SFBM BOARD
1Nasrah binti Mahmud
[email protected]
2Siti Khalijah binti Shuib
[email protected]
3Norakmar binti Jamal
[email protected]
1Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu seiring dengan perubahan
zaman selain mengambil kira perkembangan dan kebolehan pelajar. Bagi kursus DJJ3103,
inovasi yang dihasilkan ialah SFBM board iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memahami
konsep daya dan momen lentur berdasarkan Hukum Keseimbangan. Alat inovasi ini adalah
kepingan papan bersama rasuk (beam) yang boleh disusun secara rasuk disangga mudah
ataupun rasuk julur. Alat ini boleh diubahsuai di mana pengguna boleh menetapkan asalan
samada ke kiri atau ke kanan. Penggunaan warna anak panah yang berbeza mengikut arah
jam atau lawan jam membantu pelajar yang keliru dengan tanda arah. Pembaris keluli yang
boleh dipusingkan mengikut arah pusingan atau lawan jam daripada asalan menunjukkan
dengan jelas nilai jarak bagi momen lentur. Kesimpulannya, penggunaan SFBM board
membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara teori dan praktikal berbanding dengan
kaedah lazim.
Kata kunci: inovasi, pengajaran dan pembelajaran (PdP), daya, momen lentur
49
EASY GO WIRING BOARD (EGW BOARD)
1Azwani binti Yahaya
[email protected]
2Diyana Zahirah binti Jaafar
[email protected]
1Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor
ABSTRAK
Kerja-kerja pendawaian merupakan asas kepada penyambungan poin terminal dalam
sesebuah bangunan. Setiap terminal perlu disambungkan antara satu sama lain bagi
mewujudkan penyambungan litar yang lengkap. Skop kajian inovasi memfokuskan
penghasilan sebuah papan pendawaian bagi kegunaan pendawaian rangkaian dan
pendawaian elektrik yang boleh digunakan oleh para pensyarah bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran kursus SSK 2053 Teknologi Rangkaian dan SSK 1033 Asas Elektrik &
Elektronik. Idea penghasilan inovasi tercetus memandangkan keluasan makmal/bengkel di
Kolej Komuniti Tanjung Piai yang kecil dan tidak mempunyai ruangan bay bagi tujuan kerja
pendawaian. Kaedah pembelajaran sedia ada (bagi kursus SSK 2053) menggunakan papan
plywood yang berskala besar dan melibatkan penggunaan ruang yang luas semasa proses
PdP berlangsung. Saiz yang besar juga menyulitkan proses penyimpanan bay tersebut. EGW
Board direkabentuk dengan saiz yang lebih kecil dan boleh dilipat bertujuan untuk
memudahkan proses penyimpanan serta penjimatan ruang yang efisien.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, pendawaian kabel
50
TTL LEVEL SIGNAL INTERFACE TRAINER
1M Chandran A/L Maruthan
[email protected]
2Krisnamoorthy A/L Govindarajalu
[email protected]
3Mohd Nordin bin Mohd Jani
[email protected]
1Politeknik Melaka
ABSTRAK
TTL Level Signal Interface Trainer• sebagai satu alat bantuan pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu pelajar memahami konsep TTL(Transisitor- Transistor Logic)
dengan lebih mendalam dan penggunaannya dalam mengaktifkan peranti dan kawalan
elektrik kuasa tinggi. . TTL adalah isyarat yang dikeluarkan dari satu peranti kawalan seperti
microcontroller yang boleh digunakan untuk tujuan pensuisan dan kawalan. Pelajar diberikan
penerangan tentang penggunaan isyarat TTL dengan bantuan TTL Level Signal Interface
Tainer Pelajar juga boleh membuat latihan dan sambungan dari sistem pensuisan relay dan
kontactor untuk mengaktifkan sesuatu alatan lelektrik dari kuasa rendah ke kuasa tinggi
Pelajar projek semester 5 dan 6 Politeknik Melaka menghadapai masalah bagaimana
antaramuka boleh dibuat antara mikrokontroller ke penggunaan sebenar seperti yang
digunakan di induatri. Pelajar kurang arif tentang bagaiman isyarat kawalan TTL dari peranti
kecil boleh digunakan umtuk mengawal peranti berkuasa tinggi. Pendedahan ini adalah
kurang dipraktikan semasa mereka mempelajari teori dalam bidang elektrik dan elektronik di
dalam kelas. Pelajar menghadapai masalah ini apabila mereka merekabentuk dan
memfabrikasi sesuatu projek yang melibatkan mikrokontroller semasa di sem 5 dan 6 dalam
subjek projek akhir mereka.
51
GRADUATES POOL (G-POOL) - AN ONLINE MALAYSIAN
POLYTECHNICS GRADUATES CATALOGUE
1Leong Kok Seng
[email protected]
2Muhammad Zaki bin Yahaya
[email protected]
3Dewi Nilam Rupa'a binti Razali
[email protected]
1Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Johor
ABSTRACT
Job hunting is a tedious process to both the employees and potential candidates,
where in some cases, companies would have to spend thousands on advertisement in looking
for their best suitable candidates. Whilst the same goes to the candidates, where most of them
are hunting but not being hunted in return. Graduates™ Pool (G-Pool) is an online portal where
it serves as an online catalogue for all Malaysian Polytechnics graduates - or soon-to-
graduate- to be hunted by their potential employers. This simple, straightforward and practical
online catalogue provided by polytechnic will not only help the candidates to showcase and
organise their profile via proper customised professional resume, it will also ease the process
of candidates fishing™ by potential employers where the candidates are pooled according to
their field or area of studies, thus making the selection, filtration and evaluation process easier
and fruitful through the information provided in G-Pool. G-Pool is seen as another reliable
alternatives in increasing polytechnics™ graduates marketability and employability.
52
AUGMENTED REALITY CLASSROOM FOR ADOBE
PHOTOSHOP LEARNING (AR-CAP)
1Muhammad Helmi bin Abu Bakar
[email protected]
2Nur Hassyati binti Md Ghafar
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Imej perlu dihasilkan dengan menarik agar mesej dapat disampaikan dengan
berkesan kepada golongan sasaran yang dikehendaki. Penghasilan imej ang menarik ini
memerlukan para pelajar untuk menguasai kemahiran penggunaan perisian suntingan imej
seperti Adobe Photoshop dengan baik. Namun demikian, masa yang lama diperlukan bagi
para pelajar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran penggunaan perisian suntingan imej
berkenaan. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang terhad juga menjadi antara faktor
utama pelajar kurang menguasai kemahiran menggunakan perisian suntingan imej tersebut.
Oleh yang demikian, adalah diperlukan bagi penghasilan alat bahan bantu mengajar yang
efektif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran penggunaan perisian suntingan imej.
Teknologi Augmented Reality (AR) dilihat mempunyai potensi yang besar dalam
merealisasikan penghasilan alat bantu mengajar khusus bagi membantu pelajar menguasai
dengan baik kemahiran menggunakan perisian tersebut. Pelajar dapat menggunakan
teknologi AR di dalam kelas bagi memahami penggunaan setiap tool, ikon dan menu yang
terdapat di dalam perisian suntingan imej. Pelajar dibekalkan dengan satu helaian lembaran
kerja dan perlu mengimbas bahagian-bahagian tertentu di dalam lembaran tersebut untuk
melihat dengan jelas tutorial penggunaan tool, ikon dan menu yang digunakan bagi
menyunting imej. Penerangan yang standard diberikan agar pelajar mempunyai pemahaman
yang sama bagi menggunakan perisian suntingan imej. Diharapkan agar penggunaan inovasi
ini dapat diselaraskan di semua institusi yang menggunakan perisian yang sama untuk melatih
kemahiran pelajar menghasilkan imej yang berkesan dalam menyampaikan mesej.
53
DEVELOPEMENT OF PULSE WIDTH MODULATION USING
PIC CONTROLLER FOR DC TO DC CONVERTER IN DET
5073 POWER ELECTRONIC COURSE
1Kamarudin bin Kamit
[email protected]
2Mohamed Rizuan bin Mohamed Noah
[email protected]
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
This innovation deals with the development a DET 5073 Power Electronics trainer of
Pulse width modulation (PWM) signal using (PIC) controller . A Pulse width modulation (PWM)
signal from microcontroller was used to control the duty ratio of switching signal for DC to DC
converter. The DC voltage is converted to a square-wave signal, alternating between
completely on and zero. By controlling analog circuits digitally, framework expenses and
power consumption can be radically decreased. Duty cycle at the circuit DC to DC converter
is defined as the ratio between the output voltage over input voltage. By this innovation student
can analysed the PWM duty cycle output from the test point design. Duty cycle is usually in
the form of a percent, from 0 to 100%. The simulation was carried out in LT Spice and
PROTEUS ISIS Professional Tool while the coding of the programming was done on CCS
Compiler.
54
SPU 1033 QR CODE
1Zulkurnain bin Hassan
[email protected]
2Norazlina binti Musa
[email protected]
1Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah
ABSTRAK
Teknologi mudah alih telah membuka dimensi pembelajaran kepada pembelajaran
mudah alih, dimana ia membolehkan pelajar mendapatkan maklumat tentang sesuatu
pembelajaran di mana sahaja tempat dan bila-bila masa sahaja. Kod QR adalah satu aplikasi
mudah alih bagi memaparkan elemen visual yang boleh dikenal pasti oleh telefon pintar dan
alat-alat yang bersamaan fungsi dengannya. Walau bagaimanapun, di negara ini, teknologi
ini masih kurang popular dan jarang digunakan dalam dunia pembelajaran. Ini agak merugikan
kerana kos menghasilkan QR-Codes boleh dikatakan percuma dan kesannya besar kepada
pengguna terutamanya kepada mereka yang menggunakan peranti mudah-alih (mobile
devices) di dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan Kod Quick Response
(QR) berpotensi untuk diterokai dengan lebih meluas dalam bidang pembelajaran dan
pengajaran di kolej komuniti. SPU 1033 QR CODE adalah satu set kad yang mengandungi
semua maklumat pembelajaran bagi modul Latihan Penyediaan Asas (SPU 1033) daripada
silibus hinggalah kepada penilaian. Ia adalah satu inisiatif bagi menyediakan bahan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih cekap dan mesra pengguna dalam memudahkan
pengajaran dan pembelajaran. Ia bagi memastikan kertas penerangan, nota tugasan, laporan
amali dan pemarkahan dapat diurus, dinilai dan disimpan serta ditadbir dengan lebih efisyen,
efektif dan sistematik secara atas atas talian. Data pembelajaran dan pengajaran dapat
disimpan bagi memudahkan pengajar membuat rujukan dan memantau status penghantaran
tugasan dan laporan amali dari masa ke semasa. Berbanding penggunaan bahan
pembelajaran dan pengajaran tradisional, penggunaa kad QR ini membolehkan pelajar hanya
perlu membawa sekeling kertas ¼ A4 yang boleh dimasukkan ke dalam poket/dompet.
Walaupun kecil ia mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran
dimana ia mempunyai dua versi iaitu versi pelajar dan versi pengajar. Bagi versi pelajar ia
mengandungi nota (PDF & Power Point), tugasan, tugasan amali dan laporan amali. Bagi
versi pensyarah pula ia mengandungi rubrik, skema tugasan, rubrik amali dan skema laporan
amali yang membolehkan pensyarah membuat penilaian secara terus dan atas talian hanya
menggunakan telefon pintar.
55
Kata kunci: Kod QR, Modul SPU 1033, penilaian, laporan, atas talian
56
"THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2"
1Siti Noor Baizura binti Kamarudin
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
"THE MAP BOOK OF KLIA & KLIA2" dihasilkan bertujuan memberi nilai tambah dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) didalam kelas bagi subjek Tempahan dan Tiketan serta
Operasi Agensi Pelancongan bagi program Pelancongan dan Pengembaraan. Buku ini boleh
digunakan secara meluas oleh pelajar Kolej Komuniti khasnya dan pelajar dari institusi
pengajian lain amnya. Penghasilan buku ini boleh memberi gambaran awal dan kefahaman
berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum amali sebenar
dilapangan dijalankan.
57
TEKNIK PENDAWAIAN CEPAT DAN TEPAT
1Amir bin Mohd
[email protected]
1Kolej Vokasional Besut, Terengganu
ABSTRAK
Melukis rajah pendawaian adalah asas kepada pelajar elektrik sebelum melakukan
pendawaian sebenar. Hasil kajian menunjukkan terdapat 3 orang murid lelaki tingkatan 4 dan
seorang murid perempuan yang terdiri daripada 20 orang murid dari kelas 4 ENEK1 tidak
dapat melukis rajah pendawaian dengan betul dalam asas pendawaian. Tinjauan dan soal
selidik mendapati murid tersebut sukar mengingati teknik melukis litar asas pendawaian
walaupun telah beberapa kali penerangan diberikan dan latih tubi yang dilakukan. Daripada
maklum balas yang diperolehi, permasalahan utama ialah murid tidak dapat menguasai
konsep asas pendawaian yang telah diajarkan serta sukar mengingati teknik asas melukis
rajah pendawaian. Susulan daripada permasalahan ini membuatkan saya terpanggil untuk
mencari satu teknik atau pendekatan yang bersesuaian bagi menangani masalah tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid yang mengambil pendawaian
elektrik bagi tajuk melukis rajah pendawaian elektrik. Ia bertujuan untuk memudahkan murid
menguasai konsep melukis rajah pendawaian serta membantu murid agar dapat melukis
rajah pendawaian dengan betul dan cepat. Teknik ini juga digunakan untuk menarik minat dan
memudahkan murid mengingati kaedah melukis rajah pendawaian dengan betul dan cepat
bagi menyelesaikan permasalahan dalam pembelajaran asas pendawaian. Murid telah
didedahkan kepada teknik “Te CoSEN” selama 30 minit dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok
belajar kaedah melukis pendawaian melalui teknik “Te CoSEN”.
58
MOTOR CONTROL TEACHING AID (MCTA)
1Muhd Abu Bakar bin Muhd Radzi
[email protected]
2Nurulhuda binti Salim
3Yuzair bin Yaakub
1Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
ABSTRAK
Projek inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk mempermudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Projek inovasi ini dihasilkan atas cetusan idea tenaga pengajar dan
binaannya telah dijayakan dengan bantuan rakan-rakan sekerja serta maklum balas dari
pelajar. Projek ini boleh digunakan untuk pelbagai litar amali. Antara litar amali yang boleh
dilakukan ialah Pemula Talian Terus (DOL), Pemula Talian Terus Mara Songsang,
Pemula Bintang Delta, Pemula Bintang Delta Mara Songsang, Kawalan Berjog dan
sebagainya. Pelajar dapat menguji pelbagai komponen kawalan motor seperti MCB,
penyentuh, geganti, geganti beban lebih, pemasa, lampu pandu, suis dan sebagainya.
Projek ini boleh digunakan bagi projek kawalan motor fasa tunggal dan juga tiga fasa.
Pelajar dapat membezakan antara litar kawalan dan litar kuasa dalam litar motor elektrik
AU. Masa menunjuk cara amali menjadi singkat berbanding cara lama. Projek inovasi
berkos rendah ini amat berguna kepada pelajar. Inovasi ini diwarnakan dengan kombinasi
warna yang menyerlah untuk menarik perhatian pelajar. Projek inovasi ini sangat sesuai
untuk digunakan dalam pameran alat bantu mengajar.
Kata kunci: Alat Bantu Mengajar, Kawalan Motor Elektrik,
59
SwiLaC EDU KIT
1Ahmad Fariz bin Fauzi
[email protected]
2Zali bin Wahil
[email protected]
1Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
2Kolej Komuniti Segamat, Johor
ABSTRAK
Proses PdP bagi litar lampu melibatkan penggunaan kabel elektrik yang banyak serta
sesi demo oleh pensyarah yang agak panjang. Semakin banyak suis dan keluaran digunakan,
semakin banyak kabel digunakan dan semakin banyak masa diperlukan. Ini menyebabkan
berlakunya pembaziran dari segi masa, tenaga dan kos. Sedangkan pensyarah harus
menunjukkan fungsi litar lampu secara praktikal kepada pelajar. Untuk menguasai litar lampu,
pelajar WAJIB tahu bagaimana litar tersebut berfungsi. Oleh itu, satu produk inovasi PdP iaitu
SwiLaC Edu Kit berbentuk kompak dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Objektif
penghasilan SwiLaC Edu Kit ialah untuk menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan
kabel yang banyak semasa proses demo pensyarah. Kini pensyarah tidak lagi membuat
pendawaian di atas wiring bay, cukup hanya melakukan pendawaian di atas SwiLaC Edu Kit.
Terdapat pelbagai jenis litar lampu yang boleh dilakukan pada SwiLaC Edu Kit. Hasil
penggunaan SwiLaC Edu Kit membuktikan bahawa pensyarah lebih mudah membuat demo
dan sesi penerangan tentang litar lampu serta menjimatkan masa di dalam kelas. Produk
SwiLaC Edu Kit juga boleh ditambahbaik pada masa akan datang bagi kegunaan litar kuasa
dan kuasa am.
60
COURSEWARE WATER SUPPLY AND WASTE WATER
ENGINEERING
E-EARNING (WWEEL)
1Siti Zuraifa binti Md Sah
[email protected]
2Shahrun Nazida binti Salleh
shahrun [email protected]
2Suriani Nasution binti Padzlan
[email protected]
1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak
2Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
Fenomena biasa yang dapat dilihat bagi pengajaran di dalam bilik kuliah adalah di
mana para pelajar akan mudah bosan sekiranya pensyarah memberi penerangan terlalu laju
dan tidak dapat memberikan maklumat yang jelas. Ini bermakna, proses pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus berbentuk kuliah adalah terbatas disebabkan masa yang agak
singkat dan ditambah dengan bilangan pelajar yang ramai dan mempunyai tahap
pembelajaran yang berbeza. Justeru, satu courseware iaitu Water Supply and Waste Water
Engineering e-Learning (WWEEL) telah dibangunkan untuk membantu pelajar agar lebih
memahami isi kandungan kursus bersesuaian dengan tahap pelajar seterusnya dapat
meningkatkan pemahaman pelajar. Courseware ini dibangunkan menggunakan perisian
Visual Basic 6 berpandukan kepada model rekabentuk Rapid Application Development
(RAD). Courseware ini dilengkapi dengan elemen-elemen teks, audio dan video yang
digabungkan supaya unsur interaktif multimedia dengan nota yang menarik, video yang
merangkumi pelbagai maklumat, penilaian serta aktiviti yang boleh dicapai secara mudah. Ia
juga membolehkan pelajar melaksanakan latihan ulangan untuk menguji tahap pemahaman
bagi setiap topik dan keseluruhannya. Penggunaan pelbagai gabungan elemen-elemen
multimedia dalam WWEEL Courseware, menggunapakai Model Mayer iaitu tentang cara
menggunakan multimedia untuk membantu pelajar memahami penerangan saintifik dan dapat
menyeimbangkan pancaindera pelajar.
61
e-PB (EASY PENTAKSIRAN BERTERUSAN)
1Suhaila binti Abdul Hadi
[email protected]
2Salina binti Hassan
[email protected]
3Radziah binti Abu Kassim
[email protected]
1Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
ABSTRAK
Seiring dengan perkembangan teknologi, proses pembelajaran dan pengajaran telah
mengalami pelbagai perubahan. Penggunaan kaedah electronic learning (e-learning) atau e-
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti (LAN, WAN atau internet)
bertujuan untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan sesuatu proses
pembelajaran dengan lebih berkesan. Penggunaannya kini di peringkat pengajian tinggi
menjadi salah satu kaedah pembelajaran pada masa hadapan. Dengan memperluaskan
penggunaan konsep e-pembelajaran dalam bidang pendidikan, ianya diharap dapat
menyaingi perubahan teknologi masa kini selain mempercepatkan pengajaran dan proses
pembelajaran dengan lebih efektif. Kertas inovasi ini mengenalkan kepada sistem e-PB yang
mana ia adalah sistem atas talian semakan pentaksiran berterusan subjek/kursus bagi
memudahkan pelajar menghantar tugasan secara maya. Sistem ini akan memudahcara
modul tradisional tugasan yang dihantar secara manual atau hardcopy ke bilik pensyarah
mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan. Selain itu, e-PB akan memudahkan
semakan rekod penghantaran tugasan kepada kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah.
Sistem yang dibangunkan ini akan digunapakai bagi sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp)
bermula Disember 2018 terhadap pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej
Komuniti Tangga Batu dan akan ditambah baik hasil daripada mesyuarat post mortem
peperiksaan yang akan diadakan selepas selesai sesi pdp tersebut. Dengan adanya e-PB ini
ia boleh membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang fleksibel di
Kolej Komuniti Tangga Batu.
Kata kunci:e-pembelajaran, pdp, pentaksiran berterusan, fleksibel
62
PENGGUNAAN “LATHE TOOL BIT GRINDING JIG” DALAM
MEMBANTU PROSES MENCANAI MATA ALAT LARIK
1Norazlina Bt Abdul Rahman
[email protected]
2Nurul Izzah Bt Ab.Rahim
[email protected]
3Wan Asmalinda Bt Wan Aziz
[email protected]
Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
ABSTRAK
Mencanai mata alat melarik merupakan salah satu kemahiran yang terkandung dalam
silibus amalan kejuruteraan mekanikal di politeknik Malaysia. Kemahiran mencanai mata alat
larik merupakan kemahiran yang boleh dikuasai melalui pengalaman dan latihan. Sudut mata
alat melarik perlu dicanai mengikut ukuran sudut yang bersesuaian supaya kerja-kerja melarik
boleh dilakukan dengan sempurna. Namun kemahiran tersebut agak sukar untuk dikuasai
oleh pelajar mahupun pensyarah yang masih baru dalam bidang berkenaan. Ianya turut
menjejaskan dan melambatkan kerja-kerja melarik. Projek inovasi “Lathe Tool Bit Grinding
Jig” ini dihasilkan bagi membantu pensyarah dan pelajar melakukan proses mencanai mata
alat dengan lebih tepat, mudah, cepat dan selamat. Objektif utama penghasilan Lathe Tool
Bit Grinding Jig ini adalah untuk membantu pensyarah bengkel mesin di Politeknik dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) bagi pelajar semester 1 (mata alat melarik) dan
semester 3 (mata alat membenang) Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengguna sasaran alat
ini adalah pelajar dan pensyarah yang belum menguasai kemahiran mencanai mata alat
secara “offhand grinding”. Keberkesanan alat ini yang digunakan di bengkel mesin telah diuji
berdasarkan beberapa kriteria iaitu ukuran sudut mata alat yang lebih tepat, proses mencanai
yang lebih mudah dan masa mencanai yang lebih cepat . Selain pemerhatian terhadap hasil
canai yang dilakukan oleh pelajar, analisis kajian juga dibuat melalui maklum balas pengguna
dengan menggunakan instrumen borang kaji selidik. Keputusan kajian mendapati hasil mata
alat yang dicanai menggunakan bantuan “Lathe Tool Bit Grinding Jig” adalah lebih baik iaitu
lebih tepat sudutnya dan permukaan yang lebih sekata. Proses mencanai juga didapati lebih
mudah dan menjimatkan masa. Manakala keputusan daripada borang kaji selidik
menunjukkan keputusan yang lebih fleksibel. Didapati hanya responden yang kurang
berpengalaman mengendalikan mesin canai memilih untuk menggunakan bantuan “Lathe
63
Tool Bit Grinding Jig” .Sebaliknya pengguna yang lebih berpengalaman berpendapat bahawa
mencanai menggunakan tangan secara bebas adalah lebih mudah dan cepat.
Kata kunci: Lathe Tool Bit Grinding Jig, pengendali mesin kurang pengalaman, canai mata
alat larik
64
ORIKA - OTAK-OTAK JERAMI NANGKA
1Siti Mariam binti Mohd Amin @ Abdul Aziz
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Terdapat pelbagai produk yang telah dihasilkan daripada buah nangka. Nangka atau
dalam nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus adalah sejenis buah-buahan tempatan
tropika yang mudah di dapati di Malaysia. Isi nangka biasanya dimakan segar, di masak untuk
menghasilkan hidangan ataupun di proses menggunakan fryer vacuum untuk dijadikan
kerepek yang mendapat pasaran di dalam dan luar negara. Inovasi ORIKA - Otak-Otak Jerami
Nangka ini tercetus semasa kelas amali dijalankan di mana jerami nangka di buang setelah
isinya diambil untuk dimasak pengat. Memandangkan nisbah jerami yang lebih banyak
berbanding isinya, adalah suatu pembaziran yang besar jika ianya di buang begitu sahaja.
Dalam inovasi ini, jerami nangka digunakan untuk menggantikan ikan dalam penghasilan
otak-otak. Percubaan resipi dan teknik masakan dijalankan untuk menentukan kesesuaian
kaedah penyediaan agar produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersil dan mempunyai
nutrisi yang tinggi. Objektif inovasi ini adalah untuk mengolah bahan terbuang lalu dijadikan
produk makanan yang boleh dikomersilkan dan memperluaskan produk ini kepada golongan
pengamal vegetarian dan golongan yang alah kepada ikan yang terkandung di dalam
hidangan otak-otak.
65
HANDY BEAUCAP
1Noor Haslyena binti Hassan
[email protected]
2Nur Aslinda binti Abdul Rahman
[email protected]
1Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
ABSTRAK
Pembersih minyak atau pun Cleansing oil digunakan dalam langkah pertama kaedah
double cleansing untuk membersihkan kulit wajah bagi memastikan kulit wajah benar-benar
bersih daripada sebarang kotoran samada dari bahan solekan, air, udara mahupun sentuhan.
Cleansing oil selalu didatangkan dalam botol dengan isipadu yang banyak menjadikannya
sukar untuk dibawa ke mana-mana. Inovasi Handy Beaucap dibuat untuk menghasilkan
kapsul cleansing oil bagi memudahkan ianya dibawa ke mana-mana dan lebih mudah
digunakan sewaktu dalam perjalanan dan sewaktu sesi amali pengajaran dan pembelajaran
(PDP), selain memastikan cleansing oil berada dalam keadaan yang lebih bersih. Kaedah
penghasilannya ialah dengan cara mengisi cleansing oil ke dalam kapsul. Diharapkan pada
masa akan datang, penggunaan dan manfaat cleansing oil dapat disebarluaskan kepada
masyarakat melalui Handy Beaucap bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kulit wajah.
Kata kunci: Cleansing oil, kebersihan, kesihatan, wajah, pengajaran dan pembelajaran
(PDP), rawatan kulit wajah
66
FLEXI PFD-X
1Khairul Aswad bin Ishak
[email protected]
2Nurhani Syufaiza binti Arishad
[email protected]
3Ahmad Yazid bin Abu Samah
[email protected]
1Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor
ABSTRAK
Kursus Rekreasi Pelancongan dan Rekreasi Air merupakan kursus utama yang perlu
dipelajari oleh pelajar Program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) bagi semester
dua dan semester tiga. Dalam kursus tersebut, pelajar dikehendaki untuk mempelajari dan
melaksanakan latih amali aktiviti di air seperti teknik asas renang, asas menyelamat di air,
aktiviti snorkeling dan aktiviti berkayak. Sebelum melakukan setiap aktiviti air tersebut, pelajar
dikehendaki untuk mematuhi panduan dan arahan keselamatan serta memakai peralatan
keselamatan di air iaitu personal floating device (PFD) yang telah disediakan. Namun begitu,
PFD yang disediakan di kolej hanya sesuai dipakai oleh individu yang mempunyai ukuran saiz
badan dari saiz small (S) hingga ke saiz large (L) sahaja dan tidak boleh memenuhi keperluan
pelajar dan pensyarah yang mempunyai ukuran saiz badan melebihi saiz L. Oleh yang
demikian, skop kajian ini adalah memfokuskan kepada menghasilkan produk Flexi PFD-X
yang lebih flexible dan boleh digunakan untuk semua jenis ukuran saiz badan, dilengkapi
dengan padding mudah alih, mempunyai peralatan keselamatan lain seperti safety signal dan
wisel serta mudah dipakai dan disimpan setiap kali penggunaan. Flexi PFD-X ini telah
digunakan oleh pensyarah dan pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya yang melibatkan latih amali bagi Kursus Rekreasi Pelancongan dan Rekreasi Air.
Flexi PFDX ini dihasilkan khususnya untuk kegunaan pelajar, pensyarah dan pengusaha
aktiviti rekreasi air. Penghasilan Flexi PFD-X ini dijangkakan akan dapat membantu
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di kolej disamping dapat memberi
manfaat kepada semua masyarakat.
Kata kunci: Penghasilan Flexi PFD-X dan penggunaan Flexi PFD-X.
67
CHEMRO KIT
1Rahanita binti Abd Rahman
[email protected]
2Dr Reezlin bin Abd Rahman
[email protected]
3Nur Adilah binti Abdul Halim
[email protected]
1Kolej Komuniti Sik, Kedah
ABSTRAK
CHEMRO KIT merupakan satu nota bergambar (kit) yang dicipta khas untuk para
usahawan dan pelajar yang ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan bakeri, pastry
dan konfeksionari. CHEMRO KIT adalah satu bahan bacaan ringkas tapi padat berkaitan
pengawet makanan yang lengkap, dimana setiap satu jenis pengawet lengkap bersama
dengan gambar dan kuantiti yang patut digunakan ke atas satu adunan produk (dimana
pengiraan juga dilakukan supaya memudahkan usahawan menggunakannya), dilengkapkan
dengan Kod QR yang mesra pelanggan (user friendly). Pengawet makanan adalah salah satu
daripada bahan tambahan/aditif makanan (additive). Kementerian Kesihatan Malaysia
mentakrifkan pengawet makanan sebagai apa sahaja bahan yang ditambah kepada makanan
untuk merencat, menyekat dan menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan
makanan tetapi tidak termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu. Bahan pengawet
makanan sintetik bukan sebahagian daripada nutrisi. Manakala bahan pengawet semulajadi
mempunyai nilai nutrisi yang boleh dimanfaatkan. Ini merupakan satu permasalahan / konflik
yang berat pada usahawan makanan ringan. Ramai usahawan tidak arif dalam bab
pengawetan makanan terutamanya tentang jenis pengawet yang patut digunakan dalam
produk mereka. Dan pengetahuan mengenainya juga kurang didedahkan, ini menyebabkan
usahawan menggunakan pengawet yang diharamkan seperti asid boric dalam penghasilan
mee kuning dan sebagainya. Ada pula yang mengatakan pengawet ini bahan kimia dan tidak
boleh ditambah ke dalam makanan dan makanan itu disahkan bahaya. Ada pula yang
membuat kenyataan bahawa marjerin itu plastik. Ini membuktikan bahawa kekurangan
pendedahan dan ilmu tentang Chemistry Languange dalam kalangan para usahawan dan
akan menyebabkan mereka tidak dapat mengambil manfaat teknologi bahan pengawet
selamat. Dengan adanya CHEMRO KIT ini, para usahawan dan pelajar dapat
mengaplikasikan pengawet yang sesuai dengan produk mereka tanpa was-was dan
menghasilkan produk yang selamat untuk pasaran.
68
MY BMC
1Rusliana binti Rusle
[email protected]
2Sharmili binti Mohamed Rafi
[email protected]
Kolej Komuniti Bentong, Pahang
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan adalah dikhususkan untuk memudahkan pelajar memahami
dan menghasilkan Business Model Canvas (BMC) bagi perniagaan yang mereka tubuhkan.
Pelajar perlu menyelesaikan projek membina perniagaan bagi memenuhi syarat lulus
penilaian pelajar Kolej Komuniti Bentong bagi subjek Pembangunan Perniagaan dan
Keusahawanan. Teknik asal menghasilkan BMC adalah memberi penekanan kepada
percambahan idea menggunakan format BMC yang dilakarkan pada sehelai kertas dan
menulis idea pada nota post-it yang ditampal pada kertas tersebut. Teknik asal ini
menimbulkan beberapa kelemahan seperti kertas tertanggal dan hilang serta tidak kekal lama.
Jesteru MY BMC dicipta dengan menggunakan software Balsamiq bagi mengatasi kelemahan
tersebut. MY BMC membolehkan pelajar memahami cara menulis BMC melalui nota yang
disediakan dan contoh yang disertakan. Oleh yang demikian, pelajar hanya perlu fokus pada
paparan di hadapannya tanpa perlu merujuk ke rujukan lain. MY BMC ini juga telah disediakan
templat 9 blok BMC yang boleh dilengkapkan oleh pelajar dengan mengekalkan konsep kertas
nota post-it. Selain daripada itu teknik visual turut dimasukkan bagi menguatkan daya ingatan
dan pemahaman pelajar. Setiap idea yang dimasukkan juga boleh disertakan dengan gambar
yang berkaitan. Dapatan menunjukkan pelajar lebih mudah memahami Business Model
Canvas yang mereka bangunkan dan seronok menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.
69
FOOD FOLDING BOARD
1Noor Diyana binti Abd Rahim
2Nurulkhazimah binti Abd Rahman
3Noor Rahimi binti Idris
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Food Folding Board merupakan produk inovasi yang digunakan oleh para pelajar Sijil
Kulinari di bawah modul SKU 2 - Masakan Malaysia bagi hidangan pembuka selera dan SKU
3 – Roti, Pastri dan Kuih Muih Tempatan bagi kuih tempatan. Kriteria yang dinilai bagi pelajar
kulinari bukan sahaja dari segi rasa produk masakan malah juga dinilai dari segi kekemasan
produk makanan yang dihasilkan. Food Folding Board merupakan produk yang dapat
menyelesaikan isu yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pengajaran khususnya
dalam penyediaan produk makanan seperti yang disebutkan sebelum ini. Kebiasaannya
dalam menyediakan roti jala, popia dan kuih ketayap, para pelajar mengambil masa yang
lama dan mengalami kesukaran untuk menggulung dalam bentuk serta saiz yang sama dan
seragam. Oleh itu, dengan menggunakan Food Folding Board produk makanan tersebut
dapat dihasilkan secara cepat dan seragam walaupun dalam kuantiti yang banyak. Produk ini
sangat sesuai digunakan pengajaran dan pembelajaran bagi melatih tenaga mahir dalam
penyediaan makanan. Produk ini dikatakan mesra pengguna kerana digunakan juga oleh
surirumah bagi menyediakan kuih-muih untuk hidangan sekeluarga. Disamping itu, ia juga
membantu usahawan kecil dalam memastikan produk jualan mereka dihasilkan dengan
cepat, kemas dan seragam. Food Folding Board diharap dapat dipasarkan secara meluas
sebagai salah satu peralatan dapur yang diterima pakai oleh semua.
Kata kunci: Food Folding Board, proses kerja cepat, seragam
70
SET BBM DJJ2032 MECHANICAL WORKSHOP
PRACTICE 2
1Zikriah binti Zakaria
[email protected]
1Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
ABSTRAK
Bahan bantu mengajar adalah satu keperluan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Sehubungan itu, Set BBM DJJ2032 Mechanical Workshop Practice 2
telah dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bengkel. Set ini ialah merupakan bahan bantu
mengajar yang dihasilkan untuk membantu pensyarah dan juga pelajar dalam proses
menghasilkan projek Body dan Plug. Bahan bantu mengajar ini dihasilkan secara satu set
yang mengandungi video DJJ2032 Mechanical Workshop Practice 2, satu sampel proses
penghasilan “Body” dan satu sampel proses penghasilan “Plug”. Rakaman video ini adalah
tentang alatan yang digunakan beserta langkah demi langkah proses yang dilakukan dalam
penghasilan projek. Manakala sampel yang digunakan adalah disusun secara berturutan
mengikut langkah yang perlu dibuat dalam menyiapkan projek tersebut. Sampel bentuk ini
membantu pelajar melihat sendiri hasil kerja yang berlaku setelah sesuatu proses dijalankan.
Inovasi ini dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada para pensyarah yang mengajar
kursus DJJ2032 ini dan seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman dan
kemahiran para pelajar dalam menghasilkan projek. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan yang
diperolehi hasil soal selidik ringkas yang dijalankan kepada pelajar kursus DJJ2032 sesi Jun
2017 dan Disember 2017 dimana menunjukkan pelajar bersetuju bahawa set ini memudahkan
mereka memahami projek yang perlu dilakukan dalam kursus DJJ2032.
71
IZ - MOINA CULTURE
1Imran Affandi bin Baki
2Mohd Zamri bin Rahaman
1Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Moina merupakan spesies makanan hidup yang paling banyak digunakan dalam
pemberian makanan kepada anak benih ikan ternakan dan juga ikan hiasan diseluruh dunia.
Inovasi ini akan memudahkan kaedah untuk menternak moina dalam keadaan terkawal.
Moina telah diternak di dalam akuarium plastik 10 liter secara terbuka. Sebelum moina
diternak, air hijau telah dihasilkan menggunakan 10 liter air tawar, 200 ml stok air hijau dan
10 g tepung ikan sebagai medium baja. Air ternakan ini menjadi hijau setelah 5 hari
didedahkan kepada cahaya matahari. Kemudian 500 ekor atau 0.050 g induk moina
dimasukkan ke dalam tangki air hijau. Faktor suhu dan pH air memainkan peranan penting
dalam mengkultur moina. IZ-moina culture akan mengawal suhu dan menunjukkan pH air
didalam tangki selama 14 hari tempoh kajian. Sepanjang tempoh kajian, kadar pertambahan
jumlah moina dalam IZ-moina culture telah direkodkan dan melihat kadar hidup serta jumlah
populasi perkembangan moina. IZ moina culture boleh dijadikan alat bantu mengajar dan juga
sebagai bahan rujukan untuk menternak moina secara kecil-kecilan sebelum ia dapat diternak
secara besar-besaran. “IZ-MOINA CULTURE” merupakan inovasi yang dihasilkan kerana
kekerapan penggunaan makanan hidup moina dalam melaksanakan pembenihan ikan hiasan
sebagai makanan permulaan yang baik kepada fri ikan. Kejayaan sesebuah hatcheri atau
pusat penetasan ikan dalam pengeluaran benih ikan sangat bergantung kepada makanan
hidup. Moina merupakan organisma air yang mempunyai sistem pembiakan yang produktif,
populasi perkembangan yang sangat cepat, kandungan nutrisi yang tinggi dan boleh hidup
dalam kepadatan yang tinggi. Ciri-ciri ini membolehkan organisma ini diternak di dalam
keadaan terkawal.
72
LADDER CASH BOOK GAME 2.0
1Norlizawati Hashim
2Norhafinas Abd Latib
3Nor Halina Noordin
1Kolej Komuniti Gerik, Perak
ABSTRAK
Ladder Cash Book Game 2.0 dibangunkan adalah untuk membantu meningkatkan
kefahaman dan menarik minat pelajar OKU Sijil Asas Ukiran Kayu (KUK) yang mempunyai
masalah pembelajaran (Learning Disability) untuk mempelajari asas perakaunan yang berada
dalam subjek Keusahawanan. Permainan ini membantu pelajar untuk memahami dengan
lebih mudah mengenai konsep asas perakauan dari segi wang masuk (debit) dan wang keluar
(kredit). Permainan ini adalah mengantikan soalan yang biasa diberikan dalam bentuk kertas
soalan. Ladder Cash Book Game 2.0 adalah olahan daripada permainan dam ular yang mana
soalan disusun dalam bentuk urutan dan pelajar akan mencatatkan item yang diperolehi
berdasarkan balingan dadu yang dibuat. Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar Sijil Asas
Ukuruan Kayu sesi Februari 2018 yang mempelajari subjek Keusahawan. Pembinaan item
dalam permainan ini menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar serta
teknik permainan ini melibatkan dua orang pelajar dalam satu kumpulan. Seterusnya, satu
soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk meninjau pandangan pelajar terhadap permainan
yang dijalankan. Hasil dari soal selidik yang dijalankan didapati pelajar bertambah minat
dalam mempelajari asas perakaunan dan meningkat kefahaman pelajar terutamanya dalam
membezakan item debit dan item kredit.
Kata kunci: Perakaunan,Debit,Kredit
73
ROSE LABIOS
1Nur Aslinda binti Abdul Rahman
[email protected]
2Noorhana binti Mohammad
[email protected]
3Noor Haslyena binti Hassan
[email protected]
1Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
ABSTRAK
Industri produk kecantikan atau kosmetik adalah salah satu industri yang pesat
membangun. Keterujaan wanita untuk cantik merancakkan lagi perkembangan industri ini.
Disebabkan faktor tersebut, pihak industri berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk
kecantikan sendiri di mana adakalanya produk yang dikeluarkan sangat berbahaya atau
hanya dikeluarkan sekadar untuk memenuhi permintaan tanpa memikirkan risiko yang bakal
terjadi kepada pengguna. Salah satu produk kosmetik yang menjadi kegilaan wanita adalah
produk seperti gincu bibir. Penggunaan bahan kimia berbahaya di dalam gincu bibir boleh
mengakibatkan bibir menjadi kering, berwarna kehitaman, luka dan kadangkala boleh menjadi
kanser kulit. Objektif inovasi ini diadakan adalah untuk merawat kembali masalah bibir yang
dihadapi oleh kebanyakan wanita termasuk juga lelaki. Penggunaan bahan-bahan yang
selamat dan terjaga kualitinya dapat membantu masalah tersebut. Produk ini terdiri dari tiga
produk yang lengkap dalam satu set untuk merawat bibir iaitu Red Rose Lip Scrub, Red Rose
Lip Balm dan Red Rose Lip Tint di mana ketiga-tiga produk ini tidak mengandungi bahan kimia
berbahaya dan selamat digunakan walaupun pada kanak-kanak. Ketiga-tiga produk ini dapat
digunakan untuk merawat masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan gincu yang
biasanya mengandungi banyak bahan kimia. Hasilnya bibir akan lebih terjaga dan masalah-
masalah bibir dapat diatasi dengan sebaik mungkin apabila cara yang betul digunakan dalam
merawat bibir selepas penggunaan gincu tersebut. Pada masa akan datang diharapkan
inovasi produk ini dapat diteruskan dengan penghasilan gincu atau pelembap bibir yang
selamat digunakan dan tidak mendatangkan masalah jangka panjang.
Kata kunci: bahan kimia berbahaya, masalah bibir, lip scrub, lip balm, lip tint
74
TRANSISTOR CHECKER BASED ON DIRECTION OF
CURRENT FLOW
1Mohd Faiz Husny bin Yusof
[email protected]
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
The issue of electrical engineering students had to face is having difficulty in identify
the characteristics of component that quite often been used in their daily life during practical
work as example transistor. We can identify that some students take times to finish their
practical lab as they having difficulty in define type of transistor and their pins of emitter,
collector, and base. So we came up with an idea to create a device that will lessen time for
student to do their practical. This project we limit its scope just to define types of transistor and
its pin. This project is quick transistor tester. The device function when we insert the transistor
at pin socket occupied the led that we put as indicator will indicate the output whether the
transistor is NPN or PNP types and it also can determine the pin of transistor whether it is
EBC or ECB.
75
FUN LEARNING GAMES
1Nor’anita binti Romli
[email protected]
1Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu
ABSTRAK
Kursus Matematik merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua pelajar semester
satu di Kolej Komuniti Kemaman. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,
didapati kebanyakan pelajar-pelajar ini agak bosan dan kurang berminat untuk mempelajari
kursus ini di dalam kelas. Oleh itu, Fun Learning Games telah dibangunkan sebagai salah
satu pendekatan untuk menarik minat pelajar dalam meningkatkan prestasi kursus yang
diajar. Teknik Fun Learning Games ini diterapkan dalam kursus Matematik dimana ia
melibatkan 42 orang pelajar semester 1 dalam bidang Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.
Fun Learning Games ini merupakan aplikasi pengajaran digital yang digunakan dalam bentuk
permainan menggunakan perisian Kahoot. Kaedah penggunaan aplikasi pengajaran ini
memerlukan pelajar memahami konsep yang diajar melalui penilaian kuiz mengikut masa
yang telah ditetapkan dengan bantuan komputer atau telefon bimbit. Perisian ini banyak
menggunakan elemen penilaian formatif untuk pembinaan item soalan dengan
menggabungkan unsur jawapan, gambarajah atau video. Objektif inovasi ini adalah untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menjimatkan masa dan kos
serta dapat menganalisis pencapaian pelajar untuk setiap topik yang diajar dalam masa yang
singkat. Tambahan pula, permainan ini boleh dijalankan dimana-mana sahaja selain di dalam
kelas. Semakin fokus dan minat pelajar terhadap pembelajaran, semakin mereka memahami
konsep-konsep matematik. Selain itu, pensyarah juga dapat menilai pengetahuan pelajar
berdasarkan analisis kandungan yang telah dibuat. Ini dapat membantu pensyarah dalam
mengenalpasti kelemahan pelajar mereka seterusnya memberikan lebih penekanan pada
topik tersebut.
76
MULTIPURPOSE STAND PISTON (MSP)
1Yufiza binti Yusof
2Normalina binti Husain
3Mohd Fared bin Mohd Arsyad
4Shahril Nizam bin Ramli
5Ahmad Kamil bin Zainun
[email protected]
Fasilitator: En Zulkifli bin Kamarudin
1Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak
ABSTRAK
Sewaktu pertandingan MyCCSkill Automotif yang diadakan pada tahun 2016 sehingga
tahun 2017 didapati bahawa tidak ada alatan khas yang sesuai kekita sesi ujian pengukuran
piston. Ini menyebabkan piston tersebut mengalami kerosakan yang agak ketara. Situasi ini
juga terjadi kepada pelajar-pelajar Multipurpose Stand Piston (MSP) ini di hasilkan bermula
daripada kesulitan yang dihadapi oleh pelajar Program Servis Kenderaan Ringan, khasnya
pelajar SKR 4. Pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan tugasan praktikal
merombak rawat kepala silinder yang melibatkan piston mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kebanyakan masa dihabiskan untuk membuka dan memasang ring piston, melakukan
penandaan kedudukan ring piston,membuat pengukuran piston dan memeriksa kelegaan ring
piston. Dengan wujudnya inovasi MSP ini, pelajar dapat menyelesaikan tugasan amali dengan
lebih cepat dan mudah serta mempercepatkan proses pengurusan pengajaran dan
pembelajaran secara amali di bengkel Automotif. Di samping itu inovasi ini akan menjadi
tanda aras kepada pensyarah-pensyarah unit Automotif dalam mencipta inovasi yang lebih
efektif dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
77
THREE PHASE GENERATOR TRAINER
1Krishnamoorthy A/L Govindarajalu
[email protected]
2Chandran A/L Maruthan
[email protected]
Zahidi bin Zamzuri
[email protected]
1Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
Model aplikasi 3-fasa arus ulang-alik ini dihasilkan untuk memperkukuhkan
pemahaman pelajar terhadap topik Penjanaan sistem 3-fasa kursus DET2033 semester 2
Diploma Kejuruteraan Elektrik. Pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada penjanaan sistem 3-
fasa dan bagaimana setiap fasa menghasilkan gelombang sinus dengan sudut 120o.
Pemahaman pelajar terhadap sistem 3-fasa adalah penting kerana penggunaan sistem 3-fasa
adalah meluas dan pelajar akan menjawab soalan final berkenaan topik ini. Pada masa yang
sama, pelajar juga didedahkan kepada idea inovasi dan boleh dijadikan sebagai projek untuk
mereka menghasilkan satu model yang lain mengikut kreativiti masing-masing.Pelajar dapat
melihat dengan lebih baik bagaimana sistem 3 fasa berfungsi dan perbezaan dengan sistem
1 fasa dalam bidang elektrik. Dengan penghasilan model sebegini, Proses pengajaran dan
pembelajaran ( P&P ) terutama dalam kursus DET2033 Electrical Circuit dapat meningkatkan
lagi keberkesanan pembelajaran. Inovasi P&P ini juga dapat memberikan dorongan terhadap
tahap motivasi serta faktor-faktor yang mempengaruhinya dan meningkatkan minat pelajar
terhadap kursus Electrical Circuit.
78
SETTING-OUT BOX
1Mohamad Norzamani bin Mat Daud
[email protected]
2Samihah binti Ngah
[email protected]
3Mariam Diyana binti Mohd Taha
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Setting Out atau pelarasan tapak merupakan salah satu skop kerja dalam bidang
kerja lapangan senibina. Setting Out merupakan kerja awalan penting sebelum kerja-kerja
pembinaan bangunan dimulakan. Ia juga bertujuan memastikan kedudukan garisan grid
dalam pelan bangunan dapat dipindahkan secara tepat ke tapak pembinaan agar bangunan
yang dihasilkan mengikut pelan asal. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar
mengetahui teknik-teknik Setting Out bangunan memandangkan industri pembinaan
merupakan keperluan yang utama selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu
metransformasikan industri pembinaan Negara. Setting Out Box merupakan satu inovasi
pemudahcara yang tidak melibatkan penggunaan peralatan canggih mahupun peralatan
elektronik. Inovasi ini dihasilkan bagi membantu mereka yang yang terlibat dalam industri
pembinaan dan yang berkaitan dimana ketepatan koordinasi garisan bersudut tepat sangat
kritikal. Setting out Building atau pelarasan tapak bangunan merupakan sebahagian daripada
modul Teknologi pembinaan yang dipelajari oleh pelajar semester pertama dan kedua Sijil
Teknologi Senibina. Pemahaman tentang kepentingan dan kebolehan pelajar menguasai ilmu
pelarasan tapak adalah amat penting agar kemahiran yang dipelajari didalam kolej dapat
dikembangkan ke alam pekerjaan nanti. Sehubungan itu, disamping kos penghasilannya yang
cukup minimum Setting Out Box ini juga direka bagi membantu para pelajar menguasai
kemahiran pelarasan tapak agar dapat memacukan lagi industri pembinaan Negara.
79
VR2AR@CC
1Nor Rusli bin Abu Bakar
2Muhamad Bukhari bin Othman
1Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan sektor digital berlaku dengan
pesat sekali. Penambahan integrasi penggunaan internet dalam industri telah mewujudkan
interaksi antara peranti-peranti elektronik ke tahap yang lebih meluas. Ini telah memberikan
satu petunjuk bahawa kita telah pun memasuki era revolusi perindustrian keempat (IR4.0).
Bagi bidang pendidikan, ianya turut perlu diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Kerajaan dan pihak berkepentingan sering kali memperkatakan tentang pentingnya untuk
bidang pendidikan turut berubah seiring dengan kepesatan teknologi dunia masa kini.
Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mengorak langkah
menyerapkan elemen IR4.0 iaitu dengan memperkenalkan penggunaan virtual reality (VR)
dan augmented reality (AR) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) program Diploma
Teknologi Senibina. Tercetusnya idea inovasi VR2AR@CC adalah daripada permasalahan
pemahaman pelajar terhadap model 3D terperinci bangunan. Seterusnya, satu kajian telah
diadakan bagi mengenalpasti kesediaan dan melihat penerimaan pelajar terhadap
penggunaan VR2AR@CC dalam proses PdP. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan
instrumen soal selidik yang berasaskan skala Likert. Hasil kajian mendapati semua pelajar
bersedia dan mendapati penggunaan VR2AR@CC adalah satu pendekatan pengajaran
baharu yang menarik serta dapat memudahkan pemahaman mereka. Penyelidik berharap
penggunaan elemen IR4.0 dapat ditingkatkan lagi dalam proses PdP di kolej komuniti.
Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR)
80
ArchRev
1Siti Nadia binti Muhammad Samsuddin
[email protected]
2Liew Foon Ching
fcliew @gmail.com
1Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
ABSTRAK
ArchDev adalah aplikasi mudah alih bidang senibina yang berfungsi sebagai asas
untuk panduan pengajaran dan pembelajaran. Senario semasa, pelajar bergantung kepada
kolej dan pensyarah untuk bahan pembelajaran seni bina seperti nota dan tutorial.
Permasalahan utama timbul apabila pelajar kehilangan nota yang diberikan atau gagal
menghafal maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan projek. Ini menimbulkan tekanan
yang tinggi kepada pelajar dan pensyarah kerana isu ini menyebabkan gangguan aliran kerja
projek. ArchDev mengguna semula maklumat dan perisian sedia ada untuk membuat aplikasi
mudah alih di mana pelajar senang untuk menyimpan dan mendapatkan nota seni bina. Oleh
itu, ArchDev merupakan satu penyelesaian yang optimum dalam permasalahan ini. Aplikasi
mudah alih ini telah diuji dengan 80 para pelajar seni bina di Kolej Komuniti Kuching untuk
kebolehgunaan dan kebolehpercayaan aplikasi ini. Hasilnya menunjukkan peningkatan dalam
prestasi kerja pelajar seperti ketepatan, pemahaman dan penyelesaian masalah. Pelajar juga
didapati lebih berkenyakinan dan mampu mengurangkan jangka masa dalam penyiapan
projek seni bina yang diberi. Justeru itu, ArchDev dipercayai mampu memberi impak besar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk bidang seni bina.
81
THE LLK - KIT PEMBELAJARAN PELABELAN
1Noorizyan binti Asimat
[email protected]
2Siti Nurhaslinda binti Damanhuri
[email protected]
2Sulaihah binti Dollah
[email protected]
1Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
ABSTRAK
Pembangunan dalam dunia pendidikan zaman ini lebih-lebih lagi di era dunia
Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memerlukan pensyarah lebih kreatif
dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Sehubungan itu, The LLK adalah salah satu
inisiatif sebagai alat bantuan mengajar bagi memudahkan pelajar Semester 1, Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) memahami subjek Pembungkusan dan
Pelabelan Makanan dengan lebih baik. The LLK adalah singkatan dari nama The Labelling
Learning Kit, atau Kit Pembelajaran Pelabelan Makanan. The LLK direka bagi memudahkan
pelajar jurusan SPK kolej komuniti memahami dan mempelajari konsep dalam subjek
Pembungkusan dan Pelabelan Makanan, SPK1033. Bagi sesetengah pelajar, topik ketiga
iaitu topik Pelabelan bagi subjek tersebut agak mengelirukan apabila mereka terpaksa
mengingati kedudukan yang sesuai bagi info-info penting dalam pelabelan mengikut Akta
Makanan 1985. Sehubungan itu, penghasilan The LLK ini dapat membantu pelajar kolej
komuniti khasnya untuk mengingati kedudukan info-info penting dalam label makanan dengan
betul.
82
KPTClik
1Syazwani bin Ahmad
[email protected]
2Norhayati binti Yahaya
[email protected]
1Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah
ABSTRAK
KPTClik ini merupakan satu gabungan E-learning dan QR code untuk bahan
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar pendidikan khas. Pembelajaran secara
maya dapat menarik minat pelajar berkeperluan khas ini lebih memahami sesuatu topik yang
di ajar. Selain itu pelajar pendidikan khas ini lebih cenderung menggunakan teknologi terkini
seperti telefon pintar yang mudah difahami. Sistem ini memudahkan pelajar untuk memuat
turun nota atau helaian kerja dengan mudah, pelajar tidak perlu risau jika tertinggal nota atau
hilang kerana dengan scan kod yang diberi pelajar akan mendapatkan semula nota yang
tercicir. Pelajar juga dapat dinilai secara maya melalui ruangan tugasan yang terdapat pada
KPTClik ini.Pelajar juga tidak perlu risau mengenai kekeliruan dalam pembelajaran dan boleh
mengajukan sebarang soalan kepada pensyarah, sekaligus dapat menyahut cabaran
pembelajaran abad ke 21 yang disarankan oleh kerajaan.
83
REKABENTUK SISTEM SOLAR FOTOVOLTAN
1Zarulrizam bin Ab Jalil
[email protected]
2Faizatul Noor binti Abu Bakar
[email protected]
3Zali bin Wahil
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Rekabentuk konfigurasi susunan fizikal panel solar, termasuk orientasi dan
tatasusunan sambungan antara modul merupakan antara elemen penting dalam fasa
merekabentuk sama ada untuk sistem solar fotovoltan tersambung grid (GCPV) atau sistem
solar fotovoltan mandiri (SAPV). Di samping merekabentuk laluan pendawaian konduktor,
pembumian dan topologi inverter serta pepasangan komponen BOS yang lain. Inovasi yang
dijalankan ini adalah berkaitan penggunaan perisian ‘HelioScope’ sebagai suatu aplikasi yang
membantu pengguna untuk melakar atau merekabentuk tatasusunan bagi pemasangan
sistem solar dengan lebih mudah dan menjimatkan masa dan kos. Aplikasi ini juga
memudahkan pengguna untuk menentukan hasil keluaran sistem dan melukis susun atur
panel yang padan di sesuatu kawasan seperti di atas bumbung tanpa menggunakan perisian
tambahan seperti Autocad. Selain itu, pengguna juga dapat merekabentuk sistem solar
dengan lengkap merangkumi rekabentuk elektrikal dan mekanikal yang diperlukan pada
sistem.
84
TYRE INFORMATION GUIDE (TIG)
1Salwa binti Anuar
[email protected]
2Ratna Andariena
3Nurul Shahira binti Mohd Kassim
1Kolej Komuniti Kelana Jaya, Selangor
ABSTRAK
Dunia pendidikan perlu mengadaptasi kaedah pengajaran baru selari dengan
perkembangan pantas teknologi. Alat bantu mengajar yang sesuai perlu diperkenalkan bagi
membantu pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu,
inovasi Tyre Information Guide (TIG) dibangunkan sebagai alat bantu mengajar yang
bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami pengetahuan asas dalam
bidang automotif. Berkonsepkan komunikasi visual dengan integrasi teknologi luasan realiti
(AR), TIG membolehkan pelajar mensintesis objek maya ke dunia sebenar secara nyata.
Dapatan penggunaan mendapati, inovasi ini bertindak sebagai medium yang memberikan
pengetahuan awal iaitu pre-knowledge sebelum amali sebenar dilaksanakan. Inovasi bersifat
kendiri dan interaktif ini bukan sahaja dapat membantu pensyarah menerangkan setiap
konsep yang diajar dengan lebih jelas dan cepat, malah dapat menarik minat pelajar untuk
turut aktif semasa sesi pengajaran berlangsung. TIG juga berfungsi sebagai medium
perkongsian ilmu bersama masyarakat khususnya sebagai panduan maklumat berkaitan
tayar kereta. Integrasi luasan realiti (AR) yang diterapkan TIG pula merupakan persediaan
mempersiap pelajar dengan penggunaan aplikasi teknologi disruptif selain memperkenalkan
masyarakat dengan kedatangan revolusi perindustrian 4.0.
85
MAGNATIC SMART NOTE V2 (KOMENTAR
PELANCONGAN BANDAR)
1Mastura binti Mahmud
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
Semudah namanya Magnatic Smart Note V2, pengguna hanya perlu membuka
helaian yang kecil Art Card Full Printed (260 gsm) 10x7 cm untuk melihat 30 lokasi sepanjang
laluan Kuala Lumpur serta fakta ringkas, gambar-gambar dan peta yang dilampirkan.
Kemudian, pengguna hanya perlu baca sepintas lalu, fahamkan laluan akan dilalui oleh coach
captain (bas persiaran) dan seterusnya mempraktikkan komentar di hadapan coach
persiaran. Magnatic Smart Note V2 yang ingin diketengahkan adalah nota ringkas yang
menjadi isi penting dalam penilaian Komentar Pemandu Pelancong disatukan dengan
gambar-gambar yang menarik serta peta laluan yang dilengkapi dengan elemen Augemented
Reality, rekabentuk yang ditambahkan dengan keychain sesuai dijadikan sebagai
cenderamata untuk pelancong. Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas Projek Inovasi
ini menunjukkan bahawa Inovasi Magnatic Smart Note dapat membantu meningkatkan
prestasi pelajar dalam melakukan aktiviti komentar. Oleh itu, diharapkan agar Projek Inovasi
ini memanfaatkan bukan sahaja pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat tetapi semua pengguna
terutamanya di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia tanpa membataskan tempat dan
jarak di mana sahaja mereka berada.
86
MyCkit
1Muhamad Azlin bin Ismail
[email protected]
1Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak
ABSTRAK
My Computer Learning Kits (MyCKIt) merupakan produk inovasi baharu yang
dibangunkan untuk membantu semua golongan komuniti untuk mempelajari asas
pemasangan sistem komputer dengan kaedah yang kreatif, inovatif dan penuh interaksi.
MyCkit menggabungkan perbagai kaedah pembelajaran kendiri yang mampu menarik minat
pengguna untuk mempelajari asas sistem komputer secara kendiri dan berkumpulan serta
sebagai alat bantu mengajar yang lengkap khasnya untuk guru & pensyarah . Set produk
inovasi ini menawarkan lima bahan pembelajaran iaitu kad nota Augmented Reality ( AR), set
amali AR, set aplikasilatihan bermagnet, poster AR dan gabungan set permainan popular
dengan teknologi AR. Konsep praktikal, menjimat masa, efektif, menarik dan bermotivasi serta
pembelajaran kendiri merupakan elemen yang diterapkan dalam inovasi ini. Gabungan 5
elemen dalam set ini mampu menawarkan konsep pembelajaran yang lebih dinamik dan
mengikuti arus teknologi semasa. Nota dan elemen permainan adalah unik dan bersifat
dinamik iaitu kandungan notanya boleh dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
Kata kunci: bermotivasi, dinamik, kendiri
87
INNOVATED AURA KIT
1Ho Swee Chin
ho_swee_chin @yahoo.com
1Kolej Komuniti Kluang, Johor
ABSTRAK
Pada zaman ICT ini, pengajaran dan pembelajaran boleh berlangsung secara
bersemuka atau secara maya melalui atas talian. Pembelajaran menjadi semakin mudah
khasnya setelah wujud kelas maya. Dalam projek inovasi ini, produk yang dibangunkan
adalah khusus kepada bidang solekan yang biasanya susah dijalankan secara maya.
Pembelajaran kendiri terhadap solekan mampu dijalankan jika ada alat bantu pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian. Pengajaran secara maya melalui capaian internet adalah
mustahak untuk merealisasikan proses pembelajaran kendiri. Jadi, kit ini dihasilkan untuk
membolehkan individu yang mula belajar solekan belajar kendiri pada masa kelapangan.
Selama ini adalah susah untuk mendapatkan model manusia bagi menjalani latihan solekan
untuk individu yang kurang mahir. Antara puncanya adalah kekangan dari segi ekonomi dan
masa. Selain itu, kerap melakukan latihan solekan pada muka seseorang adalah tidak sihat.
Untuk menguasai teknik solekan, pelajar perlu memahami bentuk muka, kening, mata dan
mulut serta nilai estetik secara menyeluruh. Kit ini bertujuan membantu pelajar membina asas
kefahaman terhadap solekan dengan gabungan teori, amali dan teknologi ICT. Maklumat-
maklumat yang dilampirkan dapat diperbahurui dengan berpandukan kepada teknologi terkini.
Methodologi pembelajaran dalam kit ini termasuk rujukan langkah demi langkah, latihan
melukis, mix & match bentuk kening, mewarna bayangan mata secara praktikal pada acuan
mengikut kadar kelajuan pembelajaran masing-masing tanpa melibatkan model manusia
pada permulaan. Hasil latihan dapat dihantar kepada pensyarah untuk penilaian melalui
teknologi e-pembelajaran .Pelajar yang telah membuat latihan praktikal solekan dalam kit ini
akan mempunyai tahap kemahiran dan keyakinan yang lebih tinggi untuk menyolek muka
manusia yang sebenar. Potensi pasaran terhadap kit ini adalah semua individu: perempuan
dan lelaki yang mula menceburi bidang solekan. Kit ini juga sesuai bagi pelajar yang ingin
belajar dalam kelas maya.
88
EASY HIGH FIDELITY MULTI AMPLIFIER ADJUSTMENT
AND MONITORING SYSTEM FOR LECTURER
1Mat Sazilin bin Ayub
[email protected]
1Kolej Komuniti Besut, Terengganu
ABSTRAK
Easy High Fidelity Multi Amplifier Adjustment And Monitoring System For Lecturer
adalah satu alat inovasi yang digunakan untuk mengawal amplifier dalam dewan yang
melibatkan penggunaan amplifier yang banyak. Penggunaan pencampur suara yang sedia
ada di pasaran hanya membekalkan 1 hingga 3 keluaran signal audio. Kebanyakan
penggunaan amplifier yang banyak hanya disambung secara selari. Sekiranya berlaku
kerosakan pada mana mana amplifier akan menyebabkan gangguan bunyi kepada amplifier
yang lain. Dengan menggunakan alat inovasi ini pensyarah yang menggunakan sistem audio
dewan utama kolej akan mudah untuk mengawal dan menilai kekuatan bunyi yang dihasilkan
oleh semua amplifier dan dengan mudah mengawal mengikut kesesuaian dewan semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat inovasi ini terbahagi kepada dua bahagian utama
iaitu pengasing suara dan penyah denyutan arus terus signal suara. Produk inovasi ini amat
bermanafaat kepada semua pensyarah Animasi 3D dan semua pensyarah yang
menggunakan sistem audio dewan yang menggunakan amplifier melebihi 3 pasang dan
mudah diselenggara kerana menggunakan komponen yang sedia ada di pasaran.
89
LOGIC GATE WHEEL
1Normadiah binti Mohamad
[email protected]
1Kolej Komuniti Jasin, Melaka
ABSTRAK
Logic Gate Wheel adalah bahan bantu mengajar yang direkabentuk untuk kegunaan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Litar Logik dalam kursus Asas Sistem
Digit (SSK 1023) program Sistem Komputer dan Rangkaian. Ia merangkumi 5 jenis simbol get
Logik (get tak, get dan, get atau, get tak atau dan get tak dan), litar bersepadu dan jadual
kebenaran yang telah dimasukkan dalam satu bulatan seperti roda. Inovasi Logic Gate Wheel
ini direkabentuk bagi membantu pelajar yang mengalami masalah untuk mengingati simbol
get logik, nombor kaki litar bersepadu serta sukar memahami jadual kebenaran setiap get
berdasarkan formula. Bagi mengatasi masalah tersebut juga, penggunaan kaedah akronim
telah dimasukkan ke dalam inovasi ini yang mana ianya boleh membantu pelajar untuk
memahami setiap get logik dengan mudah. Dengan penghasilan inovasi ini diharapkan dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap kursus Asas Sistem
Digit terutamanya di dalam topik Litar Logik.
90
KIT PENGHASILAN MEE KUNING (KPMKU)
1Noor Hasmy binti Md Yunos
[email protected]
2Khairul Anwar bin Nordin
[email protected]
1Haniza binti Hashim
[email protected]
1Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan Kit
Penghasilan Mee Kuning (KPMKu) yang digunakan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
KPMKu melalui proses inovasi dengan menggunakan motor pengayuh bagi memudahkan
pergerakan mengelek dan membentuk mee kuning. Operasi penggunaan mesin mee kuning
sebelum inovasi dijalankan adalah secara manual, iaitu perlu mengayuh pemegang mesin
tersebut menggunakan tangan. Operasi ini sedikit memenatkan dan tidak efektif. Justeru itu,
kajian tinjauan ini adalah untuk melihat sejauh mana inovasi ini memberi kesan kepada
pengguna dari segi penghasilan mee kuning pada masa kini. Kajian ini akan dilaksanakan
melalui pengedaran borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada pengajar dan
peserta Kursus Penghasilan Mee Kuning di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD).
Kelebihan kit ini ialah peserta tidak perlu memusingkan pengayuh ini secara manual lagi serta
mampu mengendalikan mesin dan bahan mee secara individu. Inovasi ini hanya perlu
mendapatkan motor untuk menggerakkan mesin mee kuning ini sahaja dengan kos yang
murah. Mesin ini juga sangat selesa digunakan oleh peserta dan pengajar, boleh mobile atau
tidak statik serta mampu dikomesilkan untuk kemudahan di Unit Kursus Pendek Kolej
Komuniti Bandar Darulaman. Selain itu, produk inovasi ini juga dicadangkan menjadi
sebahagian daripada kit demostrasi penghasilan mee kuning untuk UKP keluar menjalankan
tugasan pameran promosi KKBD.
Kata kunci: Mesin Mee Kuning, Motor, Kursus Pendek
91
THE USE OF SOCIAL MEDIA AS A MEDIUM TO TEACHING
AND LEARNING FOR MANUFACTURING PROCESS
SUBJECT
1Suyani binti Arifin
[email protected]
1Politeknik Muadzam Shah, Pahang
ABSTRACT
In this summarize report show the innovation on the use of social media as a medium
to teaching and learning for manufacturing process subject. In today situation, social media is
one of the most applications that uses by people to fast communicate with friends and also
the communication become more wide and interesting. Due to that, the implementation of
social media into teaching and learning method causing sharing the knowledge easier and
communicate faster. This manufacturing process course taken by two programs that is from
DRA and DRP. The main reason in creating this media social is for fast communication
regarding sudden changes between the lecturer and student. This media social also help for
student to understand more regarding the subject and for their preparation before class. This
also can help student gain interest and knowledge about manufacturing process. In this report
also shows some of the information that had been uploaded into the website and the update
in the twitter account. Having this type of medium to communicate with student help for better
interest about this subject and also reducing any of lack information with the student and
lecturer.
92
MENINGKATKAN KEMAHIRAN VISUALISASI PELAJAR
DALAM KURSUS ENGINEERING MECHANIC MELALUI
APPLIKASI MODEL 3 DIMENSI
1Myia Yuzrina Zalkis binti Ayol
[email protected]
2Leilawati binti Zakaria
[email protected]
1Mohd Suri bin Saringat
[email protected]
1Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Kemahiran visualisasi merupakan satu elemen penting bagi seseorang pelajar untuk
memahami subjek yang melibatkan tajuk 3 dimensi (3D). Terdapat ramai pelajar yang lemah
dalam kemahiran visualisasi sehingga menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk
mendalami beberapa topik yang diajar di dalam kursus Engineering Mechanic di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau. Masalah ini berlarutan sehingga menyebabkan
peratus kegagalan pelajar yang tinggi setiap semester bagi subjek ini. Maka, satu kaedah
model 3D diperkenalkan untuk menyelesaikan kesukaran para pelajar untuk memahami dan
mentakrif penggunaan penyelesaian masalah berkaitan 3D secara lebih tepat dan berkesan
terutamanya dalam kursus Engineering Mechanic. Selain keberkesanan kepada pelajar,
Model 3D yang dibangunkan ini juga amat memudahkan para pensyarah untuk memberi
penerangan berkaitan dengan tajuk yang melibatkan penggunaan paksi 3D. Kajian tinjauan
menunjukkan lebih 90 % pelajar telah bersetuju dan mengakui mereka dapat memahami apa
yang diajar oleh pensyarah di dalam kelas dengan lebih baik dan mudah. Manakala, hasil
temubual terhadap pensyarah yang mengajar dan menggunakan kaedah baharu model 3D
ini juga menunjukkan maklumbalas yang sangat positif dan bersetuju agar ianya
diperkenalkan secara lebih meluas dalam lain lain matapelajaran yang berkaitan analisis 3D.
Dapatlah disimpulkan bahawa kaedah baru model 3D yang diperkenalkan ini sangat
membantu para pelajar dan pensyarah berkaitan isu pemahaman analisis 3D secara lebih
baik. Maka, suasana pengajaran dan pembelajaran bertambah seronok dapat ditimbulkan
secara lebih berkesan disamping itu pembelajaran secara aktif juga dapat dilaksanakan.
Kata kunci: Kemahiran visualisasi, model 3D, Engineering Mechanic, pensyarah, pelajar.
93
MULTIPURPOSE APRONA
1Analiza Suria binti Mohd Yusof
[email protected]
2Jasni binti Rasul
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu
ABSTRAK
Produk Multipurpose Aprona ini diwujudkan bagi menyelesaikan permasalahan
sikap pelajar Jahitan Kreatif serta Fesyen dan Pakaian terhadap penyediaan alatan jahitan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bengkel. Pelajar yang terlibat adalah
10 orang pelajar dari program Jahitan Kreatif semester dua bagi sesi Julai 2018 manakala 29
orang pelajar dari Program Fesyen dan Pakaian semester 4 sesi Julai 2017. Objektif
menghasilkan produk Multipurpose Aprona ini bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar
dan pensyarah semasa proses PdP dan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengumpulan
data ini dibuat melalui edaran soal selidik serta pemerhatian. Dari segi pemerhatian
menunjukkan kelemahan pelajar membawa alat jahitan semasa PdP adalah 100%. Ini
disebabkan pelajar sentiasa berada dalam keadaan tidak bersedia. Selain itu, peralatan
jahitan juga sentiasa hilang dan tidak dibawa setiap kali mengikuti PdP di bengkel
terutamanya pelajar Jahitan Kreatif kerana mereka merupakan golongan orang kurang upaya
(OKU). Dengan adanya produk Multipurpose Aprona ini dapat membantu pelajar dan
pensyarah melaksanakan dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kemudahan ini amat memudahkan pelajar kerana dengan Multipurpose Aprona yang
dilengkapi poket-poket untuk simpan alatan jahitan utama seperti gunting, penentas jahitan,
jarum peniti, kapur jahit dan tali inci membantu pelajar untuk bertindak dengan lebih cepat
ketika pensyarah memerlukan sesuatu alatan jahitan utama untuk proses menjahit
seterusnya. Dengan keunikkan yang ada pada produk Multilpurpose Aprona ini adalah
berubah bentuk kepada beg cerut. Kegunaan beg cerut ini untuk memudahkan pelajar
menyimpan kertas pola atau fabrik yang melibatkan tugasan semasa dan senang di bawa ke
Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
Kata kunci: sikap, penggunaan alat jahitan, pengajaran dan pembelajaran (PdP)
94
TRUNKING ANGLE RULER (TAR)
1Nurzaima binti Mahmod
[email protected]
2Siti Fatimah binti Patkar
[email protected]
3Amir Hafizun bin Ab Rashid
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
TAR merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) direkacipta untuk membantu sesi amali
dan lebih menekankan aspek membantu dan memudahkan pelajar untuk memotong dan
membentuk trunking dengan cepat dan tepat. Sekaligus memantapkan kemahiran pelajar
dalam merekabentuk trunking mengikut sudut yang diperlukan seperti 45°, 90° dan 135° . Idea
inovasi ini tercetus apabila melihat pelajar mengambil masa yang lama dan sukar untuk
membentuk trunking semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Modul
Pendawaian Elektrik 1 Fasa dan 3 Fasa bagi Program Sijil Teknologi Elektrik. Oleh itu, TAR
sebagai alternatif pemudahcara pengajar untuk menerangkan cara merekabentuk trunking
dalam subjek Pendawaian Elektrik. Justeru itu, dengan adanya TAR pelajar dapat
menggambarkan dan mengurangkan kekeliruan untuk membentuk dan memotong trunking
mengikut sudut yang diperlukan.
95
SwiftSmart: SISTEM KESELAMATAN KENDERAAN,
APLIKASI INTERNET OF THINGS DI DALAM INDUSTRI
AUTOMOTIF
1Azhar bin Kamardin
[email protected]
2Khairul Anuar bin Idris
[email protected]
3Zulkifle bin Sukri
[email protected]
1Kolej Komuniti Gerik, Perak
ABSTRAK
Sistem keselamatan kenderaan semakin maju selari dengan teknologi yang semakin
berkembang maju. Kemajuan yang berkembang maju ini juga meningkatkan teknik kecurian
kereta digunakan. SwiftSmart adalah aplikasi yang cuba diperkenalkan untuk mengenalpasti
keadaan kenderaan walaupun kenderaan berada jauh daripada pemilik. Pemilik boleh
mengakses maklumat kenderaan menggunakan aplikasi atas talian menggunakan telefon
bimbit. Data pemilik disimpan di dalam cloud yang hanya boleh diakses oleh pemilik sahaja
dan jika berlaku pencerobohan terhadap kenderaan, pemilik akan dimaklumkan melalui
telefon bimbit. Pemilik juga boleh menjalankan tindakan susulan terhadap pencerobohan
kenderaan tersebut. SwiftSmart dibangunkan menggunakan papan utama mikro komputer
Raspberry Pi 3 model B. Pemilihan papan utama ini dipilih adalah kerana ianya digunakan di
dalam modul STM 3023 Internet of Things dan ianya mampu menjalankan banyak tindakan
dalam satu-satu masa berbanding papan utama yang lain. SwiftSmart digandingkan juga
dengan aplikasi Blynk kerana ianya menggunakan API berbanding aplikasi lain yang
menggunakan IP. Aplikasi Blynk boleh digunakan di dalam telefon yang mempunyai sistem
pengoperasian IOS dan Android. Teknologi IOT sedang pesat digunakan di dalam industri
pembangunan, kesihatan, automotif dan perkilangan. Pembangunan SwiftSmart adalah
bertujuan untuk membantu pelajar mengaplikasikan teknologi IOT di dalam industri automotif.
96
CONGKAK LANGUAGE GAME ~SCOOP, SEED & SPEAK!
1Catherine Nguoi Chui Lam
[email protected]
1Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
ABSTRACT
Games have great educational values. Besides creating a fun and learning
environment which can push learners to interact and cooperate, great games can also help
build communication skills in a fun and engaging way, particularly when the learners are
engaged in meaningful and communicative language use. This board game was thus
proposed as an alternative teaching and learning tool to facilitate the teaching of product
description. Scoop, Seed and Speak is inspired by a mancala game of Malay origin–
CONGKAK to facilitate students’ learning. A total of eighty (80) polytechnic students have
given their feedback after playing the board game developed. For perceived usefulness of the
game, it was reported that the game can help students in learning new vocabularies (96.3%),
describing the product (92.5%), motivating them to do the talking in English (93.8%),
increasing their confidence in speaking (93.8%), justifying their points (91.3%) and challenging
other players’ claim (91.2%). As for perceived enjoyment of playing the game, the game was
reported exciting and fun as the players were competing to be the winner of the game (97.5%),
they will never know which challenge card they will get (98.8%), exciting when they tried to
make justifications to present their point (92.5%), they can challenge other player's claim
(97.5%), learn some new vocabularies (97.5%) and they have to make a guess of the product
based on the clues given (96.3%). As for the improved version of the game, Augmented
Reality (AR) tool was used to help create a more interactive language learning environment.
Carefully prepared digital content was uploaded and displayed as the overlay. Players can get
the augmented reality experience while playing the game using a mobile app available on iOS
and Android. Therefore, this hybrid version of the board game has the advantage of allowing
learners to interact actively with the learning content and can ultimately facilitate the students’
learning.
97
M-CHEF JACKET
1Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin
2Rozanazirah binti Che Yahaya
3Muhammas Syafiq bin Mohamed Sahar
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Chef jacket atau baju kitchen mempunyai pelbagai jenis rekaan dan warna yang terjual
di pasaran terkini. Chef jacket berfungsi untuk melindungi diri agar tidak terkena secara
langsung dengan suhu panas contohnya dari steampot atau sinaran api dari stove. Material
chef jacket yang digunakan ialah TC Drill Fabric berwarna putih atau hitam yang tahan panas.
Inovasi ‘M-Chef jacket’ ini tercetus semasa melihat pakaian seorang tenaga pengajar sedang
sarat mengandung menjalankan kelas amali di bengkel. Oleh sebab bahagian perut yang
semakin membesar, chef jacket tidak lagi boleh dipakai kerana tidak boleh dibutangkan di
bahagian perut. Oleh itu, pakaian biasa yang kurang sesuai di bengkel dipakai bagi
menggantikan chef jacket. Solusi lain pula ialah terpaksa membeli sehelai chef jacket yang
bersaiz lebih besar supaya boleh dipakai sepanjang tempoh mengandung. Ia menyebabkan
kerugian kerana setelah melahirkan anak, chef jacket tersebut tidak lagi digunakan kerana
saiznya besar dan saiz badan telah kembali normal. Percubaan menghasilkan ‘M-Chef jacket’
dengan menggunakan chef jacket terpakai dijalankan bagi menentukan kesesuaian idea ini
agar produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dengan penghasilan
produk ini diharap tenaga pengajar yang sarat mengandung masih dapat memakai chef jacket
sebagai uniform harian untuk mematuhi etika keselamatan semasa berada dalam bengkel
atau dapur.
98