UNIT 3 : PERANGGU MEJA
STANDARD KANDUNGAN :
1.0 Mengenal, menyedia dan mengemas peranggu meja.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1 Menyatakan maksud peranggu meja.
1.2 Menamakan peralatan peranggu meja.
OBJEKTIF KHUSUS :
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
5. Menerangkan maksud peranggu meja.
6. Menamakan lima peralatan peranggu meja.
MAKLUMAT RUJUKAN
Peranggu meja bermaksud susunan alatan peranggu seperti pinggan mangkuk, sudu,
garpu, pisau, gelas, napkin, bunga meja dan lain-lain mengikut jenis makanan yang
dihidangkan.
Antara alat-alat peranggu meja adalah,
a. Kutleri
b. Gelas
c. Pinggan mangkuk
44
KANDUNGAN/FAKTA
KUTLERI Alatan Kegunaan
Bil
1. Untuk hidangan teh
Sudu teh
2. Untuk hidangan sup
Sudu sup
3. Untuk semua jenis makanan seperti nasi
Sudu makan
Untuk semua jenis makanan seperti daging, ayam
4. dan itik
Garpu makan dan pisau makan
5. Untuk menghidang kek / pastri / kuih muih
Garpu kek / pastri
6. Untuk menyapu mentega ke atas roti dan ban
Pisau mentega
45
GELAS
Goblet Highball / Jus
PINGGAN MANGKUK
Cawan dan piring Piring sisi Pinggan makan Mangkuk
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Alat-alat peranggu meja.
i. Sudu teh
ii. Sudu sup
iii. Sudu makan
iv. Pisau makan dan garpu makan
v. Garpu kek / pastry
vi. Pisau mentega
vii. Gelas berkaki
viii. Gelas jus
ix. Cawan dan piring
x. Piring sisi
xi. Pinggan makan
xii. Mangkuk
46
TUGASAN 1
1. Mendapatkan beberapa contoh gambar alat-alat peranggu meja dari katalog produk dan
keratan akhbar.
LANGKAH KERJA
1. Dapatkan beberapa contoh gambar alat-alat peranggu meja sama ada dari media cetak
atau elektronik.
2. Menggunting, menampal dan melekatkan gambar alat peranggu meja di dalam buku
nota.
3. Menamakan alat-alat penyimpanan makanan panas dan sejuk.
TUGASAN 2
1. Memadankan gambar alat peranggu meja dengan nama dengan betul.
LANGKAH KERJA
1. Guru menyediakan kad gambar peralatan peranggu meja.
2. Guru menerangkan nama alat peranggu meja yang ditunjukkan.
3. Murid menjalankan aktiviti memadankan kad gambar dengan nama alat peranggu meja
yang betul.
47
LATIHAN
LEMBARAN KERJA 1
Memadankan gambar dan peralatan peranggu meja dengan betul.
Gambar alat Nama alat
1. Garpu
2. Cawan dan piring
3. Sudu
4. Gelas
5. Pinggan
48
LEMBARAN KERJA 2
Namakan peralatan peranggu meja dengan pilihan jawapan yang betul.
Cawan dan piring Pinggan Garpu
Gelas Sudu makan
Peralatan peranggu meja Nama alat
1.
2.
3.
4.
5.
49
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 3/1
TAJUK PROJEK PERANGGU MEJA
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
1 Menerangkan maksud peranggu meja YA TIDAK
2 Menamakan lima alat peranggu meja
TERAMPIL TIDAK
KEPUTUSAN TERAMPIL
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan
& Tarikh
DISAHKAN Tandatangan
OLEH & Tarikh
50
UNIT 3: PERANGGU MEJA
STANDARD KANDUNGAN :
1 Mengenal, menyedia dan mengemas peranggu meja
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.3 Menunjuk cara membentang alas meja dan melipat napkin seperti lipatan kipas atau
lipatan lilin dengan kemas.
OBJEKTIF KHUSUS :
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
4. Memilih dan membentang alas meja.
5. Melipat napkin dengan menggunakan cara lipatan kipas dan lipatan bishop.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Peranggu meja ialah persiapan meja makan yang lengkap dengan susun atur alatan yang
betul.Alatan yang disediakan mestilah bersih dan kering mengikut menu yang
ditetapkan.Alatan hendaklah diatur dengan betul dan kemas.Ruang peranggu hendaklah
selesa dan alatan hendaklah disusun mengikut jarak yang ditetapkan antara tepi meja
dengan pinggan.Sejambak gubahan bunga yang sesuai boleh diletakan untuk menyerikan
meja.
51
KANDUNGAN/FAKTA
ALAS MEJA
Alas meja biasanya digunakan untuk menutup meja supaya dapat menyerikan
ruang restoran dan dapat menarik perhatian pelanggan dari segi hiasannya.Alas
meja hendaklah diganti dengan segera setiap kali selepas digunakan.
Perkara penting semasa mengalas meja:
1. Sebelum mengalas meja, tentukan meja dan kerusi diletakkan pada tempat
yang di tetapkan.
2. Permukaan meja hendaklah bersih.
3. Meja diletakkan di tempat yang rata supaya kedudukannya stabil.
4. Saiz alas meja hendaklah sesuai dengan keluasan meja.
5. Penjuru alas meja mestilah menutupi kaki meja.
6. Labuh alas meja dari tepi meja mestilah sama di sekelilingnya dan antara 30–
45 cm panjang.
7. Sekiranya dua meja dicantumkan untuk majlis besar,tindihan kedua alas meja
mestilah tidak kelihatan dari pintu masuk.
52
NAPKIN
1. Napkin digunakan untuk mengesat mulut,melindungi pakaian pelanggan
daripada tumpahan makanan dan minuman serta sebagai hiasan dalam ruang
restoran supaya kelihatan lebih berseri dan ceria.
2. Ukuran saiz napkin adalah seperti berikut:
Bil Jenisnapkin Penggunaan Ukuran / saiz
Sarapan,MakanTengah 46cm -50cmpersegi
1. Napkin Kain Hari,Makan Malam
Minum Petang 30cmpersegi
Sarapan,MakanTengah 36cm -42cmpersegi
Hari,Makan Malam
2. Napkin Kertas
Minum Petang 25cm -28cmpersegi
Napkin Kain Napkin Kertas/ Tisu Serviette
3. Perkara yang perlu diambil kira sebelum melipat napkin:
a) Tangan dan tempat melipat napkin hendaklah dalam keadaan bersih.
b) Napkin hendaklah dikanji dan diseterika supaya keras dan licin sebelum
dilipat supaya gubahan atau lipatan kelihatan kemas.
53
__________________________________________________________________________________
PANDUAN KERJA
________________________________________________________________
TUGASAN 1
1. Mengenal pasti beberapa contoh bentuk meja dan alas meja
2. Membentang alas meja.
LANGKAH KERJA
1. Guru menunjukkan beberapa contoh bentuk meja dan alas meja
2. Guru membuat tunjuk cara membentangkan alas meja.
3. Murid memilih alas meja yang sesuai dan membentangkan alas meja.
Alas meja bulat Alas meja segiempat
54
TUGASAN 2
Melipat napkin dalam bentuk Lipatan Kipas
PENCAPAIAN STANDARD
Melipat napkin bentuk Lipatan Kipas dengan tepat dan boleh berdiri
dengan kemas.
Bahan:
Napkin yang telah dikanji dan diseterika licin
LANGKAH KERJA 2
1
Hamparkan napkin di atas meja. Dari bawah napkin, lipat 3 cm lebar
Lipat dua dari kiri kekanan. keatas.
3 4
Bawa lipatan tersebut kebelakang Ulang prosedur (2) dan (3) hingga
dengan ukuran yang sama. napkin menjadi 2/3ukuran lipatan.
Pastikan kesemua susunan lipatan
kipas berada di bawah.
55
56
Lipat dua memanjang dari kanan Tarik bucu kiri atas melalui garisan
ke kiri. kipas (bahagian atas) sehingga
bucu bawahnya bertemu dengan
susunan kipas.
78
Lilitkan penghujung lipatan depan ke Tegakkan napkin. Lilitan lipatan
belakang. dijadikan sebagai tapak.
Kembangkan lipatan.
56
TUGASAN 3
Melipat napkin dalam bentuk Lipatan Bishop
PENCAPAIAN STANDARD
Melipat napkin bentuk Lipatan Bishop dengan tepat dan boleh berdiri dengan
kemas
Bahan:
Napkin yang telah dikanji dan diseterika licin
LANGKAH KERJA 2
1
Hampar napkin diatas meja. Lipat Temukan bucu kanan napkin selari
dua napkin dari atas kebawah. dengan bucu kiri bawah.Temukan
bucu kanan bawah napkin dengan
3 bucu atas (tengah). Lakukan
prosedur yang sama untuk bucu
kiri.
4
Lipatkan1/3 bucu bawah napkin ke Turunkan ½ daripada lipatan
atas. napkin ke bawah.Balikkan lipatan
tersebut. Lipatkan sedikit penjuru kiri
dan kanan napkin.
57
5
Gulung sedikit lipatan tersebut.Selitkan
hujung sudut kanan napkin ke dalam lipatan
hujung sudu kiri.
6
58
____________________________________________________________________________
LATIHAN
____________________________________________________________
1. Padankan bentuk alas meja berikut
Alas meja bulat
Alas meja segiempat
2. Namakan jenis lipatan tersebut.
..................................................................
...................................................................
59
PENILAIAN
____________________________________________________________
NAMAMURID
NO.
K/PENGENALAN
NAMA SEKOLAH TAHUN
TINGKATAN
NO.MODUL/UNIT MENYEDIAKAN MEJA HIDANGAN
TAJUKPROJEK
BIL PERKARAYANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1. Membentang alas meja dengan kemas TIDAK
dan betul. TRAMPIL TRAMPIL
2. Melipat napkin bentuk Lipatan Kipas
dengan kemas dan betul
3. Mbeetluipl at napkin bentuk Lipatan Bishop
dengan kemas dan betul
betul
KEPUTUSAN
TARIKH
60
UNIT 4 : MENYEDIAKAN MINUMAN
STANDARD KANDUNGAN:
2. Menyedia, menghias dan menghidang minuman
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resepi
1.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat
1.3 Menyedia, menghias dan menghidang minuman menyegarkan
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
6. Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat
7. Menyedia dan memasak minuman.
8. Menyedia, menghias dan menghidang minuman menyegarkan mengikut kreativiti
9. Mengamalkan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan di bengkel
masakan
61
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Minuman adalah cecair yang diambil untuk keperluan badan bagi kesihatan diri.
Badan kita memerlukan air untuk:
1. Menolong dalam proses pencernaan dan metabolisme serta untuk kesihatan
badan.
2. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga.
3. Mendapatkan khasiat pemakanan seperti:
a. Jus buah-buahan mengandungi vitamin C.
b. Minuman yang mengandungi gula, glukosa atau laktosa membekalkan
karbohidrat.
c. Susu membekalkan badan dengan protein haiwan, lemak, garam mineral
dan berbagai-bagai jenis vitamin.
4. Sebagai perangsang kepada badan seperti minuman teh, kopi dan koko.
5. Untuk memperbaiki aliran cecair gastrik dan boleh menambahkan selera makan
seperti minuman bovril dan marmite.
6. Untuk memanaskan badan apabila berasa sejuk.
62
KANDUNGAN/FAKTA
1. Minuman boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:
a. Minuman menyegarkan.
b. Minuman merangsangkan.
c. Minuman berkhasiat.
2. Minuman menyegarkan
Ia adalah minuman yang dapat menyegarkan badan. Minuman ini biasanya
dihidang bersama ketulan ais.
Contoh minuman yang menyegarkan
a. Jus buah-buahan segar : Jus Tembikai dan Jus Nanas.
b. Minuman bancuhan kordial : Kordial Anggur dan Kordial Mangga.
c. Minuman berkarbonat : Ais Krim Soda.
3. Minuman merangsangkan
Ia adalah minuman yang dapat merangsangkan badan kerana ia mengandungi
sejenis bahan perangsang yang dinamakan kafin dan tanin.
Contoh minuman yang merengsangkan
a. Kopi : Kopi Asli dan Kopi Segera.
b. Teh : Teh Ceylon dan Teh Cina.
c. Koko : minuman bercoklat.
4. Minuman berkhasiat
Ia adalah minuman yang dapat memberi kesihatan yang baik terutama kepada
bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan pesakit.
Contoh minuman berkhasiat
a. Susu : Susu segar dan bancuhan susu daripada susu tepung atau
susu pekat.
b. Minuman bersusu : Teh Susu dan Kopi Susu.
63
PANDUAN KERJA
a. Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
b. Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan:
a. Minuman menyegarkan
b. Minuman merangsangkan
c. Minuman berkhasiat
Alatan
a. Gelas
b. Piring
c. Cawan
d. Sudu
64
TUGASAN
1. Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan maksud minuman menyegarkan, minuman merangsangkan
dan minuman berkhasiat.
2. Murid menyebut kembali maksud minuman mengikut klasifikasi yang disebut
oleh guru.
3. Murid menyenaraikan 3 klasifikasi minuman
4. Murid menulis maksud minuman menyegarkan, minuman merangsangkan dan
minuman berkhasiat.
Sediakan bahan untuk Jus Tembikai.
Setelah gula larut, tapis dan sejukkan seketika.
65
Potong tembikai dan kisar.
Tapis jus tembikai dan perahkan limau nipis.
TUGASAN
1. Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi.
LANGKAH KERJA
1. Guru menunjukkan contoh-contoh minuman berkhasiat, minuman
menyegarkan dan minuman merangsangkan.
2. Murid menyebut contoh-contoh minuman berpandukan gambar yang
ditunjukkan guru.
3. Murid mengenal pasti contoh-contoh minuman mengikut klasifikasi.
4. Murid menyenaraikan contoh-contoh minuman.
66
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 4
TAJUK PROJEK MENYEDIAKAN MINUMAN
TRAMPIL
BIL PERKARA YANG DINILAI
YA TIDAK CATATAN
1 Menyatakan maksud minuman mengikut
klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
2 Menyenaraikan jenis minuman mengikut
klasifikasi.
KEPUTUSAN TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
67
UNIT 4 : MENYEDIAKAN MINUMAN
STANDARD KANDUNGAN:
3. Mengenal pasti jenis minuman
STANDARD PEMBELAJARAN:
1.4 Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
1.5 Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
10. Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi.
11. Mengenal pasti jenis-jenis minuman.
12. Menyebut jenis-jenis minuman.
68
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Minuman adalah cecair yang diambil untuk keperluan badan bagi kesihatan diri.
Badan kita memerlukan air untuk:
1. Menolong dalam proses pencernaan dan metabolisme serta untuk kesihatan
badan.
2. Menyegarkan dan menghilangkan dahaga.
3. Mendapatkan khasiat pemakanan seperti:
a. Jus buah-buahan mengandungi vitamin C
b. Minuman yang mengandungi gula, glukosa atau laktosa membekalkan
karbohidrat.
c. Susu membekalkan badan dengan protein haiwan, lemak, garam mineral
dan berbagai-bagai jenis vitamin.
4. Sebagai perangsang kepada badan seperti minuman teh, kopi dan koko.
5. Untuk memperbaiki aliran cecair gastrik dan boleh menambahkan selera
makan seperti minuman bovril dan marmite.
6. Untuk memanaskan badan apabila berasa sejuk.
69
KANDUNGAN/FAKTA
1. Minuman boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:
a. Minuman menyegarkan.
b. Minuman merangsangkan.
c. Minuman berkhasiat.
2. Minuman menyegarkan
Ia adalah minuman yang dapat menyegarkan badan. Minuman ini biasanya
dihidang bersama ketulan ais.
Contoh minuman yang menyegarkan
a. Jus buah-buahan segar : Jus Tembikai dan Jus Nanas.
b. Minuman bancuhan kordial : Kordial Anggur dan Kordial Mangga.
c. Minuman berkarbonat : Ais Krim Soda.
3. Minuman merangsangkan
Ia adalah minuman yang dapat merangsangkan badan kerana ia mengandungi
sejenis bahan perangsang yang dinamakan kafin dan tanin.
Contoh minuman yang merengsangkan
a. Kopi : Kopi Asli dan Kopi Segera.
b. Teh : Teh Ceylon dan Teh Cina.
c. Koko : minuman bercoklat.
4. Minuman berkhasiat
Ia adalah minuman yang dapat memberi kesihatan yang baik terutama kepada
bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan pesakit.
Contoh minuman berkhasiat
a. Susu : Susu segar dan bancuhan susu daripada susu tepung atau
susu pekat.
b. Minuman bersusu : Teh Susu dan Kopi Susu.
70
PANDUAN KERJA
a. Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
b. Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan:
a. Minuman menyegarkan
b. Minuman merangsangkan
c. Minuman berkhasiat
Alatan
a. Gelas
b. Piring
c. Cawan
d. Sudu
71
TUGASAN
1. Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
LANGKAH KERJA
1 Guru menerangkan maksud minuman menyegarkan, minuman merangsangkan
dan minuman berkhasiat.
2 Murid menyebut kembali maksud minuman mengikut klasifikasi yang disebut
oleh guru.
3 Murid menyenaraikan 3 klasifikasi minuman
4 Murid menulis maksud minuman menyegarkan, minuman merangsangkan dan
minuman berkhasiat.
TUGASAN
1. Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi.
LANGKAH KERJA
1. Guru menunjukkan contoh-contoh minuman berkhasiat, minuman
menyegarkan dan minuman merangsangkan.
2. Murid menyebut contoh-contoh minuman berpandukan gambar yang
ditunjukkan guru.
3. Murid mengenal pasti contoh-contoh minuman mengikut klasifikasi.
4. Murid menyenaraikan contoh-contoh minuman.
72
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 4
TAJUK PROJEK MENYEDIAKAN MINUMAN
TRAMPIL
BIL PERKARA YANG DINILAI
YA TIDAK CATATAN
1 Menyatakan maksud minuman mengikut
klasifikasi seperti minuman khasiat,
menyegarkan dan merangsangkan.
2 Menyenaraikan jenis minuman mengikut
klasifikasi.
KEPUTUSAN TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan & Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan & Tarikh
73
UNIT 5 : MENYEDIAKAN BATER
STANDARD KANDUNGAN :
1. Mengenal pasti bater cair dan pekat
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.6 Menyatakan maksud bater cair dan bater pekat.
1.7 Menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan dari bater cair dan
bater pekat.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menerangkan maksud bater.
2. Menamakan dua jenis bater cair dan bater pekat.
3. Menyenaraikan dua jenis makanan yang dihasilkan daripada bater cair dan
bater pekat.
74
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Bater ialah campuran tepung dan cecair yang diadun dan dipukul bersama sehingga
menghasilkan konsistensi yang licin. Bater digunakan untuk membuat kuih tempatan.
Jenis cecair yang digunakan boleh terdiri daripada air, santan atau susu. Telur dan
lemak boleh dimasukkan untuk menambah khasiat dan menyedapkan lagi bater. Ada
dua jenis bater iaitu bater cair dan bater pekat.
KANDUNGAN/FAKTA
1. Bater ialah campuran tepung dan cecair yang diadun dan dipukul bersama
sehingga menghasilkan konsistensi yang licin.
2. Ada dua jenis bater iaitu bater cair dan bater pekat.
a. Bater cair
i. Mempunyai konsistensi berkrim dan cair.
ii. Ia dikenali sebagai bater pancake atau lempeng.
Bater cair
b. Bater pekat
i. Mempunyai konsistensi berkrim dan pekat.
ii. Ia digunakan untuk menyadur makanan.
3. Contoh makanan yang dihasilkan daripada bater.
a. Bater cair : kuih kosui, kuih ketayap, kuih lapis dan kuih lompang.
b. Bater pekat : cucur udang, kuih rengas, skon titis dan pisang goreng
75
PANDUAN KERJA
1.1 Menyatakan maksud bater cair dan bater pekat.
1.2 Menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan dari bater cair dan
bater pekat.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan :
a. Contoh bater cair : kuih kosui
b. Contoh bater pekat : pisang goreng
Alatan :
a. Kad gambar
b. Piring
TUGASAN
1. Menyatakan maksud bater cair dan bater pekat.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan maksud bater.
2. Guru menunjukkan bahan-bahan untuk membuat bater.
3. Guru menerangkan maksud bater cair dan bater pekat.
4. Murid menyenaraikan ciri-ciri bater cair dan bater pekat.
76
TUGASAN
1. Menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan dari bater cair dan bater
pekat.
LANGKAH KERJA
1. Guru menerangkan jenis-jenis bater.
2. Guru menunjukkan gambar bater cair dan bater pekat.
3. Guru menyenaraikan contoh-contoh makanan yang menggunakan bater pekat dan
bater cair.
4. Murid menunjukkan gambar contoh makanan yang disebut oleh guru.
5. Murid mengkelaskan contoh makanan mengikut jenis bater secara lisan dan
bertulis.
77
LATIHAN
LEMBARAN KERJA 1
Memadankan gambar makanan yang dihasilkan daripada bater dengan betul.
Makanan Nama makanan
1. Cucur udang
2. Kuih ketayap
3. Pisang goreng
4. Kuih kosui
5. Kuih lapis
78
LEMBARAN KERJA 2
Isikan jadual di bawah dengan pilihan jawapan yang diberikan mengikut jenis bater.
Kuih ketayap Cucur udang Pisang goreng
Skon titis Kuih kosui Kuih lapis
Bil Bater cair Bater pekat
1.
2.
3.
79
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL/ UNIT 5
TAJUK PROJEK MENYEDIAKAN BATER
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1 Menyatakan maksud bater cair dan
bater pekat. TERAMPIL TIDAK
Menyenaraikan pelbagai jenis makanan TERAMPIL
2 yang dihasilkan dari bater cair dan
bater pekat.
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan
& Tarikh
DISAHKAN
OLEH Tandatangan
& Tarikh
80
UNIT 6 : MENYEDIAKAN HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
STANDARD KANDUNGAN :
1.0 Mengenal pasti hidangan sepinggan lengkap
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.
1.2 Menamakan contoh hidangan sepinggan lengkap budaya setempat.
1.3 Menamakan contoh hidangan sepinggan lengkap cara timur.
1.4 Menamakan hidangan sepinggan lengkap cara barat.
OBJEKTIF KHUSUS :
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menerangkan maksud hidangan sepinggan lengkap.
2. Menamakan tiga hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat.
3. Menamakan tiga hidangan sepinggan lengkap mengikut cara timur.
4. Menamakan tiga hidangan sepinggan lengkap mengikut cara barat.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
1. Hidangan sepinggan lengkap ialah makanan yang mempunyai kesemua lima nutrien
yang diperlukan oleh tubuh berdasarkan piramid makanan.
2. Ia terdiri daripada pelbagai hidangan yang dibuat daripada bahan-bahan seperti beras
dan hasil beras, mi dan pasta.
3. Bahan-bahan ini digabungkan dengan bahan protein dan sayur-sayuran dan dimasak
menggunakan pelbagai kaedah bagi menghasilkan sepinggan hidangan lengkap.
4. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap :
i. Mudah
ii. Ringkas
iii. Berkhasiat
iv. Cepat disediakan
5. Hidangan sepinggan lengkap sesuai dihidang untuk sarapan, minum pagi, makan tengah
hari, minum petang, supper, snek dan hidangan keraian.
81
6. Contoh hidangan sepinggan lengkap adalah :
i. Nasi lemak
ii. Nasi ayam
iii. Laksa asam
iv. Mihun sup
v. Makaroni Bakar
KANDUNGAN / FAKTA
Nutrien
a. Nutrien lengkap yang diperlukan oleh tubuh adalah :
i. Karbohidrat.
Contoh : Nasi, mi, pasta, roti dan bijirin.
ii. Protein. Contoh :
Ikan, daging, ayam, telur, susu dan produk tenusu
.
iii. Vitamin.
Contoh : Sayur-sayuran dan buah-buahan.
iv. Garam Mineral.
Contoh : Sayur-sayuran dan buah-buahan.
v. Lemak.
Contoh : Minyak, mentega dan marjerin.
b. Nutrien- nutrien ini perlu diambil dalam sukatan yang betul berdasarkan piramid makanan.
Piramid Makanan
a. Piramid makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan
yang sihat.
b. Pengambilan diet mestilah pelbagai dengan kuantiti yang berpatutan.
c. Piramid makanan digunakan untuk merancang diet harian kita.
d. Terdapat 4 aras dalam piramid makanan iaitu,
82
ARAS 4
Makan sedikit
sahaja
ARAS 3
Makan dengan
sederhana
ARAS 2
Makan lebih
banyak
ARAS 1
Makan paling
banyak
Hidangan sepinggan lengkap
a. Di Malaysia, hidangan sepinggan lengkap ini berbeza mengikut budaya setempat.
Contohnya,
Bil Negeri / Budaya / Kaum Contoh hidangan sepinggan lengkap
1. Kelantan Nasi kerabu, laksam
2. Pulau Pinang
3. Terengganu Laksa Penang, Pasembor
4. Johor Nasi dagang
5. Masyarakat Jawa Laksa Johor
Nasi ambeng, lontong, soto, pecal
83
b. Contoh hidangan sepinggan lengkap mengikut cara timur adalah,
Nasi ayam Laksa Nasi lemak
Nasi goreng Soto Bubur ayam
c. Contoh hidangan sepinggan lengkap mengikut cara barat adalah,
Salmon grill Pan Fried Lamb Chops Stik lembu
Spagetthi bolognaise Chicken chop Telur carak
84
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Contoh gambar-gambar makanan hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya
setempat.
2. Contoh gambar-gambar makanan hidangan sepinggan lengkap mengikut cara timur.
3. Contoh gambar-gambar makanan hidangan sepinggan lengkap mengikut cara barat.
TUGASAN 1
1.Mendapatkan beberapa contoh gambar hidangan sepinggan lengkap dari majalah dan
brosur premis makanan.
LANGKAH KERJA
1.Dapatkan beberapa contoh gambar hidangan sepinggan lengkap sama ada dari media
cetak atau elektronik
2..Menggunting, menampal dan melekatkan gambar hidangan sepinggan lengkap di dalam
buku nota.
3.Menamakan hidangan sepinggan lengkap tersebut.
TUGASAN 2
1.Memadankan gambar hidangan sepinggan lengkap mengikut hidangan timur atau barat
dengan betul.
LANGKAH KERJA
1.Guru menyediakan kad gambar hidangan sepinggan lengkap timur dan barat.
2.Guru menerangkan nama hidangan sepinggan lengkap yang ditunjukkan.
3.Murid menjalankan aktiviti memadankan kad gambar dengan nama hidangan sepinggan
lengkap timur dan barat yang betuL
85
LATIHAN
LEMBARAN KERJA 1
Padankan gambar sumbaer makanan dengan nama nutrient yang betul.
Sumber makanan Nama nutrien
1. Lemak
2. Garam mineral
3. Protein
4. Karbohidrat
5. Vitamin
86
LEMBARAN KERJA 2
Namakan hidangan sepinggan lengkap dengan pilihan jawapan yang betul.
Spagethi bolognaise Laksa Chicken chop
Nasi lemak Nasi kerabu
Hidangan sepinggan lengkap Nama hidangan sepinggan lengkap
1.
2.
3.
4.
5.
87
PENILAIAN / PENCAPAIAN STANDARD
NAMA MURID
NO. KAD
PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN
NO. MODUL / UNIT 6/1
TAJUK PROJEK MENYEDIAKAN HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN
YA TIDAK
1. Menerangkan maksud hidangan sepinggan
lengkap.
2. Menamakan tiga hidangan sepinggan
lengkap mengikut budaya setempat.
3. Menamakan tiga hidangan sepinggan
lengkap mengikut cara timur.
4. Menamakan tiga hidangan sepinggan
lengkap mengikut cara barat.
TERAMPIL TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN
TARIKH
NAMA Tandatangan
GURU & Tarikh
DISAHKAN Tandatangan
OLEH & Tarikh
88
UNIT 7 : MENYEDIAKAN DESERT
STANDARD KANDUNGAN :
1 Mengenal desert
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1 Menyatakan maksud desert.
1.2 Menyenaraikan pelbagai jenis desert.
OBJEKTIF KHUSUS :
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh :
1. Menyatakan maksud desert.
2.Menyenaraikan pelbagai jenis desert.
3.Mengenalpasti dengan menamakan contoh desert mengikut jenis bubur dan agar-agar
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Desert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir hidangan utama dalam
sajian makanan seperti makan tengah hari atau makan malam untuk
melengkapkan hidangan tersebut. Desert boleh dikategorikan kepada dua iaitu
desert sejuk dan desert panas. Desert sejuk atau sejuk beku sangat sesuai
dihidangkan semasa cuaca panas, terutama selepas makan tengah hari. Desert
juga boleh dipamerkan atau diperagakan di atas dulang atau troli. Cara ini
memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih desert yang disukai.
89
KANDUNGAN/FAKTA
1. Tujuan desert dihidangkan:
(a) menyeimbangkan hidangan.
(b) memberi pelbagai warna pada hidangan.
(c) menghilangkan rasa muak selepas menikmati hidangan utama.
2. Desert boleh dibuat daripada:
i) Buahan-buahan segar atau campuran buah-buahan
ii) Kastard puding dan kuih acuan (menggunakan bijirin, dan tepung
jagung)
iii) Agar-agar
iv) Jeli
v) Aiskrim dan trifle
3. Buah-buahan segar boleh dimakan tanpa dimasak atau dimasak cara mendidih,
dihidangkan berhiris atau campuran buah-buahan dipotong dadu. Buah-
buahan selalu dimakan berkulit atau tanpa kulit selepas disejukkan di dalam peti
sejuk.
4. Puding, kastard dan kuih acuan dibuat daripada tepung jagung, tepung gandum,
tepung kastard dan sebagainya. Nilai khasiat makanan puding, kastard dan
kuih acuan ditambah dengan tambahan susu, santan dan telur. Puding
kastard dan kuih acuan boleh dihidangkan begitu saja atau dengan stew
buah-buahan. Hidangan boleh dimakan sejuk atau panas.
Maksud Perkataan
(a) Desert ialah makanan manis yang dihidangkan sebagai pelengkap pada akhir
hidangan.
(b) Kastard adalah campuran susu, tepung kastard dan gula.
(c) Jeli adalah makanan lembut yang dibuat daripada jus buah-buahan
yang dicampur dengan gelatin.
(d) Gelatin adalah bahan atau protein yang jernih dan tanpa rasa yang
dibuat dengan merebus tulang, kulit yang digunakan dalam makanan.
(e) Crumble adalah campuran tepung, gula dan lemak beku yang dihasilkan
dengan kaedah gaul ramas.
Senarai Desert
(a) Sagu gula melaka
(b) Puding roti bersos kastard
(c) Triffle buah campuran
(d) Buah melaka (onde-onde)
(e) Bubur kacang hijau
(f) Apple crumble
90
Mengenal Desert
Contoh Desert
SAGU GULA MELAKA TRIFLE BUAH CAMPURAN
BANANA SPLIT PUDING ROTI
BERSOS KASTARD
KASTARD KARAMEL KEK
91
Contoh Desert
APPLE CRUMBLE BUAH MELAKA
PENGAT PISANG CREPE PISANG
TARTLET BUAH KUIH CARA MANIS
92
PANDUAN KERJA
1.1 Menyatakan maksud desert
1.2 Menyenaraikan pelbagai jenis desert
BAHAN DAN PERALATAN
Gambar desert, kertas A4 (putih dan berwarna), pensil warna, alat menulis,
gunting, gam, kertas keras, majalah masakan, komputer, LCD, internet dan
pencetak.
TUGASAN 1
1. Menyenaraikan contoh desert
LANGKAH KERJA
1. Murid menyenaraikan pelbagai jenis desert yang biasa dimakan di rumah
dan dibuat dalam bentuk peta minda
2. Murid membuat folio desert dari rujukan yang ada seperti majalah
masakan dan internet
3. Tayangan video dari internet penyediaan desert
(a) Puding roti bersama biskut coklat (www.trymasak.my)
(b) Bubur kacang hijau (www.trymasak.com)
4. Murid dibekalkan 2 resepi desert untuk dibaca dan memahami
langkah- langkah penyediaan.
93