The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2022-02-21 20:04:48

NOTA PENGHIDUP MOTOR

NOTA PENGHIDUP

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

1: SIMBOL

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan keselamatan elektrik, simbol, definisi, dan
maklumat umum yang berkaitan kawalan motor.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui latihan keselamatan dan pertolongan cemas.
2. Mengetahui simbol yang berkaitan dengan kawalan motor.
3. Mengetahui definisi komponen penyentuh dan motor.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mengamalkan latihan keselamatan dan pertolongan cemas
2. Melukis simbol-simbol berkaitan kawalan motor.
3. Menerangkan komponen penyentuh dan motor

1

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

1.1 PENGENALAN

Terdapat beberapa simbol asas yang digunakan untuk menerangkan makna dan
tujuan litar kawalan motor. Bentuk dan kedudukan satu-satu simbol itu tidak sama bagi litar-
litar kawalan motor. Walau bagaimanapun simbol-simbol tersebut boleh di ubah-ubah
mengikut keadaan-keadaan keperluan pengguna di tempat-tempat tertentu.
Memandangkan Malaysia masih mengimport peralatan dari beberapa Negara
antarabangsa, maka sudah pasti simbol-simbol agak berlainan sedikit.

2

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2 : PENYENTUH (CONTACTOR)

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan penyentuh. Cara penyambungan dan jenis-
jenis penyentuh telah diterangkan didalam bab ini. Kenalpasti setiap isi kandungan bab
untuk mengetahui cara pengoperasian dan fungsi penyentuh berserta simbol.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui komponen, binaan dan jenis penyentuh.
2. Mengetahui simbol-simbol komponen penyentuh.
3. Mengetahui bagaimana fungsi dan cara operasi penyentuh.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Menerangkan komponen, binaan dan jenis penyentuh.
2. Melukis simbol-simbol komponen penyentuh.
3. Mendawai litar asas bagaimana fungsi dan cara operasi penyentuh.

4

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.1 MENGENAL PENYENTUH

Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistem elektrik. Dalam
penggunaan teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik adalah
amat penting bagi pencipta dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan
elektrik berterusan tanpa gangguan kepada semua mesin.

Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang
teknikal, mengetahui dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar,
penyentuh dan geganti serta cara operasinya.

Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik
(elektromagnet), iaitu sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact ) dengan
sesentuh bergerak (moving contact). Sentuhan antara sesentuh di dalam penyentuh
dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh kemagnetannya. Permukaan
sentuhan pula berlaku apabila kemagnetan diluputkan, dimana ketika sesentuh bergerak
yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

Contoh:

Daya Tarikan Magnet

Rajah 2.1
Rajah di atas menunjukan 3 sesentuh sedia buka dan 2 sesentuh sedia tutup

Apabila bekalan dimasukan ke gelung penyentuh.

Daya Tarikan Magnet

Rajah 2.2

5

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.2 KOMPONEN-KOMPONEN PENYENTUH

1. Sesentuh utama ( main contacts ) - untuk mengendalikan beban utama, berarus
besar dan biasanya sesentuh bersaiz besar dan tebal serta ditanda dengan nombor-
nombor kecil, contohnya 1,2,3,4,5 dan 6.

2. Sesentuh tambahan ( auxiliary contacts ) - sebagai litar kawalan dan berarus
rendah. Oleh itu sesentuhnya kecil dan bernombor besar, contohnya 13,14.21,22
dan sebagainya. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka ( normally
open ) dan sesentuh sedia tutup ( normally close)

3. Gegelung tanpa voltan ( No Volt coil ) – ia mendapat bekalan 240 Volt atau 415
Volt. Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker (armature) dan
seterusnya menarik pemegang sesentuh bergerak (plunger), menjadikan sesentuh
sedia buka akan tertutup dan sebaliknya.

4. Teras bergerak (angker) – terdiri daripada lapisan keluli yang digabungkan
bersekali dengan palang bersilang. Ia menggerakan palang bersilang setelah
gegelung tanpa voltan menghasilkan daya tarikan magnet.

5. Teras tetap - terdiri dari lapisan (laminated) keluli. Teras tetap akan menjadi
elektromagnet setelah gegelung tanpa voltan mendapat bekalan dan seterusnya
menarik teras bergerak.

6. Spring menolak - spring akan menolak teras bergerak semasa gelung kendalian
diluputkan dan seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.

7. Palang bersilang - berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari
yakni bertindak serentak semua sesentuh.

6

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.3 PRINSIP OPERASI PENYENTUH

a. Gegelung tanpa voltan boleh berfungsi dengan voltan bekalan 240 V A.U. - 1 fasa
atau 415V A.U. -2 fasa, biasanya ada tercatat pada plat nama penyentuh dan
gegelung itu sendiri.

b. Sewaktu gegelung tanpa voltan mendapat bekalan , ia akan menghasilkan
eiektromagnet pada teras tetap.

c. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang terpasang palang bersilang, dengan
ini sesentuh sedia buka akan bertukar menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup
menjadi terbuka.

d. Apabila bekalan ke gegelung tanpa voltan diluputkan , tidak ada lagi daya tarikan
magnet, menyebabkan spring menolak kembali palang bersilang kepada kedudukan
asal.

e. Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang hendak digunakan.

NOTA:
 Sekiranya anda hendak membuat pembelian penyentuh, pastikan spesifikasi berikut

hendaklah dinyatakan;
I. Jumlah sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup
II. Kadaran arus beban yang hendak digunakan

III. Bekalan bagi gegelung tanpa voltan, samaada 240VA.U. – 1 fasa, atau
415VA.U.-2 fasa.

7

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.4 KOMPONEN LITAR PENYENTUH

Rajah 2.3: Rajah asas penyentuh

Contoh yang di tunjukkan dalam rajah 2.3 di atas mempunyai beberapa sesentuh sedia
buka dan beberapa sesentuh sedia tutup dalam keadaan ‘OFF’. Apabila dalam keadaan
‘ON’ ’ sesentuh-sesentuh sedia tutup akan terbuka dan sesentuh-sesentuh sedia buka akan
tertutup.

8

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 2.4: Rajah komponen penyentuh
9

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.5 SUIS PUNATEKAN (PUSH BUTTON SWITCH)

Punatekan berfungsi untuk mengawal penghidup magnet ( contactor ). Lazimnya
punatekan dipasang dalam sebuah kotak yang sama. Ia mengandungi dua atau tiga
punatekan, mengikut keperluan pengguna. Ia di panggil sebagai STESEN
PUNATEKAN. Stesen punatekan ini digunakan untuk kawalan jauh dan separa
outomatik. Kebiasaan stesen ini mengandungi punatekan henti (stop) dan hidup (start).
Kendalian punatekan

Bila punatekan hidup (start) di tekan, sepasang sesentuh sedia buka akan menutup.
Bila punatekan henti (stop) di tekan, sepasang sesentuh sedia tutup akan
terbuka.Sesentuh itu akan kembali ke tempat asal setelah tekanan terhadap punatekan
dilepaskan melalui punat spring. Adakalanya punatekan ini mempunyai dua pasang
sesentuh iaitu dalam keadaan buka dan tutup (Jogging switch).
Nota:
1. Sekiranya suis punatekan henti digunakan melebihi daripada satu ianya hendaklah

dipasang dalam sesiri.
2. Sekiranya suis punatekan mula digunakan melebihi daripada satu ianya hendaklah

dipasang dalam selari.

Rajah 2.5: Suis punatekan

10

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 2.6: Stesen suis punatekan

Rajah 2.7: Punatekan pertukaran
11

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3 : GEGANTI (RELAY)

PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan geganti yang digunakan di dalam kawalan
motor. Cara pengoperasian dan simbol geganti juga telah tercatat didalam bab ini. Pelatih
dapat memahami kegunaan dan pengoperasian geganti dengan jelas.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui komponen, binaan dan jenis geganti.
2. Mengetahui simbol-simbol komponen geganti.
3. Mengetahui bagaimana fungsi dan cara operasi geganti.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Menerangkan komponen, binaan dan jenis geganti.
2. Melukis simbol-simbol komponen geganti.
3. Mendawai litar asas bagaimana fungsi dan cara operasi geganti

12

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.1 JENIS-JENIS GEGANTI

3.1.1 Geganti haba beban lebih (Overload Thermal Relay)
3.1.2 Geganti lewat masa (TDR-Time Delay Relay)

3.2 BINAAN GEGANTI

Rajah 3.1: Binaan geganti haba beban lebih
13

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK Punca-punca bagi

Punat laras semula biasanya tertutup
Unit pelaras arus ( Litar Kawalan )
sesentuh
Punca-punca bagi
Punca masuk dari
penghidup biasanya terbuka.
sesentuh ( Litar kawalan )
( Litar utama )

Motor Punca keluar ke
( Litar utama )

Rajah 3.2: Komponen geganti haba beban lebih

14

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.2.1 KOMPONEN-KOMPONEN GEGANTI HABA BEBAN LEBIH
a. Logam Dua-Lapis - ia terdiri dari dua jenis logam yang berlainan. Kesan haba akan
menyebabkan logam dua lapis membengkok dan menggerakan palang kerja untuk
pelantikan.
b. Palang Kerja - ia terdiri dari sekeping penebat yang boleh bergerak secara
mendatar. Ia digerakkan oleh logam dua lapis, di mana ia akan menolak sesentuh-
sesentuh bergerak. Sesentuh yang biasanya tertutup akan terbuka dan begitulah
sebaliknya.
c. Sesentuh bergerak dan sesentuh tetap -ia terdiri dari bahan perak. Arus yang
mengalir melaluinya dilitar kawalan adalah rendah oleh itu sesentuh-sesentuh
adalah kecil.
d. Punat Laras Semula - ia merupakan alat perlindungan tambahan bagi mengelak
motor daripada hidup semula setelah berlaku pelantikan (disebabkan oleh beban
lampau) . Ia tidak dapat dihidupkan semula sehingga punat laras semula ditekan.
e. Unit Pelaras Arus - ia merupakan unit untuk menyelaraskan arus di geganti haba
berpandukan kepada arus motor yang dilindunginya.

15

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.3 FUNGSI DAN OPERASI GEGANTI

3.3.1 GEGANTI HABA BEBAN LEBIH
Sesuatu motor semasa dalam kendalian memerlukan alat perlindungan bagi tujuan

mengelakkan berlakunya kerosakan kepada motor tersebut. Kerosakan yang biasa terdapat
pada motor ialah:

I. Litar pintas di antara fasa
II. Litar pintas di antara fasa dengan neutral.
III. Litar pintas di antara fasa dengan bumi
IV. Kerosakan dan salah sambungan pada punca motor
Geganti haba beban lebih adalah alat perlindungan kepada motor bagi melindungi
motor dan beban lebih. Geganti haba beban lebih di sambung bersiri dengan motor. Arus
beban mengalir melalui geganti haba beban lebih dan terus ke motor. Jika sesuatu motor
mempunyai kadaran arus kendalian sebanyak 10 Amp setting pada geganti haba hendaklah
dilakukan kepada 10 Amp juga.
Geganti haba beban lebih akan terpelantik jika arus mencapai di antara 120 % hingga
150 % dari arus kendalian iaitu antara 12 Amp hingga 15 Amp. Masa terpelantik (tripping)
geganti haba beban lebih bergantung kepada nilai arus beban lebih, iaitu jika nilai arus
beban lebih amat tinggi, maka jangka masa perlantikan adalah cepat dan begitulah
sebaliknya.

16

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

17

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PRINSIP KERJA
Ketika berlaku beban lebih pada motor, arus beban yang mengalir di geganti haba

akan melebihi dari nilai arus yang telah dilaraskan pada geganti haba beban lebih. Logam
dua lapis akan menjadi panas dan membengkok lalu menolak palang kerja seterusnya
menolak sesentuh-sesentuh bergerak.

Dengan ini geganti haba beban lebih akan terpelantik dan mengendalikan penyentuh
di mana ia akan memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa. Untuk
menghidupkan litar semula, punat laras semula hendaklah di tekan dahulu untuk
menggerakkan sesentuh bergerak kepada kedudukan asal.

SIMBOL GEGANTI HABA BEBAN LEBIH

Geganti haba beban lebih.
Ia boleh didapati di dalam litar kuasa sahaja.

Sesentuh tutup bagi geganti haba beban lebih.
Ia boleh didapati di dalam litar kawalan sahaja.

Sesentuh buka bagi geganti haba beban lebih.
Ia boleh didapati di dalam litar kawalan sahaja.

Rajah 3.4: Simbol-simbol geganti

18

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.3.2 GEGANTI LEWAT MASA (TDR -Time Delay Relay)
Geganti lewat masa digunakan untuk memberi lewat masa dari sesuatu

masa di mulakan sehingga ke masa yang ditetapkan untuk tindakan seterusnya.

Operasi geganti lewat masa dalam kawalan motor
Apabila suis ditutup, arus akan mengalir ke gegelung geganti lewat masa

untuk memulakan kiraan masa seperti yang ditetapkan dan dalam masa yang sama
juga arus mengalir melalui sesentuh tutup geganti lewat masa untuk menjalankan
beban atau motor. Apabila sampai kiraan masa yang ditetapkan sesentuh tutup
geganti lewat masa akan menjadi terbuka manakala sesentuh buka geganti lewat
masa akan bertukar menjadi tertutup. Beban yang melalui sesentuh tutup menjadi
terbuka menyebabkan bekalan terputus manakala beban yang menerima bekalan
melalui sesentuh buka bertukar menjadi tertutup menyebabkan beban yang melalui
sesentuh ini menerima litar yang lengkap untuk terus beroperasi. Beban akan terus
beroperasi sehingga di buka untuk memutuskan bekalan. Rajah 3.3 adalah
gambarajah bagi sambungan didalam timer

Rajah 3.5: Rajah geganti lewat masa.
19

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4 : LAKARAN LITAR DAN PENDAWAIAN PENYENTUH
SERTA GEGANTI UNTUK MESIN A.U SATU FASA.

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan cara-cara melakar dan mendawai
penyentuh dan geganti bagi litar mesin satu fasa arus ulang-alik. Pelatih dapat melakar litar
utama dan litar kawalan bagi motor dengan mudah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui jenis-jenis gambarajah litar kawalan bagi motor.
2. Memahami litar penyentuh dan geganti untuk motor satu fasa dan tiga fasa.
3. Mengetahui bagaimana cara mendawai litar kawalan dan litar utama.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh
1. Melakar litar kawalan dan litar utama kawalan motor.
2. Mendawai litar penyentuh dan geganti untuk motor satu fasa dan tiga fasa.

20

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4.1 GAMBARAJAH BLOK

Satu rajah yang mudah di mana komponen-komponen kawalan di tunjuk dengan bentuk
blok. Rajah 4.1 menunjukan rajah tersebut.

RAJAH 4.1: Gambarajah blok

21

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4. 2 GAMBARAJAH SUSUNAN

Gambarajah susunan ialah satu gambarajah yang menunjukan kedudukan sebenar
bagi komponen-komponen kawalan. Ia menerangkan keadaan pendawaian itu dilakukan
rujuk rajah 4.2 .

Rajah 4.2: Gambarajah susunan
22

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4.3 GAMBARAJAH SKEMA

Gambarajah skema memberikan gambaran litar yang mudah difahami dengan cepat,
alat-alat dan komponennya tidak ditunjukan mengikut kedudukan yang sebenar.
Gambarajah skema ini di bahagi kepada dua jenis litar iaitu:

a. Litar kawalan (Control circuit)
b. Litar utama (Main circuit)
Litar kawalan.
Litar kawalan menunjukkan alat-alat dan komponen yang memerlukan bekalan arus
yang kecil sahaja. Jika alat dan komponennya memerlukan voltan bekal;an yang besar,
umpamanya 415V, maka ia hendaklah menyambungkan kedua-dua puncanya ke mana-
mana dari punca bekalan voltan 415V tiga fasa.
Contoh punca bekalan boleh di ambil dari fasa R, Y atau B.

R = fasa merah
Y = fasa kuning
B = fasa biru
Lihat rajah 4.3 dibawah: Contoh gambarajah litar kawan dan litar utama.

Rajah 4.3: Gambarajah skema
Alat dan komponen yang mempunyai bekalan voltan rendah 240V, maka punca-
puncanya (salah satu) bolehlah disambung dengan dawai neutral.

23

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Contoh punca R dan N atau Y dan N atau B dan N
R = fasa merah
Y = fasa kuning
B = fasa biru
N = Neutral

Gelung bagi penyentuh, sesentuh tambahan, sesentuh geganti beban lampau dan
lampu pandu biasanya disambungkan di litar kawalan.
Litar Utama

Litar utama menyambungkan bekalan terus ke motor. Biasanya litar utama
mengandungi:

a. Sesentuh utama
b. Geganti beban lampau
c. Motor
Alat-alat seperti alatubah auto dan perintang dipasang di litar utama mengikut keperluan
tertentu. Selalunya litar utama juga dibekalkan dengan fius sebagai alat pemutus litar
(perlindungan). Kedua-dua litar kawalan dan litar utama dapat menolong memahami
bagaimana sesuatu litar itu bekerja. Ia berkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga
dapat menolong untuk mencari kerosakan yang mungkin berlaku (fault finding – trouble
shooting).
Melalui rajah di atas, berikut adalah operasi atau fungsi litar tersebut.
a. Apabila PB-ON ditekan arus mengalir ke gelung memberikan tenaga kepada
gelung.
b. Apabila gelung MC bertenaga (menjadi electromagnet), sesentuh-sesentuh
sedia buka MC akan tertutup.
c. Motor akan berfungsi.
d. Jika sesuatu lebihan beban atau arus berlaku kepada motor, maka geganti
beban lebih akan bertindak menyebabkan sesentuh sedia buka akan tertutup
dan sesentuh sedia tutup akan terbuka.
e. Litar kawalan akan terputus kerana tiada bekalan. Motor akan berhenti dan
lampu PL akan menyala (dalam keadaan trip).
f. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku kepada motor, ia boleh di hentikan
dengan menekan suis PB-OFF.

24

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4.4 GAMBARAJAH PENDAWAIAN

Gambarajah pendawaian menunjukan komponen dan litar pendawaian sebenar
yang menyambungkan diantara satu komponen dengan komponen yang lain . Rajah 4.4
menunjukan komponen-komponen yang digunakan berdasarkan rajah 4.3 yang di beri.
Komponen-komponen tersebut terdiri daripada:

a. Penyentuh (contactor)
b. Geganti beban lebih (overload)
c. Butang punatekan (pushbutton)
d. Lampu pandu (Pilot lamp)
e. Motor atau beban
Rajah 4.3 menunjukan gambarajah pendawaian tersebut.

Rajah 4.4: Komponen gambarajah pendawaian.

25

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 4.5: Gambarajah pendawaian
26

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5: PENGHIDUP MOTOR SATU FASA DAN TIGA FASA A.U.

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan cara-cara melakar dan mendawai motor
satu fasa dan tiga fasa dengan pelbagai kaedah penyambungan. Antaranya penghidup
talian terus, penghidup bintang delta, penghidup auto transformer dan penghidup rintangan
rotor.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui cara penyambungan penghidup satu fasa dan tiga fasa.
2. Membuat penyambungan penghidup talian terus.
3. Membuat penyambungan penghidup mara songsang.
4. Membuat penyambungan penghidup bintang delta.
5. Membuat penyambungan penghidup bintang delta mara songsang.
6. Membuat penyambungan penghidup auto transformer.
7. Membuat penyambungan penghidup auto transformer mara songsang.
8. Membuat penyambungan penghidup rintangan rotor.
9. Kenalpasti masalah yang berlaku di setiap jenis sambungan motor.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mendawai litar kawalan dan litar utama motor bagi setiap jenis penghidup.
2. Membaikpulih kesilapan yang berlaku di setiap penyambungan motor.

27

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.1 PENGENALAN MOTOR SATU FASA

Motor satu fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada
bekalan 1 fasa sahaja. Saiz motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah. Motor satu
fasa lazimnya digunakan di kilang-kilang perusahaan dan kadar kuasanya dihadkan
sehingga 8 KW sahaja.
Ciri-ciri motor satu fasa:

1. Voltan: 240 V
2. Kuasa: sehingga 8 KW
3. Frekuensi: 50 Hz
4. Faktor kuasa: 0.85
5.1.1 SAMBUNGAN MOTOR SATU FASA 4 PUNCA JENIS PEMUAT

PERMULAAN DAN LARIAN

Rajah 5.1: Motor satu fasa 4 punca

28

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.2: Sambungan motor bagi arah Rajah 5.3: Sambungan motor bagi arah putaran
putaran mara atau biasa. Songsang.

KEDUDUKAN 4 PUNCA MOTOR SATU FASA
Z1 Z2

U1 U2 Kotak sambungan
Rajah 5.4: Kedudukan punca-punca motor satu fasa

29

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

SAMBUNGAN MOTOR SATU FASA 2 PUNCA

Rajah 5.5: Sambungan motor satu fasa 2 punca

KEDUDUKAN PUNCA MOTOR SATU FASA
D4 D3

D1 D2 Kotak sambungan

Rajah 5.6: Kedudukan punca-punca motor satu fasa

30

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

CONTOH PLAT MOTOR SATU FASA 4 PUNCA

SINGLE PHASE AC MOTOR

TYPE YC 100 L-4 2 HP 1.5 KW

12.4 A 220/240 V 50 HZ

1440 r / min 1P 44 INS. CL B

200 F (250 V) 200 F (250 V) NO: 0109128

CONTOH PLAT MOTOR SATU FASA 2 PUNCA

SEM SINGLE PHASE AC MOTOR

TYPE JY2A-4 1 HP

1420 r / min CONT. CLASS B

110 / 220 V 14.5 / 7.3 A 50HZ NO. 0210

MADE IN SHIJIAZHUANG CHINA

31

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.2 PENGHIDUP MOTOR TALIAN TERUS SATU FASA
(DIRECT ON LINE STARTER)

Prinsip operasi Penghidup Talian terus
1. Apabila punatekan mula (start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh C.
2. Gegelung penyentuh C ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus

beroperasi.
4. Apabila punatekan mula dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh

tambahan buka C mengambilalih tugas punatekan mula.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh C

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

32

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.7: Litar kawalan penghidup talian terus

33

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.8: Litar utama penghidup talian terus
34

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.3 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan mara)
1. Apabila punatekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh F.
2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus

beroperasi dalam keadaan mara.
4. Apabila punatekan mula F dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana

sesentuh tambahan buka F mengambilalih tugas punatekan mula F.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

35

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan songsang)
1. Apabila punatekan mula R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.
2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus

beroperasi dalam keadaan songsang.
4. Apabila punatekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana

sesentuh tambahan buka R mengambilalih tugas punatekan mula R.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

36

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.9: Litar kawalan penghidup talian terus mara songsang
37

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.10: Litar utama penghidup talian terus mara songsang
38

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.4 PENGHIDUP TALIAN TERUS TIGA FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus
1. Apabila punatekan mula (start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh C.
2. Gegelung penyentuh C ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan

motor ini terus beroperasi.
4. Apabila punatekan mula dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh

tambahan buka C mengambilalih tugas punatekan mula.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh C

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

39

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.11: Litar kawalan penghidup talian terus

40

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.12: Litar utama penghidup talian terus
41

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.5 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG TIGA FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan mara)
1. Apabila punatekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh F.
2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan

motor akan terus beroperasi dalam keadaan mara.
4. Apabila punatekan mula F dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana

sesentuh tambahan buka F mengambilalih tugas punatekan mula F.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.

42

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan songsang)
1. Apabila punatekan mula R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam

litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.
2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan

menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.
3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan

motor akan terus beroperasi dalam keadaan songsang.
4. Apabila punatekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana

sesentuh tambahan buka R mengambilalih tugas punatekan mula R.
5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R

diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.
6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.

43

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.13: Litar kawalan penghidup talian terus mara songsang
44

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.14: Litar utama penghidup talian terus mara songsang
45

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS (DIRECT ON LINE STARTER)

 Penghidup Talian Terus bermaksud apabila penghidup tersebut dihidupkan bekalan
utama akan terus ke motor tanpa apa-apa alat perantaraan untuk mengurangkan
arus atau voltan.

 Arus permulaan (starting current) yang tinggi iaitu diantara 6 hingga 8 kali ganda
arus kendalian normal.

 Jika sesuatu motor itu mempunyai arus kendalian normal 8 Amp, arus mula yang
akan wujud pada motor ialah 48 Amp hingga 64 Amp dan ini berlaku beberapa saat
sahaja.

 Mengikut peraturan 17 di dalam akta dan peraturan elektrik 1994 penghidup talian
terus digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi dari 3 kuasa
kuda (Hp) dan biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin,
penghembus udara. pemampat udara dan sebagainya.

 Arus mula yang tinggi menyebabkan daya kilas tinggi dan voitan menjadi susut
menyebabkan gangguan sumber bekalan ke beban-beban yang lain.

 Tetapi ini tidak terjadi di stesen janakuasa elektrik dimana motor-motornya yang
berkeupayaan hingga ke beberapa ratus kuasa kuda, masih menggunakan
penghidup cara ini. Ini adalah kerana sumber bekalan yang banyak boleh didapati
dalam stesen itu sendiri dan tidak mengganggu sumber bekalan yang lain.

 Saiz peranti pelindung juga perlu dibesarkan dan geganti beban lebih jenis haba
digunakan untuk melindungi motor dari lebihan beban.

 Motor tiga fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor induksi sangkar
tupai (squirrel cage induction motor).

46

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

 Mengikut MS IEC 60364 (536.5.3) – setiap litar kawalan hendaklah direka, susun
dan dilindungi bagi mengurangkan bahaya daripada kerosakan diantara litar
kawalan dan lain-lain dawai hidup.

 Setiap subjek kawalan motor hendaklah berpandukan kepada MS IEC 60364
(536.5.4.1-3)

Kebaikan dan kelemahan penghidup motor talian terus adalah:
Kebaikan

 Daya kilas permulaan yang tinggi
 Mencapai kelajuan maksima dengan singkat
 Binaannya ringkas dengan sebab itu harga serta penyenggaraan murah.
Kelemahan
 Arus mulanya adalah tinggi. Ini menyebabkan pusuan di dalam sistem

amat tinggi dan mengganggu sistem bekalan yang lain.
 Untuk menanggung arus mula yang tinggi pengalir-pengalir dan alat-alat

perlindungan perlu dilebihkan kadarnya, dengan itu perlindungannya itu
kurang kepekaannya.

47

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.6 PENGHIDUP BINTANG DELTA (STAR DELTA STARTER)

Prinsip operasi Penghidup Star Delta Automatik
1. Apabila punatekan mula di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar
gegelung penyentuh M.

2. Dengan ini semua sesentuh M akan berkendali iaitu sesentuh buka M akan tertutup.

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat menembusi
penyentuh S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh M masih berkendali kerana bantuan litar
sesentuh buka M.

5. Pada waktu ini sebahagian arus akan masuk kelitar gegelung penyentuh S dan
gegelung geganti TDR. Gegelung penyentuh S ini akan menyebabkan semua
sesentuhnya berkendali.

6. Di waktu ini, motor itu berada dalam sambungan bintang. Arus bekalan akan masuk
melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2 yang
dicantumkan oleh penyentuh S.

7. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutupTDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal.

8. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula bertenaga kerana litarnya
telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan sesentuh buka D tertutup.

9. Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini akan berputar pada
sambungan delta. Semua sesentuh S dan sesentuh TDR dalam keadaan terbuka.

48

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.15: Litar kawalan penghidup bintang delta

49

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.16: Litar utama penghidup bintang delta

50


Click to View FlipBook Version