J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 94
bersetuju dengan kesediaan belajar secara dalam talian dengan jumlah 204 responden
(53.3%). Manakala hanya 179 pelajar (46.7%) daripada responden bersetuju dengan
pembelajaran dalam talian. Ini menunjukkan pelajar IPGKPI tidak suka/tidak bersedia
belajar menggunakan pembelajaran dalam talian. Kebolehcapaian internet menjadi salah
satu perkara penting dalam mengendalikan kelas dalam talian dengan baik.
Jadual 3 menunjukkan pemboleh ubah kesediaan Pelajar Terhadap Pembelajaran
Dalam Talian (Online Learning).
Jadual 3: Kesediaan terhadap pembelajaran secara dalam talian (online learning)
N Min Sisihan
Piawai
1. Saya dapat menguruskan masa
pembelajaran dalam talian dengan 383 4.18 1.601
berkesan.
2. Saya dapat berinteraksi dengan rakan
sekelas dengan menggunakan alat 383 4.76 1.604
komunikasi ketika interaksi berlangsung.
3. Saya sanggup menghabiskan masa 8
hingga 10 jam seminggu untuk talian 383 3.62 1.714
pembelajaran.
4. Saya mempunyai frekuensi rangkaian
yang tinggi untuk mengakses 383 3.75 1.754
pembelajaran secara dalam talian.
5. Saya dapat menyelesaikan tugasan
dengan mudah dalam jangka masa yang 383 3.99 1.591
ditetapkan.
Pernyataan “Saya dapat berinteraksi dengan rakan sekelas dengan menggunakan
alat komunikasi ketika interaksi berlangsung” merupakan min tertinggi iaitu 4.76 (SP=
1.604). Manakala min paling rendah adalah bagi pernyataan “Saya sanggup
menghabiskan masa 8 hingga 10 jam seminggu untuk talian pembelajaran dengan
minnya 3.62 (SP=1.714).
Jadual 4 menunjukkan pemboleh ubah Sikap Terhadap Pembelajaran Dalam
Talian. Min tertinggi adalah pada pernyataan “Semua perkara yang dipertimbangkan,
menggunakan sistem pembelajaran di rumah bermanfaat bagi saya” iaitu 4.44 (SP=
1.490). Min terendah ialah pada pernyataan “Menggunakan pembelajaran dalam talian
menjadikan pembelajaran lebih menarik” dengan min 4.25 (SP = 1.558).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 95
Jadual 4: Sikap terhadap pembelajaran dalam talian (online learning)
N Min Sisihan
Piawai
1. Saya berasa positif mengenai 383 4.34 1.538
pembelajaran dalam talian.
2. Pembelajaran secara dalam talian 383 4.37 1.510
adalah satu idea yang baik.
3. Pembelajaran secara dalam talian 383 4.34 1.483
adalah satu idea yang bijak.
4. Semua perkara yang dipertimbangkan,
menggunakan sistem pembelajaran di 383 4.44 1.490
rumah bermanfaat bagi saya.
5. Menggunakan pembelajaran dalam
talian menjadikan pembelajaran lebih 383 4.25 1.558
menarik.
Jadual 5 merujuk kepada Kemahiran Terhadap Pembelajaran Dalam Talian (Online
Learning).
Jadual 5: Kemahiran terhadap pembelajaran dalam talian (online learning)
N Min Sisihan
Piawai
1. Saya dapat berinteraksi dengan orang lain
menggunakan pelbagai format pengajaran 383 4.84 1.595
seperti teks, gambar (ilustrasi), suara
(audio), dan video.
2. Saya dapat berinteraksi dengan orang lain
melalui pertukaran mesej dan persidangan 383 4.87 1.589
video.
3. Saya dapat berkongsi fail dan tayangan
slaid dengan rakan kelas dengan 383 4.99 1.547
menggunakan pembelajaran dalam talian.
4. Saya boleh membuat persembahan dalam 383 4.53 1.617
pembelajaran dalam talian.
5. Saya boleh mengakses dan memuat turun 383 4.91 1.582
sumber dalam pembelajaran dalam talian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi merujuk kepada pernyataan
“Saya dapat berkongsi fail dan tayangan slaid dengan rakan kelas dengan menggunakan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 96
pembelajaran dalam talian” dengan nilai min 4.99 (SP=1.547). Manakala min terendah
adalah pernyataan “Saya boleh membuat persembahan dalam pembelajaran dalam
talian” dengan nilai min 4.53 (SP=1.617). Sebilangan besar pelajar di IPG tidak
mengalami masalah berkaitan dengan kemahiran belajar dalam talian. Ini kerana
kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran belajar menggunakan teknologi dan tidak
menghadapi masalah kerana turut sudah bersedia untuk belajar secara dalam talian.
Jadual 6: Pengetahuan terhadap pembelajaran dalam talian (online learning)
N Min Sisihan
Piawai
1. Pembelajaran dalam talian membolehkan
saya mengambil bahagian dalam kelas 383 4.68 1.557
dalam talian.
2. Pembelajaran dalam talian membolehkan
saya menghidupkan kamera video di kelas 383 4.54 1.596
dalam talian
3. Pembelajaran dalam talian membolehkan
saya menghidupkan mikrofon di kelas 383 4.64 1.581
dalam talian.
4. Pembelajaran dalam talian membuatkan
saya merasakan pengajaran dan 383 3.85 1.720
pembelajaran sebenar berlaku.
5. Pembelajaran dalam talian membolehkan
saya merumuskan pelajaran lebih 383 4.24 1.711
daripada sekali berdasarkan pengajaran
yang dirakam.
Jadual 6 menunjukkan Pengetahuan Terhadap Pembelajaran Dalam Talian
(Online Learning). Dapatan kajian menunjukkan min tertinggi ialah bagi pernyataan
“Pembelajaran dalam talian membolehkan saya mengambil bahagian dalam kelas dalam
talian” iaitu min 4.68 (SP=1.577). Nilai min terendah adalah ”Pembelajaran dalam talian
membuatkan saya merasakan pengajaran dan pembelajaran sebenar berlaku” dengan
nilai min 3.85 (SP=1.720). Sebilangan besar pelajar di IPGKPI tidak mengalami masalah
berkaitan dengan pengetahuan terhadap pembelajaran dalam talian.
Jadual 7 menunjukkan Komitmen Pensyarah Terhadap Pembelajaran Dalam
Talian (Online Learning). Dapatan kajian menunjukkan min tertinggi ialah pernyataan
“Pensyarah menyediakan bahan-bahan yang mencukupi dalam pembelajaran” dengan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 97
nilai min 5.26 (SP=1.485). Nilai min terendah pula merujuk kepada pernyataan
”Pensyarah menyediakan masa yang mencukupi untuk menyokong pembelajaran dalam
talian” dengan nilai min 5.17 (SP=1.581). Ini menunjukkan sebilangan besar pensyarah
IPGKPI tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan sesi pengajaran dalam talian
berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Ini kerana kebanyakan pensyarah
tidak menghadapi masalah kerana "kesediaan" terhadap pembelajaran dalam talian.
Jadual 7: Komitmen pensyarah terhadap pembelajaran dalam talian (online learning)
N Min Sisihan
Piawai
1. Pensyarah menyediakan kecukupan peluang 383 5.25 1.500
latihan dalam talian dengan pembelajaran.
2. Pensyarah mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk menyokong pembelajaran 383 5.24 1.457
dalam talian.
3. Pensyarah menyediakan bahan-bahan yang 383 5.26 1.485
mencukupi dalam pembelajaran.
4. Pensyarah menyediakan masa yang
mencukupi untuk menyokong pembelajaran 383 5.17 1.581
dalam talian.
Korelasi
Mengikut Nunally (1978), rule of thumb dalam menginterpretasi Korelasi Koefisyen
Pearson, nilai 0.00 hingga 0.30 adalah lemah. Korelasi yang sederhana adalah dari 0.31
hingga 0.50 manakala nilai dari 0.51 hinga 0.80 adalah kuat. Nilai Koefisyen Korelasi dari
0.81 hingga 1.00 diklasifikasikan sebagai sangat kuat.
Berdasarkan dapatan di Jadual 8, terdapat hubungan yang kuat antara empat
pembolehubah bebas: Sikap terhadap Pembelajaran Dalam Talian dengan nilai
koefisyen korelasi Pearson 0.739 (p<0.05, p<0.01) , Kemahiran Terhadap Pembelajaran
Dalam Talian nilai koefisyen korelasi Pearson 0.725 (p<0.05, p<0.01), Pengetahuan
Terhadap Pembelajaran Dalam Talian nilai koefisyen korelasi Pearson 0.754 (p<0.05,
p<0.01) dan Komitmen PensyarahTerhadap Pembelajaran Dalam Talian nilai koefisyen
korelasi Pearson 0.588 (p<0.05, p<0.01). Kesemua pemboleh ubah bebas ini mempunyai
hubungan yang kuat dan berkorelasi positif dan signifikan dengan pemboleh ubah
bersandar.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 98
Jadual 8: Korelasi
Hipotesis Nilai P Koefisyen Keputusan
Kolerasi
Sikap Terhadap Pembelajaran Dalam 0.000 0.739 H1
talian diterima
Kemahiran Terhadap Pembelajaran 0.000 0.725 H2
Dalam Talian diterima
Pengetahuan Terhadap Pembelajaran 0.000 0.754 H3
Dalam Talian diterima
Komitmen Pensyarah Terhadap 0.000 0.588 H4
Pembelajaran Dalam Talian diterima
Hipotesis Pertama
Ho: Tiada hubungan yang signifikan antara Sikap Terhadap Pembelajaran dalam
talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran Secara Dalam Talian (online
learning)
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara Sikap Terhadap Pembelajaran Dalam
Talian (online learning):
Berdasarkan Jadual 8, nilai p untuk Sikap Terhadap Pembelajaran adalah 0.000, iaitu
kurang dari 0.05 dan 0.01. Justeru itu, H0 adalah ditolak.
Hipotesis Kedua
Ho: Tiada hubungan yang signifikan antara Kemahiran Terhadap
Pembelajaran dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran
Secara Dalam Talian
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Terhadap Pembelajaran
Dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran.
Berdasarkan Jadual 8, nilai p untuk Kemahiran Terhadap Pembelajaran Melalui Talian
adalah 0.000, iaitu kurang dari 0.05 dan 0.01. Justeru itu, H0 adalah ditolak.
.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 99
Hipotesis Ketiga
Ho: Tiada hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran
Secara Dalam Talian
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran
Secara Dalam Talian.
Berdasarkan Jadual, 8 nilai p untuk Pengetahuan Terhadap Pembelajaran Dalam Talian
dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran Secara Dalam Talian adalah 0.000, iaitu
kurang dari 0.05. H0 adalah ditolak.
Hipotesis Keempat
Ho: Tiada hubungan yang signifikan antara Komitmen Pensyarah Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran
Secara Dalam Talian.
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara Komitmen Pensyarah Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian dengan Kesediaan Terhadap Pembelajaran
Secara Dalam Talian.
Berdasarkan Jadual 8, nilai p untuk Komitmen Pensyarah adalah 0.000, iaitu kurang dari
0.05 dan 0.01. Justeru itu, H0 adalah ditolak.
Regresi Berganda
2
Pekali Penentu Berganda (R ) seperti dalam Jadual 9 menerangkan berapa
banyak varians adalah pembolehubah bersandar yang dijelaskan oleh pemboleh ubah
bebas. Dalam kajian ini terdapat 0.654 atau 65.4 peratus Kesediaan Terhadap
Pembelajaran Secara Dalam Talian dapat dijelaskan oleh Pembolehubah Sikap
Terhadap Pembelajaran Dalam Talian (sig <0.05 = 0.000), Kemahiran Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian (sig <0.05 = 0.000), dan Pengetahuan Dalam Pembelajaran
Dalam Talian (sig <0.05 = 0.000). Walaubagaimanapun, Komitmen Pensyarah
menunjukkan tidak mempengaruhi Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian nilai p > 0.05
= 0.649). Nilai beta pekali standard Sikap Terhadap Pembelajaran Dalam talian (0.333)
adalah yang terbesar, diikuti dengan Kemahiran (.268), dan Pengetahuan (.299). Ini
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 100
bererti bahawa sikap pelajar memainkan peranan besar dalam memastikan kesediaan
pembelajaran dalam talian.
Jadual 9: Regresi berganda
Pembolehubah Beta Pekali standard T Sig R²
Sikap .333 6.778 .000 0.654
Kemahiran .268 5.040 .000
Pengetahuan .299 5.048 .000
Komitmen Pensyarah -.021 -0.455 .649
*p<0.05; **p<0.01
Berdasarkan Jadual 10 di bawah, dapatan hasil kajian untuk melihat persamaan
varians untuk penggunaan sepenuhnya pembelajaran dalam talian. Nilai p 0.881 yang
lebih besar daripada 0.05. Oleh kerana nilai p lebih besar daripada α, oleh itu, keputusan
gagal untuk menolak hipotesis nol. Kesediaan pelajar tiada berbeza walau di mana
mereka berada, tidak kira dalam bandar ataupun bandar.
Jadual 10: Ujian luar bandar dan bandar terhadap kesediaan pembelajaran dalam talian
Kesediaan Pembelajaran N Min t Sig
Secara Dalam Talian
Luar Bandar 241 3.8185 .022 .881
Bandar 142 4.0569
Hipotesis nol: Ho: μ (luar bandar) = μ (bandar)
Hipotesis alternatif: H1: μ (luar bandar) ≠ μ (bandar)
Jadual 11 di bawah menunjukkan ujian t jantina terhadap kesediaan pembelajaran
dalam talian. Oleh kerana nilai p lebih besar daripada α 0.05, oleh itu, keputusan gagal
untuk menolak hipotesis nol. Pelajar lelaki ataupun perempuan adalah sama dalam
Kesedian Belajar Dalam Talian. Tiada perbezaan di antara mereka.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 101
Jadual 11: Ujian t jantina terhadap kesediaan pembelajaran dalam talian
Jantina N Min t sig
Lelaki 128 4.2359
0.729 0.394
Perempuan 255 3.9741
Ho: μ (Lelaki) = μ (Perempuan)
H1: μ (Lelaki) ≠ μ (Perempuan)
ANOVA
Berdasarkan keputusan Jadual 12, nilai p adalah lebih besar dari α 0.05, Terdapat
perbezaan yang signifikan antara kumpulan. Oleh itu, keputusannya adalah gagal untuk
menolak hipotesis nol. Kajian ini menyimpulkan bahawa tidak ada hubungan yang
signifikan antara rangkaian yang disediakan dengan kesediaan belajar dalam talian
dalam kalangan pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam.
Jadual 12: Penyedia rangkaian
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 157.043 30 5.235 1.202 .219
Within Groups 1532.758 352 4.354
Total 1689.802 382
Ho: Semua min Penyedia Rangkaian adalah sama.
H1: Sekurang-kurangnya satu min Penyedia Rangkaian berbeza.
Jadual 13 menunjukkan sejauh mana tahap komitmen pensyarah. Dapatan
menunjukkan hanya 17 (11.2%) orang pensyarah berada dalam skala rendah, 81 (21.1%)
pensyarah mempunyai tahap yang sederhana dan sebahagian besar pensyarah iaitu 285
orang (74.4%) berada di tahap yang tinggi dalam kesediaan pengajaran dalam talian.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 102
Jadual 13: Tahap komitmen pensyarah
Tahap Frekuensi Peratus (%)
Rendah 17 4.4
Sederhana 81 21.1
Tinggi 285 74.4
JUMLAH 383 100.00
Jadual 14 menunjukkan tahap kesediaan pelajar. Dapatan menunjukkan 43 orang
pelajar (11.2%) berada dalam skala rendah, 206 (53.8%) pelajar mempunyai tahap yang
sederhana dan 134 (35%) berada di tahap yang tinggi dalam kesediaan pembelajaran
dalam talian. Majoritinya masih dalam pencapaian yang sederhana.
Jadual 14: Tahap kesediaan pelajar
Tahap Frekuensi Peratus (%)
Rendah 43 11.2
Sederhana 206 53.8
Tinggi 134 35.0
JUMLAH 383 100.00
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian menunjukkan tahap kesediaan pelajar menggunakan pembelajaran dalam talian
adalah sederhana, namun memerlukan kepada pemerkasaan dari sudut pengetahuan
dan kemahiran pelajar serta kemudahan akses. Semua institusi pendidikan mesti
mengambil langkah alternatif untuk meneruskan pendidikan pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah penting untuk kesediaan pelajar belajar
dalam talian. Adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk melengkapkan diri dengan
kesediaan, sikap, kemahiran, pengetahuan dan komitmen serta bersedia untuk
menggunakan pembelajaran dalam talian untuk memaksimumkan tahap kecemerlangan
pembelajaran pelajar. Menurut Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar dan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 103
Norziah Othman (2017), sifat kendiri pelajar memainkan peranan yang penting dalam
keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran (e-Learning). Kajian ini juga mencadangkan
supaya pelajar mempraktikkan pembelajaran menggunakan e-Pembelajaran (e-
Learning) di dalam penyampaian pembelajaran supaya penggunaan e-Pembelajaran (e-
Learning) yang berkesan. Secara langsung dapat melahirkan pelajar yang lebih celik
dalam teknologi dan membentuk pelajar yang holistik dari semua perkara.
Berdasarkan statistik kesediaan pelajar terhadap pembelajaran menunjukkan
pernyataan kadar terendah adalah “Saya sanggup menghabiskan masa 8 hingga 10 jam
seminggu untuk talian pembelajaran dengan nilai min 3.62 (Sisihan Piawai = 1.714). Ini
jelas menunjukkan pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam tidak bersedia untuk
berhadapan dengan situasi pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh 8 hingga 10
jam. Hal ini mungkin disebabkan masalah talian, data terhad ataupun masalah
memberikan tumpuan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam perkara ini
adalah pembelajaran secara dalam talian adalah perkara baharu. Lebih lagi pandemik
COVID-19 melanda dunia datang secara tiba-tiba. Pelajar tidak bersedia berhadapan
dengan norma baharu dalam pendidikan kerana sebelum ini pembelajaran dijalankan
secara konvensional. Kehadiran cybergogi dilihat sebagai satu beban baharu walaupun
kaedah ini amat menyeronokkan.
Sikap pelajar turut mempengaruhi pembelajaran dalam talian sama ada pelajar
dapat menyesuaikan diri atau tidak. Untuk melakukan pembelajaran dalam talian banyak
cabaran yang dihadapi oleh pelajar atau pensyarah itu sendiri. Antara cabaran ialah
kemudahan akses internet yang dikaitkan dengan lokasi tempat tinggal, sama ada bandar
atau luar bandar. Ini amat memberi kesan terhadap kesediaan pelajar. Pengetahuan
tentang teknologi oleh pelajar dan pensyarah sangat penting kerana ianya turut memberi
kesan terhadap reaksi pelajar terhadap pembelajaran. Tahap kesediaan pembelajaran
dalam talian pelajar di IPGKPI adalah sederhana. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa
tahap komitmen pensyarah turut tinggi. Kesediaan adalah prinsip pembelajaran dan
mempengaruhi pembelajaran (Horzum, Kaymak, & Gungoren, 2015).
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan pelajar beranggapan pernyataan
“Menggunakan pembelajaran dalam talian menjadikan pembelajaran lebih menarik”
dengan min 4.25 (Sisihan Piawai = 1.558) adalah tidak diterima. Pelajar masih
menunjukan sikap tidak menerima pembelajaran dalam talian sebagai satu kaedah yang
menarik. Justeru, para pendidik perlu mevariasikan aktiviti serta memilih aplikasi yang
bersesuaian dengan isi kandungan, tahap pengetahuan dan kemampuan pelajar. Adalah
baik sekira pelajar boleh memberikan cadangan dalam usaha mengubah corak
pembelajaran dalam talian agar lebih menarik dari masa ke masa. Dalam situasi negara
berhadapan dengan pandemik Coronavirus, sangat wajar agar sektor pendidikan di
sekolah, malah institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut memberi peluang kepada
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 104
pelajar untuk mencadangkan usaha melaksanakan PdP secara dalam talian kelas
dengan lebih menarik semasa pandemik.
Manakala dari aspek kemahiran berdasarkan statistik deskriptif menunjukkan
bahawa kemahiran pelajar di IPGKPI tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan
pembelajaran dalam talian. Ini kerana kebanyakan mereka tidak menghadapi masalah
seperti ini kerana "kesediaan" pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian
juga memerlukan rangkaian yang sangat kuat untuk kebolehan mengakses laman web
atau aplikasi. Sebilangan besar pelajar melakukan pembelajaran dalam talian di rumah
mereka yang merupakan kawasan luar bandar, yang mana kemudahan rangkaian yang
sederhana.
Kesimpulannya, salah satu kunci untuk menjayakan pembelajaran dalam talian
adalah interaksi dan komitmen. Dalam waktu yang sama pelajar dan pensyarah dapat
melibatkan diri secara aktif untuk membantu pelajar dalam kursus yang diceburi dan
sentiasa peka akan kehendak pelajarnya. Tambahan lagi kajian ini diperlukan untuk
memahami sepenuhnya persekitaran pembelajaran dalam talian dan membolehkan
penyampaian pembelajaran secara dalam talian dapat membantu meningkatkan
pencapaian akademik dan kemahiran generik dalam kalangan pelajar institusi pendidikan
guru.
Hasil kajian menunjukkan bahawa “sikap” memberikan sumbangan yang besar
terhadap kesediaan pelajar. Mereka yang tinggal di luar bandar terbukti mempunyai
kesediaan yang lebih rendah daripada mereka di bandar. Majoriti responden berada pada
tahap kesediaan sederhana. Penemuan ini akan memberi gambaran kepada IPGM dan
KPM untuk mempertimbangkan tindakan yang sesuai untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran pembelajaran di kampus, universiti dan sekolah tidak terganggu kerana
wabak COVID-19 atau sebarang kejadian yang tidak dijangka. Semua pihak termasuk
pensyarah, pelajar dan organisasi perlu memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan aspek kesediaan pembelajaran dalam talian (online learning) dalam
kalangan pelajar dan pensyarah IPGKPI dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, norma baharu perlu diterima agar semua pihak dapat memaksimakan
pengurusan kerja dan memenuhi keperluan pengguna/pelanggan. Dalam konteks
pendidikan, peranan teknologi maklumat dan komunikasi sangat mempengaruhi
kehidupan masa kini. Kaedah pembelajaran secara dalam talian menjadi pembelajaran
alternatif dengan menggunakan apa sahaja platform yang mudah diakses secara
percuma. Malah, perkembangan abad ke21 menuntut para pendidik dan pelajar untuk
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 105
selari dengan keperluan semasa yang semakin terkenal dan berkembang pesat mengikut
arus kemodenan. Penggunaan pembelajaran dalam talian bersifat kendiri dan lebih
fleksibel berbanding masa kuliah yang perlu dihadiri secara bersemuka dan yang telah
ditetapkan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini memerlukan
sumber teknologi terkini seperti komputer, peranti elektronik dan juga capaian internet
yang baik. Keperluan ini sedikit sebanyak mempengaruhi minat belajar pelajar
disebabkan lokasi kedudukan, capaian internet dan juga melupakan faktor ekonomi
keluarga. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha menjadikan
pendidikan alaf baharu ini besesuaian dengan keperluan dan pemintaan pelajar.
Rujukan
Aviv & Golan, (1998). Pedagogical communication patterns in collaborative
telelearning. Journal of Education Technology Systems. http://www.cjlt.
ca/content/vol29/cjlt29-3_art6.html. Muat turun pada 15 Jun 2020.
Berita Harian.(2020). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu
buat guru. 16 Mei 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020
/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-
guru. Muat turun pada 29 Julai 2020.
Hazlina Halim, Normaliza Abd Rahim & Nor Shahila Mansor. (2017). Motivation and
strategies in acquiring the French language among undergraduates in
Universiti Putra Malaysia. Jurnal Linguistik. 21 (2), 69-80.
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-
Pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi
Selangor. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education. Vol. 1, No. 1
(2017). Kajang: Kolej Universiti Islam Malaysia. Ms 74-82.
Horzum, M. B., Kaymak, Z. D., & Gungoren, O. C. (2015). Structural equation
modeling towards online learning readiness, academic motivations, and
perceived learning. Educational Sciences: Theory & Practice, 15(3).
Juhazren Junaidi & Madihah Jailan. (2010). Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, Fakulti
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 106
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia. Ms: 1-8.
Maslin Masrom, Amirah Syahmi Nadzari & Suziatul Akmawani. (2016).
Implementation of mobile learning apps in Malaysia higher education
institutions. https://worldconferences.net/proceedings/gse2016/fullpaper. Muat
turun pada 22 Jun 2020.
Mayer, R. (2018). Thirty years of research on online learning. Applied Cognitive
Psychology, 33(2), 152-159. doi: 10.1002/acp.3482.
Mehmet Baris Horzum, Zeliha Demir Kaymak dan Ozlem Canan Gungoren. (2015.
Structural equation modeling towards online learning readiness,academic
motivations, and perceived learning. Educational Sciences: Theory &
Practice. ISSN 1303-0485 •eISSN 2148-7561DOI
10.12738/estp.2015.3.2410, pp: 767
Nor Hidayati Mokthar. (2020). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran
sepanjang hayat. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-
untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/. Dimuat turun pada 22 Jun 2020.
Nunnaly, J. C. (1978). Psychometric theory (2nd ed.). USA: McGraw-Hill.Pintrich.
Waheed, M., & Hussain, M. F. (2010). Empirical study of e-learner contentment
towards e-Learning: Influential role of key factors. The 2010 MIT LINC
Conference in Stratton Center on the MIT Campus. Boston, 23 – 26 May 2010.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 107
PELAKSANAAN M-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
RENDAH DI MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWAL PERGERAKAN
1
Seow Sieu Kian ([email protected])
Wong Mai Sze ([email protected])
1
2 Chua Lay Nee, PHD ([email protected])
1
IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat
2 IPGK Raja Melewar, Seremban
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta Kursus Pemikiran
Komputational dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2)
yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di Malaysia terhadap m-pembelajaran
dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan (PKP). Sampel kajian terdiri daripada 73 orang
peserta Kursus Pemikiran Komputational dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah
Rendah Tahun 2020 (Siri 2) dari seluruh Malaysia. Kajian ini ditadbir melalui kaedah
kajian kuantitatif dan disokong oleh dua soalan terbuka secara bertulis. Hasil analisis
menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap pelaksanaan
kursus (95.8%). Analisis kajian menunjukkan skor min keseluruhan ketiga-tiga dimensi
kajian adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 3.44. Melalui analisis ujian-t, hasil kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan terhadap pelaksanaan
m-pembelajaran dengan faktor jantina dan faktor lokasi dalam kalangan peserta kursus.
Justeru, hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat kekangan dalam kalangan peserta
untuk melaksanakan m-pembelajaran melalui kursus dalam talian semasa PKP.
Kata Kunci: m-pembelajaran, Perintah Kawal Pergerakan (PKP), Kursus dalam talian
Abstract
The main aim of this study was to observe participant’s level of satisfaction towards m-
learning in teaching and learning process during Movement Control Order (MCO). The
respondents in this study were 73 participants from primary schools was enrolled in the
Pemikiran Komputasional dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2) course from whole country. The method of this study was survey research by using
questionnaire instrument and two open-ended questions to get feedback from
respondents. The findings of this study indicated the respondents had a high level
satisfaction (95.8%) towards m-learning. Data of analysis showed that mean score value
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 108
of three dimension of main study’s focus was 3.44. Through t-test, the results show that
the were no difference between gender and location towards m-learning. thus, study
findings also showed that participants have no constraint to apply m-learning in teaching
and learning process through online course during MCO.
Keywords: m-learning, Movement Control Order (MCO), Online course
PENDAHULUAN
Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan
peningkatan kualiti guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi
tanggungjawab penuh kepada Institut Pendidikan Guru (IPGM) untuk menghasilkan guru
pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang bersikap positif, berdaya tahan dan
prihatin serta peka terhadap murid. 27 buah cawangan kampus di seluruh negara sedang
memikul tanggungjawab besar ini. Pada masa yang sama, KPM telah meletakkan
keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan sebagai
Anjakan 7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam
kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Mohd Zulhasnan Mat & Fadli Bacho (2019), proses
pendidikan kini bukan bertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi ia boleh berlaku
di luar bilik darjah dan pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran mudah alih
(m-pembelajaran) telah diperkenalkan pada dekad ini. Di samping itu, Quinn (2002) telah
mendefinasikan m-pembelajaran sebagai pembelajaran menerusi alat mudah alih seperti
telefon bimbit, PDA, Palms dan sebagainya. Kefahaman dan daya ingatan pelajar dapat
dipertingkatkan melalui m-pembelajaran. (McCann, 2015). Justeru, pelajar-pelajar dapat
mengakses kepada kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif melalui peralatan
yang lengkap. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat meningkat minat terhadap
pembelajaran.
PENYATAAN MASALAH
Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan mengalami transformasi yang
drastik dan tenaga pengajar bersedia untuk berubah. Kebanyakan universiti awam dan
universiti swasta telah mula menjalankan m-pembelajaran. Justeru, pensyarah-
pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
m-pembelajaran melalui pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet,
Schoology, Edmodo, Padlet dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
m-pembelajaran secara menyeluruh belum mencapai tahap yang menyeluruh
terutamanya di kolej-kolej komuniti apatah lagi di sekolah-sekolah rendah dan menengah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 109
di seluruh negara. (Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin, 2019). Apa
peranan yang dimainkan oleh pensyarah dalam program Latihan Dalam Perkhidmatan
telah menarik minat pengkaji terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ini. Pengkaji mendapati bahawa aplikasi m-pembelajaran merupakan salah satu
peluang mengabungjalinkan aplikasi peranti mudah alih dan Teknologi Web 2.0 dengan
pendidikan. Secara hakikatnya semua sekolah terpaksa ditutup disebabkan oleh
penularan pandemik COVID-19, banyak sekolah telah mengambil langkah untuk
melaksanakan pembelajaran maya bagi memastikan sesi pembelajaran tidak tertangguh.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
Kursus Pemikiran Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2) dalam talian untuk memantapkan penguasaan kandungan ilmu para guru.
Selanjutnya menerusi kajian ini pengkaji akan melihat adakah faktor jantina dan lokasi
peserta kursus akan mempengaruhi keberkesanan Kursus Pemikiran Komputational
Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) dalam tempoh PKP.
OBJEKTIF KAJIAN
Kalian ini dijalankan untuk melihat tahap kepuasan peserta Kursus Pemikiran
Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) yang
dijalankan dalam tempoh PKP. Antara objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah:
a) Mengenal pasti tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus.
b) Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut jantina.
c) Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut lokasi.
d) Mengenal pasti refleksi peserta mengenai kekuatan kursus.
PERSOALAN KAJIAN
a) Apakah tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan peserta
kursus?
b) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut jantina?
c) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut lokasi?
d) Apakah refleksi peserta mengenai kekuatan kursus?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 110
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini berupaya memberi maklumat kepada IPGM,
Malaysia Digital Economy Cooperation (MDEC), IPG Kampus Tun Hussein Onn
(IPGKTHO) dan IPG Kampus Raja Melewar (IPGKRM) dalam mengenal pasti tahap
kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan peserta Kursus CT & RBT Untuk Guru
Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2). Di samping itu diharapkan kualiti pengajaran
peserta kursus dapat ditingkatkan. Dapatan kajian ini juga dapat menambahkan
pengetahuan dan maklumat literatur kepada bidang penyelidikan.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Soal selidik skala Likert 4 mata dengan 1 (sangat
tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (setuju), dan 4 (sangat setuju) telah digunakan. Seramai
73 orang responden telah menjadi sampel kajian. Alat ukur kajian berupa satu set soal
selidik yang terkandung maklumat-maklumat profil responden dan sembilan item yang
mengukur tahap kepuasan peserta kursus terhadap m-pembelajaran.
Kebolehpercayaan instrumen bagi kajian ini ialah pada Alfa Cronbach = .95 seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1. Item soalan ini mempunyai tiga dimensi iaitu pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dan cintai profesion keguruan. Terdapat dua soalan terbuka
secara bertulis mengenai kekuatan kursus. Data kajian telah dianalisis dengan perisian
Statistical Package for The Sosial Science (SPSS) versi 22. Analisis data secara statistik
deskriptif melibatkan peratus, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan
dapatan kajian. Skor min yang dilaporkan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah,
sederhana tinggi dan tinggi seperti dinyatakan dalam Jadual 2.
Jadual 1: Nilai Pekali Alfa Cronbach bagi Aspek Kepuasan Peserta Kursus CT & RBT
Untuk Guru Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2)
Bil Konstruk Min Nilai Kebolehpercayaan
(Alpha Cronbach)
1 PdP .86
2 Motivasi .85
3 Cintai Profesion .89
Keseluruhan 9 item .95
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 111
Dari ujian kebolehpercayaan jenis ketekalan dalaman, didapati nilai Alfa Cronbach
bagi keseluruhan sembilan item ialah 0.95. Ini menunjukkan bahawa nilai pekali
kebolehpercayaan yang melebihi 0.5 adalah baik jika bilangan item adalah kurang
daripada sepuluh.
Jadual 2 menunjukkan penentuan min bagi tahap kepuasan peserta Kursus
CT_RBT sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri2). Interpretasi skor min data untuk kajian ini
adalah berdasarkan Vagias, Wade M (2006).
Jadual 2: Jadual Penentuan Min
Bil Nilai Min Aras
1 1.00 hingga 2.00 Rendah
2 2.01 hingga 2.99 Sederhana tinggi
3 3.00 hingga 4.00 Tinggi
Sumber: Vagias, Wade M (2006)
Analisis tahap kepuasan Kursus CT RBT sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri2)
dilaporkan mengikut tiga konstruk iaitu Pengajaran dan Pembelajaran, motivasi dan cintai
profesion keguruan seperti digambarkan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Item Kajian Mengikut Konstruk
Konstruk No item Pernyataan item
PdP 1 Proses bimbingan pensyarah dapat meningkatkan
amalan PAK-21.
2 Proses bimbingan pensyarah dapat meningkatkan
kemahiran TMK.
3 Saya akan memanfaatkan ilmu yang saya belajar
dalam Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka
Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 di
sekolah kelak.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 112
Motivasi 4 Proses bimbingan pensyarah berupaya meningkatkan
motivasi saya.
5 Saya berasa seronok mengikuti Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah
rendah Tahun 2020 secara dalam talian semasa PKP.
6 Saya berpuas hati dengan bimbingan pensyarah.
Cintai Profesion 7 Proses bimbingan pensyarah berjaya meningkatkan
semangat mencintai profesion keguruan.
Keguruan
8 Pelaksanaan Kursus Pemikiran Komputational subjek
Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020
secara dalam talian yang dijalankan semasa PKP
menjadikan saya lebih berkeyakinan
9 Proses pelaksanaan Kursus Pemikiran Komputational
subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun
2020 secara dalam talian dapat melengkapkan saya
menjadi seorang guru yang cemerlang.
Jadual 4 menunjukkan profil responden kajian ini. Seramai 31 orang (43%) peserta
laki-laki dan 42 orang peserta perempuan (57%) menjawab instrumen soal selidik.
Seramai 35 orang peserta adalah dari Semenanjung Malaysia (48%) dan 38 orang
peserta dari Sabah dan Sarawak (52%).
Jadual 4: Profil Responden Peserta Kursus
Variabel Kategori Kekerapan Peratus
Laki-laki 31 43%
Jantina
Perempuan 42 57%
Semenanjung 35 48%
Lokasi Malaysia
Sabah dan Sarawak 38 52%
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 113
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada persoalan kajian.
i. Apakah tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan peserta kursus?
Jadual 5 menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi setiap
konstruk kepuasan pelanggan. Peratusan telah mencapai nilai persetujuan minima 92%
yang ditetapkan oleh IPGM. Ini menunjukkan peserta kursus sangat berpuas hati dengan
PdP pensyarah, motivasi dan semangat cintai profesion keguruan. Konstruk PdP
mendapat min yang tertinggi iaitu 3.43, sp=.56, diikuti dengan konstruk motivasi
min=3.40, sp=.42 dan konstruk cintai profesion keguruan min =3.34, sp=.58.
Jadual 5: Taburan Keseluruhan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Semua konstruk
Tahap Kepuasan Peserta Kursus CT & RBT Untuk Guru Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2)
Bil Konstruk Tahap Peratus Min Sisihan
Kepuasan Peserta Piawai
1 PdP 96.8 3.43 .56
2 Motivasi 94.6 3.40 .42
3 Cintai profesion keguruan 94.0 3.34 .58
Purata 95.6 3.40 .58
ii. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan peserta
kursus mengikut jantina?
Perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran untuk Kursus CT-RBT sekolah
Rendah Tahun 2020 (Siri 2) mengikut jantina diukur dengan menggunakan analisis ujian-
t sampel bebas. Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara peserta
kursus dari segi jantina dalam tahap kepuasan m-pembelajaran (t (73) = .37 p-Valve
0.71> 0.05). Hal ini disebabkan peserta laki-laki dan peserta perempuan mencapai
kepuasan yang hampir sama semasa mengikuti kursus.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 114
Jadual 6: Analisis Ujian-t sampel Bebas Perbezaan Tahap Kepuasan m-Pembelajaran
Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun
2020 Mengikut Jantina
n t p-valve
Lelaki 31 .37 0.71
Perempuan 42 .36 0.72
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan peserta
kursus mengikut lokasi?
Perbezaan tahap keberkesanan m-pembelajaran untuk Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 mengikut
lokasi diukur dengan menggunakan analisis ujian-t sampel bebas. Jadual 7 menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan antara peserta kursus dari segi lokasi dalam tahap
kepuasan m-pembelajaran (t (73) = -1.22 p-Valve 0.23> 0.05) menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek kepuasan peserta kursus dari aspek
lokasi.
Jadual 7: Analisis Ujian –t Sampel Bebas Perbezaan Tahap Kepuasan Peserta Kursus
Mengikut Lokasi
n t p-valve
Semenanjung 35 -1.22 0.23
Sabah dan Sarawak 38
iv. Apakah refleksi peserta mengenai kekuatan kursus?
Berdasarkan refleksi mengenai kekuatan kursus seperti dalam Jadual 8, secara
keseluruhannya, peserta kursus berpuas hati dengan pengalaman PdP pensyarah dan
berpendapat kursus ini bukan sahaja dapat meningkatkan amalan PAK21, tetapi berjaya
meningkatkan motivasi kerana pengisian yang cukup menarik dan sangat membantu
mereka. Peserta turut memberi refleksi bahawa kursus ini mampu meningkatkan
semangat mencintai profesion keguruan mereka.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 115
Jadual 8: Dapatan Data Mengikut Refleksi Peserta Kursus
Bil Refleksi Peserta Kursus Mengenai Kekuatan Kursus
P1 Boleh berkongsi maklumat dengan ramai peserta kursus dari pelbagai negeri
P2 Dapat meningkatkan kemahiran dalam subjek Reka Bentuk Teknologi
P3 Memudahkan dan membantu guru sebelum persekolahan
P4 Sususan isi kursus yang disampaikan secara tersusun dan penyampaian yang
agak santai.
P5 Peningkatan ilmu walaupun dalam tempoh MCO.
P6 Pensyarah yang berkaliber
P7 Dapat memberi pendedahan kepada saya yang baru menceburi bidang RBT.
P8 Menjimatkan penggunaan sumber
P9 Kursus ini merupakan satu ilmu baru bagi diri saya. Sangat menarik untuk
diajarkan kepada murid.
P10 Kursus dapat diikuti walaupun negeri berlainan dan dari rumah.
P11 Belajar ilmu baru yang saya tidak pernah tahu
P12 Hands on yang berkesan dengan arahan yang jelas
P13 Memahami secara mendalam
P14 Semua guru-guru fokus
P15 Dapat meningkatkan ilmu tentang Program Scratch
P16 Modul yang mudah dan baik.
P17 Penerangan yang jelas dan mudah difahami
P18 Para penceramah mempunyai kepakaran dalam tajuk masing-masing
P19 Dapat mengenali Microbit yg tidak pernah dipelajari
P20 Kursus RBT ini dapat meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran
guru dalam PdPC
P21 Saya boleh menonton rakaman berulang-ulang dan pause rakaman untuk
membuat secara langkah demi langkah
P22 Isi kandungan dan interaksi secara langsung
P23 Lebih selesa mengikuti kursus di rumah
P24 Pengisian yang cukup menarik dan sangat membantu. Dapat meluaskan
pandangan guru-guru yang terlibat
P25 Memberikan ilmu baru kepada peserta serta dapat mengisi masa terluang
semasa PKP
P26 Penjelasan yang ringkas dan padat
P27 Semua guru seluruh Malaysia dapat mengikuti kursus
P28 Penjelasan yang teliti
P29 Banyak benda baru yang sebelum ini saya tidak didedahkan
P30 Ramai tenaga pengajar dapat berinteraksi dengan peserta dalam satu masa
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 116
P31 Pada pendapat saya, kekuatan yang ada adalah perkongsian ilmu yang
disampaikan oleh pensyarah kepada peserta sangat membantu saya.
P32 Dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik
P33 Bahan yang disediakan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan yang
diberikan.
P34 Meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi online
P35 Memberi banyak input baharu kepada guru yang baru mula mengajar subjek
ini
PERBINCANGAN
Hasil dapatan menunjukkan peserta kursus berpuas hati (95.8%) dengan pelaksanaan
Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun
2020 secara dalam talian dalam tempoh PKP. Peratusan menunjukkan tahap kepuasan
peserta kursus telah melepasi tahap minima 92% yang ditetapkan oleh IPGM. Ini
menunjukkan peserta kursus bersedia untuk mengikuti kursus berasaskan teknologi
komunikasi seperti kaedah m-pembelajaran. Dalam masa yang sama, dapatan telah
membuktikan kaedah PdP yang berorientasikan m-pembelajaran mempunyai
penerimaan yang tinggi dalam kalangan peserta Kursus Pemikiran Komputational subjek
Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020. Justeru, kajian ini secara tidak
langsung menggalakan proses PdP berbantukan aplikasi Teknologi Web 2.0 seperti
penggunaan telefon pintar melalui pembelajaran segerak dan pembelajaran tidak
segerak. Di samping itu, menerusi hasil dapatan, dapat dilihat bahawa tidak terdapat
perbezaan kepuasan antara faktor jantina dan lokasi peserta.
Walau bagaimanapun, kajian ini terbatas kepada peserta Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 sahaja. Hasil
dapatan adalah untuk melihat tahap kepuasan peserta kursus tentang pelaksanaan
kursus dalam talian semasa PKP terhadap m-pembelajaran. Dapatan kajian tidak boleh
mewakili tahap kepuasan peserta kursus untuk siri lain di bawah kursus yang sama yang
dikendalikan pada tempoh masa yang berlainan dan juga pensyarah berlainan daripada
zon selatan Institut Pendidikan Guru. Namu demikian, dapatan kajian ini boleh
dipanjangkan untuk perhatian IPGM, MDEC dan IPGK untuk penambahbaikan
berterusan seiring dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 117
KESIMPULAN
Kajian ini memberi fokus kepada tahap kepuasan peserta Kursus CT-RBT sekolah
Rendah Tahun 2020 (Siri 2) terhadap m-pembelajaran dalam tempoh masa PKP. Secara
keseluruhannya peserta kursus berpuas hati dengan pelaksanaan kursus secara dalam
talian dan melepasi tahap minima 92% yang ditetapkan oleh IPGM. Dapatan kajian
menunjukkan ketiga-tiga konstruk iaitu PdP pensyarah, motivasi dan cintai profesion
keguruan berada pada tahap yang tinggi. Menurut Mohamad Idham Md Razak (2020),
pelaksanaan pembelajaran dalam talian telah lama dipratikkan di negara-negara maju
kerana ia dipercayai dapat memberi pelbagai manfaat dan kebaikan. Menurut Sharifah
Alwiah (1984), minat merupakan daya pengerak seseorang untuk memberi perhatian
kepada sesuatu ilmu yang baharu. Oleh itu, jika seseorang berminat, dia akan terus
memberikan tumpuan dan berfokus kepada perkara tersebut sehinggalah dia mencapai
motivasi yang tinggi. Secara tidak langsung, semangat cintai profesion keguruan juga
akan meningkat. Selaras dengan PKP yang dilaksanakan oleh negara kita bagi
membendung penularan COVID-19, kaedah pembelajaran dalam talian memang perlu
dilaksanakan dan merupakan suatu keperluan pada masa kini selaras dengan tindakan
norma baharu.
Rujukan
Izwan Nizal Mohd Shaharance, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamad Rodzi.
(2019). The application of Google Classroom as a tool for teaching and learning. E-
ISSN:2289-8131.8 (10).
McCann, S. (2015). Higher order m-learning: Critical thinking in mobile learning.
MODSIM world Paper 28, 1-11.
Mohd Zulhasnan Mat (2019). Kesediaan pelajar dalam m-pembelajaran bagi
pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti tawau, sabah. Journal of Life Long
Learning, 3 (1), 2019.
Mostafa Al-Emran & Khaled Shaalan (2015). Attitudes towards the use of mobile
learning: A case study from the Gulf Region. International Journal of Interactive
Mobile Technologies (iJIM), 9(3).
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 118
Mostafa Al-Emran & Said A. Salloum. (2017). Students attitudes towards the
use of mobile technologies in e-evaluation. International Journal of Interactive
Mobile Technologies (iJIM), 11(5), 2017. Retrieved from https://
doi.org/10.399l/ijim. v11i5.6879.
Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin. (2019). Kesediaan pelajar
dalam m-pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti
tawau, sabah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1),
2019.
Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Ahmad. (2016). E-pembelajaran dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, Jilid 11, 2016.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 119
PENGALAMAN PEMBIMBING INSTRUKSIONAL DAN GURU DALAM PROSES
BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH
1 Tan Ai Lee, PhD ([email protected])
1 Zulkufli bin Mahayudin ([email protected])
1 Ooi Soo Yuan, PhD ([email protected])
2 Ong Yoke Mooi, PhD ([email protected])
3 Ng Lai Teng. ([email protected])
1 Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
2 Jabatan Sains dan Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
3 SJKC Sam Chai, Ipoh
Abstrak
Tujuan kajian inkuiri naratif ini adalah untuk meneroka pengalaman seorang pembimbing
instruksional bersama guru dibimbing dalam satu proses Bimbingan Instruksional
Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di sebuah sekolah rendah. Perkongsian dialog
bersama pembimbing instruksional dan guru dibimbing, pemerhatian pengajaran dalam
bilik darjah serta penelitian ke atas dokumen adalah dirujuk. Kesemua pengalaman
proses bimbingan instruksional adalah berdasarkan Model Impact Cycle tiga kitaran oleh
Knight (2018). Dapatan menunjukkan guru yang dibimbing menunjukkan kefahaman
yang meningkat tentang ‘Pentaksiran Sebagai Pembelajaran’ dalam bilik darjah.
Bimbingan Instruksional yang dikongsikan bersama dapat membantu guru memikirkan
pelbagai strategi pengajaran dalam usaha untuk mencapai tahap penguasan murid
mengikut standard prestasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang lebih
tinggi serta menangani murid-murid yang kepelbagaian pencapaian dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, aspek bimbingan dari pembimbing instruksional perlu ditingkatkan
dari segi perkongsian strategi pengajaran yang lain, pemodelan pengajaran dan juga
penyediaan senarai semak yang relevan untuk strategi pengajaran digunakan dalam bilik
darjah.
Kata kunci : Pembimbing Instruksional, Guru Pembimbing, Bimbingan Instruksional,
Pentaksiran Bilik Darjah
Abstract
The aim of this narative inquiry research is to explore the experiences of an instructional
coach and guided teacher in the process of carrying out Instructional Coaching for School
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 120
Based Assessment in a primary school. Partnership dialog between the instructional
coach and the guided teacher, teaching observation in the classroom and inspection on
documents were referred. The whole experience of the instructional coaching process is
based on the three cycles of Model Impact Cycle by Knight (2018). Findings show guided
teacher achieved greater understanding in ‘Assessment as learning’ in the classroom.
The partnership experiences was able to guide the teacher to explore more teaching
strategies to assist students to achieve a higher performance level as stated in the
Performance Standards in the Standard Document of Curriculum and Assessment and
also to overcome students’ differences in achievements in the classroom. However, the
instructional coach will need to improve on aspects such as sharing of other teaching
strategies, modelling of lessons and preparation of checklists for relevant teaching
strategies in the classroom.
Key words: Instructional Coach, Guided Teacher, Instructional Coaching, School Based
Assessment.
PENDAHULUAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri
daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri
daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah, manakala
kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran Berasaskan
Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai dari hujung tahun
2016.
Menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum (2018), PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan
melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap
penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kurikulum
Standard Kelas Peralihan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Selain daripada
Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam
pelaksanaan PBD.
Latar Belakang Kajian
Seperti yang telah diumumkan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin
Senin pada bulan November 2018 (Zanariah Abu Mutalib, 2018) bentuk pentaksiran bagi
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 121
murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu
kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan
lagi berorientasikan peperiksaan mulai 2019. Datuk Dr Amin Senin menyatakan
pentaksiran alternatif yang menggantikan peperiksaan formal perlu mewujudkan budaya
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Penumpuan kepada
penerapan kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dapat membantu guru
dalam memantapkan pembangunan sahsiah murid di samping itu pembabitan ibu bapa
dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan di peringkat
awal usia persekolahan. Ini diikuti oleh Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 14 Tahun 2018 yang bertarikh pada 19 Disember 2018 telah memaklumkan
Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun murid Tahap 1 (Tahun
1, Tahun 2 dan Tahun 3) di sekolah rendah termasuk Murid Berkeperluan Khas di
Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan
Inklusif di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.
Pentaksiran alternatif yang akan dilaksanakan juga merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dan seiring dengan pelaksanaan PBD yang juga
merupakan salah satu komponen PBS yang berfokus kepada perkembangan dan
kemenjadian murid secara holistik.
Berikutan dengan perlaksanaan PBD di sekolah, pembinaan Modul Bimbingan
Instruksional untuk Pelaksanaan PBD telah mula dibina oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), untuk memberikan latihan bimbingan instruksional kepada pensyarah-
pensyarah IPG dalam proses memberi bimbingan instruksional berasaskan sekolah
bersama School Improvement Specialist Coaches- (SISC+). Bimbingan instruksional
perlu dilaksanakan di sekolah dengan kerjasama JPN di semua negeri bersama
pensyarah-pensyarah IPG. Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) telah
bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara untuk sama-sama
berganding bahu dalam menjayakan PBD di sekolah. Surat lantikan sebagai pensyarah
pembimbing PBD untuk sekolah tahun 2019 (IPIP.HK.09/005/Jld.16) telah dikeluarkan
pada 8 Ogos 2019 kepada pensyarah-pensyarah yang telah di kenalpasti untuk menjadi
pembimbing instruksional (PI) kepada guru-guru di sekolah daerah Kinta Utara dalam
pelaksanaan PBD ini. Misi utama pembimbing instruksional ke sekolah adalah untuk
memberikan bimbingan tentang PBD berdasarkan Kerangka Pelaksanaan Bimbingan
Instruksional Berasaskan Sekolah IPGM kepada guru-guru di sekolah yang berkaitan.
Kolaborasi yang bersifat hands holding untuk Bimbingan Instruksional Berasaskan
Sekolah bukan hanya melibatkan pensyarah-pensyarah IPGKI dengan pihak guru-guru
di sekolah, malah juga SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah juga turut dilibatkan
bersama untuk menjayakan keseluruhan program ini.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 122
Berdasarkan Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional untuk Pelaksanaan PBD
(Mei, 2019), PI merupakan rakan kongsi/rakan pembelajaran guru untuk membantu
mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran ke arah keberhasilan murid. PI akan
menjalankan aktiviti secara hands-on dengan guru-guru yang dibimbing di sekolah yang
juga dikenali sebagai Guru dibimbing (GD). GD dan PI bekerjasama atas prinsip
partnership seperi yang disarankan oleh Knight (2018). Knight menyarankan pendekatan
perkongsian ini adalah berlandaskan kepada lapan elemen yang penting, iaitu
Kesaksamaan (Equality), Pilihan (Choice), Suara (Voice), Dialog, Refleksi, Praktikal
(Praxis) dan Timbal balik (Reciprocity) . Kesaksamaan merujuk kepada PI dan GD
adalah rakan kongsi yang sama. Pilihan merujuk kepada GD harus membuat pilihan
mengenai apa dan bagaimana mereka belajar. Suara merujuk kepada Pembelajaran
profesional perlu memberi peluang dan menghormati suara GD. Pembelajaran
profesional antara GD dan PI harus mengupayakan dialog autentik (in dialogue
everybody wins). Refleksi adalah sebahagian daripada pembelajaran profesional yang
harus diamalkan. Untuk elemen praktikal, GD harus menerapkan pembelajaran mereka
dalam amalan kehidupan sebenar dan akhir sekali elemen Timbal balik merujuk kepada
PI harus sedar bahawa seseorang pembimbing akan ‘menuai apa yang mereka semai’
Keseluruhan proses Bimbingan Instruksional Berasaskan Sekolah yang dipraktikkan
adalah bertunjangkan kepada Kitaran Bimbingan Instruksional oleh Dr Jim Knight yang
digelar sebagai The Impact Cycle.
Rajah 1: The Impact Cycle
The Impact Cycle seperti di Rajah 1, merupakan satu kitaran Bimbingan Instruksional
yang terdiri daripada 3 komponen, iaitu Komponen 1 (Identify/Kenal Pasti). Komponen 2
(Learn/Belajar) dan Komponen 3 (Improve/Meningkatkan). Untuk pelaksanaan ketiga-
tiga komponen 1,2 dan 3, PI merupakan rakan kongsi/rakan pembelajaran guru dalam
membantu mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya murid menjadi
lebih berjaya. Untuk melakukan ini, PI akan bekerjasama dengan GD untuk
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 123
mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat,
memilih strategi PdP untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan
menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. (Knight, 2018)
PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji (pengarang pertama) merupakan seorang PI yang ditugaskan oleh IPGKI untuk
membantu seorang GD yang telah dikenalpasti oleh Guru Besar di sebuah sekolah
rendah di Daerah Kinta Utara. Keseluruhan proses Bimbingan Instruksional untuk
Perlaksanaan PBD di sekolah telah dikendalikan oleh pengkaji bermula dari bulan Ogos
2019 sehinggalah akhir Oktober 2019. Pengkaji ingin mengkaji keseluruhan proses
pengalaman bimbingan instruksional berasaskan sekolah dari perspektif seorang guru
dan juga diri sendiri sebagai seorang pembimbing instruksional. Pengkaji ingin mengkaji
ciri-ciri inkuiri naratif, iaitu peranan perhubungan kritikal yang dimainkan oleh seorang
pengkaji dan guru dibimbing (GD).
Menurut Knight (2019), guru-guru telah menunjukkan pengamalan pengajaran
yang lebih tertumpu secara signifikan setelah mereka diberi bimbingan instruksional.
Milton (2019) dan Johnson (2016) juga dalam kajian mereka telah menunjukkan
bimbingan instruksional mempunyai potensi untuk memberikan impak yang positif
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Memandangkan Bimbingan
Instruksional untuk Pelaksanaan PBD di sekolah di Malaysia masih berada dalam
peringkat permulaan, tidak terdapat banyak kajian atau penyelidikan yang telah di buat
ke atas pelaksanaan atau pengimplementasian proses bimbingan instruksional tersebut.
Pengkaji ingin mengemukakan pengalaman-pengalaman yang boleh memperlihatkan
isu-isu tertentu dan perkara-perkara yang boleh dibincangkan secara lanjutan. Kaedah
inkuiri naratif yang digunakan dalam kajian ini dapat memberi satu gambaran
pengalaman tentang pelaksanaan proses bimbingan instruksional PBD yang berlaku di
sekolah. Kajian ini berupaya untuk memberikan satu ‘suara’ kepada pihak-pihak yang
terlibat secara langsung. Adalah diharapkan perincian pengalaman PI dan GD dapat
menyumbang kepada kajian-kajian yang terhad ke atas cara perlaksanaan proses
bimbingan instruksional untuk pelaksanaan PBD di sekolah.
Kajian kualitatif inkuiri naratif ini berfokus kepada pengalaman yang dilalui oleh
seorang PI dan GD adalah berasaskan kepada falsafah yang dikemukakan dalam teori
John Dewey. Sikandar (2015) dalam kajian beliau telah menyatakan penyumbangan
teori Dewey terhadap pendidikan moden yang berasaskan pendidikan progresif.
Kefahaman dan pandangan falsafah Dewey mengenai pendidikan telah meletakkan
beliau dalam falsafah pendidikan pragmatisme. Ahli-ahli pragmatis berkeyakinan
bahawa pendidikan dan pembelajaran seharusnya berlaku melalui pengalaman sebenar
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 124
murid-murid. Murid-murid perlu mengadaptasi kepada persekitaran mereka demi untuk
belajar. Pengalaman yang dilalui oleh guru dan murid menyumbang kepada
pembelajaran yang begitu bermakna untuk kedua-dua pihak. Pengkaji telah
menggunakan falsafah teori Dewey untuk memperlihatkan pengalaman dan
pembelajaran yang dilalui oleh PI dan GD sebagai satu penerokaan pengalaman yang
bermakna yang dilalui bersama.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian inkuiri naratif ini adalah untuk menggambarkan pengalaman proses
bimbingan instruksional berasaskan sekolah yang telah dikendalikan oleh pengkaji
bersama dengan guru dibimbing di sebuah sekolah rendah di daerah Kinta Utara.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amat penting dalam perkongsian maklumat kepada pembimbing instruksional
yang lain untuk sama-sama melihat kepada proses bimbingan yang diberikan kepada
guru-guru yang berbeza. Perkongsian pengalaman yang penting ini dapat
memanfaatkan perlaksanaan Bimbingan Instruksional untuk Perlaksanaan PBD supaya
ia dapat dilaksanakan dengan berjaya di seluruh negara seperti yang dikehendaki oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
METODOLOGI
Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk inkuiri naratif. Creswell
(2013) menyatakan pengkaji naratif mengumpulkan data melalui cerita dari individu
(termasuk dokumen), melaporkan pengalaman individu dan meletakkan pengalaman-
pengalaman tersebut secara kronologi. Cerita naratif yang diperoleh dari pengalaman
individu boleh membawa kepada maklumat baru terhadap identiti individu tersebut dan
juga mempengaruhi bagaimana individu tersebut melihat terhadap diri mereka sendiri.
Pendekatan inkuiri naratif ini membolehkan peserta kajian memahami tentang isu atau
masalah yang dihadapi dan melibatkan diri secara langsung dalam mendapatkan
maklumat yang ingin diperoleh.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 125
Peserta Kajian
Sampel kajian ini merupakan satu persampelan bertujuan kerana pengkaji telah
ditugaskan untuk menjalani bimbingan instruksional berasaskan sekolah untuk PBD di
sekolah yang berkenaan. Selain daripada pengkaji sendiri, sampel kajian juga terdiri
daripada seorang guru yang telah dikenal pasti oleh Guru Besar sekolah berkenaan untuk
dibimbing oleh PI. Beliau ialah seorang guru Matematik yang mengajar Tahun 3 yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun. Kelas yang menjadi tumpuan guru
Matematik ini terdiri daripada murid yang pelbagai pencapaian dengan bilangan seramai
30 orang.
Pengumpulan data
Data dikumpul melalui perjumpaan face to face dalam sesi bimbingan instruksional yang
dijalankan antara GD dan pengkaji. Semua yang dibincangkan telah didokumentasikan
oleh pengkaji dalam setiap perjumpaan interaksi dan bimbingan di sekolah tersebut.
Selain daripada perbincangan berdailog, dokumen sokongan seperti DSKP (Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran), RPH (Rancangan Pengajaran Harian), pelbagai
jenis pentaksiran untuk murid-murid seperti penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri juga
dirujuk. Pemerhatian formal pengajaran guru dalam kelas juga dilakukan bersama
dengan SISC+. Pengkaji telah mendapat persetujuan GD untuk melaporkan keseluruhan
pengalaman proses bimbingan instruksional yang dijalankan. Walau bagaimanapun,
gambar-gambar yang melibatkan murid-murid tidak akan dipaparkan kerana pengkaji
tidak mendapatkan kebenaran dari murid-murid di sekolah yang berkenaan.
Kronologi dalam proses bimbingan instruksional di sekolah
Perbincangan yang seterusnya akan bersandarkan kepada proses bimbingan
instruksional Model Impact Cycle yang juga dikenali sebagai Kitaran Bimbingan
Instruksional seperti di Rajah 1.
Komponen 1: Kenal pasti
Menurut Knight (2018), terdapat tiga perkara yang perlu diketengahkan dalam komponen
kenal pasti, iaitu realiti semasa, matlamat dan strategi pengajaran. Untuk sesi
perjumpaan pertama, pengkaji selaku PI telah berdailog dengan guru untuk mendapatkan
gambaran jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi PdP
untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan menyelesaikan masalah sehingga
matlamat dipenuhi. Sesi berdailog bermula dengan perbincangan topik, iaitu Tajuk 6
Ukuran dan sukatan, Standard Kandungan 6.2 Jisim, Standard Pembelajaran 6.2.2
Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga 3 ukuran jisim melibatkan kilogram dan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 126
gram berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 3.
Perbincangan merungkai standard berdasarkan Backward Design telah dibincangkan
bersama. Aktiviti yang dicadangkan oleh GD adalah menggunakan strategi berpusatkan
murid dan bahan. Penggunaan papan putih kecil secara individu untuk penyelesaian
masalah operasi tolak yang diberikan oleh guru digunakan sebagai pentaksiran formatif.
Lembaran kerja yang berkaitan juga akan diberikan. Matlamat yang ingin dicapai oleh
guru adalah murid-murid dapat mencapai Standard Prestasi Tahap 5, iaitu murid-murid
dapat menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan sukatan dengan
pelbagai strategi.
Perbualan selanjutnya mengenai isu realiti semasa dengan guru yang
berpengalaman ini mendapati bahawa bukan semua murid mampu melakukan operasi
berkenaan secara individu. Beliau memaklumkan strategi yang dirancang tidak
melibatkan pengabungan murid-murid pelbagai pencapaian dalam kumpulan dan
sememangnya murid lemah tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh
guru. Beliau juga menyatakan kekangan kesuntukan masa untuk menghabiskan sukatan
pengajaran beliau. Pentaksiran formatif yang diberikan lebih menumpu kepada lembaran
kerja yang diberikan.
PI juga telah berdailog dengan guru untuk mencapai matlamat berdasarkan
konsep PEERS (Powerful, Easy, Emotionally Compelling, Reachable and Student-
focused) seperti dicadangkan oleh Knight (2018). PI bertanyakan guru tentang strategi
pengajaran yang berpusatkan murid yang lebih sesuai yang boleh dirancangkan. Guru
diminta untuk berfikir tentang strategi yang dapat melibatkan lebih ramai murid pelbagai
pencapaian melalui penglibatan rakan sebaya. Pengajaran murid-murid yang lebih
pandai dapat membantu murid-murid yang lemah. Pentaksiran sebagai pembelajaran
yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri juga dikongsikan bersama
PI dan guru supaya masalah guru dapat diselesaikan dan matlamat pengajaran dapat
dicapai. PI mencuba untuk membawakan elemen PEERS semasa berdailog bersama
tentang matlamat dan strategi yang ingin diaplikasikan oleh GD. GD mengambil semua
hasil perkongsian dailog bersama untuk dipertimbangkan dan menggunakan budi bicara
profesional beliau untuk menghasilkan pengalaman terbaik (best practices) di dalam bilik
darjah.
Komponen 2 : Belajar
Sesi perjumpaan kedua, guru berbincang dengan PI, pengajaran yang telah
dilaksanakan oleh beliau seperti yang telah dibincangkan. GD telah menunjukkan RPH
yang disediakan dan juga segala kerja latihan yang telah beliau laksanakan bersama
murid-muridnya. Kerja kumpulan yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian
kendiri juga dikendalikan oleh guru. Hasil daripada penilaian formatif yang dilakukan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 127
menunjukkan semua murid-muridnya dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah
dirancangkan oleh beliau. Penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri yang
dilaksanakan oleh murid-murid menunjukkan mereka dapat membuat refleksi dan menilai
perkembangan pembelajaran masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran yang
telah dilakukan oleh GD telah membolehkan murid menunjukkan mereka memahami
tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan. GD telah
menyatakan murid-murid telah menunjukkan mereka dapat mencapai standard prestasi
tahap penguasaan 5, iaitu menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan
sukatan dengan pelbagai strategi.
Perkongsian dialog seterusnya antara PI dan GD menuju ke arah untuk
meningkatkan tahap penguasaan standard prestasi murid-murid dari 5 ke 6, iaitu
menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ukuran secara kreatif dan inovatif.
Banyak cadangan idea yang dikongsikan oleh PI dan SISC+ yang mengaitkan
penglibatan murid dalam pembelajaran kontekstual yang lebih bersifat ‘hands-on, minds-
on’. Teknik main peranan yang melibatkan small project big impact juga dikongsikan
bersama dengan GD untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada beliau.
Dengan perkongsian idea melalui dialog bersama, guru bersetuju untuk mencuba idea-
idea baharu supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan PBD
dapat dimantapkan lagi. GD seterusnya mengambil semua hasil perkongsian dailog
bersama dan menggunakan budi bicara profesional beliau untuk menghasilkan best
practices yang seterusnya. GD memodelkan strategi pengajaran yang seterusnya dalam
bilik darjah bersama murid-murid. Teknik modeling ini diperhatikan oleh Penolong
Kanan, PI dan juga SISC+.
Komponen 3 : Meningkatkan
GD memberikan RPH pengajaran beliau pada hari tersebut yang melibatkan satu
pengajaran yang mengambil masa setengah jam. Aktiviti yang melibatkan kerja
kumpulan dan kerja individu telah dilaksanakan. Banyak aktiviti hands-on telah
dikendalikan. Dalam sesi refleksi bersama beliau, banyak perkara yang telah
dikongsikan bersama. PI telah mengemukakan beberapa soalan seperti 1. Pelaksanaan
pengajaran apa yang berjaya? 2. Apa yang anda telah belajar? 3. Apa kekangan yang
dihadapi apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran? 4. Apa yang anda
nampak dalam pelaksanaan pdp yang menunjukkan strategi anda telah berjaya? 5. Apa
kemajuan yang anda telah lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai dan 6.
Bahagian manakah dalam pdp yang anda rasa ‘mengagumkan’ anda? GD memberikan
refleksi yang menyatakan aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai hasil pembelajaran
yang telah dirancang. Beliau juga menyatakan pentaksiran berkumpulan yang
melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri amat sesuai untuk mengambil
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 128
kira perbezaan individu dari segi pencapaian mereka. Penolong Kanan beliau juga
merasakan aktiviti ‘sorting blok Lego’ amat berkait dengan kehidupan harian pelajar yang
sememangnya murid selalu bermain dengan blok untuk tajuk Dimensi. GD merasakan
aktiviti yang melibatkan penilaian kendiri dan rakan sebaya adalah aktiviti yang
‘mengagumkan’ kerana murid-murid melakukan penilaian kendiri dengan jujur dan ikhlas.
Selepas perbincangan refleksi bersama GD, PI juga melontarkan beberapa soalan
untuk difikirkan oleh guru untuk pengajaran beliau yang seterusnya. Antara soalan yang
ditujukan termasuk 1. Adakah anda akan kekalkan strategi pengajaran yang telah anda
gunakan? 2. Adakah anda ingin menukar ke strategi yang baru? 3. Adakah anda ingin
menukarkan halatuju anda? GD sendiri menyatakan kepuasan hati dengan pencapaian
matlamat pengajaran pada hari tersebut dan beliau menyatakan beliau akan terus
dengan pentaksiran sebagai pembelajaran yang beliau sendiri berpendapat sangat
berkesan digunakan dalam bilik darjah untuk murid-murid yang pelbagai pencapaian.
Kerja kumpulan dan aktiviti yang dikaitkan dengan pengalaman sebenar murid-murid
sememangnya dapat menarik perhatian dan meningkatkan pemahaman murid terhadap
topik yang diajar pada hari tersebut.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Menurut Knight (2018), untuk mendapatkan realiti semasa yang sebenar dalam situasi
bilik darjah, PI seharusnya berkongsi dengan GD kefahaman tentang keadaaan sebenar
melalui tiga strategi yang berbeza iaitu (a) rakaman video (b) belajar melalui murid (c)
pengumpulan data melalui pemerhatian. Namun demikian, pengalaman yang diceritakan
oleh PI menunjukkan PI hanya mendapat data tentang realiti semasa melalui perbualan
secara langsung dengan GD sahaja. Pengumpulan data terus dari murid-murid dan
pemerhatian di dalam bilik darjah tidak dilakukan oleh PI. Kutipan data mengenai realiti
semasa secara langsung dari guru berkemungkinan tidak menyeluruh dan tidak dapat
menunjukkan gambaran sebenar yang berlaku. Banyak maklumat yang penting mungkin
tercicir. Pengumpulan maklumat yang lebih terperinci dan tepat boleh dikumpul
sekiranya salah satu strategi yang disyorkan oleh Knight (2018) digunakan. Senarai
semak yang diberikan dalam Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional PBD (2019)
juga seharusnya digunakan oleh PI untuk membantu dalam mendapatkan maklumat
realiti semasa yang lebih menyeluruh. Pengalaman dari PI dan GD menunjukkan
kekuatan berdailog bersama antara GD dan PI mengenai PBD dan pelan pembelajaran
banyak dikongsikan bersama melalui ‘think, pair, share.’
PI banyak menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran menanya soalan
untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh diperoleh dari GD.
Percambahan idea semasa berinteraksi dengan guru membuahkan idea dan
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 129
mencetuskan pemikiran guru untuk berfikir cara yang terbaik untuk best practices dalam
mencapai matlamat pengajaran pada hari itu. Walau bagaimanapun, proses merungkai
standard juga boleh ditambahbaik sekiranya GD dapat menuju soalan-soalan yang lebih
spesifik untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan juga Big idea dan soalan-soalan
penting yang berkaitan dengan topik yang ingin diajar mengikut DSKP. Borang Panduan
Merungkai Standard tidak dikongsikan antara PI bersama dengan guru kerana PI tidak
ingin memberikan stress pada guru yang berkenaan.
Dalam proses perkongsian pengalaman tentang PBD yang dijalankan oleh GD, PI
telah meneliti lembaran kerja yang diberikan oleh GD. Banyak isu yang dibincangkan
dan GD menunjukkan minat dan keinginan untuk mencuba pentaksiran sebagai
pembelajaran iaitu penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri untuk membaiki
pentaksiran yang telah beliau jalankan sebelum ini. Beliau menyatakan murid-murid
amat terus terang dalam memberikan refleksi pemahaman mereka terhadap topik yang
diajar pada hari tersebut. Beliau juga merasa seronok membaca maklum balas murid-
murid terhadap pembelajaran hari tersebut. Sesi perkongsian ilmu bagaimana untuk
menyediakan senarai semak untuk pentaksiran rakan sebaya dan pentaksiran kendiri
telah berlaku antara guru dan PI. Ini telah meningkatkan keyakinan GD dalam
melaksanakan pentaksiran tersebut di dalam bilik darjah. GD juga secara suka rela
berkongsikan pengajaran beliau dengan PI, PK dan SISC+. Namun, pengajaran yang
dilakukan hanya diperhatikan secara langsung oleh pihak yang terlibat dan tidak
dirakamkan untuk perbincangan lanjutan yang boleh membantu dalam meningkatkan
kualiti bimbingan supaya menjadi lebih menyeluruh dan mantap. Perbincangan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran ‘small project big impact’ sempat dikongsikan bersama
oleh PI dan SISC+. Namun, aktiviti strategi pembelajaran lain seperti bercerita, main
peranan, kuiz dan permainan tidak dibicarakan oleh PI bersama GD.
Menurut Knight (2018), terdapat empat langkah penting yang harus diikuti dalam
Komponen 3, iaitu Meningkat. Langkah-langkah tersebut termasuklah Mengesahkan
Hala tuju, Menyemak Kemajuan, Merancang Peningkatan/Penambahbaikan dan
Merancang Tindakan Seterusnya. Dalam setiap langkah, PI seharusnya menanyakan
soalan-soalan terbuka untuk menjemput GD untuk berfikir bersama perkara-perkara
seperti yang dinyata dalam Knight (2019). Berpandukan kepada soalan-soalan yang
diberikan, PI ada menujukan beberapa soalan-soalan seperti yang telah dinyatakan
kepada GD, cuma soalan-soalan yang ditujukan adalah tidak begitu terperinci seperti
yang disyorkan. Perkongsian ilmu dalam penyediaan senarai semak untuk GD mengenai
strategi pengajaran lain yang boleh dilaksanakan juga tidak dibincangkan bersama.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 130
KESIMPULAN
Pengalaman yang dilalui oleh PI dan GD dalam bimbingan instruksional telah
memberikan satu input pembelajaran yang bermakna untuk kedua-dua pihak. Proses
pengalaman yang dilalui dalam proses bimbingan instruksional memberi banyak ruang
untuk PI dan GD membuat refleksi yang mendalam tentang keseluruhan proses tersebut.
Banyak perkara yang direfleksikan dapat membantu proses metakognitif kedua-dua
pihak untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut Johnson (2016) pembimbing instruksional memudahcarakan pembelajaran
melalui interaksi yang berterusan, refleksi, dailog dan membuat analisis. Proses
membimbing juga merupakan satu seni pengajaran dan pembelajaran dalam
penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
Tugas PI di sekolah untuk bimbingan instruksional perlaksanaan PBD adalah agak
berat dan banyak yang perlu ditelitikan. Sebagai seorang PI yang baru dilantik, pengkaji
seharusnya menguasai amalan berdailog yang lebih berkesan supaya keseluruhan
proses bimbingan dapat berjalan dengan berkesan. PI juga menggunakan kecerdasan
emosi beliau untuk membina kepercayaan dan hubungan dengan GD. Selain daripada
itu, Knight (2019) juga menegaskan pembimbing instruksional harus mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang pengamalan pengajaran dan dapat memberi lebih
banyak cadangan kepada guru-guru untuk membantu rakan kongsi mereka mencapai
kehendak murid-murid yang berbeza. Pengkaji harus bersifat inkuiri, sentiasa ingin tahu
apa yang dilaksanakan oleh guru yang dibimbing di dalam bilik darjah dengan
menanyakan soalan-soalan terbuka yang powerful, perlu mendengar dan berfikir dan
juga berkolaboratif dengan GD untuk mencapai matlamat yang telah dibincangkan
bersama. Johnson (2016) juga menegaskan rakan kongsi guru dan pembimbing
instruksional adalah rakan kongsi yang tidak mengancam dan seharusnya berfokus
kepada pembelajaran murid. Dengan pelbagai strategi yang dikemukakan oleh Knight
(2018) dan Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional PBD (2019), PI seharusnya
berfikir apakah cara yang terbaik untuk membantu GD. Guru-guru di sekolah perlu
memahami murid-murid dalam bilik darjah mempunyai pelbagai kebolehan, konsep one
size fits all tidak lagi sesuai kerana tidak semua murid dapat belajar dengan permulaan,
perkara, cara, tempoh masa dan kelajuan yang sama. Mereka seharusnya merancang
dan melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan kesediaan dan minat murid
dengan menggunakan pelbagai strategi, pelbagai tugasan dan pengajaran terbeza.
Proses bimbingan instruksional antara setiap pembimbing dan guru juga bersifat proses
individualistik, unik dan dibentuk bersama antara setiap pembimbing dan guru yang
terlibat. Maka bimbingan instruksional akan menjadi lebih berjaya sekiranya terdapat
komitmen ikhlas sepenuhnya PI bersama GD demi untuk memanfaatkan kualiti
pembelajaran murid-murid.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 131
Rujukan
Creswell, J.W. (2013). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five
Approaches. USA: SAGE Publication, Inc.
Johnson, K.G. (2016). Instructional Coaching Implementation: Consideration for K-12
administrators. The Journal of School Administration Research and Development,
1(2), 37-40.
Knight, J. (2018). The Impact Cycle : What Instructional Coaches Should Do to Foster
Powerful Improvements in Teaching. CA USA Corwin:Thousand Oaks.
Knight. J. (2019). Instructional Coaching for Implementing Visible Learning: A Model for
Translating Reserach into Practice. Education Sciences, 9(101), 1-16.
Milton, J.R. (2019). Exploring how Instructional Coaching influenced teachers’ perception
of Assessment, Data use and Literacy practices: A case study of an urban
elementary school (Unpublished doctoral dissertation). University of North
Carolina, Chapel Hill, USA.
Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional (PBD). (2019). Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. (2018). Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sikandar, A. (2015). John Dewey and his Philosophy of Education. Journal of Education
and Educational Development, 2(2), 191-201.
Zanariah Mutalib. (2018, Nov 5). Pentaksiran Tahap Satu mulai 2019 mantap sahsiah
murid. Berita Harian. ms7.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 132