KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS
ASAS KEMAHIRAN VOKASIONAL
MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 1
ASAS MASAKAN
201 5
ii
MODUL PEMBELAJARAN
ASAS MASAKAN
TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2015
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2015
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan
isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
iv
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
3. PENDAHULUAN
a. Objektif Modul 1
b. Kandungan Modul 2
4. MODUL PEMBELAJARAN
UNIT 1 : KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI 1
MAKANAN 19
UNIT 2 : KAEDAH MEMASAK 44
UNIT 3 : PERANGGU MEJA 61
UNIT 4 : MENYEDIAKAN MINUMAN 74
UNIT 5 : MENYEDIAKAN BATER 81
UNIT 6 : MENYEDIAKAN HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP 89
UNIT 7 : MENYEDIAKAN DESERT
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
UNIT 1 : KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN
STANDARD KANDUNGAN:
1. Mengenal pasti amalan kebersihan dalam penyediaan makanan
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Mengamalkan prinsip kebersihan ruang kerja.
1.2 Mengenal pasti jenis-jenis kain dapur.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menyebut jenis-jenis agen pencuci dan alatan pencuci seperti pencuci
pinggan mangkuk, pencuci kain dan pencuci lantai.
2. Menyenaraikan jenis-jenis agen pencuci dan alatan pencuci.
3. Menyatakan kegunaan jenis-jenis agen pencuci dan alatan pencuci.
4. Mengenal pasti jenis-jenis kain dapur.
5. Menyatakan kegunaan jenis-jenis kain dapur
1
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Bidang Kebersihan Ruang Kerja Dan Sanitasi Makanan, menitikberatkan aspek
kebersihan dan keselamatan. Aspek ini perlu diambil perhatian oleh murid, agar
proses sebelum, semasa dan selepas penyediaan dan penyajian makanan
berjalan lancar dan dapat mengelak dari berlakunya keracunan makanan.
KANDUNGAN/FAKTA
1. Dalam bidang Kebersihan Ruang Kerja Dan Sanitasi Makanan, amalan
kebersihan dan keselamatan perlu dititikberatkan supaya dapat
mengelakkan pencemaran makanan.
2. Agen pencuci dan alatan pencuci
Agen pencuci dan alatan pencuci diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas
pembersihan. Penggunaan agen pencuci dan alatan pencuci menjadikan kerja-
kerja pembersihan lebih mudah dan berkesan.
2
Contoh agen pencuci:
air cecair pencuci pinggan
pencuci pinggan pepejal pencuci lantai
Contoh alatan pencuci:
span berus keluli
mop lantai dan baldi penyapu dan penadah sampah
3
3. Kain dapur
Kain dapur terdiri daripada 6 jenis kain iaitu kain pengelap tangan, kain pengelap
meja, kain pengelap pinggan, apron, sarung tangan ketuhar dan kain maslin.
kain pengelap tangan
Apron
kain pengelap meja Sarung tangan ketuhar
kain pengelap meja kain maslin.
4
4. Kegunaan kain dapur:
a) Kain pengelap tangan : mengelap mengeringkan tangan yang basah.
b) Kain pengelap meja : mengelap dan mengeringkan meja dan dapur.
c) Kain pengelap pinggan : mengelap dan mengeringkan pinggan, mangkuk, gelas
dan kutleri.
d) Apron : mengelakkan makanan terkena pada baju dan mengotorkan pakaian.
e) Sarung tangan ketuhar : mengangkat atau mengalihkan alat yang panas serta
membuka pintu ketuhar.
f) Kain maslin : sebagai alat penutup pengukus untuk mengelakkan supaya air
tidak menitis pada makanan dan sebagai penapis cecair.
5
PANDUAN KERJA
1.1 Mengamalkan prinsip kebersihan ruang kerja.
1.2 Mengenal pasti jenis-jenis kain dapur.
BAHAN DAN PERALATAN
Agen pencuci:
a. air
b. cecair pencuci pinggan
c. pencuci pinggan pepejal
d. pencuci pinggan serbuk
e. pencuci lantai
Alatan pencuci:
a) span
b) berus keluli
c) mop lantai
d) baldi
e) penyapu
Kain dapur:
a. kain pengelap tangan
b. kain pengelap meja
c. kain pengelap pinggan
d. apron
e. sarung tangan ketuhar
f. kain maslin
6
TUGASAN
1. Menamakan alatan pencuci
LANGKAH KERJA
1.1 Menunjukkan bahan maujud alatan mencuci pinggan mangkuk.
1.2 Menerangkan nama alatan pencuci pinggan mangkuk.
1.3 Mengeja dan menyebut nama alatan pencuci pinggan mangkuk dengan betul.
TUGASAN
2. Menamakan agen pencuci
LANGKAH KERJA
2.1 Menunjukkan bahan maujud agen pencuci pinggan mangkuk.
2.2 Menerangkan nama agen pencuci pinggan mangkuk.
2.3 Mengeja dan menyebut nama agen pencuci pinggan mangkuk dengan betul.
TUGASAN
3. Mencuci alatan dengan cara yang betul
LANGKAH KERJA
3.1 Membuang sisa makanan yang terdapat dalam pinggan.
3.2 Bersihkan dengan air.
3.3 Mencuci menggunakan cecair pencuci pinggan.
3.4 Membilas menggunakan air bersih.
3.5 Mengetus pinggan pada rak.
7
TUGASAN
4. Menamakan jenis-jenis kain dapur dan fungsinya
LANGKAH KERJA
4.1 Menerangkan jenis-jenis kain dapur
4.2 Menunjukkan dan menamakan pelbagai jenis kain dapur
4.3 Mengenal pasti kain dapur
4.4 Menerangkan fungsi kain dapur.
8
LATIHAN
1. Tuliskan semula kegunaan alatan pencuci
Memberus kotoran degil pada periuk Menyapu lantai
Mengemop lantai yang basah Mencuci pinggan magkuk
9
2. Tuliskan jenis-jenis kain dapur berpandukan gambar
Sarung tangan ketuhar Kain pengelap meja Apron
Kain muslin
Kain pengelap pinggan Kain pengelap tangan
Bil Jenis –jenis kain dapur Nama kain dapur
1
2
3
4
5
6
10
3. Suaikan jenis-jenis kain dapur dengan kegunaannya
Jenis-jenis kain dapur Kegunaan
Mengelap dan mengeringkan
Kain pengelap meja tangan yang basah
Kain Pengelap Tangan Mengelap dan mengeringkan
pinggan, mangkuk, gelas dan
Kain pengelap pinggan katleri
Kain muslin Mengelap dan mengeringkan meja
dan dapur
Apron
Untuk mengelakkan makanan
Sarung tangan ketuhar terkena pada baju dan
mengotorkan pakaian.
Mengangkat atau mengalihkan alat
yang panas dan membuka pintu
ketuhar
Sebagai alat penutup periuk
pengukus untuk mengelakkan air
tidak penitis pada makanan
11
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 1
TAJUK PROJEK KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menamakan alatan pencuci
2 Menamakan agen pencuci TERAMPIL TIDAK
3 Mencuci alatan dengan cara yang betul TERAMPIL
4 Menamakan jenis-jenis kain dapur dan
fungsinya
KEPUTUSAN
TARIKH Tandatangan & Tarikh
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH
12
UNIT 1 : KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN
STANDARD KANDUNGAN :
2 Mengenal pasti alatan dan cara menyimpan bahan makanan yang telah dimasak
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.1 Menamakan alatan yang sesuai bagi penyimpanan makanan panas dan sejuk
2.2 Menyatakan cara penyimpanan makanan panas dan sejuk
OBJEKTIF KHUSUS :
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menyenaraikan dua peralatan penyimpanan makanan panas.
2. Menyenaraikan dua peralatan penyimpanan makanan sejuk.
3. Menyenaraikan dua cara penyimpanan makanan panas.
4. Menyenaraikan dua cara penyimpanan makanan sejuk.
MAKLUMAT RUJUKAN
1. Penyimpanan makanan perlu diberi perhatian bagi memastikan makanan berada dalam
keadaan yang selamat sehingga dimakan.
2. Terdapat beberapa jenis penyimpanan makanan, iaitu :
a. Penyimpanan makanan panas
b. Penyimpanan makanan sejuk
3. Contoh-contoh alat penyimpanan makanan panas,
a. Kelalang termos
b. Beg tahan panas
c. Bekas tahan panas
4. Contoh-contoh alat penyimpanan makanan sejuk,
a. Peti sejuk
b. Peti sejuk beku
c. Ice box
d. Kotak polistrin
13
5. Cara penyimpanan makanan panas
a. Gunakan bekas makanan yang bersih untuk menyimpan makanan yang telah dimasak.
b. Makanan yang telah dimasak hendaklah disejukkan sebelum disimpan di dalam peti
sejuk untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam
peti sejuk.
c. Simpan makanan yang telah dimasak secara berasingan daripada makanan mentah
untuk mengelakkan pencemaran silang.
d. Elakkan daripada menyimpan makanan di dalam bekas logam untuk tempoh yang lama
kerana boleh menyebabkan keracunan.
e. Makanan panas seperti air minuman boleh dimasukkan di dalam termos manakala
makanan seperti lauk pauk boleh disimpan di dalam bekas tahan panas untuk
mengekalkan habanya dalam jangka masa tertentu.
6. Cara penyimpanan makanan sejuk
Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik
yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. Ini adalah
untuk mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.
Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas peti sejuk dan makanan mentah
di bahagian bawah untuk mengelakkan pencemaran silang. Makanan mentah adalah
seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang
merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan
keracunan dan basi.
Jangan menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.
Pastikan makanan yang dimasak disimpan di ruang penyimpanan dengan suhu yang
betul.
Makanan sejuk yang hendak dibawa keluar dari peti sejuk untuk tujuan tertentu boleh
disimpan di dalam bekas icebox atau bekas polisterin seperti aiskrim dan puding.
14
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Makanan dan alat-alat penyimpanan makanan panas dan sejuk.
1. Makanan panas
a. Minuman bercoklat
b. Teh ‘O’ panas
c. Sup ayam
d. Nasi panas
2. Makanan sejuk
a. Aiskrim
b. Puding
c. Air oren
d. Air mineral
3. Alat penyimpanan panas
Termos Food flusk Bekas air tahan Vacuum flusk
panas berpili
4. Alat penyimpanan sejuk
Peti sejuk Peti sejuk beku Styroform / gabus ais Cooler
15
TUGASAN 1
1. Mendapatkan beberapa contoh gambar alat-alat penyimpanan makanan panas dari
katalog produk dan keratan akhbar.
2. Mendapatkan beberapa contoh gambar alat-alat penyimpanan makanan sejuk dari
katalog produk dan keratan akhbar.
LANGKAH KERJA
1. Dapatkan beberapa contoh gambar alat-alat penyimpanan makanan sama ada dari
media cetak atau elektronik.
2. Menggunting, menampal dan melekatkan gambar alat penyimpanan makanan panas
dan sejuk di dalam buku nota.
3. Menamakan alat-alat penyimpanan makanan panas dan sejuk.
TUGASAN 2
1. Memadankan makanan yang telah dimasak dengan alat penyimpanan yang sesuai.
2. Menyimpan makanan tersebut di dalam bekas yang telah dipilih.
LANGKAH KERJA
1. Guru menyediakan makanan panas dan sejuk yang telah dimasak berserta alat-alat
penyimpanan.
2. Guru menerangkan dan menunjukkan cara menyimpan makanan yang telah dimasak
menggunakan alat penyimpanan yang sesuai.
3. Murid menjalankan sendiri aktiviti memilih makanan yang telah dimasak dan
memadankan dengan alat penyimpanan yang sesuai.
4. Murid melaksanakan cara penyimpanan yang sesuai.
16
LATIHAN
LEMBARAN KERJA
Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah tentang
penyimpanan makanan.
Pernyataan Tanda () atau (x)
()
1. Simpan makanan yang panas terus ke dalam peti sejuk. ()
2. Makanan yang telah dimasak dimasukkan ke dalam bekas ()
makanan yang bersih. ()
()
3. Aiskrim boleh disimpan di ruang bawah peti sejuk.
()
4. Ice box adalah contoh alat penyimpanan sejuk.
()
5. Makanan yang telah dimasak boleh diletakkan bersama
dengan makanan mentah. ()
6. Makanan panas seperti air minuman boleh dimasukkan di ()
dalam termos
()
7. Jangan menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari
5 hari di dalam peti sejuk.
8. Makanan yang hendak disimpan di dalam peti sejuk tidak perlu
ditutup.
9. Bekas tahan panas boleh digunakan untuk menyimpan sup
untuk mengekalkan habanya.
10. Peti sejuk beku boleh digunakan untuk menyimpan lebihan
nasi.
17
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 1/2
TAJUK PROJEK KEBERSIHAN RUANG KERJA DAN SANITASI MAKANAN
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menamakan alatan penyimpanan makanan
panas dan sejuk
2 Menyatakan cara penyimpanan makanan
panas dan sejuk
TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan
& Tarikh
DISAHKAN
OLEH Tandatangan
& Tarikh
18
UNIT 2 : KAEDAH MEMASAK
STANDARD KANDUNGAN
3. Membeza kaedah memasak haba kering dan haba lembap.
STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1 Menyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah memasak haba kering.
3.2 Menyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah memasak haba lembap.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1 Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan dan kelemahan kaedah
memasak haba kering.
2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan dan kelemahan kaedah
memasak haba lembap.
19
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Dalam memasak makanan terdapat berbagai-bagai cara iaitu memasak cara haba
kering seperti membakar, memanggang, menggoreng dan menggril, manakala
memasak cara haba lembap pula ialah mengukus, merebus, mencelur, mereneh dan
merendidih.
20
KANDUNGAN/FAKTA
Memasak dengan haba kering ialah memasak makanan dalam udara panas iaitu
membakar di dalam ketuhar, menggril menggunakan pancaran haba dan
menggoreng dalam minyak yang panas.
Memasak dengan haba lembap ialah memasak dengan haba lembap ialah memasak
makanan dalam cecair panas atau dengan mengewap makanan.
KAEDAH MEMASAK KEBAIKAN KELEMAHAN
Menggril Dimasak dengan cepat. Memerlukan kemahiran
Kandungan zatnya tidak hilang. untuk mengendalikannya.
Menggoreng Dimasak dalam jangka masa Makanan susah hendak
yang pendek. dicernakan
Zat makanan tidak hilang.
Memanggang Rasanya sedap dan dapat Memerlukan jagaan yang
menambahkan selera. rapi.
Membakar Zat makanan tidak hilang. Memerlukan jagaan yang
rapi.
Mengukus Kandungan makanan dan Mengambil masa yang
rasanya tidak berubah panjang
Merebus Cara yang mudah dan tidak Zat makanan akan hilang
perlu dijaga semasa memasak dengan kadar yang lebih
Mencelur Tidak memerlukan masa yang Sesuai untuk beberapa
panjang jenis makanan sahaja
Merendidih Tidak perlu diawasi dengan Mengambil masa yang
kerap. panjang.
Mereneh Menggunakan api perlahan Mengambil masa yang
panjang.
21
PANDUAN KERJA
3.1 Menyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah memasak haba kering.
3.2 Menyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah memasak haba lembap.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan
a) Air
b) Minyak
Alatan
a) periuk
b) pengukus
c) penapis
d) dapur
e) senduk
f) kuali
g) ketuhar elektrik
h) sudip
22
TUGASAN
1. Menyatakan kebaikan haba kering dan haba lembap
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan kaedah memasak haba kering dan haba lembap.
2. Murid mengelaskan kaedah memasak mengikut kategori.
3. Guru menerangkan kebaikan haba kering dan haba lembap.
4. Murid membanding beza secara lisan kebaikan memasak haba kering dan haba
lembap.
5. Murid mengelaskan kebaikan haba kering dan haba lembap secara bertulis melalui
aktiviti kumpulan.
TUGASAN
2. Menyatakan kelemahan haba kering dan haba lembap
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan kaedah memasak haba kering dan haba lembap.
2. Murid mengelaskan kaedah memasak mengikut kategori.
3. Guru menerangkan kelemahan haba kering dan haba lembap.
4. Murid membanding beza secara lisan kelemahan memasak haba kering dan haba
lembap.
5. Murid mengelaskan kelemahan haba kering dan haba lembap secara bertulis
melalui aktiviti kumpulan.
23
LATIHAN
Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang
salah tentang kaedah memasak.
Membakar memerlukan ketuhar
Sate dimasak menggunakan kaedah menggril
Daging boleh dimasak dengan kaedah menggoreng sahaja
Sayur kangkung menjadi lembut selepas dicelur
Mengukus tidak boleh dilakukan secara bertingkat
Menggoreng tidak boleh dilakukan tanpa minyak
Merebus adalah kaedah memasak haba lembap
Kaedah memasak secara mereneh menggunakan api perlahan
24
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 2
TAJUK PROJEK KAEDAH MEMASAK
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menyatakan kebaikan kaedah memasak
haba kering dan haba lembap. TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
2 Menyatakan kelemahan kaedah
memasak haba kering dan haba lembap.
KEPUTUSAN
TARIKH Tandatangan & Tarikh
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH
25
UNIT 2 : KAEDAH MEMASAK
STANDARD KANDUNGAN
2. Mengetahui kaedah memasak haba lembap
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1 Menyatakan maksud memasak haba lembap.
2.2 Menyenaraikan kaedah memasak haba lembap.
2.3 Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba
lembap.
2.4 Mengenal pasti alatan memasak menggunakan kaedah haba lembap.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
3 Menyebut semula maksud memasak haba lembap.
4 Menyebut tiga kaedah memasak haba lembap.
5 Menamakan tiga contoh masakan menggunakan kaedah memasak haba
lembap.
6 Menyenaraikan alatan kaedah memasak haba lembap.
26
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Memasak dengan haba lembap ialah memasak makanan dalam cecair panas atau
dengan mengewap makanan.
Kaedah memasak haba lembap
merebus mengukus
mencelur merendidih
27
KANDUNGAN/FAKTA
Memasak dengan haba lembap ialah memasak makanan dalam cecair panas atau
dengan mengewap makanan.
Kaedah memasak haba lembap
1. Mengukus ialah memasak bahan makanan dalam wap air mendidih seperti
apam dan pulut kuning.
2. Merebus ialah memasak bahan makanan dalam cecair mendidih seperti telur
rebus dan bubur nasi.
3. Mencelur ialah memasak dengan cara memasukkan makanan ke dalam air
mendidih dalam masa yang singkat seperti tauge dan mi.
4. Mereneh ialah memasak bahan makanan dalam cecair mendidih menggunakan
api perlahan dan mengambil masa yang lama seperti puding tepung jagung dan
kari ikan.
5. Merendidih ialah memasak makanan dalam cecair dengan api yang sederhana
dalam masa yang lama seperti rendang daging dan ketupat.
28
PANDUAN KERJA
2.1 Menyatakan maksud memasak haba lembap.
2.2 Menyenaraikan kaedah memasak haba lembap.
2.3 Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba lembap.
2.4 Mengenal pasti alatan memasak memggunakan kaedah haba lembap.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan
c) air
Alatan
i) periuk
j) pengukus
k) penapis
l) dapur
m) senduk
TUGASAN
1. Menyatakan maksud dan menamakan kaedah memasak haba lembap.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan maksud kaedah memasak haba lembap.
2. Guru menerangkan jenis-jenis kaedah memasak haba lembap.
3. Murid mengeja dan menyebut jenis-jenis kaedah memasak haba lembap
dengan betul.
4. Murid menyenaraikan kaedah memasak haba lembap.
29
TUGASAN
2. Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba lembap dan
mengenal pasti alatan memasak menggunakan kaedah haba lembap.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan contoh-contoh masakan mengikut kaedah memasak haba
lembap.
2. Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang dimasak menggunakan
haba lembap.
3. Murid diminta menamakan semula makanan mengikut gambar yang ditunjukkan
oleh guru.
4. Murid diminta menyenaraikan makanan lain yang dimasak menggunakan
kaedah haba lembap.
30
LATIHAN
1. Padankan gambar makanan dengan kaedah memasak
merebus
mengukus
2. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan kaedah memasak haba lembap
KAEDAH MEMASAK HABA LEMBAP JENIS MAKANAN
31
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 2
TAJUK PROJEK KAEDAH MEMASAK
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menyatakan maksud memasak haba
lembap. TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
2 Menyenaraikan kaedah memasak haba
lembap.
3 Menamakan contoh masakan mengikut
kaedah memasak haba lembap.
4 Mengenal pasti alatan memasak
menggunakan kaedah haba lembap.
KEPUTUSAN
TARIKH Tandatangan & Tarikh
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH 32
UNIT 2 : KAEDAH MEMASAK
STANDARD KANDUNGAN
1. Mengetahui kaedah memasak haba kering
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Menyatakan maksud memasak haba kering
1.2 Menyenaraikan kaedah memasak haba kering
1.3 Menamakan contoh masakan yang dimasak dengan kaedah memasak haba
kering
1.4 Mengenal pasti alatan memasak menggunakan kaedah haba kering
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menyebut semula maksud memasak haba kering
2. Menyebut tiga kaedah memasak haba kering
3. Menamakan tiga contoh masakan menggunakan kaedah memasak haba
kering
4. Menyenaraikan alatan kaedah memasak haba kering
33
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Memasak dengan haba kering ialah memasak makanan dalam udara panas iaitu
membakar di dalam ketuhar, menggril menggunakan pancaran haba dan menggoreng
dalam minyak yang panas.
Kaedah memasak haba kering
a. Menggril
b. Membakar
c. Memanggang
d. Mengoreng tohor
e. Menggoreng tanpa minyak
f. Menggoreng minyak penuh
Contoh kaedah memasak haba kering
membakar Menggoreng minyak penuh
34
Mengoreng tanpa minyak Mengoreng minyak tohor
menggril
35
KANDUNGAN/FAKTA
Memasak dengan haba kering ialah memasak makanan dengan udara panas iaitu
membakar di dalam ketuhar, menggril menggunakan pancaran haba dan
menggoreng dalam minyak yang panas.
Kaedah memasak haba kering
1. Menggril ialah memasak bahan makanan menggunakan api terbuka atau ketuhar
untuk makanan lembut dan tidak berlemak seperti daging batang pinang dan filet.
2. Membakar ialah memasak bahan makanan di dalam ketuhar yang panas seperti
kek dan piza
3. Memanggang ialah memasak makanan menggunakan api terbuka atau ketuhar
untuk makanan pejal dan berlemak seperti sate, ikan panggang dan daging
lembut.
4. Menggoreng tohor ialah memasak menggunakan minyak yang sedikit seperti telur
dadar dan sosej.
5. Menggoreng tanpa minyak ialah memasak secara membalikkan makanan supaya
tidak hangus seperti kacang tanah dan capati.
6. Menggoreng minyak penuh ialah memasak dengan bahan makanan tenggelam ke
dalam minyak seperti ayam goreng dan kentang goreng.
36
PANDUAN KERJA
1.1 Menyatakan maksud memasak haba kering
1.2 Menyenaraikan kaedah memasak haba kering
1.3 Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba kering
1.4 Mengenal pasti alatan memasak memggunakan kaedah haba kering
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan
a) minyak
Alatan
a) kuali
b) ketuhar elaktrik
c) dapur
TUGASAN
1. Menyatakan maksud dan menamakan kaedah memasak haba kering.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan maksud kaedah memasak haba kering.
2. Guru menerangkan jenis-jenis kaedah memasak haba kering.
3. Murid mengeja dan menyebut jenis-jenis kaedah memasak haba kering dengan
betul.
4. Murid menyenaraikan kaedah memasak haba kering.
37
TUGASAN
2. Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba kering dan
mengenal pasti alatan memasak menggunakan kaedah haba kering.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan contoh-contoh masakan mengikut kaedah memasak haba
kering.
2. Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang dimasak menggunakan
haba kering.
3. Murid menamakan makanan mengikut gambar yang ditunjukkan oleh guru.
4. Murid menyenaraikan makanan lain yang dimasak menggunakan kaedah haba
kering.
TUGASAN
3. Mengenal pasti alatan memasak menggunakan kaedah haba kering.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan peralatan yang digunakan untuk memasak haba kering.
2. Murid menamakan peralatan memasak haba kering.
3. Murid menulis nama peralatan memasak haba kering.
4. Guru menerangkan kegunaan peralatan memasak haba kering.
5. Murid memilih dan mengambil gambar alat yang sesuai dengan jenis-jenis
kaedah memasak haba kering.
6. Murid memadankan alatan dengan jenis-jenis kaedah memasak haba kering
38
LATIHAN
3. Padankan gambar makanan dengan kaedah memasak yang betul
Mengoreng
minyak penuh
membakar
4. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan kaedah memasak haba kering
KAEDAH MEMASAK HABA KERING JENIS MAKANAN
39
LEMBARAN KERJA
Standard Kandungan : 1. Mengetahui kaedah memasak haba kering.
Standard Pembelajaran : 1.1 Menyatakan maksud memasak haba kering.
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
udara minyak memasak
Menyatakan maksud kaedah memasak haba kering:
Memasak dengan haba kering ialah __________
makanan dalam __________ panas, iaitu
membakar di dalam ketuhar, menggril menggunakan
pancaran haba dan menggoreng dalam
_______________ yang panas.
40
LEMBARAN KERJA
Standard Kandungan : 1.Mengetahui kaedah memasak haba kering.
Standard Pembelajaran : 1.2 Menyenaraikan kaedah-kaedah memasak haba kering
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Menggoreng minyak banyak Menggoreng minyak sedikit Membakar
1.
2.
3.
LEMBARAN KERJA
41
LEMBARAN KERJA
Standard Kandungan : 1. Mengetahui kaedah memasak haba kering.
Standard Pembelajaran : 1.3 Menamakan contoh masakan mengikut kaedah memasak haba kering.
Isikan contoh masakan mengikut kaedah memasak yang diberi.
1. Contoh masakan menggoreng
minyak banyak
Menggoreng minyak banyak
1. ____________________________
2. 2. ____________________________
Menggoreng minyak sedikit Contoh masakan menggoreng
minyak sedikit
1. ____________________________
2. ____________________________
Contoh masakan membakar
3.
1. ____________________________
2. ____________________________
MembakaLErMBARAN KERJA
42
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 2
TAJUK PROJEK KAEDAH MEMASAK
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menyatakan maksud memasak haba
kering. TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
2 Menyenaraikan kaedah memasak haba
kering.
3 Menamakan contoh masakan mengikut
kaedah memasak haba kering.
4 Mengenal pasti alatan memasak
menggunakan kaedah haba kering
KEPUTUSAN
TARIKH Tandatangan & Tarikh
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH 43