The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julimahbah, 2024-01-10 10:58:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 47 ] itu seorang lelaki, perbuatan sedemikian dipanggil ''homoseks'', manakala jika pasangannya perempuan, ia dipanggil ''heteroseks''. 4. Di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan, kedua-dua perbuatan itu adalah salah, dan jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 377B dengan penjara tidak melebihi 20 tahun, dan hendaklah juga disebat (shall also be liable to whipping). 5. Di bawah Seksyen 377C, jika penjenayah yang melakukan jenayah di luar tabii itu tadi melakukannya secara paksa, iaitu tanpa izin atau kerelaan pihak lain (pasangannya), misalnya dengan mengugut akan membunuh atau mencederakan orang itu atau orang lain jika ia tidak menurut segala kehendaknya, penjenayah itu hendaklah dihukum penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun; selain itu, ia juga hendaklah ditekankan hukum sebat. 6. Jika kita bandingkan kedua-dua peruntukan di atas tadi (Seksyen 377B dan Seksyen 377C), nyatalah bahawa hukuman bagi penjenayah yang melakukan jenayah seks luar tabii itu berbeza dari aspek had minimum hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya. 7. Perbezaan ini bergantung kepada keadaan fakta kes - sama ada perbuatan jenayah itu dilakukan dengan kerelaan pasangannya atau pun sebaliknya. Melampau 1. Di bawah Seksyen 377D, adalah menjadi satu kesalahan jika seorang itu melakukan, membantu atau menyebab dilakukan, atau mencuba melakukan, satu perbuatan kelucahan melampau (gross indency) dengan orang lain. Perbuatan ini boleh dilakukan sama ada di tempat awam atau di tempat yang tersembunyi (in public or in private). Jika sabit kesalahan, perbuatan sedemikian boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun. 2. Jika kita bandingkan Seksyen 377D ini dengan peruntukan-peruntukan lain sebelumnya, kita boleh lihat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377D ini adalah kesalahan yang agak ringan sedikit. Sebab itulah maksimum hukuman penjara yang boleh dikenakan hanyalah 2 tahun, berbanding 20 tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 377C dan 377D. 3. Seksyen 377E, iaitu peruntukan terakhir dalam kumpulan jenayah luar tabii ini, mentakrifkan kesalahan seorang itu yang cuba mempengaruhi atau memujuk (incites) seorang kanak-kanak di bawah umur 14 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau (gross indencency) dengannya. Jika sabit kesalahan, orang itu boleh dihukum penjara tidak.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 48 ] MODUL 1 Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk Sayangi Diri Objektif 1. Membina hubungan dua hala antara guru bimbingan dan kaunseling, murid (klien) dan ahli kelompok. 2. Mewujudkan nilai kerjasama antara ahli kelompok. 3. Mengenal pasti emosi setiap ahli kumpulan. 4. Mewujudkan sistem kepercayaan antara guru bimbingan dan kaunseling dan ahli kelompok. Masa 30 hingga 60 minit Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual Bahan 1. Klip Video (Pergaulan Bebas) 2. Borang Emoji Diri (Lampiran 1) 3. Gambar Cantuman Puzzle Kasih Sayang 1 (Lampiran 2) 4. Gambar Cantuman Puzzle Kasih Sayang 1 (Lampiran 3) Set Induksi Tayangan video (Pergaulan Bebas) GBK meminta murid (klien) memberikan respon terhadap tayangan video tersebut. LangkahLangkah 1. Proses pengenalan diri klien bersama-sama ahli kelompok. 2. GBK mengedarkan borang emoji diri kepada setiap klien. (Ujian Pra) 3. Setiap murid (klien) diminta untuk menyatakan perasaan diri masing-masing berdasarkan emoji diri yang diberikan. 4. Aktiviti Cantuman Puzzle; kekeluargaan / kasih sayang 5. Murid (klien) diminta melengkapkan cantuman puzzle tersebut. 6. Murid (klien) diminta memberi pandangan untuk setiap gambar yang dihasilkan. 7. Setiap murid (klien) mengaitkan nilai kehidupan yang terdapat dalam cantuman puzzle dengan keinginan murid yang ideal terhadap keluarga masing-masing. 8. Sebelum berakhir, GBK mengingatkan murid (klien) agar etika kerahsiaan haruslah diamalkan. Penilaian Membina sistem kepercayaan dalam diri setiap ahli dalam kelompok. Rumusan Wujudkan kemesraan, kerjasama dan kepercayaan antara ahli kelompok. Falsafah “Jangan takut untuk berubah ke arah lebih baik tetapi takut kepada diri yang tidak ingin berubah”.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 49 ] PUZZLE SAYANGI DIRI (2) LAMPIRAN 3- PUZZLE SAYANGI DIRI (1) LAMPIRAN 1 – VIDEO AKIBAT PERGAULAN BEBAS https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxUDAxdjdDRjdEVzQ LAMPIRAN 2- PUZZLE SAYANGI DIRI (1)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 50 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 51 ] LAMPIRAN 4 - UJIAN PRA EMOJI DIRI


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 52 ] MODUL 2 Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk Diriku Begitu Berharga Objektif 1. Merangsang murid menceritakan pengalaman hidup mereka. 2. Mentafsir perkara-perkara yang mendorong masalah kepada ekologikal (keluarga / rakan-rakan) Masa 30 hingga 60 minit Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual Bahan 1. Graf kehidupan 2. Lagu ‘Rapuh’ – Opick Langkah-Langkah 1. GBK mengedarkan kertas graf kehidupan. 2. Murid (klien) diminta untuk memplot rentetan kehidupan mengikut umur dan tahap ketinggian peristiwa manis dan pahit. 3. Murid (klien) diberikan masa 10 hingga 15 minit. 4. Murid (klien) membentang dan mentafsirkan lakaran yang dihasilkan serta kaitannya dengan peristiwa dalam kehidupan mereka. Semasa pembentangan, murid-murid lain digalakkan bertanya, berbincang dan berkongsi pengalaman yang sama. 5. GBK menyimpan maklumat tambahan di dalam profil individu untuk sesi yang seterusnya (mengikut keperluan). 6. GBK menayangkan video klip lagu ‘Rapuh’. Murid (klien) diajak menghayati lagu dan lirik yang terdapat di dalam lagu tersebut. 7. Murid (klien) diminta memberi penjelasan tentang apa yang difahami dalam lagu tersebut. Penilaian Mentafsir graf garis kehidupan secara terperinci dan murid (klien) diklasifikasikan mengikut tahap (ringan, sederhana, berat) Rumusan Pengalaman yang dilalui oleh klien memberikan implikasi terhadap perasaan dan perlakuan. Falsafah “Malu dan iman itu bergandingan, hilang satu, hilang semua”


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 53 ] LAMPIRAN 1- GRAF KEHIDUPAN


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 54 ] LAMPIRAN 2- LAGU RAPUH https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxTk5nQUp2SlhMdEk LAMPIRAN 3- LIRIK LAGU RAPUH LIRIK LAGU‘RAPUH’ Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup Reff : Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dadaku harap hanya DiriMu yang bertahta Kembali ke Reff 2x


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 55 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MODUL 3 Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk Aku Hebat Objektif 1. Mengenal pasti potensi diri 2. Menggilap potensi diri 3. Menghargai diri sendiri Masa 30 hingga 60 minit Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual Bahan Tayangan Video (Anda Luar Biasa) Tayangan Video (Berfikir dan Bertindak) Langkah-langkah 1. GBK menayangkan video yang menunjukkan contoh-contoh kejayaan pelbagai individu yang berjaya membangunkan potensi diri yang hebat. 2. Ahli kumpulan diminta memilih pasangan dan bertukar-tukar cerita tentang potensi atau kehebatan yang dimiliki. 3. GBK memilih murid (klien) secara rawak dan meminta murid tersebut menerangkan kehebatan atau potensi diri pasangan masing-masing. 4. Murid (klien) memberi dorongan positif kepada pasangan masing-masing. Penilaian Hasil maklum balas daripada setiap pasangan Rumusan Potensi diri perlu digilap demi kejayaan dan kehidupan masa depan. Falsafah “Jangan pernah menyerah, perbaiki kesalahan dan teruslah melangkah”. LAMPIRAN 1- VIDEO ANDA LUAR BIASA https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3Bxem1rbDduZnZ0UXc LAMPIRAN 2- VIDEO BERFIKIRAN POSITIF https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxaHc3cHQ4Q0gxek0


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 56 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MODUL 4 Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk Serlahkan Dirimu Objektif 1. Menyerlahkan kehebatan yang ada dalam diri. 2. Mengamalkan ciri-ciri asertif dalam kehidupan. Masa 30 hingga 60 minit Sasaran Murid (klien) yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual Bahan 1. Tayangan Video (Sentuhan Selamat) 2. Tayangan Video (Ciri-Ciri Asertif) 3. Borang Soal Selidik (Ujian Post) 4. Borang Emoji Diri Langkah-langkah 1. GBK menayangkan video sentuhan selamat dan sentuhan yang dilarang. 2. Murid (klien) diminta untuk menyenaraikan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sentuhan yang dilarang 3. Setiap murid (klien) diminta menyenaraikan tindakan masing-masing bersama rakan-rakan lain. 4. GBK menayangkan video ‘Ciri- Ciri Asertif’’. 5. Murid (klien) diminta untuk berani mengatakan ‘TIDAK’ sekiranya berada dalam situasi tersebut. 6. Seterusnya, murid (klien) diminta untuk mengisi borang soal selidik ‘Serlahkan Dirimu’. 7. Hasil soal selidik adalah untuk rujukan guru bimbingan dan kaunseling sebagai tindakan susulan. 8. Sebelum menamatkan sesi, GBK mengedarkan borang emoji kepada semua murid (klien). 9. Semua murid (klien) akan memilih emoji diri masing-masing mengikut situasi semasa. 10. Murid (klien) menerangkan mengapa emoji itu dipilih. Penilaian Kepentingan ciri-ciri asertif diri murid (klien) - diri setiap individu begitu bernilai Rumusan 1. Murid (klien) seharusnya tahu menyatakan perasaan masing-masing secara jujur.


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 57 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH 2. Murid (klien) tahu mengaplikasikan ciri asertif diri dalam kehidupan. 3. Murid (klien) bijak menghormati perasaan orang lain. Falsafah “Jangan menyalahkan masa lalu anda, kerana masa lalu tidak akan pernah berubah". LAMPIRAN 1 – VIDEO SENTUHAN SELAMAT https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxSGplcVdSVS01TVU LAMPIRAN 2 – CONTOH GANGGUAN SEKSUAL https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxRFN6dUliY05WR2c


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 58 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MODUL 5 Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk Batasan Pergaulan Objektif 1. Murid (klien) memahami batasan pergaulan 2. Murid (klien) dapat memelihara betapa pentingnya maruah diri. 3. Murid (klien) menghasilkan peta minda kesan akibat pergaulan bebas. Masa 60 hingga 90 minit Set induksi Tayangan video (Batas-Batas Pergaulan) Sasaran Murid (klien) berbilang bangsa Bahan Laptop, LCD dan Power Point. Langkah-langkah 1. GBK menayangkan video 2. Ceramah telah disampaikan selama satu jam. 3. Semua murid (klien) dipecahkan kepada lapan kumpulan untuk menjalani latihan dalam kumpulan. 3.1 Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan pen marker. 3.2 Semua kumpulan perlu berbincang menghasilkan peta minda berdasarkan tajuk yang diberi. . i. Definisi ii. Punca iii. Akibat kepada diri sendiri iv. Akibat kepada keluarga v. Akibat kepada masyarakat vi. Akibat kepada Negara vii. Akibat kepada Agama viii. Akibat kepada kesihatan 3.3 Semua kumpulan perlu membuat pembentangan. Penilaian Membina jati diri agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas. Rumusan Mewujudkan rasa keinsafan pada diri. Falsafah “Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna” LAMPIRAN 1 – CARA-CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS https://drive.google.com/open?id=0BwQwRbh0W3BxNEVtZHF3TEsyOWs


LAMPIRAN 2 – PERDEFINASI PUNCAAKIBAT KELUARGA PERGAULABEBASAKIBAT MASYARAKAT AKIBATK E M E N T E R I A N


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH RGAULAN BEBAS A AKIBAT AGAMA AN S AKIBAT NEGARA T DIRI AKIBAT KESIHATAN N P E N D I D I K A N M A L A YS I A Muka [ 60]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH LAMPIRAN 3 – SOAL SELIDIK “SERLAHKAN DIRIMU” SOAL SELIDIK ‘SERLAHKAN DIRIMU’ Kenyataan di bawah memperihalkan bagaimana anda melihat persekitaran anda. Disebabkan perkara ini adalah sekadar sudut pandangan peribadi, maka tiada jawapan yang benar atau salah. Sila jawab dengan jujur. Sila berikan respon anda terhadap item-item di bawah mengikut darjah persetujuan berdasarkan skala pilihan jawapan berikut. Bulatkan pilihan jawapan anda bagi setiap item yang memperihalkan apa yang anda fikirkan ketika ini: Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Setuju (S) 4 Tidak Setuju (TS) 2 Sangat Setuju (SS) 5 Tidak Pasti (TP) 3 Pencegahan 1 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya dengan guru bimbingan dan kaunseling 1 2 3 4 5 2 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya dengan rakan yang dipercayai 1 2 3 4 5 3 Saya akan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk menghindarkan diri memikirkan aktiviti seksual 1 2 3 4 5 4 Pendidikan seksual membantu saya mengetahui implikasi penganaiyaan seksual 1 2 3 4 5 5 Saya menyedari betapa pentingnya menghargai kehidupan 1 2 3 4 5 Pembangunan Diri 1 Saya yakin untuk berubah 1 2 3 4 5 2 Saya boleh mengurangkan penglibatan saya dalam Tingkah laku seksual 1 2 3 4 5 3 Saya dapat mengukuhkan sifat-sifat positif dalam diri 1 2 3 4 5 4 Saya bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakan sendiri 1 2 3 4 5 5 Saya percaya setiap yang saya lalui ada hikmahnya 1 2 3 4 5 Rawatan 1 Saya belajar daripada kesilapan 1 2 3 4 5 2 Saya dapat mengawal perasaan saya terhadap aktiviti seksual 1 2 3 4 5 3 Saya dapat memberi tumpuan kepada perancangan masa depan saya 1 2 3 4 5 4 Saya berasa kehidupan saya lebih bermakna 1 2 3 4 5 5 Saya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan 1 2 3 4 5 K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 61 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 62 ] LAMPIRAN 4 – UJIAN PASCA EMOJI


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 63 ] SLAID PERSEMBAHAN POWER POINT PENGENALAN RINGKAS JENAYAH SEKSUAL • JENAYAH SEKSUALterjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti : MENGANCAM atau MENIPU kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. • Jenayah seksual boleh berlaku SECARA FIZIKAL ataupun BUKAN FIZIKAL. JENAYAH SEKSUAL


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 64 ] PENYATAAN JENAYAH SEKSUAL Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanakkanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik. Menghantar pesanan ringkas (SMS), pesanan bergambar (MMS), dan video lucah secara sengaja. Mengintai kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks. Menggalakkan atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah. PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN KETERANGAN ROGOL Dalam undang-undang, jenayah rogol adalah istilah yang merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang tidak bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan memasukkan zakar ke dalam faraj secara paksaan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 65 ] PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN KETERANGAN SUMBANG MAHRAM Hubungan seks antara ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara serta cucu. PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN KETERANGAN CABUL Satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan sentuhan pada tubuh badan mangsa tanpa kerelaan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 66 ] PERNYATAAN JENAYAH SEKSUAL DAN KETERANGAN SEKS LUAR TABII Memasukkan objek lain ke dalam dubur individu yang lain. HUJAH AL-QURAN DAN HADIS TENTANG PENGHARAMAN LIWAT DAN SEKSUAL SESAMA JANTINA Maksudnya : Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud : 78)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 67 ] PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL HUJAH AL-QURAN DAN HADIS TENTANG PENGHARAMAN LIWAT DAN SEKSUAL SESAMA JANTINA Maksudnya : Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”. (Surah al-Naml : 55)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 68 ] Penggunaan teknologi media sosial menjadi keghairahan kanak-kanak dan remaja pada masa kini PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Statistik 2016, sebanyak 184 kes jenayah seksual dilaporkan Mangsa berkenalan melalui Aplikasi Weechat – 138 kes Facebook - 35 kes Whatsapp – 11 Modus operandi - mangsa dipujuk dan dibawa keluar berjalan sebelum dijadikan mangsa jenayah seksual PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Ianya amat membimbangkan berikutan statistik yang menyumbang terhadap jenayah seksual


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 69 ] JENIS-JENIS APLIKASI MEDIA SOSIAL PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL 1. KESELAMATAN • Jangan menambah kenalan (add friends) orang yang tidak dikenali. • Menggunakan laman sosial bagi tujuan pendidikan, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. • Tidak menerima pelawaan untuk berjumpa dengan kenalan atas talian (online) tanpa pengetahuan keluarga.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 70 ] • • • • • • • PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Melayari internet di tempat terbuka supaya mudah dilihat dan dikawal. Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan sesiapa sahaja. Pastikan daftar keluar (log out) setiap kali selepas menggunakan aplikasi media sosial. PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Elakkan membina kata laluan (password) yang serupa dengan nama pengguna (username). Membuat sekatan terhadap aplikasi yang dapat mengakses data peribadi anda. Jangan sesekali berkongsi lokasi terkini anda di laman sosial. Jangan muat naik/turun (post/upload) gambar yang mengghairahkan kerana walaupun telah dipadamkan, gambar tersebut masih boleh diaskes.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 71 ] • • PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Tidak menyebarkan Guna informasi tatabahasa yang yang palsu. baik dan betul. Bertanggungjawab terhadap kata-kata anda di media sosial. Jangan tularkan (viral) sebarang bentuk informasi yang diragui. 2.ETIKA Tidak terlibat dengan buli siber. PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL Penggunaan komputer dan internet tanpa wayar (wifi) adalah tidak selamat. Jangan sesekali klik pautan daripada sumber yang anda tidak ketahui.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 72 ] PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEDIA SOSIAL 3. BATASAN-BATASAN • Kenal pasti kenalan (follower) anda. • Semak latar belakang, profil peribadi sebelum mengesahkan kenalan baru (add/confirm friends).


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 73 ] PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) DEFINISI Dalam bahasa Inggeris, perkataan grooming digunakan sebagai merujuk kepada taktik yang digunakan pemangsa untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak (dan kadang-kadang ibu bapa) bagi menjadikan kanak-kanak tersebut mangsa seksual mereka PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) • Strategi dan taktik pemangsa Fasa persediaan hubungan dan kepercayaan dengan mangsa • Pemangsa kebiasaannya menggunakan pelbagai teknik atau taktik untuk mendapatkan keyakinan kanak-kanak. • Contoh : pemangsa berjanji untuk menyimpan rahsia kanakkanak tersebut bagi mendapatkan kepercayaan mangsa


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 74 ] PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) • Strategi dan taktik pemangsa Menggunakan kod rahsia sebagai gelaran faraj dan zakar • Selepas mendapatkan keyakinan, pemangsa mungkin akan mendedahkan kanakkanak dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah. PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) • Strategi dan taktik pemangsa Perhatian penuh kepada setiap masalah yang dikemukakan • Mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanak-kanak disusuli dengan peras ugut mahupun rasuah yang akan mengelirukan kanak-kanak. • Sentuhan fizikal akan bermula seperti peluk dan cium.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 75 ] REAKSI TERHADAP BAHASA DAN AKSI-AKSI LUCAH PENGANTUNAN KANAK-KANAK (CHILD GROOMING) • Strategi dan taktik pemangsa • Pemangsa akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa. Berusaha membantu setiap masalah • Menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak. • Pemangsa tidak akan melakukan sebarang serangan sehingga mereka mendapat kepercayaan kanak-kanak tebabit.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 76 ] TINDAK BALAS YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG SERING MENGGUNAKAN BAHASA DAN AKSI LUCAH Tidak melayan dan mengelakkan diri dengan rakan yang mempunyai unsur seksual. Terus hapuskan gambar-gambar lucah yang dikongsi oleh kenalan dalam talian. Menarik diri dari kumpulan yang mula menunjukkan perbualan atau aksi-aksi lucah. Memberikan amaran yang tegas melalui mimik muka dan intonasi suara (asertif diri). Laporkan kepada orang yang dipercayai seperti guru atau ibu bapa. BATASAN PERHUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 77 ] PANDUAN PERHUBUNGAN LELAKI vs PEREMPUAN Elakkan berdua-duaan di tempat sunyi. Elakkan perbuatan/ kata-kata provokatif/ lucah/ menggoda. Elakkan bahan yang boleh mencetuskan rangsangan seksual. Elakkan berpakaian tidak sopan/ menjolok mata. Elakkan sentuhan badan/ rapat. Elakkan hubungan seks sebelum bernikah. Elakkan perhubungan homoseksual (lelaki dengan lelaki) dan lesbian (perempuan dengan perempuan). PERTEMUAN PANDANGAN PERCAKAPAN ADAB DAN BATAS PERGAULAN BERSENTUHAN BADAN BERJABAT TANGAN


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 78 ] CIRI-CIRI MURID BERISIKO MENJADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL CIRI-CIRI MURID BERISIKO MENJADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL Tiada jagaan rapi daripada keluarga/ibubapa. - Kebebasan keluar dari rumah dan melayari internet. Konsep/ imej kendiri yang negatif/ rendah diri. Kaki lepak/ terlibat dengan gejala sosial. Memiliki telefon bimbit sendiri. Konflik keluarga. Kekurangan kasih sayang. Rasa sunyi. Tidak tegas terhadap gurauan/ tindakan lucah. Kurang kesedaran tentang jenayah seksual.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 79 ] ANTISOSIAL POST-TRAUMATIC STRESS DISORDER FOBIA KESAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP MANGSA KESAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP MANGSA KETAGIHAN SEKS PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL HAMIL ANAK TAK SAH TARAF KEINGINAN MEMBALAS DENDAM RASA BERSALAH (GUILTY FEELING) RASA DIRI KOTOR TIADA MARUAH DIRI HARGA DIRI RENDAH


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 80 ] PANDUAN MENGHINDARI DARIPADA JENAYAH SEKSUAL UNTUK MURID Sentuhan selamat (Good Touch) Sentuhan tidak selamat (Bad Touch) 1. FAHAM dan KENAL PASTI


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 81 ] TIADA SIAPA boleh menyentuh bahagian tubuh badan anda (lelaki atau perempuan) KECUALI untuk tujuan KESIHATAN (Pemeriksaan Doktor) KESELAMATAN (Pemeriksaan Imegresen) KEBERSIHAN (Mencuci Luka) SENTUHAN 3K 2. ELAKKAN berjalan bersendirian di tempat sunyi/ tempat gelap/ kawasan berisiko. 3. Berjalan secara BERKUMPULAN. 4. BAWA ALAT yang mengeluarkan bunyi (wisel) untuk menarik perhatian orang ramai. 5. JANGAN LAYAN orang tidakdikenali. 6. Jika diserang, cari peluang untuk MELEPASKAN DIRI contohnya bercakap-cakap, berunding atau berlakon.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 82 ] REAKSI TERHADAP ANCAMAN JENAYAH SEKSUAL 7. MENJERIT sekuat hati, meraung - (“Tolong”) untuk dapatkan bantuan 8. Gunakan teknik SENI MEMPERTAHANKAN DIRI. 9. Pergi ke TEMPAT SELAMAT. 10. LAPORKAN kepada individu yang dipercayai jika terdapat ancaman jenayah


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 83 ] Menjerit/ meraung. Menolak/ menepis. Teknik seni mempertahankan diri. Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)supaya dibuat sekatan Ketetapan keselamatan peribadi (privacy setting) untuk aplikasi tersebut. SPONTAN JIKA MENERIMAANCAMAN (APLIKASI GADJET)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 84 ] Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)supaya dibuat sekatan Ketetapan keselamatan peribadi (privacy setting) untuk aplikasi tersebut. Sekiranya pemangsa menunjukkan tingkahlaku ke arah melakukan jenayah seksual, mangsa perlu: Menjauhkan diri daripada pemangsa dan elakkan daripada bersendirian Laporkan kepada orang yang dipercayai (contoh: Guru, keluarga terdekat). JIKA MENERIMAANCAMAN (APLIKASI GADJET) INDIVIDU YANG DIKENALI


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 85 ] TUBUH ANDA HAK ANDA TIADA SIAPA BOLEH MENYENTUH TUBUH BADAN ANDA KECUALI untuk - Keselamatan - Kesihatan - Kebersihan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 86 ] TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH MURID JIKA BERLAKU JENAYAH SEKSUAL


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 87 ] 1. LAPORKAN kepada orang yang dipercayai (ibu bapa/ penjaga/ guru) * sekiranya gangguan seksual datang daripada ahli keluarga : - MINTA BANTUAN daripada guru, jiran, kawan yang dipercayai, ahli keluarga yang dipercayai. 2. BUAT PANGGILAN untuk perlindungan. 3. DAPATKAN RAWATAN dan PENGESAHAN di hospital atau 'One Stop Crisis Center (OSCC)'


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 88 ] HUKUMAN KES JENAYAH SEKSUAL ROGOL SEKSYEN 376 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) melakukan persetubuhan dengan gadis di bawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta boleh didakwa.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 89 ] AKTA BERKAITAN AKTA PENDIDIKAN 1966 murid yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh dibuang sekolah tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin. SEKSYEN 376 (2) (e) KANUN KESEKSAAN hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. AKTA BERKAITAN


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 90 ] AKTA BERKAITAN SEKSYEN 376 (2) (e) KANUN KESEKSAAN hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. Takrif 'ROGOL' di bawah Kanun Keseksaan • Dilakukan oleh lelaki ke atas perempuan. (rogol tidak boleh dilakukan oleh seorang perempuan terhadap lelaki)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 91 ] • Satu hubungan seks yang dilakukan tanpa kerelaan sebenar pihak perempuan. • Sekiranya perempuan tersebut di bawah umur 16 tahun, masih dianggap satu jenayah rogol walaupun perempuan itu penuh rela dan mengambil peranan aktif dalam hubungan seks tersebut. 'JENAYAH ROGOL' SEKSYEN 377 hingga 377E • mengandungi 6 peruntukan berasingan mengenai jenayah luar tabii (unnatural offences) dan menjalin hubungan seks dengan binatang (carnal intercourse). • jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun, denda dan dikenakan hukuman sebat. LUAR TABII


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 92 ] LUAR TABII SEKSYEN 377A Kanun Keseksaan • Adalah satu kesalahan bagi seseorang membuat hubungan seks (sexsual connection) dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut 'seseorang lain' (lelaki atau perempuan) • Homoseks - lelaki dengan lelaki • Heteroseks - lelaki dengan perempuan • Di bawah Seksyen 377B boleh dihukum penjara tidak lebih 7 tahun dan sebatan. SEKSYEN 377C • Jika jenayah luar tabii itu dilakukan secara paksa iaitu tanpa izin atau kerelaan pasangannya (mengugut akan membunuh atau mencederakan orang itu atau orang lain jika ia tidak menurut segala kehendaknya) dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun. Selain itu, ia juga hendaklah ditekankan hukum sebat. LUAR TABII


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 93 ] MELAMPAU 3.3 Modul Intervensi Jenayah Seksual Atas Talian (SUMBER MCMC) SEKSYEN 377D • Adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu melakukan, membantu atau mencuba melakukan satu perbuatan kelucahan melampau (gross indency) dengan orang lain samada di tempat awam atau di tempat yang tersembunyi. • Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 2 tahun. MELAMPAU SEKSYEN 377D • adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu melakukan, membantu atau mencuba melakukan satu perbuatan kelucahan melampau (gross indency) dengan orang lain samada di tempat awam atau di tempat yang tersembunyi. • Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 2 tahun.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 94 ]


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 95 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH LANGKAH-LANGKAH MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK BAGI KANDUNGAN ATAS TALIAN (SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH)


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 96 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MODUL 1 Tajuk : Risiko Internet Kepada Kanak-Kanak Objektif : Memberi kesedaran tentang risiko Internet kepada murid terutama dalam perkara-perkara berikut : 1.Perkongsian Berlebihan (Overshare) 2.Sexting 3.Pengantunan Atas Talian (Cyber Grooming) Masa : 30 minit Sasaran : Murid sekolah rendah dan menengah Bahan : 1.Gambar telefon bimbit / komputer riba 2. Slaid power point 3. Video Oversharing Set Induksi : GBK menunjukkan gambar-gambar gadjet kepada murid. Langkah-langkah : 1. GBK menerangkan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet serta risiko Internet terhadap kanak-kanak. 2. Guru menayangkan slaid berkaitan dengan isu Perkongsian Berkebihan (overshare) kepada murid. 3. Tayangan Video Oversharing (MCMC). 4. Seterusnya, GBK menerangkan tentang isu jenayah ‘Sexting’, kesan dan tips pencegahannya kepada murid. 5. GBK menerangkan tentang isu jenayah Pengantunan Atas Talian (Cyber Grooming) dan platform atas talian yang digunakan oleh pemangsa. 6. Tayangan video Cyber Grooming (MCMC). 7. Sesi soal jawab dan perbincangan berkaitan tajuk di atas. Penutup : GBK membuat pengukuhan tentang isu jenayah / kes seksual di atas talian. Penilaian : Murid mengetahui isu jenayah seksual yang sering berlaku atas talian. Rumusan : Murid perlu bijak dalam melayari Internet dan peka dengan jenayah seksual atas talian. Falsafah : ‘Klik dengan bijak’


Click to View FlipBook Version