AP025 Pengurusan Perniagaan 2
BAB 1
PENGELUARAN
1
1.1 PENGENALAN PENGURUSAN
PENGELUARAN
a) Takrif pengeluaran dan
kepentingannya.
b) Cabaran Pengurus Pengeluaran
c) Hubungan Jabatan Pengeluaran
dengan Jabatan-Jabatan Lain
d) Proses Pengeluaran
2
1.1 (a) PENGELUARAN: TAKRIF & KEPENTINGANNYA
Takrif Pengeluaran
“Pengeluaran adalah penghasilan barangan atau
perkhidmatan” - Heizer, J, Render, B, & Munson, C (2016)
Pengurusan pengeluaran merupakan pelaksanaan aktiviti
pengurusan yang terdiri daripada perancangan,
pengendalian, pengawalan dan dan penyenggaraan
sesuatu operasi, bagi tujuan menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang memerlukan penglibatan semua pihak
di dalam organisasi.
3
1.1 (a) PENGELUARAN: TAKRIF & KEPENTINGANNYA
Kepentingan Pengurusan Pengeluaran
i. Menjamin kelancaran perancangan
❑ Setiap proses pengeluaran perlu dibuat dengan
teliti, dikawal dengan terperinci dan sistematik
untuk mengelakkan gangguan atau masalah
semasa proses pengeluaran.
ii. Mengurangkan kesan yang tidak baik kepada
persekitaran
❑ Pengeluar perlu memastikan aktiviti pengeluaran
mematuhi undang-undang tidak memberi kesan
negatif kepada alam sekitar.
4
1.1 (a) PENGELUARAN: TAKRIF & KEPENTINGANNYA
iii. Memastikan sumber perniagaan diurus secara
optima
❑ Pengeluar perlu mengurus dan mengawal
sumber perniagaan seperti pekerja, bahan
mentah serta mesin dengan cekap untuk
meningkatkan produktiviti, mengurangkan
pembaziran dan memaksimumkan
keuntungan.
5
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
Heizer, J, Render, B, & Munson, C (2016)
menyatakan bahawa pengurus pengeluaran
bekerja dalam persekitaran yang menarik dan
dinamik. Persekitaran ini terhasil daripada
pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, dari
globalisasi perdagangan dunia sehinggalah
kepada pemindahan idea, produk, dan wang
dengan kecepatan elektronik. Cabaran-cabaran
tersebut adalah seperti berikut:
6
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
i. Globalisasi
Penurunan kos komunikasi dan pengangkutan yang
cepat membolehkan pasaran-pasaran menjadikan
global. Sumber-sumber dalam bentuk modal, bahan-
bahan mentah, bakat, dan tenaga kerja juga kini
bersifat global. Hasilnya, negara-negara di seluruh
dunia menyumbang kepada globalisasi apabila
mereka bersaing untuk pertumbuhan ekonomi.
Pengurus-pengurus pengeluaran berusaha secepat
mungkin mendapatkan rekabentuk-rekabentuk
kreatif, pengeluaran yang cekap, dan barangan-
barangan berkualiti tinggi melalui kerjasama
antarabangsa.
7
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
ii. Perkongsian rantaian bekalan
Kitaran hidup produk yang lebih pendek,
pelanggan-pelanggan dengan pelbagai permintaan,
dan perubahan yang cepat dalam teknologi, bahan-
bahan, dan proses memerlukan rakan kongsi
rantaian bekalan supaya dapat diselaraskan
dengan keperluan pengguna akhir. Disebabkan
pembekal-pembekal dapat menyumbangkan
kepakaran yang unik, pengurus-pengurus
pengeluaran melakukan outsourcing (mendapat
sumber luaran) dan membina perkongsian jangka
panjang dengan pemain kritikal pasaran dalam
rantaian bekalan.
8
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
iii. Kemampanan/ Kelestarian
Tindakan-tindakan berterusan pengurus
pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti
adalah berkaitan merekabentuk produk dan
proses-proses yang dapat meneruskan
kelangsungan hidup produk tersebut. Ini
bermaksud, mereka perlu merekabentuk produk
dan pembungkusan hijau yang dapat
meminimumkan penggunaan sumber, boleh
dikitar semula (recycle) atau digunakan Kembali
(reused), dan secara umumnya mesra alam
(environmental friendly).
9
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
iv. Pembangunan produk yang cepat
Perubahan teknologi digabungkan dengan
penyampaian berita, hiburan, dan gaya hidup
antarabangsa yang pantas telah memendekkan
jangka hayat produk dengan ketara. Pengurusan
pengeluaran menanganinya dengan
mewujudkan struktur pengurusan baru,
kolaborasi yang dipertingkatkan, teknologi digital,
dan pakatan-pakatan kreatif yang lebih responsif
dan berkesan.
10
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
v. Pengubahsuaian secara massa
Apabila pengurus kenal bahawa dunia seluruhnya
adalah pasaran, perbezaan budaya dan individu
menjadi sangat jelas. Di dunia kini di mana
pengguna semakin menyedari tentang inovasi dan
pilihan, firma-firma menghadapi tekanan yang
besar untuk bertindak balas dengan cara yang
kreatif. Pengurusan pengeluaran mesti bertindak
dengan pantas dengan menyediakan reka bentuk
produk dan proses pengeluaran yang fleksibel
yang dapat memenuhi kehendak pengguna secara
individu. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
produk yang boleh diubahsuai pada bila-bila masa
dan di mana sahaja diperlukan.
11
1.1 (b) CABARAN PENGURUS PENGELUARAN
vi. Operasi secara Lean
Lean adalah model pengurusan yang menguasai
dunia dan menyediakan suatu standard yang mesti
ditandingi oleh pengurus-pengurus pengeluaran.
Lean boleh dianggap sebagai kuasa pendorong
kepada pelaksanaan pengeluaran yang baik, di
mana pelanggan berpuas hati, pekerja dihormati,
dan tiada pembaziran. Idea Lean adalah untuk
membina organisasi yang lebih cekap, di mana
pengurusan mewujudkan pengkayaan kerja yang
membantu pekerja terlibat dalam penambahbaikan
berterusan, dan barangan dan perkhidmatan
dihasilkan dan dihantar pada masa dan tempat
yang dikehendaki oleh pelanggan.
12
1.1 (c) HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN PEMASARAN,
KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA.
Jabatan
Kewangan
Jabatan Jabatan
Pemasaran Sumber
Manusia
Jabatan
Pengeluara
n
13
1.1 (c) HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN PEMASARAN,
KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA.
i. JABATAN PEMASARAN
o Jabatan Pengeluaran bertanggungjawab untuk
merekabentuk dan mengeluarkan produk yang
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
o Jabatan Pemasaran pula bertanggungjawab
mewujudkan permintaan terhadap produk dan
mendapatkan maklumbalas mengenai
keperluan dan kehendak pengguna dalam
pasaran.
14
1.1 (c) HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN PEMASARAN,
KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA.
ii. JABATAN KEWANGAN
o Jabatan Pengeluaran merancang pembelian
input pengeluaran dan kos pengeluaran
o Jabatan Kewangan membekalkan modal dan
menyediakan belanjawan untuk membeli input
pengeluaran dan menanggung kos
pengeluaran.
15
1.1 (c) HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN PEMASARAN,
KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA.
iii. JABATAN SUMBER MANUSIA
o Jabatan Pengeluaran memerlukan pekerja
yang sesuai dan terlatih bagi menjalankan
aktiviti pengeluaran
o Jabatan Sumber Manusia perlu mendapat
maklumbalas keperluan pekerja jabatan
pengeluaran supaya jabatan sumber
manusia boleh menyediakan pekerja yang
sesuai dan mengurus latihan yang
bersesuaian.
16
1.1 (d) PROSES PENGELUARAN
Input Proses Output
Transforma
si
17
1.1 (d) PROSES PENGELUARAN
i. INPUT
Input merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran
yang digunakan untuk menghasilkan keluaran.
faktor pengeluaran terdiri daripada bahan mentah,
modal, modal insan, usahawan, teknologi, mesin,
tanah. Sebagai contoh, input yang digunakan
untuk menghasilkan perabot ialah kayu getah dan
tenaga kerja terdiri dari tenaga kerja mahir dan
separa mahir dan tidak mahir.
18
1.1 (d) PROSES PENGELUARAN
ii. PROSES TRANSFORMASI
Proses pengeluaran merujuk kepada proses menukarkan
input dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan saiz
kepada suatu bentuk produk lain yang dikenali sebagai
output.
Proses transformasi juga merupakan aktiviti tambah nilai
dalam proses pengeluaran. Dalam industri perabot,
melalui proses ini, semua faktor pengeluaran akan
digabungjalin oleh tenaga manusia untuk menghasilkan
barang siap yang boleh dijual kepada pengguna.
Aktiviti tambah nilai adalah seperti mengukur,
memotong, mengetam kayu untuk dijadikan perabot.
Aktiviti tambah nilai menyebaban nilai input meningkat.
19
1.1 (d) PROSES PENGELUARAN
iii. OUTPUT
Output merujuk kepada hasil yang diperolehi
daripada proses pengeluaran seperti produk separa
siap dan produk siap. Produk separa siap diedarkan
kepada pengilang lain dan produk siap diedarkan
kepada pengedar seperti pemborong dan peruncit.
Sebagai contoh, perabot diperbuat daripada kayu
getah. Perabot yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri
tertentu yang dapat memenuhi kehendak dan cita
rasa pengguna semasa.
Selain itu kualiti perabot yang dihasilkan harus
memenuhi piawaian yang telah ditetapkan supaya
dapat memuaskan hati pelanggan. 20
1.2 PERANCANGAN PENGELUARAN
a) Rekabentuk Pengeluaran
i) Simplification ii) Standardization
iii) Modular
b) Jenis-jenis Pengeluaran
i) Massa ii) Selanjar
iii) Kelompok iv) Tempahan
c) Susunatur
i) Objektif
ii) Jenis-jenis (Tetap, Proses, Produk & Selular)
d) Objektif Pemilihan Lokasi Pengeluaran dan Faktor
yang mempengaruhi pemilihan lokasi.
d) Penjadualan Pengeluaran
i) PERT ii) Gantt
21
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
Reka bentuk pengeluaran melibatkan satu proses
mereka cipta konsep sesuatu produk dan penilaian
dengan menggunakan pendekatan yang lebih sistematik
termasuklah penggabungan pengetahuan dan teknologi
untuk mencipta produk.
REKA BENTUK PENGELUARAN
simplification modular
standardization 22
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
i. SIMPLIFICATION
Merupakan satu reka bentuk pengeluaran yang
diwujudkan daripada tindakan mengurangkan
kepelbagaian dalam proses pengeluaran kepada
proses pengeluaran yang lebih ringkas dan mudah.
Rekabentuk simplification dapat mengurangkan
kepelbagaian dalam proses pengeluaran,
mempercepatkan penghasilan produk,
mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti
produk.
Contohnya, pengeluaran mesin pencetak (printer)
yang mempunyai pelbagai fungsi seperti
pengimbas (scanner), pendua (photostate) dan
mesin fax.
23
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
Rekabentuk simplification dapat mengurangkan kepelbagaian
melalui penghasilan pencetak yang mempunyai pelbagai fungsi
24
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
ii. STANDARDIZATION
Merupakan satu proses mewujudkan reka bentuk
produk yang seragam dalam aspek produk, saiz
dan kualiti.
Standardization dapat mewujudkan keberkesanan
dan kecekapan serta mengurangkan kos inventori.
Selain itu, dapat menjimatkan masa, pekerja dan
peralatan dapat digunakan sepenuhnya.
Kewujudan reka bentuk yang seragam
memudahkan penggunaan komputer seperti
computer-aided design (CAD) dan computer aided
manufacturing (CAM).
25
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
Standardization amat sesuai digunakan dalam proses
pengeluaran dalam skala yang besar. Hal ini dapat
membantu organisasi yang terlibat mengurangkan kos
per unit produk yang dihasilkan.
Contohnya, pengeluaran plug yang standard untuk
kegunaan pelbagai negara seperti Eropah, Asia
Tenggara, Timur Tengah dan lain negara.
26
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
iii. REKA BENTUK MODULAR
Merujuk gabungan beberapa komponen (modul)
untuk menghasilkan pelbagai jenis produk.
Komponen ini mudah ditukar ganti untuk
menyesuaikan keperluan keunikan produk dalam
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Objektif utama reka bentuk pengeluaran modular
ini adalah untuk menghasilkan satu sistem
komponen (modul) yang bebas. Gabungan
daripada komponen-komponen tersebut dapat
meningkatkan pengeluaran produk dalam
menghasilkan pelbagai jenis produk.
27
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
Contohnya, pengeluaran kereta Proton yang pelbagai
versi. Komponen yang pelbagai ditukarganti bagi
menghasilkan versi keluaran kereta yang pelbagai.
28
1.2 (a) REKABENTUK PENGELUARAN
Model Proton Saga ini mempunyai komponen-komponen
yang dikongsi bersama model-model Proton yang lain
seperti cat, sistem keselamatan dan sebagainya.
29
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
MASSA SELANJAR
JENIS-JENIS
PENGELUARAN
KELOMPOK TEMPAHAN
30
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
i. MASSA
Pengeluaran secara massa juga dikenali sebagai pengeluaran
secara besar-besaran. Pengeluaran secara massa memerlukan
simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera produk
kepada pelanggan. Aktiviti pengeluaran lazimnya berjalan
secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang
dikawal oleh sistem komputer.
Jenis pengeluaran ini biasanya digunakan untuk menghasilkan
barang keperluan harian. Piawaian produk yang tinggi
diperlukan untuk menghasilkan produk yang seragam.
Produk yang dihasilkan boleh disimpan sementara menerima
pesanan daripada pelanggan. Hal ini membantu mengelakkan
berlaku masalah kehabisan stok. Contoh produk seperti gula,
minyak masak.
31
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
32
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
ii. KELOMPOK
Melibatkan penghasilan beberapa jenis barang yang
mempunyai fungsi yang sama dalam saiz yang sederhana.
Kilang yang mengamalkan pengeluaran secara
berkelompok akan mengatur pekerja secara sistematik bagi
membolehkan kemudahan dan tenaga kerja sedia ada
digunakan secara optimum untuk mengeluarkan barang
yang berbeza.
Proses pengeluaran yang melibatkan ciri yang standard
diproses terlebih dahulu serta diikuti dengan ciri produk
mengikut spesifikasi pelanggan. Peralatan yang digunakan
terdiri dari dua jenis, iaitu peralatan khusus dan pelbagai
guna. Contoh pemasangan secara berkelompok ialah
pemasangan komponen barangan elektrik, pengeluaran
kerepek, biskut, pakaian dan sebagainya.
33
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
CONTOH PENGELUARAN KELOMPOK - PAKAIAN
34
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
iii. SELANJAR
Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam
berterusan tanpa henti dan berulang-ulang.
Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang
dihasilkan tetapi dalam volum yang amat tinggi.
Produk mempunyai pempiawaian yang amat tinggi,
maka aliran pengeluaran adalah secara lini dan sukar
diubah.
Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka
masa yang lama. Contohnya, Pemprosesan produk
komoditi dengan volum pengeluaran yang sangat
besar seperti stesen janakuasa elektrik, loji penapisan
minyak, bahan-bahan kimia, barangan farmaseutikal
dan sebagainya.
35
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
CONTOH JENIS PENGELUARAN SELANJAR
- STESEN JANAKUASA ELEKTRIK
36
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
CONTOH JENIS PENGELUARAN SELANJAR
37
1.2 (b) JENIS-JENIS PENGELUARAN
iv. TEMPAHAN
Pengeluaran mengikut tempahan melibatkan
penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang
kecil apabila menerima tempahan daripada
pelanggan.
Jenis pengeluaran ini melibatkan penggunaan
tenaga pakar yang memiliki kemahiran dalam
bidang berkaitan.
Contoh : pakaian yang pelbagai corak dan saiz,
katering dan sebagainya
38
CONTOH JENIS PENGELUARAN TEMPAHAN
39
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Susun atur kilang melibatkan penyusunan yang akan
dijalankan oleh pihak pengurus terhadap mesin, jentera,
stesyen kerja dan tempat penyimpanan serta kedudukan
tempat dan lorong dalam sesebuah lokasi pengeluaran.
Objektif susun atur :
i. Meminimumkan kos pengendalian, khususnya dari segi
penggunaan bahan dan mesin serta jentera yang
digerakkan.
ii. Menggunakan ruang kilang yang sedia ada secara efisien
dan ekonomik.
iii. Memastikan penggunaan tenaga buruh selaras dengan
pengendalian susun atur kilang bagi mengelakkan
pembaziran tenaga buruh.
iv. Mengelakkan reka bentuk susun atur kilang yang sempit
sehingga menyukarkan organisasi untuk menjalankan
operasi pengeluarannya.
40
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
v. Memudahkan interaksi dan komunikasi antara pekerja
dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan
dalam kilang.
vi. Memudahkan pergerakan keluar masuk produk dari
kilang dan mengelakkan pergerakan yang membazirkan
tenaga dan masa.
vii. Memudahkan aktiviti promosi produk dan
penguatkuasaan langkah keselamatan dalam kilang.
viii. Mengurangkan masa pembuatan dan kitaran
pembuatan produk dan menggalakkan kefleksibelan
dalam proses tertentu.
41
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
JENIS SUSUN ATUR PENGELUARAN
SUSUN ATUR SUSUN ATUR
PROSES PRODUK
SUSUN SUSUN
ATUR TETAP ATUR
SELULAR
JENIS SUSUN
ATUR
PENGELUARAN
42
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
i. SUSUN ATUR TETAP
Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti
sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di lokasi
pengeluaran.
Disebabkan oleh saiz yang besar & berat barangan tersebut
terletak tetap ditempat pembuatan. Peralatan, mesin, bahan
mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang telah
ditentukan untuk melakukan proses-proses pembuatan.
Kaedah penyusunan ini sesuai bagi produk yang mudah pecah,
pukal atau terlalu berat untuk dialihkan. Kedudukan produk yang
dihasilkan tetap manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa
ke lokasi.
Contoh : Membina bangunan, rumah, empangan, jambatan,
kapal terbang, kapal atau sebuah akuarium yang besar.
43
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur tetap : pembinaan bangunan. Faktor-faktor
pengeluaran dikumpulkan di kawasan pengeluaran
PEKERJA KAWASAN BAHAN
PEMBINAAN MENTAH
BANGUNAN
MESIN BAHAN
MENTAH
44
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur tetap : pembinaan kapal terbang Boeing 797.
Faktor-faktor pengeluaran dikumpulkan di kawasan pengeluaran
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
ii. SUSUN ATUR PROSES
Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan
manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu
tempat. Susun atur secara proses dikenali sebagai susun
atur fungsian atau job shop.
Ia melibatkan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan
mesin boleh dikongsi guna serta tidak terhad untuk
pengeluaran satu jenis produk sahaja. Produk akan
bergerak dari satu bahagian kerja ke bahagian lain untuk
disiapkan. Sebagai contoh peralatan mengecat diletakkan
di bengkel dan alat ganti diletakkan di bahagian alat ganti.
Contoh: perkhidmatan hospital, sekolah, pasaraya, bank,
bengkel SPA dan lain-lain.
46
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur proses di bengkel. Mesin-mesin diatur
dan ditempatkan mengikut fungsi penggunaan bengkel.
47
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur proses. Mesin-mesin diatur dan 48
ditempatkan mengikut fungsi di tempat kerja.
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur proses di hospital
SUSUN ATUR PROSES - HOSPITAL
PESAKIT MASUK
MAKMAL PENDAFTARA
N
FARMASI BILIK
PEMERIKSAA
N
PESAKIT BILIK
KELUAR X-RAY
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
CONTOH SUSUNATUR PROSES - HOSPITAL
50