The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2022-02-21 20:04:48

NOTA PENGHIDUP MOTOR

NOTA PENGHIDUP

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

9.1 PENGENALAN SUIS HAD

Pengendalian bagi mesin automatik memerlukan banyak suis yang dikendalikan oleh
pergerakan mesin itu. Ini bergantung kepada gerak balas dan ulangan yang cepat serta
tepat. Ruang yang terhad bagi sesebuah pepasangan menyebabkan soal saiz, tekanan
kendalian dan pukulan amat dititikberatkan. Pengawalan beban hendaklah ditentukan
dengan berpandukan kepada kadarannya.

Secara asas, pergerakan mesin akan memukul pengendalian tuil untuk menggerakan
suis yang tersedia dan memberikan satu kesan terhadap litar elektrik yang mengawal mesin
tersebut. Suis had selalunya digunakan untuk menghentikan kelebihan laju bagi mesin ,
alatan dan pengeluaran dalam sesuatu proses. Alat pandu ini digunakan di dalam litar
kawalan bagi penghidup magnet untuk mengendalaikan sama ada sebagai alat kawalan,
operasi, hentian atau songsangan motor elektrik. Alat ini boleh digunakan sama ada
sebagai alat kawalan untuk mengendali berpanjangan ataupun sebagai suis kecemasan
untuk mengelakan daripada berlaku kendalian mesin yang tidak sempurna. Rajah 9.1 di
bawah menunjukan satu jenis suis had yang menggunakan alat rola untuk membuka dan
menutup suis tersebut.

Rajah 9.1: Suis had

101

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

A – Rola berada pada keadaan biasa
B – Rupa bentuk suis had yang menunjukan rola telah ditolak.
C – Keadaan sesentuh ketika rola berada seperti A. Kedua-dua sesentuh sedia buka dan
sedia tutup akan disambungkan ke litar tertentu.
Kegunaan Suis Had
Rajah 9.2 dan 9.3 di bawah menunjukan satu litar skema bagi menjalankan lif. Litar ini
menggunakan suis had sebagai alat pandu automatik. Rajah 9.4 pula menunjukan keadaan
kedudukan lif tersebut.

Rajah 9.2: Gambarajah kawalan
102

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 9.3: Gambarajah utama
103

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Daripada kedua-dua rajah tersebut, kita dapat melihat satu kendalian seperti berikut:
1. Apabila punatekan F ditekan , gegelung F akan bertenaga dan sesentuh F utama
sedia buka menutup. Motor kemudian akan beroperasi dan lif naik ke atas. Lampu
L2 seterusnya akan menyala. Sesentuh tambahan F sedia buka menutup
(pemegang litar) dan sesentuh tambahan F sedia tutup membuka (kait punca).
2. Apabila lif sampai ke tingkat 2 (atas) suis had di sentuh. Sesentuh suis had sedia
buka akan menutup dan lampu L1 menyala. Sesentuh suis had LS2 sedia tutup
kemudianya membuka dan lampu L2 padam. Seterusnya gegelung F kehilangan
tenaga elektrik dan motor berhenti memutar. Sekarang lif berada di tingkat atas.
3. Punatekan R boleh di tekan daripada bawah apabila hendak menurunkan lif
tersebut. Ini adalah disebabkan oleh gegelung R yang bertenaga apabila punatekan
R ditekan. Sesentuh utama R sedia buka kemudiannya menutup dan motor
beroperasi. Sekarang motor beroperasi mengikut arah songsang. Lif turun ke
bawah. Lampu L4 padam. Sesentuh tambahan R sedia buka menutup (pemegang
litar) dan sesentuh tambahan R sedia tutup membuka (kait punca).
4. Apabila sampai sahaja lif ke bawah, ia akan menyentuh suis had LS1. Sesentuh suis
had sedia buka akan menutup dan lampu L2 menyala. Lampu L1 pula akan padam.
Gegelung R kehilangan tenaga elektrik dan motor berhenti memutar. Lif juga turut
berhenti.
5. Punat tekan ‘Stop’ hanya di tekan apabila perlu sahaja untuk menghentikan motor
pada bila-bila masa.

104

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 9.4: Gambarajah keadaan kedudukan lif
Biasanya, motor ini hanya ditugaskan untuk memandu motor yang lain untuk
menarik dan menolak lif tersebut. Motor yang lain ini selalunya bergerak perlahan. Lif
seperti ini digunakan untuk memunggah dan mengisi barang-barang sama ada daripada
tingkat atas ke bawah ataupun sebaliknya. Kedudukan lampu isyarat dan alat pandu
suis had dapat dilihat daripada Rajah 9.4.

105

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

10 : JOGGING

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan Jogging. Antara kandungan bab ini ialah
menerangkan operasi litar litar kawalan dan litar utama jogging.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui definisi jogging
2. Mengetahui operasi litar jogging
3. Membuat penyambungan litar jogging

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Memasang dan mendawai litar jogging
2. Mengenalpasti lokasi pemasangan litar jogging

106

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

10.1 PENGENALAN JOGGING

Dalam sesetengah industri, penggunaan beberapa mesin yang digerak atau diputar
terlebih dahulu sebelum digunakan adalah begitu penting. Berjog ialah satu litar motor yang
dihidupkan dengan waktu yang singkat bagi tujuan suatu pergerakan yang dirancang.

Satu penghidup magnet melintangi talian boleh digunakan untuk tujuan berjog jika
stesen punat tekan yang sesuai digunakan pada litar kawalan. Penyambungan dan
kendalian bagi punat tekan hidup dan henti adalah sama seperti punatekan biasa yang
mempunyai hidup dan henti. Rajah 10.1 dibawah menunjukkan bagaimana litar kawalan
berjog dilakukan. Manakala Rajah 10.2 menunjukkan sambungan bagi litar utama untuk
jogging.

Rajah 10.1: Litar kawalan jogging

107

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 10.2: Litar utama jogging
Operasi litar

Berdasarkan Rajah 10.1 diatas, apabila punatekan Jog ditekan, gegelung C akan
mendapat tenaga elektrik. Sesentuh utama C sedia-buka menutup. Motor akan beroperasi,
walaupun sesentuh tambahan C yang kecil menutup, tetapi ia tidak bekerja sebagai
sesentuh litar mengelilingi punat tekan Jog. Dengan itu sebaik-baik sahaja punat tekan Jog
dilepas, gelung C sedia-buka akan kembali membuka. Sebelum punat tekan Jog kembali
kepada keadaan sediakala, sesentuh pemegang C adalah terbuka dan dengan itu litar
kawalan tetap membuka. Oleh itu, dengan menekan punat tekan Jog berkali-kali, motor
akan beroperasi dan berhenti bila punat tekan tidak ditekan. Ini juga boleh digunakan demi
untuk menguji sesebuah motor sebelum ia digunakan sepenuhnya.

108

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Berjog boleh diperbuat dengan menambah atau menggunakan satu geganti demi
keselamatan. Ini dikendalikan oleh satu stesen punatekan ‘Hidup Jog Henti’. Litar berbentuk
ini boleh dilihat seperti Rajah 10.3

Rajah 10.3: Litar kawalan menggunakan geganti.

109

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 10.4: litar utama jogging
Operasi litar

Berdasarkan Rajah 10.3 menerangkan apabila punatekan hidup ditekan maka
kedua-dua penghidup motor dan geganti Jog boleh dikendalikan. Penyentuh C1 bertenaga
terlebih dahulu dimana, sesentuh C1 sedia-buka menutup. Gelung penyentuh C2
bertenaga, sesentuh C2 sedia-buka menutup dan motor beroperasi. Setelah motor berhenti
melalui tekanan dipunat tekan henti, punatekan Jog bolehlah ditekan, dan penyentuh C2
sahaja yang akan bertenaga dan motor beroperasi. Dengan melepaskan tekanan kepada
punatekan Jog motor akan berhenti tanpa tekanan pada punat tekan henti.

110

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11 : MENGESAN KEROSAKAN MOTOR
(TROUBLESHOOTING)

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan mengesan kerosakan dalam kawalan
motor. Antara kandungan bab ini ialah menerangkan kerosakan pada penyentuh dan
motor.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui sebab penyentuh tidak berfungsi
2. Mengetahui sebab motor tidak dapat dihidupkan, tidak normal (harming), panas

(overheating) dan motor kerap terpelantik.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Membaikpulih kerosakan penyentuh
2. Membaikpulih kerosakan motor.

.

111

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.1 PENYENTUH TIDAK BERFUNGSI

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN
1 Bekalan tidak sampai atau memcukupi.
Periksa sambungan dan kadaran
2 Fius atau pemutus litar kawalan tidak voltan bekalan.
normal.
Periksa keterusan fius dan tukar fius
baru .

3 Kabel litar kawalan putus atau tercabut. Tukar kabel baru dan ketatkan yang
longgar.

4 Gelung penyentuh (contactor) terbakar Buat ujian keterusan, ujian
atau putus. penebatan atau tukar baru.

5 Geganti beban lebih terpelantik (trip) Kenal pasti punca terpelantik dan
laras semula.

Jadual 11.1: Penyentuh tidak berfungsi

112

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.2 MOTOR TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Pemutus litar terpelantik atau fius Rujuk carta mekanikal, kesan punca

terputus disebabkan oleh lebihan beban.. lebihan beban, kurangkan beban

kepada peringkat boleh dikawal.

2 Voltan rendah dari kadaran sepatutnya Periksa nilai voltan pada pelit motor,
naikkan voltan pada peringkat yang
diperlukan.

3 Litar terbuka atau litar pintas di lilitan Lakukan ujian keterusan pada setiap
motor. gelung, jika terdapat litar terbuka
maka lilitan baru perlu dibuat.

4 Sambungan tidak kemas di punca Periksa punca sambungan serta
sambungan dan bahagian lain. ketatkan sambungan yang longgar.

5 Rotor dan stator bersentuhan. Perbetulkan kelawasan antara rotor
mengikut nilai yang perlu.

6 Kerosakan pada alas Gantikan alas yang baru atau
remelting bagi alas jernal.

Jadual 11.2: Motor tidak dapat dihidupkan

113

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.3 MOTOR TIGA DAN SATU FASA TIDAK NORMAL
‘HARMING’

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Voltan bekalan tidak mencukupi. Periksa voltan bekalan dan gelung
penyentuh.

2 Voltan bekalan 3 fasa tidak seimbang. Periksa voltan bekalan setiap fasa
dan pemutus litar atau fius.

3 Sesentuh penyentuh (contactor) Periksa dan bersihkan permukaan
penyentuh dengan kertas pasir
‘contact cleaner’.

Jadual 11.3: Motor tiga dan satu fasa tidak normal

11.4 MOTOR MENJADI PANAS (OVERHEATING)

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN
1 Motor membawa beban berlebihan
2 Pengaliran udara motor tidak baik Rujuk katalog dan kurangkan beban.

3 Berlaku geseran pada bahagian Periksa motor dan bersihkan sirip
mekanikal atau bebola motor rosak. motor yang kotor atau berhabuk.

Bersihkan dan sapu minyak gris atau
pelincir yang sesuai.

Jadual 11.4: Motor menjadi panas

114

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.5 PENGHIDUP MOTOR KERAP TERPELANTIK

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Geganti beban lebih terpelantik Periksa arus beban motor dan laras
mengikut beban

2 Sesentuh penyentuh (contact point) kotor Bersihkan sesentuh atau tukar yang
baru

3 Pelaras beban lebih terlalu rendah Laras mengikut kadaran beban.

4 Voltan fasa kurang Periksa voltan bekalan

5 Kabel longgar Periksa dan ketatkan bahagian atau
6 Salah sambungan terminasi yang longgar.

Periksa sambungan litar dan
betulkan.

Jadual 11.5: Penghidup motor kerap terpelantik

11.6 MOTOR KERAP BERLAKU LEBIHAN ARUS
(OVER CURRENT)

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Motor membawa beban yang tinggi Rujuk katalog motor dan keupayaan
2 Voltan bekalan tidak setabil. motor atau kurangkan beban.

Periksa voltan bekalan dan arus
fasa.

3 Pelaras geganti beban lebih terlalu Laras pada kadar yang sesuai.
rendah.

Jadual 11.6: Motor kerap berlaku lebihan arus

115

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.7 BERLAKU LITAR PINTAS DAN LITAR TERBUKA DI MOTOR

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN
1 Fius atau pemutus litar terbuka.
Periksa pendawaian litar kawalan
2 Motor tidak berfungsi dan litar utama
3 Litar pintas dimotor.
Periksa bekalan.
Motor tidak berpusing.
Lakukan ujian penebatan dan kenal
4 Litar terbuka di motor pasti gelung yang berlaku litar pintas.
Melilit semula atau tukar gelung
baru.

Periksa keterusan setiap gelung jika
terbuka buat lilitan semula.

Jadual 11.7: Berlaku litar pintas dan litar terbuka di motor

116

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

KESIMPULAN

Dalam modul ini kita telah mempelajari berkenaan dengan:
i) Penggunaan simbol bagi penyentuh, geganti dan lain-lain yang berkaitan.
ii) Mengenal pasti penyentuh, geganti lain-lain yang berkaitan dengan pelajaran ini.
iii) Kaedah mendawai litar kawalan dan litar kuasa.
iv) Bagaimana mencari kerosakan serta membaikpulih penghidup dan motor.

117

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

RUJUKAN

Nama buku : Kawalan Motor Elektrik
Penulis
Penerbit : Hj. Yahya bin Emat

: IBS BUKU SDN. BHD

Unit B3-06, PJ Industrial Park, Jalan Kemajuan, 46200 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Nama buku : Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik (edisi kedua)
Penulis : Abd. Samad Hanif
Penerbit : Dawana Sdn. Bhd

Lot. 1037, Jalan AU 3/1, 54200 Ampang/Hulu Klang Selangor Darul Ehsan.

Nama buku : Automation and Power Distribution Wiring Manual.

Penulis : Klockner Moeller

Nota : Nota pensyarah UTEM
Penulis : Mohd Arif bin Mat Hanafiah

118


Click to View FlipBook Version