The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL JIHAD DALAM ISLAM SESI I 2022 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhafizah, 2022-07-11 07:27:37

JIHAD DALAM ISLAM

MODUL JIHAD DALAM ISLAM SESI I 2022 2023

ini. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil, maka puasa, zikir dan
tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga
menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun
akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. Abdul Hafiz et.al (2006) akhlak merupakan
ajaran asas agama Islam sehingga Rasulullah s.a.w. mendefinisikan agama itu dengan
akhlak yang baik.

Meletakkan Diri dalam Lingkungan Persekitaran yang Soleh:
Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut
merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat
akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya dengan cara
meniru serta mencontohi ikutan yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang
dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia
dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha
melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang
dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.
Ini bersesuaian dengan Adnan dan Ariffin (2008) yang menyatakan kehadiran insan ke
dunia adalah untuk mentauhidkan dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah
S.W.T. Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah.
Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang
menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan
berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan
gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh
fenomena moral berkenaan.

Melalui Qudwah Hasanah (Ikutan yang Baik):
Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi role model dalam
kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi role model tersebut antara lain
ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun
Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-
nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan.

133

Kamal (1996) mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan
yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda.

Menyerap Tekanan Sosial dari Masyarakat Islam:
Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya dalam
melakukan jihad ilmu serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak
ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam.
Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam
memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka
boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang
berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati
dan di sanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia
mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci
yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang
aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga
boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui
perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan
keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar,
maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.
Melalui keazaman yang padu untuk memajukan diri sendiri dengan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan berjihad untuk melawan sifat-sifat mazmumah (negatif) akan
mendapat keredhaan Allah dan rasulNya.

Melalui Kuasa-kuasa Negara Islam melalui Sistem Keadilan dan Galakannya:
Tuntutan dalam melakukan jihad ilmu dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa
digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh
kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan
jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta
penghayatan kaedah-kaedah jihad ilmu dalam masyarakat. Jika negara tidak
melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan
undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan
malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan

134

akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan
kemusnahan bukan hanya dalam bidang jihad ilmu tetapi juga dalam semua hal. Ini
menyebabkan pembangunan modal insan tidak akan dapat dibentuk malahan dapat
dicapai.

Melalui Peranan Media Massa:
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar
dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian modal insan. Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan
amalan-amalan jihad ilmu di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati
budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut
perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau,
faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media
massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa
akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan
nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media
massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin
politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing,
meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih
siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di
bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural
domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih
seperti internet, multimedia dan sebagainya. Melalui peranan yang dimainkan oleh pihak
media massa dengan cara yang betul, pembangunan modal insan akan dapat dilahirkan
dalam masyarakat. Ini bukan sahaja dapat membangunkan jati diri individu yang
dipenuhi sifat-sifat mulia malahan turut menghasilkan produktiviti yang berkualiti dalam
masyarakat itu sendiri.

135

Melalui Peranan Pusat-pusat Pengajian:
Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru yang berilmu
pengetahuan dengan berasaskan perubahan pencarian maklumat yang berteraskan jihad
ilmu di dalam Islam. Antara fungsi sekolah dalam melakukan perubahan jihad ilmu ke
arah meningkatkan modal insan ialah:

1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,
meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar
atau petugas.

2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan
Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi.

3 Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang,
menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban
untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri,
menghargai ilmu, menghormati ulama'.

KESIMPULAN

Tiada jalan yang singkat untuk masyarakat Islam mencapai kemajuan khusunya dalam
pembangunan modal insan melainkan mempunyai persiapan rapi dan kukuh dalam
membangunkan modal insan. Sidek (2011) pendidikan yang diperolehi melalui proses
tajdid ilmu dalam mengadabkan insan menerusi pendekatan integratif dalam pengajaran
dan pembelajaran akan menghasilkan modal insan yang holistik selari dengan asas tasauf
atau worldview yang betul iaitu menghasilkan insan yang seimbang dan harmoni. Islam
didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam agama Islam
bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu. Hanya dengan ilmulah
kita dapat memartabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan Islam, yang kini dimana-
mana pun umat Islam diperkotak-katikkan dan kesucian agama Islam diperlekehkan.
Kesimpulannya, gagasan dan tanggungjawab untuk membangun, memupuk dan
meningkatkan modal insan melalui jihad ilmu adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak
dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan

136

mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan iltizam yang tidak
berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi,
mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan
keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat
menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang
mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang
diharamkan oleh Allah. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya
memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

137

BAHAGIAN SEPULUH
JIHAD EKONOMI/HARTA

PENGENALAN

Ilmu ekonomi adalah neutral, tetapi ia lebih condong kepada persekitaran. Takrif
ekonomi dapat digunakan dan sesuai dengan sesiapa sahaja sama ada yang beragama
ataupun tidak beragama, Islam atau bukan Islam. Ekonomi itu “merupakan rumusan
tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya” (Sobri, 1989).

Hasan-uz-Zaman (1984) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan
penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam
perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan
membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T dan
masyarakat seluruhnya. Masudul Alam Choudhury (1986) mentakrifkan ekonomi Islam
sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan
masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam.
Amir Mohd. Al-Faysal al-Su’ud berpendapat bahawa ekonomi Islam ialah satu ilmu
wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan
masyarakat sesuai dengan peraturan syariat. (Hamzah dan Shahbari, 1982). Manan
(1989) menganggap ekonomi Islam sebagai ilmu sains sosial yang mengkaji masalah
ekonomi yang berpegang pada nilai Islam.

Dapat ditegaskan disini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia yang selaras dengan kehendak syariat dari segi memperoleh, mengguna dan
mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan
kerohanian demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. (Hasan, 1990).

TAKRIF JIHAD EKONOMI

138

Ekonomi Islam adalah satu ilmu yang berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan
dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Ekonomi Islam juga bertindak
memenuhi keperluan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan
masyarakat keseluruhannya. Oleh yang demikian, secara ringkasnya perkataan jihad
ekonomi bermaksud mengerah seluruh tenaga dan kekuatan untuk mencapai satu
matlamat yang diharapkan sama ada baik atau buruk dalam melindungi ketidakadilan
dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Manakala matlamat akhir aktiviti
manusia khususnya dari perspektif ekonomi adalah untuk mencapai kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat (Abdul Hadi Ismail et.al, tth).

TUJUAN UTAMA AKTIVITI EKONOMI

Kekayaan harta merupakan kepentingan untuk berjaya. Hidup kelaparan, kesusahan
memenuhi keperluan hidup dan faktor-faktor lain yang mengaggu mental dan fizikal
adalah mustahil bagi mencapai tujuan dan ketenangan hidup di dunia. Islam tidak
mencela untuk memenuhi keperluan untuk meneruskan hidup. Tujuan aktiviti Ekonomi
berasaskan Firman Allah:
“Dan sesungguhnya , Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan
(sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.” (surah Al-A’raf :
10)
“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah jelajahi, maka jelajahilah disegala
penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu
(kembali setelah) dibangkitkan.” (surah Al-Mulk : 15)
“Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari
rezeki?” (Surah Al-Naba’ : 11)
Rasulullah juga telah menekankan bahawa perlu bagi setiap individu untuk berusaha
memenuhi keperluan hidup:“Berusaha untuk memperoleh kehidupan dengan cara yang
halal merupakan suatu kewajiban selepas kewajiban sembahyang”. (Hadis : riwayat
Abdullah)
Rasulullah juga bersabda:
“Para pedagang Islam yang jujur dan bersikap benar akan dibangkitkan bersama-sama
dengan orang yang mati syahid (pada hari kiamat)” (Hadis : diriwayat oleh Ibnu Majah)

139

Tujuan aktiviti ekonomi yang sempurna menurut Islam dapat diringkaskan seperti
berikut:

1. Memenuhi keperluan hidup manusia secara sederhana
2. Memenuhi keperluan keluarga
3. Memenuhi keperluan jangka panjang
4. Menyediakan keperluan keluarga yang ditinggalkan
5. Memberikan bantuan sosial dan sumbangan menurut jalan Allah. (Muhammad

Nejatullah Siddiqi, 1991)

HUKUM JIHAD EKONOMI

Secara umumnya, hukum jihad ekonomi sama dengan hukum jihad itu sendiri. Ia adalah
kefarduan yang ditentukan oleh syarak dan merupakan keperluan yang dituntut oleh
akidah. Dalam banyak tempat dalam al-Quran, jihad ekonomi atau jihad dengan harta
disebut bersekali dengan jihad nyawa. Antaranya ialah firman Allah swt ketika
menggambarkan sifat-sifat orang yang beriman yang bermaksud (al-Hujurat: 15):
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Allah swt berfirman lagi (al-Saff: 10-13) yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu
daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan
rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta
benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-
dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam
Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai,
iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan
sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”

140

Rasulullah saw juga menegaskan tentang jihad dengan harta ini melalui sabdanya yang
bermaksud: “Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah, maka
sesungguhnya (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang. Sesiapa yang
menggantikan pejuang ketika ketiadaannya (pejuang) untuk menjaga keluarganya
(keluarga pejuang), maka (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang.” (Diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw juga pernah memberikan amaran dengan azab seksa yang pedih
terhadap golongan yang keberatan dan ragu-ragu untuk berkorban harta demi
membantu agama Allah. Baginda saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak
pernah berperang, dan tidak pernah mempersiapkan seorang pejuang, atau tidak pernah
menggantikan pejuang untuk menguruskan keperluan keluarganya, Allah akan
menimpakan musibah kepadanya sebelum hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih)

Jika orang-orang kafir, musyrik, salibi dan Yahudi sanggup membelanjakan harta
mereka untuk memusuhi Islam, maka orang Islam juga wajib untuk membelanjakan
harta mereka pada jalan Allah untuk menjaga keselamatan ummat Islam. Hal ini telah
disebutkan secara tidak langsung oleh Allah swt yang bermaksud (al-Anfal: 36):
“Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk
menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya,
kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka,
tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya)
dihimpunkan dalam neraka jahanam.”

Dalam ayat yang lain, Allah swt juga menggesa ummat Islam agar membelanjakan harta
pada jalan Allah. Firman Allah yang bermaksud (al-Baqarah: 261): “Bandingan (derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.” (Husain Shahatah, t.th)

141

CIRI-CIRI DALAM JIHAD EKONOMI

1. Kejujuran dan kebenaran
Kejujuran dan kebenaran merupakan nilai yang terpenting dalam jihad ekonomi.
Sehubungan dengan itu, penipuan, sikap mengeksploitasi orang yang tidak bersalah
dan orang yang jahil atau membuat pernyataan palsu merupakan perbuatan yang
dilarang. Iklan palsu dan sikap penipuan para penjual merupakan contoh yang tidak
baik. Ianya dibuktikan dengan hadith-hadith:

Abu Hurairah pernah menceritakan bahawa suatu masa Rasulullah mengadakan
perjalanan di pasar dan melihat gandum seorang penjual. Beliau menyentuh
gandum tersebut dan mendapati tangannya basah.
“Wahai penjual, apa yang terjadi pada gandum ini,” Tanya Rasulullah. Orang itu
menjawab, “gandum itu basah terkena hujan,” Rasulullah bersabda, “mengapan
engkau tidak meletakkan gandum basah itu dibahagian atas agar pembeli
mengetahuinya? Orang yang menipu bukanlah golongan kami.”

(Muslim: Kitab Al-Imam)

Rasulullah juga pernah bersabda:
“penipuan adalah jalan ke neraka, dan siapa yang melakukan sesuatu yang tidak

sesuai dengan cara hidup Islam akan mendapat kutukan.”
(Bukhari : Kitab jual

beli)
Bedasarkan prinsip ini, undang –undang yang menyeluruh telah diciptakan pad awal
agama Islam untuk memastikan tingginya moral dan keadilan dalam perdagangan
dan perniagaan. Banyak Negara moden telah berusaha menekankan penyelewengan
ini dengan pelbagai cara dan negara Islam juga telah memastikan agar keadilan yang
142

sepenuhnya serta keamanan individu dan masyarakat dapat dipelihara dan
terhindar dari semua betuk penyelewengan.

2. Sistem jual beli yang mencurigakan dan meragukan

Aspek yang berkait rapat dengan penipuan dan ketidakjujuran merupakan hal-hal

yang terdapat dalam sistem jual beli yang tidak menetu. Dalam jual beli ini, salah

seorang pebeli akan mengalami kerugian. Kerugian ini tidak kelihatan dan tidak

dapat diramalkan. Sunnah yang mencegah bentuk jual beli yang demikian pada

umunya merujuk pada teori perdagangan abad pertengahan yang sering terdapat

hal-hal yang tidak sihat.

“ Rasulullah SAW melarang menjual anak yang dikandung oleh ibunya. Larangan ini

bukan saja berlaku bagi anak binatang yang merupakan hasil kandungan induknya,

juga anak yang masih dalam kandungan ibunya juga dilarang untuk

diperjualbelikan, ini kerana, barang yang diperjualbelikan itu tidak kelihatan dan

belum tentu ada.” (Muslim: Kitab Al-Buyuq)

Alasan dibalik larangan ini kerana jual beli sering melibatkan ketidakpastian dan
kekaburan. Islam mempunyai prinsip agar jual beli dapat ditentukan.

3. Perdagangan barangan haram dan yang berbentuk perjudian
Perdagangan barang perlulah ditapis baik oleh setiap pedagang. Pedagang perlu

pastikan barang dagangannya merupakan barangan yang halal di sisi Islam.
Perdagangan yang berbentuk perjudian pula adalah semata-mata mendasarkan diri
pada spekulasi yang melibatkan risiko dan ketidakpastian, ia merupakan bentuk
perdagangan yang berbeza dengan perdagangan lainnya. Ianya jelas di sebut dalam
Al-Quran yang membuktikan kesalahan bagi perdagangan barang haram dan yang
berbentuk perjudian.
“ Sesungguhnya minuman keras (khamar), berjudi, menyembah berhala, mengundi
nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (surah Al-Maidah :
ayat 90)

143

“mereka bertanya kepada kamu tentang khamar (segala minuman keras yang
memabukkan) dan judi. Katakanlah : pada keduanya itu terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnnya.”

(surah Al-Baqarah : ayat 219)

4. Perdagangan yang bersifat riba
Perdagangan yang adil harus bebas dari unsur riba. Perdagangan jenis riba akan

terjadi jika dua komuditi yang serua tetapi tidak sama dalam hal kuantitinya, atau
dua komuditi yang sama jenisnya tetapi tidak sama kuantitinya ditukarkan
berdasarkan sistem barter. Ini disebut Riba al-Fazl dan tidak dibenarkan dalam
Islam sebagaimana juga perdagangan yang melibatkan pembayaran bunga
(Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1991)

PERLAKSANAAN JIHAD EKONOMI

Perlaksanaan Aktiviti Perniagaan Sebagai Jihad Ekonomi.

Usaha memperkasa ekonomi umat Islam di Malaysia khasnya, sesuai sekali dijayakan
dalam konteks sistem ekonomi persaingan yang dinamik lagi market-driven untuk
meneruskan kepesatan pertumbuhannya. Dengan demikian, menjana kekayaan dan
menambah nilai ekonomi menerusi pembinaan keupayaan dan kehandalan bersaing
merupakan teras kejayaan. Disamping itu, keupayaan mengatasi lawan di pasaran perlu
pula didampingi keupayaan dan susunan strategi berkesan merealisasikan matlamat
menegakkan keadilan dan keseimbangan seperti yang tegas dianjurkan oleh Islam.
Jelasnya, apapun yang dilakukan, prinsip keadilan dan memperjuangkan keseimbangan
tidak harus dikompromi. Pemerkasaan ekonomi Melayu yang mengenepikan keadilan
dan keseimbangan tidak merupakan suatu kejayaan yang sempurna dan bermakna.

Negara yang perkasa ekonominya adalah negara yang menjadikan bisnes sebagai
penjana utama kekayaan menurut jentera sistem kapitalis. Keperkasaan kapitalisme

144

Barat ini pula adalah berpaksi kepada modal koporat swasta serta kepentingan ekstrem
individualistik yang kelihatan telah menzahirkan sistem ekonomi yang keras ciri
ketidakadilannya, langsung mengakibatkan kesan sampingan yang membawa satu
peraturan ekonomi dunia yang semakin zalim sifatnya. Hal ini membawa dilema kepada
negara-negara Islam yang semuanya sedang membina ekonomi berlandaskan ekonomi
yang sama. Andainya tidak diubahsuai, sistem ini akan mengakibatkan ketidakadilan
ekstrem agihan dan kezaliman sistem yang jelas bertentangan dengan nilai hidup Islam.
Kesan negatif sistem ini perlu dibanteras dan adalah menjadi tanggungjawab dan
kewajipan sektor bisnes dan koporat Muslim menjadikan perjuangan jihadnya dalam
bisnes mencari jalan memperbaiki sistem ekonomi yang berpaksi kepada kapitalisme ini.

Dalam membina kedaulatan ekonomi bangsa, Dewan Perdagangan Islam Malaysia DPIM
dan Biro Korporat DPIM dengan tegas dan aktif mendorong dan menggalak semua ahli
bisnes dan korporat Melayu dan Muslim, kecil, sederhana dan besar, supaya terus-
menerus mengasah bakat keusahawanan untuk memburu kejayaan bisnes dan
menghimpun harta kekayaan. Kejayaan menghimpun harta kekayaan sangat penting
untuk mengelakkan kelemahan ekonomi dari terus mengakibatkan kepentingan agama,
bangsa dan negara tergadai, seperti yang kelihatan tanda-tanda nyata ke arah itu dewasa
ini.

Juga tidak kurang penting, pada akhirnya, ialah kewajipan bersama menentukan supaya
dalam usaha membentuk kedaulatan ekonomi bangsa, agihan harta kekayaan negara,
sekiranya tidak dapat adil dan saksama sepenuhnya, tidak pula wajar dibiarkan memihak
kepada golongan tertentu sahaja. Pemilikan harta kekayaan yang menjadi teras kepada
kuasa ekonomi dan politik perlu diseimbangkan, dengan tidak membiarkan ianya hanya
”berputar di kalangan orang-orang kaya” dalam masyarakat, sekalipun yang sebangsa
dan seagama. (Lihat maksud Al Qur’an, Al Hashr, 59:7).
“ Apa yang Allah kurniakan kepada rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka ia adalah milik bagi Allah, dan
bagi Rasulullah SAW, dan bagi kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang –orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang terkandas). Ketetapan ini supaya harta itu tidak
hanya berpusing di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu. Dan apa jua yang

145

diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua
yang dilarang-Nya untuk kamu lakukan maka patuhilah larangan-Nya. Bertakwalah kamu
kepada Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-
Nya). (Muhammad Ali Hashim, 2005)

Jihad bisnes dijadikan strategi utama pemerkasaan ekonomi, sekaligus membendung
kezaliman kapitalisme liar dan buas. Dalam memperjuangkan pemerkasaan ekonomi
yang adil dan seimbang, satu penggemblingan usaha dan tenaga yang melibatkan seluruh
bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya, tidak kira warna ideologi politik
atau corak fahaman sosial, wajib dijayakan. Bagi Melayu dan umat Islam, perjuangan
besar ini memerlukan satu gagasan yang boleh menjamin kebulatan dan kegagahan
bangsa berteras kepada iltizam dan tenaga spiritual yang ampuh.

DPIM berpendapat bahawa menjadikan amalan bisnes sebagai satu usaha bertaraf Jihad
berupaya melibatkan dan membulatkan semua peringkat dan lapisan umat. ”Jihad
Bisnes” turut membawa pengertian bahawa kejayaan bisnes diburu sebagai sebahagian
dari amal ibadah dan amal soleh, dan dilihat dari perspektif ini ia seharusnya menjadi
sumber motivasi dan sumber tenaga spiritual (spiritual energy) yang berupaya
menyemarakkan semangat gagah dan perkasa yang tidak mengenal lelah dan kalah
dalam persaingan. Dengan demikian, DPIM telah menjadikan Jihad Bisnes sebagai misi
perjuangan dan gagasan utama perjuangannya.

Tujuan utama DPIM menganjurkan supaya bangsa Melayu menerapkan nilai Jihad ke
dalam bisnes ialah supaya, dalam memperkasa ekonomi bangsa, kita tidak pula
memperkembangkan sistem kapitalisme laissez-faire nafsu-nafsi, rakus, liar dan buas
terus dibiar berleluasa merajai suasana dan iklim ekonomi negara. Kerana sekiranya satu
pembaharuan yang benar-benar bermanfaat tidak dilakukan, maka mudarat
ketidakadilan dan kezaliman ekonomi akan berpanjangan dan akan membawa padah
yang lebih buruk kepada bangsa dan negara dan mencetus konflik lebih besar di masa
depan. (Muhammad Ali Hashim, 2009)

146

Keusahawanan Islam memainkan peranan penting terhadap diri, masyarakat dan juga
negara. Kewujudan usahawan Islam bukanlah semata-mata untuk mengejar keuntungan
dan kebendaan, malah ia lebih menjurus kepada memberi sumbangan ke arah
menjadikan Negara sebagai sebuah negara yang maju dan makmur. Setiap usahawan
Islam perlu sedar bahawa bidang keusahawanan yang diceburi merupakan satu ibadat
untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. selain daripada mencari keuntungan yang
maksimum, mereka juga harus berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan
menghasilkan barangan yang boleh memberi manfaat kepada manusia sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung.

Berdasarkan peranan besar yang dimainkan oleh para usahawan Islam ini, maka adalah
menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan yang
dijalankan menepati prinsip dan kehendak syarak. Ini termasuklah dalam aspek sumber
modal yang membiayai entiti perniagaan itu sendiri. Sebagai usahawan Islam, modal
perniagaan perlu dipastikan diambil dari sumber yang halal dan bebas daripada unsur
riba demi mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
Sambutan dan sokongan daripada para usahawan Islam ini menggalakkan pertumbuhan
dan penciptaan instrumen-instrumen kewangan baru berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Senario sebegini seterusnya menyumbang kepada usaha Malaysia untuk tampil sebagai
pemimpin hub kewangan Islam global. (Ab. Mumin Ab. Ghani dan Nor `Azzah Kamri, t.th)

Boikot Barangan Israel Sebagai Jihad Ekonomi

Setelah kita dihalang daripada melakukan jihad dengan mengorbankan nyawa, maka kita
berkewajipan untuk melancarkan jihad ekonomi. Antara senjata yang boleh digunakan
ialah dengan mengorbankan harta kita untuk membiayai pembelian senjata. Begitu juga
untuk membiayai perbelanjaan perang jihad dan juga untuk para pejuang. Antara senjata
yang boleh digunakan dalam jihad ekonomi juga ialah dengan melakukan boikot
barangan Israel. Matlamat utama daripada pemboikotan ini ialah untuk melemahkan
ekonomi pihak musuh di samping menguatkan ekonomi ummat Arab dan Islam agar
tidak lagi bergantung kepada pihak musuh.

147

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BOIKOT BARANGAN ISRAEL:

Disamping itu, jihad ekonomi hendaklah berdasarkan kepada tindakan, bukan kepada
perkataan semata-mata. Wajib ke atas setiap orang Islam yang beriman bahawa jihad
adalah suatu kefardhuan syarak, keperluan akidah, kewajipan agama dan tanah air,
melaksanakan perkara-perkara berikut: (Husain Shahatah, t.th)
Pertama: Menyedar dan menyeru masyarakat agar melakukan pemboikotan ekonomi
dan berjihad dengan harta pada jalan Allah. Ia bermula dari rumah ke rumah, kemudian
masyarakat, kemudian institusi-institusi dan akhirnya kerajaan. Ini adalah peringkat
iman yang paling lemah.
Kedua: Sentiasa sedar waspada terhadap tipu daya Amerika dan Yahudi, kerana mereka
menghantar barangan mereka tanpa menulis ‘dibuat di Israel’. Oleh itu, negeri asal
sesuatu barangan dibuat hendaklah sentiasa dipastikan.
Ketiga: Hendaklah memberikan keutamaan kepada barangan tempatan, atau yang
dikeluarkan oleh negara-negara Arab dan Islam, atau oleh negara asing yang tidak
bermusuh dengan Islam serta orang-orang Islam, dan tidak menyokong Israel.
Keempat: Hendaklah berdikari dan mengembangkan segala industri tempatan,
terutamanya pada barangan yang banyak diimport dari luar. Kesepaduan dan
penyelarasan juga hendaklah dilaksanakan antara negara-negara Arab dan Islam.
Kelima: Menolak bantuan Amerika. Sesiapa yang tidak memiliki kekuatan, maka dia
tidak mampu membuat keputusan sendiri. Kita juga hendaklah beramal dengan pesanan
Rasulullah saw yang sentiasa menggesa agar kita sentiasa bekerja dan menjadi produktif.
Sabda baginda saw yang bermaksud: “Mancari (harta) yang halal adalah suatu
kefardhuan selepas sembahyang fardhu.” (Diriwayatkan oleh al-Tabarani)
Keenam: Menggunakan matawang Euro ketika melakukan transaksi perdagangan
sebagai ganti daripada penggunaan dolar Amerika. Ini akan melemahkan ekonomi pihak
musuh. Setiap individu, syarikat, ahli korporat, institusi-institusi kerajaan berkewajipan
menukar bentuk simpanan, pelaburan dan transaksi perdagangan daripada matawang
dolar kepada matawang negara, sama ada negara Arab atau negara Islam lain.
Ketujuh: Tidak berurusan dengan bank-bank Amerika dan Zionis. Keutamaan hendaklah
diberikan kepada bank-bank Islam dan negara Arab agar ia bertambah kukuh dan dapat
merealisasikan perkembangan yang sihat bagi ekonomi negara.

148

Kelapan: Membatalkan atau menggantung (ikut keadaan) segala kontrak perdagangan
yang telah sedia termeterai dengan pihak musuh secara beransur-ansur dalam rangka
perancangan menyeluruh dan berdasarkan strategi berperancangan.
Kesembilan: Tidak menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma-firma kepakaran
Amerika yang diragui. Kita hendaklah bergantung kepada para pakar kita yang
seharusnya mendapat perhatian yang lebih daripada kita.
Kesepuluh: Pihak pemerintah hendaklah memberikan kebebasan kepada rakyat untuk
melaksanakan tugas mereka iaitu melaksanakan ketetapan-ketetapan yang diambil oleh
jawatankuasa, badan dan pertubuhan mereka untuk melakukan pemboikotan ekonomi.

Hasil daripada memboikot barangan Israel, secara tidak langsung menguatkan lagi
ekonomi Negara sendiri kerana pembelian barang buatan Negara sendiri. Langkah-
langkah tersebut perlu dilaksanakan oleh setiap individu bagi menjayakan memboikot
barangan Israel serta meningkatkan lagi ekonomi Negara.

JIHAD EKONOMI DALAM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Sejak Perbankan Islam ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1983, ianya telah melalui
pelbagai cabaran dan rintangan. Malah, perbankan Islam tanah air tidak pernah sunyi
daripada kritikan sehingga mencetus pelabagai kontroversi dan pertikaian. Namun
segala yang berlalu itu sebenarnya adalah merupakan proses kematangan dan
penyaringan yang perlu dilalui oleh perbankan Islam untuk membuktikan keutuhan
dalam mengharungi pelabagai cabaran ekonomi semasa.

Antara isu hangat diperbincangkan di Malaysia baik di kalangan masyarakat umum
mahupun ahli akademik adalah isu pembiayaan perumahan yang menggunakan akad
Bay’ Bithaman Ajil. Kadar harga jualan yang tidak munasabah serta keuntungan yang
terlampau tinggi adalah merupakan antara masalah-masalah utama yang sering
dipertikaikan.
Ahmad Kamel Mydin Meera dan Dzuljastri Abdul Razak telah mendengarkan agar
pendekatan yang lebih efisyen dapat diambil sepertimana yang telah dilaksanakan oleh
beberapa institusi kewangan di luar Negara sama ada di Timur Tengah, Eropah dan

149

Amerika Syarikat. Pendekatan yang dimaksudkan adalah pembiayaan secara
Musharakah Mutanaqisah. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh mereka,
pembiayaan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya sejak 1980-an lagi. Justeru itu,
kedua-duanya mencadangkan agar ianya dijadikan alternative baru bagi menggantikan
kensep pembiayaan yang sedia ada di Malaysia.

Manakala Osman Sabran di dalam kajiannya terhadap urusniaga Bay’ Bithaman Ajil telah
menyenaraikan beberapa kelemahan yang terdapat di dalam akad tersebut. Ini
membuktikan bahawa di sebalik kadar harga jualan dan kadar keuntungan yang
terlampau tinggi, terdapat beberapa bebanan lagi yang perlu ditanggung oleh para
pelanggan di mana ianya jelas bertentangan dengan Maqasid Syari’ah yang sebenar.

Justeru itu, Masjlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di dalam mesyuaratnya yang
ke-56 pada 6 Februari 2006 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berdasarkan
kontrak Musharakah Mutanaqisah merupakan satu bentuk kontrak yang diiktiraf dalam
muamalat Islam. Sehubungan dengan itu, beberapa buah institusi kewangan telah mula
mengorak langkah untuk menggunakan konsep ini bagi menggantikan konsep
pembiayaan sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Disamping permasalahan-permasalahan yang dibincangkan di atas, kemasukan
beberapa institusi kewangan Islam antarabangsa yang berprestij sarta berpengaruh ke
dalam pasaran setempat juga memainkan peranan penting di dalam mengubah corak
pemikiran dan pendekatan yang dipersembahkan oleh institusi perbankan Islam
setempat. Kini, prinsip Bay’ Bithaman Ajil yang telah sekian lama dipertahankan di
Malaysia dilihat sudah semakin hilang ‘taring’nya memandangkan prinsip Musharakah
Mutanaqisah mempunyai lebih daya saing serta lebih mesra terhadap Maqasid Syari’ah.
(Sollehudin Mohd Shuib et. al, tth)

KESIMPULAN

Daripada perbincangan yang telah dihurai panjang iaitu pertama berkenaan konsep Jihad
secara menyeluruh beserta dalil dan kupasan serba sedikit berkenaan takrif ekonomi
Islam di mana membantu untuk memahami dengan lebih baik dan professional.

150


Click to View FlipBook Version