The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmzek, 2021-02-06 05:57:47

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak

Sahabat Sastera

Penyelenggara
Mohd Zabidi bin Nordin

i

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Cetakan Pertama 2021
© Persatuan Bahasa Melayu, SMA Syubbaniah

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman,
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan
Bahasa Melayu, SMA Syubbaniah, 34500 Batu Kurau, Perak Darul
Ridzuan. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau
honorarium.

Antologi Sahabat Sastera: Himpunan sajak yang dihasilkan oleh
ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu
susulan Bengkel Penulisan Sajak di
bawah bimbingan Mohd Noor Hamzah
atau Noor Ijamala.

Diselenggara oleh Mohd Zabidi Bin Nordin

ii

“Jika engkau mempunyai sahabat yang selalu
membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah,
maka peganglah dia erat-erat, janganlah engkau
lepaskannya. Kerana mencari sahabat yang baik itu
begitu susah, tetapi melepaskannya sangat senang
sekali.”

Imam Syafie RA
https://ikimfm.my/sahabat-sejati

iii

KANDUNGAN

PENGENALAN viii
PRAKATA x
Ainon Zakiah binti Abd. Malek 1
2
Khabar Duka 3
Amiratul Haifa binti Azizan (Amira Haifa) 4
5
Kakak (I)
Guru (I) 6
Sahabat (I) 7
Ayah (I) 8
Ibu (I) 9
Dadah 10
Amiratul Huda binti Azizan 11
Wanita Impian Syurga 12
Hasbul Wafi bin Hisyam 13
Sungai 14
Khairunnisa’ binti Mohd Tajuddin (Nisa’) 14
Nur Farisha Arianna binti Mohd Azrul Shah (Isha) 15
Nur Amna Najiha binti Ariffin (Jiha) 16
Kau Berubah Dalam Waktu 17
Mohd Noor bin Hamzah @ Ijamala MN 20
Langit Tuhan 22
Bahasa Tahajud (II) 23
Taman Waktu-Mu 25
Mohd Zabidi bin Nordin 27
Belajar Mengajar 28
Smasy Abadi di Hati 29
Muhammad Aizam Azizi bin Mohd Aminuddin 30
Dendam Laut 31
Muhammad Amirul Amli bin Muhamad Hanafi 32
Telefon 33
Muhammad Amirul Irfan bin Ahmad Zaini 34
Pena dan Buku

iv

Muhammad Faris Hakimi bin Mohd Sabri 35
Guru (II) 36
37
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan 38
Sahabat Sastera (I) 39
Nafsu 40
Abah 41
Si Tamak 42
Nasib Diri 43
Hati (I) 44
Ibu (II)
45
Muhammad Imran bin Redzuan 46
Kembara 47
Asrama (I) 48
Guru (III) 49
Tik Tok 50
51
Muhammad Khairi Ammar bin Rozaki (Along) 52
Remaja Zaman Ini 54
Haiwan Tercinta 55
Perwira Bangsa 56
57
Muhammad Rafiq Hariri bin Mohd Kamal Baharin 59
Rakan dan Sahabat 60
61
Nor Athirah binti Mt Isa (Athirah Isa) 62
Ayahku Heroku 63
Ibulah Ratu Hatiku 64
Hari-hariku 66
Penghibur Hatiku 67
68
Noor Hasni binti Abd. Wahab 69
Keinsafan 70
71
Nor Hazmiera Lyana binti Haznizam
Aku Sebuah Kerusi

Nor Maisarah binti Azman (Maisarah)
Sahabat (II)

Nur Adriana Shafiza binti Mohd Shazali
Pewaris Takhta Cinta

v

Nur Afifah Syahadah binti Safian 73
Sahabat Sastera (II) 74
76
Nur Aina Syazwana binti Mohammad Shariff
(Nuraina) 77
78
Rasa Dikhianati 79
Keluarga 80
Kembar 81
Cinta (I) 82
Nabi Muhammad SAW 83
Tudung Labuh 84
Malam dan Siang 85
Akhirat dan Dunia 86
Angin 87
Masa 88
SMA Syubbaniah 89
Pokok 90
Buku 91
Bunga 92
Kau 93
Haiwan Kesayangan Nabi 94
Peluang Kedua 95
Guru (IV) 96
Nur Aina Syazwani binti Mohammad Shariff (Wani) 97
Aku 98
Hujan 99
Sahabat (III) 100
Rindu 101
Kakak (II) 102
Negara 103
Ibu (III) 104
Abang 105
Ayah (II) 106
Guru (V) 107
Jalan
Sakit

vi

Kecewa 108
Asrama (II) 109
Nur Aliya Maisara binti Mohd Norrulakbar (Yaya) 110
Kawan 111
Ibuku 112
Ayahku 113
Cinta (II) 114
Nur Amira binti Om 115
Terjadinya Sebuah Perpisahan 116
Nur Atiqah binti Saadun 117
Ayah (III)
Kakak (III) 118
Ibu (IV) 119
Nur Balqis binti Mohd Hashim 120
Pemilik Cinta 121
Nur Hasya binti Ismail (Syaa) 122
Wan Nor Liyana binti Wan Idris (Yana) 123
Aku Seekor Kuda 124
Nur Khairunisa binti Saiful Hizam 125
Bintang Setia 126
Nur Hanis Husna binti Mohd Sabri 127
Gurisan Semalam 128
Nurin Syazwani binti Md Haizi 129
Oh Tasik 130
Nurina Haida binti Mohamad Nazir (Nina) 131
Ibu (V) 132
Guru (VI) 133
Hati (II) 134
Cinta Ilahi 135
Siti Nur Maisarah binti Kharul Rizal (Mysarah) 136
Hati Lelaki 137
Ummu Sofiyah binti Mohamad Azmi 138
Sahabat Sastera (III) 139
140

vii

PENGENALAN

Antologi Sajak Sahabat Sastera ini mengandungi 94 buah
sajak hasil karya 37 orang penulis. Sebahagian besar sajak
dihasilkan oleh penulis-penulis muda dalam kalangan
pelajar SMA Syubbaniah, Batu Kurau. Guru pembimbing
juga tidak ketinggalan menghasilkan 4 buah sajak sebagai
pembakar semangat anak didik. Penulis tersohor Karyawan
Pk., Saudara Mohd Noor Ijamala turut menyumbangkan 3
buah sajak sebagai penanda aras puisi yang berkualiti
tinggi.
Penerbitan buku antologi sajak ini adalah lanjutan daripada
Bengkel Penulisan Sajak yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Melayu SMA Syubbaniah pada 20 Julai 2019.
Daripada bengkel tersebut, Saudara Mohd Noor Ijamala
berjaya mencungkil bakat murid yang terpendam dan
membimbing mereka menghasilkan sajak yang baik.
Penulis-penulis muda ini meluahkan suara hati dan kreativiti
minda dengan bahasa yang indah lagi puitis tentang
pelbagai isu semasa untuk dikongsi dan dihayati bersama.
Penulisan sajak dilihat sebagai satu aktiviti yang
membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya
yang tidak konservatif dan tidak jumud. Sehubungan itu,
inisiatif yang dilaksanakan ini berjaya memperkukuh minat,
kecenderungan dan kecintaan pelajar sekolah ini terhadap
bidang penulisan dan kesusasteraan.
Sesungguhnya aktiviti penulisan sajak sangat relevan
dijadikan wadah bagi proses pembelajaran di sekolah untuk
mengembangkan kreativiti generasi muda. Bengkel
penulisan sajak dan penerbitan antologi ini suatu usaha
terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

viii

Daripada isu-isu semasa yang disentuh dalam antologi ini
diharap para pelajar akan tertarik dan terbuka hati untuk
menghayati buah fikiran yang diketengahkan dan
mendekatkan diri dengan aspek kesusasteraan yang
menjadi komponen wajib mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mudah-mudahan para pelajar akan lebih memahami apa-
apa yang dipelajari di bilik darjah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan
bantuan bagi merealisasikan impian untuk menerbitkan
antologi ini hingga sampai ke tangan pembaca.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada sahabat-
sahabat yang bertungkus-lumus menulis sajak, menaip,
menyunting dan menyusun sajak-sajak yang dimuatkan
dalam antologi ini. Sesungguhnya tenaga dan minda yang
digembleng itu menghasilkan pengalaman yang tak ternilai
harganya. Semoga usaha murni ini diberkati Ilahi dan
memberi manfaat kepada semua pihak.
Mohd Zabidi bin Nordin

ix

PRAKATA

Bersyukur ke hadrat Allah dalam nada penuh bermakna
sama kita dapat melihat juga membaca karya anak-anak
berbakat besar menghasilkan karya puisi biarpun ada diksi
atau bait kurang lenturan bahasanya tapi inilah permulaan
yang menarik untuk kita nilai juga sama kita lihat semangat
mereka.

Ada nilai budi menyantun jiwa mereka dalam melahirkan
puisi biarpun baru bertatih tapi inilah permulaan menarik
dalam menghasilkan sajak. Gaya penulisan dengan tema
yang berbeza memperlihatkan pemerhatian dalam
menghasilkan sebuah puisi. Ini menunjukkan keprihatinan
dalam menghasilkan bait-bait puisi.

Kematangan telah terlihat dalam penghasilan puisi, biarpun
sebelum ini belum pernah berbengkel untuk menulis puisi.
Pengalaman serta pengamatan yang tajam membolehkan
mereka menulis biarpun tiada pembimbing. Ini
menunjukkan anak-anak di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah ini mempunyai bakat yang besar jika digilap
juga dipupuk semangat yang jitu.

Persekitaran banyak menyentuh perasaan dalam
menghasilkan sajak-sajak memperlihatkan kesungguhan
biarpun bait-bait yang bahasanya biasa tapi menampakkan
ketrampilan seorang penulis juga seorang penyair. Sajak
yang bertema “BUKU” juga “ASRAMA” memperlihatkan
ketajaman fikir seorang pemikir juga sebagai penyair.
Begitulah ragamnya penuh sensitif, gelodak ini akan
melahirkan larik-larik puisi yang menarik.

Renungan serta pemerhatian mereka juga penelitian akan
menghasilkan karya yang baik ditambah pula kedewasaan
akan memperlihatkan kematangan dalam menulis puisi

x

nanti, pasti akan mencantikkan bahasa juga melontarkan
makna dalam keindahan puisi yang dilahirkan nanti. Saya
mendoakan agar akan lahir penulis yang mapan dan
tersohor nanti dari kalangan pelajar Sekolah Menengah
Agama Syubbaniah, Batu Kurau ini.
MOHD NOOR IJAMALA

xi

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 1
Ainon Zakiah binti Abd. Malek
Ainon Zakiah binti Abd. Malek berkhidmat sebagai
guru Bahasa Inggeris dan RBT di SMA Syubbaniah.
Beliau menghasilkan sajak Khabar Duka bagi
berkongsi kenangan abadi dan kesedihan atas
pemergian ayahnya yang tercinta mengadap Ilahi.

1

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Khabar Duka
Bila khabar duka
Sampai ke telinga
Bahawa ayah telah tiada
Banjir air mata
Seakan tiada mahu reda.
Tanpa banyak bicara
Suami yang setia
Terus memandu kereta
Meredah malam kelam
Memaksa mata terus berjaga
Demi isteri dan adik ipar
Serta anak-anak
Yang meratap hiba
Dalam diam memohon doa
Semoga dapat menatap
Jasad insan tercinta
Buat kali yang terakhir.
Hari itu dan hari ini
Hati pilu masih dirasai
Semangatku terbang jauh
Hilang entah ke mana
Tak tahu bila kan jelma semula.
Ainon Zakiah binti Abd. Malek

2

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 2
Amiratul Haifa binti Azizan (Amira Haifa)

Amira Haifa atau nama sebenarnya Amiratul Haifa
binti Azizan dilahirkan di Hospital Daerah Selama,
Perak pada 25 Mac 2006. Ayahnya bekerja sebagai
Renjer Jabatan Perhutanan manakala ibunya
bekerja sebagai guru tadika PASTI di Ijok, Perak.
Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik dan
menetap di Kampung Jalan Baru, Ijok, Batu Kurau,
Perak. Beliau mendapat didikan awal di tadika PASTI
pada usia empat hingga enam tahun. Ketika beliau
berusia tujuh hingga 12 tahun, beliau bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Ijok.
Beliau mula berminat untuk menulis sajak ketika
berusia 13 tahun di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau turut menyertai Bengkel
Penulisan Sajak bersama rakan-rakan dengan
bimbingan Saudara Mohd Noor Ijamala dengan
dorongan Tuan Haji Mohd Zabidi bin Nordin.

3

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kakak (I)
Di kala senang menjadi teman
Di kala susah menjadi sahabat
Sentiasa menemaniku
Sentiasa menjagaku
Merawat pilu.
Kakak
Sentiasa mengambil berat
Tatkala aku kecewa
Sentiasa ada di sisi
Tatkala aku jatuh
Dia hulurkan tangan
Memberi sokongan dan semangat
Agar aku bangkit semula.
Itulah kakakku
Tiada galang gantinya.
Amira Haifa

4

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (I)
Guru
Bagaikan pelita
Menerangi hidupku.
Guru
Sanggup berkorban
Demi mendidik anak bangsa
Menggapai kejayaan.
Guru
Kaulah perwira
Biarpun dirimu lelah
Kau tidak berputus asa.
Amira Haifa

5

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat (I)
Sahabat
Walau berjauhan
Kita tetap bersama
Jauh di mata
Tetapi dekat di hati.
Susah dan senang
Kita tetap bersama
Pelbagai cabaran menghalang
Kita tempuhi bersama.
Sahabat
Walaupun sedang diuji
Kita tetap bersama
Apabila kita diduga
Kita tidak akan berpisah.
Amira Haifa

6

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ayah (I)
Ayah
Kau perwiraku
Sanggup berkorban
Demi kebahagiaanku.
Ayah
Siang dan malam
Mencari rezeki untukku
Tanpa kenal erti lelah.
Ayah
Kau membesarkanku
Dengan penuh
Kasih dan sayang.
Ayah
Hidupku tanpamu
Seperti tiada arah tuju
Kaulah ayahku.
Amira Haifa

7

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibu (I)
Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Sanggup menanggung derita
Untuk melahirkanku.
Ibu
Engkaulah yang membesarkanku
Penuh rasa kasih dan sayang
Tanpamu siapalah aku.
Ibu
Terima kasih atas segalanya
Engkaulah cinta hatiku
Buat selama-lamanya.
Amira Haifa

8

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Dadah
Dadah
Sangat bahaya
Boleh meragut nyawa.
Dadah
Perosak fikiran generasi muda
Juga perosak anak bangsa.
Dadah
Musuh kita yang paling hina
Hidup cemerlang tanpa dadah.
Amira Haifa

9

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 3
Amiratul Huda binti Azizan
Amiratul Huda binti Azizan dilahirkan di Batu Kurau,
Perak pada 19 Februari 2001. Beliau merupakan
anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Bagan Baharu dan melanjutkan
pengajian di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah.
Sajak “Wanita Impian Syurga” merupakan karya
pertama yang ditulis atas dorongan rakan sekelas.

10

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Wanita Impian Syurga
Wanita
Tercipta dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di hati untuk dilindung
Hiasan duniawi yang dikasihi.
Wanita
Dirimu begitu berharga
Bak sebaik-baik perhiasan
Kerana dirimu wanita
Terlalu tinggi nilainya.
Wanita
Bagai permata tersimpan rapi
Dalam peti besi berkunci
Dirimu sungguh bererti
Diceritakan di dalam kitab suci.
Wanita
Dirimu selembut sutera
Takkan dirimu jatuh
Kesabaran dan ketabahan menggunung
Keberanianmu sungguh terpegun
Maruahmu bagai mahkota yang tinggi
Engkaulah wanita impian syurga.
Amiratul Huda

11

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 4
Hasbul Wafi bin Hisyam
Hasbul Wafi bin Hisyam adalah pelajar tingkatan 2
SMA Syubbaniah. Mula mengenali dan mengasah
bakat menulis sajak ketika menyertai Bengkel
Penulisan Sajak yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Melayu pada tahun 2019.

12

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sungai
Sungai
Anugerah Ilahi
Mengalir dari bukit
Sumber kepada hidupan
Manusia dan haiwan.
Namun
Masih ada tangan mencemar
Ada yang sengaja
Melontarkan sisa
Walau ada tong sampah
Malas
Bukan lupa.
Sedarlah wahai manusia
Amalkan sikap bertanggungjawab
Menjaga kebersihan sungai.
Hasbul Wafi bin Hisyam

13

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 5

Khairunnisa’ binti Mohd Tajuddin (Nisa’)

Khairunnisa’ binti Mohd Tajuddin atau nama
penanya Nisa’ dilahirkan pada 16 Februari 2006 di
Apollo Medical Centre, Taiping, Perak. Pada tahun
2013, beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Kampong Relang hingga tahun 2018. Kemudian
beliau bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau merupakan puteri bongsu
daripada lapan orang adik-beradik dalam
keluarganya. Beliau mencuba menulis sajak ketika
berusia 13 tahun. Beliau mula berminat menulis
sajak atas dorongan Tuan Haji Mohd Zabidi bin
Nordin, rakan-rakan sekelas serta ibu beliau.

Sahabat 6

Nur Farisha Arianna binti Mohd Azrul Shah
(Isha)

Nur Farisha Arianna binti Mohd Azrul Shah atau
nama penanya Isha dilahirkan pada 8 April 2006 di
Hospital Seri Manjung, Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal di Tabika Kemas ketika berumur
lima hingga enam tahun. Pada tahun 2013, beliau

14

Antologi Sajak Sahabat Sastera

bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu
hingga tahun 2018. Kemudian beliau bersekolah di
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Anak
pertama daripada lima orang adik-beradik ini ingin
mencuba menulis sajak atas dorongan guru, rakan-
rakan sekelas serta ibu bapa beliau.

Sahabat 7
Nur Amna Najiha binti Ariffin (Jiha)
Nur Amna Najiha binti Ariffin atau nama penanya
Jiha dilahirkan pada 19 Julai 2006 di Hospital
Taiping, Perak. Mendapat pendidikan awal di Tabika
Kemas ketika berumur 5 hingga 6 tahun. Pada tahun
2013 beliau bersekolah di SK Ulu Sepetang hingga
tahun 2018. Kemudian beliau bersekolah di SMA
Syubbaniah, Batu Kurau. Anak kedua daripada 2
orang adik-beradik ini ingin mencuba bakat dalam
penulisan sajak atas dorongan guru dan rakan rakan
sekelas serta ibu bapa beliau.

Nisa’, Isha dan Jiha telah bergabung idea bagi
menghasilkan sajak Kau Berubah Dalam Waktu.

15

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kau Berubah Dalam Waktu
Pernah bergurau bersama
Usik mengusik
Rasa bahagia
Semua itu dulu.
Sekarang
Kau mula berubah
Kau mula berpaling
Buang segala tentang diriku
Seperti aku tak pernah wujud
Dalam hidupmu.
Janganlah salah aku
Kau jadikan alasan
Berubah dalam detik waktu.
Nisa’, Isha dan Jiha

16

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 8

Mohd Noor bin Hamzah @ Ijamala MN

Mohd Noor bin Hamzah sering menggunakan nama
pena Ijamala MN atau Mohd Noor Ijamala. Anak
kelahiran Kampung Jamuan, Kuala Kangsar, Perak
dilahirkan pada tahun 1967 di Pesisiran Sungai
Perak. Mendapat pendidikan rendah dan menengah
di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar.

Mula menulis sekitar tahun 1987 dengan
menghantar karya ke Radio Senandung Malam
Johor Baharu, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu,
Sabah. Terlibat dalam NGO penulis ketika bertugas
di Penjara Pudu sekitar tahun 1991, terlibat dalam
Persatuan Penulis Kuala Lumpur sebagai ahli biasa
dan juga AJK di bawah kepimpinan Dr Hj Wahid
Kasran, Datuk Jaafar Rahim, dan Drs Mohamad
Daud Mohamad.

Karya banyak tersiar dalam majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, juga akhbar Mingguan
Malaysia dan Berita Minggu. Mempunyai Antologi
Solo bertajuk Sang Lelaki Di Lorong Malam terbitan
ITBM. Banyak menulis genre puisi sahaja. Mengikuti

17

Antologi Sajak Sahabat Sastera

bengkel Penulisan Kreatif anjuran Pejabat
Kebudayaan Wilayah Persekutuan pada tahun 1995
di IAB. Pernah menjadi hakim pertandingan puisi
anjuran DBP dan Kementerian Pendidikan Malaysia
tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.
Pernah terlibat dalam bengkel penulisan puisi dan
deklamator puisi di Penjara Kajang juga terlibat
memberi bengkel penulisan puisi di Sekolah
Menengah Agama Syubbaniah, Batu Kurau.
Terlibat dalam kegiatan baca puisi Pena setiap
bulan. Terlibat dalam acara Ratib Seribu Syair pada
2 dan 3 Nov 2001 anjuran Gapena juga acara
Pertemuan Penulis Muda Malaysia di Kukup Golf
Resort serta terlibat mewakili Malaysia dalam
Pengucapan Puisi Dunia di Kuala Lumpur.
Karya puisi pernah memenangi anugerah puisi
anjuran Utusan Malaysia. Pernah menerima
Anugerah Sastera Utusan Malaysia genre puisi
saguhati sekitar tahun 1995. Memenangi tempat
kedua Sayembara Menulis Puisi Merdeka dan
Perpaduan anjuran IDE dan PAKSI 2019.

18

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kini bertugas di Penjara Kajang. Alamat kediaman
kini No 12, Jalan Desa Mewah 13, Taman Desa
Mewah, 43500 Semenyih.
Emel: [email protected]
No. telefon bimbit: 0136985397

19

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Langit Tuhan
Langit tuhan
Kita melukis keindahan
Langit tuhan
Kita mencari keperibadian
Langit tuhan
Kita melukis harapan
Pengalaman mewarnai
Masa depan.
Langit tuhan
Penuh keinsafan
Bina peribadi
Mencintai alam
Langit tuhan
Kita lewati kota-kota
Waktu
Dalam mencintai diri.
Langit tuhan
Wajahku
Mencari peradaban
Tulus dan mulus
Cinta buat kehidupan
Membuka pintu
Tawaduk diri.
Langit tuhan
Mencermin diri
Pasrah menjalar
Dalam peribadi
Antara cinta menitip rasa
Meredah warna alam.

20

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Langit tuhan
Kuhadapkan dadaku
Ke kiblat-Mu
Langit tuhan
Biasan kehidupan mengajar
Erti kemanusian
Langit tuhan
Adalah rahsia dari segala rahasia.
Mohd Noor Ijamala
Sanggar Puisi
Taman Desa Mewah

21

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Bahasa Tahajud (II)
(Menyeberang waktu dalam tahajudku simpuh akal
budi jernih jiwa)
Lazimkan diri
Ampuh peribadi
Kemuliaan insan
Harungi kepayahan
Mujahadah
Menzahirkan jiwa.
Lazimkan diri
Ubah minda
Dari prasangka
Kudrat dan iradatmu
Melukis sepertiga malam
Jiwa bersih nan suci
Makna tahajud
Kita susuri penuh harmoni
Melewati musuh diri
Nafsu diperangi, bahasa tahajud
Sepertiga malam
Engkau kekasih.
Mohd Noor Ijamala
Karyawan Pk.
26122017

22

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Taman Waktu-Mu
i.
Taman waktu-Mu
Kita berjalan
Bertanya khabar semalam
Masihkah bunga berkembang
Hidup semakin berbahasa
Lantunan makna kita kecapi
Dalam makna.
ii.
Taman waktu-Mu
Kita menyanyi lagu berani
Menukang puisi semberani
Kasih terhurai membias naluri siapa
Masihkah kau bersunyi di bilik peribadi.
iii.
Taman waktu
Menangkap kata
Bahasa lautmu pangkor
Bermakna dalam erti.
iv.
Taman waktu
Potret kata
Gurindam jiwa lestari hati
Landskap nurani
Jernih peribadi.

23

Antologi Sajak Sahabat Sastera

v.
Taman waktu
Basah rasa
Rupa adalah diri
Mencari diri di teluk waktumu pangkor.
Mohd Noor Ijamala
Pasir Bogak, Pangkor

24

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 9

Mohd Zabidi bin Nordin

Mohd Zabidi bin Nordin dilahirkan pada 3 September
1965 di Batu Kurau, Perak. Mendapat pendidikan
awal di SK Anak Kurau, SMK Dato’ Kamaruddin, Batu
Kurau dan SMK Dr. Burhanuddin, Taiping.

Pada tahun 1998, beliau menamatkan pengajian di
Universiti Malaya dengan mendapat Ijazah Sarjana
Muda Sastera. Selepas itu beliau mendalami ilmu
pendidikan di Institut Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim dan dianugerahi Diploma Pendidikan
dengan pangkat Cemerlang (1990). Beliau
meneruskan pengajian peringkat sarjana di
Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh
Sarjana Pendidikan (1997).

Beliau berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di
SMK Dalat, Sarawak (1990-1992), SMK Datuk Zulkifli
Muhammad (1993), SMKA Slim River (1993-1999),
SMK Idris Shah, Gopeng (1999), Sekolah Tuanku
Abdul Rahman, Ipoh (2000-2015), Maahad Al-
Ummah, Chemor (2015-2016) dan SMA Syubbaniah,
Batu Kurau pada tahun 2016 hingga 2021.

25

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Minat beliau dalam bidang penulisan sajak berputik
ketika menuntut di Universiti Malaya atas dorongan
rakannya Lee Cheong Beng (Mohd Azli Lee bin
Abdullah) dan penyertaan beliau dalam aktiviti
deklamasi sajak di Rumah Universiti (UM), Pasar
Seni, Balai Berita (NST) dan lain-lain lagi.
Ketika bertugas di SMK Dalat, beliau telah
menerbitkan antologi sajak Benih Rumput (1992)
hasil karya ahli-ahli Kelab Sastera. Antologi sajak
kedua berjudul Lepak Puisi (2003) diterbitkan atas
inisiatif beliau sebagai pengasas dan Guru Penasihat
Kelab Sahabat Sastera STAR.
Antologi sajak ketiga ini membuktikan minat beliau
yang mendalam dan konsisten bagi mendidik dan
menggilap bakat murid-muridnya dalam penulisan
sajak.

26

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Belajar Mengajar
Dalam seminar besar
Bersama penulis ternama
Kerdil aku
Dengan karya kecil.
Dalam bengkel biasa
Bersama peserta dewasa
Aku rasa selesa
Tekun belajar berkarya.
Dalam bilik darjah
Bersama murid remaja
Aku menjadi besar
Tunjuk ajarku didengar dengan teruja.
Aku diajar
Aku belajar
Aku mengajar
Belajar dan mengajar
Rumpun ilmu menjalar.
Mohd Zabidi bin Nordin
5.7.2019

27

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Smasy Abadi Di Hati
Bermukim di Smasy
Mendidik anak bangsa
Dengan penuh dedikasi
Sambil mendidik diri
Ikhlas menggalas tugas hakiki.
Sederap melangkah
Bersama teman sekerja
Tanpa rungutan tugas digalas
Tanpa mengeluh berdiri teguh
Mendokong misi dan visi
Melahirkan insan cemerlang dan seimbang
Bertunjangkan syariat Islam.
Kucurahkan rasa cinta di hati
Ikhlas buatmu putera dan puteri
Dalam kembara menyampai ilmu
Akulah gurumu
Akulah sahabatmu
Biar kita tidak bersama lagi
Doaku tetap mengiringi
Semoga kalian jadi insan sempurna
Cemerlang di dunia
Bahagia di akhirat sana.
Kenanganku sebagai guru
Di desa tercinta ini
Kekal abadi di hati
Tersemat erat di sanubari
Menjadi nostalgia indah
Untuk diimbas semula
Hingga di hari tua.
Mohd Zabidi bin Nordin

28

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 10
Muhammad Aizam Azizi bin Mohd Aminuddin

(Aizam)
Aizam atau nama sebenarnya Muhammad Aizam
Azizi bin Mohd Aminuddin dilahirkan pada 6
November 2002. Beliau menetap di Bukit Gantang,
Perak. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah
Kebangsaan Bendang Siam. Kemudian beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau mula menulis sajak Dendam Laut
ketika berada di tingkatan lima atas dasar minatnya
yang mendalam dalam penulisan sastera.

29

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Dendam Laut
Laut adalah makhluk
Hamba Sang Pencipta
Berada di dunia
Bersama manusia
Sering berzikir kepada-Nya.
Di bumi
Kau tiada pilihan
Hanya mengikut keadaan cuaca
Adakala kau pasang
Adakala kau surut.
Akan tetapi
Manusia yang bijaksana
Diberikan akal
Sering melakukan maksiat
Tidak takut balasan Tuhan.
Kini maksiat semakin berleluasa
Manusia tidak berasa malu
Meskipun di tepi pantai
Dan kau berasa tercabar
Ingin habiskan hayat manusia durjana.
Kau pinta pada Sang Pencipta
Untuk hapuskan semuanya
Tetapi niatmu terhalang
Kerana sebahagian manusia
Masih mengingati-Nya.
Akan tiba suatu ketika
Kau diizinkan oleh Ilahi
Hempaskan ombak dendam
Tanpa sesiapa dapat lari.
Aizam

30

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 11
Muhammad Amirul Amli bin Muhamad Hanafi

(Amli)

Muhammad Amirul Amli bin Muhamad Hanafi atau
nama penanya Amli dilahirkan pada 31 Disember
2004 di Hospital Taiping, Perak. Mendapat didikan
awal di Pasti Tadika Kemas Kluang ketika berumur
lima hingga enam tahun. Pada tahun 2011, beliau
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman
Yassin, Kluang, Johor hingga tahun 2014 dan
menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan All
Saints, Kamunting, Perak sehingga tahun 2016.
Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Menengah
Agama Syubbaniah, Batu Kurau, Perak. Putera
bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini
mencuba menulis sajak ketika berusia 15 tahun.
Beliau mula berminat menulis sajak atas dorongan
guru, rakan-rakan sekelas serta ibu bapa beliau.

31

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Telefon
Telefon
Dicipta oleh manusia
Semakin lama semakin pintar
Semakin lama manusia leka
Walau mahal harganya
Manusia berlumba memilikinya.
Telefon bagaikan raja
Mengawal manusia tanpa sedar
Hubungan sosial semakin longgar.
Sedarlah
Sedarlah
Sedarlah
Wahai manusia
Keperluan telefon tak dinafi
Tapi wajarkah kita
Jadi hamba telefon pintar.
Amli

32

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 12
Muhammad Amirul Irfan bin Ahmad Zaini
Muhammad Amirul Irfan bin Ahmad Zaini dilahirkan
pada 7 Mei 2006 di Kajang, Selangor. Kini menetap
di Batu Kurau, Perak bersama nenda tercinta.
Mendapat pendidikan awal di SK Toh Sajak dan
melanjutkan pelajaran ke SMA Syubbaniah.
Menyertai Bengkel Penulisan Sajak bersama
karyawan Mohd Noor Ijamala. Pena dan Buku
merupakan sajak hasil nukilannya yang pertama.

33

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Pena dan Buku
Pena
Itulah gelaranmu
Mengikut gerak jari
Tangan yang melukis
Tangan yang menulis
Tak pernah jemu.
Aku tahu
Khidmat dan baktimu
Sangat besar nilainya
Menulis segala persoalan
Dari fikiran ke lembaran kertas.
Buku
Itulah panggilan untukmu
Himpunan lembaran kertas
Tersimpan ilmu dan azimat
Sumber rujukan
Penuh berkat
Menjadi penyuluh
Sinar kehidupan.
Muhammad Amirul Irfan bin Ahmad Zaini

34

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 13
Muhammad Faris Hakimi bin Mohd Sabri
Muhammad Faris Hakimi bin Mohd Sabri atau nama
penanya Faris dilahirkan pada 22 Jun 2005 di
Hospital Temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan
awal di Tadika Kemas, Sungkai, Perak ketika
berumur 5 dan 6 tahun. Pada tahun 2012 beliau
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana
sehingga tahun 2017. Kemudian beliau bersekolah
di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah, Batu
Kurau. Anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik.
Mula menulis sajak ketika berusia 14 tahun.

35

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (II)
Guru
Kaulah pendidik
Kaulah ibu bapa di sekolah
Kaulah pelita penyuluh jalan
Mengajar kami jadi pandai
Sungguh besar budi dan jasamu
Jadikan kami orang berguna.
Guru
Membantu kami
Menuju cita-cita
Mendidik kami hingga berjaya
Khidmat baktimu guru
Kami kenang selamanya.
Muhammad Faris Hakimi bin Mohd Sabri

36

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 14
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan dilahirkan
pada 12 April 2003 di Teluk Intan, Perak. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai
Besar. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Agama Syubbaniah, Batu Kurau, Perak.
Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang
adik-beradik. Beliau mula berjinak-jinak dengan
bidang penulisan sajak ketika berada di tingkatan
dua.

37

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat Sastera (I)
Kalimah sahabat
Masih terngiang-ngiang di minda
Bak burung berkicauan
Merenung alam
Di celah dedaunan.
Aku seakan di syurga
Bersama sahabat setia
Keakraban yang terpancar
Kegembiraan tercipta
Kesempurnaan nyata.
Hakikat sahabat sastera
Bukan sekadar ucapan biasa
Luahan rasa
Nukilan minda
Dihiasi pelangi kata-kata.
Ketahuilah sahabat
Kau pendengar setia
Kau pengisi masa
Kau penenang jiwa
Kau perenung makna.
Kesyukuran setingginya
Sahabat
Atas kehadiranmu
Menemani perjalanan hidupku.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

38

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Nafsu
Darjatnya sangat hina
Lalu naik menjadi raja
Akibat rapuh iman di dada
Lantaran ternoda dengan hasutan
Si celaka
Semakin dibela
Semakin liar
Degil tak terhingga
Kerana lupa janjinya
Kepada Yang Maha Pencipta
Beringatlah wahai manusia
Jangan melulu ikut nafsu
Sampai jadi khadam setia
Peliharalah dia
Kerana dia ada di jiwa.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

39


Click to View FlipBook Version