interview session.
The questionnaires survey items administered to measure teachers’ integration stages,
attitudes, skill and knowledge and frequencies applying ICT during three to five years
teaching. The open-ended questions regarding opinion and suggestion for novice
teachers are also included in the questionnaires. The survey questionnaire is divided into
5 sections of questions to identify novice teachers’:
a) Competencies, ICT skills, and knowledge
b) Frequencies of ICT integration
c) Attitudes on ICT integration
d) Suggestion ICT integration by respondents (open ended questions)
The semi structured interview guide for six (6) participants regarding strategies and
approaches in technology integration in the curriculum.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 40




The charts are used to illustrate the data collected from survey with total of 30 responses
to answer the questionnaires. Figure 1 depicted that the demographics of the participants
from District of Ranau and Kota Kinabalu, Sabah. 21.4% are male and 78.6% are female
teachers. 26.3% graduated from IPTA (university) and 73.7% from IPGs (Figure 2).






















Figure 1: Pie chart of participates’ gender























Figure 2: Pie chart of percentage of respondents according to their institution.


Based on the data collected from the survey statistical graphs are illustrated to show
intelligible results. What are the level of computer skills and knowledge for primary school
novice teachers in teaching and learning process?

To answer this the survey being administered through few items of novice teachers,
teachers were asked to rate their ICT skills on the following scale;
(1) have no skill, (2) have little skill, (3) have some skill, (4) have moderate skill (5) have
a great deal of skill.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 41





How frequent of ICT integration in Teaching and learning process?
Novice teachers were asked to rate of their frequencies of ICT integration and support
from school administrator during their teaching period on the following scale;
(1) Never, (2) Seldom, (3), Occasionally, (4) Often, (5) Always


Table 1: Level of integration in Teaching and learning

Level 1 2 3 4 5

Initial Never Seldom Occasionally Often Always
level


New Average
level Low frequency of use frequency of High frequency of use
use



What are the attitudes on ICT Integration?
Novice teachers teachers were asked to rate their attitudes on the following scale: (1)
Never feel like this, (2) Seldom like this, (3) Occasionally feel like this, (4) Often feel like
this, (5) Almost always feel like this

The open-ended question section
Your opinion and suggestion:

• Does the school encourage autonomy and teamwork to enhance ICT used among
teaching staff?
• Does training programs is provided for teachers to increase their awareness about
the value of ICT learning?
• In your opinion, why do you think ICT integration in the class unsuccessful?
• Your suggestion on ICT integration in the classroom.

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 42




RESULTS

The descriptive study for the items being analysed.

Competencies

There are 14 items for novice teachers’ competencies, as for item no.1-6 regarding
knowledge of identifying computer components and word processing (typing). Item no.7
-14 regarding skills on internet and construct teaching and learning material. The
summary of the result finding from the questionaires were shown in the graph as
percentage and scale (1-5).


30 28
26
25 24

20
percentage 15 17


10
5
5
0
1 2 3 4 5
competencies


Figure 3: Novice teachers’ competencies ICT skills and knowledge

Figure 3 depicted competencies of respondents in technology (ICT) integration in
their pedagogical practice. Most of the respondents have moderate to great knowledge
of technology. The respondents mostly at scales 4-5. Fifty-four percents (54%) of the
respondent are competent in using technology such as ICT tools.

Frequencies of ICT Integration: There are 15 items for novice teachers’
frequencies of ICT integration in Teaching and Learning process. Most of the novice
teachers integrate the ICT as tools for teaching rather than student learning. As the result
from the questionnaires shown in Figure 4:

J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 43





30 28
26
25 24


percentage 20 17
15
10
5
5

0
1 2 3 4 5
frequencies
Figure 4: Novice teachers’ frequencies of integrating ICT


The respondents mostly at scales 4-5. Fifty-four percents (54%) of the respondents
are frequent user of technology and integrated in the classrooms. From the dimension of
novice teachers' attitude on ICT integration, the novice teachers’ are in positive attitude
towards ICT integration. The result as depicted in Figure 5 summarize the survey finding.


40 38
36
35
30
percentage 20 14
25


15
10
6 6
5
0
1 2 3 4 5
attitude on ict integration


Figure 5: Novice teachers’ attitude on ICT integration

The respondents mostly at scales 4 and 5. Seventy-four percents (74%) of the
respondents have positive attitude towards technology integration in the classrooms.
From the dimension of novice teachers’ attitude on ICT.


Click to View FlipBook Version