The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julimahbah, 2024-01-10 10:58:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A DENGAN KERJASAMA INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOL


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Prakata i Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 1.1 Pengenalan 1 1.2 Matlamat 1 1.3 Objektif 2 1.4 Sasaran 2 1.5 Pelaksanaan 2 1.6 Fokus 2 1.7 Jenis-jenis Jenayah Seksual 3 Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Sekolah 2.1 Contoh kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2.2 Pengesanan Pemangsa Jenayah Seksual Terhadap Kanak- kanak di Sekolah 4 9 Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Sekolah 3.1 Modul Intervensi Jenayah Seksual Sekolah Rendah 13 3.2 Program Intervensi Jenayah Seksual Sekolah Menengah 36 3.3 Modul Intervensi Jenayah Seksual Atas Talian 94 3.4 Program Intervensi Jenayah Seksual Melibatkan Ibu Bapa dan Komuniti 98 3.5 Contoh Pelan Tindakan Pencegahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Sekolah 102 Perundangan Berkaitan Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak- Kanak 4.1 Pengenalan 104 4.2 Akta-Akta Berkaitan Kanak-Kanak /Kanun Keseksaan 106 4.3 Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Tahun 2017 (Akta 792) 107 4.4 Isu-isu dan kes-kes Perundangan Berkaitan Jenayah 108


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Seksual Kanak-kanak 4.5 Soalan-soalan Lazim Perundangan 4.6 Info grafik 127 132 4.5 Tugas dan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Persediaan dan Pemberian Keterangan di Mahkamah 150 4.6 Program Literasi Undang-Undang untuk murid dan warga sekolah 150 Instrumen Penilaian Keberkesanan Intervensi Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sekolah 5.1 Senarai semak keperluan murid 151 5.2 Ujian Pra dan Pos 152 LAMPIRAN 6.1 Borang 154 6.2 Direktori Hotline/Telefon Agensi Sokongan 158 SENARAI RUJUKAN 169 GLOSARI 170 PENGHARGAAN 172


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A [ i] PRAKATA Isu keselamatan kanak-kanak merupakan isu universal yang berlaku di seluruh dunia termasuklah negara kita, Malaysia. Jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku merupakan salah satu bentuk penderaan yang merujuk kepada sebarang perlakuan individu seperti memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak dan mendorong berlakunya hubungan seksual semata-mata untuk memuaskan nafsu. Pernahkah kita fikirkan bagaimana penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa apabila kepercayaan yang diberikan oleh mereka dibalas dengan penderaan seksual dan kesannya kekal sehingga akhir hayat? Jika trauma yang dihadapi oleh mangsa tidak ditangani dengan cara yang betul maka mereka akan mengalami pelbagai simptom seperti kegelisahan, kemurungan, ketakutan dan lain-lain. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pelbagai agensi berkaitan telah bertindak untuk mewujudkan satu Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (IHSAN) yang boleh digunakan sebagai rujukan di peringkat sekolah. Modul IHSAN ini bertujuan memberi pemahaman tentang jenayah seksual dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah terhadap jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Modul ini mencakupi program intervensi dan modul intervensi yang melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Selain itu, penerangan tentang aspek perundangan dan isu-isu serta program literasi undang-undang untuk murid dan warga sekolah dinyatakan sebagai panduan. Diharapkan dengan adanya modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak bagi menangani masalah jenayah seksual kanak-kanak di sekolah.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 1 ] UNIT 1: 1.1 PENGENALAN Jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah satu bentuk kekejaman yang memberi kesan jangka pendek dan panjang. Penderaan seksual kanak-kanak melibatkan individu dewasa atau remaja sebagai pendera yang menggunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual (Bamford & Roberts, 1989; Riley, 1991). Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti seksual yang tidak difahami, tidak sesuai dengan umur dan perkembangan emosi. Kadang-kala kanak-kanak dipaksa untuk melakukan aktiviti seksual atau menonton filem lucah. Antara definisi asas penderaan seksual yang dikemukakan oleh Riley (1991) adalah seperti ekshibisionisme (memperlihatkan organ kemaluan), voyeurism (mengintai aktiviti seksual dan kanakkanak yang berbogel), felatio (rangsangan mulut kepada zakar), liwat (penerobosan zakar melalui dubur), pedofilia (pendera yang berminat dan mendapat kepuasan seksual daripada kanak-kanak), pederastri (melibatkan pendera homoseksual melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak) dan sumbang mahram (aktiviti seksual dengan ahli keluarga atau penjaga). Usaha berterusan harus dilaksanakan bagi membanteras jenayah ini agar kanak-kanak tidak dijadikan mangsa eksploitasi oleh pemangsa seksual. Kanak-kanak perlu dihormati sebagai individu yang mempunyai hak-hak yang sama seperti orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan daripada sebarang ancaman. Oleh yang demikian, Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (IHSAN) ini menjadi rujukan kepada semua warga sekolah untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan dan pemulihan bagi menghadapi situasi yang sedang berlaku serta tatacara bertindak secara berhemah. 1.2 MATLAMAT Modul Intervensi ini bertujuan melahirkan generasi yang mempunyai pemahaman yang jelas berkaitan jenayah seksual dan mampu bertindak dengan betul serta dapat bekerjasama dengan semua pihak dalam membanteras jenayah seksual.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 2 ] 1.3 OBJEKTIF 1.3.1 Meningkatkan kesedaran murid dan warga sekolah tentang ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak. 1.3.3 Mengendalikan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara adil, berhemah, beretika dan mengutamakan identiti kerahsiaan murid demi menjaga hak, kebajikan dan maruah murid. 1.3.4 Mengelakkan murid menjadi mangsa jenayah seksual terhadap kanak-kanak melalui pelbagai program dan modul intervensi. 1.3.5 Memperkasa penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak. 1.4 KUMPULAN SASARAN 1.4.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah 1.4.2 Guru dan kakitangan sekolah 1.4.3 Ibu bapa, penjaga dan komuniti. 1.5 PELAKSANAAN Modul dan program intervensi diaplikasikan oleh guru bimbingan dan kaunseling semasa mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling serta guru kelas kepada murid murid semasa waktu pengajaran dan pemudah cara (PdPc) serta program sedia ada di sekolah secara berkala dan berterusan sepanjang tahun. 1.6 FOKUS 1.6.1 Pengesanan mangsa jenayah seksual terhadap kanak-kanak 1.6.2 Program intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak 1.6.3 Modul intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak 1.6.4 Modul intervensi jenayah seksual terhadap kanak-kanak atas talian 1.6.5 Pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak 1.7 JENIS-JENIS JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 1.7.1 Interaksi Dengan Sentuhan Interaksi seksual pada kanak-kanak adalah seperti : a) memasukkan objek ke dalam mulut, faraj atau dubur b) merogol c) meliwat d) oral seks


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 3 ] e) mencium f) mengulum lidah / bercumbuan g) memeluk h) meraba i) mengusap dan j) merujuk kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) 1.7.2 Interaksi Tanpa Sentuhan a) menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak b) mengambil gambar kanak-kanak beraksi seksual c) menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual d) membuat panggilan telefon lucah e) mengintai f) mempamerkan aksi lucah termasuk isyarat tangan g) memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran h) menggalakkan kanak-kanak untuk melihat kemaluan sendiri i) menghantar kata-kata lucah melalui telefon / media j) merakam video lucah k) lain-lain interaksi tanpa sentuhan yang lucah. 1.7.3 Pornografi Gambaran atau gabungan sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis dengan apa-apa cara sekali pun berhubung dengan kanak-kanak. 1.7.4 Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming) Berkomunikasi dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau memudahkan perlakuan mana-mana kesalahan seksual.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 4 ] KES JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2.1 Contoh Kes (a) A, seorang pelakon mendekati Z, seorang penerbit filem supaya A boleh berlakon dalam salah satu filem Z. Z menawarkan A untuk berlakon dalam jenayah seksual kanak-kanak dan A bersetuju untuk berbuat sedemikian. A berlakon dalam jenayah seksual kanak-kanak itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam penghasilan jenayah seksual kanak-kanak. (b) B seorang pengarah jenayah seksual kanak-kanak. B mengupah Y, seorang pengarah seni untuk menyelia aspek artistik pengarahan jenayah seksual kanak-kanaknya. Y melakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh B. Y bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan mengambil bahagian dalam pengarahan pembuatan jenayah seksual kanak-kanak. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 i. Semua warga sekolah bukan guru yang membuat apa-apa persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa jenayah seksual kanak-kanak merupakan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dan sebagainya jenayah seksual kanak-kanak ii. Semua warga sekolah bukan guru menggunakan atau menyebabkan seorang kanak-kanak digunakan dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa jenayah seksual kanak-kanak merupakan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Huraian—Seksyen ini tidak terpakai jika persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau jika pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan jenayah seksual terhadap kanak-kanak menggunakan seseorang yang kelihatan seperti seorang kanak-kanak.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 5 ] MISALAN (a) C mengumpan X, seorang kanak-kanak melalui iklan pertandingan nyanyian palsu dan menggunakan X dalam pembuatan jenayah seksual kanak-kanak. C bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan jenayah seksual kanak-kanak. C juga bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 5 bagi pembuatan jenayah seksual kanak-kanak. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iii. Semua warga sekolah bukan guru (a) bertukar-tukar, menerbitkan, menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, mengimport, mengeksport, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa jenayah seksual kanak-kanak; (b) memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa jenayah seksual kanak-kanak; atau (c) mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa jenayah seksual kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan. MISALAN (a) D seorang pentadbir laman sesawang jenayah seksual kanak-kanak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia jenayah seksual kanak-kanak secara dalam talian. (b) D menjalankan perniagaan perkhidmatan pengangkutan dan menguruskan pengangkutan dan penyimpanan bahan penerbitan yang dimiliki oleh syarikat W. Bahan penerbitan W termasuklah bahan jenayah seksual kanak-kanak. W mendedahkan maklumat itu kepada D dan membuat rancangan perkongsian keuntungan dengan A berhubung dengan penjualan bahan jenayah seksual kanak-kanak itu dengan syarat yang D terus menjalankan perkhidmatan pengangkutan bagi W. D menerima tawaran Z. D bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menerima keuntungan daripada perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai yang perniagaan itu berkaitan dengan jenayah seksual kanak-kanak. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iv. Semua warga sekolah bukan guru menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa jenayah seksual kanak-kanak kepada seseorang kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebih lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 6 ] Semua warga sekolah bukan guru mengakses, atau mempunyai dalm milikan dan kawalannya, apa-apa jenayah seksual terhadap kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Huraian; Seseorang dikatakan mengakses jenayah seksual kanak-kanak sekiranya orang itu dengan diketahuinya menyebabkan jenayah seksual kanak-kanak dilihat oleh atau dihantar kepada dirinya. MISALAN (a) E menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. E mengakses lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu, E dengan serta-merta menghapuskan e-mel itu daripada akaun e-melnya. E tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. (b) E menerima e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui dengan lampiran yang tidak bertajuk. E mengakses lampiran itu tanpa mengetahui lampiran itu mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Apabila melihat kandungan lampiran itu dan meskipun mengetahui lampiran itu mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak, E terus menerus melihat jenayah seksual kanak-kanak itu. E bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. (c) E menggunakan komputer milik V dan mendapati bahawa terdapat suatu dokumen yang mengandungi jenayah seksual terhadap kanak-kanak disimpan dalam cakera keras komputer. E menghantar dokumen itu ke dalam pemacu penanya dan menyimpan pemacu pena itu di dalam pejabatnya. E bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 v. Jika apa-apa kesalahan di bawah Bahagian ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, semua warga sekolah bukan guru pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, hendaklah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan. vi. Semua warga sekolah bukan guru yang berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak- kanak; atau menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual, dengan apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 7 ] disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Bagi maksud seksyen ini, seseorang dikatakan berkomunikasi secara seksual jika (a) komunikasi itu atau mana-mana bahagian komunikasi itu adalah berhubung dengan aktiviti yang bersifat seksual; atau (b) semua warga sekolah bukan guru munasabah akan berpandangan bahawa mana-mana bahagian komunikasi itu adalah seksual. Seseorang tidak boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan. 2.1.1 Pengantunan Kanak-kanak (Child Grooming) Semua warga sekolah bukan guru berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah jadual terhadap kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. MISALAN (a) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z bagi jenayah seksual kanak-kanak. A tidak pernah berjumpa dengan Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. (b) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanakkanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z dengan niat bahawa C dan B, iaitu kawan A boleh merogol Z. A tidak pernah berjumpa dengan Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 2.1.2 Perjumpaan Selepas Pengantunan Kanak-kanak Semua warga sekolah bukan guru, setelah berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak, berjumpa dengan kanak-kanak itu dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan. Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 8 ] tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Dalam manamana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. MISALAN (a) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z bagi jenayah seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. (b) A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa Z dengan niat bahawa C dan B, iaitu kawan A boleh merogol Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini. Sumber kes : Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 i. Tingkah laku yang berbaur seksual ini termasuklah seksual secara fizikal atau isyarat atau visual atau lisan atau mana-mana laman media sosial dan mana-mana tingkah laku yang menjurus pengantunan kanak-kanak(Child Grooming). ii. Garis Panduan ini perlulah diedarkan kepada semua warga guru dan bukan guru. iii. Jenayah Seksual lisan berbentuk lisan juga membawa maksud kepada pencegahan untuk membincangkan perkara-perkara ke arah jenayah seksual. iv. Jenayah Seksual yang berbentuk isyarat juga perlu diberi perhatian kepada apa-apa unsur menayangkan badan tanpa pakaian termasuk menayangkan baju. v. Jenayah Seksual juga perlu diberi perhatian berkaitan menghantar mesej-mesej atau gambar yang berunsurkan seksual. vi. Perlakuan meminta murid duduk di atas peha pemangsa. vii. Sekalipun perlakuan tersebut telah mendapat persetujuan daripada murid atau anak-anak namun perlakuan tersebut adalah dilarang. viii. Tindakan tatatertib atau undang-undang diambil dengan segera dan tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Akta Pendidikan serta Surat Pekeliling Ikhtisas.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 9 ] 2.2 PENGESANAN MANGSA DAN PEMANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK DI SEKOLAH 2.3.1 SARINGAN PENGESANAN MANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK Satu saringan yang mudah boleh dilakukan untuk mengesan tanda-tanda berlakunya jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja. Jika seorang kanak-kanak atau remaja memberitahu anda yang seseorang membuat mereka tidak selesa, sekalipun mereka tidak boleh memberitahu anda mana-mana yang khusus, maka dengarlah luahan serta bantulah mereka. Berikut ialah saringan yang boleh dilakukan: KANAK-KANAK BERUMUR 7-12 TAHUN Kanak-kanak boleh dirujuk oleh guru-guru ke Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda berikut : Pencapaian prestasi pelajaran merosot. Tidak memberi tumpuan semasa belajar atau kerap termenung/ khayal. Ponteng sekolah atau lari dari rumah. Mengasingkan diri / tidak berkawan / rendah diri. Mempunyai masalah tingkah laku / menjadi mangsa buli. Kelakuan yang mencederakan diri seperti cubaan bunuh diri. Perubahan tiba-tiba pada kelakuan atau personaliti. Kelihatan ketakutan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku “frozen watchfulness”. Badan selalu kotor atau berbau busuk. Keterangan daripada kanak-kanak atau remaja tentang aktiviti seks. Pengetahuan tentang seks yang tidak seimbang dengan umur atau kelakuan seksual. Gangguan haid bagi murid perempuan. Takut untuk pulang ke rumah selepas waktu sekolah REMAJA BERUMUR 13-18 TAHUN Setiap remaja yang hadir untuk mendapatkan sesi pertolongan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling juga perlu dikesan sama ada mengalami penderaan fizikal. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan oleh mereka ialah: Gejala psikosomatik. Mengasingkan diri / tidak berkawan / rendah diri. Kelakuan yang mencederakan diri seperti cubaan bunuh diri. Perubahan tiba-tiba pada kelakuan atau personaliti. Kelihatan ketakutan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku “frozen watchfulness”. Badan selalu kotor atau berbau busuk.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 10 ] Keterangan daripada kanak-kanak atau remaja tentang aktiviti seks. Pengetahuan tentang seks yang tidak seimbang dengan umur atau kelakuan seksual. Gangguan haid bagi murid perempuan. Kelakuan yang mencederakan diri seperti cubaan bunuh diri. Kesimpulannya, mangsa menunjukkan ciri-ciri pemikiran seperti menyalahkan diri, tidak berguna, tidak mempunyai harapan dan sukar mempercayai individu lain. Selain itu, ciri-ciri emosi ditunjukkan melalui perasaan sedih, mudah meradang dan melenting. Serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku sukar dalam perhubungan, sama ada agresif dengan kawankawan atau sering bersendirian dan dibuli. Mangsa biasanya akan mempunyai masalah di sekolah seperti sering ponteng, tidak dapat memberi tumpuan ketika belajar, tidak mempunyai kawan, diejek oleh kawan-kawan lain serta melawan guru. Ciri penderaan seksual seperti mengalami kesakitan atau pendarahan dari bahagian luar kemaluan (vagina, external genitalia atau dubur), penyakit jangkitan seksual (Sexual Transmitted Infection – STI), kecederaan pada payudara, punggung, abdomen atau peha, serta kehamilan remaja. (Sila rujuk lampiran Senarai Semak Mangsa Jenayah Seksual Kanak-kanak atau Instrumen Kemurungan Beck) 2.3.2 SARINGAN PENGESANAN PEMANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK Sekiranya kanak-kanak atau remaja menunjukkan tanda-tanda seperti senarai di bawah, dia mungkin mempunyai kebarangkalian menjadi pemangsa jenayah seksual kanak-kanak: Sering ponteng atau tidak hadir sekolah Perubahan dalam personaliti dan kelakuan lebih agresif Suka bertanya tentang alat kelamin, buah dada dan persetubuhan Berminat menonton / mengintai orang lain di bilik air Sering menggunakan perkataan lucah Bercakap tentang seks dengan rakan-rakan Bercakap tentang mempunyai teman wanita/ teman lelaki Suka untuk mendengar dan menceritakan jenaka lucah Melihat gambar bogel Bermain permainan dengan rakan sebaya berkaitan dengan seks dan keseksualan Suka melukis alat kelamin Mahu membandingkan alat kelamin dengan rakan sebaya Mahu menyentuh alat kelamin, payudara, punggung rakan sebaya Suka meniru ciuman orang dewasa


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 11 ] Sering berkongsi teks, gambar, majalah, audio, dan video berunsur lucah dengan orang lain Sering memaksa/mengugut (coerce) rakan sebaya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seksual seperti meraba, melancap, melakukan seks oral dan meliwat. Tiada gejala eksklusif kepada pemangsa seksual. Bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak atau remaja menunjukan mana-mana simptom di atas, maka kanak-kanak atau remaja tersebut patut diberi perhatian.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 12 ] Lampiran SENARAI SEMAK MANGSA JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK Nama Murid : Kelas / Tingkatan : Tarikh : Sila tandakan (√ ) pada jawapan yang anda berikan. (Soalan-soalan petunjuk utama yang mengesyaki mangsa terlibat dengan penderaan seksual) Ya (2) Tidak (1) 1. Saya boleh bercerita tentang hubungan seks dengan terperinci. 2. Saya tahu tentang perlakuan seksual. 3. Tubuh badan saya pernah disentuh secara tidak sopan oleh seseorang. 4. Seseorang pernah melakukan sesuatu yang tidak elok kepada saya secara fizikal contohnya meraba/ memeluk/ mencium dan sebagainya 5. Saya sering berfikir untuk bunuh diri. 6. Saya sering menerima mesej lucah berbentuk teks, gambar, audio dan video dari seseorang. 7. Saya selalu bimbang dengan keadaan hidup saya sekarang. 8. Saya rasa hidup ini tidak beharga lagi. 9. Saya selalu berasa takut. 10. Saya tidak lagi percaya kepada orang lain. Perasaan saya sekarang : Disediakan oleh; Disaksikan : (Klien) (Guru Bimbingan dan Kaunseling)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 13 ] UNIT 3 : 3.1 Modul Intervensi Jenayah Seksual Sekolah Rendah Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Pengenalan Jenayah Seksual Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui makna jenayah seksual. 2. Menerangkan makna jenayah seksual Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Rujuk lampiran 1 Set induksi : Guru menayangkan beberapa keratan akhbar berkaitan jenayah seksual Aktiviti : 1. GBK menulis perkataan “jenayah seksual” pada sekeping kad dan bersoal jawab dengan murid. 2. GBK menerangkan maksud jenayah seksual dan memberikan contoh. Apakah itu jenayah seksual kanak-kanak? Seorang kanak-kanak adalah teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seksual bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. (Akta Kanak-Kanak 2001) 3. GBK menerangkan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan Jenayah seksual secara sentuhan: 1. Interaksi seksual pada bahagian kemaluan kanak-kanak 2. Memasukkan objek ke bahagian kemaluan, mulut atau dubur 3. Seks oral dan meliwat 4. Mencium menggunakan lidah 5. Menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian kemaluan dan bahagian badan Jenayah seksual secara tanpa sentuhan: 1. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak 2. Mengalakkan kanak-kanak dengan kata-kata, menipu, memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran, pameran dan menggalakkan kanak-kanak untuk melihat bahagian sulit 3. Panggilan lucah dan menghantar kata-kata lucah 4. Merekod video serta gambar-gambar lucah 5. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 14 ] 6. Guru mengedarkan lampiran 1 dan murid menyenaraikan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan 7. Guru dan murid berbincang hasil jawapan yang diperolehi Penutup : GBK menegaskan bahawa murid perlu mengetahui makna jenayah seksual Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan Rumusan : Murid perlu memahami maksud jenayah seksual Falsafah : Fahami makna jenayah seksual serta secara sentuhan dan tanpa sentuhan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 15 ] Lampiran 1 JENAYAH SEKSUAL PERBUATAN SENTUHAN DAN PERBUATAN TANPA SENTUHAN Interaksi seksual pada bahagian kemaluan kanak-kanak Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak Seks oral dan meliwat Mengalakkan kanak-kanak dengan katakata, menipu, memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan sebarang aktiviti seksual atau pelacuran Merekod video serta gambar-gambar Memasukkan objek ke bahagian kemaluan, mulut atau dubur Pameran, menggalakkan kanak-kanak untuk melihat bahagian kemaluan Menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian kemaluan dan bahagian badan Mencium menggunakan lidah Panggilan lucah dan menghantar kata- kata lucah


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 16 ] Senaraikan jenayah seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan JENAYAH SEKSUAL PERBUATAN SENTUHAN JENAYAH SEKSUAL PERBUATAN TANPA SENTUHAN 1. 1. 2. 2. 3. 3. 4. 4. 5. 5. 6. 6.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 17 ] Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Sayangi Diri Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Mengetahui anggota kemaluan/ zon peribadi yang perlu dilindungi. 2. Kesedaran mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan diri. Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Lampiran 2 (Gambar Anggota Badan) Set induksi : GBK menunjukkan gambar anggota badan murid perempuan dan lelaki (bahagian depan dan belakang). Aktiviti : 1. GBK menerangkan bahagian badan secara umum. (Lampiran 2) 2. GBK menunjukkan serta menerangkan anggota kemaluan dengan berpandukan gambar/ model anak patung. 3. GBK memilih perkataan secara rawak (anggota badan) dan murid akan mengenal pasti anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh dan boleh disentuh. 4. GBK mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran 2) dan meminta murid menyiapkan dalam masa 10 minit. Penutup : GBK membuat peneguhan kepada murid kerana boleh menunjukkan tempat – tempat zon peribadi anggota badan murid. Penilaian : Murid dapat mengenalpasti anggota badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh. Rumusan : Murid perlu mengetahui bahagian tubuh badan dan zon peribadi diri murid. Falsafah : Menjaga kehormatan diri


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 18 ] Lampiran 2 Letakkan tanda ( ) pada bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh LELAKI Depan Belakang PEREMPUAN Depan Belakang


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 19 ] Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Sentuhan Selamat Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat 1. Menyedari kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan diri. 2. Mengenal pasti langkah-langkah mengelakkan diri daripada jenayah seksual. 3. Mempraktikkan langkah keselamatan Masa : 30 hingga 60 minit Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Lampiran 3 Set induksi : GBK meminta murid bersalaman sesama jantina. Aktiviti : 1. GBK bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti bersalaman. 2. GBK menerangkan tentang definisi sentuhan selamat dan tidak selamat kepada murid. Sentuhan selamat ialah sentuhan yang membuatkan kanak-kanak berasa gembira dan selesa termasuklah pelukan, memimpin tangan, menepuk belakang dan meletakkan tangan di atas bahu (bergantung kepada perasaan seseorang kanak-kanak) Sentuhan Tidak Selamat ialah sentuhan yang menyakitkan tubuh kanak-kanak, perasaan atau semangatnya seperti memukul, menolak, mencubit, menyepak dan juga sentuhan seksual. 3. GBK mengedarkan lampiran untuk murid menjalankan aktiviti sentuhan selamat. Penutup : GBK membuat peneguhan mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat. Penilaian : Murid dapat mengenal pasti respons yang perlu dilakukan supaya keselamatan terjaga Rumusan : Murid perlu mengenal pasti situasi bahaya. Murid perlu mengetahui sentuhan selamat dan tidak selamat Falsafah : Menjaga keselamatan diri


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 20 ] Lampiran 3 Arahan: Murid membuat penyataan sama ada situasi yang diberi merupakan Sentuhan Selamat atau Tidak Selamat. Bil Situasi Pernyataan 1. Guru lelaki menepuk bahu murid perempuan sambil mengucapkan tahniah. 2. Datuk memeluk cucu sambil mencium mulut. 3. Rakan berlainan jantina berjabat tangan sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan. 4. Abang menepuk punggung adik perempuannya. 5. Kakak menyisir rambut adik lelakinya. 6. Guru perempuan membantu murid perempuan membersihkan kemaluan. 7. Doktor sedang memeriksa kesihatan pesakit.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 21 ] Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Batasan Dalam Perhubungan/ Pergaulan Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Menyatakan batasan-batasan dalam setiap jenis perhubungan dalam kehidupan seharian 2. Menyenaraikan bahagian-bahagian anggota badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh. Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Bahan : Lembaran Kerja (Lampiran 4) Set induksi : 1. GBK bersoal jawab dengan murid-murid di dalam kelas tentang keluarga masing-masing. 2. GBK bersoal jawab dengan murid-murid di dalam kelas tentang sentuhan-sentuhan yang selalu berlaku dalam keluarga. Aktiviti : 1. GBK menerangkan dengan lebih teliti tentang batasan perhubungan antara lelaki dan perempuan. 2. GBK menerangkan secara jelas individu yang boleh memeluk atau mencium murid 3. GBK mengingatkan murid bahagian-bahagian yang boleh disentuh oleh ahli keluarga. 4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan lampiran yang diberikan. Penutup : GBK menegaskan batas-batas yang perlu dipatuhi dalam setiap perhubungan. Penilaian : Murid dapat menyenaraikan batas-batas yang harus dipatuhi dalam setiap hubungan. Rumusan : Murid mengetahui apakah batas yang perlu dipatuhi dalam setiap hubungan Falsafah : Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 22 ] Lampiran 4 Sila nyatakan bahagian-bahagian yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh oleh individuindividu berikut Individu Boleh disentuh Tidak boleh disentuh Datuk 1. 2. 1. 2. Ayah 1. 2. 1. 2. Ibu 1. 2. 1. 2. Abang 1. 2. 1. 2. Kakak 1. 2. 1. 2.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 23 ] Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Kehormatan Diri (Kategori Jenayah Seksual) Objektif : Di akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang jenis-jenis jenayah seksual. 2. Murid dapat menyesuaikan penyataan dengan istilah jenayah seksual. Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Tahap 2 Bahan : Lampiran 5 Set Induksi : GBK menyanyikan lagu bersama-sama murid (Nyanyian lagu Kanak-kanak: Satu-Satu, Saya Sayang Ibu) Aktiviti : 1. Murid-murid diberikan penerangan maksud setiap istilah. 2. GBK menyediakan keratan istilah jenayah seksual. (Lampiran 5) 3. GBK memilih murid secara rawak dan dan meminta murid memilih keratan istilah yang telah disediakan. 4. Murid memberikan maksud jenayah seksual berdasarkan keratan istilah yang murid dapat. 5. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan lampiran yang diberi. (Lampiran 5) 6. GBK membetulkan dan menerangkan secara terperinci istilah bagi setiap jenayah seksual. 7. GBK menerangkan kesan-kesan negatif (tingkah laku, emosi dan kesihatan) bagi setiap perlakuan jenayah seksual berkenaan. Penutup : GBK membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan menekankan bahaya jenayah seksual. Penilaian : Murid dapat menyesuaikan keratan istilah dengan penyataan jenayah seksual. Rumusan : Murid mengetahui perlakuan- perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah seksual. Falsafah : Jangan Bercermin Di Air Keruh


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 24 ] Lampiran 5 ARAHAN: SILA PADANKAN ISTILAH JENAYAH SEKSUAL DENGAN PENYATAAN. Apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (zakar dimasukkan ke dalam faraj) Hubungan seks yang berlaku antara: ibu/ bapa dengan anak-anak, atau antara adik beradik kandung atau antara datuk/ nenek dengan cucu atau antara bapa/ ibu saudara dengan anak saudara. Memasukkan zakar ke dalam dubur pasangan dengan atau paksaan. Perbuatan yang melibatkan sentuhan/ gosokan pada bahagian kemaluan seseorang samada lelaki/ perempuan sehingga terangsang dan mendatangkan kepuasan syahwat. Individu mendapatkan kepuasan seks dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada individu yang tidak dikenali. Tingkah laku meraba tubuh atau kemaluan individu lain untuk mendapat rangsangan seksual. Mendapatkan kepuasan seks melalui interaksi seksual dengan kanak-kanak lelaki/ perempuan. Mendapatkan kepuasan seksual dengan mengintai individu lain yang sedang melakukan seks/ menanggal pakaian/ mandi. PEDOFILIA MERABA SUMBANG MAHRAM LIWAT MENGINTAI ROGOL FLASHER ONANI


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 25 ] Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Kerana Diriku Begitu Berharga (Jenayah Seksual) Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat 1.Mengenalpasti tingkah laku yang menjurus kepada mempertahankan hak dan laksanakan tanggungjawab 2. Mengenal pasti jenis-jenis jenayah seksual. Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Bahan : Rujuk lampiran 6 Set induksi : GBK meminta murid menyebut anggota badan yang ditunjukkan seperti mulut, mata dan tangan Aktiviti : 1. GBK meminta murid menyenaraikan perbuatan yang boleh disenaraikan sebagai jenayah seksual Contoh : Mulut: Menyebut perkataan lucah Mata: Menonton bahan pornografi Tangan: Meraba, menepuk, memegang bahagian kemaluan, menunjukkan isyarat lucah 2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3. Guru mengedarkan Lampiran 6 dan murid menyenaraikan perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai jenayah seksual pada anggota badan. 4. Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan. 5. GBK membuat rumusan daripada perbincangan dan menekankan aspek pencegahan. . Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis gangguan seksual. Rumusan : Murid mengetahui adab-adab dalam pergaulan daripada aspek penglihatan, sentuhan dan pertuturan. Falsafah : Hormatilah orang di sekeliling anda.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 26 ] MATA TANGAN Lampiran 6 Senaraikan perbuatan yang dikategorikan sebagai jenayah seksual. MULUT


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 27 ] Fokus : Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid Tajuk : Cyber Grooming Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Menyenaraikan jenis-jenis media sosial yang terdapat di Malaysia. 2. Menyatakan kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial. Masa : 30 hingga 60 minit Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Lampiran 7 (Simbol Media Sosial) Set Induksi : Aktiviti : 1. GBK menunjukkan telefon bimbit. 2. GBK meminta murid menyatakan kegunaan telefon bimbit. 1. GBK bertanya kepada murid sama ada mereka mempunyai telefon bimbit atau tidak. 2. Murid menyatakan aplikasi yang ada dalam telefon bimbit mereka. 3. GBK menerangkan penyalahgunaan teknologi media sosial yang menyumbang kepada jenayah seksual. 4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan (Lampiran 7) Penutup : GBK menegaskan batas-batas penggunaan teknologi media sosial untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual. Penilaian : Murid menyenaraikan cara-cara penggunaan teknologi media sosial yang betul Rumusan : Murid mengetahui apakah batas-batas keperluan dalam penggunaan teknologi media sosial dalam kehidupan seharian. Falsafah : Beringat Sebelum Kena Malang Tidak Berbau


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 28 ] ZenTalk Facebook Twitter Lampiran 7 (a) - Guru Cyber Grooming Jangan kongsi maklumat peribadi anda WeChat ZenTalk WhatsApp Telegram Instagram YouTube Message Messenger LINE Viber TALK imo SHAREit


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 29 ] Lampiran 7 (b) - Murid Cyber Grooming Arahan: Namakan aplikasi media sosial di bawah JANGAN KONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA!!


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 30 ] Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Intervensi Langkah Keselamatan Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Menyatakan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual. 2. Menyenaraikan alat-alat untuk mempertahankan diri. Masa : 30 hingga 60 minit Sasaran : Murid Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Wisel Set induksi : GBK meniup wisel dengan nada yang berbeza. Aktiviti : 1. GBK bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti di atas. 2. GBK menerangkan dengan teliti mengenai tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya jenayah seksual. 3. Permainan Simulasi : i) Murid meniup wisel ii) Murid menjerit meminta tolong iii) Murid berlari ke tempat selamat Penutup : GBK membuat peneguhan mengenai tindakan bijak yang perlu diambil sekiranya menghadapi situasi berisiko. Penilaian : Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlibat dengan jenayah seksual ini. Rumusan : Murid perlu bertindak ke arah situasi yang selamat. Falsafah : Beringat Sebelum Kena


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 31 ] Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Tolong Saya Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengenal pasti individu yang boleh dipercayai untuk membuat aduan 2. Menyebut tempat rujukan jika berlaku jenayah seksual terhadap diri sendiri dan orang lain Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Bahan : Kad gambar (Lampiran 8) Set induksi : GBK membuat lakonan situasi berdasarkan dialog positif dan negatif Aktiviti: Dialog: Positif 1. GBK bersoal jawab dengan murid berdasarkan lakonan di atas. 2. Murid menyatakan perlakuan salah yang hendak disampaikan di dalam dialog. Ayah : Adik..... Ayah sayang adik.. Adik sayang ayah? (sambil peluk) Anak perempuan: Adik pun sayang ayah... (balas pelukan ayah) Dialog: Negatif Ayah : Adik.... Ayah geram tengok punggung adik.... Boleh ayah pegang? Anak perempuan: Eiiii.... Ayah tak malu ke? Tak nak lah.... 3. Murid menyatakan individu yang boleh dipercayai jika berlaku jenayah seksual. 4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan. (lampiran 8) Penutup : GBK membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan Penilaian : Bantuan apabila berlaku jenayah seksual Murid dapat menyenaraikan individuindividu yang boleh dipercayai untuk mendapatkan Rumusan : Murid mengetahui individu-individu yang perlu dipercayai serta tempat yang betul untuk merujuk perkara-perkara tertentu apabila berlaku jenayah Falsafah : Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 32 ] Lampiran 8 KAD GAMBAR TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF Arahan: Sila tuliskan dialog tindakan positif atau negatif berdasarkan gambar dan situasi berikut 1. 2. 3. 4. 5. 6.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 33 ] Fokus : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Jom Bertindak! Objektif : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. Tahu tindakan awal jika berlaku jenayah seksual terhadap diri atau orang lain. 2. Menyenaraikan individu, tempat atau agensi yang boleh dirujuk berhubung jenayah seksual. Masa : 30 minit hingga 60 minit Sasaran : Tahap 1 dan Tahap 2 Bahan : Lampiran 9 Set induksi : GBK menulis beberapa nombor telefon rujukan keselamatan. Contoh: 999 (Polis), 994 (Bomba), 15999 (Talian Nur ). Aktiviti : 1. GBK bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti di atas. 2. GBK membuat refleksi berkaitan dengan beberapa kes jenayah seksual yang berlaku. 3. Murid dikehendaki menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku jenayah seksual. 4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan Lampiran 9. 5. GBK membuat ulasan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Penutup : GBK membuat ulasan mengenai langkah-langkah dan kemahiran asertif dalam menangani situasi jenayah seksual. Penilaian : Murid dapat menyenaraikan beberapa talian aduan keselamatan dan mengetahui cara melaporkan kes jenayah seksual. Rumusan : Murid mempunyai maklumat tentang Talian Aduan Keselamatan yang sahih dan cara mengambil tindakan awal yang betul. Falsafah : Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 34 ] Lampiran 9 Murid boleh membuat aduan dan laporan di: 1. Mana-mana balai polis 2. Mana-mana pondok polis 3. Tempat kerja 4. Hospital/ OSCC (One Stop Crisis Centre) 5. Mobile Police Vehicle ( MPV ) 6. Telefon/ SMS/ VSP ( Volunteer Smartphone Patrol) Individu yang boleh membuat laporan polis: 1. Mangsa sendiri 2. Keluarga/ penjaga 3. Rakan-rakan 4. Pihak sekolah/ pentadbir 5. Mana-mana orang yang mengetahui kejadian ATAU SILA HUBUNGI: 1. 999 - POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 2. 994 - BOMBA 3. 15999 - TALIAN NUR


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 35 ] 3.2 PROGRAM INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL SEKOLAH MENENGAH Ringkasan: Secara umum, undang-undang mengharamkan perlakuan yang dianggap penganiayaan seksual, atau perlakuan yang tidak sesuai atau bertentangan dengan norma masyarakat. Selain itu, kategori aktiviti tertentu mungkin dianggap jenayah sekalipun ia dilakukan atas persetujuan bersama. Tujuan: Program ini bertujuan untuk: a) meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan jenayah seksual; b) menjadi panduan untuk menentukan kategori jenayah seksual terhadap murid; c) memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami isu jenayah seksual; d) memberi panduan untuk mengendalikan aduan jenayah seksual; mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan (SOP) e) memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik untuk menangani jenayah seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 36 ] Pengisian 1 Tajuk: Pengenalan ringkas jenayah seksual Jenayah seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Jenayah seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal atau pun bukan fizikal. Pernyataan jenayah seksual adalah seperti di bawah: a) mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik; b) menghantar pesanan ringka (sms), pesanan bergambar ‘mms’ dan video lucah secara sengaja; c) mengintai kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks; dan d) menggalakkan atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah. PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL KETERANGAN Rogol Dalam undang-undang jenayah rogol adalah istilah yang merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual seperti memasukkan zakar ke dalam faraj secara paksaan. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undangundang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori". Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang ‘dating’ atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang Sumbang Mahram bermaksud hubungan seks antara ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri (bukan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 37 ] saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu. Cabul bermaksud sebagai satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan sentuhan pada tubuh badan mangsa tanpa kerelaan. Liwat bermaksud sebagai memasukkan zakar ke dalam dubur individu yang lain. Seks Luar Tabii bermaksud sebagai memasukkan objek lain ke dalam dubur atau faraj individu yang lain. Hujah daripada al-Qur’an dan Hadis tentang pengharaman perlakuan liwat dan hubungan seksual sesama jantina: 1) Maksudnya: Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamutetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" (Surah Hud: 78) 2) Maksudnya: "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)". (Surah al-Naml: 55)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 38 ] Pengisian 2 Tajuk: Penggunaan teknologi media sosial Penggunaan teknologi media sosial menjadi keghairahan kanak-kanak dan remaja pada masa kini. Senario ini amat membimbangkan berikutan statistik yang menyumbang terhadap jenayah seksual semakin meningkat. Berdasarkan statistik 2016, sebanyak 184 kes jenayah seksual dilaporkan. Daripada jumlah tersebut 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui aplikasi Wechat, Facebook (35 kes) dan 11 kes selebihnya melalui aplikasi WhatsApp serta Beetalk. Antara modus operandi jenayah seksual melalui penggunaan teknologi media sosial, mangsa akan dipujuk dengan ayat-ayat pujukan dan dibawa keluar berjalan sebelum dijadikan mangsa jenayah seksual. Jenis-jenis media sosial adalah seperti berikut: Panduan penggunaan teknologi media sosial Keselamatan a) Jangan menambah kenalan (add friends) orang yang tidak dikenali. b) Menggunakan laman sosial bagi tujuan pendidikan, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. c) Tidak menerima pelawaan untuk berjumpa dengan kenalan atas talian (online) tanpa pengetahuan keluarga. d) Melayari internet di tempat terbuka untuk mudah dilihat dan dikawal. e) Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan sesiapa sahaja. f) Pastikan daftar keluar (log out) setiap kali selepas menggunakan aplikasi media sosial. g) Elakkan kata laluan (password) yang serupa dengan nama pengguna (username). h) Membuat sekatan terhadap aplikasi yang dapat mengakses data peribadi anda. i) Jangan sesekali berkongsi lokasi terkini anda di laman sosial. j) Jangan muat naik/turun (post/upload) gambar yang menghairahkan, walaupun telah


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 39 ] dipadamkan, gambar tersebut masih boleh diakses. k) Penggunaan komputer dan internet tanpa wayar (wifi) adalah tidak selamat. l) Jangan sesekali klik pautan daripada sumber yang anda tidak diketahui. Etika a) Tidak tular (viral) sebarang bentuk informasi yang diragui. b) Menggunakan tatabahasa yang baik dan benar. c) Tidak menyebarkan informasi yang palsu. Pastikan informasi tersebut adalah benar sebelum disebarkan. d) Bertanggungjawab terhadap kata-kata anda di media sosial. e) Tidak terlibat dengan buli siber. Batasan-batasan a) Kenal pasti kenalan (follower) anda. b) Semak latar belakang, profil peribadi sebelum mengesahkan kenalan baru (add/confirm friends).


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 40 ] Pengisian 3 Tajuk: Pengantunan kanak-kanak (Child Grooming) Definisi: Dalam Bahasa Inggeris, perkataan "grooming" digunakan sebagai merujuk kepada taktik yang digunakan pemangsa untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak (dan kadang- kadang ibu bapa) untuk menjadi mangsa seksual mereka. Strategi dan taktik yang digunakan oleh pemangsa: a) Fasa persediaan membina hubungan dan kepercayaan dengan mangsa Pemangsa kebiasaannya akan menggunakan pelbagai teknik atau taktik untuk mendapatkan keyakinan kanak-kanak seperti menyimpan rahsia (rahsia penting bagi kebanyakan kanak-kanak kerana mereka menganggap diri mereka seperti seorang dewasa dan rasa yang berkuasa). b) Menggunakan kod rahsia sebagai gelaran faraj dan zakar Selepas mendapat keyakinan, pemangsa mungkin akan mendedahkan kanakkanak dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah. c) Memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap masalah yang dikemukakan Mereka juga sedaya upaya mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanakkanak disusuli dengan peras ugut mahupun rasuah. Perlu diingatkan bahawa taktik ini pada dasarnya digunakan untuk mengelirukan kanak-kanak. Sentuhan fizikal akan bermula seperti peluk dan cium. d) Berusaha membantu setiap masalah Pemangsa akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa, adakala menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak, mungkin membelikan sesuatu atau menghabiskan masa lapang bersama. Kebanyakan pemangsa tidak akan melakukan sebarang serangan sehingga mereka mendapat kepercayaan kanak-kanak terbabit.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 41 ] Pengisian 4 Tajuk: Reaksi terhadap bahasa atau aksi-aksi lucah Anda pernah berhadapan dengan individu yang sering menggunakan bahasa dan aksi-aksi lucah? Bagaimanakah reaksi anda? Berikut adalah beberapa tindak balas yang boleh dilakukan: a) Tidak melayan atau memutuskan hubungan dengan rakan yang ada unsur seksual sama ada dalam bentuk bahasa percakapan/perbualan atau gambar/aksi lucah yang ditunjukkan. b) Terus hapuskan gambar-gambar lucah yang dikongsi oleh kenalan dalam talian. c) Perlahan-lahan menarik diri dari kumpulan yang mula menunjukkan perbualan atau aksiaksi lucah (keluar dengan sopan, menggunakan kemahiran asertif atau secara senyap). d) Memberikan amaran yang tegas, dengan mimik muka, intonasi suara seperti kata-kata: Ini bukan gurauan; jangan buat gurauan sebegini dengan saya; dan sila hormat diri anda dan saya. e) Laporkan kepada individu yang dipercayai seperti guru atau ibu bapa/penjaga sekiranya ia berlarutan atau mengancam keselamatan anda.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 42 ] Pengisian 5 Tajuk: Batasan perhubungan antara lelaki dan perempuan Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tidak salah yang salahnya sekiranya melampaui batas. Batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan meliputi: a) Pandangan b) Pertemuan c) Percakapan d) Berjabat tangan e) Bersentuhan badan Nota: Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan. Islam memerintahkan supaya menundukkan pandangan daripada memandang perkara yang haram. Dalil daripada Al-Quran: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” (Surah An-Nur : 30-31). Antara panduan perhubungan antara lelaki dan perempuan ialah: a) Elakkan berdua-duaan/ berada di tempat sunyi/gelap/terpencil b) Elakkan perbuatan/ kata-kata provokatif/ lucah/ menggoda c) Elakkan bahan yang boleh mencetuskan rangsangan seksual d) Elakkan berpakaian tidak sopan/mencolok mata e) Elakkan sentuhan badan/rapat f) Elakkan hubungan seks sebelum bernikah


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 43 ] Pengisian 6 Tajuk: Ciri-ciri murid yang berisiko menjadi mangsa jenayah seksual a) Tiada jagaan rapi daripada keluarga/ibubapa kebebasan keluar dari rumah kebebasan melayari Internet b) Konsep/Imej kendiri yang negatif/ Rendah diri c) Kaki lepak/terlibat dengan gejala sosial d) Memiliki telefon bimbit sendiri - aplikasi e) Konflik keluarga f) Kekurangan kasih sayang g) Rasa sunyi h) Sentiasa berseorangan i) Tidak tegas terhadap gurauan/ tindakan lucah j) Tidak ada kesedaran jenayah seksual Pengisian 7 Tajuk: Kesan jenayah seksual kepada mangsa a) Fobia b) Harga diri yang rendah c) Rasa dirinya kotor/ tiada maruah diri d) Post-Traumatic Stress Disorder e) Rasa bersalah (guilty feeling) f) Keinginan membalas dendam g) Antisosial h) Hamil anak tidak sah taraf i) Penyakit jangkitan seksual j) Ketagihan seks k) Pekerja seksual


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 44 ] Pengisian 8 Tajuk: Panduan menghindari daripada jenayah seksual untuk murid a) Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat. Tiada siapa boleh menyentuh bahagian tubuh badan kecuali untuk tujuan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. b) Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, gelap atau dikenali sebagai kawasan berisiko tinggi (hot spot). c) Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai. d) Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap, berunding atau berlakon sambil mencari peluang untuk melepaskan diri. e) Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan f) Berjalan secara berkumpulan. g) Jangan melayani orang yang tidak dikenali. h) Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu. i) Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu. j) Melaporkan kepada individu yang dipercayai jika terdapat ancaman jenayah seksual. Pengisian 9 Tajuk: Reaksi terhadap ancaman jenayah seksual a) Spontan menjerit, meraung untuk mendapatkan bantuan menolak/menepis gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu b) Jika menerima ancaman menerusi aplikasi gadget sekatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketetapan privacy (privacy setting) untuk aplikasi berkenaan c) Individu yang dikenali sekiranya pemangsa dan mangsa saling cabar-mencabar untuk melakukan jenayah seksual, individu perlu: menjauhkan diri daripada perkara yang mencurigakan melaporkan kepada orang yang dipercayai (contoh: guru, keluarga terdekat)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 45 ] Pengisian 10 Tajuk: Tubuh Anda, Hak Anda TIADA SIAPA boleh menyentuh tubuh badan anda sama ada lelaki atau perempuan dan sentuhan hanya terhad kepada tujuan berikut (Sentuhan 3K): a) keselamatan (Contoh: pemeriksaan imigresen di lapangan terbang) b) kesihatan (Contoh: pemeriksaan doktor) c) kebersihan (Contoh: mencuci luka dibahagian tertentu ketika sakit) Organ yang merangsang perlakuan seks adalah OTAK sebenarnya organ tubuh yang paling penting ketika berhubungan seks adalah otak. Otaklah yang mengatur tinggi atau rendahnya libido (nafsu berahi yang bersifat naluri), sehingga memiliki fungsi seksual yang sangat penting. Pengisian 11 Tajuk: Tindakan yang boleh diambil oleh murid jika berlaku jenayah seksual a) Laporkan kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga, guru dan guru bimbingan dan kaunseling supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah tersebut Nota: sekiranya gangguan seksual datang daripada ahli keluarga, mangsa boleh meminta bantuan daripada guru, jiran, kawan yang dipercayai, ahli keluarga yang dipercayai b) Membuat panggilan ke talian Kasih 15999 (JKM) untuk mendapatkan perlindungan c) Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan di hospital atau ‘One Stop Crisis Center’ (OSCC).


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 46 ] Pengisian 12 Tajuk: Hukuman kes jenayah seksual Akta Berkaitan 1. Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574), melakukan persetubuhan dengan gadis di bawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undangundang serta boleh didakwa. 2. Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. 3. Di bawah Kanun Keseksaan, jenayah seks disebutkan dalam beberapa seksyen yang berasingan. 4. Jenayah rogol (rape) dimuatkan dalam Seksyen 375, manakala hukumannya penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, disebutkan dalam Seksyen 376. 5. Dari takrifnya yang dibuat secara khusus, rogol hanya boleh dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan. Intipati jenayah rogol ialah satu hubungan seks yang dilakukan tanpa kerelaan sebenar oleh pihak perempuan. Andainya perempuan yang menjalin hubungan seks itu masih di bawah umur 16 tahun, Kanun Keseksaan masih menganggapnya satu jenayah rogol, walaupun perempuan itu penuh rela dan mengambil peranan aktif dalam hubungan seks itu. 6. Di bawah Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa di negara kita pada masa ini, rogol tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita terhadap seorang lelaki. Luar Tabii 1. Seksyen 377 hingga 377E pula mengandungi 6 peruntukan berasingan mengenai jenayah luar tabii (unnatural offences), menjalin hubungan seks (carnal intercouse) dengan binatang adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 377, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun, denda dan dikenakan hukuman sebat. 2. Hubungan seks antara sesama lelaki (homoseks) adalah juga satu kesalahan jika fakta kesnya menepati takrif jenayah yang disebutkan dalam Seksyen 377A. 3. Seksyen ini menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu membuat hubungan seks (sexual connection) dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain (tak kira atau perempuan). Jika pasangan penjenayah


Click to View FlipBook Version