The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmzek, 2021-02-06 05:57:47

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Bunga
Bunga
Ada bunga raya
Ada bunga mawar
Ada bunga melur
Berbagai-bagai nama.
Bunga
Cantik warnanya
Harum baunya
Indah susunannya.
Bunga
Lambang wanita
Lambang cinta
Lambang negara.
Pasti semua
Sukakan bunga.
Nuraina

90

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kau
Kau
Kawan yang kukasihi
Kawan yang kusayangi.
Kau
Teman sejati
Selalu di sisi
Saat suka dan duka.
Aku bersyukur
Ditemukan denganmu
Jadi sahabat
Paling akrab.
Aku hargai dirimu
Sebagai kawan
Sebagai teman
Sebagai sahabat.
Nuraina

91

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Haiwan Kesayangan Nabi
Suatu hari
Kudengar esak tangis
Seperti minta simpati
Lalu aku cari
Kutemui seekor kucing
Kurus dan tak terurus.
Makin sayu
Tangisan si kucing
Minta simpati
Lalu kubawa pulang
Dan beri makanan
Baru diam.
Kini jadi
Haiwan peliharaanku
Kuberi nama Lily
Kujaga dengan kasih sayang
Kujaga dengan belaian manja
Kerana kutahu
Kucing yang kupelihara ini
Haiwan kesayangan nabi.
Nuraina

92

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Peluang Kedua
Lambaian cahaya
Terang-benderang
Memanggilku
Penuh syahdu.
Aku berlari
Sepantas kilat
Dari jalan sesat
Kerana bimbang
Hilang peluang kedua
Peluang untuk bertaubat.
Pintu taubat
Terbuka luas
Jalan pulang
Terbentang luas
Aku kembali ke jalan Allah.
Nuraina

93

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (IV)
Guru
Ibu bapa kedua
Tanpa guru
Siapalah kita.
Guru mengajar kita
Mengira
Menulis
Membaca
Dengan amanah.
Guru mengajar
Mengisi ilmu di dada
Dan berbangga
Bila kita berjaya.
Sayangilah guru
Hargailah jasa guru.
Nuraina
Wani

94

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 25
Nur Aina Syazwani binti Mohammad Shariff

(Wani)

Nur Aina Syazwani binti Mohd Shariff atau nama
penanya Wani dilahirkan pada 9.7.2006 di Hospital
Daerah, Sungai Petani, Kedah. Anak kepada seorang
jururawat di Klinik Kesihatan Taiping. Beliau
mendapat pendidikan awal di Taska Sodiqin pada
usia empat hingga lima tahun dan pada usia enam
tahun beliau bersekolah di Pra King Edward VII.
Pada usia tujuh hingga 12 tahun beliau bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Simpang. Pada tahun 2019,
beliau bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah dan mula mencuba menulis sajak pada
usia 13 tahun setelah mendapat dorongan daripada
guru dan ibu bapanya. Sajak Guru (IV), Aku, Hujan
dan Sahabat (III) dalam antologi ini ditulis bersama
kembarnya, Nuraina.

95

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Aku
Aku benci
Dilayan seperti ini
Dicaci
Dimaki
Dikata
Dihina.
Aku sedar
Aku gelandangan
Tiada berguna
Hidup meminta-minta
Tapi bukan pintaku
Hidup begini
Sudah suratan takdir
Terpaksa jua hadapi.
Kusedar kini
Setiap insan
Punya kelebihan
Wahai Tuhan
Berikan aku kekuatan
Hadapi segala cabaran
Moga tercapai impian
Hidup lebih sempurna.
Wani
Nuraina

96

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Hujan
Hujan
Rahmat Allah
Maha Pemberi Kurnia.
Hujan
Penuhi keperluan
Hidup manusia
Hidup haiwan
Hidup tumbuhan.
Syukuri nikmat hujan
Yang Allah turunkan
Jadi sumber air
Semua hidupan di bumi
Teruskan kelangsungan hidup.
Wani
Nuraina

97

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat (III)
Sahabat
Bukan kawan
Yang tinggal kawan
Tapi kawan
Yang setiakawan.
Adakala
Kita perlukan sahabat
Adakala
Sahabat perlukan kita
Saling memerlukan.
Sahabat
Di mana jua
Tak kira suka
Tak kira duka
Tetap bersama.
Aku berdoa
Akan bersua
Sahabat akrab
Dan aku juga
Jadi sahabat
Paling hebat.
Wani
Nuraina

98

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Rindu
Rindu padamu sahabat
Gelak tawamu
Pujuk rayumu
Senyumanmu
Sejak kau pergi
Tinggalkan aku.
Rindu aku
Padamu sahabat
Tiada terkira
Hilang di mata
Hati derita.
Aku berharap
Di suatu masa
Bersua semula
Sahabat lama
Kembali bersahabat
Selama-lamanya.
Wani

99

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kakak (II)
Kakak
Kau selalu
Membuatku tersenyum
Ketika aku berduka.
Kakak
Begitu banyak
Pengorbananmu kepadaku
Tak mungkin dapat
Kubalas segala jasamu.
Kakak
Aku bertekad
Akan sentiasa menyayangimu
Hingga ke akhir hayat.
Wani

100

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Negara
Inilah negaraku
Negara Malaysia
Tanah tumpahnya darahku
Yang kucinta
Yang kusayang.
Inilah negaraku
Malaysia merdeka
Aku berharap
Dapat berjuang
Hingga ke akhir hayat
Pertahankan kedaulatan.
Wani

101

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibu (III)
Sembilan bulan sepuluh hari
Aku mendiami rahim ibu
Selepas itu aku dilahirkan
Dengan seribu satu kepayahan.
Ibu
Sentiasa berkorban
Memelihara aku
Dari kandungan ke buaian
Hinggalah besar
Tak terbalas jasamu ibu.
Namun
Pabila remaja
Aku derhaka
Tak dengar kata
Aku berdosa.
Ibu
Aku kesal
Selalu sakiti hatimu
Dengan tingkah laku
Dan tutur kataku.
Ibu
Maafkan aku
Aku berjanji
Akan baiki diri
Dan berbakti
Kepadamu ibuku.
Wani

102

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Abang
Abang
Itulah panggilan
Saudara lelakiku
Begitu tegas
Menjaga aku
Untuk kebaikan
Dunia akhirat.
Abang
Aku sedih bila mengenang
Melayanmu begitu teruk
Sedangkan kau begitu baik
Melayan segala kerenahku.
Abang
Aku ingin
Memohon maaf
Atas kesilapanku dulu
Aku harap
Abang maafkan aku.
Wani

103

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ayah (II)
Ayah
Bekerja keras
Mencari rezeki
Menyara kami
Dan biayai persekolahan kami.
Aku kesal
Sakiti hati ayah
Dengan tingkah laku
Dan tutur kata
Yang tak disukainya
Aku rasa berdosa.
Ayah
Maafkan aku
Aku janji
Tak ulangi lagi
Dan akan taat
Sepanjang hayatku.
Wani

104

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (V)
Guru
Mengajarku
Ilmu agama
Ilmu bahasa
Ilmu mengira
Dan sebagainya.
Guru
Mengajarku
Dengan tekun dan sabar
Biar banyak kesalahan
Yang aku lakukan.
Guru
Maafkan aku
Jasamu akan kubalas
Dengan kejayaan
Yang membanggakanmu.
Wani

105

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Jalan
Adakah ia
Jalan terbaik untukku
Adakah ia
Jalan yang lurus untukku.
Aku berharap
Dapat berjalan
Di jalan yang lurus
Jalan menuju
Keredaan Allah.
Walau di mataku
Nampak jalan berliku
Tapi hakikatnya lurus
Mengikut syariat
Akan kuturut petunjuk Allah
Supaya kekal di jalan yang lurus.
Wani

106

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sakit
Hatiku
Rasa sakit
Menanti kehadiranmu
Bagi mengisi
Kekosongan di hatiku.
Tetapi kau
Membuatku serik
Sakit yang kualami
Begitu perit.
Apabila disakiti
Orang yang kusayangi
Seperti dirimu
Hatiku pilu.
Kini kusedar
Tak guna bercinta
Aku pasrah
Pada Allah aku berserah.
Wani

107

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kecewa
Aku kecewa
Apabila cintaku
Dikhianati.
Hatiku remuk
Seperti kaca
Terhempas ke batu.
Mujur aku cepat sedar
Cinta manusia
Cinta pura-pura
Kecewa hanya seketika.
Cintaku kini beralih arah
Cintai ibu
Cintai bapa
Cintai ilmu
Cintai Allah
Alhamdulillah.
Wani

108

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Asrama (II)
Di sini
Amat mencabar
Sering dimarah
Siang dan malam
Tapi tak mengapa
Kerana mengajarku
Erti disiplin
Erti sabar
Ada waktu
Ketawa juga.
Jadual asrama
Agak padat
Inilah tempatku
Menimba ilmu
Bersungguh-sungguh
Siang dan malam
Mengulang kaji pelajaran
Demi meraih kejayaan.
Di asrama
Ramai kawan
Bagi sokongan
Makan bersama
Belajar bersama
Main bersama.
Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Agar aku terus bertahan
Sampai tamat pengajian.
Wani

109

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 26
Nur Aliya Maisara binti Mohd Norrulakbar

(Yaya)

Yaya atau nama sebenarnya Nur Aliya Maisara binti
Mohd Norrulakbar dilahirkan di Hospital Kuala
Lumpur pada 25 Mei 2006. Anak kepada pasangan
pesara tentera dan pembantu perubatan. Beliau
mempunyai lima orang adik-beradik dan beliau
menetap di Taman Jebong Aman, Taiping, Perak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Simpang selama enam tahun. Beliau
mula berminat untuk menulis sajak ketika berusia 13
tahun di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah.
Beliau turut menyertai Bengkel Penulisan Sajak
bersama rakan-rakan dengan bimbingan Saudara
Mohd Noor Ijamala dengan dorongan Tuan Haji
Mohd Zabidi bin Nordin.

110

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kawan
Kawan
Selalu membantu
Memberi semangat
Memberi nasihat.
Kawan
Bila kesunyian
Ketika berjauhan
Kita jumpa di media sosial.
Kawan
Janganlah bersedih
Janganlah menangis
Aku kan selalu ada bersamamu.
Kawan
Hanya kau yang satu
Peneman hidupku
Kuharap hubungan kita
Kekal hingga ke Jannah.
Yaya

111

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibuku
Ibu
Engkaulah ibuku
Melahirkanku
Menunjuk arah kiblatku.
Ibu
Berkorban nyawa
Demi nyawaku
Ketika aku kegelapan
Engkaulah penyuluh jalan.
Ibu
Jika aku kesepian
Kau hadirkan kegembiraan
Ceriakan semula hidupku.
Ibu
Engkaulah ratu hidupku
Engkaulah semangat hidupku
Tanpa dirimu
Tiadalah diriku.
Yaya

112

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ayahku
Ayah
Engkaulah idolaku
Engkaulah perwiraku
Engkaulah cinta hatiku.
Ayah
Engkau sentiasa meluangkan masa
Ketika aku perlukanmu
Jika aku melukakan hatimu
Engkau sabar dan tegur penuh hikmah
Engkau tidak pernah tinggalkanku sendirian.
Ayah
Jika aku dalam kedukaan
Engkau mengajarku penuh pengertian
Di saat aku kehampaan
Engkau mengajar erti kekuatan.
Ayah
Engkaulah heroku
Engkaulah semangat hidupku
Terima kasih ayahku.
Yaya

113

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Cinta (II)
Cinta
Jika dikejar ia lari
Jika dipendam ia padam
Jika tak layan ia menyakitkan.
Cinta
Engkau tiba tanpa kuduga
Engkau datang tanpa kuundang
Engkau pergi tanpa kurela.
Cinta
Tak dapat ditatap dengan mata kasar
Tetapi dapat dirasa dengan mata hati
Siapa lalui pasti mengerti.
Cinta
Bila kecewa baru kusedar
Cinta sebenar bukan milik kita
Tetapi anugerah daripada Allah.
Yaya

114

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 27
Nur Amira binti Om
Nur Amira binti Om dilahirkan pada 9 Mac 2004 di
Hospital Daerah, Sungai Petani, Kedah. Menerima
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Gedong
dari darjah satu hingga darjah lima. Kemudian beliau
berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pantai Besar.
Beliau merupakan anak tunggal dan bercita-cita
ingin menjadi doktor pakar bedah serta meminati
bidang penulisan karya sastera.

115

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Terjadinya Sebuah Perpisahan
Hari ini kita bertemu
Bergurau senda
Beramah mesra
Serta gelak ketawa
Terselit cerita suka dan duka
Pahit dan manis juga ada
Dalam keriangan hidup bersama.
Hari ini kita bertemu
Masih bersama seperti biasa
Dalam menempuh ranjau berduri
Liku kehidupan yang tiada kesudahan.
Namun pada suatu hari
Telah terjadi satu keresahan
Juga kehampaan dan kekecewaan
Akhirnya perpisahan terjadi juga.
Suratan takdir sudah tentukan
Kita berpisah jua
Setelah sekian lama
Hidup bersama
Itulah lumrah kehidupan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Nur Amira binti Om

116

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 28
Nur Atiqah binti Saadun
Nur Atiqah binti Saadun pelajar tingkatan 2 Az-
Zahra’ tahun 2020, SMA Syubbaniah. Dilahirkan
pada 16.2.2006. Mula mengenali dan mengasah
bakat menulis sajak ketika menyertai Bengkel
Penulisan Sajak yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Melayu.

117

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ayah (III)
Kau abaikan keletihanmu
Hanya untukku
Engkau benteng pertahananku
Apabila aku dicaci dan dihina
Engkau tetap di sampingku.
Ayah
Engkaulah pelengkap
Di dalam hubungan keluarga
Engkau mengajarku ketegasan
Di kala aku jatuh tersungkur
Engkau hulurkan tangan
Membantu aku bangun.
Ayah
Engkaulah pejuang sejati
Mencari nafkah untuk keluarga
Mencuba sedaya upayamu
Untuk menggembirakanku
Engkau menawarkanku
Segunung harapan.
Ayah
Angkaulah perwira
Engkaulah guru
Jua sifuku
Engkau tidak jemu
Mendidikku dari dulu
Terima kasih ayahku
Aku sangat sayang padamu.
Nur Atiqah binti Saadun

118

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kakak (III)
Kakakku
Tika diriku kesepian
Kau hadirkan kegembiraan
Tika diriku kepayahan
Kau berikan harapan
Sinar bahagia kembali jelma.
Kau tidak jemu untuk melayan
Gelak tawaku ini
Kau selalu ada di sampingku
Saat kuperlukanmu
Kau selalu mentarbiahku
Dengan dakwahmu itu
Engkaulah guruku dan juga kawanku.
Engkau selalu menyedarkanku
Akan kehidupan ini
Engkau sanggup manahan nafsumu
Hanya kerana kehendakku
Engkau menghabiskan duitmu
Hanya untuk keperluanku.
Kakakku
Engkaulah permata yang berharga
Di sudut hati kecilku ini
Engkaulah yang selalu
Mendengar tangisanku
Mendengar kemarahanku
Mendengar kegembiraanku
Kau berikan padaku
Sepenuh kasih sayangmu
Engkaulah pelengkap hidupku.
Nur Atiqah binti Saadun

119

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibu (IV)
Ibu
Kutuliskan sajak ini
Hanya untuk dirimu
Engkaulah wanita pertama
Yang kutatap saat dilahirkan
Yang mengajarku erti kehidupan.
Ibu
Ketika egoku menggunung
Engkaulah yang menurunkannya
Dengan kata keramatmu
Ketika diriku leka akan dunia
Engkaulah yang mengejarku
Kembali ke jalan benar.
Ibu
Engkau berhutang keliling pinggang
Hanya untuk kesenangan hidupku
Engkau mengerah seluruh kekuatan
Mengalirkan air mata dan keringat
Hanya untuk diriku.
Ibu
Kaulah sinar permata
Di hati kecilku
Engkau sanggup mengorbankan nyawamu
Untuk melindungi nyawaku
Engkaulah perisaiku
Tika diriku dipanah fitnah.
Nur Atiqah binti Saadun

120

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 29
Nur Balqis binti Mohd Hashim
Nur Balqis binti Mohd Hashim merupakan anak
kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau
dilahirkan pada 8 Julai 2004 di Hospital Taiping.
Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Bagan Baharu sebelum melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah.

121

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Pemilik Cinta
Cinta suatu rasa
Cinta suatu rahsia
Cinta suatu ikatan
Yang sangat disukai
Yang sangat diingini.
Tapi cinta pada manusia
Takkan kekal lama
Manusia akan mati
Cinta itu satu fitrah
Tetapi dikaburi oleh nafsu.
Berhati-hati pada cinta
Kerana cinta itu bisa
Memusnahkan hati
Memusnahkan impian
Memusnahkan harapan
Memusnahkan iman.
Kembalilah pada pemilik cinta
Selagi hayat dikandung badan
Kelak hidup bahagia
Kemanisan cinta yang sebenarnya
Tiada lagi dusta.
Ayuh
Kembali ke jalan benar
Sebelum jauh dari kebenaran
Sebelum tersasar dari landasan
Sebelum jatuh ke lembah dosa
Kembalilah kepada pemilik cinta
Yang kekal abadi
Tuhan Pencipta Cinta.
Nur Balqis binti Mohd Hashim

122

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 30
Nur Hasya binti Ismail (Syaa)

Nur Hasya binti Ismail atau nama penanya Syaa
dilahirkan pada 10 Mac 2006 di Hospital Taiping,
Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Pasti Al-
Jihad ketika berumur lima hingga enam tahun. Pada
tahun 2013, beliau bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Jelai hingga tahun 2018. Kemudian
beliau bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau merupakan anak ketiga daripada
empat orang adik-beradik. Mula menulis sajak ketika
berusia 13 tahun atas dorongan guru, rakan-rakan
sekelas serta ibu bapa. Syaa bersama sahabatnya
Yana menghasilkan sajak Aku Seekor Kuda untuk
dimuatkan dalam antologi ini.

123

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 31
Wan Nor Liyana binti Wan Idris (Yana)

Wan Nor Liyana binti Wan Idris atau nama penanya
Yana dilahirkan pada 1 Jun 2006 di Hospital Taiping,
Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika
All Saint ketika berumur empat hingga lima tahun
dan meneruskan persekolahan di Sekolah
Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting sehingga tamat
tahun enam pada tahun 2018. Kemudian beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau mempunyai dua orang adik-
beradik. Anak sulung ini mula menulis sajak ketika
berusia 13 tahun atas dorongan guru, rakan-rakan
sekelas dan ibu bapa. Yana bersama sahabatnya
Syaa menghasilkan sajak Aku Seekor Kuda untuk
dimuatkan dalam antologi ini.

124

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Aku Seekor Kuda
Aku seekor kuda
Diberi nama Dalisha
Kuda yang jinak
Dan mendengar kata.
Aku seekor kuda
Dipelihara tuanku
Diberi layanan istimewa
Mengikut sunnah nabi.
Aku seekor kuda
Berambut lurus
Berekor panjang
Ditunggang manusia
Pantas dan tangkas.
Aku seekor kuda
Berkhidmat di Kembara
Kandangku dihias kemas
Supaya bersih dan selesa
Dilawati ramai orang.
Syaa
Yana

125

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 32
Nur Khairunisa binti Saiful Hizam
Nur Khairunisa binti Saiful Hizam dilahirkan pada 27
Mei 2005 di Kuala Lumpur dan telah dibesarkan di
Kamunting, Perak. Merupakan anak pertama
daripada empat orang adik-beradik. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Long Jaafar, Perak selama enam tahun. Selepas itu
beliau telah meneruskan persekolahan menengah di
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Beliau
menulis sajak kerana minat yang mendalam.

126

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Bintang Setia
Bintang setia
Dari namamu
Terbayang keindahan
Bergemerlap di langit gelap
Kau hadir menemani bulan.
Di sini kucoretkan
Kenangan bersamamu
Dalam buku puisi
Buat tatapan teman-teman.
Bintang setia
Aku pasti
Kau ada di sana
Buat selamanya.
Andai suatu hari
Aku tiada lagi
Jadikan puisi ini
Lagu nan syahdu
Buat mengubat rindu
Kerana kau bintang setia.
Nur Khairunisa binti Saiful Hizam

127

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 33
Nur Hanis Husna binti Mohd Sabri
Nur Hanis Husna binti Mohd Sabri dilahirkan pada 16
Ogos 2001 di Batu Kurau, Perak. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak
sehingga tamat tahun enam. Kemudian, beliau
meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah
Agama Syubbaniah sehingga tingkatan enam. Beliau
merupakan anak sulung daripada enam orang adik-
beradik. Beliau mula menulis sajak ketika berada di
tingkatan enam atas dasar ingin mencuba.

128

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Gurisan Semalam
Di saat keruh
Aku ditinggalkan keseorangan
Tiada siapa nak teman
Aku dicaci, dimaki, diherdik
Aku rasa terhina
Dibuang sesuka hati
Dipijak ditendang tanpa simpati
Malunya aku
Dijatuhkan maruah di khalayak ramai.
Aku amat sedih
Terima layanan seperti itu
Seperti aku tidak punya perasaan
Seperti aku tidak ada kepentingan.
Puas kupujuk hatiku
Agar terus bersabar
Atas segala yang menimpa
Semua itu ujian Tuhan
Untuk dekatkan diriku pada-Nya.
Aku kembali jernih
Layanan mula berubah
Aku gembira semula
Menjadi sanjungan orang
Disayangi dan dicintai sepenuh hati.
Dalam gembira
Masih terselit rasa kecewa terhadap mereka
Tidak akan pudar dari ingatan
Walaupun sedetik
Kerana gurisan semalam amat terkesan.
Nur Hanis Husna binti Mohd Sabri

129

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 34
Nurin Syazwani binti Md Haizi
Nurin Syazwani binti Md Haizi dilahirkan di Hospital
Alor Setar, Kedah. Beliau bersekolah rendah di
Sekolah Kebangsaan Pokok Assam, Pendang,
Kedah. Anak pertama daripada dua orang adik-
beradik ini berazam ingin belajar sehingga berjaya
kerana Allah. Beliau bercita-cita ingin menjadi
seorang penulis novel.

130

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Oh Tasik
Damai hati ini
Di tepi tasik
Mendengar desiran angin
Kocakan air
Kicauan burung
Rasa marah mulai reda
Tenang melihat keindahan
Tasik ciptaan Yang Maha Esa.
Oh tasik
Kini sudah berubah wajah
Dahulunya bersih
Kini ditimbuni sampah
Rasa tenang kian hilang
Geli rasanya tidak terhingga
Akibat perbuatan manusia.
Oh tasik
Kau semakin sakit
Aku sedia berkorban
Dan kotakan janji
Untuk ceriakan semula
Supaya kau pulih
Seperti sediakala.
Nurin Syazwani binti Md Haizi

131

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 35
Nurina Haida binti Mohamad Nazir (Nina)

Nina adalah nama pena Nurina Haida binti Mohamad
Nazir. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 2006 di
Hospital Taiping, Perak. Anak kepada pasangan
Perancang Pelan dan Operator Kejuruteraan di
sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang. Beliau
mendapat pendidikan awal di Tadika Kampung
Nelayan pada usia 5 hingga 6 tahun. Pada usia 7
hingga 8 tahun beliau bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Teluk Kumbar dan pada usia 9 tahun
beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mutiara
Perdana. Selepas itu pada usia 10 hingga 12 tahun
beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman
Selasih. Pada tahun 2019 beliau bersekolah di
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah dan mula
mencuba menulis sajak pada usia 13 tahun. Beliau
mendapat dorongan daripada guru dan ibu bapa
beliau.

132

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibu (V)
Ibu
Permata bersinar
Di hatiku yang penuh bercahaya
Kau segalanya-galanya untukku.
Ibu
Tidak pernah jemu
Menjagaku
Ketika sakit dan lelah.
Terima kasih ibu
Atas kasih sayang
Yang tak terkira
Dan doamu
Aku terus berjaya.
Ibu
Aku bertekad
Jasamu akan kubalas jua
Apabila aku dewasa kelak.
Nina

133

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (VI)
Guru
Matamu bersinar bak cahaya
Fasih lidahmu menyampaikan ilmu
Belaian kasihmu selembut sutera
Kami belajar riang ceria.
Guru
Cinta kasihmu
Pada kami semua
Di kala suka mahupun duka
Kaulah guru yang kami sayang.
Guru
Kami terus berjaya
Atas didikanmu
Kesilapan kami terhindar
Atas teguranmu
Terima kasih guru.
Nina

134

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Hati (II)
Hati
Bagaikan tisu muka
Mudah koyak
Bila disentap.
Hati
Akan kujaga
Agar tidak leka
Dengan mainan perasaan.
Hati
Akan kupelihara
Agar tidak dilukai
Oleh lelaki.
Hati
Akan kutarbiah
Sepenuh jiwa raga
Agar suci dari noda dan dosa.
Nina

135

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Cinta Ilahi
Mencintai seseorang
Kerana raut wajahnya
Kerana penampilannya
Bukanlah cinta sebenar
Tapi tarikan luaran.
Apabila kamu mencintainya
Kerana kebijaksanaannya
Itu bukan cinta namanya
Tetapi kekaguman.
Apabila kamu mencintainya
Hanya kerana hartanya
Itu juga bukanlah cinta
Tetapi mencari keuntungan.
Namun
Apabila mencintai Allah
Kerana iman dan taqwa
Itulah cinta yang sebenar.
Nina

136

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 36
Siti Nur Maisarah binti Kharul Rizal

(Mysarah)
Siti Nur Maisarah binti Kharul Rizal dikenali dengan
nama pena Mysarah. Dilahirkan di Pulau Pinang
pada 31 Ogos 2004. Menetap di Tambun, Ipoh,
Perak. Mendapat pendidikan awal di SK Perpaduan,
Ipoh. Seterusnya berjaya menyambung
pelajarannya di SMA Syubbaniah. Bercita-cita
menjadi penulis terkenal suatu hari nanti.

137

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Hati Lelaki
Sekeping hati
Jika disakiti
Berkecai nanti
Tak bisa diganti.
Jika ikut nafsu amarah
Hatimu jadi merah
Tak tentu arah
Parah.
Belajar dan fahami
Kenali hati lelaki
Mencari cinta hakiki
Belajar dalam pasrah
Cinta hingga ke Jannah.
Mysarah

138

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 37
Ummu Sofiah binti Mohamad Azmi

Ummu Sofiyah binti Mohamad Azmi dilahirkan pada
30 Mei 2005 di Pulau Pinang dan telah dibesarkan di
Kampung Anak Kurau, Batu Kurau, Perak. Beliau
merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-
beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Sri Kurau, Batu Kurau, Perak
selama dua tahun dan kemudian berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Pantai Besar selama dua tahun
namun telah menamatkan sekolah rendah di
Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Selepas itu
beliau telah meneruskan persekolahan di Sekolah
Menengah Agama Syubbaniah. Beliau menulis sajak
kerana minatnya sendiri.

139


Click to View FlipBook Version