Perbincangan yang kedua berkenaan takrif Jihad Ekonomi itu sendiri agar memahami
skop jihad dengan lebih luas. Selain itu, kami juga membincangkan tujuan dan hukum
jihad ekonomi dengan lebih mendalam. Dari sini, jelas bahawa jihad yang dilakukan
dengan sebenar-benarnya mengikut tuntutan syara’ akan menjadi pemangkin kepada
peningkatan ekonomi, sekaligus pendapatan Negara. Bagi mengukuhkan perbincangan
kami, kami sertakan kupasan berkenaan ciri-ciri dalam jihad ekonomi.
Melalui perlaksanaan jihad ekonomi oleh Negara, ekonomi umat Islam secara automatik
akan meningkat. Sejarah telah membuktikan bahawa Daulah Khilafah merupakan Daulah
yang kekayaannya melimpah ruah, tidak lain tidak bukan, hanya kerana diterapkan
sistem Allah di dalamnya, bukan sistem ciptaan manusia. Jihad ekonomi bukanlah seruan
sebenar untuk umat Islam di dalam meningkatkan taraf perekonomian, sebaliknya
dengan penerapan sistem Islamlah, (dengan penerapan seluruh hukum, termasuk jihad
yang akan dilancarkan oleh Negara), umat Islam akan menikmati bukan sekadar
kenaikan dalam taraf ekonomi, malah kenaikan taraf kemuliaan umat Islam itu sendiri.
Inilah sebenar-benar seruan – kembali kepada kehidupan Islam dengan jalan
menegakkan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah, barulah umat Islam
(bukan sekadar Melayu) akan meraih kebangkitan dan mendapat redha Allah.
151
BAHAGIAN SEBELAS
JIHAD WANITA
PENGENALAN
Penyertaan wanita pada masa kini yang berusaha menegakkan agama Islam secara tidak
langsung membawa wanita tersebut berjihad di jalan Allah. Erti tidak berputus asa dalam
menyampaikan Islam tidak perlu lagi ditakrifkan oleh mana-mana pihak selagi mana
usaha seseorang individu yang bergelar wanita tersebut berjuang mempertahankan
agamanya dan mengamalkan sunnah nabi Muhammad s.a.w.
Peperangan pada masa kini tidak bergantung pada bentuk fizikal semata-mata bagi
menampung beban yang berat seperti yang diperlukan pada masa dahulu. Kebanyakan
peperangan pada masa kini bergantung kepada peralatan dan kelengkapan
penggunaannya yang memerlukan kepintaran akal melebihi kekuatan fizikal. Dr. Yusuf
al-Qardhawi memberi pandangannya tentang penglibatan jihad dalam kalangan wanita
dan penulisan buku beliau yang telah diterjemah oleh saudara Fauwaz Fadzil Noor;
“Saya yakin bahawa wanita Islam dengan iman, semangat, dan keberanian mereka mampu
turut serta berjihad di medan perang bersama tentera Muslim selain daripada menjadi
pasukan yang mengubati dan merawat sahaja. Kita dapat melihat keberanian kaum
wanita Palestin yang sentiasa bersiap sedia membela Islam dan Negara mereka dengan
memperkukuhkan barisan tentera syahid Palestin”
Penulisan ilmiah yang dibahaskan ini merangkumi beberapa topik utama yang menjadi
kecintaan para wanita Muslimah kini. Mereka bukan sahaja digelar daie’ di tengah
masyarakat malahan, ada juga usaha-usaha lain yang diperlakukan oleh seseorang
wanita sebagai teras jihadnya dalam kehidupan. Antara topik utama yang diperbahas
dalam kajian ilmiah ini ialah;
i. Pengertian jihad wanita
ii. Keutamaan jihad wanita
152
iii. Hukum jihad wanita dan tokoh-tokoh wanita dalam Islam
PENGERTIAN JIHAD WANITA
Wanita ialah salah satu topik utama yang sentiasa di perbicarakan oleh masa kini.
Peranan dan tanggungjawab mereka yang sentiasa mendokong ummah dari segenap segi
ialah menjadi sebuah usaha yang perlu dicontohi oleh generasi kini. Pengorbanan wanita
kini khususnya di Malaysia perlu dijadikan wadah kepada masyarakat umum. Hal ini
melambangkan wanita Muslimah di Malaysia yang sentiasa melakukan kebaikan dalam
setiap gerak kerja mereka dilambangkan sebagai jihad dalam kehidupan seharian.
Pada hakikatnya, konteks jihad memerlukan pengorbanan fizikal yang tinggi dan sukar
dilakukan oleh kaum wanita biasa dan wanita juga tidak sesuai bagi pekerjaan itu. Oleh
yang demikian, Allah s.w.t yang Maha Adil dan Bijaksana menganugerahkan kelembutan
kepada kaum wanita sehingga secara amnya mereka dinilai tidak mampu melaksankan
pelbagai pekerjaan yang dikategorikan sebagai tindakan jihad yang biasa dilakukan oleh
kaum lelaki. Allah s.w.t mencipta dan perasaan penuh kasih sayng kepada wanita supaya
dapat memainkan peranan sebagai seorang ibu dengan sebaik-baiknya. Allah s.w.t juga
menyediakan kaum wanita dengan perasaan yang kuat dan begitu istimewa bagi
menanggung kesukaran mengandung, melahirkan, menyusukan, serta menjaga anak-
anak. Semua ini menjadikan wanita jauh daripada kemampuan (liyaqah) yang sempurna
bagi melakukan kerja-kerja jihad berbentuk fizikal yang mengutamakan kekuatan bagi
menghadapi kesulitan, menahan penderitaan, dan menolak kekerasan. (Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi, 2013)
Oleh yang demikian terdapat beberapa keutamaan keatas diri wanita yang dirungkaikan
dalam perbahasan ilmiah ini. Antaranya ialah keutamaan jihad wanita terhadap diri
sendiri, kerjaya, masyarakat, dan keluarga.
KEUTAMAAN JIHAD WANITA
153
DIRI SENDIRI
Sememangnya kekuatan fizikal dan mental kaum wanita tidak diwajibkan di dalam jihad
Qital, namun di dalam jihad Madani sememangnya diperlukan terutama dari sudut jihad
untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Wanita adalah ibu
yang bakal mendidik anak-anak serta generasi yang mendatang. Untuk menjadi ibu dan
wanita yang terbaik mestilah perlu mantap dan kukuh dari sudut ilmu serta pegangan
agamanya atau lebih senang dikatakan jihad untuk diri sendiri terlebih dahulu.
Setiap muslimah memiliki tanggungjawab sebagaimana kaum lelaki. Seperti dalam
pepatah, “ wanita adalah saudara kandung lelaki ”. Jadi, wanita itu diberi khitab (
tanggungjawab ) seperti kaum lelaki mendapatkannya. Oleh itu, antara jihad wanita
untuk diri sendiri ialah berjihad untuk mempelajari ajaran islam yang benar. Ini sebagai
bekalan serta untuk menpersiapkan diri dengan bekalan agama yang secukupnya.
Rasulullah s.a.w bersabda :
طلب العلم فريضة على كل مسلم.
Maksudnya: mencari ilmu adalah kewajipan atas setiap muslim.
Sehingga setiap hal kewajipan tidak akan sempurna kecuali dengan adanya bekalan
agama yang betul-betul mantap kerana kebanyakkan wanita pada masa kini ramai yang
terjerumus ke dalam hal-hal yang bid’ah dan syirik kerana kurang serta tiadanya ilmu
agama yang mantap. Sememangnya kita mengetahui bahawa ummahatul mukminin ( ibu
kaum mukminin ) dan wanita salaf, mereka terkenal dengan kepandaiannya dalam
pelbagai jenis ilmu. Seperti yang diriwayatkan oleh Urwah bin Zubair dari ayahnya, ia
berkata :
ولا بحديث، ولا بشعر، ولا بحرام، ولا بحلال، ولا بفريضة،" ما رأيت أحدا من الناس أعلم ِبلقران
" من عائشة رضي الله عنها، ولا بنسب،العرب
154
Maksudnya: Saya tidak mendapati seorangpun yang lebih pandai dengan Al-Quran,
faridhah (kewajipan), hala dan haram, syair, perkataan arab dan nasab, daripada Aisyah
r.a.
Selain seorang wanita itu perlu berjihad dalam memperkasa ilmu agama, mereka juga
perlu berjihad dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan pendidikan untuk diri
mereka sendiri. Realitinya kini, manusia yang berilmu akan dipandang tinggi serta
disanjung berbanding dengan mereka yang cetek ilmu akan terus berada dalam
kegagalan. Namun perlu seimbang di antara ilmu akhirat dan ilmu dunia supaya bijak
membezakan aulawiyat, mengetahui ilmu-ilmu dasar supaya jika timbulnya apa-apa
permasalahan, seseorang wanita itu bijak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini
seperti perumpamaan batang kayu dan dahan-dahan. Jika dahan-dahan itu tidak tumbuh
di atas batang kayu yang kuat, maka lambat laun dahan-dahan itu akan layu dan rosak. (
Muram binti Shalih Al-Athiyyah (terjemahan : Wafi Marzuki ‘Ammar) ).
Disamping itu juga, wanita perlu berjihad dalam melaksanakan amal ibadah dan memberi
ketaatan kepada Allah s.w.t. Tidak kira samada laki-laki atau perempuan wajib
mengerjakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji, menjaga diri
dari melakukan perkara zina, menjauhkan apa yang dilarang, amar ma’ruf nahi munkar,
dan sebagainya. Hal ini kerana sebagai pemimpin yang bakal mendidik generasi
mendatang perlu bersiap sedia dalam segenap aspek supaya kaum wanita sudah bersiap
sedia menghadapi perkara yang tidak diduga bakal hadir kelak. Ini akan membuatkan
orang ramai akan lebih yakin dan hormat kepada golongan wanita. ( Syaikh Abdul Gaffar
Hasan, 2009 )
Tambahan lagi, jihad yang paling menggugat kaum wanita ialah jihad melawan hawa
nafsu sendiri. Ini kerana kaum wanita sememangnya sinonim dengan sikap suka
bertindak terburu-buru dan mengikut perasaan. Dan jihad yang paling utama untuk diri
sendiri adalah mengawal emosi dan kesabaran dalam berhadapan dengan sesuatu
perkara. Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Sajadah ayat 24 :
155
Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang
membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap
sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan
kami.
Selain itu, kaum wanita juga perlu kuat dalam berjihad melawan hasutan syaitan kerana
kerana syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut anak-anak Adam terutama bagi
golongan wanita kerana hakikat sebenarnya wanita ini sememangnya golongan yang
lemah dan mudah termakan dengan segala pujuk rayu dan godaan yang mendatang. Allah
berfirman di dalam surah Fathir ayat 6 :
Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh
(yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya
supaya menjadi dari penduduk neraka.
Jika direnungi kembali sejarah terdahulu bagaimana syaitan berjaya menghasut Hawa
selapas gagal menghasut Adam untuk makan buah khuldi. Akhirnya, kedua-dua
terpedaya dan dicampak keluar dari Syurga dan syaitan beroleh kemenangan. Daripada
peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa hasutan syaitan sangat kuat, jadi wanita perlu
berjihad dalam melawan hasutan syaitan dengan sentiasa mengingati dan mendekatkan
diri dengan Allah.
KERJAYA
Wanita merupakan salah satu elemen yang terpenting dalam membangunkan sesebuah
Negara dan masyarakat yang semakin pincang kini. Antara jihad yang banyak diceburi
oleh wanita masa kini ialah melalui kerjaya, tidak mengira dalam apa sahaja bidang yang
diceburi. Islam meletakkan kemuliaan kepada seorang wanita dalam kehidupan mereka.
156