sebarang maksiat kerana hatinya penuh gementar apabila dibacakan ayat-ayat A llah
S.W.T kepadanya, sepertimana firman Allah S.W.T di bawah ini yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka apabila disebut Allah,
takutlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah
iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”
(Al-Anfal:
2)
Berani Mempertahankan Kebenaran
Dengan adanya akidah Islam, mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan
mereka kepada Allah S.W.T tanpa boleh diganggu-gugat oleh mana-mana kuasa manusia.
Sejarah telah membuktikan bagaimana kejayaan Bilal bin Rabah, 'Ammar bin Yasir,
Sumayyah yang berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy
yang bermaharajalela pada waktu itu. Namun untuk mengucap ucapan yang boleh
membawa kepada kekufuran adalah jauh sama sekali kerana mereka menghargai iman
yang mereka dapati adalah sungguh bernilai yang tidak boleh dijadikan sebagai barang
tukaran di atas dunia ini") . Mereka akan meletakkan kecintaannya kepada Allah dan
Rasul mengatasi kecintaan yang biasa ada pada diri manusia kerana hidupnya telah
sebati dengan apa yang ada pada dirinya.
Bersifat Adil Dalam Pemerintahan
Seorang pemimpin yang mempunyai akidah yang mampan sentiasa tunduk kepada
perintah Allah S.W.T yang lebih agung daripada kekuasaan yang ada padanya. Mereka
menyedari bahawa kuasa yang mereka pegang adalah amanah, bukan satu jawatan yang
mulia. Mereka akan menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk
menguruskan urusan rakyat di bawah jagaannya sekadar yang mampu. Di dalam hal ini
Sayyidina Umar r.a pernah menegaskan: “Sekiranya ada seekor kambing yang mati dalam
Sungai Furat. nescaya ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T.
67
Dengan ciri-ciri yang mulia ini tegaklah kerajaan yang mempunyai panduan, kerajaan
yang mementingkan dasar dari manfa'at duniawi semata-mata, lebih mementingkan
hidayah daripada khianat. Dengan kerajaan yang disifatkan tadi, maka akan lahirlah
kehidupan yang berdasarkan iman, amal soleh, benar, ikhlas. berusaha bersungguh-
sungguh dan adil ketika memberi dan menerima. Memancarkan keadilan Allah S.W.T
melalui syariatNya dan menegakkan keadilan untuk semua.
Melahirkan Sifat Persaudaraan
Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan satu bentuk persaudaraan yang
sukar dirungkai oleh mana-mana anasir yang tidak sihat. Persaudaraan yang dibina ini
melampaui batasan sejarah, geografi. darah. keturunan dan sebagainya. Sejarah telah
membuktikan bagaimana Salman aI-Farisi (Parsi), Suhaib ar-Rumi (Rom) telah menjadi
saudara kepada orang Islam yang berada di Makkah walaupun mereka adalah golongan
pendatang. Begitu juga apa yang berlaku pada orangAnsar dan Muhajirin sehinggakan
Allah S.W.T merakamkan dalam al-Quran mengenai sikap mereka yang sanggup
mengorbankan apa sahaja semata-mata kerana ukhuwwah yang dibina di atas dasar
Islam, sepertimana firman Allah S.W.T di bawah ini yang bermaksud:
"Dan orang-orang(Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka (kedatangan Muhajirin) ke negeri mereka, dan tidak pula dalam hati mereka
perasaan berkehendak sesuatu kepada apa yang telah diberikan kepada orang-orang
yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah lebih
daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada di dalam keadaan kekurangan
dan sangat berhajat. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, makasesungguhnya merekalah orang-orang
yang berjaya.”
(Al-Hasyr:
9)
Persaudaraan dan persamaan tidak dapat dijelmakan jika manusia tidak bersikap tunduk
dan patuh kepada Allah S.W.T. Ikatan hubungan antara manusiatidak dapat
68
diwujudkantanpa ikatan akidah. Ikatan bangsa dan negara akan hancur kerana umur
hayatnya tidak boleh kekal lama. Perpaduan yang sebenarhanya dapat dimeterikan
apabila di kalangan anggotanya diikat pertautan akidah yang mantap dan kukuh
Persamaan dikalangan manusia tidak wujud jika ada manusia yang berlagak menjadi
tuan kepada manusia yang lain. Kerana pengisytiharan persamaan sesama manusia dapat
dijadikan apabila semua manusia yang telah berakidah meletakkan Allah S.W.T sebagai
Uluhiyyah yang sebenarnya, maka di sana tidak ada lagi tuan di atas dunia ini.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"..sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisiAllah ialah orang
yang paling bertakwa di antara kamu.”
(AI-Hujurat: 13)
Membebaskan Manusia Dari Kepercayaan Khurafat Yang Menyesatkan
Ia dapat membebaskan jiwa manusia dari tunduk dan merendahkan diri kepada yang lain
selain dari Allah S.W.T. Manusia yang berakidah akan menjadikan Allah S.W.T sebagai
tempat tumpuan pengabdian dan meminta pertolongan, Bagi mereka kuasa manusia
cukup kecil, kerana mereka mempunyai pergantungan yang terus dengan Allah S.W.T,
sedangkan kuasa batil terus terputus dari Allah S.W.T mereka akan menentang segala
bentuk syirik dalam setiap Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wal Sifat yang
direalisasikan dalam segala urusan hidupnya.
Menenangkan Jiwa Seseorang
Dengan akidah, jiwa seseorang itu dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan,
ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur luar. Akidah telah menutup pintu ketakutan
yang selalu berada di fikiran golonganjahiliyyah seperti takut tentang rezeki, takut
tentang ajal, takut pada diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut kepada mati dan
selepasnya. Hidupnya sentiasa mendapat ketenangan yang hakiki daripada Allah S.W.T.
Dengan sebab itu, ketika orang lain berada dalam ketakutan, maka orang mukmin akan
69
berada dalam ketenangan. Al-Quran menceritakan dialog di antara Nabi Ibrahim a.s
dengan golongan musyrikin. Mereka menakut-nakutkan Nabi Ibrahim a.s dengan
berhala-berhala dan tuhantuhan palsu mereka, maka dijawab oleh Nabi ibrahim a.s
dengan jawapan yang sungguh menakjubkan:
Maksudnya: “Bagaimanakah Aku takut dengan sembahansembahan yang kamu
persekutukan (dengan Allah), padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah
dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan hujah padamu
untuk mempersekutukannya. Maka Yang manakah di antara dua golongan itu
yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?
Akidah Melahirkan Seorang Yang Berjiwa Besar
Akidah dapat memberikan kekuatan jiwa yang besar kepada seseorang. Bila jiwa mereka
dipenuhi dengan sifat raja' (mengharap) kepada Allah, meletakan thiqah (kepercayaan),
bertawakal kepadaNya, redha dengan qadarNya, sabar terhadap dugaan dan ujian
dariNya, tidak menerima pertolongan daripada makhluk, maka ia akan memjadi kuat dan
kukuh laksana gunung yang tidak dapat digoyangkan dan digoncangkan oleh bencana
dan tragedi. Apabila ditimpa bencana ia terus memohon pertolongan kepada Allah S.W.T
kerana ia yakin selain daripada Allah S.W.T semuanya lemah.
Akidah Asas Kebahagian
Akidah yang sahih akan memancarkan ke dalam hati manusia sumber-sumber
kebahagiaan yang dirindui oleh setiap orang. Kebahagiaan yang sebenar tidak akan
diperolehi manusia tanpa datang dari akidah. Oleh itu, ramai manusiayang mempunyai
harta yang banyak, tidak bahagia dan tidak tenang kerana bahagia dan tenang tidak boleh
dijelmakan hanya dengan kebendaan Firman Allah S.W.T:
70
Maksudnya: "Sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik sama ada lelaki atau
perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan diberikan kepadanya kehidupan
yang baik.”
(Al-Nahi : 97)
PERSEDIAAN PENDAKWAH DALAM MEREALISASIKAN JIHAD AQIDAH
Dalam merealisasikan jihad aqidah, beberapa persiapan perlulah dilakukan dan
disediakan dengan rapi. Begitu juga dengan kelengkapan yang lain agar setiap usaha dan
kegiatan jihad aqidah itu dapat mencapai matlamatnya dengan tepat.
Antara ilmu-ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai sebelum para pendakwah turun ke
lapangan jihad aqidah ialah:
1) Ilmu-ilmu pengetahuan Islam seperti Al-Quran, Al-Hadis, tafsir, tauhid, fiqah,
akhlak, tasawuf, sejarah dan sebagainya.
2) Perbandingan agama.
3) Pengetahuan umum seperti sains dan sebagainya.
4) Sejarah dan falsafah Islam.
5) Falsafah Barat dan Timur.
6) Kebudayaan dan kesenian.
7) Ilmu politik.
8) Ilmu ekonomi.
9) Antropologi dan sosiologi.
10)Psikologi.
11)Pengetahuan bahasa.
12)Pembacaan, pendengaran dan pergaulan.
Inilah di antara dua belas perkara dan pengetahuan yang perlu dipelajari serta difahami
dengan baik sebelum seseorang keluar berdakwah. Melalui penguasaan ilmu tersebut,
barulah dua kelompok sifat dan keperluan asas terbina pada diri seseorang pendakwah.
71
Pertama, pembinaan sifat-sifat pada diri dan jiwa pendakwah supaya menjadi lebih kuat
dan gigih. Kedua, pengetahuan yang luas dan mendalam supaya kita dapat menguasai
keadaan, situasi dan orang atau golongan sasaran yang hendak didakwahi. Sehubungan
dengan ini, masih banyak lagi persiapan yang diperlukan. Susunan perkara-perkara
tersebut adalah seperti berikut:
1. Keyakinan Teguh
Sifat ini perlu ada pada seorang pendakwah di mana beliau harus berpegang teguh
kepada kebenaran yang dibawa dan diperjuangkannya. Setiap aspek ajaran Islam harus
diyakini bersungguh-sungguh. Keyakinan itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk
amalan dan perbuatan. Pendakwah tidak boleh ragu-ragu tentang ajaran yang menjadi
pegangannya. ]ika tidak, ia akan menyebabkan usaha dakwah gagal dan tidak mencapai
matlamatnya.
2. Persiapan Rapi
Yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah membuat persiapan bahan yang hendak
disampaikan. Terdapat perkara-perkara yang perlu disempurnakan dan dibuat secara
rapi seperti:
i. Setiap bahan yang hendak disampai dan diutarakan haruslah difikirkan dengan
teliti. Bahan itu perlu menarik, sesuai dan masih baru. Setiap gagasan dan buah
fikiran mesti dicatatkan supaya ia mudah diingat, dirujuk dan digunakan pada
masa yang akan datang.
ii. semua bahan yang telah dikumpulkan hendaklah disusun dan diurutkan mengikut
kepentingan atau apa sahaja urutan yang dianggap relevan.
iii. Gunakan gaya bahasa yang baik dan menarik apabila menyusun bahan-bahan
pengajaran serta perlu disesuaikan dengan tahap golongan sasaran dakwah.
iv. Bahan-bahan yang telah disusun, hendaklah diingat supaya penyampaiannya
lancar dan tidak tersangkut-sangkut.
72
v. Setiap bahan yang hendak disampaikan perlu dikaji penyampaiannya, lafaz,
susunan dan sebagainya.
vi. Bahan-bahan dakwah yang hendak disampaikan perlu disejajarkan dengan
keadaan sasaran dakwah. Begitu juga dengan persekitaran, waktu dan tempat
dakwah itu berlangsung.
3. Latihan Yang Cukup
Sebelum membabitkan diri dalam kerja dan kegiatan dakwah seseorang calon
pendakwah hendaklah menjalani kursus dan latihan perkadaran dakwah secara teratur
supaya usaha dakwah dapat dilaksanakan dengan lancar. Kalau menulis, tulisannya mesti
lancar. Kalau bercakap tidak gugup atau gagap. Kalau berdebat tidak hilang punca. Kalau
menjalankan tugas, mudah mengatasi segala rintangan. Latihan-latihan yang diterima
dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kegiatan dakwahnya. Misalnya orang
yang telah menerima latihan, sudah pasti tahu pelbagai cara dan teknik untuk mengolah
isi dakwahnya. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
i. Pendakwah. dapat menarik perhatian sasaran dakwah sehingga mereka ini tahu
tentang sesuatu yang dikemukakan oleh pendakwah tadi.
ii. Para pendakwah yang terlatih dapat mengemukakan pertanyaan-pertanyaan
yang menarik perhatian sehingga memikat dan mengikat para sasaran dakwah
kepada perkara yang di bicara dan ditanyakan.
iii. Setiap mauduk atau tajuk yang dikemukakan dihubungkan dengan minat
kemanusiaan. Hal ini akan dapat memikat para sasaran dakwah dan menguatkan
minat mereka terhadap isu atau perkara yang dibicarakan dalam konteks dakwah
semasa.
iv. Setiap mauduk atau tajuk yang dibicarakan hendaklah disertai dengan fakta yang
menarik dan contoh yang jelas serta memikat hati para audiens atau khalayak.
v. Jangan terlalu banyak membuat hal-hal yang lucu dan terlalu apologetik atau cuba
berbicara secara rasmi dan formal. Ini akan mengurangkan keampuhan
penyampaian dakwah kita.
vi. Isi dakwah yang hendak disampaikan hendaklah menerusi cara yang terbaik dan
sesuai sama ada secara induktif atau pun deduktif. Penyampaian dakwah perlu
73
disampaikan daripada yang mudah kepada yang sudah. Daripada yang sudah
diketahui kepada yang belum diketahui dan daripada yang ringkas kepada yang
rencam.
vii. Setiap fakta yang dikemukakan perlu disokong oleh hujah dan alasan serta fakta
yang kukuh serta jitu. Apabila berhujah dengan pihak lawan hendaklah dengan
cara yang lebih baik sehingga dapat melemahkan kedudukan pihak lawan.
Sekiranya huraian dan hujahan yang diberikan agak rumit dan ruwet maka
keterangan tambahan perlu diberikan bagi menjelaskan penerangan yang
diberikan.
viii. Setiap pendapat yang diutarakan berserta dengan keterangan dan alasan
hendaklah disimpulkan dengan ringkas pada akhir pembicaraan atau penulisan
bertujuan memudahkan audiens dan sasaran khalayak dapat memahaminya
dengan baik.
4. Kemampuan Mengawal Diri
Setiap pendakwah harus pandai dan berupaya mengawal perasaan serta emosinya bila
menghadapi keadaan dan suasana yang gawat. Akal fikiran sentiasa diletakkan pada
kedudukan yang utama di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Pendakwah tidak
seharusnya cemas, gugup dan mudah marah serta menggelabah apabila menghadapi
sesuatu situasi yang di luar dugaan.
5. Manfaatkan Masjid Sebagai Pusat Dakwah
Masjid sebenarnya bukan tempat untuk bersolat semata-mata. Ia merupakan pusat
kepada segala kegiatan yang berkaitan dengan keagamaan, kebajikan, kemasyarakatan,
pendidikan dan sebagainya. Masjid perlu digunakan sebagai tempat melatih dan
mengadakan kursus untuk para pendakwah di samping menjadi medan untuk
berdakwah. Masjid perlu dijadikan sebagai gelanggang ilmu untuk berbincang dan
membicarakan hal-hal yang menjurus ke arah mencari kebenaran.
6. Peringatan Tegas
Dalam berdakwah, kita sememangnya perlu menggunakan diplomasi. Apabila timbul
sesuatu perkara yang mencabar dan menggugat, hal ini perlu ditanggapi dengan tegas
74
melalui peringatan dan amaran. Kaedah ini masih lagi dalam garis diplomasi. Untuk
menghadapi pelbagai masalah ada ketikanya kita terpaksa bersikap dan bertindak tegas
dengan membuat teguran, memberikan peringatan dan amaran. Cara ini dapat
menunjukkan betapa kita juga mempunyai maruah dan keberanian untuk menghadapi
pihak lawan. Sekali gus akan menunjukkan bahawa kita seorang yang berwibawa dan
berwewenang di dalam melakukan sesuatu perkara.
7. Khabar Gembira
Dalam keadaan yang biasa, dakwah perlu dijalankan dengan lemah lembut, pujukan,
kata-kata yang menarik, memberikan khabar gembira dan baik kepada orang yang diseru
kepada Islam. Kita boleh menyampaikan ganjaran-ganjaran yang bakal diperoleh oleh
orang yang menerima kebenaran tetapi jangan sekali-kali memberikan janji-janji manis
untuk menarik mereka masuk Islam. Sekiranya janji itu tidak ditunaikan ia akan
memberikan imej yang tidak baik kepada Islam. Apa yang lebih dikhuatiri ialah mereka
akan bertindak keluar Islam dan kembali semula kepada agama asalnya. Inilah antara
beberapa persiapan yang perlu dilakukan oleh para pendakwah dan persatuan yang
berkaitan dengan dakwah. Setiap perkara yang dikemukakan itu perlu diperhalusi lagi
oleh para pendakwah dan disesuaikan dengan persekitaran yang mereka hadapi. Hanya
melalui persiapan yang rapi dan teliti sahaja akan memungkinkan jihad aqidah mencapai
matlamatnya.
CABARAN JIHAD AQIDAH
KUASA BESAR.
Cabaran global hari ini menzahirkan serangan-serangan musuh yang berfokus kepada
Islam dan pergerakannya di Amerika, Eropah, China mahupun Rusia, mereka semuanya
memberikan tumpuan untuk menyekat Islam daripada tersebar. Dahulu, Soviet Union
pernah menjadi suatu kuasa besar yang menggerunkan. Kini, gerakan islam yang
berpegang teguh dengan islam yang menjadi pegangan hidup pula menjadi badan yang
menggerunkan kerana agama Islam merangkumi politik dan pentadbiran. Oleh sebab itu,
75
ahli-ahli gerakan islam seharusnya mewaqafkan diri mereka untuk menghadapi,
ancaman musuh-musuh.
Mantan Mursyidul Am ikhwanul Muslimin di Mesir, Syeikh Dr. Mahdi Akef pernah
menyatakan;
”Selepas saya bersama Dr. Kemal Helbawy mengadakan pertemuan bersama gerakan
Jama'atul Islamiyah Pakistan, Parti REFAH Turki, termasuklah PAS Malaysia disekitar
tahun 90-an, kami berbincang untuk bersama-sama menubuhkan gerakan Islam sedunia
yang solid, melibatkan seluruh bangsa setelah tenggelamnya bangsa Arab dan kegagalan
muktamar-muktamar Islami, yang sering dilaksanakan saban tahun. Apabila
perancangan murni ini diketahui oleh pemimpin pemimpin pro-Barat, pro-Amerika,
bermulalah ketidakadilan undang-undang dikenakan terhadap kami. Sekatan dibuat
terhadap gerakan islam atas nama anti keganasan dan saya diheret ke dalam penjara
pada tahun 1996.
Biarpun ketika itu saya dipenjara, saya katakan kepada mereka, "Jika bangsa Arab dan
negara~negara Islam yang lain tidak bebas daripada belenggu Barat dan juga kerajaan
zalim yang menjadi tali barut mereka, maka hancurlah makna kehidupan bagi rakyat.
Demi Allah, saya tetap akan memperjuangkan pembebasan ini, mengharapkan sinar
islam terbit di masa hadapan! Ingatlah bahawa kita semua diikat dengan janji Allah Taala,
iaitu pengorbanan membela agama yang direstui-Nya dan diperjuangkan oleh Nabi
Muhammad SAW. Perjuangan ini adalah perjuangan yang wajib kita laksanakan, inilah
perjuangan yang tidak akan berakhir sehingga hari kiamat”.
Benarlah firman Allah SWT:
Maksudnya: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu
yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu
76
jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak
dituju itu jauh bagi mereka.
(Surah at-Taubah: 42)
Musuh-musuh lslam sentiasa merancang bagi merobohkan tembok kekuatan islam yang
menjadi penghalang kemaraan mereka ke dalam negara-negara umat Islam. Namun,
sebagai manusia yang beriman, kita meyakini bahawa Allah tidak sama sekali
memungkiri janji-Nya bahawa Dia akan memberikan kemenangan kepada islam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa, lagi keras hukuman-Nya terhadap mereka yang
zalim dan melampau. Mantan Perdana Menteri Britain, Gladestone pernah berkata:
“Selama mana al-Quran ini berada di genggaman orang Islam, maka kita (Eropah) tidak
akan mampu untuk menguasai (negara-negara} Timur”. Begitu juga mantan Perdana
Menteri Israel turut menyatakan: “Sesungguhnya apa yang paling kami takuti adalah
munculnya di dunia Arab Muhammad yang baru”.
Seorang orientalis pernah mengatakan, “Ada dua batu pejal yang tidak mampu
dipecahkan oleh kuasa Barat, dan batu pejal ini menjadi benteng kepada umat Islam
sekalipun Barat berjaya menakluki negeri- negeri mereka, menguasai urusan mereka,
dan memecahkan kesatuan mereka serta melaga-lagakan mereka. Batu pejal tersebut
adalah al- Quran dan Makkatul Mukarramah”.
Intipati ini diaplikasi oleh kuasa-kuasa imperalisme dunia. Ketika umat islam melalui
tempoh kelemahannya, kebanyakan negara dan wilayah mereka ditakluk dan dijajah oleh
kuasa besar Barat. Setelah melalui tempoh penjajahan, negara dan wilayah tersebut
dibebaskan dan diberikan kemerdekaan. Merdeka dari sudut negara dan dijajah dari
sudut ideologi dan pentadbiran. Jelasnya kemerdekaan yang diberikan dengan syarat
pemerintahan tersebut tidak bercirikan perundangan islam yang sebenar.
Lord Crommer, mantan Gabenor di Mesir dan Sudan satu masa dahulu pernah
menyatakan di dalam tulisannya, “Kalau kita mahu mengekalkan pengaruh dan
kepentingan kita di bumi Islam, kita hendaklah beri kemerdekaan kepada negara-negara
77
Islam, kita berikan kemerdekaan kepada mereka. Memang kita tidak boleh tunggu lama.
Mereka pasti menghalau kita, mereka tentu menentang kita. Tetapi kita hendaklah
menghadapi mereka dengan cara baharu, iaitu dengan cara kita berikan kemerdekaan
kepada negara-negara Islam dan kita serahkan kemerdekaan itu kepada mereka yang
terdiri daripada anak~anak murid kita, yang terdiri daripada mereka yang menerima
ideologi kita, yang menerima pandangan kita, yang menerima undang-undang kita, yang
menerima dasar kita.”
Mereka sanggup berkompromi dengan dengan mana-mana ideologi samada sosialis,
komunis, sekular, kapitalis, liberal dan sebagainya asalkan ideologi tersebut tidak
berteraskan pendaulatan islam. Justeru, untuk mengahadapi cabaran ini, kita seharusnya
kembali kepada pangkuan Islam seluruhnya. Dengan cara ini, insya Allah kita akan
diberikan kemenangan samada dari bentuk yang kita dapat lihat dan tidak dapat dilihat
oleh mata. Umat islam harus bangkit dengan roh dan cita-cita menegakkan islam, serta
bersatu menghalakan muncung senjata kepada musuh sebenar untuk menumbangkan
hegemoni global yang dicatur oleh barat. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah, kamu menurut jejak langkah
Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata.
(Surah al-Baqarah: 208)
Oleh yang demikian, berpegang teguhlah dengan lima prinsip utama yang teiah dijelaskan
oleh as-Syahid imam Hassan al-Banna:
1. Allah. adalah Tuhan dan matlamat kami.
2. Rasulullah adalah pemimpin dan ikutan kami.
3. Al-Quran adalah perundangan kami.
4. Mati di jalan Allah adalah matlamat tertinggi kami.
78
Lima prinsip asas ini mesti ditanam di dalam jiwa sebagai seorang pejuang di
landasan gerakan Islam yang akan menatijahkan seorang pejuang yang sanggup
mengorbankan segala-galanya demi kepentingan risalah islam yang suci dari segala
unsur penyelewengan dan kepentirgan peribadi.
PENYUSUPAN lDEOLOGl ASING.
LIBERALISME DALAM GERAKAN lSLAM.
Asasnya, Islam telah diiktiraf menjadi agama yang paling baik dan sempurna di sisi Allah.
Bererti, segala yang manusia perlukan telah disediakan jalannya buat manusia. Bermula
daripada sistem bangun tidur sehingga sistem pentadbiran yang jujur dan berjaya.
Firman Allah,- SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya.
(Surah Ali-Imran 19)
Adalah menjadi kewajipan kita untuk menyatakan persediaan- persediaan yang perlu
diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam bagi meneruskan perjuangan
yang besar ini. Antaranya adalah persiapan fikrah. Fikrah bahawa perjuangan ini adalah
berdasarkan kepada perjuangan akidah yang ditunjangi dengan dasar al-Quran dan as-
Sunnah. Maka seluruh jiwa dan raga seharusnya ditundukkan untuk menuruti tuntutan-
79
tuntutan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Tanpanya, maka kita akan menjadi seorang
pejuang yang memakai pakaian-pakaian kemunafikan seperti yang disebutkan di dalam
al-Quran:
Maksudnya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad),
mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya
Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya serta
Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
(Surah al-Manafiqun: 1)
Charles Kurzman menebitkan pula istilah “lslam Liberal” bahkan turut ;memperkenalkan
istilah “Modernist Islam” bagi melebarkan pengaruh pemikiran ini. Kemudian muncul
pula Greg Barton mengubah strategi Islam Liberal dengan penglibatan dalam ruang
politik Islam yang dinamakan dengan Islam Progresif.
Islamic Renaissance Front (lRF) memainkan peranan penting di alam melebarkan jalur
pemikiran ini dengan menerbitkan sebuah buku yang berjudul “Wacana Pemikiran
Reformis, Jilid 1”. Editornya adalah Dr. Ahmad Farouk Musa serta beberapa orang penulis
lain antaranya Dr. Ahmad Nabil Amir, Ahmad Fuad Rahmat, Marwan Bukhari,
Muhammad Nazreen Jaafar dan yang menariknya buku ini mendapat pengiktirafan
daripada dua orang tokoh kepimpinan PAS iaitu Dr. Mujahid Yusuf Rawa (penulis sisi
buku ini) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (penulis prakata buku ini). Sebenarnya menjadi satu
kepelikan apabila pemikiran Islam Liberal yang difatwakan haram ini mendapat
pengiktirafan daripada dua tokoh parti islam berpengaruh di Malaysia.
HAK ASASI.
80
Post-lslamisme mementingkan hak asasi sedangkan hak asasi tidak menjadi fokus utama
di dalam Islam. Oleh kerana yang mementingkan hak asasi ialah barat, maka Post-
Islamisme mendukung nilai-nilai barat. Di dalam Islam hak asasi telah tersedia terjamin
dalam tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam hukum hakam yang perlu
dilaksanakan oleh ibu, bapa, suami, isteri, lelaki, wanita, pemimpin, rakyat dan
sebagainya. la tidak menjadi isu utama kerana hukum hakam itu telah pun menjaga lima
perkara asas manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta, keturunan dan maruah.
Pendekatan ini berbeza dengan barat lantaran mereka tidak mempunyai panduan agama.
Oleh kerana masing-masing merasa bijak, terutamanya di kalangan orang yang kaya,
maka mereka bercakap tentang hak masing-masing. Ketiadaan panduan agama (wahyu)
menjadikan mereka tiada pilihan melainkan menyuarakan hak asasi.
PERJUANGAN NILAI & RASIONAL.
Citra perjuangan post-Islamism ini beranggapan bahawa kuasa ratio (akal) adalah suatu
yang bersifat absolute (mutlak). Kebebasan secara sepenuhnya untuk berfikir adalah
menjadi hak manusia tanpa ada sekatan dan had. Mereka beranggapan bahawa
kebebasan secara mutlak adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan
kemahakuasaan Tuhan. Oleh kerana kelompok ini menjadikan akal sebagai rujukan yang
tertinggi, maka mereka mula mengenepikan segala ajaran yang terkandung dalam nas
Islam. Lalu muncul pelbagai aliran pemikiran yang mengeluarkan fakta pengetahuan
epistemologi dan hujah tertentu untuk tidak mengguna pakai nas Islam yang dikatakan
sudanh kurang sesuai dipakai dalam zaman ini atau masih belum tiba masanya untuk
dilakukan pratikal hukum agama pada masakini. Inilah juga yang dinamakan dengan
perjuangan nilai. Ironinya dikatakan sebagai keamanan tanpa jihad, akidah tanpa syariat,
agama tanpa negara, kebenaran tanpa kekuatan dan al-Quran tanpa pedang. Natijahnya,
islam tidak akan dipandang sebagai agama yang paling benar sedangkan Allah telah
meninggikannya.
Sabda Nabi SAW:
81
الاسلام يعلو ولايعلى عليه
(Riwayat al-Baihaki)
Maksudnya: Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melebihinya (Islami).
Apa yang berlaku dalam urusan agama hari ini telah dicemari dengan banyak
doktrin-doktrin sekular yang telah diperbaharui. Pengamal-pengamal sekular mutakhir
ini tidak lagi menyeru kepda pemisahan politik dan agama, tetapi menyeru untuk
menyamakan nilai agama dengan nilai duniawi yang dikongsi oleh kebanyakan manusia.
Nilai politik disebut dengan Good Governance (tadbir urus baik) tanpa mengira ia
mengikut asas Islam atau meterialisme duniawi. Nilai-nilai sosial pula dinilai dengan hak
asasi manusia sehingga meneggelamkan tanggungjawab insan terhadap pencipta yang
menatijahkan kelakuan baik sesama makhluk.
BERJEMAAH SEBAGAI SATU KEPERLUAN DALAM MEREALISASIKAN JIHAD
AQIDAH
Kewajipan Berjama‘ah (Harakah Islamiyyah).
Dalil-dalil yang menunjukkan wajib berjamaah;
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
(Surah Al-Saff: 14)
14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana
(Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-
penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
82
menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi
Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap)
kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,
maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.
CIRI-CIRI JAMA'AH ISLAM.
Bermatlamat:
a) Membentuk peribadi Islam.
b) Membina keluarga dan masyarakat Islam.
c) Membangun negara Islam.
Kaedah fiqh menyatakan:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Maksudnya: Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi
wajib.
Segala hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran tidak dapat dilaksanakan
semuanya tanpa ada kuasa (kerajaan). Maka untuk membentuk sebuah kerajaan itu wajib
pula seperti wajibnya melaksanakan segala hukumNya. Imam Al-Ghazzali Rahimahullah
Ta’ala berkata:
الدين والدولة توأمان
Maksudnya: Agama dan Negara itu berkembar (Tidak berpisah)
Sasaran ‘Amalnya:
Membenteras segala bentuk mungkar serta menyuruh dengan ma‘ruf. Firman Allah
Subhanahu wa Ta‘ala:
﴾١٠٤﴿ َو ْلتَ ُك ْن ِم ْن ُك ْم أُ َّمةٌ َي ْد ُعو َن إِ َلى ا ْل َخ ْي ِر َويَأْ ُم ُرو َن ِبا ْل َم ْع ُرو ِف َويَ ْن َه ْو َن َع ِن ا ْل ُم ْن َك ِر ۚ َوأُو َٰلَ ِئ َك هُ ُم ا ْل ُم ْف ِل ُحو َن
83
(Surah Ali-Imran: 104)
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyeru berbuat segala perkara yang baik serta
melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian,
ialah orang-orang yang berjaya.
Jama'ah Yang Mempunyai Sifat-Sifat Hizbullah:
Ahli jama‘ah yang mempunyai sifat-sifat Hizbullah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
يَا أَ ّيُ َها الَّ ِذي َن آ َمنُوا َم ْن يَ ْرتَدَّ ِم ْن ُك ْم َع ْن ِدي ِن ِه فَ َس ْو َف َيأْ ِتي َّل َّلاُ ِبقَ ْو ٍم يُ ِحبُّ ُه ْم َويُ ِح ّبُو َنهُ أَ ِذلَّ ٍة َعلَى ا ْل ُم ْؤ ِمنِي َن أَ ِع َّز ٍة َعلَى ا ْل َكافِ ِري َن يُ َجا ِهدُو َن
﴾ ِإنَّ َما َو ِل ُيّ ُك ُم َّل َّلاُ َو َر ُسولُهُ َوالَّ ِذي َن آ َمنُوا٥٤﴿ ِفي َس ِبي ِل َّل َّل ِا َو َلا يَ َخافُو َن لَ ْو َم َة َلائِ ٍم ۚ َٰذَ ِل َك فَ ْض ُل َّل َّل ِا يُ ْؤتِي ِه َم ْن َي َشا ُء ۚ َوَّل َّلاُ َوا ِس ٌع َع ِلي ٌم
﴾٥٦﴿ ﴾ َو َم ْن يَتَ َو َّل َّل َّل َا َو َر ُسولَهُ َوا ّلَ ِذي َن آ َمنُوا فَإِ َّن ِح ْز َب َّل َّلاِ ُه ُم ا ْل َغا ِلبُو َن٥٥﴿ ا ّلَ ِذي َن يُ ِقي ُمو َن ال َّصلَاةَ َويُ ْؤتُو َن ال َّز َكاةَ َوهُ ْم َرا ِكعُو َن
(Surah Al-Ma’idah: 54-56)
Maksudnya: Wahai mereka yang beriman, siapa di antara kamu yang berpaling tadah dari
agama-Nya (murtad) maka Allah akan datangkan pula suatu kaum yang Allah kasihi
mereka dan mereka mengasihi Allah, bersifat lemah-lembut terhadap orang yang
beriman dan berlaku tegas terhadap orang kafir. Mereka berjuang bersungguh-sungguh
pada jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang-orang yang mencela, yang demikian
itu limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah
itu luas kurniaan lagi meliputi ‘ilmu-Nya. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah
dan rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat sedang mereka ruku' (tunduk menjunjung periuntah Allah). Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (dapatlah ia kemenangan) kerana sesungguhnya golongan Allah
(Hizbullah) itulah yang tetap menang.
Dan mereka yang memberi wala, (kesetiaan) dan kepimpinan kepada selain daripada
Allah dan RasulNya dan orang-orang yang mu’min yang bersifat dengan sifat-sifat
tersebut, maka ia bukannya daripada jama‘ah Islam.
84
Sabda Rasulullah Sallallahu “alaihi wasallam:
المرء مع من أحب
Maksudnya: Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
َلا َِت ُد قَْوًما يُْؤِمنُوَن ِبََّلِل َوالْيَ ْوِم اْل ِخِر يَُواُّدوَن َم ْن َحاَّد اََّللَ َوَر ُسولَهُ َولَْو َكانُوا آَِبءَُه ْم أَْو أَبْنَاءَُه ْم أَْو
إِ ْخَواَنُْم أَْو َع ِشَِيَتُْم ۚۚ أُوَٰلَئِ َك َكتَ َب ِف قُلُوِِبُِم اْلِإيمَا َن َوأَّيََد ُه ْم بُِروح ِمْنهُ ۚ َويُْد ِخلُُه ْم َجّنَات َْتِري ِم ْن
َْتتَِها اْلََْنَاُر َخالِ ِدي َن فِيَها ۚۚ َر ِض َي اََّللُ َعْن ُه ْم َوَر ُضوا َعْنهُ ۚۚ أُوَٰلَئِ َك ِحْز ُب اََّلِل ۚۚ أََلا إِ َّن ِحْز َب اََّللِ ُه ُم
﴾٢٢﴿ الْ ُمْفلِ ُحوَن
(Surah Al-Mujadalah: 22)
Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah
dan rasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau
anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka
(yang setia) itu Allah telah menetapkan iman di hati mereka, dan telah menguatkan
mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan ia akan memasukkan dalam
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
Allah reda akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat
pemberianNya. Merekalah penyokong agama-agama Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya
golongan Allah (Hizbullah) itu ialah orang-orang yang berjaya.
Berkata Sa‘id Hawwa dalam bukunya Jundullah: “Manusia di dalam kehidupan ini tidak
dapat melepaskan dirinya dari Hizbullah atau Hizbussyaitan selain Al-Wala’ ini. Jika wala’
seseorang cacat, salat, zakat, haji dan puasanya atau semua segi ibadah Islam tidak dapat
85
membuat dirinya termasuk dalam Hizbullah. Jika wala’nya benar, dia berada dalam
lingkungan Hizbullah, walaupun tidak dapat mencakup seluruh ibadah.”
Allah Subhanahu wa Ta“ala berfirman:
﴾ا َلّ ِذي َن يَتَّ ِخذُو َن ا ْل َكا ِف ِري َن أَ ْو ِليَا َء ِم ْن دُو ِن ا ْل ُم ْؤ ِمنِي َن ۚ أَ َي ْبتَغُو َن ِع ْندَهُ ُم ا ْل ِع َّزةَ َفإِ َّن ا ْل ِع َّزةَ ِّل َِّ ِل١٣٨﴿ َب ِش ِر ا ْل ُم َنا ِف ِقي َن بِأَ َّن لَ ُه ْم َعذَابًا أَ ِلي ًما
﴾١٣٩﴿ َج ِمي ًعا
(Surah An-Nisa’: 138-139)
Maksudnya: Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat
seksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi
teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka
mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan
kepunyaan Allah.
Ciri-ciri Wala’ dalam ayat tersebut, ialah:
a) Al-Nusrah (memberi pertolongan).
b) A‘tha’ Lil-Kafirin Asrarul-Mu’minin (dedah rahsia mu'min).
c) Al-Mahabbah wal-Mawaddah (berkasih-sayang).
d) Al-Majalisah Lil-Kafirin wal-Munafiqin Ikhtiaran (bersama golongan kafir -
munafiq secara sukarela).
e) Al-Ta‘ah (kepatuhan).
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala
Maksudnya: Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah
meng- ikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap
Allah).
86
(Surah Al-An’am: 116)
Jama‘ah Yang Memperjuangkan Islam Secara Menyeluruh.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
﴾٢٠٨﴿ يَا أَيُّ َها الَّ ِذي َن آ َمنُوا ادْ ُخلُوا فِي ال ِس ْل ِم َكا َّفةً َو َلا تَتَّبِعُوا ُخ ُط َوا ِت ال َّش ْي َطا ِن ۚ ِإ َّنهُ َل ُك ْم َعدُ ٌّو ُم ِبي ٌن
(Surah Al-Baqarah: 208)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam
sepenuhnya (dengan mematuhi segala hukum-hukumNya) dan janganlah kamu
menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata .
Jama‘ah Yang Banyak Menghadapi Ibtila’.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala
﴾٣١﴿ َوَك ََٰذلِ َك َجعَْلنَا لِ ُك ِلر نَِ رب عَ ُدًّوا ِم َن الْ ُم ْجِرِميَن ۚ َوَكَف َٰى بَِربِر َك َهاِدًي َونَ ِصِيًا
(Surah Al-Furqan: Ayat 31)
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap para Nabi itu musuh dari
kalangan penjahat-penjahat dan cukup lah Tuhan kamu (Allah) sebagai petunjuk dan
penolong.
Kewujudan Berterusan.
Jama’ah Islam mampu menghadapi segala ujian dan cabaran dunia tetap bertunas dan
bergerak meskipun sentiasa dilanda ombak dan gelombang.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
87