The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2024/2025 - SMK METHODIST AYER TAWAR ( SEK - AEB1036 )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK METHODIST AYER TAWAR, 2024-03-06 22:02:22

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2024/2025 - SMK METHODIST AYER TAWAR ( SEK - AEB1036 )

BUKU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2024/2025 - SMK METHODIST AYER TAWAR ( SEK - AEB1036 )

1


1 ISI KANDUNGAN [ Tarikh Kemas kini : 6/3/2024 ] KANDUNGAN MUKA SURAT Muka Depan Buku Pengurusan & Pentadbiran sekolah 0 Isi Kandungan 1-2 Kata Alu-Aluan Tuan Pengetua 3-4 BAB 1 : PENGENALAN Maklumat Sekolah 6 Sejarah Sekolah 7-8 Lencana Sekolah 9 Lagu Sekolah 10 Pelan Sekolah Tahun 2024/2025 11 Pelan Kecemasan Sekolah 12 Hala Tuju & Dasar Sekolah 13 Falsafah SMK Methodist 14 Budaya Kerja Sekolah 15 Dasar & Peraturan 16-25 Moto & Slogan Sekolah 25 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 26 Dasar Pendidikan Digital (DPD) 27 Aspirasi Sistem Pendidikan & Aspirasi Murid 28 11 Anjakan PPPM KPM & Perancangan Strategik JPN Perak 2020 - 2024 29 Perancangan Strategik JPN Perak 2020 – 2024 30 Perancangan Strategik PPD Manjung 2020 – 2024 31 Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual & Surat Pekeliling 32 Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli & Surat Pekeliling 33 Sekolahku SEJAHTERA 34 Anak Yang Baik Lagi Cerdik 35 7 Teras KPM 36 Kerajaan MADANI 37 Tahap Persekolahan & Fokus Kokurikulum 2027 38 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Kualiti@Sekolah) 38-46 Amanat YB Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2024 47 Amanat KPPM sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 48 Takwim Persekolahan KPM Tahun 2024/2025 49 Cuti perayaan sesi 2024/2025 50 Hari Kelepasan Am 2024/2025 51 Takwim Persekolahan Mesat Sesi 2024/2025 52-66 Senarai Guru dan AKP 67 Rumusan Statistik Penjawatan 68-69 BAB 2 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI Carta Fungsi Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 71 Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Sekolah 72 Dasar Pengoperasian 73-75 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas 76-83


2 Aliran kerja pelaksanaan SKPM 84 Prosedur Operasi Standard 85-87 Senarai Guru Kelas 88 Guru Bertugas Mingguan 89-90 BAB 3 : PENGURUSAN KURIKULUM Ucapan alu-aluan PK Pentadbiran 92 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah 93 Dasar Pengoperasian Kurikulum Sekolah 94-102 Anggota jawatankuasa dan Bidang Tugas 103-114 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum 115-116 Pakej Penetapan Mata Pelajaran Sekolah 117-118 Jadual Pencerapan Guru 119 Jadual Semakan Buku Aktiviti & Buku Latihan Murid 120 Garis Masa Pelaksanaan Kurikulum Sekolah 121 BAB 4 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Ucapan Alu – Aluan PK HEM 123 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk HEM Sekolah 124 Dasar Hal Ehwal Murid Sekolah 125 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas 126-138 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid 139 BAB 5: PENGURUSAN KOKURIKULUM Ucapan Alu – Aluan PK Koku 141 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah 142 Dasar Kokurikulum Sekolah 143-144 Dasar Pengoperasian Kokurikulum 145-146 Anggota Jawatankuasa dan Bidang Tugas 147-150 Rumah Sukan 151 Unit Badan Beruniform 152 Kelab/Persatuan Akademik 153 Sukan dan Permainan 154 Lokasi Perjumpaan Mingguan Unit Kokurikulum 155 Senarai Aktiviti Koakademik 156 Tarikh Perjumpaan Kokurikulum 157 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum 158 TOV dan Sasaran 159 Carta Gantt Pelaksanaan Kokurikulum 160 Tatacara Pelaksanaan Kokurikulum 161-164 BAB 6 : PENGURUSAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN Pengurusan Peperiksaan Dalaman 166 Carta alir Pengurusan Penyediaan Soalan 167 Carta alir Pengurusan Markah ujian/Peperiksaan 168 Panduan Tugas dan Tanggungjawab 169-178 Pengurusan Headcount Sekolah & Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan 179-180 Pemberian Gred 181


3 1.1 Pengenalan 1.1.1 KATA ALU-ALUAN PENGETUA Encik Phang Hang Kuok Pengetua SMK Methodist Ayer Tawar Salam MESAT. MESAT Excellent. Salam TS25. Salam Anak Baik Lagi Cerdik. Genap 574 hari berkhidmat kembali di MESAT, saya mengambil kesempatan ini menyampaikan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih saya kepada semua warga pendidik atas komitmen dan usaha murni demi melahirkan modal insaniah MESAT melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti yang akan menyumbang kepada pembangunan negara masa depan. Ekosistem dunia pendidikan negara yang dinamik dan pengenalan dasar pendidikan yang baharu seperti Dasar Pendidikan Digital(DPD) memerlukan warga pendidik, khasnya di MESAT yang akan terus komited dan bekerja secara berpasukan dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang dipikul di sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Pembangunan DPD berhasrat melahirkan murid yang fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital dan juga mengupayakan pendidik serta pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan negara selaras dengan 7 Teras Utama KPM. Harapan besar saya, semua warga pendidik MESAT akan terus berusaha ke arah membentuk generasi anak murid yang memiliki disiplin diri yang tinggi, serta mempunyai pegangan nilai dan akhlak yang mulia, di samping ilmu pengetahuan yang banyak selaras dengan slogan ‘ Anak Baik Lagi Cerdik ’ dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek(JERSI), berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai seperti Integriti, Kejujuran, Amanah, Bertanggungjawab, Sayang-menyayangi, serta Hormat-menghormati segala keunikan dan kepelbagaian antara satu sama lain dalam kalangan semua warga sekolah akan berjaya menghindarkan warga sekolah daripada segala salah laku seperti kes buli dan gangguan seksual


4 dan seterusnya membawa kepada pencapaian kemenjadian murid dan kualiti sekolah yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Saya yakin warga pendidik MESAT telah bersiap sedia untuk melengkapkan diri dengan pelbagai teknik pengajaran, ilmu dan kemahiran komunikasi dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkeyakinan, inovatif, berkarisma, berintegriti dan berdaya tahan tinggi. Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang berlandaskan kepada 14 elemen nilai kehidupan harus dihayati oleh semua warga sekolah untuk menjadikan MESAT sebuah sekolah yang menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan, kondusif dan selamat, sentiasa memupuk budaya kasih sayang serta hormat-menghormati, umpama sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Ini adalah sejajar dengan tema sekolah pada tahun 2024/2025, iaitu ‘ FORGETTING BEHIND, STRAINING AHEAD ’, di mana setiap warga MESAT memikul tanggungjawab dan amanah, bergerak maju ke hadapan secara bersepasukan untuk mencapai suatu kejayaan yang lebih gemilang bagi diri individu, sekolah dan negara. Segala hasrat dan aspirasi KPM tidak akan tercapai matlamatnya tanpa penglibatan dan pengorbanan serta komitmen yang sepenuhnya daripada semua warga pendidik yang saya muliakan, umpama lirik lagu [Kami Guru Malaysia] ……. “ Amanah yang diberi, kami tak persiakan; Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan.” Saya berharap prinsip dalam bekerja, iaitu kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran tetap menjadi pegangan semua warga pendidik sejajar dengan asas ‘ Bekerja Dari Hati ’ dan ‘ Bekerja Sebagai Ibadah ’ dalam meneruskan amanah yang dipikul sebagai seorang insan yang bergelar ‘ Guru ’. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada barisan pentadbir dan semua pihak yang terlibat, khasnya Cik Nursadatul Nessa Binti Ahmad dalam usaha menerbitkan Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Sesi 2024/2025 sebagai satu dokumen dan panduan utama dalam merancang dan melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. Akhir kata, marilah kita hadapi segala cabaran dan perubahan yang tidak menentu dengan fikiran yang positif, hati yang terbuka serta azam yang kuat. Semoga semua warga sekolah akan terus gemilang dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan, selaras dengan slogan KPM ‘ Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera ’. Sekian, terima kasih. # Adapt ! Adopt ! Adjust ! # Phang Hang Kuok


BAB 1 PENGENALAN 5


BAB 1 PENGENALAN 6 1.1.2 Maklumat Sekolah PROFIL SEKOLAH Nama Sekolah : SMK Methodist Ayer Tawar Kod Sekolah : AEB1036 Alamat Sekolah : Jalan Besar, 32400, Ayer Tawar, Perak Koordinat : 4.30629,100.76384 No. Telefon : 05-6722492 e-mel : [email protected] PPD : PPD Manjung Parlimen : Beruas Dewan Undangan Negeri : Pantai Remis Jenis sekolah : Sekolah Harian Peringkat : Tingkatan 1 - 5 Jenis murid : Lelaki dan Perempuan Sesi : Pagi sahaja Lokasi : Bandar Gred : A Jenis bantuan : Bantuan Modal Sumber bekalan elektrik : TNB Sumber bekalan air : LAP Lembaga Pengelola Sekolah : Ada Bilangan guru : 41 Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 5 Bilangan kelas : 20 Bilangan murid : 568


BAB 1 PENGENALAN 7 1.1.3 Sejarah Sekolah • Ditubuhkan pada tahun 1965 dengan menggunakan segala kemudahan Sekolah Menengah (Persendirian) Ayer Tawar. • Pada tahun 1967 peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) buat kali pertama dijalankan. Antara tahun 1967 hingga 1993, semua lulusan SRP telah melanjutkan pelajaran menengah atas di sekolah menengah yang berhampiran. • Pada tahun 1970, dua buah Makmal Sains Rumah Tangga telah dibina sebagai tambahan kepada kemudahan yang sedia ada. Bangunan tambahan Bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada tahun 1989. • Jawatankuasa Tabung Pembinaan Sekolah ditubuhkan pada tahun 1990 untuk mempertingkatkan kemudahan asas sekolah. Projek pembinaan Fasa I dilancarkan pada penghujung tahun 1992 dengan mendapat sumbangan derma RM50 000 daripada YB Dato Seri Dr. Lim Keng Yaik, bantuan modal kerajaan sebanyak RM70 000 serta kutipan derma daripada orang ramai. Pembinaan Fasa I siap sepenuhnya pada tahun 1993. • Pada tahun 1994, kumpulan pertama kelas murid tingkatan empat bermula dan projek pembinaan Fasa II dilancarkan dengan YB Dato Seri Dr. Lim Keng Yaik bermurah hati untuk menderma lagi sebanyak RM40 000, bantuan modal kerajaan sebanyak RM15 000 serta derma daripada orang ramai. Kemudahan sekolah Fasa Il telah siap untuk digunakan pada hujung tahun 1994. • Seramai 105 orang murid menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1995. Perasmian blok bangunan baharu telah dilangsungkan oleh YB Dato Seri Lim Keng Yaik pada tahun 1995. • Semasa Puan Kasthooribai a/p Ramanathan menjadi Pengetua dari Mac 1998 hingga Jun 2006, beberapa projek pembangunan dan menaiktaraf sekolah telah dijalankan. Antaranya ialah pembinaan gelanggang bola keranjang dan kemudiannya dipasang bumbung supaya boleh digunakan pada bila-bila masa untuk aktiviti dan program sekolah. • Seterusnya, semasa pentadbiran Dr Ashley Ng Yoon Mooi sebagai Pengetua dari Jun 2006 hingga Februari 2009, bangunan bilik seni dan stor sukan yang lama telah dirobohkan dan digantikan dengan blok baharu satu tingkat pada tahun 2008. Pada masa


BAB 1 PENGENALAN 8 kini, bangunan ini digunakan sebagai Bilik Koperasi Sekolah, Bengkel RBT, Bilik Pengawas Sekolah, Bilik Solat dan Stor Sukan. • Semasa Puan Nallani a/p Govindasamy menjadi Pengetua dari Februari 2009 hingga November 2017bangunan blok pejabat, Pusat Sumber sekolah, bilik guru telah dibina pada tahun 2011. Selain itu, laluan pejalan kaki dari gelanggang bola keranjang ke Blok A telah dibina pada tahun 2012. Pondok Ilmu Pn. Nallani telah dirasmikan pada bulan November 2017. Persekolahan satu sesi di SMK Methodist Ayer Tawar telah dimulakan pada bulan Januari 2018. • Sepanjang pentadbiran En Tan Heng Ong sebagai Pengetua dari Januari 2019 hingga Mac 2022, pelbagai kerja naiktaraf telah dijalankan. Diantaranya, pintu gerbang masuk ke sekolah telah dibina pada tahun 2021. Selain itu, bilik pengawal dan bilik pekerja juga telah dibina. Kawasan sekolah telah dihias dengan pokok-pokok bunga. Penghadang biasan hujan/cahaya matahari dipasang di gelanggang bola keranjang supaya gelanggang boleh digunakan sepanjang masa. • Encik Phang Hang Kuok telah menjadi Pengetua sekolah dari 15 Ogos 2022 hingga sekarang. Di bawah kepimpinan beliau, beberapa usaha penambahbaikan dan naiktaraf kemudahan sekolah telah dijalankan. Antaranya termasuklah penukaran bumbung lama bangunan sekolah, pemasangan sistem siaraya baharu di dewan bilik darjah dan Arena Mesat, pengubahsuaian Pusat Sumber Sekolah, pembersihan kebun lama untuk dipulihkan sebagai padang sekolah, pembinaan sinki baharu dan sebagainya. Semua usaha tersebut bertujuan menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada warga sekolah agar MESAT terus menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pada masa depan.


BAB 1 PENGENALAN 9 1.1.4 Lencana Sekolah


BAB 1 PENGENALAN 10 1.1.5 Lagu Sekolah


11.1.6 Pelan Bangunan Sekolah


BAB 1 PENGENALAN 1


11.1.7 Pelan Kecemasan Sekolah


BAB 1 PENGENALAN 2


BAB 1 : PENGENALAN 13 1.2 Hala Tuju & Dasar Sekolah 1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan KPM Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 1.2.2 Visi, Misi dan Matlamat 1.2.3 FALSAFAH SMK METHODIST AYER TAWAR


BAB 1 : PENGENALAN 14 1.2.3 Falsafah SMK Methodist Ayer Tawar Demi masa depan yang cerah bagi anak-anak didik, semua pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist akan terus berusaha dan bertanggungjawab bagi menjamin satu iklim pendidikan yang berkesan, berkualiti dan sempurna kepada mereka. Sesungguhnya semua pelajar sekolah ini yang mempunyai bakat, kebolehan dan potensi masing-masing boleh dan akan dikembangkan inteleknya oleh guru melalui pendekatan pendidikan yang sesuai dengan kehendak, kemampuan dan latar belakang yang berbeza. Sekolah ini berharapan besar bahawa individu didikan di sini berkeupayaan untuk berbakti kepada Tuhan, bangsa dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013 – 2025 ), Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Rukun Negara. VISI MESAT PENGAJARAN BERKESAN, PEMBELAJARAN HOLISTIK, MURID CEMERLANG MISI MESAT PENGAJARAN BERKESAN UNTUK MENDORONG PEMBELAJARAN HOLISTIK BAGI MELAHIRKAN MURID CEMERLANG


BAB 1 : PENGENALAN 15 1.2.4 Budaya Kerja Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Ayer Tawar 1. Berpegang kepada kerja sebagai AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. 2. Memahami dan menghayati : - Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Falsafah, Matlamat dan Misi sekolah 3. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap masa. 4. Mempertingkatkan mutu dan kesan pendidikan. 5. Menentukan objektif setiap masa. 6. Mengamalkan bekerja sebagai satu pasukan. 7. Menghayati konsep muafakat dalam semua tindakan. 8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. 9. Mengamalkan etika kerja dan memupuk nilai-nilai murni dalam etika kerja. 10. Sentiasa memimpin dan memuhasabah diri. 11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. 1.2.5 Objektif Sekolah Untuk melahirkan kumpulan murid agar menjadi ahli masyarakat yang menepati kehendak Wawasan Negara, iaitu murid yang : ⚫ ‘Tangkas, Cerdas, Ceria’ ⚫ Mahir dalam kemahiran asas, Berpengetahuan tinggi ⚫ Menguasai serta menyumbang dalam kemajuan sains dan teknologi ⚫ Berdisiplin serta berakhlak mulia ⚫ Cekal, sentiasa berusaha untuk meraih kecemerlangan ⚫ Berpegang teguh kapada “ Rukun Negara ”


BAB 1 : PENGENALAN 16 1.2.6 Dasar dan Peraturan KOMITMEN GURU Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah : 1. Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru. 2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut 3. Guru adalah satu profesion dan berusahalah menjaga imejnya. 4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab. 5. Anggaplah murid-murid yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru. 6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas. 7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profession perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya. 8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar sekolah. SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 2. Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya.Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah. 3. Apabila di arah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya. 4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua/wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis. 5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya. 6. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu.


BAB 1 : PENGENALAN 17 WAKTU HADIR BERTUGAS 1. Guru bertanggungjawab hadir di sekolah sebelum 7.20 pagi dan bersedia memulakan PdPC pada pukul 7.30 pagi. 2. Guru bertanggungjawab merakam waktu kehadiran guru semasa datang dan semasa balik melalui sistem ‘thumb print’ di pejabat. WAKTU PULANG DARI SEKOLAH 1. Guru hanya dibenarkan balik selepas 2.00 petang(Isnin – Khamis), 12.30 tengahari(Jumaat) 2. Guru perlu memberi laluan kepada pelajar pulang dahulu untuk mengelakkan kesesakan. 3. Guru/staf perlu menunjukkan teladan yang baik. 4. Masa yang ada boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja menyemak hasil kerja murid, membaca, menyediakan rekod mengajar harian, BBM atau mengemas meja supaya teratur. 5. Guru dan AKP mesti merekodkan masa balik melalui mesin ‘thumb print’. GURU BERTUGAS MINGGUAN 1. Guru bertugas perlu berada di sekolah sebelum 7.10 pagi. 2. Guru bertugas perlu berada di tempat-tempat berikut : 2.1. Pintu masuk utama sekolah(Program Guru Penyayang) 2.2.Tapak perhimpunan(Arena MESAT) 3. Menguruskan perhimpunan ringkas dengan bantuan pengawas. 4. Merekodkan perjalanan perhimpunan dan perkara yang disampaikan semasa perhimpunan. 5. Mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat perkara atau peristiwa yang memerlukan tindakan segera. 6. Memastikan keadaan dan disiplin sekolah terkawal. PAKAIAN DAN PERSONALITI 1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/850) serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 3. Guru lelaki digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang dan bertali leher sepanjang masa menjalankan tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJPK dan di bengkel. 4. Memakai pakaian sukan atau baju-T semasa mengajar PJPK sahaja. 5. Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada murid.


BAB 1 : PENGENALAN 18 6. Pada hari Jumaat, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap. URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan Dan Penjawatan ) yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem Pengurusan Sekolah dan lain-lain system atas talian. KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD / JPN atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. 2. Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada Pengetua/wakilnya untuk mendapatkan kebenaran selain surat permohonan rasmi yang telah diluluskan. 3. Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam Buku Pemohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua/wakilnya. Surat sokongan seperti surat panggilan mesyuarat mestilah disertakan (jika ada). URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahanarahan/pekeliling-pekeliling berkaitan kebenaran pelbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas. 2. Dalam keadaan biasa, guru diperuntukkan 15 hari Cuti Rehat Khas(CRK) dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon lebih awal(sekurang-kurangnya 3 hari) dengan mengemukakan borang pemohonan, kemudian membuat pengisian dalam Sistem HRMIS dan mendapat sokongan PK Pentadbiran terlebih dahulu dan kelulusan Pengetua. 3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah daripada klinik/hospital kerajaan/swasta kepada Pengetua/wakilnya sebaik sahaja masuk bertugas. 4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi sendiri Pengetua dan PK Pentadbiran (urusan jadual ganti) melalui telefon dengan kadar segera.


BAB 1 : PENGENALAN 19 5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod daripada pihak yang memberikan cuti itu untuk pengesahan Pengetua /wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Maklumat cuti tersebut perlu dihantar ke bahagian BRP dan PPD. 6. Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki : • Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada murid dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada GPK untuk tindakan. • Memberitahu Pengetua / Setiausaha Peperiksaan Dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan. • Memberitahu Pengetua / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Kelas. [Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Pekeliling] PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah. 2. Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman/penggunaan/pulangan hendaklah direkodkan. 3. Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera. 4. Guru mesti memaklum dan mengganti/membaiki kerosakan alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/digunakan. 5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. 6. Kunci bilik darjah dan bilik khas hendaklah sentiasa dipulangkan ke pejabat dan disimpan dalam peti kunci. Sila catat pengambilan dan penghantaran kunci. MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT 1. Guru adalah wajib menghadiri taklimat/mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua/wakilnya/jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah. 2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat/mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan bertulis.


BAB 1 : PENGENALAN 20 3. Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur. ORANG LUAR BERJUMPA GURU/STAF 1. Orang luar termasuk ibu bapa, juru jual dan pelawat tidak dibenarkan berjumpa guru, staf dan murid tanpa mendapat kebenaran Pengetua. 2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau murid mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi. 3. Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa kebenaran Pengetua/wakilnya. 4. Menandatangani rekod pelawat dan memakai tag pelawat yang disediakan di pondok pengawal keselamatan. REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR 1. Rekod Persediaan Mengajar/CIDS adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. 2. Maklumat-maklumat dalam Fail Rekod Mengajar hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa yang meliputi : a. Butiran diri b. Jadual waktu persendirian/kelas c. Sukatan pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian. d. Senarai nama murid e. Keputusan ujian/peperiksaan/GPMP/Headcount murid f. Rekod perbincangan/tarikh pencerapan/tandatangan pencerap@ pemantau dll 3. Rekod Persediaan Mengajar/CIDS mesti disediakan secara harian dan dihantar untuk penyeliaan oleh Guru Kanan, Penolong Kanan dan Pengetua/wakilnya pada setiap hari Jumaat selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang. 4. Rekod Persediaan Mengajar/CIDS wajib diserahkan kepada Pengetua/wakilnya pada hari terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan dan pamantauan. 5. Rekod Persediaan Mengajar/CIDS akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran-pemudahcaraan di bilik darjah.


BAB 1 : PENGENALAN 21 PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu. 2. Guru yang mengajar mesti berada di bilik darjah atau di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca suratkhabar, menggunakan gajet elektronik dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pemudahcaraan. 4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil oleh Pengetua. 5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua murid sebelum memulakan pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. 6. Guru bertanggungjawab memastikan murid tidak keluar dari kelas semasa pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting. 7. Keselamatan murid dalam waktu pengajaran dan pemudahcaraan adalahtanggungjawab guru pada masa yang berkenaan. 8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan murid. 9. Pengajaran dan pemudahcaraan berkesan seperti kelas dan PdPC Abad 21 hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid. 10. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pemudahcaraan yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) atau (ICT) 11. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. 12. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti pelantar DELIMA KPM 13. Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 14. Memastikan penguasaan ‘basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya . 15. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif agar murid dapat menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. 16. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraanbagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.


BAB 1 : PENGENALAN 22 17. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraanbagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. 18. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ‘cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid. 19. ‘Selected Study Skills’ perlu dikenal pasti dan murid digalakkan untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran. 20. Keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan mestilah boleh dinilai oleh guru mata pelajaran, murid dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan berdasarkan Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah. 21. Proses pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan mestilah menggabungkan ‘content skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’. Oleh itu, setiap guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan. 22. Guru mata pelajaran dan Ketua Panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran. Oleh itu, pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru. 23. Pengajaran dan pemudahcaraan menggunakan stesen-stesen pengajaran dan pemudahcaraan di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan terutama Tingkatan 1, 2 dan 3 menggunakan PBD agar PdPc lebih menarik dan berkesan. 24. Proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu. 25. Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah ataupun Higher Order Thinking Skills Questions(HOTS) atau KBAT. 26. Ketua-Ketua Panitia/ Penyelaras mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pemudahcaraan dioptimumkan . JADUAL GURU GANTI ( RELIEF ) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua/wakilnya. 2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses PdPC jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran.


BAB 1 : PENGENALAN 23 3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdPC hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar/CIDS. PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU MURID 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan P&P dan penyeliaan buku murid. 2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Pengetua, Barisan Penolong Kanan, Guru Kanan dan juga semua Ketua Panitia(tertakluk kepada perubahan). 3. Pencerapan PdPC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pencerapan spontan boleh dilakukan oleh Pengetua sahaja atau individu yang telah diberi kuasa oleh Pengetua/PPD/JPN/KPM. 4. Penyeliaan buku latihan/ buku kerja murid dibuat secara berjadual. Guru diminta menyerahkan buku murid pada masa ditetapkan kepada penyemak seperti dalam jadual semakan buku latihan murid. PUNGUTAN YURAN PERSATUAN/KELAB, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN/PERMAINAN 1. Perlu ada permohonan untuk mengutip yuran daripada pendaftar. 2. Setiap guru penasihat unit kokurikulum, iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan dikehendaki mengutip yuran ahli sebanyak RM3.00 daripada setiap ahli bagi setiap unit setelah menerima surat penurunan kuasa daripada Pengetua untuk memungut yuran tersebut. 3. Semua pungutan akan dimulakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan unit dan diselesaikan dalam tempoh sebulan selepas Mesyuarat Agung. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit di Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum. Seliaan akan dilakukan oleh SU Kokurikulum dan PK Kokurikulum. 4. Guru penasihat hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unit berkenaan. 5. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru penasihat dan tidak boleh disimpan oleh murid. BUKU TEKS DAN SEMAKAN BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN 1. Buku teks hendaklah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsepkonsep pembelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid . 2. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.


BAB 1 : PENGENALAN 24 3. Buku Rekod Amali jika ada mestilah digunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambar rajah, graf dan sebagainya. Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan . 4. Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPC dalam bilik darjah . 5. Guru mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan dan disemak oleh guru mengikut jadual yang telah ditetapkan / serah segera kepada murid selepas disemak. 6. Guru hendaklah mengarahkan murid membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan dan hendaklah disemak semula oleh guru. 7. Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. 8. Guru hendaklah menurunkan tandatangan, tarikh, markah/gred/kata-kata perangsang/nasihat atau komen. 9. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia. 10. Ketua panitia hendaklah mencerap buku latihan dan buku kerja murid sekurangkurangnya dua kali dalam setahun (Februari – Mei dan Jun - September). PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 1. Semua guru diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah kerana Perhimpunan Rasmi MIngguan termasuk dalam jadual waktu peribadi. 2. Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin 7.25 pagi hingga 8.00 pagi di Arena Mesat(Tapak Perhimpunan). 3. Tentatif perhimpunan secara umum : 3.1 Loceng dibunyikan dan semua murid & guru berkumpul di Arena Mesat 3.2 Nyanyian 3 buah lagu, iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah 3.3 Doa dan Ikrar 3.4 Laporan guru bertugas mingguan 3.5 Ucapan Pengetua/PK 3.6 Aktiviti atau penyampaian hadiah atau pengumuman(jika ada) 3.7 Bersurai 4. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar mengikut prosedur yang ditetapkan.


BAB 1 : PENGENALAN 25 1.2.7 Piagam Pelanggan Kami warga sekolah ini akan berusaha : 1. Mewujudkan masyarakat sekolah yang penyayang serta memastikan warga sekolah dan persekitarannya bersih, ceria, selamat, sihat dan berkualiti. 2. Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti dan selaras berasaskan kurikulum kebangsaan. 3. Memastikan semua murid sekolah mematuhi peraturan dan tatacara persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Memberi kerjasama dan layanan mesra kepada ibu bapa. 5. Mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat dan institusi lain dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra. 6. Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum sekolah. 1.2.8 Moto Sekolah “ WE INSPIRE ” 1.2.9 Slogan Sekolah “ TOGETHER WE CAN MAKE A DIFFERENCE ”


BAB 1 : PENGENALAN 26 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025


BAB 1 : PENGENALAN 27 DASAR PENDIDIKAN DIGITAL (DPD)


BAB 1 : PENGENALAN 28


BAB 1 : PENGENALAN 29


BAB 1 : PENGENALAN 30


BAB 1 : PENGENALAN 31


BAB 1 : PENGENALAN 32 Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual Di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 13 Tahun 2023 Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia


BAB 1 : PENGENALAN 33 Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli Di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 13 Tahun 2023 Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia


BAB 1 : PENGENALAN 34


BAB 1 : PENGENALAN 35


BAB 1 : PENGENALAN 36


BAB 1 : PENGENALAN 37


BAB 1 : PENGENALAN 38


BAB 1 : PENGENALAN 39


BAB 1 : PENGENALAN 40


BAB 1 : PENGENALAN 41


BAB 1 : PENGENALAN 42


BAB 1 : PENGENALAN 43


BAB 1 : PENGENALAN 44


BAB 1 : PENGENALAN 45


BAB 1 : PENGENALAN 46 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti@Sekolah (SKPM Kualiti@Sekolah)


BAB 1 : PENGENALAN 47 MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 YB MENTERI PENDIDIKAN


Click to View FlipBook Version