1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
iii. SUSUN ATUR PRODUK
Susun atur secara produk melibatkan penyusunan satu barisan
mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan
operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.
Penyusunan produk dikenali sebagai barisan/lini pemasangan
atau pengeluaran atau assembly lines.
Pada kebiasaannya, satu jenis mesin atau jentera akan
digunakan secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu produk
dalam kilang. Susun atur produk amat sesuai digunakan oleh
kilang yang menghasilkan satu jenis produk secara berulangan
berdasarkan standard atau piawaian yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan. Susun atur produk boleh berbentuk S, L, U,
I atau O.
Contoh : pengeluaran sarung tangan getah, pemasangan
kereta, produk elektronik, minuman dan lain-lain
51
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
CONTOH SUSUN ATUR PRODUK
52
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
CONTOH SUSUN ATUR PRODUK – PENGELUARAN KERETA
53
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh Susun Atur Produk
Bentuk I
EMAS JABATAN JABATAN JABATAN JABATAN JO
MENT PENERIMAAN PENCAIRA PENEKANAN PEMERIKSA NG
Emas mentah KO
AH N Emas AN NG
dibawa Emas dijadikan Jongkong SI
masuk ke dicairkan kepingan AP
jongkong emas
kilang yg tlh siap
diperiksa
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh Susun Atur Produk
Bentuk U Bentuk L BAHA
N
BAHAN PRODU
MENTA K MENTA
H
H SIAP
JABATAN
JABATAN JABATAN PENERIMAA
PENERIMAA PEMBUNGKUSA
N
N N
JABATAN
JABATAN JABATAN PRO PENCAIRAN
PENCAIRAN PEMERIKSAN DUK
SIAP JABATAN
JABATAN JABATAN PENEKANA
PENEKANA PEMBUNGKUS
N
N AN
JABATAN
PEMERIKSAA
N
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
iv. SUSUN ATUR SELULAR
Susun atur secara selular merupakan satu tindakan menyusun
peralatan dan kerja yang serupa ke dalam satu kumpulan (sel)
yang sama supaya bahagian proses pengeluaran menjadi lebih
kecil serta berkemampuan mengeluarkan produk dengan cepat
dan menjimatkan kos pengeluaran.
Susun atur secara selular merupakan kombinasi susun atur
secara produk dan susun atur secara proses. Oleh sebab itu,
susun atur secara selular mempunyai ciri daripada kedua-
duanya.
Susun atur produk mengambil kira kecekapan proses
pengeluaran yang dapat meminimumkan kos per unit. Susun
atur proses mengambilkira kemampuan dalam menghasilkan
pelbagai jenis produk dalam proses pengeluaran.
56
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
57
1.2 (c) SUSUN ATUR PENGELUARAN
Contoh susun atur selular
58
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
• Organisasi perlu teliti dalam memilih tapak untuk
beroperasi supaya tidak mengalami kerugian
pada masa hadapan dan tidak menghadapi
masalah lain seperti ketiadaan bekalan air,
bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur
yang lain.
• Lokasi yang strategik akan dapat mengurangkan
kos operasi syarikat seperti kos pengangkutan,
kos buruh, kos bahan mentah, kos pengedaran
dan lain-lain.
59
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
OBJEKTIF PEMILIHAN LOKASI
i. Mengembangkan potensi pengeluaran
- memilih lokasi yang bersesuaian dengan jenis kemudahan
yang terdapat di lokasi tersebut
- memilih lokasi yang dapat mengembangkan operasi
pengeluaran produk yang dirancang
ii. Meminimumkan kos
- menempatkan sistem kapasiti di suatu tempat yang sesuai
bagi meminimumkan kos pengagihan dan kos pengeluaran
iii. Memilih kriteria yang relevan
- mengambil kira faktor ekonomi seperti kos pekerja, kos
bahan mentah dan kos tanah
- mengambil kira faktor bukan ekonomi seperti maklum balas
masyarakat dan galakan kerajaan
60
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
FAKTOR-FAKTOR PENGARUHI PEMILIHAN LOKASI :
i. Bekalan tenaga buruh
Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh
merangkumi buruh mahir, separuh mahir dan kurang
mahir serta kos upah buruh yang berpatutan.
ii. Berdekatan dengan sumber bahan mentah
Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus
serta meminimumkan kos penghantaran.
iii. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran
Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran
besar yang menjanjikan pulangan keuntungan
maksimum.
Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk
kepada pengguna dan meminimumkan kos pengedaran.
61
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
iv. Kemudahan infrastruktur
Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi
pertimbangan utama kepada firma dalam pemilihan
lokasi tapak.
Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem
komunikasi dan sistem perhubungan dapat
memudahkan proses pengeluaran.
v. Kemudahan khidmat sokongan
Kemudahan seperti subkontraktor dan institusi
kewangan dapat membantu firma mendapatkan
khidmat seperti penyelenggaraan, bekalan, sumber
pembiayaan dan urusan pembayaran.
62
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
vi. Sistem pengangkutan dan logistik
▪ Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut
seperti jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, lapangan
terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik.
▪ Memudahkan bahan mentah dihantar ke pusat operasi
pengeluaran dengan segera dan kerap sekaligus dapat
mengurangkan kos penyimpanan inventori.
▪ Mempercepatkan proses penghantaran produk ke pasaran.
vii. Politik dan undang-undang
▪ Kestabilan politik menjadi tarikan dan dorongan kepada firma
untuk beroperasi dengan lancar tanpa sebarang gangguan di
dalam sesebuah negara.
▪ Peruntukan undang-undang yang melindungi hak pengeluar
seperti akta hak cipta dan cukai yang tidak membebankan
akan menjadi tumpuan firma untuk mengembangkan operasi
pengeluaran.
63
1.2 (d) PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN
CONTOH:
KILANG PERABOT KAYU GETAH
• Berdekatan kawasan kilang
memproses KAYU (sumber bahan
mentah)
• Berdekatan tenaga kerja mahir
• Berdekatan kemudahan infrastruktur
(jalan raya, bekalan elektrik, air dan
lain-lain)
• Berdekatan pasaran pembeli
perabot
• Kemudahan talian komunikasi
• Kemudahan keselamatan (polis dan
bomba)
• Kemudahan pentadbiran awam yang
mesra (undang-undang dan
peraturan)
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
❑ Merangkumi 2 kaedah yang digunakan iaitu:
I. CARTA PERT/CPM
PERT = Program Evaluation and Review Technique
- teknik menilai dan menyemak program yang
dibangunkan pd tahun 1958 oleh Angkatan Tentera
Laut AS untuk membina peluru berpandu Polaris.
CPM = Critical Path Method/ Kaedah Laluan Genting
- Dibangunkan oleh E.I du Pont de Nemour &
Company pd 1957 di AS utk mengurus projek
pembinaan.
65
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
• Carta PERT/CPM adalah rajah yang menggunakan
garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan
masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan
sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang
(laluan genting) projek dapat disiapkan boleh
diketahui.
• Carta berkaitan teknik perancangan dan kawalan
secara grafik perkaitan pelbagai aktiviti dalam
sesuatu projek.
66
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
Langkah-Langkah Untuk Membina Carta PERT :
i. Definisikan objektif projek dan tentukan semua
kegiatan dari awal hingga tamat.
ii. Bentukkan hubungan antara kegiatan-kegiatan.
iii. Tentukan yang mana dahulu dan kemudian.
iv. Lukis jaringan anak panah untuk hubungan semua
kegiatan.
v. Peruntukan jangkaan masa kepada setiap kegiatan.
vi. Kenalpasti laluan terpanjang yang dikenali laluan
genting.
vii. Gunakan jaringan atau anak panah yang telah dibina
untuk merancang, menjadual dan mengawal
pelaksanaan projek.
67
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
CONTOH Kod Kegiatan Jangkaan masa
Kegiatan Pendahulu (Minggu)
5
A - 3
B - 2
C A 4
D A 4
E C 7
F B 2
G D,E, F
a. Lukis carta PERT/CPM bagi jadual tersebut. 2
52 G SIAP
MULA A C4
4E 68
D
37
BF
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
b. Cari masa bagi setiap laluan
Laluan 1 : A – C – E – G = 5 + 2 + 4 + 2 = 13 minggu
Laluan 2 : A – D – G = 5 + 4 + 2 = 11 minggu
Laluan 3 : B – F – G = 3 + 7 + 2 = 12 minggu
c. Tentukan laluan kritikal (CPM)
Laluan kritikal adala Laluan 1 = A – C – E – G = 13 minggu
d. Masa yang dianggarkan boleh menyiapkan projek ini.
=13 minggu (masa laluan genting @ kritikal (CPM)
e. Kirakan jumlah masa slak untuk tiap-tiap laluan
Laluan 1 : 13 – 13 = 0
Laluan 2 : 13 – 11 = 2
Laluan 3 : 13 – 12 = 1
69
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
Kegunaan Carta PERT :
i. Untuk mengetahui tarikh projek boleh disiapkan.
ii. Mengenal pasti kegiatan penting.
iii. Mengenal pasti kebarangkalian penyiapan projek
sebelum tarikh siap.
iv. Memantau pelaksanaan projek supaya menepati
jadual.
v. Penilaian kos menepati belanjawan.
vi. Penggunaan sumber mencukupi.
vii. Mengenalpasti kegiatan yang perlu diberi perhatian.
70
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
II. CARTA GANTT
• Diasaskan oleh Henry L. Gantt dan merupakan
kaedah yang tertua (awal 1900an).
• Carta berbentuk bar yang menunjukkan tahap
kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti serta
susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu
projek dan masa yang diperuntukkan bagi
menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.
• Carta gantt mudah dibina, sesuai untuk projek yang
tidak rumit dan mempunyai sedikit aktiviti.
• Aktiviti dapat dirangka/dikawal dengan cara
membandingkan antara perancangan dengan
pencapaian sebenar.
71
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
Langkah untuk membina Carta Gantt :
i. Kenalpasti semua aktiviti yang terlibat.
ii. Bina carta yang mengandungi aktiviti pada lajur
pertama. Aktiviti pertama diletak di atas sekali
manakala aktiviti seterusnya disusun mengikut urutan
sehingga aktiviti terakhir diletakan di bawah sekali.
iii. Baris pertama menentukan unit masa yang
menunjukkan samada dalam hari/minggu/bulan.
iv. Semasa pelaksanaan, anggota projek perlu sentiasa
berjumpa untuk kemaskinikan status setiap aktiviti.
v. Tindakan dan keputusan perlu dibuat jika berlaku
masalah.
72
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
CONTOH CARTA GANTT :
PROJEK CETAKAN 2500 NASKHAH BUKU KIMIA MATRIKULASI
KOD AKTIVITI MINGGU
A Penyediaan salinan utama cetakan 12345678
B Penyediaan deraf kulit buku
C Bacaan proof salinan utama cetakan dan deraf
kulit buku
D Cetakan isi buku
E Cetakan kulit buku
F Melipat, memasang, menjahit dan gam
G Memotong buku
H Membungkus dan menghantar
1.2 (e) PENJADUALAN PENGELUARAN
Kegunaan Carta Gantt :
i. Menunjukkan perkaitan bidang dan perancangan
tugas dengan masa
ii. Memberi petunjuk kepada pengurus untuk
menyiapkan tugas dalam masa yang ditetapkan.
iii. Merancang kemajuan projek.
iv. Memberi maklumat tentang tugas yang perlu
disiapkan dalam satu tempoh masa dan tugas lain
yang dilakukan secara serentak atau selanjutnya.
v. Sebagai alat kawalan perjalanan atau kelangsungan
projek.
74
1.3 KAWALAN INVENTORI
(a) Kawalan inventori dan
kepentingannya
(b) Jenis-jenis inventori
75
1.3 (a) KAWALAN INVENTORI
INVENTORI
• Ditakrifkan sebagai barangan/bahan-bahan yang
disimpan oleh organisasi untuk digunakan pada masa
depan.
• Tujuan penyimpanan adalah untuk memenuhi keperluan
organisasi pada masa depan.
KAWALAN INVENTORI
• Kawalan inventori merujuk kepada pengurusan stok atau
inventori dalam sesebuah perniagaan.
• Sistem kawalan inventori menguruskan penerimaan,
penyimpanan, pengendalian dan pengiraan bahan
mentah, kerja dalam proses dan inventori barang siap
untuk memastikan pengaliran kerja diselenggara dengan
baik.
76
1.3 (a) KAWALAN INVENTORI
Kepentingan Kawalan Inventori :
i. Memastikan inventori berada pada tahap optimum.
ii. Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara
berterusan.
iii. Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.
iv. Mengelakkkan risiko kerosakan dan kecurian
inventori.
v. Meminimumkan kos pemegangan inventori.
vi. Menstabilkan harga produk di pasaran.
77
1.3 (b) JENIS-JENIS INVENTORI
Inventori merupakan sejenis aset yang diperlukan
dalam proses pengeluaran.
Terdapat tiga jenis inventori iaitu :
i. bahan mentah
ii. kerja dalam proses
iii. produk siap.
78
1.3 (b) JENIS-JENIS INVENTORI
I. BAHAN MENTAH
Bahan mentah adalah sesuatu yang digunakan oleh
tenaga manusia atau industri sebagai bahan asas
dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan
produk.
KEPENTINGAN BAHAN MENTAH :
i. Bahan mentah penting sebagai input yang
diperlukan untuk proses pengeluaran.
ii. Bahan mentah boleh ditambah nilai untuk
menghasilkan produk separa siap dan produk
siap.
iii. Bahan mentah yang berkualiti menjamin
pengeluaran produk yang berkualiti.
79
1.3 (b) JENIS-JENIS INVENTORI
II. KERJA DALAM PROSES
Kerja dalam proses merujuk kepada proses
pengeluaran yang belum selesai tetapi telah
mengalami perubahan input. Daripada aspek
perkilangan, kerja dalam proses boleh dirujuk
sebagai satu proses di mana pekerjaan telah berlaku
tetapi tidak dikenali sebagai produk siap kerana ia
belum menjadi produk yang sempurna.
KEPENTINGAN KERJA DALAM PROSES :
i. Kerja dalam proses boleh menentukan hasil akhir
yang akan diperolehi.
ii. Kerja dalam proses merupakan proses lanjutan
bagi menghasilkan barangan siap.
80
1.3 (b) JENIS-JENIS INVENTORI
III. PRODUK SIAP
Hasil yang dikeluarkan setelah proses pengeluaran selesai
dikenali sebagai produk siap. Produk siap akan disimpan
sebagai inventori sebelum diedarkan kepada pengguna.
Produk siap mempunyai ciri seperti boleh digunakan terus
oleh pengguna akhir. Selain itu, produk siap mempunyai
reka bentuk fizikal yang jelas supaya aktiviti pemasaran
boleh dijalankan.
KEPENTINGAN PRODUK SIAP :
i. Produk siap yang berkualiti akan mendapat
permintaan daripada pelanggan dan laris dijual bagi
menghasilkan keuntungan.
ii. Produk siap yang mempunyai reka bentuk fizikal yang
menarik boleh mempengaruhi minat pengguna.
81
1.4 ALAT/ KAEDAH KAWALAN
INVENTORI
(a) Alat-alat Kawalan Inventori
(b) Kaedah Kuantiti Pesanan Ekonomi
(c) Kaedah Tepat Pada Masa (JIT)
82
1.4 (a) ALAT-ALAT KAWALAN
INVENTORI
Alat kawalan inventori adalah alat yang digunakan
untuk memastikan inventori berada pada tahap
yang sesuai supaya objektif pengurusan inventori
dapat dicapai.
Alat kawalan inventori adalah seperti berikut:
i. Model Kuantiti Pesanan Ekonomik/ Economic
Order Quantity (EOQ)
ii. Konsep/ Kaedah Tepat Pada Waktu/ Just in
Time (JIT)
83
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
❑ Satu pendekatan/ teknik pengurusan inventori untuk
menentukan kuantiti pesanan optimum yang
meminimumkan jumlah kos inventori berubah (kos
pesanan dan kos pegangan).
ANDAIAN EOQ :
i. Kadar permintaan telah diketahui dan bersifat konsisten.
ii. Keputusan item pesanan tidak bergantung kepada item
barang lain.
iii. Diskaun harga tidak ditawarkan.
iv. Kekurangan item pesanan tidak berlaku.
v. Hanya dua kos yang releven iaitu kos pesanan dan kos
pegangan.
vi. Masa menunggu (lead time) diketahui dengan pasti dan
bersifat malar.
vii. Item pesanan diterima dalam bentuk lot dan diterima
sekaligus. 84
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
KAITAN ANTARA KOS PESANAN, KOS PEGANGAN &
JUMLAH KOS INVENTORI
Kos TC
Tahunan Kos pegangan/kos
pengendalian/Kos
Jumlah Kos penyimpanan (C)
(TIC)
Kos pesanan/ EOQ Kos pesanan (O)
pegangan Q
Oleh itu, Graf EOQ
Dimana:-
EOQ meningkat apabila kos pesanan
meningkat.
EOQ meningkat jika permintaan meningkat.
EOQ menyusut bila kos pegangan meningkat.
85
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
SISTEM PEMESANAN INVENTORI YANG BERTERUSAN
Inventori Q Penerimaan Pesanan
(Unit) Pengurangan Inventori
Kerana Penggunaan
Purata Inventori
Titik Pesanan
Semula (ROP)
0 Masa
1 Kitaran Masa Menunggu
Huraian Gambarajah
▪ Garis condong mewakili kadar penggunaan yang sama bagi sesuatu tempoh kitaran.
▪ Apabila paras inventori mencecah Titik Pesanan Semula (ROP) firma akan membuat
pesanan semula daripada pembekal.
▪ Paras inventori akan turun hingga ke paras 0 pada akhir setiap kitaran hasil penggunaan operasi
pengeluaran dan diandaikan penerimaan inventori baru diperolehi pada akhir setiap kitaran.
▪ Apabila inventori baru diperolehi, paras inventori kembali ke tahap maksimum. 86
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
ISTILAH SIMBOL HURAIAN / contoh
Permintaan D Permintaan dalam setahun
Tahunan (unit).
Kos pegangan
C Kos Penyimpanan/ kos
Kos pesanan pergudangan, insurans,
tambahan pekerja, sewaan
dan sebagainya.
O Bil Telefon,faksimili, kos
proses pesanan dan
pengangkutan (termasuk kos
perkeranian, pembungkusan)
87
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
ISTILAH HURAIAN FORMULA
EOQ
Kuantiti paling optimum
untuk pesanan dan
simpanan
Bilangan Kadar Permintaan Tahunan = D
Pesanan
Setahun EOQ EOQ
Purata Saiz Pesanan = Q @ EOQ
Inventori 2 2
88
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
ISTILAH HURAIAN FORMULA
Kos Pegangan Purata Inventori x Kos = QC
Tahunan (TCC) Pegangan Seunit 2
Kos Pesanan Bil. Pesanan Setahun x Kos = DO
Tahunan (TOC) pesanan seunit Q
Jumlah Kos TCC + TOC =QC + DO
Inventori 2Q
Tahunan (TIC) **Permintaan harian x masa
lopor (masa menunggu @ = D x masa
Titik Pesanan lead time)
Semula (ROP) ** 365 lopor
Dimana,
Q = saiz lot pesanan (unit) @ EOQ, C = Kos pegangan seunit inventori
dlm setahun
O = Kos memesan setiap pesanan, D = permintaan tahunan (unit) 89
** bergantung kepada masa lopor samada dalam hari, minggu, bulan
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
CONTOH SOALAN
Senaling Sdn Bhd merupakan pengilang roti terbesar di Kuala Pilah.
Pihak syarikat membuat pesanan sebanyak 30,000 kg tepung untuk
tempoh setahun dengan harga RM 3.00 sekilogram. Kos penyimpanan
ialah RM 0.25 sekilogram. Kos untuk memesan ialah RM 20.00 bagi
setiap pesanan. Kilang tersebut beroperasi selama 365 hari dalam
setahun. Bilangan hari menunggu bagi satu pesanan baru mengambil
masa 5 hari.
Berdasarkan maklumat di atas:
i. Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ).
90
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
ii. Bilangan Pesanan Setahun.
= Kadar Permintaan Tahunan / EOQ
= 30,000/ 2191
= 13.7 @ 14 Kali
iii. Titik Pesanan Semula (ROP)
= Kadar Permintaan Harian / Masa Menunggu
= (30,000/ 365) (5 hari)
= 410.96 kg
iv. Jumlah Kos Pegangan (TCC)
= (Q/2) (h)
= (2191/2) (0.25)
= RM273.88
91
1.4 (b) KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)
v. Jumlah Kos Pesanan (TOC)
= (D/Q) (S)
= (30000/2191) (20)
= RM273.85
vi. Jumlah Kos Inventori (TIC)
= TCC + TOC
= [(Q/2) (h)] + [(D/Q) (S)]
= RM273.88 + 273.85
= RM547.73
92
1.4 (c) KONSEP/ KAEDAH SISTEM TEPAT
PADA WAKTU (JUST IN TIME – JIT)
• Konsep Sistem Tepat Pada Waktu (JIT) adalah :
i. Inventori sifar/ saiz inventori seminimum mungkin
ii. Bekalan inventori diperolehi tepat pada masanya
iii. Bekalan inventori berada pada tempat ia diperlukan
• Tujuan sistem JIT adalah untuk mengelakkan
pembaziran yang dikaitkan dengan lebihan
pengeluaran, masa menunggu yang lama dan inventori
berlebihan.
• JIT dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan
mengurangkan kemungkinan kerosakan atau kerugian
akibat penimbunan barang.
93
1.4 (c) KONSEP/ KAEDAH SISTEM TEPAT PADA WAKTU
(JUST IN TIME – JIT)
McDonald’s has mastered Just-in-
time inventory management through
a commitment of significant
investment in technology and
resources to design a system that
will produce consistent quality food
with minimal inventory, with a
production process that maximizes
efficiency and minimizes waste.
1.5 KAWALAN KUALITI
(a) Kawalan kualiti,
kepentingannya dan proses
(b) Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) dan prinsip-
prinsipnya
(c) Standard pengeluaran dan
ISO
95
1.5 (a) KAWALAN KUALITI, KEPENTINGANNYA DAN
PROSES
DEFINISI KAWALAN KUALITI
❑ Satu proses memeriksa produk yang dihasilkan bagi memastikan
kualiti produk menepati standard atau piawaian yang ditetapkan.
KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI
i. Mengurangkan kos pengeluaran
▪ Melalui pengawalan kualiti, pembaziran yang mungkin
berlaku semasa proses pengeluaran dapat dikurangkan
seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos pengeluaran.
i. Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna
▪ Kawalan kualiti dapat mengurangkan kecacatan produk
sebelum produk tersebut dipasarkan kepada pengguna.
Seterusnya firma dapat mengelakkan tuntutan liabiliti
daripada pengguna.
96
1.5 (a) KAWALAN KUALITI, KEPENTINGANNYA DAN PROSES
iii. Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pengguna
▪ Produk yang berkualiti dapat memberi kepuasan
kepada pengguna seterusnya meningkatkan daya
saing firma dalam pasaran.
iv. Membentuk imej perniagaan yang baik
▪ Kawalan kualiti akan mewujudkan imej perniagaan
yang baik dari pandangan pengguna. Ini
menguntungkan firma untuk tempoh jangka panjang
khususnya dalam penguasaan syer pasaran.
**
Di peringkat organisasi, kualiti dikendalikan oleh Jabatan
Kualiti.
Di peringkat Malaysia, kualiti dikendalikan oleh SIRIM dan
JAKIM (penentuan produk halal)
97
1.5 (a) KAWALAN KUALITI, KEPENTINGANNYA DAN PROSES
PROSES KAWALAN KUALITI
• Proses kawalan kualiti merupakan satu proses
mengawal kualiti produk supaya mencapai satu
tahap standard yang diterima oleh pengguna.
Proses kawalan kualiti dilakukan sepanjang proses
pengeluaran, iaitu aktiviti rancang, buat, semak, dan
tindakan (PDCA).
98
1.5 (a) KAWALAN KUALITI, KEPENTINGANNYA DAN PROSES
Kitaran PDCA adalah empat langkah yang sering digunakan dalam
syarikat sebagai alat mengawal dan menambahbaik secara
berterusan. Diperkenalkan oleh Dr Walter A. Shewhart pada tahun
1930 dan dikembangkan oleh Dr Walter Edward Deming sehingga ke
negara Jepun dalam sektor pembuatan yang kemudiannya dikenali
sebagai The Deming Wheel. 99
1.5 (a) KAWALAN KUALITI, KEPENTINGANNYA DAN PROSES
i. Rancang (P)
• Rancangan untuk penambahbaikan operasi
dengan mencari perkara yang tidak dapat
diselesaikan , iaitu mengenalpasti masalah dan
mencadangkan penyelesaian. Proses ini
bermula dengan mengenalpasti masalah,
memilih masalah, mendefinisikan masalah,
menganalisa masalah dan cadangan
penyelesaian.
• Contohnya pengeluaran kereta dan menjana
idea untuk menyelesaikan masalah.
100