The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emmzek, 2021-02-06 05:57:47

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak Sahabat Sastera FE3

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Abah
Tuhan
Ampunkan seorang lelaki
Yang telah mengajarku erti kehidupan
Mengajarku peraturan dan manhaj
Menjadikan aku semakin dewasa dan matang.
Tuhan
Ampunkan seorang lelaki
Dirinya yang tidak aku fahami
Perwatakannya garang berapi
Prinsipnya tegas sekali.
Tuhan
Ampunkan seorang lelaki
Air matanya hanya untuk-Mu
Resahnya hanya diluahkan pada-Mu
Rahsianya hanya Engkau yang tahu.
Tuhan
Lelaki itu abahku
Maka
Kupohon limpah rahmat-Mu
Tempatkanlah dia di syurga Jannah-Mu.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

40

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Si Tamak
Asalnya hanya hamba
Datang tidak dijemput
Pergi tidak dihalau
Dimuliakan sebagai manusia.
Namun kini
Hati semakin gelap
Hajat ingin menjarah
Tanah sekaki mahu sedepa
Bumi didakap tak mahu lepas.
Wali-wali beri nasihat
Jangan diusik agama dan adat
Mengikut langkah si kafir laknat
Membolot rezeki dengan lahap
Wahai manusia bergelar si tamak.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

41

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Nasib Diri
Terkadang
Buah fikiran mula berbicara
Semuanya kifarah
Atas segala dosa silam.
Barangkali
Ini adalah satu warkah
Suratan dari Sang Khaliq
Agar terus mengingati-Nya.
Aku akui
Kadang aku terleka
Dengan halwa dunia
Yang fana.
Lalu Dia
Menjinakkan hatiku semula
Dengan menghantar secebis mehnah
Agar aku tahu
Hakikat bahagia yang sebenar
Aku syukur pada-Mu, Tuhan.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

42

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Hati (I)
Dicipta dari seketul daging
Yang bersih suci
Tinggi darjatnya pada manusia
Namun kerdil di sisi-Nya
Tercorak kepada dua
Baik mahupun sebaliknya
Bergantung pada pahala dan dosa.
Semakin gelap warnanya
Umpama batu zahirnya
Akibat mengulangi tabiat sama
Bergelumang maksiat sepanjang masa
Lantaran hasutan syaitan durjana.
Itulah manusia
Hatinya menjadi raja
Tubuh menjadi khadam setia
Hanya taubat penawarnya.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

43

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibu (II)
Tuhanku
Ampunkan seorang wanita
Yang pernah kutumpang rahimnya.
Tuhan
Ampunkan seorang wanita
Yang tumpah darahnya
Serta cucuran air mata
Menahan perit dan derita
Ketika aku lahir ke dunia.
Tuhan
Ampunkan seorang wanita
Dialah ibuku
Tak terbalas jasanya
Dengan wang atau permata
Dan tempatkan dia
Di syurga Jannah-Mu yang mulia.
Muhammad Firdaus bin Khairol Azuan

44

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 15
Muhammad Imran bin Redzuan
Muhammad Imran bin Redzuan dilahirkan pada
16.9.2006. Pelajar tingkatan 2 SMA Syubbaniah ini
mula mengenali dan mengasah bakat menulis sajak
selepas menyertai Bengkel Penulisan Sajak yang
dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.

45

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kembara
Kembara
Panah dan kuda itu intimu
Belajar dan mengajar itu fungsimu
Tapi
Tanpa diriku siapalah dirimu
Tanpa dirimu siapalah diriku
Tanpa dirimu ceteklah ilmuku.
Kembara
Biar berdentum guruh di langit
Bumi tak hancur sebelum kiamat
Sloganmu itu kugenggam erat
Kugenggam hingga dijemput malaikat.
Kembara
Biarpun diugut dipotong tangan
Akan kuberjuang hingga ke akhir zaman.
Muhammad Imran bin Redzuan

46

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Asrama (I)
Saatku di asrama
Tiada lagi waktu lapang
Misiku di sini hanya satu
Menimba ilmu yang tiada penghujung.
Semasa aku di sekolah rendah
Hidupku di rumah tersangat mudah
Baju bertimbun tidak kukisah
Sekarang aku sudah melangkah
Saatku mula rindukan rumah
Aku harap tetap ke jannah
Walau tanpa ibu dan ayah.
Inilah masanya mengenal sahabat
Ada yang baik ada yang jahat
Ada yang lemah ada yang hebat
Ada yang lancar ada yang pelat.
Walau apa yang terjadi
Walau dicaci beribu kali
Akan kuingat pada yang Satu
Buat azimat penguat semangat.
Muhammad Imran bin Redzuan

47

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Guru (III)
Guru
Ilmu dikau yang aku timba
Pengalaman dikau yang aku pinta
Doa dikau yang aku suka
Redha dikau yang aku cinta
Senyum dikau buat aku lega
Kerana dikau aku bahagia.
Muhammad Imran bin Redzuan

48

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Tik Tok
Tik Tok
Kerananya
Remaja lupa tanggungjawab
Membawa manusia lemah
Ke jalan sesat
Sedikit demi sedikit hati terikat
Untuk hampiri tebing maksiat.
Aku nekad
Keluar dari perangkap dunia
Untuk menuju ke nikmat akhirat.
Muhammad Imran bin Redzuan

49

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 16
Muhammad Khairi Ammar bin Rozaki (Along)

Along atau nama sebenarnya Muhammad Khairi
Ammar bin Rozaki dilahirkan pada 23 Ogos 2001 di
Hospital Taiping, Perak. Merupakan anak sulung
daripada empat orang adik-beradik. Menerima
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir
pada tahun 2008 dan 2009. Pada tahun 2010, beliau
telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Cheras.
Kemudian beliau berpindah pula ke Sekolah
Kebangsaan Pantai Besar dan menduduki UPSR di
situ dengan keputusan 1A 3B 1C. Seterusnya, beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Agama
Syubbaniah. Beliau juga merupakan Ketua Pelajar di
sekolah itu serta sangat aktif dalam penulisan dan
deklamasi sajak ketika berumur 16 tahun dengan
bimbingan guru Bahasa Melayu iaitu Tuan Haji Mohd
Zabidi bin Nordin.

50

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Remaja Zaman Ini
Aduhai remaja
Tidak kenal erti susah
Tidak hargai ibu pertiwi
Mereka lupa diri
Kerana tak pernah merasa
Penderitaan generasi tua.
Remaja zaman ini
Suka berfoya ke sana sini
Berhibur sehingga ke hening pagi
Sehingga mengabaikan diri.
Bangunlah
Aduhai anak bangsa
Bina kekuatan jiwa
Hadapi rintangan perjuangan.
Wahai anak muda
Janganlah kau lupa akan sejarah
Mengajar budaya Islam di serata dunia
Agar dapat kita bina
Sebuah negara berjaya.
Bangkitlah dari mimpi
Wahai anak muda
Binalah jati diri
Agar terjamin
Negara sejahtera.
Along

51

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Haiwan Tercinta
Kuda
Engkaulah haiwan peliharaan
Kesayangan Rasulullah
Gagah perkasa
Membawa baginda
Seperti angin
Tak kelihatan.
Kuda
Amat faham hati manusia
Banyak perkara aku belajar
Gerak gayamu mengajar aku
Kepimpinan sebuah kasih sayang
Tidak mampu dijual beli.
Kuda
Teguh berdiri
Tangkas berlari
Bernafas kencang
Ditunggang pejuang
Menewaskan musuh Islam.
Kuda
Saat aku kesepian
Engkaulah peneman
Membawa aku berjalan
Merentas denai
Merentas sungai
Merentas hutan
Hayati indahnya alam
Ciptaan Tuhan.

52

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kuda
Akan kujaga
Dengan sebaiknya
Seperti sunnah Rasulullah.
Along

53

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Perwira Bangsa
Mataku terpaku
Menyaksikan suatu kumpulan
Sangat hebat berjuang
Tatkala dunia dilanda musibah
Mereka turun padang
Tatkala orang lain berehat
Mereka terus bertugas
Tanpa balasan diharap
Tanpa peduli lelah dan penat
Melakukan tugas penuh bersemangat.
Walaupun dicaci dan dimaki
Mereka terus menabur bakti
Dengan jiwa yang kental
Demi agama, bangsa dan negara
Digeruni masyarakat segenap lapisan
Melakukan tugas yang diamanah
Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Siapakah mereka?
Merekalah Jabatan Amal Malaysia
Merekalah digelar sang juara
Nampak gagah serta perkasa.
Wahai anak muda
Janganlah lena
Mari sertai barisan ini
Bersama berjuang
Di bawah satu payung
Demi agama dan bangsa
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh.
Along

54

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 17
Muhammad Rafiq Hariri bin Mohd Kamal

Baharin
Muhammad Rafiq Hariri bin Mohd Kamal Baharin
dilahirkan di Hospital Selayang, Selangor pada 25
Ogos 2006. Beliau mendapat pendidikan awal di
Tadika Comel Cemerlang ketika beliau berumur lima
hingga enam tahun. Pada tahun 2013, beliau
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri
Gombak hingga 2018. Kemudian beliau bersekolah
di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Beliau
mempunyai empat orang adik-beradik. Beliau mula
menulis sajak atas dorongan guru-guru, rakan-rakan
sekelas serta ibu bapa.

55

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Rakan dan Sahabat
Rakan
Hanya bersama ketika diperlukan
Waktu berduit ramai yang rapik
Waktu susah semuanya lari
Di saat senang menumpang tenang
Di saat susah tak nampak bayang
Bagaikan aku batu nisan
Begitulah realiti seorang rakan.
Sahabat
Kau satu dalam seribu
Umpama seorang ibu
Terus mendidik dan menemaniku
Setia bersama susah dan senang
Di saat susah sedia membantu
Di saat senang kau peneraju
Terima kasih sahabatku.
Walau di sini aku bersendiri
Moga doamu dimakbulkan Ilahi
Maafkan aku atas kekurangan
Moga di Jannah masih berkekalan.
Muhammad Rafiq Hariri bin Mohd Kamal
Baharin

56

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 18

Nor Athirah binti Mt Isa (Athirah Isa)

Athirah Isa atau nama sebenarnya Nor Athirah binti
Mt Isa dilahirkan pada 28 April 2001 di Hospital
Daerah Taiping. Beliau merupakan anak sulung
daripada dua orang adik-beradik. Sejak kecil, beliau
banyak meluangkan masa lapangnya dengan
membaca dan menulis. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak pada tahun
2007 hingga 2013. Seterusnya, pada tahun 2014
hingga 2019 beliau melanjutkan pelajarannya di
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Beliau mula
meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah
rendah namun bakatnya itu tidak ditonjolkan kepada
sesiapa. Pada tahun 2016, beliau pernah mewakili
sekolah dalam Pertandingan Menulis Esei Berita
Sawit peringkat kebangsaan atas dorongan Tuan
Haji Mohd Zabidi bin Nordin dan berjaya mendapat
tempat kedua. Selain itu, anak sulung ini juga
pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan
Menulis Esei Diraja peringkat negeri. Pada tahun itu
juga, beliau dipilih oleh pihak sekolah dalam

57

Antologi Sajak Sahabat Sastera

pemilihan tokoh nilam peringkat Zon Batu Kurau dan
memperoleh tempat ketiga. Beliau mula menceburi
bidang penulisan sajak sejak di sekolah rendah
sehingga kini. Pada tahun 2019, anak sulung ini
telah diberi sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa, guru-guru, rakan-rakannya serta penulis sajak
terkenal iaitu Encik Mohd Noor bin Hamzah atau
lebih dikenali dengan nama Saudara Mohd Noor
Ijamala untuk mula menulis sajak dengan lebih
serius.

58

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ayahku Heroku
Ayah
Engkaulah wiraku
Engkaulah idolaku
Dan engkaulah heroku.
Semasa kecil
Engkau menghantarku ke sekolah
Tanpa mengira masa dan lelah
Tanpa mengira susah dan payah
Kau berjalan penuh semangat
Kau lewati kesabaran dan keikhlasan
Tanpa mengira walau sesaat
Keringat gugur ke bumi.
Ayah
Kini aku berjanji
Akan belajar hingga berjaya
Dan menyayangimu seumur hidupku
Terima kasih ayah untuk segalanya
Engkaulah heroku.
Athirah Isa

59

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Ibulah Ratu Hatiku
Ibu
Engkaulah ratu hati
Penyeri hidupku
Dulu kini selamanya
Kau tetap di hatiku ibu.
Ibu
Tanpamu siapalah diriku di dunia ini
Walau kau sering memarahiku
Aku tidak pernah kecewa walau sedetik
Kerna kutahu kata-katamu itu
Amat berguna suatu hari nanti.
Jasamu aku hargai
Pesananmu aku turuti
Terima kasih atas sayangmu
Terima kasih atas pengorbananmu
Engkaulah ratu di hatiku.
Athirah Isa

60

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Hari-hariku
Hari ini
Hari yang paling indah
Kusimpan rapi
Di dalam kalendar hidupku.
Hari ini
Hari terbaik bagiku
Akan kujadikan tarikh ini
Yang paling penting dalam hidupku.
Andai hari ini
Hari yang paling menyedihkan
Akan kubuang ke tengah lautan.
Andai hari ini
Membuat hatiku terguris
Akan kuhapuskan dari hatiku.
Athirah Isa

61

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Penghibur Hatiku
Wahai adik
Kau yang kusayangi
Aku di sini
Mendoakan dirimu selalu
Agar dapat mencapai
Cita-cita yang kau impikan.
Adik
Kau hadir di saat aku terluka
Dan kau hadir
Di saat aku kesepian
Kehadiran dirimu
Tidak kuundang
Namun kau datang
Dengan senyum manis
Agar senyumku
Bisa kembali seperti dulu.
Terimalah adik
Warkah dari insan
Yang amat menyayangimu.
Athirah Isa

62

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 19
Noor Hasni binti Abd. Wahab
Noor Hasni binti Abd. Wahab berkhidmat sebagai
guru Bahasa Melayu di SMA Syubbaniah. Beliau
sering menggunakan nama pena Hasnihariz dalam
karyanya. Mula menulis sebagai hobi sejak di
bangku sekolah.

63

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Keinsafan
Nyata aku di dunia
Suara awal kudengar
Laungan keramat bergema
Lailahaillallah.
Di bumi ini kupijak
Mengorak langkah
Menuju arah
Dengan satu kebenaran
Di bawah panji Islam
Kudrat yang dipinjam
Masa yang diberikan
Kesenangan yang kuraikan
Ditelan masa
Dengan kelalaian.
Lagaknya aku
Memburu harta dunia
Bongkaknya aku tika berjaya
Angkuhnya aku tika berkuasa
Tanpa kusedar
Itu hanya pinjaman dari-Nya.
Dunia makin tua
Bumi makin uzur
Alam sekitar sudah tenat
Dengan keangkuhan manusia
Yang tidak kenal erti syukur.
Tika dan saat ini
Bersyukurlah selagi ada masa
Bersederhana mengejar dunia
Dekatkan diri pada Ilahi

64

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kerana semua ini akan lenyap
Tatkala mata terpejam rapat
Bercerai roh dari jasad
Tiada bekalan dibawa
Selain amalan tuntutan agama
Tatkala menghadap Yang Maha Esa.
Hasnihariz 2020

65

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 20
Nor Hazmiera Lyana binti Haznizam
Nor Hazmiera Lyana binti Haznizam dilahirkan pada
7 Julai 2004 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor. Beliau mendapat didikan awal di
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak pada tahun 2009
hingga 2016. Kemudian beliau menyambung
pengajian di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah.
Beliau mula menulis sajak pada tahun 2019 yang
bertajuk Aku Sebuah Kerusi.

66

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Aku Sebuah Kerusi
Aku
Sebuah kerusi
Aku dicipta
Pelbagai jenis
Aku dicipta
Pelbagai warna
Aku dicipta
Pelbagai rupa
Di atasku
Manusia duduk
Itulah aku
Sebuah kerusi
Jadilah seperti aku
Ada fungsi.
Nor Hazmiera Lyana binti Haznizam

67

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 21
Nor Maisarah binti Azman (Maisarah)

Nor Maisarah binti Azman atau nama penanya
Maisarah dilahirkan pada 23 Julai 2005 di Hospital
Besar, Ipoh. Beliau mendapat pendidikan awal di
Tabika Perpaduan Taman Tun Teja, Rawang,
Selangor ketika berumur lima hingga enam tahun.
Pada tahun 2012, beliau bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Behrang Ulu hingga tahun 2014 dan
pada tahun 2015 beliau bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Proton City, Tanjung Malim. Kemudian
beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan
Idris II, Felda Ijok. Pada tahun 2018, beliau
melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah
Agama Syubbaniah. Beliau merupakan anak kelima
daripada enam orang adik-beradik. Beliau mula
berminat menulis sajak ketika berusia 14 tahun atas
dorongan guru, rakan-rakan sekelas serta ibu
bapanya.

68

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat (II)
Bagai isi dengan kuku
Itulah engkau, itulah aku
Buih-buih yang ada di lautan
Itu juga engkau, itu juga aku
Di saat air mataku mengalir
Kau sapu dengan kata-kata bahagia.
Engkau tak pernah biarkan aku
Senyum dan ketawa sendirian
Kau hulurkan payung buat berteduh
Ketika hujan lebat
Kau pimpin tanganku
Ketika ombak membadai pantai
Kau bersihkan kotoran dan sisa
Di akhir perkelahan kita.
Pertahankan apa yang kita miliki
Kukuhkan ikatan simpulan kasih
Tebalkan dengan lapisan ukhuwah
Yang terjalin kerana Allah
Jangan biarkan silaturahim menipis
Hanya kerana cebisan prasangka.
Maisarah

69

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 22
Nur Adriana Shafiza binti Mohd Shazali
Nur Adriana Shafiza binti Mohd Shazali dilahirkan
pada 17 September 2003 di Hospital Besar, Kuala
Terengganu. Beliau merupakan anak ketiga
daripada tujuh orang adik-beradik dan bersekolah di
Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Beliau
menyertai pertandingan menulis sajak sempena
Hari Keputeraan Sultan Perak pada tahun 2019.
Sajak Pewaris Takhta Cinta dalam antologi ini
merupakan karya pertamanya yang berjaya
diterbitkan dengan sokongan orang di sekelilingnya.

70

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Pewaris Takhta Cinta
Sungguh aku mengerti
Janji Allah itu pasti
Aku yakin dengan zat ini
Hati ini telah cuba lari
Walau sering rebah ke bumi
Pantas kubangkit kembali.
Jujur aku penat sangat
Melayan perasaan dan hati
Dengan apa cara akan kucari
Meneruskan perjuangan berbaki
Baik kuaturkan langkah ini
Mencari cinta yang halal lagi suci
Yang mendapat tempat
Di sisi Ilahi.
Aku belajar semuanya
Allah kuasai galaksi
Sungguh Dialah yang terpuji
Maha Suci Tuhan
Yang membolakbalikkan hati
Tersimpannya cinta ini
Kemas dan cermat di lubuk sanubari.
Bertahun menuai cinta duniawi
Atas nama agama terpuji
Atas alasan panji Ilahi
Semakin lama ia menipu diri
Menghalalkan cinta yang keji
Menghalalkan cinta berpaksi nafsu
Sehingga terlupa sama sekali
Akan Dia pemilik hati

71

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Yang menguasai setiap rasa yang berlari
Mengetuk setiap kamar berkunci
Sehingga sesaknya dada ini
Dengan badai cinta yang menerjah diri.
Ya Rabbi
Sungguh aku ingin lupa semua ini
Semoga secebis impian hati
Yang ingin menjaga kesucian diri
Tidak akan terusik walau seinci
Andai matahari tak terbit lagi.
Adriana Shazali

72

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 23
Nur Afifah Syahadah binti Safian
Nur Afifah Syahadah binti Safian dilahirkan pada 12
Disember 2005 di Subang Bestari, Selangor. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Subang Bestari. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah.
Beliau merupakan anak keenam daripada 10 orang
adik-beradik.

73

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat Sastera (II)
Saat termenung
Terkenang sahabatku
Yang hadir memberi pencerahan
Erti sebenar dunia sastera
Mengolah makna tersirat
Dengan kata terjalin indah
Terpancar sinar baru dalam hidupku.
Selama ini
Pelbagai hasutan hantui diri
Jiwa mudah putus asa
Badan kata lemah
Mulut kata sudah
Hati kata payah
Diri mula noktah.
Namun
Bila kau hadir di sisi
Mengajak aku bersamamu
Berjinak-jinak di dunia sastera
Mengajarku menulis sajak
Tanpa kenal erti jelak.
Kini aku mula teroka
Hobi yang tidak kusangka
Setelah bersahabat bersamamu
Keajaiban menjelma
Dilihat dari mata hati.
Syukur aku bertemu denganmu
Satu dalam sejuta
Pada waktu tak terduga
Terima kasih setingginya sahabat

74

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Moga persahabatan kita
Diberkati Ilahi.
Nur Afifah Syahadah binti Safian

75

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Sahabat 24

Nur Aina Syazwana binti Mohammad Shariff
(Nuraina)

Nur Aina Syazwana binti Mohammad Shariff atau
Nuraina dilahirkan di Hospital Daerah, Sungai Petani,
Kedah pada 9 Julai 2006. Ayahnya seorang pesara
askar manakala ibunya bekerja sebagai jururawat
di Klinik Kesihatan Taiping, Perak. Beliau mempunyai
empat orang adik-beradik dan menetap di Taman
Simpang Makmur, Taiping, Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal di Taska Sodiqin pada usia empat
hingga lima tahun. Ketika berusia enam tahun,
beliau bersekolah di Pra King Edward VII, Taiping.
Pada usia tujuh hingga 12 tahun, beliau bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping. Beliau
mula berminat menulis sajak ketika berusia 13 tahun
di Sekolah Menengah Agama Syubbaniah. Beliau
juga turut menyertai Bengkel Penulisan Sajak
bersama rakan-rakan dengan bimbingan Saudara
Mohd Noor Ijamala. Sajak Guru (IV), Aku, Hujan dan
Sahabat (III) dalam antologi ini ditulis bersama
kembarnya, Wani.

76

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Rasa Dikhianati
Rasa sakit
Dikhianati rakan
Dikhianati cinta
Dikhianati perasaan.
Mengapa perlu ada
Rasa dikhianati
Mengapa perlu ada
Rasa sakit di hati.
Sakit dengan rasa
Dikhianati
Sakit dengan rasa
Diperguna.
Diriku tidak mahu
Dikhianati lagi
Kerana sakitnya
Sukar diubati.
Nuraina

77

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Keluarga
Tiba-tiba
Terfikir di minda
Bagaimana rasa
Tiada keluarga.
Keluarga
Menjadi penyeri
Hidup nan sunyi
Keluarga
Menjadi obor semangat
Menyala terang.
Rasa berkeluarga
Sangat gembira
Rasa berkeluarga
Sangat bahagia.
Nuraina

78

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Kembar
Kembar
Aku seperti dia
Dia seperti aku.
Kembar
Selalu ada di sisi
Kala duka
Kala sakit
Kala sedih
Itulah kembar.
Tanpa teman
Tanpa kekasih
Aku rasa sunyi
Bila ada kembar
Aku rasa bahagia.
Nuraina

79

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Cinta (I)
Cinta
Bagai layang-layang
Berterbangan
Tanpa haluan.
Cinta
Seperti air dan api
Pabila disimbah air
Padamlah api.
Cinta
Tak boleh dipercayai
Kerana ia
Sering dikhianati.
Nuraina

80

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad
Seorang nabi yang berhemah
Nabi mulia Muhammad Rasulullah.
Nabi Muhammad
Berdakwah penuh sabar.
Nabi Muhammad
Selalu berdoa
Untuk umatnya
Yang derhaka
Kembali ke jalan Allah.
Nabi Muhammad
Sentiasa menjadi idola
Dalam segalanya.
Nuraina

81

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Tudung Labuh
Cantiknya wanita
Bertudung labuh
Pakaian muslimah
Patuh syariah.
Diriku berkata lagi
Indahnya wanita bertudung labuh
Hadapi hidup dengan tenang
Hadapi hidup dengan aman.
Betapa berat cabaran
Hidup bertudung labuh
Selalu dikata menunjuk
Dikata pakai sekejap saja
Nanti tudung singkat semula
Mereka mengumpat
Tak ingat dosa.
Tapi
Jangan peduli
Umpat dan keji
Teruslah istiqamah
Memakai tudung labuh.
Nuraina

82

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Malam dan Siang
Malam
Gelap gelita
Tanpa bulan.
Siang
Terang-benderang
Disuluh matahari.
Malam
Masa untuk tidur
Bukan masa buat kerja.
Siang
Masa buat kerja
Bukan masa untuk tidur.
Bila terjaga sepertiga malam
Bangun munajat kepada Tuhan
Baca Al-Quran
Berzikir dan berdoa
Semoga dimurahkan rezeki
Pabila bekerja di siang hari.
Nuraina

83

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Akhirat dan Dunia
Di dunia ini
Kita berasa bebas
Tanpa kita sedar
Akhirat makin dekat.
Wahai umat Islam
Sentiasa kita ingat
Akhirat makin dekat
Jangan terlalu bebas.
Ingin kuingatkan lagi
Janganlah terlalu bebas
Dunia ini hanya sementara
Akhirat nanti kekal abadi.
Nuraina

84

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Angin
Aku damai
Dibuai angin
Aku tenang
Dibelai angin
Aku nyaman
Didakap angin.
Adakala
Angin tiba
Sebelum hujan
Adakala
Angin tiba
Bersama hujan
Adakala
Angin tiba
Tanpa hujan.
Pabila angin tiba
Aku rasa bahagia
Pabila angin tiada
Aku resah gelisah.
Syukur aku kepada Allah
Kerana Dia jadikan angin.
Nuraina

85

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Masa
Masa
Tanpa sedar masa berlalu pantas
Tanpa sedar masa semakin singkat
Sedar-sedar masa muda dah terlepas.
Masa
Suatu kebenaran
Aku resah
Hadapi kenyataan.
Masa berlalu
Ramai yang lahir
Kemudian membesar
Sekejap saja sudah meninggal.
Sememangnya masa
Sangat singkat cuma
Penuhilah setiap masa
Dengan ibadah dan doa.
Nuraina

86

Antologi Sajak Sahabat Sastera

SMA Syubbaniah
SMA Syubbaniah
Yang baru kukenal
Sekolah terhebat
Mengapa?
Kerana sekolah ini
Berupaya lahirkan ulama’.
SMA Syubbaniah
Menemukan aku dengan sahabat
Menemukan aku dengan guru
Laksana sebuah keluarga besar
Baik budi dan penyayang
Aku cinta SMA Syubbaniah.
Nuraina

87

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Pokok
Pokok
Rimbunan daun jadi kanopi
Tempat kita tumpang teduh
Dahan dan ranting berjuntai
Tempat unggas bertenggek
Batang tegak berdiri teguh
Dibuat kertas juga perabot
Akar berselirat di bawah tanah
Tempat tersimpan sumber minuman.
Pokok
Kadangkala tumbang
Dilanda ribut
Kadangkala ditumbangkan
Demi duit dikaut.
Marilah kita banyakkan pokok
Manusia dan haiwan sejahtera hidup.
Nuraina

88

Antologi Sajak Sahabat Sastera

Buku
Helaian kertas
Disusun rapi
Menjadi buku
Ada yang tebal
Ada yang nipis
Ribuan aksara tertera
Wadah penyampai ilmu.
Amalkan membaca buku
Mengapa?
Buku gedung ilmu
Ilmu harus dituntut
Kerana Iqra’ wahyu pertama
Perintah jelas Yang Maha Esa.
Nuraina

89


Click to View FlipBook Version