The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azreen Bin Jafaar, 2020-11-16 21:49:36

PERISA 2018

perisa18_book_inov

PERTANDINGAN INOVASI PENSYRAH TVET PERINGKAT
KEBANGSAAN (PERISA) 2018
Hak Cipta © Kolej Komuniti Bandar
Penawar Cetakan Pertama 2018

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar, ulang mana-mana
bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pejabat Penerbit, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku
Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor. Perundingan tertaklum
kepada perkiraan royalty atau honorium.

Diterbit dan dicetak oleh:
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-8225800 Fax : 07-8224884
Emel : [email protected]

ISI KANDUNGAN

Kata Alu-aluan:

2 Ketua Pengarah JPPKK

3 Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK

4 Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Inovasi JPPKK
5 Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2
6 Pengenalan PERISA 18

Abstrak Inovasi

8 Pembelajaran dan Pengajaran

108 Sains Sosial

133 Teknologi Kejuruteraan
156 Teknologi Maklumat

185 Tentatif Program

187 Ahli Jawatankuasa Induk

188 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

1

KATA ALUAN

Seagung Aspirasi

Prof Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Penganjuran Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Pendidikan Tinggi 2018 Peringkat
Kebangsaan (PERISA ’18) tahun ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam usaha
mengumpulkan tenaga pengajar dalam bidang TVET dari pelbagai institusi dan agensi.
Pelbagai hasil cipta yang kreatif dan inovatif dari rencaman perspektif dan arah kepakaran
diketengahkan oleh peserta kali ini. Berdasarkan keperluan mendesak disebabkan
gelombang transformasi dalam Industri 4.0, pengajar dalam bidang TVET perlu proaktif dalam
mengadaptasi teknologi terkini ke dalam instruksional masing-masing. PERISA 2018 ini
merupakan satu wadah perkongsian intelek merentasi sempadan bidang pengkhususan dan
kemahiran yang boleh memberi impak besar dalam terma pembangunan idea bagi kemajuan
dalam bidang pendidikan. Justeru, PERISA 2018 ini boleh dilihat sebagai salah satu peluang
terbaik untuk membincangkan isu dan strategi ke arah merealisasikan gambaran sempurna
kualiti pendidikan TVET selaras dengan era teknologi dalam persekitaran globalisasi. Produk
inovasi yang dihasilkan merupakan antara terjemahan kepada penyelesaian kreatif kepada
permasalahan yang dihadapi oleh pengajar TVET. Diharapkan buku inovasi yang dihasilkan
kali ini mampu memberi cetusan idea kepada penghasilan produk inovasi yang lebih baik
pada masa akan datang.

2

KATA ALUAN

Saujana Inspirasi

Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 yang sentiasa diperkatakan dewasa
ini, institusi pengajian tinggi tidak kurang terkesan oleh pengaruhnya, terutamanya bidang
TVET. Sebagai sebuah entiti yang diharapkan dapat menghasilkan modal insan kompeten
yang tersedia menghadapi industri yang sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan
teknologi, semua peneraju TVET di Malaysia sentiasa perlu peka dengan transformasi yang
berlaku. Kepakaran teknikal, keupayaan untuk beradaptasi, dan dengan minda yang dinamik
adalah acuan terbaik sumber manusia yang perlu dikeluarkan oleh tenaga pengajar TVET.
Justeru, penyelidikan dan inovasilah yang mampu membawa pelajar dan pengajar ke arah
merealisasikan harapan ini supaya Revolusi Perindustrian 4.0 ini tidak hanya menjadi coretan
tinta, sebaliknya diterjemahkan dalam penghasilan produk inovasi yang berimpak tinggi
dengan nilai komersial yang boleh dibanggakan. Oleh itu, saya mengucapkan syabas kepada
penganjur PERISA 2018 kerana membuka ruang dan peluang kepada semua pengajar TVET
dalam mengetengahkan produk inovasi dalam satu platform yang menyatukan kita semua.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah juga kepada
jawatankuasa penerbitan buku inovasi PERISA 2018 ini kerana mengambil inisiatif
menghasilkan bingkisan istimewa buat peserta dalam mengabadikan hasil inovasi mereka
dalam bentuk buku.

3

KATA ALUAN

Semurni Impian

Dr. Ishak bin Mohamad
Pengarah
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Pendidikan Tinggi 2018 Peringkat Kebangsaan
(PERISA ’18) tahun ini merupakan penganjuran kali keempat program seumpama ini setelah
julung kalinya diperkenalkan pada tahun 2015. Bertemakan “Memanfaatkan Penyelidikan dan
Inovasi dalam TVET Menuju Revolusi Perindustrian 4.0”, program kali ini diberi sedikit
perubahan daripada segi format penganjuran dengan membuka penyertaan kepada semua
tenaga pengajar dalam bidang TVET, termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA/S, ILKA dan
tenaga pengajar TVET dari mana-mana agensi. Harapan pihak penganjur adalah supaya
semua peserta dapat mengetengahkan produk-produk inovasi autentik masing-masing dari
pelbagai pengkhususan dan kepakaran agar semua pihak dalam bidang TVET mendapat
manfaat sepenuhnya melalui perkongsian ilmu dan pengalaman tersendiri. Semoga dengan
penerbitan buku inovasi PERISA 2018 ini dapat memberi ilham dan inspirasi kepada inovator-
inovator dalam bidang TVET khususnya untuk menghasilkan produk yang lebih baik pada
masa akan datang demi kelangsungan dan kecemerlangan TVET.

4

KATA ALUAN

Setulus Harapan

Tn. Hj. Ahmad bin Abu Samah
Pengerusi Bersama
Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA) 2018
Dalam usaha memartabatkan bidang TVET, Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET
Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan (PERISA) menjadi takwim tahunan Kolej
Komuniti sejak tahun 2015. Penganjuran kali ini julung kalinya diadakan di Johor
setelah masuk edisi keempat. PERISA 2018 kali ini menekankan inovasi berteraskan
Revolusi Perindustrian 4.0 yang menjadi antara fokus utama negara pada tahun ini.
Kejayaan penghasilan produk inovasi berimpak dan teknologi tinggi diharapkan dapat
membawa kepada peningkatan produktiviti industri yang mampu mencipta kekayaan
negara. Selain itu, produk inovasi yang dihasilkan juga diharapkan dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang TVET. Dalam usaha
menerbitkan buku koleksi inovasi yang dipertandingkan pada PERISA 2018 ini, pihak
kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
jawatankuasa kerja yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung
menjayakan usaha ini. Begitu juga dengan semua peserta PERISA 2018 yang sudi
turut serta dalam pertandingan kali ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, penerbitan
buku inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak jawatankuasa memohon
maaf sekiranya terdapat kesalahan dari pihak kami semasa proses penyuntingan.
Pihak kami berharap buku inovasi PERISA 2018 ini dapat menjadi rujukan, pencetus
idea dan diskusi akademik bagi pihak yang berkepentingan.Sekian,terima kasih.

5

PENGENALAN

Pertandingan inovasi pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan 2018(PERISA) merupakan
satu platform yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua pensyarah TVET dari
Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, universiti dan institusi kemahiran awam untuk
berkongsi inovasi kepada umum. Perkongsian begini amat penting dalam menyokong kepada
pembangunan teknologi berkaitan dengan industri 4.0. Sehubungan dengan itu juga,
pertandingan ini dapat menggalakkan penciptaan inovasi yang boleh diaplikasikan di dalam
atau di luar kelas serta mempunyai nilai komersil.

OBJEKTIF

 Memupuk dan membudayakan inovasi dalam kalangan pensyarah TVET
 Menyediakan platform khusus untuk mempertandingkan hasil inovasi dalam kategori

Pengajaran dan Pembelajaran, Teknikal dan Kejuruteraan, Sains Sosial dan Teknologi
Maklumat
 Mengenalpasti inovasi yang berpotensi tinggi peringkat antarabangsa untuk
diketengahkan ke peringkat antarabangsa

SEJARAH PENGANJURAN KOLEJ KOMUNITI
MASJID TANAH
KOLEJ KOMUNITI
TEMERLOH

KOLEJ KOMUNITI KOLEJ KOMUNITI
TEMERLOH SEGAMAT 2

6

144 358 4

PENYERTAAN PESERTA INSTITUSI

84 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIDANG INOVASI
20 SAINS SOSIAL
19 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
21 TEKNOLOGI MAKLUMAT

BILANGAN 100 KOLEJ KOMUNITI
PENYERTAAN
30 POLITEKNIK
INSTITUSI
12 KOLEJ VOKASIONAL
2 UNIVERSITI TUN

HUSSEIN ONN
MALAYSIA

7

8

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

1. DEVELOPMENT OF EXPERIMENTAL UTHM 20
APPARATUS TO ANALYZE DIESEL SPRAY
CHARACTERISTIC

Dr Mohd Azahari bin Razali Politeknik Melaka 21
Encik Md Norrizam bin Mohmad Ja'at @ Mohd Noh
Dr. Mohd Faisal bin Hushim

2. REALAUDIT KIT

Noor Azira binti Sawal Kolej Komuniti 22
Hilmun binti Mohamed Manjong, Perak 23
Roslezayti binti Ajeh
Kolej Komuniti
3. MAGIC APRON Bandar

Norazrina binti Ismon Tenggara, Johor

4. ENTREPRENEUR STARTUP CLICK

Noradila binti Mason
Rajeswary A/P Chandrasekaran
Ts. Mohd Norbi bin Baharin

5. MINI HIGH FIDELITY AUDIO MIXER ADAPTOR Kolej Komuniti 24
FOR TEACHER Besut, 25

Mat Sazilin bin Ayub Terengganu
Shuhaila binti Ibrahim
Kolej Vokasional
6. TAYSEER Kuala Selangor

Halimah binti Ismail
Norehan binti Nasiruddin
Nuraida binti Saman

7. PERSPECTIVE TOOLS KIT Kolej Komuniti 26
Segamat 2, Johor
Norhazlina binti Sahari
Norhafizai binti Md Nor Politeknik Melaka 27

8. ENGINEERING SURVEY MOBILE LAB

Norlydah binti Othman Latpi

9

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

9. JAM SIFIR Kolej Komuniti 28
Ledang, Johor 29
Khairul Anwar bin Johari
Noorashikin binti Saari Politeknik
Siti Nurjiah binti Abdullah Muadzam Shah

10. KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIS-KIT
SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI
KURSUS DTM6014 VISITOR INTERPRETATION
SERVICES

Nur Shahirah binti Mat Sharf Kolej Komuniti 30
Suhaini binti Ibrahim Rompin, Pahang
Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee

11. APLIKASI ANDROID FRONT OFFICE - A
PRACTICAL GUIDE

Ridzuan bin Khalid
Nor Fadzilah binti Yaacob
Ali Jalal bin Mohd Hatta @Azman

12. FUEL INJECTOR TESTER Kolej Komuniti 31
Ledang, Johor 32
Mohd Jalil bin Ahmad 34
Mohd Safuan bin Omar
Md Nor bin Abdul Halim

13. “SLIMMING BODY WRAPS SUIT” Kolej Komuniti
Kota Melaka
Nooraziana binti Anua
Naemah binti Mohamed Kolej Komuniti
Muar, Johor
14. EZTEKAT- APLIKASI PEMBELAJARAN EVOLUSI
FESYEN (TEKAT) Kolej Komuniti
Manjong, Perak

Fadilah binti Yurani Kolej Vokasional 35
Badrul Hisham bin Shaharin Alor Setar, Kedah

15. EXTERNAL MONITOR WIRELESS (EMW)

Muhammad Faris bin Che Un
Normazirah binti Mazelan

10

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

16. PIPING TEMPLATE UNTUK PELAJAR Kolej Komuniti 36
BERKEPERLUAN KHAS: P-TRACE Ledang, Johor

Sulaiha Sape’e Kolej Vokasional 37
Normah Musa Kuantan, Pahang
Noor Arneyza Ashar
Kolej Komuniti 39
17. SOCOF Kuantan, Pahang

Mohd Faiz bin Abdul Rahman Kolej Komuniti 40
Rossilawati binti Abdul Hayet Klang, Selangor
Rohafiza binti Mohamad
Kolej Komuniti 41
18. PENARIK KABEL MINI (MINI CABLE PULLER) Pasir Gudang,

Ahmad Zairi bin Mohd Zain Johor
Mohd Fahmi bin Kamaruddin
Kolej Komuniti 42
19. WebD FUN BOOK Jelebu, Negeri

Nantini A/P Anpalakan Sembilan
Azlilawati binti Ishak
20. IT GLOSSARY APPS Kolej Vokasional 43
Che Zakiyah binti Zainon Alor Setar, Kedah
Hairul Anuar bin Hj Masrol
Akhmal Khalis binti Mohamad Isa Kolej Komuniti 44
Muar, Johor
21. BiY ModeL

Haniza binti Sidi
Nur Hasyyati binti Md Ghafar
Mazzuin binti Yusof

22. KAEDAH 4 ME

Faridah Hanim binti Mohamad
Zarina binti Mohd. Yusoff
Nor Johan bin Mohd. Yunus

23. MATCHY HAIR COLOR CHART

Aini Afeera binti Ali
Noor Fardzilawati binti Md Nasir

11

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

24. SMART C Kolej Komuniti 45
Ampang, 46
Nur Aizya bt Mappissammeng Selangor.
Sharmila Devi Krishnan
Ishamuddin bin Ishak Politeknik
Mersing, Johor
25. LET’S PLAY: SECURITY BASICS AND IT
PROFESSIONAL: WORKBOOK MEMUDAHKAN
PELAJAR MEMBUAT ULANGKAJI BAGI KURSUS
SECURITY BASICS AND IT PROFESSIONAL
(DFT4013) DI POLITEKNIK MERSING.

Maizatul Akmam binti Ismail Kolej Komuniti 47
Faizatussai’dah binti Mean Pekan, Pahang
Maizatul Akhmar binti Mohamad Nor
Kolej Komuniti 48
26. SMART ROPE KIT Tanjung Piai, 49

Azpul Rizal bin Mohd Arif Johor
Nor Rizal bin Md Noar
Md Shafiq Khairil bin Ismail Politeknik
Merlimau, Melaka
27. EZ WEB BUILDER NOTE

Nasibah Husna binti Mohd Kadir
Siti Hajar binti Abd Rahman

28. SFBM Board

Nasrah binti Mahmud
Siti Khalijah binti Shuib
Norakmar binti Jamal

29. EASY GO WIRING BOARD ( EGW BOARD) Kolej Komuniti 50
Tanjung Piai, 51
Azwani binti Yahaya
Diyana Zahirah binti Jaafar Johor

30. TTL LEVEL SIGNAL INTERFACE TRAINER Politeknik Melaka

M Chandran A/L Maruthan
Krisnamoorthy A/L Govindarajalu
Mohd Nordin bin Mohd Jani

12

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

31. GRADUATES POOL (G-POOL) - AN ONLINE Politeknik Tun 52
MALAYSIAN POLYTECHNICS GRADUATES Syed Nasir Syed 53
CATALOGUE
Ismail, Pagoh,
Leong Kok Seng Johor
Muhammad Zaki bin Yahaya
Dewi Nilam Rupa'a binti Razali Kolej Komuniti
Segamat 2, Johor
32. AUGMENTED REALITY CLASSROOM FOR
ADOBE PHOTOSHOP LEARNING (AR-CAP)

Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Nur Hassyati binti Md Ghafar

33. DEVELOPEMENT OF PULSE WIDTH Politeknik Ibrahim 54

MODULATION USING PIC CONTROLLER FOR DC Sultan, Johor

TO DC CONVERTER IN DET 5073 POWER

ELECTRONIC COURSE

Kamarudin bin Kamit Kolej Komuniti 55
Mohamed Rizuan bin Mohamed Noah Kota Marudu, 57
34. SPU 1033 QR CODE
Sabah
Zulkurnain bin Hassan
Norazlina binti Musa Kolej Komuniti
Kuala Langat,
35 "THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2"
Selangor
Siti Noor Baizura binti Kamarudin

36 TEKNIK PENDAWAIAN CEPAT DAN TEPAT Kolej Vokasional 58
Amir bin Mohd Besut,

Terengganu

37. MOTOR CONTROL TEACHING AID (MCTA) Kolej Komuniti 59
Bukit Beruang,
Muhd Abu Bakar bin Muhd Radzi
Nurulhuda binti Salim Melaka
Yuzair bin Yaakub
Kolej Komuniti 60
38. SwiLaC EDU KIT Jelebu

Ahmad Fariz bin Fauzi Kolej Komuniti
Zali bin Wahil Segamat

13

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

39. COURSEWARE WATER SUPPLY AND WASTE Politeknik Mukah, 61
WATER ENGINEERING E-EARNING (WWEEL) Sarawak

Siti Zuraifa binti Md Sah Politeknik 62
Shahrun Nazida binti Salleh Melaka, Melaka
Suriani Nasution binti Padzlan
Kolej Komuniti
40. e-PB (EASY PENTAKSIRAN BERTERUSAN) Tangga Batu,

Suhaila binti Abdul Hadi Melaka
Salina binti Hassan
Radziah binti Abu Kassim Politeknik Sultan 63
Haji Ahmad
41. PENGGUNAAN “LATHE TOOL BIT GRINDING
JIG” DALAM MEMBANTU PROSES MENCANAI Shah, Pahang
MATA ALAT LARIK
Kolej Komuniti 65
Norazlina Bt Abdul Rahman Kuantan, Pahang 66
Nurul Izzah Bt Ab.Rahim 67
Wan Asmalinda Bt Wan Aziz Kolej Komuniti
Kota Melaka,
42. ORIKA - OTAK-OTAK JERAMI NANGKA
Melaka
Siti Mariam binti Mohd Amin @ Abdul Aziz
Kolej Komuniti
43. HANDY BEAUCAP Kota Tinggi,
Johor
Noor Haslyena binti Hassan
Nur Aslinda binti Abdul Rahman Kolej Komuniti 68
Sik, Kedah
44. FLEXI PFD-X
Kolej Komuniti 69
Khairul Aswad bin Ishak Bentong, Pahang
Nurhani Syufaiza binti Arishad
Ahmad Yazid bin Abu Samah

45. CHEMRO KIT

Rahanita binti Abd Rahman
Dr Reezlin bin Abd Rahman
Nur Adilah binti Abdul Halim

46. MY BMC

Rusliana binti Rusle
Sharmili binti Mohamed Rafi

14

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

47. FOOD FOLDING BOARD Kolej Komuniti 70
Kuantan, Pahang
Noor Diyana binti Abd Rahim
Nurulkhazimah binti Abd Rahman Politeknik Sultan 71
Noor Rahimi binti Idris Haji Ahmad

48. SET BBM DJJ2032 MECHANICAL WORKSHOP Shah, Pahang
PRACTICE 2

Zikriah binti Zakaria

49. IZ - MOINA CULTURE Kolej Komuniti 72
Tampin, Negeri 73
Imran Affandi bin Baki 74
Mohd Zamri bin Rahaman Sembilan 75

50. LADDER CASH BOOK GAME 2.0 Kolej Komuniti
Gerik, Perak
Norlizawati Hashim
Norhafinas Abd Latib
Nor Halina Noordin

51. ROSE LABIOS Kolej Komuniti
Kota Melaka,
Nur Aslinda binti Abdul Rahman
Noorhana binti Mohammad Melaka
Noor Haslyena binti Hassan

52. TRANSISTOR CHECKER BASED ON DIRECTION Politeknik Ibrahim

OF CURRENT FLOW Sultan, Johor

Mohd Faiz Husny bin Yusof

53. FUN LEARNING GAMES Kolej Komuniti 76
Nor’anita binti Romli Kemaman,
Terengganu

54. MULTIPURPOSE STAND PISTON (MSP) Kolej Komuniti 77
Sungai Siput,
Yufiza binti Yusof
Normalina binti Husain Perak
Mohd Fared bin Mohd Arsyad
Shahril Nizam bin Ramli
Ahmad Kamil bin Zainun

15

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

55. THREE PHASE GENERATOR TRAINER Politeknik 78
Melaka, Melaka
Krishnamoorthy A/L Govindarajalu
Chandran A/L Maruthan Kolej Komuniti 79
Zahidi bin Zamzuri Segamat 2, Johor

56. SETTING-OUT BOX Kolej Komuniti 80
Sabak Bernam, 81
Mohamad Norzamani bin Mat Daud 82
Samihah binti Ngah Selangor
Mariam Diyana binti Mohd Taha
Kolej Komuniti
57. VR2AR@CC Kuching,
Sarawak
Nor Rusli bin Abu Bakar
Muhamad Bukhari bin Othman Kolej Komuniti
Pasir Salak,
58. ArchRev Perak

Siti Nadia binti Muhammad Samsuddin Kolej Komuniti 83
Liew Foon Ching Sungai Petani,

59. THE LLK - KIT PEMBELAJARAN PELABELAN Kedah

Noorizyan binti Asimat
Siti Nurhaslinda binti Damanhuri
Sulaihah binti Dollah

60. KPTClik

Syazwani bin Ahmad
Norhayati binti Yahaya

61. REKABENTUK SISTEM SOLAR FOTOVOLTAN Kolej Komuniti 84
Segamat 2, Johor 85
Zarulrizam bin Ab Jalil
Faizatul Noor binti Abu Bakar Kolej Komuniti
Zali bin Wahil Kelana Jaya,

62. TYRE INFORMATION GUIDE (TIG) Selangor

Salwa binti Anuar
Ratna Andariena
Nurul Shahira binti Mohd Kassim

16

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

63. MAGNATIC SMART NOTE V2 (KOMENTAR Kolej Komuniti 86
PELANCONGAN BANDAR) Kuala Langat,

Mastura binti Mahmud Selangor

64. MyCkit Kolej Komuniti 87
Kuala Langat,
Muhamad Azlin bin Ismail
Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak Selangor

65. INNOVATED AURA KIT Kolej Komuniti 88
Ho Swee Chin Kluang, Johor

66. EASY HIGH FIDELITY MULTI AMPLIFIER Kolej Komuniti 89
ADJUSTMENT AND MONITORING SYSTEM FOR Besut,
LECTURER
Terengganu

Mat Sazilin bin Ayub Kolej Komuniti 90
67. LOGIC GATE WHEEL Jasin, Melaka

Normadiah binti Mohamad

68. KIT PENGHASILAN MEE KUNING (KPMKU) Kolej Komuniti 91
Bandar
Noor Hasmy binti Md Yunos
Khairul Anwar bin Nordin Darulaman,
Haniza binti Hashim Kedah

69. THE USE OF SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM TO Politeknik 92
TEACHING AND LEARNING FOR Muadzam Shah,
MANUFACTURING PROCESS SUBJECT
Pahang

Suyani binti Arifin Politeknik 93
Merlimau, Melaka
70. MENINGKATKAN KEMAHIRAN VISUALISASI
PELAJAR DALAM KURSUS ENGINEERING
MECHANIC MELALUI APPLIKASI MODEL 3
DIMENSI

Myia Yuzrina Zalkis binti Ayol
Leilawati binti Zakaria
Mohd Suri bin Saringat

17

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT

71. MULTIPURPOSE APRONA Kolej Komuniti 94
Kuala
Analiza Suria binti Mohd Yusof
Jasni binti Rasul Terengganu,
Terengganu

72. TRUNKING ANGLE RULER (TAR) Kolej Komuniti 95
Segamat 2, Johor 96
Nurzaima binti Mahmod
Siti Fatimah binti Patkar Kolej Komuniti
Amir Hafizun bin Ab Rashid Gerik, Perak

73. SwiftSmart: SISTEM KESELAMATAN
KENDERAAN, APLIKASI INTERNET OF THINGS
DI DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF

Azhar bin Kamardin
Khairul Anuar bin Idris
Zulkifle bin Sukri

74. CONGKAK LANGUAGE GAME ~SCOOP, SEED & Politeknik Ibrahim 97

SPEAK! Sultan, Johor

Catherine Nguoi Chui Lam

75. M-CHEF JACKET Kolej Komuniti 98
Kuantan, Pahang
Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin
Rozanazirah binti Che Yahaya
Muhammas Syafiq bin Mohamed Sahar

76. MEMBANGUNKAN JIG AND FIXTURE SEBAGAI Kolej Vokasional 99
ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) Klang, Selangor

Farhanim binti Kamarudin

77. KIT BLOK SUSUN ATUR TAPAK BINA Kolej Komuniti 100
Nor Harwati binti Ghazali Bandar Penawar,

Johor

78. PLC TRAINING KIT Kolej Komuniti 101
Segamat 2, Johor
Mohamad Afdzam bin Rahim
Fadilah binti Mohamad Najuri
Hidayah binti Tapri

18

BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
79. APLIKASI LEARN WIRELESS
Politeknik 102
Fazilah binti Ismail Muadzam Shah,

80. ENGINE STARTER SYSTEM MONITORING Pahang

Mohd Amirul bin RamIan Kolej Komuniti 103
Ledang, Johor
81. PEMBUBARAN PERNIKAHAN: THE EASY WAY
Kolej Komuniti 104
Nurul Ezza binti Tumiran Kuala Langat, 105

82. DRAFTING POCKET BOOK Selangor

Mariam Diyana binti Mohd Taha Kolej Komuniti
Joehari bin Abdul Tolib Segamat 2, Johor
83. CC SISWA
Kolej Komuniti 106
Nurul Nadiah binti Tukirin Kluang, Johor
Shaheela binti Abu Bakar
Khairul Zulfaqar bin Mohd Salim Kolej Komuniti 107
84. PLANNER@KK Kuantan, Pahang

Suriati Binti Ahmad
Nor Akmal Binti Mohamad
Azliza Binti Yusop

19

DEVELOPMENT OF EXPERIMENTAL APPARATUS TO
ANALYZE DIESEL SPRAY CHARACTERISTIC

1Dr Mohd Azahari bin Razali
[email protected]

2Encik Md Norrizam bin Mohmad Ja'at @ Mohd Noh
[email protected]

3Dr. Mohd Faisal bin Hushim
[email protected]

1Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ABSTRACT

Diesel engine performance and emission rely greatly on the diesel spray. A lot of
researches conducted to study the diesel spray characteristics in a closed chamber. However,
it cannot describe in detail about the phenomenon since the chamber condition such as
pressure and size play a role in spray characteristics. It would be beneficial to conduct an
experiment in open chamber. Hence, this research would develop a new experiment
apparatus and analyze the diesel spray characteristics in open chamber. In this research,
common-rail injector tester was used to simulate the actual common-rail injection diesel
engines. The injection pressure was varied from 100MPa to 180MPa. Next, a high speed
camera with 3,000 frames per second was used to capture the diesel spray formation using
direct photography technique. From the result, spray development angle, and fully developed
spray angle was studied. The results revealed early at the injection, the spray angle increased
swiftly before slowly decreased as reaching fully developed spray phase. At the fully
developed phase, spray angle proved to be decreased as injection pressure increased.

20

REALAUDIT KIT

1Noor Azira binti Sawal
[email protected]

2Hilmun binti Mohamed
[email protected]

3Roslezayti binti Ajeh
[email protected]

1Politeknik Melaka
ABSTRAK

Input daripada industri menunjukkan terdapat jurang di antara teori dan amalan
sebenar bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan industi di firma-firma audit. Inovasi ini
bertujuan untuk menunjukkan simulasi bagi menyediakan Kertas Kerja Audit. Fokus adalah
kepada 3 komponen utama iaitu hasil, belanja serta penghutang dagangan. Ujian audit yang
digunakan dalam simulasi ini adalah kaedah vouching. Inovasi ini membantu tenaga pengajar
untuk aktiviti P&P secara hands on. Simulasi ini akan membantu pelajar melalui proses audit
yang sebenar. Penggunaan simulasi audit ini di dalam P&P membawa impak yang signifikan.
Kajian menunjukkan lebih 97% pengguna bersetuju bahawa RealAUDIT Kit sangat membantu
memberi pemahaman terhadap proses audit. Temubual bersama tenaga pengajar juga
menunjukkan mereka bersetuju bahawa kit ini berjaya merapatkan jurang di antara teori dan
amalan sebenar. Bagi penambahbaikan inovasi ini, skop pengauditan akan diperluaskan iaitu
mengambilkira prosedur pengauditan bagi tunai dan bank, serta aset tetap.

Kata kunci: audit, kertas kerja audit, vouching

21

MAGIC APRON

1Norazrina binti Ismon
[email protected]
1Kolej Komuniti Manjong

ABSTRAK
Perkembangan dunia jahitan pada masa kini memberi impak yang besar kepada
pengusaha fesyen. Secara amnya kemahiran dan minat dalam dunia jahitan perlu diterapkan
dalam jiwa seawal ketika pembelajaran didalam kelas lagi untuk membentuk etika seorang
pelajar yang berkaliber dan profesional. Justeru itu inovasi ini dicipta untuk memudahkan dan
membantu pelajar untuk membuat persediaan diri sebelum bermulanya kelas jahitan iaitu
Magic Apron. Magic Apron ini bukan setakat menutup pakaian daripada kotoran, malah
berfungsi sebagai beg penyimpanan peralatan jahitan setelah selesai kelas serta mempunyai
poket untuk membuang sampah perca kain/kertas. Dengan Magic Apron ini pelajar tidak lagi
berdepan masalah ketidakbersediaan pelajar ketika kelas jahitan kerana ketiadaan alat
jahitan yang sukar untuk dicapai. Selain itu masalah kotoran sisa perca kain dan kertas pola
yang bersepah dilantai juga dapat dikurangkan. Dapatan hasil ini menunjukkan kepentingan
inovasi dalam pembelajaran kelas jahitan bagi membentuk jiwa pelajar yang beretika ketika
kelas berjalan.

22

ENTREPRENEUR STARTUP CLICK

1Noradila binti Mason
[email protected]
2Rajeswary A/P Chandrasekaran

[email protected]
3Ts. Mohd Norbi bin Baharin

[email protected]

1Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Johor

ABSTRAK

Entrepreneur Startup Click merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan
untuk mengenalpasti potensi personal usahawan dalam kalangan pelajar yang ingin
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan bagi memudahkan proses
penilaian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu menjimatkan masa
dan kos, mudah digunakan serta dapat meningkatkan minat pelajar dalam penggunaan
sistem ini. Instrumen penilaian yang digunapakai dalam Entrepreneur Startup Click adalah
instrumen kompetensi keusahawanan dari Mc Clelland C.David (1985). Mc Clelland telah
memperkenalkan 13 ciri kompetensi keusahawanan iaitu inisiatif, memerhati dan merebut
peluang, penentu, mencari maklumat, kerja berkualiti dan komited dengan kerja, berdaya
saing, perancangan sistematik dan penyelesaian masalah, keyakinan, kepastian, kebolehan
mempengaruhi orang lain dan kebolehan menggunakan strategi. Impak penggunaan
Entrepreneur Startup Click ini antaranya adalah dapat menjimatkan sehingga 67 peratus
tempoh masa menjawab penilaian dan 83 peratus tempoh masa memproses keputusan. Ia
juga boleh menunjukkan tahap kompetensi personal usahawan secara tepat dan singkat
tanpa ralat. Ia sesuai digunakan oleh semua golongan sebagai satu medium persediaan awal
dalam mengenalpasti potensi diri individu tersebut sebelum terjun dalam bidang
keusahawanan yang penuh mencabar.

Kata kunci: Entrepreneur Startup Click, Usahawan, penjimatan masa

23

MINI HIGH FIDELITY AUDIO MIXER ADAPTOR FOR
TEACHER

1Mat Sazilin bin Ayub
[email protected]

2Shuhaila binti Ibrahim
[email protected]
1Kolej Komuniti Besut, Terengganu

ABSTRAK
Mini High Fidelity Audio Mixer Adaptor For Teacher adalah satu alat inovasi yang
digunakan untuk mengawal audio luaran terus ke laluan mic yang sedia ada pada sistem
pembesar suara biasa. Ini adalah kerana pada kebiasaannya pengguna terpaksa
menggunakan wayer berlainan untuk menghantar isyarat audio dari laptop ke amplifier.
Dengan adanya alat inovasi ini dapat mengatasi masalah wayer yang panjang dan suara yang
tidak dapat dikawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Alat inovasi ini terbahagi
kepada empat bahagian utama iaitu pencampur suara, pengubah 3 ton suar, pemilihan isyarat
suara tepat atau terbalik dan penyah ganguan isyarat bunyi hasil dari arus terus dari punca
masukan signal suara. Ini adalah kerana setiap isyarat audio mempunyai kadar suara bass,
mid dan treble yang berbeza. Pencampur suara berketepatan tinggi ini hanya menggunakan
komponen yang mudah di dapati di pasaran. Produk inovasi ini amat bermanafaat kepada
semua pusat pengajian, jurutera sistem audio dewan, bilik kuliah juga mudah dimiliki kerana
harganya yang amat murah serta mudah diselenggara.

24

TAYSEER

1Halimah binti Ismail
[email protected]
2Norehan binti Nasiruddin
[email protected]

3Nuraida binti Saman
[email protected]
1Kolej Vokasional Kuala Selangor

ABSTRAK
Bahasa Arab merupakan kursus elektif wajib yang ditawarkan kepada pelajar
Semester 3 dan 4 peringkat Diploma Vokasional Malaysia. Penghasilan produk inovasi
“Tayseer” ( ‫ ( تيسير‬adalah disasarkan kepada kumpulan pelajar ini untuk menarik minat
mereka mempelajari Bahasa Arab dengan cara yang bukan sahaja mudah, cepat, malah lebih
penting lagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran suatu pengalaman yang
menyeronokkan. Ia sekaligus dapat menghilangkan tanggapan bahawa Bahasa Arab suatu
bahasa yang membebankan dan sukar dikuasai. Pada tahun lepas “Tayseer”
memperkenalkan perkataan yang paling hampir dengan diri seseorang iaitu anggota badan.
Tahun ini Tayseer telah memperkenalkan perkakasan rumah yang setiap hari ditemui.

25

PERSPECTIVE TOOLS KIT

1Norhazlina binti Sahari
[email protected]
2Norhafizai binti Md Nor
[email protected]

1Kolej Komuniti Segamat 2

ABSTRAK

Lukisan Perspektif merupakan Lukisan/lakaran berbentuk perspektif adalah lukisan
yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata. Terdapat dua komponen utama
dalam lukisan perspektif iaitu : G.U ( Garisan Ufuk ) = Garisan mendatar yang terletak pada
aras mata pelukis T. L ( Titik Lenyap ) = Titik pada lakaran perspektif yang tidak dapat
menunjukkan saiz objek pada jarak yang jauh. Perspektif juga boleh dilukis dengan
menggunakan dua cara utama iaitu perspektif 1 titik dan perspektif 2 titik. Asas teknik melukis
dalam Lukisan kejuruteran adalah dengan garisan. Peralatan dan bahan adalah sebagai
komponen yang membantu dalam menyiapkan sesebuah lukisan menjadi lebih kemas dan
cepat disiapkan. Tiga peralatan utama yang sering digunakan oleh pelajar untuk melukis iaitu
T Square, Sesiku Set dan drawing board. Walaubagaimanapun untuk menghasilkan lukisan-
lukisan ketika berda ditapak ukur lukisan secara lakaran diperlukan, maka disini timbul
masalah untuk melukis kepada mereka yang kurang mahir terutama dalam melukis perspektif.
Teknik baru diketengahkan bagi membantu meyelesaikan masalah melukis perspektif dengan
mudah. Perspective Tools Kit ini berfungsi sebagai alat bantuan melukis lakaran 3D bagi
lukisan persembahan senibina. Perspective Tools Kit mengandungi, board yang tersedia ada
dengan garisan grid, template figura, pencil atau pen, set square dan juga pemadam untuk
melukis. Konsep 3M ( Mudah, Murah dan Memuaskan) dalam lukisan persembahan dapat
dilaksanakan dengan baik dan sesuai untuk pelajar atau perseorangan yang baru mula
mengenali dalam bidang lukisan persembahan khususnya lukisan perspektif senibina. impak
penggunaan perspective tools kit ini adalah : jimat kos, jimat masa, jimat ruang, mudah alih,
mudah dipelajari

Kata kunci: perspective tools kit.

26

ENGINEERING SURVEY MOBILE LAB

1Norlydah binti Othman Latpi
[email protected]

JabatanKejuruteraanAwam, Politeknik Melaka
ABSTRAK

Gaya pembelajaran moden dengan menggunakan teknologi multimedia dan
penggunaan pelbagai peralatan pintar dan gajet menjadi semakin popular dikalangan
pensyarah dan pelajar. Inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini
menumpukan kepada penghasilan sebuah aplikasi android iaitu Engineering Survey Mobile
Lab yang dibangunkan ini adalah bagi memudahkan pelajar dan pensyarah membuat capaian
lembaran kerja lapangan dan borang-borang berkaitan dengan mudah melalui telefon pintar.
Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian dari MIT App Inventor 2 dan
gabungan perisian lain seperti Google Drive dan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan
bahan bantu mengajar yang menarik dan inovatif. Aplikasi ini ada berasaskan konsep e-
Learning yang merupakan suatu konsep baru dalam proses PdP. Ia menekankan kepada
keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal
proses pembelajaran berlaku. Dengan kata lain, proses pembelajaran boleh dilakukan di
mana-mana sahaja mereka menjalankan kerja-kerja praktikal di lapangan.

27

JAM SIFIR

1Khairul Anwar bin Johari
[email protected]

2Noorashikin binti Saari
[email protected]

3Siti Nurjiah binti Abdullah
[email protected]

1Kolej Komuniti Ledang, Johor

ABSTRAK

Inovasi yang dihasilkan adalah Jam Sifir iaitu satu produk inovasi yang direka dalam
usaha untuk mengatasi masalah penghafalan sifir di kalangan pelajar terutamanya pelajar
sekolah rendah dalam menghadapi peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Jam sifir dapat mengatasi masalah menghafal sifir 1-9. Jam sifir ini boleh
dikira sebagai alat bantu mengajar kepada Cikgu dan juga 'senjata' rahsia pelajar bagi
menguasai sifir. Sifir sebelum ini dikuasai secara hafalan, boleh dikuasai dengan cara
memahaminya. Konsep ini digunakan sebagai suatu bentuk pendekatan baru dalam
pembelajaran matematik. Ini kerana tanpa sedar Jam Sifir ini mampu mengukuhkan
pengetahuan dan memberi latihan Matematik secara tidak langsung. Sifat rasa takut dan
gerun pada subjek matematik di dalam diri pelajar dapat diatas Sebelum inovasi ini
diperkenalkan, bilangan murid yang menghadapi masalah sifir matematik adalah ramai. Hasil
dapatan pemerhatian pula menunjukkan pelajar minat terhadap pengajaran guru sekiranya
guru menggunakan kaedah didik hibur permainan. Melalui belajar sambil bermain atau didik
hibur melalui permainan, pelajar berpeluang belajar secara berpasukan, bertoleransi,
bekerjasama, berinteraksi antara satu sama lain melalui aktiviti permainan serta mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran secara bermain berkumpulan atau individu. Tanpa
sedar, Jam sifir ini mampu mengukuhkan pengetahuan dan memberi latihan Matematik
secara tidak langsung. Pelaksanaan inovasi telah memberi impak positif kepada peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

28

KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIS-KIT SEBAGAI
BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS DTM6014

VISITOR INTERPRETATION SERVICES

1Nur Shahirah binti Mat Sharf
[email protected]
2Suhaini binti Ibrahim

[email protected]
3Nur Shafinda Wani binti Shaikh Azmee

[email protected]

1Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Muadzam Shah

ABSTRAK

Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan aspek penting yang perlu diaplikasi dalam
kursus yang melibatkan praktikal khususnya. Ini adalah kerana dengan adanya BBM pelajar
akan lebih mudah memahami topik yang dipelajari serta dapat diaplikasikan sewaktu kuliah
dilaksanakan. Namun bagi kursus DTM6014 Visitor Interpretation Services masalah yang
dihadapi, pensyarah hanya menerangkan teori sahaja tanpa menunjukkan perkara sebenar.
Kajian dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan VIS-Kit dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi kursus tersebut. Sebuah VIS-Kit telah dibangunkan sebagai alat
BBM untuk membantu pelajar memahami dengan mendalam dan mengaplikasi konsep
interpretasi. Aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah langkah-langkah yang
perlu diaplikasi untuk mencapai konsep interpretasi. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada responden yang terdiri daripada 50 pelajar semester empat (4). Hasil kajian
mendapati 95% responden bersetuju bahawa penggunaan VIS-Kit dalam proses PdP
membantu dalam memahami dan mengaplikasi konsep interpretasi. VIS- Kit telah mendapat
pengesahan pakar berkaitan kebolehgunaan, kebolehfungsian untuk tujuan proses PdP.
Justeru, hasil kajian dan inovasi ini dapat memberi panduan asas konsep interpretasi kepada
tenaga pengajar khususnya dalam bidang pelancongan.

Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar , interpretasi, Visitor Interpretation Services

29

APLIKASI ANDROID FRONT OFFICE - A PRACTICAL
GUIDE

1Ridzuan bin Khalid
[email protected]

2Nor Fadzilah binti Yaacob
[email protected]

3Ali Jalal bin Mohd Hatta @Azman
[email protected]

1Unit Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Rompin, Pahang

ABSTRAK

Dalam era globalisasi yang semakin maju kini, kecanggihan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat menghasilkan proses pengajaran dan pendidikan yang
lebih berkesan. Aplikasi Android Front Office - A Practical Guide dibangunkan bertujuan
sebagai panduan ataupun lebih mudah dikenali sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
kepada pelajar dan pensyarah dalam penilaian praktikal di dalam kelas. Bagi penilaian
praktikal Front Office, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan menerima Reservation,
Check In, Check Out, Bellman, Concierge & Guest Complaints. Kajian ini bertujuan untuk
melihat keberkesanan Aplikasi Android, Front Office – A Practical Guide sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi modul Front Office. Satu kajian persepsi
pelajar bagi keberkesanan aplikasi ini melihat yang telah diljalankan di Kolej Komuniti Rompin
melibatkan 11 orang pelajar daripada program Operasi Perhotelan SOP4 – Front Office.
Pengumpualan data melalui borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar yang
menggunakan Aplikasi Android Front Office – A Practical Guide ini. Secara keseluruhannya,
Aplikasi Android Front Office – A Practical Guide ini berkesan dalam meningkatkan prestasi
pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran daya fikir, kemahiran komunikasi, keyakinan dan
memberi faedah keseluruhan.

Kata kunci: Front Office, Android

30

FUEL INJECTOR TESTER

1Mohd Jalil bin Ahmad
[email protected]

2Mohd Safuan bin Omar
3Md Nor bin Abdul Halim
1Kolej Komuniti Ledang, Johor

ABSTRAK
Fuel Injector Tester ini dibangunkan sebagai alat untuk menguji operasi dan
mengesan kerosakan pada injector yang digunakan pada enjin kenderaan yang
menggunakan sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Terdapat keperluan untuk mencipta alat
ini bagi tujuan membantu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) bagi kursus yang dijalankan iaitu bagi Program Sijil Servis Kenderaan
Ringan di dalam Modul SKR 4303, Penyelenggaraan Sistem Pengurusan Enjin. Tercetusnya
penghasilan alat ini kerana terdapat permasalahan semasa melakukan pengujian secara
terus pada kenderaan di mana pelajar tidak dapat melihat bagaimana hasil semburan bahan
api yang dikeluarkan oleh injector tersebut kerana ia dipasang di dalam enjin. Alat yang
dibangunkan ini mengandungi bateri dan kuasa elektrik sebagai punca kuasa, rangkaian set
injector dan juga pendawaian untuk mengoperasikan ujian. Selain dapat membantu proses
PdP, kepentingan membangunkan fuel injector tester ini juga boleh digunakan di tempat kerja
bagi tujuan menguji dan mengesan kerosakan injector. Set unit injector boleh diuji di luar
daripada enjin untuk membolehkan pengguna melihat dengan lebih jelas setiap unit berfungsi.
Penguji injector ini dibangunkan dengan kos yang lebih rendah dan juga mesra penggunaan
dengan bantuan prosedur operasi penggunaan (SOP) yang disediakan.

31

“SLIMMING BODY WRAPS SUIT”

1Nooraziana binti Anua
[email protected]

2Naemah binti Mohamed
[email protected]

1Kolej Komuniti Kota Melaka
2Kolej Komuniti Muar, Johor

ABSTRAK

Penggunaan alat bantu mengajar “Slimming Body Wraps Suit” merupakan satu
idea inovasi modul Pelangsingan Badan Semester Empat bagi seluruh Kolej Komuniti
Malaysia yang menawarkan program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa. Penciptaan ini telah
direka khas setelah mendapati pelbagai cabaran dihadapi semasa aktiviti Pelangsingan
Badan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang timbul adalah
kesukaran membalut bahagian badan yang berlemak, menggelebeh serta berselulit semasa
melakukan rawatan. Pelajar terpaksa membalut badan berulang kali menggunakan plastik
wrapping atau kain bandage dan mengalami kesukaran kerana alatan tersebut longgar, tidak
kemas, tidak mesra pengguna serta perlu menggunakan tenaga yang banyak semasa proses
membalut badan pelanggan. Peralatan ini dilihat kurang mesra pengguna menyebabkan para
pelajar akan mula merasa malas dan terbeban untuk melakukan latihan praktikal. Malah turut
memberi kesan kepada pelanggan kerana terpaksa melakukan pergerakan yang banyak serta
perlu berdiri dengan lama semasa proses rawatan dijalankan. Bertindak sebagai
pemudahcara, produk yang dinamakan sebagai “Slimming Body Wraps Suit” telah berjaya
memudahkan dan meyakinkan para pelajar dan pengguna bahawa kaedah Pelangsingan
Badan akan lebih baik sekiranya peralatan dan bahan yang digunakan mudah diaplikasi dan
diurus dengan lebih teratur serta menjimatkan masa dan ruang. Produk ini telah terhasil
daripada idea menghasilkan pakaian “Slimming Body Wraps Suit” yang digunakan untuk
membalut badan ketika rawatan perlangsingan badan. Produk ini menggantikan plastik dan
bandage yang sediada di pasaran dan ia amat diperlukan sebagai alat untuk melangsing dan
membentuk kontur badan. Ia boleh digunakan secara meluas oleh industri spa, para pelajar
kolej kemahiran dan Universiti yang berkaitan dengan bidang Terapi Kecantikan dan Spa.
Produk ini mudah, selamat dan jimat untuk digunakan selain dapat meningkat motivasi pelajar
dari segi pembentukan sikap positif, peningkatan kognitif dan keyakinan diri untuk melakukan
rawatan perlangsingan badan. Hasil dapatan pengguna terhadap produk ini melalui borang
maklumbalas, didapati ianya sangat mudah, ringan, berkesan serta menjimatkan masa dan

32

ruang. Diharap dengan penghasilan produk ini, dapat mengurangkan kos pembelian bahan-
bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta serta dapat menjadi hasil produk bagi
Kolej Komuniti Kota Melaka dan Muar serta akan diguna oleh semua kolej komuniti yang
menawarkan program Terapi Kecantikan dan Spa dan Industri kecantikan.
Kata kunci: Alat Bantuan Mengajar, “Slimming Body Wraps Suit”, Pelangsingan Badan,
Terapi Kecantikan dan Spa, Plastik Wrapping.

33

EZTEKAT- APLIKASI PEMBELAJARAN EVOLUSI FESYEN
(TEKAT)

1Fadilah binti Yurani
[email protected]
2Badrul Hisham bin Shaharin
[email protected]
1Kolej Komuniti Manjong, Perak

ABSTRAK
Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi impak yang sangat
besar diseluruh dunia. Teknologi secara umumnya sangat bermanfaat bagi memudahkan
proses sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti hasil dari proses di samping
mempercepatkan lagi aliran kerja. Menyedari hakikat perkembangan positif ini, pelbagai pihak
mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi. Antara bidang yang menjadi tumpuan
ialah bidang pendidikan, yang mana penerapan aplikasi teknologi e-pembelajaran seperti
google apps menjadi pilihan pendidik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) menjadi lebih menarik dan efisyen. Penggunaan aplikasi tersebut mampu
meningkatkan kualiti P&P selari dengan kemajuan teknologi terkini. Justeru satu kaedah
pembelajaran Seni Kraf Tekat diperkenalkan melalui aplikasi google apps yang sesuai
digunakan untuk proses P&P bagi kursus Evolusi Fesyen (Tekat) khususnya di Kolej Komuniti
Malaysia iaitu : nama aplikasi (ezTekat) . Aplikasi ini meliputi penerangan tentang cara
penghasilan, peralatan, jenis, bahan, motif dalam seni kraf tekat. Secara Kesimpulannya
penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan proses P&P lebih interaktif dan mampu
meningkatkan motivasi pelajar mempelajari Seni Kraf Tekat. Dapatan hasil ini menunjukkan
kepentingan inovasi dalam mempertabatkan seni warisan kraf tekat.

Kata kunci: Aplikasi e-Pembelajaran, Pengajaran Dan Pembelajaran, Seni Kraf Tekat

34

EXTERNAL MONITOR WIRELESS (EMW)

1Muhammad Faris bin Che Un
[email protected]
2Normazirah binti Mazelan

[email protected]
1Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah

ABSTRAK
Usaha kerajaan untuk meningkatkan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Dengan galakkan yang diberikan ini akan turut membantu perkembangan teknologi maklumat
serta terus memupuk dan meningkatkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran
seiring dengan pembelajaran abad ke – 21 ini. Lantaran daripada itu, penggunaan komputer
merupakan satu keperluan yang dapat membantu menangani masalah ini dan
mempercepatkan sesuatu proses terhadap sesuatu kerja serta memudahkan urusan. Kajian
mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti pelajar ketinggalan notis atau
sebarang pemberitahuan penting daripada pihak kolej serta penggunaan kertas seharian
secara berlebihan di kolej dan juga isu mengenai pendekatan guru dengan pelajar mengenai
masalah pembelajaran. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini kami mengambil inisiatif untuk
membangunkan satu produk inovasi yang berasaskan komputer terpakai sebagai medium
menyampaikan maklumat bahan bantu mengajar yang mudah. Projek inovasi ini diberi nama
sebagai External Monitor Wireless (EMW) dengan slogan Recycle,Renovate and Reuse (3R).

35

PIPING TEMPLATE UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN
KHAS: P-TRACE

1Sulaiha Sape’e
[email protected]

2Normah Musa
[email protected]

3Noor Arneyza Ashar
[email protected]

1Kolej Komuniti Ledang, Johor

ABSTRAK

Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Sejajar dengan matlamat pendidikan khas, adalah untuk
menyediakan perkembangan yang optimum kepada pelajar bermasalah pembelajaran
supaya mereka boleh menjalani kehidupan sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan harian. Pelajar Sijil Asas Pastri (KPT)
Kolej Komuniti Ledang Johor adalah pemegang kad OKU (masalah pembelajaran). Modul
pertama bagi silibus mereka adalah menghasilkan kek dan menghiasnya. Justeru itu, dengan
terhasilnya template P-Trace yang merupakan bahan bantu mengajar yang direka khas bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih memfokuskan kepada
kemahiran piping. Diperbuat daripada acrylic yang tahan lasak dan boleh digunapakai untuk
jangka masa yang panjang, Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk melihat penggunaan bahan
bantu mengajar (bbm) dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Ia juga
membantu proses penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas. Justeru
itu, dengan terhasilnya template p-trace yang lebih berpusatkan kepada pelajar berkeperluan
khas, secara tidak langsung ia menjadi alat pemudahcara atau alat terpandu kepada pelajar
ini.

Keywords : pendidikan khas, kolej komuniti

36

SOCOF

1Mohd Faiz bin Abdul Rahman
[email protected]

2Rossilawati binti Abdul Hayet
[email protected]
3Rohafiza binti Mohamad
[email protected]

1Kolej Vokasional Kuantan, Pahang

ABSTRAK

Penggunaan kaedah “SOCOF” ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar kami yang

gagal menentukan gubahan dua fungsi dengan betul. Kami merasakan bahawa penekanan

dalam menyelesaikan masalah ini penting untuk dipelajari. Mempelajari ilmu matematik

adalah proses mencuba, menyelidik dan mencipta dengan melibatkan kemahiran berfikir.

Melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar akan menempuhi pengalaman sebenar, membina

sendiri konsep dan kemahiran matematik di samping guru menjadi pembimbing dan mentor.

Mereka boleh belajar sambil meneroka dengan menggunakan bahan dan mengadakan

perbincangan sesama sendiri. Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan

seorang pengajar menterjemah sesuatu konsep yang rumit kepada yang mudah difahami.

Guru perlu merancang pengajarannya dengan teliti supaya pengajaran guru dapat mencapai

matlamatnya. Salah satu cara untuk merealisasikan hasrat pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dan menarik adalah dengan penggunaan Teknik “SOCOF” iaitu

menentukan gubahan dua fungsi dengan tepat, mudah dan tidak mengelirukan. Teknik
“SOCOF” digunakan sebagai bahan bantu belajar dan mengajar semasa proses pengajaran

dan pembelajaran (PdP) bagi tajuk fungsi subtopik fungsi gubahan dan boleh juga digunakan

sebagai bahan bantu untuk mengulang kaji selepas habis sukatan pelajaran. Penerapan
konsep fungsi gubahan dengan teknik “SOCOF” ini akan dapat membantu dan memupuk
minat pelajar-pelajar mempelajari matematik melalui kaedah “Hands-on Actvity”, seterusnya
pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran matematik lebih mendalam. “SOCOF” ialah “
Solution Of COmposite Function” atau dalam Bahasa Melayu “Penyelesaian fungsi gubahan”.

Dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kami
telah menggunakan Teknik “SOCOF” iaitu mencari fungsi gubahan dengan cepat, mudah dan
tanpa keliru. Teknik “SOCOF” digunakan sebagai bahan bantu belajar dan mengajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk menentukan gubahan dua fungsi dan boleh

juga digunakan sebagai bahan bantu ulangkaji selepas habis sukatan pelajaran. Penerapan

37

konsep fungsi gubahan dengan Teknik “SOCOF” ini akan dapat membantu dan memupuk
minat pelajar-pelajar untuk mempelajarinya teknik ini melalui proses tindan untuk
mendapatkan jawapan. Terdapat 2 Kad SOCOF dan Kad Jawapan SOCOF yang digunakan
untuk menulis jawapan. Pelajar melakukan proses menentukan gubahan dua fungsi bersama-
sama guru. Pelajar akan melakukan proses menentukan gubahan dua fungsi secara
berkumpulan bersama 3 contoh soalan. Melalui Teknik “SOCOF” ini pelajar dapat
menentukan gubahan dua fungsi dan memahami konsep dalam menentukan gubahan dua
fungsi. Hal ini dapat meyakinkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Inovasi ini
dijalankan kepada 30 orang murid Tahun 4 Teknologi Kimpalan (4MTK) di Kolej Vokasional
Kuantan, Pahang. Daripada rekod keputusan pentaksiran berterusan (PB), didapati bahawa
tahap penguasaan murid untuk bab 1 “FUNGSI” masih lagi ditahap yang lemah. Semasa
memeriksa kertas PB, kami dapati bahawa murid masih lemah dalam menentukan fungsi
gubahan. Daripada jawapan murid yang menggunakan kaedah biasa hanya 17% atau 5 orang
murid sahaja dapat menjawab dengan betul. Pelbagai bentuk jawapan yang diberikan oleh
murid dalam menentukan fungsi gubahan

38

PENARIK KABEL MINI (MINI CABLE PULLER)

1Ahmad Zairi bin Mohd Zain
[email protected]

2Mohd Fahmi bin Kamaruddin
[email protected]

1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK

Penarik Kabel Mini (PKM) adalah sebuah alat yang direka khas untuk membantu dan
memudahkan kerja para pensyarah dan pelajar Sijil Teknologi Elektrik ketika kerja-kerja
menarik kabel pendawaian di dalam pembuluh atau paip bagi subjek Pendawaian Elektrik.
Keadaan yang sempit ketika menarik kabel di dalam petak pendawaian (wiring bay)
merupakan satu permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan menyebabkan beberapa
kekangan ketika proses menarik kabel. Penarik kabel sedia ada di pasaran pula mempunyai
kerangka yang besar dan tidak sesuai serta mahal. PKM ini direkabentuk supaya mudah
digunakan di dalam petak pendawaian dan menjimatkan masa dengan kos yang murah. PKM
telah diujilari di dalam Bengkel Pendawaian Elektrik, Kolej Komuniti Kuantan dan memberi
impak yang positif. Rekabentuk PKM akan sentiasa dikemaskini pada masa hadapan bagi
memenuhi keperluan dan penggunaan di dalam industri.

39

WebD FUN BOOK

1Nantini A/P Anpalakan
[email protected]

2Azlilawati binti Ishak
[email protected]

1Kolej Komuniti Klang, Selangor.

ABSTRAK

Tercetusnya idea inovasi ini adalah apabila perekacipta mendapati para pelajar Kolej
Komuniti khususnya pelajar Semester 2 Kolej Komuniti Klang yang mengambil kursus SSK
2013 Pengenalan Pembangunan Laman Web. Para pelajar sukar memahami topik-topik dan
isi kandungan dalam silibus kursus tersebut. Mereka memerlukan bimbingan dan latihan yang
lebih daripada pensyarah kursus namum masa yang diperuntukkan bagi sesi Pembelajaran
dan Pengajaran (PdP) untuk setiap topik adalah agak terhad. Objektif inovasi ini adalah untuk
memastikan pelajar dapat memahami dan mengingati topik-topik dalam silibus kursus SSK
2013 Pengenalan Pembangunan Laman Web dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu,
inovasi ini adalah untuk memperkenalkan konsep baru dalam PdP yang berasaskan konsep
gamification. Seterusnya, bagi menarik minat pelajar untuk belajar dalam keadaan interaktif
dan menyeronokkan dan tidak mustahil akan mendapat penyertaan yang aktif daripada para
pelajar. Bermula dengan pendekatan busy book dan konsep gamification, perekacipta telah
merekacipta WebD Fun Book sebagai alternative PdP bagi kursus SSK 2013 Pengenalan
Pembangunan Laman Web. WebD Fun Book ini merupakan sebuah buku interaktif yang
mengandungi silibus kurikulum bagi Topik 1 hingga Topik 3. Kaedah yang akan digunakan
adalah Colour Matching, Pick and Paste, Make Them Guess, dan Provocative Answer. Hasil
dapatan daripada inovasi yang direkacipta ini, para pelajar Sesi Mac 2018 dapat menjawab
soalan kuiz dengan lebih baik berbanding sebelum pelaksanaan inovasi ini iaitu
menggunakan kaedah PdP konvensional. Perbandingan ini boleh dilihat dari segi skor
markah. Para pelajar Sesi Mac 2018 juga lebih berdikari dalam menyelesaikan Mini Projek
dengan bimbingan yang minimum daripada pensyarah kursus sehingga selesai dengan
sempurna. Cadangan yang boleh diusulkan untuk inovasi ini adalah ianya boleh
diimplimentasikan dalam PdP untuk setiap semester dan disebarluaskan penggunaannya di
Kolej Komuniti yang lain serta penambahbaikan daripada segi cetakan, finishing dan
penjilidan.

40

IT GLOSSARY APPS

1Che Zakiyah binti Zainon
[email protected]
2Hairul Anuar bin Hj Masrol
[email protected]
1Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor

ABSTRAK
IT Glossary Apps merupakan satu aplikasi yang menghimpunkan istilah-istilah
Teknologi Maklumat yang bersesuaian dengan silibus Sijil Teknologi Maklumat yang
ditawarkan oleh kolej komuniti. Aplikasi ini menyediakan istilah berserta maksud dan
penerangan ringkas di dalam Bahasa Malaysia. Ianya disusun mengikut abjad bagi
memudahkan para pengguna terutamanya para pelajar kursus Teknologi Maklumat Kolej
Komuniti Pasir Gudang. Idea inovasi ini tercetus sebagai alat bantu kepada pensyarah dan
memberi membantu kepada para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Melalui pendekatan PdP yang digabungkan dengan
kemajuan teknologi terkini diharapkan dapat membantu para pelajar kolej komuniti untuk
memahami istilah-istilah IT dengan lebih jelas.

41

BiY ModeL

1Haniza binti Sidi
[email protected]
2Nur Hasyyati binti Md Ghafar
[email protected]
3Mazzuin binti Yusof
[email protected]
1Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan

ABSTRAK
BiY MODEL ini memberi maksud Build it Yourself Model merupakan satu mekanisma
yang dihasilkan bagi memudahkan perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dalam Kursus STP 3033 Sistem Binaan Berindustri (IBS). Penghasilan model ini digunakan
bagi membantu pelajar mengenali, memahami langkah dan menjelaskan bagaimana
sambungan komponen sistem IBS dilaksanakan mengikut langkah yang betul. Model ini
dibina setelah mengenalpasti beberapa kekangan yang wujud seperti bahan PdP yang
disediakan kurang menarik dan hanya berpandukan tayangan video semata-mata dan
kefahaman pelajar tentang langkah sambungan IBS adalah kurang memberangsangkan.
Keistimewaan model ini ialah, modelnya dibentuk mengikut komponen-komponen yang
terdapat dalam sistem IBS seperti tiang, rasuk dan lantai. Semua komponen ini boleh
disambung antara satu sama lain seperti langkah di tapak pembinaan. Penghasilan BiY Model
ini, memberi suntikan baru kepada kaedah penyampaian PdP yang lebih kreatif dan memberi
ruang kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran psikomotor semasa beriteraksi secara
terus dengan model pembelajaran itu sendiri selain hanya melihat dan mendengar.
Penggunaan model ini mampu memberi impak yang positif kepada pelajar dengan
meningkatkan kefahaman menerusi visual dan simulasi selain mendengar manakala bagi
pensyarah pula adalah medium pemudahcara yang mampu mepercepatkan proses PdP.

42

KAEDAH 4 ME

1Faridah Hanim binti Mohamad
[email protected]

2Zarina binti Mohd. Yusoff
[email protected]
3Nor Johan bin Mohd. Yunus

[email protected]
1Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah

ABSTRAK
Kajian secara diskriptif telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan
pemahaman proses dalam Kitaran Asas Penyejukan. Aspek-aspek yang dikaji adalah
pemahaman konsep, kaedah penggunaan dan kesan Kaedah 4 ME terhadap pembelajaran
pelajar. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan populasi iaitu seramai
30 orang pelajar Diploma Teknolologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Kolej
Vokasional Alor Setar, Kedah. Instrumen kajian yang digunakan terdiri dari set soal selidik
yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan
biodata responden, manakala Bahagian B melibatkan maklumbalas terhadap persoalan
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah 4 ME yang berurutan dengan konsep
Rantaian Pemakanan yang difahami oleh pelajar-pelajar DTPPU sebahagian besarnya telah
dilaksanakan dalam modul DT PPU dan kesannya, pelajar telah dapat mengaplikasikannya
secara tidak langsung. Malah pelajar dapat memahami, mengingati dan menguasai nama dan
proses kitaran asas penyejukan dengan perasaan seronok belajar Kitaran Asas Penyejukan
dengan menggunakan Kaedah 4 ME ini. Kaedah ini menggunakan kaedah mengingat
akronim dan fungsi komponen serta Kitaran Asas Penyejukan dengan menggunakan slide
dan model penyaman udara. Model penyaman udara untuk pelajar melihat lebih jelas dengan
berkesan.

43

MATCHY HAIR COLOR CHART

1Aini Afeera binti Ali
[email protected]
2Noor Fardzilawati binti Md Nasir
[email protected]
1Kolej Komuniti Muar, Johor

ABSTRAK
Pewarnaan rambut merupakan salah satu arena pembelajaran dalam Sijil Dandanan
Rambut (SDR) di Kolej Komuniti. Teknik pewarnaan rambut ini dipelajari oleh pelajar
Semester 4 SDR bagi mempersiapkan diri menjadi hairstylist apabila mereka menamatkan
pengajian. Salah satu daripada silibus pewarnaan rambut ialah memilih warna rambut
berdasarkan ton kulit seseorang yang mana ianya memerlukan kefahaman dan teknik yang
betul agar warna yang dihasilkan nampak natural dan sesuai dengan warna kulit seseorang.
Pemilihan warna rambut secara konvensional dibuat dengan hanya melihat warna kulit
seseorang dan warna rambut dipadankan secara terus semasa proses pewarnaan dilakukan.
Bagi membantu pelajar agar lebih mudah memahami teknik pewarnaan rambut ini, pengkaji
telah menghasilkan satu inovasi iaitu carta warna yang boleh dilaraskan bagi mendapatkan
jenis warna rambut berdasarkan ton kulit seseorang. Impak penghasilan inovasi ini bukan
sahaja membantu pelajar memahami silibus pewarnaan rambut malah ianya juga
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pensyarah sebagai alat bantu
mengajar atau special tool.

44

SMART C

1Nur Aizya bt Mappissammeng
[email protected]
2Sharmila Devi Krishnan
[email protected]
3Ishamuddin bin Ishak

1Kolej Komuniti Ampang, Selangor.

ABSTRAK

Pembangunan aplikasi ini perlu sebagai satu anjakan paradigma daripada sistem
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tradisional kepada sistem yang lebih efisen.
Memandangkan persekitaran pada masa kini memerlukan perubahan maka aplikasi SMART
C telah dibangunkan. Pembangunan aplikasi SMART C ini adalah menggunakan perisian
Mobirise. Capaian terhadap aplikasi SMART C sepenuhnya adalah menggunakan
Smartphone dan desktop di mana para pelajar akan memuat turun daripada pautan yang
diberikan secara percuma. Tujuan utama pembangunan aplikasi SMART C adalah bagi
mewujudkan PdP yang lebih berkesan. Selain daripada itu, rasional pembangunan aplikasi
SMART C ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Diploma
of Mobile Technology yang mengambil kursus Fundamental of Objective C Programming.
Hasil daripada analisis taksiran masalah yang telah dibuat, kebanyakan pelajar-pelajar tidak
dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam kursus Fundamental of Objective C
Programming. Aplikasi SMART C ini digunakan oleh pelajar-pelajar terbabit dalam PdP bagi
memudahkan pemahaman mereka dalam kursus yang diambil sekaligus akan dapat
meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Dengan adanya aplikasi SMART C maka
segala nota dan maklumat berkenaan kursus Fundamental of Objective C Programming
berada di hujung jari dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. Justeru itu,
aplikasi ini akan menjadi satu platform dan pemangkin kepada pelajar untuk memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam kursus Fundamental of Objective C Programming.

Kata kunci: Aplikasi SMART C, Pengajaran dan Pembelajaran.

45

LET’S PLAY: SECURITY BASICS AND IT PROFESSIONAL:
WORKBOOK MEMUDAHKAN PELAJAR MEMBUAT

ULANGKAJI BAGI KURSUS SECURITY BASICS AND IT
PROFESSIONAL (DFT4013) DI POLITEKNIK MERSING.

1Maizatul Akmam binti Ismail
[email protected]

2Faizatussai’dah binti Mean
faizatussai'[email protected]
3Maizatul Akhmar binti Mohamad Nor

[email protected]

1Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Mersing, Johor

ABSTRAK
“Let’s Play: Security Basics and IT Professional” merupakan satu inovasi yang
dibangunkan bagi melengkapkan dan memantapkan lagi konsep pembelajaran sebelum ini.
‘Workbook’ ini dibangunkan bagi kursus ‘Security Basics and IT Professional’ (DFT4013) yang
merupakan kursus asas berkaitan dengan keselamatan maklumat. Kursus ini wajib diambil
oleh setiap pelajar semester dua bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Digital
Teknologi), (DDT). Memandangkan syarat LULUS bagi kursus ini adalah 40% Penilaian
Berterusan (PB) dan 40% Peperiksaan Akhir (PA), maka kebarangkalian pelajar untuk gagal
adalah tinggi. ‘Workbook’ ini menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran iaitu
‘Abbreviation’, ‘Matching’, ‘Word Search’, dan ‘Cross Word’. Pendekatan ini digunakan untuk
menarik minat pelajar di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan
kerana kursus ini melibatkan banyak konsep dan teori. ‘Workbook’ ini dibangunkan dalam
bentuk buku bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji dan membuat persediaan bagi
menghadapi PA dengan lebih sistematik dan praktikal. Justeru, ‘workbook’ ini dibangunkan
mengikut sukatan silibus bagi kursus DFT4013.

46

SMART ROPE KIT

1Azpul Rizal bin Mohd Arif
[email protected]
2Nor Rizal bin Md Noar
[email protected]

3Md Shafiq Khairil bin Ismail
[email protected]

1Kolej Komuniti Pekan, Pahang
ABSTRAK

Model ini dihasilkan setelah beberapa masalah telah berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar mengalami masalah untuk mengenal ikatan,
simpulan dan sambungan bagi amali topik pengendalian tali tinggi. Model ini bertujuan bagi
memudahkan pelajar mengenal dan membuat latihan secara berterusan bagi memahami
dengan lebih lanjut berkenaan topik ini. Objektif utama penghasilan Smart Rope Kit tidak lain
dan tidak bukan bagi memudahkan pensyarah dan pelajar serta mampu meningkatkan
kefahaman pelajar. Impak dari penghasilan produk inovasi ini membolehkan pelajar lebih
memahami cara ikatan,simpulan dan sambungan yang mempunyai pelbagai teknik dan
kesesuaian mengikut keadaan. Hasil kajian model ke atas pelajar kelas yang mengambil
subjek pengendalian tali tinggi ini mendapati pelajar mengambil masa yang lebih singkat untuk
membuat simulasi ikatan dan simpulan menggunakan Smart Rope Kit ini. Mereka juga mampu
memahami dengan secara terperinci sebelum menggunakannya sewaktu amali di kawasan
sebenar. Diharapkan inovasi ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan pensyarah, namun
diperluaskan lagi kegunaannya oleh individu yang menceburi industri tali tinggi seperti
jurulatih atau penggiat aktiviti rekreasi.

Kata kunci: Model ikatan, simpulan dan sambungan bersaiz kecil.

47

EZ WEB BUILDER NOTE

1Nasibah Husna binti Mohd Kadir
[email protected]
2Siti Hajar binti Abd Rahman
[email protected]

1Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor

ABSTRAK

Laman Web merupakan sebuah alat komunikasi yang mengandungi pelbagai fungsi
di dalam menyampaikan dan menyalurkan pelbagai jenis data dan maklumat. Di dalam
pembangunan menghasilkan laman web, banyak perkara yang perlu dikaji dan dijalankan. Di
Kolej Komuniti Tanjung Piai terdapat modul Pengenalan Pembangunan Laman Web
(SSK2013) yang diambil oleh pelajar semester dua. Pembangunan laman web bukanlah
sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan banyak keperluan dan pengetahuan terhadap
perisian dan perkakasan yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, EZ Web Builder Note telah
dihasilkan bagi tujuan memudahkan pelajar di dalam menghafal dan merujuk kod html serta
dapat melihat hasil yang sepatutnya keluar daripada kod yang telah dibina di dalam perisian.
Sebelum penghasilan inovasi ini, pelajar mengalami kesukaran di dalam menghafal dan
mendapat gambaran pembahagian kod dan hasil kod yang dibina. Satu kajian pemantauan
telah dilakukan terhadap inovasi ini ke atas pelajar sebagai alat bantu pembelajaran untuk
pelajar. Hasil daripada kajian ini menunjukkan EZ Web Builder Note ini sangat berguna di
dalam menjadi alat bantu mengajar dan pelajar juga lebih mudah membina kod HTML kerana
mempunyai rujukan dan gambaran secara langsung tentang web yang sedang dibina. Hasil
soal selidik yang diedarkan mendapati 51% pelajar sangat bersetuju, 36% bersetuju manakala
selebihnya hanya neutral terhadap produk inovasi ini. Ini menunjukkan produk ini sangat
berguna untuk dijadikan bahan rujukan pelajar kerana elemen-elemen penting sangat
dititikberatkan dan telah dimuatkan di dalam produk ini.

Kata kunci: Konsep 3D, laman web, HTML, CSS, Pembangunan Laman Web, Nota Web

48


Click to View FlipBook Version