The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sham8877, 2021-10-04 19:32:21

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPG 2019 FASA I

LAPORAN
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

2019
______________________________________________________
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (PDPLI)
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)






















2021



i

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2019


Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://ipgm.moe.edu.my/



ISBN eISBN 978-967-2999-13-3

© Hakcipta Institut Pendidikan Guru Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau
disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara
sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan
daripada penerbit.

2021

Dicetak oleh:
Print Expert Sdn. Bhd.
No. 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16,
Seksyen 2,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55250588
Faks : 03-55107309
Emel : [email protected]












ii

KATA ALU-ALUAN

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana Laporan Kajian Pengesanan
Graduan (KPG) Institut Pendidikan Guru (IPG) 2019 dapat diterbitkan
dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada pasukan penyelidik
dan para graduan 2019 serta semua pihak yang membantu menjayakan
kajian ini.

Laporan ini memuatkan hasil dapatan maklum balas graduan Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), graduan Program Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah (PDPLI) dan graduan Program Diploma
Perguruan Malaysia (PDPM) yang dianugerahkan ijazah pada Majlis
Konvokesyen 2019.

Graduan 2019 ini telah melalui pengalaman dan telah dilatih dengan
ilmu serta kemahiran yang dapat menyediakan mereka sebagai guru
sebenar di sekolah. Maklum balas graduan terhadap kualiti sistem
pembelajaran dan perkhidmatan di IPG membantu pihak pengurusan
IPG dan IPGM merangka tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan
kualiti sistem pembelajaran dan perkhidmatan di IPG. Selain itu,
maklum balas mengenai cabaran semasa mengikuti latihan di IPG serta isu-
isu yang dihadapi akan digunakan untuk menambahbaik sistem latihan pendidikan guru
khususnya bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti guru.

Semoga hasil kajian ini menyumbang maklumat bermakna kepada IPG agar dapat
meneruskan usaha melahirkan graduan yang berkualiti, terlatih, dinamik, berwibawa dan
kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik serta dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Segala komen dan cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan bagi memantapkan
laporan ini di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.


Dr. Rusmini binti Ku Ahmad




iii

JAWATAN KUASA PENERBITAN


PENAUNG
DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia

PENASIHAT
DR. MOHD NASRUDIN BIN BASAR
Timbalan Rektor
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia

DR. NORSITA BINTI ALI
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia

PENYELARAS
DR. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN
DR. AZAHAR BIN AZIZ
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia

EDITOR
DR. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN (KETUA)
Institut Pendidikan Guru Malaysia

DR. HJH. AZIZAH BINTI SARKOWI (PEN. KETUA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

DR. MATHAN A/L BALARAMAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

DR. ROSLY BIN KAYAR
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn

DR. AMANI BINTI DAHAMAN @DAHLAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

DR. HJH. NOR HAYATI BINTI HJ. MT. ALI
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

DR. ZAKARIA BIN MOHD ARIF
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

DR. FAIRUZZAH BINTI HARUN
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

DR. FARIDAH BINTI DARUS
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


GRAFIK & SUSUN ATUR
MOHAMAD FADZILI BIN BAHARIN (KETUA)
IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan


iv

KANDUNGAN




KATA ALU-ALUAN .............................................................................................................................. iii
JAWATAN KUASA PENERBITAN ....................................................................................................... iv
KANDUNGAN ........................................................................................................................................ v


LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (KPG) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) FASA I/2019
ABSTRAK 1
BAB 1 : PENDAHULUAN 2
• Belakang
Latar 2
• n Kajian
Tujua 3
Objektif Kajian 3

Kepentingan Kajian 4

Definisi Operasi 5

BAB 2: METODOLOGI KAJIAN 6
Pengenalan 6
Reka Bentuk Kajian 6
Kaedah Persampelan dan Pengumpulan Data 6
Instrumen Kajian 6
Penganalisisan Data 7
BAB 3: MAKLUMAT TABURAN GRADUAN 8
Pengenalan 8
Jantina 8
Negeri Bermastautin 10
IPG Terakhir Sebelum Dianugerahkan Ijazah 11
Bidang Pengkhususan Di IPG 13
Bidang Elektif Di IPG 14
Purata Gred Nilai Kumulatif (PNGK) 16
BAB 4: MAKLUMAT STATUS PENEMPATAN GURU 17
Pengenalan 17
Status Penempatan Graduan 17
Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 17
BAB 5: CABARAN PENYESUAIAN KEPADA PROFESION 18
Pengenalan 18
Hasrat Meninggalkan Profesion 18
Faktor Hasrat Meninggalkan Profesion 19
BAB 6: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB) 20
Pengenalan 20
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) 20
Melanjutkan Pelajaran 23
BAB 7: Kualiti Sistem Pembelajaran Dan Perkhidmatan Di IPG 24
Pengenalan 24
Kandungan Program Pengajian 24
Tenaga Pengajar IPG 25
Sistem Pentaksiran Yang Digunakan 26
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 26


v

Kemudahan Prasarana Di IPG 27
Kemahiran Yang Diperoleh Daripada Pengajian 28
Kesediaan Diri 29
Persepsi Graduan Terhadap IPG 30
BAB 8: MAKLUMAT KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU PENEMPATAN 32
Pengenalan 32
Status Pelibatan Dalam Kerja Sambilan 32
Organisasi Kerja Sambilan 32
Jenis Pekerjaan Sambilan 33
Pendapatan Pekerjaan Sambilan 34
BAB 9: RUMUSAN DAN CADANGAN 35
Penemuan Yang Diperoleh Daripada Kajian 35
Cadangan 37
RUJUKAN 39


LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (KPG) PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN
LEPASAN IJAZAH 2019
ABSTRAK 40
BAB 1 : PENDAHULUAN 42
Latar 42
• Belakang
• n Kajian
Tujua 43
Objektif Kajian 43

Kepentingan Kajian 44

Definisi Operasi 44

BAB 2: METODOLOGI KAJIAN 47
Pengenalan 47
Reka Bentuk Kajian 47
Kaedah Persampelan dan Pengumpulan Data 47
Instrumen Kajian 47
Penganalisisan Data 48
BAB 3: MAKLUMAT TABURAN GRADUAN 49
Pengenalan 49
Jantina Dan Keturunan 49
Negeri Bermastautin 50
IPG Kampus Pengajian 51
Purata Gred Nilai Kumulatif (PNGK) 52
BAB 4: MAKLUMAT STATUS PENEMPATAN GRADUAN 54
Pengenalan 54
Status Penempatan Graduan 54
Status Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 54
BAB 5: TABURAN PENEMPATAN GRADUAN 56
Pengenalan 56
Kategori Sekolah 56
Lokasi Sekolah 57
Keselarian Opsyen Di IPG Dan Yang Diajar Di Sekolah 58
Jawatan Yang Dipegang Di Sekolah 59
Tugas Akademik Di Sekolah Selain Guru Mata Pelajaran 59
Tugasan Lain Bukan Akademik 60
BAB 6: CABARAN PENYESUAIAN KEPADA PROFESION 62


vi

Pengenalan 62
Cabaran Utama Belajar Di IPG 62
Cabaran Utama Semasa Bekerja 63
Hasrat Meninggalkan Profesion 64
BAB 7: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB) 66
Pengenalan 66
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) 66
Melanjutkan Pelajaran 69
BAB 8: Kualiti Sistem Pembelajaran Dan Perkhidmatan Di IPG 73
Pengenalan 73
Kandungan Program Pengajian 73
Tenaga Pengajar IPG 75
Sistem Pentaksiran Yang Digunakan 77
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 78
Kemudahan Prasarana Di IPG 79
Kemahiran Yang Diperoleh Daripada Pengajian 82
Kesediaan Diri 83
Persepsi Graduan Terhadap IPG 86
BAB 9: MAKLUMAT KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU PENEMPATAN 88
Pengenalan 88
Status Pelibatan Dalam Kerja Sambilan 88
Organisasi Kerja Sambilan 88
Jenis Pekerjaan Sambilan 89
Pendapatan Pekerjaan Sambilan 89
BAB 10: RUMUSAN DAN CADANGAN 91
RUJUKAN 97


LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (KPG) PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN
MALAYSIA 2019
ABSTRAK 98
BAB 1 : PENDAHULUAN 100
Latar 100
• Belakang
• n Kajian
Tujua 101
Objektif Kajian 101

Kepentingan Kajian 102

Definisi Operasi 102

BAB 2: METODOLOGI KAJIAN 105
Pengenalan 105
Reka Bentuk Kajian 105
Kaedah Persampelan dan Pengumpulan Data 105
Instrumen Kajian 105
Penganalisisan Data 106
BAB 3: MAKLUMAT TABURAN GRADUAN 107
Pengenalan 107
Jantina Dan Keturunan 107
Negeri Bermastautin 107
IPG Kampus Pengajian 108
Purata Gred Nilai Kumulatif (PNGK) 109
BAB 4: TABURAN PENEMPATAN GRADUAN 110


vii

Pengenalan 110
Kategori Sekolah 110
Lokasi Sekolah 111
Keselarian Opsyen Di IPG Dan Yang Diajar Di Sekolah 112
Jawatan Yang Dipegang Di Sekolah 112
Tugas Akademik Di Sekolah Selain Guru Mata Pelajaran 113
Tugasan Lain Bukan Akademik 114
BAB 5: CABARAN PENYESUAIAN KEPADA PROFESION 117
Pengenalan 117
Cabaran Utama Belajar Di IPG 117
Cabaran Utama Semasa Bekerja 117
Hasrat Meninggalkan Profesion 118
BAB 6: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB) 120
Pengenalan 120
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) 120
Melanjutkan Pengajian 122
BAB 7: Kualiti Sistem Pembelajaran Dan Perkhidmatan Di IPG 124
Pengenalan 124
Kandungan Program Pengajian 124
Tenaga Pengajar IPG 126
Sistem Pentaksiran Yang Digunakan 128
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 129
Kemudahan Prasarana Di IPG 130
Kemahiran Yang Diperoleh Daripada Pengajian 132
Kesediaan Diri 134
Persepsi Graduan Terhadap IPG 135
BAB 8: CADANGAN 138
RUJUKAN 140






































viii

LAPORAN


KAJIAN PENGESANAN


GRADUAN (KPG)



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN
GURU (IPG) FASA I/2019

















DR. MATHAN A/L BALARAMAN
DR. ROSLY BIN KAYAR

DR. AMANI BINTI DAHAMAN @DAHLAN
DR. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN





INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






ABSTRAK


Kajian Pengesanan Graduan Fasa I 2019 dijalankan dengan objektif untuk
mengenal pasti maklumat taburan graduan, maklumat status penempatan
graduan, cabaran penyesuaian kepada profesion keguruan, pembangunan
profesionalisme berterusan (PPB), kualiti sistem pembelajaran dan perkhidmatan
di IPG dan maklumat kerja sambilan sementara mendapat penempatan. Kajian
berbentuk kuantitatif menggunakan Instrumen soal selidik ini telah ditadbir
secara dalam talian semasa Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) 2019. Sampel kajian ini ialah semua populasi pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2015 yang dianugerahkan
ijazah pada 2019 iaitu seramai 2,244 orang. Seramai 2,191 orang graduan PISMP
(97.64%) daripada pelbagai pengkhususan telah melengkapkan borang soal
selidik ini. Dapatan kajian dari aspek maklumat taburan graduan melaporkan
bahawa bilangan graduan perempuan lebih ramai berbanding graduan lelaki,
jumlah kaum terbesar yang mengikuti pengajian adalah kaum Melayu, graduan
berpengkhususan Bahasa Inggeris adalah yang paling ramai dan subjek elektif
yang paling banyak diikuti oleh graduan ialah Teknologi Maklumat. Dapatan
kajian dari aspek maklumat status penempatan graduan melaporkan bahawa
2,131 orang graduan belum mendapat penempatan. Walau bagaimanapun,
jumlah kesemuanya telah menghadiri temuduga SPP. Dapatan dari aspek
cabaran penyesuaian kepada profesion pula melaporkan bahawa majoriti
graduan (2,153 orang, 98.3%) tidak berhasrat meninggalkan profesion keguruan.
Seterusnya, dapatan dari aspek PBB melaporkan bahawa majoriti graduan
(2,162 orang, 98.7%) berhasrat mengikuti Program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPPB) dan majoriti (2,126 orang, 97.0%) berhasrat
melanjutkan pengajian. Manakala dapatan dari aspek kualiti sistem
pembelajaran dan perkhidmatan di IPG melaporkan bahawa tahap kepuasan
graduan terhadap kandungan program pengajian, tenaga pengajar IPG,
sistem pentaksiran yang digunakan, perkhidmatan bimbingan kaunseling,
kemahiran yang diperoleh daripada pengajian dan tahap kesediaan adalah
tinggi (skor min 4.01-5.00). Dapatan dari aspek ini turut melaporkan bahawa
persepsi positif graduan terhadap reputasi IPG adalah tinggi (skor min melebihi
4.50). Dapatan dari aspek maklumat kerja sambilan melaporkan seramai 535
orang (24.4%) graduan terlibat dengan kerja sambilan sementara menunggu
penempatan di sekolah. Dapatan kajian ini dapat menyumbang idea dan
maklumat kekuatan produk yang dihasilkan oleh IPG bagi menyokong pihak
pengurusan IPG dan IPGM dalam menambahbaik kandungan program ini serta
pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, sistem kualiti pembelajaran dan
perkhidmatan di IPG.









1

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 1: PENDAHULUAN



LATAR BELAKANG

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan anjakan yang
ke-4 Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan, membolehkan IPG merancang
dan melaksanakan program yang lebih relevan untuk menghasilkan guru yang
berkualiti. Selaras dengan itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) selaku pusat
kecemerlangan pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
bertanggungjawab melatih bakal-bakal guru melalui program praperkhidmatan dan
dalam perkhidmatan yang berkualiti.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguran (PISMP) merupakan program latihan
praperkhidmatan yang dikhususkan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang
bagi memenuhi keperluan KPM untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah.
Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion
perguruan. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah
rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-
tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Bagi mememenuhi Anjakan ke-4 PPPM 2013-2025, syarat kelayakan kemasukan guru
diperketatkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan
profesion keguruan di Malaysia. Antara syarat kelayakan untuk ditawarkan ke program
ini adalah; umur tidak melebihi 20 tahun dalam tahun permohonan dibuat, sihat tubuh
badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum, mendapat gred cemerlang dalam
mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah, lulus Bahasa Inggeris serta memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Program ini ditawarkan di kampus-kampus IPG di seluruh negara. Bagi graduan PISMP
yang dianugerahkan ijazah pada Majlis Konvokesyen tahun 2019, sebanyak 22 bidang
pengkhususan yang telah ditawarkan bagi memenuhi keperluan guru-guru di sekolah
rendah.

Jumlah calon guru yang mengikuti PISMP pada setiap tahun adalah berbeza-beza
mengikut unjuran yang ditetapkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Dasar Pendidikan (BPPDP) dan KPM. Seramai 2,244 graduan PISMP dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2019.






2

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Graduan PISMP 2019 ini telah melalui pengalaman dan telah dilatih dengan ilmu serta
kemahiran yang dapat menyediakan mereka sebagai guru sebenar di sekolah.
Persepsi dan penilaian mereka terhadap kualiti sistem pembelajaran dan
perkhidmatan di IPG perlu diketahui dan dikenal pasti bagi membantu pihak
berkepentingan terutamanya pihak pengurusan IPG dan IPGM merangka tindakan
yang sewajarnya bagi meningkatkan kualiti sistem pembelajaran dan perkhidmatan di
IPG sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesion
keguruan. Justeru, kajian pengesanan graduan (KPG) dilaksanakan. KPG yang
dijalankan ini merupakan kajian fasa pertama. Memandangkan majoriti graduan
belum mendapat penempatan semasa Majlis Konvokesyen IPG 2019, maka KPG
dijalankan sebanyak dua fasa. Fasa pertama melibatkan semua graduan yang
menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen manakala fasa kedua akan dijalankan
semasa mereka sudah mendapat penempatan di sekolah.



TUJUAN KAJIAN

Kajian Pengesanan Graduan IPG Fasa I 2019 ini dijalankan sebagai satu usaha
berterusan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan oleh IPG. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas
mengenai cabaran graduan semasa mendapat latihan IPG serta isu-isu yang dihadapi.
Hasil kajian ini akan digunakan untuk menambahbaik sistem latihan pendidikan guru
khususnya bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti guru.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti:

1. Maklumat taburan graduan PISMP 2019 dari segi;
a. jantina,
b. keturunan,
c. negeri bermastautin,
d. IPG terakhir sebelum dianugerahkan ijazah,
e. bidang pengkhususan di IPG,
f. bidang elektif di IPG, dan
g. gred PGNK.

2. Maklumat graduan yang belum mendapat penempatan di sekolah dari segi;
a. status penempatan graduan, dan
b. status temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).







3

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019







3. Cabaran penyesuaian kepada profesion keguruan dari segi;
a. hasrat meninggalkan profesion keguruan, dan
b. faktor meninggalkan profesion keguruan.

4. Pembangunan profesionalisme berterusan dari segi;
a. hasrat graduan mengikuti Program Pembangunan Profesionalisme
berterusan (PPPB),
b. bidang PPPB,
c. saranan bidang PPPB,
d. kesediaan mengikuti PPPB anjuran KPM dengan pembiayaan sendiri dan
kadar minimum bayaran PPPB, dan
e. hasrat melanjutkan pengajian.

5. Penilaian graduan terhadap kualiti sistem pembelajaran dan perkhidmatan di
IPG dari segi;
a. kandungan program pengajian secara keseluruhan,
b. sistem pentaksiran yang digunakan,
c. perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya,
d. tenaga pengajar,
e. kemudahan prasarana,
f. kemahiran yang diperoleh daripada pengajian,
g. kesediaan diri, dan
h. persepsi terhadap reputasi IPG.

6. Maklumat kerja sambilan sementara mendapat penempatan dari segi;
a. status pelibatan graduan dalam kerja sambilan,
b. organisasi kerja sambilan,
c. jenis pekerjaan sambilan, dan
d. pendapatan pekerjaan sambilan.


KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat menyumbang idea dan maklumat kekuatan produk yang
dihasilkan oleh IPG bagi menyokong pihak pengurusan IPG dan IPGM dalam
menambahbaik kandungan program ini serta pelaksanaan kurikulum, kokurikulum,
sistem kualiti pembelajaran dan perkhidmatan di IPG.












4

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






DEFINISI OPERASI

Graduan PISMP tahun 2019
Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dianugerahkan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan pada Majlis Konvokesyen tahun 2019. Graduan terdiri daripada
pelajar PISMP ambilan Jun 2015.

Profil Graduan
Profil Graduan merujuk kepada taburan graduan yang bergraduasi tahun 2019
melibatkan aspek jantina, keturunan, opsyen, negeri bermastautin dan kampus IPG
terakhir sebelum bergraduasi.

Tahap Penilaian Graduan
Tahap penilaian graduan merupakan darjah kepuasan atau persetujuan graduan
terhadap kualiti sistem pembelajaran dan perkhidmatan di IPG.

























































5

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 2: METODOLOGI KAJIAN


PENGENALAN

Bab ini melaporkan reka bentuk kajian, kaedah persampelan dan pengumpulan data,
instrumen kajian dan kaedah penganalisisan data.


REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan hirisan rentas
(cross sectional) (Fah & Hoon, 2015). Kajian tinjauan jenis ini dilakukan dengan
mengumpul data daripada sampel yang dapat mewakili populasi pada satu-satu
masa tertentu (Fah & Hoon, 2015). Data yang dikumpul adalah berbentuk data
kuantitatif yang merupakan aspek major dalam pengumpulan data dengan
menggunakan soal selidik dalam talian.


KAEDAH PERSAMPELAN DAN PENGUMPULAN DATA

Populasi kajian adalah seramai 2,255 orang graduan PISMP ambilan Jun 2015. Seramai
2,244 graduan yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2019.
Mereka dikehendaki melengkapkan Borang Kajian Pengesanan Graduan 2019 secara
dalam talian. Walau bagaimanapun, seramai 2,191 orang (97.6%) daripada pelbagai
pengkhususan telah melengkapkan borang soal selidik ini.

Kajian Pengesanan Graduan dilaksanakan setelah pelajar menamatkan pengajian
mereka selama lapan semester. Instrumen kajian berbentuk soal selidik dalam talian
dan boleh diakses dengan mudah melalui portal Konvokesyen IPG. Graduan memberi
maklum balas dengan menggunakan komputer atau telefon pintar. Maklum balas
graduan boleh dipantau, dimuat turun dan dipindahkan ke dalam perisian Microsoft
Excel. Data dianalisis dan diinterpretasi selepas berjaya dikumpulkan.


INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah ditadbir secara dalam talian.
Soal selidik dalam instrumen ini memberi peluang kepada graduan untuk memilih
pelbagai opsyen yang disediakan. Soal selidik terdiri daripada lima bahagian utama,
iaitu sub-skala latar belakang, profil graduan, taburan graduan, penyesuaian profesion
dan penilaian graduan terhadap kualiti dan sistem perkhidmatan di IPG.








6

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






PENGANALISISAN DATA

Soal Selidik Pengesanan Graduan 2019 yang telah dilengkapkan oleh graduan
dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 22.0. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk
bilangan, peratus, skor min dan sisihan piawai serta dipaparkan dengan menggunakan
jadual, graf dan rajah.









































































7

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 3: MAKLUMAT TABURAN GRADUAN


PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang taburan jantina graduan, bidang opsyen dan elektif
semasa pengajian, negeri di mana graduan bermastautin. Tidak ketinggalan kajian ini
memberikan huraian berkaitan taburan graduan berpandukan IPG dan pencapaian
keputusan akhir berdasarkankan PNGK dan gred.

Seramai 2,244 graduan PISMP yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,191 orang (97.64%) graduan dari
pelbagai pengkhususan telah melengkapkan borang soal selidik dalam talian kajian ini.


JANTINA

Jadual 3.1 dan Rajah 3.1 menunjukkan taburan graduan mengikut jantina dan
keturunan.

Jadual 3.1
Taburan Graduan mengikut jantina

Jantina Bilangan Peratus (%)
Lelaki 631 28.8
Perempuan 1,560 71.2
Jumlah 2,191 100.0























Rajah 3.1 Taburan Graduan mengikut jantina









8

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Berdasarkan Jadual 3.1 dan Rajah 3.1 dapatan menunjukkan seramai 1,560 orang
(71.2%) adalah responden perempuan manakala responden lelaki adalah seramai 631
orang (28.8%). Taburan graduan mengikut jantina lelaki dan perempuan dengan
nisbah 1:3.


KETURUNAN

Jadual 3.2 dan Rajah 3.2 menunjukkan taburan graduan mengikut keturunan.

Jadual 3.2
Taburan Graduan Mengikut Keturunan

Keturunan Bilangan Peratus (%)
Melayu 1151 52.5
Cina 441 20.1
India 158 7.2
Sikh 1 0.0
Bajau 34 1.6
Bidayuh 30 1.4
Iban 104 4.7
Kadazan/Dusun 113 5.2
Murut 6 0.3
Orang Asli (Semenanjung) 30 1.4
Lain- Lain 123 5.6
Jumlah 2,191 100.0




























Rajah 3.2 Taburan Graduan Mengikut Keturunan






9

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Berdasarkan Jadual 3.2 dan Rajah 3.2, dapatan kajian menunjukkan jumlah tertinggi
taburan graduan mengikut keturunan adalah kaum Melayu iaitu seramai 1,151 orang
(52.5%) diikuti oleh Kaum Cina seramai 441 orang (20.1%). Kaum yang menduduki
tempat ketiga paling ramai ialah kaum India iaitu seramai 158 orang (7.2%). Selanjutnya
diikuti dengan kaum Kadazan Dusun seramai 113 orang (5.2%) dan kaum Iban iaitu
seramai 104 orang (4.7%). Kedudukan kaum yang paling rendah ialah kaum Murut
seramai enam orang (0.3%).


NEGERI BERMASTAUTIN

Jadual 3.3 dan Rajah 3.3 menunjukkan taburan graduan mengikut negeri bermastautin.

Jadual 3.3
Taburan Graduan Mengikut Negeri Bermastautin

Keturunan Bilangan Peratus (%)
Sarawak 373 17.0
Sabah 290 13.2
Kelantan 229 10.5
Johor 215 9.8
Kedah 203 9.3
Perak 176 8.0
Terengganu 146 6.7
Selangor 131 6.0
Pulau Pinang 106 4.8
Pahang 98 4.5
Negeri Sembilan 94 4.3
Melaka 60 2.7
WP Kuala Lumpur 40 1.8
Perlis 20 0.9
WP Putrajaya 5 0.2
WP Labuan 5 0.2
Jumlah 2,191 100.0

Berdasarkan Jadual 3.3 dan Rajah 3.3, dapatan menunjukkan negeri yang mempunyai
bilangan tertinggi graduan bermastautin adalah negeri Sarawak iaitu seramai 373
orang (17.0%), diikuti dengan Sabah (290 orang, 13.2%), Kelantan (229 orang, 10.5%),
Johor (215 orang, 9.8%) dan Kedah (203 orang, 9.3%). Negeri yang terendah bilangan
graduan bermastautin adalah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya (5 orang, 0.2%).









10

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019







DEMOGRAFI PISMP 2019:
NEGERI BERMASTAUTIN



17.0
PERATUS 9.8 9.3 10.5 13.2

8.0
6.0 6.7
2.7 4.3 4.5 0.9 4.8 1.8 0.2 0.2









NEGERI BERMASTAUTIN

Rajah 3.3 Taburan Graduan Mengikut Negeri Bermastautin



IPG TERAKHIR SEBELUM DANUGERAHKAN IJAZAH

Jadual 3.4 dan Rajah 3.4 menunjukkan taburan graduan mengikut IPG terakhir sebelum
bergraduasi.

Jadual 3.4
Taburan Graduan Mengikut IPG Terakhir Sebelum Menamatkan Pengajian

Keturunan Bilangan Peratus
IPGK Tun Hussein Onn 139 6.3
IPGK Ipoh 138 6.3
IPGK Perlis 131 6.0
IPGK Raja Melewar 120 5.5
IPGK Ilmu Khas 115 5.2
IPGK Darul Aman 106 4.8
IPGK Pendidikan Islam 103 4.7
IPGK Sultan Mizan 97 4.4
IPGK Tuanku Bainun 94 4.3
IPGK Tengku Ampuan Afzan 91 4.2
IPGK Teknik 83 3.8
IPGK Temenggung Ibrahim 83 3.8
IPGK Pulau Pinang 76 3.5
IPGK Batu Lintang 74 3.4







11

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 3.4 (Sambungan…)

IPGK Bahasa Melayu 72 3.3
IPGK Sarawak 72 3.3
IPGK Tawau 64 2.9
IPGK Sultan Abdul Halim 63 2.9
IPGK Tun Abdul Razak 60 2.7
IPGK Kota Bharu 57 2.6
IPGK Perempuan Melayu Melaka 56 2.6
IPGK Bahasa Antarabangsa 53 2.4
IPGK Dato Razali Ismail 52 2.4
IPGK Kent 51 2.3
IPGK Rajang 49 2.2
IPGK Gaya 47 2.1
IPGK Keningau 45 2.1
Jumlah 2,191 100.0

































Rajah 3.4 : Taburan Graduan Mengikut IPG Terakhir Sebelum Dianugerahkan Ijazah

Berdasarkan Jadual 3.4 dan Rajah 3.4, dapatan menunjukkan, taburan tertinggi
graduan mengikut IPG terakhir sebelum bergraduasi adalah IPGK Tun Hussien Onn iaitu
seramai 139 orang (6.3%), diikuti IPGK Ipoh seramai 138 orang (6.3%), IPGK Perlis seramai
131 orang (6.0%), IPGK Raja Melewar seramai 120 orang (5.5%), IPGK Ilmu Khas seramai
115 orang (5.2%), IPGK Darulaman seramai 106 orang (4.8%) dan IPGK Pendidikan Islam
seramai 103 orang (4,7%).






12

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019







Bagi taburan graduan IPG yang berjumlah antara 50 hingga 100 orang terdiri daripada
antaranya IPGK Sultan Mizan seramai 97 orang (4.4%), IPGK Tuanku Bainun seramai 94
orang (4.3%), IPGK Tengku Ampuan Afzan seramai 91 orang (4.2%) dan IPGK Teknik
seramai 83 orang (3.8%). Taburan graduan yang paling rendah adalah IPGK Keningau
iaitu seramai 45 orang sahaja (2.1%).


BIDANG PENGKHUSUSAN DI IPG

Jadual 3.5 dan Rajah 3.5 menunjukkan taburan graduan mengikut bidang
pengkhususan.

Jadual 3.5
Bilangan dan Peratus Graduan Mengikut Pengkhususan

Pengkhususan Bilangan Peratus
Bahasa Arab 76 3.5
Bahasa Cina 125 5.7
Bahasa Iban 42 1.9
Bahasa Inggeris 299 13.6
Bahasa Kadazandusun 10 .5
Bahasa Melayu 109 5.0
Bahasa Tamil 81 3.7
Bimbingan Dan Kaunseling 64 2.9
Lain-Lain 2 0.1
Matematik 155 7.1
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 93 4.2
Pendidikan Islam 177 8.1
Pendidikan Jasmani 112 5.1
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 134 6.1
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 35 1.6
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan 19 .9
Pendidikan Muzik 92 4.2
Pendidikan Pemulihan 170 7.8
Pendidikan Seni Visual 54 2.5
Rekabentuk Dan Teknologi 109 5.0
Sains 60 2.7
Sejarah 173 7.9
Jumlah 2,191 100.0

Dapatan pada Jadual 3.5 dan Rajah 3.5 menunjukkan graduan bidang pengkhususan
Bahasa Inggeris adalah yang paling ramai, iaitu 299 orang (13.6%), diikuti oleh






13

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






pengkhususan Pendidikan Islam seramai 177 orang (8.1%), Sejarah 173 (7.9%) dan
Pendidikan Pemulihan seramai 170 orang (7.8%). Sebaliknya, graduan yang
berpengkhususan kurang daripada 10% adalah pengkhususan Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan dengan 19 orang (0.9%), pengkhususan Bahasa Kadazan Dusun
10 orang (0.5%) dan lain-lain 2 orang (0.1%) merupakan pengkhususan yang paling
sedikit graduannya.


TABURAN GRADUAN MENGIKUT PENGKHUSUSAN

16.0
14.0
13.6
12.0
10.0
PERATUS 8.0 8.1


6.0 7.1 7.8
6.1
5.7
4.0 5.0 5.1 5.0
4.2 4.2
3.7
2.0 3.5 2.9
1.9 0.5 0.1 1.6 0.9 2.5
0.0













Rajah 3.5: Bilangan Graduan Mengikut Bidang Pengkhususan Di IPG



BIDANG ELEKTIF DI IPG

Jadual 3.6 dan Rajah 3.6 menunjukkan taburan graduan mengikut elektif.

Jadual 3.6
Taburan Graduan Mengikut Elektif

Elektif Bilangan Peratus (%)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi 253 11.5
Pendidikan Jasmani 217 9.9
Pendidikan Kesihatan 196 8.9
Pendidikan Moral 195 8.9





14

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 3.6 (Sambungan…)

Sains 183 8.4
Bahasa Cina 179 8.2
Bahasa Arab 176 8.0
Bahasa Melayu 143 6.5
Rekabentuk dan Teknologi 140 6.4
Matematik 113 5.2
Pendidikan Muzik 111 5.1
Pendidikan Seni Visual 106 4.8
Pendidikan Islam 78 3.6
Sejarah 64 2.9
Bahasa Tamil 26 1.2
Bahasa Inggeris 9 0.4
Lain-lain 2 0.1
Jumlah 2,191 100.0


TABURAN GRADUAN MENGIKUT ELEKTIF

14.0
11.5
12.0
9.9
10.0 8.0 8.2 8.9 8.9 8.4
PERATUS 8.0 6.5 5.2 5.1 4.8 6.4
6.0
4.0 3.6 2.9
2.0 0.4 1.2 0.1
0.0










Rajah 3.6: Bilangan graduan mengikut bidang Elektif di IPG

Berdasarkan Jadual 3.6 dan Rajah 3.6, dapatan menunjukkan bidang elektif yang
paling banyak diikuti oleh graduan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu
seramai 253 orang (11.5%), diikuti oleh Pendidikan Jasmani seramai 217 orang (9.9%),
Pendidikan Kesihatan seramai 196 orang (8.9%) dan Pendidikan Moral seramai 195
orang (8.9%). Bidang elektif yang diikuti pleh graduan yang berada 10% ke bawah
adalah Bahasa Inggeris dengan 9 orang (0.4%) dan lain-lain elektif iaitu seramai 2 orang
(0.1%).







15

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019







PURATA GRED NILAI KUMULATIF (PNGK)

Jadual 3.7 dan Rajah 3.7 menunjukkan taburan graduan berdasarkan Purata Gred Nilai
Kumulatif (PGNK)

Jadual 3.7
Taburan Graduan Mengikut PGNK

Gred Bilangan Peratus (%)
Kelas Kedua Atas (3.25 - 3.74) 1711 78.1
Kelas Pertama (3.75 - 4.00) 393 17.9
Kelas Kedua Bawah (2.00 - 3.24) 87 3.98
Jumlah 2,191 100.0



GRED PGNK RESPONDEN


4%
18%

Kelas Pertama
Kelas Kedua Atas
78% Kelas Kedua Bawah





Rajah 3.7: Taburan Grduan Mengikut Gred PGNK

Berdasarkan Jadual 3.7 dan Rajah 3.7, Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) atau dalam
bahasa Inggeris dikenali sebagai Cumulative Grade Point Average (CGPA) yang
dicapai oleh graduan di IPG menunjukkan, Gred PGNK yang paling banyak dicapai
oleh graduan adalah Kelas Kedua Atas (3.25-3.74) iaitu seramai 1,711 orang (78.1%),
diikuti dengan Kelas Pertama (3.75-4.00) iaitu seramai 393 orang (17.9%). Gred PGNK
yang paling sedikit dicapai oleh graduan PISMP adalah Kelas Kedua Bawah (2.00-3.24)
iaitu hanya seramai 87 orang (3.98%).












16

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 4: MAKLUMAT STATUS PENEMPATAN GRADUAN


PENGENALAN

Bab ini menerangkan maklumat berkaitan status penempatan graduan.



STATUS PENEMPATAN GRADUAN

Jadual 4.1 menunjukkan status penempatan graduan sama ada telah mendapat
penempatan atau belum mendapat penempatan di sekolah.

Jadual 4.1
Graduan yang belum mendapat penempatan

Adakah telah mendapat Bil %
penempatan?
Ya 60 2.7
Tidak 2,131 97.3
Jumlah 2,191 100.0

Berdasarkan Jadual 4.1, majoriti graduan yang terlibat sebagai responden kajian ini
belum mendapat penempatan iaitu seramai 2,131 orang (97.3%). Hanya sebilangan
kecil sahaja iaitu 60 orang (2.7%) sudah mendapat penempatan.


TEMUDUGA SPP

Jadual 4.2 menunjukkan status temuduga SPP bagi graduan yang belum mendapat
penempatan

Jadual 4.2
Status temuduga SPP

Status Temuduga SPP (Adakah telah ditemuduga SPP) Bilangan Peratus (%)
Ya 2,131 100
Tidak 0 0.0

Jadual 4.2 menunjukkan kesemua 2131 orang (100%)graduan yang belum mendapat
penempatan menyatakan bahawa sudah ditemuduga oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan.









17

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 5: CABARAN PENYESUAIAN KEPADA PROFESION


PENGENALAN

Bab ini melaporkan hasrat graduan untuk meninggalkan profesion keguruan dan
faktor-faktornya.


HASRAT MENINGGALKAN PROFESION

Jadual 5.1 dan Rajah 5.1 menunjukkan bilangan graduan yang berhasrat
meninggalkan profesion keguruan.

Jadual 5.1
Graduan yang Berhasrat Meninggalkan Profesion Keguruan

Berhasrat Meninggalkan Profesion Keguruan? Bilangan Peratus (%)
Ya 38 1.7
Tidak 2,153 98.3
Jumlah 2,191 100.0


Hasrat Graduan Meninggalkan Profesion Keguruan




Ya
2%



Ya
Tidak
Tidak
98%







Rajah 5.1: Graduan yang berhasrat meninggalkan profesion keguruan.

Jadual 5.1 dan Rajah 5.1 menunjukkan seramai 38 orang graduan (1.7%) daripada 2191
orang graduan menyatakan mereka berhasrat meninggalkan profesion keguruan
manakala majoriti seramai 2,153 orang (98.3%) menyatakan mereka tidak akan
meninggalkan profesion keguruan.






18

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






FAKTOR HASRAT MENINGGALKAN PROFESION


Antara faktor peribadi yang dinyatakan oleh graduan termasuklah:
i. Ingin menjadi penyelaras tadika/ taman bimbingan kanak-kanak.
ii. Mengikut suami
iii. Terlalu jauh dari keluarga.
iv. Ingin berkhidmat di peringkat yang lebih tinggi.
v. Ingin menceburi profesion lain / bidang yang berbeza-beza / ingin menjadikan
pembelajaran seumur hidup sebagai satu budaya.

Faktor berikut juga dinyatakan oleh graduan sebagai sebab mereka meninggalkan
profesion keguruan:
i. Faktor murid dan ibu bapa mereka
ii. Beban kerja yang terlalu banyak
iii. Tertekan dengan sistem dalam talian yang agak lemah
iv. Bermasalah dengan pihak pentadbir




















































19

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 6: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)


PENGENALAN

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha
memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya (Dokumen Awal
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan
Malaysia,2016). Dalam hal ini, graduan PISMP IPG 2019 tidak terkecuali perlu
meningkatkan profesionalisme keguruan melalui pelibatan diri dalam Program
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dan menanamkan hasrat untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan kompetensi
dan kualiti diri.

Bab ini melaporkan cabaran graduan dalam penyesuaian kepada profesion
melibatkan penglibatan graduan dalam Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) dan hasrat melanjutkan pengajian.


PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)


Hasrat Mengikuti PPPB

Jadual 6.1 dan Rajah 6.1 menunjukkan hasrat graduan mengikuti PPPB

Jadual 6 .1
Hasrat Graduan Untuk Mengikuti PPPB

Berhasrat Mengikuti PPPB Bilangan %
Ya 2,162 98.7
Tidak 29 1.3
Jumlah 2,191 100.0

Berdasarkan Jadual 6.1, majoriti graduan iaitu 2,162 graduan (98.7%) berhasrat untuk
mengikuti PPPB bagi membantu perkembangan kerjaya. Hanya segelintir graduan iaitu
29 orang (1.3%) tidak berhasrat mengikuti PPPB.


Bidang Pilihan PPPB

Jadual 6.2 menunjukkan kecenderungan graduan mengikuti bidang pilihan PPPB








20

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 6.2
Bidang Pilihan PPPB

Bidang PPPB Bilangan %
Pendidikan 1,526 70.6
Bahasa 676 31.3
Kokurikulum 611 28.3
Kemanusiaan 428 19.8
STEM 261 12.1
Generik 42 1.9
* Nota: Responden boleh memilih lebih daripada satu bidang

Berdasarkan Jadual 6.2, majoriti graduan cenderung untuk mengikuti bidang
Pendidikan (1,526 orang, 70.6%). Diikuti oleh bidang Bahasa (676 orang, 31.3%)
kokurikulum (611 orang, 28.3%) dan kemanusiaan (428 orang, 19.8%). Peratus pemilihan
kurang daripada 10% melibat bidang STEM (261 orang, 7.36%) dan generik (42 orang,
1.19%)


Saranan Bidang Lain PPPB

Selain daripada bidang yang disenaraikan dalam Jadual 6.2, terdapat juga graduan
yang menyarankan bidang lain PPPB seperti yang ditunjukkan pada Jadual 6.3

Jadual 6.3
Saranan bidang PPPB

Bidang Bilangan Peratus (%)
Psikologi 22 23.9
Teknologi Maklumat & Komunikasi 12 13.0
Kesenian 8 8.7
Pengurusan Pentadbiran 7 7.6
Muzik 7 7.6
Bimbingan Dan Kaunseling 7 7.6
Seni Visual 5 5.4
Kebudayaan 5 5.4
Sukan 3 3.3
Kurikulum 3 3.3
Kaunseling 3 3.3
Kesihatan 2 2.2
Kejurulatihan Dan Kepengadilan 2 2.2
Inovasi Dan Kreativiti 2 2.2
Grafik 2 2.2
Agama 2 2.2
JUMLAH SARANAN 92 100.0






21

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Berdasarkan Jadual 6.3, sebanyak 92 saranan yang diterima daripada graduan
berkenaan dengan bidang lain PPPB. Bidang yang disarankankan ialah Psikologi (22
orang, 23.9%), Teknologi Maklumat & Komunikasi (12 orang ,13.0%), Kesenian (8 orang,
8.7%). Bidang Pengurusan Pentadbiran, Muzik, Bimbingan dan Kaunseling masing-
masing 7 orang (7.6%). Bidang Seni Visual dan Kebudayaan masing-masing 5 orang
(5.4%). Bidang Sukan, Kurikulum dan Kaunseling masing-masing 3 orang (3.3%) dan
Bidang Kesihatan, Kejurulatihan dan Kepengadilan, Inovasi dan Kreativiti, Grafik serta
Agama masing-masing 2 orang (2.2%).


Kesediaan Pembiayaan Sendiri PPPB KPM

Jadual 6.4 menunjukkan kesediaan pembiayaan sendiri graduan untuk menyertai PPPB
anjuran KPM

Jadual 6.4
Kesediaan Pembiayaan Sendiri PPB KPM

Kesediaan Pembiayaan Sendiri Bilangan Peratus (%)
Ya 1949 89.0
Tidak 242 11.0
Jumlah 2,191 100.0

Berdasarkan Jadual 6.4, dapatan menunjukkan majoriti graduan iaitu seramai 1,949
orang bersedia untuk mengikuti PPPB yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan pembiayaan sendiri. Manakala hanya 242 orang (11.0%) tidak
bersedia menyertai PPPB dengan pembiayaan sendiri.


Kadar Minimum Bayaran PPB

Jadual 6.5 menunjukkan kadar minimum bayaran yang mampu dibiayai oleh graduan
yang bersedia mengikuti PPPB KPM dengan bayaran sendiri.

Jadual 6.5
Kadar Minimum Bayaran PPPB

Kadar minimum bayaran Bilangan Peratus (%)
< RM50 670 34.4
RM50 hingga RM100 1,052 54.0
> RM100 227 11.6
JUMLAH 1,949 100.0

Berdasarkan Jadual 6.5, dapatan menunjukkan seramai 1,052 daripada 1,949 orang






22

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






graduan iaitu 54.0% yang bersedia untuk mengikuti PPPB yang dianjurkan oleh KPM
dengan pembiayaan sendiri, bersedia untuk membayar antara RM50 hingga RM100,
manakala 670 orang (34.4%) pula bersedia membayar kurang daripada RM50.
Sebahagian kecil reponden pula iaitu 227 orang (11.6%) pula sanggup membayar lebih
daripada RM100.


MELANJUTKAN PELAJARAN

Hasrat Melanjutkan Pelajaran

Jadual 6.6 dan Rajah 6.6 menunjukkan graduan yang berhasrat melanjutkan pelajaran.

Jadual 6.6
Graduan yang Berhasrat Melanjutkan Pelajaran

Berhasrat Melanjutkan Bilangan %
Pelajaran?
Ya 2,126 97.0
Tidak 65 3.0
Jumlah 2,191 100.0








3%







Ya Tidak

97%






Rajah 6.6: Graduan Yang Ingin Melanjutkan Pelajaran

Berdasarkan Jadual 6.6 dan Rajah 6.6. dapatan menunjukkan 2,126 orang graduan
(97.0%) berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hanya
sebilangan kecil graduan iaitu 65 orang (3.0%) tidak berminat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.







23

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 7: KUALITI SISTEM PEMBELAJARAN DAN PERKHIDMATAN DI IPG



PENGENALAN

Bab ini melaporkan dapatan penilaian graduan terhadap tahap kualiti sistem
pembelajaran dan perkhidmatan di IPG semasa mengikuti pengajian di IPG dari segi
kandungan program pengajian, sistem pentaksiran, perkhidmatan bimbingan
kaunseling dan kerjaya, tenaga pengajar, kemudahan prasarana, kemahiran yang
diperoleh daripada pengajian, kesediaan diri dan persepsi terhadap reputasi IPG.

Tahap interpretasi nilai min dalam kajian ini dibuat berpandukan Nunally dan Berstein
(1994) seperti dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1
Tahap Interpretasi Nilai Min Berdasarkan Nunally dan Berstein (1994)

Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi



KANDUNGAN PROGRAM PENGAJIAN

Jadual 7.2 menunjukkan tahap kepuasan graduan terhadap kualiti kandungan
program pengajian secara keseluruhan menurut penilaian graduan.

Jadual 7.2
Tahap Kepuasan Graduan Terhadap Kandungan Program Pengajian Secara
Keseluruhan

Aspek Min SP Tahap



Latihan praktikum 4.84 0.40 Tinggi
Mata pelajaran opsyen 4.82 0.43 Tinggi
Menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia 4.78 0.47 Tinggi
pekerjaan
Mata pelajaran elektif teras 4.74 0.50 Tinggi
Kesesuaian kandungan pengajian 4.73 0.48 Tinggi

Imbangan komponen teori dan amali/aplikasi 4.71 0.51 Tinggi





24

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.2 (Sambungan…)

Kepelbagaian mata pelajaran kokurikulum yang 4.65 0.58 Tinggi
ditawarkan

Berdasarkan Jadual 7.2, secara keseluruhannya didapati tahap kepuasan graduan
terhadap kualiti kandungan program pengajian adalah tinggi (nilai skor min antara 4.65
hingga 4.84). Aspek yang mencapai skor min tertinggi adalah aspek latihan praktikum
(min=4.84,SP=0.40) manakala tahap kepuasan terendah adalah aspek kepelbagaian
mata pelajaran kokurikulum yang ditawarkan (min=4.65,SP=0.58).


TENAGA PENGAJAR IPG

Jadual 7.3 menunjukkan dapatan penilaian responden terhadap kualiti tenaga
pengajar IPG.

Jadual 7.3
Tahap Kepuasan Graduan Terhadap Kualiti Tenaga Pengajar IPG

Aspek Min SP Tahap
Pendedahan kepada pelajar tentang 4.81 0.43 Tinggi
pengetahuan terkini dalam bidang perguruan dan
pendidikan

Mempunyai kelayakan dalam bidang yang 4.81 0.43 Tinggi
bersesuaian untuk mengajar/menyelia

Kemahiran berkomunikasi 4.81 0.43 Tinggi
Interaksi dengan pelajar 4.80 0.44 Tinggi

Berpengetahuan teori dan praktikal yang 4.79 0.45 Tinggi
seimbang
Keupayaan menghubungkaitkan pengajaran atau 4.79 0.46 Tinggi
penyeliaan dengan amalan terkini pendidikan

Penasihat akademik (membantu, prihatin, mudah 4.76 0.49 Tinggi
dihubungi)

Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran 4.74 0.49 Tinggi

Tenaga pengajar mudah dihubungi di luar waktu 4.71 0.53 Tinggi
kuliah/formal

Kualiti program pementoran 4.70 0.55 Tinggi
Inovatif dan kreatif dalam pengajaran/penyeliaan 4.69 0.53 Tinggi







25

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.3 (Sambungan…)

Sedia berinteraksi dengan pelajar secara dalam 4.69 0.55 Tinggi
talian (online interaction)


Berdasarkan Jadual 7.3, secara keseluruhan, tahap kepuasan responden terhadap
kualiti tenaga pengajar di IPG adalah tinggi (skor min antara 4.69-4.81). Aspek tenaga
pengajar IPG dalam memberi pendedahan tentang pengetahuan terkini dalam
bidang perguruan dan pendidikan memperoleh skor min tertinggi (min=4.81, SP=0.43).
Tiga item iaitu pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan terkini dalam
bidang perguruan dan pendidikan, mempunyai kelayakan dalam bidang yang
bersesuaian untuk mengajar/menyelia dan kemahiran berkomunikasi mempunyai skor
min yang sama (min=4.81,SP=0.43). Sebaliknya item inovatif dan kreatif dalam
pengajaran/penyeliaan (min=4.69,SP=0.53) dan sedia berinteraksi dengan pelajar
secara dalam talian (online interaction) (min=4.69,SP=0.55) memperolehi skor min yang
terendah.


SISTEM PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN

Jadual 7.4 menunjukkan dapatan penilaian responden terhadap kualiti sistem
pentaksiran yang digunakan.

Jadual 7.4
Tahap Kepuasan Graduan Terhadap Kualiti Sistem Pentaksiran Yang Digunakan

Aspek Min SP Tahap
Pemarkahan peperiksaan 4.66 0.55 Tinggi
Mantap (telus, adil dan mudah 4.63 0.58 Tinggi
difahami)
Pemarkahan kerja kursus 4.58 0.61 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7.4, secara keseluruhannya, tahap kepuasan responden graduan
terhadap kualiti sistem pentaksiran yang digunakan di IPG adalah tinggi (skor min
antara 4.58–4.66). Aspek pemarkahan peperiksaan memperoleh nilai skor min tertinggi
(min=4.66, S.P=0.55), diikuti mantap telus, adil dan mudah difahami (min=4.63,S.P=0.58)
dan pemarkahan kerja kursus (min=4.58, S.P=0.61).


PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA

Jadual 7.5 menunjukkan dapatan penilaian responden terhadap kualiti perkhidmatan
bimbingan kaunseling dan kerjaya di IPG





26

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019








Jadual 7.5
Tahap Kepuasan Graduan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Aspek Min SP Tahap

Persediaan penempatan ke sekolah 4.68 0.57 Tinggi
Perundingan akademik 4.63 0.60 Tinggi
Pengurusan tekanan (stress management) 4.56 0.65 Tinggi
Perundingan peribadi 4.55 0.66 Tinggi

Kemahiran menghadiri temu duga 4.54 0.67 Tinggi
Pengurusan perubahan (change management) 4.53 0.65 Tinggi
Maklumat melanjutkan pengajian 4.52 0.69 Tinggi

Perundingan kewangan 4.49 0.69 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7.5, secara keseluruhan, dapatan menunjukkan bahawa tahap
kepuasan responden terhadap kualiti perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya
di IPG adalah pada tahap yang tinggi (skor min antara 4.49 hingga 4.68). Aspek
persediaan penempatan ke sekolah memperoleh skor min tertinggi (min=4.68,SP=0.57),
diikuti dengan aspek perundingan akademik (min=4.63,SP=0.60) dan pengurusan
tekanan (min=4.56,SP=0.65). Item yang memperolehi skor min terendah adalah
pengurusan perubahan (change management) (min=4.53,SP=0.65), diikuti maklumat
melanjutkan pengajian (min=4.52,SP=0.69) dan perundingan kewangan memperoleh
skor min terendah (min=4.49,SP=0.69).


KEMUDAHAN PRASARANA DI IPG

Jadual 7.6 menunjukkan dapatan penilaian responden graduan terhadap kualiti
kemudahan prasarana di IPG.

Jadual 7.6
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Kualiti Kemudahan Prasarana IPG

Aspek Min SP Tahap
Perkhidmatan/layanan kakitangan 4.62 0.63 Tinggi
perpustakaan
Pembelajaran bersepadu dalam talian 4.44 0.73 Tinggi
Waktu operasi perpustakaan 4.43 0.74 Tinggi
Kemudahan penginapan 4.42 0.78 Tinggi

Keselamatan kampus 4.42 0.77 Tinggi






27

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.6 (Sambungan…)

Ruang belajar yang selesa dan kondusif 4.41 0.76 Tinggi

Kemudahan ruang belajar yang kondusif 4.40 0.78 Tinggi
Kemudahan sukan/rekreasi 4.37 0.80 Tinggi
Kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial 4.34 0.83 Tinggi

Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan 4.29 0.81 Tinggi
secara keseluruhan
Perkhidmatan perpustakaan dalam talian 4.27 0.89 Tinggi
(online) cth : pinjaman/pemulangan buku
Makmal (komputer, sains), studio, dapur 4.24 0.84 Tinggi
,bengkel, dll
Sumber dalam talian (e-book/e-tutorial/e-jurnal 4.22 0.88 Tinggi
dan lain-lain)
Kemudahan pengangkutan 4.21 0.90 Tinggi
Kemudahan kedai buku/ koperasi kampus 4.17 0.93 Tinggi
Kemudahan ICT di kampus 4.11 0.94 Tinggi

Jumlah sumber/bahan (buku rujukan, dll) 4.10 0.86 Tinggi
Kemudahan kafeteria/kantin 4.03 0.96 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7.6, secara keseluruhannya, tahap kepuasan responden terhadap
kualiti kemudahan prasarana di IPG adalah adalah tingi (skor min antara 4.03 - 4.62).
Aspek perkhidmatan/layanan kakitangan perpustakaan memperoleh skor min tertinggi
(min=4.62, S.P=0.63), diikuti pembelajaran bersepadu dalam talian (min=4.44, S.P=0.73)
dan waktu operasi perpustakaan (min=4.43, S.P=0.74). Manakala, aspek kemudahan
kafetaria/ kantin memperoleh skor min terendah (min=4.03, SP=0.96), diikuti Jumlah
sumber/bahan (min=4.10, SP=0.86) dan kemudahan ICT kampus (min=4.11, SP=0.94).


KEMAHIRAN YANG DIPEROLEH DARIPADA PENGAJIAN

Jadual 7.7 menunjukkan dapatan tentang tahap kepuasan graduan berkaitan dengan
kemahiran yang diperolehi graduan selepas menamatkan pengajian di IPG.














28

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.7
Kemahiran Yang Diperoleh Daripada Pengajian

Aspek Min SP Tahap
Kerja berpasukan 4.88 0.35 Tinggi

Berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa 4.87 0.36 Tinggi
Melayu

Mempraktikkan ilmu keguruan 4.86 0.38 Tinggi
Kemahiran sosial 4.85 0.39 Tinggi

Menyelesaikan masalah 4.82 0.40 Tinggi

Kepimpinan 4.81 0.42 Tinggi

Mengurus maklumat yang relevan daripada 4.78 0.43 Tinggi
pelbagai sumber
Pengurusan 4.78 0.45 Tinggi

Keusahawanan 4.63 0.58 Tinggi

Berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa 4.58 0.60 Tinggi
Inggeris

Berdasarkan Jadual 7.7, secara keseluruhannya, skor min yang tinggi iaitu antara 4.58
hingga 4.88 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap kemahiran yang
diperoleh daripada pengajian adalah tinggi. Aspek kerja berpasukan memperoleh skor
min tertinggi (min=4.88, SP=0.352), diikuti dengan aspek kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dalam bahasa Melayu (min=4.87, SP=0.357) dan kemahiran
mempraktik ilmu keguruan (min=4.86,SP=0.38). Namun begitu, aspek komunikasi
berkesan dalam Bahasa Inggeris memperoleh skor min terendah (min=4.58,SP=0.60)
dalam dimensi kemahiran yang diperoleh daripada pengajian.


KESEDIAAN DIRI

Jadual 7.8 menunjukkan tahap kesediaan graduan selepas menamatkan pengajian di
IPG

Jadual 7.8
Tahap Kesediaan Graduan Selepas Menamatkan Pengajian Di IPG

Aspek Min SP Tahap
Mengamalkan nilai murni 4.89 0.33 Tinggi
Mengamalkan profesionalisme perguruan 4.88 0.34 Tinggi






29

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.8 (Sambungan…)

Bekerjasama dengan baik dalam satu pasukan 4.88 0.36 Tinggi

Mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan 4.87 0.35 Tinggi
pembelajaran
Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat 4.87 0.35 Tinggi

Mendukung prinsip integriti 4.86 0.38 Tinggi
Menyesuaikan diri dengan apa jua perubahan dan 4.86 0.37 Tinggi
cabaran
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni 4.86 0.37 Tinggi

Memikirkan masa depan dan peluang kerjaya pelajar 4.85 0.39 Tinggi
Membudayakan kemahiran berfikir 4.84 0.39 Tinggi
Menganalisis dan menilai maklumat 4.82 0.41 Tinggi

Mendukung budaya warisan bangsa 4.82 0.41 Tinggi
Memahami kepentingan alam sekitar 4.82 0.42 Tinggi
Mencetuskan inovasi 4.80 0.44 Tinggi
Mengaplikasi teknologi secara optimum 4.80 0.43 Tinggi

Menterjemah kurikulum kepada pelaksanaan 4.80 0.42 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7.8, secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa
tahap kesediaan diri responden secara keseluruhannya adalah pada tahap yang
tinggi (skor min antara 4.80 hingga 4.89). Kesediaan diri responden pada aspek
mengamalkan nilai murni memperoleh skor min tertinggi (min=4.89, SP=0.33). Ini diikuti
dengan aspek mengamalkan profesion perguruan (min=4.99, SP=4.88) dan aspek
bekerjasama dengan baik dalam satu pasukan (min=4.99, SP=0.36). Dapatan turut
menunjukkan bahawa tahap kesediaan diri yang terendah adalah pada keupayaan
dalam menterjemahkan kurikulum kepada pelaksanaan (min=4.80, SP=0.42),
mengaplikasi teknologi secara optimum (min=4.80, SP=0.43) dan mencetuskan inovasi
(min=4.80, SP=0.44).


PERSEPSI GRADUAN TERHADAP IPG

Jadual 7.9 menunjukkan persepsi graduan terhadap reputasi IPG.











30

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 7.9
Persepsi Graduan Terhadap Reputasi IPG

Aspek Min SP Tahap
Reputasi sebagai institusi latihan 4.83 0.43 Tinggi
perguruan terkemuka di Malaysia
Reputasi sebagai penyedia pendidikan 4.82 0.45 Tinggi
tinggi yang berkualiti

Reputasi sebagai institusi yang setanding 4.72 0.57 Tinggi
dengan Universiti Awam

Berdasarkan Jadual 7.9, secara keseluruhan tahap persetujuan graduan terhadap
reputasi IPG adalah tinggi (skor min antara 4.72 hingga 4.83). Tahap persetujuan
responden terhadap reputasi IPG sebagai institusi latihan perguruan terkemuka di
Malaysia memperoleh skor min tertinggi (min=4.83,SP=0.43). Ini diikuti dengan reputasi
IPG sebagai penyedia pendidikan tinggi yang berkualiti (min=4.82,SP=0.45) dan
reputasi IPG sebagai institusi yang setanding dengan Universiti Awam
(min=4.72,SP=0.57)













































31

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






BAB 8: MAKLUMAT KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU

PENEMPATAN

PENGENALAN

Sementara menunggu penampatan ke sekolah, terdapat graduan yang bekerja
sambilan untuk mencari pendapatan sampingan di samping menimba pengalaman
dalam kehidupan. Bab ini melaporkan tentang maklumat kerja sambilan graduan
PISMP 2019 sementara menunggu penempatan.



STATUS PELIBATAN DALAM KERJA SAMBILAN

Jadual 8.1 menunjukkan status pelibatan graduan dalam pekerjaan sambilan
sementara menunggu penempatan.

Jadual 8.1
Pelibatan graduan dalam kerja sambilan

Kerja sambilan (Ya/ Tidak) Bilangan %
Ya 535 24.4
Tidak 1,656 75.6
Jumlah 2,191 100.0

Berdasarkan Jadual 8.1, seramai 535 orang (24.4%) graduan terlibat dengan kerja
sambilan sementara mendapat penempatan. Selebihnya iaitu 1,656 orang (75.6%)
tidak terlibat dengan kerja sambilan.


ORGANISASI KERJA SAMBILAN

Jadual 8.2 menunjukkan tempat/organisasi graduan bekerja sambilan.

Jadual 8.2
Tempat/organisasi graduan bekerja sambilan

Organisasi Pekerjaan Sambilan Bilangan %
Kerajaan 185 33.1
Sendiri 180 32.2
Swasta 170 30.4
Jumlah 535 100.0

Berdasarkan Jadual 8.2, dapatan menunjukkan seramai 185 graduan (33.1%) pernah






32

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






bekerja sambilan di organisasi kerajaan manakala 180 graduan (32.2%) bekerja sendiri.
Terdapat juga graduan yang bekerja sambilan di organisasi swasta (170 graduan,
30.4%).


JENIS PEKERJAAN SAMBILAN

Jadual 8.3 menunjukkan jenis pekerjaan sambilan bagi graduan yang terlibat dengan
pekerjaan sambilan sementara menunggu penempatan.

Jadual 8.3
Jenis pekerjaan sambilan graduan

Jenis Pekerjaan Sambilan Bilangan %
Guru Ganti 170 35.7
Guru Tuisyen 56 11.8
Berniaga 28 5.9
Pembantu Kedai 24 5.0
Tutor Peribadi 19 4.0
Tutor 17 3.6
Guru Tadika 15 3.2
Pelayan Restoran 14 2.9
Pemandu Grab 14 2.9
Juruwang 13 2.7
Petani 11 2.3
Guru KAFA 10 2.1
Guru Sandaran 9 1.9
Operator Pengeluaran 7 1.5
Eksekutif Jualan 6 1.3
Peniaga 6 1.3
Jurujual 5 1.1
Kerani 5 1.1
Pembantu Dapur 5 1.1
Pembantu Jualan 5 1.1
Buruh 4 0.8
Penolong Pengurus Stor 4 0.8
Guru Pembantu 4 0.8
Guru Al-Quran 4 0.8
Pengasuh 3 0.6
Pengurus Kewangan 3 0.6
Peniaga Atas Talian 3 0.6
Imam Rawatib 2 0.4
Juruteknik 2 0.4






33

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






Jadual 8.3 (Sambungan…)

Pengadil Bola Sepak 2 0.4
Penoreh Getah 2 0.4
Receptionist 2 0.4
Sukarelawan 2 0.4
Jumlah 476 100.0

Berdasarkan Jadual 8.3, seramai 476 graduan memberi maklum balas tentang jenis
pekerjaan sambilan mereka. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar graduan
bekerja sambilan yang berkaitan dengan bidang pendidikan dengan jumlah
peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 304 graduan (63.9%). Daripada jumlah tersebut,
jenis pekerjaan sambilan graduan ialah guru ganti (35.7%), guru tuisyen (11.8%), tutor
peribadi (4.0%), guru tadika (3.2%), guru KAFA (2.1%) dan guru sandaran (1.9%). Selain
itu, terdapat 28 orang (5.9%) berniaga sendiri dan 24 orang (5.0%) pula bekerja sebagai
pembantu kedai.



PENDAPATAN PEKERJAAN SAMBILAN

Jadual 8.4 menunjukkan pendapatan pekerjaan sambilan graduan.

Jadual 8.4
Pendapatan kerja sambilan

Pendapatan (RM) Bilangan %
<500 152 28.4
500 - 1000 296 55.3
1001 - 1500 75 14.0
>1501 12 2.2
Jumlah 535 100.0

Berdasarkan Jadual 8.4, dapatan menunjukkan 296 orang (55.3%) daripada 535
graduan yang bekerja sambilan memperolehi pendapatan antara RM500 hingga
RM1000. Sebahagian yang lain pula memperolehi pendapatan antara RM1001 hingga
RM1500 (75 graduan, 14.0%) dan kurang daripada RM500 (152 graduan, 28.4%). Jumlah
pendapatan pekerjaan sambilan melebihi RM1500 hanya melibatkan 12 graduan
(2.2%).
















34

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019








BAB 9: RUMUSAN DAN CADANGAN


PENEMUAN YANG DIPEROLEH DARI KAJIAN INI

1. Profesion keguruan sangat sinonim dengan kepercayaan bahawa guru wanita lebih
meminati profesion ini berbanding dengan lelaki. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan dapatan kajian yang memperlihatkan bahawa taburan graduan mengikut
jantina lelaki dan wanita adalah 1:3. Dapatan yang menunjukkan bilangan graduan
guru wanita lebih daripada graduan guru lelaki mungkin dipengaruhi faktor minat
dan cenderung wanita menceburi profesion keguruan.

2. Negeri Sarawak mencatat bilangan diikuti graduan yang berasal dari negeri Sabah
dan graduan dari negeri Kelantan. Dapatan menunjukkan, pemilihan dan
pengambilan pelajar pada kohort tersebut memberi tumpuan kepada negeri-
negeri tersebut. Hal yang demikian mungkin disebabkan pemilihan pelajar IPG pada
kohort tersebut adalah berdasarkan kuota kemasukan di setiap negeri pada tahun
berkenaan atau kebanyakan pelajar cemerlang SPM adalah dari negeri-negeri
berkenaan.

3. Graduan berpengkhususan Bahasa Inggeris adalah yang paling ramai diikuti oleh
pengkhususan Pendidikan Islam dan Pendidikan Pemulihan. Sebaliknya, peratus
yang kurang daripada 10% adalah pengkhususan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan dan pengkhususan bahasa kadazan dusun. Dapatan ini menunjukkan
bahawa pengambilan pelajar mengikut bidang adalah berbeza berdasarkan
keperluan dan unjuran pengambilan pelajar yang dikeluarkan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

4. Dapatan menunjukkan elektif yang paling banyak diikuti oleh graduan ialah
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, iikuti oleh Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan dan Pendidikan Moral. Pemilihan elektif melibatkan kemahiran-
kemahiran tambahan yang diperlukan oleh graduan dan menyokong bidang
pengkhususan. Bidang-bidang tersebut juga sesuai dengan keperluan masa kini.

5. Berdasarkan Gred PGNK graduan, dapatan kajian menunjukkan Kelas Kedua Atas
adalah yang paling tinggi dicapai oleh graduan PISMP 2019, diikuti dengan Kelas
Pertama dan Kelas Kedua Bawah. Pencapaian kelas pertama harus ditingkatkan
kepada sasaran 20% pencapaian keseluruhan.

6. Majoriti graduan PISMP 2019 ketika menjawab soal selidik ini masih lagi belum
mendapat penempatan.








35

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






7. Graduan IPG secara keseluruhannya bersikap positif terhadap profesion keguruan
kerana majoritinya ingin kekal dalam profesion ini. Dapatan ini menunjukkan IPG
berjaya menghasilkan guru yang tekal dan komited terhadap profesion keguruan.

8. Graduan PISMP IPG 2019 sangat positif dengan amalan pembelajaran sepanjang
hayat. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan dapatan yang menunjukkan majoriti
graduan berhasrat mengikuti PPPB bagi membantu perkembangan kerjaya. Lebih
menarik lagi mereka bersedia mengikuti PPPB yang dianjurkan oleh KPM dengan
pembiayaan sendiri.

9. Konsep kesarjanaan guru (scholarly teacher) dapat dijiwai oleh graduan PISMP 2019
apabila dapatan menunjukkan majoriti graduan berhasrat melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi. Hanya sebilangan kecil graduan tidak berminat untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

10. Tahap kepuasan graduan semasa mengikuti pengajian di IPG adalah tinggi (Min >
4.5) iaitu segi kandungan program pengajian, sistem pentaksiran, perkhidmatan
bimbingan kaunseling dan kerjaya, tenaga pengajar, kemahiran yang diperoleh
daripada pengajian, kesediaan diri dan persepsi terhadap reputasi IPG.
Bagaimanapun kemudahan prasarana mendapat nilai min di bawah 4.5. Nilai min
terendah merangkumi kemudahan kedai buku/ koperasi, kemudahan ICT di kampus
dan kemudahan kafeteria/kantin. Kemudahan prasaran ini perlu diberi perhatian di
mana kualitinya perlu ditingkatkan.

11. Persepsi positif graduan PISMP 2019 terhadap reputasi IPG adalah tinggi dari segi
institusi latihan perguruan terkemuka di Malaysia, penyedia pendidikan tinggi yang
berkualiti dan institusi yang setanding dengan Universiti Awam. Perkara ini
menggambarkan satu petanda yang baik bahawa misi dan visi IPG sebagai
peneraju kecemerlangan Pendidikan guru yang unggul telah dapat direalisasi.

12. Sebahagian graduan bekerja sambilan sementara menunggu penempatan di
sekolah. Dapatan menunjukkan, graduan lulusan IPG bijak menggunakan masa
lapang mencari pendapat sampingan berbekalkan ilmu keguruan yang diperoleh
semasa di IPG. Ini dapat dilihat apabila ramai antara yang bekerja sambilan terlibat
dalam bidang pendidikan seperti guru tuisyen dan guru ganti.




















36

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk
pertimbangan iaitu :

1. Kuota pengambilan pelajar lelaki bagi program PISMP perlu ditambah. Hal ini kerana
dapatan yang diperoleh dari kajian ini menunjukkan taburan graduan mengikut
jantina lelaki dan perempuan adalah bernisbah 1:3.

2. Pelajar lepasan IPGM perlu diberikan galakan untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran bagi meningkatkan kualiti diri. Pelbagai
skim galakan perlu diperkenalkan agar mereka dapat melanjutkan pelajaran sama
ada di IPGK khususnya atau di universiti-universiti tempatan. Dapatan kajian
menunjukkan 97% responden berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi dan hanya 3% yang tidak berminat melanjutkan pelajaran.

3. Guru perlu ditanamkan sifat jati diri sebagai seorang pendidik, berbangga dan
mencintai profesion keguruan khususnya dalam kursus Bina Insan Guru (BIG). Satu
mekanisme perlu dilaksanakan supaya guru amat menghargai dan menyanjungi
profesion keguruan. Ini dapat mengelakkan guru daripada meninggalkan profesion
keguruan sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

4. Penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan di semua IPG melalui mekanisme
yang bersesuaian. Guru pelatih juga perlu menduduki peperiksaan MUET dengan
tahap kelulusan minima adalah Band 4. Berdasarkan dapatan kajian, walaupun
penilaian responden terhadap kemahiran yang diperoleh daripada pengajian di
IPG secara keseluruhannya mendapat skor min yang tinggi. Namun begitu, aspek
komunikasi berkesan dalam Bahasa Inggeris memperoleh skor min terendah dalam
dimensi kemahiran yang diperoleh daripada pengajian.

5. IPG perlu menilai kembali program bimbingan kaunseling dan kerjaya khususnya
dalam aspek perundingan kewangan. Berdasarkan dapatan kajian, tahap
kepuasan responden terhadap perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya di
IPG adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, aspek perundingan kewangan
memperoleh skor min terendah.

6. Kemudahan prasarana di IPG perlu ditingkatkan. Dapatan kajian tentang tahap
kepuasan graduan bagi kemudahan prasarana berada pada tahap yang tinggi.
Namun begitu jika diperhalusi dapatan setiap aspek kemudahan prasarana, hanya
satu aspek perkhidmatan/layanan kakitangan perpustakaan memperoleh skor min
tertinggi atas 4.62. Secara keseluruhannya aspek kemudahan prasarana di IPG
berada pada min di bawah 4.5.








37

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






7. Cadangan agar KPM menonjolkan penjenamaan IPG sebagai institusi latihan
perguruan terkemuka di Malaysia, penyedia pendidikan tinggi yang berkualiti dan
institusi yang setanding dengan UA. Berdasarkan dapatan kajian, secara
keseluruhan tahap persepsi positif para graduan IPG terhadap IPG adalah tinggi.

8. Kajian lanjutan wajar dilaksanakan untuk mengenal pasti cabaran graduan dalam
menyesuaikan diri kepada profesion melibatkan penglibatan graduan dalam
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB), hasrat melanjutkan pengajian dan
hasrat meninggalkan profesion keguruan. Cabaran ini dihadapi oleh guru
permulaan dan graduan yang melibatkan dan isu yang timbul khususnya dari segi
keperluan bidang-bidang khusus yang menyokong graduan dalam PPB.

9. Kajian lanjutan wajar dilaksanakan bagi mengenal pasti impak dari segi kandungan
program pengajian, sistem pentaksiran, perkhidmatan bimbingan kaunseling dan
kerjaya, tenaga pengajar, kemudahan prasarana, kemahiran yang diperoleh
daripada pengajian dan kesediaan diri. Dapatan kajian tersebut dapat digunakan
bagi menyusun langkah yang bersesuaian bagi menambah baik program
pendidikan guru dalam pelbagai aspek.
















































38

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA I 2019






RUJUKAN


Institut Pendidikan Guru Malaysia (2015). Buku Panduan Akademik Sesi 2014/2015
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Fah, L. Y., & Hoon, K. C. (2015). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam
penyelidikan pendidikan (Edisi ke-4). Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Ahli Majlis
Penerbitan Ilmih Malaysia (MAPIM).

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2017). Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016-
2025. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM (2013). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif: Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Nunnally, J. C., & Bernstein. 1994. Psychometric theory. (Edisi ketiga). New York:
McGraw-Hill.











































39

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN


GRADUAN


PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH 2019











DR. HJH. AZIZAH BINTI SARKOWI

DR. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN
DR. HJH. NOR HAYATI BINTI HJ. MT. ALI

DR. ZAKARIA BIN MOHD ARIF
DR. MATHAN A/L BALARAMAN

DR. AZAHAR BIN AZIZ




INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2021


Click to View FlipBook Version