The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julimahbah, 2024-01-10 10:58:00

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

MODUL_INTERVENSI_JENAYAH_SEKSUAL_TERHADAP_KANAK_KANAK_IHSAN_2019

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 97 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MODUL 2 Tajuk : Tips Keselamatan Dan Pengawalseliaan Di Alam Siber Objektif : Memberi panduan kepada murid tentang perkara yang perlu diketahui ketika melayari internet. Masa : 30 minit Sasaran : Murid sekolah rendah dan menengah Bahan : 1. Slaid power point Panduan ‘SMART’ Set Induksi : Tayangan video mengenai penyalahgunaan telefon pintar. Langkah-langkah :1. GBK menerangkan tentang panduan ‘SMART’ yang perlu diketahui oleh setiap murid. 2. Guru menerangkan tentang panduan pengawalseliaan alam siber oleh ibubapa/ penjaga kepada murid. 3. Guru memberi bimbingan dan nasihat kepada murid. Penutup : GBK membuat pengukuhan tentang apa yang perlu dilakukan ketika melayari Internet. Penilaian : Murid mengetahui tentang panduan ‘SMART’ Rumusan : Murid perlu bijak dalam melayari Internet dan sentiasa berhati-hati dalam berkomunikasi. Falsafah : ‘Fikir dahulu sebelum bertindak’


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 98 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 99 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 100 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 101 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 102 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 103 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 104 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 105 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH MANUAL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK DI SEKOLAH 3.4 Program Intervensi Jenayah Seksual Melibatkan Ibu bapa dan Komuniti 3.4.1 OBJEKTIF : 1. Meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan komuniti tentang jenayah seksual kanakkanak. 2. Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan komuniti tentang perlindungan dan keselamatan diri kanak-kanak 3. Mengaplikasi kemahiran keibubapaan yang positif bagi menghasilkan jiwa dan minda yang seimbang untuk diri dan anak-anak. 4. Memperkasakan penglibatan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam membendung jenayah seksual kanak-kanak. 3.4.2 SASARAN: Ibu bapa / penjaga, ahli keluarga dan komuniti 3.4.3 CADANGAN AKTIVITI: 1. Seminar / Ceramah / Bengkel /Forum keibubapaan melalui : a. Hari Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 b. Hari Akademik / Bicara Akademik / Penetapan Target c. Mesyuarat PIBG d. Majlis Anugerah Kecemerlangan 2. Kempen Jenayah Seksual menggunakan media berikut : a. Risalah:penyebaran semasa pendaftaran murid/hari pertama sekolah b. Gegantung, poster dan kain rentang : diletakkan di kawasan tumpuan murid/ibu bapa dan komuniti (cth : taman perumahan, balai raya, masjid) c. Media sosial: WhatsApp, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Sync. 3. Program/aktiviti anjuran bersama pihak luar seperti : a. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) b. Polis Diraja Malaysia (PDRM) c. Jabatan Agama Islam d. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 106 ] MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH e. Jabatan Peguam Negara (JPN) f. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) 3.4.4 Contoh Pelan Tindakan Program Intervensi Jenayah Seksual melibatkan Ibu bapa dan Komuniti. Bil Bulan Program/Aktiviti Tempoh Personalia Sasaran 1 Disember Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 / Tingkatan 1 Ceramah/ Bengkel/ Forum Tajuk 1: Kesedaran Bahaya Jenayah Seksual KanakKanak Tajuk 2 : ‘Say no to sex’ Tajuk 3 : Anda Bijak Jauhi Zina Edaran risalah/ bunting 2 jam Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Jabatan Agama Islam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sarana Ibu bapa dan Komuniti Ibu bapa Komuniti 2 Feb Hari Akademik / Bicara Akademik/ Penetapan Target Seminar / Forum Keibubapaan Tajuk : Perlindungan dan Keselamatan Diri KanakKanak Edaran risalah/ bunting 2 jam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarana Ibu Bapa dan Komuniti Ibu bapa Komuniti 3 Mac Mesyuarat PIBG Ceramah /Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tajuk 1: Peranan ibu bapa dan komuniti dalam 2 jam Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Jabatan Peguam Negara (JPN) Ibu bapa Komuniti


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 100 ] menangani Jenayah Seksual Kanak-Kanak risalah /gegantung/ kain rentang Sarana Ibu Bapa dan Komuniti 4 Mei Majlis Anugerah Kecemerlangan Seminar Keibubapaan Tajuk : Memperkasakan Penglibatan Keluarga dan Komuniti dalam Membendung Jenayah Seksual kanak-kanak. 2 jam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarana ibu bapa dan Komuniti Ibu bapa Komuniti Edaran risalah/ bunting


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH 3.5 Contoh Pelan Tindakan Pencegahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak Sekolah CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK SEKOLAH MENENGAH BULAN PENGISIAN CADANGAN MASA SASARAN PERSONALIA JANUARI Pengisian 1 Tajuk: Pengenalan ringkas jenayah seksual Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM FEBRUARI Pengisian 2 Tajuk : Penggunaan Teknologi Media Sosial Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM MAC Pengisian 3 Tajuk : Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming) Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM APRIL Pengisian 4 Tajuk : Reaksi Terhadap Bahasa atau Aksi-Aksi Lucah Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM MEI Pengisian 5 Tajuk : Batasan perhubungan antara Lelaki & Perempuan Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM JUN Pengisian 6 Tajuk : Ciri-Ciri Murid Yang Berisiko Menjadi Mangsa Jenayah Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM JULAI Pengisian 7 Tajuk : Kesan Jenayah Seksual kepada Mangsa Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 101 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 102 ] OGOS Pengisian 8 Tajuk : Panduan menghindari daripada Jenayah Seksual untuk murid Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM SEPTEMBER Pengisian 9 Tajuk : Reaksi Terhadap Ancaman Jenayah Seksual Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM OKTOBER Pengisian 10 Tajuk : Tubuh Anda, Hak Anda Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM NOVEMBER Pengisian 11 Tajuk : Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Murid Jika Dirinya Diganggu Sebulan 1 kali Waktu perhimpunan Semua pelajar GBK GURU KELAS GURU DISIPLIN PK HEM


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 103 ] UNIT 4: PERUNDANGAN BERKAITAN KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK 4.1 Pengenalan Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) digubal bertujuan memelihara dan menjaga kebajikan kanak-kanak di bawah umur lapan belas tahun. Justeru, fungsi Akta 792 ini adalah memperluas dan memperkasa peranan dan kepentingan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Kanun Keseksaan (Akta 574) dan mana-mana perundangan yang berkaitan. Secara asasnya, perundangan-perundangan terdahulu dan sedia ada memperuntukkan perkara-perkara atau peruntukan-peruntukan khas berkaitan kanak-kanak. Misalnya, Seksyen 17, Akta Kanak-kanak (Akta 611) memperuntukkan bahawa kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan daripada ibu bapa atau penjaga atau pusat-pusat pemeliharaan dan pemuliharaan. Penggubalan Akta 792 memberi penekanan kepada isu jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak semakin meruncing dan memerlukan langkah-langkah pencegahan. Merujuk kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2014 hingga Februari 2017, sebanyak 402 kes jenayah seksual dan gangsterisme telah dilaporkan bagi seluruh negara Malaysia. Dapatan ini diperkukuhkan dengan pandangan daripada Pakar Jenayah Seksual Kanak- kanak iaitu Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, Pensyarah Fakulti Sains dan Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyatakan bahawa terdapat 70 peratus daripada 200 responden di bawah kajian beliau, menerima mesej ringkas berbentuk seksual (gambar bogel). Justeru, isu jenayah seksual perlu diberikan perhatian di mana kegagalan menyekat jenayah ini akan memberi ancaman terhadap institusi kekeluargaan, sosial dan masa depan negara secara keseluruhannya. Hal ini juga mampu memberi impak negatif untuk jangka masa pendek dan panjang kepada seseorang kanak-kanak. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memperkukuh isi kandungan dalam Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak dan menyebar luas maklumat berkaitan jenayah seksual kepada kanak-kanak atau murid-murid di sekolah sebagai langkah pencegahan dari aspek perundangan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 104 ] 4.2 Peruntukan Perundangan Sedia Ada Mengenai Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 4.2.1 Kanun Keseksaan (Akta 574) Kanun Keseksaan telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan jenayah seksual kanak-kanak seperti di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan bahawa; “Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah”. Seseorang individu itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 354 Akta 574 atas kesalahan serangan atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang kanak-kanak dengan niat untuk mencabul kehormatan sebagai mana yang diperuntukkan di bawah; “Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.” Seksyen 372 pula memperuntukkan bahawa; “Mengeksploitasikan seseorang untuk tujuan pelacuran.” Seksyen 375 memperuntukkan berkenaan kesalahan rogol terhadap kanak-kanak sebagai mana yang dinyatakan di bawah; “Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan seperti berikut : a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu b) dengan tiada kerelaan perempuan itu c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 105 ] d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan; e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan; f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya; g) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu DI BAWAH UMUR ENAM BELAS TAHUN.” Seksyen 375B memperuntukkan perlakuan rogol secara berkumpulan terhadap kanak-kanak. Seterusnya, Seksyen 376A memperuntukkan bahawa seseorang itu boleh disabitkan kesalahan sumbang mahram sekalipun melibatkan kanak-kanak. peruntukan dinyatakan di bawah; “Sumbang mahram- persetubuhan dengan seseorang yang tidak boleh dikahwini, sama ada kerana larangan undang-undang, agama, adat atau kebiasaan (seorang perempuan di bawah 16 tahun atau lelaki di bawah 13 tahun adalah dianggap tidak dapat memberi kerelaan untuk perbuatan sumbang mahram).” Akta 574 di bawah Seksyen 377A memperuntukkan bahawa; “Persetubuhan karnal di luar tabii dengan memasuki zakar lelaki ke dalam dubur atau mulut orang lain.” Dan Seksyen 377C memperuntukan bahawa seseorang individu boleh disabitkan bawah kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii jika sabit kesalahan dan tambahan itu, tafsiran ini telah diperluaskan kepada penggunaan jari, lidah atau menggunakan mana-mana anggota badan selain zakar untuk tujuan melakukan persetubuhan luar tabii. Akta ini juga memperuntukkan perkara berkaitan dengan kesalahan kelucahan melampau di bawah Seksyen 377D. Seksyen 377E pula berkenaan perlakuan menghasut seseorang kanak-kanak untuk melakukan kelucahan melampau.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 106 ] Peruntukan di bawah Seksyen 377E menyatakan bahawa; “Merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau. Seksyen 509 Akta 574, memperuntukkan bahawa; perkataan atau gerakan badan yang menjurus kepada kepada menghina kehormatan seseorang yang lain. 4.2.2 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Pengertian kanak-kanak di bawah Akta 611 diperuntukkan pada Seksyen 2 (a) dan (b) yang beerti seperti berikut: “kanak-kanak membawa erti seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan (b) berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan.” Akta 611 memperuntukkan beberapa perkara berhubung kesalahan-kesalahan jenayah seksual kanak-kanak. Antaranya, Seksyen 31 memperuntukan bahawa “mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak yang telah menganiaya, membenarkan kanak-kanak dianiaya, termasuklah dari segi seks (sexually abuse) boleh jatuh hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.” Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada terlibat jenayah seksual berbentuk pengeksploitasian kanak-kanak bagi tujuan pelacuran atau maksud lucah. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Akta 611. Seseorang apabila disabitkan kesalahan ini maka boleh dijatuhkan hukuman seperti berikut: a) Denda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya; b) Denda tidak melebihi RM 50,000 atau pemenjaraan tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 107 ] Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 Seksyen 292 Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, Seksyen 354 Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan. Seksyen 372 Mengeksploitasikan seseorang untuk tujuan pelacuran. Seksyen 375 Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan seperti berikut : a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; b) dengan tiada kerelaan perempuan itu; c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut; d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan member kerelaan; e) dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan; f) dengan kerelaan perempuan itu, apabila kerelaanya didapati dengan menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 108 ] atas sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah berkaitan dengannya; g) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu DI BAWAH UMUR ENAM BELAS TAHUN. Seksyen 375 B Rogol secara berkumpulan Seksyen 376A Sumbang mahram – persetubuhan dengan seseorang yang tidak boleh dikahwini, sama ada kerana larangan undang-undang, agama, adat atau kebiasaan (seorang perempuan dibawah 16 tahun atau lelaki di bawah 13 tahun adalah dianggap tidak dapat memberi kerelaan untuk perbuatan sumbang mahram). Seksyen 377A Persetubuhan karnal di luar tabii dengan memasuki zakar lelaki ke dalam dubur atau mulut orang lain. Seksyen 377C Persetubuhan di luar tabii tanpa persetujuan atau tanpa kerelaan atau secara menyebabkan ketakutan tentang maut atau kecederaan kepada mangsa ataupun orang lain. Seksyen 377CA perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan Seksyen 377D Melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau. Seksyen 377E Merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau. Seksyen 509 Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan untuk mengaibkan kehormatan seseorang 4.2.3 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) Seseorang itu boleh disabitkan atas kesalahan pemerdagangan orang atau kanak-kanak di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Seksyen 14 (Kesalahan Pemerdagangan Kanak-Kanak) memperuntukan bahawa pemerdagangan kanak-kanak bagi maksud “eksploitasi” adalah termasuk “eksploitasi seks”. Untuk itu, seseorang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda. Seksyen 15 (Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada eksploitasi orang yang diperdagangkan) bahawa merujuk kepada seseorang yang mendapat keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan (termasuklah kanak-kanak). Hukuman jika sabit kesalahan adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 109 ] boleh juga didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit. 4.2.4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] Kesalahan jenayah seksual juga termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] memperuntukkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Antaranya, Seksyen 211 yang menjelaskan bahawa “seseorang itu dilarang melakukan apa-apa pemberian kandungan jelik (offensive content) melalui perkhidmatan aplikasi. Kandungan jelik termasuklah kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya.” Hukuman jika sabit kesalahan adalah didenda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Seksyen 233 Akta 588 memperuntukkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. Kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi melibatkan komunikasi lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik. Hukuman bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. 4.2.5 Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] Pencegahan dan perlindungan dari kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] seperti Filem lucah memperuntukkan bahawa; Tiada seorang pun boleh; a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 110 ] Hukuman terhadap kesalahan di atas adalah denda tidak kurang daripada RM10, 000 dan tidak lebih daripada RM50, 000 atau dipenjarakan. Peruntukan-peruntukan yang termaktub di bawah perundangan-perundangan sedia ada dan terpakai seperti di atas perlu dikemaskini dan dipinda melalui proses tertentu. Namun ini tidak bermakna peruntukan-peruntukan terdahulu tidak relevan mahupun tercicir. Proses pengemaskinian dijalankan bagi memperkasakan dan menyesuaikan dengan situasi dan keskes terkini yang berlaku di luar kawalan penggubal dan pengamal perundangan. Selain itu, tujuan utama penambahbaikan ini adalah untuk membantu serta menjamin kemaslahatan kanak- kanak dari belenggu jenayah seksual sama ada sebagai pemangsa atau mangsa. 4.3 Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Tahun 2017 4.3.1 Bahagian I (Permulaan) Fasal 2 – Pemakaian 1) Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan jika Akta ini berhubung dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, bagi kanak-kanak yang berumur sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang bertulis itu. 2) Apa-apa sebutan tentang kanak-kanak berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual hendaklah termasuk orang yang tertuduh percaya berumur atau di bawah umur yang dinyatakan dalam peruntukan mengenai kesalahan itu masing-masing. (whom the accused believes is a person of or under the age as specified in the respective provisions of such offences) Fasal 3 – Pemakaian luar wilayah (Extra-territorial application) 3) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini, atau di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak dilakukan oleh warganegara Malaysia terhadap kanakkanak di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 111 ] 4.3.2.1 Pornografi Bahagian II (Kesalahan-Kesalahan berhubung dengan Pornografi Kanak-Kanak) Fasal 4 - Pornografi kanak-kanak 4. Dalam Akta 792 ini a) “pornografi kanak-kanak” ertinya apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah: i. mengenai seorang kanak-kanak yang sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan (sexual explicit conduct); ii. mengenai seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan; iii. mengenai imej realistik atau grafik seorang kanak-kanak sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan; atau iv. mengenai imej realistik atau grafik seseorang yang kelihatan seperti kanak- kanak sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan. b) “kelakuan seksual secara terang-terangan” (sexual explicit conduct) termasuklah yang benar atau simulasi yang berikut: i. persetubuhan, atau perbuatan yang memberahikan termasuk kontak fizikal yang melibatkan alat kelamin dengan alat kelamin, mulut dengan alat kelamin, dubur dengan alat kelamin, atau mulut dengan dubur, antara orang yang mempunyai jantina yang sama atau berlainan; ii. perbuatan kebinatangan; iii. onani; iv. penganiayaan sadis atau masokis dalam konteks seksual; v. menunjukkan bagi maksud seksual alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubis atau dubur; dan vi. penggunaan apa-apa objek atau peralatan bagi perbuatan yang memberahikan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 112 ] Fasal 5 - Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb., pornografi kanak-kanak 5. Mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau mengambil bahagian, menyertai atau melibatkan diri, mengikut apa-apa cara sekalipun, dalam pembuatan, penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan. Fasal 6 - Persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak 6. Mana-mana orang yang membuat apa-apa persediaan untuk membuat, menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Fasal 7 - Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb, pornografi kanak-kanak 7. Mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan seorang kanakkanak digunakan dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan, atau dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau dalam pembuatan atau penghasilan, atau dalam pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Huraian Seksyen ini tidak terpakai jika persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak atau jika pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak menggunakan seseorang yang kelihatan seperti seorang kanak-kanak.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 113 ] Fasal 8 - Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb, pornografi kanak-kanak 8. Mana-mana orang yang: a) bertukar-tukar, menerbitkan, mencetak, menghasilkan semula, menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, mengimport, mengeksport, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa pornografi kanak-kanak; b) memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa pornografi kanak- kanak; atau c) mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan apa-apa pornografi kanakkanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan. Fasal 9 - Menjual, dsb. pornografi kanak-kanak kepada kanak-kanak 9. Mana-mana orang yang menjual, menyewakan, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menyampaikan, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara, apa-apa pornografi kanak-kanak kepada seseorang kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Fasal 10 - Mengakses, dsb. pornografi kanak-kanak 10. Mana-mana orang yang mengakses, atau mempunyai dalam milikan atau kawalannya, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau keduaduanya. Huraian—Seseorang dikatakan mengakses pornografi kanak-kanak sekiranya orang itu dengan diketahuinya menyebabkan pornografi kanak-kanak dilihat oleh, atau dihantar kepada, dirinya.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 114 ] 4.3.2.2 Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming) Bahagian III (Kesalahan-Kesalahan berhubung dengan Pengantunan KanakKanak (Child Grooming) Fasal 11- Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak 11. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana orang yang (a) berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak; atau (b) menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual, dengan apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. (2) Bagi maksud seksyen ini, seseorang dikatakan berkomunikasi secara seksual jika: a) komunikasi itu atau mana-mana bahagian komunikasi itu adalah berhubung dengan aktiviti yang bersifat seksual; atau b) mana-mana orang yang munasabah akan berpandangan bahawa mana-mana bahagian komunikasi itu adalah seksual. (3) Seseorang tidak boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan. Fasal 12- Pengantunan kanak-kanak 12. (1) Mana-mana orang yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap kanak-kanak itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. (2) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa manamana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau manamana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 115 ] Fasal 13 - Perjumpaan selepas pengantunan kanak-kanak 13. (1) Mana-mana orang yang, setelah berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak, membuat perjalanan untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu atau berjumpa dengan kanakkanak itu dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap kanak-kanak itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat (2) Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa manamana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau manamana kesalahan di bawah Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. 4.3.2.3 Amang (Assault) Bahagian IV (Kesalahan-Kesalahan berhubung dengan Amang Seksual– Sexual Assault) Fasal 14 - Amang seksual fizikal 14. Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak; b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain; c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau d) melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Huraian 1 Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 116 ] boleh dilakukan melalui apa-apa termasuk apa-apa yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. Huraian 2 Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan yang berkenaan dengan perlakuan itu. Fasal 15 - Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak 15. Mana-mana orang yang: (a) bagi maksud seksual i. mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi, atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apaapa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang kanak-kanak; ii. membuatkan seseorang kanak-kanak menunjukkan badan kanak-kanak itu atau mana-mana bahagian badan kanakkanak itu supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana orang lain; atau iii. mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanakkanak dengan apa-apa cara secara berulang kali atau kerap; Fasal 15 - Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak (b) mengugut untuk menggunakan apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai apa-apa bahagian badan seseorang kanakkanak atau mengenai seseorang kanak-kanak sedang melakukan aktiviti bersifat seksual;


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 117 ] (c) melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak; (d) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati seseorang yang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; (e) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai seseorang yang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau (f) membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Huraian: Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang digunakan, sifat dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan yang berkenaan dengan perlakuan itu. 4.3.3 Hubungan amanah kanak-kanak Bahagian V (Orang yang mempunyai perhubungan amanah) Fasal 16 - Orang yang mempunyai perhubungan amanah (1) Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai perhubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 118 ] Subfasal 16(2) Orang yang mempunyai perhubungan amanah Siapakah orang yang mempunyai hubungan amanah dengan kanakkanak? Seseorang dikatakan mempunyai perhubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanak-kanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada: a) ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto; b) seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa; c) guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta; d) mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; e) jurulatih; dan f) Perkhidmatan awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan kanak-kanak 4.3.4 Keupayaan dan Keterangan saksi kanak-kanak Fasal 17- Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undangundang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanakkanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 119 ] Fasal 18 - Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undangundang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanakkanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. 4.3.5 Tanggungjawab untuk memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang untuk melakukan kesalahan terhadap seseorang kanak-kanak oleh sesiapa sahaja. Fasal 19 - Kegagalan memberikan maklumat Walau apa pun seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], manamana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, kepada pegawai yang menjaga balai polis yang berdekatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. 4.4 Perundangan Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-Kanak 4.4.1 Contoh Kes Rogol Statutori (Statutory Rape) (Kes 1) BATU PAHAT: Empat pelajar ditahan polis semalam, selepas didakwa merogol seorang rakan sekolah mereka yang menuntut di tingkatan satu sejak April lalu. Dua suspek berusia 13 tahun dan dua lagi 15 tahun ditahan di kediaman mereka kira-kira jam 1 pagi di kawasan Sungai Suloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke sekolah selepas kejadian itu terbongkar. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata perkara itu terbongkar selepas seorang guru memanggil ibu mangsa dan memberitahu pelajar itu mungkin dirogol. "Ibunya lebih bimbang apabila anaknya tidak pulang ke rumah seharian selepas keluar Sabtu lalu dan hanya pulang ke rumah pada malam Ahad kira-kira jam 7 malam. "Keadaan itu mendorong ibu mangsa membawanya membuat laporan polis sebelum diarah membuat pemeriksaan di hospital."Pemeriksaan mendapati ada kesan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 120 ] koyakan pada kemaluan mangsa sebelum pelajar itu mengaku melakukan hubungan seks dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu. "Mangsa menyatakan pernah tiga kali melakukan hubungan seks bulan lalu dengan rakan sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong Sungai Suloh, dekat sini," katanya di sini, hari ini. Abdul Wahib berkata, polis dapat mengesan dan menahan empat suspek manakala seorang lagi suspek giat diburu. Katanya, keempat-empat suspek direman seminggu mulai semalam manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana pelajar itu didapati merogol. Sumber elektronik, 17/8/2016: http://www.bharian.com.my (Kes 2) MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini. Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya. Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan. Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua. Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol. Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya. Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut. Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut. "Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya. Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku. "Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya. Sumber elektronik, 1/10/2016: http://www.mstar.com.my


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 121 ] 4.4.1.2 Contoh Kes Sumbang Mahram (Incest) (Kes 1) KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2, 000 itu. Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3, 000. Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguatkuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 122 ] Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat. Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan. Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah. “Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan. Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anakanak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji. Sumber elektronik, 31/12/2013: http://www.utusanonline.com.my (Kes 2): Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu. Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56,


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 123 ] setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa. Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas. Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011. Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. Sumber elektronik, 18/12/2013: http://www.malaysiakini.com 4.4.1.3 Contoh Kes Pornografi (Kes 1) KOTA BHARU: Keluarga wanita yang menjadi mangsa pukul dan dibogelkan, meminta semua pihak berhenti menyebarkan video kejadian itu. Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 49, berkata anaknya, Nora, 26, (bukan nama sebenar) kini sangat trauma, hanya menangis dan berkurung dalam bilik kerana teramat malu dengan penyebaran video mengaibkan itu. Ani juga meminta masyarakat tidak terus melemparkan persepsi negatif terhadap anaknya kerana yakin Nora dianiaya. "Sejak kejadian itu, ditambah dengan penyebaran video memalukan berkenaan, Nora trauma dan tiada selera makan. Dia hanya merintih kesakitan dan mengakui teramat malu. "Dia juga dalam ketakutan kerana ahli keluarga kami ada menerima ugutan daripada pihak yang mencari Nora dan masih belum berpuas hati," katanya yang hadir ke pejabat Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, di sini hari ini. Ani mendakwa, ugutan itu diterima menerusi panggilan telefon tiga hari lalu, selain ada beberapa individu bertanya kepada penduduk kampung lokasi rumah Nora. "Kami memohon pihak berkuasa membantu dari aspek keselamatan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini selepas ini. Kami juga bercadang memfailkan saman malu terhadap individu yang mula menyebarkan video memalukan itu dalam tempoh terdekat," katanya. Sumber elektronik, 1/5/2015: http://www.mstar.com.my


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 124 ] (Kes 2) PETALING JAYA: Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak. Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan. Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'. Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara. Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'. Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak. Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif Konstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video. "Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawaipegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya. Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya. Sumber elektronik, 27/9/2016: BH ONLINE 4.4.1.4 Contoh Kes Liwat (Kes 1) Alor Gajah: Usianya baru 10 tahun, namun seorang murid lelaki sebuah sekolah tahfiz di daerah ini, di sini, menanggung azab apabila mendakwa dipaksa melayan nafsu songsang empat pelajar senior yang meliwatnya. Perbuatan keji empat pelajar terbabit terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan dengan perlakuan itu menceritakan kejadian menimpanya kepada pengurusan sekolah berkenaan yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 125 ] Dalam kejadian terbaru jam 8 pagi, 14 Ogos lalu, mangsa diliwat bergilir-gilir dan dipaksa melakukan seks oral oleh empat pelajar senior terbabit. Menurut sumber, dalam kejadian itu empat pelajar terbabit membawa mangsa ke kawasan pokok buluh berhampiran padang sekolah sebelum meliwatnya bergilir-gilir hingga dia tidak sedarkan diri. “Seorang daripada empat murid itu didakwa menutup mulut dan hidung manakala tiga rakannya memaksa mangsa melakukan onani sebelum mereka bergilir meliwat mangsa. “Selepas mangsa diliwat, keempat-empat pelajar itu memapahnya sebelum dia dicampak di kawasan semak berhampiran asrama sekolah,” katanya. Sumber elektronik, 16/3/2014: http://www.sinarharian.com.my (Kes 2) KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Feb itu, oleh guru kaunseling sekolah anak mereka. "Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk bertemu)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu. Mohmad berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat. Katanya suspek juga disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta individu berkenaan tampil membuat laporan polis. Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel. Sumber elektronik, 27/2/2013: http://www.astroawani.com


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 126 ] 4.4.1.5 Contoh Kes Buli Siber (Penyebaran bahan lucah, sumbang dan jelik, kandungan mengancam) (Kes 1) BATU PAHAT - Seorang lelaki membuat laporan polis setelah mendakwa akaun Facebook miliknya digodam, dan digunakan pihak ketiga untuk menghantar gambar lucah kepada kenalannya. Wahyu Hidayat Jaapar, 34, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, sekaligus memberi kesan terhadapnya apabila dipandang serong oleh umum. Dia yang juga Ketua Biro Kebajikan Pemuda Umno Bahagian Sri Gading akui hanya menyedari akaun Facebooknya digodam melalui rakannya. “Pada hari ini (semalam) saya masih belum buka akaun Facebook saya, namun kenalan saya bertalu-talu beritahu hal berkenaan (gambar lucah) terdapat di Facebook saya. Ada juga beberapa pihak hubungi saya dengan sindiran. “Lebih teruk lagi gambar lucah itu turut dihantar dari akaun saya ke akaun Facebook lain, di mana akan menyebabkan seolah-olah saya yang hantar gambar berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam. Menurut Wahyu, dia berharap orang ramai tidak salah faham mengenainya. “Saya berharap setelah laporan ini dibuat, polis dapat menyiasat sebaiknya dan ia dijadikan pengajaran kepada individu lain,” katanya. Sumber elektronik, 3/1/2017: http://www.sinarharian.com.my 4.4.2 Maklumat Perundangan 4.4.2.1 Pengumpulan Bahan Bukti Guru–guru yang menerima kes aduan berkaitan seksual, meminta pelajar untuk tidak mencuci pakaian atau membersihkan badannya bagi memastikan bahan bukti tersebut kekal sehingga mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan. 4.4.2.2 Keterangan Saksi Mangsa, penerima aduan (GBK/PGB) dan mereka yang dinyatakan dalam laporan sesi boleh dipanggil bagi membantu memberi keterangan kepada pihak mahkamah.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 127 ] 4.4.2.3 Keterangan Dokumen GBK perlu menyediakan laporan sesi kaunseling bagi mangsa yang terlibat dalam kes jenayah seksual manakala laporan perubatan dan laporan polis akan disediakan setelah mangsa membuat laporan polis. 4.4.2.4 Forensik Digital Forensik digital merupakan kaedah untuk mendapatkan bahan bukti daripada alat elektronik seperti komputer peribadi, telefon bimbit, komputer riba, server, tablet dan alat teknologi lain. Hasil ekstrak dari alat elektronik tersebut akan dijadikan bahan bukti kes sewaktu di mahkamah. 4.5 Tugas dan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Persediaan dan Pemberian Keterangan di Mahkamah Merujuk Surat Pekeliling /Ikhtisas (Perlindungan) RUJ KP (BS/MEN) 8510/05/017/JLD 12(80), guru-guru kaunseling adalah dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya mereka melaporkan kes-kes gangguan emosi atau fizikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar seliaan mereka kepada pihak berkuasa. 4.6 Program Literasi Undang-Undang untuk murid dan warga sekolah Antara cadangan program yang boleh membantu memberi kesedaran kepada murid dan warga sekolah ialah: a) Tatacara Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak b) Ceramah/Seminar tajuk berkaitan undang-undang jenayah seksual c) Program MCMC: “Klik Dengan Bijak” d) Program kerjasama dengan pihak NGO


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 128 ] 4.7 Soalan-soalan Lazim Perundangan 1. SOALAN : Apakah maksud penderaan seksual kanak kanak? JAWAPAN : Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Bab 1 (Am) memperuntukkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta/pemerhati dalam apa-apa aktiviti seksual bagi maksud apa-apa bahan pornografi, rakaman, filem, pita, video atau persembahan berbentuk pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. 2. SOALAN : Siapakah yang berisiko didera secara seksual? JAWAPAN : Semua kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan daripada pelbagai latar belakang berisiko menjadi mangsa penderaan seksual. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 7862 kes telah disiasat bagi semua kesalahan seksual yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun bagi tahun 2014 sehingga 2016 sahaja. 3. SOALAN : Apakah perbuatan yang dianggap sebagai kesalahan seksual kanak-kanak? JAWAPAN : Kesalahan seksual merangkumi perbuatan-perbuatan berikut: Meraba-meraba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan contohnya mengintai dan kata-kata lucah yang diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi, termasuklah internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur.


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 129 ] 4. SOALAN : Apakah kaedah yang sering digunakan oleh penjenayah dalam melakukan kesalahan seksual kanak-kanak? JAWAPAN : Antara kaedah yang sering digunakan oleh suspek yang dikenali ialah: Membina kepercayaan mangsa terhadap suspek seperti memberi hadiah, belanja makan dan sebagainya. Membina kepercayaan di kalangan ahli keluarga mangsa. Mulakan dengan sentuhan biasa supaya mangsa berasa selesa, tunjuk gambar lucah bagi membiasakan mangsa dan kemudian diikuti perlakuan seksual yang lain. Mengugut mangsa. Manakala kaedah yang sering digunakan oleh suspek yang tidak dikenali ialah: Mencari mangsa secara rawak seperti di tempat sunyi, taman permainan dan lain-lain tempat awam. Mencari mangsa di laman media sosial. 5. SOALAN : Apakah kesan ke atas mangsa kesalahan seksual kanak-kanak ini? JAWAPAN : Kesan ke atas mangsa melibatkan fizikal, emosi dan tingkah laku. Namun impaknya berbeza mengikut umur. Bagi kanak-kanak di bawah umur 7 tahun: Tingkahlaku yang mengundur atau menjadi regresif seperti menghisap jari dan kencing di tilam semasa tidur. Enggan mandi, menukar pakaian atau tidak mahu menyentuh bahagian tertentu badan mereka. Meniru perlakuan yang mempunyai unsur seksual semasa bermain dengan kanak-kanak lain atau anak patung. Bagi remaja ialah: Sering mengigau. Mempunyai sindrom post traumatic stress disorder (PTSD) seperti ingatan terhadap trauma secara berulang, keresahan


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 130 ] yang tinggi (hyperarousal) dan pengelakan (avoidance). Keresahan berpanjangan juga akan disertai dengan kemurungan. Mereka juga mengelamun, menyendiri, tidak menjaga kebersihan diri dan berubah selera. Mula mengambil dadah dan alkohol, melakukan aktiviti seks bebas, lari dari rumah, mencederakan diri sendiri dan membuat percubaan membunuh diri. Kehamilan. Impak yang dinyatakan boleh berlarutan sehingga dewasa, contohnya terdapat risiko 2-3 kali lebih tinggi dalam penggunaan dadah, kemurungan dan percubaan membunuh diri. Kajian menunjukkan mereka berisiko 2 kali lebih tinggi untuk menjadi pemangsa atau disabitkan dengan jenayah keganasan kelak. 6. SOALAN: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mengetahui seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa kesalahan seksual kanakkanak? JAWAPAN : Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah membuat laporan kepada: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Talian Kasih 15999 Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor. Mana-mana balai polis/pondok polis yang berhampiran. Mana-mana ahli pasukan perlindungan kanak-kanak/pusat aktiviti kanak-kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan. Merujuk terus ke hospital yang berhampiran. SKMM sekiranya melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak melalui media 130ocial. 7. SOALAN : Apakah kerjasama NGO? JAWAPAN : Memberi bantuan seperti melindungi kanak-kanak mangsa kesalahan seksual dengan menyokong mereka dan keluarga


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 131 ] mereka, membimbing mereka sepanjang proses pelaporan sehingga proses prosiding mahkamah dan mendapatkan tempat tinggal yang selamat untuk mereka. 8. SOALAN : Siapa yang wajib bertanggungjawab melaporkan sekiranya terjadi kesalahan seksual kanak-kanak? JAWAPAN : Semua pihak yang mengetahui kejadian bertanggungjawab untuk melaporkannya. 9. SOALAN : Siapakah pegawai pelindung dan apakah peranan, fungsi serta tanggungjawab mereka JAWAPAN : Pegawai pelindung ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat. Di bawah Akta Kanak 2001 (Akta 611), pegawai pelindung bertanggungjawab untuk memberi pemeliharaan, kawalan, perlindungan dan pemulihan terhadap kanak-kanak demi untuk kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut 10. SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan statutory rape? JAWAPAN : Di bawah Seksyen 375(f) Kanun Keseksaan (Akta 574), seseorang lelaki itu adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas (16) tahun


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 132 ] 4.8 INFO GRAFIK (CARTA MAKLUMAT PERUNDANGAN)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 133 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 134 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 135 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 136 ]


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 137 ] 4.2 AKTA 792 4.2.1 Pemakaian Akta 792 Fasa 2 – Pemakaian Fasa 3 – Pemakaian luar wilayah 4.2.2 Kesalahan di bawah Akta 792


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 138 ] 4.2.1 Pemakaian Akta 792 Peruntukan Akta 792 – Bahagian I (Permulaan) 4.2.2 Kesalahan di bawah Akta 792 (CONTENT RELATED) 4.2.2.1 Pornografi Peruntukan Akta 792 – Bahagian II (Kesalahan-kesalahan berhubung dengan Pornografi Kanak-Kanak)


MODUL INTERVENSI JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI SEKOLAH K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A Muka [ 139 ]


Click to View FlipBook Version