MEMBANGUNKAN JIG AND FIXTURE SEBAGAI ALAT
BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
1Farhanim binti Kamarudin
[email protected]
1Kolej Vokasional Klang, Selangor
ABSTRAK
Pembangunan jig & fixture sebagai satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)
merupakan satu idea untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus
MPI 7042 iaitu Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) dan MPI 8044 iaitu Projek Tahun Akhir (PTA 2).
Tinjauan serta kajian dibuat dengan menemuramah pelajar tahun 1 Diploma Teknologi
Pemesinan Industri yang akan mengambil projek PTA 1 dan PTA 2 pada semester 3 dan 4
rata-rata tidak mengetahui tentang projek berasaskan jig dan fixture. Tema jig dan fixture ini
telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang memenuhi ketrampilan
duty-task atau satu compentency unit (CU) di dalam NOSS bagi tahap 4 iaitu eksekutif cad /
cam. Justeru itu, sebagai tenaga pengajar yang terlibat di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran diploma telah mengambil inisiatif di atas masalah tersebut untuk
membangunakan jig dan fixture sebagai ABBM. Tiga jenis projek jig dan fixture telah
direkabentuk iaitu cylindrical vise, flexible vise dan adjustable cylinder block. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik yang menganalisis kefungsian jig dan fixture. Sampel 30
orang pelajar dari Program Teknologi Pemesinan Industri, terlibat dengan ujikaji kefungsian
jig dan fixture. Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti jig dan fixture yang telah
dihasilkan dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran kursus MPI 7042 iaitu
Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) dan MPI 8044 iaitu Projek Tahun Akhir (PTA 2).
99
KIT BLOK SUSUN ATUR TAPAK BINA
1Nor Harwati binti Ghazali
[email protected]
1Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan ianya tidak
pernah terhenti. Oleh itu ia seharusnya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa semakin
lama semakin berkembang seiring dengan arus kemajuan global. Oleh itu kaedah
pembelajaran tidak boleh terus berada di takuk yang lama ianya perlu diubah lebih-lebih lagi
sekiranya pelajar kurang berminat, suasana pembelajaran hambar dan pelajar menjadi
kurang cemerlang. Pensyarah mesti melakukan sesuatu untuk meningkatkan lagi mutu
pendidikan seperti inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kit Blok Susun Atur Tapak
Bina adalah sebuah Inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mengambil
pendekatan bermain sambal belajar. Ianya dilaksanakan sebagai suatu langkah
penambahbaikan bagi topik 2 Susun Atur Tapak Bina untuk Modul STP 2013 Binaan
Bangunan 1. Ianya adalah sebuah kelengkapan /perkakas blok mainan yang dilabelkan
dengan maklumat yang berkaitan dengan sebuah tapak pembinaan iaitu bahan-bahan
pembinaan yang terdiri daripada pasir, batu baur, simen, tetulang keluli, batu blok. Perkara-
perkara lain seperti perancah, kotakbentuk, stor peralatan, binaan sementara, laluan keluar
masuk, kantin, rumah pekerja, loji pembancuh konkrit dan sebagainya. Kit Blok Susun Atur
Tapak Bina ini perlu di susun atur sendiri oleh pelajar mengikut konsep dan undang-undang
sesebuah tapak bina. Permasalahan yang dihadapi di dalam topik ini sebelum ini adalah
proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan biasa-biasa sahaja iaitu
pensyarah menerangkan slide manakala pelajar hanya mendengar, melihat dan terdapat
beberapa sesi soaljawab di antara pelajar dan pensyarah. Penialaian pelajar dalam topik ini
juga kurang memuaskan. Oleh itu di harapkan dengan adanya inovasi Kit Blok Susun Atur
Tapak Bina menjadikan situasi pembelajaran lebih menarik dan berkesan kerana pelajar
bermain sambil belajar. Pensyarah juga mudah untuk memahamkan pelajar dan seterusnya
pelajar diharapkan mendapat markah yang cemerlang di dalam topik ini.
100
PLC TRAINING KIT
1Mohamad Afdzam bin Rahim
[email protected]
2Fadilah binti Mohamad Najuri
[email protected]
3Hidayah binti Tapri
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
Teknologi Programmable Logic Control (PLC) di dalam industri memberi pengetahuan
asas mengenai ciri-ciri PLC, bahasa pengaturcaraan, rekabentuk dan senggaraan.
Programmable Logic Controllers (PLC) adalah komputer elektronik yang mampu menyimpan
program, memproses maklumat dan mengatur proses sehingga terhasil output yang
dikehendaki tetapi akan wujud masalah jika pelajar tidak dapat menguasai penggunaan
Programmable Logic Controllers (PLC) dengan baik. Programmable Logic Controllers (PLC)
merupakan subjek berasaskan praktikal yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan
pendawaian perkakasan. Antara masalah yang timbul adalah proses pembelajaran dan
pembelajaran tidak berjalan lancar disebabkan kefahaman pelajar terhadap Programmable
Logic Controllers (PLC) tidak dapat disampaikan dengan baik, perkakasan yang tidak teratur,
dan pembaziran kabel ketika membuat pendawaian perkakasan. Bagi mendapatkan
kefahaman pelajar secara maksimum serta membantu meningkatkan produktiviti pensyarah
dalam menjalankan tugas, penyusunan perkakasan yang lebih teratur dan penjimatan
penggunaan kabel wujudnya idea untuk menghasilkan PLC training kit. PLC training kit ini
berbentuk kotak bersaiz 40cm X 40 cm yang diperbuat daripada papan lapis berketebalan
3mm dan mempunyai pemegang supaya mudah dibawa dan disimpan. PLC training kit juga
bersifat ready to use dan boleh dibawa kemana sahaja. Inovasi ini disertakan dengan user
manual yang mudah difahami oleh pengguna baharu. Antara cadangan penambaikan inovasi
ini adalah menambah fungsi PLC training kit dengan meletakkan bahagian penyimpanan
kabel dan alatan tangan supaya lebih tersusun dan mudah dicapai disamping menarik
semasa penggunaan PdP yang lebih kondusif didalam kelas.
101
APLIKASI LEARN WIRELESS
1Fazilah binti Ismail
[email protected]
1Politeknik Muadzam Shah, Pahang
ABSTRAK
Perkembangan teknologi terkini yang pesat merupakan cabaran dalam mewujudkan
pembelajaran yang lebih berkesan dan seiring dengan kepesatan teknologi tersebut.
Pembangunan aplikasi mudah alih menjadi satu transformasi dalam meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam pembelajaran tanpa batasan waktu dan lokasi
pembelajaran. Aplikasi berasaskan android yang bertajuk Learn Wireless telah dibangunkan
bertujuan meningkatkan pengetahuan teori pelajar serta memberi impak yang positif dalam
penguasaan teori pelajar. Antaramuka aplikasi ini yang interaktif akan memberikan gambaran
yang lebih menarik dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam topik yang dipelajari.
Aplikasi ini dibangunkan dengan mengunakan perisian Android Studio kerana platform
android menyediakan satu platform terbuka dan diguna pakai oleh pengguna yang pelbagai
peringkat umur. Aplikasi ini boleh mengembangkan proses pembelajaran mereka tanpa perlu
terikat oleh lokasi serta boleh dibawa kemana sahaja. Aplikasi ini telah dilakukan pengujian
kepada pelajar ternyata mampu meningkatkan motivasi pelajar dalam meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan mereka.
Kata kunci: Aplikasi mudah alih, platform android, inovasi pendidikan
102
ENGINE STARTER SYSTEM MONITORING
1Mohd Amirul bin RamIan
[email protected]
1Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRAK
Kemajuan dalam teknologi telah menambahbaik pelbagai bidang sehingga tercetus
pelbagai inovasi untuk menambahbaik keperluan dalam pekerjaan. Kecangihan teknologi
telah membawa kepada usaha penghasilan alat bantuan yang mudah dan bercirikan
keselamatan dalam bengkel servis kenderaan. Objektif kajian ini dijalankan bagi tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk pengujian Engine starter dalam subjek SKR 4202
Penyelenggaraan Sistem Elektrik Enjin. Dengan menggunakan ESSM dalam PdP, risiko
kemalangan terhadp pengujian (pelajar dan pensyarah) dapat dielakkan, spark atau percikan
api dapat dilenyapkan dan masa PdP dapat dijimatkan. Tahap kefahaman pelajar turut
meningkat kerana mereka dapat memahami dengan jelas bagi setiap ujian yang dijalankan
oleh pensyarah dengan menggunakan ESSM. Peserta yang dipilih terdiri daripada 5 orang
pelajar yang terlibat dalam bengkel dan sesi PdP SKR 4202 Penyelenggaraan Sistem Elektrik
Enjin. Diharapkan, dengan penggunaan ESSM ini mampu menyumbang kepada kemajuan
dalam bidang pendidikan khususnya dan dalam bidang automatif secara tidak langsung.
103
PEMBUBARAN PERNIKAHAN : THE EASY WAY
1Nurul Ezza binti Tumiran
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
ABSTRAK
Pembubaran Pernikahan : The Easy Way merupakan projek inovasi yang
mengandungi nota-nota ringkas dan gambar-gambar menarik yang dimuatkan dalam aplikasi
telefon mudah alih. Idea ini timbul apabila berlaku kemerosotan dalam skor markah CLO
(Course Learning Outcomes) dan PLO (Programme Learning Outcomes) dalam topik
pembubaran pernikahan. Pensyarah juga berhadapan dengan masalah untuk menerangkan
dengan kaedah yang berkesan apabila para pelajar berhadapan dengan isu kekeliruan istilah-
istilah bahasa Arab yang kerap digunapakai dalam pembelajaran yang melibatkan topik
pembubaran pernikahan. Ciri-ciri yang ada pada aplikasi ini adalah ia memiliki nota ringkas
dan padat dilengkapi dengan kuiz, contoh bergambar yang menarik dan bersesuaian dalam
setiap kaedah pembubaran pernikahan. Ia juga boleh dan mudah diakses dimana sahaja
berbanding menggunakan kaedah nota yang dicetak pada kertas. Oleh itu, diharapkan agar
projek inovasi Pembubaran Pernikahan : The Easy Way ini dapat dimanfaatkan oleh semua
pelajar dan pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam 2.
104
DRAFTING POCKET BOOK
1Mariam Diyana binti Mohd Taha
[email protected]
2Joehari bin Abdul Tolib
[email protected]
1Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
ABSTRAK
DRAFTING POCKET BOOK adalah aplikasi mudah alih yang mempunyai informasi
berkaitan subjek lukisan kerja. Informasi yang terkandung dalam aplikasi mudah alih ini adalah
saiz struktur dan komponen bangunan bagi menghasilkan lukisan kerja. Aplikasi ini dicipta
khas bagi pelajar senibina yang sedang menjalani sesi p&p mahupun yang sedang menjalani
sesi latihan industri. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan bagi mereka yang mencari
maklumat berkaitan ukuran asas pembinaan. Oleh kerana, pelajar kerap bertanya mengenai
saiz struktur & komponen bangunan ketika sesi p&p mahupun ketika sesi latihan industri,
DRAFTING POCKET BOOK aplikasi mudah alih ini dicipta bagi mengatasi masalah keraguan
pelajar berkaitan lukisan kerja. Ia juga merupakan sumber rujukan bagi ukuran apabila pelajar
melakukan lukisan berbantukan komputer ‘AutoCAD’. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan
kombinasi google spreadsheet dan appsheet. Aplikasi ini telah membantu banyak pelajar Sijil
Teknologi Senibina semasa di Kolej terutamanya semasa latihan industri. Aplikasi ini pada
masa hadapan boleh di integrasikan dengan keupayaan ‘chat’ dan catatan nota.
105
CC SISWA
1Nurul Nadiah binti Tukirin
[email protected]
2Shaheela binti Abu Bakar
[email protected]
3Khairul Zulfaqar bin Mohd Salim
[email protected]
1Kolej Komuniti Kluang, Johor
ABSTRAK
Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia semakin berkembang pesat kini.
Penggunaan komputer, telefon pintar untuk melayari internet bukanlah sesuatu perkara yang
asing bagi masyarakat di Malaysia khususnya para pelajar dan pensyarah di Kolej Komuniti.
Pemberian bahan pembelajaran seperti nota dan tugasan melalui kertas secara terus didalam
kelas adalah tidak begitu relevan. Pekara ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran
kewangan malah turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Bahan-bahan
pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah berkemungkinan akan hilang dan sukar untuk
pelajar membuat rujukan pada masa akan datang.Laman seswawang CC SISWA
dibangunkan khusus untuk pensyarah dan pelajar di Kolej Komuniti Kluang. CC SISWA
dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan CSS beserta Jawa
Script. Aplikasi yang digunakan untuk membangunkan laman sesawang ini adalah percuma
iaitu Notepad, Dropbox dan hosting 000webhost. Fail-fail dihubungkan menerusi Dropbox
bagi menjamin keselamatan fail tersebut daripada virus. Dengan laman sesawang ini, pelajar
dapat memuat turun nota dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi setiap kursus pada
bila-bila masa. Turut disediakan adalah takwim akademik pelajar bagi memudahkan pelajar
merujuk aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti Kluang. Dapatan awal dari temubual
dikalangan pelajar menunjukan penggunaan laman sesawang CC SISWA dapat
menyelesaikan 80% masalah yang berkaitan dengan bahan P&P. Ini menunjukkan CC
SISWA sangat relevan untuk digunakan oleh pensyarah dan pelajar di Kolej Komuniti Kluang
atau mungkin juga di Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Kata kunci: e-pembelajaran, CC SISWA, bahan P&P, internet, Dropbox, Kolej Komuniti
106
PLANNER@KK
1Suriati Binti Ahmad
[email protected]
2Nor Akmal Binti Mohamad
[email protected]
3Azliza Binti Yusop
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Planner @KK ialah buku catatan harian dengan tarikh yang mengandungi takwim
sepanjang tahun yang turut merangkumi takwim pembelajaran dan pengajaran (PdP) di Kolej
Komuniti. Ia juga berfungsi sebagai catatan perancangan dan pelaksanaan seharian program
pelajar Kolej Komuniti. Telah diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.Turut dimuatkan
kata-kata motivasi dan sinopsis program Be$mart yang dianjurkan oleh CIMB Foundation
sebagai sokongan terhadap Planner@KK. Fokus kajian ini adalah untuk mencari
keberkesanan sejauhmana penggunaan Planner@KK membantu proses PdP dalam usaha
pelajar-pelajar menyediakan tugasan dan laporan yang baik mengikut standard yang
dikehendaki. Sebanyak 60 borang penilaian telah diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Kuantan. Hasil dapatan pelajar-pelajar terhadap Planner@KK ini melalui borang
maklumbalas adalah sistematik dimana 95% membantu pelajar dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PdP dengan baik dan penuh motivasi. Efisien 97% membantu pelajar
menjalani kehidupan sebagai pelajar Kolej Komuniti dengan dengan lebih peka melalui
peringatan tarikh penting untuk kecemerlangan dan 97% keperluan pasaran adalah satu
peluang yang baik untuk melebarkan pasaran produk untuk manfaat pelajar Kolej Komuniti
seluruh Malaysia. Di harapkan dengan terhasilnya Planner@KK ini akan memudahkan lagi
proses pembelajaran yang cekap, tepat dan efisyen. Ianya juga membantu proses PdP di
Kolej Komuniti berjalan lancar. Planner@KK ini juga boleh memudahkan semua pihak;
penambahbaikan dari inovasi sebelum ini mudah dibawa kerana di cetak dalam saiz handy,
menjimatkan masa, penggunaan kertas yang minima dan menjadikan proses PdP lebih
menarik dan berkesan. Secara tidak langsung, menimbulkan minat pelajar untuk mengurus
pengurusan harian dengan adanya Planner@KK, segala kegiatan dapat dilakukan secara
tertib dan teratur sesuai mengikut tahap-tahap petunjuk prestasi yang diperlukan.
107
108
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. BUKU LOG KEWANGAN Politeknik 112
Melaka, Melaka
Hilmun binti Mohamed
Nurul Mulia binti Ismail Politeknik 113
Masliza Idani binti Mahmood Merlimau, Melaka
2. INOVASI ‘TEPUNG SEGERA GEBU’ Politeknik 114
Merlimau, Melaka 115
Mohd Razali bin Hasam
Rosnaimah binti Mohamed Yunos Politeknik
Suhaila binti Mat Nor Merlimau Melaka
3. ALERT ME HELMET Kolej Komuniti 116
Bandar Penawar, 117
Mohd Firdaus Mustakim bin Yahya
Johor
4. FORMULA BAHARU BAGI MENGUKUR KADAR
PENCAHAYAAN SIANG DENGAN Kolej Komuniti
MENGGUNAKAN TELAGA CAHAYA DALAM Bera, Pahang
RUMAH TERES SATU TINGKAT
Kolej Komuniti 119
Ts. Amran bin Atan Masjid Tanah
PM Dr. Nik Lukman Nik Ibrahim
Kolej Komuniti 120
5. CAREER GUIDE KIT Sabak Bernam
Angela Ong Shiau Fei
Surayah binti Ab Rahmad
6. FIVE MI
Nurul Huda binti Mahasan
Mardhiah binti Mohd Zain
Suganti a/p Eallangov
7. MODEL R.O.S.S - LALUAN PERKEMBANGAN
KERJAYA PELAJAR TVET
Ahmad Rosli Mohd Nor
Mohamad Sattar bin Rasul
Anuar bin Mohd Ali
8. SMART CUTTING MAT
Muhaini binti Osman
Normalis binti Masud
109
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. EZY TAHARAH KIT Kolej Komuniti 121
Kuala
Faridah binti Mustaffa
Faridah binti Mohamad Terengganu
Maziah binti Muda
10. TEPUNG KULIT PISANG (BANANA SKIN FLOUR) Kolej Komuniti 122
Chenderoh,
Mohamad Hapiz Abdul Rahman Pahang
Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi
Ahmad Humaizi bin Hussin
11. MOBILE KIT : MANAGING EMOTIONS Kolej Komuniti 123
Kemaman 124
Suzila Yusof 125
Norlaili Abdullah Kolej Komuniti 126
Hulu Selangor 127
12. MYSK : SOLAT- KIT FOR THE ADVENTUROUS
TRAVELLER Kolej Komuniti
Ledang, Johor
Norain binti Md Khamijah
Zubir Asadi bin Mohamad Kolej Komuniti
Maslina binti Abd Rahim Tampin, Negeri
13. PERSONAL SOLVING CARD Sembilan
Zarina binti Samin Kolej Vokasional
Nur Angriani binti Nurja Datuk Seri Abu
Khairul Aizal bin Osman
Zahar Isnin
14. JAMU CEWEK
Siti Aminah Mohd Lazim
Jalilah Ali
Sharida Baharudin
15. SERBUK PERISA ‘I’RASA’ TANPA BAHAN
PENGAWET DAN MONOSODIUM GLUTAMATE
(MSG) YANG CEPAT, ENAK DAN SIHAT
Mohd Syazrin Radzuan,
Norsahida Mohammad Razali
Wan Salmiah Wan Ruslan
110
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
16. AKSES MUDAH - LATIHAN INDUSTRI KOLEJ Kolej Komuniti 128
KOMUNITI (AMLIKK) Teluk Intan ,
Noorlinda binti Bundawa Perak
Nur Sabrina binti Mohd Tahar
Kolej Komuniti 129
17. HOMEMADE CHOCOLATE SYRUP DURIAN Kuala Pilah,
FLAVOUR
Negeri Sembilan
Norzita Suzalin bBinti Mohd Ali
Farah Zurin binti Salleh
Wan Zara Natasha binti Wan Mohd Isa
18. TRAFFIC SAFETY BOARD Kolej Komuniti 130
Sabak Bernam,
Dzul Fitry bin Ismail
Norawati binti Masro Selangor
Mohd Syaufiq bin Dolmat
19. DURIOS MADNESS & DURIOS CRACKER Kolej Vokasional 131
Mohd Nazly bin Abd Hamid Kuala Selangor,
Selangor
20. PENGHASILAN INSTANT PASTE MASAK LEMAK Kolej Komuniti 132
TEMPOYAK Chenderoh,
Perak
Mohd Mohadir bin Harun
Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman
111
BUKU LOG KEWANGAN
1Hilmun binti Mohamed
[email protected]
2 Nurul Mulia binti Ismail
[email protected]
3 Masliza Idani binti Mahmood
[email protected]
Politeknik Melaka, Melaka
ABSTRAK
BUKU LOG KEWANGAN (BLK) dapat membantu memudahkan golongan peniaga
dan penjaja dalam menguruskan rekod kewangan masing-masing. Buku Log Kewangan juga
dilihat dapat membantu kebuntuan para peniaga dan penjaja dalam menguruskan kewangan
perniagaan. BLK yang dibangunkan ini boleh diguna pakai oleh individu atau entiti yang tidak
terikikat dengan penyediaan rekod kewangan seperti yang digariskan oleh MASB. Inovasi ini
adalah satu mekanisme perekodan yang mudah, bersistem dan efisien. Hasil daripada
penggunaan BLK didapati tahap kemahiran pengguna berjaya ditingkatkan, serta mencapai
90% kepuasan pengguna terhadap kaedah yang dihasilkan oleh BLK. Selain itu pengguna
BLK juga bersetuju agar BLK mengembangkan penggunaan kepada peniaga yang lain. BLK
memberi impak kepada peningkatan dalam aspek kecekapan dalam aspek merekod
kewangan harian, mingguan dan bulanan, selain meningkatkan kawalan dalaman asas
penyimpanan rekod dokumen. BLK telah berjaya menjimatkan kos, masa dan tenaga dalam
merekod kewangan kerana produk inovasi ini menyediakan platform merekod transaksi yang
biasanya direkodkan di dalam buku catatan pertama. Menerusi penggunaan BLK, kekukuhan
aliran tunai kewangan dapat dinilai bagi membantu menjamin keberlangsungan perniagaan
dan seterusnya meningkatkan potensi perniagaan di masa hadapan. Secara tidak langsung,
ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup peniaga kecil yang turut menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara.
Kata kunci:BLK, Rekod Kewangan, Peniaga kecil,
112
INOVASI ‘TEPUNG SEGERA GEBU’
1Mohd Razali bin Hasam
[email protected]
2Rosnaimah binti Mohamed Yunos
[email protected]
3Suhaila binti Mat Nor
[email protected]
Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Tepung gandum memainkan peranan penting terutamanya kepada golongan orang kurang
masa dalam menyediakan kudap-kudapan . Namun, menghasilkan kudap-kudapan ini penuh
dengan cara dan bahan penyediaan memerlukan lebih dari lapan (8) langkah yang dan
mengambil masa yang panjang. Proses yang panjang ini menyebabkan sebahagian daripada
mereka tidak mampu menghasilkan kudap-kudapan untuk keluarga mengikut selera terutama
kepada wanita berkerjayaTepung dan bahan yang diperlukan sangat sukar untuk digunakan
dan langkah penyediaan yang mengambil masa yang agak lama. Produk inovasi “Tepung
Segera Gebu“ adalah gabungan daripada perkataan Tepung Segera dan Gebu yang
membawa maksud tepung segera yang mempunyai tekstur yang halus dan putih serta bersih
untuk menghasilkan makanan kudap-kudapan seperti cucur, tempura, pisang goreng dan lain-
lain dengan mudah. Produk ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna yang mengalami
masalah dalam menyediakan makanan segera. Selain itu, produk ini dilihat mempunyai
potensi untuk dipasarkan. Hal ini disebabkan produk yang bersaing dalam memasarkan
tepung-tepung yang lain, hanya boleh digunakan untuk satu jenis makan sahaja contohnya,
tepung cucur, tepung ayam goreng dan lain-lain lagi. Dengan adanya produk inovasi “Tepung
Segera Gebu “ ini boleh digunakan dalam semua masakan bergoreng seperti cucur goreng,
tempura, pisang goreng dan lain-lain serta memudahkan pengguna yang mengalami masalah
untuk menghasilkan makanan kudapan dengan mudah. Dengan adanya produk “Tepung
Segera Gebu“ ini, dapat menjimatkan masa dan memudahkan cara pembuatan makanan
kudapan.
113
ALERT ME HELMET
1Mohd Firdaus Mustakim bin Yahya
[email protected]
Politeknik Merlimau, Melaka
ABSTRAK
Alert Me Helmet adalah satu alat keselamatan untuk membantu penunggang
motosikal mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Selain daripada itu, sebab memilih
produk inovasi ini kerana mengikut perkembangan teknologi pada masa kini. Perkembangan
dunia teknologi yang pesat pada masa kini mampu menarik perhatian pengguna dan mampu
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pengguna. Pengguna akan mudah tertarik kepada
produk baharu dan canggih sekali gus mampu meningkatkan kesedaran kepada diri
pengguna itu sendiri. Matlamat yang ingin dicapai ialah mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya yang melibatakan penunggang motosikal. Ia mengenengahkan konsep
keselamatan yang ditambah baik dengan topi keledar yang sedia ada. Aalatan elektrik yang
diguna pakai dalam penghasilan Alert Me Helmet ini ialah lampu LED ,Buzzer, dan PIR
Sensor.Alert Me Helmet ini dicipta dengan meletakkan ciri-ciri keselamatan yang mampu
menyedarkan pengguna pemandu jalan raya yang lain bahawa terdapat motosikal yang
berada di jalan tersebut. Alert Me Helmet direka dengan meletakkan lampu LED di bahagian
kanan dan kiri topi keledar tersebut serta bunyi yang menandakan bahawa terdapat
kenderaan di bahagian belakang motosikal tersebut. Tambahan lagi,topi keledar ini akan
menyala dengan sendiri apabila dalam keadaan gelap sekali gus sangat berguna bagi
penunggang pada waktu malam atau gelap.
114
FORMULA BAHARU BAGI MENGUKUR KADAR
PENCAHAYAAN SIANG DENGAN MENGGUNAKAN
TELAGA CAHAYA DALAM RUMAH TERES SATU TINGKAT
1Ts. Amran bin Atan1
[email protected]
2PM Dr. Nik Lukman Nik Ibrahim2
[email protected]
Politeknik Merlimau Melaka
ABSTRAK
Keselesaan dalaman sesebuah rumah turut bergantung kepada pencahayaan siang
yang baik. Oleh itu, bukaan pada bangunan memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi keberkesanan taburan pencahayaan siang di ruang dalam. Selain tingkap,
elemen yang biasa digunakan dalam rumah teres untuk pencahayaan semulajadi adalah
telaga cahaya. Kajian ini membentangkan mengenai tahap penerimaan penghuni ke atas reka
bentuk telaga cahaya di Taman Sejati Merlimau, Melaka. Kajian ini turut mengenal pasti
tipologi telaga cahaya yang asal dan yang diubah suai serta merumuskan formula baharu bagi
mengukur kadar keselesaan pencahayaan siang bagi telaga cahaya. Kajian eksperimental
turut dilaksanakan ke atas pelbagai reka bentuk telaga cahaya. Kajian terhadap telaga cahaya
terbahagi kepada dua kaedah. Kaedah pertama adalah kajian lapangan yang terdiri daripada
pemeriksaan visual bangunan dan kajian soal selidik terhadap penghuni. Kaedah kedua pula
adalah simulasi pencahayaan siang menggunakan perisian Integrated Environmental Solution
– Virtual Environmental (IES-VE)6.0. Sampel kajian lapangan terdiri daripada 150 buah rumah
teres setingkat kos sederhana rendah di Taman Sejati Merlimau, Melaka. Dalam kajian
lapangan beberapa tipologi telaga cahaya telah dikenal pasti dalam kajian seperti; TC1
terbuka (rekabentuk asal), TC2 berbumbung sudut dengan satu sisi terbuka, TC3
berbumbung sudut dengan dua sisi terbuka dan TC4 berbumbung tutup penuh. Dalam kajian
ini beberapa tipologi telaga cahaya telah dikenal pasti dan keberkesanannya dalam
pencahayaan siang telah diuji melalui simulasi IES-VE. Analisis regression telah dilaksanakan
bagi mencari korelasi di antara pengukuran yang diperolehi melalui simulasi dan pengiraan
berdasarkan formula pencahayaan siang oleh Littlefair. Daripada analisis ini beberapa formula
ringkas telah dirumuskan untuk pencahayaan siang bagi telaga cahaya rumah teres satu
tingkat. Formula ringkas tersebut boleh dijadikan panduan mudah bagi membantu para
arkitek, jurutera dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Jasin) bagi mengira kadar
pencahayaan siang untuk reka bentuk telaga cahaya yang berbeza.
115
CAREER GUIDE KIT
1Angela Ong Shiau Fei1
[email protected]
2Surayah binti Ab Rahmad2
[email protected]
Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
ABSTRAK
Career Guide Kit adalah satu sistem yang dihasilkan untuk membantu pengguna
sistem ini mebuat pilihan kerjaya sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja makan gaji
atau mengendalikan perniagaan sendiri. Menerusi sistem ini, pengguna akan didedahkan
dengan kos lepas yang perlu dipertimbangkan bagi setiap alternative pilihan kerjaya yang ada
Ia dapat memberi pengetahuan asas kepada para pelajar tentang teori kos pengeluaran dan
menunjukkan bagaimana jumlah hasil, jumlah kos dan untung rugi dikira dalam modul
ekonomi. Sistem ini dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Excel. Sistem ini boleh
digunakan secara offline. Penghasilan dan penggunaan sistem ini tidak akan menghasilkan
pencemaran yang boleh mengugat alam sekitar, malah menjimatkan masa, kos dan tenaga
pengguna. Sistem ini merupakan satu inovasi yang tiada lagi ditemui di pasaran. Keunikan
sistem ini terletak pada kemampuannya untuk menjana keputusan buat pengguna setelah
mengambil kira kos dan manfaat dari pelbagai aspek ekonomi.
116
FIVE MI
1Nurul Huda binti Mahasan1,
[email protected]
2Mardhiah binti Mohd Zain2,
[email protected]
3Suganti A/P Eallangov3,
[email protected]
Kolej Komuniti Bera, Pahang
ABSTRAK
Cetusan idea FIVE Mi terhasil daripada penghasilan produk nilai tambah (value –
added product) berasaskan ikan dan sayuran (Moringa) dalam satu hidangan. Nama inovasi
diinspirasikan daripada perkataan Fish dan Vegetable menjadikan FIVE Mi. Mi ini diadun
dengan menggunakan tepung berprotein tinggi , isi ikan, sayur Moringa dan garam. Warna
hijau mi adalah warna asal sayur Moringa. FIVE Mi dikeringkan untuk mengekalkan
kandungan nutrisi protein dan serat dari ikan dan sayur sekaligus memanjangkan jangka
hayat mi untuk dimakan. Penggunaan isi ikan dalam inovasi ini adalah disebabkan dengan
ekonomi setempat yang mengutamakan penternakan ikan air tawar sepanjang hilir Sungai
Pahang sekaligus menepati niche area komuniti setempat di daerah Bera. Penternakan ikan
air tawar ini menawarkan hub perniagaan bagi ikan tilapia, patin dan sebagainya bagi
penduduk setempat. Oleh itu, untuk meluaskan pasaran ikan air tawar, FIVE Mi dihasilkan
untuk dijadikan produk makanan yang tinggi protein dengan tambahan sayur bernutrisi
sebagai makanan on the go kepada semua golongan pengguna. Mi ini diadun dengan
menggunakan tepung berprotein tinggi , isi ikan, sayur moringa dan garam. Rakyat Malaysia
dikesan semakin kurang mengambil sayur-sayuran dan protein dalam sajian seharian
walaupun ia antara nutrisi penting bagi kesihatan badan. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015, nisbah rakyat Malaysia yang mengambil
sayuran dan buahan adalah 1:15 dan kira-kira 6 % sahaja berbanding 7.5 % pada 2011.
Penggunaan sayur Moringa dalam inovasi FIVE Mi ini adalah disebabkan oleh khasiatnya
yang sangat tinggi yang mana vitamin A yang lebih tinggi dari lobak merah, lebih banyak zat
besi dari bayam,lebih banyak vitamin C dari limau,lebih banyak kalsium dari susu,lebih banyak
potassium dari pisang dan kualiti proteinnya setanding dengan telur dan susu. Tiada lagi
produk berasaskan mi yang mengandungi sayur dan ikan di pasaran yang menyebabkan
tercetusnya idea FIVE Mi ini untuk memenuhi keperluan nutrisi makanan untuk semua
117
golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak yang tidak gemar mengambil sayur-sayuran
dan ikan.
Kata kunci: Mi, isi ikan, moringa
118
MODEL R.O.S.S - LALUAN PERKEMBANGAN KERJAYA
PELAJAR TVET
1Ahmad Rosli Mohd Nor
[email protected]
2 Mohamad Sattar bin Rasul
[email protected]
3Anuar bin Mohd Ali
[email protected]
Kolej Komuniti Masjid Tanah
ABSTRAK
Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang memerlukan bimbingan dan
tidak boleh dibiarkan berkembang tanpa sebarang pedoman terutama bagi individu yang
berpencapaian sederhana. Justeru Laluan Perkembangan Kerjaya sangat kritikal kepada
pelajar teknikal dan vokasional (TVET) demi masa depan kerjaya mereka. Seramai 15 orang
responden yang terdiri daripada lulusan kolej komuniti yang telah berjaya dalam karier mereka
dan mempunyai pendapatan tinggi telah dilibatkan dalam pembinaan model ROSS ini. Inovasi
ini dibangunkan menggunakan Teknik Delphi dan dijalankan sebanyak dua pusingan bagi
mendapat kesepakatan dalam pembentukan profil, indikator dan faktor kritikal perkembangan
kerjaya lulusan TVET ini. Analisis Fuzzy Delphi telah digunakan bagi menentukan tahap
kesepakatan yang tinggi dalam kalangan panel pakar. Analisis Fuzzy Delphi menggunakan
Pernomboran Segi tiga Fuzzy dan proses Defuzzification yang melibatkan penggunaan nilai
treshold (d) dan konsensus kaedah Delphi Tradisional (KD). Dapatan kajian telah menemui
enam (6) tema utama dan dua puluh lima (25) sub tema daripada 15 profil perkembangan
kerjaya individu yang dihasilkan, tujuh puluh enam (76) indikator dan seratus tiga puluh (130)
faktor kritikal perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti. Dapatan ini menjadi asas kepada
kerangka Laluan Perkembangan Kerjaya pelajar TVET di mana ia telah dibincang dan
disahkan oleh pakar-pakar melalui kaedah Focus Group Discussion (FGD). Hasilnya, sebuah
model Laluan Perkembangan Kerjaya berdasarkan profil-profil perkembangan kerjaya alumni
cemelang kolej komuniti telah berjaya dihasilkan dan dinamakan Model ROSS.
Kata kunci: laluan kerjaya; profil; Delphi
119
SMART CUTTING MAT
1Muhaini binti Osman
[email protected]
2Normalis binti Masud
[email protected]
Kolej Komuniti Sabak Bernam
ABSTRAK
Pengurusan masa adalah satu perkara yang amat dititikberatkan di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kajian inovasi ini
adalah satu kajian untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat yang digunakan ketika
proses pemotongan fabrik di kalangan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti
Sabak Bernam. Kajian inovasi ini juga meninjau penggunaan alat sebelum produk inovasi
diwujudkan dan penggunaan selepas produk inovasi diwujudkan. Responden terdiri daripada
39 orang pelajar semester 4 Sijil Fesyen dan Pakaian. Kolej Komuniti Sabak Bernam. Hasil
dapatan kajian menunjukkan penggunaan Smart Cutting Mat ini adalah sangat penting bagi
memudahkan proses pemotongan fabrik dan penjimatan masa. Smart Cutting Mat ini juga
dapat mengelakkan fabrik dari menggelongsor semasa proses memotong fabrik dilakukan.
Kata kunci: Sijil Fesyen dan Pakaian, Pemotongan Fabrik, Smart Cutting Mat.
120
EZY TAHARAH KIT
1Faridah binti Mustaffa
[email protected]
2Faridah binti Mohamad
[email protected]
3Maziah binti Muda
[email protected]
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
ABSTRAK
Ezy Taharah Kit merupakan satu kelengkapan yang mempunyai pelbagai kegunaan
yang dihasilkan oleh pengkaji bagi memudahkan bersuci dari segi cucian najis, mandian
jenazah dan pembersihan tubuh badan daripada gangguan sihir. Penghasilan kelengkapan
ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dari segi menyelesaikan masalah penyucian
najis berat, masalah kesukaran sesetengah individu dalam mencari bahan untuk bersuci dan
seterusnya ia dapat mengelakkan pembaziran. Kelengkapan Ezy Taharah Kit adalah sebotol
air campuran tanah, tujuh botol air dari kolah 7 masjid yang berlainan dan sebotol air bidara.
Selain menyucikan najis berat, Ezy Thaharah Kit ini adalah salah satu ikhtiar dari aspek
perubatan Islam untuk mengelak gangguan sihir. Penggunaan Ezy Thaharah Kit ini adalah
sebagai bilasan terakhir untuk mandian terakhir jenazah dan individu yang mengalami
masalah gangguan sihir. Ezy Thaharah Kit didatangkan dalam bentuk beg yang mudah
dibawa dan disimpan.
121
TEPUNG KULIT PISANG (BANANA SKIN FLOUR)
1Mohamad Hapiz Abdul Rahman
[email protected]
2Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi
[email protected]
3Ahmad Humaizi bin Hussin
Kolej Komuniti Chenderoh, Pahang
ABSTRAK
Pisang merupakan antara buah-buahan yang banyak digunakan oleh masyarakat
Malaysia. Kebiasaannya setelah dimakan kulit pisang akan dibuang begitu saja. Namun
realitinya banyak kajian mendapati kulit pisang amat bermanfaat dan mempunyai pelbagai
khasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, kalsium, fosforus, zat besi vitamin b dan juga
vitamin C. Selain daripada itu, banyak kajian membuktikan bahawa kulit pisang juga
mempunyai kandungan antioksida yang tinggi berbanding buahnya. Terdapat juga kajian
yang membuktikan bahawa ekstrak kulit pisang mengandungi serotonin yang mampu untuk
memberikan kesan tenang kepada otak sekaligus dapat mengurangkan gejala kemurungan.
Namun disebalik pelbagai khasiat dan manfaat tersebut kulit pisang dipandang sepi dan
kurang dikomersilkan dalam industri makanan dan sering dianggap sebagai sisa yang
akhirnya dibuang. Inovasi tepung kulit pisang ini bertujuan untuk memaksimakan penggunaan
kulit pisang dalam bidang kulinari. Dapatan kajian mendapati bahawa hasil produk tepung kulit
pisang mempunyai bau lebih harum berbanding tepung gandum biasa. Hasil produk seperti
kek dan muffin juga mempunyai rasa yang lebih sedap dan tekstur yang lebih gebu.
Kata kunci: Tepung, kulit pisang, khasiat kulit pisan
122
MOBILE KIT : MANAGING EMOTIONS
1Suzila binti Yusof1
[email protected],
2Norlaili binti Abdullah2
[email protected]
Kolej Komuniti Kemaman
ABSTRAK
Mobile Kit : Managing Emotions adalah kid mudah alih bagi mengawal dan
menguruskan emosi individu dengan menggunakan pendekatan terapi seni iaitu media seni,
imej, proses kreativiti seni dan tindak balas dalam diri individu untuk menghasilkan produk
yang mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personality, minat, kerisauan dan
pertelingkahan emosi dalam diri individu tersebut. Konsep yang diterapkan dalam inovasi ini
ialah bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan
berkaitan pengurusan emosi individu. Terapi seni digunakan sebagai instrument yang
membantu individu mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan
sahaja dalam menghadapi bebanan tugas/kerja tetapi juga dalam menjalani kehidupan
seharian. Terapi seni sebenarnya adalah satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ianya
juga merupakan proses seni yang dapat membantu individu membaiki fizikal, mental dan
emosi mereka. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik
individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran
dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan meningkatkan jati diri.
Kata kunci: Kit mudah alih, terapi seni, rawatan tanpa ubat, terapi emosi dan tingkah laku
123
MYSK : SOLAT- KIT FOR THE ADVENTUROUS
TRAVELLER
1Norain binti Md Khamijah
[email protected]
2Zubir Asadi bin Mohamad
[email protected]
3Maslina binti Abd Rahim
[email protected]
Kolej Komuniti Hulu Selangor
ABSTRAK
Produk inovasi ini adalah merupakan set lengkap keperluan asas solat bagi seorang
musafir. Ia juga dicipta untuk memenuhi keperluan ibadah (solat) seseorang muslim yang
mengembara khususnya bagi pengembara yang mengikuti aktiviti luar atau aktiviti lasak .
Produk ini memberikan penyelesaian kepada Muslim traveller yang sering terlibat dengan
aktiviti luar dan lasak, seperti aktiviti Jejak Rimba, Mendaki Gunung dan sebagainya .
Kesukaran mendapatkan sumber air serta kelengkapan solat yang bersih juga menyukarkan
mereka untuk beribadah dengan sempurna .Dengan adanya MySk ini , ia dapat memudahkan
pengembara muslim untuk solat dengan lebih baik dan sempurna di mana sahaja dalam apa
jua keadaan.
Kata kunci: Solat, musafir, pengembara muslim
124
PERSONAL SOLVING CARD
1Zarina binti Samin
[email protected]
2Nur Angriani binti Nurja
[email protected]
3Khairul Aizal bin Osman
[email protected]
Kolej Komuniti Ledang, Johor
ABSTRACT
Masalah adalah sebahagian daripada proses perjalanan kehidupan seorang insan.
Namun tidak semua mampu untuk bersifat terbuka dengan bertemu ahli terapi jika mempunyai
masalah. Mereka memerlukan dorongan atau bantuan bagi membantu mereka mendapat
celik akal tanpa mengorbankan ego atau prinsip diri. Justeru, Personal Solving Card (PSC)
telah dirangka sebagai satu projek inovasi untuk membantu individu sebegini mencari jalan
penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi tanpa bergantung kepada ahli terapi.
Inovasi PSC adalah berasaskan kad panduan penyelesaian masalah yang dibina
berdasarkan konsep WDEP dalam teori Terapi Realiti. Aplikasi kad ini menjelaskan kepada
individu proses penyelesaian masalah secara terarah dan terpandu secara sistematik.
Pengguna hanya perlu mengikuti arahan di atas kad dan mereka akan dipandu untuk
membuka minda bagi mendapat celik akal dalam usaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi sama ada secara sendirian atau bimbingan. Kad ini boleh digunakan secara individu
atau berpasangan. Ia adalah inovasi mampu milik di mana setiap keluarga hanya perlu
memiliki satu set kad sahaja untuk kegunaan bersama. PSC memiliki konsep mesra alam di
mana ia boleh digunakan berkali-kali untuk banyak sesi. Oleh itu, PSC sangat menjimatkan
dan tidak menghasilkan banyak bahan buangan yang boleh menjejaskan alam sekitar. PSC
sangat mesra pengguna di mana pengendaliannya sangat mudah sama ada oleh individu
yang mahir kaunseling atau pun orang awam biasa dan ia boleh dibawa ke mana-mana
kerana sifatnya ringan serta nipis. Penggunaan PSC mampu memberikan implikasi yang
positif kepada pembentukan sahsiah insan untuk mencapai kesejahteraan hidup.
Kata kunci: personal solving card, masalah, kesejahteraan hidup
125
JAMU CEWEK
1Siti Aminah Mohd Lazim
[email protected]
2Jalilah Ali
[email protected]
3Sharida Baharudin
[email protected]
Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Penggunaan “Jamu Cewek” merupakan satu idea inovasi yang terhasil melalui
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Modul 4 Spa Badan bagi pelajar Sijil
Terapi Kecantikan dan Spa di Kolej Komuniti Tampin dengan kerjasama industri. Idea
menghasilkan produk ini tercetus apabila para pelajar yang sedang mengikuti modul Spa
Badan iaitu topik urutan badan mendapati bahawa makanan tambahan perlu bagi memastikan
badan yang telah selesai diurut perlu dibantu untuk lebih bertenaga, menyubur dan
menyihatkan badan, membuang angin dan melancarkan darah bagi membantu memberikan
berat badan yang ideal kepada pengguna selepas diurut. Projek penghasilan produk yang
telah dimulakan pada tahun 2016 itu diberi nama “Jamu Cewek” merupakan satu produk
tradisional yang sangat mudah dan “READY TO DRINK” iaitu produk yang sedia untuk di
minum di mana sahaja pengguna berada. Jamu Cewek ini di asaskan daripada bahan bahan
alami yang mudah didapati di dapur. Bahan utama adalah kunyit, halia, asam jawa, lemon
dan gula melaka. Bahan- bahan asas ini sememang diketahui umum terdapat pelabagai
khasiat di dalamnya. Bertindak sebagai salah satu pemudahcara, produk yang dinamakan
sebagai “Jamu Cewek” telah diedar dan digunakan oleh para pelajar, staf kolej dan orang
ramai sebagai pengguna bahawa makanan tambahan ini memberikan seribu satu khasiat jika
diambil secara konsisten dan berterusan. Tanpa menggunakan bahan-bahan kimia atau
bahan terlarang, produk ini dilihat mampu diketengahkan bukan sahaja kepada para pelajar
dan staf kolej tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dan industri kecantikan serta
diluas pasarkan ke pusat keusahawanan, koperasi dan spa-spa di sekitar kawasan Tampin
dan Malaysia amnya.
Kata kunci: Produk jamu cewek sebagai kegunaan dalam bidang kesihatan dan industri
kecantikan .
126
SERBUK PERISA ‘I’RASA’ TANPA BAHAN PENGAWET
DAN MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG) YANG CEPAT,
ENAK DAN SIHAT
1Mohd Syazrin Radzuan,
[email protected]
2Norsahida Mohammad Razali
[email protected]
3Wan Salmiah Wan Ruslan
[email protected]
Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
ABSTRAK
Produk inovasi yang diberi nama I’RASA dengan tagline ‘Cepat, Enak & Sihat’
merupakan satu produk inovasi sosial. Objektif utama produk ini dicipta ialah menghasilkan
produk yang dapat menjimatkan masa memasak, sedap, mudah dipasarkan serta
mengurangkan kebergantukan terhadap produk perasa yang mempunyai kandungan
Monosodium Glutamate (MSG). Produk yang dicipta terhasil dari bahan-bahan semulajadi
melalui proses pengeringan dan kombinasi bahan-bahan utama yang memberikan rasa
sehingga menjadi serbuk. Keberhasilan produk ini juga dapat mengurangkan penggunaan
bahan seperti bebawang, garam dan produk perisa sedia ada di pasaran. Produk ini juga
boleh dijadikan sebagai agen pemekat kuah serta bahan ganti penumis. Inovasi I’RASA pasti
memberikan impak yang berkesan kepada masyarakat. Produk ini dapat menyingkatkan
masa memasak serta lebih menyihatkan. Keberkesanan produk ini diuji melalui soal selidik
kepada pensyarah dan pelajar dalam bidang Hospitaliti di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu
Zahar Isnin. Hasil daripada dapatan soal selidik, ternyata produk inovasi ini mampu
menjimatkan masa memasak serta dapat mengurangkan kebergantungan produk yang
mengandungi MSG. Namun kajian masih belum mendapat kesahan sepenuhnya kerana perlu
melalui proses makmal untuk melihat sejauhmanakah produk ini dapat disahkan tiada unsur
bahan pengawit dan MSG.
127
AKSES MUDAH - LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI
(AMLIKK)
1Noorlinda binti Bundawan
[email protected]
2 Nur Sabrina binti Mohd Tahar
[email protected]
Kolej Komuniti Teluk Intan , Perak
ABSTRAK
AMLIKK adalah singkatan nama bagi Akses Mudah - Latihan Industri Kolej Komuniti
dan merupakan hentian sehenti kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri. Inovasi
ini diadaptasikan daripada Borang Maklumat Latihan Industri, Garispanduan Latihan Industri
dan juga Borang Pemarkahan Latihan Industri. AMLIKK merupakan inovasi yang direka khas
bagi pelajar yang bakal menjalani Latihan Industri kerana pemilihan tempat yang betul adalah
amat penting bagi memastikan objektif Latihan Industri akan tercapai. Dalam kaedah yang
biasa diamalkan, pelajar akan mencari penempatan Latihan Industri melalui pensyarah
penyelia dan pelajar lain yang telah tamat. AMLIKK amat memudahkan pelajar untuk
membuat pencarian tempat Latihan Industri yang bersesuaian dengan bidang. Senarai
syarikat telah dikelaskan mengikut kursus bagi semua Kolej Komuniti Negeri Perak. Selain
daripada senarai syarikat, pelajar boleh mengakses semua maklumat berkenaan Latihan
Industri di hujung jari melalui pengunaan AMLIKK. Masalah kehilangan dokumen yang
diperlukan sebelum, semasa dan selepas tidak lagi berlaku kerana ianya boleh dimuat turun
dan salinan keras tidak perlu dibuat bagi semua tatacara dan panduan. Penggunaan kertas
amat minimum seterusnya menyokong usaha go green yang dijalankan oleh Kolej Komuniti.
Berdasarkan hasil penelitian kepada para pelajar, dapat disimpulkan bahawa para pelajar
dapat menguruskan Latihan Industri dengan lebih mudah dan berkesan. AMLIKK ini juga
dapat memudahkan urusan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni dan Penyelaras
Latihan Industri.
Kata kunci: Latihan Industri, syarikat, Kolej Komuniti.
128
HOMEMADE CHOCOLATE SYRUP DURIAN FLAVOUR
1Norzita Suzalin binti Mohd Ali
[email protected]
2Farah Zurin binti Salleh
[email protected]
3Wan Zara Natasha binti Wan Mohd Isa
[email protected]
Kolej Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Isu kebersihan, kehalalan dan kesucian makanan sememangnya sensitif terutamanya
kepada bangsa Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Jika dibuat tinjauan, majoriti kilang
makanan di Malaysia dimiliki oleh bukan Islam yang sudah tentu kurang arif tentang prosedur
halal dan syarat yang ditetapkan dalam Islam. Selain itu, produk makanan yang diimport
mengandungi bahan kimia tambahan seperti pengawet, pewarna tiruan dan perisa tiruan yang
tidak elok untuk kesihatan di samping status halal yang diragui. Coklat terbukti menjadi pilihan
penduduk dunia sebagai snek, minuman dan produk makanan yang mendamaikan. Selain itu,
coklat juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Kajian mendapati coklat
mengandungi 4 kali lebih antioksidan (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu
mencegah kanser sakit jantung. Antioksidan juga mencegah proses penuaan (aging) yang
disebabkan oleh free radicals. Tambahan,coklat juga mengandungi endorfin, yang mampu
mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. Homemade Chocolate
Syrup Durian Flavour dipilih sebagai produk inovasi bertujuan memudahkan pengguna
membuat pilihan sirap coklat buatan bumiputera yang halal, bersih dan suci. Ia sering
digunakan sebagai penyedap makanan pencuci mulut seperti aiskrim, kek, buah-buahan, ice-
blended, pancake dan lain-lain lagi. Hasil tinjauan, hanya terdapat dua jenama sirap coklat
yang terdapat di Malaysia. Satu jenama terkenal yang diimport dan satu lagi keluaran
tempatan bukan bumiputera. Kedua-dua produk tersebut mempunyai isipadu yang banyak
dan pengguna tiada pilihan sekiranya hanya memerlukan sirap coklat yang sedikit. Selain itu,
kedua-dua jenama tersebut juga tidak mempunyai cop halal JAKIM. Selain dari itu,
Homemade Chocolate Syrup Durian Flavour ini juga dihasilkan dengan perisa baharu iaitu
durian.
129
TRAFFIC SAFETY BOARD
1Dzul Fitry bin Ismail
[email protected]
2Norawati binti Masro
[email protected]
Mohd Syaufiq bin Dolmat
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Produk ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengawal lalulintas
sekolah dan pelajar semasa kawalan lalu lintas dijalankan terutamanya pada awal pagi sesi
persekolahan. Produk ini berfungsi seperti “portable traffic light” untuk memberi amaran awal
kepada pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan mereka dan seterusnya
memberhentikan kenderaan mereka bagi membolehkan pelajar sekolah melintas jalan raya
dengan selamat. Produk ini juga dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya
melibatkan pelajar sekolah serta dapat meningkatkan keyakinan pengawal lalulintas sekolah
(traffic warden) untuk mengawal lalulintas dengan jaminan jarak penglihatan kepada pemandu
kenderaan lebih jauh dan jelas.
130
DURIOS MADNESS & DURIOS CRACKER
1Mohd Nazly bin Abd Hamid
[email protected]
Kolej Vokasional Kuala Selangor, Selangor
ABSTRAK
Kulit durian adalah bahagian makanan yang tidak digunakan dan sering dibuang di
tapak pembuangan sampah, di bahu-bahu jalan dan dibiarkan bersepah di tapak-tapak pasar
malam. Hal ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah merosakkan
keindahan alam dan menjadi punca wabak penyakit. Hasil daripada penyataan masalah ini,
Kumpulan Inovasi dan Rekacipta Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Kuala Selangor telah
mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk Durios Cracker dan Durios Madness yang
berasaskan kulit putih durian. Produk ini dihasilkan bagi memanfaatkan bahagian makanan
yang tidak digunakan seterusnya menjadi alternatif dalam menangani isu kebersihan,
kesihatan dan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan kulit durian yang
berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, projek ini turut memberi faedah
kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan Negara. Data diperolehi melalui
pemerhatian dan soal selidik. Soal selidik pertama mendapati responden bersetuju sebanyak
86.67% bahawa kulit durian akan mencemarkan keindahan alam sekitar, manakala soal
selidik kedua mendapati melalui inovasi kulit putih durian sebanyak 88% bersetuju sampah
kulit durian dapat dikurangkan. Kesimpulannya, melalui analisa dua soal selidik ini, inovasi
kulit putih durian sangat relevan untuk dilaksanakan kerana ia merupakan satu kaedah yang
efisyen dalam usaha memanfaatkan kulit durian yang dianggap tidak mempunyai sebarang
nilai.
131
PENGHASILAN INSTANT PASTE MASAK LEMAK
TEMPOYAK
1Mohd Mohadir bin Harun
[email protected]
2Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
ABSTRAK
Masakan berasaskan tempoyak amat popular di negeri Perak dan Pahang. Namun
begitu masakan ini telah mendapat sambuatan yang amat baik dikalangan rakyat di negara
ini. Antara masakan berasaskan tempoyak yang popular adalah masakan gulai tempoyak ikan
patin dan pais ikan tempoyak. Penyediaan masakan gulai tempoyak memerlukan tempoyak
yang segar dan bahan tambahan mengikut resipi yang ditetapkan. Secara semulajadi
tempoyak akan mengalami proses penapaian secara berterusan, ini menyebabkan jangka
hayat tempoyak adalah singkat. Ini menyebabkan penyediaan masakan lemak tempoyak
menjadi tidak mesra pengguna kerana jangka hayat tempoyak yang pendek dan memerlukan
bahan tambahan. Instant Paste Lemak Tempoyak merupakan ramuan masakan lemak
tempoyak dalam bentuk pes yang sedia untuk dimasak. Ramuan Instant Paste Lemak
Tempoyak akan memberi rasa masak lemak tempoyak yang asli dan mudah untuk dimasak.
Pengguna tidak memerlukan kemahiran menyediakan ramuan yang diwarisi secara tradisi,
mereka hanya menggunakan pes ini untuk menghasilkan masakan yang berkualiti dan enak.
Ini akan memudahkan masyarakat moden yang kesuntukan masa untuk menyediakan
masakan ini. Selain itu produk ini juga dapat mempromosikan tempoyak sebagai salah satu
ramuan tradisi yang popular dalam masakan Malaysia. Untuk aspek pengajaran dan
pembelajaran, Instant Paste Masak Lemak Tempoyak akan dapat digunakan untuk modul
Masakan Malaysia dalam Sijil Kulinari. Pembangunan produk ini melibatkan pengembangan
dan penghasilan produk dari aspek penggunaan bahan yang berkualiti, kaedah dan formulasi,
analisis nutrisi produk dan penggunaan teknologi dalam pembungkusan Oleh itu, impak
daripada penghasilan produk ini dapat dikembangkan dan dipasarkan kepada pengguna
dengan kualiti rasa, tempoh jangka hayat dan penyimpanan yang memudahkan pengguna.
132
133
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
1. TALAQQI SMART DESK@FUTURE CLASSROOM Kolej Komuniti 137
Kuantan, Pahang
Syed Idros bin Syed Hussin
Mohd Raduan bin Amran
2. MESIN PENGADUN TEPUNG Kolej Komuniti 138
Kuantan, Pahang
Mohd Fahmi bin Kamaruddin
Asri bin Abdullah
Sirulhaizam bin Sibawaihi
3. FISH SCALE REMOVER MACHINE Kolej Vokasional 139
Ampangan,
Baharuddin bin Aspan Seremban,
Mohd Husni bin Mohd Yusoff
Muhammad Aminuddin bin Mohamed Nor Negeri Sembilan
4. KEY MANAGEMENT SYSTEM ( KeMaS) Politeknik Sultan 140
Haji Ahmad 141
Najmi Hafizi bin Zabawi
Kafiza bt Ahmad Kamaruzzaman Shah, Kuantan,
Hafiza bt Nyak Harun Pahang
5. 3 PHASE SHORT CIRCUIT TESTER Kolej Komuniti
Segamat, Johor
Khairul Anuar bin Selamat
Halim bin Paimun
Firdaus bin Bachok
6. GAS SAFETY DEVICE (GSD) Kolej Komuniti 142
Sabak Bernam, 143
Mohd Rosli bin Mat Isa
Esuryati binti Kamarudin Selangor
7. ENVIRO CSS Politeknik Melaka
Siti Harni binti Zainal Politeknik Ibrahim 144
Sarinah binti Ali Sultan, Pasir
Erita Mazwin binti Mazlan Gudang, Johor
8. DEVELOPMENT OF DC-DC BUCK CONVERTER
FOR PHOTOVOLTAIC APPLICATION UTILIZING
PERIPHERAL INTERFACE CONTROLLER (PIC)
Kamarudin bin Kamit
Mohd Aly Rajaie bin Halim
134
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
9. IoT_S4VIP's Politeknik Sultan 145
Mizan Zainal 146
Nur Adlina binti Mohd Rani
Muhammad Ridzuan bin Idris Abidin, Dungun,
Roduan Hishambrie bin Ismail Terengganu
10. BUTCHER BAR Kolej Komuniti
Selandar, Melaka
Mohd Hafiz bin Hj. Md. Sani @ Abd. Rahim
11. PENGUPAS KULIT TEBU AUTOMATIK Kolej Vokasional 147
Besut, 148
Amir Mohd, Wan Irwani Wan Mohd Rasli
Nur Izzatul Huda Mohamed Zin Terengganu
12. MEMBANGUNKAN PERALATAN KHAS Kolej Komuniti
SHAFTLOCK UNTUK TRANSMISI MANUAL Kuala
MODEL F5M2 SERIESMENGAJAR BAGI KURSUS
DTM6014 VISITOR INTERPRETATION SERVICES Terengganu,
Terengganu
Poo Tsek Chuang Kolej Vokasional 149
Mohd Khairul bin Omar Ampangan, 150
Maziah bt Muda Seremban,
13. MINI WATER CHILL Negeri Sembilan
Nurbaity binti Samsudin UTHM
Siti Nurfateha binti Idris
Mohd Redzuan bin Mohamed Roshidi
14. AUTOMATED ONIGIRI MAKER
Dr Mohd Azahari bin Razali
Encik Rais Hanizam bin Madon
Dr. Azwan bin Sapit
15. CORN SILK REMOVAL MACHINE 2.0 Kolej Komuniti 151
Rembau, Negeri
Mahadi bin Sudin
Haslizawati binti Jaafar Sembilan
Abdul Azim bin Yusof
16. PORTABLE SOLDERING WORK STATION Kolej Komuniti 152
Noraziah binti Mokhtar Sabak Bernam,
Selangor
135
BIL TAJUK INOVASI INSTITUSI MUKA SURAT
17. PEMBANGUNAN NUGGET AYAM DENGAN Kolej Komuniti 153
MENGGUNAKAN CAMPURAN PUCUK UBI KAYU Lahad Datu,
(MANIHOT UTILISSIMA)
Sabah
Hasdaraini binti Mohd Hassan Kolej Komuniti 154
Ainin Azwani binti Abdul Rafa Rompin, Pahang
Mansur bin Nassir
Kolej Komuniti 155
18. STAND TUBE CUTTER Tangga Batu,
Hasrul Nizam bin Hashim Melaka
Miskiah binti Wakijan
Mohd Rosdi bin Yusoff
19. DOUBLE TRANSOM (PEPAT BERGANDA)
Mohd Ismail bin Mohammad Litak
Muhammad Shazwan bin Sazali
136
TALAQQI SMART DESK@FUTURE CLASSROOM
1 Syed Idros bin Syed Hussin1
[email protected]
2 Mohd Raduan bin Amran2
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Talaqqi Smart Desk @ Future Classroom adalah sebuah produk inovasi berbentuk
meja pembelajaran berkonsepkan talaqqi yang boleh digunapakai oleh semua lapisan pelajar
dan pensyarah/guru/pengajar dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Inovasi ini
direka untuk memenuhi keperluan pensyarah/guru/pengajar dan pelajar dalam memupuk
asas pendidikan dan secara tidak langsung dapat mengenalpasti efikasi bakat pada peringkat
yang lebih awal Idea untuk membuat inovasi ini timbul kerana untuk membentuk kelas sedia
ada kepada kelas / bilik darjah yang lebih kondusif dan fleksibel dalam melahirkan pelajar
yang lebih berdaya saing dan berkeyakinan dalam mencungkil bakat diri masing-masing.
Suasana di ruang kelas masa kini sangat rigid dan tidak fleksibel dalam memenuhi kehendak
program/kursus/subjek yang pelbagai. Talaqqi Smart Desk merupakan satu inovasi yang
dapat digunakan dengan mudah (mesra pengguna) tanpa keperluan peralatan sokongan
seperti komputer dan sebagainya. Ianya merupakan satu toolkit yang direkabentuk dalam
memberi keselesaan & fleksibiliti dalam suasana kelas yang sentiasa berubah-ubah
disamping menerapkan konsep Talaqqi dalam sesi pembelajaran. Ianya mudah dibawa,
mudah disimpan dan sifatnya adalah fleksibel. Hanya sedikit kreativiti diperlukan untuk
mengolah dan menyusun-atur perletakan bagi menjadikan ia lebih menarik dan berkesan.
Impak dari Inovasi ini ialah dapat menyediakan satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk
menangani proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas., menjimatkan ruang dan
mewujudkan susun atur yang kreatif, memudahkan urusan pengguna
(pensyarah/guru/pengajar dan pelajar) dan seterusnya dapat meningkatkan/mencungkil bakat
pelajar Inovasi ini juga memberi idea yang praktikal kepada semua dengan memerlukan
sedikit kreativiti untuk menjadikan ia lebih praktikal, menarik dan mudah digunakan dengan
berkesan serta mesra pengguna. Pengguna hanya memerlukan garis panduan mudah
mengikut kesesuaian pembelajaran untuk menjadikan inovasi ini lebih praktikal dan berkesan.
137
MESIN PENGADUN TEPUNG
1Mohd Fahmi bin Kamaruddin
[email protected]
2Asri bin Abdullah
[email protected]
3Sirulhaizam bin Sibawaihi
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
ABSTRAK
Mesin pengadun tepung adalah sebuah mesin yang direka khas untuk mengatasi
masalah para peniaga yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan seiring dengan
peredaran masa dan teknologi. Mesin pengadun tepung ini menjalankan fungsi adunan
tepung secara automatik tanpa menggunakan tenaga pekerja yang ramai di samping dapat
meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Permasalahan yang dihadapi oleh perusaha
yang membuat adunan tepung secara manual adalah seperti kuantiti tepung yang banyak
perlu diadunkan setiap hari menyebabkan beberapa masalah yang sangat berkait rapat iaitu
tempoh pengeluaran menjadi terlalu panjang, kadar peratusan penolakkan produk yang tinggi
dan tidak menjamin kebersihan persekitaran yang bersih. Oleh itu, mesin pengadun tepung
ini telah direkabentuk untuk memproses adunan tepung berkapasiti sehingga 40 kg tanpa
berlakunya kadar penolakan dan menjalankan operasi dengan cepat di samping menjamin
kebersihan persekitaran yang bersih. Sehubungan itu, kajian ini dapat menghasilkan inovasi
mesin pengadun tepung yang lebih canggih serta dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara di dalam industri pemakanan.
138
FISH SCALE REMOVER MACHINE
1Baharuddin bin Aspan
[email protected]
2Mohd Husni bin Mohd Yusoff
[email protected]
3Muhammad Aminuddin bin Mohamed Nor
[email protected]
1Kolej Vokasional Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
ABSTRAK
Projek “Mesin Pembersih Sisik Ikan”(Fish Scale Remover Machine) adalah satu projek
untuk memberikan kemudahan kepadapengusaha-pengusaha ikan masin, pekerja restoran
makanan laut mahupun penjual ikan dalam menjalankan kerja-kerja pembuangan sisik ikan.
Proses membuang sisik ikan dapat dilakukan dengan mudah dan lancar tanpa menggunakan
berus paku dan tenaga manusia yang ramai yang secara tidak langsung dapat mengelakkan
kemalangan daripada berlaku. Dalam perancangan untuk melaksanakan projek ini, aspek-
aspek metodologi perlu diutamakan. Sesebuah projek yang direkabentuk mestilah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan dan termaktub didalam undang-
undang. Selain itu, aspek perancangan projek yang tersusun perlu dikenalpasti agar dapat
mencapai satu kaedah yang membawa kejayaan bagi sesebuah projek tersebut. Di dalam
projek ini setiap elemen tersebut diperincikan agar tidak terpesong daripada matlamat
perancangan projek ini.
139
KEY MANAGEMENT SYSTEM ( KeMaS)
1Najmi Hafizi bin Zabawi
[email protected]
2Kafiza Bt Ahmad Kamaruzzaman
[email protected]
3Hafiza Bt Nyak Harun
[email protected]
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan, Pahang, MALAYSIA
ABSTRAK
Di setiap jabatan, hampir kesemua bilik kuliah/makmal/bengkel dikunci dan setiap
pensyarah perlu mengambil kunci dan membuka pintu sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dimulakan. Masalah ketiadaan kunci di bilik khas kunci berlaku apabila
pensyarah/staf yang terlibat mengambil kunci tanpa merekodkan identiti mereka. Kunci
diambil begitu sahaja dan masalah yang timbul adalah apabila kunci tersebut lewat
dipulangkan. Key Management System atau singkatannya “KeMaS” adalah suatu inovasi
yang dikhususkan untuk menguruskan pengambilan dan pemulangan kunci bilik
kuliah/makmal/bengkel yang digunapakai secara umum. Imbasan kad pengenalan digunakan
untuk merekodkan identiti pengguna. Paparan makluman dihantar secara automatik ke
Telegram group yang memerlukan sambungan internet dilakukan oleh Arduino dan
Ethernet/Wifi shield. Sistem amaran buzzer disertakan bagi memberi amaran kepada
pengguna yang tidak mengimbas kad ketika mengambil kunci.
Kata kunci: sistem pengurusan kunci, Arduino, Ethernet/Wi-Fi, Telegram
140
3 PHASE SHORT CIRCUIT TESTER
1 Khairul Anuar bin Selamat
[email protected]
2 Halim bin Paimun
[email protected]
3 Firdaus bin Bachok
[email protected]
1 Kolej Komuniti Segamat, Johor
ABSTRAK
Inovasi ini adalah satu alat pengujian bagi memastikan tiada berlaku litar pintas pada
pemasangan pendawaian 3 fasa. Walaupun nama alat ini untuk pemasangan 3 fasa tetapi
pemasangan 1 fasa juga boleh menggunakan alat ini. Dengan kaedah biasa pengguna pelu
menggunakan meter pelbagai dan mengambil beberapa bacaan pada titik-titk tertentu.
Dengan alat ini pengguna hanya perlu menyambungkan 5 probe pada setiap punca fasa,
punca neutral dan bumi dan seterusnya menekan butang pengujian untuk mendapat bacaan
bagi setiap sambungan. Secara perbandingannya kaedah biasa memerlukan penggunan
untuk mendapatkan 9 bacaan pada titik-titik yang berlainan bagi memastikan tiada litar pintas
pada pemasangan, tetapi dengan menggunakan alat inovasi ini pengguna hanya perlu
menyambung 5 probe dan menekan butang uji sahaja. Ini dapat menjimatkan masa pengujian
terutamanya bagi sesi pengajaran dan pembelajarnan yang mempunyai pelajar yang ramai
141
GAS SAFETY DEVICE (GSD)
1Mohd Rosli bin Mat Isa
[email protected]
2Esuryati binti Kamarudin
1Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
ABSTRAK
Kebocoran gas di kawasan perindustrian menyebabkan banyak masalah kesihatan.
Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang bencana berlaku, atmosfera tempat kerja perlu
dipantau dan dikawal secara kerap, untuk mengekalkan persekitaran udara yang bersih.
Walau bagaimanapun, usaha dalam kawalan kualiti udara perindustrian telah dihalang oleh
kekurangan pendekatan berasaskan sains untuk mengenal pasti dan menilai kualiti atmosfera
udara dan tahap gas berbahaya. Oleh itu, peranti pemantauan untuk pengesanan kebocoran
gas perlu dibangunkan. Untuk perkembangan sistem ini, sensor pertama untuk gas mudah
terbakar (MQ136) digunakan untuk mengesan keadaan amonia (NH3), Nitrogen Oksida
(NOx), Benzene, Alkohol dan karbon monoksida (CO). Sensor kedua, Bahan sensitif sensor
gas (MQ-2) adalah SnO2, yang mempunyai kekonduksian yang lebih rendah dalam udara
bersih. Mempunyai sensitiviti tinggi terhadap LPG, Propane dan Hidrogen, juga boleh
digunakan untuk Methane, ia adalah dengan kos yang rendah dan sesuai untuk aplikasi yang
berbeza. untuk Sensor ini akan mengesan kepekatan gas mengikut output voltan sensor dan
dikendalikan dalam sistem penggera. Sistem pengawasan dengan menggunakan Arduino
nano sebagai mikrokontroler untuk keseluruhan sistem peranti . Peranti akan mengeluarkan
amaran mengunakan buzzer dan lampu.Nilai bacaan gas pada kadar Parts Per Million (ppm)
pada skrin LCD.
Kata kunci: Arduino , MQ-2, MQ-135 dan Parts Per Million (ppm) , Karbon
Monosida, Sensor Gas, LCD , LPG, Methane.
142
ENVIRO CSS
1Siti Harni binti Zainal
[email protected]
2Sarinah binti Ali
[email protected]
3Erita Mazwin binti Mazlan
1Politeknik Melaka
ABSTRACT
The development of concrete stepping stones contained fly ash, combined with other
by product materials, was explored. Fly ash from coal-fuel waste were combined with HDPE
(industrial wastes) and molded into forms for outdoor use as stepping stones. A range of
additional components was investigated before, including kernel, oil palm ash. The purpose
was to combine these materials in search of the best composite for ease of formulation and
product performance. Various shapes, sizes, and configurations of molded pieces were
prepared with major emphasis on 12” x12” x4” stepping stones for placement in a lawn to form
a walking pathway. A testing for compressive strengths was performed on these squares, and
appeared to be adequate for the intended outdoor application. This product attributes low
densities ( lighter weight than commercial concrete pavers), and good stability after being
submerged in water. This product can be pigmented with various colours. This product have
functioned well as a normal walking pathway including retains from rainy and hot weather.
This product is highly recommended for commercialize in order to give added value through
innovation of the waste product.
143
DEVELOPMENT OF DC-DC BUCK CONVERTER FOR
PHOTOVOLTAIC APPLICATION UTILIZING PERIPHERAL
INTERFACE CONTROLLER (PIC)
1Kamarudin bin Kamit
[email protected]
2Mohd Aly Rajaie bin Halim
[email protected]
1Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor
ABSTRACT
Nowadays, renewable energy is highly demanded and is as an alternative to replace
conventional energy such as petroleum and hydroelectric. Generally, renewable energy
produce high power and current to direct current (DC) used by consumers and usually the
total power can be collected from this renewable energy is in large power kilowatts (kW) and
megawatts (MW). One of the important renewable energy today is the solar energy. However,
weather factor plays a big role to determine the consistency of the solar energy system. The
weather change is causing the voltage collected by the solar panel is not fixed. This project
explain the method to produce constant 12Vdc output voltage. As we know solar panel or
photovoltaic (PV) functions is to absorb the energy from the sun and convert it to electrical
signal. In this project, DC to DC buck converter is designed for photovoltaic (PV) application
which controlled by PIC 16F877A microcontroller, so the output voltage is regulated to a
constant value (12Vdc) whatever its input is in the range of 12Vdc to 18Vdc. A Pulse width
modulation (PWM) signal from microcontroller is used to control the duty ratio of switching
signal for the buck converter. Each component and each parameter of proposed circuit is well
calculated using the equations and with 12W photovoltaic system. The simulation is carried
out in LT Spice and PROTEUS ISIS Professional Tool while the coding of the programming is
done on CCS Compiler. The simulation result shows that the output voltage for buck converter
is 12Vdc for input photovoltaic (PV) 13Vdc, 15Vdc and 16Vdc while the hardware results
shows when the input photovoltaic (PV) regulated from 12Vdc to 18Vdc the output voltage is
12Vdc.
144
IoT_S4VIP's
1Nur Adlina binti Mohd Rani
[email protected]
2Muhammad Ridzuan bin Idris
[email protected]
3Roduan Hishambrie bin Ismail
[email protected]
1Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
ABSTRAK
Projek ini dibina atas dasar mempelbagaikan kegunaan IoT dalam aplikasi kehidupan
seharian. Ia adalah selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya
diaplikasikan dalam memudahkan tadbir urus jabatan khususnya Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Inovasi ini terhasil dari
kreativiti ahli kumpulan bagi memastikan masalah perjumpaan antara pelajar atau tetamu
dengan Ketua Jabatan atau pensyarah berjalan dengan lancar dan lebih efisyen. Selain itu,
projek ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik melalui suis kawalan jauh
serta sentiasa memberikan info dan maklumat terkini mengenai jabatan dan politeknik kepada
seluruh warga JKE, PSMZA. Projek ini menggunakan dua Raspberry pi versi 3 yang
mempunyai cip Broadcom BCM43438 2.4GHz 802.11n ‘wireless lan’ tanpa perlu membeli
‘dongle WIFI’. Pembinaan projek ini melibatkan penggunaan perisian yang mengguna pakai
konsep pembangunan GUI (Graphical User Interface) degan menggunakan bahasa
pengaturcaraan Python 3 yang mempunyai sokongan kepada pengaturcaraan berasaskan
objek (Object-oriented Programming). Ujicuba prototaip IoT_S4VIP’s telah dijalankan selama
seminggu (24 Jun 2018 hingga 28 Jun 2018) iaitu melibatkan ketua jabatan dengan pelajar
bertujuan untuk menguji keberkesanan fungsi dan penggunaannya. Berdasarkan hasil
dapatan, 96% dari keseluruhan pelajar yang berjumpa dengan Ketua Jabatan berpuashati
dengan penggunaan prototaip ini. 8. Secara keseluruhannya, Inovasi IoT_S4VIP’s memberi
impak kepada imej Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
dengan memudahkan perjumpaan antara pelajar dengan Ketua Jabatan, menjimatkan
penggunaan elektrik melalui ‘Energy Conservation’ dan mengelakkan pelajar dari tercicir
maklumat penting dan terkini dengan mengaplikasikan system IoT yang selari dengan
Revolusi Industri 4.0.
145
BUTCHER BAR
1Mohd Hafiz bin Hj. Md. Sani @ Abd. Rahim
[email protected]
Program Penyejukan & Penyamanan Udara,
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
ABSTRAK
Semasa proses pembaikan kenderaan, pelbagai komponen seperti absorber, white
body, body panel akan mendapat kesan hasil ketukan dan rengkuhan dengan menggunakan
batang paip dan tukul besi. Proses penukaran perlulah dalam keadaan selamat, tenang dan
bersih. Jika menggunakan kaedah konvensional, busnyi bising akan terhasil, habuk dan taik
besi pada kenderaan akan gugur ke lantai. Alat Butcher Bar(BB) ini direka khas dengan cara
mengikat hujung BB(Poin A) pada komponen kereta dan U-Trap diikat pada komponen yang
ingin ditukar. Selepas itu rengkuhkan alatan BB dengan selamat dan berhati-hati. Dengan
menggunakan alatan BB ini, proses penukaran komponen kenderaan akan menjadi lebih
mudah dan komponen lain tidak terjejas serta persekitaran yang aman. Bagi menambah baik
altan ini, saiz U-Trap perlu diselaraskan mengikut pengeluar kereta bagi menjadikan
kedudukan BB lebih mantap dan selamat semasa proses kerja-kerja pembaikan kereta.
146
PENGUPAS KULIT TEBU AUTOMATIK
1Amir Mohd, Wan Irwani Wan Mohd Rasli
2Nur Izzatul Huda Mohamed Zin
[email protected]
1Kolej Vokasional Besut, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu
ABSTRAK
Pada umumnya proses pengupasan kulit tebu masih menggunakan proses manual
sehingga memerlukan tenaga manusia yang besar, waktu yang lama dan alat yang tajam
untuk mengupas sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada peniaga. Untuk mengatasi
masalah tersebut perlu adanya mesin pengupas kulit tebu. Mesin pengupas kulit tebu
automatik direka dengan bekalan kuasa solar serta bateri DC 12V. Tenaga elektrik yang
diperolehi dari sinaran matahari itu akan disambungkan pada bateri DC 12V untuk menerima
sambungan tenaga. Dengan menggunakan converter sistem bateri DC 12V akan ditukarkan
ke 240V AC dan keluaran bekalan dari converter itu akan disambungkan pada masukan suis
seterusnya keluaran ke motor dan motor akan berfungsi. Rod motor yang diletakkan berus
besi itu juga akan berputar. Akhir sekali, pengguna dapat menggunakan pengupas kulit tebu
automatik (PKTA) dengan selamat.Antara kelebihan projek ini ialah untuk memudahkan
pengguna terutama dalam golongan-golongan penjual air tebu kerana mesin ini direka dalam
keadaan mudah alih untuk di bawa kemana-mana seperti pasar malam dan sebagainya .
Dengan adanya (PKTA) ini maka penjual-penjual air tebu dapat menjimatkan tenaga dan
masa semasa proses untuk membuang kulit tebu sekaligus dapat menjimatkan kos
mengupah pekerja mengupas kulit tebu.
147
MEMBANGUNKAN PERALATAN KHAS SHAFTLOCK
UNTUK TRANSMISI MANUAL MODEL F5M2
SERIESMENGAJAR BAGI KURSUS DTM6014 VISITOR
INTERPRETATION SERVICES
1Poo Tsek Chuang
[email protected]
2Mohd Khairul bin Omar
[email protected]
3Maziah bt Muda
[email protected]
1Kolej Komuniti Kuala Terengganu
ABSTRAK
Model kenderaan keluaran proton seperti Wira, Iswara, Satria Dan Arena
menggunakan transmisi manual jenis siri F5M2. Hasil maklumat dari pengusaha bengkel
menunjukkan bahawa kotak transmisi model ini sering mengalami kerosakan gigi gear. Bagi
tujuan membaik pulih kerosakan ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan peralatan
khusus. Kesannya, pengusaha bengkel terpaksa menggunakan kaedah yang tidak betul dan
seragam. Ini mengakibatkan komponen kotak transmisi mengalami kerosakan yang baharu.
Hasil dari tinjauan menunjukkan, sehingga kini tiada inisiatif yang telah dibangunkan untuk
mengatasi masalah ini. Justeru itu, pengkaji mendapat idea untuk membangunkan satu
produk bagi membantu pengusaha bengkel melakukan proses baik pulih dengan lebih mudah
dan menjimatkan. Idea yang dibangunkan ini adalah hasil pengubahsuaian terhadap clutch
plate spline yang tidak lagi boleh digunakan. Operasi komponen ini digunakan untuk menahan
input shaft dari berpusing semasa nat pengunci dibuka. Bagi mendapatkan maklum balas dari
para pengusaha, peralatan yang diberi nama ShaftLock ini telah digunakan di bengkel terpilih.
Hasilnya, laporan dari pengusaha telah membuktikan bahawa produk dari bahan buangan ini
dapat menjimatkan kos operasi. Disamping itu, ia juga boleh menjimatkan masa operasi,
tenaga kerja, dan sangat ergonomik. Usaha membangunkan barangan buangan ini dilihat
selari dengan inisiatif kerajaan Malaysia. Seterusnya, produk ini dijangka akan mendapat
sambutan pengusaha bengkel dan berpotensi dikomersilkan.
Kata kunci: Transmisi manual; bahan buangan; ergonomic
148